Stq422 Pengajaran Al-Quran THT (May 2021)
Stq422 Pengajaran Al-Quran THT (May 2021)
Stq422 Pengajaran Al-Quran THT (May 2021)
LEVEL : BACHELOR
INSTRUCTIONS TO CANDIDATES
2. Plagiarism in all forms is forbidden. Students who submit plagiarised work will be penalised.
5. You have SEVEN (7) days to answer the questions. Please submit your answers BEFORE OR BY
SUNDAY, 15 AUGUST 2021, 2.00 pm. Please submit your answers via myPLS (online submission).
8. Begin writing your answers using the template given on the last page of this paper.
DECLARATION BY STUDENT
I certify that this assignment is my own work and is in my own words. All sources have been
acknowledged and the content has not been previously submitted for assessment to Asia e University or
elsewhere. I also confirm that I have kept a copy of this assignment.
Date: 13/8/2021
STUDENT ID A 30105200007
STUDENT NAME NUR HABIBAH BINTI YUSUF
IC / PASSPORT NUMBER 760629 - 08 - 6406
SUBJECT CODE STQ422
SUBJECT NAME PENGAJARAN AL-QURAN
PROGRAMME BACHELOR ISLAMIC STUDIES
DATE OF SUBMISSION 13 / 8 / 2021
LEARNING LOCATION FULLY - ONLINE
BAHAGIAN A
Bincangkan secara terperinci DUA faedah mempelajari ilmu Ulum al-Quran dan SATU
kesannya ke atas masyarakat, khususnya terhadap belia Islam. Sokong jawapan anda dengan
dalil dan contoh-contoh yang sesuai.
Sejak zaman Tuk Nadur Berkajang kain hinggalah ke era pasca masa ini, Al-Quran
adalah kitab suci yang dibekalkan kepada manusia mengenai keseluruhan ajaran Islam tentang
prinsip aqidah. Tanpa al-Quran, manusia tidak akan dapat memikirkan tentang hal-hal yang
berkaitan dengan keimanan terhadap Allah, malaikat, para Rasul AS, kebangkitan semula
manusia selepas mati, balasan neraka, syurga dan sebagainya. Hal ini demikian kerana akal
manusia adalah terbatas. Al-Quran adalah sumber tertinggi dalam Islam kerana ia adalah
merupakan wahyu yang datang daripada Allah SWT dan ketulenannya dijamin oleh Allah
SWT. Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Sesungguhnya Kamilah yang menurunkan al-Quran dan Sesungguhnya Kami benar-benar
memeliharanya”.
Al-Hijr (15) : 9
1. DUA faedah mempelajari ilmu Ulum al-Quran ialah :
(a) Manusia akan mematuhi dan mentaati perintah Allah SWT
Setiap manusia yang beriman kepada ilmu Ulum al-Quran pasti mematuhi dan mentaati
perintah Allah SWT atas kesedaran bahawa segala tingkah laku perbuatannya akan dicatat
oleh malaikat yang sentiasa berada di sebelah kiri dan kanannya. Kesedaran manusia tentang
wujudnya suatu kawalan metafizik menerusi peranan yang dilakukan oleh malaikat ini akan
menyebabkan mereka akan sentiasa berhati- hati dalam melakukan sesuatu perkara sama ada
di depan manusia atau di belakang mereka kerana sedar risikonya adalah besar di akhirat
kelak. Jikalau mereka melakukan perkara yang dimurkai oleh Allah SWT.
Maksudnya:
Dan "Kitab-kitab Amal" juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-
orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan
berkata:" Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak
meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya!" Dan mereka dapati
segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak
berlaku zalim kepada seseorangpun.
Al-Kahf (18) : 49
Hakikat ini dapat difahami dengan jelas kerana apabila manusia menerima aqidah Islam,
mereka akan diberi ketenangan oleh Allah SWT. Manusia akan merasakan bahawa segala
yang berlaku adalah ketentuan Allah SWT. Maka, mereka tidak akan berputus asa di atas
musibah yang menimpanya malahan sentiasa bersyukur dan bersangkan baik dengan Allah.
Mereka juga tidak akan bersikap angkuh, sombong dan tidak sedarkan diri apabila
dikurniakan nikmat Allah SWT. Firman Allah SWT :
Maksudnya :
“Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga
yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami)
sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah
bagi Allah”.
Al-Hadid (57) : 22
Antara kepentingan ayat ini ialah :-
(i) Manusia akan sentiasa berwaspada dalam hidupnya kerana mereka mempercayai segala
tingkah lakunya akan diperhatikan oleh Allah SWT dan semuanya dicatat oleh para malaikat
yang akan ditimbang pada hari kiamat.
(ii) Manusia akan mempunyai panduan yang jelas dalam menjalani kehidupan di dunia ini
kerana adanya wahyu yang disampaikan oleh para Rasul AS serta adanya kitab suci yang
membezakan antara yang benar dan palsu.
(iii) Manusia juga akan mempunyai wawasan hidup yang jauh kerana mempercayai adanya
hari pembalasan dan kebangkitan selepas kematian.
(iv) Manusia akan sentiasa bersabar atas segala musibah yang dihadapinya dan sentiasa
berdoa, bertawakkal dan berusaha bagi mendapat keredhaan Allah SWT semasa mereka hidup
di dunia ini.
2. SATU kesan mempelajari ilmu Ulum al-Quran ke atas masyarakat, khususnya terhadap
belia Islam ialah :-
Terdapat beberapa kesan mempelajari ilmu Ulum al-Quran ke atas masyarakat. Hal
ini kerana keimanan terhadap ilmu Ulum al-Quran akan meninggalkan kesan kejiwaan yang
mendalam dalam diri manusia khususnya belia Islam. Kesan kejiwaan dalam diri seseorang
muslim akan mendorongnya melakukan perbuatan baik yang disuruh oleh Allah SWT dan
meninggalkan perbuatan buruk yakni laranganNya.
Beberapa kesan tersebut boleh dilihat kepada EMPAT fakta seperti berikut (Yusri, 2004.
134-1370
(a) Orang yang beriman dengan Ulum Al-Quran akan merasa tenang dan tenteram
Belia Islam khususnya, pasti berasa tenang dan tenteram kerana yakin bahawa segala taqdir
yang telah ditetapkan oleh Allah SWT mempunyai kebaikan untuk manusia. Firman Allah
SWT
Maksudnya : “Diwajibkan ke atas kamu berperang (berjihad), padahal berperang itu adalah
sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi
kamu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah
mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”.
Al-Baqarah (2) ; 216
(b) Orang yang beriman dengan Ulum Al-Quran tidak akan berputus asa
Masyarakat yang beriman tidak akan berputus asa dengan rahmat Allah. Mereka sentiasa
berlapang dada sekiranya menghadapi kegagalan dalam hidup Mereka akan sentiasa
bertawakkal dan berdoa keada Allah. Mereka juga selalu mendekatkan diri kepadaNya
berdasarkan firman Allah SW berikut :-
Maksudnya :
Katakanlah (wahai Muhammad): "Tidak sekali-kali akan menimpa kami sesuatu pun
melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dia lah Pelindung yang
menyelamatkan kami, dan (dengan kepercayaan itu) maka kepada Allah jualah hendaknya
orang-orang yang beriman bertawakal".
At-Taubah (9) ; 51
(c) Orang yang beriman dengan Ulum Al-Quran akan melipatgandakan usaha
Setiap Muslim yang beriman kepada Allah akan melipatgandakan usaha untuk mencapai
sesuatu yang dihajatinya. Mereka tidak pernah menyalahkan taqdir yang telah ditetapkan ke
atas mereka sejak azali. Antara amalan soleh yang boleh memacu kejayaan orang-orang
mukmin di dunia ini ialah dengan menunaikan solat dalam keadaan khusyuk, meninggalkan
perkara-perkara yang melalaikan, menjaga kehormatan diri dan sebagainya. Firman Allah
SWT :
Maksudnya :
“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman, (iaitu) orang-orang yang khusyuk
dalam solatnya. Dan orang-orang yang menjauhkan diri dari (perbuatan dan perkataan)
yang tiada berguna. Dan orang-orang yang menunaika zakat. Dan orang-orang yang
menjaga kemaluannya, kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau budak (hamba) yang
mereka miliki ; Maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Barang siapa
mencari selain dari itu (misalnya zina, homoseksual dan sebagainya), maka mereka itulah
orang-orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanat-amanat
(yang dipikulnya) dan janjinya. Dan orang-orang yang memelihara solatnya.
Al-Mukminun (23) : 1-11
(d) Orang yang beriman dengan Ulum Al-Quran akan bersyukur apabila menerima
segala nikmat
Umat Islam yang beriman dengan Ulum Al-Quran akan bersyukur apabila menerima
segala nikmat yang telah ditetapkan oleh Allah ke atas dirinya. Mereka juga bersabar
apabila menerima musibah yang menimpanya. Firman Allah SWT:
Maksudnya :
“Kalaulah kamu kufur ingkar (tidak bersyukur) akan nikmat-nikmatNya itu, maka ketahuilah
bahawa sesungguhnya Allah tidak berhajatkan (iman dan kesyukuran) kamu (untuk
kesempurnaanNya); dan Ia tidak redakan hamba-hambaNya berkeadaan kufur; dan jika
kamu bersyukur, Ia meredainya menjadi sifat dan amalan kamu. Dan (ingatlah) seseorang
yang memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya
sahaja). Kemudian kepada Tuhan kamulah tempat kembalinya kamu, maka Ia akan
memberitahu kepada kamu tentang apa yang kamu telah kerjakan. Sesungguhnya Ia Maha
Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada”.
Al-Zumar (39) : 7
BAHAGIAN B
Sudah terang lagi bersuluh, tidak dapat disangkal lagi, kesinambungan ajaran Islam
yang diturunkan kepada Rasulullah SAW lebih 1,400 tahun yang lalu sentiasa mendasari
fakta ilmuan semasa dunia hari ini termasuk kemajuan Sains Teknologi.
Walakin, ramai saintis terpegun dengan ketepatan kajian dalam Al-Quran dalam
mencatatkan fakta Sains walaupun ia adalah kalam yang dilihat terasing daripada
teknologi sains pada ketika itu. Bagi memperincikan topik perbincangan ini, berikut adalah
beberapa fakta yang diperakui bertepatan dengan dapatan hasil kajian ilmu Sains yang
terkandung dalam Al-Quran.
Maksudnya:
Dan sungguh, Kami telah menciptakan manusia dari saripati (berasal) dari tanah.
Kemudian Kami menjadikannya air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim).
Kemudian, air mani itu Kami jadikan sesuatu yang melekat, lalu sesuatu yang melekat itu
Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu
tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian, Kami menjadikannya makhluk
yang (berbentuk) lain. Mahasuci Allah, Pencipta yang paling baik.
S. al-Mukminun [23]: 12–14)
" Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada setitis air mani yang
bercampur yang Kami (hendak mengujinya dengan perintah dan larangan), kerana itu Kami
jadikan dia mendengar dan melihat "
(c ) Peringkat Ketiga
Mudghah : Perkataan mudghah disebut sebanyak dua kali di dalam al-Quran iaitu surah
al-Hajj ayat 5 dan surah al-Mukminun ayat 14. Pembentukan mudghah dikatakan
berlaku pada minggu keempat
Izam Dan Lahm : Pada peringkat ini, iaitu minggu kelima, keenam dan ketujuh ialah
peringkat pembentukan tulang yang mendahului pembentukan oto-otot. Peringkat ini,
tulang belulang telah dibentuk, otot-otot akan membungkus rangka tersebut.
( e ) Peringkat Kelima
Nasy'Ah Khalqan Akhar : Pada peringkat ini, iaitu minggu kelapan, perubahan pada tahap
ini bukan lagi embrio tetapi sudah masuk ke peringkat janin. Pada bulan ketiga, semua
tulang janin telah terbentuk dengan sempurnanya Kuku-kukunya pun mula tumbuh. Pada
bulan keempat, pembentukan uri menjadi cukup lengkap menyebabkan baki pranatel bayi
dalam kandungan hanya untuk menyempurnakan semua anggota yang sudah wujud dan janin
mendapat makanan melalui uri
Dan Dialah (Tuhan) yang telah menjadikan malam, siang, serta matahari dan bulan;
tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edaran masing-masing di angkasa
lepas).
(Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan
malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-
apung di tempat edarannya masing-masing.
Dia menciptakan langit dan bumi dengan ada faedah dan gunanya yang sebenar; Ia pula
menjadikan malam melingkari siang (dengan gelapnya) dan menjadikan siang melingkari
malam (dengan cahayanya) dan Dia menjadikan matahari dan bulan beredar menurut
perintahnya, tiap-tiap satu dari keduanya, beredar untuk suatu masa yang telah
ditetapkan. Ingatlah! Dialah Yang Maha Kuasa, lagi Yang sentiasa Mengampuni.
Pada abad ke-20 seorang ahli fizik dari Rusia Alexander Friedmann dan ahli
kosmologi George Lemaitre mendapati penemuan yang mengejutkan bahawa alam semesta
tidak statik sebaliknya terus berkembang dari semasa ke semasa. Para saintis telah mengkaji
dan membuat kesimpulan bahawa planet-planet mengelilingi matahari manakala bulan
mengelilingi bumi malahan semua planet-planet dan bintang mempunyai garis peredarannya
sendiri.
Besi adalah satu unsur yang disebutkan dalam Al-Qur’an dalam surah al-Hadid, yang
bermaksud besi. Firman Allah SWT:
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti
dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci
dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan
dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal
serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian,
supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan
supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu
untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal
balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha
Kuasa.
Surah al-Hadid;25.
Maksudnya:
“Aku bersumpah dengan hari kiamat (1) Dan aku bersumpah demi jiwa yang selalu
menyesali (dirinya sendiri) (2) Apakah manusia mengira, bahwa kami tidak akan
mengumpulkan kembali tulang belulangnya (3) Bahkan kami mampu menyusun kembali
jari jemarinya dengan sempurna (4)”
( Surah Qiyamah:1-4)
Gambar foto : Cap Jari manusia adalah unik tiada satupun yang serupa
Cap jari adalah satu bukti penting dalam mengenal identiti pengenalan diri seseorang,
pasangan yang dilahirkan kembar sekalipun mempunyai cap jari tersendiri walaupun mereka
mempunyai DNA yang serupa. Selain itu, cap jari adalah satu bentuk yang kekal hingga ke
akhir hayat kecuali terdapat luka parut yang kekal. Malah, tedapat beberapa penjelasan pakar
tafsir tentang cap jari ini. Pendapat daripada Al-Qurtubi, bermula daripada
perkataan ان::::البن iaitu jari, apa yang dikatakan oleh kalangan orang Arab. Malah
kalimah بنانة menunjukkan keseluruhan jari.[2]
Jelas dan terbukti bahawa kekuasaan Allah dalam mencipta anggota fizikal manusia
terutama cap jari adalah sebuah fakta yang menarik dan ajaib. Kehebatan yang
diciptakan oleh Allah mempunyai hikmah sebaliknya. Tuntasnya, cap jari menjadi
pengenalan identiti individu untuk pengecaman diri. Juga untuk mencari jalan
penyelesaian dalam sesuatu masalah dan jenayah.
BAHAGIAN C
Bayangkan jika dunia Islam tidak memiliki tokoh-tokoh ulama’ Ulum al-Qur’an.
Bagaimanakah situasi ilmu Ulum al-Qur’an tersebut? Bincangkan secara kritis serta jelaskan
DUA cadangan menghargai sumbangan tokoh-tokoh dalam ilmu ini.
Muzium Kesenian Islam Malaysia merupakan muzium yang pertama dan terbesar di
rantau Asia Tenggara yang mempamerkan artifak kesenian Islam. Bangunan ini terletak di
Kuala Lumpur, Malaysia dan dibuka pada 12 Disember 1998. Bangunan Muzium Kesenian
Islam ini direka oleh rakyat Malaysia menonjolkan keindahan senibina Islam. Ciri-
cirinya yang unik adalah binaan lima kubah. Empat kubahnya boleh dilihat dari luar,
sementara kubah kelima hanya boleh dilihat dari dalam bangunan.
Muzium Kesenian Islam memuatkan sehingga 7000 artifak termasuk contoh kerja
logam dan seramik Islam. Muzium ini juga memiliki perpustakaan mengenai buku-buku
kesenian Islam serta buku-buku karya agung Ulama Islam tersohor. Muzium Kesenian
Islam mempunyai 12 galeri utama yang diklasifikasikan mengikut jenis artifak iaitu muzium
Galeri Quran dan Manuskrip, Galeri Seni bina Islam, Galeri India, Balai Cina, Melayu
lama Galeri Dunia serta Bilik Syria Uthmaniyah dibina semula sejak abad ke-19. Terdapat
juga paparan barang kemas, tekstil, senjata dan perisai, seramik dan kaca Islam purba .
Sekolah Islam Nur al-Azhar atau singkatannya SINAR adalah sebuah pusat
pengajian Islam yang memberikan alternatif kepada pendidikan Islam sedia ada. Sekolah
ditubuhkan atas kesedaran melahirkan sekumpulan ulama yang benar-benar
menguasai bidang pengajian Islam dan dalam masa yang sama memahami ilmu-ilmu
lain sebagai pelengkap keilmuan mereka. Masyarakat Islam Malaysia semakin berkecamuk
disebabkan oleh pelbagai kontroversi yang mencarik perpaduan umat. Ilham melahirkan
kumpulan ulama diharap menjadi solusi kepada kemelut ummat dan bertindak sebagai
sinar yang menerangi masyarakat Muslim negara ini.
Gambar foto 2 : SINAR diasaskan oleh tiga orang sahabat yang pernah
belajar di sekolah yang sama, Ma’hadul-Azhar. Dari atas Ustaz Rohidzir Rais,
Prof Madya Dr Irwan Mohd Subri dan Ustaz Mohd Zuhdi Ahmad Khasasi.
2. Falsafah : Melahirkan barisan ulamak yang menguasai multi ilmu hingga mampu
menangani kemelut ummah.
5. Silibus Pembelajaran
Silibus sekolah ini direka khas untuk melahirkan pelapis mujtahid dan melayakkan pelajar-
pelajar memasuki universiti pengajian Islam sama ada di dalam atau pun luar negara pada
umur yang muda.
Gambat foto 4 : Lokasi sekolah terletak di alamat Kompleks SINAR, Lot 863, Jalan Hj
Razak, Kg Baru Si Rusa, 71050 Port Dickson, Negeri Sembilan.
6. Tenaga Pengajar
Tenaga pengajar SINAR terdiri daripada mereka yang bergraduan daripada universiti
tempatan atau luar negara atau memiliki ilmu yang diiktiraf dan berwibawa.
Pihak lembaga pengarah sekolah mengharapkan agar usaha murni akan dimakbulkan Allah
S.W.T demi melihat kejayaaan dan kecemerlangan umat Islam akan terus tercapai
seperti zaman kegemilangan tokoh-tokoh ulama silam. SINAR beroperasi di atas sebidang
tanah seluas 2.5 ekar yang diwakafkan oleh pemilk-pemiliknya. Pada masa akan datang,
SINAR berharap untuk membangunkan tapak ini dengan fasiliti yang lebih lengkap.