Refleksi Projek Amal Di SK Taman Tasik Jaya Seremban

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Refleksi Projek Amal di SK Taman Tasik Jaya Seremban

Pada 5 April 2018, kami telah melawat ke SK Taman Tasik Jaya Seremban untuk menjalani
suatu projek amal yang bertujuan untuk memotivasi murid-murid dan menyerapkan nilai-nilai
moral kepada murid-murid di sekolah. Selepas itu, kami telah mengadakan satu sesi refleksi
untuk mengenalpasti kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman (SWOT) yang terdapat
dalam projek ini.

Antara kekuatan yang terdapat dalam projek ini ialah kami telah mengadakan
persediaan yang rapi dengan melaksanakan beberapa sesi perjumpaan untuk merancang
aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan di sekolah. Kami telah berancang untuk mengadakan sesi
ice breaking, sesi persembahan, sesi pemaianan kumpulan dan sesi refleksi untuk murid-
murid. Semua aktiviti yang kami rancangkan telah berjaya menyemaikan nilai-nilai murni pada
murid-murid seperti nilai bekerjasama, nilai berani dan nilai tolenrasi. Dalam mesyuarat yang
kami adakan, kami juga telah berbincang berkaitan dengan peralatan-peralatan yang
diperlukan bagi menjalani aktiviti-aktiviti di sekolah supaya boleh membuat persediaan awal.
Pada hari tersebut, semua aktiviti dijalankan dengan lancar. Hal ini demikian kerana kami
telah membahagikan tuags-tugas dengan adil dan sistematik. Semua orang menjalankan
aktiviti-aktiviti dengan penuh semangat, amanah dan bertanggungjawab. Selepas menjalani
semua aktiviti di sekolah, kami berpendapat bahawa aktiviti yang dirancangkan sesuai dengan
tahap murid-murid. Mereka dapat melaksanakan semua aktiviti dengan sempurna.

Walau bagaimanapun, terdapat juga kelemahan yang ada dalam projek ini.
Perancangan kewangan yang kurang memuaskan merupakan kelemahan utama yang kami
dapati dalam sesi refleksi kami. Kami telah mengutip wang sebayank RM5 sebagai kos untuk
membeli peralatan yang diperlukan seperti hadiah dan makanan serta minuman. Kami telah
membeli bilangan hadiah yang terlebih iaitu bilangan bungkusan gula-gula yang terlau banyak.
Kami juga telah menempah bilangan makanan yang terlebih. Perkara-perkara tersebut
merupakan pembaziran yang tidak patut kami lakukan. Bagi memperbaiki kelemahan ini, kami
hendaklah mennguruskan pembelian hadiah dan makanan serta minuman dalam bilangan
yang sesuai dan mencukupi supaya tidak berlakunya pembaziran. Selain itu, semasa kami
menjalankan aktiviti di sekolah, kami tidak dapat mengawal murid-murid sehingganya
keadaan menjadi huru-hara dan agak membisingkan guru lain yang sedang mengajar di kelas.
Kami haruslah mengaplikasikan cara kawalan murid yang telah dipelajari di kuliah untuk
memastikan keadaan murid semasa aktiviti dijaankan adalah terkawal. Terdapat juga guru
pelatih yang tidak melibatkan diri dengan sepenuhnya dalam aktiviti atas tanggungjawab yang
telah diberikan kepada mereka. Mereka duduk bersembang dan tidak mempedulikan aktiviti
yang sedang dijalankan. Mereka sepatutnya ditegur oleh pensyarah untuk mengelakkan
perkara ini daripada terus berlaku.
Di samping itu, projek ini telah memberi peluang kepada murid-murid untuk
mempelajari nilai-nilai murni melalui aktiviti yang dijalankan. Murid-murid dapat mempelajari
nilai-nilai murni seperti nilai bekerjasama, nilai tolenrasi dan nilai berani melalui aktiviti yang
disertai. Nilai-nilai murni ini dapat menbantu mereka untuk menghadapi cabaran dalam
kehidupan seharian. Peluang yang baik juga dibekalkan kepada para guru pelatih. Guru
pelatih berpeluang untuk berinteraksi dengan murid-murid di sekolah. Guru pelatih telah
banyak mempelajari teori kanak-kanak tetapi tidak mempunyai peluang untuk
mengaplikasikannya. Dengan adanya projek ini, maka guru pelatih dapat mengaplikasikan
hasil pembelajaran melalui aktiviti yang dijalankan. Sebagai contoh, mereka dapat
menggunakan strategi untuk menarik minat para murid untuk melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti yang disediakan. Bukan itu sahaja, guru pelatih juga dapat menimba
pengalaman untuk mengadakan aktiviti di luar kampus. Mereka melibatkan diri secara aktif
dalam proses penyediaan, pelaksanakan dan menyediakan laporan dalam projek ini. Dengan
adanya pengalaman ini, maka kemahiran kepimpinan para guru pelatih dapat dipertingkatkan
dan ini membawa manfaat kepada kerjaya mereka.

Terdapat juga ancaman dalam pelaksanaan projek ini. Yang pertama, murid tidak
dapat untuk menghadiri kelas biasa yang sepatutnya mereka hadiri. Hal ini berkemungkinan
akan menyebabkan ketinggalan isi kandungan pembelajaran yang patut dipelajari. Yang
kedua, murid-murid akan berlaku kecederaan semasa menjalankan aktiviti pemaianan yang
dilaksanakan di luar bilik darjah. Hal ini patut diberi perhatian oleh semua guru pelatih kerana
mereka bertanggungjawab terhadap keselamatan murid-murid.

Tuntasnya, projek amal ini banyak memberikan manfaat kepada murid-murid dan juga
guru pelatih. Diharapkan projek ini dijadikan pengalaman yang amat bermakna kepada semua
pihak dan aktiviti seperti haruslah banyak dianjurkan.
KEKUATAN KELEMAHAN
- persediaan yang rapi dengan
mengadakan perjumpaan untuk
merancang program-program -perancangan kewangan yang
yang akan dijalankan dengan tidak memuaskan.
peralatan yang diperlukan -keadaan yang tidak terkawal
-pembahagian kerja yang semasa mengadakan aktiviti.
sistematik dengan melibatkan - terdapat guru pelatih yang
semua orang tidak melibatkan diri
-aktiviti yang dirancang sesuai sepenuhnya semasa
dengan tahap murid-murid mengadakan aktiviti di
sekolah.
-aktiviti dapat meyerapkan nilai
murni

PELUANG
ANCAMAN
- murid berpeluang mempelajari
nilai-nilai murni melalui aktiviti - murid tidak dapat untuk
yang dijalankan menghadiri kelas biasa.
-guru pelatih berpeluang untuk - murid-murid berlaku
berinteraksi dengan murid-murid kecederaan semasa menjalani
- guru pelatih dapat menimba aktiviti.
pengalaman untuk mengadakan
aktiviti di luar kampus.

You might also like