ABSTRAK Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di setiap institusi pengajian tinggi adalah pelengkap kepada proses keilmuan dengan tujuan membina sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar bagi mengwujudkan modal insan negara yang berkualiti....
moreABSTRAK Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di setiap institusi pengajian tinggi adalah pelengkap kepada proses keilmuan dengan tujuan membina sahsiah dan kemahiran insaniah pelajar bagi mengwujudkan modal insan negara yang berkualiti. Aktiviti kokurikulum yang dijalankan di IPT mempunyai nilai kredit yang khusus, bagaimanapun bentuk penilaian dan pelaksanaannya adalah berbeza-beza. Pelaksanaan dan penilaian aktiviti kokurikulum di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil pendekatan yang lebih luwes dengan memberi kebebasan penuh kepada pelajar mewujudkan aktiviti sendiri berpandukan kontrak pembelajaran yang dipersetujui bersama antara universiti dan pelajar. Atas alasan ini, maka satu kajian awal telah dijalankan untuk mengenalpasti tahap kefahaman, pengetahuan dan kesediaan pelajar dalam pelaksanaan kontrak pembelajaran. Kaedah soal selidik telah digunakan bagi menilai seramai 51 responden yang terdiri daripada peserta bengkel 'Training of Trainers' (TOT). Data kajian telah dianalisis menggunakan SPSS. Hasil kajian mendapati tahap kefahaman pelajar tentang kontrak pembelajaran berada pada tahap cemerlang (min antara 4.06 hingga 4.16), lebih 85 peratus tahap pengetahuan pelajar memahami dengan jelas dan tahap penerimaan yang tinggi (min antara 4.02 hingga 4.46). Sementara itu, hasil pelaksanaan kontrak pembelajaran pelajar mengakui mencapai kesemua prinsip kontrak pembelajaran (min antara 3.92 hingga 4.25) dan mencapai kesemua hasil pembelajaran (min antara 4.00 hingga 4.18). Daripada 32 elemen dalam 8 hasil pembelajaran yang dinilai, 21 elemen berada pada tahap sangat tinggi dan 11 yang lain pada tahap tinggi. Implikasinya, pelaksanaan kontrak pembelajaran terhadap pelajar jelas menunjukkan kejayaan. Pelaksanaan pendekatan baru penilaian aktiviti kokurikulum berkredit ini berada pada landasan yang betul. Bagaimanapun, usaha memperkukuh dan meluaskan lagi sumber dan informasi perlu diteruskan bagi menambahbaik 11 elemen yang berada pada tahap tinggi. Kata kunci: kontrak pembelajaran, pelajar IPT, kokurikulum berkredit, kemahiran insaniah, hasil pembelajaran ABSTRACT Co-curricular or extra-curricular activities are an integral part of knowledge in supporting students' generic skills development in order to become quality human capital. In general, co-curricular activities in higher education institutions (HEIs) in Malaysia are of similar fields. However, the institutions have their own way to assess and evaluate the students' involvements in these activities. In relation to this, as of 2010/2011 academic session, the Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) has implemented a more flexible approach whereby students are given more freedom at choosing, creating and carrying out the activities based on a learning contract which are drawn out and agreed upon by the students and supervisors prior to the implementation of the said activities. A survey was conducted in order to determine the level of knowledge and understanding among students in relation to the learning contract and their readiness to use the learning contract in their next co-curricular activities. A set of