Other by chegGuh purple
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) merupakan satu perancangan yang dirangka k... more Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM 2013-2025) merupakan satu perancangan yang dirangka kementerian bagi mentranformasi sistem pendidikan sedia ada agar mampu memenuhi keperluan pendidikan rakyatnya. Kejayaan setiap murid tercipta bermula pada langkah pertama mereka memasuki alam persekolahan. Sekolah menjadi tempat untuk murid-murid memilih bentuk kejayaan yang diingini mereka. Perkara inilah yang menjadi intipati penekanan dalam PPPM 2013-2025 apabila sebelas anjakan utama diperkenalkan pada tahun 2013. Sebelas anjakan yang diperkenalkan diyakini mampu memacu agenda pendidikan negara ke arah lebih baik dari sebelum ini. Tranformasi yang dilaksanakan bagi menyediakan rakyat Malaysia berkemampuan berhadapan dengan cabaran abad ke-21. Isu utama pendidikan ialah apabila murid masih belum mencapai tahap penguasaan sepenuhnya dalam kemahiran yang dipelajari meskipun telah diberikan pelbagai inisiatif progam pendidikan. Selain itu jurang pencapaian juga jelas ketara terutama sekali di sekolah-sekolah pedalaman sekitar Sabah dan Sarawak. Hasil daripada perbincangan Kementerian Pendidikan bersama pihak-pihak yang terlibat ialah penekanan akan kualiti guru ketika di sekolah terutama sekali bagi guru-guru novis. Hal ini ditekankan dalam anjakan ke-4. Guru-guru baharu perlulah dilengkapi dengan ilmu pengetahuan dan teaching skills sebelum dihantar ke medan pendidikan yang sebenar. Kualiti guru dalam menyampaikan isi pengajaran dan pembelajaran menentukan keberhasilan dan kecemerlangan murid di sekolah tersebut. Selain itu, dalam anjakan ke-6 pula menekankan kepentingan agar setiap sekolah dibekalkan dengan kelengkapan infrastruktur asas. Hal ini jelas bahawa kelengkapan infrastruktur asas seperti bilik darjah yang kondusif dapat membantu murid belajar disamping sebagai sokongan kepada guru untuk mengajar dengan lebih bersemangat. Inilah bentuk kejayaan yang diingini oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.
Teaching Documents by chegGuh purple
PENGENALAN KEPADA EMPAT BIDANG PENDIDIKAN SENI VISUAL
Uploads
Other by chegGuh purple
Teaching Documents by chegGuh purple