1.0 Pengenalan: Flying Fox Menuju Kepada Dimensi Kendiri, Aktiviti Gotong-Royong Menuju Kepada Dimensi

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 23

1.

0 PENGENALAN

Program Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program luar bilik darjah yang melibatkan semua
guru pelatih Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan Sem 5. Pada 28 Jun 2018 hingga 2 Julai
2018, saya dan rakan-rakan saya sebagai guru pelatih PISMP Sem 5 telah menjalani Program
Bina Insan Guru (BIG) selama 5 hari 4 malam bagi Siri Pertama. Program Bina Insan Guru
bertujuan untuk memantapkan pembinaan jati diri, sifat kepimpinan, semangat kerja berkumpulan,
kebolehan sosialisasi antara ahli kumpulan yang berlainan kaum dan budaya serta memupuk
semangat positif kepada keadaan persekitaran. Program BIG juga diharapkan dapat melahirkan
guru-guru pelatih yang mempamerkan daya ketahanan dan kekuatan fizikal, mental, emosi,
rohani, dan sosial melalui penglibatan dalam aktiviti-aktiviti yang telah dirancangkan.

Program BIG menjejak langkah ke arah pembinaan dan pembentukan insan guru yang
memang berkualiti. Ia selaras dengan Model Konseptual Pendidikan Guru yang dibina
berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG)
(Bahagian Pendidikan Guru, 2003). Model Konseptual Pendidikan Guru membahagikan
akauntabiliti guru kepada tiga dimensi utama, iaitu kendiri, kemasyarakatan dan ketuhanan (Zaini,
Mohmad, Ikhsan, Norila, Abu Bakar & Abdul Talib, 2013). Contohnya, aktiviti rakit dan aktiviti
flying fox menuju kepada dimensi kendiri, aktiviti gotong-royong menuju kepada dimensi
kemasyarakatan serta aktiviti tazkirah atau moral yang menuju kepada dimensi ketuhanan. Oleh
yang demikian, program BIG dapat menjelmakan ketiga-tiga dimensi kendiri, kemasyarakatan
dan ketuhanan dengan berkesan. Program ini juga dapat memperkasakan penguasaan
kemahiran baharu, penghayatan nilai serta membina kekuatan dan ketahanan diri guru (Institut
Pendidikan Guru, 2011).

1
2.0 LAPORAN REFLEKSI PROGRAM BINA INSAN GURU SIRI 1/2018

Setiap pagi, semua guru pelatih akan menjalankan rutin seperti menyanyi lagu kebangsaan, lagu
patriotik, lagu IPDA dan lagu “Kami Guru Malaysia”. Ketika berada di IPDA, kami disuruh balik ke
Dewan Sri Banai dengan cara kawad kaki selepas istiadat menaikkan bendera. Seterusnya kami
akan menikmati sarapan pagi yang disediakan oleh rakan ajk makanan dalam masa yang
dihadkan.

Program Bina Insan Guru kami telah dilaksanakan di beberapa tempat seperti Dewan Sri
Banai Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman, Teluk Senangin Perak dan Sekolah
Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin. Sebelum Program BIG bermula, kami telah membuat
beberapa kali mesyuarat bersama Tuan Mohd Sidek bin Muhamad untuk memastikan barang-
barang yang diperlukan telah disediakan dengan cukup. Mesyuarat ini juga mengingati kami
tentang perkara yang perlu diberi perhatian serta membolehkan kami mengetahui bahan-bahan
yang perlu dibawa sepanjang aktiviti BIG. Selain itu, guru pelatih BIG siri 1 telah dibahagikan
kepada empat kumpulan yang berbeza. Kumpulan ini bertujuan merancang aktiviti-aktiviti latihan
dalam kumpulan yang akan dijalankan pada aktiviti interaksi profesional bersama-sama pihak
sekolah di sekolah-sekolah yang ditentukan selepas mendapat kebenaran daripada Guru Besar.

2.1 HARI PERTAMA (28 JUN 2018)

Pada hari pertama, semua guru pelatih dikehendaki mendirikan khemah untuk kumpulan
masing-masing dengan berkolaborasi. Apabila khemah disiap separuh, kumpulan saya
mendapati salah satu alatan besi khemah yang diperolehi adalah rosak dan tidak dapat
digunakan lagi. Oleh itu, kumpulan saya terpaksa untuk membuka khemah yang dibina dan
ditukarkan dengan khemah yang baru. Walaupun proses pemasangan khemah kumpulan kami
menghadapi cabaran, namun atas kerjasama yang diberikan oleh setiap ahli kumpulan, khemah
kami telah dibina dengan kuat dan teguh. Selepas memasang khemah, kami diminta berkumpul
di tapak perhimpunan Dewan Sri Banai untuk menyemak barang-barang keperluan sepanjang
program BIG yang disuruhi satu demi satu. Bagi sesiapa yang tidak membawa barang yang
dikehendaki, mereka akan dihukum untuk berjongkok sebanyak 50 kali.

Pada tengah hari itu, saya telah dilantik untuk menjadi pembantu memasak. Saya telah
belajar cara untuk memasak di luar dapur yang biasa digunakan seperti pantri asrama atau dapur
di rumah kerana kami sebanyak lima orang yang bertugas perlu memasak makanan untuk 70
orang guru pelatih dan termasuk makanan bagi jurulatih-jurulatih yang membimbing kami.
Dengan itu, saya tidak dapat memerhati cara dan teknik jurulatih dan guru pelatih lelaki

2
memasang tali flying fox. Sebelum ini, saya pernah menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN), namun saya tidak berpeluang untuk menjalankan aktiviti flying fox kerana tali yang
dipasang sebagai anchor telah menjadi semakin longgar dan agak membahayakan. Walaupun
pada permulaannya saya berasa agak gementar dan ragu terhadap keselamatan anchor yang
dipasang, namun saya juga berasa amat gembira dan tidak bersabar-sabar untuk mencuba dan
menunggu giliran bermula kerana akhirnya saya dapat menjalankan aktiviti flying fox. Selepas
saya menjalani flying fox, saya berasa lebih berkeyakinan dan berani untuk menjalankan aktiviti
sedemikian serta teringin-ingin untuk mencuba bagi kali kedua, tetapi saya menghilangkan idea
ini kerana masih terdapat banyak guru pelatih yang belum mencuba. Pada malam hari tersebut,
semua guru pelatih telah bekerjasama untuk mengangkat barang-barang yang perlu dipindah ke
Chalet Teluk Senangin pada hari seterusnya.

2.2 HARI KEDUA (29 JUN 2018)

Ketika kami sampai di pantai Teluk Senangin Perak, kami telah diminta untuk berdiri
dalam kumpulan rakan sebilik untuk mengambil kunci bilik dan meletak barangan peribadi kami.
Selepas itu, kami bekerjasama untuk menurunkan barang-barang yang terdapat dalam lori seperti
alatan dapur, pelampung, paip PVC, jaket keselamatan (BA), dan sebagainya. Pada petang
tersebut, jurulatih telah memimpin kami menjalankan persediaan aktiviti sebelum kami
memulakan aktiviti rakit hari keesokan, iaitu teknik pemakaian BA yang betul, cara
mengapungkan diri menggunakan BA, cara mengendalikan peralatan di air dengan teknik yang
betul, latihan di air yang cetek untuk meningkatkan keyakinan dalam air dan sebagainya. Contoh
latihan apungan adalah mengapungkan diri dalam air serta membengkongkan kaki dan melihat
ke arah lutut untuk bangun semula (Sazarimma, 2018).

Semasa menjalankan aktiviti keyakinan dalam air, Puan Chong Sook Khim telah
mendemonstrasikan cara apungan berlaku dahulu, barulah kami cuba mengapungkan diri
dengan pelbagai variasi yang disuruh sambil memegang tangan sehingga kami berkeyakinan
untuk melakukan bersendirian. Latihan ini dapat menguji ketahanan mental, fizikal dan keyakinan
diri dalam air dengan berkesan terutamanya guru pelatih yang mempunyai pengalaman yang
tidak baik terhadap air dan takut pada air. Setelah latihan ini dijalankan, kami berasa lebih berani
dan yakin terhadap aktiviti rakit yang akan dilaksanakan di laut seterusnya. Pada malam sebelum
berlakunya aktiviti rakit, kami telah diminta untuk memasang rakit menggunakan batang paip PVC
dan pelampung dengan cara ikatan yang telah dipelajari pada Sem 3 dalam kumpulan yang telah
ditentukan. Tuan Yusri B Yusoff telah memberi tunjuk ajar tentang cara mengikat rakit dengan
teknik yang betul supaya kami tidak berasa keliru dan membazirkan masa untuk memasang rakit

3
yang tidak berkualiti. Walaupun setiap ahli kumpulan sudah letih setelah menjalankan pelbagai
aktiviti sepanjang hari tersebut, tetapi semua orang masih menunjukkan kerjasama yang tinggi
untuk menghasilkan rakit bersama-sama.

2.3 HARI KETIGA (30 JUN 2018)

Pada hari ketiga, semua guru pelatih telah dibahagikan kepada dua kumpulan. Kumpulan
pertama akan menjalankan aktiviti rakit dahulu sementara kumpulan kedua akan menjalankan
aktiviti khidmat komuniti, iaitu gotong-royong. Saya telah ditempatkan kepada kumpulan kedua,
justeru saya dengan rakan-rakan kumpulan kedua telah menjalankan aktiviti gotong-royong pada
pagi tersebut. Jurulatih telah mengiringi kami untuk berjalan sepanjang tepi pantai. Semasa
berjalan balik ke chalet, kami dikehendaki mengutip sampah yang berada di pantai dengan plastik
sampah yang telah diberikan. Namun, saya berasa sedih dan tidak berdaya kerana sampah sarah
di sepanjang pantai itu adalah terlalu banyak dan kami hanya berupaya untuk mengumpul
sebahagian daripadanya. Oleh itu, kami memutuskan bahawa kami mestilah menanamkan
kesedaran murid kami untuk menjaga kebersihan dan mencintai alam sekitar pada masa kami
mengajar walaupun hanya dengan cara memasukkan bahan kitar semula di tong kitar semula.

Kumpulan kedua bermula aktiviti rakit pada waktu petang. Kami berasa amat kecewa dan
tidak berpuas hati kerana diberitahu perlu membina satu kumpulan yang baharu dan mesti
memilih rakit yang dipasangkan oleh kumpulan lain. Ombak laut pada petang itu sangat besar.
Kumpulan saya mengalami dugaan yang besar kerana ikatan rakit pilihan kumpulan kami telah
menjadi longgar. Kami terpaksa mengangkat rakit itu balik ke pantai dan mengikat semula rakit
tersebut. Salah satu jurulatih, Tuan Khairu Nuzul @ Mohd Khairul Nuzul Hassan telah
menghulurkan bantuan kepada kami dengan mengajar kami cara ikatan yang lebih tahan dan
kuat. Kumpulan saya telah menghabiskan banyak masa untuk mengikat semula rakit tersebut.
Semua ahli kumpulan berasa sangat penat, tetapi kami tidak berputus asa dan berusaha untuk
mengikat rakit. Setelah kami selesai mengikat semula rakit, kami cuba sekali lagi untuk merakit.
Namun, hasilnya membuat kumpulan saya kecewa kerana kami tidak dapat merakit ke tempat
yang ditetapkan. Walau bagaimanapun, saya tetap berasa bersyukur dan terharu disebabkan
bantuan Tuan Khairul Nuzul @ Mohd Khairul Nuzul Hassan dan ahli-ahli sekumpulan yang tidak
mudah berputus asa, malah saling memberi sokongan dan dorongan yang positif antara satu
sama lain serta terus usaha sampai ke waktu terakhir. Dalam aktiviti rakit ini, saya berasa kesian
kerana tiada peluang untuk melompat laut di tengah laut seperti rakan-rakan kumpulan lain
kerana aktiviti lompat laut bersama rakan-rakan sangat seronok, bermakna dan akan
meninggalkan kenangan yang mendalam. Melalui pengalaman yang diperolehi dalam aktiviti rakit

4
ini, saya telah mengetahui betapa pentingnya untuk memperolehi rakan sekumpulan yang
sanggup memberi kerjasama, sentiasa berfikiran positif dan tidak mudah putus asa dalam
menjayakan sesuatu aktiviti, hasil kerja ataupun program yang memerlukan semangat
berpasukan yang tinggi.

2.4 HARI KEEMPAT (1 JULAI 2018)

Pada hari keempat, semua guru pelatih dikehendaki memimpin senamrobik sekurang-
kurangnya 2 atau 3 minit untuk sekumpulan sehari sebelumnya. Kumpulan saya adalah kumpulan
yang pertama untuk memimpin guru pelatih lain menjalani aktiviti senamrobik. Sebelum kami
memulakan senamrobik, kami dikehendaki untuk menutupkan mata kami dengan kain anduh atau
baju. Ia bertujuan untuk menguji ingatan semua ahli kumpulan terhadap pergerakan yang
dirancang supaya tidak menimbul keadaan ahli kumpulan yang bergantung terhadap pemimpin
yang dipilih semata-matanya. Pada permulaannya, saya berasa malu kerana saya tidak
mengingati sepenuhnya pergerakan yang dirancang. Selain malu, saya juga berasa agak marah
kerana kami tidak diberitahu awal perlu menutupkan mata semasa senamrobik dijalankan.
Namun selepas perasaan berikut berlalu, saya mula berasa tidak kisah kerana dalam seumur
hidup kami pastilah akan diketawa oleh orang lain, tetapi selagi kami tidak mempedulikan
pandangan orang lain, kami akan hidup dengan lebih bebas dan tidak terikat. Selepas makan
pagi, kami diminta untuk membuat persiapan untuk menjalankan aktiviti kembara. Kami telah
menjalankan aktiviti kembara di bukit yang berdekatan dengan chalet setelah taklimat ringkas
tentang keselamatan dan peraturan yang perlu dipatuhi sepanjang tempoh pendakian.

Ketika mendaki bukit tersebut, semua guru pelatih menunjukkan semangat kolaborasi
yang tinggi. Hal ini dapat dibuktikan apabila guru pelatih di depan yang mendapati adanya daun-
daun yang berduri akan memperingatkan guru pelatih lain yang berada di belakang supaya
berhati-hati apabila melalui kawasan tersebut. Sebenarnya, bukit tersebut senang didaki, namun
terdapat beberapa kawasan yang lebih mencabar kerana ianya curam dan tanah di tempat
tersebut agak lembut. Dengan cabaran-cabaran ini, kami telah menghabiskan banyak masa
untuk memastikan semua guru pelatih adalah selamat barulah kami meneruskan perjalanan kami.
Bukan itu sahaja, tanda jalan untuk menurun bukit juga hilang. Oleh itu, jurulatih terpaksa untuk
mencari jalan menurun bukit. Namun begitu, kami tetap menurun bukit tersebut dengan selamat
pada akhirnya. Selepas kami balik ke chalet, kami telah menjalankan aktiviti gotong-royong
membersihkan chalet tersebut, mengemaskan barang keperibadian kami dan juga mengangkat
semula semua barang yang dibawa ke dalam lori.

5
2.5 HARI KELIMA (2 JULAI 2018)

Pada hari terakhir Program BIG, kumpulan saya telah menjalankan aktiviti interaksi
profesional bersama sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin. Kami telah
membuat beberapa siri mesyuarat bagi menubuhkan satu organisasi untuk menguruskan
program ini. Kami juga telah merancang beberapa aktiviti latihan dalam kumpulan (LDK) dan
memastikan masa pelaksanaaan setiap aktiviti. Melalui Interaksi Profesional Bersama-sama
Pihak Sekolah, kami dapat mengenal keupayaan diri dalam pengurusan tingkah laku murid dan
mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperolehi. Salah satu aktiviti LDK
adalah aktiviti “Roda Impian” yang dijalankan dengan memerlukan kerjasama murid dalam
kumpulan untuk melipat dan melekat surat khabar sehingga dapat menampung semua orang
dalamnya. Berdasarkan keadaan sebenar, saya rasa agak kecewa kerana kami tidak dapat
mengawal tingkah laku semua murid dengan baik. Dengan itu, pensyarah yang menyelia telah
memberi nasihat dan cadangan penambahbaikan terhadap kami. Sebelum meningalkan SK
Sultan Ahmad Tajuddin, saya berasa terharu kerana semua murid memberi salam kepada kami
walaupun kami hanya berkenalan untuk beberapa jam.

Ketika balik ke Dewan Sri Banai dan siap makan tengah hari, kami disuruh untuk
meruntuhkan khemah, membersihkan khemah dan menyimpan khemah kumpulan masing-
masing ke dalam tempat khas Whitehouse. Apabila semua khemah sudah selesai dilipat dan
disimpan, kami bergotong-royong membersihkan kawasan perkhemahan seperti mengutip
sampah, mengemaskan tempat memasak dan sebagainya. Selepas itu, kami telah dibahagikan
kepada beberapa kumpulan untuk menjalankan aktiviti refleksi bersama jurulatih masing-masing.
Jurulatih kumpulan saya adalah Tuan Khairul Nuzul @ Mohd Khairul Nuzul Hassan. Beliau
mendorong kami untuk mengucapkan pandangan kami tentang program BIG sepanjang lima hari
empat malam ini serta cadangan penambahbaikan yang boleh menjadikan program ini lebih
menarik dan menyeronokkan. Sebelum program BIG siri 1 menamat, guru-guru pelatih telah
mengambil gambar dengan semua jurulatih sebagai kenangan hari kemudian.

6
3.0 ANALISIS SWOT

Program BIG mempunyai beberapa kekuatan yang telah ditunjukkan melalui aktiviti-
aktiviti yang dijalankan. Nilai-nilai keguruan dapat dipupuk melalui pelaksanaan program ini.
Contoh nilai-nilai keguruan yang dapat diterapkan dalam diri guru pelatih adalah seperti semangat
kerjasama antara guru pelatih yang berlainan kaum dan agama dalam menjalankan kerja secara
berkumpulan, meningkatkan keyakinan diri guru pelatih serta membuang perasaan malu guru
pelatih kerana setiap orang dikehendaki untuk memimpin aktiviti senamrobik dengan menutupkan
mata. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah sangat bersesuaian untuk menguji daya ketahanan,
meningkatkan keyakinan diri dan tahap keberanian guru-guru pelatih kerana bukannya semua
guru pelatih boleh berenang dan berani untuk ke tengah lautan di atas sebuah rakit. Selain itu,
semua guru pelatih juga menunjukkan komitmen yang tinggi, bersikap sabar, bertolak ansur
antara satu sama lain dan tolong-menolong semasa menjalankan aktiviti-aktiviti BIG dan
bertanggungjawab atas amanah yang diberikan. Hal ini dapat dilihat kerana ajk yang
bertanggungjawab telah menyediakan kemudahan dan alat-alat keselamatan yang diperlukan
selengkapnya serta menyemak beberapa kali barang-barang yang disimpan di atas lori sebelum
kami bertolak ke Teluk Senangin Perak bagi mengelakkan perkara kecemasan atau keciciran
barang berlaku. Di samping itu, jurulatih-jurulatih program BIG yang membimbing kami amat
berpengalaman dan sentiasa memberi tunjuk ajar jika kami menemui sebarang kesusahan.
Apabila kami mendapati kekurangan tentang sesuatu aktiviti, jurulatih akan mendengar cadangan
penambahbaikan daripada kami dengan penuh sabar dan hati terbuka pada sesi refleksi aktiviti.

Walaupun aktiviti-aktiviti BIG yang dirancang amat menyeronokkan, namun kami rasa
aktiviti yang mencabar tersebut boleh diperbanyakkan lagi. Hal ini demikian kerana aktiviti yang
dijalankan tidak berapa padat seperti aktiviti flying fox yang dijalankan pada hari pertama. Ramai
guru pelatih berasa bosan atas sebab masa menunggu yang agak lama. Salah satu kelemahan
lagi adalah pemilihan tempat tinggal yang tidak sesuai kerana air yang dibekalkan di Chalet Teluk
Senangin terlalu kecil dan kadang-kala tiada air menyebabkan guru-guru pelatih membazirkan
banyak masa untuk menunggu giliran untuk mandi dan mencuci jaket keselamatan selepas
menjalankan aktiviti air. Masa menunggu yang panjang ini telah mengakibatkan guru pelatih tidak
dapat menepati masa yang ditetapkan untuk menjalankan aktiviti seterusnya. Ketika aktiviti
kembara dijalankan pula, tali yang disediakan hanya ada satu. Tali yang dibawa sepatutnya lebih
daripada dua untuk mempercepatkan perjalanan mendaki bukit dan mengelakkan masa
digunakan hanya untuk menunggu semua orang melepasi sesuatu tempat yang curam. Jaket

7
keselamatan yang disediakan juga tidak sesuai untuk sesetengah guru pelatih kerana jaket
keselamatan adalah terlalu besar untuk mereka.

Bukan itu sahaja, program BIG telah menyediakan peluang kepada semua guru pelatih
untuk mencuba aktiviti mencabar yang tidak pernah dihadapi, justeru melahirkan guru yang tabah
menghadapi dugaan dan cabaran. Kami akan memupuk sikap sabar, mempunyai mental yang
baik dan fleksibel dalam mencari jalan yang berbeza untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Satu
lagi peluang yang saya dapat perhatikan adalah kami boleh berkenalan, berinteraksi dan
bekerjasama dengan masyarakat setempat. Melalui program BIG juga, kami dilatih untuk
menyesuaikan diri dalam keadaan atau kawasan yang tidak biasa atau meninggalkan zon
keselesaan seperti Chalet Teluk Senangin yang mempunyai banyak lalat dan kucing. Kami yang
sudah berpengalaman dengan tempat yang lebih mencabar dapat bersiap sedia pemikiran diri
bahawa kami mungkin akan menerima tawaran untuk ditempatkan di kampung atau pedalaman.
Dengan itu, kami dapatlah menyesuaikan diri tanpa mengira di mana kami berada pada masa
hadapan.

Program BIG telah menghadapi beberapa ancaman ketika aktiviti-aktiviti dilaksanakan.


Semasa aktiviti rakit dijalankan pada waktu petang, ombak laut menjadi semakin kuat dan agak
mencabar terhadap guru pelatih yang merakit. Cuaca sebegini seharusnya tidak boleh
menjalankan aktiviti rakit bagi menjamin keselamatan guru-guru pelatih. Selain itu, ketika aktiviti
interaksi profesional bersama sekolah dijalankan di dewan terbuka Sekolah Kebangsaan Sultan
Ahmad Tajuddin, tiba-tiba angin bertiup kencang dan hujan turun dengan lebat. Ini telah
menyebabkan aktiviti “Roda Impian” dijalankan dengan susah kerana murid-murid perlu melipat
surat khabar dan melekatkannya bersama.

Bagi menyempurnakan lagi program BIG ini, saya memberi cadangan penambahbaikan
bahawa kedua-dua aktiviti abselling dan aktiviit flying fox boleh dijalankan serentak supaya masa
tidak dihabiskan dengan hanya menunggu dan berbual-bual. Jaket keselamatan yang disediakan
untuk menjalankan aktiviti keyakinan dalam air dan aktiviti rakit perlu bersesuaian dengan semua
guru pelatih untuk memberi keyakinan kepada guru-guru pelatih bahawa mereka adalah selamat
apabila berada dalam laut selepas memakai jaket keselamatan. Dengan itu, mereka akan berani
dan yakin untuk menjalankan aktiviti air. Tali yang disediakan untuk aktiviti kembara juga perlu
banyak kerana bilangan guru pelatih yang mendaki bukit adalah ramai dan terdapat beberapa
kawasan di bukit tersebut agak curam. Satu cadangan penambahbaikan lagi adalah pemilihan
tempat menjalankan program BIG perlu dipertimbangkan dengan lebih teliti kerana saya rasa

8
Chalet Teluk Senangin tidak strategik untuk program BIG. Hal ini demikian kerana bekalan air
chalet tersebut sentiasa tidak mencukupi dan kadang-kalanya langsung tiada.

4.0 KESIMPULAN

Program BIG diharapkan dapat melahirkan insan guru yang memang berkualiti dan mempunyai
pengetahuan dan ketrampilan profesional yang tinggi serta ciri dan kualiti sahsiah yang terpuji
(IPGM, 2011). Berdasarkan pemerhatian saya terhadap sikap semua guru pelatih yang menyertai
Program BIG Siri 1, semua daripada kami berasa amat hargai, bangga dan gembira kerana kami
telah mendapat pengalaman yang tidak akan dilupakan. Program BIG yang bertujuan untuk
melahirkan guru yang berakhlak mulia, mempunyai ketahanan fizikal dan mental yang tinggi,
bermanfaat terhadap masyarakat dan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan
(FPK) dan nilai-nilai keguruan telah berjaya mencapai objektifnya dalam tempoh lima hari empat
malam ini. Hal ini dapat dibuktikan kerana bagi guru pelatih yang sebelumnya memang fobia
dengan air, mereka mula suka dan menikmati aktiviti-aktiviti air seperti aktiviti rakit. Aktiviti rakit
ini memerlukan keberanian dan kerjasama yang rapat antara ahli sekumpulan. Ia dapat
meninggalkan kenangan yang tidak ternilai harganya. Sekiranya tiada program BIG, kami tidak
berpeluang untuk menjalankan aktiviti yang begitu mencabar dengan rakan sebanyak 70 orang
serta jurulatih-jurulatih yang membimbing. Melalui program ini juga, pelbagai nilai-nilai murni
berjaya disemaikan dalam diri setiap guru pelatih secara tidak langsung seperti semangat
setiakawan, tolak ansur, hati terbuka, sikap kolaboratif dan bertanggungjawab antara guru pelatih
telah berjaya dipupuk. Contohnya, kami telah menghasilkan rakit bersama-sama. Secara tidak
langsung, hubungan kami makin bertambah rapat. Selepas program BIG, saya berharap dapat
menyertai kem yang semiripnya tetapi kem tersebut boleh diperbanyakkan lagi aktiviti fizikal dan
aktiviti air yang mencabar dan seronok.

9
5.0 RUJUKAN

Bahagian Pendidikan Guru. (2003). Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) Sekolah Rendah.
Malaysia: Kementerian Pendidikan Malaysia. Dimuat turun pada Julai 22, 2018, daripada
https://www.teachersrock.net/KPLIr.pdf.

Institut Pendidikan Guru. (2011). Panduan pelaksanaan dan modul program bina insan guru
program pensiswazahan guru sekolah rendah. Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Institut Pendidikan Guru Malaysia. (2011). Panduan/jadual pelaksanaan bina insan guru
(program ijazah sarjana muda perguruan). Malaysia: Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sazarimma. (2018). Cara belajar berenang yang betul (apungkan diri dalam air). Dimuat turun
pada Julai 22, 2018, daripada https://mediamaklumat.com/cara-belajar-berenang/

Zaini Bin Abdullah, Mohmad Noor Bin Mohmad Taib, Ikhsan Bin Othman, Norila Binti MD Salleh,
Abu Bakar Bin Yusuf & Abdul Talib Bin Mohamed Hashim. (2013). KPF3012 Perkembangan
Pendidikan di Malaysia: Falsafah dan Dasar. Perak: Univerisiti Pendidikan Sultan Idris.

10
6.0 LAMPIRAN

HARI PERTAMA (28 JUN 2018)

Gambar menunjukkan keadaan semasa penyemakan barang-barang keperluan.

Gambar menunjukkan guru pelatih berkolaborasi memasang khemah masing-masing.

11
Gambar menunjukkan ajk makanan.

Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang sedang mendengar taklimat pemakanan sihat
sebelum makan tengah hari.

12
Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang mendengar taklimat keselamatan sebelum
menjalankan aktiviti flying fox.

Gambar menunjukkan langkah perlindungan untuk menjalankan aktiviti flying fox.

13
Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang mengangkat barang-barang keperluan ke atas
lori.
HARI KEDUA (29 JUN 2018)

Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang sedang berkawad kaki.

14
Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang sedang menjalankan aktiviti Malaysia Cergas.

Gambar menunjukkan Chalet Teluk Senangin, Perak.

15
Gambar menunjukkan guru-guru pelatih berkerjasama menurunkan barang-barang di atas lori.

Gambar menunjukkan pantai Teluk Senangin, Perak.

16
Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang menjalankan aktiviti Senamrobikdi pantai Teluk
Senangin, Perak.

Gambar menunjukkan guru-guru yang sedang menjalankan aktiviti keyakinan air.

GgAM

17
Gambar menunjukkan jurulatih yang sedang mengajar guru-guru pelatih tentang cara-cara
memegang dan menggunakan dayung dengan betul.

Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang sedang bekerjasama memasang rakit.

18
HARI KETIGA (30 JUN 2018)

Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang sedang menerima taklimat daripada Tuan Sidek
sebelum menjalankan aktiviti 788gotong-royong.

Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang sedang menjalankan aktiviti rakit.

19
HARI KEEMPAT (1 JULAI 2018)

Gambar menunjukkan aktiviti Senamrobikdi pantai Teluk Senangin, Perak.

Gambar menunjukkan guru-guru pelatih yang sedang mendaki bukit.

20
Gambar semasa aktiviti kembara.
HARI KELIMA (2 JULAI 2018)

Gambar menunjukkan guru-guru pelatih kumpulan keempat yang menjalankan aktiviti interaksi
profesional bersama sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.

21
Gambar menunjukkan guru-guru pelatih kumpulan keempat yang menjalankan aktiviti interaksi
profesional bersama sekolah di Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin.

Gambar menunjukkan murid-murid Sekolah Kebangsaan Sultan Ahmad Tajuddin dengan guru-
guru pelatih kumpulan keempat.

22
Gambar menunjukkan semua guru pelatih siri 1 bersama jurulatih sebelum menamatkan
Program BIG Siri 1.

23

You might also like