View metadata, citation and similar papers at core.ac.uk
brought to you by
CORE
provided by Repository@USM
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
LiNuSR: IMPAK PENGURUSAN BILIK DARJAH DI SEKOLAH KEBANGSAAN
*Anniliza Binti Mohd Isa
Al-Amin Bin Mydin
Abdul Ghani Kanesan Bin Abdullah
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan, Universiti Sains Malaysia
*
[email protected]
ABSTRACT
LiNuSR is the acronym for primary school literacy and numeracy related programs in
Malaysia such as LINUS, LINUS 2.0 and PLaN conducted to ensure literacy and
numeracy achievement is 100% after three years of study in primary school. The
implementation of LiNuSR is generally carried out through classroom learning. Thus,
this study was conducted to examine the influence of classroom management on LiNuSR.
Another purpose was to look into the level of LiNuSR and classroom management,
differences based on gender, teaching experience, school location and subjects as well as
the relationship between the two variables. This study was conducted using a quantitative
approach with surveys as a data collection technique. A total of 115 respondent
consisting of level one teachers that teach Malay, Mathematics and English in the district
of Sandakan, Sabah were selected through simple random sampling. Collected data were
analyzed using SPSS version 25.0. The results show that both variables are at a high level.
Only English subjects showed significant differences in classroom management
compared to gender, teaching experience and location. There is a strong positive linear
relationship between LiNuSR and classroom management and classroom management
influenced 53.2% of the variance in LiNuSR. In addition to the findings of the study, the
LiNuSR integration model - classroom management is proposed as a contribution to the
field of study.
Keywords: LINUS, Literacy, Numeracy, Classroom Management, PlaN
PENGENALAN
Pendidikan di Malaysia telah memasuki gelombang ke-3 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan
Malaysia 2013-2025 (PPPM). Pelbagai transformasi telah dijalankan dalam usaha untuk menambah
baik kualiti pendidikan negara. Salah satu aspek asas ialah penguasaan kemahiran 3M murid terutama
di peringkat sekolah rendah. Bagi memastikan tidak berlakunya keciciran di sekolah, program literasi
dan numerasi (LINUS) dirangka semenjak 2010 yang mensasarkan 100% murid boleh membaca,
menulis dan mengira selepas tiga tahun pembelajaran di sekolah rendah (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 2011). Program ini kemudian dinaik taraf ke LINUS 2.0 dengan penambahan literasi bahasa
inggeris pada tahun 2013.
Meskipun pelaksanaan program LINUS 2.0 di mansuhkan pada tahun 2018, satu program alternatif
disediakan iaitu Program Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (PLaN) dengan tujuan yang sama tapi
dengan kaedah pelaksanaan yang berbeza yang dijalankan bermula tahun 2020. Namun begitu, dalam
kajian ini, istilah literasi dan numerasi sekolah rendah atau LiNuSR digunakan bagi mewakili sebarang
program berkaitan dengan matlamat utama sifar buta huruf dan buta angka. Hal ini sejajar dengan
aspirasi dalam dasar pendidikan kerajaan dimana murid akan belajar dalam persekitaran yang
1
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
mempunyai kepercayaan asas bahawa semua murid boleh belajar, dan semua murid boleh berjaya serta
guru akan mempunyai harapan yang tinggi terhadap murid tanpa mengira latar belakang dan pencapaian
terdahulu, dan akan membekalkan murid dengan sokongan yang perlu bagi memenuhi harapan ini
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2013).
Pemeran utama bagi merealisasikan sasaran dalam program ini adalah guru-guru tahap satu yang
mengajar mata pelajaran bahasa melayu, bahasa inggeris dan matematik di bilik darjah. Aspek
pentadbiran dan pengurusan kelas yang merupakan asas pengetahuan praktikal dalam pengajaran (Wolff
et al., 2015) guru adalah penting dalam usaha untuk mencapai matlamat yang ditetapkan (Davis, 2018;
Long et al., 2018). Menurut Wong (2014), guru perlu mentadbir kelas dengan baik dan sesuai dengan
keperluan murid. Penetapan sasaran PdPc yang tepat, mencabar dan boleh di capai adalah penting
(Martinez, 2001) agar pengajaran akan lebih berkesan dan bermakna (Moss dan Brookhart, 2012), selain
memantau perkembangan semasa pelajar, mengekalkan kaedah yang berkesan dan mengubah kaedah
yang kurang berkesan (Goss dan Hunter, 2015). Bagi memastikan hasil pembelajaran dapat dicapai dan
masa yang diperuntukkan digunakan dengan sebaiknya, guru perlu bijak merancang, mengurus dan
mengelola pengajaran (Sharifah Nor Puteh dan Aliza Ali, 2011), menjalankan intervensi mengikut tahap
yang sesuai (Hasnalee dan Zulkiflli, 2011) selain menyediakan ruangan pembelajaran yang positif
(Davis, 2018).
Justeru, aspek pengurusan bilik darjah guru mata pelajaran merupakan kunci utama dalam usaha untuk
merealisasikan keberkesanan penyampaian pengajaran sekaligus mencapai objektif dan matlamat yang
ditetapkan iaitu peningkatan tahap LiNuSR di kalangan murid tahap 1 sekolah rendah. Penguasaan
kemahiran literasi dan numerasi di peringkat awal persekolahan amatlah penting kerana ia berhubung
rapat dengan pencapaian akademik (Mohd-Asraf et al., 2016) sekaligus memberi kesan jangka masa
panjang terhadap masa depan murid. Hal ini kerana, menurut kajian Grotlüschen et al. (2020),
kompetensi literasi mempengaruhi tahap pendidikan yang kemudiannya memberi impak kepada sosioekonomi dari aspek pendapatan dan jenis pekerjaan. Dapatan dalam artikel ini sangat bermanfaat
kepada guru-guru, pihak sekolah serta pembuat dasar untuk mengenalpasti impak pengurusan bilik
darjah terhadap pelaksanaan program berkaitan literasi dan numerasi di sekolah.
PENYATAAN MASALAH
Berdasarkan statistik Worldbank (2020), tahap literasi dalam kalangan remaja berusia 15 hingga 24
tahun di Malaysia meningkat dari tahun 1980-an iaitu sekitar 87.97% ke 98.42% pada tahun 2010.
Namun begitu berlaku penurunan pada tahun 2018 dimana kadar literasi menurun ke 96.85%. Selaras
dengan usaha berterusan untuk meningkatkan tahap literasi dalam kalangan murid, program melibatkan
literasi dan numerasi (LiNuSR) dirangka dalam PPPM 2013-2025 bagi memastikan murid menguasai
kemahiran literasi dan numerasi seawal tiga tahun pertama di sekolah rendah. Namun begitu, sasaran
untuk mencapai 100% penguasaan LiNuSR masih belum dapat dicapai. Berdasarkan kajian lepas,
antara isu yang dikenal pasti berkaitan LiNuSR ialah kesediaan guru sekiranya tidak mahu menerima
perubahan sama ada dari segi kurikulum atau pendekatan pengajaran (Wan Ahmad, 2019), ketidak
hadiran murid (Carroll, 2020), perbezaan latar belakang sosioekonomi, status indigenous, lokasi
geografi, sikap dan aspirasi murid (Othman et al., 2011) serta kegagalan guru dalam mengaplikasikan
amalan dan strategi membaca secara sistematik dan efektif (Tubah & Hamid, 2011).
Selain itu faktor kesihatan murid seperti masalah pembelajaran ataupun ‘slow learner’ (Malik, 2009;
Sangeeta, 2011), faktor genetik, perkembangan otak yang rendah disebabkan kurang rangsangan,
motivasi yang rendah, kurang perhatian, masalah tingkah laku mahupun masalah peribadi yang
mengganggu tumpuan murid disekolah (Mohammad & Mahmoud, 2014). Aspek keadaan fizikal
semulajadi seperti genetik dan masalah pembelajaran adalah diluar kawalan guru tetapi aspek-aspek
melibatkan isu kendiri guru dan pengajarannya di bilik darjah boleh ditambah baik dengan refleksi dan
2
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
tindakan susulan yang sesuai. Pengurusan bilik darjah telah dikenal pasti berkait rapat dengan
pencapaian murid (Domenech, 2012). Guru boleh merangka strategi berkesan melalui pengurusan bilik
darjah yang efisyen untuk mengoptimumkan masa pengajaran bagi mencapai sasaran dalam LiNuSR.
Pelbagai isu yang timbul berkaitan pengurusan kelas melibatkan pelaksanaan LiNuSR antaranya ialah
perbezaan tahap keupayaan murid yang lemah, bermasalah tingkah laku serta murid berkeperluaan khas
menuntut guru agar lebih bijak menguruskan kelasnya. Kegagalan guru menguruskan kelas akan
mempengaruhi pengajaran dari aspek masa dan gangguan sesi pembelajaran yang akhirnya
mempengaruhi pencapaian objektif pengajaran (Amin & Othman, 2019; Nagro et al., 2019). Maka,
terdapat keperluan untuk menjalankan kajian antara pengurusan bilik darjah dengan LiNuSR
berdasarkan persepsi guru.
OBJEKTIF
Berdasarkan huraian di atas, objektif kajian ini adalah untuk:
i.
ii.
iii.
iv.
Mengenalpasti tahap LiNuSR dan pengurusan bilik darjah di kalangan guru tahap satu sekolah
rendah
Mengenalpasti perbezaan LiNuSR dan pengurusan bilik darjah berdasarkan demografi di
kalangan guru tahap satu sekolah rendah
Mengenalpasti hubungan diantara pengurusan bilik darjah dengan LiNuSR
Mengenalpasti pengaruh pengurusan bilik darjah terhadap LiNuSR
HIPOTESIS KAJIAN
Berdasarkan objektif di atas, hipotesis kajian yang dibentuk adalah seperti berikut:
Ho1
Tidak terdapat perbezaan yang signifikan LiNuSR dan pengurusan bilik darjah dalam kalangan
guru tahap satu sekolah rendah
Tidak terdapat hubungan yang signifikan diantara pengurusan bilik darjah dengan LiNuSR
Tidak terdadpat perngaruh yang signifikan diantara pengurusan bilik darjah dengan LiNuSR
Ho2
Ho3
SOROTAN KAJIAN
Literasi dan Numerasi Sekolah Rendah (LiNuSR)
Menurut modul LINUS, literasi bermaksud keupayaan untuk membaca, menulis dan memahami
perkataan, ayat tunggal dan ayat majmuk yang mudah dengan menggunakan kata hubung dan serta
mengaplikasikan pengetahuan tersebut dalam pembelajaran serta komunikasi harian (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2011) manakala numerasi didefinisikan sebagai kebolehan untuk melakukan
operasi asas matematik dan memahami idea matematik yang mudah serta mengaplikasikan pengetahuan
dan kemahiran matematik dalam kehidupan harian (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2012). Program
literasi dan numerasi sekolah rendah (LiNuSR) menujuk kepada program-program yang telah dirangka
kerajaan dalam usaha untuk menbenteras masalah buta huruf dan buta angka. Program yang telah
dilaksana oleh kerajaan ialah LINUS (2010-2012), LINUS 2.0 (2013-2018) dan PlaN (bermula 2020).
Pelaksanaan LINUS dan LINUS 2.0 dijalankan menggunakan saringan khas 2 kali setahun dan dilapor
melalui portal NKRA serta dibimbing oleh FasiLINUS. Berbeza dengan PlaN yang menggunakan tahap
penguasaan dalam pentaksiran bilik darjah (PBD) untuk mengenalpasti murid yang lemah literasi dan
numerasi. Meskipun akronim dan bentuk pelaksanaan berbeza, matlamat utama adalah sama iaitu untuk
memastikan semua murid boleh membaca, menulis dan mengira setelah berada tiga tahun di sekolah
rendah. Sasaran Sifar LINUS adalah slogan yang digunapakai semenjak 2010 oleh guru- guru LINUS
3
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
dalam usaha untuk memastikan tiada murid yang gagal menguasai asas literasi dan numerasi selepas
tiga tahun berada sekolah rendah melalui program LINUS 2.0 (Mohd Isa, 2016).
Penguasaan literasi dan numerasi dalam kalangan murid-murid di peringkat awal pembelajaran adalah
sangat penting dan akan memberi kesan terhadap pembelajaran di masa hadapan. Hal ini kerana
pembelajaran di sekolah melalui dokumen standard kurikulum dan pentaksiran (DSKP) telah disusun
dari mudah ke kompleks. Kegagalan menguasai asas baca, tulis dan kira akan menyebabkan murid
menjadi lebih tercicir lagi. Menurut Grotlüschen et al. (2020), keupayaan literasi dan numerasi
mempengaruhi masa hadapan, peluang mendapat pekerjaan sekaligus memberi impak kepada
sosioekonomi.
LiNuSR merupakan cabaran kepada guru terutamanya guru yang mengajar bahasa Malaysia dan
matematik untuk merealisasikan hasrat 100% penguasaan literasi dan numerasi. Kegagalan murid akan
memberi impak kepada guru serta memberi kesan terhadap refleksi pengajaran guru. Keadaan ini
menyumbang kepada stres dalam kalangan guru yang terlibat (Othman et al., 2011). Peranan yang
dimainkan oleh guru sememangnya amat berat dalam menjamin kemenjadian murid. Penguasaan murid
dalam LiNuSR ini secara holistiknya bergantung kepada komitmen guru terhadap tugasnya. Guru perlu
bijak menguruskan pengajaran terutamanya di bilik darjah bagi mengoptimumkan masa pengajaran agar
lebih banyak masa dapat ditumpukan kepada bimbingan murid.
Pengurusan Bilik Darjah
Bilik darjah amnya merupakan ruangan belajar di sekolah yang digunakan oleh guru dan murid.
Menurut Nagro et al. (2019), persekitaran bilik darjah terdiri dari rutin harian, jadual serta susun atur
fizikal disamping hubungan guru-murid yang memainkan peranan kritikal dalam membentuk dinamika
dalam pembelajaran. Definisi pengurusan bilik darjah pula ialah pengunaan pelbagai komponen yang
sesuai (Davis, 2018) seperti elemen moral dan material dalam bilik darjah secara efisyen dan efektif
seiring dengan objektif organisasi (Bayraktar & Dogan, 2017) yang melibatkan kerjasama antara guru
dan murid (Abas, 2012). Strategi pengurusan bilik darjah berkesan yang digunakan untuk meningkatkan
pencapaian murid memberi kesan yang baik kepada murid, guru, ibu bapa, pentadbir dan komuniti
(Domenech, 2012). Namun begitu, menurut Davis (2018) pengurusan bilik darjah seharusnya
melangkaui implementasi asas fizikal dengan menekankan lebih kepada hubungan, individu,
pengajaran, dinamik kuasa dan perbezaan budaya.
Berdasarkan kajian lepas, lima aspek dalam pengurusan bilik darjah menurut Makowski (2014), ialah
kepercayaan guru terhadap murid, kesedaran guru tentang hubungan guru-murid, sifat guru yang
mengambil berat dan baik hati, perbincangan dan perhatian yang diberikan kepada murid, kedudukan
murid serta pergerakan dalam bilik darjah dapat membantu murid yang mempunyai masalah tingkah
laku. Hal ini seiring dengan kajian Bayraktar & Dogan (2017) yang menyatakan bahawa guru percaya
kunci utama kejayaan persekitaran bilik darjah adalah melalui disiplin atau pengurusan tingkah laku.
Guru juga percaya keupayaan menguruskan bilik darjah menunjukkan tahap efikasi kendiri guru (Lee
& van Vlack, 2018).
Kajian lepas berkaitan bilik darjah antaranya ialah pengurusan bilik darjah guru novis (Amin & Othman,
2019; Dicke et al., 2015; Kwok, 2019; Wolff et al., 2015), tingkah laku murid (Bayraktar & Dogan,
2017; Burrage, 2015), perbandingan pengurusan di bandar (Long et al., 2018), kemahiran penyelesaian
masalah (Özreçberoğlu & Çağanağa, 2018), hubungan dengan kecerdasan emosi guru (Valente et al.,
2018), kurikulum instruksional (Nagro et al., 2019), serta perkaitannya dengan iklim kerja dan stres
(Ambotang & Hashim, 2011). Meskipun telah banyak kajian berkaitan pengurusan bilik darjah yang
telah dijalankan oleh pengkaji terdahulu, kajian berkaitan hubungan pengurusan bilik darjah dengan
4
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
literasi dan numerasi terutama di Malaysia masih adalah perlu bagi melihat impak hasil pelaksanaan
program berdasarkan konteks pendidikan masakini.
Kerangka Konseptual
Kajian ini melibatkan dua variabel iaitu variabel bersandar LiNuSR dan variabel bebas pengurusan bilik
darjah seperti yang ditunjukkan pada rajah 1. Hubungan antara variabel ditunjukkan menggunakan
simbol anak panah. Dalam kajian ini, pengkaji ingin melihat pengaruh variabel bebas terhadap variabel
bersandar. Dari kerangka konsep berikut, dapat dilihat perkaitan antara variabel bebas pengurusan bilik
darjah dengan variabel bersandar LiNuSR.
Pengurusan Bilik darjah
(Variabel bebas)
LiNuSR
(Variabel bersandar)
Rajah 1. Kerangka konseptual kajian
METODOLOGI
Rekabentuk kajian adalah menggunakan pendekatan kuantitatif dengan kaedah tinjauan sebagai kaedah
kutipan data. Kaedah kuantitatif sesuai digunakan kerana hasil dapatan kajian akan digeneralisasikan
kepada populasi. Teknik persampelan yang digunakan ialah rawak mudah dan bilangan sampel kajian
ditentukan berdasarkan Bartlett et al. (2001). Justeru, bagi bilangan populasi 2023 orang, bilangan
sampel minimum adalah 112 orang. Dalam kajian ni, seramai 115 orang guru tahap satu yang mengajar
mata pelajaran bahasa Malaysia, matematik dan bahasa inggeris di daerah Sandakan, Sabah telah
menjawab soal selidik. Guru yang mengajar ketiga-tiga mata pelajaran ini dipilih bersesuaian dengan
mata pelajaran berkaitan literasi dan numerasi.
Rajah 2. Taburan Demografi Responden
5
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
Taburan responden berdasarkan demografi ditunjukkan pada rajah 2. Majoriti responden adalah guru
perempuan iaitu seramai 82 orang berbanding guru lelaki iaitu seramai 33 orang. Dari aspek lokasi
sekolah, guru yang mengajar di sekolah bandar adalah paling ramai iaitu 67 orang, guru yang mengajar
diluar bandar 33 orang dan guru yang mengajar dipulau ialah 15 orang. Responden teramai adalah
terdiri dari guru yang mempunyai pengalaman mengajar lebih dari 10 tahun iaitu seramai 62 orang,
diikuti oleh guru dengan pengalaman mengajar tahun ke bawah iaitu seramai 29 tahun dan guru dengan
pengalaman mengajar 5 hingga 10 tahun iaitu 24 orang. Berdasarkan mata pelajaran pula, guru bahasa
inggeris adalah teramai sebagai responden iaitu 47 orang, diikuti guru bahasa Malaysia 43 orang dan
guru matematik 25 orang.
Instrumen LiNuSR yang digunakan telah diubahsuai dari instrumen Pemeriksaan Khas Program
Literasi Dan Numerasi (LINUS) sebanyak 10 item manakala soal selidik pengurusan bilik darjah di
adapatasi dari Hamid (2012) dan mengandungi 10 item. Instrumen ini diukur menggunakan skala likert
lima mata iaitu 1-sangat tidak setuju, 2-tidak setuju, 3-tidak pasti, 4-setuju dan 5-sangat setuju. Nilai
kebolehpercayaan instrumen adalah tinggi mengikut Field (2018) iaitu LiNuSR = .84 dan pengurusan
bilik darjah = .93.
Data kuantitatif kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS v.25 secara deskriptif dan inferens
berpandukan objektif yang telah ditetapkan. Analisis deskriptif adalah untuk mendapatkan nilai
kekerapan, nilai min dan sisihan piawai. Analisis inferens yang digunakan pula ialah ujian t tidak
bersandar dan ANOVA sehala untuk menguji perbezaan. Analisis Correlation Pearson untuk menguji
hubungan manakala Simple Linear Regression untuk menguji pengaruh. Ujian taburan normal
dilakukan sebagai prasyarat sebelum menjalankan analisis inferensi. Penentuan taburan normal adalah
menggunakan nilai skewness dan kurtosis. Nilai skewness dan kurtosis bagi kedua variabel ialah
LiNuSR (.15, -.56) dan pengurusan bilik darjah (.03, -.54). Menurut Chua (2006), taburan dianggap
normal jika nilai skewness dan kurtosis adalah pada julat 1 hingga -1.
DAPATAN KAJIAN
Tahap LiNuSR dan Pengurusan Bilik Darjah
Hasil analisis deskriptif menunjukkan tahap LiNuSR dan pengurusan bilik darjah sekolah rendah di
tujukkan pada jadual 1. Dalam kajian ni, nilai min bagi kedua-dua variabel adalah sangat tinggi
berdasarkan interpretasi min oleh Moidunny (2009) dalam Raamani & Arumugam (2018). Nilai min
LiNuSR ialah 4.24 manakala nilai min pengurusan bilik darjah ialah 4.46 pada aras signifikan p<0.05.
Ini menunjukkan guru-guru yang terlibat mempunyai amalan pengurusan bilik darjah yang baik
disamping memainkan peranan dalam LiNuSR.
Jadual 1
Tahap LiNuSR dan Pengurusan Bilik Darjah
LiNuSR
Pengurusan Bilik Darjah
*Signifikan pada aras p<0.05
6
N
Minimum
Maksimum
Min
115
115
3.50
3.90
5.00
5.00
4.24
4.46
Sisihan
Piawai
.35
.26
Tahap Skor
Min
Tinggi
Tinggi
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
Jadual 2
Interpretasi Min
Skor min
Interpretasi
1.00-1.80
Sangat rendah
1.81-2.60
Rendah
2.61-3.20
Sederhana
3.21-4.20
Tinggi
4.21-5.00
Sumber : Moidunny (2009) dalam Raamani & Arumugam (2018)
Sangat tinggi
Perbezaan LiNuSR dan Pengurusan Bilik Darjah Berdasarkan Demografi
Dalam kajian ini, perbezaan antara variabel diuji menggunakan analisis independent t-test dan ANOVA
sehala. Jadual 3 menunjukkan perbezaan LiNuSR dan pengurusan bilik darjah berdasarkan jantina,
lokasi sekolah, pengalaman mengajar dan mata pelajaran. Secara keseluruhannya, tidak terdapat
perbezaan signifikan kedua-dua variabel berdasarkan jantina, lokasi sekolah dan pengalaman mengajar.
Namun begitu, terdapat perbezaan yang signifikan pengurusan berasaskan sekolah berdasarkan mata
pelajaran, F(2,112)=6.009, p=0.003. Perbandingan pos hoc Bonferroni menunjukkan mata pelajaran
bahasa inggeris menyumbang utama kepada skor min iaitu .17882(.05) berbanding bahasa Malaysia
.08716 dan matematik .09166. Keadaan ini menunjukkan guru-guru bahasa inggeris mempunyai amalan
pengurusan bilik darjah yang lebih tinggi berbanding guru matematik dan bahasa Malaysia.
Jadual 3
Perbezaan LiNuSR dan Pengurusan Bilik Darjah Berdasarkan Demografi
LiNuSR
Pengurusan Bilik Darjah
Demografi
N
Sisihan
Sisihan
Min
F
Sig. Min
F
Sig.
Piawai
Piawai
Lelaki
33 4.28 .35
4.45 .25
Jantina
.27
.87
.67
.42
Perempuan 82 4.22 .35
4.46 .26
0-5 Tahun
29 4.33 .36
4.52 .27
Pengalaman
5-10 Tahun 24 4.17 .34
1.67 .19
4.39 .22
1.82 .17
Mengajar
>10 Tahun 62 4.22 .35
4.46 .26
Bandar
67 4.27 .36
4.48 .25
Lokasi
Luar
33 4.20 .34
.85
.42
4.46 .28
.90
.41
Sekolah
Bandar
Pulau
15 4.16 .31
4.38 .22
BM
43 4.30 .34
4.55 .26
Mata pelajaran Matematik 25 4.32 .37
2.9
.06
4.46 .25
6.00 .00**
BI
47 4.37 .34
4.37 .26
**Signifikan pada aras p<0.01
Hubungan di antara LiNuSR dan Pengurusan Bilik Darjah
Hubungan antara kedua variabel diuji menggunakan analisis Correlation Pearson. Hasil analisis
Correlation Pearson adalah seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4. Terdapat hubungan yang
signifikan pada aras p<.01 di antara LiNuSR dengan pengurusan bilik darjah. Nilai korelasi r(115)=
.73 membawa maksud terdapat hubungan linear positif yang kuat (strong positive) antara kedua variabel
tersebut berdasarkan Ratner (2009).
7
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
Jadual 4
Analisis Korelasi Antara LiNuSR dan Pengurusan Bilik Darjah
Sasaran Sifar Linus
Pengurusan Bilik Darjah
Correlation Pearson
Sig. (2-tailed)
.73**
.00
N
115
**Signifikan pada aras p<0.01
Pengaruh Pengurusan Bilik Darjah terhadap LiNuSR
Dalam kajian ini, ujian untuk mengenalpasti pengaruh pengurusan bilik darjah terhadap LiNuSR adalah
menggunakan Simple Linear Regression dalam SPSS. Jadual 5 menunjukkan hasil analisis regresi
berganda untuk menguji pengaruh pengurusan bilik darjah terhadap LiNuSR. Hasil analisis mendapati,
nilai R2= .532 menunjukkan sejumlah 53.2% varians disumbangkan oleh pengurusan bilik darjah dalam
LiNuSR. Ini dapat dibuktikan dengan hasil analisis yang menunjukkan terdapat pengaruh yang
signifikan pengurusan bilik darjah terhadap LiNuSR pada aras p< .01.
Jadual 5
Analisis Regresi Pengurusan Bilik Darjah Terhadap LiNuSR
Model
R
R2
a
1
.729
.532
**Signifikan pada aras p<0.01
R2 yang
diubah
.528
Anggaran
Ralat
.242
F
Sig
128.487
.000b
Jadual 6
Nilai Koefisien Pengurusan Bilik Darjah Terhadap LiNuSR
Koefisien tidak
Koefisien
dipiawaikan
dipiawaikan
Ralat
Model
B
Piawai
Beta
1 (Constant)
- .23
.40
Pengurusan Bilik Darjah
1.01
.09
.73
t
-.628
11.335
Sig.
.532
0.00
Nilai koefisien bagi pengurusan bilik darjah terhadap LiNuSR dapat dilihat pada jadual 6. Daripada
jadual tersebut, nilai pemalar ialah - .23, nilai β1 ialah 1.01 dan ralat ialah .40 serta signifikan pada
p<0.01 iaitu .00. Oleh itu persamaan regresi yang terbentuk ialah:
Y = a + b1x1 + b2x2 + b3x3 + c
Y = - .23 + 1.01 Pengurusan Bilik Darjah + 0.13
PERBINCANGAN
Guru masa kini amnya telah dilengkapi dengan pelbagai kemahiran melalui pelbagai siri pembangunan
kompentensi. Ini dapat dilihat melalui dapatan kajian yang menunjukkan pengurusan bilik darjah dan
LiNuSR guru pada tahap yang tinggi. Selaras dengan dapatan kajian Rasidi et al. (2020) yang
menunjukkan amalan profesional guru dalam bilik darjah pada tahap yang tinggi. Berdasarkan kajian
Tan (2018), program pembangunan kompetensi yang dijalankan samada di sekolah mahupun di
peringkat PPD telah mempengaruhi kepuasan guru terhadap perkembangan kendiri. Hal ini sekaligus
8
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
meningkatkan efikasi guru yang kemudiannya memberi impak terhadap peranan profesionalismenya di
dalam bilik darjah.
Hasil kajian bagi objektif yang kedua pula mendapati tiada perbezaan berdasarkan jantina, lokasi,
pengalaman mengajar. Dapatan ini bercanggah dengan kajian lepas bagi pengalaman mengajar dimana
aspek pengurusan bilik darjah merupakan isu utama dalam kalangan guru baru (Davis, 2018; Wolff et
al., 2015). Hal ini mungkin disebabkan guru tidak kira baru atau lama, lelaki atau perempuan mahupun
mengajar di lokasi berbeza sedar akan akauntabilitinya serta komited untuk mencapai matlamat
meningkatkan tahap penguasaan murid dalam LiNUSR melalui pengurusan bilik darjah yang efisyen.
Kajian ini juga menunjukkan bahawa hanya mata pelajaran bahasa inggeris yang menunjukkan
perbezaan dalam pengurusan bilik darjah dimana pengurusan bilik darjah guru bahasa inggeris lebih
tinggi berbanding guru yang mengajar mata pelajaran yang lain. Keadaan ini membuktikan bahawa
guru mata pelajaran bahasa inggeris memerlukan masa optimum dalam pengajaran dengan
mengurangkan gangguan semasa proses pembelajaran melalui pengurusan bilik darjah. Penggunaan
massa secara berkesan dalam bilik darjah akan menyumbang kepada pencapaian matlamat pengajaran
sekaligus mempengaruhi pencapaian pelajar (Özreçberoğlu & Çağanağa, 2018). Ini kerana proses
bimbingan dalam usaha untuk meningkatkan tahap penguasaan murid dapat dilaksanakan dalam
keadaan disiplin kelas yang terkawal dan masa yang mancukupi.
Seterusnya, berdasarkan dapatan kajian, terdapat hubungan linear positif antara pengurusan bilik darjah
dengan LiNuSR. Hal ini menunjukkan bahawa matlamat pengajaran guru boleh dicapai melalui
pengurusan bilik darjah yang merangkumi persediaan guru, disiplin kelas serta bimbingan. Menurut
Nagro et al. (2019) aspek pengurangan masa menangani disiplin bilik darjah dan peningkatan
penglibatan murid adalah strategi pengurusan bilik darjah yang proaktif. Pengurusan bilik darjah
merangkumkan pelbagai komponen yang bersesuaian untuk guru menyediakan persekitaran
pembelajaran yang positif (Davis, 2018). Usaha-usaha ini menunjukkan komitmen dalam kalangan guru
untuk meningkatkan prestasi murid.
Hasil kajian ini juga menunjukkan separuh dari kejayaan mencapai matlamat dalam LiNuSR
disumbangkan melalui pengurusan bilik darjah. Hal ini kerana menguruskan bilik darjah adalah elemen
penting dalam pengajaran berkesan (Long et al., 2018). Justeru, kejayaan pengurusan bilik darjah
memerlukan usaha, fokus, petancangan, konsistensi serta pendekatan sistematuk dimana ia tidak berlaku
secara spontan (Valente et al., 2018) selain perhatian terhadap motivasi, kepercayaan, tanggug jawab
dan peraturan tingkah laku murid (Özreçberoğlu & Çağanağa, 2018).
Justeru, berdasarkan dapatan kajian kesleuruhannya, pengkaji mencadangkan model intergrasi
LiNUSR-Pengurusan Bilik Darjah yang terdiri dari elemen-elemen penting dalam kedua-dua variabel
ini seperti yang ditunjukkan pada Rajah 3. Aspek tahap penguasaan, matlamat dan komitmen guru
dalam LiNuSR saling berkaitan dan ditunjukkan melalui bulatan yang bertindih. Manakala elemen
disiplin, persediaan dan bimbingan dalam pengurusan bilik darjah di hubungkan dengan bentuk empat
segi mewakili ruangan bilik darjah. Dari model tersebut juga, dapat diperhatikan elemen LiNuSR berada
di tengah-tengah dan dikelilingi oleh elemen pengurusan bilik darjah. Ini menunjukkan bahawa
pengurusan bilik darjah dapat mengawal sebahagian kejayaan dalam LiNuSR. Model integrasi ini
adalah pertama dicadangkan melibatkan LiNuSR dengan pengurusan bilik darjah.
9
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
Rajah 3. Model Integrasi LiNuSR-Pengurusan Bilik Darjah
KESIMPULAN
Berdasarkan dapatan kajian, LiNuSR dan pengurusan bilik darjah adalah pada tahap tinggi. Tidak
terdapat perbezaan dalam kalangan responden berdasarkan jantina, pengalaman mengajar dan lokasi
sekolah. Tetapi terdapat perbezaan yang signifikan bagi pengurusan bilik darjah mengikut bidang
dimana guru bahasa inggeris lebih tinggi berbanding bahasa Malaysia dan matematik. Terdapat
hubungan linear positif diantara kedua variabel kajian. Manakala pengurusan bilik darjah menyumbang
separuh dari varian dalam LiNuSR. Secara keseluruhannya, dapatlah disimpulkan bahawa pengurusan
bilik darjah memainkan peranan utama dalam LiNuSR. Model integrasi LiNuSR-pengurusan bilik
darjah yang dicadangkan diharap dapat menyumbang kedalam bidang kajian terutamanya aspek
pengurusan guru.
RUJUKAN
Abas, H. (2012). Tahap, Amalan dan Masalah Pengurusan Bilik Darjah Guru-Guru Sekolah Menengah
Daerah Segamat, Johor. Universiti Teknologi Malaysia.
Ambotang, A. S., & Hashim, M. H. M. (2011). Hubungan Iklim Kerja dan Stres dalam Pengurusan Bilik
Darjah dalam Kalangan Guru Prasekolah. Journal of Techno-Social, 69–81.
Amin, A. M. M., & Othman, N. (2019). Pengurusan Bilik Darjah Guru Baharu yang Mengikuti Program
Pembangunan Guru Baharu (PPGB) (Classroom Management of New Teachers that Participate
in the New Teacher Development Program). Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(01), 21–27.
https://doi.org/10.17576/jpen-2019-44.01-03
Bartlett, J. E., Kotrlik, J. W., & Higgins, C. C. (2001). Organizational Research: Determining
Approproate Sample Size in Survey Research. Information Technology, Learning, and
Performance Journal, 19(1), 43–50. https://doi.org/10.1007/BF00471876
Bayraktar, H. V., & Dogan, M. C. (2017). Investigation of Primary School Teachers’ Perception of
Discipline Types They Use for Classroom Management. Higher Education Studies, 7(1), 30.
https://doi.org/10.5539/hes.v7n1p30
10
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
Burrage, D. M. (2015). School Personnel Perceptions Regarding Professional Development Training
and Implementation of a Behavioral Leveling Classroom Management System. Northcentral
University.
Carroll, H. C. M. (2020). The Relative Effect of Pupil Absenteeism on Literacy and Numeracy in The
Primary
School.
Educational
Studies,
00(00),
1–17.
https://doi.org/10.1080/03055698.2020.1793302
Chua Yan Piaw. 2006. Kaedah Dan Statistik Penyelidikan: Asas Statistik Penyelidikan. McGraw-Hill
(Malaysia) Sdn. Bhd
Davis, J. R. (2018). Classroom Management in Teacher Education Programs. In Classroom
Management in Teacher Education Programs. https://doi.org/10.1007/978-3-319-63850-8
Dicke, T., Elling, J., Schmeck, A., & Leutner, D. (2015). Reducing reality shock: The effects of
classroom management skills training on beginning teachers. Teaching and Teacher Education,
48, 1–12. https://doi.org/10.1016/j.tate.2015.01.013
Domenech, D. M. (2012). The Impact of Classroom Management Strategies on Student Achievement
[Walden University]. https://doi.org/10.1111/j.1467-8616.2008.00521
Field, A. (2018). Discovering Statistics IBM SPSS Statistics (5th ed.). Sage Publications Ltd.
Grotlüschen, A., Desjardins, R., & Liu, H. (2020). Literacy and Numeracy: Global and Comparative
Perspectives.
International
Review
of
Education,
66(2–3),
127–137.
https://doi.org/10.1007/s11159-020-09854-x
Hamid, H. K. (2012). Hubungan Kepimpinan & Hala Tuju, Pengurusan Kurikulum & Pembelajaran &
Pengajar Dengan Kemenjadian Murid Di Sekolah Rendah Berprestasi Sangat Lemah Di Daerah
Papar. Univerisity Malaysia Sabah.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2011). Modul Pengajaran Asas Literasi Program Literasi dan
Numerasi (LINUS). Bahagian Pembangunan Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2012). Modul LINUS Numerasi Asas 1. Bahagian Pembangunan
Kurikulum.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025
(Pendidikan
Prasekolah
hingga
Lepas
Menengah).
1,
1–300.
https://doi.org/10.1016/j.tate.2010.08.007.
Kwok, A. (2019). Classroom Management Actions of Beginning Urban Teachers. Urban Education,
54(3), 339–367. https://doi.org/10.1177/0042085918795017.
Lee, M., & van Vlack, S. (2018). Teachers’ Emotional Labour, Discrete Emotions, and Classroom
Management
Self-Efficacy.
Educational
Psychology,
38(5),
669–686.
https://doi.org/10.1080/01443410.2017.1399199.
Long, A. C. J., Renshaw, T. L., & Camarota, D. (2018). Classroom Management in an Urban,
Alternative School: A Comparison of Mindfulness and Behavioral Approaches. Contemporary
School Psychology, 22(3), 233–248. https://doi.org/10.1007/s40688-018-0177-y.
Makowski, E. M. (2014). From Challenging Behaviors to Caring Classroom Communities:
Reimagining the Teacher’ s Role in Classroom Management. University of Washington.
Malik, S. (2009). Effect of Intervention Training on Mental Abilities of Slow Learners. International
Journal of Educational Sciences, 1(1), 61–64. https://doi.org/10.1080/09751122.2009.11889977
Mohammad, T. Z., & Mahmoud, A. M. (2014). Clustering of Slow Learners Behavior for Discovery of
Optimal Patterns of Learning. International Journal of Advanced Computer Science and
Applications, 5(11), 102–109. https://doi.org/10.14569/ijacsa.2014.051118.
Mohd-Asraf, R., Abdullah, H., & Mat Zamin, A. A. (2016). Literacy Among Malaysian Primary
Schoolers: How do Boys Perform Relative to Girls? International Electronic Journal of
Elementary Education, 9(1), 225–238.
Mohd Isa, A. (2016). Pengaruh Pengurusan Fail, Saringan dan Bilik Darjah Terhadap Sasaran Sifar
LINUS di Daerah Sandakan. Universiti Malaysia Sabah.
Nagro, S. A., Fraser, D. W., & Hooks, S. D. (2019). Lesson Planning With Engagement in Mind:
Proactive Classroom Management Strategies for Curriculum Instruction. Intervention in School
11
E-ISSN: 2289-9669
JURNAL KEPIMPINAN PENDIDIKAN
|
April 2021, Bil. 8, Isu 1
and Clinic, 54(3), 131–140. https://doi.org/10.1177/1053451218767905.
Othman, A. J., Norzan, N., Darusalam, G., & Siraj, S. (2011). Cabaran Guru Program Linus Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa. Masalah Pendidikan, 34, 37–51.
Özreçberoğlu, N., & Çağanağa, Ç. K. (2018). Making it Count: Strategies for Improving Problemsolving Skills in Mathematics for Students and Teachers’ Classroom Management. Eurasia
Journal of Mathematics, Science and Technology Education, 14(4), 1253–1261.
https://doi.org/10.29333/ejmste/82536
Raamani, T., & Arumugam, R. (2018). The Influence of Principals’ Technology Leadership and
Professional Development on Teachers’ Technology Integration in Secondary Schools.
Malaysian Journal of Learning and Instruction, 15(1), 203–228.
Rasidi, W. F. W. M., Mydin, A. A., & Ismail, A. (2020). Professional Learning Community: Strategi
Bimbingan Instruktional dan Amalan Profesional Guru. Jurnal Kepimpinan Pendidikan, 7(3),
38–54. https://jupidi.um.edu.my/article/view/25060.
Ratner, B. (2009). The Correlation Coefficient: Its Values Range Between 1/1, or do They. Journal of
Targeting,
Measurement
and
Analysis
for
Marketing,
17(2),
139–142.
https://doi.org/10.1057/jt.2009.5
Sangeeta, C. (2011). Slow Learners: Their Psychology and Educational Programmes. International
Journal of Multidisciplinary Research, 1(8), 279–289.
Tan, L. K. (2018). Faktor Dalaman Sekolah Dan Komitmen Guru Terhadap Organisasi : Pengaruh
Pengantara Kualiti Kehidupan Kerja Guru Di SBT dan SBBT. University Sains Malaysia.
The World Bank. (2020). Literacy rate, youth total (% of people ages 15-24) – Malaysia.
https://data.worldbank.org/indicator/SE.ADT.1524.LT.ZS?locations=MY.
Tubah, H., & Hamid, Z. (2011). Pengaruh Demografi Terhadap Kemahiran Membaca dan Memahami
dalam Kalangan Murid-murid LINUS. Jurnal Melayu, 6(6), 29–47.
Valente, S., Monteiro, A. P., & Lourenço, A. A. (2018). The Relationship Between Teachers’ Emotional
Intelligence and Classroom Discipline Management. Psychology in the Schools, 56(5), 741–750.
https://doi.org/10.1002/pits.22218.
Wan Ahmad, W. N. (2019). Amalan Guru Dalam Melaksanakan Kemahiran Literasi Bahasa Melayu
Bagi Program LINUS Di Sekolah Rendah. Malay Language Education Journal-MyLEJ, 9(1),
2180–4842.
Wolff, C. E., Van Den Bogert, N., Jarodzka, H., & Boshuizen, H. P. A. (2015). Keeping an Eye on
Learning: Differences Between Expert and Novice Teachers’ Representations of Classroom
Management
Events.
Journal
of
Teacher
Education,
66(1),
68–85.
https://doi.org/10.1177/0022487114549810.
Wong, E. P. L. (2014). Amalan Linus Sekolah Kebangsaan di Zon Parit Bunga, Daerah Muar. Universiti
Teknologi Malaysia, 1–35.
12
E-ISSN: 2289-9669