Komponen Penyoalan
Komponen Penyoalan
Komponen Penyoalan
man murid. Membimbing murid menggunakan kaedah inkuiri-penemuan untuk membuat kesimpulan atau menyelesaikan sesuatu masalah yang kompleks. Menarik perhatian murid supaya menumpukan perhatian mereka kepada aktiviti pengajaran guru atau kepada sesuatu penegasan. Menilai keberkesanan pengajaran guru dan pencapaian objektif pelajaran. Membantu murid mengulangkaji pelajaran untuk menyediakan diri dalam ujian yang akan datang. Menjalin perhubungan yang baik diantara guru dengan murid melalui aktiviti soal jawab. Membantu murid mengukuhkan konsep dan kefahaman yang baru dipelajari pada peringkat akhir pelajaran. Mengembangkan daya pemikiran murid melalui satu siri soalan yang terancang. Melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. PRINSIP-PRINSIP PENGGUNAAN KEMAHIRAN MENYOAL. 1. Pembentukan Soalan Aras soalan sesuai mengikut umur,kebolehan dan pengalaman murid Merancang jenis-jenis soalan yang berkaitan Gunakan istilah dan perkataan yang mudah difahami Bentuk soalan diubah dari masa ke semasa. Soalan haruslah boleh menjana pemikiran murid.
2. Teknik Mengemukakan Soalan Guru mengemukakan soalan, berikan masa untuk murid berfikir dan sebut nama murid. Soalan haruslah ditujukan kepada seluruh kelas, bukan untuk murid yang cerdas sahaja. Bagi memastikan murid fokus, minta mana-mana murid untuk mengulang kembali jawapan rakan mereka. Beri amaran kepada murid-murid bahawa soalan akan dikemukakan sekalu sahaja dan minta mereka bersedia mendengar. 3. Penerimaan Jawapan Murid. Beri pujian kepada murid yang berjaya menjawab soalan dengan betul. Guru hendaklah mengelakkan amalan mengulangi jawapan murid kerana ini akan menggalakkan murid lain tidak mendengar jawapan yang diberi oleh rakan mereka sebaliknya menunggu ulangan daripada guru. Jika jawapan kurang tepat, minta murid lain cuba menjawab atau guru boleh memberi maklumat tambahan untuk melengkapkan jawapan. Jika murid tidak dapat menjawab soalan, guru perlu membantu dengan mengubah aras soalan lebih rendah. Larang murid untuk menjawab soalan beramai-ramai. Jangan memarahi atau memalukan murid jika jawapan yang diberikan salah.
Kesan Kemahiran Penyoalan kepada P&P 1. Murid akan melibatkan diri secara aktif dalam P&P 2. Menambah minat murid dan mendorong mereka menumpukan perhatian 3. Daya pemikiran murid dapat diperkembangkan. 4. Guru boleh membuat penilaian terhadap tahap pemahaman murid. 5. Perhubungan murid dan guru akan bertambah baik. Murid lebih yakin untuk bertanya sebarang soalan mengenai pelajaran. KOMPONEN KEMAHIRAN MENYOAL a) Penbentukan Soalan a) Fokus (Tunggal) jelas, tepat, ringkas b) Fokus (Pelbagai) - Soalan yang ditumpukan kepada satu idea, Soalan konvergen c) Sebaran - Soalan ditumpukan lebih kepada satu idea, Soalan divergen. d) Hentian - soalan disebarkan kepada seluruh kelas. e) Melayani Jawapan - memberi masa kepada murid memikirkan jawapannya f) Memberi petunjuk menjawab - Memberi pujian, Melengkapkan jawapan, Membaiki jawapan. g) Memberi petunjuk menjawab - Memberi petua atau petunjuk untuk membantu murid. 4.VARIASI RANGSANGAN Prinsip Variasi Ransangan Perubahan kaedah dan teknik penyampaian guru hendaklah dikaitkan dengan tujuan dan isi pelajaran Perubahan aktiviti pengajaran haruslah lancar dan dikaitkan dengan langkah-langkah penyampaian di antara satu sama lain Penggunaan alat bantu mengajar untuk mempelbagaikan pengalihan saluran deria haruslah dirancang dan disampaikan dengan teknik yang berkesan. Setiap langkah penyampaian haruslah mengandungi aktiviti pengajaran yang berbeza dengan langkah penyampaian yang lain. Guru harus mengubah rangsangan berdasarkan maklum balas yang didapati daripada pelajarnya. Objektif Variasi Ransangan Memberi peluang kepada pelajar menggunakan berbagai saluran deria untuk memperoleh ilmu. Memotivasi dan membangkitkan naluri ingin tahu melalui pelbagai aktiviti pengajaran guru. Memberi peluang kepada pelajar menikmati pelbagai aktiviti yang dijalankan. Mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang positif dan seronok. Memusatkan perhatian pelajar dan mengekalkan perhatian mereka terhadap pengajaran guru. Melibatkan pelajar secara aktif dalam berbagai pengalaman baru dalam pembelajaran.
Komponen Variasi Ransangan Komponen perubahan pergerakan langkah guru. Guru bergerak ke kiri dan kanan, belakang dan depan semasa mengajar. Pergerakan langkah guru perlu dilakukan secara perlahan supaya tidak mengganggu P&P dan tumpuan kanak-kanak. Komponen perubahan fokus deria murid. Perhatian kanak-kanak akan berubah apabila guru mengubah cara mengajar dengan menggunakan BBM. Komponen perubahan pergerakan anggota guru. Guru juga boleh menggunakan bahagian anggota badan yang lain contohnya tangan untuk menegaskan penerangan dan penyampaian. Komponen perubahan nada suara guru. Guru tidak hanya menggunakan suara yang mendatar tetapi perlu mengubah nada suara mengikut kepentingan bahan pengajaran. Komponen perubahan bentuk lisan murid. Kanak-kanak boleh dilibatkan secara lisan contohnya penggunaan bahasa. Komponen perubahan bentuk fizikal murid. Perubahan bentuk fizikal murid seperti lakonan, menulis, dan simulasi
Kesan Variasi Ransangan Aktiviti P&P akan menjadi lebih seronok & menarik. Minat dan perhatian murid akan tertumpu sepenuhnya terhadap aktiviti pengajaran guru. Naluri ingin tahu pelajar akan dibangkitkan dan mereka berusaha melibatkan diri secara aktif. Murid berpeluang menggunakan pelbagai saluran deria untuk mempelajari sesuatu. Masalah disiplin dapat dikawal apabila pelajar menumpukan sepenuh perhatian terhadap aktiviti pengajaran guru.