Teknik
Teknik
Teknik
dan sebagainya. Edward M Anthony pula menyifatkan teknik sebagai satu muslihat atau strategi yang digunakan oleh guru untuk mencapai hasil segera yang maksimum pada waktu mengajar sesuatu bahagian bahasa tertentu. Kamarudin Haji Husin dan Siti Hajar Hji Abdul Aziz pula menyatakan bahawa teknik merupakan pegendalian sesuatu organisasi yang benar-benar berlaku di dalam bilik darjah di mana ia digunakan untuk mencapai sesuatu objektif. Teknik merupakan satu set himpunan kelakuan atau cara dalam kaedah ataupun kemahiran guru untuk mengelola serta melaksanakan kaedah bagi aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,jika kaedah yang hendak digunakan oleh guru ialah kaedah penerangan, maka teknik yang boleh digunakan oleh guru bagi meyampaikan penerangan tersebut ialah melalui teknik bercerita,syarahan taklimat dan sebagainya . Sebarang bentuk perlakuan yang mengandungi kemahiran dan melibatkan aspek ketrampilan,disebut sebagai teknik mengajar.oleh itu kebanyakkan guru atau pengajar menganggap teknik itu sama dengan kaedah yang pernh disebut juga sebagai kaedah kecil mengajar. Pendapat lain mengatakan bahawa teknik merupakan perlaksanaan kaedah dalam bilik darjah.Teknik juga digunakan untuk mencapai satu-satu objektif dalam pengajaran dan pembelajaran.Dengan kata lain teknik merupakan strategi atau muslihat yang diguna pakai oleh guru di dalam bilik darjah apabila berhadapan dengan masalah yang tidak dapat diselesaikan akibat daripada penerapn atau teori.Setiap teknik yang digunakan perlulah selaras dengan kaedah.
SIMULASI Merupakan satu situasi yang serupa dengan keadaan sebenar. Menjadikan kejadian atau peristiwa yang benar ujud dalam kehidupan untuk diselesaikan dalam keadaan terkawal dan selamat. Dijalankan secara olok-olok. Pelbagai kemahiran dapat digabungjalinkan. Dapat mewujudkan aktiviti menarik dan menjadi sumber motivasi kepada pelajar untuk meneruskan proses p&p.
MAIN PERANAN Melibatkan lakonan spontan mengenai sesuatu situasi atau masalah oleh sekumpulan murid yang terpilih. Lakonan dijalankan tanpa sebarang skrip. Boleh dilakukan secara berstruktur atau tidak berstruktur. Melalui aktiviti ini murid dapat gambaran dan pengalaman baru.
LATIH TUBI Memerlukan murid melakukan sesuatu aktiviti secAra berulang hingga mereka dapat menguasai sesuatu kemahiran atau konsep baru dengan lancar. Dilakukan secara lisan,amali dan bertulis. Boleh memperkukuhkan fakta dan kemahiran yang dipelajari.
DEMONTRASI Memusatkan guru atau aktiviti di mana seseorang menunjukkan cara melakukan atau menghasilkan sesuatu di hadapan murid. Murid lain memerhati dan kenal pasti prosuder dan cara melakukan aktiviti tersebut. Boleh dilakukan dengan menggunakan model hidup, model simbolik dan model persepsi. SUMBANG SARAN Dikenali juga sebagai percambahan fikiran(brainstorming) di mana ahlli kumpulan memberikan pendapat masing-masing. Boleh didekati sebagai pemainan bahasa pada peringkat sekolah rendah. Menekankan pengeluaran idea daripada pembelajaran yang kreatif dan bukan secara analitis
1. Topik perbincangan sesuai dengan kebolehan dan minat murid. 2. Garis panduam guru hendaklah jelas dan ringkas. 3. Semua cadangan an idea yang dikemukakan haruslah dicatatauntuk dibingcang dalam sesi umum. 4. Setiap ahli kumpulan mestilah memilih pengerusi yang betul-betul layak. 5. Setiap ahli diberi peluang mengemukakan cadangan 6. Ppelajar digalakkan menyumbang seberapa banyak idea. 7. Suasana perbincangan formal hendklah diujudkan. 8. Peruntukan masa mestilah mencukupi. 9. Digalakan menggunakan prinsip 4P 1H(what?,why?,who?,where?,how?) 10. Cadangan idea tidak boleh dikritik.
PERMAINAN BAHASA Satu cara mempelajari bahasa melalui teknik permainan. Memberi peluang kepada pelajar memperolehi latihan insentif ,pembelajaran bermakna dan sebagai alat dianogstik. Aktiviti yang dijalankan menggunakan pelbagai kemahiran bahasa seperti mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Mempunyai hala tuju yang bertepatan dengan sistem pendidikan amnya serta Falsafah Pendidikan Negara khususnya. Dapat merangsang interaksi verbal murid,menambah kefasihan dan keyakinan,menyediakan konteks pelajaran,dapat mengikis rasa bosan dan bertindak sebagai alat pemulihan,pengukuhan dan pengayaan
DRAMA Digunakan dalam kaedahkomunikatif dan kaedah berasaskan pendekatan induktif (kaedah terus,elektif) Bertujuan untuk melatih murid menggunakan unsur bahasa,paralinguistik(jeda,nada dan intonasi)dan bukan linguistik ( mimik muka,gerak tangan,kepala) yang berkesan dalam sesuatu interaksi bahasa juga perbualan. Pelajar bebas meluahkan sesuatu memberi,dan berkongsi sesuatu, Dapat merangsang pelajar untuk menghubungkan perasaannya dalam matapelajaran yang dipelajari.
Teknik yang paling lama dan popular dalam bidang pendidikan. Ia berupaya mewujudkan interaksi antara guru dan murid. Soalan adalah berupaya menguji keupayaan murid berfikir . Tujuan teknik ini adalah :
a) Mengesan pengetahuan murid b) Menggalak murid berfikir secara kreatif dan kritis. c) Mendorong murid menyusun dan menghurai bahan yang diajar.
TEKNIK BERCERITA Dapat membina kecekapan bahasa dan menarik minat murid.
Dapat meningkatkan penguasaan kemahiran mendengar,bertutur,membaca dan menulis. Suara perlu dikawal agar tidak mendatar dan melahirkan rasa bosan murid. Cerita yang akan disampaikan hendaklah sesuai dengan peringkat umur,kecerdasan dan minat murid . TEKNIK INKUIRI Dikenali juga sebagai teknik tinjau siasat. Merangkumi aspek soal selidik untuk menapajawapan yang berorientasikan masalah. Merupakan kaedah pengajaran bahasa yang dinmik bagi menimbulkan minat dan daya kreativitipelajar.
Teknik ini dikendalikn secara Proses kenali masalah Mengkaji ramalan Kumpul maklumat Menganalisis Membuat rumusan TEKNIK PERBINCANGAN Dapat didifinisikan sebagai aktiviti mengeluar dan mengulas pendapat tentang sesuatu tajuk. Berbentuk perbualan di kalangan pelajar dan di bawah penyeliaan guru. Memberi peluang kepaa peljar untuk mengeluarkan pandangan masingmsing. Dapat mempertajamkan minda dan kefasihan atau kepetahan pelajar untuk bercakap dan megeluarkan pendapat
TEKNIK FORUM Merupakan satu sesi perbincanganyang melibatkanbeberapa ahli panel untuk mencanai fikiran dan mengemukakan pendapat tentang sesuatu tajuk dan dijalankan secara formal. Aktiviti ini dapat memberi pengalaman kepada pelajar untuk menyampaikan idea dan fikiran dengan jelas kreatif dan rasional.
TEKNIK PERBAHASAN Merupakan pengucapan sama ada sokong atau bangkang sesuatu pendirian denagn alasan logik dan idea tersusun. Ia dapat : a. mengembangkan kecekapan komunikasi b. Melatih berfikir secara pantas dan melahirkan buah fikiran yang tepat dan teratur.
c. Menguasai kemahiran bahasa dengan menggunakan struktur ayat yang betul dan laras bahasa yang sesuai. d. Melatih kemahiran mendengar , menaakul, berhujah dan membidas