Falsafah Assigment

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 27

Pendahuluan

Sesungguhnya, dasar pendidikan memainkan peranan yang amat penting untuk menentukan hala tuju sistem pendidikan. Sistem Pendidikan Kurikulum di Malaysia telah mengalami perubahan yang amat ketara selepas mencapai merdeka. Selepas mencapai merdeka, Rancangan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) telah dilaksanakan di peringkat sekolah rendah di seluruh negara. Pendidikan KBSR ini adalah bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Pendidikan KBSR ini adalah untuk memastikan perkembangan palajar secara menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, sosial,bakat, akhlak, dan nilai nilai estetika, selaras dengan falsafah dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan bersistematik. Sejajar dengan perkembangan dunia teknologi maklumat, Kementerian Pelajaran telah memperkenalkan Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR). KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan sedia ada yang melibatkan perubahan bentuk, organisasi, kandungan, pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di sekolah. Di samping itu, penegasan terhadap 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul. Transformasi ini merupakan usaha menyusun semula dan

menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan pelajar dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21.

KURIKULUM BERSEPADU SEKOLAH RENDAH ( KBSR )

Matlamat KBSR
Dibentuk berlandaskan konsep pendidikan umum, iaitu pendidikan yang seimbang dan berlandaskan prinsipprinsip dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Untuk mengembangkan potensi individu secara menyeluruh yang akan membenarkannya untuk beroperasi dengan efisien dalam struktur sistem sosial negara. Untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang dan bersepadu dari aspek-aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia.

Objektif KBSR
1. Menguasai bahasa Melayu sesuai dengan kedudukannya sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa rasmi Negara. 2. Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa pengantar sekolah. 3. Menguasai asas yang kukuh dalam kemahiran mengira dan menggunakannya dalam menyelesaikan masalah harian. 4. Menguasai kemahiran belajar. 5. Menguasai kemahiran berfikir. 6. Bertutur, membaca, menulis dan memahami bahasa Inggeris selaras dengan kedudukannya sebagai bahasa kedua. 7. Memperolehi ilmu pengetahuan dan berusaha menambahnya. 8. Membina daya kepimpinan dan daya keyakinan diri. 9. Mempunyai pengetahuan, kefahaman, minat serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. 10. Menguasai kemahiran sainstifik dan teknikal. 11. Memahami, meminati, menikmati dan menyertai aktiviti-aktiviti amal, kesenian dan rekreasi dalam lingkungan kebudayaan nasional. 12. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri. 13. Menguasai kemahiran serta membina minat dan sikap yang positif terhadap keusahawanan dan produktiviti. 14. Menguasai kemahiran membaca, menghafaz dan memahami pengertian ayat-ayat tertentu dalam Al-Quran bagi murid Islam. 15. Menyakini asas-asas keimanan, mengerjakan amal ibadat dan mengamalkan akhlak mulia. 16. Membina semangat patriotism. 17. Mengembangkan bakat dan kreativiti. 18. Mengamalkan sikap dan perlakuan yang berpandukan nilai murni yang menjadikannya asas bagi amalan hidup.

Ciri-Ciri KBSR
Bahagi kepasa 2 fasa:

Fasa1 (tahun 1-3) Kemahiran asas (3M) iaitu membaca, menulis, mengira. Murid diajar mendengar dan mengenal pasti simbol-simbol nombor serta adjad dan gunakanya dalam tulisan. Belajar pengiraan asas dan kemahiran matematik: +,-, x, Fasa 2 (tahun 4-6) Kemahiran 3M diperkukuhkan. Penekanan penguasaan kemahiran untuk pemikiran komunikasi khasnya logik dan memahami isu-isu sosial semasa.

Bahasa Malaysia sebagai bahasa pengantar untuk semua mata pelajaran kecuali Bahasa Inggeris. Murid-murid diberikan perhatian secara individu dan kemahiran bahasa mereka dipantau dengan teliti oleh guru. Mementingkan pengajaran matapelajaran Bahasa Inggeris dan sekolah juga menyediakan program pengayaan Inggeris yang khas. Aktviti tambahan ko-kurikulum seperti kelab komputer, matematik dan sains wajib untuk murid-murid tahun 4-6. Murid tahun 6 diwajibkan menduduki peperiksaan UPSR . Galakan penglibatan murid dan menitikberatkan aktiviti berpusat . Memberi perhatian kepada perbezaan kebolehan individu. Bahan dan proses pengajaran dan pembelajaran dirancang mengikut umur, kebolehan, minat dan alam sekitar. Program pemulihan disediakan untuk membantu murid yang lemah.

Program pengayaan untuk mengembangkan kebolehan murid. Penggunaan buku teks dikurangkan, rujukan dan alat bantuan mengajar dipelbagaikan. Pendekatan integrasi iaitu kemahiran dapat dikuasai serentak dalam sesuatu mata pelajaran.

Penekanan
Fokus Tahap I (Tahun 1-3) Fokus Tahap II (Tahun4-6)

a) Penguasaan kemahiran asas berbahasa(mendengar, bertutur, membaca dan menulis). b) Penguasaan nombor dan operasi asas mengira. c) Mengenal huruf serta membaca, menhafaz dan menghayati ayat-ayat Al-Quran. d) Menyedari dan memahami norma dan nilai murni masyarakat.

a) Pengukuhan kemahiran asas berbahasa. b) Pengukuhan kemahiran asas operasi matematik dan penyelesaian masalah. c) Pemerolehan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran lain. d) Kemahiran Belajar serta Kemahiran Berfikir secara Kritis dan Kreatif. e) Membaca, menghafaz, memahami dan menghayati pengajaran AlQuran. f) Menghayati dan mengamalkan nilai-nilai

Proses Pelaksanaan KBSR


Berfokuskan kepada prinsip, struktur, bidang pelajaran, penekanan, penilaian dan strategi p&p .

Pendekatan Bersepadu

Pendidikan Yang Sama Untuk Semua Murid

Prinsip KBSR

Perkembangan Individu Secara Menyeluruh

Pendidikan Seumur Hidup

Struktur KBSR
Terdiri daripada tiga bidang iaitu: Matapelajaran
Bidang

Fasa 1 Komponen Bahasa Melayu Bahasa Inggeris

Fasa 2 Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Bahasa Cina

Komunikasi

Kemahiran Asas (membaca, menulis, mengira) Bahasa Tamil Matematik Pendidikan Islam Bahasa Cina

Bahasa Tamil

Matematik Pendidikan Islam Pendidikan Moral

Manusia dan Persekitaran

Sikap , Nilai Pendidikan dan Spiritual Moral Pendidikan

Sains Kajian Tempatan Kemahiran Hidup Pendidikan Muzik

Perkembangan Diri Individu

Kemahiran Hidup Seni dan Riadah Kokurikulum

Muzik Pendidikan Seni Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Pendidikan Seni

Enam komponen KBSR. 1) Kemahiran Asas 2) Manusia dengan Persekitaran 3) Kesenian dan Kesihatan 4) Kerohanian, nilai dan sikap 5) Kemahiran Hidup 6) Kokurikulum

Nilai Merentas Kurikulum

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Penilaian Berterusan

Strategi Berpusatkan Murid Pemulihan Dan Pengayaan

Kemahiran Asas(3M)

Kemahiran Berfikir

penekanan kepada aspek

Patriotisme Merentas Kurikulum

Penilaian
i. Penilaian Kemajuan Berasas Sekolah (PKBS) Penilaian Kendalian Sekolah Rendah ii. Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)

Pendekatan danStrategi
Pengajaran Dan Pembelajaran 1. Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif dan merangsang pembelajaran : Kemudahan fizikal kelas Aspek emosi sosial 2. Mengamalkan prinsip-prinsip tertentu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 3. Kaedah Pengajaran dan Pembelajaran Kaedah boleh dijalankan melalui aktiviti seperti : Simulasi, Lakonan, Permainan, Tunjuk ajar, Lawatan, Bercerita, Projek, Sumbangsaran, Main peranan, Pidato

Peranan Guru dalam Pelaksanaan Kurikulum


Terdapat 5 aspek
I. II. III. IV. V.

Menginterpretasi Merancang Memodifikasikan Melaksanakan kurikulum Menilai

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR)

Pengenalan Terhadap KSSR


KSSR merupakan satu transformasi pendidikan, iaitu proses melakukan satu bentuk perubahan yang holistik kepada kurikulum persekolahan. KSSR diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. Kurikulum tersebut bakal menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. KSSR akan mula diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, KSSR tidak menggantikan tetapi seiringan dengan KBSR. KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Matlamat KSSR
Untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni.

Objektif KSSR

1. Merangsang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia di sekeliling mereka. 2. Menyediakan peluang untuk murid menguasai kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif. 3. Meningkatkan daya kreativiti murid. 4. Memberi kefahaman tentang fakta dan konsep sains. 5. Membolehkan murid mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara krtitis, kreatif dan analitis bagi membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. 6. Menyemai sikap saintifik dan nilai murni dan seterusnya membolehkan murid mengamalkannya. 7. Menyedari keperluan menjaga alam sekitar.

Ciri-ciri KSSR
Elemen Pembentukan Transformasi Kurikulum

Bahan Kandungan Peruntukan Masa

Organisasi

KSSR

Pengurusan Kurikulum

Bentuk

Pedagogi

Pentaksiran

Ciri-ciri Buku Pelajaran KSSR


Terdapat dua komponen iaitu buku teks dan buku aktiviti. Mengandungi nota guru untuk membantu guru menjalankaan pengajaran dan pembelajaraan dengan berkesan. Mengandungi rujukan halaman buku aktiviti ke buku teks dan buku teks ke buku aktiviti. Mengandungi pelbagai aktiviti pengukuhan, pengayaan dan cadangan aktiviti pemulihan. Buku aktiviti menggalakkan murid untuk menggunakan kemahiran psikomotor seperti menggunting, menampal, menyurih dan mewarna. Maklumat asal dimuatkan bersebelahan dengan kandungan teks bagi guru membuat rujukan. Setiap kemahiraan baru yang diperkenalkan akan diikuti dengan penilaian mudah untuk menaakul atau mendorong kepada perbincangan. Penulisan berbentuk modular dengan persembahan kandungan

berdasarkan pencapaian standard pembelajaran bagi sesuatu subjek.

Struktur KSSR
BENTUK KURIKULUM TRANSFORMASI (KSSR) Berasaskan 6 Tunjang
Komunikasi Pengabungan jalinan kemahiran bahasa secara lisan dan bukan lisan semasa berinteraksi. Penguasaan pengetahuan sains, kemahiran dan sikap saintifik. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran matematik. Penguasaan pengetahuan dan kemahiran berasaskan teknologi . Perkembangan jasmani dan kesihatan untuk kesejahteraan diri.Pemupukan daya imaginasi, kreativiti, bakat dan apresiasi. Penghayatan amalan agama kepercayaan, sikap dan nilai. Penguasaan ilmu dan amalan tentang kemasyarakatan dan alam sekitar setempat, negara dan global.Penghayatan semangat patriotisme dan perpaduan. Pemumpukan kepimpinan dan sahsiah diri melalui aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Sains & Teknologi

Perkembangan Fizikal & Estetika Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan

Keterampilan Diri

Proses Pengajaran dan Pembelajaran 1. Peringkat perancangan pengajaran 1: Fikirkan kemahiran yang akan diajar, pilih kemahiran fokus dan kemahiran sampingan. 2: Bina objektif p&p yang sesuai dengan kemahiran yang dipilih. 3: Rancang aktiviti yang berkaitan dengan objektif dan kemahiran yang dipilih bersesuaian dengan masa pengajaran. 4: Fikirkan KBT yang sesuai dalam p&p tersebut. 5: Fikirkan pendekatan, kaedah, strategi serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dengan murid. 2. Peringkat penyampaian pengajaran Kaedah penyampaian ilmu menggunakan kaedah didik hibur dan menarik minat murid . Bahan bantu mengajar yang sesuai. Aspek kawalan kelas, komunikasi. Proses penilaian atau pentaksiran secara langsung dan tidak langsung berkaitan ilmu yang disampaikan. Berlakunya pemulihan dan penggayaan.

3. Aktiviti pengajaran yang sesuai o Guna cara penyampaian yang mudah untuk murid menguasai kemahiran. o Menggalakkan murid berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif ke arah melahirkan murid kreatif' dan inovatif. o Membentuk murid yang celik ICT dan keusahawanan. 5.Penyampaian berkesan Mestilah mudah difahami oleh murid. Aktiviti mudah dilaksanakan. Aktiviti yang menarik dan disukai oleh murid. Dapat menarik tumpuan murid. 6. Peringkat Selepas Pengajaran Proses refleksi .Adalah untuk memberi peluang kepada guru membaiki kelemahan yang ada bagi pengajaran tersebut.

Pendekatan dan Strategi KSSR Standard kurikulum merangkumi empat aspek: 1. Standard kandungan Pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 2. Standard pembelajaran Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. 3. Pendekatan modular i. Modul Dengar Tutur ii. Modul Membaca iii. Modul Menulis iv. Modul Seni Bahasa v. Modul Tatabahasa 4. Pengajaran dan pembelajaran secara didik hibur i. Pembelajaran kemahiran bahasa diutamakan ii. Pembelajaran yang menyeronokkan melalui pelbagai teknik dan kaedah pengajaran seperti: Berpusatkan murid Kepelbagaian sumber bahan, bahan bacaan Penggunaan tatabahasa yang tepat Hands-on learning Pembelajaran melalui bermain, projek, luar bilik darjah, konstektual, konstruktivisme, masteri. Inkuiri penemuan Konsep 5P iaitu pengabung jalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian turut digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran agar objektif pembelajaran bahasa Malaysia sekolah rendah tercapai.

Perbandingan KBSR Dengan KSSR

Persamaan
Tujuan KBSR dan KSSR KBSR dan KSSR telah menentukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan sebagai alat perpaduan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Justeru itu, tujuan KBSR dan KSSR adalah untuk membangkitkan potensi dan kebolehan seseorang terutamanya dalam kalangan pelajar supaya mereka dapat berkembang dengan seimbang dari aspek JERIS iaitu Jasmani, Emosi, Rohani, Intelek dan Sosial. Prinsip kurikulum KBSR dan KSSR telah menggunakan prinsip yang sama iaitu pendekatan bersepadu, perkembangan individu secara menyeluruh, pendidikan sama rata untuk semua murid serta pendidikan seumur hidup (Long Life Learning) supaya dapat melahirkan modal insan yang berguna dan dapat berbakti kepada Negara pada masa akan datang. Pendekatan Pedagogi KBSR dan KSSR mengunakan kaedah dan teknik yang pelbagai supaya sesuatu pengajaran itu dapat menarikan minat pelajar terhadap mata pelajaran tersebut. Justeru itu, juga membolehkan pelajar terlibat secara aktif dan bergiat sepanjang sesi pengajaran tanpa berasa mengantuk, jemu dan bosan. Oleh itu, kaedah dan teknik pengajaran seseorang guru dalam P&P adalah amat penting kerana dapat memberikan impak yang amat besar terhadap pelajar.

Penekanan dari aspek Kemahiran berfikir dan aplikasi pelbagai kecerdasan dalam P&P Kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif merupakan elemen yang amat penting dalam kehidupan seseorang. Hal ini kerana seseorang yang mempunyai pemikiran yang kristis akan memikirkan sebab dan akibat sebelum melakukan sesuatu perkara. Oleh demikian, KBSR dan KSSR masih mengaplikasikan kemahiran berfikir sebagai item asas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran supaya dapat memupuk pelajar berfikir secara kristis dan kreatif.

Peranan Guru Dalam sisiten pendidikan, guru merupakan model yang dicontohi oleh pelajar oleh demikian guru memainkan peranan yang amat penting dalam keberkesanan P&P di bilik darjah. Dalam kelas, guru merupakan pemimpin untuk membantu murid-murid mangatasi masalah yang dialami. Justeru perancangan pembelajaran yang dibuat oleh guru perlu menimbangkan terhadap objektif pelajaran, isi pengajaran, bahan-bahan pelajaran dan pengurusan kemudahan.

Perbezaan
Jadual di bawah menunjukkan perbezaan antara KBSR dengan KSSR. Menerusi jadual di bawah, kita dapat menampakkan perbezaan yang amat ketara antara rancangan KBSR dengan KSSR yang baru dilancarkan pada tahun 2011.

Aspek Bentuk

KBSR Menekankan terhadap 3 bidang iaitu: Komunikasi Manusia Dengan Alam Sekelilingnya Perkembangan Diri Individu

KSSR Menekankan terhadap 6 bidang iaitu: Komunikasi Kerohanian, Sikap dan Nilai Kemanusiaan Keterampilan Diri Perkembangan Fizikal dan Estetika Sains dan Teknologi

Dalam aspek bentuk , KSSR telah menambahkan 3 bidang yang baru iaitu keterampilan diri, perkembangan fizikal dan sains dan teknologi. Mata pelajaran sains dan teknologi diperkenalkan adalah supaya negara kita dapat bersaing dengan negara maju seperti Jepun sejajar dengan era globalisasi yang bercorak sains dan teknologi. Di samping itu, juga bertujuan untuk mencungkilkan bakat-bakat yang tersemai dalam kalangan pelajar. Organisasi Tahap I (Tahun 1,2 dan 3) Tahap I Mata pelajaranTeras, Wajib, Modul Teras Asas Tambahan. Modul Teras Tema Modul Elektif Tahap II (tahun 4, 5 dan 6) Mata pelajaranTeras, Wajib, T Tahap II Tambahan Modul Komunikasi Modul Komunikasi Elektif Modul Kerohanian, Sikap dan Nilai Modul Fizikal dan Estetika Modul Sains dan Teknologi Modul Kemanusiaan Kandungan Isi kandungan dalam semua mata pelajaran telah mengalami perubahan. Hal ini kerana isi kandungan mata pelajaran yang lama telah ketinggalan zaman dan tidak sesuai digunakan dalam masyarakat yang semakin menuju kearah kemodenan ini. Terdapat beberapa mata pelajaran khususnya Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris telah membuat perubahan suai dalam aspek peruntukan masa p&p oleh pihak kementerian. Pihak kementerian pelajaran telah menambahkan masa p&p daripada 1350 dalam KBSR kepada 1380 dalam KSSR supaya pelajar dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut dengan lebih baik. Hal ini kerana kedua-dua bahasa ini merupakan bahasa komunikasi di peringkat antarabangsa pada masa kini. Rujuk Lampiran 1 dan 2: Jadual peruntukan masa KBSR dan KSSR.

Peruntukan Masa

Kaedah Pentaksiran

Dalam KBSR menggunakan pentaksiran sumatif. Pentaksiran ini adalah meliputi aktiviti pengujian dan pengukuran selepas beberapa unit p&p dijalankan ketika sesi persekolah, pertangahan tahun dan akhir tahun seperti UPSR, PMR, SPM. Cara untuk mentaksir adalah melalui ujian formal ataupun bertulis. Pentaksiran ini lebih mengutamakan kepada peperiksaan. Hal ini kerana akan menentukan gred pelajar mengikut keputusan dan akan diberikan sijil peperiksaan.

Dalam KSSR menggunakan pentaksiran formatif. Sebenarnya pentaksiran ini adalah dijalankan secara berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Pentafsiran ini adalah untuk membimbing dan memperbaiki pembelajaran seseorang pelajar. Ia juga adalah untuk menguji kekuatan dan kelemahan pelajar pelajar dalam menguasai kemahiran. Cara untuk mentafsir pelajar boleh melalui ujian kertas, soal jawab, permerhatian dan sebagainya. Oleh demikian, pentaksiran ini adalah bersifat autentik dan holistik dantidak terlalu berorientasikan kepada peperiksaan. Aktiviti pemulihan, pengukuhan dan pengayaan akan dilaksanakan mengikut keperluan pelajar supaya mencapaai standard yang ditetapkan oleh kementerian pelajaran.

Bahan kurikulum

Huraian Sukatan Pelajaran Kandungan Hasil Pembelajaran Cadangan Aktiviti P&P Buku Teks

Dokumen Kurikulum Standard Kandungan Standard Pembelajaran Buku Teks

Reka Bentuk Kurikulum

Berbentuk Linear.

Berbentuk Modular.

Menggunakan kurikulum yang berbentuk modular akan lebih bagus daripada penggunaan berbentuk linear. Hal ini kerana penggunaan modular boleh menambahkan nota-nota extra mengikut guru tersebut dan dapat memberikan information yang terkini kepada pelajar manakala penggunaan linear iaitu buku teks kita tidak dapat ubah suaikan isi kandungan yang terdapat dalam buku teks. Hal ini kerana seluruh Negara warga pendidik adalah menggunakan isi kandungan buku teks yang sama. Isi kandungan dalam buku teks adalah tidak dapat diperbaharui dan akan menyebabkan pelajar tidak dapat mempelajari information yang baru. Strategi Pengajaran Dalam KBSR, seseorang guru boleh mempelbagaikan kaedah dan teknik pengajaran semasa p&p dijalankan.di samping itu, juga boleh mengganbungjalinkan aktiviti di dalam ataupun di luar bilik darjah. Selain menggunakan kaedah dan teknik, guru juga boleh menggunakan pelbagai media alam semula jadi, media cetak dan elektronik sebagai alat bantuan pengajaran. Di samping itu, guru juga boleh mengaitkan pengalaman murid dengan p&p yang diajar. Menilai proses P&P seharian supaya tindak susul dapat dijalankan. Dalam KSSR, starategi yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran adalah secara didik hibur. Antara strateginya adalah: Berpusatkan pelajar. Sumber dan bahan bacaan yang pelbagai. Penggunaan tatabahasa yang tepat. Hands-on learning. Pembelajaran melalui bermain, projek, luar bilik darjah, konstektual, konstruktivisme, masteri. Inkuiri penemuan

Di sini, kita dapat menampaklan bahawa strategi pengajaran KSSR telah ditambahbaikan dan tujuanya adalah untuk menarikan perhatian pelajar dan menghindarkan rasa bosan dan mengantuk semasa p&p dijalankan. Sebagai contoh, pembelajaran melalui bermain. Saya berasa strategi ini amat bagus, hal ini kerana pelajar bukan sahaja dapat bermain malah dapat mempelajari ilmu melalui aktiviti yang dijalankan. Kemahiran Asas Memberi tumpuan terhadap penguasaan (3M) iaitu membaca , menulis dan mengira. Memberi tumpuan penguasaan (4M) iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul, serta kemahiran asas teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal, kognitif, sikap dan nilai

Penambahbaikan dalam KSSR


Penambahbaikan dilakukan kepada reka bentuk, organisasi, pedagogi, penegasan kurikulum, peruntukan masa dan pengurusan kurikulum untuk membangunkan KSSR. Justeru itu, juga melakukan penambahbaikan dalam pendidikan khas terutamanya dalam bidang pembelajaran, penglihatan dan pendengaran.

Elemen Nilai Tambah dalam KSSR


1) Kreativiti dan Inovasi 2) Keusahawanan 3) Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Nilai tambah ini bertujuan untuk memenuhi keperluan murid dalam membangunkan modal insan yang holistik, berpengetahuan, berfikiran kreatif, kritis dan berinovasi, berkemahiran tinggi serta berkeperibadian mulia.

KSSR Berasaskan Standard Kandungan dan Pembelajaran


Matlamatnya adalah untuk memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan. Di samping itu, guru juga dapat mengikuti garis panduan tersebut supaya murid dapat mencapai pembelajaran dengan lebih berkesan. Secara tidak langsung , hal ini dapat mengatasi keciciran dalam pembelajaran murid di sekolah. Selain itu penetapan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur oleh guru terhadap murid adalah jelas. Strategi penambahbaikan

( assessment for learning ) juga dapat dikenal pasti.

Standard Kandungan

Standard Pembelajaran

Penyataan spesifik tentang perkara yang Satu penetapan kriteria atau indikator kualiti murid patut ketahui dan boleh lakukan pembelajaran dan pencapaian yang dalam suatu tempoh persekolahan boleh diukur bagi setiap standard merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran kandungan. dan nilai. Rujuk lampiran 3: Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

Penutup
Memang tidak dapat dinafikan bahawa Sistem Pendidikan adalah amat penting terhadap sesebuah Negara. Hal ini kerana dasar pendidikan sesebuah Negara dapat memberikan implikasi atau kesan yang amat ketara terhadap perkembangan sesebuah Negara. Oleh demikian, pihak

kemeterian pelajaran Malaysia bertungkus-lumus dan berusaha mengambil tindakan bagi meningkatkan taraf pendidikan Negara dan menambahbaikan kemudahan pengajaran dan pembelajaran serta teknik pengajaran. Rancangan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang

diperkenalkan oleh pihak kementerian pada tahun 2011 merupakan penyusunan menambah baik Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) yang sedia ada. Pada pendapat saya, Rancangan KSSR ini akan memberikan banyak kebaikan terutamanya terhadap golongan pelajar. Hal ini kerana rancangan KSSR ini adalah untuk mempertingkatkan ilmu pengetahuan pelajar terhadap penguasaan ilmu sains , boleh berfikir secara kritis dan kreatif serta penguasaan dwibahasa. Di samping itu, KSSR ini adalah tidak mengutamakan peperiksaan. KSSR lebih mementingan interaksi dan hubungan antara satu dengan yang lain selaras dengan Dasar 1 Malaysia yang dilancarkan di seluruh Negara. Bah kata pepatahmelentur buluh , biarlah dari rebungnya. Rancangan KSSR ini mula disemai terhadap kanak-kanak sejak sekolah rendah, saya nescaya bahawa Negara kita pasti dapat melahirkan modal insan dan pemuda-pemudi tiang bangsa Negara yang berguna pada masa akan datang. Justeru, saya juga percaya bahawa matlamat Wawasan 2020 juga akan dicapai dengan tidak lama lagi dan Negara kita akan berkembang dengan pesat dan dapat bersaing dengan Negara maju.

Lampiran 1: Jadual Peruntukan Masa KBSR

Mata Pelajaran

Sekolah Kebangsaan Tahap 1 Tahap 2 3 450 240 4 300 210 5 300 210 6 300 210 450 150 210 180 60 60 210 180 60 60 210 180 60 60 210 180 60 60 60 120 90 30 30 1350 90 30 30 1350 90 30 30 1350 1440 1440 1440 60 30 150 210 180 60 60 60 120 60 30 150 210 180 60 60 60 120 60 30 90 30 30 1350 210 150 60 60

Sekolah Jenis Kebangsaan Tahap 1 Tahap 2 2 270 3 270 60 450 450 4 150 90 300 150 210 150 60 60 210 150 60 60 210 150 60 60 60 120 90 30 30 1350 90 30 30 1350 1440 1440 1440 60 30 5 150 90 300 150 210 150 60 60 60 120 60 30 6 150 90 300 150 210 150 60 60 60 120 60 30

Perkara Bahasa Melayu

1 450 240

2 450 240

1 270

Bahasa Inggeris

Bahasa Cina/Tamil

Sains Matematik

Pend. Islam/Moral

Pendidikan Seni

Pendidikan Muzik

Kemahiran Hidup

Kajian Tempatan

Pend. Jas. & Kes.

Perhimpunan

Pilihan Guru Besar

JUMLAH

Lampiran 2: Jadual Peruntukan Masa KSSR


MASA DALAM SEMINGGU (minit)

BIL

MODUL

SK

SJKC

SJKT

MODUL TERAS ASAS

1 2 3

Bahasa Malaysia Bahasa Inggeris Bahasa Cina Bahasa Tamil

360 300 -

300 150 360

300 150 360

Pendidikan Islam Pendidikan Moral

180 180 60 30 180

120 120 60 30 180

120 120 60 30 180

5 6 7

Pendidikan Jasmani Pendidikan Kesihatan Matematik

MODUL TERAS TEMA

Dunia Seni Visual Dunia Muzik Dunia Sains dan Teknologi

60 30 60 90

60 30 60

60 30 60

Bahasa Arab./ Bahasa cina SK/Bahasa Tamil SK./B. Kadazandusun/ B.Iban Perhimpunan

Perhimpunan Jumlah

30
1380

30
1380

30
1380

Lampiran 3: Contoh Standard Kandungan & Standard Pembelajaran

Standard Kandungan Bahasa Malaysia Mendengar, memahami dan memberi respon terhadap sesuatu arahan, soalan dan pesanan yang didengar dengan betul.

Standard Pembelajaran Bahasa Malaysia Mendengar, memahami dan memberikan respons dengan betul secara lisan terhadap pelbagai soalan bercapah.

Bahasa Inggeris Able to express personal response to literary texts.

Bahasa Inggeris Able to respond to: a. Book covers b. Pictures in books c. Characters with guidance Matematik Menamakan nombor hingga 100: a. Membilang objek dalam kumpulan. b. Menamakan nombor bagi kumpulan objek sebagai mewakili kuantiti.

Matematik Menama dan menentukan nilai nombor .

LAMPIRAN

You might also like