Rumusan Mata Pelajaran KBSR Dan KSSR
Rumusan Mata Pelajaran KBSR Dan KSSR
Rumusan Mata Pelajaran KBSR Dan KSSR
kepada reka bentuk kurikulum yang ditetapkan. Mata pelajaran sekolah rendah terbahagi kepada dua iaitu mata pelajaran KBSR dan mata pelajaran KSSR. Kebanyakan mata pelajaran yang terdapat dalam KBSR dan KSSR adalah sama. Perbezaan adalah kepada bagaimana pengklasifikasian bidang ilmu. Dalam mata pelajaran KBSR secara umumnya terdapat tiga kategori utama iaitu mata pelajaran teras, mata pelajaran wajib dan mata pelajaran tambahan. Mata pelajaran KSSR boleh dibahagikan kepada dua tahap iaitu tahap 1 dan tahap 2. Mata pelajaran KSSR bagi tahap 1 dikelompokkan kepada tiga kelompok utama mengikut modul iaitu modul teras asas, modul teras tema dan modul elektif. Hal ini berbeza bagi mata pelajaran KSSR bagi tahap 2 yang dikelompokkan kepada dua kategori utama iaitu mata pelajaran teras dan mata pelajaran elektif yang disusun mengikut tunjang. Konsep tunjang yang diperkenalkan dalam KSSR merupakan satu bentuk pengklasifikasian bidang ilmu, kemahiran dan nilai. Konsep ini berfokus kepada pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan sosial. Enam tunjang dikenal pasti mewakili bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang menjadi asas kepada pembangunan insan yang berfikiran kreatif, kritis dan inovatif. Tunjang-tunjang tersebut menggambarkan penstrukturan secara ekspilisit bidang ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai oleh murid. Walaupun dari segi perlaksanaan kedua-dua mata pelajaran KBSR dan KSSR diajar secara terpisah namun pada prinsipnya setiap mata pelajaran yang diajar itu merupakan entiti yang saling lengkap-melengkapi kearah pembentukan pelajar yang berperibadi seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek dan sosial (JERIS) selaras dengan matlamat FPK. Selain itu, kaedah penyampaian sesuatu mata pelajaran adalah berasaskan kepada senario yang dapat dilihat daripada aliran pembangunan dan kemajuan ekonomi, politik, sosial dan teknologi masa kini dan akan datang.