Academia.eduAcademia.edu

PERANAN MEDIA MASSA SEBAGAI AGEN SOSIALISASI

2019

Peranan media sebagai agen sosialisasi yang membentuk karekter pelajar

1 TAJUK TUGASAN: PERANAN MEDIA MASSA SEBAGAI SEBAGAI AGEN SOSIALISASI DENGAN MEMBERIKAN CONTOH-CONTOH YANG SESUAI KURSUS INSTITUSI KELUARGA DAN SEKOLAH MOHAMAD SYAMSUL AIMAN BIN MOHAMAD SAUFI KAMALUL ABRAR BIN MOHD RADZUAN ALEXSON NGINDANG ANAK JONATHAN IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN MORAL PENSYARAH: ZURAINI BINTI JAMIL @ OSMAN 2019 2 PENGENALAN Media massa bukanlah suatu perkara yang asing lagi dalam era globalisasi yang dilihat semakin berkembang sejajar dengan perkembangan teknologi masa kini. Perkembangannya itu memperlihatkan peranannya sebagai agen sosialisasi juga semakin menyerlah di mana pengaruhnya kepada masayarakat amatlah amat membimbangkan. Media massa ini boleh ditakrifkan sebagai segala bentuk dan saluran yang digunakan untuk menyampaikan informasi atau pesan antara manusia (Sharifah Alwiah Alsagoff, 1979). Pembawaan konsep itu tadi telah memberikan satu pandangan yang jelas mengenai kepentingannya dalam proses sosialisasi. Secara amnya, terdapat tiga jenis media massa iaitu media cetak, media elektronik dan media sosial. Media elektronik merangkumi televisyen, radio, telefon manakala media cetak pula merangkumi akhbar, majalah, buku dan sebagainya. Media sosial pula seperti, Facebook, Twitter, Blog, Telegram dan banyak lagi. Beralih kepada sosialisasi pula, sosialisasi boleh ditarifkan sebagai satu proses bagi manusia mempelajari dan menerima, sikap dan kemahiran orang-orang di sekeliling, terutamanya daripada keluarga dan masyarakat bagi membentuk personaliti yang tersendiri untuk menjadi ahli dalam masyarakat tersebut (Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam & Roslina Suratnu). Proses sosialisasi ini berlaku sepanjang hayat manusia. Justeru itu, peranan media massa sebagai agen sosialisai ini harus diberi penekanan yang serius bagi memastikan pengaruh media massa dapat memberikan suatu yang bermanfaat. Tugasan ini akan membincangkan tentang peranan media massa sebagai agen sosialisasi. Peranan tersebut akan dijelaskan dengan melihat kepada tiga bahagian utama mengikut bentuk media iaitu media cetak, media elektronik dan media siber. 3 PERANAN MEDIA ELEKTRONIK SEBAGAI AGEN SOSIALISASI Peranan media elektronik sebagai agen sosialisasi memang tidak boleh dinafikan lagi dalam membentuk gambaran kehidupan manusia pada masa kini. Media elektronik ini telah lama berkembang seiring peredaran zaman sehingga membawa kepada sebuah agen sosialisasi yang penting terhadap kehidupan manusia. Perkembangan media elektronik di tanah air yang telah bermula dengan perkembangan radio dan penggunanya pada zaman Jepun (Abdul Rahman Bin Mohd Nordin, 2004). Selepas radio, kemudian televisyen pula melangkah dan menyemarakan lagi media elektronik sebagai salah satu agen yang banyak mempengaruhi proses sosialisasi manusia. Selain radio dan televisyen, beberapa jenis media elektronik yang menjadi trend masyarakat kini iaitu telefon, komputer dan tayangan wayang. Kesemua media elektronik ini mempunyai pengaruh yang amat besar sebagai agen sosialisasi. Sejumlah besar masyarakat kini telah pun terjebak dalam penggunaan media ini (Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah, n.d). Kehidupan masyarakat tanpa ada media massa ibarat sesuatu kehilangan besar kepada diri mereka dan bila berjauhan daripadanya mereka merasakan seperti “orang bodoh” yang mana mereka tidak boleh lari dan hendaklah sentiasa berdamping dengannya. Di rumah, sekolah, tempat kerja, mahupun segala ruangan persekitaran, media elektronik ini hendaklah sentiasa ada sebagai pelengkap kepada kehidupan masyarakat manusia yang sempurna. Pendedahan media elektronik ini telah bermula sejak manusia bayi lagi yang mana pendedahannya kepada kanak-kanak itu dilakukan oleh ibu bapa mereka sendiri. Kononnya adalah untuk memberikan kepuasan kepada anak-anak mereka sekali gus memudahkan penjagaan anak demi kesenangan masa dan tenaga. Segala kandungan yang ada dalam media tersebut akan di dedahkan kepada anak-anak. Terpulang kepada kawalan ibu bapa, sama ada 4 kandungan itu membawa kepada tingkah laku positif mahupun tingkah laku negatif. Itu adalah atas dasar keprihatinan ibu bapa terhadap perkembangan anak mereka. Apabila anakanak mula terdedah dengan media elektronik maka, dengan itu bermulanya proses sosialisasi iaitu proses di mana manusia mempelajari kemahiran, maklumat dan segala macam pengetahuan yang akan digunakannya untuk berinteraksi dengan masyarakat lain. Peranan media masa ini akan lebih terserlah apabila manusia itu semakin meningkat remaja menuju alam yang lebih dewasa. Media elektronik sebagai salah satu media masa yang berpengaruh dalam sosialisasi berperanan sebagai medium untuk mendapatkan maklumat yang berguna (Eduard Depari dan Colin Mac Andrews, 1995). Media elektronik ini telah menjadi sumber maklumat yang akan membentuk perwatakan seseorang individu melalui pendedahan kepada ilmu pengetahuan yang menjadi tunjang kepada kehidupan individu tersebut dalam menyesuaikannya dengan masyarakat sekeliling. Setiap perkara yang tertera di dalam kaca televisyen dan telefon bimbit, CD mahupun tayangan filem akan diserap dan diproses oleh seseorang individu sebagai maklumat akan digunakannya untuk mendampingi masyarakat luar. Sebagai contoh, televisyen mampu menjadi medium dakwah yang yang berkesan dalam membentuk akhlak dan pemikiran masyarakat pada hari ini (Wawarah Saidpudin, 2017). Dakwah merupakan satu amanah Ilahi yang bersifat mulia dan diwariskan oleh Allah kepada para nabi dan wali dari satu generasi ke generasi. Oleh itu, maklumat dan segala input yang ada melalui media elektronik itu amatlah berguna kepada setiap golongan masyarakat bagi memastikan segala tingkah laku yang baik dan dipelajari dan tingkah laku yang buruk pula dapat dihindari. TV Al-Hijrah khususnya dalam rancangan “30 minit bersama Ustaz Don” yang menerangkan hukum tajwid al-Quran, ibadah, dan sirah nabawiyah dengan konsep yang santai dan mampu menarik segenap lapisan umur masyarakat (Wawarah Saidpudin, 2017). Jelaslah bahawa penggunaan media elektronik ini banyak memberikan 5 pengaruh yang amat besar kepada proses sosialisasi khususnya dalam penyebaran maklumat dan juga ilmu-ilmu agama. Media elektronik ini juga membolehkan manusia untuk belajar dan mengetahui peranan sosialnya (Hamzah Hamdani, 1982). Umumnya, kanak-kanak akan tertarik dengan program-program televisyen seperti Upin Ipin, Doraemon, Kampung Boy, Boboiboy dan banyak lagi. Program tersebut berlatar belakangkan kehidupan seorang kanak-kanak yang menjalankan fungsi sosialnya seperti bersekolah. Di situ, kanak-kanak akan tahu bahawa tanggungjawabnya adalah untuk menimba ilmu di sekolah. Kanak-kanak akan mudah terpengaruh dengan babak-babak kartun kegemaran mereka dan di situlah mereka akan belajar dan mengetahui fungsi dan tanggungjawab masing-masing (Ruby Izyan Atika bt. Abu Bakar dan Noor Fadhilah bt. Ab Halim, 2014). Pendedahan kanak-kanak kepada sumber teknologi yang sihat akan meningkatkan kadar perkembangan kognitif, emosi dan sosialnya (Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail dan Noranizah Yusuf, 2012). Daripada itu juga, kanak-kanak akan tahu tentang peranan sosialnya apabila dewasa kelak. Misalnya, tanggungjawab mereka apabila sudah berkahwin adalah untuk menjaga pasangan masing-masing dan memenuhi keperluan hidup mereka. Apabila memiliki anak, mereka akan tahu tentang tanggungjawab mereka iaitu memastikan segala keperluan anak-anak terjaga. Kanak-kanak akan tahu semua itu melalui media elektronik yang mereka miliki. Mereka akan meneroka segala benda yang ada di dalam media elektronik tersebut dan mempraktikannya dalam kehidupan. Pendedahan masyarakat kepada media elektronik ini akan membantu dalam membentuk perwatakan individu melalui proses sosialisasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, mesej yang disampaikan oleh media elektronik itu mampu mempengaruhi tingkah 6 laku seseorang (Wawarah Saidpudin, 2017). Tingkah laku seseorang itu akan dibentuk melalui proses sosialisasi apabila mereka menggunakan media masa dalam aktiviti seharian mereka. Program televisyen, tayangan video, tayang filem yang berunsurkan kemanusiaan banyak memberikan maklumat berguna yang boleh digunakan untuk menyesuaikan diri dalam kehidupan bermasyarakat. Sebagai contoh, rancangan televisyen yang berunsurkan keagaamaan seperti Al-Kuliyyah, Hallaqah, Jejak Rasul, Forum Perdana Islam dan banyak lagi telah memberikan maklumat berguna dan dapat membentuk sifat umat islam yang baik (Wawarah Saidpudin, 2017). Justeru itu, perwatakan individu yang gemar menonton tayangan berunsurkan agama dan nilai kemanusian akan menjadi lebih baik dan sempurna. Media elektronik dapat mengubah gaya hidup sesuatu masyarakat melalui proses sosialisasi yang berlaku (Hamzah Hamdani, 1982). Penggunaan media elektronik yang memberikan manfaat akan dapat memberikan kesan yang baik kepada sesuatu masyarakat. Hal ini dapat dilihat dari segi gaya hidup wanita yang dahulunya hanyalah membuat kerja rumah sahaja dan membiarkan suami mereka bekerja mencari nafkah. Namun kini, gaya hidup wanita tidak hanyalah sebagai sebagai suri rumah tetapi mereka jugalah yang membantu suami mereka mendapatkan sumber pendapatan (Maisarah Sheikh Rahim, 2018). Mengikut statistik pada tahun 2017, penyertaan wanita dalam sektor pekerjaan di negara Malaysia meningkat kepada 54.3 peratus dan majoriti wanita yang bekerja adalah berpendapatan sederhana serta mendapat gaji bersih dalam lingkungan RM3,000 ke RM4,000 sebulan (Maisarah Sheikh Rahim, 2018). Keadaan ini berpunca daripada media elektronik yang membawa kepada kesedaran kaum wanita dalam bekerjaya. Pelbagai unur-unsur yang terkandung di dalam media elektronik telah membawa kepada perkembangan perubahan gaya hidup masyarakat. Sekali lagi ditekan bahawa penggunaan media elektronik ini membawa kesedaran kepada wanita untuk mengubah gaya hidup mereka daripada menjadi suri rumah kepada bekerjaya. 7 Namun begitu, media elektronik ini tidak hanya menyebarkan nilai-nilai yang baik, tetapi juga nilai buruk yang membolehkan individu itu melakukan tingkah laku negatif yang akan merosakan dirinya. Larking juga menegaskan bahawa penyalahgunaan televisyen boleh memberi kesan negatif kepada generasi muda kerana ia boleh menyimpangkan mereka daripada realiti kehidupan yang sebenar dan dan menjadi “hamba” kepada televisyen (Dr. Ab. Halim bin Tamuri&Zarin bin Ismail). Perkara ini adalah disebabkan masyarakat kini terdedah dengan pelbagai perkara dari media elektronik yang bersumberkan gaya hidup Barat dan turut terpengaruh dengan gejala negatif yang dipaparkan di dalam media tersebut (Wawarah Saidpudin, 2017). Misalnya, nilai-nilai barat yang tidak baik akan tersebar tanpa batasan melalui corong-corong radio, televisyen dan juga peralatan elektronik lain dengan mudah. Mengambil contoh animasi Alvin and The Chipmunks, kanak-kanak kecil memanggil nama ayahnya “Dave” dan animasi Pickle and Peanuts yang menyebut perkataan dan aksi lucah (Nor Asiah Yaakub, n.d). Perkara tersebut adalah menjadi perkara yang dikeji dan dipandang hina oleh masyarakat di negara ini. Justeru itu, adalah menjadi tanggungjawab semua pihak untuk memastikan penggunaan media elektronik adalah digunakan secara berhemah dan betul iaitu untuk tujuan yang kebaikan. Penggunaan media elektronik dalam kehidupan masyarakat khususnya kanak-kanak amatlah merisaukan (Eduard Depari dan Colin MacAndrews, 1995). Tayangan daripada media elektronik ini mampu mengubah watak moral masyarakat apabila unsur-unsur bersifat kasar, lucah dan diluar norma sesebuah masyarakat itu terdedah secara terbuka tanpa ada kawalan. Ramai ibu bapa yang tidak menyedari bahawa terdapat juga rancangan kartun yang memberi kesan negatif terhadap perkembangan pertuturan dan bahasa kanak-kanak. Antara bentuk rancangan kartun tersebut ialah kartun bisu dan kartun yang mempunyai aksi berlebihan (Ruby Izyan Atika Bt. Abu Bakar dan Noor Fadhilah Bt. Ab Halim, 2014). Kartun bisu umumnya akan menyebabkan kanak-kanak yang menonton kartun sebegini tidak 8 berpeluang mempelajari bahasa dan perkataan baru yang mana menyebabkan kanak-kanak tidak mempelajari apa-apa nilai moral dan hanya sebagai hiburan sebaliknya kanak-kanak akan mempelajari tindakan ganas dan kasar yang dilakukan oleh watak kartun itu. Selain itu, Sohana Abdul Hamid (2016), juga mengatakan tayangan-tayangan filem Barat dan Hindustan contohnya, telah menolak unsur-unsur ketimuran yang sebati dalam jiwa masyarakat. Adegan-adegan lucah hanyalah sebagai halwa mata bagi mereka. Jadi apabila filem tersebut dipertontonkan, sudah tentu golongan remaja amnya, akan meniru stail ataupun gaya dan aksi artis pujaan mereka. Secara tidak langsung, ianya mencetus kemelut jati diri bagi remaja yang sedang mencari identiti seterusnya terlibat dalam gejala hindunisme ini (Sohana Abdul Hamid, 2016). Jelasnya di sini, media elektronik ini mempunyai peranan yang luas sebagai agen sosialisasi selain daripada penyebar maklumat, penyebar nilai, pembinaan watak, mengubah gaya hidup dan mengetahui peranan sosial seseorang individu. Setiap peranan ini membawa kepada kesannya yang tersendiri sama ada kesan positif mahupun kesan negatif . Kesan itu akan mendatangkan pengaruhnya bergantung kepada seseorang individu itu mengikut kehendaknya. PERANAN MEDIA CETAK SEBAGAI AGEN SOSIALISASI Media cetak merupakan salah satu alat penyampaian maklumat yang terpenting di negara kita sejak abad ke-19 lagi sehinggalah pada zaman sekarang. Secara umumnya, media cetak yang paling terkenal di negara ini ialah akhbar, majalah, komik dan lain-lain. Media cetak merupakan media yang dikenali fungsinya sebagai medium penyampaian maklumat atau agen sosialisasi kepada masyarakat yang mula berkembang pesat sejak zaman penjajahan. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, media cetak ialah alat atau saluran komunikasi yang berupa bahan cetakan atau terbitan (seperti surat khabar, majalah, dll). Media cetak juga 9 merupakan dokumen semua benda yang berbentuk atau rakaman peristiwa-peristiwa yang diambil oleh wartawan dan diubahsuai dalam bentuk perkataan, imej, gambar, dan sebagainya (Ardianto, et al 2009:99). Oleh itu, media cetak sangat berperanan sebagai agen sosialisasi dalam masyarakat. Dalam dunia tanpa sempadan, peranan media dalam menyebar dan menyampaikan maklumat kepada masyarakat menjadi semakin penting (Ab. Halim bin Tamuri& Zarin bin Ismail). Menurut Ahmad Sebi Abu Bakar (1996:122) media cetak jenis akhbar seperti Jawi Peranakan (1807), Pengasuh (1918), Al-Imam (1906), Utusan Melayu (1907) dan lain-lain diwujudkan adalah berpunca daripada keperluan maklumat dan informasi. Hal ini dikatakan demikian kerana, media cetak seperti akhbar banyak memberi maklumat-maklumat yang telah diyakini tentang kesahihannya kerana akhbar biasanya diterbitkan secara harian atau mingguan. Menurut Mohd Hamdan Haji Adnan (2015), akhbar yang dianggap memberi liputan yang tepat dan jujur mendapati jualan atau pelanggannya melambung. Selain menyampaikan maklumat kepada masyarakat, ahkbar juga banyak memupuk nilai-nilai, adat resam dan kebudayaan kaum. Akhbar juga merupakan suatu keperluan sebagai alat untuk mendapatkan maklumat berkaitan masalah sosial seperti isu semasa, sukan, pendidikan, kesihatan, dan hiburan untuk semua (Sohana Abdul Hamid, 2015). Terdapat banyak maklumat yang berbentuk berita yang sering dipaparkan pada muka akhbar seperti berita politik yang merujuk kepada liputan tentang calon yang bertanding, manifesto parti yang bertanding, kempen pilihan raya di jalankan oleh jentera parti, dan polisi kerajaan. Selain itu, berita sosial yang merujuk kepada liputan berita yang mengetengahkan soal kebajikan masyarakat, kesihatan, bencana alam, kesalahan jenayah dan sivil dan berita ekonomi-politik iaitu berita ekonomi merujuk kepada 10 liputan berita tentang ekonomi, kewangan dan isi berkaitan dengan politik (Noor Zafira Mohd Shafie & Syahruddin Hj. Awg Ahmad, 2017) Berdasarkan kajian-kajian lepas yang telah dijalankan oleh kebanyakan sarjana komunikasi politik khususnya, media cetak terutamanya akhbar-akhbar arus perdana adalah medium perantaraan yang diyakini oleh masyarakat bagi mendapatkan maklumat tentang Pilihan Raya Umum (Noor Zafira Mohd Shafie & Syahruddin Hj. Awg Ahmad, 2017). Akhbar Utusan Melayu dilancarkan sebagai akhbar yang memperjuangkan kepentingan orang melayu, mengambil berat tentang kebajikan ekonomi melayu dan juga pendidikan orang melayu (Noor Bathi Badarudin, 2002:15). Secara jelasnya bahawa akhbar-akhbar banyak menyampaikan maklumat kepada masyarakat dalam pelbagai aspek sebagai agen perubahan ke arah lebih baik. Media merupakan elemen penting yang menjadi asas kepada perubahan sosial (Andries Kango, 2015:21). Menurut William F. Ogburn, perubahan sosial menekankan pada keadaan teknologi yang menyebabkan terjadinya perubahan pada aspek-aspek kehidupan sosial, seperti kemajuan ilmu pengetahuan dan teknologi yang sangat berpengaruh terhadap pola berfikir masyarakat (Nur Djazifah ER, 2012). Perubahan sosial termasuklah perubahan dalam nilai-nilai sosial, norma-norma sosial, institusi kemasyarakatan, pesanan semula permukaan sosial, interaksi sosial, corak tingkah laku, kuasa dan autoriti, serta pelbagai aspek kehidupan masyarakat lain-lain. Menurut Wilbur Schramm, peranan media dalam pembangunan nasional adalah sebagai agen pembaharu iaitu agent of social change (Eduard Depari & Caolin MacAndrews, 1995:45). Media cetak sememangnya alat yang menjadi perhatian masyarakat kerana media cetak mampu untuk membawa perubahan dalam kehidupan. Akhbar-akhbar melayu ditulis bukan semata-mata hendak meluahkan perasaan, tetapi dengan tujuan hendak mengubah keadaan, hendak mengubah masyarakat dan hendak 11 mengerakkan semangat masyarakat untuk memeperbaiki kehidupan (Ahmad Sebi Abu Bakar, 1996: 36). Ketembusan media cetak dalam persekitaran masyarakat secara langsung dan tidak langsung dapat membantu dalam perubahan hidup masyarakat dimana masyarakat akan lebih berpengetahuan dalam membuat sebarang keputusan berkaitan kehidupan. Peranan media cetak dalam proses perubahan sosio-budaya, terutamanya yang berkaitan dengan paradigma media perubahan sosial dan budaya implikasi media tentang perubahan sosio-budaya (Andries Kango, 2015:21). Kebudayaan didefinisikan oleh Edward Tylor (1871) sebagai: that complex wich includes knowledge, belief, art, moral, costum, and any other capabilities acquired by man as a member society (budaya, atau peradaban, adalah kesatuan kompleks yang meliputi pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, hukum, kebiasaan, serta kemampuan dan kebiasaan lainnya yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. (diadaptasi dari Kuper, 1999). Dalam hal ini, media cetak jenis majalah adalah alat yang sangat berperanan dalam mempengaruhi masyarakat berkaitan budaya dan cara hidup. Majalah-majalah yang paling tinggi edarannya pada tahun 2000 ialah Mastika, Mangga, URTV, Wanita, Jelita, Kuntum dan Kawan (Noor Bathi Badarudin, 2002:71). Majalah-majalah di Malaysia merangkumi pelbagai bidang seperti hiburan, automobile, sukan, perniagaan, kewanitaan dan lelaki, gaya hidup, editorial umum, hias rumah, kanakkanak dan pelajar dan lain-lain. Secara tidak lansung majalah-majalah ini dapat mempengaruhi masyarakat dalam proses perubahan budaya hidup. Antara contoh yang senang kita lihat tentang pengaruh majalah kepada masyarakat adalah tentang berita perkembangan dalam industri perkahwinan, termasuk cara penyiapan, isu, perancangan dan lain-lain yang berkaitan kewanitaan. Fokus utama yang diberikan dalam majalah ini adalah hiburan semata-mata dan ianya tidak memberikan sumbangan yang positif kepada perkembangan akhlak generasi muda 12 malah hanya berkisar kepada persoalan gossip-gossip dan kehidupan artis yang penuh glamor dan berpoya-poya (Dr. Ab. Halim bin Tamuri& Zarin bin Ismail). Hal ini dapat dibuktikan kerana majalah-majalah dalam pasaran sangat mempunyai pengaruh yang besar dalam perkembangan dan kehidupan harian remaja (Samsudin A Rahim, 1994). Perkara yang menjadi persoalan ialah adakah sejauh manakah majalah mampu memberi pengaruh yang baik kepada masyarakat terutamanya remaja kerana majalah mempunyai banyak jenis dan mudah untuk didapati. Samsudin A Rahim (1994) mengatakan hasil dari pemerhatian yang dijalankan, terdapat pelbagai jenis majalah yang diboleh didapati dan dibeli dengan mudah dalam pasaran dan kebanyakan difokuskan kepada golongan pembaca remaja (Samsudin A Rahim, 1994). Beliau menambah lagi bahawa majalah-majalah hiburan yang mendapat sambutan yang hangat dari golongan remaja hanya banyak memaparkan kisah dan gossip artis-artis serta celeberati terkenal. Perkara ini menunjukkan bahawa, masyarakat terutamanya remaja telah melalui proses perubahan budaya yang negetif yang dipengaruhi oleh agen media cetak majalah. Hal ini kita dapat lihat dalam keadaan hari ini bahawa banyak aksi-aksi dari artis tempatan dan luar negara yang mendedahkan aurat, seksi dan bercanggah dengan nilai-nilai ketimuran dan keislaman sering dipaparkan dalam majalah-majalah tersebut. majalah-majalah keluarga juga sering memaparkan dan mempromosikan cara hidup yang materialistik berasaskan kemewahan dan hidup yang penuh selesa dan keindahan seperti rumah-rumah mewah, hiasan dalaman rumah dan persediaan dan liputan majlis-majlis perkahwinan golongan berada dan terkenal yang tidak mampu dicapai oleh semua individu (Dr. Ab. Halim bin Tamuri & Zarin bin Ismail). Oleh itu, dalam membincangkan peranan majalah sebagai agen sosialisasi, kita boleh membuat perbandingan samaada agen itu memberi perubahan budaya yang negatif atau positif. 13 Seterusnya, Yazid Othman (1985) turut menyatakan bahawa akhbar berfungsi sebagai sumber pendidikan dan peranannya lebih luas kerana sama ada pendidikan itu berbentuk positif atau negetif, ia tetap berpengaruh dan meyakinkan orang lain mengikut kehendak pihak yang mengendalikannya. Dapat difahami bahawa agen sosialisasi media cetak menjadi pendidik kepada masyarakat dengan menyalurkan maklumat atau berita semasa. Kajian umumnya melihat peranan akhbar dari sudut fungsinya dalam mendidik masyarakat. Namun begitu, fungsi ini lebih luas kerana masyarakat dapat meningkatkan dan menambahkan pengetahuan terhadap sesuatu perkara dalam persekitarannya (Hasmah Zainuddin & Yuana King, 2006: 97). Fungsi akhbar sebagai mendidik ini menekankan kedua-dua pihak iaitu sama ada penyampai dan penerima maklumat. Hal ini kerana, apabila proses mendidik berlaku dan diterima masyarakat, secara automatik kesedaran dan pengetahuannya meningkat. Pendidikan positif media amat mempengaruhi kesan kognitif seperti pembentukkan sikap iaitu perkara yang berlaku dalam persekitaran yang berkaitan dengan ekonomi, politik, agama, keaamanan mahupun berita semasa (Sohana Abdul Hamid, 2016). Contohnya media memaparkan kempen-kempen seperti kempen membaca, kempen Cintai Alam Sekitar dan sebagainya dilihat berjaya untuk mempengaruhi masyarakat untuk menyertainya. Pedidikan yang dikatakan negetif pula ialah menyebarkan informasi, pesanan, pendapat, rumor, gossip, propaganda dan sebagainya kepada masyarakat yang tidak mendatangkan apa-apa manfaat. Media juga menjadi pencetus minda masyarakat kita ke arah lebih kreatif dan kritis (Sohana Abdul Hamid, 2016). Hal ini dikatakan demikian kerana, media cetak sebagai bahan bacaan yang boleh membantu masyarakat untuk menjana idea-idea yang kreatif dalam semua bidang. Kebanyakan media cetak jenis majalah, akhbar dan komik mampu memupuk sikap gemar membaca di kalangan masyarakat secara umumnya tertumpu kepada golongan muda atau remaja. Menurut Samsudin (1994), apabila membaca majalah, remaja memberikan tumpuan kepada berita hiburan (56 peratus), komik (37 peratus) dan cerpen atau novel (35 14 peratus). Pembacaan bahan media cetak itu sebenarnya boleh memberi idea kepada remaja untuk berfikir lebih kritis dan kreatif. Perkara ini sejajar dengan Pelan Induk Pendidikan Malaysia 2006-2010 (Ministry of Education, 2006) menyatakan bahawa salah satu matlamat utama dalam menghasilkan sumber insan kelas pertama di Malaysia adalah untuk melahirkan pelajar dengan kebolehan pemikiran kreatif dan kritis (Chew Fong Peng & Shashipriya Nadaraja, 2014). Pemupukan sikap gemar membaca tidak hanya tertumpu kepada golongan pelajar sahaja, malahan penglibatan setiap anggota masyarakat adalah amat digalakkan untuk menumbuhkan aspirasi ke arah lebih kreatif dan kritis. Menurut Andries Kango (2015) media dapat memusatkan perhatian. Masyarakat tradisional yang bergerak ke arah moden sedikit demi sedikit mula bergantung pengetahuannya pada media sehingga hal-hal mengenai apa yang penting, yang berbahaya dan sebagainya datang dari pihak media. Tidak dapat kita nafikan bahawa media cetak adalah agen sosialisasi yang memengaruhi masyarakat dengan memberi pemerhatian terhadap media. Satu kajian tentang ketembusan media di kalangan remaja Lembah Kelang (Samsudin, 1997) mendapati lebih daripada 98 peratus remaja mempunyai persekitaran media dari segi akhbar, radio, dan televisyen. Dari segi penggunaan media cetak oleh remaja purata remaja membaca akhbar selama 7.1 jam seminggu dan membaca buku cerita atau komik selama 4.7 jam seminggu. Hal ini sangat menunjukkan bahawa remaja banyak menghabiskan masanya dengan membaca media cetak samada yang berbentuk hiburan, berita dan sebagainya. Samsudin (1994) menunjukkan majoriti remaja memilih ruangan atau program berbentuk hiburan apabila mereka mendedahkan diri kepada media (55% untuk TV, 70% untuk radio, 57 % untuk akhbar, dan 56 % untuk majalah). Remaja juga lebih tertumpu kepada berita hiburan, sukan dan kemalangan apabila membaca akhbar atau majalah. Tentang jenis media yang dibaca, akhbar utama adalah akhbar berbahasa Melayu seperti Berita Harian dan Utusan Malaysia. Tentang majalah pula, URTV, Gila-Gila dan Remaja menjadi pilihan 15 utama berbanding dengan majalah seperti Dewan Siswa dan Dewan Masyarakat (Samsudin, 1997). Oleh itu, sangatlah jelas bahawa masyarakat terutamanya remaja banyak menghabiskan masa dan menumpukan perhatian dengan membaca media cetak seperti majalah, akhbar dan lain-lain. Semakin jelas menunjukkan media cetak adalah agen sosialisasi yang utama kepada masyarakat terutamanya pada abad ke-20 dahulu. Melalui kajian lepas yang dibuat oleh Samsudin (1997), dapat kita simpulkan bahawa media cetak masih lagi relevan sebagai agen sosialisasi walaupun perkembangan teknologi semakin pesat. PERANAN MEDIA SOSIAL SEBAGAI AGEN SOSIALISASI Menurut Kamus Dewan Bahasa Edisi keempat, media bermaksud alat atau pengantara dalam komunikasi ataupun perhubungan. Manakala sosial bermaksud segala hal yang berkaitan dengan kemasyarakatan (Teuku Iskandar, 2007). Oleh itu, media sosial secara mudahnya membawa erti instrumen sosial dalam berkomunikasi. Menurut Andreas Kaplan dan Michael Haenlein (2010), mereka mendefinisikan media sosial sebagai sebuah kelompok aplikasi berasaskan internet yang membangun di atas dasar ideologi dan teknologi Web 2.0 dan yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content. Jejaring sosial adalah kaedah yang sering digunakan oleh masyarakat di dunia. Media biasa seperti surat khabar atau televisyen memberi batasan kepada para pengguna kerana para pengguna sukar untuk memberi pendapat atau pandangan bebas terhadap sesuatu perkara yang disiarkan. Dengan adanya media sosial, para pengguna dengan mudah dapat melemparkan pendapat masingmasing dan dapat berkomunikasi ke seluruh dunia tanpa halangan. Antara contoh media sosial yang popular dan sering digunakan ialah seperti Facebook, Twitter, Instagram dan Whatsapp. Terdapat banyak peranan media sosial sebagai agen sosialisasi. Antaranya ialah pendekatan media sosial menjadi fenomena dan penting kepada persekitaran perniagaan (Mohd Hafizie Suhaimi dan Norshuhada Shiratuddin). Media sosial merupakan aplikasi 16 internet yang terbaik untuk digunakan oleh usahawan-usahawan industri kecil dan sederhana bagi menjalankan aktiviti pemasaran. Media sosial mampu mengecilkan serta menutup jurang di antara strategi yang telah dirancang dan perlaksanaan strategi yang akan dilaksanakan (Kim & Ko, 2012). Pemasaran secara atas talian menggunakan aplikasi media sosial mampu menyediakan satu platform baru dan baik kepada usahawan terutama di dalam bidang Industri Kecil dan Sederhana (IKS) ini. .Media sosial juga mempunyai peranan yang sangat penting terhadap organisasi, kumpulan individu untuk berhubung khususnya. Di sesebuah organisasi, terdapat tiga peringkat pentadbiran iaitu peringkat strategik, pertengahan dan operasi (Laudon& Laudon, 2010). Peranan media sosial menjadikan perhubungan di antara peringkat pentadbiran ini dapat ditadbir dan diuruskan dengan lebih mudah. Maklumat dari peringkat strategik hingga ke peringkat operasi dapat disampaikan dengan lebih mudah dan cepat tanpa melibatkan penggunaan masa dan kos yang banyak. Komponen hibrid yang diutarakan oleh Junco (2010), menerusi model komunikasi pemasaran berintegrasi merupakan komponen dalaman organisasi yang penting pada masa ini. Integrasi media sosial dan kaedah tradisional berupaya meningkatkan aspek pemasaran dan perhubungan di dalam sesebuah organisasi. Menurut Farhan , Shamsul Azahari dan Ahmad Hariza (2016), terdapat kajian dari sudut pelanggan yang dilakukan oleh Jabatan Perangkaan Malaysia yang melibatkan seramai 31,433 isi rumah yang meliputi 96,225 individu yang berumur 15 tahun dan ke atas mendapati seramai 56.0 peratus responden menggunakan komputer. Dapatan kajian turut mendedahkan sebanyak 57.0 peratus pula menggunakan internet dengan kekerapan penggunaan internet sekurang-kurangnya sekali sehari (60.3%) manakala seramai 94.2 peratus responden yang dikaji menggunakan telefon bimbit. Dari segi jenis barangan dan perkhidmatan yang dibeli melalui internet pula terdiri daripada pakaian, beg 17 dan kasut (50.4%), makanan dan minuman (49.7%), produk pelancongan dan perjalanan (35.4%), perkhidmatan penginapan (28.7%) dan aksesori perhiasan diri (27.9%).Laporan agensi pembayaran online, PayPal dengan kerjasama penyelidik Nielsen Company mendedahkan pada 2010 saja kira-kira 1.1 juta rakyat Malaysia sanggup berbelanja dengan nilai purata RM2,461 untuk pembelian produk atas talian (Harian Metro, 2013). Sementara itu, Laporan Ekonomi 2013/2014 menyatakan bilangan pengguna internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012. Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna internet di Malaysia merupakan pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010. Menurut laporan tersebut, Malaysia merupakan antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel. Jadi, wajarlah budaya perniagaan semakin menjadi satu budaya dalam masyarakat kita. Menurut Rizky Ramanda Gustam(2015) peranan dan fungsi media sosial lagi ialah membangun hubungan sosial. Media menawarkan peluang yang tidak terbatas untuk berinteraksi dengan pelanggan dan membangun hubungan. Seseorang yang sering melayari laman sosial akan memiliki kenalan yang banyak tanpa disedari oleh mereka itu. Hal ini kerana laman sosial menerima pendaftaran semua ahli masyarakat di dunia ini tanpa ada sebarang sekatan yang menyebabkan sesiapa sahaja boleh menghubungi mana-mana pihak yang mereka kehendaki itu. Situasi inilah yang menyebabkan pengguna laman tersebut memiliki beribu-ribu sahabat dengan satu sentuhan jari sahaja. Bagi Christakis dan Fowler (2009), hubungan persahabatan dalam talian ini cenderung bersifat kumulatif dan sifat interaksinya dipengaruhi kuat oleh medium. Malah selain menguruskan hubungan langsung 18 dengan sahabat, pengguna juga memantau atau memerhatikan hubungan sesama mereka dalam tahap yang lebih tinggi berbanding di dunia luar talian. Maka, tidak hairanlah aktiviti yang paling digemari oleh pengguna ialah bersembang atau melakukan sesuatu yang berbeza dengan sahabat di samping bermain permainan bagi mengekalkan hubungan sosial (Iqbal, Kankaanranta, & Neittaanmäki, 2011; Elder, 2014). Bagi Aristotle (dlm. Elder 2014), persahabatan boleh dibahagikan berdasarkan kebergunaan (utility friendships), keseronokan antara satu sama lain (pleasure friendships), dan menikmati nilai kebaikan pada diri masing-masing (virtue friendships). Persahabatan dibentuk dan dikekalkan kerana ia diberikan kepada individu. Ia cenderung dibentuk oleh mereka yang berkongsi persamaan seperti umur, agama, pendidikan dan pekerjaan, malah bagi McPherson dan rakan-rakan (2001), sebahagian besar persahabatan dibentuk melalui struktur organisasi seperti sekolah, tempat kerja, dan lokasi geografi. Malah, penggunaan laman sosial ini dikatakan membantu pembangunan komunikasi yang lebih baik antara rakan sekerja, pengguna, dan syarikat (Balderrama, 2009; Ross et al 2009). Kajian Frampton dan Child (2014) menunjukkan bahawa mereka yang menyukai interaksi dengan rakan sekerja secara bersemuka tidak mempunyai masalah melanjutkannya dalam media sosial. Dengan cara ini - sama seperti persahabatan dalam dunia sebenar apa-apa yang ingin diketahui tentang orang lain yang tidak boleh diketahui secara langsung, bergantung pada isyarat (signalling theory) seperti ekspresi muka, corak penggunaan, atau kenyataan yang dibuat pada profil mereka (Donath, 2007). Dalam satu penyelidikan yang dilakukan Ridings dan Gefen (2004), Bigge (2006), dan Budiman (2008) menunjukkan bahawa kebanyakan pengguna menggunakan dan memperuntukkan sejumlah masa harian mereka di laman sosial bagi tujuan persahabatan, terutama dalam kalangan remaja. Jumlah sahabat yang lazimnya dimiliki oleh pengguna adalah antara 150-200 orang (Ellison et al, 2007), tetapi ada juga yang melebihi 400 orang (Manago et al 2012). Teknologi ini dilihat membantu penggunanya 19 memelihara ikatan dan interaksi dalam kalangan mereka. Namun “sahabat” di sini agak berbeza dengan kumpulan manusia yang ada di sesebuah kawasan bergeografi. Bagi Suler (2002), orang ramai cenderung memisahkan kehidupan dalam talian mereka dengan yang di luar talian. Seterusnya peranan dan fungsi media sosial sebagai agen sosialisasi ialah membudayakan popular. Budaya popular adalah budaya yang lahir atas kehendak media. Ertinya, jika media mampu mencipta sebuah bentuk budaya, maka masyarakat akan menyerapnya dan menjadikannya sebagai sebuah bentuk kebudayaan. Popular yang kita bincangkan disini tidak terlepas dari perilaku penggunaan dan penentuan media massa terhadap masyarakat yang bertindak sebagai pengguna. (Strinati, 2003) Budaya popular menurut Frankfurt, budaya popular adalah budaya massa yang dihasilkan industri budaya untuk kestabilan mahupun kesinambungan kapitalisme. Sedangkan Williams (1983) mendefinisikan kata ”popular”menjadi empat pengertian yaitu (1) banyak disukai orang; (2jenis pekerjaan yang rendah; (3) karya yang dilakukan untuk menyenangkan orang; (4) budaya yang memang dibuat oleh orang untuk dirinya sendiri. Menurut Nadia Fauzi (2017) media sosial juga boleh dijadikan sebagai medan untuk perkongsian ilmu atau maklumat yang bermanfaat bersama rakan-rakan media sosial yang lain. Ini merupakan suatu kelebihan kepada pengguna-pengguna media sosial untuk bertukartukar pendapat selain menimba dan berkongsi ilmu baharu di laman maya. Bak kata pepatah Inggeris, “sharing is caring”. Kehadiran media sosial telah membawa kepada perubahan ke arah penyertaan masyarakat secara online. Penyertaan masyarakat bukan hanya terjadi di dunia nyata tetapi juga di dunia maya (Ali dan Samsudin 2012). Malah, media sosial telah memberikan impak terhadap penglibatan masyarakat dalam isu semasa. Penglibatan ini meliputi aktif mengikuti perkembangan isu semasa menerusi blog, membentuk online group menyampaikan aspirasi, membuat blog tentang isu semasa, memberi komen dalam berita 20 online, artikel/blog, mengambil bahagian dalam “online discussion”, memuat turun ataupun menyebar luaskan berita yang berkaitan dengan isu semasa( PewInternet 2009, Ali dan Samsudin 2012) Namun begitu, terdapat juga penyalahgunaan yang berlaku dalam media sosial. Beberapa pengkaji tempatan mendapati bahawa remaja yang terlalu taksub kepada penggunaan media sosial dalam kehidupan mereka boleh menyebabkan berlakunya perubahan sikap dan berkecenderungan kepada masalah keruntuhan akhlak kerana leka dengan pelbagai aplikasi sosial yang menyajikan hiburan melampau dan lucah, melayari laman pornografi yang akhirnya membawa kepada peningkatan perbuatan zina, sumbang mahram, ponteng sekolah (Nor Azah, 2009; Mohd Dahlan & Ida Safinaz, 2010; Khatijah et. al., 2012; Wan Norina et. al., 2013). Kajian yang telah dijalankan oleh Azizi et. al., (2014) terhadap para pelajar sekolah menengah di beberapa buah sekolah di Johor mendapati bahawa filem atau cerita yang menayangkan aksi lasak dan agresif menjadi tarikan dan pilihan pelajar. Tambahan pula banyak filem dan cerita-cerita berkaitan boleh dilayari secara percuma melalui laman sosial dan kesannya menyebabkan menularnya sikap dan tingkah laku agresif dalam kalangan remaja sama ada di dalam kawasan sekolah mahupun di luar sekolah yang akhirnya menyebabkan banyak harta awam dirosakkan dan berlakunya pergaduhan. Selain itu, penggunaan media sosial menjadikan seseorang ketagih terhadap penggunaan media sosial. Menurut Rice (2005) ketagihan terhadap penggunaan media sosial diguna pakai berdasarkan kepada maksud ketagihan internet iaitu kecenderungan kompulsif terhadap penggunaan internet dan laman sosial yang mengganggu kemampuan seseorang untuk menjalani kehidupan normal. Dapatan kajian oleh Norhazlina et. al., (2011) mendapati bahawa 65% pelajar sekolah berada pada tahap ketagihan yang sederhana sahaja dengan melayari laman sosial terutamanya Facebook secara purata 1 hingga 3 jam sehari. Walau pun dapatan ini tidak menunjukkan hubungan yang signifikan berkaitan perubahan sikap pelajar sekolah 21 menjadi ketagih kepada laman Facebook dengan pencapaian akademik. Namun demikian ianya perlu dikawal supaya tidak mendatangkan kesan negatif yang lebih teruk pada masa akan datang kerana ketagihan ini boleh menjurus kepada sikap suka membuang masa dan mengurangkan tumpuan pelajar sekolah kepada bahan pembelajaran. 4.0 KESIMPULAN Media massa amat berpengaruh dalam masyarakat dalam apa jua keadaan termasuklah sebagai agen sosialisasi kepada masyarakat. Media massa pada asalnya bersifat sekadar untuk menyebarkan maklumat dan komunikasi semata-mata. Kemudian media massa turut menjadi sumber hiburan dan kini media terus bergerak mengalami transformasi bukan sekadar sebagai perantara menyebarkan maklumat dan hiburan, tetapi juga sumber pelbagai aktiviti lain termasuk baik dan buruk. Daripada satu aspek, media sememangnya merupakan agen perubahan masyarakat yang penting melebihi suara-suara lain pada abad ini. Media massa samaada media elektronik, media cetak dan media sosial mempunyai peranan yang tersendiri sebagai agen sosialisasi kepada masyarakat terutamanya pada era globalisasi ini. Jesteru, media mempunyai potensi yang sangat besar dalam menyalurkan nilai-nilai yang positif dan murni kepada semua golongan masyarakat. Hal ini kerana, masyarakat kini menjadikan media massa sebagai wadah untuk mencari maklumat, memahami apa yang tidak didapati di sekolah ataupun di rumah dan mencernakan maklumat tersebut menjadi fahaman dan pegangan diri mereka. Jesteru, media massa sama ada media cetak atau elektronik sememangnya memainkan peranan dalam membentuk kehidupan masyarakat kini. Terdapat banyak kajian lepas yang telah dilakukan oleh ahli-ahli akademik tentang pengaruh media massa yang mana menunjukkan peningkatan saban tahun. Oleh itu, secara keseluruhannya 22 media massa adalah agen sosialisasi yang mempunyai pengaruh yang hampir sama dengan agen sekolah dan rakan sebaya. RUJUKAN Abdul Rahman, Mohd Nordin (2004) Catatan media elektronik di Malaysia: suatu catatan sejarah ringkas / Mohd Nordin Abdul Rahman. Jurnal Skrin Malaysia, 1. pp. 67-69. Abdullah Sulong & Mawaddah Abdullah. (n.d). Pengaruh Media Elektronik Terhadap Keruntuhan Akhlak Pelajar. Retrieved from http://eprints.utm.my/id/eprint/10835/1/Pengaruh_Media_Elektronik_Terhadap_Keruntuhan_ Akhlak_Pelajar. Eduard Depart, Colin MacAndrews. (1995). Peranan Komunikasi Massa Dalam Pembangunan. Universitas Gadjah Mada: Gadjah Mada University Press. Sharifah Alwiah Alsagoff. (1979). Istilah -Istilah dan Konsep Media, Media Pendidikan,AlatAlat Pandang-Dengar, Teknologi Pendidikan, dan Teknologi Pengajaran. Jurnal Pendidik Dan Pendidikan. 1(1): 55-62. Noor Bathi Badarudin. (2002). Dunia Media Moden. PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd. Hamzah Hamdan. (1982). Media Massa Dan Peranannya Di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Kuala Lumpur. Hamedi Mohd Adnan & Rahmna Shaari. (2006). Media di Malaysia Mendukung Citra Bangsa. Penerbit Universiti Malaya. Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Mohd Fu’ad Sam dan Dr. Roslina Suratnu. (2016). Pengantar Pendidikan Moral IPTA, IPTS, IPG & KOLEJ. Petaling Jaya: Sasbadi Sdn. Bhd. Noor Zafira Mohd Shafie & Syahruddin Hj. Awg Ahmad. (2017). Peranan Media Sebagai Pembentuk Semangat Nasionalisme dalam Kempen Pilihan Raya Umum (Pru) di Era Sebelum Merdeka Hingga Kini. Jurnal Komunikasi Borneo 2017 vol 5 23 Dr. Ab. Halim bin Tamuri & Zarin bin Ismail. Pengaruh Media Massa Terhadap Pegangan Nilai Akhlak Remaja: Kajian ke atas Fakir Miskin di Kawasan Luar Bandar. Fakulti Pendidikan Universiti Kebangsaan Malaysia. Azulizam Ismail. Kesan Penyalahgunaan Media Sosial terhadap Perubahan Sikap Pelajar Sekolah Menengah: Satu Tinjauan Literatur. Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, Universiti Sultan Zainal Abidin. Mohd Hamdan Haji Adnan. (2015). Peranan Media Massa Memartabatkan Integriti Nasional. Jurnal Komunikasi Borneo 2015 vol 2. Andries Kango. (2015). Media dan Perubahan Sosial Budaya. Volume 12 Nombor 1 Jun 2015 Halaman 20-34. Samsudin A Rahim. Media Dan Konstruk Sosial: Implikasi Terhadap Isu Sosial Remaja Samsudin A. Rahim (1994). Tingkah Laku Lepak Di Kalangan Remaja. Kuala Lumpur. Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Sohana Abdul Hamid. (2016). Pengaruh Media Massa Terhadap Perubahan Sosial Masyarakat. Special Issue 1 (October 2016) 214-226. Nur Djazifah ER; M.Si. (2012). Proses Perubahan Sosial Di Masyarakat. Lembaga Penelitian Dan Pengabdian Kepada Masyarakat Universitas Negeri Yogyakarta 2012. Rizky Ramanda Gustam. (2015). Karakteristik Media Sosial Dalam Membentuk Budaya Populer Korean Pop Di Kalangan Komunitas Samarinda Dan Balikpapan. eJournal Ilmu Komunikasi, 2015, 3 (2): 224-242. Dr Bukhory Haji Ismail (1997), Sistem Media Massa Suatu Perbandingan (L. John Martin, Anju Grover Chaundary) United States of America. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur 1997. Mohd Hafizie Suhaimi & Norshuhada Shiratuddin (2013). Penggunaan Media Sosial: Elemen Kebolehlihatan Usahawan Industri Kecil Sederhana (IKS). Prosiding PERKEM 2013. Suriati Ghazali, Azilah M. Nor, Jabil Mapjabil, (1985). Suatu Analisis Mengenai Peranan Media dalam Penyebaran Gaya Hidup Transeksual di Malaysia. Jurnal Perspektif Jil.5 Bil.1 (66-82). 24 Siti Ezaleila Mustafa, (2016). Penggunaan Laman Sosial dan Impaknya Terhadap Hubungan Persahabatan Dalam Talian. Jurnal Komunikasi, Jilid 32 (2) 2016. Universiti Malaysia Kelantan. Nadia Fauzi, (2017). Penggunaan Media Sosial Dalam Dunia Tanpa Sempadan: Suatu Kebaikan atau Keburukan. Ketua Penolong Pengarah Program Litigasi ILKAP. Sara Badan, (2019). Bahasa Media Sosial: Mendidik atau Mengherdik. Dewan Bahasa Pustaka, 10-14.