Bosannya hidup dengan Ben Ashaari !

by - Isnin, Januari 13, 2025

" Tak bosan ke Ben hari hari makan makanan yang.. hurm. Anak anak pun tak merasa makan makanan yang macam anak anak orang lain makan ? Segalanya kena kawal. Kita hidup ni sekali je. Jadi kena nikmatilah ! Rugilah. Nanti dietlah. Bukan selalu pun.. kan ? "

Hurm.. betullah tu. Aku pun sokong.  Hidup ni sekali jer. Makan je apa nak makan. Nanti sakit , kita gi je doktor. Ubat ada kan ? Wad pun ada. Kita duduk dalam tu dah berehatlah. Sembuh nanti, kita mula diet dan jaga makan. Sekurang kurangnya , dah rasa makanan sedap atas dunia ni.. kan kan ? 

Alhamdulillah.. Allah dah kasi aku dan keluarga aku rasa makanan sedap. Walaupun bukan semua tapi sekurang kurangnya bila gi pasaraya tu , diorang tunjuk nak makan apa.. aku belikan ! Sejak bergigi hinggalah Allah kasi amaran pertama dan aku terus amik cakna dan berubah. 

Dalam tak sedar , apa yang aku buat tu.. sebenarnya 'membunuh' anak bini sendiri. Makan sedap sedap siang malam. Asal lapar je terus gi cari makan. Tak kira masa. Ikut rasa lidah dan tekak. Dan kesudahannya, anak anak mudah jatuh sakit. 

Ya.. sistem imun mereka 'lumpuh' dek kerana aku sendiri yang benarkan ianya berlaku. Allahuakbar.. takut ingat semula gaya hidup aku sekeluarga. Asal pergi pasaraya , mesti RM300-400 abis. Aku pun pelik awal awalnya. Tapi bila difikirkan semula rupa rupanya aku banyak beli 'sampah' untuk diisi ke dalam perut sendiri dan anak bini. 


Tak susah sebenarnya nak tahu. Perhatikan anak anak korang. Berapa kerap dia jatuh sakit. Bila selsema je , mesti berhingus berkahak punya sampai terpaksa jumpa doktor dan amik ubat. Pastu makan masa nak sihat sepenuhnya. Kesian kan ? Kalau dibiarkan akan bertambah mudarat dan ini sangatlah bahaya. 

Ya, pernah berlaku pada anak anak aku dulu. Batuk berkahak dengan terus sekali. Puncanya ? Haaa... makanan tu la ! Gula... pewarna.. perisa.. Macam macam bahan ada dalam makanan tu dan yang pasti bukanlah semulajadi. Semua bikin dari dalam makmal punya ! 


Alhamdulillah.. sekarang ni ramai pakar pakar kesihatan pun dah berkongsi amalan serta tips tips kesihatan memandangkan makin ramai rakyat Malaysia yang gagal menjaga kesihaatan dan juga tubuh badan. Tak caya.. cubalah tengok. Dalam 10 orang rakyat Malaysia yang korang nampak , berapa ramai yang obesiti ? Tenok pipi pun dah boleh tahu. Tu belum tengok pinggang dan perut. Berlemak lemak ! 

Nak tunggu apa lagi untuk ubah gaya hidup ? Bukan saja jimat malah menguntungkan lagi bila jaga kesihatan ni. Apa ? Beli makanan sihat ni mahal ? Mana datang mahal. Ikut je cara tok nenek kita buat dulu. Sehari 2 kali makan. Pastu makan je makanan kampung. Ada protein , fiber dan lemak sihat. Sapa suruh gi beli makanan yang mahal mahal ?

Sayangi usus kita.. 

 

You May Also Like

0 comments