Kaedah Projek
Kaedah Projek
Kaedah Projek
Definisi
Projek adalah satu kaedah yang mana pelajar menjalankan sesuatu
eksperimen atau aktiviti didalam situasi yang sebenar dan menghasilkan
sesuatu (Ee. A.M. 1997)
Ia merupakan sesuatu aktiviti dijalankan oleh pelajar didalam atau diluar bilik
darjah dan mereka belajar melalui proses menghasilkan sesuatu
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
Ciri-ciri Penting
Ciri-ciri Penting
1.
4.
.5.
Kaedah lawatan
Kaedah Lawatan adalah satu kaedah pengajaran dan pembelajaran yang boleh
memberi kesempatan kepada murid-murid untuk memerhati dan menghasilkan
suatu perasaan yang lain dari yang lain mengenai sesuatu perkara atau keadaan
secara langsung di luar bilik darjah. Di samping itu, ia juga dapat menimbulkan
kesedaran, keinsafan dan perasaan tanggungjawab. Nilai moral yang diterapkan
lebih berkesan melalui kaedah ini. Tempat yang sesuai dilawati adalah seperti
kawasan sekolah, taman bunga, taman strawberi, air terjun, zoo negara, akuaria
KLCC tempat pembuangan sampah, rumah kebajikan, tempat rekreasi dan
sebagainya.
Garis panduan melaksanakan program lawatan mempunyai 3 fasa iaitu
sebelum, semasa dan selepas lawatan. Lawatan itu hendaklah mempunyai
objektif yang perlu dicapai. Sebelum lawatan, guru meninjau dan memilih tempat
yang sesuai dengan nilai moral yang hendak di tekankan.kemudian guru
menyediakan panduan mengenai perkara yang perlu di beri perhatian.
Penerangkan perkara-perkara yang perlu di beri perhatian perlu ditekankan
kepada murid. Kemudian guru mendapatkan kebenaran ibu bapa murid.
Semasa lawatan guru memberi taklimat kepada murid. Guru hendaklah
sentiasa memandu dan mengawasi murid semasa bergerak. Selepas lawatan,
guru bersama murid-murid membuat rumusan mengenai apa yang dilihat dan
nilai-nilai yang mereka perolehi. Guru menerapkan nilai-nilai tambahan dengan
apa yang dilihat.
Lawatan dapat menyediakan pengalaman secara langsung kepada murid.ia
juga merupakan variasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Pembelajaran juga lebih berkesan kerana menggunakan pelbagai deria.
Kaedah lawatan dapat digunakan adalam pendidikan islam dan moral. Bagi
pendidikan islam, guru boleh membawa murid ke kawasan Cameron Highland
iaitu melawat ladang teh dan strawberi. Pasti mereka teruja dengan nikmat
pemberian Tuhan. Murid boleh dibekalkan kertas rekod pemerhatian dan boleh
mengambil gambar untuk dimasukkan ke dalam buku skrap. Selain itu mereka
boleh melawat pusat orang kurang upaya untuk menyedarkan diri supaya
bersyukur dan berusaha ke arah kejayaan. Jika orang kurang upaya dapat
berjaya, murid-murid juga boleh berjaya.
Manakala pendidikan moral, murid boleh dibawa melawat pusat
pembuangan sampah. Andaikan mereka hidup dalam keadaan kotor sebegitu,
adakah mereka sanggup. Akibat rasa tidak selesa dan busuk dengan keadaan itu,
maka mereka harus menjaga kebersihan diri dan alam sekitar.
1.6.
Kaedah projek
Teknik ini memberi peluang kepada murid mempelajari sesuatu perkara melalui
penglibatan diri secara langsung dalam aktiviti pembelajaran sama ada
dilaksanakan dalam bentuk kumpulan mahupun individu. Aktiviti projek adalah
aktiviti yang melibatkan murid merasai sendiri pengalaman pembelajaran iaitu
secara hands-on dan minds-on. Aktiviti ini dapat di jalankan secara membuat
pemerhatian dalam atau luar bilik darjah. ini termasuk mencari, mengumpul dan
menganalisis sesuatu maklumat.
Antara langkah-langkah yang harus diikuti dalam kaedah projek ini adalah guru
menerangkan mengenai nilai yang hendak diperkukuhkan. Guru menentukan
jenis projek yang sesuai mengikut kebolehan murid-murid dari segi fizikal dan
mental. Kemudian, guru menerangkan bagaimana sesuatu projek itu di jalankan.
Guru dan murid menentukan kumpulan kerja. Pengawasan murid dilakukan oleh
guru secara terbimbing semasa aktiviti berlangsung. Kemudian hasil murid
dikumpul dan dipamerkan serta dinilai. Rumusan akhir dan refleksi diadakan di
akhir aktiviti.
Kaedah projek dapat melibatkan diri murid dalam perancangan dan
menghasilkan rancangan mereka serta menerapkan nilai kerjasama dan
bertanggungjawab.
Dalam pendidikan islam, kaedah projek dapat dijalankan seperti aktiviti
membuat buku skrap tentang alam sekitar ciptaan Tuhan. Guru boleh meminta
murid menghimpunkan daun-daun kering dan gambar-gambar bunga, binatang,
air terjun dan benda-benda ciptaan Tuhan. Kemudian tampal dan label dalam
buku skrap.
Selain itu, guru boleh meminta murid membersihkan dan menjaga
taman sains. Ini sebagai salah satu usaha menerapkan nilai cintakan alam
pemberian Tuhan kepada manusia.
Dalam pendidikan moral pula, guru boleh meminta murid membersihkan
bilik darjah secara beramai-ramai. Murid juga boleh mengumpul dan menampal
gambar peminpin dan Raja dalam buku skrap.