Academia.eduAcademia.edu

HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN NEGARA SEMASA DAN SELEPAS PANDEMIK

2022, IPG

TUGASAN PTM

NAMA : NORATIRAH BINTI LEKSING SALLEH Tugasan 3 (Individu)PTM HALA TUJU SISTEM PENDIDIKAN MALAYSIA Pada tahun 2020 dan tahun 2021, dunia telah menyaksikan suatu zaman yang belum pernah terjadi sebelumnya. Pada ketika itu, seantero dunia telah dijangkiti sejenis wabak yang digelar sebagai wabak covid-19. Sekumpulan kes pneumonia misteri telah dikesan di Wuhan, China pada Disember 2019 dan tersebar dengan cepat ke seluruh dunia. Kemudian, kebanyakan negara Asia lain mula mengesahkan kes termasuk Malaysia. Merujuk kepada ‘World Health Organization (WHO)’, Malaysia merupakan antara negara-negara Asia yang terkesan teruk dengan wabak covid-19. Pada masa tersebut, semua aktivit harian terpaksa dihentikan, premis-premis utama ditutup yang mana seolah dunia telah berhenti untuk seketika dan Kerajaan telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang masalah tersebut. Apa yang lagi menyedihkan ketika itu ialah Sistem Pendidikan Malaysia telah menrima tamparan yang hebat yang mana semua sekolah-sekolah, institusi-istituti Pendidikan terpaksa ditutup dan tidak beroperasi sepenuhnya. Ini merupakan tentangan yang hebat kepada Sistem Pendidikan Malaysia dalam merealisasikan Falsafah Pendidikan kebangsaan. Apakah hala tuju sistem Pendidikan Malaysia semasa dan selepas era pandemik ini? Sistem Pendidikan Malaysia terpaksa menerima norma baharu dengan melaksanakan aktiviti-aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dari rumah(PdPR) . Dasar-dasar baharu terpaksa digubal dalam masa yang singkat untuk menentang wabak covid-19 bagi memastikan setiap anak-anak Malaysia tidak ketinggalan walaupun dalam era Pandemik covid-19. Antara perkara-perkara yang dilaksanakan oleh Kerajaan melalui Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada ketika itu ialah, melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran dari rumah (PdPr) melalui atas talian. Dunia telah mulai memperkenalkan kepelbagaian aplikasi-aplikasi baharu didalam sesawang internet bagi membantu melancarkan proses PdPR tersebut seperti pelajar dan guru kekal berhubung melalui aplikasi ‘whatsapp’, ‘telegram’, ‘googlemeet’, ‘googleclassroom’, ‘webex’ dan sebagainya. KPM juga memastikan agar tidak ada murid yang terabai walaupun diceruk mana sekalipun dengan cara memastikan setiap guru menyediakan ‘Set Soalan’ bagi murid-murid yang tidak berkemampuan memliki telefon pintar ataupun internet masing-masing. Pandemik covid-19 telah memberi gambaran sebenar betapa pentingnya sistem pendidikan negara dirombak semula agar mempunyai hala tuju yang baharu. Selepas Sembilan tahun Pelan Pembangunan pendidikan Malaysia 2013-2025 dilancarkan, tahap pencapaian pendidikan negara masih berada pada tahap yang sama seperti dilaporkan Program Penilaian Pelajar Antarabangsa (PISA). Setiausaha Kehormat, Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Tunku Munawirah Putra menegaskan, sudah tiba masanya menjadikan kurikulum pendidikan negara lebih kompak mengikut penanda aras yang ditetapkam PISA. Oleh itu, terdapat beberapa cadangan beliau dalam membantu untuk mengacukan hala tuju sistem Pendidikan Malaysia. Pertama, Laporan-laporan dan langkah-langkah penambahbaikan yang telah disediakan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 adalah amat menyeluruh dan terperinci seperti kajian semula prestasi sistem pendidikan Malaysia yang dimulakan dengan menganalisis tahap pencapaian murid semasa dan dibandingkan dengan pencapaian murid dinegara maju yang lain. Kedua, masalah yang sedia ada yang dialami sistem pendidikan memang rumit dan bukan senang untuk diselesaikan. Malah, ia menjadi beban yang menghalang kemajuan. Namun masalah-masalah ini perlu ditangani dengan segera seperti bebanan subjek-subjek yang diberikan kepada murid sekolah rendah yang akhirnya tidak menambah nilai pada murid tersebut diusia yang terlalu muda. Ianya telah jelas ketika proses PdPR dijalankan. Seterusnya, kaedah lama yang tidak lagi efektif harus dibuang kerana ia tidak boleh lagi digunapakai. KPM seharusnya bertindak lebih tepat dengan tidak mengekalkan atau membiarkan kerana semata-mata ia telah menjadi satu kebiasaan atau telah menepati format/KPI yang langsung tidak membawa apa-apa faedah kepada murid atau guru yang mengajar. Kakitangan Kementerian Pendidikan juga perlu berkomunikasi dengan matlamat untuk mencari penyelesaian yang akan menguntungkan pembelajaran anak-anak, cara pengajaran dan mementingkan pencapaian kecekapan di dalam sukatan pelajaran yang perlu dikuasai. Disamping itu, untuk menentukan hala tuju pendidikan Malaysia juga, guru-guru perlu didorong, diberi motivasi dan latihan yang efektif serta guru-guru tidak wajar hanya menerima sekadar perintah sahaja. Maklum balas serta masalah yang dihadapi mereka juga perlu penyelesaian seperti masalah-masalah asa iaitu masalah infrastruktur dan sebagainya. Secara kesimpulannya, pandemik yang datang menjegah dan menggoncang seantero dunia ini telah banyak memberi impak yang besar terhadap sistem pendidikan Malaysia dan seharusnya ianya telah mengajar kita untuk membawa hala tuju pendidikan Malaysia yang lebih relevan dan baharu. Guru yang merupakan tonggak utama dalam menentukan hala tuju pendidikan serta KPM yang menjadi asas penggerak dan pelaksanaan disekolah harus sentiasa bersatu. Marilah kita bersama-sama berganding bahu untuk membantu anak-anak bangsa memilih kehidupan yang jauh lebih baik pada masa akan datang. Hal ini kerana, Pendidikan merupakan satu-satunya alat yang menentukan pangkal nasib kehidupan seseorang dan pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa akan datang.