Empat Kaedah PNP

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Isi Kandungan Topik Muka Surat

1.0 Pengenalan

2.0 Demonstrasi

3.0 Perbincangan

4.0 Kerja Kumpulan

5.0 Penyelesaian Masalah

6.0 Rumusan

11

7.0 Refleksi

12

1.0 Pengenalan Gowri (2011) menyatakan, kaedah ialah cara atau peraturan membuat sesuatu. Ia berbeza dengan pendekatan di mana ia merujuk kepada satu siri tindakan guru yang sistematik dengan tujuan mencapai objektif pelajaran spesifik dalam jangka masa yang pendek. Denga erti kata yang lain, kaedah pengajar ialha cara mendekati sesuatu objektif pelajaran dengan langkah-langkah penyampaian yang tersusun Kaedah merujuk kepada satu ikhtiar keseluruhan dikehendaki dalam satu set prosedur yang tersusun berlandaskan kepada sesuatu pendekatan yang dipilih. Pembelajaran Kemahiran Hidup merupakan pembelajaran melalui

pengalaman. Murid melakukan sendiri secara aktif dalam pelbagai aktiviti untuk menguasai kemahiran praktis yang boleh digunakan dalam kehidupan hariannya. Justeru itu, murid perlu didedahkan kepada pengetahuan yang berkualiti dengan kemahiran yang hendak dikuasai. Guru tidak seharusnya menyampaikan pengetahuan secara tersendiri atau terasing daripada aktiviti murid. Pelbagai kaedah seperti tunjuk cara, bercerita, kajian, simulasi, sumbang saran, main peranan, permainan, lawatan boleh digunakan mengikut kesesuaian keadaan. Pemilihan kaedah bergantung kepada beberapa faktor iaitu objektif pelajaran, kemudahan, saiz kelas, dan taraf kebolehan murid. Walaupun terdapat berbagaibagai jenis kaedah pengajaran tetapi dalam konteks ini, saya akan membincangkan empat kaedah yang mana saya berasa amat sesuai untuk pelajaran Kemahiran Hidup. Kaedah-kaedah ini terdiri daripada demonstrasi, perbincangan, kerja kumpulan dan penyelesaian masalah. Keempat-empat kaedah ini merupakan kaedah yang amat ketara digunakan dalam bilik darjah. Terutamanya kaedah simulasi, ianya amat berguna dalam menjalani aktiviti pelajaran Kemahiran Hidup. Kandungan seterusnya, saya akan membincangkan keempat-empat kaedah itu secara terperinci.

2.0 Demonstrasi Demonstrasi atau dikenali sebagai tunjuk cara adalah suatu jenis teknik pengajaran dan pembelajaran melibatkan kemahiran pengajar mendemonstrasikan cara atau langkah melakukan sesuatu aktiviti di hadapan murid. Kaedah ini dapat digunakan dalam pelbagai bidang. Sebagai contoh ,demonstrasi teknik-teknik mengguna alatan seperti cangkul, langkah-langkah untuk menanam pokok bunga dan lain-lain. Demonstrasi ini amat penting dalam pembelajaran supaya konsep yang disampaikan kepada murid lebih jelas dan lebih senang untuk diingat. Demonstrasi dapat dijalankan juga dengan tayangan video dan gambar-gambar. Kebaikan tujuk cara ialah ia memberi peluang apa yang hendak kepada murid u dipelajari ntuk benar-benar

memahami

setelah

m e l i h a t prosedur-

prosedur yang ditunjukkan oleh guru. Kaedah ini juga membenarkan murid-murid untuk mencontohi sesuatu perlakuan dengan mudah. Semasa membuat demonstrasi,guru perlu memberikan penerangan yang jelas supaya murid-murid dapat memerhati apa yang ditunjukkan. Satu lagi kebaikan demonstrasi ialah ia memperkenalkan bahan pembelajaran baru kepada murid-murid melalui deria penglihatan dan pendengaran. Terdapat juga kelemahan dalam penggunaan kaedah demonstrasi ialah ia memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi dan teliti oleh guru sebelum sesi tunjuk cara. Sebelum demonstrasi guru hendaklah menentukan topik, objektif dan kandungan tunjuk cara terlebih dahulu. Alatan dan radas disediakan dan disusun mengikut langkah-langkah demonstrasi yang ditentukan. Guru juga hendak memastikan tempat demonstrasi dapat dilihat oleh semua murid dengan jelas. Sebelum memulakan demonstrasi, guru juga perlu memberitahu murid tujuan demonstrasi dan aktiviti yang hendak diperhatikan supaya mereka dapat mencontohinya nanti tanpa melakukan sebarang kesilapan. Semasa demonstrasi, guru harus memandang ke arah murid semasa memberi penerangan tentang aktiviti demonstrasi yang dijalankan. Sekiranya mendapati murid menunjukkan keraguan, guru hendaklah menerangkan langkah itu sekali lagi. Guru boleh menggunakan teknik menyoal untuk menarik perhatian murid. Jika masa mengizinkan, guru boleh meminta seorang murid membuat demonstrasi sekali lagi untuk memperkukuhkan pemahaman.

Selepas demonstrasi, guru harus membimbing murid membincangkan bahagian-bahagian demonstrasi yang penting, Ini akan memastikan bahawa mereka telah memerhatikan langkah-langkah demonstrasi yang telah ditunjukkan dengan betul. Bincangkan dengan murid tujuan demonstrasi supaya mereka boleh membuat rumusan dengan tepat.

3.0 Perbincangan Perbincangan merupakan satu kaedah dan teknik mengajar yang melibatkan aktiviti perbualan di anatara guru dan murid-murid dalam kelas, atau suatu junis aktiviti pembelajaran secara bertukar-tukar fikiran atau idea serta berkongsi matlamat tentang suatu perkara melalui perbualan di bawah penyeliaan seorang guru. Tujuan utama mengadakan aktiviti perbincangan dalam kelas adalah untuk menggalakkan perkembangan mental murid supaya mereka dapat menyumbangkan idea dan pandangan mereka dengan cara yang sistematik dan tepat. Sesi perbincangan ini juga memberi peluang kepada murid menggunakan kemahiran lisan mereka untuk berinteraksi dan berkomunikasi secara berkesan di antara satu sama lain, di samping memupuk semangat bekerjasama serta mewujudkan interaksi sosial yang positif. Kebaikan kaedah perbincangan adalah boleh meningkatkan kemahiran pelajar untuk mengeluarkan pendapat dan hujah yang bernas dan tersusun. Pada masa yang sama murid dapat dilatih untuk bertutur dengan intonasi dan gaya yang betul. Selain itu, ia juga menggalakkan pelajar bekerjasama dan berkongsi pendapat antara satu sama lain murid dan seterusnya melatih mengeluarkan pendapat dan buah fikiran secara logik dan matang. Dengan secara langsungnya, ia akan melatih murid bekerjasama dalam mencapai matlamat dan menyelesaikan masalah Kaedah ini dapat memupuk murrid belajar secara aktif. Dan akhirnya mengukuhkan kemahiran berkomunikasi secara berkesan. Tetapi jika kaedah ini tidak dilaksanakan dengan baik, maka akan berlaku perkara yang berikut yang merupakan kelemahan bagi kaedah ini. Pertama,boleh bertukar menjadi satu perbalahan sekiranya suasana tidak terkawal. Kedua, perbincangan mungkin dikuasai oleh beberapa orang murid. Ketiga, pada sesetengah masa perkara-perkara yang penting boleh jadi keliru atau hilang dari perbincangan. Dan yang akhirnya juga merupakan perkara yang terpenting iaitu kawalan masa merumitkan. Kadang-kal sesi perbincangan boleh menjadi satu aktiviti yang memakan masa yang lama. Dalam sesi perbincangan guru memainkan peranan sebagai seorang pembimbing dan fasilitator. Oleh itu, sebelum perbincangan guru haruslah memilih topik yang berasaskan kepada pengalaman, kebolehan dan minat murid-murid. Contoh tajuk seperti diet seimbang, kehidupan yang sihat dan membincangkan
5

fungsi-fungsi setiap alatan yang ditunjukkan oleh guru. Tujuannya ialah untuk membolehkan seberapa ramai murid menyertai aktiviti perbincangan. Guru harus menjelas dan memberitahu tujuan perbincangan kepada murid sebelum perbincangan dimulakan. Cara ini akan membolehkan murid membuat persediaan dan seterusnya mencapai matlamat perbincangan pada akhir sesi. Kemudian, guru harus memberitahu cara dan peraturan perbincangan terlebih dahulu. Ini adalah memastikan aktiviti perbincangan yang akan diadakan nanti berjalan lancar dan tidak terpesong daripada tujuannya. Sebagai contoh, guru hendak murid-murid membincang cara untuk menghiaskan akuarium, maka guru hendaklah mengulang perkataan perkataan menghias supaya murid-murid tidak akan termasuk topik menyiapkan akuarium. Semasa aktiviti perbincangan, guru harus menggalakkn dan membimbing setiap murid melibatkan diri secara aktif secara aktif dalam sesi perbincangan. Seperti mengemukakan soalan dan minta murid yang tertentu cuba memberi pandangan. Guru harus mengelakkan diri daripada mengambil bahagian dengan memainkan peranan utama dalam perbincangan. Peranan guru adalah terhad sebagai pembimbing atau fasilitator sahaja. Selepas perbincangan, guru harus membuat ulasan dan kesimpulan daripada hasil perbincangan, Ini adalah penting bagi murid menyedari pencapaian tujuan perbincangan mereka. Dan sebelum akhir pelajaran, pujian guru haruslah diberikan kepada murid-murid yang telah menyertai aktiviti perbincangan supaya mereka dapat merasakan bahawa idea dan pandangan mereka telah mendapat perhatian seta dihargai.

4.0 Kerja Kumpulan Konsep kerja kumpulan dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada strategi berpusatkan murid. Tujuan utama aktiviti pembelajaran secara kumpulan ialah murid-murid dapat menguasai kemahiran yang tertentu mengikut kadar pembelajaran yang setimpal dengan kebolehan mereka. Kumpulan jenis ini dibentuk berdasarkan rasional bahawa terdapat perbezaan kebolehan dalam penguasaan kemahiran di kalangan murid dalam sesebuah kelas. Murid-murid dalam sesebuah kelas biasanya dibahagikan kepada tiga jenis kumpulan, iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana, dan kumpulan lambat,

berdasarkan peringkat pencapaian murid daripada hasil penilaian. Sebagai contoh, guru hendak mengajar kerja kayu, maka murid-murid yang mahir dalam pertukangan boleh dibahagikan ke dalam satu kumpulan, murid yang kemahirannya tidak memuaskan dimasukkan ke dalam satu kumpulan dan akhirnya murid yang langsung tidak dapat mengikut proses pembelajaran pula dimasukkan ke dalam kumpulan. Dengan cara ini, murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana dapat meneruskan pelajaran mereka mengikut kadar pembelajaran yang lebih cepat. Manakala, murid-murid dalam kumpulan lambat akan diberikan bahan pembelajaran yang lebih mudah setimpal dengan kebolehan mereka. Pengejaran berkumpulan berbentuk kumpulan pelbagai kebolehan adalah bertujuan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti pembelajaran seperti simulasi, permainan, perbincangan dan projek. Melalui aktiviti berkumpulan ini, setiap murid akan mendapat peluang mengembangkan potensi masing-masing. Kebaikan kerja kumpulan ini dapat dilihat dengan guru dapat memberi perhatian kepada murid yang lemah tanpa mengabaikan murid yang cerdas. Selain itu, kaedah ini juga merapatkan interaksi antara guru dengan murid kerana mereka kerap berinteraksi. Dengan secara langsungnya nilai murni seperti sifat tolongmenolong, bekerjasama, bertanggungjawab dan bertolak ansur dapat dibentuk dalam sanubari setiap murid. Dan akhirnya memupuk sifat kepimpinan dalam kalangan murid. Kelemahan bagi kaedah ini pula dapat dilihat, jika guru tidak mempunyai kecekapan yang tinggi maka kaedah ini tidak dapt dijalankan dengan sempurna dan berjaya. Bagi murid yang berada dalam kumpulan yang lemah pula, mungkin mereka akan timbul perasaan rendah diri dan hilang keyakinan. Dan akhir sekali juga merupakan kecuaian yang selalu dilakukan oleh guru iaitu tidak dapat memberi perhatian yang saksama kepada murid.
7

Sebelum membahagi kumpulan, untuk memastikan murid-murid ditetaplan dalam kumpulan yang sesuai, guru harus mengadakan penilaian dengan tujuan mengetahui taraf pencapaian murid terlebih dahulu. Selepas itu, guru harus melantik ketua kumpulan untuk membantu guru menguruskan aktiviti kumpulan. Guru juga hendak memastikan susunan meja-kerusi memudahkan murid-murid untuk

melaksanakan aktiviti dalam kumpulan. Guru haruslah menyediakan bahan-bahan pembelajaran yang secukupnya supaya setiap kumpulan boleh menggunakan dalam masa yang diperuntukkan. Guru hendakalah memastikan murid-murid tidak akan mempunyai perasaan rendah diri atau sombong apabila mereka ditempatkan dalam mana-mana kumpulan. Semasa aktiviti berkumpulan dijalankan, guru haruslah beredar dari

kumpulan ke kumpulan untuk memberi bimbingan yang wajar. Selepas aktiviti selesai, guru harus mengagihkan sedikit masa untuk perbincangan keseluruhan kelas supaya setiap murid dapat mengetahui aktiviti-aktiviti yang telah dijalankan oleh kumpulan-kumpulan lain, tindakan ini dapat menjana daya pemikiran murid supaya belajar sesuatu idea yang baru.

5.0 Penyelesaian Masalah Penyelesaian masalah merupakan aktiviti-aktiviti yang melibatkan masalah berbentuk perkataan, teka-teki, kuiz atau penggunaan kemahiran dalam situasi yang sebenar. Kaedah penyelesaian masalah ini memerlukan murid menggunakan kemahiran, prinsip atau teori yang telah mereka pelajari serta proses pemikiran secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan yang ditimbulkan. Kaedah sebegini mencabar murid, dan murid akan lebih berminat dan memberi perhatian semasa belajar. Teknik penyelesaian masalah biasanya melibatkan beberapa aktiviti seperti membimbing murid memahami dan mengenal pasti ciri-ciri masalah yang dikemukakan, mengingati semula pengelaman lalu yang berkaitan untuk

membolehkan mereka menyelesaikan masalah itu, memilih strategi yang sesuai dan mengunakan kemahiran mereka untuk menjalankan aktiviti. Sebagai contoh melengkapkan sebuah litar secara individu ataupun menghasilkan kerja kayu yang mempunyai fungsi yang tertentu. Kaedah penyelesaian masalah membina pemikiran murid supaya bersedia untuk menghadapi masalah, cara menyelesaikan dan seterusnya mengambil keputusan yang terbaik untuk mengatasi masalah tersebut. Penyelesaian masalah juga membolehkan murid berfikir secara rasional dan logik apabila menghadapi masalah. Ia juga dapat meningkatkan keyakinan diri murid-murid khasnya apabila mereka dapat menyelesaikan sesuatu masalah. Ia juga menggerakkan murid-murid untuk mengembangkan kemahiran penyelesaian masalah mereka. Selain itu, ia juga memupuk interaksi sosial yang positif dalam kalangan murid. Dan memberi peluang kepada murid- murid untuk memperlihatkan secara langsung kreativiti, bakat dan potensi mereka. Walau bagaimanpun, terdapat juga kelemahan juga bagi kaedah ini ialah ia memerlukan masa yang panjang untuk dirancang dan dikendalikan oleh guru. Kaeadah ini juga tidak begitu sesuai untuk murid-murid yang lemah dan yang tidak dapat memikirkan langkang-langkah penyelesaian masalah yang sesuai

Sebelum proses penyelesaian masalah dimulakan, guru harus membimbing murid memahami dan mengenal pasti masalah itu. Kemudian berbincang dengan murid berbagai cara yang membolehkan mereka menyelesaikan masalah. Dan yang pentingnya ialah, guru mestilah elakkan memberi tunjuk cara tentang cara
9

menyelesaikan masalah. Segala proses pemikiran cara penyelesaian harus dijalankan oleh murid sendiri, Guru hanya boleh memberi sedikit bimbingan sahaja bagi pelajar yang berfikir lambat dengan secara individu.

10

6.0 Rumusan Satu PnP yang berkesan, tidak bergantung kepada kaedah-kaedah yang dipilih oleh guru sahaja, tetapi cara guru menyampai juga merupakan isu yang penting bagi menjamin PnP tersebut berjaya. Dalam hal ini, guru hendaklah mewujudkan suasana pembelajaran yang terbuka supaya kaeadah-kaedah ini dapat digunakan dengan berkesan untuk menggalakkan pembelajaran yang lebih mencabar. Kemudian sudah tentunya, guru harus sentiasa menjaga keselamatan setiap murid dalam menjalankan atau menggunakan apa jua saja kaedah. Organisasi bengkel dan pengurusan kerja harus diberi perhatian dulu sebelum menjalankan aktiviti. Semasa menjalankan kerja amali pula, guru hendaklah memastikan tempat kerha bebas daripada perkara yang boleh mendatangkan bahaya. Secara kesimpulannya, keempat-empat kaedah yang dibincangkan itu mempunyai kekuatan dan kelemahan sendiri tetapi jika guru peka dalam pemilihan kaedah untuk menyesuaikan dengan topik, maka setiap kekuatan kaedah itu dapat diperluaskan atau dimaksimakan.

11

Refleksi Nama: Koh Ting Zhi Saya telah mendapat banyak ilmu dan pengetahuan serta pengalaman sepanjang proses menghasilkan tugasan ini. Saya telah membahagikan dapatan ini kepada tiga bahagian iaitu persediaan, pelaksanaan dan pemerhatian. Pada permulaannya, kami diarah untuk menyediakan sebuah RPH dan sebuah video yang berkaitan dengan topik pengajran kami. Walaupun saya mempunyai pengalaman dalam penyediaan RPH dan video, tetapi ini adalah kali pertama saya menyediakan RPH dalam Bahasa Melayu dan dalam topik Kemahiran Hidup. Kekangan berlaku dalam penyediaan RPH dan menentukan aktiviti PnP kerana saya tidak pasti apakah yang cara yang paling berkesan dalam menyampaikan isi pembelajaran kumpulan saya. Kami sering membuat pertukaran dan pembetulan selepas memerhati persembahan kumpulan lain. Dalam proses ini, saya telah mempelajari cara untuk menyediakan sebuah RPH yang lengkap dan mengatur aktiviti PnP dengan bantuan tanyangan video yang sesuai untuk mencapai matlamat yang dinyata dalam RPH. Kemudian, kumpulan saya telah menjalani mikro teaching dalam kelas. Proses tersebut boleh dikatakan memuaskan bagi saya, tetapi pada masa yang sama saya telah mendapati kelemahan kumpulan kami. Pada masa yang sama saya mendadapt mikro teaching ini dilaksanakan dengan baik kerana rakan-rakan sekelas memberi kerjasama yang sepenuhnya kepada kami, tetapi jika ditukarkan kepada murid terutama murid yang nakal mungkin banyak aktiviti tidak dapat dijalankan dengan begitu lancar dan banyak kelemahan akan terdedah. Akhirnya iaitu dapatan melalui proses pemerhatian. Saya telah memerhati dan meneliti persembahan oleh kumpulan-kumpulan yang lain. Dalam proses ini, saya mendapat banyak idea yang bagus dan membantu dalam masa yang depan. Contohnya, selalu mengemukakan soalan sepanjang proses PnP untuk menjamin tumpuan murid-murid, mengadakan aktiviti yang menarik seperti bermain dan tayangan video berserta dengan muzik yang menarik untuk menghiburkan suasana. Pada masa yang sama, kelemhan-kelemahan yang ditunjukkan oleh setiap kumpulan juga menjadi tanda dan ingatan bagi saya supaya tidak melakukan kesalahan yang sama dalam PnP. Contohnya, mengajar dengan mempunyai keyakinan dan suara yang sesuai. Seterusnya pengajaran selalu menepati masa yang ditentukan jika tidak aktiviti yang seterusnya akan dijalankan dalam keadaan
12

yang cemas. Akhir sekali dan juga yang paling penting ialah, dalam proses murid membuat amali, guru hendaklah selalu memastikan murid mengikut langkah-langkah yang telah guru mengajar dan menjaga keselamatan mereka sepanjang proses itu.

13

You might also like