BAB 7 - Sumber Istilah BM

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

BAB 7: SUMBER ISTILAH BAHASA MELAYU

Pada akhir bab ini, pelajar-pelajar akan dapat:


 Menjelaskan tentang sumber istilah bahasa Melayu;
 Mengetahui perbendaharaan kata umum, kata bahasa serumpun, kata
bahasa asal, penyerapan istilah asing, dan pembentukan istilah daripada
pelbagai bidang.

7.1 Pengenalan
Bab 1: Semantik dalam Bahasa Melayu
7.2 Perbendaharaan Kata Umum
Bahasa Melayu Bab 2: Makna Leksikal dalam Bahasa
7.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Melayu
Serumpun Bab 3: Makna Ayat dalam Bahasa Melayu
7.4 Perbendaharaan Kata Bahasa
Asal Bab 4: Perubahan Semantik
7.5 Penyerapan Istilah Asing Bab 5: Peristilahan Bahasa Melayu
7.6 Pembentukan Istilah Pelbagai Bab 6: Peribahasa Bahasa Melayu
Bidang
Bab 7: Sumber Istilah Bahasa Melayu
7.7 Cabaran Pembentukan Istilah
Bab 8: Perkamusan
Bab 9: Istilah Singkatan dan Lambang
KESIMPULAN
RINGKASAN Bahasa Melayu
RUJUKAN

1
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

7.1 PENGENALAN

Topik ini akan menerangkan tentang sumber istilah Bahasa Melayu. Ini berdasarkan
perbendaharaan kata umum Bahasa Melayu, perbendaharaan kata serumpun, perbendaharaan
kata bahasa asal , penyerapan istilah asing, bentuk – bentuk istilah (ungkapan) asing yang
tetap dan pembentukan istilah pelbagai bidang.

 KERANGKA TAJUK-TAJUK

7.2 Perbendaharaan Kata Umum Bahasa Melayu

Soal peristilahan amat penting, sebab di dalam pembinaan bahasa, usaha perluasan kosa kata
atau istilah merupakan peringkat yang menentukan keefisienan bahasa itu (S.T. Alisjahbana,
1975.). Kemampuannya mengungkapkan sebarang konsep atau proses di dalam ilmu
pengetahuan adalah ukuran muktamad sama ada bahasa itu sudah cukup terbina menjadi
bahasa moden untuk kepentingan sesebuah masyarakat moden.

Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu
termasuk kata dari dialek atau bahasa lama. Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah
itu hendaklah memenuhi syarat yang berikut;

 Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan atau ciri yang
dimaksudkan.

2
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

 Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada sekelompok sinonim).
Contoh:
Hospital dan rumah sakit, dipilih hospital
Fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi

 Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.

7.3 Perbendaharaan Kata Bahasa Serumpun

Istilah juga boleh dibentuk daripada perbendaharaan kata bahasa serumpun dengan bahasa
Melayu sekiranya tidak terdapat istilah yang diperlukan daripada bahasa Melayu,

Contoh – contoh seperti:

 gambut (daripada bahasa Banjar) – peat


 nyeri (daripada bahasa Sunda) – pain
 engkabang (daripada bahasa Iban) – ellipenut
 dermaga (daripada bahasa klasik) – wharf
 dening (daripada dialek Kelantan) – yoke

7.4 Perbendaharaan Kata Bahasa Asal

Sekiranya istilah yang diperlukan tidak terdapat daripada bahasa Melayu dan bahasa
serumpun dengan bahasa Melayu maka bolehlah diambil kata-kata daripada bahasa asal atau
bahasa asing. Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam
bahasa sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi
bahasa Melayu. Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling
internasional dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada
istilahnya dalam bahasa Inggeris.

3
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

Contoh – contoh seperti yang berikut:

Istilah Bahasa Asal Istilah Bahasa Melayu

 Atom  Atom
 Electron  Elektron
 Professional  Profesional
 Psychology  Psikologi
 Structure  Struktur
 Radio  Radio
 Television  Televisyen
 Radiography  Radiografi

7.5 Penyerapan Istilah Asing

Istilah asing boleh dipinjam atas dasar;


 Sesuai maknanya;
 Lebih singkat daripada terjemahan bahasa Melayunya;
 Istilah asing yang diserap itu mempermudahkan penyelarasan, sekiranya istilah
bahasa Melayunya mempunyai banyak sinonim.

a) Bentuk-Bentuk Serapan

Kata yang diambil daripada bahasa asing terdiri daripada bentuk akar atau terbitannya. Hal
ini bergantung pada:

 Konteks situasi dan pemakaiannya di dalam ayat;


 Kemudahan belajar bahasa; dan
 Kepraktisan.

Pada prinsipnya diambil bentuk tunggal contohnya, spectrum (spektrum) kecuali kalau
bentuk jamaknya yang lebih biasa dipakai.

b) Istilah Asing yang sudah lazim

Istilah asing yang sudah lama digunakan boleh terus dipakai walaupun ada kalanya istilah
berkenaan tidak sesuai dengan peraturan. Hal ini dilakukan untuk menjauhkan kekacauan dan
kekeliruan.

4
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

Contoh – contoh seperti :

Istilah Asing Istilah Bahasa Melayu

 Campaign  Kempen
 Custom  Kastam
 Dengue  Denggi
 Grant  Geran
 Pension  Pencen

c) Ejaan Istilah (Ungkapan) Asing yang Tetap

Istilah asing atau ungkapan tertentu yang sebutan dan ejaannya kekal dalam semua bahasa,
digunakan juga dalam bahasa Melayu dengan syarat diberi garis bawah atau dicetak miring.

Contoh:
a. bona fide
b. esprit de corps
c. fait accompli
d. weltanschauung
e. cal de sac

1. Nyatakan dari mana sumber istilah bahasa Melayu itu diperoleh?

2. Bahaskan mengapa ungkapan atau bahasa asing amat diperlukan dalam


perkembangan bahasa Melayu di Malaysia?

5
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

7.6 Pembentukan Istilah Pelbagai Bidang

Pembentukan istilah telah berjalan selama lebih kurang 30 tahun. Daripada dua buah
jawatankuasa untuk Jawatan dan Perjawatan yang terbentuk dalam tahun 1956 (Laporan
DBP 10 Tahun), bilangannya telah bertambah menjadi 28 buah jawatankuasa pada hari ini.
Ada pula jawatankuasa di universiti-universiti untuk menampung keperluan masing-masing.
Dalam kiraan yang dilakukan terhadap semua istilah yang tercipta untuk bahasa Malaysia
setakat ini, sebanyak 186,000 buah istilah telah dibentuk (Hassan Ahmad, 1982: 533 DBP).
Ternyata jumlah ini adalah banyak, sedangkan (Kamus Dewan 1970) hanya mempunyai
28,000 kata masukan, bahkan yang perlu untuk pertuturan asas hanyalah 800 patah kata saja,
seperti yang digunakan dalam Kamus Sukarelawan Amerika. Walau bagaimanapunbukan
semua istilah ini perlu diketahui oleh semua orang. Istilah khusus dalam seseuatu bidang itu
hanya perlu diketahui oleh sarjana berkenaan saja. Untuk menjamin istilah yang dibentuk
tidak bercanggah anatara satu sama lain, maka diadakan pula Jawatankuasa Penyelarasan
Istilah. Keseluruhan usaha ini dibimbing oleh Jawatankuasa Tetap Bahasa Malaysia yang
diuruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka.

Walau bagaimanapun, ternyata ada masalah di antara istilah yang dicipta itu dengan istilah
sekolah dan universiti. Guru baru lepasan universiti menggunakan istilah baru dan
menyebabkan pelajar sekolah merasa binggung. Guru baru juga menghadapi masalah kerana
terpaksa menyesuaikan diri dengan istilah sekolah dan buku teks. Sebenarnya masalah ini
tidak akan berpanjangan. Ini adalah masalah peralihan. Memang pelajar masih bertanya-tanya
sama ada mahu memakai jangkasuhu atau termometer, oksijan atau oksigen, saikologi atau
psikologi. Masalah ini harus akan hapus apabila buku teks yang tercetak memakai istilah baru
secara selaras dan konsisten. Walau bagaimanapun, istilah-istilah ini amat khusus dan bukan
untuk penggunaan orang ramai, tetapi memadailah kalau hal tersebut diambil berat oleh
orang yang berkenaan saja. Misalnya istilah kimia memang hanya melibatkan ahli-ahli kimia
sahaja. Orang lain, ahli seni bina misalnya tidak terlibat dalam peristilahan kimia tersebut.

Dalam peristilahan ini, satu perkembangan baru telah timbul dengan adanya kerjasama antara
Indonesia dan Malaysia. Memang telah menjadi hasrat DBP dan direstui oleh rakyat
Malaysia supaya bahasa Malaysia itu diselaraskan dengan bahasa Indonesia. Kerjasama ini
telah lama berjalan dan satu langkah yang lebih formal telah dilakukan pada tahun 1972
apabila Majlis Bahasa Indonesia Malaysia (MBIM) dibentuk. Dengan ini terbukalah saluran
untuk kerjasama yang lebih rapat dan teratur. Majlis ini telah menghasilkan pedoman
pembentukan istilah dan pedoman ejaan baru. Kerjasama dalam penyelarasan istilah di antara
kedua-dua negara ini sedang licin berjalan. Setakat ini sudah banyak bidang istilah yang telah
dibincangkan dan diselaraskan. Sememangnya perlu disedari bahawa persamaan 100% dalam
bidang istilah di antara kedua-dua negara ini tidak akan tercapai, tetapi sekurang-kurangnya
sebahagian besar daripadanya akan dapat diselaraskan. Persamaan istilah di antara kedua-dua
negara ini akan mengukuhkan lagi kedudukan bahasa Malaysia dan bahasa Indonesia sebagai
bahasa ilmu. Mulai 1985 pula, Brunei Darussalam telah menjadi ahli di dalam Majlis ini, dan

6
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

dengan itu nama majlis berubah menjadi Majlis Bahasa Brunei-Darussalam dan Indonesia
Malaysia (MABBIM).

Implikasi kemasukan istilah baru ini di dalam perkembangan bahasa Malaysia memang
banyak. Pengguna bahasa Malaysia memang akan mudah merasa terperanjat apabila melihat
kata-kata yang begitu banyak dipinjam dan pasti akan mempengaruhi bahasa Malaysia.
Agaknya yang penting diketahui ialah bahawa kita tidak perlu merasa bimbang di dalam hal
ini. Istilah ialah kata-kata untuk bidang khusus yang perlu dibentuk atau dipinjam untuk
sesuatu bidang ilmu. Perkara yang lebih melibatkan orang ramai ialah pengejaan dan sebutan
beberapa kata asing yang dipinjam ke dalam bahasa Malaysia umum. Jadi peristilahan tidak
perlu menimbulkan kebimbangan semua orang.
Pelbagai istilah telah digubal dan dibentuk di dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh, istilah -
istilah mengikut bidang berkenaan diberikan di bawah:

a) Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Istilah Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Dalam bidang ini, bukan hanya pelajar dalam bidang
ICT yang mempunyai kepentingan utama mengapa diwujudkan istilah ini, tetapi juga kepada pelajar-
pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Penting dan perlu adanya atau wujudnya istilah dalam
Teknologi Maklumat dan Komunikasi kerana ia dapat membezakan penggunaan sesuatu istilah itu.
Contohnya audioconferencing (Bahasa Inggeris) manakala sidang audio (Bahasa Melayu),
connection-oriented network (Bahasa Inggeris) manakala rangkaian berorientasikan sambungan
(Bahasa Melayu) dan data scrambler (Bahasa Inggeris) manakala pengarau data (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Audioconferencing Sidang audio


Autosave Autosimpan
Broadcast Siaran;siar
Client-server Pelanggan-pelayan
Connection-oriented network Rangkaian berorientasikan sambungan
Data scrambler Pengarau data
Digital camera Kamera digital
Digital certificate Sijil digital
Digital purse Dompet digital
Digital signature Tandatangan digital

7
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

b) Istilah Undang Undang

Istilah Undang-undang. Istilah ini penting kepada peguam-peguam. Mudah untuk mereka memberi
penerangan tentang sesuatu terma di dalam istilah-istilah mereka. Manakala orang awam pula boleh
mengetahui dan memahami apa yang dinyatakan oleh peguam-peguam yang menggunakan istilah
undang-undang tidak kira samaada di dalam mahkamah ataupun bilik soal-siasat. Contohnya,
administrative order (Bahasa Inggeris) manakala perintah pentadbiran (Bahasa Melayu), fugitive
offender (Bahasa Inggeris) manakala pesalah buruan (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Administrative order Perintah pentadbiran


Civil disorder Gangguan awam
Civil rights Hak sivil
Double jeopardy Pendakwaan dua kali
Diplomatic immunity Kekebalan diplomatik
Extradiction Ekstradisi
Fraud Fraud
Fugitive offender Pesalah buruan
Fundamental rights Hak asasi
Judicial review Kajian semula kehakiman
Legitimacy Kesahan
Mala fide Mala fide
Mandatory procedure Tatacara mandatory
Native Anak negeri
Natural justice Keadilan asasi

c) Istilah Komputer

Dalam Bidang ICT atau Komputer pula, terdapat banyak penggunaan istilah-istilah Bahasa
Inggeris yang kompleks dan sekiranya tidak menggunakan istilah-istilah dalam Bahasa
Melayu, akan menyukarkan pengguna, apatah lagi, penggunaan teknologi dalam ICT dan
komputer pada era globalisasi ini semakin meluas. Antara contoh Istilah Komputer ialah, access
(Bahasa Inggeris) manakala capaian (Bahasa Melayu), Cursor (Bahasa Inggeris) manakala Kursor
(Bahasa Melayu), integrated circuit (Bahasa Inggeris) manakala litar bersepadu (Bahasa Melayu).

8
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

d)

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Access Capaian
Bench mark Tanda aras
Cursor Kursor
Data base Pangkalan data
Download Muat turun
End user Pengguna akhir
Font Fon
Hardware Perkakasan
Integrated circuit Litar bersepadu
Local area network Rangkaian kawasan setempat

e) Ekonomi / Pentadbiran Perniagaan

Istilah Ekonomi atau Pentadbiran Perniagaan merupakan istilah-istilah yang dicipta bagi
memudahkan bahasa bidang perniagaan mahupun bidang Pentadbiran Perniagaan. Istilah-istilah
dalam bidang ini membantu memudahkan orang ramai dan peniaga agar memahami beberapa perkara
atau kata yang berkaitan dengan ekonomi dan bidang Pentadbiran Perniagaan. Contohnya, balance
sheet (Bahasa Inggeris) manakala kunci kira-kira (Bahasa Melayu), cash flow (Bahasa Inggeris)
manakala aliran tunai (Bahasa Melayu) dan investment climate (Bahasa Inggeris) manakala iklim
pelaburan (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Balance sheet Kunci kira-kira


Bridging loan Pinjaman penyambung
Buy out Beli habis
Buy-back price Harga beli balik
By-product Keluaran sampingan
Capital gain Laba modal / keuntungan modal
Cash flow Aliran tunai
Certificate of authorization Perakuan kuasa
Chief executive officer Ketua pegawai eksekutif
Deed of trust Surat ikatan amanah
Investment climate Iklim pelaburan

9
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

Long term debt Hutang jangka pendek


Short-term financing Pembiayaan jangka pendek
Sole agent Ejen tunggal
Steering committee Jawatankuasa pemandu

f) Istilah Perhotelan

Bidang Perhotelan juga tidak ketinggalan dalam pembentukan istilahnya. Bidang Perhotelan
mempunyai istilah-istilah yang biasanya digunakan dalam surat-surat jemputan rasmi VIP atau VVIP
yang menunjukkan tempat di dalam sesebuah hotel. Antara contoh-contoh Istilah Bidang Perhotelan
ialah, ballroom (Bahasa Inggeris) manakala dewan besar (Bahasa Melayu), deluxe room (Bahasa
Inggeris) manakala bilik mewah (Bahasa Melayu), banquet (Bahasa Inggeris) manakala bankuet
(Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Ballroom Dewan besar


Banquet Bankuet
Budget hotel Hotel jimat / hotel kelas ekonomi
Buffet Bufet
Business centre Pusat khidmat urusan
Check-in Daftar masuk
Check-out Daftar keluar
Cocktail Koktel
Day use Guna siang
Deluxe room Bilik mewah
Double room Bilik kelamin
Function room Bilik majlis
Luncheon Jamuan tengah hari
Twin bed Katil-kembar
Waiter (L); waitress (P) Pramusaji

g) Fotografi

Istilah Fotografi merupakan istilah-istilah yang biasanya adalah istilah lazim dikalangan
jurukamera. Dengan adanya istilah-istilah dalam fotografi, maka mudah bagi jurukamera
untuk melakukan tugasan mereka. Antara contoh-contoh istilah bidang ini ialah abstract

10
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

photography (Bahasa Inggeris) manakala fotografi abstrak (Bahasa Melayu), camera angle
(Bahasa Inggeris) manakala sudut kamera (Bahasa Melayu) dan half-length potrait (Bahasa
Inggeris) manakala potret separuh (Bahasa Melayu).

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Abstract photography Fotografi abstrak


Between-the-lens shutter Pengatup antara kanta
Camera angle Sudut kamera
Daylight film Filem warna cahaya siang
Effective aperture Apertur berkesan
Flash Dengar
Ground-angle view Pandangan sudut bawah
Half-length portrait Potret separuh
Invisible light Cahaya halimunan
Latitude of exposure Latitude dedahan
Main lighting Pencahayaan induk
Out of focus Luar fokus
Periscopic lens Periskop
Quartz lens Kanta kuarza
Reflect camera Kamera reflex

h) Istilah Matematik dan Statistik

Manakala dalam Istilah Matematik dan Statistik pula, istilah-istilah yang terdapat dalam
bidang ini ialah istilah yang sangat berguna kepada pelajar-pelajar terutama dalam
pembelajaran Matematik dan Statistik. Antara contoh-contoh istilah dalam bidang ini ialah
affine geometry (Bahasa Inggeris) manakala geometri afin (Bahasa Melayu), affine (Bahasa
Inggeris) manakala afin (Bahasa Melayu) dan aggregative index (Bahasa Inggeris) manakala
indeks pengagregatan (Bahasa Melayu).

11
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

Bahasa Inggeris Bahasa Melayu

Aerial cable Kabel aerial


Affine Afin
Affine geometry Geometri afin
Affine variety Aneka afin
Aggregate Agregat
Aggregation Pengagregatan
Aggregative Berdaya agregat; pengagregatan
Aggregative index Indeks pengagregatan
Aggregative model Model berdaya agregat

7.7 Cabaran – Cabaran Pembentukan Istilah

Tugas dan tanggungjawab Jawatankuasa Istilah amat mencabar. Kritikan yang dilemparkan
kepada mereka datang bertubi tubi, khusus daripada kalangan yang kurang memahami
rasional di belakang pemilihan sesuatu istilah; dan kritikan sinis ini sering terdengar. Walau
bagaimanapun, bagi orang bahasa, ahli linguis dan juga para pendidik, mereka amat
memahami keputusan yang telah dibuat serta mereka lebih akur pada istilah yang telah
dibentuk dan menerimanya dengan hati yang terbuka. Bagi orang yang tidak memahaminya,
tidak semudah untuk mencapai kesepakatan dan persetujuan di dalam pembentukan istilah
baru; tentu sekali banyak cabarannya. Walau apapun kritikan yang dilemparkan jawatankuasa
istilah tetap dengan pendirian mereka. Hakikatnya kerja yang mereka lakukan berpandu
kepada dua kriteria umum:

Kepesatan ilmu :
i. Perkembangan ilmu dalam bidang-bidang tertentu.
ii. Penyerapan istilah-istilah baru mengikut perkembangan semasa.

Kepakaran :
i. Kekurangan pakar di dalam bidang tertentu.
ii. Penentuan sumber istilah (bahasa asal, bahasa serumpun, bahasa pinjaman).

12
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

1. Suatu masa dahulu, banyak isu yang berkaitan dengan peristilahan oleh media-
media massa di Malaysia. Berikan pendapat anda tentang kualiti peristilahan
yang digunakan. Adakah anda bersetuju tentang bahasa yang digunakan itu tepat
dengan apa yang hendak dinyatakan?

Sila rujuk pakar-pakar peristilahan yang berdekatan dengan anda.

2. Menurut pandangan anda, jelaskan secara ringkas cabaran yang dihadapi dalam
proses pembentukan istilah di Malaysia.

Kesimpulan

Pembentukan serta pembinaan istilah-istilah baru dalam Bahasa Melayu telah berlangsung
sejak awal 1960-an lagi. Ia mencerminkan keupayaan Bahasa Melayu itu dalam mencorak
budaya dan pemikiran bangsa Malaysia. Tugas dan tanggungjawab yang digalas oleh
jawatankuasa istilah adalah sesuatu yang sangat mencabar. Pelbagai kritikan terutamanya dari
kalangan mereka yang kurang arif mengenai perkara ini menjadi inti dalam tugasan mereka.

Pembentukan Peristilahan merupakan perkara yang berkait rapat dengan proses pemodenan
bahasa malah penting dalam pembinaan budaya ilmu. Oleh kerana kepentingan itulah, maka
diwujudkan jawatankuasa istilah serta kerjasama serumpun antara Malaysia, Indonesia dan
Brunei Darussalam atau gabungan yang dikenali sebagai MABBIM bagi merealisasikan
kerja-kerja pembentukan istilah. Melalui kerjasama ini dapat kita ketahui secara tersirat
bahawa bidang Pembentukan Istilah merupakan suatu perkara yang serius kerana ia
merupakan antara usaha-usaha dalam memartabatkan penggunaan serta pentingnya Bahasa
Melayu. Dalam memajukan bidang peristilahan di Malaysia, usaha pembangunannya adalah
berterusan di bawah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta seiring dengan kemajuan
teknologi masakini. Bak kata pepatah, ibarat dayung sudah di tangan dan perahu sudah di air,
segala usaha dan prasarana telah disediakan khusus untuk dimanfaatkan oleh pengguna
bahasa dalam membantu usaha DBP dan MABBIM dalam pembentukan istilah.

13
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

 Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa


Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama.

 Penulisan istilah ini hendaklah mengutamakan bentuk ejaannya di dalam bahasa


sumber (perlu disesuaikan) tetapi penyebutannya hendaklah mengikut sistem bunyi
bahasa Melayu.

 Untuk tujuan keseragaman, bahasa Inggeris yang dianggap paling internasional


dijadikan sebagai bahasa sumber melainkan konsep yang berkenaan tidak ada
istilahnya dalam bahasa Inggeris.

 Pembentukan istilah telah berjalan selama lebih kurang 30 tahun.

 Daripada dua buah jawatankuasa untuk Jawatan dan Perjawatan yang terbentuk
dalam tahun 1956 (Laporan DBP 10 Tahun), bilangannya telah bertambah menjadi 28
buah jawatankuasa pada hari ini.

 Misalnya istilah kimia memang hanya melibatkan ahli-ahli kimia sahaja. Orang lain,
ahli seni bina misalnya tidak terlibat dalam peristilahan kimia tersebut.

 Dalam peristilahan ini, satu perkembangan baru telah timbul dengan adanya
kerjasama antara Indonesia dan Malaysia.

 Pembentukan Peristilahan merupakan perkara yang berkait rapat dengan proses


pemodenan bahasa malah penting dalam pembinaan budaya ilmu.

14
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

Abdullah Hassan. 1989. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Fajar
Bakti.

_____________. 1986. Penerbitan Kata dalam Bahasa Malaysia. Petaling Jaya: Penerbit
Fajar Bakti.

Abdullah Hassan & Ainon Mohd. (1994). Tatabahasa Dinamika. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Abdullah Hassan. 2005. Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Amat Juhari Moain. (2010). Penggubalan Istilah Ilmiah dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Bloomfield, L. 1957. Language. George Allen & Unwin Ltd.

Crystal, D. 1974. Linguistics. Middlesex: Penguin Books Ltd.

Dik, S. 1978. Fuctional Grammar. Amsterdam: North-Holland.

Hashim Hj. Musa (2006). Pengantar Falsafah Bahasa. (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nathesan, S. ( 2001 ). Makna dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala
Lumpur (Bab2:Kepelbagaian Makna bagi perkataan ,hlm 19-26).

Nik Safiah Karim dan rakan (2008) Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur : Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah, Farid, Hashim, Abdul Hamid. 1996. Tatabahasa Dewan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah Karim, Farid M. Onn dan Hashim Musa. 1989. Tatabahasa Dewan Jil. 2. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

O’Grady, W. (2000). Semantics: The analysis of meaning. Addision Wesley Longman.

Palmer, F.R, (1992). Semantik. Dewan Bahasa dan Pustaka: Kuala Lumpur (Terjemahan oleh
Abdullah Hassan)

Puteri Roslina Abdul Wahid (2005) Peminjaman Kata Bahasa Inggeris Dalam Peristilahan
Undang – Undang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15
Bab 7 Sumber Istilah Bahasa Melayu

Ramli Md. Salleh. 1995. Sintaksis Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

Ramli Md. Salleh, Sanat Md. Nasir dan Noor Ein Mohd. Noor (sunt). 1997. Kamus
Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

16

You might also like