Model Pengurusan Tingkah Laku HTTP

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Model Pengurusan Tingkah laku http://allaboutpemulihan.blogspot.com/2011/10/model-pengurusan-tingkahlaku.

html
Model Psikodinamik Berasaskan kepada teori Freud (1949) dan Erickson (1963) Pendekatan yang berfokus pada proses kejiwaan dan masalah dalaman individu iaitu berkaitan dengan personality seseorang. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku disebabkan oleh: Masalah dalaman individu Faktor persekitaran yang mengganggu kehidupan intrapsikik seseorang Antara strategi pengurusan gangguan tingkah laku di bawah model ini ialah: Model Psikopendidikan Teknik Kaunseling Expressive Media Teknik Pengurusan Tingkah Laku Model Psikopendidikan menjadi syarat asas kepada teknik-teknik yang lain. Ia merangkumi pelbagai pendekatan psikologi dan pendidikan untuk membantu kanak-kanak yang menghadapi gangguan tingkah laku. Antara prinsip yang ditekankan dalam model ini ialah: Pemikiran dan tindakan adalah dua proses yang saling berkaitan Seseorang perlulah menerima dan memahami masalah yang dihadapi oleh kanak-kanak Beri perhatian dan fokus pada masalaah yang dihadapi serta layan kanak-kanak dengan adil dan kasih sayang Guru perlu menjaga penampilan dan tingkah laku kerana ia mempengaruhi kanak-kanak.

Teknik kaunseling boleh diguna untuk membantu guru mengawal dan mengubah tingkah laku bermasalah melalui perbincangan secara peribadai yang produktif. Teknik ini perlu dilaksanakan secara konsisten oleh pihak yang terlatih dan berpengalaman. Antara teknik yang boleh dilaksanakan ialah: Life-space Interview Reality Theraphy

Teknik Expressive Media menggalakkan kanak-kanak meluahkan masalah atau emosi melalui aktiviti kreatif yang dilaksanakan. Dijalankan dalam satu setting yang terkawal dengan member kelebihan kepada domain afektif serta pembelajaran secara kognitif dan psikomotor. Antara teknik-teknik yang boleh digunakan: Free Play Permainan Puppet Main Peranan Pergerakan Kreatif Terapi Seni Muzik Fotografi dan rakaman video

Pendekatan pengaruh tingkah laku dikatakan amat berkesan untuk mengubah tingkah laku secara serta merta. Dilaksanakan di dalam dan di luar bilik darjah pada bila-bila masa sahaja. Antara Teknik yang boleh diguna ialah: Planned Ignoring Tension Reduction Through Humor Interest Boosting Hurdle Helping

Model Persekitaran Kesan persekitaran ke atas tingkah laku individu. Pendekatan yang diambil dengan menggunakan persekitaran sebagai langkah intervensi. Menurut model ini, punca gangguan tingkah laku ialah perubahan persekitaran yang dilakukan oleh manusia. Antara teknik yang boleh diguna ialah: Intervensi berpusatkan kanak-kanak Intervensi berpusatkan persekitaran Intervensi berpusatkan kanak-kanak dan persekitaran Intervensi berpusatkan perantaraan antara kanak-kanak dan persekitaran

Model Biofizikal Menekankan kepada perkaitan tingkah laku dengan faktor organik individu seperti keadaan fizikal, penyakit yang dialami, alahan dan ketidakupayaan berfungsi anggota badan (kecacatan). Pendekatan yang diambil melalui kaedah perubatan dengan bantuan pakar perubatan. Berfokuskan kepada langkah pencegahan awal iaitu dalam tempoh sebelum dan selepas kelahiran bayi. Model ini percaya bahawa gangguan tingkah laku berpunca dari factor persekitaran dan baka. Antara teknik teknik yang boleh digunakan ialah: Kaunseling genetic Penjagaan sebelum kelahiran (semasa mengandung) Penjagaan selepas kelahiran Ujian perubatan Pemakanan dan diet Terapi Mega Vitamin Perubatan

Model Tingkah Laku Merupakan kaedah modifikasi iaitu pengubahsuaian tingkah laku dengan menggunakan langkahlangkah pengurusan tingkah laku yang sistematik berdasarkan prinsip psikologi. Model ini bertujuan mengubah tingkah laku yang negative kepadaa yang positif yang boleh diaplikasikan dalam bilik darjah untuk menyelesaikan masalah disiplin.

Berasaskan 3 elemen ABC Antecedent ------ Behavior -------Consequence

You might also like