Esei Pai
Esei Pai
Esei Pai
Pengakuan Pelajar
Saya mengaku bahawa kerja kursus ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.
Tanda tangan Pelajar : Tarikh : 15 /3/2020
Pengesahan Pelajar
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki
dan fahami.
Peranan itu wanita sebagai ibu di dalam system kekeluargaan bukanlah semata-
mata untuk menjaga makan-minum, kesihatan dan keselesaan hidup anak-anak tetapi juga
yang terpenting ialah untuk mendidik, mengasuh dan membimbing. Ini kerana kesan kepada
didikan pada anak-anak itu akan memberikan manfaat kepada diri, keluarga, masyarakat
dan Negara secara keseluruhannya. Sesungguhnya watak, keperibadian anak-anak
terletak sebahagian besar di atas isi dan cara pendidikan yang diberikan oleh ibu bapa. Di
dalam hal ini Rasulullah s.a.w dalam hadisnya mengatakan: “Tiap-tiap anak Adam itu
dilahirkan dalam keadaan fitrah sehingga kedua ibubapanyalah yang akan menjadikannya
seorang Nasrani, Yahudi ataupun Majusi.” (Al-Hadis). Kisah hidup isteri Rasulullah SAW
iaitu Khadijah RA boleh dicontohi di mana Khadijah RA memenuhi hidupnya dengan
perjuangan isteri yang mendampingi suami, iaitu Rasulullah SAW dalam perjuangan
menegakkan Islam, sekali gus berusaha menjadi penenang ketika Baginda diuji. Beliau
bukan saja penasihat, bahkan perawat yang menenangkan Rasulullah SWT, selain sentiasa
memahami masalah dan situasi dihadapi Baginda. Di samping itu, Asiyah yang juga isteri
Firaun yang terkenal sebagai pemerintah zalim dan kejam tetapi akidah serta imannya teguh
terhadap Allah SWT, sekali gus terus menjaga kemuliaan diri dengan akhlak baik dan
terpuji.
Bagi setiap ibu, memelihara dan mendidik anak dengan sebaik-baiknya adalah
kebaktian yang besar terhadap agama, nusa dan bangsa. Sebaliknya mensia-siakan
pendidikan dan pemeliharaan anak, bererti mereka telah merosakkan negara. Ini kerana
kerosakan batin manusia itulah yang menjadi pokok pangkal kerosakan negara (Razak et
al., 2007). Menurut Ayu Nantri (2003), pengaruh ibu yang turut mendidik anak-anak lebih
besar berbanding dengan hanya peranan guru di sekolah. Sebagai contoh kita lihat sejarah
kejayaan Thomas Edison iaitu pencipta pertama mentol di dunia. Pada suatu hari, Edison
disuruh pulang dengan sehelai kertas yang tercatat “too stupid to be taught”. Bagaimana
perasaan seorang ibu apabila melihat anaknya dilabelkan sedemikian rupa oleh gurunya.
Cinta dan kasih seorang ibu kepada anak semakin mendalam dan dengan hati yang suci
murni, ibu berusaha mengajar anaknya itu. Akhirnya Thomas Edison telah mencipta nama
sebagai seorang pencipta mentol. Napolean Bonaparte pernah menyebut bahawa didikan
ibu yang bijaksana merupakan jambatan emas yang akan dilalui oleh anak dalam menuju ke
pantai yang bahagia.
Kedudukan tinggi yang telah Islam berikan kepada golongan wanita tidak bererti apa-
apa sekiranya kewajipan-kewajipan yang tertentu terhadap rumah tangga dan anggota
masyarakat tidak ditunaikan. Kedudukan dan kemuliaan wanita inilah menjadi faktor asas
dalam melahirkan keluarga yang bahagia. Menurut Bahterra dan Zarrina (2008), keluarga
bahagia ialah keluarga yang ahlinya sihat, hidup dalam suasana gembira, bersikap saling
hormat menghormati serta terpelihara dari segala perkara negatif dalam aspek kehidupan.
Pembentukan keluarga yang bahagia sebenarnya memerlukan penyertaan dan kerjasama
semua ahli rumah. Tamsilnya, peranan wanita yang bertindak sebagai isteri dan ibu adalah
paling penting. Tanpa mereka, perkembangan insan akan terhenti, keindahan hidup tidak
akan dirasai, segala-galanya akan menjadi pincang.
Dalam Islam, nilai-nilai kerohanian ini akan memandu dan membimbing manusia
dalam segala aktiviti dan tindakannya. Nilai-nilai moral ini menjadi garis panduan yang
membataskan tindakan hawa nafsu manusia. Manusia tidak perlu mengikut hawa nafsu
untuk menentukan arah tindakannya. Pendidikan anak-anak di rumah menjadi dasar utama
pendidikan sebelum memasuki alam persekolahan. Sekiranya pendidikan dasar ini tidak
kukuh, pendidikan di sekolah turut mempunyai kesan. Untuk menjadi didikan jiwa yang
berjaya, ibu dan bapa seharusnya memiliki ilmu pengetahuan bagi memastikan anak-anak
mereka sentiasa berjaya dan maju ke hadapan. Dalam usaha memupuk kesedaran
pendidikan ini, ibu bapa juga perlu terlebih dahulu mengkaji dan melihat semula suasana
pembelajaran yang telah disediakan kepada anak-anak di rumah. Mendidik jiwa ini bererti
menanam akhlak atau pokok kesucian batin ke dalam hati anak-anak (Ahmad et al., 2008).
Proses didikan jiwa ini juga memerlukan masa yang panjang dan berterusan. Hasil yang
diinginkan juga tidak dapat dilihat dalam tempoh masa yang singkat.
Menurut Abdul Rahman (2003), proses pendidikan jiwa bermula seawal anak-anak
dalam kandungan ibu lagi. Dalam tempoh ini, ibu perlu memelihara kesucian akhlak diri
secara zahir dan batin seperti menghindarkan perasaan marah, benci, kesal, takut dan
perkara-perkara negatif (mazmumah) yang lain. Ibu perlu biasa membaca ayat suci al-
Qur’an, menjaga pemakanan, muzik yang menenangkan, memerhati keindahan alam
semulajadi. Ibu juga merlu menajamkan minda anak yang berada dalam kandungan itu
dengan memperbanyakkan aktiviti berfikir tentang berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Suami
isteri yang hidup rukun dan damai, saling menyenangkan dan menggembirakan dengan
perasaan tulus dan ikhlas akan menikmati kebahagiaan hidup yang sebenarnya (Jasmi et
al., 2008). Mereka perlu saling memahami. Hasilnya berbahagialah anak-anak yang
mempunyai ibu bapa yang sedemikian. Perasaan inilah yang akan menyuburkan sifat-sifat
mulia dalam jiwa anak-anak.
Menurut Saari et al. (2006), lelaki dan wanita mempunyai peranan yang tersendiri
umpamanya lelaki bertanggungjawab mencari rezeki manakala wanita ditugaskan untuk
menguruskan rumah tangga. Namun, terdapat wanita yang keluar rumah untuk bekerja bagi
membantu meringankan kewangan keluarga disebabkan masalah yang berlaku terhadap
suami seperti sakit atau kepakaran wanita tersebut amat diperlukan dalam mengembangkan
potensi masyarakat maka mereka dikehendaki menjaga syarat dan batasan yang ditetapkan
oleh syarak. Justeru, pekerjaan dan peranan wanita yang paling utama dalam segenap
generasi adalah sebagai ibu dan isteri yang mentadbir dan menguruskan rumahtangga
dengan cemerlang Justeru, apabila seseorang wanita memilih untuk bekerja di luar rumah
maka tanggungjawab mereka yang hakiki tidak boleh diabaikan sama sekali.
Wanita bekerja mestilah mampu menyelaras di antara tugas luar rumah dengan
tugas di dalam rumah tangga seperti mentaati suami, memelihara dan membesarkan anak-
anak dalam suasana yang baik. Isteri Rasulullah SAW iaitu Khadijah r.a telah menjadi bukti
bahawa wanita juga mampu menceburi bidang ekonomi dan menyumbangkan ke
kesejahteraan negara. Khadijah binti Khuwailid adalah seorang tokoh wanita yang suci dan
seorang mukminah yang telah berjuang membela agama dan berjihad pada jalannya
dengan segala harta yang dimilikinya. Dalam peristiwa ketika kaum Quraisy memulaukan
orang muslim secara politik, ekonomi dan sosial, Khadijah turut bersama suaminya dan
teguh dalam mempertahankan keimanannya. Bahkan dalam masa pemulauan ini, Khadijah
mengeluarkan segala yang dimilikinya untuk meringankan beban yang menimpa orang
muslim, melapangkan orang fakir muslim (‘Abd alHamid Hindāwiyy t.th: 382)
3.0 Kesimpulan
Abdul Rahman Ghazali. (2003). Fiqh Munakahat. Jakarta: Siri Buku Daras.
Ahmad, Selmah, Bushrah Basiron, Mohd Ismail Mustari, & Kamarul Azmi Jasmi. (2008).
Peranan Wanita dalam Berdakwah. Wanita dalam Dakwah dan Pendidikan, 141-160.
Bahtera Alias, & Che Zarrina Sa’ari. (2006). Islam dan Emansipasi Wanita. Kuala Lumpur:
Penerbit Universiti Malaya.
Jasmi, Kamarul Azmi, Mohd Ismail Mustari, & Azhar Muhammad. (2008). Wanita dalam
Dakwah dan Pendidikan. Johor Bahru: Penerbit UTM Press.
Putu Ayu Nantri. (2003). Perempuan dan Politik. Diakses pada Februari 10, 2020 daripada
https://ojs.unud.ac.id/index.php/srikandi/article/view/2752
Razak, Ratna Roshida Abd, & Nik Haslinda Nik Hussain. (2007). Peranan institusi keluarga
dalam penjanaan bangsa bertamadun. Jurnal Kemanusiaan, 5(1).
Saari, Che Zarrina, & Joni Tamkin Borhan. (2006). Peranan Wanita dalam Pengukuhan
Akidah Umat Islam. Jurnal Usuluddin, 23, 35-50.