Peledakan perkembangan teknologi informasi komunikasi maklumat pada dasawarsa ini memboleh pelbagai maklumat dan informasi disebar kepada publik dengan sekelip mata. Kita menyedari kebolehan media bukan sekadar menyampaikan maklumat...
morePeledakan perkembangan teknologi informasi komunikasi maklumat pada dasawarsa ini memboleh pelbagai maklumat dan informasi disebar kepada publik dengan sekelip mata. Kita menyedari kebolehan media bukan sekadar menyampaikan maklumat kepada masyarakat, bahkan juga membentuk pandangan dan sikap khalayak. Walau bagaimanapun, oleh sebab persaingan hangat dalam dunia kewartawaan dan ingin memastikan penjualan akhbar yang lebih baik, penyiaran dan pelaporan berita dramatik lagi sensasi menjadi taktik para pengamal media khususnya dalam melaporkan berita-berita jenayah yang berprofil tinggi di Malaysia kepada khalayaknya. Meskipun kita menyedari hubungan etika dan kewartawanan tidak terlepas dengan kebebasan, namun kesungguhan untuk memartabatkan profesion kewartawanan dalam menyampaikan maklumat yang adil, tepat, jujur dan bersahih harus diberi tumpuan dan penekanan yang jitu. Sehubungan itu, kajian ini menggunakan analsisi tekstual bagi mengamati liputan-liputan berita yang berkaitan dengan kes-kes pembunuhan Suzaily Mukhtar (12 Oktober 2000), Canny Ong Lay Kian (18 Jun 2003), dan Noritta Samsudin (6 Disember 2003) dalam dua surat khabar tempatan yang terpilih iaitu Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily. Hasil kajian mendapati cara pemberitaan Utusan Malaysia dan Sin Chew Daily akan ketiga-tiga kes pembunuhan agak sensasi dan dramatik. Unusr sensasi dan dramatik bukan sahaja wujud dalam cerita itu sendiri malah foto-foto yang disertakan turut menyayat hati pembaca.