Minit Mesyuarat Inklusif 2 2020

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SPSK PK 07/3

SEKOLAH KEBANGSAAN HULU BERNAM


KG BARU B, 35900 TANJONG MALIM, HULU SELANGOR

MINIT MESYUARAT INKLUSIF


BILANGAN 2 TAHUN 2020

Tarikh : 15 Januari 2020


Masa : 1.30 Tengahari
Tempat : Kelas PPKI
Kehadiran : Rujuk Lampiran Kehadiran
Tidak Hadir (Bersebab) : Rujuk Lampiran kehadiran

1. PERUTUSAN PENGERUSI

1.1 Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru yang hadir ke
mesyuarat inklusif kali ke 2 bagi sesi persekolahan 2020. Majlis dimulakan
dengan Ummul kitab Al Fatihah.

1.2 Pengerusi majlis turut menekankan berkaitan Garis Panduan PPKI MBK Edisi
2018.

1.3 Beliau juga mengharapkan agar semua guru dapat bekerjasama samada
dalam bidang akademik mahupun kokurikulum demi kecemerlangan sekolah.

Tindakan: Makluman

2 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT


2.1 Cadangan : Pn. Hafizahanim Bt A. Beni
Sokongan : Pn. Maryati Bt Ahmad

3 PERKARA-PERKARA BERBANGKIT:
3.1 Terdapat penambahan bilangan murid Inklusif seramai 4 orang menjadikan
jumlah keseluruhan murid yang terlibat dengan Inklusif adalah seramai 23
orang. Rujuk Senarai Nama Murid Inklusif 2020.
3.2 Tahun 2020 PPKI SKHB perlu mencapai 65% berbanding 55% pada tahun
2019.

4 GPK PPKI ( PN. WAN NORAWATI BT WAN OTHMAN )


4.1 Beliau mengucapkan terima kasih di atas usaha semua guru melengkapkan
Fail Pendidikan Inklusif bagi Sesi 2019.
SPSK PK 07/3

4.2 Beliau mengingatkan bahawa hasrat tuan Ketua Sektor Pendidikan Khas
untuk mewajibkan setiap PPKI mesti memasukkan murid MBK ke PPI separa
sekurang kurangnya 65% bagi tahun ini.
Tindakan : Semua guru PPKI

4.3 Beliau juga menerangkan prosedur yang perlu dilakukan oleh guru kelas
untuk memastikan PPI ini dapat berjalan dengan lancar.
Tindakan : Semua Guru Kelas PPKI

4.4 Fail Inklusif perlu dikemaskini sebaik mungkin bagi mengelakkan kelewatan
dalam proses mengemaskini maklumat murid dan juga maklumat program
inklusif ini.
Tindakan : Penyelaras Inklusif

4.5 Penyelaras juga memaklumkan kepada guru kelas untuk menukarkan status
murid dalam APDM bagi murid yang terlibat dengan program inklusif ini
dengan meletakkan “INKLUSIF SEPARA” dalam maklumat murid tersebut.
Tindakan : Semua Guru Kelas PPKI

4.6 Pastikan murid yang mengikuti PPI ini masuk ke kelas yang telah ditetapkan
mengikut jadual waktu tersebut.
Tindakan : Semua guru PPKI

4.7 Matapelajaran yang akan diikuti oleh murid inklusif ialah :


4.7.1 Pendidikan Jasmani Tahun 5
4.7.2 Pendidikan Jasmani Tahun 4
4.7.3 Pendidikan Jasmani Tahun 3
4.7.4 Pendidikan Jasmani Tahun 2

4.8 Mesyuarat Inklusif peringkat sekolah dirancang akan dilaksanakan pada


pertengahan bulan Febuari 2020.

5 HAL-HAL LAIN
5.1 Pn. Mahani bt Mansor memaklumkan akan mengumpul semua jadual waktu
tahun 2 hingga 5 aliran Perdana apabila selesai rombakan jadual waktu aliran
perdana.
SPSK PK 07/3

6. PENUTUP

6.1 Pengerusi mengucapkan ribuan terima kasih di atas kehadiran yang baik
pada hari ini. Semoga kerjasama seperti ini dapat diperkukuhkan dan
dimudahkan oleh Allah SWT.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 2.30 petang.

Tarikh : 30 Disember 2019

Disediakan oleh, Disemak Oleh,

……………………………………… ……………………………………...
(Pn. Mahani binti Mansor) (Pn. Wan Norawati Bt Wan Othman)
Penyelaras Inklusif GPK Pendidikan Khas,
SK Hulu Bernam. SK Hulu Bernam

You might also like