Siqahiqa's Reviews > Rembulan Tenggelam Di Wajahmu

Rembulan Tenggelam Di Wajahmu by Tere Liye
Rate this book
Clear rating

by
50853797
's review

it was amazing

Jika kamu mempunyai banyak pertanyaan dalam diri mengenai hidup, merasa hidup ini tidak adil, bacalah buku ini. Pasti kau tidak akan mahu bertanya lagi. Kerana sesungguhnya, percaturan Allah sangat tepat. Walau kau rasa kenapa kenapa kenapa jadi kat aku, you’ll know the reason behind each situation later. Later and you’ll not regret the decision or anything that happened to you.

Satu buku yang membuatkan aku merenung kembali apa yang pernah terjadi dalam hidup aku, apa yang aku telah lakukan, apa yang aku memilih untuk tidak lakukan. SEGALANYA. Seringkali pertanyaan “mengapa” hinggap dalam fikiran. Namun, selepas baca buku ni, pertanyaan itu pasti bisa ditolak tepi kerana sebenarnya setiap potongan hidup kita adalah yang sebaiknya.

Pembaca bakal dibawa memasuki dunia fantasi Tere Liye tentang perjalanan mengenang masa lalu Rehan. Bagaimana Rehan diberi peluang untuk mengetahui setiap yang berlaku dalam hidupnya, perjalanan hidupnya yang tidak diketahui bagi menjawab lima pertanyaan besar yang sering ditanya dalam diri.

Jalan cerita pasti membuat pembaca membaca nashkah ini berterusan dengan teliti. Setiap bait yang ditulis bermakna. Setiap cerita berkenaan sebab-akibat kehidupan dan sebagainya. Beberapa plot twist dalam penerangan sebab-akibat hidup Ray yang membuatkan aku turut sedar bahawa hidup kita ada hubung kait antara satu sama lain. Kita bukan bersendirian di dunia ini.

Bagimu mungkin hidup tidak adil, tapi itulah perancangan Tuhan buat dirimu. Sebab-akibat yang tak kita ketahui sekarang, dan alangkah beruntungnya kita jika diberi peluang mengetahui sebab-akibat bagi setiap yang berlaku dalam hidup kita. Namun, jika kita tidak mengetahuinya sehingga ajal menjemput kita, ketahuilah bahawa mungkin Tuhan melindungi kita daripada mengetahuinya.

Satu naskhah untuk kau sedar bahawa hidup ini tidak serumit yang disangka, semuanya boleh jadi indah dalam “bingkai” kesederhanaan. Selalulah berprasangka baik. Selalulah berharap sedikit, memberi banyak. Maka kau akan siap menerima segala bentuk keadilan Tuhan.

Highly recommended 👍🏻 Rating: 5/5 🌟

instagram.com/siriusiqa
12 likes · flag

Sign into Goodreads to see if any of your friends have read Rembulan Tenggelam Di Wajahmu.
Sign In »

Reading Progress

December 24, 2019 – Shelved as: to-read
December 24, 2019 – Shelved
March 22, 2020 – Started Reading
March 24, 2020 –
page 102
0%
March 29, 2020 – Finished Reading

No comments have been added yet.