Penulisan Akademik Moral

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN .............................................................................................................................. 2


2.0 ISU BULI DI SEKOLAH ............................................................................................................... 2
2.1 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KES BULI ....................................................................... 2
3.0 CARA-CARA MENANGANI GEJALA BULI ............................................................................ 4
4.0 RUMUSAN ..................................................................................................................................... 6
RUJUKAN ............................................................................................................................................. 7

1
1.0 PENGENALAN
Dilema moral merupakan suatu keadaan di mana dihadapkan dua alternatif yang
terdiri daripada dua pilihan yang seimbang. Pada masa ini, terdapat banyak dilema moral di
dalam sesebuah sekolah (Campbell, 1997). Berdasarkan hal itu, dilema moral yang saya pilih
ialah masalah buli, kerana ia merupakan isu yang hangat di sekolah sehingga boleh
membimbangkan semua pihak. Menurut Kamus Dewan, Edisi Ketiga, buli boleh ditakrifkan
sebagai perbuatan mendera, mempermainkan seseorang, biasanya orang yang lemah
dengan tujuan untuk menggertak dan menakutkan orang yang berkenaan supaya dapat
menyesuaikan diri dengan suasana baru. Dengan ini, isu buli ini boleh memberi kesan negatif
terhadap pencapaian akademik murid, boleh membahayakan nyawa seseorang dan juga
boleh menjadi satu halangan besar kepada pencapaian objektif Falsafah Pendidikan
Malaysia. Penulisan ini membincangkan dilema moral di sekolah iaitu gejala buli dan cara
menangani gejala buli ini menggunakan prinsip-prinsip teori perkembangan moral yang sesuai
dan kaitannya dengan Model Insan Menyeluruh KPM.

2.0 ISU BULI DI SEKOLAH


Sebanyak 1, 054 kes buli dilaporkan di sekolah seluruh negara dari Januari sehingga
Jun tahun 2018 berdasarkan rekod daftar pelanggaran disiplin pelajar yang diterima oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia (Kosmo Online, 2019). Statistik ini menunjukkan bahawa kes
buli di sekolah semakin meningkat dan berada pada tahap yang serius. Buli boleh
dikategorikan kepada dua jenis iaitu buli fizikal ekstrim dan buli psikologi.

Buli fizikal terdiri daripada pukul-memukul menggunakan tangan atau objek kepada
mangsa dilakukan secara berseorangan dan secara beramai-ramai. Selain itu, sepak-terajang
menggunakan kaki untuk mencederakan mangsa seterusnya mengurut/memicit yang
selalunya berlaku di kalangan pelajar asrama. Membasuh pakaian, membeli makanan dengan
memeras ugut duit pelajar junior, mengugut untuk mendapatkan duit, aksesori dan
sebagainya. Buli psikologi pula dilakukan dengan mengejek kerana mempunyai nama yang
pelik, fizikal yang kecil, rupa paras yang kurang menarik, mempunyai gelaran di luar sekolah
kepada mangsa atau keluarga mangsa yang memberikan tekanan psikologi kepada mangsa.
Seterusnya, memaki hamun dengan menggunakan kata-kata lucah atau sebutan yang
menghina. Kedua-dua jenis buli ini boleh mengakibatkan mangsa dari segi fizikal dan juga
mental sehingga boleh menyebabkan kematian.

2.1 PUNCA-PUNCA BERLAKUNYA KES BULI


Terdapat beberapa punca berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar. Pertama sekali
ialah rakan sebaya yang mempengaruhi perubahan tingkah laku pelajar. Hal ini demikian

2
kerana pada masa ini pelajar lebih mengutamakan rakan sebaya yang lebih terdekat dengan
mereka. Pelajar lebih mempercayai rakan sebaya sehingga mereka mengkongsikan segala
masalah kepada rakan mereka. Gejala buli ini selalunya melibatkan sekumpulan pelajar yang
berkawan rapat yang selalunya terpengaruh untuk mengikut gejala buli dengan tekanan
daripada rakan lain yang suka membuli. Sebagai bukti, kejadian kes buli di Besut yang pada
awalnya hanya melibatkan dua murid darjah enam dan salah seorang daripadanya mengajak
rakan-rakan lain untuk turut menyerang dan membuli (Utusan Online, 2019). Jelasnya, kes
buli berlaku kerana pengaruh rakan sebaya yang tidak berdisiplin dan bermoral yang berasa
seronok melihat pelajar yang dibuli menangis atau marah kepada mereka.

Punca gejala buli yang kedua ialah sikap pelajar berkenaan yang tidak bermoral dan
juga mempunyai masalah emosi yang melampau mungkin kerana keluarga yang bermasalah
dan persekitaran yang kurang sihat. Pelajar tersebut bukannya dilahirkan dengan sifat-sifat
membuli. Tetapi, semasa perkembangan mereka mungkin seorang yang pasif, pemalu dan
lemah bersosial atau bergaul dengan orang lain. Perkara ini menyebabkan mereka
memerlukan sokongan daripada orang di sekeliling mereka. Kurang perhatian dan sikap tidak
dapat mengawal emosi menyebabkan mereka menjadi pembuli untuk mendapat sokongan
dan perhatian daripada orang lain. Menurut seorang mangsa buli, pelajar menjadi pembuli
kerana dia mempercayai bahawa membuli orang lain merupakan jalan untuk melepaskan
tekanannya dan ia juga merupakan proses keterbalikan psikologi untuk mencari perhatian
(Ruhaiza Rusmin, 2016). Menurut teori psikoanalisis Sigmund Freud, terdapat satu kompenen
dalam pemikiran manusia iaitu id (bawah sedar) iaitu tindakan yang sentiasa mencari
keseronokan dan kepuasan tanpa memikirkan kesan dan akibatnya kepada orang lain,
peraturan dan persekitaran. Teori psikoanalisis ini yang merupakan salah satu teori
perkembangan moral membuktikan bahawa sikap pelajar menjadi salah satu punca
berlakunya kes buli kerana id ini sesuatu perkara yang boleh menyebabkan murid melibatkan
diri dalam gejala buli kerana terdapat murid yang puas dan seronok dengan membuli orang
lain tanpa memikirkan kesan buruknya.

Faktor keluarga juga menjadi punca berlakunya gejala buli dalam kalangan pelajar
sekolah. Menurut Noor Afidah yang merupakan seorang pengamal keibubapaan, buli
dilakukan untuk mendapatkan perhatian daripada ibu bapa (Azmi, 2017). Hal ini jelas
menunjukkan bahawa ketidakprihatinan dan kegagalan ibu bapa dalam melaksanakan
tanggungjawab mereka menyebabkan anak-anak menjadi pembuli untuk mendapatkan
perhatian ibu bapa. Ibu bapa juga tidak membimbing anak-anak dengan betul sehingga anak-
anak tidak dapat membandingbezakan perkara yang baik dan buruk dan ini menyebabkan
anak-anak tersebut menjejak kaki ke dalam gejala buli tanpa fikiran yang rasional.
Kekurangan didikan agama oleh ibu bapa menyebabkan anak-anak tidak mempunyai belas

3
kasihan dan sifat empati. Dengan ini, murid tidak mempunyai panduan hidup yang betul untuk
mengelakkan mereka terjebak dengan gejala ini. Sebagai bukti, kes buli T. Nhaveen yang
melibatkan empat orang remaja berumur hanya 18 tahun yang telah menyeksa Nhaveen
sehingga boleh menyebabkan kematian. Kes ini menunjukkan bahawa kumpulan pembuli
tersebut tidak mempunyai didikan agama dan penghayatan nilai moral kerana perkara
tersebut ialah kejam dan hanya boleh dilakukan oleh orang yang tidak beragama. Oleh itu,
ibu bapa yang tidak bertanggungjawab dan keluarga yang bermasalah menjadi punca yang
penting berlakunya kes buli dalam kalangan pelajar.

3.0 CARA-CARA MENANGANI GEJALA BULI


Pertama sekali, gejala buli dapat ditangani melalui peraturan yang jelas dan ketat
berkaitan dengan buli. Sebelum mengetatkan peraturan di sekolah, pihak sekolah perlu
mendapatkan maklumat tentang kes buli yang berlaku di sekolah masing-masing, sama ada
bentuk psikologi atau fizikal (Salihin, 2017). Pihak sekolah boleh mengaplikasikan cara ini
dengan mengadakan soal selidik berkaitan buli dengan para murid. Dengan itu, pihak sekolah
boleh mengetahui keadaan kes buli dan memikirkan cara untuk menangani masalah tersebut.
Jika gejala buli berada dalam tahap yang serius, peraturan yang ketat perlu dilaksanakan di
mana pihak sekolah memberi denda yang berat kepada murid-murid yang menjadi pembuli.
Ini akan menyebabkan murid takut untuk melakukan buli kerana akan mendapat hukuman.
Situasi ini boleh dikaitkan dengan teori perkembangan moral behaviourisme iaitu teori
pelaziman operan Skinner yang menekankan peneguhan positif dan negatif. Di sini,
peneguhan negatif memainkan peranan penting kerana ia bermaksud rangsangan serta
merta yang tidak selesa atau menyakitkan yang diberi selepas tingkah laku ditunjukkan.
Sebagai contoh, para guru boleh menegur dan memarahi murid yang menjadi pembuli secara
berkali-kali supaya dia boleh mengubah sikapnya. Para guru juga boleh memberi hukuman
seperti membuat kerja-kerja pembersihan atau kebajikan kepada pembuatan buli di samping
amaran serta gantung sekolah juga boleh dilakukan terhadap pelajar yang melibatkan diri
dalam kes buli. Hukuman dan denda seperti ini perlu dilakukan setiap kali mereka bersalah
kerana dapat memberi kesedaran supaya tidak membuat kesalahan membuli lagi seperti
yang ditegaskan dalam teori Skinner . Oleh itu, mengetatkan peraturan iaitu memberatkan
dan berulangkan hukuman yang dikenakan atas pelajar yang melibatkan diri dalam gejala buli
dapat mengurangkan kes buli di sekolah kerana asuhan dan didikan yang dilakukan secara
berulang kali akan membolehkan kanak-kanak menguasai nilai moral yang boleh
mengelakkan mereka terlibat dalam gejala buli.

Selain itu, ibu bapa haruslah mengajar nilai-nilai moral dan membimbing anak-anak
dengan betul, selalu peka terhadap segala perlakuan mereka serta menunjukkan contoh

4
teladan yang baik kepada anak-anak mereka. Di sini, mereka boleh mengaplikasikan teori
perkembangan moral Jean Piaget (1932-1965), iaitu moral luaran. Moral luaran ini merupakan
peringkat pertama yang menekankan peraturan moral kepada kanak-kanak sehingga
mencapai umur 10 tahun. Jika menegaskan peraturan moral kepada anak-anak, mereka tentu
akan menurut arahan ibu bapa seperti tidak menyakitkan dan bergaduh dengan orang lain.
Hal ini dapat menjadi satu permulaan kepada kanak-kanak untuk menjadi orang yang
berdisiplin. Pada peringkat kedua teori perkembangan moral Jean Piaget, moral autonomous,
kanak-kanak akan cenderung tentang proses berbalik dalam kehidupan iaitu kanak-kanak
akan bertingkah laku sebagaimana mereka dilayan oleh orang lain. Dalam situasi sebegini,
ibu bapa mestilah menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak dengan sentiasa
berakhlak mulia dan menjadi orang yang disiplin. Contohnya, ibu bapa perlu menghormati
anak-anak dan sedia berkomunikasi dengan anak-anak supaya kanak-kanak akan
menunjukkan balik sifat baik tersebut. Pada masa ini juga, ibu bapa boleh menunjukkan dan
menyemai sifat empati dalam diri anak-anak, di mana ia dapat mengelakkan anak-anak
mereka menjadi pembuli pada masa hadapan. Kasih sayang daripada ibu bapa dapat
menimbulkan keyakinan diri terhadap diri remaja sekali gus mempertingkat hubungan positif
dengan rakan sebaya sehingga boleh membanteras gejala buli. Oleh itu, ibu bapa sebagai
pembimbing terbaik dalam ruang lingkup pembangunan sahsiah dan akhlak anak-anak
bermula dari rumah perlu membimbing, mendidik, mencurahkan kasih sayang, dan menjadi
contoh teladan yang baik untuk mencegah isu buli yang serius ini.

Tambahan pula, pihak kerajaan juga boleh mengambil langkah untuk mengurangkan
kes buli yang menjadi parah dalam masyarakat. Menurut Naib Pengerusi Kanan Yayasan
Pencegahan Jenayah Malaysia (MCPF), Tan Sri Lee Lam Thye, Kementerian Pendidikan
perlu memberi keutamaan kepada usaha menyemai sikap saling menghormati dalam
kalangan pelajar agar mereka menjadi sahabat yang baik, menghargai satu sama lain dan
tidak terlibat dalam aktiviti membuli dan keganasan. Dengan ini, Kementerian Pendidikan
perlu mencuba menyemai nilai murni dari segi silibus pelajaran murid dan membuat program-
program untuk mencegah gejala buli. Pihak kerajaan perlu membuat kajian mendalam Akta
Pendidikan dan peraturan yang sedia ada di sekolah untuk mengawal kejadian buli di sekolah.
Pihak kerajaan perlu mewajibkan pihak sekolah untuk mempamerkan polisi khusus mengenai
buli untuk memberi kesedaran kepada semua murid di sekolah terutama sekali pembuli untuk
menjauhkan diri daripada terlibat dalam kes buli. Pihak kerajaan juga hendaklah berkolaborasi
dengan Jabatan Pendidikan Negeri, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Lembaga Penduduk dan
Pembangunan Keluarga Negara serta Polis Diraja Malaysia untuk mewujudkan intervensi
sosial bersepadu yang boleh menangani kes buli. Pihak kerajaan boleh menganjurkan
kempen kesedaran seperti ‘Kempen Anti Buli’ untuk memberi kesedaran kepada pelajar

5
tentang kes buli. Pengiklanan tentang kes buli ini boleh diuar-uarkan melalui media massa
supaya semua pihak lebih peka terhadap pencegahan kes buli. Kementerian juga boleh
berkerjasama melalui Strategi Lautan Biru (NBOS) dengan pihak sekolah untuk
menganjurkan program-program keselamatan kanak-kanak seperti advokasi Program
Sahabat Bijak, perkhidmatan kaunseling kepada semua ibu bapa dan penjaga, kanak-kanak
bermasalah dan sebagainya. Pihak kerajaan juga perlu mengarahkan pihak polis supaya
meningkatkan kehadiran mereka di persekitaran sekolah supaya memantau kes-kes buli
daripada berlaku dan memberi kesedaran kepada murid. Menurut teori perkembangan moral
Lawrence Kohlberg (1927-1987), peringkat pertamanya ialah orientasi dendaan dan
kepatuhan yang mejelaskan bahawa kanak-kanak mematuhi peraturan dan undang-undang
kerana mengelak diri mereka daripada didenda. Oleh itu, jika pihak polis memberi ceramah
tentang hukuman yang boleh dikenakan jika melakukan kes buli, para murid tidak akan
melibatkan diri kerana takut akan dihukum. Murid juga akan mula mematuhi peraturan sekolah
dengan tidak melibatkan diri dalam gejala buli. Secara keseluruhannya, pihak kerajaan boleh
menangani gejala buli dengan pelbagai cara yang alternatif.

4.0 RUMUSAN
Sebagai kesimpulan, dilema moral yang telah dibincangkan dalam penulisan ini ialah
gejala buli yang telah menjadi kes yang perlu diberi perhatian pada masa ini. Terdapat
beberapa faktor yang menyebabkan berlakunya kes buli, terutama sekali ialah diri sendiri, ibu
bapa dan rakan sebaya. Namun, dilemma moral ini dapat dicegah jika pihak-pihak yang
penting seperti ibu bapa, sekolah dan kerajaan mengambil langkah yang sewajarnya. Teori-
teori perkembangan moral juga telah dikaitkan dengan isu buli kerana mempunyai kaitan dari
segi kemoralan dan pembentukan akhlak pelajar. Oleh itu, jika kes buli dapat ditangani
dengan cepat dan sepenuhnya maka konsep menyeluruh Kementerian Pendidikan Malaysia
yang disarankan melalui Falsafah Pendidikan Malaysia dapat dicapai. Jelasnya, murid boleh
mendapat pelajaran yang sempurna tanpa halangan dan sekolah tanpa buli dapat
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Usaha Kementerian Pendidikan Malaysia untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berakhlak
mulia juga akan berjaya jika isu buli ditangani dan dicegah secara sempurna.

6
RUJUKAN

Abdullah Zhidi, M. M. (2014). Penghantar Pendidikan Moral. Selangor: Penerbitan


Multimedia Sdn. Bhd.

Azmi, H. (2017). Perlakuan ibu bapa antara penyumbang anak jadi pembuli - perunding
keibubapaan. Kuala Lumpur: Astro Awani. Retrieved from
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perlakuan-ibu-bapa-antara-penyumbang-
anak-jadi-pembuli-perunding-keibubapaan-148978

Baharuddin, A. (1998). Teori Personaliti. Selangor : Makruf Publisher&Distributions Sdn.


Bhd.

Campbell. (1997). Administrators' decisions and teachers' ethical dilemmas : Implications for
moral agency. Leading and Managing, 245-257.

Falsafah Pendidikan Kebangsaan . (22 Jun, 2019). Retrieved from


https://www.pendidik2u.my/falsafah-pendidikan-kebangsaan/

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Falsafah Pendidikan Kebangsaan . Retrieved


from Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia:
https://www.moe.gov.my/dasarmenu/falsafah-pendidikan-kebangsaan

Kosmo Online. (2019). Cipta alat bantu guru kesan buli di sekolah. Rencana, Kuala Lumpur.
Retrieved from http://www.kosmo.com.my/k2/rencana-utama/cipta-alat-bantu-guru-
kesan-kes-buli-di-sekolah-1.830137

Nahdirsha, A. A. (26 Mac, 2018). Langkah mapan basmi kejadian buli. (L. L. Thye,
Interviewer) Kosmo Online. Retrieved from https://www.kosmo.com.my/k2/rencana-
utama/langkah-mapan-basmi-kejadian-buli-1.634869

Ruhaiza Rusmin, N. H. (25 Januari, 2016). Pengalaman menakutkan. Retrieved from


https://www.hmetro.com.my/node/109973

Salihin, O. (6 Ogos, 2017). Menangani gejala buli. Retrieved 28 Ogos, 2019, from
https://www.pendidik.com.my/2017/08/06/menangani-gejala-buli/

Utusan Online. (2019). Rasa tidak puas hati punca kes buli. Berita, Besut. Retrieved from
https://www.utusan.com.my/berita/wilayah/terengganu/rasa-tidak-puas-hati-punca-
kes-buli-1.841667

7
LAMPIRAN

You might also like