Academia.eduAcademia.edu

Hargai pekerja berbakat (2019)

2019, Utusan Melayu (M) Berhad

Di Malaysia, ramai pengurus dan pentadbir yang bersikap bangga, angkuh dan sombong. Kebanyakan dari mereka tidak akan mengakui kesilapan dan kerap akan menyalahkan dan menunding jadi kepada orang lain. Ini telah menyebabkan dan mewujudkan budaya yang penuh dengan ketakutan dan kebimbangan.

Hargai pekerja berbakat Apabila diberkati dengan pekerja yang berbakat, ia adalah tugas pengurusan untuk terus mencari dan memberi peluang di mana pekerja boleh meningkatkan untuk mengembangkan kemahiran dan melanjutkan kerjayanya. Pekerja yang paling berbakat mahukan maklum balas, lebih daripada yang kurang berbakat dan ia adalah tugas pengurus untuk memastikan ia ada. Jika tidak, sesiapa pun akan menjadi bosan dan hanya sekadar berpuas hati. Di Malaysia, ramai pengurus dan pentadbir yang bersikap bangga, angkuh dan sombong. Kebanyakan dari mereka tidak akan mengakui kesilapan dan kerap akan menyalahkan dan menunding jadi kepada orang lain. Ini telah menyebabkan dan mewujudkan budaya yang penuh dengan ketakutan dan kebimbangan. Adalah mustahil untuk sesiapa sahaja bekerja dengan baik jika berada seperti ‘telur di hujung tanduk’. Ketua jabatan yang baik akan bekerjasama dengan ahli pasukan mereka dan memberi tumpuan kepada penyelesaian dan bukan gemar ‘menunding jari’ kepada orang lain. Mereka yang profesional akan bersama membincangkan ‘ketidak-tentuan’, tidak menghina pasukan secara terbuka, dan bersedia menerima tanggungjawab atas kesilapan yang dibuat di bawah kepimpinan mereka. Sesetengah pengurus pentadbiran akan  menggunakan ancaman pemberhentian kerja untuk memastikan anda berada dalam keadaan berjaga dan menakutkan anda untuk melakukan yang lebih baik. Ada juga juga yang kerap menggunakan ayat ‘nanti Pengarah tahu siaplah anda’. Ini adalah cara yang paling teruk untuk memotivasi orang. Mereka yang merasakan ‘tidak dihargai’ akan cepat mencari kerja lain di mana mereka akan dihargai dan akan menerima penghormatan yang mereka layak. Pekerja yang baik lagi berbakat adalah mereka yang bersemangat tinggi. Memberi peluang kepada mereka untuk meneruskan keghairahan mereka meningkatkan produktiviti dan kepuasan kerja mereka, tetapi ramai ketua jabatan mahu orang bekerja dalam kotak kecil. Pengurus dan pentadbir jenis ini bimbang bahawa produktiviti akan merosot jika mereka membiarkan orang lain mengembangkan tumpuan dan mengejar keinginan mereka. Ketakutan ini tidak berasas. Kajian telah menunjukkan bahawa orang-orang yang dapat mengejar impian  mereka di aliran pengalaman kerja, dan dalam keadaan minda yang luar biasa akan menjadi lima kali lebih produktif daripada norma. Ramai juga yang meremehkan kehebatan memberi ‘sentuhan kecil’ atau memberi ucapan terima kasih, terutama kepada mereka yang bermotivasi secara intrinsik. Setiap orang suka dipuji atau dihargai, tidak lebih dari mereka yang bekerja keras dan yang memberikan semuanya. Ketua jabatan perlu berkomunikasi dengan orang-orang mereka untuk mengetahui apa yang membuat mereka berasa baik dan teruja (untuk sesetengah orang, mungkin kenaikan gaji, untuk orang lain, cukup dengan dihargai) dan kemudiannya memberi ganjaran kepada mereka untuk kerja yang baik. Bagi mereka yang bekerja dengan baik, ini akan berlaku sekiranya anda melakukannya dengan betul. Ini tidak bermakna bahawa ketua jabatan perlu sentiasa memuji kerana pekerja sering hadir tepat pada waktunya atau bekerja selama lapan jam sehari, perkara ini adalah penghargaan yang sedia ada. Namun ketua jabatan yang tidak memberi penghargaan kepada pekerja yang berdedikasi akan  menghancurkan komitmen mereka untuk melakukan pekerjaan seterusnya. Sekiranya pengurus dan pentadbir mahu pekerja terbaik mereka kekal, mereka perlu memikirkan dengan teliti bagaimana mereka memperlakukannya. Walaupun pekerja yang baik adalah sekeras  kuku, bakat kebolehan mereka memberi mereka banyak pilihan. Ketua jabatan perlu membuat orang mahu bekerja bersama mereka.  Azizi Ahmad Utusan Malaysia Forum 19 April 2019