KONSTRUKTIVISME
KONSTRUKTIVISME
KONSTRUKTIVISME
KONSTRUKTIONISME
KECERDASAN PELBAGAI
Kecerdasan pelbagai boleh dibahagikan kepada lapan kecerdasan
utama. Antaranya ialah kecerdasan linguistik , matematik,
visualisasi, kinestetik, muzik, interpersonal, intrapersonal dan
eksistensial. Terdapat lapan kecenderungan potensi seseorang dan
guru bertindak sebagai fasilitator dan mentor untuk mengenal pasti
kecerdasan pelbagai (Haward Garner, 1983). Ciri kecerdasan visual
ialah kemampuan seseorang itu untuk mengesan dan mengambar
bentuk, ruang, warna dan garisan. Kebolehan ini dapat
menghasilkan suatu persembahan idea dalam bentuk visual dan
raunag secara grafik.
MODEL ADDIE
Dick and Carry (1990) telah mengembangkan idea merancang sistem pembelajaran
dengan model ADDIE yang berlandaskan teori behaviorisme. Istilah ADDIE adalah
akronim bagi Analysis, Design, Development, Implementation dan Evaluation. Model
ADDIE terdiri daripada lima peringkat yang memandu kepada pembentukan modul
reka bentuk sesuatu modul pengajaran dan pembelajaran. Menurut Steven J. McGriff
(2000) setiap unsur atau tahap ini tidak semestinya mengikut satu pola berurutan,
yang mana output bagi sesuatu tahap akan menjadi input kepada tahap yang
berikutnya.
Analysis
Design
Formative Evaluation
Development
Implementation
Summative Evaluation
KBAT
KBAT didefinisikan sebagai penggunaan potensi minda untuk menangani cabaran
baru (Onosko & Newmann, 1994). Kemahiran ini memerlukan individu melalui suatu
proses memahami , menterjemah, menganalisis dan memanipulasi maklumat.
Manakala definisi KBAT menurut Azizah (2012) adalah penilaian tentang sesuatu
data maklumat yang memerlukan murid menggunakan kemahiran membanding,
membeza, menyusun atur, mengelas dan mengenalpasti sebab dan akibat.
RUMUSAN
Secara rumusan, kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji keberkesanan visualisasi
dalam sains melalui penghasilan flip book dalam aktiviti pembelajaran. Kajian ini
menggunakan ADDIE dalam membentuk strategi pengajaran di dalam bilik darjah.
Kajian turut melihat peningkatan dalam kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) ,
penguasaan konsep sains dan keseronokkan yang wujud semasa kaedah digunakan.
Malahan, dapatan daripada kajian ini dapat memberi maklumat kepada guru
mengesan masalah lain dan halangan yang dihadapi oleh pelajar dalam proses
pembelajaran. Pengesanan masalah yang dibuat memberi pilihan kepada guru untuk
mengambil tindakan bagi mengatasi masalah dan seterusnya meningkatkan
pencapaian pelajar serta mewujudkan pembelajaran yang lebih menarik.
RUJUKAN
Dick, W. & Cary, L. (1990), The Systematic Design of Instruction,
Third Edition, Harper Collins