Academia.eduAcademia.edu

SPIN_2014.pdf

2015, DIGES ILMIAH

ABSTRAK RAJA NUR AZMIRA BTE RAJA IBRAHIM KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH Diges Ilmiah diterbitkan sebagai bahan rujukan kepada semua dari sudut bahan inovasi, penyelidikan dan penulisan. Perkongsian ini dibuat agar dapat menyebarluaskan ilmu berkaitan bahan penyelidikan , inovasi dan penulisan kepada tenaga pengajar, pelajar dan mereka yang berkaitan. Penulisan bahan inovasi dibuat supaya inovasi yang dihasilkan boleh menjadi pemudahcara kepada tenaga pengajar untuk menyelesaikan masalah pelajar yang berdepan dengan kesesuaian penggunaan produk inovasi yang dihasilkan. Menurut Ricki Rakhmadi; Inovasi adalah suatu penemuan baru yang berbeda dari yang sudah ada atau yang sudah dikenal sebelumnya. Orang atau wirausahawan yang selalu berinovasi, maka ia dapat dikatakan sebagai seorang wirausahwan yang inovatif. Manakala Muhammad Salim Islahi (2014), menyatakan inovasi merupkan sesuatu yang baru dalam situasi soaial tertentu yang digunakan untuk menjawab atau memecahkan suatu permasalahan. Dalam menuju negara maju malalui perkongsian ilmu begini mempercepatkan proses capaian ilmu dan mengembangkan idea kepada para pengajar dan pelajar untuk memperluaskan daya imaginasi untuk menghasilkan lebih banyak produk-produk inovasi yang bermutu tinggi serta disebarluas. KATA KUNCI : inovasi , pemudahcara, sebarluas

1 LAPORAN SEMINAR PENYELIDIKAN & INOVASI KOLEJ KOMUNITI NEGERI PERAK 2014 eISBN : 978-967-13269-0-9 Disunting Oleh :- AJK KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH Nor Hasiah Binti Mohd Said Abdul Hadi Bin Ismail Roslina Binti Awang Nik Zaharah Binti Alang Ahmad Mohd Rashidi Bin Omar Maisarah Binti Ismail Nurul ‘Aqilah Binti Ab Aziz Azuwin Binti Abd Rahim 2 TEKS UCAPAN PERASMIAN DR. ISHAK BIN MOHAMAD Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Penyelidikan & Inovasi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Seminar Penyelidikan & Inovasi (SPIN) Kolej Komuniti Negeri Perak 2014 Kolej Komuniti Pasir Salak 25 November 2014 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia. Yang Berusaha, En. Zulkifli Bin Kamarudin, Pengerusi Kolej Komuniti Negeri Perak, Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Zaini Bin Mohamed, Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak merangkap Pengerusi Unit Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak Yang Dihormati, Para panel jemputan khas, Pengarah-Pengarah Kolej Komuniti Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan, para penyelidik dan inovator, hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Syukur Alhamdulillah atas izin-Nya diberi kesempatan untuk kita bersama-sama dalam Seminar Penyelidikan & Inovasi atau juga dikenali sebagai SPIN Kolej Komuniti Negeri Perak 2014. Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Unit Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak yang bertindak sebagai Jawatankuasa Pelaksana di atas komitmen dan usaha yang telah dipamerkan dalam memastikan program SPIN 2014 ini terlaksana dengan jayanya. Saya percaya program SPIN 2014 yang berlangsung pada hari ini merupakan satu inisiatif untuk menggalakkan dan membudayakan aktiviti-aktiviti penyelidikan dan inovasi. Saya juga percaya melalui program sebegini ianya mampu untuk memberikan ruang dan peluang untuk warga kolej membentangkan kertas penyelidikan serta mengetengahkan hasil-hasil penciptaan dan inovasi mereka. Tuan-tuan dan puan-puan yang dihormati sekalian, Untuk makluman hadirin sekalian, jika Unit Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak ini telah menginjak ke usia lima tahun penubuhannya, di peringkat Jabatan Pengajian Kolej Komuniti unit yang dikenali sebagai Research & Innovation Unit atau R&I ini, baru sahaja memasuki tahun ketiga penubuhannya melalui penstrukturan semula jabatan ini. Setelah diperkemaskan, R&I kini telah ditempatkan secara rasmi dibawah Bahagian Akademik dan Pendidikan Berterusan. Penubuhan unit ini adalah untuk merancakkan lagi aktiviti penyelidikan dan inovasi di kolej-kolej komuniti seluruh Malaysia. 3 Berdasarkan ucapan aluan tadi mengenai jumlah penyertaan penyelidikan dan inovasi yang sentiasa meningkat dan SPIN 2014 kali ini menyaksikan sebanyak 70 penyertaan, satu rumusan yang mampu dibuat adalah jumlah tersebut menggambarkan keupayaan Unit R&I dalam menggalakkan budaya penyelidikan dan inovasi dibudayakan dalam kalangan warga Kolej Komuniti Negeri Perak ini. Ia juga melambangkan keberanian warga Kolej Komuniti Negeri Perak untuk terus meluaskan penerokaan dalam bidang penyelidikan dan inovasi yang tiada batasan. Tahniah dan syabas saya ucapkan. Hadirin sekalian, Pihak JPKK telah mewujudkan satu pangkalan data khas untuk merekodkan semua penyelidikan dan inovasi yang telah dibentangkan atau dihasilkan oleh warga kolej komuniti. Selaras dengan itu beberapa siri bengkel telah dilaksanakan bagi tujuan untuk memberi pendedahan mengenai penggunaan pangkalan data tersebut yang dinamakan eRnD. Kami masih dalam usaha untuk menyelaraskan kesemua aktiviti penyelidikan dan inovasi ini di peringkat jabatan agar pembudayaan aktiviti ini dapat dilestarikan supaya kita mampu bergerak jauh ke depan, membuat persediaan untuk menyahut cabaran dunia yang pantas berubah. Berdasarkan Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, di bawah Rancangan Malaysia Ke-9, kerajaan telah menyasarkan supaya seramai 50 orang penyelidik bagi setiap 10,000 tenaga kerja berbanding dengan 21 orang bagi tempoh Rancangan Malaysia Ke-8. Bagi mencapai matlamat ini, peruntukan sebanyak RM1.2 bilion telah disediakan di bawah RMK-9. Di samping itu, Kerajaan juga mewujudkan skim Geran Penyelidikan Fundamental (Fundmental Research Grant Scheme - FRGS) di bawah KPT dengan peruntukan sebanyak RM200 juta. Ini membuktikan bahawa pihak kerajaan memandang serius kepentingan untuk meluaskan bidang penyelidikan dan inovasi. Selaras dengan itu, bagi menyahut seruan kerajaan, pihak jabatan akan melaksanakan program-program pengukuhan seperti Bengkel Kajian Tindakan, Bengkel Penulisan Ilmiah, Bengkel Penulisan Cadangan Kajian dan sebagainya bagi menyuburkan dan membuka lebih banyak ruang dan peluang kepada warga kolej. Hadirin sekalian, Pada tahun 2007, Malaysia telah memperkenalkan konsep Universiti Penyelidikan dan mengangkat martabat empat universiti tempatan terbaik iaitu Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Sains Malaysia (USM), Universiti Malaya (UM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM) - menjadi Universiti Penyelidikan. Dengan penubuhan Unit R&I di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, besar harapan saya agar kita mampu merancakkan bidang penyelidikan dan inovasi negara mengikut acuan kita sendiri dengan tidak mengabaikan standard atau piawaian yang dipraktikkan di institusi penyelidikan yang lain. Oleh itu, saya amat berharap agar usaha seumpama ini diteruskan serta pihak pengurusan kolej dapat memberi sokongan padu yang berterusan bagi memastikan kelestarian peranan unit ini di institusi masing-masing. Hadirin sekalian, Menginjak ke usia lima tahun penubuhan, saya pasti unit R&I Kolej Komuniti Negeri Perak mempunyai percaturan untuk memperkasakan peranan unit ini dari semasa ke semasa. Saya juga berpendapat bahawa unit ini akan lebih terus ke depan dengan usaha-usaha untuk mempatenkan inovasi yang berpotensi untuk 4 dikomersilkan. Hal ini akan membawa ‘value added’ atau nilai tambah kepada pihak kolej dan juga pihak jabatan sendiri. Dengan lafaz Bismillahhirrahmanhirrahim saya dengan ini merasmikan Seminar Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak 2014. Ayam Hutan Berlari-Lari, Berlari-Lari Penuh Agresif; SPIN 2014 Pencetus Inovasi, Melahirkan Warga Berdaya Kreatif. Sekian, Wabillahi Wabarakatuh. Taufik Wal Hidayah. Assalamualaikum Warahmatulahi 5 TEKS UCAPAN ALUAN EN. ZULKIFLI BIN KAMARUDIN Pengerusi Kolej Komuniti Negeri Perak (Pengarah Kolej Komuniti Sungai Siput) Seminar Penyelidikan & Inovasi (SPIN) Kolej Komuniti Negeri Perak 2014 Kolej Komuniti Pasir Salak 25 November 2014 Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh, Salam Sejahtera, Salam 1 Malaysia. Yang Berbahagia, Dr. Ishak Bin Mohamad, Ketua Penolong Pengarah Kanan Unit Penyelidikan & Inovasi, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti Yang Berusaha, Tuan Haji Ahmad Zaini Bin Mohamed, Pengerusi Unit Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak Merangkap Pengarah Kolej Komuniti Pasir Salak Yang Dihormati, Para panel jemputan khas Pengarah-Pengarah Kolej Komuniti Negeri Perak, Ketua-Ketua Jabatan, para penyelidik dan inovator, hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian. Alhamdulillah dan syukur ke hadrat iIlahi kerana dengan limpah kurnia-Nya kita dapat berkumpul di sini untuk bersama-sama dalam Seminar Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak (SPIN) 2014. Hadirin sekalian, Jentera Unit Penyelidikan & Inovasi (UPI) ini telah mula digerakkan pada awal tahun 2010 dengan dipengerusikan oleh Kolej Komuniti Pasir Salak. Unit ini pada peringkat awalnya ditubuhkan bagi membudayakan penulisan dan juga penyelidikan dalam kalangan warga kolej khususnya para pensyarah. Bagi menyahut seruan kerajaan untuk meningkatkan profesionalisme profesion Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, usaha ini juga adalah sebagai pemangkin kepada perkembangan kerjaya para pensyarah dan memberi impak yang positif kepada Jabatan Pengajian Kolej Komuniti dan juga pihak Kementerian. Setelah menginjak ke usia lima tahun penubuhannya telah banyak yang diusahakan. Izinkan saya menelusuri kembali perjalanan unit ini dalam usaha membangunkan potensi warga kolej dalam bidang penyelidikan dan inovasi. Pada tahun 2010, program sulung anjuran unit ini dinamakan sebagai Simposium Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Wilayah Perak. Selaku Pengerusi Unit Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak, Kolej Komuniti Pasir Salak telah 6 bertindak sebagai hos bagi simposium yang julung kali diadakan ini. Sebanyak 20 kertas penyelidikan telah berjaya dibentangkan dalam simposium ini. Seterusnya, pada tahun 2011 telah menunjukkan peningkatan daripada 20 kepada 53 kertas penyelidikan iaitu peningkatan sebanyak 33 kertas penyelidikan berbanding tahun sebelumnya. Kesemua kertas penyelidikan ini telah dibentangkan di Dewan Bandaran Teluk Intan melalui penganjuran Seminar Kelestarian Warisan Nasional. Seminar yang bertemakan warisan ini dilihat memberi momentum yang kuat untuk memacu kreativiti para pensyarah untuk menghasilkan penulisan kreatif. Memasuki tahun ketiga penubuhannya, Unit Penyelidikan & Inovasi dilihat semakin matang dalam penganjuran seumpamanya. Buktinya, Seminar Kajian Tindakan dilihat lebih memfokuskan kepada bidang dan juga skop tugas sebagai pensyarah. Seminar Kajian Tindakan yang diadakan di Kolej Komuniti. Gerik ini telah menyaksikan sebanyak 55 kertas penyelidikan telah dibentangkan berdasarkan ‘niche area’ masing-masing. Hadirin dan hadirat sekalian, Berdasarkan tiga kali penganjuran program, kategori inovasi belum mendapat tempat di hati warga kolej. Oleh yang demikian, pada tahun keempat penganjuran program ini, unit ini telah memutuskan untuk memberi suntikan idea dengan mengadakan bengkel dalaman di kolej masing-masing bagi mengggalakkan warga kolej untuk lebih berani berinovasi. Hasilnya, sebanyak 70 penyertaan inovasi diterima dan dipertandingkan melalui Hari Anugerah Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak dengan menyaksikan sebanyak 33 inovasi kategori P&P, 20 inovasi kategori pengurusan dan 17 inovasi kategori teknikal. Program yang mengambil tempat di Kolej Komuniti Sungai Siput ini bukan sahaja disertai oleh para pensyarah malahan turut disertai oleh staf sokongan pentadbiran. Berdasarkan sambutan dan juga keterlibatan warga Kolej Komuniti Negeri Perak serta atas dasar keperluan laluan kerjaya yang lebih luas, maka tahun 2014 buat julung kalinya, unit ini menganjurkan dua program pada tahun yang sama. Pada 3 April yang lalu, sebanyak 34 kertas penulisan dibentangkan melalui Konvensyen Kebitaraan Junjungan Mulia di Kolej Komuniti Gerik. Manakala pada hari ini, Seminar Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak atau singkatannya SPIN 2014, telah menerima sebanyak 78 penyertaan iaitu 23 kertas penyelidikan dan 55 inovasi telah dibentangkan. Seminar Penyelidikan & Inovasi 2014 pada tahun ini menyaksikan bukan sahaja penyertaan daripada Kolej Komuniti Negeri Perak malahan turut disertai daripada Kolej Komuniti negeri lain yang telah menerima jemputan. Bagi menjaga kualiti kesemua kertas dan inovasi yang dibentangkan mencapai standard, setiap tahun unit ini memastikan kesemua panel yang dipilih adalah pakar bidang masing-masing dan selaras dengan praktis di institusi pengajian tinggi yang lain. Sekalung penghargaan kita rakamkan kepada panel jemputan daripada Institut Pendidikan Guru Malaysia atas kesudian para panel menilai hasil inovasi dan penyelidikan. Untuk pengetahuan dan makluman semua, unit ini juga telah menerbitkan lima buah buku. Kesemuanya adalah hasil daripada semua program yang telah dilaksanakan setiap tahun. Penerbitan ini juga membantu para pensyarah untuk memenuhi kriteria 7 kenaikan pangkat masing-masing. Ini membuktikan bahawa unit ini memainkan peranan yang bukan sedikit ke atas perkembangan kerjaya para pensyarah. Selain membuka platform bagi para pensyarah untuk memenuhi kriteria dan syarat kenaikan pangkat Pegawai Pendidikan Pengajian Tinggi, unit ini memainkan peranan yang sangat besar dalam membantu perkembangan profesionalisme para pensyarah dan membantu meningkatkan imej institusi. Sekali lagi kami merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Mohd Nasir atas kesudian melapangkan masa bersama-sama dengan kita dan merasmikan program pada hari ini. Syabas dan tahniah kepada Unit Penyelidikan & Inovasi Kolej Komuniti Negeri Perak dan para peserta atas penganjuran program ini. Sekian, Wabillahi Taufik Wal Hidayah. Assalamualaikum Warahmatulahi Wabarakatuh. 8 ISI KANDUNGAN Bil TAJUK PENYELIDIKAN & INOVASI KOLEJ KOMUNITI TAPAH Seni Bina Lestari : Memaksimumkan Penggunaan Teknologi Hijau Di Bangunan 1 Kolej Komuniti Tapah Shah Bani Bin Abdul Aziz , Niza Asyadi Bin Hamzah dan Fairuz Bin Ahmad Fuad KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATOH e-Kenderaan 2 Mohd Hamdi Bin Miskiran, Mohd Fauzi Bin Sabari dan Mohd Syamsul Ariff Bin Ghazali Ekira Digit 3 Mohd Hamdi Bin Miskiran, Mohd Syamsul Ariff Bin Ghazali dan Noor Shashimawati Binti Meor Kamar Volcano Healthy Patty 4 Ezaimy Binti Zainal Abidin, Marziah Binti Che Mansor dan Salmiah Binti Shahlan Kajian Keperluan Kemahiran dan Tahap Kesediaan Pelajar, Guru, Industri dan Komuniti dalam Melaksanakan Program Sijil Kolej Komuniti di Kolej Komuniti 5 Bagan Datoh Noor Shashimawati Binti Meor Kamar, Mohd Hamdi Bin Miskiran dan Normarliana Binti Hassim KOLEJ KOMUNITI BAGAN SERAI Gantungan Langsir Berkabel Fleksibel(Flexcab) 6 Mohamad Haslan Bin Smasudin, Khairul Aznam Bin Ismail dan Anas Bin Harun Bebola Haruan Rahiza Shima Binti Ramli, Nor Azman Bin Jamaludin dan Emy Rozana Binti 7 Mohamad Pembentuk Kek Ikan 8 Rahiza Shima Binti Ramli Jem Kurma Sauda 9 Nor Azman Bin Jamaludin, Rahiza Shima Binti Ramli dan Kamariah Binti Yusof KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH 10 Stylo Pattern Hanger Mohd Hafiz Bin Sabran 11 ‘Guide Footer’ Raja Nur Azmira Bte Raja Ibrahim 12 ‘Creative Garment Bag’ Farah Nadia Binti Murad 13 Pin – Pod Noraini Binti Mohamad Nor 14 Simulasi Origami Bagi Subjek Keusahawanan Zamaruzaman Bin Mohamad, Zainudin Bin Yahya dan Jameaah Binti Bahanudin Kajian Keperluan Kursus Pendek Dalam Kalangan Komuniti Sekitar Batu Gajah 15 Suku Tahun Pertama 2014 Zulfikhri Bin Sabri, Osman Fikri Bin Awang Mina dan Zainudin Bin Yahya KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH Meningkatkan Kemahiran Mengingat Do’a Qunut Dalam Topik Amali Solat Dengan Menggunakan Teknik Mnemonik Dikalangan Pelajar 16 Saniah Bt. Mohammed Shahid, Nor Hasiah Bt. Mohd Said dan Zaharah Bt. Alang Ahmad Tahap Kefahaman Pelajar Perempuan Di Kolej Komuniti Chenderoh Terhadap 17 Tuntutan Menutup Aurat Mohamad ‘Azizuddin Bin Aznan dan Mohd Rashidi Bin Omar Persepsi Graduan Terhadap Kemudahan Prasarana di Kolej Komuniti Chenderoh Perak Pada Tahun 2013 18 Shaliza Bt Shahrudin dan Siti Nazwin Izani Bt Sulaiman 19 Haqeebah Adawat Taharah Mohd Rashidi Bin Omar dan Saniah Binti Mohammed Shahid MUKA SURAT 13 14 45 46 51 55 58 122 123 126 129 131 134 135 142 148 165 179 194 224 225 244 259 271 9 Bil TAJUK PENYELIDIKAN & INOVASI Kerangka Model & Mould dalam Pengajaran dan Pembelajaran Seramik Industri Siti Nazwin Izani Bt Sulaiman Nota Poket Teknik & Proses Pembuatan Batik 21 Siti Nazwin Izani Bt Sulaiman dan Shaliza Bt Shahrudin Ilustrasi Dinding di Bengkel Industri Seramik 22 Shaliza Bt Shahrudin Keberkesanan Penggunaan Komik dalam Pengajaran dan Pembelajaran Subjek 23 Communicative English di kalangan Pelajar Kolej Komuniti Chenderoh Siti Dalia Bt Muhamad dan Kamariah Bt Yusof KOLEJ KOMUNITI GERIK Asas Perisian Aplikasi M-Modul 24 Nor Hazri Helmy Bin Nor Rashid danSiti Nooraini Binti Md Shukri Template Laporan Amali & Sistem Pengiraan Kos (Tem-Kos) 25 Norazilah Abbas, Munyrah Abdullah dan Hazila Binti Shaharuddin 4 In 1 Pattern Ruler 26 Nursyuhada Bt Othman dan Nur Hafizah Bt. Marzuki Komik Tekno BB 27 Nor Halina Bt Noordin dan Nur Syahida Bt. Jumakhir Jek Elektrik 28 Khairul Anuar Bin Idris dan Raja Ahmad Syawal Bin Raja Musa E-Pembelajaran Pemasangan Dan Penyelenggaraan Komputer Interaktif 29 Hazila Binti Shaharuddin, Junaidah Muhamad dan Suhaida Borhan Computer Assisted Resume Maker 30 Yuzlin Bt Yaccob, Raja Mohamad Zatimi Bin Raja Putera dan Nor Hazri Helmy Bin Nor Rashid ‘Dancing Croquis’ (Alat Bantu Mengajar Fesyen) 31 Laila Najwa Binti Yahaya KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR Penggunaan Aplikasi Telegram Dalam Modul Hiasan Kek SKK(M) Pastri Di Kolej 32 Komuniti Kuala Kangsar Ruslina Binti Yusoff, Normasitah Binti Nazri dan Norzilah Binti Ismail Persepsi Pelajar Program Pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak Terhadap 33 Keperluan Latihan Industri Kamarul Hazri Bin Ghazali, Normasitah Binti Nazri dan Ruslina Binti Yusoff KOLEJ KOMUNITI MANJUNG Beg 2 In 1 (Annabella) 34 Nuzulmaizatul Afinie Bt Mohammad Ayob KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK I-Spekss Sistem Pendaftaran Kemasukan Dan Subjek 35 Farah Waheda Bt Othman, Zetty Asnira Bt Abdul Rashid dan Muhammad Zulhilmi B Zolkifly Tempat Menyimpan Bahan Bantu Mengajar 36 Karmila Binti Muhamad, Norshuhada Binti Ishak dan Zuriana Binti Mhd Zakaria Mudahnya Permarkahan Gaya Google Doc 37 Mohd Nabil Bin Burhanudin, Shahril Hasfizul Bin Shahudin dan Mohd Adha Bin Mulyadi EDMODO @ Eclass 38 Nurul Nuha Binti Harun , Norjunainah Binti Juri dan Roslan Bin Noordin Tempe Biji Nangka/ Cempedak 39 Rafidah Abu Nasir, Nur Atiqah As’ari dan Noorizyan Asimat Fail Rekod Penilaian @ Frpen 40 Norjunainah Binti Juri, Nur Atiqah Binti As’ari dan Nurul Nuha Binti Harun Mock-Rest GPS Box 41 Hashim Bin A.Rahim , Nurul Nuha Binti Harun dan Norjunainah Binti Juri 20 42 Vsmart Learning (Database) Norazila Binti Hashim, dan Najwaa Farhannah Binti Abdul Halim MUKA SURAT 281 289 297 305 317 318 323 330 339 345 352 359 373 386 387 400 409 410 421 422 441 446 449 455 459 465 470 10 Bil 43 44 45 46 TAJUK PENYELIDIKAN & INOVASI Kit Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Salak Nornajiha Binti Kamdi, Hajar Binti Yusop dan Norhaslin Binti Hassan I-Akaun Usahawan Nor Haniza Binti Hashim, Syarafina Binti Shahril dan Nor Hanita Binti Hashim Décor Your Day (DYD) Noor Laili Binti Mohd Sohaili dan Mohd Suhaime Bin Sarun Konsep Pengurusan Lestari : Inovasi ‘2+4+2’ Roslan Noordin, Ahmad Firdaus Mohammad Mohsin Dan Nurul Syahirah Mohd Noor MUKA SURAT 480 486 497 504 KOLEJ KOMUNITI RTC Sejauhmana Kepelbagaian Gaya Pembelajaran Dan Kemahiran Belajar Di Kalangan Pelajar Kolej Komuniti Rtc Gopeng : Satu Tinjauan 47 Mohd Norhairy Bin Mohd Yusoff 518 KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT Persembahan Interaktif Sebagai Sumber P&P, Panduan Serta Rujukan Pensyarah Pelancongan & Pengembaraan Kolej Komuniti Seluruh Malaysia Untuk Modul 48 Tempahan Dan Tiketan Rizuan Bin Zainal dan Intan Norbaizura Bin Yaacob Play & Do PC 49 Salina Bt Abu Bakar, Rafidah Bt Mohd Basir danNurul Laili Bt Mohamed Yahya Traffic Book Dalam Masalah Kelewatan Hadir Ke Kuliah 50 Rafidah Bt Mohd Basir dan Salina Bt Abu Bakar Table Setting Kits 51 Rosnehaida Azly Bt Abd Rani, Nurul Nadiah Bt Zainuddin dan Mohamad Fared Bin Mohd Arshad Remember Tourism Terms 52 Nurul Nadiah Bt Zainuddin, Mohamad Fared Bin Mohd Arshad dan Rosnehaida Azly Bt Abd Rani “I WANNA GO HOME” Permainan Keusahawanan Pelajar Bermasalah Pembelajaran 53 Orang Kurang Upaya – Learning Disorder (OKU - LD) Yufiza Mohd Yusof Penggunaan Rakaman Video Sebagai Alternatif Kepada Kaedah Demonstrasi 54 Hasnorliza Binti Abdul Hamid Single Phase Wiring E-Kit 55 Mohd Zairulniza Bin Jaludin, Hisamudin Bin Mat Som Model Sebenar Get Logik- Asas Elektronik Dan Sistem Digital 56 Razita Binti Alli Mat dan Hisamudin Bin Mat Som Tahap Kepuasan Pelajar Sijil Modular Kebangsaan Pendawaian Dan Penyelenggaraan Elektrik Industri (SPE 5) Terhadap Kemudahan Makmal Elektrik 57 Industri Di Kolej Komuniti Sungai Siput Hasnorliza Binti Abdul Hamid Pembelajaran Sepanjang Hayat Pencetus Kemahiran Dalam Membangunkan 58 Komuniti Yufiza Mohd Yusof dan Siti Saleha Abd Azis Kajian Terhadap Pelaksanaan Sistem Penarafan Kolej Komuniti (Myspekk) Dalam 59 Kalangan Staf Kolej Komuniti Sungai Siput Zaleha Bt Ridzwan, Hasnorliza Bt Abdul Hamid Amalan Kemahiran Generik Dalam Kalangan Pelajar Bagi Kursus Sijil Modular Kebangsaan Pendawaian Dan Penyelenggaraan Elektrik Industri Di Kolej Komuniti 60 Sungai Siput Hasnorliza Binti Abdul Hamid KOLEJ KOMUNITI TAIPING The Use Of Video Recording As A Tool In Enhancing Students’ Performance In English Classroom 61 Fathilah Begum Binti Mohamed Maidin , Noor Azlin Binti Mohd Sidek dan Salwani Binti Shamsuddin 539 519 540 548 573 583 587 589 596 607 617 624 639 661 675 699 700 11 Bil 62 63 TAJUK PENYELIDIKAN & INOVASI Rekabentuk Papan Kawalan Litar Lampu Isyarat Jalan Raya Menggunakan Programmable Logic Controllers (PLC) Sebagai Alat Bantu Mengajar (ABM) Marzuki Bin Ahmad , Aznor Bin Hassan danMuhammad Mubarak Bin Ab Rahman Successful English Language Learning Inventory (SELL-In): A Comparative Study Of Malaysians And Singaporeans Students Nur Hazeleen Binti Bashah, Norfarahi Bt Zulkifli dan Fathilah Begum Bt Mohamed Maidin MUKA SURAT 705 716 12 13 SENI BINA LESTARI : MEMAKSIMUMKAN PENGGUNAAN TEKNOLOGI HIJAU DI BANGUNAN KOLEJ KOMUNITI TAPAH SHAH BANI BIN ABDUL AZIZ 1 NIZA ASYADI BIN HAMZAH 2 FAIRUZ BIN AHMAD FUAD 3 KOLEJ KOMUNITI TAPAH ABSTRAK Setiap tahun, pelbagai kaedah dan pendekatan telah dijalankan dalam mengurangkan tarif bil elektrik di kolej komuniti tapah. Tahap penggunaan tenaga elektrik yang tinggi terpaksa ditanggung oleh pihak kolej kerana kurangnya kesedaran akan bergunanya tenaga semulajadi jika digunakan dengan sebaik mungkin dan dengan cara yang sesuai. Untuk menangani masalah ini, kajian ini bertujuan untuk mencari pendekatan yang terbaik bagi mengurangkan tarif elektrik yang digunakan serta menambah keselesaan semua penghuni Kolej Komuniti Tapah khususnya. Penggunaan teknologi hijau disuntik dalam mengatasi masalah ini. Sorotan usaha penjimatan tenaga ini termasuklah pertama,penggunaan ‘double glaze window' bagi mengurangkan penyerapan haba tetapi memberi cahaya semula jadi kepada pengguna. Kedua, penggunaan ‘building envelope' cekap tenaga. Ketiga, menggunakan peralatan pejabat cekap tenaga. Keempat, penggunaan ‘integrated blinds' dan ‘light shelves'. Kelima, menggunakan solar panel atau ‘photovoltaic panel' bagi menyimpan tenaga solar dan menggunakan semula sebagai tenaga elektrik.Dapatan kajian ini menunjukkan dengan menggunakan usaha-usaha seperti yang telah disenaraikan di atas, ia mampu mengurangkan seterusnya menjimatkan penggunaan tenaga elektrik secara lebih efisyen. 14 BAB 1 PENGENALAN 1.0 PENGENALAN Bangunan teknologi hijau di negara membangun seperti Malaysia dianggap masih baru. Namun usaha ke arah mengembangkan teknologi itu secara menyeluruh sedang giat dijalankan untuk memastikan penyediaannya lebih bermutu, murah dan mampu dimiliki pelbagai golongan masyarakat. Bagaimanapun, teknologi hijau dalam pembinaan di bangunan sudah diterima serta diaplikasi secara meluas dan popular di beberapa maju seperti Amerika Syarikat, United Kingdom dan Jerman. Fenomena perubahan cuaca dunia yang turut memberi kesan kepada alam seperti kejadian banjir, taufan, kecairan ais di kutub utara dan selatan, kenaikan paras dan suhu laut serta kemusnahan flora dan fauna menjadikan agenda menyerapkan inovasi pembangunan teknologi hijau dalam setiap aspek kehidupan amat dituntut. Justeru, antara kaedah mengaplikasikan ciri teknologi hijau itu boleh diserapkan dalam pembinaan bangunan bagi menjadikan suasana sesebuah premis yang dihuni lebih mesra alam, menjimatkan tenaga dan kos. Di Malaysia, kesungguhan kerajaan terhadap teknologi hijau dalam sistem kehidupan sudah mula diberi penekanan dengan menyediakan dana berjumlah RM1.5 bilion sebagai usaha menggalakkan lebih ramai syarikat pengeluar dan pengguna teknologi hijau membiayai pelbagai projek hartanah. Dana yang diumumkan dalam Bajet 2010 itu akan menyediakan pinjaman mudah kepada syarikat yang membekalkan dan menggunakan teknologi hijau dengan pembiayaan maksimum RM50 juta (pembekal), sejumlah RM10 juta (syarikat pengguna) manakala kerajaan menanggung dua peratus daripada jumlah kadar faedah untuk pembiayaan itu. Selain itu, kerajaan memberi jaminan 60 peratus terhadap jumlah pembiayaan dengan 40 peratus lagi oleh institusi perbankan. Malah, pengumuman pembentukan Dasar Teknologi Hijau Negara, tahun lalu juga dilihat begitu jelas keazaman sebagai panduan dan hala tuju pembangunan teknologi hijau negara termasuk cadangan menetapkan dasar bangunan baru khususnya bangunan 15 kerajaan pada masa akan datang dibina menggunakan sistem teknologi hijau, selain melancarkan Indeks Bangunan Hijau (GBI), yang menjadi indeks penilaian hijau kepada bangunan mesra alam. Sebagai langkah awal ke arah pembangunan teknologi hijau secara mapan, kerajaan akan menjadikan Putrajaya dan Cyberjaya sebagai Bandar Teknologi Hijau dan, sekali gus sebagai perintis kepada pembangunan bandar hijau lain di seluruh negara. Antara bangunan hijau di Malaysia ialah Pusat Tenaga Malaysia (PTM), iaitu bangunan hijau (green energy office atau GEO) berkonsepkan bangunan tenaga rendah dan mesra alam, selain dilengkapi sistem ‘building integrated photovoltaic' (BIPV) yang mesra alam kerana tidak mencemar selain mengurangkan penggunaan tenaga daripada sumber bahan api fosil. 1.1. LATAR BELAKANG KAJIAN Ketika ini, tidak banyak bangunan menerapkan teknologi hijau dalam setiap pembinaannya kerana ia memerlukan komitmen tinggi di kalangan pemaju, arkitek, jurutera, perancangan, kontraktor dan masyarakat sendiri mengenainya. Setakat ini, kira-kira 80 pemaju menghantar permohonan untuk mendapatkan pengiktirafan dari segi penerima bangunan hijau yang berciri dan berteraskan elemen reka bentuk GBI. Pada masa sama, pembinaan bangunan teknologi hijau yang lebih tinggi kosnya iaitu melebihi 30 peratus daripada kos pembinaan bangunan konvensional menjadikan pelbagai pihak khususnya pemaju berfikir dua kali untuk melaksanakannya. Oleh itu, langkah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) yang sedang mengkaji Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam bagi mewajibkan pemaju hartanah meneliti dan menerapkan ciri teknologi hijau dalam projek pembinaan perumahan serta premis perniagaan baru, dianggap positif dan tepat pada masanya. Bagi menyahut seruan kerajaan ini, Kolej Komuniti Tapah cuba untuk menerapkan beberapa kriteria / foundasi yang mampu untuk mengurangkan kos penggunaan tenaga elektrik. Antara foundasi yang diterapkan ialah : 16 Mengoptimumkan penggunaan site. Mewujudkan bangunan mampan bermula dengan pemilihan tapak yang betul, termasuk pertimbangan tentang penggunaan semula atau pemulihan bangunan yang sedia ada. Lokasi, orientasi, dan landskap bangunan yang memberi kesan kepada ekosistem tempatan, kaedah pengangkutan, dan penggunaan tenaga. Adalah penting untuk menggabungkan prinsip pertumbuhan pintar dalam proses pembangunan projek itu, sama ada projek itu adalah sebuah bangunan tunggal, kampus, atau pangkalan tentera. Penempatan untuk keselamatan fizikal merupakan isu kritikal dalam mengoptimumkan reka bentuk laman, termasuk lokasi jalan masuk, tempat letak kereta, halangan kenderaan, dan pencahayaan perimeter. Sama ada mereka bentuk sebuah bangunan baru atau mengubah suai pelbagai bangunan sedia ada, reka bentuk laman web perlu mengintegrasikan dengan reka bentuk yang mampan bagi mencapai projek yang berjaya. Mengoptimumkan Ruang Bangunan dan Bahan Penggunaan. Penduduk dunia terus meningkat (kepada lebih 9 bilion pada tahun 2050), penggunaan sumber asli terus meningkat, dan permintaan untuk barangan dan perkhidmatan tambahan menekankan sumber yang ada. Ia adalah penting untuk mencapai penggunaan bersepadu dan pintar bahan yang memaksimumkan nilai mereka, mencegah pencemaran di hulu, dan menjimatkan sumber. Sebuah bangunan mampan direka dan dikendalikan untuk menggunakan dan menggunakan semula bahan-bahan dalam cara yang paling produktif dan mapan di seluruh kitaran hidup keseluruhan. Bahan-bahan yang digunakan di dalam bangunan lestari mengurangkan kitaran hayat kesan alam sekitar seperti pemanasan global, kekurangan sumber, dan ketoksikan manusia. Alam bahan-bahan lebih mempunyai kesan dikurangkan ke atas kesihatan manusia dan alam sekitar dan menyumbang kepada keselamatan bertambah baik dan kesihatan pekerja, liabiliti dikurangkan, kos pelupusan dikurangkan, dan pencapaian matlamat alam sekitar. Meningkatkan Kualiti Alam Sekitar Tertutup (IEQ) Kualiti persekitaran dalaman (IEQ) bangunan yang mempunyai kesan yang besar ke atas kesihatan penghuni, keselesaan dan produktiviti. Di antara sifat-sifat lain, sebuah bangunan mampan memaksimumkan sinaran cahaya matahari, mempunyai 17 pengudaraan yang sesuai dan kawalan kelembapan, mengoptimumkan prestasi akustik, dan mengelakkan penggunaan bahan-bahan dengan pelepasan tinggi VOC. Prinsip IEQ juga menekankan kawalan penghuni atas sistem seperti lampu dan suhu. 1.2. PENYATAAN MASALAH Banyak kajian sudah dijalankan bagi menerapkan penggunaan hijau pada bangunan. Dapatan daripada kajian ini terdapat beberapa kekangan yang berlaku dalm melaksanakan pembangunan lestari ini. Antara kekangan yang timbul ialah kekurangan minat dari pelanggan.Ini merupakan halangan yang paling utama untuk meluaskan penggunaan bangunan hijau. Lapan puluh empat peratus (atau 21 daripada 25) responden mengatakan bahawa ia adalah penghalang utama. Seseorang responden soal selidik mengulas bahawa projek bangunan tidak boleh dilakukan bersama-sama tanpa pemilik atau pemaju memberi sokongan penuh untuk konsep lestari. 66 orang Responden dalam kajian lestari menunjukkan bahawa kurang daripada 10% daripada pelanggan mereka meminta reka bentuk yang mampan. walaupun ‘designer' sering membentangkan kepada pelanggan mereka dengan reka bentuk yang mampan bagi projek-projek mereka , kurang daripada 30% daripada reka bentuk yang dipilih oleh pelanggan mereka untuk dilaksanakan. Ini menunjukkan , walaupun pihak profesional mengambil inisiatif dalam menggalakkan bangunan lestari, sikap tidak berminat orang awam menyebabkan pembangunan hijau/lestari tetap tidak dapt dijalankan. Dalam kajian ini, halangan utama yang lain yang diberikan oleh responden mencadangkan bahawa punca utama lain ialah sikap tidak berminat oleh pelanggan yang mungkin disebabkan oleh: (1)kekurangan pendidikan atau "Kesedaran" tentang bangunan mampan, (2) kebimbangan ekonomi / kewangan, (3) kekurangan tenaga mahir dalam teknologi hijau di Malaysia ini. 1.3 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keberkesanan penggunaan teknologi hijau pada bangunan Kolej Komuniti Tapah dan mampu mengurangkan kos tarif elektrik yang digunakan setiap bulan . 18 1.4 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk mencapai objektif-objektif yang berikut: i. Menentukan cara yang paling sesuai bagi mengurang kos tariff elektrik Kolej Komuniti Tapah setiap bulan. ii Menentukan cara terbaik bagi menambah keselesaan para pelajar di Kolej Komuniti Tapah. Soalan kajian Berdasarkan objektif khas yang dinyatakan, kajian ini menjawab soalan-soalan berikut:i. Apakah penggunaan teknologi hijau yang diterapkan dalam bangunan Kolej Komuniti mampu mengurangkan kos tariff elektrik setiap bulan? ii. Bagaimanakah teknologi ini mampu menambah keselesaan pengguna di kolej? 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Adalah diharapkan bahawa hasil kajian ini dapat memberi suatu gambaran yang sebenar tentang bangunan hijau dan kepentingannya kepada pengguna atau lebih tepat kepada manusia sejagat.Sebenarnya, bangunan hijau adalah bangunan yang mempraktikkan kepentingan alam semula jadi bermula dari lakaran pembinaan, operasi, selenggara sehingga peringkat pengubahsuaian. Tujuan utama teknologi ini dibangunkan untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia akibat daripada kepesatan pembangunan. Bangunan hijau memberi tumpuan terhadap kecekapan penggunaan tenaga, air dan bahan mentah. Penciptaan bangunan hijau adalah merupakan suatu inovasi baru yang bukan sahaja memberi kebaikan kepada alam sekitar, malah juga kepada ekonomi. Ini dilihat dengan ketara melalui penjimatan sumber tenaga yang digunakan. Secara tidak langsung ia dapat mengurangkan kos operasi dan memulihara alam sekitar. Bukan itu sahaja, kesan kos operasi yang rendah juga dapat 19 meningkatkan nilai hak milik bangunan tersebut. Bangunan hijau mempunyai kawalan suhu dan ventilasi terhadap peningkatan pencahayaan. Ini merupakan salah satu kebaikan yang dimiliki oleh bangunan hijau. Hasilnya, ia dapat menjaga kesihatan penghuni di dalam bangunan tersebut daripada sinaran ultra, masalah kesihatan yang berpunca daripada ketidakstabilan suhu persekitaran dan pendedahan sinaran ultra yang berbahaya. Ramai yang tidak mengetahui bahawa Malaysia telah mempunyai bangunan hijau semenjak tahun 2005. Bangunan ini dikenali sebagai nama GTower yang terletak di Jalan Tun Razak berhampiran dengan KLCC. Ia telah mendapat pengiktirafan sebagai Green Mark Gold dari Building and Construction Authority of Singapore (BCA) kerana ciri-ciri bangunan ini bukan sahaja mengagumkan, malah ia menitikberatkan kepentingan alam sekitar di dalam struktur pembangunannya.Pencapaian ini diharapkan dapat menarik lebih ramai pemaju hartanah untuk lebih bersikap prihatin dan mempunyai kesedaran terhadap kepentingan alam sekitar dan pembangunan mampan. Pembangunan yang mesra alam lebih tinggi nilainya berbanding dengan bangunan biasa, di samping dapat menjaga alam sekitar. Kajian yang kecil keatas bangunan Kolej Komuniti Tapah ini diharap mampu membuka mata semua masyarakat akan kebaikan dan kepentingan bangunan hijau bagi melestarikan kehidupan 1.6 SKOP KAJIAN Kajian ini dibataskan hanya di Kolej Komuniti Tapah. Kajian ini menumpukan perhatian kepada penggunaan bahan atau ‘material' yang mampu mengurangkan kos elektrik dan menambah keselesaan pengguna. Oleh yang demikian, kajian ini tidak boleh digeneralisasikan kepada semua institusi pengajian tinggi di Malaysia. 20 1.8 RUMUSAN Secara ringkas,bab satu membincangkan latar belakang kajian dari aspek penerangan tentang bangunan hijau serta tahap penggunaannya di Malaysia. Selanjutnya, tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap keberkesanan penggunaan teknologi hijau pada bangunan institusi pendidikan khususnya Kolej Komuniti Tapah dan mampu mengurangkan kos tarif elektrik yang digunakan setiap bulan serta menambah keselesaan para penghuninya . Dua soalan kajian dikemukakan dan soalan-soalan tersebut menentukan metedologi kajian selanjutnya. Beberapa istilah kajian dinyatakan untuk mengelakkan kekeliruan semasa memahami kajian ini . Kajian ini mempunyai signifikan kepada pemaju seperti arkitek, jurutera,dan juga kepada pengguna seperti masyarakat sendiri. Akhirnya ,kajian ini juga mempunyai batasannya kerana hasil dapatannya tidak boleh digeneralisasikan kepada semua institusi pengajian di seluruh Malaysia. BAB 2 METODOLOGI 2.0 METODOLOGI KAJIAN Metodologi kajian adalah merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab permasalah kajian. Bagi melaksanakan kajian ini dengan efektif, metodologi yang dirangka adalah melibatkan pembentukan hipotesis, pemilihan reka bentuk, kaedah pengumpulan data, penentukan populasi dan pemilihan sampel, ujian rintis dan kaedah penganalisisan data. 2.1 REKA BENTUK KAJIAN Kajian dan penyelidikan ini melibatkan tinjauan berkaitan dengan reka bentuk bangunan. Di dalam kajian ini, aspek reka bentuk bangunan di analisa sejauh mana aspek reka bentuk memainkan peranan dalam membentuk sebagai bangunan. 21 2.2 POPULASI DAN PERSAMPELAN Kajian ini adalah merupakan kajian populasi yang melibatkan keseluruhan penghuni Kolej Komuniti Tapah pada tahun 2014 .Responden yang dipilih adalah terdiri daripada para pelajar kolej Komuniti Tapah, pensyarah Kolej Komuniti Tapah, serta pihak pengurusan Kolej Komuniti Tapah. Seramai 70 orang penghuni kolej yang terlibat dalam kajian ini. 2.3 ALATAN KAJIAN Didalam kajian ini instrumen/alatan yang dipakai untuk mengumpulkan data adalah berupa check list, temu bual, perakam suara, komputer, kertas dan alat tulis yang dapat mendukung kajian ini. 2.3.1. Check List Check list digunakan didalam observasi atau pengamatan langsung ke lapangan dilakukan untuk mengidentifikasi jenis dan fungsi ruang dalaman Kolej Komuniti Tapah, faktor mempengaruhi ruang kolej, dan faktor dominan mempengaruhi fungsi dan kegunaan ruang di lokasi penelitian. 2.3.2. Temu Bual Wawancara dilakukan pada responden baik secara individu,ataupun kelompok, yang berkaitan dengan Kolej Komuniti Tapah serta teknologi hijau. untuk mendapatkan informasi tentang tajuk dan tujuan kajian ini dijalankan. 2.3.4. Kamera Kamera digunakan untuk mendokumentasikan keadaan fizikal setelah diadakan identifikasi jenis ruang di lokasi kajian dimana hasil yang didapatkan berupa gambar/foto digital 22 2.4 TEKNIK PENGUMPULAN DATA Kajian ini dilakukan dengan menggunakan data primer yang diperolehi menerusi kajian lapangan. Data yang diperlukan didalam penelitian ini dikumpulkan dengan mempergunakan prosedur pengumpulan data sebagai berikut: 2.4.1. Temubual Kaedah temubual adalah sebuah dialog yang dilakukan oleh penemubual untuk memperoleh informasi dan maklumat dari orang yang ditemubual (Suharsini Arikunto,2002). Kaedah temubual dalam penelitian ini, iaitu dengan melakukan dialog untuk memperoleh informasi yang lebih jelas mengenai sebelum dan setelah ada perubahan dalam penggunaan teknologi hijau pada bangunan. Kaedah yang digunakan dalam penelitian ini ádalah instrumen wawancara terstruktur, iaitu temubual yang dilakukan oleh penemubual, dimana mula-mula penemubual menanyakan beberapa soalan yang sudah terstruktur, kemudian satu per satu diperdalam dalam mengorek keterangan lebih lanjut. Dengan demikian jawapan yang diperoleh biasanya meliputi semua variabel dengan keterangan yang lengkap dan mendalam. 2.4.2. Dokumentasi Dokumen-dokumen yang diperoleh dari maklumat formal maupun informal yang ada dipelajari untuk memperoleh data dan informasi dalam penelitian ini. Dokumen tersebut meliputi laporan atau berbagai artikel, jurnal, tulisan ilmiah yang berkaitan dengan teknologi hijau, dan faktor yang mempengaruhi pengurangan kos tarif elektrik serta keselesaan pengguni. Dokumen-dokumen tersebut digunakan untuk mendapatkan data sekunder. 2.4.3. Soal selidik Soal selidik ataupun ‘questioner' adalah teknik data dengan menggunakan borang soal selidik yang sifatnya tertutup dan terbuka. Dalam penelitian ini soalan soal selidik bersifat tertutup dengan maksud bahwa jawapan bagi soalan soal selidik telah tersedia dan responden tinggal memilih beberapa alternatif yang telah disediakan sahaja . 23 2.5 KAEDAH ANALISIS DATA Kajian ini mengaplikasikan analisis data secara kuantitatif dan kualitatif.Dalam peneletian kualitatif, data diperoleh dari berbagai sumber, dengan menggunakan teknik pengumpulan data yang berbagai-bagai, dan dilakukan secara terus menerus sehingga data yang diperolehi mencukupi untuk kajian (Sugiyono, 2007). Data yang dikumpulkan dalam penelitian kualitatif berbentuk data deskriptif, iaitu data yang berbentuk huraian yang memaparkan keadaan permasalahan objek yang diteliti, berdasarkan mengidentifikasi teknologi hijau, faktor-faktor mempengaruhi teknologi hijau, serta faktor dominan mempengaruhi pengurangan kos tariff elektrik serta menambah keselesaan penghuni di lokasi penelitian dan fakta-fakta yang sebenar sesuai dengan kenyataan sehingga memerlukan pentafsiran dan penelitian secara lebih mendalam terhadap makna yang terkandung didalamnya. Menurut Sugiyono, 2007, Analisa data dilakukan dengan mengorganisasikan data, , melakukan hyphothesis, menyusun ke dalam jadual, memilih mana yang penting dan yang akan dipelajari, serta membuat kesimpulan mengenai kajian kepada orang lain. Teknik Analisis data dalam penelitian ini digunakan langkah-langkah sebagai berikut: 1) Data Reduction (Reduksi Data): Data yang diperoleh dari lapangan adalah cukup banyak, untuk itu maka perlu direkod dalam bentuk huraian atau laporan terperinci. Laporan ini disusun kemudian memilih, merangkum, memfokuskan pada hal yang penting, mengidentifikasi data yang paling tepat dengan kajian. 2) Data Display (Penyajian Data): Setelah data dipilih, langkah seterusnya adalah men'display'kan data. Penyajian data ini dapat dilakukan dalam bentuk jadual, mahupun grafik sehingga memudahkan peneliti kajian. 3) Conclusion Drawing/Verification (Kesimpulan): kesimpulan mungkin dapat menjawab rumusan masalah yang dirumuskan sejak awal, tetapi mungkin juga tidak, karena rumusan masalah dalam penelitian kualitatif masih bersifat sementara dan akan berkembang setelah peneliti berada di lapangan. Dengan demikian kesimpulan berdasarkan data yang telah diproses melalui reduksi data, display data , dan didukung oleh data-data yang kukuh, maka dapat dijadikan kesimpulan yang munasabah. 24 BAB 3 TINJAUAN LITERATUR 3.0 PENGENALAN Tujuan kajian ini adalah untuk mengkaji tahap keberkesanan penggunaan teknologi hijau pada bangunan Kolej Komuniti Tapah dan mampu mengurangkan kos tarif elektrik yang digunakan setiap bulan . Bab 2 ini membincangkan tentang kriteria dan foundasi yang boleh digunapakai dalam kajian ini nanti antaranya penggunaan ‘double glaze window', 'tinted glass 'penanaman pokok hijau di sekitar kawasan institusi pengajian, penggunaan solar panel dan beberapa lagi contoh yang lain. Selain itu ,dalam bab ini juga akan disertakan dengan beberapa contoh bangunan di Malaysia yang sudah menggunakan teknologi hijau ini. 3.1 LITERATUR BERKAITAN 3.1.1 penggunaan ‘double glaze window' Kaca adalah elemen penting dalam bangunan. Ia menawarkan cahaya dan pengudaraan untuk dalaman rumah. Beberapa kajian menunjukkan bahawa kesihatan, keselesaan dan produktiviti penghuni bangunan dipertingkatkan kerana persekitaran dalaman pengudaraan yang baik dan akses kepada cahaya semula jadi. Walau bagaimanapun, tingkap juga mewakili sumber utama haba keuntungan / kerugian, visual dan ketidakselesaan terma. Dalam bangunan kediaman dan komersial, sejumlah besar tenaga telah digunakan untuk memberi pampasan kepada haba keuntungan / kerugian yang tidak diingini melalui tingkap. Tingkap telah menjalani revolusi teknologi dalam tahun-tahun kebelakangan ini. Sistem tingkap yang cekap tenaga dan kaca kini didapati boleh mengurangkan penggunaan tenaga bangunan secara mendadak. Tingkap berprestasi tinggi menampilkan kaca berbilang, lapisan telus khusus, penebat gas di antara anak tetingkap kaca dan bingkai yang lebih baik. Semua ciri-ciri ini mengurangkan pemindahan haba, dengan itu dapat mengurangkan beban tenaga kerana bukaan tingkap. 25 ‘Double glaze window' dibentuk oleh dua anak tetingkap kaca dipisahkan oleh jurang udara. Berbanding dengan kaca tunggal, dua kaca penebat menawarkan lebih banyak daripada pemindahan haba konduktif dan perolakan. Mekanisme utama pemindahan haba di kaca-kaca berlapis atau pelbagai lapisan adalah radiasi terma dari anak tetingkap hangat kaca anak tetingkap yang lebih sejuk. Oleh itu dengan kaca rendah salutan boleh digabungkan dengan kaca biasa bagi pengurangan pemindahan haba. Sebagai contoh, permukaan kaca dengan bahan rendah keberpancaran dan menghadapi salutan itu ke dalam jurang antara lapisan kaca blok jumlah yang besar daripada pemindahan haba berseri, seterusnya mengurangkan pengaliran haba jumlah melalui tingkap.Selain manfaat haba, kacakaca berlapis boleh memberikan pengurangan yang ketara dalam bunyi di luar dan pemeluwapan dalaman. Gambarajah 1 : Perincian menunjukkan cahaya masuk melalui tingkap Gambarajah 2 : Perincian menunjukkan spesifikasi rekabentuk tingkap 26 Gambarajah 3 : Perincian menunjukkan lakaran arah pengcahayaan dan pengudaraan aliran masuk melalui tingkap Gambarajah 4 :Penggunaan ‘light shelves' / rak cahaya untuk ruang dalaman bangunan Rak cahaya tidak menuai cahaya matahari ke dalam ruang dalaman. Sebabnya adalah jelas, penyerapan haba yang ketara dan silau akan masuk di dalam ruang dalaman. Terdapat perbezaan di antara cahaya matahari dan cahaya resap (diffuse sunlight). Sinaran haba bagi cahaya resap adalah lebih rendah berbanding cahaya 27 matahari yang terus. Ramai yang berkata bahawa ‘louvers' akan dipanaskan dan memancarkan haba ke dalam ruang tertutup, ini tidak akan berlaku kerana ia adalah hanya untuk pencegahan silau untuk curam matahari pada waktu pagi atau petang untuk fasad barat atau timur. Gambarajah 5 : Perincian menunjukkan cahaya masuk melalui top hung pada tingkap rekabentuk tingkap 3.1.3 Penanaman pokok di sekitar bangunan Pokok menawarkan banyak manfaat alam sekitar.Pokok mengurangkan kesan pulau haba bandar melalui penyejatan penyejukan dan mengurangkan jumlah cahaya matahari yang sampai di kawasan tempat letak kereta dan bangunan. Hal ini terutama berlaku di kawasan yang mempunyai permukaan telap air yang besar, seperti tempat letak kereta kedai-kedai dan kompleks perindustrian.Pokok meningkatkan kualiti udara dengan menapis debu dan bahan seperti ozon, karbon monoksida dan sulfur dioksida daripada udara yang kita bernafas.Pokok mengeluarkan oksigen yang kita perlukan untuk bernafas. Pokok yang ditanam di sekitar bangunan dapat mengurangkan kos penyejukan pada musim panas. Dihormati di peringkat antarabangsa dalam bidang kualiti udara,Dr Margaret Burchett berkata ‘…..untuk memastikan kelestarian alam sekitar ,memenuhi ‘triple bottom line' persekitaran,social dan ekonomi, adalah dijangkakan bahawa tumbuhan tertutup akan menjadi teknologi bangunan yang penting untuk meningkatkan kualaiti udara dalaman. 28 3.2 KAJIAN BERKAITAN Kajian ini dibataskan dengan tiga contoh bangunan hijau yang terdapat di Malaysia iaitu Low Energy Office (LEO) di Putrajaya, Green Energy Office (GEO) di Bangi,Selangor dan Diamond office di Putrajaya . 3.2.1 Low Energy Office (LEO) Bangunan LEO adalah salah satu bangunan hijau di Malaysia. Ia adalah bertujuan untuk mencapai penggunaan tenaga yang rendah. Bangunan LEO pertama di Malaysia di Putrajaya ini terletak di Ibu Pejabat Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air. Bangunan LEO dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Tenaga, Air dan Telekomunikasi Malaysia, YB Dato 'Seri Dr Lim Keng Yaik pada 25 Jun 2005. 6 : Gambaran perspektif Energy BangunanGambarajah LEO memenangi tempat pertamabangunan dalam Low "Cekap Tenaga Amalan Office (LEO) Bangunan Terbaik Pertandingan 2006" di ASEAN di bawah ketegori "Bangunan Baru dan sedia Ada". Anugerah itu disampaikan pada satu majlis khas yang dianjurkan pada 27 Julai 2006 bersempena dengan mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga ASEAN ke-24 di Vientiane, Laos . Timbalan Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi telah menerima anugerah tersebut bagi pihak Malaysia. Bangunan ini mempunyai ciri-ciri seperti 20,000 m2 keluasan lantai kasar dan akan memberi penjimatan tenaga sebanyak RM 600,000. Bangunan LEO akan bertindak sebagai pemangkin kepada orang lain untuk mereka bentuk dan membina bangunan cekap tenaga di masa depan. Bangunan LEO memiliki EE sendiri yang termasuk sinaran cahaya matahari, EE peralatan pejabat, pengudaraan, kawalan dan sensor, orientasi, penebat dan pengurusan tenaga. Untuk mencapai matlamat 100 kWj / m bangunan mesti memenuhi ciri-ciri tertentu iaitu bahagian atas dan di sekitar bangunan itu harus persekitaran hijau. Selain daripada itu, orientasi bangunan juga perlu dioptimumkan di mana tingkap menghadap utara dan selatan di mana saringan solar adalah kurang . Bangunan ini juga harus terlindung dengan baik di bahagian muka bangunan dan bumbung. Bangunan LEO juga mempunyai sistem tenaga penyejukan yang cekap di mana jumlah udara bagi setiap zon bangunan yang 29 dikawal secara individu mengikut permintaan. Bangunan ini menggunakan tenaga yang kurang dan mempunyai pelaksanaan Sistem Pengurusan Tenaga. Gambarajah 7 : Gambaran rekabentuk ‘Shadding ‘ tingkap pada bangunan Low Energy Office (LEO) ‘ SHADDING' Malaysia mempunyai iklim panas dan lembap .Suhu biasa adalah antara 24C ke 35C. Ini adalah titik utama untuk rekabentuk yang cekap tenaga . Di kawasankawasan pejabat kerja, persekitaran yang terkawal dan kondusif adalah penting untuk keselesaan penghuni dan input produktif. Tingkap yang berorientasikan ke utara dan selatan di dalam bangunan LEO . Orientasi ini akan memberikan sinar matahari langsung dan hanya kurang teduhan ke tempat teduh di luar matahari. Bahagian timur dan juga barat bangunan akan menerima lebih matahari . Dalam aspek luaran, dua jenis fasad tetingkap digunakan. Dinding bangunan LEO yang terdiri daripada 200mm konkrit berudara dan juga permukaan luar mempunyai warna cahaya untuk mengurangkan pemanasan solar di dinding. Dinding konkrit mempunyai nilai penebat yang merupakan 2.5 kali lebih baik berbanding dengan bangunan tradisional yang dibuat oleh bata dinding. Bumbung bangunan itu terlindung dengan penebat 100mm berbanding dengan biasa iaitu 25mm. Permukaan bumbung juga dilindungi oleh bumbung kanopi kedua. Di bumbung juga, 30 landskap hijau yang akan memberikan teduhan dan akan meningkatkan estetika kawasan bumbung. Pada bahagian atas atrium, terdapat cerobong solar. Udara di dalam rongga memandang dipanaskan oleh sunand selepas itu udara panas yang semakin meningkat akan menarik keluar udara dari atrium dan udara segar akan memasuki bahagian pada bahagian bawah atrium. Suhu tempatan di luar bangunan itu boleh dikurangkan dengan menggunakan penyejukan pokok effectof, hijau dan juga kawasan air. Di bandar besar dengan kesan yang tinggi 'pulau haba', ciri-ciri yang akan membantu untuk mewujudkan, keadaan mikro iklim tempatan optimum selesa untuk bangunan dan pengguna. KESELESAAN & KUALITI UDARA DALAMAN Dalam iklim tropika, seseorang itu akan menjadi semakin tidak selesa dengan peningkatan suhu udara, kelembapan dan suhu berseri. Suhu dalaman yang dicadangkan ialah pada julat 23c kepada 26c dengan kelembapan relatif yang disyorkan ialah 60% -70%. Bangunan itu perlu menjadi ketat, dan pengambilan udara segar perlu dikawal untuk kualiti optimum udara dalaman. Di Bangunan LEO, pengambilan udara luar dikawal mengikut tahap CO2 dari udara dalaman, dan dengan itu dikawal mengikut tahap penghunian. Lebih ramai orang di dalam bangunan, pengambilan udara yang lebih segar diperlukan .Ia diperhatikan bahawa suhu rendah dan kelembapan rendah tidak selesa, tidak sihat dan mahal suhu udara .Office lebih rendah daripada 22C kepada 23c bermakna bahawa orang perlu berdandan dengan pakaian panas, dan beban penyejukan bangunan bertambah. Di Bangunan LEO, kualiti udara dalaman ditambah baik dengan menggunakan pembersih udara elektronik, daripada penapis serat biasa untuk membersihkan udara yang masuk dari pencemaran zarah. MANFAAT Secara umumnya, bangunan tenaga rendah memilikinya faedah sendiri seperti bil tenaga yang rendah. Pemilik atau penghuni bangunan ini boleh mengekalkan kos di bawah kawalan dan menjadi kurang terdedah kepada turun naik harga masa depan tenaga. Selain itu, bangunan LEO ini akan mempunyai iklim dalaman yang sangat baik. Penggunaan aliran pengudaraan mekanikal akan membantu untuk menghapuskan bahan cemar udara dari sini dan akan memberikan udara segar dalaman. Bangunan LEO juga mempunyai kehangatan yang menyenangkan. Terutama di negara ini di luar negara yang mempunyai pengalaman empat musim, 31 semasa musim sejuk dan juga musim panas, turun naik yang besar dalam suhu tidak boleh dikatakan tidak wujud. Akhir sekali bangunan LEO akan mempunyai keselesaan yang lebih baik akustik dan visual. Reka bentuk bioiklim dan penebat melaksanakan dinding legap kaca dan juga akan melindungi bangunan penghuni dari pencemaran bunyi bising di luar dan akan membawa cahaya lebih semula jadi ke dalam premis itu dan bukannya menggunakan cahaya tiruan. 3.2.2 Green Energy Office (GEO) Bangunan hijau adalah bangunan yang direka dengan teknologi hijau yang teknologi rendah karbon dan sifat mesra alam. Dalam usaha ke arah menghijaukan bumi ini, kerajaan telah mengambil beberapa inisiatif seperti keluar dengan bangunan yang teknologi hijau. Salah satu bangunan yang digunakan teknologi hijau adalah Pusat Tenaga Malaysia (Malaysia Pusat Tenaga), sebelum ini dikenali sebagai ZEO (Tenaga Sifar Pejabat) . Ia adalah gabungan dua projek Tenaga Reka Bentuk Bangunan Cekap (Super Tenaga Rendah dengan BEI 35-40kWh / m2 / tahun) dan Malaysia Bersepadu foto-voltan, MBIPV (dengan Solar PV 92 kW pemasangan puncak), oleh itu menghasilkan PTM Zero Pejabat tenaga, ZEO dengan sasaran BEI 0 kWj / m2 / tahun (10-15 tahun menunjukkan tenaga teknologi bangunan yang cekap). Atau dalam maksud lain jumlah tenaga yang digunakan oleh bangunan seimbang dengan jumlah tenaga yang dijana oleh kuasa tenaga sistem sendiri .Kini ia dikenali sebagai Bangunan Pejabat Tenaga Hijau diiktiraf dalam bangunan GEO. Ia juga merupakan yang pertama siap diberi nilai bangunan pejabat Malaysia. Sejak siap pada bulan Oktober 2007, sebanyak 60 kakitangan telah menduduki bangunan ZEO tiga tingkat di Bandar Baru Bangi, Selangor. RM 20 juta projek oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi, adalah menyelaraskan dengan perundingan Denmark IEN. Bangunan GEO dibentuk selepas Pejabat Tenaga Rendah (LEO) bangunan yang dimulakan oleh Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi (KTAK) di Putrajaya, bangunan ZEO yang PTM ini telah meletakkan Malaysia pada peta serantau sebagai bangunan pertama sekali diri mampan di Asia Tenggara. Dibina dalam kawasan seluas 5 ekar di Bandar Baru Bangi, Selangor, bangunan yang terletak 40 kilometer selatan pusat bandar Kuala Lumpur, beroperasi pada dinamik kedua-dua teknik pasif dan aktif dan di tapak penjanaan tenaga boleh diperbaharui, seperti yang ditunjukkan dalam sistem solar BIPV. 32 SISTEM PENCAHAYAAN Gambarajah 9 : Gambaran Keratan Bangunan Low Energy Office (LEO) Gambarajah 10 : Gambaran Grafik cahaya masuk menggunakan ‘Double Glazing Wundow’ Sebuah bangunan tipikal di Malaysia sepatutnya semua berdinding, dan rekaan dalaman yang gelap dinyalakan dengan pelbagai lampu tiruan tetapi bangunan ZEO tidak begitu. Ia adalah 100% siang pada waktu siang. Bangunan ini menggunakan orientasi baik untuk waktu siang dengan mempunyai majoriti tingkap dan pintu yang dihadap ke arah Utara dan Selatan.Tingkap telah selaras dengan rak cahaya cermin 33 yang berfungsi sebagai fasad.Bumbung juga telus dan dengan itu membenarkan cahaya masuk ke dalam bilik di atas bangunan Gambarajah 11 : Gambaran perspektif bangunan Diamond Building (GEO) Penggunaan ‘double glazed window'dengan Blinds Bersepadu juga melengkapkan panggilan untuk kecekapan tenaga. Kaca yang digunakan dalam tingkap kaca dua kali penebat haba dikenali sebagai E rendah, atau kaca keberpancaran rendah. Ia mempunyai lapisan logam telus yang bekerja dalam dua cara untuk menjimatkan tenaga pemanasan. Lapisan dwi tindakan mencerminkan udara sejuk kembali ke 34 dalam bilik, manakala membenarkan cahaya dari matahari untuk melaluinya. Selain itu, kemampuannya juga memanfaatkan cahaya pada tahap infra-merah (IR) rendah dan pemindahan ultra-ungu (UV). Cermin reflektif atau rak cahaya cermin membantu membolehkan cahaya matahari mneresap jauh ke dalam bangunan meningkatkan kecerahan di dalam bangunan. Oleh itu, penggunaan penghawa dingin akan dikurangkan Gambarajah 12 : Gambaran Grafik perspektif aliran pengcahayaan pada Diamond Building (GEO) 35 3.2.3 Diamond Building Ia kelihatan seperti piramid terbalik dengan bahagian atas dibenamkan ke tanah dengan tingkap kaca kehijauan. Bangunan ini merupakan ibu pejabat Suruhanjaya Tenaga yang dibina dengan konsep hijau. Dilancarkan secara rasmi oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Mei 2011, bangunan itu adalah ‘rumah' kepada Suruhanjaya Tenaga projek bangunan hijau ketiga Malaysia.IEN Consultants Sdn Bhd di Putrajaya, yang pertama adalah Pejabat Tenaga Hijau (GEO) , pada masa ini ia adalah bangunan paling cekap tenaga di Asia Tenggara, dan Pejabat tenaga Rendah (LEO) Ba. Ia disiapkan pada Disember 2009 dengan kos pembinaan sebanyak RM 60 juta. Bangunan Diamond di Presint 2, Putrajaya, pusat pentadbiran Malaysia, tenaga yang cekap dan bangunan tujuh tingkat diatas tapak 5000 meter persegi adalah bangunan pertama yang dianugerahkan Indeks Bangunan Hijau (GBI) anugerah Platinum Malaysia dan Singapura Pihak Berkuasa Bangunan dan Pembinaan (BCA) Mark Hijau bagi Bangunan anugerah (Luar Negara). Gambarajah 13 : Gambaran Grafik keratin aliran dalaman bangunan pengcahayaan padaDiamond Building (GEO) Atrium ini direka untuk mengoptimumkan penggunaan siang hari dengan panel reflektor dan sistem roller automatik yang memenuhi intensiti dan juga sudut cahaya matahari. Sensor mengesan berapa banyak cahaya akan dibenarkan dan mengaktifkan tirainya Cahaya yang datang dari bumbung melalui bekas cahaya. Pejabat dan meja kerja semua diletakkan berhampiran tingkap kaca sama ada memandang ke arah 36 luar bangunan atau ke dalam atrium. Ini adalah untuk membuat penggunaan terbaik pada waktu siang. Di suatu tempat di tingkat ketujuh adalah kawasan lounge, yang terletak di kawasan di mana tidak ada tingkap. Namun, kawasan yang berwarnawarni dengan sofa dan lukisan di dinding itu adalah terang . Selain itu, setiap stesen kerja juga disediakan dengan keperluan cahaya yang minimum yang menggalakkan penggunaan tenaga yang lebih rendah berbanding dengan pejabat tradisional. Staf dinasihatkan supaya tidak meletakkan terlalu banyak perkakas pada tingkap, supaya tidak menjejaskan prestasi sinaran pada waktu siang. Semuanya direka supaya jumlah cahaya sentiasa pada tahap yang selesa, dan skrin komputer tidak pudar dan silau. Salah satu sasaran utama bagi reka bentuk Bangunan Diamond adalah untuk menjadikan ia sangat efektif pada waktu siang. Pada siang hari, sinaran matahari terpesong ke siling dengan sistem cermin rak cahaya memastikan pengedaran cahaya yang baik sehingga 5 m dari fasad. Dua-dua belah bangunan menghadapi utara dan selatan. Meskipun perjalanan matahari dari timur ke barat, ia kadang-kadang akan sengetkan ke utara atau selatan. Sudut kecondongan adalah kira-kira 25 °, jadi fasad bangunan ini juga condong pada 25 °. "Utara dan selatan adalah facades diri teduhan," kata Reimann. "Sudah tentu anda masih mempunyai matahari pagi dan matahari petang di timur dan barat. Tetapi masa pendedahan kepada cahaya matahari akan juga dikurangkan kerana kenaikan ini. "Pendedahan solar di sebelah timur dan barat sisi dikurangkan oleh kira-kira 40%, oleh itu hanya ada cahaya matahari yang disebarkan lebih lembut. Tingkap yang dihadapi atrium secara beransur-ansur meningkat dari segi saiz dari tingkat atas ke tingkat bawah di mana terdapat kurang cahaya matahari. Panel reflektif (yang menyerupai setengah pokok Krismas) di tingkat keempat dan kelima, condong pada 10 darjah, membantu untuk mencerminkan cahaya untuk tingkat pertama dan kedua dalaman juga secara semulajadi dicerahkan dengan menggunakan cermin rak cahaya . Dipasang di atas tingkap, ini memesongkan cahaya ke siling putih untuk menerangi seluruh bilik. Dan ya, ada sebab mengapa semua dicat putih. Walaupun pada hari yang mendung, lampu tidak diperlukan sebagai tirai automatik akan dibuka sepenuhnya. 37 BAB 4 HASIL DAN ANALISA KAJIAN Penyelidikan telah di buat di Bangunan Kolej Komuniti Tapah. Ruang yang telah di pilih adalah Makmal ACAD 2 dan Studio Lukisan CAD 1. Di dalam ruang Studio Lukisan 1 tidak ada pengubahsuaian di buat pada cermin tingkap manakala pada Makmal ACAD 2 ,cermin kawasan ruang ini telah dilekatkan dengan filamen penebat haba (Insulated Glaze). Studiol Lukisan CAD 1 Kajian dan tinjauan pertama yang telah dibuat pada ruang Studio Lukisan CAD 1 untuk tempoh 3 hari dari tarikh 10 hb September hingga 12 hb September 2014 dan Kajian dan tinjauan kedua yang telah dibuat pada ruang Makmal ACAD 2 untuk tempoh 3 hari juga dari tarikh 13 hb September hingga 15 hb September 2014 dan seramai 10 orang pelajar yang sama Kolej Komuniti Tapah telah terlibat untuk 38 kajian ini Pelajar-pelajar yang terlibat dalam kjian ini telah di minta untuk berada kelas Makmal Lukisan dan Makmal ACAD 2 ini untuk dua sesi iaitu sesi pagi bermula pada pukul 9.00 pagi hingga12.00 tengahari dan sesi petang bermula dari pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 petang Makmal ACAD 2 39 Gambarajah 14 menunjukkan menunjukkan anak panah pada tingkap cermin menggunakan 'double glaze window ' pada ruang Makmal ACAD 2 Gambarajah 15 menunjukkan menunjukkan anak panah menggunakan tingkap cermin biasa iaitu pada ruang Studio Lukisan CAD 1 40 Dari kajian dan penyelidikan yang telah dibuat , keputusan pengumpulan data yang di dapati adalah seperti jadual di bawah. Tarikh : 10 hb September 2014 PERKARA Bil. Pelajar Bil. Pelajar Bil. Pelajar yang Bil. Pelajar yang yang bersetuju yang bersetuju bersetuju bersetuju MASA keadaan keadaan ruang keadaan ruang keadaan ruang ruang adalah adalah normal adalah adalah panas sejuk sederhana panas SESI PAGI 0800am-1000am 1100am-1300pm SESI PETANG 1400PM-1700PM 20 15 5 - - 10 10 - - Tarikh : 11 hb September 2014 PERKARA Bil. Pelajar Bil. Pelajar Bil. Pelajar yang Bil. Pelajar yang yang bersetuju yang bersetuju bersetuju bersetuju MASA keadaan keadaan ruang keadaan ruang keadaan ruang ruang adalah adalah normal adalah adalah panas sejuk sederhana panas SESI PAGI 0800am-1000am 1100am-1300pm SESI PETANG 1400PM-1700PM 17 - 3 5 15 - - - 15 5 Tarikh : 12 hb September 201 PERKARA Bil. Pelajar Bil. Pelajar Bil. Pelajar yang Bil. Pelajar yang yang bersetuju yang bersetuju bersetuju bersetuju MASA keadaan keadaan ruang keadaan ruang keadaan ruang ruang adalah adalah normal adalah adalah panas sejuk sederhana panas SESI PAGI 0800am-1000am 1100am-1300pm SESI PETANG 1400PM-1700PM 18 14 2 6 - - 10 10 - - Tarikh : 13 hb September 2014 41 PERKARA Bil. Pelajar Bil. Pelajar Bil. Pelajar yang Bil. Pelajar yang yang bersetuju yang bersetuju bersetuju bersetuju MASA keadaan keadaan ruang keadaan ruang keadaan ruang ruang adalah adalah normal adalah adalah panas sejuk sederhana panas SESI PAGI 0800am-1000am 1100am-1300pm SESI PETANG 1400PM-1700PM 19 16 1 4 - - 9 11 - - Tarikh : 14hb September 2014 PERKARA Bil. Pelajar Bil. Pelajar Bil. Pelajar yang Bil. Pelajar yang yang bersetuju yang bersetuju bersetuju bersetuju MASA keadaan keadaan ruang keadaan ruang keadaan ruang ruang adalah adalah normal adalah adalah panas sejuk sederhana panas SESI PAGI 0800am-1000am 1100am-1300pm SESI PETANG 1400PM-1700PM 18 - 2 9 11 - 3 12 - Tarikh : 15 hb September 2014 PERKARA Bil. Pelajar Bil. Pelajar Bil. Pelajar yang Bil. Pelajar yang yang bersetuju yang bersetuju bersetuju bersetuju MASA keadaan keadaan ruang keadaan ruang keadaan ruang ruang adalah adalah normal adalah adalah panas sejuk sederhana panas SESI PAGI 0800am-1000am 1100am-1300pm SESI PETANG 1400PM-1700PM 19 2 1 8 10 - - 4 10 6 42 Daripada soal selidik yang dibuat pada 20 orang pelajar yang berada di dalam Makmal Acad 2 dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang yang mana Makmal Acad 2 ini mempunyai permukaan tingkap 'double glaze window 'pada tarikh 11hb September 2014 hingga 13hb September 2014, daripada pengumpulan data yang telah dibuat melalui borang soal selidik ,dapat disimpulkan bahawa lebih 2/3 daripada 20 orang pelajar atau 85% berpendapat ruang Makmal Acad 2 adalah sejuk sepanjang hari dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00 petang Manakala soal selidik yang dibuat pada 20 orang pelajar yang sama berada di dalam Studio Lukisan 2 dari pukil 8.00 pagi hingga 5.00 petang yang mana Studio Lukisan 2 ini mempunyai permukaan tingkap biasa pada tarikh 14hb September 2014 hingga 16hb September 2014, daripada pengumpulan data yang telah dibuat borang soal selidik ,dapat disimpulkan bahawa pada sesi pagi hampir melalui 90% pelajar berpendapat suasana bilik berada dalam suasana yang sejuk tetapi 8 pada sebelah petang dari pukul 2.00 petang hingga pukul 5.00 , 18 daripada 20 orang pelajar atau bersamaan 92% berpendapat suasana ruang adalah panas 2.3 RUMUSAN Bangunan hijau adalah salah satu cara terbaik untuk mengurangkan penggunaan tenaga dengan mengurangkan sumber yang menggunakan lebih banyak tenaga terutama di pejabat. Malaysia dikatakan menjadi pengguna tenaga yang tertinggi. Ini juga baik untuk mencapai cara hidup yang lebih mesra alam. Dengan membangunkan bangunan hijau seperti bangunan LEO,GEO dan Diamond Building, prinsip dalam Dasar Tenaga Nasional boleh dicapai dalam objektif alam sekitar yang mengurangkan kesan negatif daripada pengeluaran tenaga, pengangkutan, penukaran, penggunaan dan penggunaan terhadap alam sekitar. Bangunan ini boleh mencapai penjimatan tenaga lebih daripada 50% berbanding dengan pembinaan tradisional atau bangunan yang sama di Malaysia. Indeks tenaga bangunan biasa adalah 200-300 tahun kWj / m2 tetapi untuk bangunan hijau disasarkan untuk menetapkan ke atas 100 kWj / m2 setahun. 43 RUJUKAN Buku Building Green: A Complete How-To Guide to Alternative Building Methods Earth Plaster” by Snell, Clarke and Callahan, Tim “Fundamentals of Integrated Design for Sustainable Building” by Keeler, Marian and Burke and Bill Alternative Energy Systems in Building Design by Peter Gevorkian Green Architecture Advanced Technologies and Materials by Osman Attmann Designing With Nature: The Ecological Basis for Architectural Design, Mcgraw-Hill Designing with Nature by by Dr. Ken Yeang Ecodesign: A Manual for Ecological Design, Wiley by Dr. Ken Yeang 100 Contemporary Green Buildings by Philip Jodidio Building Green: A Complete How-To Guide to Alternative Building Methods Earth Plaster * Straw Bale * Cordwood * Cob * Living Roofs by Clarke Snell Internet http://www.ecodesignarchitecture.com http://www.greenbuildingindex.com 44 45 eKenderaan MOHD HAMDI BIN MISKIRAN1 MOHD FAUZI BIN SABARI2 MOHD SYAMSUL ARIFF BIN GHAZALI3 KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATOH 1. ABSTRAK Kolej Komuniti Sabak Bernam mempunyai jumlah kenderaan jabatan dan pemandu yang terhad. Pelbagai aktiviti berkaitan melibatkan tugas-tugas luar sering berlaku. Para staff dan pensyarah Kolej Komuniti lazimnya amat aktif dengan pelbagai tugas di luar. Permohonan penggunaan kenderaan jabatan secara manual (tradisional) seringkali mendatangkan masalah terutamanya permohonan yang bersifat “ad hoc”. Suatu kaedah permohonan bersifat mudah akses, masa nyata (real time), mesra pengguna amat penting bagi mengatasi masalah ini. 2. PENGENALAN 2.1 eKenderaan atau dikenali sebagai Sistem Tempahan Kenderaan telah dibangunkan bagi mengatasi masalah dan kelemahan system tempahan kenderaan tradisional. eKenderaan memberikan akses 24 jam sehari kepada pengguna untuk melihat status penggunaan dan tempahan kenderaan serta membuat tempahan kenderaan secara terus melalui capaian dalam talian (online). Pengguna eKenderaan diberi akses kepada status semasa kenderaan, siapa yang membuat tempahan, dank e mana destinasi kenderaan yangt ditempah. Ia memudahkan pengguna membuat perancangan perjalanan dan mengelakkan berlakunya pertindihan tempahan untuk tempahan ke destinasi yang sama ataupun laluan yang sama. 2.2 Proses memberi kelulusan, membuat pindaan dan kawalan pergerakan kenderaan juga mudah dilakukan oleh pengguna (admin) 46 eKenderaan. Sistem ini juga turut menyimpan rekod-rekod tempahan lalu sebagai rujukan pengguna dan pihak pengurusan. Penggunaan system eKenderaan ini secara tidak langsung telah mengurangkan penggunaan kertas. Ia adalah salah satu cara yang praktikal untuk menjadikan bumi lebih hijau dan selaras dengan siaran kerajaan untuk sentiasa melaksanakan dasar penjimatan. 3. PERNYATAAN MASALAH Kolej Komuniti Sabak Bernam telah diberi kemudahan pengangkutan sebuah bas, sebuah ven dan dua buah kereta bersama dengan tiga orang pemandu. Bilangan kenderaan dan pemandu terhad berbanding dengan aktiviti luar yang banyak dijalankan . eKenderaan dibangunkan bagi membantu membuat keputusan yang tepat menyelaras permohonan dan kelulusan penggunaan kenderaan jabatan bagi menangani aktiviti luar yang dijalankan. 4. CIRI - CIRI INOVASI 4.1 Memberi kemudahan membuat tempahan dan kelulusan tempahan. Tempahan dan kelulusan boleh dibuat di mana-mana tempat yang mempunyai kemudahan komputer dan talian internetsahaja 4.2 Penggunaan eKenderaan secara langsung dapat mengurangkan penggunaan kertas. 4.3 Proses tempahan dan kelulusan dibuat dengan cepat. Tiada batas waktu dan tempat samaada di dalam waktu pejabat maupun di luar waktu pejabat. 4.4 User friendly. Sistem yang dibangunkan menggunakan menu yang mudah difahami dan diikuti. 4.5 Mengaplikasikan kemudahan digital dalam pengurusan pentadbiran. 47 4 CARA OPERASI 4.1 Pemohon 4.1.1 Sebelum memasuki sistem eKenderaan, Pengguna perlu mencari pautan system di dalam laman web KKSB. Selepas itu pengguna perlu memasukkan memasukan email dan juga password masing-masing. 4.1.2 Memilih kenderaan dan tarikh tempahan seta mengisi maklumat perkaitan tempat program. 4.1.3 Simpan dan permohonan. 4.1.4 Pemohon boleh menyemak status kelulusan pada bila-bila masa setelah membuat permohonan. 4.2 buat penyemakan status pinjaman selepas tarikh Pentadbiran 4.2.1 Sebelum memasuki sistem eKenderaan, Pengguna perlu mencari pautan system di dalam laman web KKSB. Selepas itu pengguna perlu memasukkan memasukan email dan juga password masing-masing. 4.2.2 Memilih menu kelulusan dan memberi kelulusan. 4.2.3 Pentadbir boleh menyemak rekod permohonan yang lepas mengikut bulan. 4.2.4 Pentadbir juga boleh mencetak rekod pengunaan kenderaan mengikut bulan yang dipilih. 48 6 GAMBAR INOVASI 49 7 IMPAK INOVASI / KOS INOVASI 7.1 Manfaat kepada komuniti a. Membantu melancarkan pengurusan tempahan dan kelulusan penggunaan kenderaan jabatan untuk aktiviti di luar kolej. b. Penjimatan penggunaan kertas. Penggunaan system tempahan kenderaan ini dapat mengurangkan sehingga 98% kewangan membeli kertas untuk boring tempahan. c. Pengurusan tampahan dan kelulusan dapat dijalankan dengan cepat. Sangat menjimatkan masa. d. Tiada batasan waktu dan tempat untuk membuat permohonan dan kelulusan permohonan penggunaan kenderaan jabatan. e. Menyediakan cara bekerja dengan kemudahan teknologi semasa. 7.2 Kos Inovasi a. Tiada kos diperlukan dalam pembangunan. 8 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN , KEASLIAN , ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA a. Permohonan dan kelulusan pinjaman kenderaan jabatan dapat dibuat melalui smart phone b. Pemberitahuan permohonan boleh dipaparkan melalui email 9 PENCAPAIAN-PENCAPAIAN ( JIKA PERNAH MENYERTAI PERTANDINGAN) a. PERTANDINGAN INOVASI DAN REKACIPTA KKSBS 2012 (PINGAT EMAS KATOGERI ICT ) b. JEJAK INOVASI NEGERI SELANGOR 2014 (PENYERTAAN ) c. PERTANDDINGAN INOVASI WILAYAH SELANGOR2014 (PINGAN PERAK ) d. SEMINAR PENYELIDIKAN DAN INOVASI NEGERI PERAK 2014 (PENYERTAAN) 10 KESIMPULAN eKenderaan adalah satu system yang mudah dan ringkas dibangunkan hanya dengan PHP language dan MYSQL. Walau bagaimanapun ia dapatn menangani masalah permohonan dan kelulusan kenderaan jabatan di Kolej Komuniti Sabak Bernam. Keberkesananya menjadikan system ini masih terus digunakan sehingga ke hari ini. 50 EKIRA DIGIT MOHD HAMDI BIN MISKIRAN 1 MOHD SYAMSUL ARIFF BIN GHAZALI 2 NOOR SHASHIMAWATI BINTI MEOR KAMAR 3 KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATOH 1. ABSTRAK EKIRA DIGIT dibangunkan bagi memudahkan pelajar membuat pengiraan penukaran nombor-nombor yang terkandung dalam sistem digit ( Asas Perduaan, Asas Perlapanan, Asas Perpuluhan dan Asas Perenambelasan). Cara yang biasa adalah dengan menggunakan bantuan kalkulator saintifik. Walau bagaimanapun, kalkulator saintifik hanya mampu membuat pengiraan untuk satu hala sahaja iaitu melibatkan dua sistem nombor. Ia tidak boleh membuat pengiraan secara serentak untuk ketiga-tiga sistem asas tersebut. Sistem ini juga mempu membuat pengiraan sehingga 10 rumah/ruang dalam sistem perduaan membawa nilai 1000 dalam sistem perpuluhan. 2. PENGENALAN 2.1 Antara silibus yang di ajar bagi modul Sistem Digit untuk program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan adalah berkenaan topik Asas Nombor. 2.2 Selain pengiraan secara manual menggunakan kertas, pelajar juga ditunjukkan bagaimana menggunakan kalkulator (kalkulator saintifik) bagi tujuan pertukaran dan pengiraan operasi asas nombor. 3. PERNYATAAN MASALAH Cetusan idea wujud apabila ada keperluan untuk memudahkan pelajar membuat pengiraan penukaran nombor-nombor yang terkandung dalam sistem digit ( Asas Perduaan, Asas Perlapanan, Asas Perpuluhan dan Asas Perenambelasan). Penggunaan kalkulator saintifik hanya mampu membuat pengiraan untuk satu hala sahaja iaitu melibatkan dua sistem nombor. Ia tidak boleh membuat pengiraan secara serentak untuk ketiga-tiga sistem asas tersebut. 51 4. CIRI - CIRI INOVASI 4.1 Dibangunkan berdasarkan modul sukatan SKS 2053 (Asas Sistem Digit), menggunakan Microsoft Excel 4.2 Memberi kemudahan kepada para pelajar menyelesaikan masalah topik asas sistem digit 4.3 Proses pengiraan kira tambah ditunjukkan dengan jelas. 4.4 Penukaran dari satu sistem nombor kepada sistem nombor yang lain dapat dilakukan dengan cepat dan mudah 5 CARA OPERASI 5.1 Pengguna hanya perlu memilih jenis sistem nombor yang ingin digunakan atau memilih jenis operasi yang yang hendak dilakukan. 5.2 Selepas memilih jenis sistem nombor, masukkan nombor yang sesuai dengan jenis nombor yang dipilih dan klik kekunci ‘Enter’. Sistem akan memaparkan penukaran nombor yang dipilih kepada nilai setara bagi sistem-sistem nombor yang lain pada paparan yang sama. 6 GAMBAR INOVASI 52 7. IMPAK INOVASI / KOS INOVASI 7.1 Manfaat kepada komuniti a. Memudahkan pelajar memahami topik asas sistem pernomboran dan penukaran sistem nombor 7.2 Kebolehpasaran b. Sesuai digunakan dalam pengajaran modul asas sistem digit. Boleh diaplikasikan menggunakan aplikasi mobile KOS KESELURUHAN / UNIT : Tiada / Tiada 8 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN , KEASLIAN , ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA 8.1 EKIRA DIGIT merupakan sistem yang sangat berkesan bagi menyelesaikan kira tambah sistem berdigit. Berbanding pengiraan menggunakan kalkulator, sistem ini mampu membuat pengiraan yang lebih cekap dan penukaran asas nombor yang lebih menyeluruh dan bersepadu. 53 8.2 Ekira Digit turut dibangunkan sebagai aplikasi untuk peranti pintar berasaskan Android bagi memudahkan pengguna telefon atau peranti pintar menggunakannya pada peranti mereka. 9 PENCAPAIAN-PENCAPAIAN ( JIKA PERNAH MENYERTAI PERTANDINGAN) 9.1 Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Kksbs 2012 (Pingat Perak ) 9.2 Pertandingan Inovasi Rekacipta Kolej Komuniti - IKRAR 2014 (Pingat Gangsa) 9.3 Jejak Inovasi Negeri Selangor 2014 (Penyertaan) 9.4 Kolukium Penyelidikan dan Inovasi Wilayah Selangor – KOPPIS 2014 (Pingat Gangsa) 9.5 Seminar Penyelidikan Dan Inovasi Negeri Perak 2014 (Pingat Perak) 10 KESIMPULAN Penggunaan Sistem Ekira Digit bukan sahaja memudahkan pemahaman pelajar berkaitan modul Sistem Digit, bahkan meningkat pembelajaran berkonsepkan kendiri dimana pelajar menyelesaikan masalah atau latihan yang diberi secara individu. 54 VOLCANO HEALTHY PATTY EZAIMY BINTI ZAINAL ABIDIN 1 MARZIAH BINTI CHE MANSOR 2 SALMIAH BINTI SHAHLAN 3 KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATOH 1. ABSTRAK Penggemar burger keju tidak perlu lagi bimbang tentang kalori dan kolestrol apabila menikmati VHP yang dicipta khas untuk mereka yang mementingkan kesihatan. VHP berkeju ini diseimbangkan dengan memasukkan unsur serat dan juga herba yang dapat menyerap lemak berlebihan dan seterusnya mengelakkan obesiti 2. PENGENALAN 2.1 Burger keju merupakan salah satu kegemaran masyarakat sekarang. Pengambilan makanan segera ini secara kerap akan menyumbang kepada obesiti. 2.2 Kandungan nutrisi yang ada di dalam patty daging berkeju ini boleh diseimbangkan dengan memasukkan unsur serat dan herba didalamnya. 3. PERNYATAAN MASALAH Cetusan idea apabila wujud kesedaran untuk menghasilkan makanan segera berasaskan keju yang sedap tetapi menyihatkan. 4. CIRI - CIRI INOVASI 4.1 Secara tradisional, patty daging burger terdiri daripada daging sahaja. 4.2 Dengan menambah oat dan herba tempatan di dalam patty tersebut , rasa patty tersebut akan bertambah enak di samping kandungan serat di dalamnya dapat menyerap lemak berlebihan . 4.3 Setiap kali menggigit Volcano Healthy Patty ,cairan keju akan menambahkan lagi kelazatannya. 4.4 Terdapat VHP bersaiz gigit( bite size ) untuk dimakan bersama selain roti. 5 CARA OPERASI 55 5.1 VHP boleh disediakan dengan kaedah goreng tanpa minyak , panggang , bakar di dalam oven dan ketuhar gelombang mikro. 5.2 Enak dimakan bersama roti atau begitu sahaja 6 GAMBAR INOVASI 7. IMPAK INOVASI / KOS INOVASI 7.1 Manfaat kepada komuniti a. Membantu penggemar burger keju mengekalkan kesihatan dan mengelakkan mereka dari obesiti 7.2 Kebolehpasaran b. HVP halal mampu memikat penggemar burger keju yang mementingkan kesihatan di samping mampu menembusi ke pasaran luar Negara. KOS KESELURUHAN / UNIT : RM 23.50 / RM 5.80 56 8 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN , KEASLIAN , ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA 8.1 Penghasilan VHP yang mendapat pensijilan halal oleh JAKIM 8.2 Mendapat pendedahan dari segi kaedah mengekalkan produk untuk tahan lebih lama 8.3 Mendapat pendedahan dari segi teknik pembungkusan yang sesuai 8.4 Mendapat pendedahan tentang pengkomersialan produk daripada FAMA dan badan -badan berkanun dari segi pemasaran produk 9 PENCAPAIAN-PENCAPAIAN ( JIKA PERNAH MENYERTAI PERTANDINGAN) 9.1 Pertandingan Inovasi Dan Rekacipta Kksbs 2012 (Pingat Gangsa ) 9.2 Jejak Inovasi Negeri Selangor 2014 (Penyertaan ) 9.3 Seminar Penyelidikan Dan Inovasi Negeri Perak 2014 (Pingat Emas) 10 KESIMPULAN Penghasilan VHP adalah makanan sihat dan ringkas mengikut budaya pemakanan masa kini yang mementingkan kesegeraan , enak dan sihat . 57 KAJIAN KEPERLUAN KEMAHIRAN DAN TAHAP KESEDIAAN PELAJAR, GURU, INDUSTRI DAN KOMUNITI DALAM MELAKSANAKAN PROGRAM SIJIL KOLEJ KOMUNITI DI KOLEJ KOMUNITI BAGAN DATOH Noor Shashimawati Meor Kamar1, Mohd Hamdi Miskiran2, Normarliana Hassim3 Kolej Komuniti Bagan Datoh [email protected], [email protected], [email protected] ABSTRAK Program Sijil Kolej Komuniti akan ditawarkan di Kolej Komuniti Bagan Datoh. Namun begitu, kolej ini baru sahaja ditubuhkan dan belum mempunyai program kursus yang benar-benar sesuai untuk dilaksanakan. (MK). Untuk menangani masalah ini, satu kajian Analisa Keperluan Program telah dijalankan ke atas empat sampel iaitu pelajar, institusi, komuniti dan industri bertujuan untuk mendapatkan pandangan setiap individu yang terlibat mengenai keperluan pelaksanaan program yang benarbenar sesuai kepada setiap lapisan masyarakat sekitar Bagan Datoh (T). Kajian dijalankan secara rawak ke atas responden yang terdiri daripada penduduk setempat sekitar Bagan Datoh. Rasional menjalankan Kajian Analisa Keperluan Program (PNA) ini ialah untuk mendapatkan gambaran sebenar keperluan pelajar, keperluan institusi, keperluan komuniti dan keperluan industri terhadap Program Sijil Kolej Komuniti di Kolej Komuniti Bagan Datoh (MT). Dapatan daripada kajian ini menunjukkan bidang komputer lebih diminati oleh komuniti Bagan Datoh kerana bidang tersebut diharap mampu menyumbangkan keperluan akademik dan kemahiran kepada segenap lapisan masyarakat (D). Penubuhan program yang dipilih amat penting bagi menentukan hala tuju penubuhan Kolej Komuniti Bagan Datoh demi memenuhi keperluan penduduk setempat dari segi akademik dan kemahiran. Oleh itu, Kolej Komuniti Bagan Datoh yang akan menawarkan program sijil ini boleh membuat persediaan rapi sebelum pelaksanaan program tersebut (I). 58 1. Pengenalan Kolej Komuniti merupakan salah satu institusi pengajian tinggi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Kolej Komuniti Bagan Datoh diwujudkan bagi memenuhi keperluan masyarakat Bagan Datoh dalam proses pendidikan sepanjang hayat dalam beberapa bidang yang mereka perlukan. Proses pendidikan yang memfokuskan kepada kemahiran dalam bidang tertentu amat penting dalam pembangunan sesebuah masyarakat. Penubuhan kolej komuniti ini juga diharap dapat memberi peluang dan laluan alternatif kepada pelajar lepasan menengah dan tercicir dalam sistem pendidikan, pekerja-pekerja serta masyarakat setempat melanjutkan pendidikan dalam bidang latihan dan kemahiran yang mereka minati. Ia juga merupakan Pusat Latihan yang fleksibel dalam penawaran kursus, syarat kemasukan, umur dengan menawarkan kursus sepenuh dan separuh masa berdasarkan kepada keperluan masyarakat setempat. Dasar penubuhan kolej komunitijuga adalah sebagai Pusat Hentian Setempat (One Stop Center) yang menyediakan keperluan pendidikan lepasan menengah dan sebelum ke pasaran ataupun melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Sesuai dengan segala tuntutan dan kehendak di atas, Kolej Komuniti Bagan Datoh sebagai sebuah institusi komuniti bagi menyambung pengajian berteraskan pengajian sepanjang hayat bersedia menawarkan Program Sijil Kolej Komuniti pada tahun 2014. 1.1. Latar Belakang Masalah Kajian Kajian ini adalah kajian tinjauan yang dijalankan ke atas sampel pelajar, sampel institusi, sampel industri dan sampel komuniti. Kumpulan pelajar terdiri dari pelajar sekolah menengah di sekitar Bagan Datoh. Kajian terhadap institusi memfokuskan kepada guru di sekolah menengah. Kajian juga memfokuskan industri sebagai pihak yang akan menawarkan peluang kerjaya dalam bidang tertentu. Kumpulan komuniti pula memfokuskan kepada proses pembelajaran sepanjang hayat dalam bidang yang diperlukan di kawasan setempat. 59 Hasil dapatan kajian ini amat penting kepada penubuhan Kolej Komuniti Bagan Datoh kerana program yang bakal ditawarkan benar-benar dapat memenuhi keperluan akademik dan kemahiran bagi pendidikan sepanjang hayat warga Bagan Datoh. Kolej Komuniti Bagan Datoh perlu menjadi sebuah institusi pendidikan komuniti yang mampu menyediakan infrastruktur dan kurikulum yang baik dan memenuhi kehendak masyarakat setempat. Dapatan kajian ini sangat diperlukan untuk pelaksanaan program dari segi persediaan fizikal, sumber manusia dan paling penting ialah pengisian program iaitu kurikulum. 1.2. Pernyataan Masalah Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti beberapa permasalahan seperti yang dinyatakan pada perkara berikut: 1 Kesediaan dan keperluan pelajar 2 Kesediaan dan keperluan institusi 3 Kesediaan dan keperluan sektor industri 4 Kesediaan dan keperluan komuniti setempat. 1.3. Objektif Kajian Dalam kajian keperluan ini, penyelidik telah menggunakan pelbagai kategori populasi bagi meningkatkan keberkesanan kajian ini dalam memberi makna kepada institusi. Justeru itu, dalam menentukan objektif kajian ini ia berbeza berdasarkan populasi. 1.3.1. Objektif untuk sampel pelajar Sekolah Menengah i. Menilai demografi pelajar sekolah ii. Menilai tahap minat pelajar dalam bidang pilihan iii. Menilai tahap kecenderungan bidang kerjaya pilihan iv. Menilai tahap kesediaan pelajar untuk menyambung pengajian di Kolej Komuniti Bagan Datoh. 60 1.3.2. Objektif untuk sampel Guru i. Menilai demografi guru. ii. Menilai tahap keperluan kemahiran bidang yang dicadangkan. 1.3.3. Objektif untuk sampel Industri 1 Menilai demografi industri. 2 Menilai tahap keperluan industri dalam bidang kemahiran pilihan 1.3.4. Objektif untuk sampel Komuniti Bagan Datoh i. Menilai demografi individu ii. Menilai tahap minat individu dalam bidang pilihan iii. Menilai tahap keperluan kemahiran yang diperlukan komuniti setempat 1.4. Soalan Kajian Apakah keperluan kemahiran dan tahap kesediaan pelajar, guru, industri dan komuniti dalam melaksanakan Program Sijil Kolej Komuniti (SKK) di Kolej Komuniti Bagan Datoh? Kajian yang dijalankan ke atas pelajar penting untuk mewujudkan kursus pengajian sepenuh masa manakala kajian yang dijalankan ke atas guru dan individu adalah lebih sesuai untuk mewujudkan program kursus jangka pendek atau separuh masa di Kolej Komuniti Bagan Datoh.Signifikasi kajian ini adalah kepada institusi dan juga industri bagi mengenalpasti kekurangan seterusnya menampung kekurangan tersebut. Justeru Kolej Komuniti Bagan Datoh sebagai institusi yang memainkan peranan utama dapat menyediakan keperluan untuk melaksanakan Program Sijil Kolej Komunti (SKK) tersebut dengan lebih teratur dan baik. 61 1.5. Batasan Kajian Sampel bagi kajian ini adalah luas namun pandangan setiap individu yang terlibat iaitu pelajar, guru, industri dan komuniti amat penting bagi mencari program yang sesuai serta dapat memenuhi kehendak kesemua pihak dari segi akademik dan kemahiran dalam pendidikan sepanjang hayat. Kekangan masa semasa menjalankan kajian ini adalah singkat kerana pihak pengurusan atasan memerlukan keputusan yang pantas bagi menubuhkan sebuah kolej komuniti baru di Bagan Datoh. Kajian hanya dilakukan dalam tempoh yang singkat dengan mengedarkan borang soal selidik kepada masyarakat sekitar kolej tersebut. Kekangan lain adalah untuk mendapatkan data kajian yang mencukupi oleh sebab borang soalselidik tidak dikembalikan dan tidak mendapat respon yang memberangsangkan. Namun begitu, kekangan tersebut dapat diatasi kerana hasil kajian ini boleh digeneralisasikan kerana sampel yang dipilih adalah purposive dan keputusan yang diperolehi menunjukkan bidang komputer lebih diminati dan perlu dilaksanakan di kolej ini sebagai program rintis. 1.6. Penerangan Terminologi (Istilah) PNA Kajian Analisa Keperluan Program SKK Sijil Kolej Komuniti SPSS Perisian statistik untuk menganalisis data 1.7. Rumusan Program Sijil Kolej Komuniti yang perlu diwujudkan di Kolej Komuniti Bagan Datoh adalah Sijil Sistem Komputer dan Sokongan kerana pilihan terhadap program ini mencatatkan keputusan yang tinggi berbanding program yang lain. Oleh itu, program Sijil Komputer dan Sokongan perlu diwujudkan kerana mampu menarik minat penduduk setempat untuk terus menimba ilmu dan kemahiran dalam pendidikan sepanjang hayat. Penubuhan program seumpama ini juga mampu menjadikan Kolej 62 Komuniti Bagan Datoh sebagai Pusat Hentian Setempat (One Stop Center) bagi menyediakan keperluan pendidikan lepasan menengah dan sebelum ke pasaran ataupun melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. 2. Kajian Literatur Kajian keperluan Program Sijil Kolej Komuniti secara khusus untuk sistem pengajian di Kolej Komuniti Bagan Datoh adalah penting kerana sebagai sebuah kolej yang baru diwujudkan, program pengajian yang memenuhi keperluan masyarakat setempat khususnya pelajar, guru dan industri perlu diambil kira. Kajian ini lebih memfokuskan kepada kehendak, minat dan keperluan bidang yang dipilih oleh responden yang terdiri daripada empat kategori iaitu pelajar, guru, industri dan komuniti. Kolej Komuniti bukan sahaja akan menyediakan latihan teknikal yang sesuai dengan keperluan industri tertentu, tetapi juga akan menghasilkan individu yang berkemahiran yang diperlukan oleh pelbagai industri dan dapat menyumbangkan perkhidmatan yang bermutu kepada komuniti setempat. 3. Metodologi Reka bentuk kajian adalah kajian tinjauan dengan pendekatan kuantitatif. Data primier kajian diperolehi secara kaji selidik. Borang soal selidik diedarkan kepada kumpulan sampel. Pengumpalan data diedar sendiri oleh kumpulan penyelidik. Data kemudian diproses menggunakan perisian statistik SPSS. Data ini dianalisa dan diterjemah secara kualitatif untuk menjadikan ia lebih bermakna dan kesimpulan dapat dibuat dengan tepat. Kajian literatur dibuat untuk mendapatkan data dan maklumat bagi menyokong cadangan keperluan penawaran Program Sijil Kolej Komuniti yang dicadangkan. 63 Proses Pelaksanaan Kajian telah melalui beberapa peringkat. Peringkat 1 : Telah diadakan Mesyuarat Perancangan & Pelaksanaan Kajian serta perlantikan AJK Penyelidikan Peringkat 2 : Diadakan sesi merekabentuk instrumen kajian berbentuk soalan kaji selidik. Peringkat 3 : Telah diadakan ujian rintis keatas soalan kajiselidik untuk menentukan keberkesanan soalan-soalan yang diajukan. Ujiian rintis ini telah dijalankan ke atas pelajar, guru, pihak industri dan komuniti. Peringkat 4 : Melaksanakan proses mendapatkan dan mengumpulkan data menerusi serahan tangan. Peringkat 5 : Menjalankan proses menganalisa data dan maklumat dengan kaedah kuantitatif (statistical analysis) dengan menggunakan perisian Statistical Package for Social Science (SPSS). Peringkat 6 : Membuat rumusan berdasarkan hasil penemuan kajian dan menghasilkan laporan keputusan dalam kertas kajian keperluan. 3.1. Populasi Sampel Kajian Sampel kajian terdiri daripada 4 kumpulan berbeza iaitu Sampel Pelajar Sekolah, Sampel Guru, Sampel Industri dan Sampel Komuniti. 3.1.1. Sampel Pelajar Sekolah Pemilihan sampel berdasarkan strata, Sekolah Harian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sekitar Bagan Datoh. Sampel mewakili populasi sebenar telah dipilih dan sampel yang berjaya dikumpulkan dari Sekolah Harian (n = 95). 3.1.2. Sampel Guru 64 Sampel guru telah berjaya dikumpulkan melalui 3 Sekolah Menengah Harian sekitar Bagan Datoh. Borang soalselidik telah dihantar secara serahan tangan. Sampel yang mewakili guru (n = 69) 3.1.3. Sampel Industri Sampel yang berjaya dikumpul kurang memberangsangkan. Sampel hanya berjaya dikumpul dari 2 syarikat sahaja (n = 2). 3.1.4. Sampel Komuniti Sampel komuniti berjaya dikumpulkan dengan menyerahkan borang soalselidik melalui serahan tangan kepada orang awam di sekitar Bagan Datoh. Sampel yang berjaya dikumpul (n =47). 3.1.5 Rumusan Rumusan yang dapat dibuat alalah sampel lebih cenderung untuk memilih program berasaskan kepada kemahiran komputer. Oleh itu, program yang patut ditawarkan adalah Sijil Komputer dan Sokongan sebagai program rintis di Kolej Komuniti Bagan Datoh. 4. Analisis dan Perbincangan 4.1. Analisis dan dapatan Analisis dan dapatan di buat mengikut turutan objektif. 65 4.1.1. Sampel Pelajar Sekolah 4.1.1.1. Demografi pelajar sekolah Data kaji selidik ini telah dikumpul dari pelajar sekolah (n = 95). Bahagian A (6 variable): jantina (nominal), bangsa (nominal), jenis sekolah (nominal), aliran pengajian (nominal) dan pilihan bidang mengikut urutan berdasarkan minat (scale) dan skala berdasarkan minat menyambung pengajian di kolej komuniti (scale) . Sampel terdiri daripada empat puluh tiga perpuluhan satu enam (43.16%) pelajar lelaki dan lima puluh enam perpuluhan lapan empat (56.84%) pelajar perempuan. Rajah 1 : Peratus mengikut Jantina 66 Jadual 1 : Frekuensi dan peratus mengikut Jantina Skala Frekuensi % Valid Percent Lelaki 41 42.7 43.2 Perempuan 54 56.3 56.8 Jumlah 95 99.0 100.0 Berdasarkan pada Rajah 2 pula, majoriti responden adalah berbangsa Melayu (85.26%), diidkuti dengan bangsa India (12.63%) dan bangsa Cina (2.11%). Rajah 2 : Peratus mengikut Bangsa Jadual 2 : Frekuensi dan peratus mengikut Bangsa Skala Frekuensi % Valid Percent Melayu 81 84.4 85.3 Cina 2 2.1 2.1 India 12 12.5 12.6 Jumlah 95 99.0 100.0 67 Responden terdiri daripada pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan. Hanya 2 daripada 95 responden yang belajar di Sekolah Agama. Responden dari Sekolah Menengah Kebangsaan mempunyai peratusan sebanyak sembilan puluh tujuh perpuluhan lapan sembilan (97.89%) dan responden dari Sekolah Menengah Agama adalah dua perpuluhan satu satu (2.11%). Rajah 3 : Peratus mengikut Jenis Sekolah Jadual 3 : Frekuensi dan peratus mengikut Jenis Sekolah Skala Frekuensi % Valid Percent Sekolah Menengah Kebangsaan 93 96.9 97.9 Sekolah Menengah Agama 2 2.1 2.1 Jumlah 95 99.0 100.0 Berdasarkan Rajah 4, majoriti aliran pengajian responden adalah aliran Sains Tulen (58.43%), diikuti dengan aliran Sastera/Agama (20.22%), aliran Perdagangan (12.36%) dan aliran Teknik/Vakasional (8.99%). 68 Rajah 4 : Peratus mengikut Aliran Pengajian Jadual 4: Frekuensi dan peratus mengikut Aliran Pengajian Skala Frekuensi % Valid Percent Sains Tulen 52 54.2 58.4 Teknik/Vokasional 8 8.3 9.0 Sastera/Agama 18 18.8 20.2 Perdagangan/Perakaunan 11 11.5 12.4 Jumlah 89 92.7 100.0 Penyelidik telah memilih beberapa bidang yang berpotensi di Kolej Komuniti Bagan Datoh berdasarkan kepada pemerhatian industri dan aktiviti komuniti di kawasan Bagan Datoh. Antaranya adalah bidang Sistem Komputer dan Sokongan, Fesyen dan Pakaian, Seni Kulinari dan Makanan, Perakaunan, Pelan dan Senibina dan bidang Teknologi dan Pendawaian Elektrik. Responden ‘sangat bersetuju’ memilih bidang Sistem Komputer dan Rangkaian sebagai bidang yang paling diminati (36.67%), diikuti bidang Fesyen dan Pakaian (26.37%), bidang Seni Kulinari dan Makanan (24.44%), bidang Perakaunan (15.38%), bidang Pelan dan Senibina (12.09%) dan bidang Teknologi dan Pendawaian Elektrik (10.99%). 69 70 71 Rajah 5 : Peratus mengikut Bidang Sebanyak empat puluh lima perpuluhan enam lima (45.65%) responden yang menjawab ‘tidak pasti’ mengenai program-program yang dijalankan di kolej komuniti. Namun begitu sebanyak tiga puluh enam perpuluhan sembilan enam (36.96%) yang menjawab ‘setuju’ dan mereka maklum dengan program yang ditawarkan di kolej komuniti. Peratusan bagi ‘sangat setuju’ juga boleh dinilai dan mereka sedia maklum dengan program yang ditawarkan iaitu sepuluh perpuluhan lapan tujuh (10.87%). Rajah 6 : Adakah anda maklum mengenai program-program di Kolej Komuniti? Responden memilih ‘setuju’ untuk menyambung pelajaran ke program Sijil Kolej Komunti selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah (32.98%) dan diikuti ‘tidak pasti’ (31.91%), ‘sangat setuju’ (22.34%), ‘tidak setuju’ (8.51%) dan ‘sangat tidak setuju’ (4.26%). 72 Rajah 7 : Adakah anda berminat untuk menyambung program Sijil ke Kolej Komuniti selepas menamatkan SPM/SPMV/STPM? Responden memilih ‘setuju’ dan ‘sangat setuju’ untuk menyambung pelajaran di luar Daerah bagan Datoh selepas menamatkan pengajian di peringkat menengah dengan nilai yang sama (34.04%) dan diikuti ‘tidak pasti’ (26.60%), ‘tidak setuju’ (3.19%) dan ‘sangat tidak setuju’ (2.13%). Pelajar lebih berminat menyambung pengajian mereka di luar daerah Bagan Datoh. Rajah 8 : Adakah anda berminat untuk menyambung pelajaran di luar Bagan Datoh? 73 4.1.1.2 Kecenderungan Minat Pelajar Bagan Datoh Bahagian ini mengutarakan tentang kebolehan dan kecenderungan minat responden. Responden perlu menandakan skala likert 5 di dalam borang soalselidik yang telah diedarkan seperti skala berikut: 1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Tidak Pasti 4 = Setuju 5 = Sangat Bersetuju Setiap kriteria telah dikategorikan mengikut bidang-bidang program yang tertentu seperti berikut: Soalan 6, 9, 13, 21, 26 = Kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian Soalan 3, 10, 20, 24, 28 = Kemahiran membuat pendawaian elektrik Soalan 2, 16, 23, 25, 29 = Kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini Soalan 4, 11, 19, 22, 27 = Kemahiran merekabentuk model Soalan 5, 7,12, 17, 30 = Kemahiran menyimpan data dan rekod Soalan 1, 8, 14, 15, 18 = Kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan Skala likert 5 telah diubah menggunakan sistem pengkodan baru berdasarkan pengkodan data yang berikut: 74 Jadual 5 : Sistem pengkodan baru bagi skala likert Nilai Asal Label bagi nilai Sistem pengkodan baru Label Baru 1 Sangat tidak setuju 1 Tidak setuju 2 Tidak setuju 1 Tidak setuju 3 Tidak pasti 2 Sederhana setuju 4 Setuju 3 Setuju 5 Sangat bersetuju 3 Setuju Illustrasi di bawah menunjukkan graf bagi setiap satu kecenderungan minat pelajar di Bagan Datoh. 75 76 77 78 79 80 81 82 83 84 Rajah 9 : Kecenderungan minat pelajar Setelah selesai mengubah skala likert kepada sistem pengkodan yang baru, skala ‘sederhana setuju’ dan ‘setuju’ di terima dan digunakan sebagai ukuran di dalam analisis. Berdasarkan analisis yang telah di buat, keputusan yang dapat disimpulkan adalah kekerapan kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian sebanyak 194.5, diikuti dengan kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan sebanyak 173, kemahiran menyimpan data dan rekod sebanyak 172, kemahiran merekabentuk model sebanyak 169.5, kemahiran membuat pendawaian 85 elektrik sebanyak 148 dan kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini sebanyak 143. Jadual 6 : Frekuensi mengikut Jenis Kemahiran Jenis Kemahiran Frekuensi Kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian 194.5 Kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan 173 Kemahiran menyimpan data dan rekod 172 Kemahiran merekabentuk model 169.5 Kemahiran membuat pendawaian elektrik 148 Kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini 143 4.1.2. Sampel Guru 4.1.2.1. Demografi guru Data kaji selidik ini telah dikumpul dari guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sekitar Bagan Datoh (n = 69). Data ini penting untuk meninjau kemahiran guru di kawasan setempat agar Kolej Komuniti Bagan Datoh dapat menawarkan program kemahiran atau kursus jangka pendek yang sesuai untuk para guru. Bahagian A (5 variable); jenis sekolah (nominal), jantina (nominal), pengalaman bekerja sebagai guru (skala ratio), kelayakan akademik (nominal), dan bidang kelayakan (nominal). 86 Enam puluh sembilan (69) responden adalah terdiri daripada guru sekolah harian iaitu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) sekitar Bagan Datoh. Dari segi demografi jantina pula, 27.5% adalah terdiri daripada responden lelaki, dan 72.5% adalah sampel responden perempuan (Rajah 11). Rajah 10 : Peratus mengikut Jenis Sekolah Rajah 11 : Peratus mengikut Jantina Data dalam Rajah 12 menunjukkan sepuluh perpuluhan satu empat (10.14%) individu dari sampel ini mempunyai pengalaman berkerja kurang daripada 1 tahun, tujuh perpuluhan dua lima (7.25%) berpengalaman selama 1 - 5 tahun, dua puluh 87 perpuluhan dua sembilan (20.29%) mempunyai pengalaman sebagai guru antara 510 tahun dan enam puluh dua perpuluhan tiga dua (62.32%) berpengalaman lebih daripada 10 tahun. Dari jumlah 69 responden 5 mempunyai kelayakan akademik sarjana (7.25%), 60 mempunyai kelayakan ijazah sarjana muda (86.96%) dan 4 berkelayakan diploma (5.80%). Rajah 12 : Pengalaman bekerja Rajah 13 : Kelayakan akademik 88 Data pada Jadual 7 di bawah menunjukkan 12 responden dari sampel ini adalah dalam bidang Sains dan Matematik, 19 responden dalam bidang Sastera dan Agama dan 14 dalam bidang Sains Sosial dan 5 dalam bidang Sains Tulen. Data menunjukkan 19 individu dari sampel ini mempunyai kelayakan pelbagai bidang lain. Jadual 7 : Bidang dan kelayakan Frekuensi % Bidang KelayakanSains dan Matematik 4.1.2.2. 12 17.39 Sastera dan Agama 19 27.54 Sains Sosial 14 20.29 Sains Tulen 5 7.25 Lain-lain 19 27.54 Keperluan Program Di Kawasan Setempat Bahagian ini mengutarakan isu berkenaan dengan pendapat guru terhadap keperluan prgram di kawasan setempat. Responden perlu menandakan skala likert 5 di dalam borang soalselidik yang telah diedarkan seperti skala berikut: 1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Tidak Pasti 4 = Setuju 5 = Sangat Bersetuju 89 Aspek pertama yang dinilai adalah pendapat guru terhadap pelajar dari segi aspek pengetahuan dalam pelbagai kemahiran. Jadual 8 : Pendapat bahawa pelajar perlu mempunyai pengetahuan di dalam pelbagai kemahiran Skala Frekuensi % Tidak Pasti 1 1.45 Setuju 24 34.78 Sangat bersetuju 44 63.77 Jumlah 69 100.0 90 Satu perpuluhan empat (1.45%) responden ‘tidak pasti’, tiga puluh empat perpuluhan lapan (34.78%) responden memilih ‘setuju’ dan enama puluh tiga perpuluhan lapan (63.77%) responden memilih ‘sangat setuju’ bahawa pelajar perlu mempunyai pengetahuan di dalam pelbagai kemahiran. Responden tidak memilih skala ‘sangat tidak setuju’ dan ‘tidak setuju’. Oleh itu tiada data yang terhasil. Aspek kedua yang dinilai dalam bahagian ini adalah mengenai kemahiran yang perlu ada pada pelajar di kawasan Bagan Datoh selepas menamatkan sesi persekolahan. Antara kriteria bidang kemahiran yang diambil kira adalah kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian, kemahiran membuat pendawaian elektrik, kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini, kemahiran merekabentuk model, kemahiran menyimpan data dan rekod dan kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan. Berdasarkan jadual skala kemahiran di bawah, para guru di kawasan Bagan Datoh memilih ‘sangat bersetuju’ iaitu enam puluh perpuluhan sembilan (60.9%) kemahiran yang perlu pelajar adalah kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan berbanding lima kriteria kemahiran yang lain. Kemahiran kedua yang dipilih adalah kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian iaitu lima puluh dua perpuluhan dua (52.2%). Seterusnya kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini iaitu empat puluh tiga perpuluhan lima (43.5%). Jadual 9 : Kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian Skala Frekuensi % Tidak Setuju 3 4.35 Tidak Pasti 2 2.90 Setuju 28 40.58 Sangat bersetuju 36 52.17 Jumlah 69 100.0 91 Jadual 10 : Kemahiran membuat pendawaian elektrik Skala Frekuensi % Tidak Pasti 5 7.25 Setuju 37 53.62 Sangat bersetuju 27 39.13 Jumlah 69 100.0 Jadual 11 : Kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini Skala Frekuensi % Tidak Setuju 2 2.94 Tidak Pasti 9 13.24 Setuju 27 39.70 Sangat bersetuju 30 44.12 Jumlah 68 100.0 Jadual 12 : Kemahiran merekabentuk model Skala Frekuensi % Tidak Setuju 6 8.7 Tidak Pasti 17 24.6 Setuju 30 43.5 Sangat bersetuju 14 20.3 Jumlah 67 97.1 92 Jadual 13 : Kemahiran menyimpan data dan rekod Skala Frekuensi % Tidak Setuju 3 4.35 Tidak Pasti 9 13.04 Setuju 32 46.38 Sangat bersetuju 25 36.23 Jumlah 69 100.0 Jadual 14 : Kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan Skala Frekuensi % Tidak Pasti 2 2.90 Setuju 25 36.23 Sangat bersetuju 42 60.87 Jumlah 69 100.0 Aspek ketiga yang dinilai dalam bahagian ini adalah program yang sesuai untuk komuniti setempat di kawasan sekitar Kolej Komunti Bagan Datoh. Antara kriteria program yang diambil kira adalah Teknologi dan Pendawaian Elektrik, Sistem Komputer dan Rangkaian, Seni Kulinari dan Makanan, Fesyen dan Pakaian, Pelan dan Senibina dan Perakaunan. Berdasarkan jadual skala program di bawah, para guru di kawasan Bagan Datoh memilih ‘sangat bersetuju’ untuk program Seni Kulinari dan Makanan sebagai program pilihan iaitu enam puluh perpuluhan sembilan (60.9%) berbanding lima kriteria program yang lain. Program kedua yang dipilih adalah program Teknologi dan Pendawaian Elektrik iaitu lima puluh lapan (58.0%). Seterusnya program Sistem Komputer dan Rangkaian iaitu empat puluh sembilan perpuluhan tiga (49.3%). 93 Jadual 15 : Teknologi dan Pendawaian Elektrik Skala Frekuensi % Tidak Pasti 1 1.4 Setuju 26 37.7 Sangat bersetuju 40 58.0 Jumlah 67 97.1 Jadual 16 : Sistem Komputer dan Rangkaian Skala Frekuensi % Tidak Setuju 3 4.3 Tidak Pasti 4 5.8 Setuju 26 37.7 Sangat bersetuju 34 49.3 Jumlah 67 97.1 Jadual 17 : Seni Kulinari dan Makanan Skala Frekuensi % Tidak Pasti 2 2.9 Setuju 25 36.2 Sangat bersetuju 42 60.9 Jumlah 69 100.0 94 Jadual 18 : Fesyen dan Pakaian Skala Frekuensi % Sangat tidak bersetuju 1 1.4 Tidak Setuju 1 1.4 Tidak Pasti 9 13.0 Setuju 31 44.9 Sangat bersetuju 26 37.7 Jumlah 68 98.6 Jadual 19 : Pelan dan Senibina Skala Frekuensi % Tidak Setuju 4 5.8 Tidak Pasti 10 14.5 Setuju 22 31.9 Sangat bersetuju 31 44.9 Jumlah 67 97.1 Jadual 20 : Perakaunan Skala Frekuensi % Sangat tidak bersetuju 1 1.4 Tidak Setuju 3 4.3 Tidak Pasti 15 21.7 Setuju 23 33.3 Sangat bersetuju 24 34.8 Jumlah 66 95.7 95 4.1.3. Sampel Industri Data kajiselidik ini telah dikumpul di kawasan industri sekitar Bagan Datoh (n = 2). Oleh kerana data yang tidak mencukupi, kajian ke atas industri tidak dapat dilakukan. 4.1.4. Sampel Komuniti Bagan Datoh 4.1.4.1. Demografi Komuniti Bagan Datoh Data kaji selidik ini telah dikumpul dari komuniti setempat sekitar Bagan Datoh (n = 47). Bahagian A mengandungi 3 variable iaitu jantina (nominal), bangsa (nominal) dan umur (ordinal). Sebanyak empat puluh lapan perpuluhan sembilan (48.9%) daripada sampel responden adalah lelaki manakala lima puluh satu perpuluhan satu (51.1%) adalah responden perempuan. Dari segi demografi bangsa pula, sembilan puluh satu perpuluhan lima (91.5%) adalah terdiri daripada responden berbangsa melayu, empat perpuluhan tiga (4.3%) adalah sampel responden berbangsa cina dan empat perpuluhan tiga (4.3%) adalah sampel responden berbangsa india. Jadual 21 : Bilangan responden mengikut jantina Frekuensi % Lelaki 23 48.9 Perempuan 24 51.1 Jumlah 47 100.0 96 Jadual 22 : Bilangan responden mengikut bangsa Frekuensi % Melayu 43 91.5 Cina 2 4.3 India 2 4.3 Jumlah 47 100.0 Jadual 23 : Bilangan responden mengikut umur Frekuensi % 21 44.7 21 – 30 tahun 5 10.6 31 – 40 tahun 6 12.8 41 tahun ke atas 15 31.9 Jumlah 47 100.0 20 tahun ke bawah Jumlah responden yang berumur 20 tahun ke bawah adalah tiga puluh lapan perpuluhan sembilan (44.7%), sepuluh perpuluhan enam (10.6%) berumur 21 hingga 30 tahun, dua belas perpuluhan lapan (12.8%) berumur 31 hingga 40 tahun dan tiga puluh satu perpuluhan sembilan (31.9%) adalah berumur 41 tahun ke atas. Data di dalam jadual di atas digambarkan seperti graf di bawah. 97 4.1.4.2. Keperluan Program Di Kawasan Setempat Bahagian ini mengutarakan isu berkenaan dengan pendapat komuniti terhadap keperluan prgram di kawasan setempat. Responden perlu menandakan skala likert 5 di dalam borang soalselidik yang telah diedarkan seperti skala berikut: 1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Tidak Pasti 4 = Setuju 5 = Sangat Bersetuju Aspek pertama yang dinilai adalah pendapat komuniti terhadap pelajar dari segi aspek pengetahuan dalam pelbagai kemahiran. Jadual 24 : Pendapat bahawa pelajar perlu mempunyai pengetahuan di dalam pelbagai kemahiran Skala Frekuensi % Tidak Setuju 1 2.1 Tidak Pasti 4 8.5 Setuju 17 36.2 Sangat bersetuju 25 53.2 Jumlah 47 100.0 Dua perpuluhan satu (2.1%) responden ‘tidak setuju’, lapan perpuluhan lima (8.5%) responden memilih ‘tidak pasti’, tiga puluh enam perpuluhan dua (36.2%) responden memilih ‘setuju’ dan lima puluh tiga perpuluhan dua (53.2%) responden memilih 98 ‘sangat setuju’ bahawa pelajar perlu mempunyai pengetahuan di dalam pelbagai kemahiran. Responden tidak memilih skala ‘sangat tidak setuju’. Oleh itu tiada data yang terhasil. Aspek kedua yang dinilai dalam bahagian ini adalah mengenai kemahiran yang perlu ada pada pelajar di kawasan Bagan Datoh selepas menamatkan sesi persekolahan. Antara kriteria bidang kemahiran yang diambil kira adalah kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian, kemahiran membuat pendawaian elektrik, kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini, kemahiran merekabentuk model, kemahiran menyimpan data dan rekod dan kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan. Berdasarkan jadual skala kemahiran di bawah, komuniti di kawasan Bagan Datoh memilih ‘sangat bersetuju’ iaitu empat puluh enam perpuluhan lapan (46.8%) kemahiran yang perlu pelajar adalah kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian berbanding lima kriteria kemahiran yang lain. Kemahiran kedua yang dipilih adalah kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan iaitu tiga puluh enam perpuluhan dua (36.2%). Seterusnya kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini iaitu dua puluh lima perpuluhan sembilan (25.9%). Jadual 25 : Kemahiran membuat pendawaian elektrik Skala Frekuensi % Tidak Setuju 2 3.7 Tidak Pasti 13 24.1 Setuju 20 37.0 Sangat bersetuju 11 20.4 Jumlah 46 85.2 99 Jadual 26 : Kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian Skala Frekuensi % Sangat tidak bersetuju 1 2.1 Tidak Setuju 2 4.3 Tidak Pasti 6 12.8 Setuju 16 34.0 Sangat bersetuju 22 46.8 Jumlah 47 100.0 Jadual 27 : Kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini Skala Frekuensi % Sangat tidak bersetuju 2 3.7 Tidak Setuju 3 5.6 Tidak Pasti 12 22.2 Setuju 14 25.9 Sangat bersetuju 14 25.9 Jumlah 45 83.3 100 Jadual 28 : Kemahiran merekabentuk model Skala Frekuensi % Sangat tidak bersetuju 1 1.9 Tidak Setuju 4 7.4 Tidak Pasti 15 27.8 Setuju 18 33.3 Sangat bersetuju 8 14.8 Jumlah 46 85.2 Jadual 29 : Kemahiran menyimpan data dan rekod Skala Frekuensi % Tidak Setuju 5 9.3 Tidak Pasti 16 29.6 Setuju 12 22.2 Sangat bersetuju 13 24.1 Jumlah 46 85.2 Jadual 30 : Kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan Skala Frekuensi % Tidak Setuju 6 12.8 Tidak Pasti 9 19.1 Setuju 15 31.9 Sangat bersetuju 17 36.2 Jumlah 47 100.0 101 Aspek ketiga yang dinilai dalam bahagian ini adalah program yang sesuai untuk komuniti setempat di kawasan sekitar Kolej Komunti Bagan Datoh. Antara kriteria program yang diambil kira adalah Teknologi dan Pendawaian Elektrik, Sistem Komputer dan Rangkaian, Seni Kulinari dan Makanan, Fesyen dan Pakaian, Pelan dan Senibina dan Perakaunan. Berdasarkan jadual skala program di bawah, para komuniti di kawasan Bagan Datoh memilih ‘sangat bersetuju’ untuk program Seni Kulinari dan Makanan sebagai program pilihan iaitu empat puluh empat perpuluhan tujuh (44.7%) berbanding lima kriteria program yang lain. Program kedua yang dipilih adalah program Fesyen dan Pakaian iaitu empat puluh perpuluhan empat (40.4%). Seterusnya program Sistem Komputer dan Rangkaian iaitu tiga puluh lapan perpuluhan tiga (38.3%). Jadual 31 : Teknologi dan Pendawaian Elektrik Skala Frekuensi % Sangat tidak bersetuju 2 3.7 Tidak Setuju 4 7.4 Tidak Pasti 8 14.8 Setuju 14 25.9 Sangat bersetuju 17 31.5 Jumlah 45 83.3 Jadual 32 : Sistem Komputer dan Rangkaian Skala Frekuensi % Tidak Setuju 3 6.4 Tidak Pasti 6 12.8 Setuju 20 42.6 Sangat bersetuju 18 38.3 Jumlah 47 100.0 102 Jadual 33 : Seni Kulinari dan Makanan Skala Frekuensi % Sangat tidak bersetuju 2 4.3 Tidak Setuju 1 2.1 Tidak Pasti 9 19.1 Setuju 14 29.8 Sangat bersetuju 21 44.7 47 100.0 Jumlah Jadual 34 : Fesyen dan Pakaian Skala Frekuensi % Sangat tidak bersetuju 4 8.5 Tidak Setuju 2 4.3 Tidak Pasti 11 23.4 Setuju 11 23.4 Sangat bersetuju 19 40.4 Jumlah 47 100.0 103 Jadual 35 : Pelan dan Senibina Skala Frekuensi % Tidak Setuju 4 8.5 Tidak Pasti 14 29.8 Setuju 17 36.2 Sangat bersetuju 12 25.5 Jumlah 47 100.0 Jadual 36 : Perakaunan Skala Frekuensi % Sangat tidak bersetuju 1 2.1 Tidak Setuju 5 10.6 Tidak Pasti 11 23.4 Setuju 16 34.0 Sangat bersetuju 14 29.8 Jumlah 47 100.0 104 4.1.4.3. Kecenderungan Minat Komuniti Bagan Datoh Bahagian ini mengutarakan tentang kebolehan dan kecenderungan minat responden. Responden perlu menandakan skala likert 5 di dalam borang soalselidik yang telah diedarkan seperti skala berikut: 1 = Sangat Tidak Setuju 2 = Tidak Setuju 3 = Tidak Pasti 4 = Setuju 5 = Sangat Bersetuju Setiap kriteria telah dikategorikan mengikut bidang-bidang program yang tertentu seperti berikut: Soalan 6, 9, 13, 21, 26 = Kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian Soalan 3, 10, 20, 24, 28 = Kemahiran membuat pendawaian elektrik Soalan 2, 16, 23, 25, 29 = Kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini Soalan 4, 11, 19, 22, 27 = Kemahiran merekabentuk model Soalan 5, 7,12, 17, 30 = Kemahiran menyimpan data dan rekod Soalan 1, 8,14, 15, 18 = Kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan 105 Skala likert 5 telah diubah menggunakan sistem pengkodan baru berdasarkan pengkodan data yang berikut: Jadual 37 : Sistem pengkodan baru bagi skala likert Nilai Asal Label bagi nilai Sistem pengkodan baru Label Baru 1 Sangat tidak setuju 1 Tidak setuju 2 Tidak setuju 1 Tidak setuju 3 Tidak pasti 2 Sederhana setuju 4 Setuju 3 Setuju 5 Sangat bersetuju 3 Setuju Illustrasi di bawah menunjukkan graf bagi setiap satu kecenderungan minat komuniti di Bagan Datoh. 106 107 108 109 110 111 112 113 114 115 Rajah 14 : Kecenderungan minat komuniti Bagan Datoh Setelah selesai mengubah skala likert kepada sistem pengkodan yang baru, skala ‘sederhana setuju’ dan ‘setuju’ di terima dan digunakan sebagai ukuran di dalam analisis. Berdasarkan analisis yang telah di buat, keputusan yang dapat disimpulkan adalah kekerapan kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian sebanyak 210, diikuti dengan kemahiran menyimpan data dan rekod sebanyak 198, kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan sebanyak 190, kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini sebanyak 180, kemahiran merekabentuk model sebanyak 179 dan kemahiran membuat pendawaian elektrik sebanyak 166. 116 Jadual 38 : Frekuensi mengikut Jenis Kemahiran Jenis Kemahiran Frekuensi Kemahiran menggunakan komputer dan menyelenggara rangkaian 210 Kemahiran menyimpan data dan rekod 198 Kemahiran seni kulinari dan pengendalian makanan 190 Kemahiran menjahit pakaian mengikut fesyen terkini 180 Kemahiran merekabentuk model 179 Kemahiran membuat pendawaian elektrik 166 4.2. Perbincangan Kajian dijalankan berdasarkan objektif yang telah ditetapkan kepada empat skop yang merangkumi semua sampel yang mempunyai kaitan langsung atau yang mempunyai potensi kaitan dengan program yang hendak ditawarkan oleh Kolej Komuniti Bagan Datoh. Pembinaan instrumen melalui beberapa fasa penambahbaikan dan telah dipastikan tidak terlalu panjang tetapi padat dan fokus kepada objektif kajian. Seterusnya pengumpulan data dilakukan sebaik mungkin supaya ia dapat mewakili populasi sebenar kajian. Empat kumpulan sampel tersebut ialah; pelajar sekolah, guru sekolah, komuniti setempat dan industri. Walaubagaimana pun, sampel daripada industri tidak dapat dianalisis disebabkan oleh tidak mendapat respon yang memberangsangkan daripada pihak industri. Tahap kesediaan menyambung pengajian dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian dikalangan pelajar sekolah sangat positif. Menilai pendapat guru dan 117 komuniti setempat tentang harapan dan kesesuaian program Seni Kulinari dan Makanan juga menjadi pilihan dan sangat positif. Kajian yang dijalankan ke atas pelajar penting untuk mewujudkan kursus pengajian sepenuh masa manakala kajian yang dijalankan ke atas guru dan individu adalah lebih sesuai untuk mewujudkan program kursus jangka pendek atau separuh masa di Kolej Komuniti Bagan Datoh. Kebanyakan responden mempunyai kecenderungan untuk memilih program berasaskan komputer dan rangkaian di kolej ini. Hasil kajian melihat tahap minat pula pada calon yang berpotensi mengikut program ini. Analisa dan dapatan merangkumi tahap minat dalam bidang Sistem Komputer dan Rangkaian dikalangan pelajar sekolah dan komuniti setempat sangat positif dan mempunyai tahap minat yang paling memberangsangkan. Pendapat tentang keperluan kemahiran yang perlu ada dikalangan graduan program Sjil Kolej Komuniti ini yang di soal dalam kajian ini dipersetujui dan sangat dipersetujui oleh guru sekolah dan komuniti setempat. Berdasarkan hasil dapatan daripada soal selidik, guru sekolah memilih kemahiran seni kulinari dan makanan sebagai kemahiran yang paling utama perlu ada pada graduan Sijil Kolej Komunti di Bagan Datoh. Komuniti setempat pula memilih kemahiran secara keseluruhannya memberikan jawapan seratus peratus sangat penting kepada kebolehan di dalam kemahiran adalah perlu dan amat penting bagi dikalangan graduan. Sesuatu yang tidak dapat dielakkan ialah kekangan mendapatkan data kajian yang mencukupi oleh sebab borang soalselidik tidak dikembalikan dan tidak mendapat respon yang memberangsangkan. Walaubagaimanapun hasil kajian ini boleh digeneralisasikan kerana sampel yang dipilih adalah purposive. 118 4.3. Rumusan Perbincangan Jadual 39 adalah rumusan dapatan kajian berdasarkan objektif yang diringkaskan dibawah tajuk minat dan kesediaan merangkumi semua ketiga-tiga sampel. Jadual 39 : Rumusan dapatan kajian berdasarkan objektif Keperluan Program Objektif Sampel Dapatan Peratusan Kajian Menilai tahap program pilihan Pelajar Sistem 36.7% Sekolah Komputer dan Rangkaian Menilai tahap kesesuaian progam di Bagan Datoh Guru Seni 60.9% Sekolah Kulinari dan Makanan Menilai tahap kesesuaian progam di Bagan Datoh Komuniti Seni 44.7% Kulinari dan Makanan Tahap kesediaan pelajar untuk menyambung Pelajar Teknologi pengajian dalam program Sijil di Kolej Komuniti Sekolah 40.0% dan Pendawaian Elektrik Tahap minat dalam bidang kerjaya yang dipilih Pelajar Sistem 36.7% Sekolah Komputer dan Rangkaian 119 Minat Objektif Sampel Dapatan Kajian Peratusan / Frekuensi Menilai tahap minat pelajar Pelajar Kemahiran menggunakan dalam bidang yang dipilih Sekolah komputer dan menyelenggara 194.5 rangkaian Menilai tahap minat Komuniti individu dalam bidang yang Kemahiran menggunakan 210 komputer dan menyelenggara dipilih rangkaian Menilai tahap keperluan Guru Kemahiran seni kulinari dan kemahiran bidang yang Sekolah pengendalian makanan Komuniti Kemahiran menggunakan 60.9% dicadangkan Menilai tahap keperluan kemahiran bidang yang diperlukan 46.8% komputer dan menyelenggara rangkaian 5. Kesimpulan dan Cadangan Kajian ini telah menghasilkan satu dapatan yang sangat signifikan dan berguna kepada Kolej Komuniti khasnya Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Ianya sebagai garis panduan untuk membangunkan program Sijil Kolej Komuniti di Bagan Datoh. Dapatan hasil kajian ini boleh diguna pakai sebagai garis panduan untuk membangun kurikulum, menyediakan kemudahan dan peralatan, dan menyediakan sumber tenaga. Dapatan kajian juga dapat dijadikan panduan untuk memperbaiki atau menyelesaikan masalah berkaitan sediada dan yang mungkin berlaku. Cadangan seterusnya ialah kajian ke atas penglibatan industri dilakukan secara kualitatif dan keperluan industri di Bagan Datoh. Ini kerana dalam kajian kuantitatif 120 persoalan yang diutarakan bersifat meluas tetapi kurang mendalam dan adalah amat perlu mendalami kesediaan dan permasalahan pihak industri sebagai satu rakan kongsi penting dalam menyumbang kepada keperluan tenaga mahir. Oleh itu kumpulan pengkaji ini telah mengambil keputusan untuk meneruskan kajian kualitatif bagi menguatkan hasil dapatan kajian kuantitatif ini dalam masa terdekat. Satu perancangan telah disusun untuk menjalankan kajian tersebut. Hasil dapatan itu nanti akan memberikan impak yang besar dalam menyediakan tenaga mahir graduan Sijil Kolej Komuniti. Rujukan Chua, Y. P. (17 Oktober 2005). Asas Statistik Penyelidikan. McGraw-Hill Malaysia; 1st Edition. Malaysia, K. P. (2006). Dokumen Plan Strategik Pengajian Tinggi Negara (SPTN). Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia. Malaysia, K. P. (2011). Dasar Industri Kreatif Negara. Kementerian Penerangan Komunikasi & Kebudayaan. Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU), J. P. (2010). Program Transformasi Kerajaan (GTP). Putrajaya: Percetakan Nasional Malaysia Berhad (PNMB). Latif, W. A., Kechil, S. A., Kesuven, P., Shahrul, T., & Parameswaran, P. (2000). Pembangunan Sistem Panduan Pemilihan Kursus dan Kerjaya Berdasarkan Teori Kecerdasan Pelbagai dan Pemilihan Kerjaya. John Holland, 1–10. Noor Azlan Ahmad Zanzali. (2009). Penggunaan ict dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di kalangan guru-guru pelatih utm, (Lcd), 1–9. 121 122 GANTUNGAN LANGSIR BERKABEL FLEKSIBEL(FlexCab) Mohamad Haslan Bin Smasudin1, Khairul Aznam Bin Ismail2 dan Anas Bin Harun3 [email protected] , [email protected] dan [email protected] Kolej Komuniti Bagan Serai Abstrak Inovasi bertujuan mendapatkan kaedah serta penggunaan yang lebih efisen. Ianya mempunyai ciri – ciri keselamatan, kebolehgunaan dan kos pembuatan yang agak rendah jika dibandingkan dengan kaedah konvensional sedia ada. Idea pelaksanaan inovasi yang dihasilkan tercetus daripada pemerhatian dan maklumbalas pengguna bilik kuliah sebelum perbincangan dan kajian dijalankan. Pelaksanaan projek ini dilakukan secara berperingkat mengikut kesesuain dapatan daripada perbincangan dan percubaan produk. PENGENALAN PROJEK Penggunaan bilik darjah /kuliah yang efektif dan konduksif semasa proses PnP berjalan perlu diberi keutamaan. Bagi Kolej Komuniti Bagan Serai, kedudukan bangunan dan pembinaan tingkap yang menghadap timur – barat menyebabkan silau matahari dan sedikit sebanyak akan mengganggu proses P n P. Ianya sangat mengganggu pelajar apabila pensyarah menggunakan whiteboard dan layar LCD. Untuk mengatasi keadaan ini, kadar cahaya menerusi tingkap perlu dikurangkan sebagai shading. Selain itu, langsir juga boleh digunakan bagi mengatasi masalah silau tersebut. Untuk penggunaan langsir di bilik kuliah, penggantung perlu diletakan sebagai laluan bagi langsir, umumnya penggantung diperbuat daripada besi, aluminium, kayu dan juga plastik. Projek bagi merekabentuk Alat gantungan langsir yang mudah, kukuh dan fleksibel perlu dibuat. ianya dilihat sebagai satu pendekatan yang lebih efisen, selamat, pelbagai kesesuaian jarak dan mempunyai susunatur ruang yang lebih menjimatkan daripada penggunaan kaedah konvensional. Rekabentuk yang kukuh sangat perlu kerana penggunaan langsir sentiasa buka-tutup dan bilangan serta cara pengguna yang berbeza. Ianya dihasilkan bagi memenuhi ciri - ciri yang tiada pada kaedah konvensional yang biasa digunakan, namun masih mempunyai fungsi yang sama. Secara amnya,alat gantungan langsir ini dapat menyaingi penggunaan kaedah gantungan yang biasa. 123 CABARAN/MASALAH INOVASI Pelajar kurang selesa semasa PnP berlaku kerana silauan matahari daripada luar bilik kuliah. Mengatasi masalah memasang langsir yang jarak lebar dengan lebih kukuh dan mudah. IMPAK INOVASI Menjimatkan ruang dan menjimatkan masa pemasangan. Ketahanan dan tahap keselamatan yang lebih tinggi Pelarasan lenturan boleh dilaras Kerja pemasangan yang tidak memerlukan kemahiran khas. Kos pembinaan yang lebih rendah. KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, penciptaan alat gantungan langsir fleksibel ini dapat memberi manfaat kepada bangunan kolej dan sebagainya. Contohnya penggunaan dalam bilik kuliah, bengkel, makmal, pejabat dan domestik kerana kos dan harganya lebih murah. Selian itu ia menjimatkan penggunaan tenaga. Bahan yang digunakan sangat asas, gabungan bahan-bahan yang digunakan secara umum pada bahagian tertentu. Disamping memberikan faedah kepada proses pengajaran dan pembelajaran projek inovasi ini juga membantu dari tambahan aspek keselamatan penggunaannya. Oleh itu, penghasilan gantungan langsir fleksibel ini merupakan satu penanda aras dan kayu ukur untuk melakukan beberapa projek inovasi yang lain. 124 GAMBAR/LAKARAN PROJEK Rajah 1.1 :Lukisan rekabentuk penyangkut Rajah 1.2 : Gantungan yang telah siap 125 BEBOLA HARUAN Rahiza Shima binti Ramli1, Nor Azman bin Jamaludin2 dan Emy Rozana binti Mohamad3 [email protected] , [email protected] dan [email protected] Kolej Komuniti Bagan Serai Abstrak Ikan Haruan atau nama saintifiknya Chana striatus merupakan ikan jenis karnivor yang hidup di dalam air tawar. Habitat ikan Haruan adalah di kawasan sawah. Ikan Haruan merupakan sumber protein yang baik iaitu kandungannya hampir 60 – 70%. Ia mengandungi lemak yang rendah iaitu 20% daripada beratnya. Selain itu, ikan Haruan mengandungi Asid Amino yang amat penting dalam proses penyembuhan luka terutama luka dalaman yang dihadapi oleh wanita selepas bersalin. Produk Bebola Haruan dihasilkan sebagai produk inovasi bagi memudahkan individu mengambil produk ini setiap masa tanpa mengira waktu. Produk ini dibangunkan atas inisiatif bagi memudahkan individu mendapatkan khasiat yang terdapat pada ikan Haruan serta menjimatkan masa bagi pengguna untuk mencari ikan Haruan mentah yang mungkin hanya terdapat di kawasan tertentu sahaja. Produk Bebola Haruan sesuai dihidangkan sama ada digoreng, direbus atau dibuat sup. Produk ini juga sesuai dimakan oleh individu pelbagai peringkat umur. 1.PENGENALAN PROJEK Haruan (Channa striatus) adalah sejenis spesies ikan yang suka menyendiri sering memilih kawasan berpaya, parit atau sawah padi sebagai perumah dan mudah dikesan terutama di kawasan semak berair cetek. Ia begitu popular bagi kaum Cina, khususnya untuk perubatan. Popularitinya meningkat naik berikutan hasil penyelidikan mendapati dagingnya mengandungi asid Arachidonis yang dikatakan mampu menyembuhkan luka dalaman dengan cepat malah kaya dengan kandungan protein serta asid amino yang diperlukan untuk pertumbuhan badan. Ikan haruan juga dikelaskan sebagai haiwan karnivor. Makanan utama ialah anak-anak ikan kecil, anak katak, udang dan juga cacing. Ketika memburu ia sering menyelinap di celah rumput tebal dengan mendiamkan diri sebelum menyerang mangsa. Paling menarik, haruan hanya memakan ikan hidup. Keseimbangan pH7 adalah tahap air paling sesuai bagi ikan haruan. Ia lebih selesa berada pada tahap air sedikit masam bercampur kelat. Manakala keliatan air ialah 8. Haruan tidak suka berada di kawasan terdedah matahari. Justeru, ia lebih gemar bersembunyi di tempat teduh dan terlindung. Ikan haruan lebih selesa berada 126 di kawasan bersuhu sejuk dengan suhu air sekitar 26oC. Ia dikatakan mampu membesar sehingga 25 sentimeter. Di negara Asia taburannya adalah menyeluruh. Ia boleh didapati dengan mudah di India, Pakistan, Bangladesh, Lembangan sungai Mekong dan juga Chao Phraya, Sumatera serta Kepulauan Jawa. Di Pahang, ikan haruan banyak menghuni kawasan anak sungai di kawasan pendalaman, terutama di Jerantut, Lipis, Rompin dan Kuantan. Selain itu, ia juga mendiami sekitar parit sawah padi di Pahang Tua dan Ganchong, Merchong di Pekan serta Selendang di Rompin. Haruan sering menjadi buruan ramai berikutan ia mempunyai nilai komersial dan khasiat perubatan. Bagi menjamin sumber terus berkekalan, kaedah pemburuan secara berhemah perlu diterapkan. Haruan boleh dimasak pelbagai cara. Bagi orang Melayu, haruan masak lemak cili api bercampur daun kesom begitu digemari. Bagi masyarakat Cina, sup ikan haruan bercampur rempah perubatan dan haruan kukus amat popular. Di Filipina sup ikan haruan amat popular. Ia menjadi menu utama di hotel-hotel dan juga kedai makanan sekitar Manila dan juga Binangonan berhampiran tasik Laguna. Di Thailand, kek ikan haruan berjaya dikomersialkan. Adunan kek bercampur dengan isi haruan itu mendapat permintaan tinggi penduduk di sana. Sesetengah pengamal perubatan tradisional juga percaya menelan anak ikan haruan hidup yang masih merah mampu menyembuhkan penyakit selain membantu menguatkan pengaliran darah. Objektif inovasi ini adalah untuk mempelbagaikan produk hasilan ikan serta menghasilkan produk yang mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Tempoh perlaksanaan adalah tiga (3) bulan secara percubaan iaitu masih di peringkat penghasilan produk sahaja. 2.MASALAH INOVASI Kesukaran untuk mendapatkan bekalan ikan haruan mentah terutama penduduk di kawasan bandar mendorong penghasilan produk bebola Haruan. Bebola Haruan dilihat sebagai produk yang mudah untuk disimpan, dimasak dan dimakan. Selain itu, di kawasan sekitar daerah Kerian ini ikan haruan mudah diperoleh kerana terdapat habitat semulajadi ikan ini iaitu sawah padi. 127 3.IMPAK INOVASI Hasilan produk yang baharu ini dapat mempelbagaikan produk makanan yang berkhasiat dan dimakan oleh pelbagai lapisan masyarakat. 4.KESIMPULAN Inovasi ini diharapkan dapat mengetengahkan produk Bebola Haruan di mana ciriciri khasiat dapat dikekalkan disamping memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk yang sebelum ini perlu dicari dengan melibatkan kos yang tinggi. 5.GAMBAR PROJEK Rajah 1.1 : Ikan Haruan Rajah 1.2 : Bebola Haruan 128 PEMBENTUK KEK IKAN Rahiza Shima binti Ramli [email protected] Kolej Komuniti Bagan Serai Abstrak Kek ikan merupakan salah satu produk hasilan ikan. Kebiasaannya, apabila adunan kek ikan telah siap diadun, adunan tersebut berbentuk separa pepejal dan kek ikan dibentuk menggunakan tangan. Apabila kek ikan dibentuk menggunakan tangan, didapati bentuk dan saiz kek ikan adalah tidak seragam. Oleh itu, produk ini dihasilkan sebagai inovasi untuk memudahkan pembentukan kek ikan dalam konteks keseragaman dari segi saiz dan bentuk. Selain itu, penggunaan acuan ini dapat menjimatkan masa serta meningkatkan kuantiti kek ikan yang akan terhasil. Faktor pemudahcara dalam sesi pengajaran dan pembelajaran juga mempengaruhi kerana dengan adanya Pembentuk Kek Ikan ini para pelajar lebih mudah memahami teknik penghasilan kek ikan. 1.PENGENALAN PROJEK Kek ikan (fish cake) adalah merupakan sejenis makanan yang dihasilkan berasaskan isi ikan. Ia dihasilkan tidak kurang daripada 50% isi ikan dan diadun dengan tepung . Kek ikan juga diadun dengan atau tanpa bahan perasa. Kebiasaannya, kek ikan dibentuk secara manual menggunakan tangan. Kek ikan yang telah siap dikukus atau direbus dipotong mengikut ukuran yang dianggarkan berdasarkan pemerhatian secara kasar. Oleh itu, Pembentuk (Acuan) Kek Ikan diperlukan untuk memudahkan kek ikan dipotong mengikut keseragaman saiz dan bentuk. 2.MASALAH INOVASI a. Ukuran kek ikan tidak sekata atau seragam b. Berat bagi setiap kek ikan tidak seimbang c. Bentuk kek ikan yang tidak seragam d. Mengambil masa untuk membentuk atau memotong kepingan kek ikan e. Pelajar kurang memahami tentang cara pembentukan kek ikan 129 3.IMPAK INOVASI a. Ukuran kek ikan lebih seragam b. Berat kek ikan yang seimbang c. Bentuk kek ikan lebih seragam d. Menjimatkan masa membentuk atau memotong kepingan kek ikan e. Pelajar lebih memahami tentang cara pembentukan kek ikan 4.KESIMPULAN Inovasi Pembentuk kek ikan ini diharap dapat memudahcara proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam subjek Hasilan Laut iaitu antara silibus dalam program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan untuk peningkatan pemahaman pelajar. 5.GAMBAR PROJEK SELEPAS SEBELUM Rajah 1.1: Adunan kek ikan dipotong secara manual menggunakan pisau. Rajah 1.2 : Adunan kek ikan dipotong secara manual iaitu ditekap menggunakan Pembentuk Kek Ikan. Rajah 1.3 : Pembentuk Kek Ikan. 130 JEM KURMA SAUDA Nor Azman Bin Jamaludin1, Rahiza Shima Binti Ramli2 , Kamariah Binti Yusof3 [email protected], [email protected], , [email protected] Kolej Komuniti Bagan SeraiAbstrak Abstrak Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah.Di kalangan penduduk di negara-negara Arab, kurma merupakan makanan utama mereka. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula di dalamnya telah ditukar secara semulajadi. Habbatus sauda mempunyai minyak yang stabil, protein, alkoloid, kalsium, besi,natrium, kalium dan minyak pati. Ia juga mempunyai hampir 90% asid amino yang sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Kajian awal dilakukan oleh saintis Islam silam seperti Ibnu Sina, AlBiruni, Ibnu Qayyim dan Al Baghdadi tentang keberkesanan Habbatus Sauda sebagai penawar serta mampu meyembuhkan pelbagai penyakit. Produk Jem Kurma Sauda dihasilkan sebagai produk inovasi atas inisiatif untuk menggalakkan pemakanan sunnah. Selain itu, produk ini juga dihasilkan untuk menjadikan ia sebagai santapan harian dan bukan sahaja dimakan pada bulan Ramadhan. 1.PENGENALAN PROJEK Kurma (Phoenix dactylifera) adalah sejenis tumbuhan palma yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Habatus Sauda (Nigella sativa) merupakan tumbuhan berkhasiat yang digunakan sebagai sumber perubatan sejak zaman dahulu. Mempunyai minyak yang stabil, protein, alkoloid, kalsium, besi,natrium, kalium dan minyak pati. Ia juga mempunyai hampir 90% asid amino yang sangat diperlukan untuk kesihatan tubuh badan. Jem Kurma Sauda adalah hasilan daripada kurma dan habatus sauda yang diproses menjadi jem dan mengandungi tidak kurang 35% buah-buahan (kurma) dan 65% pepejal larut serta mengandungi bahan pengawet yang dibenarkan di bawah akta makanan 1985. Jem juga adalah hasilan daripada proses pemekatan. 131 2.CABARAN/MASALAH INOVASI Di Malaysia buah kurma hanya selalu dimakan pada bulan Ramadhan semasa berbuka puasa. Pengambilan buah kurma semasa berbuka puasa dikatakan dapat mengembalikan tenaga setelah seharian tidak makan dan minum. Walaupun khasiat buah kurma amat banyak namun tidak semua rakyat Malaysia menggemari memakan terus buah kurma. Habatus Sauda merupakan makanan sunnah yang merupakan makanan perubatan yang dipercayai dapat mengubati 50 jenis penyakit sepertimana yang ditulis oleh Ibnu Qayyin di dalam kitab An-Nabawi. Habatus Sauda juga dikenali sebagai Al Habbah Al Barokah. Oleh itu, Jem Kurma Sauda dihasilkan sebagai produk makanan baharu dalam mempelbagaikan produk pemakanan sunnah. 3.IMPAK INOVASI Hasil inovasi produk Jem Kurma Sauda dapat meningkatkan penggunaan jem berasaskan pemakanan sunnah selain dari bulan Ramadhan serta mempelbagaikan produk berasaskan kurma. 4.KESIMPULAN Penghasilan Jem Kurma Sauda diharapkan dapat memberi kepelbagaian dalam penghasilan produk pemakanan yang baharu terutamanya produk pemakanan sunnah yang boleh diamalkan untuk kepentingan pelbagai lapisan masyarakat. 5.GAMBAR/LAKARAN PROJEK Rajah 5.1 : Bahan mentah 132 Rajah 5.2 : Jem di botolkan Rajah 5.3 : Jem Kurma Sauda 133 134 STYLO PATTERN HANGER MOHD HAFIZ BIN SABRAN [email protected] KOLEJ KOMUNITI BATU GAJAH ABSTRAK “STYLO PATTERN HANGER” adalah satu media inovasi kreatif yang dicipta bagi memudahkan penyimpanan kertas pola. Penghasilan medium ini adalah berlarutan dari permasalahan yang timbul semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang sedang berlangsung dan juga proses penilaian tugasan tersebut. Kebiasaanya dalam proses P&P , pola pakaian seringkali hilang dan tidak tersusun semasa dihantar. Ini menyukarkan proses penilaian dilakukan oleh pensyarah dimana sebelum ini pola dan produk yang siap tidak disekalikan semasa proses berlangsung. Oleh yang demikian, Stylo Pattern Hanger direka khas bagi mengatasi masalah tersebut. Stylo Pattern Hanger ini dapat menyimpan setiap helaian kertas pola dengan kemas dan teratur. Selain itu, kelebihan inovasi kreatif ini juga dapat menyimpan produk / pakaian yang telah siap dihasilkan. Hal ini memudahkan lagi proses P&P dan penilaian berlangsung dengan mudah dan efektif. Tiada lagi berlakunya keciciran pola dan produk / pakaian semasa proses P&P dan penilaian. Media Inovasi ini dihasilkan dengan menggunakan bahan daripada plastik , fabric woven dan juga hanger sebagai pegantung. Hasil penggunaan efektif oleh pelajar-pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Batu Gajah menunjukkan bahawa penggunaan Stylo Pattern Hanger dapat memudahkan kerja penyimpanan kertas pola dengan lebih teratur dari segi masa, kewangan dan tenaga dalam membuat beberapa perkara dalam masa yang sama serta menjimatkan ruang tempat penyimpanan. 135 1.0 PENGENALAN “STYLO PATTERN HANGER” adalah satu media inovasi kreatif yang dicipta bagi memudahkan penyimpanan kertas pola. “Stylo Pattern Hanger” direka khas bagi mengatasi masalah pola pakaian yang seringkali hilang dan tidak tersusun semasa dihantar. Stylo Pattern Hanger ini dapat menyimpan setiap helaian kertas pola dengan kemas dan teratur. Selain itu, kelebihan inovasi kreatif ini juga dapat menyimpan produk / pakaian yang telah siap dihasilkan. Hal ini memudahkan lagi proses P&P dan penilaian berlangsung dengan mudah dan efektif. Tiada lagi berlakunya keciciran pola dan produk / pakaian semasa proses P&P dan penilaian 2.0 PERNYATAAN MASALAH   Penghasilan medium ini adalah berlarutan dari permasalahan yang timbul semasa proses pembelajaran dan pengajaran yang sedang berlangsung dan juga proses penilaian tugasan. Kebiasaanya dalam proses P&P, pola pakaian seringkali hilang dan tidak tersusun semasa dihantar.  Penyukaran dalam proses penilaian oleh pensyarah dimana sebelum ini pola dan produk yang siap tidak disekalikan semasa proses berlangsung.  Set peralatan untuk menjahit yang kadangkala tidak dibawa serta penyimpanan barang yang tidak sistematik.  Pelajar sering kehilangan kertas pola dan kadang kala bertukar dengan pelajarlain 136 Kertas pola pakaian serta alatan bahan yang tidak kemas dan tidak tersusun.Kehilangan kertas pola serta alatan menjahit seringkali hilang. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI  Media Inovasi ini dihasilkan dengan menggunakan bahan daripada plastik, fabric woven dan juga hanger sebagai pegantung.  Stylo pattern hanger mempunyai poket - poket yang boleh disimpan dengan peralatan yang diperlukan bagi proses P&P dan juga semasa proses penilaian.  Setiap poket-poket dan tempat penyimpanan baju yang lebih sistematik dan berkesan.  Material yang digunakan adalah berdasarkan kepada bahan sedia ada dan kitar semula.  Bahan yang mudah dibawa dan pemudah cara bagi proses P&P yang sedang berlangsung.  Pengguna mudah membawa kertas pola dan peralatan menjahit secara cermat dan mudah dibawa kemana saja 137 Material yang digunakan menggunakan bahan daripada plastik, fabric woven dan juga hanger sebagai pegantung 138 4.0 CARA OPERASI “STYLO PATTERN HANGER” digunakakan dalam proses P&P dimana pelajar seringkali kehilangan pola dan tidak tersusun semasa dihantar. Dengan adanya inovasi kreatif ini dapat menyimpan setiap helaian kertas pola dengan mudah dan efektif. Ruang penyimpanan kertas pola serta alatan menjahit 139 5.0 GAMBARAJAH INOVASI Pandangan Hadapan Pandangan Belakang 140 6.0 IMPAK INOVASI Hasil penggunaan efektif oleh pelajar-pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Batu Gajah menunjukkan bahawa penggunaan Stylo Pattern Hanger dapat memudahkan kerja penyimpanan kertas pola dengan lebih teratur dari segi masa, kewangan dan tenaga dalam membuat beberapa perkara dalam masa yang sama serta menjimatkan ruang tempat penyimpanan. Penyimpanan kertas pola serta bahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) lebih efisye 7.0 KESIMPULAN Inovasi kreatif ini memberi manfaat dan memudahkan kerja penyimpanan kertas pola dengan lebih teratur dari segi masa, kewangan dan tenaga dalam membuat beberapa perkara dalam masa yang sama serta menjimatkan ruang tempat penyimpanan 141 ‘GUIDE FOOTER’ Raja Nur Azmira Bte Raja Ibrahim [email protected] Kolej Komuniti Batu Gajah 1.0 ABSTRAK ‘Guide Footer’ atau dikenali juga sebagai tapak petunjuk arah digunakan bagi membantu pelajar dalam proses menjahit untuk mendapatkan kualiti jahitan yang sama saiz supaya jahitan yang terhasil kelihatan kemas dan cantik. Pelajar mengalami kesukaran dalam menghasilkan jahitan yang selari dan lurus. Ini mengakibatkan baju yang siap dijahit itu kelihatan tidak kemas dan jatuhan fabrik berjahit itu juga kelihatan tidak cantik. Selain itu, sipemakai juga berasa kurang selasa mengenakan pakaian yang dijahit tidak mengikut ukuran yang betul. Ini kerana, semasa proses memotong dibuat basi jahitan telah ditanda terlebih dahulu untuk dijadikan penanda aras basi jahitan. Walaubagaimanapun, pelajar sukar mengawal fabrik kerana penanda arah yang terdapat pada mesin industri rata dilantai tapak mesin. Ini mengakibatkan baju yang dijahit tidak mengikut ukuran sebenar serta berkemungkinan untuk menjadi kecil atau lebih besar dari ukuran sebenar. Rentetan dari permasalahan ini, ‘Guide Footer’ telah dihasilkan bagi membantu pelajar didalam kelas pengajaran dan pembelajaran (P&P) jahitan. ‘Guide Footer’ juga direka dengan bahan aluminium yang tahan karat, lasak dan paling utama mudah dibawa serta digunakan. Bukan itu sahaja, ‘Guide Footer’ turut membantu untuk mrngubah jarak mata jahitan bermula dari ukuran ¼ inci sehingga 1½ inci. ‘Guide Footer’ ini telah diuji keberkesanannya oleh Pelajar Sijil Dan Pakaian Kolej Komuniti Batu Gajah dan ternyata ‘Guide Footer’ berjaya mengatasi masalah pelajar dalam menghasilkan jahitan yang lurus dan selari. Selain itu, pelajar juga dapat mengawal jarak mata jahitan dengan baik disamping menjimatkan masa pelajar untuk membuka semula mata jahitan apabila mata jahitan yang dijahit tidak seragam. 142 2.0 PENGENALAN Seperti yang diketahui, ‘Guide Footer’ atau tapak petunjuk arah digunakan bagi membantu pelajar dalam proses menjahit untuk mendapatkan kualiti jahitan yang sama saiz supaya jahitan yang terhasil kelihatan kemas dan cantik. Bagi kebanyakan pelajar mereka memerlukan ‘Guide Footer’ untuk memudahcara proses pembelajaran jahitan supaya menjadi lebih cepat dan tepat. Oleh kerana mereka memerlukan satu produk inovasi dapat membantu mereka dalam menangani masaalah menghasilkan mata jahitan yang lurus dan mengelakkan pembaziran masa untuk proses membuka semula jahitan maka terhasillah inovasi ‘Guide Footer’ ini. Didalam produk inovasi yang dihasilkan ini diharapkan dapat membantu masaalah pelajar dan meningkatkan produktiviti mereka dalam proses P&P. dari permasaalahan yang dilihat ,Sebilangan pelajar telah dikenalpasti dan demostrasi serta ‘testimoni’ produk telah dilakukan bagi melihat keberkesanan produk yang dihasilkan. Ini juga mampu mampu menilai tahap keberkesanan produk kepada para pelajar. Dengan kaedah pemudahcara bagi menghasilkan jahitan yang lurus ,serta memperlihatkan hasil kerja yang profesionalisme dalam diri setiap pelajar.produk inovasi ini diharapkan berjaya dan berkesan dalam menyelesaikan masaalah pelajar di dalam proses P&P. 3.0 PERNYATAAN MASAALAH Antara masaalah yang dapat dilihat dan dijadikan faktor produk inovasi ini direka adalah kerana: I. Kesukaran para pelajar menghasilkan mata jahitan yang lurus II. Hasil jahitan yang tidak lurus mengakibatkan jatuhan fabrik yang dijahit tidak cantik 143 III. Berlaku Pembaziran masa kerana proses membuka semula mata jahitan perlu dilakukan dan jahitan baru perlu dibuat semula. IV. Pelajar perlu berbelanja lebih untuk membeli fabrik baru sekiranya tetasan kain yang dibuat itu koyak V. Jatuhan pakaian yang dihasilkan pelajar juga kelihatan tidak cantik dan berkedut walaupun telan dibuat proses menekan VI. Pakaian yang dihasilkan pelajar berkemungkinan besar boleh menjadi kecil atau besar akibat hilang kawalan untuk mengawal kain di mesin 4.0 CIRI-CIRI INOVASI Antara ciri-ciri inovasi yang dapat dilakukan bagi menangani masaalah ini adalah: I. Menjadi petunjuk arah mata jahitan kepada pelajar II. Membolehkan pelajar menghasilkan mata jahitan yang lurus dan kemas III. Mempunyai pembaris aluminium yang membantu untuk menjadi petunjuk kepada pelajar ketika proses menjahit dilakukan IV. Guide Footer juga direka dengan bahan aluminium yang tahan karat dan mudah dibawa serta digunakan. V. Membantu untuk mengubah jarak mata dari size ¼ inci sehingga ke 2 inci VI.Produk ini juga boleh diguna berulang kali kerana ia tahan lasak. 144 5.0 POSTER INOVASI 145 6.0 IMPAK INOVASI Inovasi produk ini dilihat membantu para pelajar sebagai salah satu proses P&P yang lebih effisyen. Produktiviti para pelajar juga dilihat akan meningkat dari segi kekemasan,keteraturan, ketepatanan ukuran dan lebih bersih. Pembaziran masa untuk mempastikan mendapat ketepatan saiz mata jahitan juga dapat dijimatkan. Selain itu, ciri-ciri tapak juga yang ringan serta tahan karat dan yang penting saiznya boleh dimuatkan didalam bekas jahitan membantu pelajar untuk membawanya ketika kelas P & P. Ianya juga boleh dikomersialkan samada kepada para pelajar jahitan di kolej komuniti atau dikesemua IPTA dan IPTS yang mempunyai kursus pakaian. Bukan itu sahaja, Pelajar sekolah yang mengambil Aliran Ekonomi Rumahtangga (ERT) dan rekaan Jahitan Pakaian(RJP), Kilang-kilang yang mengeluarkan produk berasaskan pakaian siap serta butik-butik pakaian yang menghasilkan pakaian kepada pelanggan juga boleh menggunkan tapak ini bagi memperkemaskan kualiti mata jahitan mereka. Selain itu, ia juga boleh dipasarkan melalui kedai barangan alatan jahitan. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA Antara penambahbaikan yang ingin ditambah di dalam inovasi yang dihasilkan adalah dari segi rekaannya yang boleh dipelbagaikan sudut jahitan selain lurus ianya juga boleh ditukarkan kepada pembaris lengkung untuk sudut lengkung terutamanya bahagian keruk lengan. Selaian dari itu bentuk tapak juga boleh diperhalusi bagi menonjolkan nilai kreativiti dan estetik sesuatu hasil seni produk inovasi bagi menarik minat pelajar dalam memiliki produk ini. 146 Pemudahcara penggunaan iaitu manual langkah menggunakan sebaiknya disertakan bersama dengan alatan supaya pengguna mengetahui manual cara penggunaan ‘Guide Footer’ ini. Hal ini secara langsung dapat membantu mereka yang kurang mahir dalam pengunaan menukar tapak mesin dengan lebih efisyen. 8.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya produk ini dilihat sebagai salah satu pemudahcara bagi menangani masaalah pelajar dan produk yang dihasilkan berupaya membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ‘Guide Footer’ ini telah diuji keberkesanannya oleh Pelajar sijil Dan Pakaian Kolej Komuniti Batu Gajah dan ternyata ianya berjaya mengatasi masalah pelajar dalam menghasilkan mata jahitan yang lebih kemas, tepat dan rata. Selain itu pelajar juga dapat menjimatkan masa untuk membuka jahitan yang salah dan penghasilan baju menjadi lebih cepat dan hasilnya juga tampak cantik dengan saiz yang sama seperti yang dibuat pada pola. Guider Footer boleh dipelbagaikan saiz mata jahitan memandangkan basi jahitan sesuatu baju adalah tidak sama bergantung kepada jenis rekaan yang dihasilkan. Ianya juga boleh dikomersialkan samada kepada para pelajar jahitan di kolej komuniti atau dikesemua IPTA dan IPTS yang mempunyai kursus pakaian. Bukan itu sahaja, Pelajar sekolah yang mengambil Aliran Ekonomi Rumahtangga (ERT) dan rekaan Jahitan Pakaian(RJP), Kilang-kilang yang mengeluarkan produk berasaskan pakaian siap serta butik-butik pakaian yang menghasilkan pakaian kepada pelanggan juga boleh menggunkan tapak ini bagi memperkemaskan kualiti mata jahitan mereka. Selain itu, ia juga boleh dipasarkan melalui kedai barangan alatan jahitan. Nilai komersialnya yang tinggi juga membantu inovasi ini mendapat sambutan bukan sahaja para pelajar malah juga menyelesaikan masaalah masyarakat. 147 ‘CREATIVE GARMENT BAG’ Farah Nadia Binti Murad [email protected] Kolej Komuniti Batu Gajah ABSTRAK ‘Garment Bag’ atau dikenali sebagai beg pakaian digunakan bagi membawa dan memudahkan penyimpan pakaian dalam keadaan kemas dan bersih.Pelajar mengalami kesukaran dalam memilih beg pakaian yang sesuai dengan pakaian yang mereka hasilkan memandangkan beg pakaian yang berada dipasaran terhad dalam beberapa saiz dan material. .pelajar juga sukar untuk menyimpan pakaian yang dihasilkan dengan kemas dan teratur sebaliknya memerlukan ruang penyimpanan yang banyak.Beg pakaian yang berada dipasaran hanya boleh memuatkan sehelai pakaian serta menyimpan mengikut saiz beg pakaian tersebut sahaja. Kebiasaannya pelajar memerlukan lebih dari satu beg pakaian untuk menyimpan pakaian yang dihasilkan di dalam kelas. Kos bagi membeli lebih dari satu beg pakaian ini juga membebankan pelajar. Rentetan dari permasalahan ini, ‘Creative Garmet Bag’ telah dihasilkan bagi memudahkan penyimpanan pakaian dalam keadaan yang teratur,kemas dan lebih efektif. ‘Creative Garment Bag’ dihasilkan bagi menyimpan lebih dari sehelai pakaian dan boleh digunakan bagi pelbagai bentuk saiz pakaian. ‘Creative Garment Bag’ ini juga disertakan butang pelaras bagi menentukan saiz yang diingini oleh pelajar.Ruang penyimpanan pakaian yang lebih besar dan efisyen membantu pelajar dalam menyimpan pakaian serta menjaga keaadaan pakaian dengan baik. Material fabrik ‘Woven’ yang digunakan juga lasak ,ringan dan fleksible. Beg pakaian ini juga disertakan dengan penyangkut baju yang direka khas bersekali dengan ‘Creative Garment Bag’ . Ianya juga mudah disimpan dan boleh memuatkan lebih dari 3 hingga 6 helai pakaian didalam satu beg pakaian . 148 Produk pengajaran yang dan dihasilkan pembelajaran. berupaya ‘Creative membantu Garment pelajar Bag’ dalam ini proses telah diuji keberkesanannya oleh Pelajar sijil Dan Pakaian Kolej Komuniti Batu Gajah dan ternyata ianya berjaya mengatasi masalah pelajar dalam menyimpan pakaian dengan lebih kemas ,teratur dan pelajar tidak lagi perlu membawa banyak beg pakaian. Selain itupelajar juga dapat menjimatkan kos dalam membeli banyak beg pakaian berbanding ‘Creative Garment Bag’ dimana pelajar boleh menyimpan lebih dari sehelai pakaian. 1.0 PENGENALAN Seperti yang diketahui, ‘Garment Bag’ atau beg pakaian digunakan bagi membawa pakaian dalam keadaan kemas,bersih dan terpelihara bentuknya. Bagi kebanyakan pelajar mereka memerlukan ‘garment bag’ untuk membawa pakaian yang siap dijahit mahupun separa dijahit dengan lebih mudah. Oleh kerana mereka memerlukan satu produk inovasi yang dimana dapat membantu mereka dalam menangani masaalah membawa pakaian yang banyak dalam satu masa serta dengan lebih teratur. Didalam produk inovasi yang dihasilkan ini diharapkan dapat membantu masaalah pelajar dan meningkatkan produktiviti mereka dalam proses P&P. dari permasaalahan yang dilihat ,Sebilangan pelajar telah dikenalpasti dan demostrasi serta ‘testimoni’ produk telah dilakukan bagi melihat keberkesanan produk yang dihasilkan. Ini juga mampu mampu menilai tahap keberkesanan produk kepada para pelajar. Dengan kaedah pemudahcara bagi membawa pakaian ,serta memperlihatkan profesionalisme dalam diri setiap pelajar.produk inovasi ini diharapkan berjaya dan berkesan dalam menyelesaikan masaalah pelajar di dalam proses P&P. 149 2.0 PERNYATAAN MASAALAH Antara masaalah yang dapat dilihat dan dijadikan factor produk inovasi ini direka adalah kerana: I. Kesukaran para pelajar dalam membawa pakaian yang banyak dalam satu masa. II. Keadaan pakaian yang dibawa dalam keadaan renyuk,berlipat-lipat serta tidak kemas. III. Berlaku Pembaziran dalam membeli beberapa beg pakaian yang berbeza-beza saiz mengikut jenis pakaian yang ingin disimpan. IV. Pelajar perlu berbelanja lebih dan berlaku Pembaziran dalam membeli beg pakaian yang baru akibat kerosakan zip pada bukaan beg pakaian. V. Kesukaran pelajar dalam membawa beg pakaian yang besar dan labuh. VI. Kekurangan kawasan penyimpanan pakaian akibat kekangan ruang yang terhad bagi satu beg pakaian. 150 4.0 CIRI-CIRI INOVASI Antara ciri-ciri inovasi yang dapat dilakukan bagi menangani masaalah ini adalah: I. Memudahkan membawa pakaian atau kerja jahitan dengan teratur ,bersih kemas seta effisyen. II. Membolehkan pelajar membawa lebih dari 2 helai pakaian dalam keadaan yang lebih kreatif III. Mempunyai pelaras ‘Valcro’ yang membantu pelajar dalam mengubah bentuk beg pakaian kepada pelbagai saiz mengikut pakaian yang ingin disimpan/ IV. Bukaan bagi setiap beg pakaian dihasilkan dengan material ‘valcro’ yang lebih lasak dan dapat digunakan berkali-kali. V. Beg pakaian yang dihasilkan mudah dibawa dengan dilipat serta dijanjit dengan tali pemegang di atas beg pakaian dan tepi bahagian beg . VI. Ruang simpan pakaian yang lebih luas dan efisyen. 151 6.0 GAMBARAJAH INOVASI CREATIVE GARMENT BAG Tali pemegang/ Pemegang hanger Pocket Clear / Clear Fabric View Pocket simpan kain yang belum dijahit G.rjh 1: Pandangan Hadapan ‘Creative Garment Bag’ 152 Valcro Valcro CREATIVE GARMENT BAG Tali pemegang Tali pemegang/ Pemegang hanger Pocket Clear / Clear Fabric View G.rjh 2: Pandangan Belakang ‘Creative Garment Bag’ 153 CREATIVE GARMENT BAG G.rjh 3 ‘Creative Garment Bag’ G.rjh 4 ‘Creative Garment Bag’ Pandangan Hadapan Pandangan Hadapan Beg yang panjang yang digabungkan untuk apakaian yang lebih labuh dan besar Beg yang pendek yang dilaraskan dengan Valcro.Bagi penggunaan pakaian yang lebih pendek. 154 CREATIVE GARMENT BAG G.rjh 5 ‘Creative Garment Bag’ G.rjh 6 ‘Creative Garment Bag’ Pandangan Belakang Pandangan Hadapan Beg yang panjang yang digabungkan untuk apakaian yang lebih labuh dan besar Beg yang pendek yang dilaraskan dengan Valcro.Bagi penggunaan pakaian yang .dibaghagian ini terdapat lebih bahagian atau ‘Extantion’ bagi meletakan banyak pakaian. 155 G.rjh 7 Beg ini boleh dilipat dan dibawa dengan disandang mengunakan tali khas yang memegang hanger G.rjh 8 Beg ini boleh dilipat kepada bahagian yang lebih kecil dan dibawa dengan disandang mengunakan tali khas yang memegang hanger 156 G.rjh 9 Beg ini berukuran panjang dan boleh memuatkan pakaian yang besar dan labuh G.rjh 10 Beg ini boleh dilipat kepada dua bahagian dan boleh disandang dengan tali yang khas. 157 G.rjh 11 Beg ini berukuran panjang dan boleh memuatkan pakaian yang besar dan labuh malah boleh diasingkan kepada beg pakaian yang lebih kecil G.rjh 12 Beg ini boleh dibahagikan kepada dua bahagian dan memudahkan jika ingin membawa pakaian yang lebih pendek 158 G.rjh 13 Gambar menunjukan Pelajar SKK5 Sarah Nabilah membawa pakaian yang dihasilkan dalam pelbagai beg dan mengakibatkan pakaiannya dilipat dan tidak teratur menyebabkan inya sukar dibawa. 159 G.rjh 14 Gambar menunjukan Pelajar SKK5 Nur Syahirah membawa pakaian yang dihasilkan dalam beg basuhan kerana ingin memudahkannya membawa pakaian.ianya mengakibatkan pakaian tersebut dilipat dan renyuk. G.rjh 15 Gambar menunjukan Pelajar SKK4 Nazirah Nordin membawa pakaian yang dihasilkan dalam beg dan memnyebabkan pakaiannya dilipat dan renyuk serta tidak kemas 160 G.rjh 16 Gambar menunjukan Pelajar SKK3 Umi Norhidayah membawa pakaian yang dihasilkan dalam pelbagai beg dan mengakibatkan pakaiannya dilipat dan tidak teratur menyebabkan inya sukar dibawa. 161 G.rjh 17 Gambar menunjukan Pelajar SKK2 Nor Hashimah membawa pakaian yang dihasilkan dalam pelbagai beg dan mengakibatkan pakaiannya dilipat dan tidak teratur menyebabkan inya sukar dibawa. 162 8.0 IMPAK INOVASI Inovasi produk ini dilihat membantu dalam membantu para pelajar sebagai salah satu proses P&P yang lebih effisyen.Produktiviti para pelajar juga dilihat akan meningkat dari segi kekemasan,teratur dan lebih bersih. Kos bagi membeli pelbagai jenis beg pakaian dapat diatasi dengan mempunyai satu sahaja Produk inovaso’ Creative Garment Bag’. Penjimatan yang berterusan dapat dihasilkan dengan penggunaan material yang tahan lasak dan berupaya dalam melindungi pakaian. Ruang yang lebih besar dan mudah dibawa ddalam pelbaga situasi.samada disandang atau dilipat menjadi beg yang lebih kompak.ianya juga membantu dalam memudahkan kerja jika pelajar perlu membawa pakaian yang lebih besar. Ianya juga boleh dikomersialkan samada pada para pelajar jahitan di kolej komuniti atau dikesemua IPTA dan IPTS yang mempunyai kursus pakaian.walhal ianya juga boleh digunakan oleh orang awam dalam salah satu produk yang memudahkan pekerjaan seharian.contoh seperti pereka fesyen,pemilik butik atau premis dobi. 9.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN,KEASLIAN,ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA Antara penambahbaikan yang ingin ditambah di dalam inovasi yang dihasilkan adalah dari segi material produk. Material yang dihasilkan ringan dan mudahdiurus,mungkin dengan sifat kalis air ianya dapat membantu banyak dalam menangani situasihujan mahupun melindungi pakaian dengan baik dalam apa jenis situasi. 163 Selaian dari itu bentuk beg juga boleh diperhalusi bagi menonjolkan nilai kreativiti dan estetik sesuatu hasil seni produk inovasi.ini bagi menarik minat pelajar dalam memeliki produk ini. Yang terakhir adalah dari segi manual cara penggunaan beg pakaian.ini bagi membantu mereka yang kurang mahir dalam pengunaan beg pakaian ini dengan lebih efisyen. Valcro dikekalkan pengunaannya kerana ianya dilihat sebagai bahan yang lasak dan membantu dalam penggunaan yang baik pada masa akan datang.ianya juga kemas dan mudah digunakan. Tali bagi penyangkut hanger sangat kreatif dan dilihat sebagai salah satu cara dalam menangani masaalah dalam membawa pakaian dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. 11.0 KESIMPULAN Secara kesimpulannya produk ini dilihat sebagai salah satu pemudahcara bagi menanagani masaalah pelajar dan Produk yang dihasilkan berupaya membantu pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. ‘Creative Garment Bag’ ini telah diuji keberkesanannya oleh Pelajar sijil Dan Pakaian Kolej Komuniti Batu Gajah dan ternyata ianya berjaya mengatasi masalah pelajar dalam menyimpan pakaian dengan lebih kemas ,teratur dan pelajar tidak lagi perlu membawa banyak beg pakaian. Selain itupelajar juga dapat menjimatkan kos dalam membeli banyak beg pakaian berbanding ‘Creative Garment Bag’ dimana pelajar boleh menyimpan lebih dari sehelai pakaian. Ianya juga boleh dikomersialkan samada pada para pelajar jahitan di kolej komuniti atau dikesemua IPTA dan IPTS yang mempunyai kursus pakaian.walhal ianya juga boleh digunakan oleh orang awam dalam salah satu produk yang memudahkan pekerjaan seharian.contoh seperti pereka fesyen,pemilik butik atau premis dobi.nilai komersialnya yang tinggi juga membantu inovasi ini mendapat sambutan bukan sahaja para pelajar malah juga menyelesaikan masaalah masyarakat. 164 PIN – POD NORAINI BINTI MOHAMAD NOR [email protected] Kolej Komuniti Batu Gajah ABSTRAK Perkembangan teknologi membantu industri tekstil dan pakaian mempertingkatkan lagi mutu dan pengeluaran. Perkembangan teknologi juga mempengaruhi individu dalam penyediaan pakaian.Dengan penggunaan alatan berteknologi tinggi, seseorang dapat menjimatkan masa dan tenaga serta mempercepatkan proses penghasilan sesuatu pakaian tersebut. Dalam proses menghasilkan sesuatu pakaian, jarum adalah merupakan salah satu alat yang di gunakan dalam proses cantuman fabrik tersebut. Antara jarum yang digunakan ialah jarum peniti yang digunakan untuk menyemat dua kepingan kain , jarum jahit tangan dan mesin dimana ianya berfungsi dalam mencantumkan 2 kepingan fabrik tersebut. Kebiasaannya semasa kerja-kerja menghasilkan pakaian ini di jalankan, beberapa masalah akan timbul antaranya ialah jarum peniti yang terjatuh berselerakkan.Masalah ini kerap berlaku apabila pelajar melakukan kerja tanpa berhati-hati dan dalam keadaan yang kelam kabut..Jarum yang jatuh ini jarang di kutip oleh pelajar kerana saiz yang kecil dan kesukaran untuk mengutipnya semula.Kejadian yang tidak diingini sering berlaku dimana terdapat pelajar yang mengalami kecederaan apabila terpijak jarum dan benda tajam yang lain.. Oleh itu bagi mengatasi masalah tersebut, Pin-Pod telah direka khas bertujuan memudahkan pelajar untuk mengutip jarum jahit, jarum peniti dan apa sahaja alat daripada besi.Dengan PinPod tersebut,proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih cepat dan pantas.Pin-Pod ini di hasilkan dengan menggunakan material plastik jenis Arcylic, skru , chloroform dan juga monopod sebagai pemegang. Pendekatan ini telah berjaya diuji dan digunapakai oleh pelajar- pelajar Sijil Fesyen Dan Pakaian Kolej Komuniti Batu Gajah . Hasil perlaksanaan ini menunjukkan Pin-Pod telah berjaya mempercepatkan proses mengutip jarum dan barang yang diperbuat dari besi dalam masa yang singkat serta mengelak berlakunya pembaziran serta kecederaan tanpa memberi kesan kepada proses pengajaran dan pembelajaran. 165 1.PENGENALAN Dalam proses menghasilkan pakaian, jarum dan jarum peniti adalah merupakan satu alat dan bahan yang penting dalam proses tersebut. Kebiasaannya jarum peniti digunakan oleh pelajar dalam membantu mencantumkan 2 atau lebih fabrik sbelum proses menjahit dilakukan. Ini bagi mengelak dari berlakunya ketidaksamaan hasil jahitan fabrik tersebut.Manakala jarum jahit terdiri dari 2 jenis iaitu jarum jahit tangan dan juga jarum jahit mesin. Kedua-dua jarum ini berfungsi untuk mencantum 2 keping atau lebih fabrik menjadi lebih kukuh. Kekerapan penggunaan jarum ini dalam aktiviti menghasilkan pakaian sering menimbulkan pelbagai masalah kepada pelajar menyebabkan proses pengajaran dan pembelajaran tergendala. Kelalaian pelajar semasa proses menjahit kerap menyebabkan bekas jarum terjatuh bertaburan dan tidak dikutip semula untuk di simpan. Malah pelajar lebih senang untuk membeli semula jarumjarum tersebut memandangkan proses mengutip jarum tersebut agak remeh dan mengambil masa kerana saiz yang agak kecil 166 Selain itu, jarum yang tidak dikutip ini sering menyebabkan kecederaan ringan kepada pelajar dan orang lain yang menggunakan bengkel jahitan antaranya terdapat pelajar yang tercedera akibat terpijak jarum tersebut. Pembaziran sering berlaku apabila jarum-jarum yang bertaburan itu tidak di kutip dan di simpan semula ke dalam bekas. Bagi pelajar membeli jarum-jarum ini lebih mudah dari mengutip semula kerana harganya agak murah.Oleh kerana permasalahan inilah maka satu inovasi yang lebih kreatif direka khas bagi memudahkan pelajar dalam mengutip jarum-jarum ini seterusnya dapat menjimatkan masa, tenaga dan wang ringgit serta keselamatan terjamin. 167 2.PERNYATAAN MASALAH 1. Kesukaran mengutip jarum- jarum yang jatuh ke atas lantai memandangkan saiz yang agak kecil. 2. Masa yang di ambil terlalu lama untuk mengutip jarum-jarum yang jatuh berteraburan di lantai semasa proses Pengajaran dan Pembelajaran berlangsung. 3. Kemalangan dan kecderaan ringan apabila terpijak jarum / benda tajam. 4. Pembaziran berlaku kerana pelajar lebih senang membeli semula jarum tersebut dari mengutip jarum yang jatuh. 168 3.CIRI-CIRI INOVASI 1. Memudahkan pelajar mengutip jarum-jarum yang telah terjatuh dengan lebih mudah dan selamat. 2. Pelajar dapat mengutip jarum dengan lebih pantas tanpa mengutip satu per satu jarum seperti sebelum ini.Masa lebih menjimatkan. 3. Ciri pemegang pada Pin-Pod yang mudah dilaras mampu mengumpul semula jarum-jarum yang jatuh tersebut dengan keadaan berdiri atau duduk di mesin jahit tanpa perlu menunduk badan.( Rujuk gambarajah di bawah ) 169 4. Ciri magnet yang terdapat pada Pin- Pod ini dapat menarik serta mengumpulkan lebih banyak jarum dalam satu masa. 5. Rekaan yang moden, kreatif dan bergaya lebih sesuai untuk pelajar. 170 6. Tidak hanya berfungsi untuk mengutip jarum jahit dan jarum peniti malah ia juga mampu mengutip benda lain yang diperbuat dari besi seperti gunting, sniper, skru dan lain-lain lagi. 7. Hujung pemegang Pin-Pod yang di perbuat dari getah memudahkan pelajar untuk memegang 171 4.CARA INOVASI Pin- Pod ini digunakan sekiranya bekas jarum peniti terjatuh berteraburan di atas lantai. Kebiasaannya pelajar tidak akan mngutip semula kerana kesuntukan masa untuk menyiapkan tugasan yang diberi. Oleh itu, Pin Pod ini direka bagi memudahkan pelajar mengutip dengan lebih cepat dan selamat. Pin – Pod ini hanya perlu di laras pemegangnya bergantung pada tempat yang hendak dikutip jarum tersebut. Setelah di laras pemegangnya, tapak penyedut jarum di bawah Pin-Pod ini akan menarik kesemua jarum yang jatuh dengan cepat dan selamat. Malah kekuatan magnet yang digunakan pada Pin-Pod ini bukan sahaja mengutip jarum malah mampu menarik gunting dan benda lain yang diperbuat dari besi. 172 Pin –Pod ini juga boleh di gunakan bagi mengutip jarum di bawah mesin, meja dan bahagian -bahagian yang sukar di kutip memandangkan tapak di bawah Pin-Pod ini boleh di laras. 173 GAMBARAJAH PIN - POD. Inovasi Pin -Pod : Kemudahan pemegang yang mudah di laras mengikut keperluan Inovasi Pin-Pod: Kemudahan pemegang yang mudah di laras menjadi pendek mengikut keperluan 174 Inovasi Pin-Pod: Pandangan bahagian atas Inovasi Pin-Pod: Pandangan bahagian bawah 175 Inovasi Pin-Pod: Rekaan yang lebih kreatif dan menarik Inovasi Pin-Pod: Penyangkut bagi memudahkan penyimpanan Pin-Pod 176 5.CARA PERLAKSANAAN PIN-POD 177 6.IMPAK INOVASI DAN KELEBIHAN 1. Pin-Pod ini memudahkan para pelajar mengutip jarum dan alatan lain yang diperbuat dari besi dengan cepat dan selamat semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. 2. Menjimatkan masa dan tenaga. 3. Mengelakkan berlakunya kecederaan ringan. 4. Mengelak dari berlakunya perbaziran. 5. Penghasilan Pin-Pod dari bahan yang mudah di dapati dan penggunaan kos yang murah. 7.KESIMPULAN Dengan penjimatan masa dan tenaga , peningkatan hasil kerja juga dapat dilakukan. Kerja dapat dilakukan dengan lebih efisyen tanpa sebarang masalah dan gangguan.Pin-Pod ini juga boleh dikomensialkan kerana ia bukan sahaja memudahkan proses kerja malah rekaannya yang menarik, murah dan mampu mengelak dari pembaziran. 178 Simulasi Origami Bagi Subjek Keusahawanan Zamaruzaman Bin Mohamad¹ [email protected] Zainudin Bin Yahya² Jameaah Binti Bahanudin³ Kolej Komuniti Batu Gajah ABSTRAK Simulasi Motivasi Keusahawanan dibina bagi menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu keusahawan dengan lebih mudah dan merasai terus pengalaman dalam menjadi usahawan. Inovasi ini amat membantu para pelajar dalam mengenalpasti sendiri ciri-ciri usahawan dalam diri mereka. membantu pelajar menganalisis kecenderungan dan kemampuan diri untuk mewujudkan matlamat yang mencabar dan merancang kearah pencapaian cemerlang. Seterusnya ialah meninjau dan menilai kesediaan diri pelajar untuk mengubahsuai matlamat berdasarkan maklumbalas daripada diri sendiri serta membantu dalam menilai ciriciri keusahawanan yang berorientasikan kecemerlangan. Inovasi ini juga mampu membantu para pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Di dalam simulasi ini tiap-tiap pelajar boleh mengandaikan diri mereka sebagai seorang usahawan bebas. Pelajar-pelajarakan membina kapal dari kertas-kertas “glossy” berwarna sebelah berukuran 4 inci x 4 inci. Pensyarah atau pemudah cara akan memainkan peranannya sebagai pembekal tunggal bahan mentah dan juga pembeli tunggal kapal-kapal yang siap mengikut spesifikasi. Pensyarah juga adalah pembeli tunggal kepada kapal yang akan pelajar bina. Oleh yang demikian maka pensyarah akan membeli kapal yang dapat mencapai tahap spesifikasi yang telah pensyarah tentukan. Dengan itu, pensyarah juga akan bertindak sebagai pemeriksa kualiti kapal tersebut sebelum pensyarah membuat keputusan untuk membelinya. 179 1.0 PENGENALAN Simulasi Motivasi Keusahawanan merupakan satu inovasi yang dibina bagi menarik minat para pelajar untuk mendalami ilmu keusahawan dengan lebih mudah dan merasai terus pengalaman dalam menjadi usahawan.Inovasi ini amat membantu para pelajar dalam mengenalpasti sendiri ciri-ciri usahawan dalam diri mereka. Inovasi ini juga mampu membantu para pensyarah dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan. Penyelidikan yang dilakukan oleh Atkinson dan Litwin (1966) menunjukkan bahawa seseorang yang mempunyai kehendak terhadap pencapaian yang tinggi lazimnya akan mengambil risiko yang sudah dikira dan risiko yang telah disederhanakan kemungkinannya untuk gagal. Mereka ini tidak akan cuba untuk mengelak dari mengambil risiko dan mereka juga tidak gemarkan situasi yang kemungkinan untuk berjaya adalah rendah atau berisiko tinggi. Individu yang bersikap sedemikian akan menonjolkan kecenderungan untuk mewujudkan matlamat yang mencabar dan kejayaan yang cemerlang. Matlamat yang mencabar bermaksud sesuatu matlamat yang memerlukan usaha yang gigih dan lazimnya lebih sedikit dari kemampuan biasa seseorang individu itu. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Kaedah pembelajaran secara teori bagi subjek keusahawanan menyebabkan pelajar kurang berminat kerana pelajar sukar untuk menggambarkan situasi sebenar sebagai seorang usahawan. Oleh itu inovasi ini lebih mudah membantu pelajar dalam :1. Menganalisis kecenderungan dan kemampuan diri untuk menwujudkan matlamat yang mencabar dan merancang kearah pencapaian cemerlang. 2. Meninjau dan menilai kesediaan diri untuk mengubahsuai matlamat berdasarkan maklumbalas daripada diri sendiri. 3. Membantu dalam menilai ciri-ciri keusahawanan yang berorientasikan kecemerlangan. 180 3.0 CIRI-CIRI INOVASI David C. McClelland menyarankan individu yang mempunyai motivasi terhadap pencapaian mempunyai kecenderungan-kecenderungan yang berikut: 1. Mempunyai keinginan untuk berjaya dalam persaingan dengan orang lain. 2. Bersaing dengan matlamat cemerlang yang diwujudkan sendiri. 3. Mempunyai matlamat jangka panjang 4. Ingin melakukan sesuatu yang unik Selain itu inovasi dalam bentuk permaianan yang dihasilkan ini mampu membentuk dan mencungkil bakat serta minat pelajar terhadap bidang keusahawanan. Bagi melahirkan seorang usahawan yang baik, pelajar dilihat memberi respon yang baik terhadap ciri-ciri berikut:1. Mempunyai daya initiatif. 2. Mampu mencari dan menggunakan maklumat serta sensitif kepada maklumbalas dari persekitaran untuk kemajuan diri dan pencapaian matlamat. 3. Mempelajari dari maklumbalas dan mampu menghadapi tekanan dari persekitaran seperti karenah pelanggan, pembekal dan tempoh masa yang dijanjikan, harga dan kualiti barangan. 4. Mampu untuk menempuh tekanan-tekanan dari persekitaran dengan tabah dan mencapai kejayaan cemerlang. 5. Menitikberatkan mutu kerja yang tinggi dan pencapaian dalam bentuk kualiti, kuantiti dan keuntungan. 6. Meninjau daya inisiatif diri sendiri didalam menjayakan sesuatu tugas. 4.0 CARA OPERASI Peralatan-peralatan yang diperlukan ialah : 1. Kertas “glossy” berwarna yang telah dipotong 4 inci x 4 inci. Kertas tersebut berwarna sebelah sahaja dan sebelah putih. Lebih kurang 20 helai kertas tersebut diperlukan untuk setiap peserta. 181 2. Borang arahan untuk simulasi membina kapal, satu salinan untuk setiap pelajar. 3. Borang data simulasi membina kapal. 4. Papan hitam atau “flip chart” untuk menulis data guna untuk sesi perbincangan. 5. Sebuah jam tangan atau “stop watch”. Prosedur Simulasi Di dalam simulasi ini tiap-tiap pelajar boleh mengandaikan diri mereka sebagai seorang usahawan bebas. Pelajar-pelajarakan membina kapal dari kertas-kertas “glossy” berwarna sebelah berukuran 4 inci x 4 inci. Pensyarah atau pemudah cara akan memainkan peranannya sebagai pembekal tunggal bahan mentah dan juga pembeli tunggal kapal-kapal yang siap mengikut spesifikasi. Langkah-Langkah Dalam Mengendalikan Sesi Simulasi 1. Arahkan pelajar duduk dan sediakan ruang bekerja dihadapannya. 2. Edarkan borang arahan kepada para pelajar. Minta pelajar membaca borangborang tersebut dan memahami latihan yang akan dilakukan. Pensyarah digalakkan membantu pelajar untuk memahami latihan tersebut. Proses ini akan mengambil masa 10 minit. 3. Terangkan kemusykilan-kemusykilan yang timbul tetapi pensyarah perlulah mengelakkan diri dari menjelaskan rasional dan objektif simulasi tersebut diperingkat ini. 4. Setelah kemusykilan-kemusykilan dijelaskan edarkan sehelai kertas seorang untuk tujuan mempelajari cara-cara membuat kapal tersebut. Pada peringkat ini terangkan syarat-syarat kualiti yang diperlukan oleh pembeli. Syarat-Syarat Kualiti Pembeli;1. Warna kapal mesti dibahagian luar. 2. Layarnya mesti timbul sekurang-kurangnya sedikit. 3. Layar mesti tegak 90 darjah. 4. Kapal-kapal perlulah kemas dan tidak keromot. 182 5. Tepian kapal tersebut mestilah seimbang. Ini dapat dilihat dengan menekankan dan menindihkan kedua-dua belah tepian kapal tersebut. Sekranya sama rata kapal tersebut boleh diterima. 6. Tunjukkan kepada pelajar cara untuk membuat kapal tersebut.Contohcontoh sebelum itu diedarkan. Selepas itu edar tiga helai kertas seorang untuk memahirkan diri didalam membina kapal tersebut. 7. Selepas pelajar berlatih memahirkan diri, kutip semua kapal-kapal yang telah dibina. 8. Arahkan pelajar untuk mengisi borang di dalam ruangan anggaran pertama. 9. Sekarang, edarkan satu helai kertas untuk setiap pelajar untuk latihan mengukur masa untuk menyiapkan sebuah kapal. 10. Selepas latihan mengukur masa, arahkan pelajar untuk mengisi borang di dalam ruangan masa diambil untuk membuat sebuah kapal. Seterusnya arahkan pelajar untuk mengisi ruangan. 11. Edarkan kertas-kertas mengikut jumlah kapal yang akan dibina oleh pelajar dalam borang. Simulasi Membina Kapal Di dalam permainan ini, anggaplah diri anda (pensyarah) tuan punya sebuah syarikat membina kapal. Anda akan diarahkan untuk membina dua bentuk kapal. Pensyarah (pengelola simulasi) adalah pengedar tunggal bahan mentah yang akan pelajar gunakan untuk membuat kapal tersebut. Pensyarah juga adalah pembeli tunggal kepada kapal yang akan pelajar bina. Oleh yang demikian maka pensyarah akan membeli kapal yang dapat mencapai tahap spesifikasi yang telah pensyarah tentukan. Dengan itu, pensyarah juga akan bertindak sebagai pemeriksa kualiti kapal tersebut sebelum pensyarah membuat keputusan untuk membelinya. Pelajar dikehendaki membuat satu model pada suatu masa dan akan diajar cara untuk membuat kapal tersebut. Pelajar juga akan diberi masa untuk berlatih dan mencatatkan masa yang pelajar ambil untuk menyiapkan sebuah kapal. 183 Langkah Pertama Dengan menggunakan maklumat yang diberi dibawah dan dengan melihat contoh yang diberi, tentukan berapakah jumlah kapal yang pelajar boleh buat dalam masa lima minit. Isikan bilangan tersebut di ruangan 1(a) di dalam borang lampiran.Jawab soalan 1(b) dan 1(c). Langkah Kedua Pelajar akan diajar cara membuat kapal tersebut. Sila perhatikan dengan teliti dan tentukan bahawa pelajar pasti boleh membuatnya. Pelajar akan diberi masa lima hingga sepuluh minit untk berlatih. Langkah Ketiga Pelajar diberi peluang untuk mengetahui dan mencatat masa yang anda ambil untuk membina sebuah kapal. Pensyarah akan memberitahu masa tersebut dengan berkata 5, 10, 15, 20 saat dan seterusnya sehingga semua pelajar tamat membuat kapal tersebut. Sekiranya pelajar tamat dalam masa yang disebutkan diruangan 2(a). Langkah Keempat Nyatakan berapakah jumlah kapal yang pelajar boleh buat masa lima minit. Isikan bilangan tersebut di ruangan 2(b).Perlu diingat bahawa pelajar akan didenda sekiranya anggaran pertama 1 (a) berbeza dengan anggaran kedua 2(b). Sila lihat maklumat F. Langkah Kelima Isikan ruangan 2(c), 2(d), 2(e), 2(f) dan 2(g) di dalam lampiran yang disediakan. Setelah selesai, bolehlah simulasi ini dimulakan. Masa yang akan diambil hanya lima minit sahaja. Pelajar tidak dibenarkan memulakannya sebelum diarahkan. Pensyarah akan bertindak sebagai penjaga masa. Setelah tamat masa lima minit pelajar tidak lagi dibenarkan memegang kapal-kapal yang dibina. Langkah Terakhir Isikan ruangan 3 dan 4 di dalam lampiran. Disini pelajar akan mengetahui untung/rugi yang pelajar perolehi dalam membina model kapal pertama dalam 184 simulasi ini. Pensyarah memberitahu semua pelajar akan melalui langkah-langkah yang sama dalam membina model kapal kedua. Maklumat A. Masa purata untuk membina kapal tersebut adalah seperti berikut: Model pertama – 50 saat Model kedua – 80 saat B. Kos bahan mentah untuk satu model Rm10,000 tiap-tiap satu model C. Sekiranya pelajar membeli 4-7 bahan mentah dalam satu masa, harga bahan mentah itu ialah : Rm 9,500.00 tiap-tiap Satu D. Sekiranya pelajar membeli 8 atau lebih bahan mentah dalam satu masa, kos bahan mentah itu ialah : Rm 9,000.00 tiap-tiap Satu E. Harga jualan untuk satu model yang mencapai kualiti yang ditentukan adalah seperti berikut : Model pertama – Rm 13,000.00 tiap-tiap satu Model kedua – Rm 13,000.00 tiap-tiap satu F. Denda yang dikenakan ke atas perbezaan di antara anggaran pertama dan kedua ialah RM 500.00 tiap-tiap satu model. Borang Edaran Lampiran Simulasi Membina Kapal Bil Soalan yang perlu dijawab 1. Model Pertama Model Kedua (a) Berapakah anda akan bina dalam masa lima minit? (b) Berapa peratuskah kemungkinan mencapai bilangan tersebut? Sama ada 100%,90%,80% dan seterusnya. 185 (c) Mengapakah anda begitu pasti bahawa anda akan mencapai bilangan tersebut? 2. (a)Berapa lamakah masa yang anda ambil untuk membina satu model tersebut?(Dalam saat) (b) Berapakah anda akan bina dalam masa lima minit? (c) Berapa peratuskah kemungkinan mencapai bilangan tersebut? (d) Mengapakah anda begitu pasti bahawa anda akan mencapai bilangan tersebut? (e) Berapakah jumlah pelaburan yang terlibat? (2b x kos bahan mentah) (f) Perbezaan di antara jumlah anggaran pertama dan kedua (1a dengan 2b) (g) Denda yang dikenakan (2f x Rm500.00) 3. (a) Berapakah jumlah yang dibina? (b) Berapakah jumlah yang berjaya dijual? (c) Jualan dalam ringgit (3b x jualan) (d)Jumlah pelaburan (2e) (e) Untung/rugi kasar (3c-3d) (f) Denda yang dikenakan (2g) (g) Untung/rugi bersih (3e-3f) 5.0 GAMBARAJAH INOVASI Keputusan Soal Selidik Berdasarkan soal selidik yang diedar kepada 30 responden dari Program Sijil Fesyen dan Teknologi Pakaian subjek Keusahawanan (SKW 4131). 186 Analisis Keputusan Soal Selidik Soalan 1: Pelajar lebih fokus dalam kelas Soalan 2: Meningkatkan minat pelajar pada topik keusahawanan 187 Soalan 3: Merasai Pengalaman seakan usahawan sebenar Soalan 4: Meningkatkan kemahiran mengurus 188 Soalan 5: Membentuk kemahiran dalam perniagaan Soalan 6: Meningkatkan tahap motivasi 189 Soalan 7: Meningkatkan kefahaman ciri-ciri usahawan Soalan 8: Meningkatkan motivasi untuk menceburi bidang keusahawanan 190 Soalan 9: Memahami konsep usahawan Soalan 10: Bijak merancang pelaburan perniagaan 6.0 IMPAK INOVASI SIMULASI MOTIVASI KEUSAHAWANAN Kepada Pelajar Inovasi simulasi motivasi keusahawanan ini , daripada pemerhatian didalam kelas memberi impak yang besar kepada para pelajar iaitu pelajar lebih fokus dan menunjukkan minat semasa sesi pembelajaran dan pengajaran dilakukan. Melalui sesi refleksi di dalam kelas para pelajar mengatakan bahawa mereka dapat merasai pengalaman seakan menjadi usahawan, iaitu pengalaman bagaimana mengurus 191 dan membentuk kemahiran dalam perniagaan semasa melalui sesi simulasi. Tahap motivasi positif pelajar dalam mendalami topik keusahawanan juga terserlah ini terbukti selepas tamat sesi simulasi pelajar memberi maklumbalas ada di antara pelajar menyatakan mereka berminat untuk mengikuti kursus atau bengkel keusahawanan dan menyatakan hasrat untuk berniaga kecil-kecilan.Melalui proses penilaian didalam kelas iaitu menggunakan kaedah sumbangsaran menunjukkan pelajar mendapat kefahaman yang jelas mengenai ciri-ciri keusahawanan dan motivasi pencapaian. Kepada Pensyarah Inovasi simulasi motivasi keusahawanan ini, telah menjadi modul dalam membantu pensyarah bagi pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Program Wajib Kolej iaitu Kemahiran insaniah dan subjek Pembangunan Diri 3.Penghasilan inovasi ini juga menjadi sumber rujukan dan motivasi kepada pensyarah dalam membantu memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran didalam kelas. Inovasi ini mudah difahami dan dilaksanakan oleh semua pensyarah walaupun tiada asas dibidang keuasahawanan.Maklumbalas pengalaman daripada beberapa pensyarah yang telah menggunakan inovasi ini, menyatakan perasaan keterujaan mereka semasa mengajar kerana pelajar lebih fokus dan bermotivasi sepanjang sesi simulasi dilaksanakan. Inovasi ini juga menjadi satu garis panduan kepada pensyarahpensyarah untuk menghasilkan inovasi berbentuk simulasi bagi subjek-subjek lain. Kepada Organisasi Inovasi ini menjadi modul yang telah digunapakaikan oleh pensyarah di Kolej komuniti Tapah bagi subjek Kemahiran Isaniah dan Keusahawanan. Penghasilan inovasi ini juga, menjadi perkongsian sebagai alat bantu mengajar kepada pensyarah kolej komuniti lain. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN,KEASLIAN,ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA Diharapkan Inovasi ini boleh menjadi sumber aspirasi bagi peningkatkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam pelbagai subjek pengajian am khususnya. Pensyarah mempunyai peranan yang besar dalam mengendalikan kelas supaya dapat menarik minat dan seterusnya membuka minda 192 pelajar terhadap sesuatu ilmu yang hendak disampaikan. Dalam inovasi yang dihasilkan ini, pelajar lebih mudah memahami konsep seorang usahawan yang perlu sentiasa bermotivasi positif dalam menghadapi cabaran, kreatif, berkemahiran dan bijak merancang. 8.0 KESIMPULAN Melalui sesi refleksi di dalam kelas para pelajar mengatakan bahawa mereka dapat merasai pengalaman seakan menjadi usahawan, iaitu pengalaman bagaimana mengurus dan membentuk kemahiran dalam perniagaan semasa melalui sesi simulasi. Tahap motivasi positif pelajar dalam mendalami topik keusahawanan juga terserlah ini terbukti selepas tamat sesi simulasi pelajar memberi maklumbalas ada di antara pelajar menyatakan mereka berminat untuk mengikuti kursus atau bengkel keusahawanan dan menyatakan hasrat untuk berniaga kecil-kecilan.Melalui proses penilaian didalam kelas iaitu menggunakan kaedah sumbangsaran menunjukkan pelajar mendapat kefahaman yang jelas mengenai ciri-ciri keusahawanan dan motivasi pencapaian. Pelajar memahami konsep seorang usahawan yang perlu sentiasa bermotivasi positif dalam menghadapi cabaran, kreatif, berkemahiran dan bijak merancang. 193 KAJIAN KEPERLUAN KURSUS PENDEK DALAM KALANGAN KOMUNITI SEKITAR BATU GAJAH SUKU TAHUN PERTAMA 2014 Zulfikhri Bin Sabri¹, Osman Fikri Bin Awang Mina² dan Zainudin bin Yahya³ Kolej Komuniti Batu Gajah, Perak [email protected] ABSTRAK Pembelajaran sepanjang hayat (PSH) melalui kursus pendek merupakan satu proses untuk mendapatkan pengetahuan, kemahiran dan kompetensi sama ada secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka suapaya lebih berdaya saing. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti ditempat kerja mahupun untuk diri sendiri. Tujuan kajian ini adalah untuk mengenal pasti kursus pendek yang sesuai dilaksanakan dengan penyertaan ramai supaya berbaloi dengan peruntukan yang disediakan oleh kerajaan digunakan semaksimum yang mungkin. Seramai 236 respondan kajian ini terdiri dari peserta kursus pendek sepanjang bulan Januari 2014 hingga Mac 2014 di Kolej Komuniti Batu Gajah dengan pelbagai latar belakang seperti Pelajar Sekolah, Pekerja sektor Awam dan Swasta, suri rumah, pesara dan pelbagai lagi latar belakang sekitar Daerah Batu Gajah . Data Kajian di analisis menggunakan Perisian Statiscal Package for Social Science 17.0 (SPSS 17.0) secara deskriptif iaitu melibatkan dapatan min, peratusan serta frekuensi digunakan untuk menerangan taburan data. Manakala bagi tujuan analisa lanjutan, Ujian ANOVA (Analysis of Variance) dijalankan untuk melihat perkaitan antara angkubah terlibat. Ujian ‘t-test pula digunakan bagi tujuan melihat perbezaan faktor sosiodemografi. Kata kunci : 1; Keperluan, 2; Pembelajaran Sepanjang Hayat(PSH), 3; Kursus Pendek, 4; Produktiviti, 5; Kemahiran. 194 1. PENDAHULUAN 1.1 PENGENALAN Perubahan pengetahuan ekonomi secara global, teknologi yang pantas dan maju,perubahan persekitaran tempat kerja dan persaingan yang sengit dalam sektor pekerjaanmenyebabkan pembelajaran sepanjang perlu diperkasakan dan dilaksanakan tanpamengira jantina, usia, pekerjaan, dan bidang yang diceburi. Pembelajaran sepanjanghayat ialah pembelajaran yang berterusan sejak dari lahir sehingga ke liang lahad, sama ada secara formal atau tidak formal, sedar atau tidak, secara berkumpulan atau individu.Perkara yang baru dan berbeza dihadapi setiap hari dan ianya selalunya memerlukan proses pembelajaran menghadapinya. (Michael D. dan Diane R. , 2008). Mendepani cabaran transformasi negara, pengetahuan dan kemahiran rakyat Malaysia perlu berkembang seiring dengan Teras Keenam Pelan Stategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) iaitu Pembudayaan Pembelajaran Sepanjang Hayat. Setiap individu di Malaysia digesa supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan daya saing. Pelaksanaan PSH adalah bagi meningkatkan kesedaran dan penyertaan dalam kalangan komuniti agar dapat memanfaatkan potensi kendiri melalui PSH dan dapat menghasilkan impak positif dari segi produktiviti, daya saing dan kebolehpasaran (PSPTN, 2007). Kewujudan konsep pembelajaran sepanjang hayat juga sangat tidak asing di sisi tuntutan agama. Itulah sebabnya Baginda Rasulullah SAW menjelaskan dalam Hadisnya yang diriwayatkan oleh Ibn Abd al-Barr bahawa mencari ilmu pengetahuan itu merupakan kewajiban ke atas setiap Muslim. Kewajiban mencari ilmu itu seharusnya difahami sebagai suatu proses sepanjang hayat dan bukan setakat pada tempoh atau umur tertentu. Salah satunya adalah melalui pendekatan kursus Pendek. 195 Data tahun 2012 menunjukan bahawa seramai 607,451 rakyat Malaysia telah mengikuti PSH di pelbagai kementerian. Sejak penubuhannya pada 2001 hingga kini, kolej komuniti di seluruh Malaysia telah memberi latihan menerusi latihan kursus jangka pendek kepada lebih dari 1.03 juta rakyat Malaysia. Ini membuktikan komitmen dan kesungguhan warga kolej komuniti dalam menjayakan hasrat membudayakan PSH dikalangan rakyat Malaysia (Md Yunos, 2013). Sebagai sebuah institusi pendidikan yang bercorak kemahiran, maka konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat(PSH) telah diamanahkan kepada Kolej Komuniti Seluruh Malaysia bagi menjana modal insan yang berpengetahuan dan berkemahiran di samping menjana ekonomi keluarga. Sehubungan dengan itu, Kolej Komuniti Batu Gajah Perak sebagai hub PSH telah melaksanakan Program Kursus Pendek yang merupakan satu elemen PSH. 1.2 KENYATAAN MASALAH Komuniti masyarakat di malaysia pada hari ini umumnya masih belum memahami apa yang dimaksudkan dengan PSH serta fungsi-fungsinya. Tidak terkecuali bagi masyarakat sekitar Daerah Batu Gajah. Kolej Komuniti sebagai salah satu Hub PSH telah mewujudkan kursus Pendek kepada masyarakat setempat tetapi masih ramai yang tidak memahami konsep kursus pendek ini secara terperinci yang telah diwjudkan sejak Penubuhan Kolej Komuniti. Selain itu di dapati penawaran kursus yang disediakan oleh kolej adalah secara tahunan dan banyak kursus yang disenaraikan tidak mendapat sambutan dari komuniti setempat. Dengan Kajian ini pihak kolej boleh menyediakan kursus mengikut kehendak kecenderungan komunniti setempat tanpa mengabaikan keperluan kursus yang kurang mendapat sambutan. 196 1.3 Objektif Kajian 1.3.1 Objektif Umum : Kajian ini bertujuan melihat keperluan komuniti dalam memilih kursus pendek yang sesuai dijalankan kepada mereka. 1.3.2 Objektif Khusus I. : Mengenalpasti keperluan golongan sasaran yang cenderung berminat dengan kursus-kursus yang disediakan oleh kolej komuniti . II. Menentukan keperluan kursus pendek yang menjadi keutamaan pihak kolej untuk dilaksanakan kepada komuniti setempat. III. Mengkaji hubungan yang signifikan keperluan kursus pendek dengan latar belakang komuniti setempat. 1.4 Kepentingan Kajian Kepentingan Kajian ini untuk dilaksanakan supaya dapat dikenalpasti oleh Kolej Komuniti Batu Gajah dalam menyediakan kursus pendek yang sentiasa memenuhi permintaan masyarakat setempat disamping meneruskan secara berkala bagi kursus pendek yang kurang mendapat permintaan. 2. TINJAUAN LITERATUR Kajian yang di buat di Amerika Syarikat oleh Long(1987) pula mendapati latar belakang individu mempunyai hubungan dengan penglibatan seseorang dalam pendidikan dewasa terutamanya dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat(PSH). Antara faktor-faktor yang beliau telah kaji adalah umur, tahap pendidikan, keturunan, ciri-ciri keluarga, status perkhawinan, pendapatan, jantina dan tempat tinggal serta sosisoekonomi setempat. Daripada kajian beliau telah menunjukkan bahawa tahap 197 pendidikan, pendapatan dan jantina mempunyai kaitan dengan penglibatan individu dalam pendidikan dewasa ini. Dalam kajian Hanipah Hussin (2005), beliau menegaskan bahawa semua orang percaya terhadap konsep pembelajaran sepanjang hayat (PSH) itu satu perkara yang dituntut oleh agama dan budaya tetapi kurangnya pendedahan ke arah itu menyebabkan kurangnya penglibatan dalam PSH. Hasil analisis yang di buat Haris(2007) berpendapat berkenaan tahap penglibatan jelas menunjukkan bahawa tahap penglibatan yang tinggi boleh dijangkakan dalam keadaan orang ramai secara relatifnya kreatif dan secara sukarela terlibat dengan aktiviti berdasarkan keperluan mereka sendiri. Ini jelas menunjukkan bawah keterlibatan orang ramai dalam Pembelajaran Sepanjang Hayat(PSH) banyak berkaitan dengan latar belakang sesesorang individu itu. Menurut Rizarina, Hazwani & Noorsafuan(2013) berdasarkan kajian yang dibuat di Kolej Komuniti Ledang menunjukan aspek seperti jantina, umur, bangsa, tahap pendidikan dan pekerjaan mempengaruhi pelaksanaan pembelajaran sepanjang hayat. Aspek aspek yang di nilai ini adalah berdasarkan keseluruhan peserta yang hadir dalam kursus-kursus yang telah di anjurkan oleh kolej tersebut. Kajian yang dijalankan oleh Zarina (2013) menunjukkan keperluan pelajar Kolej Komunti terhadap PSH melalui kursus pendek amat tinggi sebagai nilai tambah dalam bidang keusahawanan. Bidang keusawanan sangat luas dan tidak terbatas di mana amat memerlukan kursus jangka pendek sebagai pengetahuan dalam menceburi bidang keusahawanan. Sebagai contoh, kursus perakaunan, perniagaan, Teknologi Maklumat(IT), Motivasi dan lain-lain lagi. 198 3. METODOLOGI KAJIAN Bab ini akan menerangkan kaedah penyelidakan secara keseluruhan yang akan digunakan bagi mencari dan menganalisis dapatan kajian. Antara yang akan dibincangkan dalam bab ini adalah Lokasi Kajian, Populasi dan persampelan, Instrumentasi, dan kaedah Penganalisaan Data. 3.1 Lokasi Kajian Bersesuaian dengan objektif kajian yang mana bertujuan untuk mengkaji keperluan kursus di kalangan komuniti sekitar daearah Batu Gajah bagi tujuan peningkatan kemahiran dan pengetahuan, maka kajian ini telah dijalankan di kalangan pelbagai kumpulan masyarakat sekitar Daerah Batu Gajah. Pemilihan lokasi kajian ini di buat berdasarkan fakta bahawa lokasi berkenaan memenuhi segala tuntutan, keperluan dan kehendak kajian. Umumnya daerah Batu Gajah dipilih kerana ia merupakan pusat pentadbiran dan Kolej Komuniti Batu Gajah barada di dalam daerah tersebut. Senarai kumpulan masyarakat yang terlibat dalam kajian ini adalah seperti berikut:1. Kakitangan Sektor Awam 2. Kakitangan Sektor Swasta 3. Golongan Peniaga 4. Usahawan 5. Pertubuhan/NGO 6. Pelajar 7. Pesara 8. Suri Rumah 3.2 Persampelan Populasi kajian adalah terdiri daripada komuniti sekitar Daerah Batu Gajah yang terdiri daripada pelbagai kumpulan masyarakat termasuklah kakitangan dalam perkhidmatan awam, swasta, pesara, pelajar, peniaga, suri rumah dan lain-lain yang merangkumi pelbagai bangsa. Keseluruhannya, sebanyak 500 borang soal selidik telah diedarkan berpandukan kaedah persampelan rawak mudah bersistematik. Namun pada akhir proses pengumpulan data, hanya sejumlah 236 responden 199 sahaja yang diterima dari kesemua kumpulan masyarakat yang terlibat dalam kajian ini. 3.3 INSTRUMEN KAJIAN Bagi mengumpulkan maklumat, satu set borang soal selidik telah diedarkan untuk dijawab oleh responden yang dipilih. Soalan-soalan yang dikemukakan dalam borang soal selidik merangkumi bentuk soalan tertutup. Selain itu, setiap soalan telah dirangka secara lebih ringkas dan tepat bagi mengelak berlakunya kekeliruan dan memberikan kesan ralat kepada hasil kajian nanti. Susunan soalan dibahagikan kepada 2 bahagian iaitu :3.3.1 Bahagian A : Maklumat Latar Belakang Responden Dalam bahagian ini responden diminta memberikan maklumat tentang latar belakang mereka yang terdiri daripada maklumat berkaitan jantina, etnik, umur, pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan dan status perkahwinan. 3.3.2 Bahagian B : Maklumat Cadangan Kursus Dalam bahagian ini pula, soalan telah dirangka untuk memperoleh maklumat asas berkaitan cadangan kursus yang dipohon oleh responden. Soalan telah dirangka kepada bebarapa bahagian utama iaitu: 1. Tempoh masa kursus 2. Hari yang sesuai berkursus 3. Anggaran harga kursus 4. Anggaran jam kursus 5. Faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus 6. Cadangan kursus yang mungkin diperlukan Maklumat daripada bahagian ini secara umumnya menggambarkan corak pemilihan cadangan kursus yang sesuai mengikut responden. 200 Bahagian B (i): Tempoh masa kursus Maklumat berkaitan tempoh masa kursus penting dalam usaha penyelidik untuk menafsirkan tempoh yang sesuai berkaitan kursus antaranya:1. Setengah hari 2. 1-2 hari 3. 3-4 hari 4. 7 hari Bahagian B (ii) : Hari sesuai berkursus Bagi menilai tahap kesesuaian hari bagi berkursus responden, bahagian ini telah dirangka untuk mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan hari berkursus sama ada hari bekerja (isnin-jumaat) atau hari cuti (sabtu & ahad). Bahagian B (iii) : Anggaran harga kursus Bagi memastikan responden menjadikan Kolej Komuniti sebagai pilihan pusat pembelajaran berterusan, maka soalan ini amat penting bagi mengetahui kadar harga yuran tidak termasuk kos bahan yang mampu dibayar. Antara maklumat harga yang dipohon untuk di pilih oleh responden adalah RM 5, RM 10, RM 15, RM 20, RM 30, RM 40 dan RM 50 dan ke atas. Bahagian B (iv) : Anggaran jam kursus Maklumat berkaitan anggaran jam berkursus amat penting bagi mengetahui tahap kesediaan responden dalam mengikuti sesuatu kursus yang dijalankan. Walaubagaimanapun anggaran jam berkursus bergantung dengan kursus yang akan dijalankan. Antara maklumat cadangan jam berkursus yang diminta adalah 5 jam, 10 jam, 15 jam, 20 jam, 25 jam dan 30 jam. 201 Bahagian B (v) : Faktor yang mempengaruhi pemilihan kursus Setiap responden mempunyai faktor yang berbeza dalam memilih kursus yang ingin diikuti di Kolej Komuniti. Sehubungan dengan itu, maklumat ini amat penting bagi penyelidik mengetahui apakah faktor yang mendorong responden memilih kursus di kolej komuniti. Antara faktor yang dikaji adalah: 1. Objektif program 2. Lokasi 3. Tarikh/tempoh 4. Harga 5. Kaitan dengan bidang tugas 6. Mencukupi 7 hari berkursus 7. Lain-lain Bahagian B (vi) : Cadangan kursus yang mungkin diperlukan Bahagian ini mengandungi soalan berkaitan dengan kursus yang diperlukan untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan di samping peluang untuk menjana ekonomi. Terdapat 4 kluster yang dikenalpasti iaitu Fesyen dan Pakaian, Terapi Kecantikan dan SPA, Komputer dan Teknologi Maklumat serta Katering dan Sajian. Setiap kluster mempunyai cadangan kursus yang mungkin diperlukan. Sebagai contoh bagi Kluster Fesyen dan Pakaian cadangan kursus yang ditawarkan: 1. Jahitan Baju Kurung/Baju Kebaya 2. Jahitan Baju Melayu 3. Jahitan Langsir 4. Sulaman Manik/Labuci/Reben/Felt Bagi kluster Terapi Kecantikan dan SPA pula, antara kursus yang dicadangkan adalah seperti : 1. Solekan Siang dan Malam 2. Normal Facial 3. Rawatan Alternatif- Akupuntur 4. Refleksologi 202 Antara kursus yang dicadangkan bagi Kluster Komputer dan Teknologi Maklumat adalah seperti : 1. Aplikasi Perisian Komputer (Word, Excel, Powerpoint) 2. Adobe Photoshop 3. Pembinaan Blog 4. Asas Fotografi dan Editing Bagi Kluster Katering dan Sajian, antara kursus yang dicadangkan seperti berikut: 1. Pelbagai jenis pembuatan kek 2. Pelbagai jenis pembuatan roti 3. Makanan sejuk beku 4. Pelbagai jenis masakan nasi Responden hanya perlu menyatakan sama ada Sangat Perlu (SP) , Perlu (P), Tidak Perlu (TP) dan Sangat Tidak Perlu (STP) bagi setiap kursus yang akan menggambarkan ke arah peningkatan kemahiran dan pengetahuan. 3.4 PENGALISAAN DATA Data yang telah diperoleh menggunakan borang soal selidik kemudiannya akan direkod dan dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Sciences 17.0 (SPSS 17.0). Penganalisaan deskriptif iaitu melibatkan dapatan min, peratusan serta frekuensi digunakan untuk menerangan taburan data. Manakala bagi tujuan analisa lanjutan, Ujian ANOVA (Analysis of Variance) dijalankan untuk melihat perkaitan antara angkubah terlibat. Ujian ‘t-test pula digunakan bagi tujuan melihat perbezaan faktor sosiodemografi iaitu jantina terhadap angkubah seperti kursus yang diminati di Kolej Komuniti Batu Gajah. 203 4.0 HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN Bab ini akan membincangkan hasil kajian yang telah dijalankan berdasarkan maklumat yang diperolehi daripada 236 responden di mana ia merangkumi bahagian-bahagian yang seperti berikut: Bahagian A : Latar Belakang Responden (Demografi) Bahagian B : Maklumat Cadangan Kursus Bahagian C : Analisis Ujian-T Sampel Bebas Pemilihan Kursus, Perspektif Responden Lelaki dan Perempuan Bahagian D : Analisis Varians (ANOVA) Faktor Pekerjaan Mempengaruhi Pemilihan Kursus 4.1 : Latar Belakang Responden (Demografi) Ciri-ciri demografi alah penting untuk diambilkira untuk mengenalpasti status semasa responden. Ciri-ciri demografi yang dikaji dalam penyeldikan ini adalah jantina, etnik, umur, pekerjaan, tahap pendidikan, pendapatan dan status perkahwinan. Kajian ini secara keseluruhanya telah melibatkan sejumlah 236 orang responden yang terdiri daripada 70 lelaki (29.7 %) dan 166 perempuan yang mewakili 70.3% dari jumlah responden terlibat. Dalam penyelidikan ini didapati, majoriti responden iaitu seramai 175 (74.2%) responden adalah terdiri dari bangsa melayu, dikuti dengan kaum cina seramai 30 (12.7%), 29 dari kaum India (12.3%) dan selebihnya adalah terdiri dari 2 responden dari etnik lain-lain bangsa (Rujuk Jadual 1). Hasil kajian juga memperlihatkan julat umur di kalangan responden adalah di antara 13 tahun hingga 61 tahun keatas. 36 (15.3%) daripada responden adalah terdiri dari lingkungan umur antara 13 tahun hingga 17 tahun, diikuti oleh 95 (40.3%) responden pada kelas umur 18 tahun hingga 30 tahun, 43 (18.2%) responden pada kelas umur 31 tahun hingga 40 tahun 204 tahun, 49 (20.8%) responden pada kelas umur 41 tahun hingga 50 tahun tahun, 10 (4.2%) responden pada kelas umur 51 tahun hingga 60 tahun tahun dan selebihnya iaitu sebanyak 3 (1.2%) adalah terdiri dari lingkungan umur 61 tahun dan keatas. Hasil kajian juga memperlihatkan bahawa kakitangan sektor awam menjadikan Kolej Komuniti sebagai institusi pengajian pilihan dimana seramai 77 (32.6%) responden terdiri daripada kakitangan kerajaan, 36 (15.3%) mewakili sektor swasta, 5 (2.1%) responden adalah pesara, 20 (8.5%) responden adalah berniaga/bekerja sendiri, pelajar sekolah/pelajar IPT seramai 74 (31.4%) dan selebihnya iaitu sebanyak 24 (10.1%) adalah terdiri daripada suri rumah/tidak bekerja. Falsafah Pendidikan Negara yang berasaskan kepada hasrat serta aspirasi negara memberi penekanan kepada usaha melahirkan insan berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis, yang boleh mencapai kesejahteraan diri dan memberi sumbangan kepada keharmonian dan kemakmuran masyarakat serta negara (Dasar Pendidikan Negara). Dari aspek penerimaan tahap pendidikan tertinggi yang pernah diterima oleh responden, tahap pendidikan yang tertinggi yang pernah diterima adalah dengan kelulusan ijazah Sarjana Muda dengan peratusan 11% iaitu seramai 26 orang, 19 (8.1 %) responden memiliki Diploma, 49 (20.8%) responden memiliki Sijil peringkat IPT, 110 (46.6%) responden memiliki SPM manakala selebihnya iaitu sejumlah 32 (13.6%)a adalah terdiri di kalangan mereka yang hanya mempunyai PMR. Dari sudut pendapatan pula didapati sebanyak 113 (47.9%) responden mempunyai pendapatan kurang RM1000, 80 (33.9%) responden memiliki pendapatan antara RM 1001 hingga RM 3000, 36 (15.3%) mempunyai pendapatan antara RM 3001 hingga RM 5000, 6 (2.5%) responden memiliki pendapatan sekitar RM 5001 hingga RM 7001 dan selebihnya hanya 1 (0.4%) mempunyai pendapatan melebihi RM 7001 dan keatas. 205 Di kalangan responden yang telah terlibat dalam kajian ini, didapati 44.1% responden adalah yang masih bujang iaitu seramai 104 orang, 50% iaitu seramai 118 responden sudah berkahwin dan selebihnya 5.9% iaitu 14 orang yang mewakili status bercerai, duda atau balu. Angkubah N= 236 Peratusan (%) Lelaki 70 29.7 Perempuan 166 70.3 Melayu 175 74.2 Cina 30 12.7 India 29 12.3 Lain-lain 2 0.8 13- 17 Tahun 36 15.3 18- 30 Tahun 95 40.3 31- 40 Tahun 43 18.2 41 – 50 Tahun 49 20.8 51 – 60 Tahun 10 4.2 61 Tahun dan keatas 3 1.2 Kerajaan 77 32.6 Swasta 36 15.3 Pesara 5 2.1 Jantina Etnik Umur Pekerjaan 206 Berniaga/Bekerja Sendiri 20 8.5 Pelajar Sekolah/IPT 74 31.4 SuriRumah/Tidak Bekerja 24 10.1 PMR 32 13.6 SPM 110 46.6 Sijil IPTA/IPTS 49 20.8 Diploma 19 8.1 Sarjana Muda 26 11.0 Kurang RM 1000 113 47.9 RM 1001 – RM 3000 80 33.9 RM 3001 – RM 5000 36 15.3 RM 50001 – RM 7000 6 2.5 RM 7001 – dan keatas 1 0.4 Bujang 104 44.1 Berkahwin 118 50.0 Duda/Janda/Balu 14 5.9 Tahap Pendidikan Pendapatan Status Perkahwinan Jadual 1 : Latarbelakang Responden 207 4.2: Maklumat Cadangan Kursus 4.2.1 Tempoh masa kursus Sesuatu kursus yang dijalankan biasanya mengikut modul pembelajaran yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan Kolej Komuniti Batu Gajah. Rajah 1 menunjukkan lebih daripada satu perdua responden memilih tempoh masa kursus antara satu hingga dua hari iaitu 52%. Sebanyak 24% memilih tempoh tiga hingga empat hari dan diikuti dengan responden yang memilih setengah hari iaitu sebanyak 19 %. Selebihnya sebanyak 5% responden memilih tempoh masa kursus tujuh hari. Rajah 1 208 4.1.2 Hari sesuai berkursus Rajah 2 Seramai 93 orang responden (39.4%) kajian menyatakan bahawa hari yang sesuai mengikuti kursus di Kolej Komuniti Batu Gajah adalah pada hari bekerja iaitu Isnin hingga Jumaat. Seramai 143 (60.6%) menyatakan hari sesuai berkursus adalah pada hujung minggu iaitu hari cuti Sabtu dan Ahad. Hal ini menunjukkan bahawa responden mengetahui fungsi pengoperasian Kolej Komuniti yang mampu menawarkan kursus di hujung minggu. 4.1.3 Angaran Harga Kursus Faktor pemilihan harga amat sinonim dengan Kolej Komuniti kerana pihak pengurusan Kolej Komuniti Batu Gajah sentiasa memberikan harga yang mampu dibayar oleh komuniti. (Rujuk Rajah 3). 209 Anggaran Harga Kursus 34.3 35 30 25 20 17.8 17.8 15.7 15 10 6.4 3 5 5.1 0 5 10 15 20 30 40 50 keatas Rajah 3 Seramai 42 orang responden (17.8%) menyatakan bahawa harga yang mampu mereka bayar bagi yuran kursus adalah sebanyak RM 5, 81 orang responden (34.3%) menyatakan sebanyak RM 10, 15 orang responden (6.4%) menyatakan RM 15, 42 orang responden (17.8%) menyatakan bahawa harga yang mampu mereka bayar bagi yuran kursus adalah sebanyak RM 20, 37 orang responden (15.7%) pula menyatakan mereka mampu dengan harga RM 30, 7 orang responden (3%) menyatakan sebanyak RM 40 dan selebihnya seramai 12 orang (5.1%) pula menytakan harga yuran kursus yang mampu mereka bayar adalah sebanyak RM 50 keatas. 210 4.1.4 Angaran Jam Kursus Rajah 4 Rajah 4 menunjukkan bahawa seramai 121 orang responden (51.3%) menyatakan yang mereka memilih anggaran jam yang mampu mereka jalani iaitu selama 5 jam. 66 orang responden (28%) menyatakan selama 10 jam dan 20 orang responden (8.5%) menyatakan selama 15 jam. Seramai 19 orang (8.1%) pula menyatakan anggaran jam yang mampu mereka ikuti adalah selama 20 jam, diikuti seramai 2 orang (0.8%) menyatakan selama 25 jam dan selebihnya seramai 8 orang responden (3.4%) menyatakan anggaran jam yang mampu mereka jalani adalah selama 30 jam. 211 4.1.5 Faktor Yang Mempengaruhi Pemilihan Kursus Rajah 5 Terdapat banyak faktor yang mempengaruhi responden untuk memilih sesuatu kursus di Kolej Komunti Batu Gajah. Berdasarkan Rajah 5, seramai 56 orang responden (24%) menyatakan yang objektif program sebagai faktor pemilihan kursus. Seramai 41 orang (17%) menyatakan lokasi sebagai pilihan, 28 orang (12%) memilih tarikh yang dicadangkan sebagai pilihan manakala seramai 49 orang (21%) menyatakan yang mereka memilih faktor harga yang berpatutan untuk mengikuti kursus. Seramai 41 orang (17%) menyatakan faktor berkaitan dengan bidang tugas sebagai pilihan, 16 orang responden (7%) pula menyatakan yang mereka memilih faktor mencukupi 7 hari berkursus khususnya bagi penjawat awam dan selebihnya 5 212 orang responden (2%) menyatakan faktor lain-lain bagi memilih kursus di Kolej Komuniti Batu Gajah. 4.3: Analisis Ujian-T Sampel Bebas Keperluan Kursus, Perspektif Responden Lelaki dan Perempuan Dalam analisis ini, kajian menetapkan Ho sebagai tidak terdapat perbezaan keperluan kursus antara lelaki dan perempuan. Ho : µ1 = µ2 - Tidak terdapat perbezaan yang signifikan keperluan kursus antara lelaki dan perempuan HA : µ1 ≠ µ2 – Terdapat perbezaan yang signifikan keperluan kursus antara pesert lelaki dan perempuan Ujian T (Independent Sample T- Test) 213 Jadual 2: Analisa T-test Perbezaan Min Angkubah Konstruk 1 (Fesyen & Pakaian) Perempuan 5.7286 Lelaki 3.3758 t statistic 5.382*** Konstruk 2 (Terapi Kecantikan & SPA) Perempuan 5.6571 Lelaki 3.1656 t statistic Konstruk 3 Maklumat) 6.187*** (Komputer & Teknologi Perempuan 3.5286 Lelaki 3.4753 t statistic 0.139 Konstruk 4 (Katering & Sajian) Perempuan 4.2143 Lelaki 2.5241 t statistic 4.534*** Nota: *P<.05, **P<.01, ***P<.001 214 Konstruk 1 (Fesyen & Pakaian) Ho1 : µ1 = µ2 HA1 : µ1 ≠ µ2 Berdasarkan Jadual 1, hasil ujian t yang dilakukan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemilihan kursus fesyen dan pakaian mengikut jantina responden kajian nilai min (t=5.382, p=0.000). Responden perempuan mempunyai nilai min pemilihan kursus Fesyen dan Pakaian yang lebih tinggi berbanding responden lelaki. Ini menunjukkan bahawa perempuan lebih berminat terhadap kursus Fesyen dan Pakaian berbanding lelaki. Kursus Fesyen dan Pakaian lebih diminati oleh perempuan kerana bidang ini sangat sesuai dengan mereka dan perempuan lebih mengikuti perkembangan fesyen terkini. Konstruk 2 (Terapi Kecantikan & SPA) Ho2 : µ1 = µ2 HA2 : µ1 ≠ µ2 Berdasarkan Jadual 1, hasil ujian t yang dilakukan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemilihan kursus Terapi Kecantikan & SPA mengikut jantina responden kajian nilai min (t=6.187, p=0.000). Responden perempuan mempunyai nilai min pemilihan kursus Terapi Kecantikan & SPA yang lebih tinggi berbanding responden lelaki. Ini menunjukkan bahawa perempuan lebih sinonim terhadap kursus Terapi Kecantikan & SPA berbanding lelaki. Kursus Terapi Kecantikan SPA lebih diminati oleh perempuan kerana bidang ini sangat relevan 215 dengan mereka dan perempuan lebih mementingkan kecantikan dan keterampilan serta mengikuti perkembangan terkini dalam dunia kecantikan. Konstruk 3 (Komputer & Teknologi Maklumat) Ho3 : µ1 = µ2 HA3 : µ1 ≠ µ2 Berdasarkan Jadual 1, hasil ujian t yang dilakukan mendapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemilihan teknologi maklumat mengikut jantina responden kajian nilai min (t=0.139, p=0.889). Hal ini menunjukkan bahawa tahap pengusaan kemahiran komputer & teknologi Maklumat bagi kedua-dua jantina adalah sama Konstruk 3 (Katering & Sajian) Ho4 : µ1 = µ2 HA4 : µ1 ≠ µ2 Berdasarkan Jadual 1, hasil ujian t yang dilakukan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemilihan kursus Katering dan Sajian mengikut jantina responden kajian nilai min (t=4.534, p=0.000). Hal ini jelas menunjukkan bahawa perempuan memang gemar memilih bidang Katering dan Sajian. Kursus Katering dan Sajian sentiasa menawarkan kursus yang berbentuk pelbagai aneka kek moden dan tradisional, pembuatan roti, pelbagai dessert dan masakan bersasakan nasi dan lain-lain. 216 4.4 : Analisis Varians (ANOVA) Faktor Pekerjaan Terhadap Pemilihan Kursus Jadual 3 : Analisa Analisis Varians (ANOVA) Perbezaan Min Angkubah Konstruk 1 (Fesyen & Pakaian) Kerajaan 4.2857 Swasta 4.8286 Pesara 2.2000 Berniaga/Bekerja Sendiri 2.0500 Pelajar Sekolah/IPT 4.6081 Suri Rumah/Tidak Bekerja 2.7500 Konstruk 2 (Terapi Kecantikan & SPA) Kerajaan 4.8421 Swasta 3.8056 Pesara 5.8000 Berniaga/Bekerja Sendiri 1.6500 Pelajar Sekolah/IPT 3.5972 Suri Rumah/Tidak Bekerja 3.5833 Konstruk 3 Maklumat) (Komputer & Teknologi Kerajaan 3.3067 Swasta 4.5526 Pesara 5.0000 Berniaga/Bekerja Sendiri 2.4500 Pelajar Sekolah/IPT 3.3472 Suri Rumah/Tidak Bekerja 3.4583 Konstruk 4 (Katering & Sajian) Nilai P Nilai F 0.003** 3.746 0.001*** 4.582 0.051 2.243 0.013* 2.977 217 Kerajaan 3.1948 Swasta 4.1944 Pesara 3.6000 Berniaga/Bekerja Sendiri 2.1000 Pelajar Sekolah/IPT 2.8784 Suri Rumah/Tidak Bekerja 1.8333 Nota: *P<.05, **P<.01, ***P<.001 Konstruk 1 (Fesyen & Pakaian) Ho1 : µ1 = µ2 = µ3 = µ4 = µ5 = µ6 HA1 : µ1 ≠ µ2 ≠ µ3 ≠ µ4 ≠ µ5 ≠ µ6 Berdasarkan Jadual 2, hasil ujian ANOVA yang dilakukan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemilihan kursus Fesyen dan Pakaian mengikut kategori pekerjaan responden kajian (p=0.003, f=3.746). Responden yang bekerja dalam sektor swasta mempunyai nilai min pemilihan kursus Fesyen dan Pakaian yang lebih tinggi berbanding responden dalam sektor pekerjaan lain. Ini menunjukkan bahawa kakitangan sektor swasta lebih berminat terhadap kursus Fesyen dan Pakaian berbanding sektor lain. Konstruk 2 (Terapi Kecantikan & SPA) Ho2 : µ1 = µ2 = µ3 = µ4 = µ5 = µ6 HA2 : µ1 ≠ µ2 ≠ µ3 ≠ µ4 ≠ µ5 ≠ µ6 218 Berdasarkan Jadual 2, hasil ujian ANOVA yang dilakukan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemilihan kursus Terapi Kecantikan & SPA mengikut kategori pekerjaan responden kajian (p=0.001, f=4.582). Responden pesara mempunyai nilai min pemilihan kursus Terapi Kecantikan & SPA yang lebih tinggi berbanding responden dalam sektor pekerjaan lain. Ini menunjukkan bahawa golongan pesara sama ada pesara kerajaan atau swasta lebih cenderung memilih kursus Terapi Kecantikan & SPA berbanding lain. Kecantikan dan Kesihatan mungkin menjadi faktor terhadap pemlihan golongan pesara keatas kursus ini. Konstruk 3 (Komputer dan Teknologi Maklumat) Ho3 : µ1 = µ2 = µ3 = µ4 = µ5 = µ6 HA3 : µ1 ≠ µ2 ≠ µ3 ≠ µ4 ≠ µ5 ≠ µ6 Berdasarkan Jadual 2, hasil ujian ANOVA yang dilakukan mendapati bahawa tiada perbezaan signifikan terhadap pemilihan kursus Komputer dan Teknologi Maklumat mengikut kategori pekerjaan responden kajian (p=0.051, f=2.243). Kesemua kategori pekerjaan mempunyai tahap penguasaan kursus ini yang hampir sama. Konstruk 4 (Katering dan Sajian) Ho2 : µ1 = µ2 = µ3 = µ4 = µ5 = µ6 HA2 : µ1 ≠ µ2 ≠ µ3 ≠ µ4 ≠ µ5 ≠ µ6 219 Berdasarkan Jadual 2, hasil ujian ANOVA yang dilakukan mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dalam pemilihan kursus Katering dan Sajian mengikut kategori pekerjaan responden kajian (p=0.013, f=2.977). Responden yang bekerja dalam sektor swasta mempunyai nilai min pemilihan kursus Katering dan Sajian yang lebih tinggi berbanding responden dalam sektor pekerjaan lain. Hal ini mungkin berlaku kerana peluang bagi golongan ini untuk mencari pendapatan tambahan serta peluang peningkatan kemahiran bagi mereka yang mempunyai kaitan dengan tugas 5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN 5.1 Rumusan dan Kesimpulan Bersandarkan dapatan daripada kajian ini, beberapa penemuan penting boleh menggambarkan fenomena permintaan kursus yang sedang berlaku di kalangan responden yang terlibat. Fenomena permintaan dalam kajian ini kepada suatu keadaan semasa yang boleh mendorong lebih merujuk kepada komuniti untuk mencari kursus yang sesuai. Antara hasil kajian utama yang mencerminkan status permintaan kursus adalah berdasarkan objektif kursus atau tentatif kursus tersebut yang mana hampir 24% responden menyatakan pemilihan kursus berdsarkan objektif atau silibus kursus berkenaan. Disamping itu juga faktor harga juga memainkan peranan penting dalam pemilihan kursus di Kolej Komuniti Batu Gajah. Kadar yuran yang rendah antara institusi kemahiran yang lain menjadi faktor pemilihan Kolej Komuniti Batu Gajah sebagai tempat mencari peluang peningkatan kemahiran . 220 Daripada aspek pekerjaan, golongan swasta dilihat mendominasi permintaan kursus berkaitan Fesyen dan Pakaian serta Katering dan Sajian. Hal ini menunjukkan golongan ini mencari peluang bagi menambah pendapatan serta ilmu kemahiran dalam bidang tersebut. Kedua-dua cabang kursus ini sentiasa mendapat permintaan yang tinggi dikalangan masyarakat. Selain itu, golongan pesara juga dilihat sentiasa mencari peluang kursus yang berkaitan kecantikan dan kesihatan. Hal ini jelas menunjukkan walaupun sudah bersara, faktor usia bukan penghalang kepada aktivit kecantikan dan kesihatan, malah peluang berkursus di Kolej Komuniti Batu Gajah lebih baik berbanding dengan premis-premis yang menyediakan kursus seumpama ini yang mana harganya jauh lebih rendah berbanding yang lain. Secara keseluruhannya, hasil analisis yang telah dijalankan, didapati tahap kesedaran dan peluang kearah peningkatan kemahiran komuniti sekitar daerah Batu Gajah berada di tahap yang baik. Komuniti sekitar dearah Batu Gajah mula melihat kearah fungsi dan kewujudan Kolej Komunii Batu Gajah yang mampu membawa mereka ke arah peningkatan taraf hidup yang lebih baik. Dari aspek perbezaan gender pula, responden perempuan lebih cenderung untuk skor yang lebiih tinggi berbanding lelaki kecuali bagi angkubah Kursus Komputer dan Teknologi Maklumat yang mana dapat dilihat tahap penguasaan kedua-dua gender adalah hampir sama. 221 5.2: Implikasi dan Cadangan Hasil dapatan kajian ini telah memberi beberapa maklumat penting kepada Kolej Komuniti Batu Gajah khususnya Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat tentang keperluan komuniti terhadap kursus-kursus yang dijalankan. Sehubungan dengan itu, diharapkan melalui dapatan kajian ini dapat membantu dan mendorong Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Batu Gajah merangka dan merancang kursus- kursus yang sesuai dengan permintaan komuniti agar mereka dapat meningkatkan taraf sosioekonomi dan peluang peningkatan kemahiran yang lebih luas dalam menghadapi era globalisasi yang mencabar. Penyelidik mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil untuk penambahbaikan dalam merangka dan merancang kursus dalam kalangan komuniti sekitar dearah Batu Gajah iaitu: 1. Mengadakan program promosi yang lebih banyak khususnya dalam menerangkan fungsi penubuhan kolej komuniti sebagai hub pembelajaran sepanjang hayat. Antara contoh program yang boleh dirancang termasuklah “kolej komuniti dekat dihati” yang membawa peranan kolej kepada masyarakat sekitar sama ada di kampung ataupun bandar tanpa mengira latar belakang. 2. Memperbanyakkan konsep NBOS (National Blue Ocean Strategy) antara pelbagai agensi kerajaan, swasta, pertubuhan, badan-badan bukan kerajaan (NGO) dan komuniti sekitar dalam usaha berkolaborasi dalam merangka dan melaksanakan inisiatif-inisiatif Strategi Lautan Biru yang kreatif dan bersifat transformatif kepada negara. Sebagai contoh, prasarana luar bandar dibina dengan lebih pantas, sukarelawan belia 222 digerakkan untuk usaha-usaha pembangunan bangsa dan negara dan masyarakat bandar serta luar bandar mendapat manfaat daripada akses yang lebih luas kepada peluang ekonomi, sosial dan pendidikan. RUJUKAN Hussin, H. (2012). Kerjasama Asean Dalam Program Profesional: Satu Kajian Pembangunan Kurikulum Pembelajaran Sepanjang Hayat. UTeM PJP/2010/PBPI/S806. Khalid Husseine Bin Tuah, M. B. (2014). Faktor-Faktor Pendorong Pembelajaran Sepanjang Hayat Untuk Kursus Secara Sambilan Di Politeknik Kuching Sarawak. Malaysia, K. P. (2011). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara Fasa 2 (2011-20150: Mencetus Tranformasi Pengajian Tinggi. KPTM. Mimi Mohaffyza binti Mohamad, C. M. (2009). Keperluan Pembelajaran Sepanjang Hayat Bagi Tenaga Pengajar Di Institut Latihan Kemahiran Di Malaysia. Proceedings of the Malaysian Technical Universities Conference on Engineering and Technology (MUCEET) 2009 (pp. 613-623). Universiti Malaysia Pahang (UMP). Mohd Nor bin Ihkasan, N. B. (2012). Kesediaan Pensyarah Terhadap Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat Melalui Kursus Jangka Pendek Di Kolej Komuniti. Persidangan Kebangsaan Penyelidikan dan Inovasi Dalam Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional CIE-TVT 2012. Politeknik Nilai, Negeri Sembilan: UTHM. Rizarina Ekhwan, S. H. (2013). Program Kursus Pendek Di Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Ledang: Satu Kajian Demografi. 13th Simposium Kebudayaan Indonesia Malaysia (SKIM). Universitas Padjadjaran Jatinangor Campus. 223 224 MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGINGAT DO’A QUNUT DALAM TOPIK AMALI SOLAT DENGAN MENGGUNAKAN TEKNIK MNEMONIK DIKALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH SANIAH BT. MOHAMMED SHAHID1, NOR HASIAH BT. MOHD SAID2, ZAHARAH BT. ALANG AHMAD3 [email protected], [email protected], [email protected] Kolej Komuniti Chenderoh Abstrak Pendidikan Islam adalah merupakan satu mata pelajaran yang sangat penting untuk melahirkan generasi yang berilmu, beramal dan berakhlak. Dalam mata pelajaran Pendidikan Islam banyak menggunakan kaedah menghafal dan mengingat serta memahami sesuatu isi pelajaran. Jesteru itu, satu kajian telah dilakukan terhadap 20 orang pelajar semester 1 kelas SKU di Kolej Komuniti Chenderoh Sesi Januari 2013 yang dikenal pasti tidak dapat menghafal doa Qunut dengan baik dan lancar. Tinjauan masalah yang dilakukan adalah melalui temubual bersama pelajar-pelajar, pemerhatian, senarai semak dan ujian pra lisan. Hasilnya, didapati dua puluh orang murid ini tidak dapat menghafal dan mengingat doa Qunut ini dengan baik dan lancar. Bagi mengatasi masalah ini satu kajian menggunakan teknik mnemonik telah dilakukan untuk meningkatkan tahap penguasaan dan minat pelajar dalam menghafal doa Qunut. Selepas segala perlaksanaan dilakukan, pengumpulan data melalui pemerhatian, dan temu bual dan ujian pos lisan dilakukan. Hasil analisis menunjukkan berlakunya peningkatan dari segi tahap penguasaan pelajar Kolej antara ujian pra dan pos dengan nilai minimum dari 40% hingga 90%. Kata kunci : Teknik mnemonik, menghafal Doa Qunut, 225 I. PENGENALAN Di dalam dunia globalisasi dan penuh cabaran pada masa kini, persaingan yang wujud bukan sahaja dari segi keperluan mahupun material tetapi juga dari segi mental dan intelektual. Dalam hal ini, individu perlu memacu hidup ke hadapan dengan lebih dinamik dan pantas demi mencapai kejayaan dan berada sebaris dalam kalangan cendekiawan. Rosni (2012) berpandangan kekurangan aktiviti menghafal dalam pengajaran menjadi antara faktor utama masalah pembelajaran di Kolej Komuniti. Kekangan ini menyebabkan pelajar kurang upaya dan seterusnya pelajar tidak dapat membina ilmu yang berterusan. Tidak dinafikan bagi seseorang pelajar yang mengambil mata pelajaran Pendidikan Islam harus memiliki kemahiran menghafal, memahami dan mengingati. Namun, setiap pelajar juga perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam diri bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya pembelajaran yang berbeza bergantung kepada keadaan minda dijana dan dimanipulasi (Zaida,2002) Konsep gaya pembelajaran turut disentuh oleh Syed & Ahmad dalam petikannya: "Dalam konteks memahami sifat murid, gaya pembelajaran menjadi indikator bagaimana seseorang murid belajar dan cara belajar yang digemari” (Syed&Ahmad,2011:225) Namun, dalam kesungguhan usaha tersebut masih terdapat kelompok individu yang berhadapan dengan masalah di dalam pembelajaran yang mana menyebabkan usaha mereka untuk maju ke hadapan sedikit terencat dan agak perlahan terutamanya permasalahan di dalam mengingati fakta-fakta dalam mata pelajaran tertentu. 226 Keadaan ini tidak boleh dibiarkan berterusan membelenggu pelajar-pelajar dan harus di tangani dengan kadar segera agar proses pembelajaran dapat berlangsung dengan baik dan menarik seterusnya dapat bersaing meneraju dunia bersama-sama. Melalui kajian awal yang dilakukan terhadap pelajar Sijil Kulinari semester 1 Kolej Komuniti Chenderoh mendapati bahawa persepsi pelajar terhadap Pendidikan Islam adalah agak pasif. Setiap pelajar perlu mempunyai daya kemahiran mengingat bagi memudahkan proses pembelajaran dalam kehidupan. Mengingat adalah salah satu kemahiran yang boleh dipelajari dan dipupuk dalam diri bukannya bakat atau anugerah semula jadi seseorang. Gaya pembelajaran seseorang pelajar adalah berbeza dengan pelajar yang lain. Ada yang lebih gemar belajar secara sendiri, berkumpulan, pemerhatian, kajian, perbincangan, dalam keadaan sunyi atau bising dan pelbagai gaya pembelajaran lain yang tidak disebutkan. Di bawah konteks psikologi pendidikan, gaya pembelajaran ialah cara seseorang pelajar memberi tumpuan dan tindakan untuk memproses dan memperolehi maklumat, ilmu atau pengalarnan yang baru. Kesemua gaya-gaya pembelajaran yang dinyatakan pasti melibatkan proses mengingat. Ini menunjukkan kemahiran mengingat adalah satu kemahiran yang sangat penting yang harus ada di dalam diri seorang pelajar khususnya dan manusia amnya. Terdapat pelbagai kaedah dan teknik yang diamalkan dalam proses meningkatkan kemahiran mengingat di dalam pembelajaran sebagai usaha untuk meningkatkan kefahaman dan mengingati faktafakta penting. Hal ini kerana manusia mempunyai ingatan yang terbatas dan tidak mampu untuk mengingati semua perkara di dalam kehidupan dalam satu-satu masa. Namun begitu, permasalahan ingatan manusia yang terbatas ini boleh diatasi dan ditingkatkan melalui kemahiran mengingat dan latihan yang bersistematik. Melalui kajian yang dilakukan oleh Scoot,Richard &Kelly (1982) mendapati bahawa kanak-kanak memperoleh pembelajaran dengan lebih tersusun dan pembelajaran yang strategik dapat dicapai apabila memahami dan menggunakan strategi mnemonik. 227 Justeru, perancangan kajian ini dilakukan adalah untuk mengetahui bagaimana untuk meningkatkan kemahiran mengingat dan seterusnya mengamalkan teknikteknik dan kaedah yang digunakan untuk meningkatkan kemahiran mengingat pelajar di dalam pembelajaran. Perkembangan kemahiran pelajar Kolej Komuniti dalam membina strategi pembelajaran yang kukuh amat penting kerana pada peringkat ini keseimbangan pencapaian pendidikan dan penerimaan terhadap ilmu adalah pada tahap yang sama. Pelajar perlu menguasai dan menghalusi beberapa kemahiran yang khusus di alam pengajian. Tanpa penguasaan ini, maka mereka akan gagal seterusnya membawa rasa rendah diri dan tiada keupayaan (Haliza,Joy&Rafidah:2008) Mata pelajaran Pendidikan Islam di Kolej Komuniti diajar secara asas tanpa melibatkan jumlah kredit yang panjang. Daripada perspektif penulis, ini menunjukkan bahawa apa yang telah dipelajari oleh pelajar hanya kekal dalam ingatan jangka pendek mereka sahaja iaitu keupayaan terhadnya pada satu masa. Pengajaran yang telah disampaikan itu tidak masuk dalam ingatan jangka panjang mereka iaitu keupayaan yang tidak terhad, boleh menyimpan maklumat dalam ingatan dan dilupa secara beransur. Menurut Kamarudin (2010) mengatakan bahawa : "ingatan merujuk kepada masa silam yang melibatkan aktiviti mengenalpasti maklumat yang telah diperoleh, dialami, kelas yang telah dibentuk, hubungan dan sistem yang telah diperoleh, transformasi yang dilakukan, kesan dan implikasi yang telah dibuat dan sebagainya". Lupaan merupakan satu kejadian biasa. Antara sebab manusia boleh lupa ialah ketiadaan saranan dan peredaran masa. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar sentiasa didedahkan dengan maklumat yang baru dan mereka akan memberi fokus kepada maklumat baru. Maklumat yang baru ini akan mengambil alih tempat maklumat lama dan menyebabkan ingatan lama mula mereput. Walau bagaimanapun, strategik dan pendekatan tertentu boleh digunakan untuk membantu kita dan pelajar mengingat maklumat yang banyak dan kurangkan 228 lupaan. Satu cara untuk mengurangkan lupaan ialah guru atau pensyarah harus menjadikan pembelajaran sesuatu yang memberangsangkan. Secara rasionalnya kajian ini dijalankan adalah bertujuan mencadangkan pendekatan kaedah mnemonik sebagai salah satu kemahiran menghafal yang digunakan bagi meningkatkan pencapaian pelajar, khususnya bagi pelajar Sijil Kulinari Kolej Komuniti Chenderoh. II. PERMASALAHAN MELALUI KAJIAN Hafalan atau mengingat merupakan satu aktiviti pembelajaran dan pengajaran yang banyak menggunakan ingatan secara langsung. Teknik ini penting untuk menguat dan mengimbangkan ingatan. Pada masa yang sama, kaedah ini juga memerlukan kesungguhan dan ketekunan bagi mengingati apa yang dipelajari. Dengan kesungguhan dan ketekunan, kaedah ini membolehkan apa jua yang dipelajari dapat dikeluarkan dengan lengkap (Ahmad,2003:185) Sebelum menghafal sesuatu, seseorang itu perlu memahami apa yang dipelajarinya terlebih dahulu. Dalam hal ini guru atau pensyarah merupakan orang yang amat penting dalam menerangkan dalam hal tersebut. Setelah memahami setiap pembelajaran yang dipelajarinya, barulah kaedah hafalan digunakan (Ab.Halim, Kamarul Azmi, 2007:280) Berdasarkan kepada pemerhatian didapati ramai pelajar yang tidak dapat mengingati keseluruhan bacaan doa Qunut dengan susunan baris ayat yang betul. Jesteru itu, satu kaedah mengingat atau menghafal doa Qunut telah dicipta menggunakan teknik mnemonik. III. SOROTAN KAJIAN Dapatan kajian yang dijalankan oleh Mohammad Amiryousefr dan Saed Ketabi (2011). Didalam kajian tersebut menyatakan bahawa kaedah Mnemonik boleh membantu pelajar daripada pelbagai peringkat sama ada pra sekolah, 229 sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi untuk lebih cepat mengingat semua maklumat yang sering digunakan dan maklumat yang diperlukan segera. Menurut Yates (1966) melalui bukunya yang bertajuk “The Art of Memory” menyatakan ; It is not difficult to get hold of the general principles of the mnemonic. The first stepwas to imprint on the memory a series of loci or places. Kenyataan di atas menyatakan bahawa tidak sukar untuk berpegang kepada prinsip asas mnemonik. Asas pertama ialah untuk mengingat urutan sesuatu perkara. Kemahiran mengingat ialah proses pembelajaran yang berkaitan dengan kefahaman dan penggunaan deria dengar dan deria lihat yang baik. Kemahiran mengingat juga ialah proses mengingat kembali dengan menyebut atau menulis fakta dan kejadian yang telah berlaku selepas beberapa jam. Antara kaedah yang digunakan untuk meningkatkan ingatan ialah menggunakan alat bahan bantu mengajar, bahan pengajaran yang bermakna, isi pelajaran teratur dan baik, mengulang isi pelajaran waktu rehat dalam pembelajaran, pengelolaan pembelajaran, mengaitkan pembelajaran dengan kehidupan sebenar membuat latih tubi mempraktik ilmu dan menggunakan kaedah mnemonik. IV. FOKUS KAJIAN Kajian dijalankan adalah melibatkan Konsep Ibadah dalam Ibadah-ibadah Khusus. Tahap hafalan pelajar diuji berkenaan dengan amali solat subuh bahagian doa Qunut melalui kaedah mnemonik. Ini kerana doa Qunut adalah merupakan bacaan sunat yang diberatkan. Jika tertinggal doa Qunut menyebabkan kita perlu melakukan sujud sahwi bagi menampung kekurangan rukun fi’linya. Sehubungan dengan itu, rukun-rukun yang berkaitan dengan ibadah solat sangat dititikberatkan dan diteliti bentuk bacaannya untuk dibentuk menjadi satu kaedah mengingat yang mudah dikalangan pelajar Kolej Komuniti Chenderoh. 230 V. OBJEKTIF KAJIAN Objektif Umum Secara amnya kajian tindakan ini adalah untuk membantu pelajar meningkatkan kebolehan menghafal secara efektif. Objektif Khusus Meningkatkan kebolehan pelajar mengingat bacaan doa Qunut didalam solat subuh dengan menggunakan teknik mnemonik. VI. KUMPULAN SASARAN Sasaran ini ialah seramai 20 orang responden dari program Sijil Kulinari semester 1 ambilan Januari 2013 yang mengambil Pendidikan Islam 1 (SKW1011) bagi Program Sijil Wajib Kolej VII. KAEDAH PERLAKSANAAN a) Tinjauan Masalah Kajian awal dilaksanakan bagi melihat kebolehingatan pelajar terhadap bacaan doa Qunut didalam solat subuh, seterusnya melihat keberkesanan kajian tindakan ini dalam membantu para pelajar untuk mengingat. Pemerhatian Berdasarkan pemerhatian dan ujian pra yang diberi oleh pengkaji di dalam kelas, didapati para pelajar sukar untuk menghafal bacaan doa Qunut dalam solat subuh miskipun diberi masa yang sangat panjang untuk menghafal. 231 b) Mengajar Teknik Mnemonik Pelajar-pelajar diajar menggunakan teknik mnemonik untuk mengingati barisbaris ayat dalam bacaan doa Qunut. Masa untuk sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini dibuat selama satu jam. Satu jam seterusnya diberikan kepada pelajar untuk menghafal. c) Pemerhatian dan Ujian Post Dalam sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P), para pelajar telah diberikan masa satu jam untuk menghafal doa Qunut mengikut susunan baris ayat yang betul.. Analisa Ujian Post Setiap pelajar diberikan satu set ujian Post (Lampiran A). Ujian Post ini digunakan bagi melihat keberkesanan kaedah mnemonik dalam membantu pelajar mengingat bait-bait baris ayat dalam bacaan doa Qunut dalam topik konsep ibadah (amali solat). Para pelajar dikehendaki membaca doa qunut yang telah dihafal dihadapan pengkaji. Dari pemerhatian, hanya seorang sahaja yang dapat menghafal dengan tepat dan sempurna, yang selebihnya gagal Hasil dapatan ujian Post direkodkan seperti Jadual 1. Jadual 1: Perbandingan Markah Ujian Pra dan Ujian Pos bagi responden Uijan Pra Responden Ujian Pos Markah (%) A1 40 75 A2 50 80 A3 30 70 A4 75 100 A5 60 80 232 A6 55 80 A7 45 75 A8 40 80 A9 45 70 A10 35 70 A11 40 75 A12 50 80 A13 30 80 A14 60 90 A15 55 80 A16 45 90 A17 40 75 A18 30 65 A19 45 80 A20 35 85 233 Gambarajah 1: Analisa Ujian Pra dan Ujian Post VIII. PERNYATAAN MASALAH Pemahaman, menghafal dan mengingat memerlukan pembelajaran yang berterusan dan diperkayakan dengan kaedah yang menarik terhadap setiap yang dipelajari dari masa ke semasa. Dalam arena pendidikan, asas strategi pembelajaran merupakan medium yang utama bagi memastikan pelajar mampu mendapatkan informasi, memproses, menerima dan menyimpan dengan jangka masa yang panjang. Perkembangan konteks pemahaman terhadap suatu ilmu baru tanpa mengabaikan apa yang telah dipelajari adalah lebih berkesan. Pada umumnya, strategi mengingat merupakan salah satu strategi pembelajaran Pendidikan Islam. Strategi ini membolehkan pelajar memperoleh maklumat yang diperolehi secara mudah (Nurazan,2004) Eid (2012) mendapati bahawa strategi pembelajaran pendidikan Islam membantu pelajar meningkatkan kemahiran secara efektif. Menurut Norhayuza, kajian tentang ingatan dikatakan kurang mendapat perhatian pengkaji-pengkaji manakala kajian terhadap doa Qunut hampir langsung tiada dijalankan. 234 Melalui kajian Bhasah yang dilakukan terhadap pelajar mengorganisasikan faktafakta untuk memudahkan ingatan. Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima perubahan dalam mengingat do’a Qunut IX. DEFINISI OPERASI Kaedah Mnemonik Mnemonik mempunyai pelbagai tafsiran makna. Menurut Mohammad & Saed (2011) perkataan mnemonik ini adalah berasal daripada bahasa Greek iaitu Mnemosyne iaitu yang banyak berkaitan dengan pemikiran atau minda. Merujuk kepada kamus Oxford (1340:1973) mnemonik bermaksud kemahiran mengingat dengan menggunakan prinsip asosiasi iaitu maklumat yang ingin diingati dikaitkan dengan maklumat yang lain yang mudah diingat (Suwito,295:2005). Kaedah mnemonik bermaksud mengorganisasikan fakta-fakta untuk memudahkan ingatan. Ingatan merupakan proses kebolehan manusia untuk menerima maklumat, memproses, dan menyimpannya dalam otak kemudian mengeluarkannya ketika diperlukan. Jefrey& Cynthia (2011) menjelaskan bahawa mnemonik adalah suatu cara untuk meningkatkan memori dan membina maklumat dengan lebih berkesan. Ia berfungsi sebagai medium untuk merekod maklumat supaya lebih tersusun. Gaya pembelajaran teknik mnemonik terbahagi kepada tiga gaya pembelajaran iaitu mnemonik peg, mnemonik berkaitan dan mnemonik kata kunci. Teknik mnemonik peg ialah mengambil huruf awalan dan mencantumkannya menjadi satu perkataan yang mudah diingat. Teknik mnemonik berkaitan pula ialah membina satu ayat lain berdasarkan huruf awalan bagi rangkai kata yang ingin dingati. Kaedah mnemonik yang seterusnya ialah kata kunci. Carter (1998) berpendapat pada peringkat asas pembelajaran, sesuatu perkataan itu tidak dapat diingati secara efektif dengan menggunakan konteks ayat dan mesti digunakan perkataan tunggal atau berpasangan. ialah kata yang terdengar seperti kata baru dan mudah digambarkan. Kemudian diciptakan sebuah gambar atau bayangan dari kata kunci dan definisi tersebut bersama. Hal tersebut penting ketika saling berinteraksi dan tidak 235 ditampilkan dalam gambar atau bayangan yang sama. Teknik mnemonik kata kunci adalah kaedah yang lebih banyak digunakan dalam pembelajaran bahasa, pembaca yang lemah dan golongan orang yang kurang berupaya. Mereka mengingati sesuatu dengan mencipta formula yang mana formula tersebut menjadi kata kunci untuk mengingat. Teknik mnemonik terbahagi kepada beberapa jenis iaitu teknik hubungan/rantaian, teknik kata gantian, teknik anekdot, teknik lokasi, akrostik dan akronim. hubungan/rantai Iokasi akrostik an Teknik Mnemonik anekdot Kata gantian akronim hubungan/rantaian Gambarajah 2: Jenis-jenis Teknik Mnemonik Teknik hubungan/rantaian — Menghubungkan adalah satu proses mengaitkan atau mengasosiasikan satu perkataan dengan perkataan yang lain melalui sebuah aksi atau gambaran. Teknik ini biasa digunakan dengan sistem kata penanda untuk mengingatkan serangkaian informasi dalam urutan tertentu. Teknik ini sesuai untuk mengingati suatu senarai yang panjang. la melibatkan imaginasi atau gambaran mental secara aktif. Teknik ini membayangkan sesuatu objek secara reguan yang sedang berinteraksi. Hubungan yang dibentuk tidak perlu logik ataupun realistik asalkan kata hubungan itu dapat membantu mengingat sesuatu fakta. Teknik kata gantian — Teknik ini digunakan untuk perkara abstrak yang sukar diingat. la melibatkan penggunaan imej yang timbul daripada kata ajuk dan membayangkan suatu imej yang konkrit. Teknik anekdot — Teknik yang menggunakan cerita pendek dan lucu untuk memudahkan proses ingatan dan menghubungkaitkannya dengan kata kuncinya 236 sahaja. Contohnya: apabila menggunakan perkataan yang berkaitan mengenai amali solat: Kata Kunci Langkah Penyelesaian Masalah Do’a Da Qunut Ku Memang Mengingat sampai dapat Mudah Menghafal sampai lancar Pun Periksa jawapan Jadual 2. Contoh kata kunci menggunakan teknik anekdot. Teknik lokasi — Teknik ini juga dikenali sebagai kaedah tempat dan berdasarkan dua cantuman unsur iaitu imej dan tempat. Teknik ini dilakukan dengan mengingati sesuatu lokasi dan dikaitkan dengan maklumat yang hendak diingati. Beberapa langkah perlu diambil untuk menggunakan teknik ini iaitu membayangkan beberapa lokasi yang tersusun dalam satu jalinan. Kemudian lokasi hendaklah dibayangkan dengan jelas dalam ingatan. Satu imej dibayangkan bagi satu kata kunci daripada senarai maklumat yang telah dibuat. Senarai maklumat yang abstrak perlu dikonkritkan terlebih dahulu. Imej dihubungkan dengan lokasi yang telah dibayangkan dalam ingatan. Satu imej adalah untuk satu lokasi. lmej dan lokasi dikaitkan mengikut urutan. Hal ini dilakukan secara mental dengan mengasosiasikan setiap informasi yang diperlukan. Gambarajah 3 . Zoo-(zirafah, harimau, buaya) 237 Pasar - ( kobis, sawi, kentang, timun ) Hospital - ( doktor, jururawat, ambulans ) Rumah - ( basikal, emak, ayah, adik, kakak ) Teknik akrostik — Kata akrostik berasal daripada perkataan Perancis iaitu acrostiche dan daripada Yunani iaitu akrostichis yang bermaksud sebuah sajak yang huruf awal barisnya menyusun sebuah atau beberapa perkataan. Menurut Sutisno, akrostik adalah menggunakan setiap huruf pertama daripada perkataan dan suku kata menjadi suatu ayat. Menurut Markowitz, akrostik adalah susunan perkataan yang tidak semestinya menggunakan huruf pertama dan tidak menghasilkan singkatan dalam bentuk satu perkataan tetapi diingat dalam bentuk ayat atau frasa tertentu. Kesimpulannya, teknik akrostik adalah cara yang dilakukan oleh guru untuk memudahkan pelajar mengingat suatu fakta dengan cara menggunakan huruf awal, tengah atau akhir dalam suatu perkataan atau frasa tertentu. Contohnya seperti mengingat turutan warna-warna pelangi dengan menggunakan perkataan mejikuhibiinu iaitu asfar, ahmar, abyadh, akhdhar, aswad, azraq, binafsajiy. (Biazasakabahas). Akronim — Teknik ini seakan-akan teknik akrostik. Akronim adalah sejenis kata singkatan. Teknik ini membentuk akronim dengan menggunakan setiap huruf awal daripada satu ayat untuk membentuk perkataan baru. Walaupun teknik ini mudah untuk dihafal, namun terdapat beberapa kelemahan iaitu teknik ini hanya sesuai untuk perkataan yang mudah dihafal tetapi bukan untuk tujuan pemahaman sesuatu fakta. Selain itu, tidak semua ayat mudah dibentuk menjadi dalam bentuk yang lebih mudah di ingat. Contohnya: UAAIH 238 IX. KAJIAN MNEMONIK DALAM PEMBELAJARAN AMALI SOLAT SUBUH (DOA QUNUT ) Dalam pembelajaran amali solat subuh mengenai tahap hafalan doa Qunut di Kolej Komuniti Chenderoh, pelbagai konsep perlu diperkayakan bagi meningkatkan kefahaman pelajar. Kelemahan dalam penguasaan menghafal berpunca dari daya ingatan yang tidak Mnemonik, seperti yang telah dibahaskan diatas adalah salah satu stategi pembelajaran yang efektif. Menurut Suwito (2005) kaedah ini mempunyai kaitan yang sangat erat dengan asosiasi, iaitu mengaitkan dengan peristiwa, objek dan subjek dengan peristiwa lain. Jika dilihat dari sudut kajian terhadap keberkesanan mnemonik dalam pembelajaran amali solat subuh, terdapat beberapa kajian yang membahaskan mengenainya. Antaranya ialah kajian yang dijalankan oleh Muhammadul Bakir (2007) yang menyatakan bahawa kaedah ini boleh dijadikan salah satu kaedah pembelajaran amali solat subuh yang berkesan. Mohd Daud (1989) melalui kajiannya menyatakan bahawa terdapat kolerasi yang sederhana di antara metaingatan dengan pencapaian. Ini menunjukkan metaingatan terhadap konsep pembelajaran tidak dapat dicapai sepenuhnya oleh pelajar. 239 Gambarajah 4 adalah doa Qunut yang perlu dihafal:- Gambarajah 4 . Doa Qunut Kemahiran yang digunakan adalah mengingat pada awal baris dan mengingat pada pautan baris seterusnya. Contohnya : a) Baris 1: Allah hummah… b) Baris 2: Wa’afini….. c) Baris 3: Watawal lani… d) Dan seterusnya….. 240 Contoh mengingat pada pautan baris seterusnya: Gambarajah 5 . Mengingat pada pautan baris seterusnya. IIX. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Penggunaan kaedah mnemonik dalam proses P&P modul Pendidikan Islam topik Amali Solat sememangnya berkesan dalam membantu pelajar mengingat setiap baris ayat didalam doa Qunut. Secara keseluruhannya, kajian ini berjaya mencapai objektif yang telah ditetapkan. Namun terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang boleh dilakukan sekiranya kajian seumpama ini dijalankan pada masa akan datang iaitu: i. Menambah bilangan responden supaya hasil dapatan kajian lebih jitu selain dapat memanfaatkan kajian ini kepada lebih ramai pelajar. 241 ii. Menggunakan instrument soal selidik bagi mendapatkan reaksi responden berkaitan kaedah P&P yang dijalankan yang berfokus kepada keseronokan. IIIX. RUMUSAN Penguasaan tahap pencapaian hafalan doa Qunut dalam kalangan pelajar adalah asas ke arah melahirkan pelajar yang berkualti dalam pembelajaran. Jika dilihat dari aspek penyusunan kokurikulum di sekolah, mereka sering didedahkan dengan pelbagai pengayaan aktiviti bersesuaian. Dalam pembelajaran amali solat, bukan mudah seseorang itu mampu menguasai doa Qunut dengan baik. Penguasaan menghafal memerlukan pengukuhan yang baik samada pembelajaran berlangsung di bilik darjah atau di luar. Bagi pelajarpelajar ini, aktiviti pembelajaran dikatakan sangat membantu mereka memahami dan menerima sesuatu pembelajaran. Kaedah mnemonik dijadikan satu kaedah pilihan dalam mengatasi cabaran menghafal doa Qunut. RUJUKAN Aziz Fakhrurrozi, Erta Mahyudin. (2012). Pembelajaran Bahasa Arab. Direktorat Jenderal Pendidikan Islam Kementerian Agama. Jakarta. Indonesia. Bhasah Abu Bakar&rakan-rakan. Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Program jQaf dalam Kalangan Fe/ajar Tingkatan Satu:Satu Kajian Kes. H. Douglas Brown. (2000). Principles of Language Learning and Teaching. Longman. San Francisco. Frances A.Yates (1966). The Art of Memory. The University of Chicago Press.London. 242 Kamarudin. (2010) Psikologi Pembelajaran. Utusan Publications& Distributors. Malaysia. Nurazan bt Mohmad Rouyan. (2004). Strategi Pembelajaran Bahasa dalam Pembelajaran Bahasa Arab:Kajian di KUSZA. Ijazah Sarjana Pengajian Islam. Universiti Kebangsaan Malaysia. Malaysia. Mohammad Amiryousefr, Saed Ketabi (2011). Mnemonic Instruction:A way to boost vocabulary learning and recall. Journal of Language Learning and Research.pp.178182).Finland. Mohd Daud Hamzah. (1989). Metaingatan dan Hubungannya dengan Prestasi Ingatan. Journal Pendidik dan Pendidikan. J1d. 10 pp80. Universiti Sains Malaysia. Malaysia. Muhammadul Bakhir Hj Yaakub. (2007). Teaching Arabic as a second language.An evaluation of keyword method effectiveness. Jurnal Teknologi. pp:61-72. Universiti Teknologi Malaysia. Malaysia. Rosni (2012). lsu Pembelajaran Bahasa Arab. Persidangan Kebangsaan Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Arab. Universiti Kebangsaan Malaysia. Bangi. Malaysia. Scott G. Paris, Richard S. Newman, & Kelly A. Mcvey (1982). Learning the Functional Significance of Mnemonic Actions:A Micro genetic Study of Strategy Acquisition. 243 Tahap Kefahaman Pelajar Perempuan Di Kolej Komuniti Chenderoh Terhadap Tuntutan Menutup Aurat Mohamad ‘Azizuddin bin Aznan, Mohd Rashidi bin Omar Kolej Komuniti Chenderoh [email protected],[email protected] ABSTRAK Tuntutan menutup aurat merupakan suatu kewajipan kepada setiap individu muslim yang telah akil baligh. Di Malaysia,penerapan konsep menutup aurat telah dilaksanakan secara sistematik semenjak alam sekolah rendah melalui pelaksanaan kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) melalui matapelajaran Ulum Syariah (Aqidah dan Ibadah). Kesinambungan penerapan konsep menutup aurat ini diteruskan di peringkat menengah melalui pelaksanaan matapelajaran Pendidikan Islam. Oleh itu, sewajarnya konsep menutup aurat dan tuntutannya difahami dengan baik tanpa wujud sebarang kekeliruan terhadapnya. Kajian ini dilakukan untuk meninjau tahap kefahaman pelajar perempuan semester satu sesi pengambilan Julai 2014, Kolej Komuniti Chenderoh terhadap tuntutan menutup aurat setelah mereka melalui suatu tempoh yang panjang dalam memahami tuntutan berkenaan. Kajian ini dilaksanakan melalui soal selidik yang telah dirangka berdasarkan kepada objektif kajian menggunakan skala mudah iaitu ya atau tidak sebagai jawapan responden. Kesemua pelajar semester satu sesi Julai 2014 terlibat iaitu seramai 47 orang.Hasil soal selidik ini dianalisis melalui SPSS 15 dan dipersembahkan melalui jadual.Hasil kajian mendapati semua responden memahami bahawa menutup aurat adalah wajib dan haram mendedahkan aurat mereka kepada bukan muhrim. Meskipun begitu aspek pemahaman dan pemakaian yang menutup aurat perlu dipertingkatkan dan diperbaiki. Kata Kunci: Menutup Aurat 1; 244 1. PENGENALAN Islam merupakan Addin yang sempurna dan lengkap merangkumi seluruh aspek kehidupan manusia samada aspek akidah, ibadah dan akhlak yang mulia. Islam mengatur dan menetapkan prinsip dan tuntutan yang perlu dipatuhi oleh penganutnya dalam segenap aspek kehidupan bagi menjamin kesejahteraan mereka di dunia ini. Di antara tuntutan berkenaan adalah kewajipan menutup aurat. Menutup aurat merupakan suatu tuntutan yang wajib dilaksanakan setiap individu muslim yang telah ‘akil baligh samada lelaki atau perempuan. Tuntutan berkenaan dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran, Surah Al-Nur: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka. (Surah Al-Nur:31) Oleh itu, tuntutan menutup aurat merupakan suatu tuntutan yang besar dan mesti difahami dan dilaksanakan oleh individu muslim bagi menghindarkan diri mereka dari kemurkaan Allah dan bebanan dosa akibat kecuaian dalam melaksanakan tuntutan berkenaan. 2. PERNYATAAN MASALAH Penerapan tuntutan dan kepentingan menutup aurat dalam kalangan pelajar di Malaysia telah mula dilaksanakan sejak pendidikan rendah lagi. Menurut Nidzamuddin Zakaria (2004), Silibus KAFA terdiri dari tujuh matapelajaran iaitu asas tilawah,asas Ulum Syariah,Adab,Sirah,Akhlak Islamiah, asas Lughatul Arabiah, Jawi dan Khat. Pendedahan awal berkaitan aurat telah disentuh dalam matapelajaran Ulum Syariah. Hal ini dapat dibuktikan dengan melihat kepada kandungan silibus matapelajaran berkenaan. Kesinambungan penerapan konsep aurat ini diteruskan di peringkat menengah melalui matapelajaran Pendidikan Islam yang menyentuh secara khusus mengenai batasan aurat di antara lelaki dan perempuan. Penerapan konsep beserta tuntutan menutut aurat dalam tempoh yang panjang ini seharusnya melahirkan generasi yang mempunyai kefahaman yang mendalam terhadap konsep 245 aurat serta mampu untuk menterjemahkan kefahaman tersebut melalui perbuatan. Oleh itu, kajian ini dibuat bagi menilai tahap kefahaman pelajar di sini terhadap tuntutan menutup aurat. 3. OBJEKTIF KAJIAN Kajian ini mempunyai empat objektif utama iaitu: 1. Mengenalpasti tahap pemahaman pelajar terhadap kewajipan menutup aurat. 2. Menjelaskan tahap pemahaman pelajar terhadap batasan aurat. 3. Menganalisis tahap kefahaman pelajar dalam menjaga aurat apabila berinteraksi. 4. Meneliti pengamalan pelajar dalam memenuhi tuntutan menutup aurat. 4. KAJIAN LEPAS Terdapat pelbagai penulisan dan kajian yang telah dihasilkan oleh para penulis berkaitan dengan tuntutan menutup aurat. Antaranya ialah kajian oleh Ahmad Marzuki dan Noor Betty Azura (2008) yang mengkaji mengenai persepsi pelajar wanita di Universiti Teknologi Malaysia terhadap tuntutan menutup aurat. Hasil kajian mereka mendapati pelajar wanita di sini mempunyai kesedaran yang tinggi dalam menutup aurat dengan menyatakan bahawa ianya merupakan suatu kewajipan ke atas mereka. Selain itu, Noor Azliza Syariff (2005) menjelaskan tuntutan menutup aurat mempunyai kebaikan dengan menghindarkan wanita dari gejala yang tidak sihat. Roslinda Sabiran (2007) menyatakan pelajar yang mengetahui dan mengamalkan tuntutan menutup aurat mempunyai kesedaran yang lebih tinggi dari mereka yang mengetahui tuntutan berkenaan tetapi tidak mengamalkannya. Asmawati Suhid et al (2013) menjelaskan bahawa hasil kajiannya mendapati masih terdapat pelajar yang tidak mengetahui mengenai konsep menutup aurat dan lebih membimbangkan apabila mereka terikut-ikut dengan cara pemakaian barat. Siti Nur Liyana Ali (2006) dalam kajian mendapati terdapat responden yang mengaku mengetahui mengenai aurat namun tidak dapat membezakan di antara pakaian yang menutup aurat dan tidak menutup aurat. Hasil penelitian terhadap kajian lepas yang sedia, pengkaji mendapati kajian mengenai tahap kefahaman pelajar perempuan di Kolej Komuniti Chenderoh terhadap tuntutan menutup aurat masih belum dilaksanakan oleh mana-mana pengkaji. 5. METODOLOGI KAJIAN Kajian ini dilaksanakan melalui kaedah soal selidik di mana soalan-soalan yang dimasukkan dalam soal selidik ini dirangka menerusi objektif kajian yang telah ditetapkan. Soal selidik ini dibahagikan kepada 3 bahagian iaitu bahagian 246 A,bahagian B dan bahagian C. Bahagian A tertumpu kepada maklumat dan latar belakang pelajar manakala bahagian B tertumpu kepada kefahaman pelajar berkenaan terhadap tuntutan menutup aurat menurut Islam. Bahagian C pula, meneliti pengamalan dan aplikasi pelajar dalam mengamalkan tuntutan menutup aurat dalam kehidupan seharian mereka. Soal selidik ini menggunakan skala mudah iaitu ya atau tidak bagi memudahkan kajian ini dilakukan. Kajian ini hanya mengkhususkan kepada pelajar perempuan pendaftaran semester pertama sesi Julai 2014. Pemilihan pelajar berkenaan dibuat bagi menilai kefahaman mereka setelah melalui alam persekolahan di peringkat rendah dan menengah. Seramai 47 orang responden terlibat dalam soal selidik ini. Bilangan ini merupakan jumlah saiz sampel kerana seramai 47 orang pelajar perempuan telah mendaftar bagi sesi berkenaan. Oleh jumlah minimum saiz sampel tidak perlu ditentukan kerana soal selidik ini melibatkan seluruh pelajar perempuan semerter pertama sesi Julai. Soal selidik ini, kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perician SPSS 15 secara deskriptif dan dipersembahkan dalam bentuk jadual. 6. ANALISIS HASIL KAJIAN DAN PERBINCANGAN 6.1. Analisis Maklumat Responden Jadual 1 menunjukkan bilangan responden mengikut kursus masing-masing. Kebanyakan responden kajian ini mengikuti kursus Kulinari iaitu seramai 25 orang (53.2%), manakala seramai 18 orang responden (38.3%) mengikuti kursus Operasi Perhotelan. Seramai 4 orang responden (8.5%) mengikuti kursus Seni Visual Kreatif dan tiada pelajar perempuan dari kursus Pemasangan Elektrik terlibat dalam soal selidik ini. Kursus Bilangan Peratus (%) Kulinari Operasi Perhotelan Seni Visual Kreatif Pemasangan Elektrik Jumlah 25 18 4 0 47 53.2 38.3 8.5 0.0 100.0 Jadual 1: Maklumat Kursus Responden 247 Jadual 2 menunjukkan umur responden. Kebanyakan responden iaitu seramai 21 orang(44.7%) berusia 17 tahun, manakala seramai 20 orang responden (40.4%) berusia 18 tahun. Selain itu, terdapat seramai 2 orang responden (4.3%) berusia 19 tahun dan seramai 5 orang responden (10.6%) berusia 20 tahun. Umur 17 sehingga 18 18 sehingga 19 19 sehingga 20 20 sehingga 21 Jumlah Bilangan Peratus (%) 21 19 2 5 44.7 40.4 4.3 10.6 47 100.0 Jadual 2: Maklumat Umur Responden Jadual 3 menunjukkan institusi pengajian terdahulu responden. Kebanyakan responden yang mendaftar di sini merupakan lepasan Sekolah Menengah Kebangsaan iaitu seramai 41 orang responden (87.2%), manakala seramai 4 orang responden (8.5%) pula merupakan pelajar lepasan Sekolah Menengah Agama. Hanya seramai 2 orang responden sahaja (4.3%) merupakan lepasan Sekolah Teknik atau Vokasional. Institusi Pengajian Terdahulu Bilangan Sekolah Menengah Kebangsaan Sekolah Menengah Agama Sekolah Teknik/Vokasional Jumlah Peratus(%) 41 4 2 87.2 8.5 4.3 47 100.0 Jadual 3: Institusi Pengajian Terdahulu Responden 6.2. Mengenalpasti Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap Kewajipan Menutup Aurat. Jadul 4 menunjukkan tahap Pemahaman pelajar terhadap kewajipan menutup aurat dan pengharaman muslimah untuk mendedahkan aurat di hadapan individu yang bukan muhrim. Kesemua responden iaitu seramai 47 orang(100%) memahami 248 kewajipan berkenaan adalah tuntutan yang wajib dilakukan apabila mereka berada di hadapan individu yang bukan muhrim dan haram mendedahkan aurat mereka. Kefahaman Bilangan Peratus(%) Muslimah wajib menutup aurat Haram muslimah mendedahkan aurat Jumlah 47 47 100.0 100.0 47 100.0 Jadual 4: Pemahaman Pelajar Terhadap Kewajipan Menutup Aurat dan Haram Mendedahkan Aurat Hasil kajian ini menunjukkan kesemua pelajar perempuan sesi Julai Kolej Komuniti Chenderoh memahami bahawa menutup aurat merupakan tuntutan yang wajib dilaksanakan oleh mereka. Mereka juga memahami bahawa mendedahkan aurat merupakan suatu kesalahan dan dianggap berdosa. 6.3. Mengenalpasti Tahap Pemahaman Pelajar Terhadap Batasan Aurat. Jadual 5 menunjukkan kefahaman responden terhadap batasan aurat wanita. Hampir keseluruhan responden mengetahui batasan aurat mereka iaitu seramai 46 orang (97.9%). Mereka memahami bahawa batasan aurat adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan. Hanya seorang responden (2.1%) tidak dapat menyatakan batasan auratnya dengan tepat. Kefahaman Bilangan Peratus(%) 46 97.9 Aurat perempuan adalah keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan Aurat perempuan bukan keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan Jumlah 1 2.1 47 100.0 Jadual 5: Kefahaman Terhadap Batasan Aurat Wanita 249 Jadual 6 menunjukkan kefahaman pelajar mengenai suara wanita samada ianya termasuk dalam aurat wanita atau sebaliknya. Seramai 25 orang responden (53.2%) menyatakan bahawa wanita dilarang untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran di khalayak ramai kerana mereka berpandangan suara wanita adalah aurat. Sebaliknya seramai 22 orang responden (46.8%) menyatakan bahawa wanita dibenarkan untuk memperdengarkan bacaan Al-Quran di khalayak ramai kerana mereka berpandangan suara wanita tidak termasuk dalam aurat. Kefahaman Wanita dilarang memperdengarkan bacaan Al-Quran di khalayak ramai kerana suara wanita adalah aurat Wanita dibenarkan memperdengarkan bacaan Al-Quran dikhalayak ramai kerana suara wanita bukan aurat Jumlah Bilangan Peratus(%) 25 53.2 22 46.8 47 100.0 Jadual 6: Kefahaman Samada Suara Wanita Aurat atau Bukan Aurat Hasil kajian mendapati bahawa hampir semua pelajar mengetahui batasan aurat mereka dan memahami bahawa mereka dituntut untuk menutup keseluruhan anggota badan mereka kecuali muka dan tapak tangan. Namun kefahaman mereka terhadap aurat masih belum mendalam kerana sebahagian dari mereka tidak dapat menyatakan bahawa suara perempuan tidak tergolong dalam aurat. Suara perempuan tidak termasuk dalam aurat wanita seperti yang diputuskan oleh Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang Bil 2 / 2012 yang telah bersidang pada Mac 2012 bagi membincangkan mengenai hukum wanita bernasyid dan menjelaskan suara wanita bukan aurat. 6.4. Mengenalpasti Tahap Kefahaman Pelajar Dalam Menjaga Aurat Apabila Berinteraksi. Jadual 7 menunjukkan kefahaman responden terhadap kewajipan menutup aurat apabila mereka berinteraksi dengan bukan muhrim. Kebanyakan responden iaitu seramai 42 orang (89.4%) menyatakan bahawa mereka tidak dibenarkan mendedahkan aurat apabila mereka berinteraksi bersama sepupu mereka. Sebaliknya seramai 5 orang responden (10.6%) menyatakan bahawa mereka boleh 250 mendedahkan aurat di hadapan sepupu masing-masing. Hasil soal selidik ini menunjukkan kefahaman yang tinggi responden dalam membezakan muhrim mereka. Hal ini kerana sepupu termasuk dalam golongan yang bukan muhrim dan wanita dituntut untuk menutup aurat di hadapan mereka. Kefahaman Bilangan Peratus(%) 5 10.6 Muslimah dibenarkan untuk mendedahkan aurat apabila bersama dengan sepupu lelaki Muslimah tidak dibenarkan untuk mendedahkan aurat apabila bersama dengan sepupu lelaki Jumlah 42 47 89.4 100.0 Jadual 7: Kefahaman Aurat Bersama Sepupu Jadual 8 menunjukkan kefahaman responden dalam memandang aurat bukan muhrim. Kebanyakan responden iaitu seramai 37 orang (78.7%) berpandangan mereka tidak dibenarkan untuk memandang tubuh badan lelaki yang tidak berbaju manakala seramai 10 orang responden (21.3%) menyatakan mereka dibenarkan untuk memandang tubuh badan lelaki yang tidak berbaju. Soal selidik ini menjelaskan bahawa responden memahami dengan baik batasan penglihatan mereka terhadap aurat lelaki yang bukan muhrim. Hal ini kerana wanita tidak dibenarkan untuk melihat keseluruhan tubuh badan lelaki melainkan muka dan tapak mengikut pandangan yang muktamad dalam mazhab Syafi’e.(Mustafa Khin dan Mustafa Bugha:1992) Kefahaman Muslimah dibenarkan untuk memandang tubuh badan lelaki yang tidak berbaju Muslimah tidak dibenarkan untuk mendedahkan aurat apabila bersama dengan sepupu lelaki Jumlah Bilangan Peratus(%) 10 21.3 37 78.7 47 100.0 Jadual 8: Kefahaman Memandang Aurat Bukan Muhrim 251 Jadual 9 menunjukkan pandangan responden terhadap muslimah yang memakai seluar pendek iaitu seluar atas paras lutut apabila berada dalam kalangan mereka sendiri.Kebanyakan responden iaitu seramai 27 orang (57.4%) menyatakan haram bagi muslimah sesama muslimah memakai seluar pendek berkenaan apabila berada di dalam rumah manakala 20 orang lagi (42.6%) menyatakan bahawa perbuatan berkenaan dibenarkan syarak. Ini menujukkan kekeliruan responden dalam menentukan batasan aurat sesama mereka. Hal ini kerana aurat muslimah sesama muslimah adalah di antara pusat dan lutut. .(Mustafa Khin dan Mustafa Bugha:1992) Kefahaman Bilangan Peratus(%) 27 57.4 Haram bagi muslimah untuk memakai seluar pendek (atas paras lutut) apabila berada di dalam rumah sesama muslimah Muslimah dibenarkan untuk memakai seluar pendek (atas paras lutut) apabila berada di dalam rumah sesama muslimah Jumlah 20 42.6 47 100.0 Jadual 9: Kefahaman Berpakaian Dalam Berinteraksi Sesama Muslimah Dapatan soal selidik ini mendapati responden mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam menjaga aurat mereka apabila berinteraksi dengan individu yang lain.Hal ini penting bagi membolehkan mereka mengenalpasti batasan aurat mereka dalam melakukan urusan seharian mereka. 6.5. Mengenalpasti Pengamalan Responden Dalam Memenuhi Tuntutan Menutup Aurat. 6.5.1. Pengamalan Pemakaian Tudung. Jadual 10 menunjukkan amalan pemakaian tudung dalam kalangan responden dalam kehidupan seharian mereka. Kebanyakan responden iaitu seramai 42 orang (89.4%) menyatakan bahawa mereka memakai tudung apabila keluar dari rumah masing-masing, manakala seramai 5 orang responden (10.6%) menyatakan bahawa mereka tidak bertudung apabila mereka keluar dari rumah. Ini menjelaskan bahawa kebanyakan responden mengamalkan pegangan mereka seperti yang dinyatakan 252 dalam jadual 4 yang menyatakan bahawa menutup aurat adalah wajib dan haram mendedahkan aurat. Pengamalan Saya bertudung apabila keluar rumah. Bilangan Peratus(%) Saya tidak bertudung apabila keluar rumah Jumlah 42 89.4 5 10.6 47 100.0 Jadual 10: Pemakaian Tudung Apabila Keluar Rumah Jadual 11 menjelaskan mengenai sifat tudung yang menjadi pilihan responden apabila mereka memakai tudung. Kebanyakan mereka iaitu seramai 43 orang responden (91.5%) tidak memilih tudung yang nipis dan singkat apabila bertudung manakala 4 orang responden (8.5%) memilih tudung yang nipis dan singkat apabila mereka bertudung. Pengamalan Tudung nipis dan singkat menjadi pilihan apabila saya memakai tudung Tudung nipis dan singkat menjadi bukan pilihan saya apabila memakai tudung Jumlah Bilangan Peratus(%) 4 8.5 43 91.5 47 100.0 Jadual 11: Sifat Tudung Yang Menjadi Pilihan Responden mempunyai kesedaran yang tinggi dalam mengamalkan tuntutan bertudung. Hal ini dibuktikan dengan pengakuan sebahagian besar dari mereka yang menyatakan mereka memakai tudung apabila keluar dari rumah dan kebanyakan mereka menolak untuk memakai tudung yang nipis dan singkat. 253 6.5.2. Jadual Pengamalan Pemakaian Pakaian Muslimah. 12 menunjukkan pemilihan t-shirt yang dipakai oleh responden apabila datang ke kelas. Kebanyakan mereka iaitu seramai 44 orang (93.6%) memilih t-shirt yang berlengan panjang apabila hadir ke kelas, manakala 3 orang (6.4%) memilih untuk tidak memakai t-shirt yang berlengan panjang. Pengamalan Bilangan Peratus(%) 44 93.6 Saya memakai t-shirt berlengan panjang apabila saya datang ke kelas. Saya tidak memakai t-shirt berlengan panjang apabila saya datang ke kelas Jumlah 3 6.4 47 100.0 Jadual 12: Pemilihan T-Shirt Berlengan Panjang Jadual 13 menunjukkan citarasa pemilihan responden terhadap baju kurang moden. Kebanyakan responden iaitu seramai 39 orang (83.0%) tidak gemar memilih baju kurung moden yang ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, manakala seramai 8 orang (17.0%) gemar memilih baju kurung yang ketat. Pengamalan Bilangan Peratus(%) 39 83.0 Saya tidak gemar memakai Baju Kurung Moden yang ketat . Saya gemar memakai Baju Kurung Moden yang ketat Jumlah 8 17.0 47 100.0 Jadual 13: Pemilihan Baju Kurung Moden Jadual 14 menunjukkan pemilihan pemakaian lenggings dalam kalangan responden apabila mereka bersenam. Kebanyakan responden iaitu seramai 40 orang (85.1%) tidak menjadikan lenggings sebagai seluar yang dipakai semasa bersenam, manakala seramai 7 orang (14.9%) memilih lengging sebagai seluar yang dipakai semasa mereka bersenam. 254 Pengamalan Leggings merupakan seluar pilihan saya apabila keluar bersenam di taman Leggings bukan seluar pilihan saya apabila keluar bersenam di taman Jumlah Bilangan Peratus(%) 7 14.9 40 85.1 47 100.0 Jadual 14: Pemilihan Lenggings Hasil tiga soal selidik di atas, kebanyakan responden memahami bahawa aurat mereka perlu ditutup apabila berada di khalayak ramai dan pakaian yang menampakkan bentuk badan tidak tergolong dalam pakaian yang menutup aurat di sisi syarak. 6.5.3. Pengamalan Pemakaian Stoking. Jadual 15 menunjukkan pemakaian stoking apabila hadir ke kolej. Kebanyakan mereka iaitu seramai 36 orang responden (76.6%) menyatakan mereka memakai stokng apabila hadir ke kolej manakala seramai 11 orang responden (23.4%) menyatakan mereka tidak memakai stoking apabila hadir ke kolej. Pengamalan Bilangan Peratus(%) 36 76.6 Saya memakai stoking apabila datang ke kolej. Saya memakai tidakstoking apabila datang ke kolej. Jumlah 11 23.4 47 100.0 Jadual 15: Pemakaian Stoking 255 Jadual 16 menunjukkan pandangan responden terhadap keperluan stoking terhadap diri mereka apabila keluar berjalan-jalan. Kebanyakan responden iaitu seramai 32 orang (68.1%) menyatakan bahawa stoking bukan suatu keperluan kepada mereka apabila keluar berjalan-jalan. Manakala seramai 15 orang (31.9%) menyatakan stoking merupakan suatu keperluan kepada mereka. Pengamalan Stoking bukan suatu keperluan kepada saya apabila keluar berjalan-jalan Bilangan Peratus(%) Stoking suatu keperluan kepada saya apabila keluar berjalan-jalan Jumlah 32 68.1 15 31.9 47 100.0 Jadual 16: Stoking Suatu Keperluan Hasil dapatan soal selidik di atas, kebanyakan responden mengaku memakai stoking apabila keluar rumah, namun mereka tidak memahami tujuan mereka memakainya. Hal ini kerana kebanyakan mereka menyatakan bahawa stoking bukan merupakan suatu keperluan kepada mereka apabila mereka keluar berjalan-jalan. Ini menjelaskan bahawa mereka kurang mengambil berat berkaitan aurat mereka iaitu kaki. Kesimpulan Berdasarkan keseluruhan dapatan soal selidik ini, dapat disimpulkan beberapa perkara : 1. Semua pelajar perempuan semester pertama sesi Julai 2014 Kolej Komuniti Chenderoh memahami bahawa menutup aurat adalah wajib dan haram mendedahkan aurat mereka kepada bukan muhrim. 2. Hampir keseluruhan pelajar berkenaan dapat menyatakan batasan aurat mereka iaitu keseluruhan tubuh badan kecuali muka dan tapak tangan. Meskipun begitu, kefahaman mereka terhadap batasan aurat mereka perlu dipertingkatkan kerana hampir separuh dari mereka tidak dapat menyatakan bahawa suara mereka tidak termasuk dalam aurat. 3. Kefahaman mereka dalam menjaga batasan aurat apabila berinteraksi dengan individu yang bukan muhrim berada pada tahap yang baik. Hal ini kerana kebanyakan mereka dapat membezakan di antara golongan yang muhrim dan bukan muhrim serta menyatakan aurat mereka perlu ditutup apabila berinteraksi bersama 256 golongan yang bukan muhrim. Selain itu, mereka juga dapat menyatakan batasan penglihatan mereka apabila berinteraksi dengan bukan muhrim. Hal ini dapat dilihat menerusi pandangan kebanyakan meraka yang menyatakan haram untuk memandang tubuh lelaki yang tidak berbaju. Namun begitu kefahaman responden dalam menjaga batasan aurat apabila berinteraksi sesama mereka perlu ditingkatkan. Hal ini kerana kebanyakan mereka tidak dapat menyatakan batasan aurat sesama mereka iaitu di antara pusat dan lutut. 4. Secara umumnya pengamalan pemakaian yang menutup aurat dalam kalangan pelajar berkenaan perlu dipertingkatkan. Dalam aspek pemakaian tudung, meskipun kebanyakan mereka mengaku bertudung dan tidak gemar memakai tudung yang nipis dan pendek, namun pada pemerhatian pengkaji aspek pemakaian tudung perlu diperbaiki kerana kebanyakan pelajar masih lagi memakai tudung yang nipis serta pendek. Selain itu, pemakaian stoking tidak diambil berat oleh para pelajar berkenaan. 257 Rujukan Ahmad Marzuki & Noor Betty Azura. (2008). Persepsi Pelajar Wanita Islam Terhadap Tuntutan Menutup Aurat Dalam Kalangan Pelajar Kolej Kediaman Wanita Di Universiti Teknologi Malaysia. Universiti Teknologi Malaysia: Kertas Projek Sarjana Muda Nor Azliza Shariff. (2005). Persepsi Pelajar Terhadap Kewajipan Menutup Aurat: Satu kajian ke atas pelajar Aliran Teknikal di Institusi Teknologi Perindutrian, Johor Bahru. Universiti Teknologi Malaysia: Kertas Projek Sarjana Muda. Asmawati Suhid, Mohd Faizal bin Mohd Zain, Abdul Muhsin Bin Ahmad, Mohd Aderi Che Noh .(2013). Tahap Pengetahuan Pelajar Tentang Konsep Menutup Aurat: Suatu Tinjauan Umum. The Online Journal of Islamic Education, January 2013, Vol. 1 Issue 1 Abdullah Bin Sulong & Norliza Binti Ahmad.Kesedaran Menutup Aurat Dalam Kalangan Pelajar Tahun Empat. Satu Kajian Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, Johor.Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Siti Nur liyana binti Ali.(2006)`Penerimaan Terhadap Tuntutan Syarak Tentang Aurat Di Kalangan Wanita. Satu Kajian Terhadap Pelajar Tahun Lima Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia, Roslinda binti Sabiran. (2007) yang bertajuk `Persepsi pelajar darjah khas sekolah agama bandar penawar terhadap amalan menutup aurat`. Nidzamuddin Zakaria. (2004), Disertasi Sarjana, Program Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) di Kangar Perlis: Kajian Keberkesanannya dan Masalahnya. 258 PERSEPSI GRADUAN TERHADAP KEMUDAHAN PRASARANA DI KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH PERAK PADA TAHUN 2013 SHALIZA BINTI SHAHRUDIN [email protected] SITI NAZWIN IZANI BT SULAIMAN [email protected] Kolej Komuniti Chenderoh Perak Abstrak Kajian bertujuan untuk mengenalpasti persepsi graduan terhadap kemudahan prasarana sepanjang pengajian di Kolej Komuniti Chenderoh, Perak. Responden membabitkan 44 orang graduan Kolej Komuniti Chenderoh Perak pada tahun 2013 yang terdiri daripada 41 %( 18 ) graduan perempuan dan 59% ( 26 ) graduan lelaki. Pecahan seorang graduan Hotel dan Katering, 29 graduan bidang Kulinari dan 14 graduan bidang Pemasangan Elektrik. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini adalah data yang diperolehi sewaktu proses pengumpulan data dan maklumat untuk kajian pengesanan graduan secara dalam talian ( online ) di mana setiap graduan diminta menjawap kajian 4 hingga 6 minggu sebelum dan selepas majlis konvokesyen sesebuah Kolej Komuniti diadakan. Data yang diperolehi telah dianalisis secara deskriptif menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences ( SPSS ). Hasil dari analisis data kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa penilaian graduan Kolej Komuniti Chenderoh Perak pada tahun 2013 terhadap keseluruhan kemudahan prasarana di Kolej Komuniti memuaskan. Dapatan kajian ini juga diharap dapat membantu pihak kolej untuk mempertingkatkan kemudahan prasarana yang ada pada masa datang supaya ianya dapat mengwujudkan suasana yang bersesuaian dalam pendidikan. Kata kunci – presepsi graduan, kemudahan prasarana, Kolej Komuniti Chenderoh Perak 259 1.0 Pengenalan Keperluan kemudahan prasarana akademik dan bukan akademik di kolej adakalanya amat mempengaruhi corak kehidupan pelajar sebagai seorang warga kolej samada di tempat pengajian atau di luar tempat pengajian. Malah dengan menyediakan keperluan kemudahan prasarana berkenaan juga dapat membantu kepada peningkatan prestasi pelajar berkenaan secara optimum. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan, mencukupi dan berkualiti untuk pelaksanaan kurikulum yang efektif. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Berita Harian, 2007) telah menyatakan “bersesuaian dengan program Satu Murid, Satu Kerusi, Satu Meja dan Satu Set Buku Teks, kerajaan menyediakan peruntukan bagi melengkapkan sesuatu pusat pendidikan dengan pelbagai peralatan untuk keselesaan”. Perkataan 'kemudahan' adalah berasal daripada kata asal - 'mudah' yang bermaksud tidak susah, tidak sukar, tidak ada kesulitan, lancar, enteng, cepat, senang dan selesa. 'Kemudahan' pula membawa maksud keentengan, keselesaan, kelonggaran, kelicinan, kesenangan, kelapangan, kesederhanan, keinginan, kelegaan dan kelawasan (Zainal Abidin, 1995). Kemudahan juga bermaksud fasiliti yang bermaksud kemudahan untuk kepentingan orang ramai / perkhidmatan.Dr. Teuku Iskandar (1970) di dalam Kamus Dewan memberikan maksud yang sama mengenai kemudahan iaitu perihal mudah atau kesenangan. Oleh itu, faktor kemudahan prasarana mempengaruhi persepsi pelajar kepada institusi pengajian mereka. 1.1 Penyataan Masalah Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti penilaian graduan terhadap kemudahan prasarana yang disediakan di Kolej Komuniti Chenderoh 260 1.2 Objektif kajian Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini adalah: i. Mengenalpasti persepsi graduan terhadap kemudahan perpustakaan ii. Mengenalpasti persepsi graduan terhadap kemudahan prasarana untuk Pengajaran dan Pembelajaran iii. Mengenalpasti persepsi graduan terhadap kemudahan sukan/rekreasi iv. Mengenalpasti persepsi graduan terhadap cafeteria/kantin v. Mengenalpasti persepsi graduan terhadap pengangkutan vi. Mengenalpasti persepsi graduan terhadap keselamatan kampus vii.Mengenalpasti persepsi graduan terhadap ICT di kampus 2.0 Metodologi kajian Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif menggunakan soal selidik dalam talian sebagai instrumen kajian. 2.1 Profit Responden Populasi Kajian Pengesanan Graduan Tahun 2013 adalah semua graduan yang telah menamatkan pengajian dan mendapat sijil masingmasing pada tahun 2013. 100% responden iaitu seramai 44 responden yang terlibat dalam kajian ini. 2.2 Instrumen Kajian Kajian menggunakan metodologi soal selidik menerusi instrumen Sistem Kajian Pengesanan Graduan ( SKPG ) Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia tahun 2013. Instrumen SKPG mengandungi soal selidik yang mengumpulkan maklum balas daripada responden secara dalam talian ( online ) . Maklumat yang diperolehi dikumpul dan dimasukkan ke dalam sistem data sebelum dianalisis dengan menggunakan perisian Statistical Packages For Social Sciences ( SPSS ). 261 2.3 Jantina Responden untuk kajian ini terdiri daripada 59% graduan lelaki dan 41% graduan perempuan seperti dalam rajah 1 2.4 Bidang pengajian Responden kajian ini terdiri daripada 3 bidang berbeza di Kolej Komuniti Chenderoh. 2% ( 1 ) graduan bidang Hotel dan Katering , 66 % ( 29 ) graduan bidang Kulinari dan 32 % ( 14 ) dalam bidang Pemasangan Elektrik, pecahan bidang adalah seperti dalam rajah 2 262 3.0 Dapatan kajian Sebahagian besar soalselidik memerlukan responden untuk memilih jawapan skala Likert antara Nilai 1 hingga Nilai 5 bagi tahap kepuasan seperti di dalam Jadual 1. Kod Julat Skor Min Tahap Kepuasan 5 4.22 - 5.00 Amat memuaskan 4 3.42 - 4.21 Memuaskan 3 2.62 - 3.41 Sederhana 2 1.81 - 2.61 Tidak Memuaskan 1 1.00 -1.80 Amat tidak memuaskan Jadual 1: Pentakrifan Skor Min 3.1 Persepsi graduan terhadap kemudahan perpustakaan Rajah 3 : Persepsi Graduan Terhadap Perpustakaan secara keseluruhan 263 Rajah 4 : Pecahan Persepsi Graduan Terhadap Prasarana Perpustakaan Rajah 3 menunjukkan peratus persepsi graduan terhadap perpustakaan, 48% graduan memilih amat memuaskan terhadap kemudahan prasarana perpustakaan secara keseluruhannya. Min bagi persespi graduan terhadap prasarana perpustakaan menunjukan skala likert 4.36 amat memuaskan bagi keseluruhannta namun bagaimanapun Rajah 4 menunjukkan pecahan persepsi graduan terhadap prasarana perpustakaan, terdapat graduan memilih amat tidak memuaskan dan tidak memuaskan bagi perkhidmatan/ layanan kakitangan perpustakaan, Sumber dalam talian dan perkhidmatan perpustakaan atas talian. 3.2 Persepsi graduan terhadap kemudahan prasarana untuk Pengajaran dan Pembelajaran Rajah 5 : Persepsi Graduan Terhadap Kemudahan Prasarana PdP Berdasarkan kepada rajah 5 didapati min tertinggi persepsi graduan terhadap kemudahan prasarana PdP adalah bagi kemudahan makmal (Komputer, 264 sains) studio, dapur, bengkel dll iaitu dengan skor min 4.17 manakala skor min terendah adalah bagi pembelajaran bersepadu atas talian 3.83. Secara keseluruhannya skala likert bagi persepsi graduan terhadap kemudahan prasarana PdP adalah 4.07. 3.3 Persepsi Graduan Terhadap kemudahan sukan/rekreasi Rajah 6 : Persepsi Graduan Terhadap Kemudahan Sukan/Rekreasi 15 orang graduan memilih tahap memuaskan bagi kemudahan sukan/rekreasi diikuti 13 orang bagi sederhana, 11 bagi amat memuaskan dan masingmasing 2 bagi amat tidak memuaskan dan tidak memuaskan seperti dalam Rajah 6. 3.4 Persepsi graduan terhadap kafetaria/kantin Rajah 7 : Persepsi Graduan Terhadap Kemudahan Kafetaria/ Kantin 265 Bagi kemudahan kafetaria/Kantin didapati tahap teritnggi iaitu 46% mewakili 20 orang graduan memilih tahap memuaskan. Dikuti 27% amat memuaskan, 18% sederhana, 7% tidak memuaskan dan 2% amat tidak memuaskan. 3.5 Persepsi graduan terhadap pengangkutan Rajah 8 : Persepsi Graduan Terhadap Kemudahan Pengangkutan Rajah 8 menunjukan persepsi graduan terhadap kemudahan pengangkutan di KKCP, tahap tertinggi adalah tahap amat memuaskan iaitu seramai 16 orang, manakala tahap memuaskan dan sederhana 10 graduan. Dan 3 graduan masing bagi tidak memuaskan dan amat tidak memuaskan. 3.6 Persepsi graduan terhadap keselamatan kampus Rajah 9 : Persepsi Graduan Terhadap Keselamatan Kampus 266 Rajah 9 menunjukkan persepsi graduan terhadap keselamatan kampus, 41% memilih tahap memuaskan dan 39% amat memuaskan. Manakala selebihnya 20% graduan memilih sederhana, tidak memuaskan dan amat tidak memuaskan. 3.7 Persepsi graduan terhadap ICT di kampus Rajah 10 : Persepsi Graduan Terhadap Kemudahan ICT di Kampus 16 orang graduan masing-masing memilih tahap Amat memuaskan dan memuaskan, sederhana 6 graduan, terdapat 2 orang graduan memilih amat tidak memuaskan dan tidak memuaskan seorang graduan. 267 4.0 Hasil kajian Rajah 11 Min dan sisihan piawai persepsi graduan terhadap prasarana di KKCP Hasil kajian menunjukkan skor min tertinggi persepsi graduan terhadap kemudahan prasarana di Kolej Komuniti Chenderoh Perak adalah 4.36 bagi kemudahan perpustakaan. Manakala skor min terendah adalah kemudahan sukan/ rekreasi 3.72. Keseluruhan skor min bagi persepsi graduan terhadap prasarana Di Kolej Komuniti Chenderoh adalah memuaskan dengan 3.98. 5.0 Cadangan a. Kemudahan perpustakaan boleh dipertingkatkan lagi dengan mengwujudkan perkhidmatan perpustakaan atas talian selain sumber dalam talian boleh diwujudkan sejajar dengan perkembangan teknologi terkini di mana pelajar boleh memperolehi sumber secara talian. b. Pengajaran dan Pembelajaran tidak hanya terhad di dalam bilik kuliah sahaja sebaliknya boleh diperluaskan lagi dengan penggunaan pembelajaran bersepadu atas talian. c. Kemudahan sukan/rekreasi merupakan salah satu kemudahan yang amat diperlukan bagi sesebuah institusi pengajian tinggi, justeru itu pihak kolej perlu membuat penambahbaikan dari segi kemudahan sukan/rekreasi 268 supaya para pelajar dapat melakukan aktiviti riadah dan bersukan dalam keadaan selesa. d. Faktor keselesaan diruang kafeteria/kantin selain kebersihan persekitraan kawasan kantin perlu diberi perhatian dan pemantauan agar kualiti kebersiahan terhadap makanan terjamin lantaran memberi kesan kepada kesihatan pelajar. e. Kemudahan pengangkutan boleh dilaksanakan dengan menyediakan pengangkutan untuk mengambil dan menghantar pelajar 2 kali sehari iaitu waktu pagi dan petang daripada tempat penginapan ke kolej. f. Keselamatan kampus perlu diberi perhatian dari segi kawalan di kawasan tempat letak kenderaan pelajar kerana kekerapan berlaku kecurian kenderaan pelajar. g. ICT di kampus boleh dipertingkatkan dengan memberi peluang kepada pelajar untuk akses penggunaan internet disekitar kawasan kolej. 6.0 Rujukan Johnson M. D., & Fornelll, C. (1991). A framework for comparing customer satisfaction across individuals and product categories. Journal of Economic Psychology, 12(2), 267–286 Mohamed Noor Bin Mohid(2003) Kajian Keperluan Kemudahan Pelajar Di Universiti Teknologi Mara, Kampus Seri Iskandar, Cawangan Perak Darul Ridzuan Aszhar Bin Ab Rahman, Idrus Bin Abd Shukor Noor Faizah binti Yahya (2004). Persepsi Pelajar Terhadap Keberkesanan Pengajaran Guru Pengajian Keusahawanan : Satu Kajian di Sekolah MenengahTeknik Alor Setar. KUiTTO. Ghazali Yusri Abd Rahman, Muhammad Saiful Anuar Yusoff, Muhammad Arsyad Abdul Majid, Muhammad Sabri Sahrir Suzanna binti Samsudin (2012), Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Yang Disediakan Di Kolej Komuniti Chenderoh Perak pada Sesi Julai 2012 Rozana binti Ahmad Hanip 269 Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Berita Harian, 2007) eprints.uitm.edu.my/. http://eprints.uthm.edu.my/579/1/jtsv22010p3.pdf http://www.scribd.com/doc/173557970/Research-Paper 270 HAQEEBAH ADAWAT TAHARAH Mohd Rashidi bin Omar1 dan Saniah binti Mohammed Shahid2 Kolej Komuniti Chenderoh [email protected] dan [email protected] Abstrak Haqeebah Adawat Taharah adalah perkataan Arab yang bermaksud beg alatan bersuci. Ianya diperkenalkan untuk membantu para pelajar mengenali alat-alat atau bahan yang digunakan untuk bersuci dalam Islam. Berdasarkan pemerhatian pensyarah, ketika di dalam kelas apabila disoal para pelajar mengenai bahan yang boleh digunakan untuk bersuci mereka kebanyakannya menjawab air dan debu sahaja, sedangkan terdapat alat bersuci yang lain seperti benda-benda kesat seperti tisu, daun kering dan batu untuk istinjak, tawas dan buah manjakani untuk samak kulit binatang. Di samping itu juga, tiada alat bahan mengajar seumpama haqeebah ini di pasaran. Haqeebah ini amat sesuai digunakan sebagai bahan maujud atau alat bantu mengajar ketika set induksi dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Disamping saiznya yang kecil, ringan, kemas dan menarik, haqeebah juga boleh dibawa ke mana-mana ketika bermusafir, membantu orang sakit atau uzur untuk mengangkat hadas dan boleh digunakan secara praktikal di mana-mana. 271 1.PENGENALAN Menurut Mok Soon Sang (1991), Alat Bantu Mengajar (ABM) merupakan intipati dalam membantu guru bagi melicinkan dan melancarkan pengajaran dalam usaha memudahkan pelajar memahami konsep dan isi serta fakta dalam proses pengajaran dan pembelarajaran. Justeru, Haqeebahh Adawat Taharah dihasilkan untuk kegunaan pengajaran dan pembelajaran Kursus SKW 1011 Pendidikan Islam 1. Ianya diharapkan dapat mencapai objektif – objektif berikut : a. Sebagai alat bantu mengajar bagi topik ibadah khusus iaitu taharah. b. Memudahkan pensyarah menyimpan dan membawa alat-alatan bersuci untuk kegunaan PdP 1.3 Dapat dipamerkan kepada pelajar bahan-bahan maujud yang digunakan untuk mengangkat hadas kecil ( wuduk dan tayamum ), istinjak dan samak. 1.4 Boleh dimanfaatkan bukan setakat pada waktu PdP, namun ianya adalah praktikal digunakan ketika musafir, keuzuran dan keadaan yang bersesuaian. 2.PERNYATAAN MASALAH Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) penulis seringkali mengemukakan soalan mengenai jenis alat-alat atau bahan-bahan yang digunakan untuk bersuci kepada para pelajar, mereka tidak dapat menjawabnya dengan baik bahkan ada juga yang tidak mengenali bahan atau alat bersuci. Sebelum haqeebah ini dihasilkan, penulis hanya menggunakan alat bantu mengajar kad manila yang dilekatkan padanya alat-alat bersuci tersebut. Pensyarah perlu menyediakan sendiri ABBM bagi alat –alat bersuci dengan menggunakan kad manila dan diletakkan di papan kenyataan di bilik kuliah, keadaan ini menyukarkan pensyarah untuk membawa ke mana-mana jika menggunakan kelas yang berbeza. 272 3.CIRI-CIRI INOVASI Penghasilan haqeebah ini menitikberatkan soal kreativiti, keselesaan dan kemudahan kepada penggunanya. Antara ciri-ciri inovasi yang terdapat dalam haqeebahh ini iaitu : a) Saiz kecil, ringan dan warna yang menarik b) Kos yang murah dan boleh dihasilkan sendiri. c) Kemas dan mudah dibawa. d) Mudah menyimpan alat-alat bersuci. e) Boleh menyimpan kompas dan buku panduan ibadah bagi pesakit dan orang yang bermusafir. f) Boleh digunakan di dalam dan luar PdP seperti aktiviti perkhemahan, bermusafir, mengembara dan membantu pesakit melaksanakan taharah. g) Boleh digunakan sebagai sejadah untuk melaksanakan solat. h) Bagi lelaki, boleh meletakan kopiah. i) Bagi wanita pula, telekung solat boleh diletakkan di dalamnya 4.CARA OPERASI Haqeebah ini digunakan ketika sesi PdP Pendidikan Islam 1 dalam topik taharah ( bersuci) bagi tujuan set induksi sebagai bahan maujud untuk kegunaaan wuduk, tayamum, istinjak dan samak kulit binatang. Sebelum inovasi diperkenalkan, pensyarah hanya menggunakan kad manila untuk melekatkan bahan-bahan tersebut dan dibawa ke kelas dengan saiznya yang agak besar. Hampir semua alat dan bahan yang digunakan untuk bersuci seperti air, debu, batu, benda kesat dan tajam dimuatkan di dalam haqeebah tersebut. Ianya boleh dibuka dan dibentangkan sebagai sejadah untuk solat setelah dibuka pelekat kain yang mengisi alat dan bahan bersuci. Haqeebah juga sesuai digunakan pada waktu dan tempat berlainan bukan semata-mata digunakan di bilik kuliah. 273 5.GAMBAR RAJAH INOVASI DAN KOS INOVASI Sebelum inovasi Haqeebah Adawat Taharah diperkenalkan Kad manila digunakan untuk melekatkan beberapa alat yang digunakan untuk bersuci 274 6.Proses penghasilan Haqeebah Adawat Taharah Bahan yang digunakan untuk membuat Haqeebah Adawat Taharah ialah Sejadah, Kain bercorak, zip, benang, jarum dan gunting. 275 Sejadah digunakan sebagai asas haqeebah dan dijahitkan dengan kain, zip dan pelekat kain untuk dijadikan poket dan bahagian hadapan dan penutup haqeeba. 276 7.Setelah inovasi Haqeebah Adawat Taharah disiapkan Setelah sejadah tersebut dilipat, terdapat ruangan disediakan untuk meletak alat-alat bersuci ( air, debu tayamum, batu, tisu, kertas, daun kering, tawas, buah manjakani) 277 8.Kos Inovasi Kos pembuatan haqeebah ini adalah murah, berpatutan dan bahan-bahan mudah didapati. Berikut adalah bahan dan kos yang digunakan untuk menyediakan haqeebah ini. Bil Bahan Kuantiti Kos 1 Tiada 1 Sejadah 2 Kain ½ meter RM 1.25 3 Pelekat kain ½ meter RM 1.50 4 Zip 2 RM 5.20 5 Benang 1 RM 1.00 6 Debu Tayamum 1 RM 3.50 7 Tisu 1 RM 0.50 8 Batu 3 Tiada 9 Daun Kering 3 Tiada 10 Buah Manjakani 3 RM 0.50 11 Kertas 3 Tiada 12 Tawas 1 Rm 1.00 13 Air 1 Tiada Jumlah RM 14.45 278 9.IMPAK INOVASI Antara impak yang diperolehi melalui penghasilan Haqeebah Adawat Taharah ini adalah : a) Pelajar dapat mengenali alat-alat yang digunakan untuk bersuci dan mampu menarik minat mereka mempelajari dan mendalami topik bersuci dalam Islam. b) Pensyarah mudah membawa haqeebah ini ke kelas kerana bentuk saiznya yang kecil dan ringan. c) Selain waktu PdP, haqeebah ini sesuai dibawa ketika bermusafir, aktiviti perkhemahan dan aktiviti di hutan serta di tempat-tempat lain yang sesuai. d) Haqeebah ini boleh digunakan oleh guru dan pensyarah yang mengajar Pendidikan Islam di sekolah rendah, sekolah menengah, kolej komuniti dan politeknik e) Haqeebah ini belum pernah dihasilkan oleh mana-mana syarikat dan individu . 10.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN & KEASLIAN Memang terdapat pelbagai beg dan kit yang dijual di pasaran seperti kit pengurusan jenazah, beg sejadah untuk menyimpan telekung solat dan lain-lain. Sehingga kini, penulis masih belum menjumpai kit atau beg yang direka untuk menyimpan alat-alat bersuci yang menggabungkan bahan untuk wuduk, tayamum, istinjak dan samak kulit binatang. Idea menghasilkan produk ini amatlah sesuai dan praktikal digunakan oleh pendidik sebagai alat bantu mengajar dan boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan di mana-mana. Setelah mengambil wuduk atau bertayamum, pengguna boleh membuka beg tersebut dan dijadikan sejadah untuk menunaikan solat. Produk ini juga mempunyai potensi untuk dipasarkan serta disebarluaskan penggunaannya untuk manfaat semua umat Islam. 279 11.KESIMPULAN Dengan adanya Haqeebah Adawat Taharah ini, proses pengajaran dan pembelajaran dapat berjalan dengan lebih lancar kerana semua alatan dapat dimuatkan dalam satu bekas dan mudah dibawa. Pelajar dapat melihat dengan sendiri bahan sebenarnya digunakan untuk bersuci terutama alat samak kulit binatang seperti tawas dan buah manjakani yang jarang dilihat dan digunakan. Di samping haqeebah ini juga mempunyai potensi kebolehpasaran untuk digunakan oleh para pendidik dan pelbagai lapisan masyarakat Islam. Penulis berharap agar hasil inovasi ini dapat dimanfaatkan bersama terutamanya kepada pelajar-pelajar di kolej komuniti. 280 KERANGKA MODEL DAN MOULD DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SERAMIK INDUSTRI Siti Nazwin Izani Bt Sulaiman [email protected] Kolej Komuniti Chenderoh Perak 1.0 ABSTRAK Masalah memahami dan menggambarkan struktur rekabentuk model dan mould dengan menggunakan plaster of paris mendorong pensyarah menghasilkan inovasi sebagai salah satu alat bantuan mengajar. Idea penghasilan inovasi ini tercetus semasa PdP secara amali bagi kelas Aplikasi Bahan Dan Peralatan mendapati pelajar menghadapi masalah dalam memahami dan menggambarkan struktur rekabentuk model dan mould. Masalah pembaziran disebabkan kesilapan juga dapat diatasi dengan adanya inovasi ini. 2.0 LATAR BELAKANG JABATAN/AGENSI Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) adalah salah sebuah dari Institusi Pendidikan Awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (sebelum ini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia). Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Komuniti. Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Kini, Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) adalah sebuah Institusi Pendidikan Awam di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus-kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam bidang latihan dan kemahiran kepada masyarakat setempat. Kolej ini mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada 16 April 2002. Kini, Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) telah mempunyai bangunan sendiri di Kawasan Industri MIEL, Lubok Merbau. 281 3.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG INOVASI Kerangka Model Dan Mould ini merupakan idea penghasilan daripada pensyarah Program Seni Visual Kreatif (PSVK) . Cetusan idea ini adalah salah satu proses penambahbaikan alat bantuan mengajar dalam PdP bagi kursus Aplikasi Bahan dan Peralatan serta Teknik dan Proses Pembuatan Seramik Kontemporari. Kesukaran pelajar untuk imaginasi atau mengambarkan kedudukan pembentukan model dan mould dengan menggunakan plaster of paris semasa PdP mendorong kami untuk menghasilkan Kerangka Model Dan Mould. Objektif a. Pensyarah dapat memberi penerangan dengan lebih jelas dan pelajar dapat menggambarkan dengan betul b. Inovasi dapat memudahkan proses P&P c. Menjimatkan masa dan kos bahan mentah dengan mengurangkan kesilapan. 4.0 SITUASI SEBELUM INOVASI Sebelum inovasi ini dicipta, para pelajar mengalami masalah untuk memahami dan menggambarkan teknik pembuatan model dan mould menggunakan plaster of paris. Kesilapan potongan semasa proses pembentukan model boleh menyebabkan kesukaran dalam penghasilan mould selain menyebabkan peningkatan kos bahan mentah plaster of paris apabila berlaku kesilapan. Pelajar juga kerap meminta pensyarah menerangkan cara pembentukan model dan mould berulang kali kerana tidak dapat menggambarkan bentuk model dan mould yang akan terhasil. 5.0 PERMASALAHAN Permasalahan yang timbul sekiranya inovasi ini tidak dihasilkan ialah: a. Kesukaran pelajar untuk memahami dan menggambarkan teknik pembuatan model dan mould. b. Kos bahan mentah disebabkan kesilapan penghasilan model dan mould akan meningkat. 282 c. Pensyarah perlu mengambil masa yang panjang dan perlu menerangkan kepada pelajar secara berulang kali. 6.0 INOVASI PRODUK “KERANGKA MODEL DAN MOULD” 6.1 JADUAL PERANCANGAN Tarikh Tempoh (hari) 1 11 Ogos 2014 12 Ogos 2014 12 – 15 Ogos 2014 18 dan 25 Ogos 2014 Aktiviti Perancangan 1 Pengumpulan Bahan 4 Penghasilan Produk 2 Pengujian Catatan -idea terhasil apabila pelajar sukar memahami dan menggambarkan teknik pembuatan model dan mould. - Percubaan untuk menguji tahap pemahaman pelajar dilakukan dengan kaedah penerangan secara lukisan dan menggunakan mock up Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Produk 6.2 BAHAN YANG DIGUNAKAN Bil 1 2   Bahan Dawai bunga telur saiz halus dan tebal Benang bulu kambing pelbagai warna Sumber Sendiri Sendiri Jadual 2: Bahan-bahan yang digunakan 6.3 KRONOLOGI PENGHASILAN PRODUK Pada 11 Ogos 2014, kami merancang untuk menghasilkan produk ini apabila mendapati pelajar menghadapi masalah untuk memahami dan menggambarkan teknik pembuatan model dan mould. Semasa proses menghasilkan model terdapat beberapa kesilapan pelajar lakukan disebabkan mereka tidak fahami cara potongan yang betul. Kesilapan menghasilkan model akan menyebabkan mould yang dihasilkan menghadapi masalah. 283 Pada 12 Ogos 2014, aktiviti pengumpulan bahan dilaksanakan. Bahan dibeli daripada kraf tangan. Kami mengumpulkan kesemua barang tersebut bagi memudahkan proses penghasilkan produk berjalan dengan lancar dan jaya . Pada 12 dan 15 Ogos 2014, kami membahagikan tugas kepada tiga bahagian. Bahagian pertama ialah kerangka kepungan berbentuk empat segi. Bahagian kedua ialah kerangan model bentuk asas yang ringkas seperti bulatan. Dan bahagian ketiga adalah kerangka mould yang akan mengikut bentuk model. Setiap kerangka akan dililit dengan menggunakan benang bulu kambing supaya ia lebih menarik dan kemas. Produk yang dihasilkan diuji keberkesanan penggunaannya pada 18 dan 25 Ogos 2014. Aktiviti pengujian ini penting untuk mengenalpasti sama ada ianya sesuai digunakan sebagai alat bantuan mengajar yang mampu meningkatkan produktiviti kerja. Berikut merupakan hasil yang diperolehi: a. Pelajar mudah memahami dan cepat mendapat gambaran teknik pembuatan model dan mould. b. Ianya mampu menjadi salah satu alat bantuan mengajar di mana ianya memudahkan pensyarah memberi penerangan kepada pelajar semasa proses Pdp. 6.4 KREATIVITI Kerangka Model Dan Mould dihasilkan adalah asli dan tidak diadaptasi daripada mana-mana produk. Bagi fasa percubaan ini Kerangka Model Dan Mould dihasilkan dalam rekabentuk asas (model )sahaja bagi mendapat satu permukaan mould. Kerangka model dan mould akan menggunakan dawai bunga telur kemudian dililit dengan benang bulu kambing pelbagai warna. Kos bahan untuk menghasilkan Kerangka Model dan Mould murah dan mudah diperolehi. Cara menghasilkan juga sangat mudah dan tidak mengambil masa yang panjang. 284 6.5 TAHAP PELAKSANAAN Kerangka Model Dan Mould direka dan dihasilkan secara berperingkat. Bagi fasa percubaan fokus penghasilan kerangka model dan mould tertumpu pada rekabentuk asas ( model ) untuk mendapatkan satu permukaan mould( 1 piceses). Kerangka model dan mould ini telah diguna pakai semasa PdP Modul Aplikasi bahan dan Peralatan. 6.6 REPLICABILITY Produk ini boleh dilaksanakan dan digunakan terus semasa proses PdP. Tempoh masa menghasilkan produk ini sangat singkat dan mudah tanpa melibatkan kos bahan yang tinggi. 7.0 IMPAK / FAEDAH 7.1 EFISIEN Berikut merupakan kesan penghasilan Kerangka Model Dan Mould: a. Peningkatan Produktiviti- Pelajar mudah dan mampu memahami teknik pembuatan model dan mould dengan bantuan produk ini secara tidak langsung. b. Penjimatan Kos- Kos bahan mentah akibat kesilapan semasa penghasilan model dan mould menggunakan plaster of paris dapat dikurangkan apabila pelajar mampu memahami dan menggambarkan teknik pembuatan yang betul dengan bantuan produk ini. c. Penjimatan masa- Pensyarah akan mengambil masa yang singkat semasa proses penerangan teknik pembuatan model dan mould apabila menggunakan produk ini sebagai bahan bantuan mengajar. 7.2 SIGNIFIKAN Produk ini menjadi bahan bantuan mengajar semasa proses penerangan kepada pelajar tentang teknik pembuatan model dan mould. 285 Penghasilan Kerangka Model Dan Mould ini akan memberi kesan baik di dalam PdP di mana pelajar dapat menghasilkan model dan mould yang elok menggunakan bahan plaster of paris apabila pelajar dapat gambaran sebenar teknik pembuatan model dan mould berpandukan produk ini. Ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kesilapan dalam menghasilkan model dan mould menggunakan plaster of paris yang akan menyebabkan peningkatan kos bahan mentah. 7.3 PENAMBAHBAIKAN INOVASI Penambahbaikan Inovasi perlu dilakukan dari segi bentuk mock up bagi permukaan mould yang lebih daripada satu permukaan. Bahan perlu lebih teguh dan tahan lama. 8.0 PENUTUP Penghasilan Kerangka Model Dan Mould ini merupakan inovasi yang memudahkan proses PdP di mana penerangan pensyarah dan pemahaman pelajar akan berlaku dengan lebih singkat dengan bantuan produk inovasi ini. Selain tu risiko kesilapan semasa penghasilan model dan mould dapat dikurangkan apabila pelajar mampu menggambarkan potongan dan kedudukan model dan mould dengan betul. LAMPIRAN Lampiran A : Gambar Situasi Sebelum Produk Dihasilkan Contoh model Contoh mould 286 Lampiran B : Gambar Situasi Selepas Produk Dihasilkan permukaan depan permukaan belakang permukaan depan permukaan belakang Kerangka model Kerangka mould Kerangka model diletakan di dalam kerangka mould Kedudukan kerangka model di dalam kerangka mould (padangan atas ) 287 Kedudukan kerangka model di dalam kerangka mould (padangan sisi 288 NOTA POKET TEKNIK DAN PROSES PEMBUATAN BATIK Siti Nazwin Izani Bt Sulaiman [email protected] Shaliza Bt Shahruddin [email protected] Kolej Komuniti Chenderoh Perak 1.0 ABSTRAK Inovasi ini dihasilkan setelah mendapati pelajar menghadapi masalah untuk membawa helaian nota bersaiz A4 yang diberi oleh pensyarah kerana sering tercicir. Dengan terhasilnya inovasi ini para pelajar boleh membawa nota poket ke mana sahaja kerana rekabentuk yang ringkas dan mudah difahami. Kekerapan pelajar memberi alasan kehilangan nota semasa kelas Teknik dan Pembuatan Batik Kontemporari memberi idea kepada pensyarah untuk menghasilkan satu alat bantuan mengajar yang dapat memberi maklumat dengan mudah kepada pelajar kerana boleh diletakan di dalam poket pakaian pelajar. 2.0 LATAR BELAKANG JABATAN/AGENSI Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) adalah salah sebuah dari Institusi Pendidikan Awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (sebelum ini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia). Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Komuniti. Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Kini, Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) adalah sebuah Institusi Pendidikan Awam di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus-kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam bidang latihan dan kemahiran kepada masyarakat setempat. Kolej ini mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada 16 April 2002. Kini, Kolej Komuniti Chenderoh Perak 289 (KKCP) telah mempunyai bangunan sendiri di Kawasan Industri MIEL, Lubok Merbau. 3.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG INOVASI Nota Poket Teknik dan Proses Pembuatan Batik ini merupakan idea penghasilan daripada 2 orang pensyarah Program Seni Visual Kreatif (PSVK) . Cetusan idea ini adalah salah satu proses penambahbaikan alat bantuan mengajar dalam PdP bagi kursus Aplikasi Bahan dan Peralatan serta Teknik dan Proses Pembuatan Batik Kontemporari. Kekerapan pelajar kehilangan helaian nota PdP teknik dan proses pembuatan batik mendorong kami menghasilkan nota ringkas yang mudah dibawa kerana saiznya kecil dan mudah disimpan di dalam poket. Objektif a. Inovasi dapat memudahkan proses P&P b. Pelajar boleh menyemak aturan proses kerja secara cepat. c. Masalah kehilangan helaian nota dapat di atasi 4.0 SITUASI SEBELUM INOVASI Sebelum inovasi ini dicipta, Pensyarah menyediakan nota dan penerangan melalui slide power point dan nota dalam kertas bersaiz A4. Masalah timbul apabila pelajar kerap menghilangkan helaian nota di mana akan mengakibatkan mereka tidak dapat mengingati teknik dan proses pembuatan batik yang betul. Lantaran itu pensyarah perlu menerangkan teknik pembuatan secara berulang kali kerana pelajar tidak dapat mengingati proses penghasilan batik. Lebih menyukarkan apabila para pelajar bergantung sepenuhnya kepada pensyarah semasa amali kerana tiada rujukan yang mudah untuk mereka rujuk. 290 5.0 PERMASALAHAN Permasalahan yang timbul sekiranya inovasi ini tidak dihasilkan ialah: d. Pelajar kerap meghilangkan helaian kertas nota yang diberikan oleh pensyarah e. Pensyarah perlu mengambil masa yang panjang dan perlu menerangkan kepada pelajar secara berulang kali. f. Pelajar tidak boleh melaksanakan amali secara sendiri kerana perlu bergantung kepada pensyarah akibat tidak ada rujukan yang mudah semasa amali. 6.0 INOVASI PRODUK “NOTA POKET TEKNIK DAN PROSES PEMBUATAN BATIK” 6.1 JADUAL PERANCANGAN Tarikh Tempoh (hari) 1 25 Ogos 2014 27 Ogos 2014 2–5 September 2014 8 September 2014 Aktiviti Perancangan 1 Pengumpulan Bahan 5 Penghasilan Produk Catatan -idea terhasil apabila pelajar kerap kehilangan helaian nota yang diberikan Secara sempel ( penambahbaikan perlu dilakukan supaya nampak ianya lebih menarik) 1 Pengujian - Percubaan untuk menguji tahap penggunaan nota poket teknik pembuatan batik. Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Produk 6.2 BAHAN YANG DIGUNAKAN Bil 1 2 3    Bahan Mounting Board saiz 4” x 3” Kertas A4 Printer Sumber Kolej Kolej Kolej Jadual 2: Bahan-bahan yang digunakan 291 6.3 KRONOLOGI PENGHASILAN PRODUK Pada 25 Ogos 2014, kami merancang untuk menghasilkan produk ini apabila mendapati pelajar sering lupa dan kehilangan helaian nota yang diberikan. Semasa proses amali bagi menghasilkan batik di dapati pelajar kerap bertanya dan menunggu penerangan pensyarah disebabkan mereka tidak nota rujukan yang mudah dibawa ke mana sahaja. Pada 27 Ogos 2014, aktiviti pengumpulan bahan dilaksanakan. Bahan diperolehi daripada pihak kolej. Kami mengumpulkan kesemua barang tersebut bagi memudahkan proses penghasilkan produk berjalan dengan lancar dan jaya . Pada 2 – 5 September 2014, kami membahagikan tugas kepada tiga bahagian. Bahagian pertama penghasilan muka hadapan menggunakan kertas keras( Mounting Board) kertas akan di potong dengan saiz 4” x 3”. Bahagian kedua kertas A4 akan dilipat secara berselang seli (seperti lipatan kipas ) mengikut saiz kertas keras. Kertas A4 akan dicantumkan supaya ianya lebih panjang. Bahagian ketiga pengisian nota pada di bahagian A4. Produk yang dihasilkan diuji keberkesanan penggunaannya pada 8 September 2014. Aktiviti pengujian ini penting untuk mengenalpasti sama ada ianya sesuai digunakan sebagai alat bantuan mengajar yang mampu meningkatkan produktiviti kerja. Berikut merupakan hasil yang diperolehi: c. Pelajar mudah membuat rujukan semasa proses amali berjalan. d. Inovasi ini sangkat ringkas, mudah dibawa dan memberi informasi dengan cepat kepada pelajar. 6.4 KREATIVITI Nota Poket Teknik dan Proses Pembuatan Batik dihasilkan adalah asli dan tidak diadaptasi daripada mana-mana produk. Bagi fasa percubaan Nota Poket Teknik dan Proses Pembuatan Batik dihasilkan melibatkan nota teknik permbuatan batik canting dan batik pelangi. Kos bahan untuk menghasilkan Nota Poket Teknik dan Proses Pembuatan Batik murah 292 dan mudah diperolehi. Cara menghasilkan juga sangat mudah dan tidak mengambil masa yang panjang. 6.5 TAHAP PELAKSANAAN Nota Poket Teknik dan Proses Pembuatan Batik direka dan dihasilkan secara berperingkat. Bagi fasa percubaan nota poket dihasilkan melibatkan nota teknik permbuatan batik canting dan batik pelangi. Nota Poket Teknik dan Proses Pembuatan Batik ini telah diguna pakai semasa PdP Modul Aplikasi bahan dan Peralatan bagi proses pengujian. Penambahbaikan akan dilaksanakan pada semester akan datang di mana nota poket akan diperkemaskan dengan menggunakan kertas yang lebih tahan seperti glosy paper. 6.6 REPLICABILITY Produk ini boleh dilaksanakan dan digunakan terus semasa proses PdP. Tempoh masa menghasilkan produk ini singkat dan mudah tanpa melibatkan kos bahan yang tinggi. 7.0 IMPAK / FAEDAH 7.1 EFISIEN Berikut merupakan kesan penghasilan Nota Poket Teknik an Proses Pembuatan Batik: d. Peningkatan Produktiviti- Pelajar mudah dan mampu memahami teknik dan proses pembuatan batik dengan bantuan produk ini secara cepat dan mudah. e. Penjimatan Kos- Kos bahan penghasilan yang murah dan mudah diperolehi. f. Penjimatan masa- Pensyarah akan mengambil masa yang singkat semasa proses penerangan teknik dan proses pembuatan batik apabila menggunakan produk ini sebagai bahan bantuan mengajar. 293 7.1 SIGNIFIKAN Produk ini menjadi bahan bantuan mengajar semasa proses amali teknik dan proses pembuatan batik. Penghasilan Nota Poket Teknik dan Proses Pembuatan Batik ini akan memberi kesan baik di dalam PdP di mana pelajar dapat menghasilkan teknik dan proses pembuatan batik dengan cepat tanpa bergantung sepenuhnya kepada pensyarah apabila pelajar tidak mengingati teknik dan proses pembuatan boleh terus rujuk nota poket yang dibawa bersama. Masalah kehilangan helaian nota tidak akan berlaku lagi dan pelajar tidak perlu membawa nota dalam saiz yang besar 7.2 PENAMBAHBAIKAN INOVASI Penambahbaikan Inovasi perlu dilakukan dari segi rekebentuk permukaan dan isi nota dengan menggunakan cetakan berkomputer yang lebih kemas dan menarik lagi. Dicadangkan juga menggunakan kertas glosy yang lebih tahan kerosakan berbanding kertas cetakan A4 biasa. Bagi masa akan datang kaedah ini akan diperluaskan lagi bagi matapelajaran yang lain. 8.0 PENUTUP Penghasilan Nota Poket Teknik dan Proses Pembuatan Batik ini merupakan inovasi yang memudahkan proses PdP di mana pelajar boleh membuat rujukan dengan lebih cepat dengan bantuan produk inovasi ini. Selain tu risiko kehilangan helaian nota akan dapat diatasi dengan adanya inovasi ini “ringkas mudah dan berinformasi.” 294 LAMPIRAN Lampiran A : Gambar Situasi Sebelum Produk Dihasilkan Helaian nota batik 295 Lampiran B : Gambar Situasi Selepas Produk Dihasilkan Nota Poket 296 ILLUSTRASI DINDING DI BENGKEL INDUSTRI SERAMIK Shaliza Bt Shahruddin [email protected] Kolej Komuniti Chenderoh Perak 1.0 ABSTRAK Proses pembuatan model dan mould memerlukan formula bancuhan yang betul. Kekeliruan pelajar dalam membuat sukatan bancuhan model dan mould mendorong pensyarah untuk menghasilkan illustrasi dinding dengan menyatakan formula sukatan bancuhan di kawasan kerja. Kesilapan bancuhan akan menyebabkan kos bahan mentah akan meningkatkan akibat pembaziran. Inovasi ini dapat membantu pelajar melaksanakan proses kerja dengan betul, mudah dan cepat. Illustrasi yang menarik secara tidak langsung akan menceriakan ruang kerja selain memberi infomasi kepada pelajar. 2.0 LATAR BELAKANG JABATAN/AGENSI Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) adalah salah sebuah dari Institusi Pendidikan Awam yang terletak di bawah kelolaan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (sebelum ini di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia). Diluluskan penubuhannya dalam mesyuarat kabinet pada 5 Julai 2000 dan digabungkan dengan Jabatan Komuniti. Pengajian Politeknik sebagai Sektor Pengajian Kolej Pada 15 September 2009, Sektor Pengajian Kolej Komuniti telah dipisahkan dari Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti dan menjadi Jabatan Pengajian Kolej Komuniti. Kini, Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) adalah sebuah Institusi Pendidikan Awam di bawah kelolaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia yang menawarkan kursus-kursus sepenuh masa dan separuh masa dalam bidang latihan dan kemahiran kepada masyarakat setempat. Kolej ini mula beroperasi di kampus sementara di Sekolah Menengah Teknik Kuala Kangsar pada 16 April 2002. Kini, Kolej Komuniti Chenderoh Perak (KKCP) telah mempunyai bangunan sendiri di Kawasan Industri MIEL, Lubok Merbau. 297 3.0 PENGENALAN / LATAR BELAKANG INOVASI Illustrasi dinding ini merupakan idea penghasilan pensyarah Program Seni Visual Kreatif (PSVK) . Cetusan idea ini adalah salah satu proses penambahbaikan alat bantuan mengajar dalam PdP bagi kursus Aplikasi Bahan dan Peralatan serta Teknik dan Proses Pembuatan Seramik Kontemporari. Kesukaran pelajar untuk mengingati formula bacuhan plaster of paris bagi menghasilkan model dan mould semasa kelas industri seramik mendorong pensyarah menghasilkan ilustrasi dinding di dalam bengkel industri seramik. Objektif i. Inovasi dapat memudahkan proses P&P ii. Menjimatkan masa dan kos bahan mentah dengan mengurangkan kesilapan. iii. Dapat menceriakan bengkel dengan illustrasi yang berinformasi. 4.0 SITUASI SEBELUM INOVASI Sebelum inovasi ini dicipta, para pelajar mengalami masalah untuk mengingati formula bacuhan plaster of paris bagi menghasilkan model dan mould. Kesilapan formula bacuhan menyebabkan masalah pembentukan model dan tahap ketahanan mould selain peningkatan kos bahan mentah plaster of paris apabila berlaku kesilapan. Pelajar juga sering bergantung kepada pensyarah ketika ingin membuat bacuhan plaster of paris kerana kurang pasti formula bacuhan. Keadaan ruang dinding di dalam bengkel industri seramik kosong tiada tarikan yang dapat memberangsangkan minda pelajar. 5.0 PERMASALAHAN Permasalahan yang timbul sekiranya inovasi ini tidak dihasilkan ialah: a. Kesukaran pelajar mengingati formula bacuhan model dan mould menggunakan plaster of paris. b. Kos bahan mentah akan meningkat disebabkan kesilapan penghasilan model dan mould. 298 c. Pelajar bergantung pada pensyarah semasa membuat bacuhan model dan mould menggunakan plaster of paris. 6.0 INOVASI PRODUK “ ILLUSTRASI DINDING DI DALAM BENGKEL SERAMIK” 6.1 JADUAL PERANCANGAN Tarikh Tempoh Aktiviti Catatan (hari) 4 Ogos 2014 1 Perancangan -idea terhasil pelajar lupa apabila formula bancuhan plaster of paris 6 Ogos 2014 1 Pengumpulan Bahan 9– 10 Ogos 2 Penghasilan Produk 1 Pengujian 2014 13 Ogos - 2014 Pengujian dilakukan semasa proses PdP bagi menghasilkan mould kelas SVK 2 Jadual 1: Jadual Pelaksanaan Produk 6.2 BAHAN YANG DIGUNAKAN Bil Bahan Sumber 1  Alatan melukis Sendiri 2  Cat pelaka ( alat mewarna ) Kolej Jadual 2: Bahan-bahan yang digunakan 6.1 KRONOLOGI PENGHASILAN PRODUK Pada 4 Ogos 2014, pensyarah memikirkan kaedah bagi membantu proses PdP di kawasan kerja Industri Seramik.Pensyarah telah mengesan masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa proses bancuhan plaster of paris bagi menghasilkan 299 model dan mould, dimana berlaku beberapa kesilapan yang melibatkan pembaziran kos bahan mentah. Pada 6 Ogos 2014, aktiviti pengumpulan bahan dilaksanakan. Pensyarah juga telah mengenalpasti kawasan bersesuai bagi melaksanakan inovasi ini. Pada 9 dan 10 Ogos 2014, proses kerja dimulakan dengan membuat lakaran di dinding berhampiran kawasan kerja. Sebelum proses mewarna dan kemasan dilakukan dengan bantuan beberapa orang pelajar. Inovasi yang terhasil diuji keberkesanan penggunaannya pada 13 Ogos 2014 semasa proses PdP kelas SVK 2 berjalan. Aktiviti pengujian ini penting untuk mengenalpasti sama ada ianya sesuai digunakan sebagai alat bantuan mengajar yang mampu meningkatkan produktiviti kerja. Hasil yang diperolehi daripada ujian inovasi mendapati pelajar dapat menghasilkan bancuhan plaster of paris tanpa bergantung sepenuhnya kepada pensyarah. 6.2 KREATIVITI Illustrasi Dinding dibengkel seramik ini dihasilkan ilham daripada lukisan mural dinding yang biasa dihasilkan. Olahan illustrasi dinding ini tidak sekadar untuk menghiasi dinding bengkel tetapi keutamanya adalah memberi informasi penting kepada pelajar di kawasan kerja. 6.3 TAHAP PELAKSANAAN Pensyarah memilih dinding berhampiran kawasan bancuhan plaster of paris untuk menghasilkan Illustrasi dinding supaya para pelajar dapat melihat formula bancuhan yang tertera dipermukaan dinding dengan jelas dan secara tidak langsung dapat mengelakkan kesilapan berlaku. 6.4 REPLICABILITY Produk ini telah dilaksanakan dan digunakan terus semasa proses PdP. Tempoh masa menghasilkan produk ini sangat singkat dan mudah tanpa melibatkan kos bahan yang tinggi. 300 7.0 IMPAK / FAEDAH 7.1 EFISIEN Berikut merupakan kesan penghasilan Illustrasi Dinding: g. Peningkatan Produktiviti- Pelajar mudah dan senang untuk mendapatkan informasi tentang formula bancuhan model dan mould menggunakan plaster of paris. h. Penjimatan Kos- Kos bahan mentah akibat kesilapan semasa membuat bancuhan model dan mould menggunakan plaster of paris dapat dikurangkan apabila pelajar mempunyai rujukan terus berhampiran kawasan kerja. i. Keceriaan- Illustrasi Dinding selain bertujuan memberi informasi ia sebenarnya secara tidak langsung telah menceriakan kawasan bengkel industri seramik 7.2 SIGNIFIKAN Illustrasi dinding ini menjadi salah satu alat bantuan mengajar di mana maklumat penting sentiasa dapat dilihat oleh pelajar apabila berada di kawasan kerja. Ianya secara tidak langsung dapat mengurangkan risiko kesilapan dalam proses bancuhan plaster of paris bagi menghasilkan model dan mould. Kesilapan bancuhan akan menyebabkan peningkatan kos bahan mentah. 7.3 PENAMBAHBAIKAN INOVASI Penambahbaikan Inovasi boleh diperluaskan lagi di kawasan sekitar bengkel visual kreatif yang lain dengan Illustrasi Dinding yang bukan sekadar lukisan kosong untuk keceriaan semata tetapi ianya bertujuan memberi informasi kepada pelajar dengan tepat mengikut kawasan kerja. 8.0 PENUTUP 301 Penghasilan Illustrasi Dinding ini merupakan inovasi yang memudahkan proses PdP di mana pelajar boleh mendapat rujukan dengan lebih singkat dengan bantuan inovasi ini. Selain tu risiko kesilapan semasa proses bancuhan plaster of paris bagi menghasilkan model dan mould dapat dikurangkan apabila pelajar mengikut formula yang telah ditunjukan di dalam ilustrasi dinding di kawasan kerja. 302 LAMPIRAN Lampiran A : Gambar Situasi Sebelum Produk Dihasilkan Kawasan kerja sebelum inovasi 303 Lampiran B : Gambar Situasi Selepas Produk Dihasilkan Kawasan kerja selepas inovasi dilaksanakan 304 KEBERKESANAN PENGGUNAAN KOMIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SUBJEK COMMUNICATIVE ENGLISH DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI CHENDEROH Siti Dalia Binti Muhamad1 dan Kamariah Binti Yusof2 Kolej Komuniti Chenderoh, Kolej Komuniti Bagan Serai [email protected] ABSTRAK Keberkesanan pendidikan yang ditetapkan dalam pengajaran dan pembelajaran memainkan impak penting bagi merealisasikan kecemerlangan pelajar. Pelbagai teknik dan kaedah yang telah diperkenalkan bagi menarik minat pelajar di dalam kelas, Ramai yang sedia maklum, subjek Bahasa Inggeris merupakan satu subjek yang kurang mendapat perhatian dan minat dari kalangan pelajar. Namun ianya merupakan sebuah subjek wajib bagi pelajar di kolej komuniti (PWK). Kajian tindakan ini dijalankan berdasarkan hasil inovasi penulis iaitu sebuah buku komik dalam Bahasa Inggeris. Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti tahap keberkesanan penggunaan komik dalam pengajaran dan pembelajaran bagi subjek Communicative English oleh pelajar Kolej Komuniti Chenderoh. Fokus kajian adalah kepada pelajar a kita, Malaysia. Pendidikan di Malaysia telah mendedahkan majoriti dari rakyat Malaysia dengan Bahasa Inggeris. Sistem pendidikan Malaysia mewajibkan setiap mereka yang ke sekolah perlu mempelajari matapelajaran Bahasa Inggeris seawal Darjah Satu bersamaan dengan berusia tujuh tahun. Namun, tidak pasti dimana silapnya, masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang masih gagal menguasai Bahasa Inggeris. Lebih merisaukan apabila ada pelajar yang tidak merasakan kelemahan itu sebagai satu masalah buat mereka. Pelajar-pelajar ini tidak mempunyai kesedaran akan kepentingan Bahasa Inggeris untuk berada di dunia pekerjaan kelak. Timbalan Pengarah Akademik Kolej Pusat Perkmbangan Pelajar, UKM, melaporkan graduan yang menggangur mencecah 50,000 orang ketika ini. Pelbagai faktor telah dikenal pasti sebagai punca pengganguran siswazah, seperti kesilapan pemilihan bidangyang tidak selari dengan jawatan yang ditawarkan, gaji rendah dan tidak tetap, majikan menolak kerana tiada pengalaman kerja dan sebagainya. Beliau 305 menegaskan masalah pengganguran di kalangan graduan dikaitkan dengan isu kekurangan dan kelemahan graduan yang dikeluarkan oleh pihak institusi itu sendiri. Graduan dikatakan tidak mampu berfikir secara kritikal, kurang kemahiran menyelesaikan masalah, kurang kemahiran berkomunikasi dan kerja berkumpulan, kurang kemahiran menggunakan ICT dan yang paling ramai adalah graduan lemah dalam Bahasa Inggeris, (Rahim,2009). Kenyataan di atas telah membuktikan dengan hanya memiliki kelayakan akademik sahaja masih tidak menjamin seseorang graduan mendapat pekerjaan kesan dari persaingan sengit di dunia pasaran kerja hari ini. Penguasaan kemahiran ‘soft-skill’ juga menjadi kreteria utama pemilihan majikan kepada bakal pekerja. Kemahiran ini penting bagi mendapat pekerja yang mampu berdaya saing, berkebolehan untuk berkomunkasi dengan baik sekaligus dapat menyumbang kejayaan kepada organisasi. Di era yang serba moden ini, telah terdapat pelbagai kaedah dan teknik pengajaran Bahasa Inggeris yang membolehkan kita lebih memahami dan menguasai bahasa tersebut. Jadi spatutnya tiada lasan yang munasabah seseorang itu masih gagal menguasai Bahasa Inggeris di negara kita. Namun, tidak dapat dinafikan kadangkala faktor pengajaran yang kurang berkesan gagal menarik minat pelajar untuk mendalami pengajaran tersebut. Agak menyedihkan apabila masih ada sebilangan pengajar yang masih menggunakan teknik pengajaran yang membosankan di dalam kelas, atau lebih dikenali sebagai istilah ‘chalk and talk’. Pedagogi memberikan pengetahuan dan pendedahan kepada para pendidik akan prinsip pengajaran dan pembelajaran. Antaranya ialah sesuatu pembelajaran itu lebih molek dimulakan dengan perkara yang mudah dahulu kemudian diikuti dengan perkara yang semakin sukar. Pedagogi turut menyediakan pelbagai kaedah dan teknik pengajaran sama ada secara konvensional atau terkini. Namun, terpulang pada kretiviti pengajar bagi menggabungkan teknik-teknik ini bagi menghasilkan sesi pembelajaran yang menarik dan berkesan. Pengajar haruslah berfikir seiring dengan arus semasa pelajar. Pastinya pendidik tidak mahu situasi apabila seseorang pendidik itu berkobar-kobar untuk menyampaikan ilmu tetapi pelajar tidak menunjukkan minat dan reaksi yang positif sepanjang pembelajaran itu berlangsung. 306 Ee Ah Meng (1992) ada menyenaraikan sembilan kepentingan pedagogi kepada pendidik, antara yang menarik adalah: i. Dapat membantu pendidik memahami prinsip-prinsip pengajaran dan pembelajaran. ii. Dengan kefahaman pedagogi, pendidik akan dapat memilih kaedah pengajaran yang paling sesuai untuk pelajarnya. iii. Pendidik dapat menyediakan bahan-bahan pengajaran yang bermakna dan menarik. iv. Pendidik akan mengajar supaya pelajar boleh mengamalkan generalisasi atau membuat pemindahan pembelajaran (dalam situasi tertentu). v. Pendidik akan sedar bahawa alat bantu mengajar (ABM) perlu digunakan dengan berkesan. Dalam Kamus Dewan (1999), kemahiran ditakrifkan sbagai kecekapan atau kepandaian seseorang individu untuk melaksanakan dan menjalankan tugastugasnya. Seseorang bakal pendidik perlulah memiliki kemahiran dari pelbagai segi seperti kemahiran teknikal, kemahiran komunikasi, kepimpinan, kemahiran pengurusan, kemahiran pengajaran dan pembelajaran, kemahiran menyelesaikan masalah dan kemahiran berfikir (Shukri dan Zurida, 1998). ‘Communicative English’ merupakan satu subjek baru di dalam kurikulum subjek Kolej Komuniti. Subjek ini berperanan untuk meningkatkan kemampuan pelajar dengan penggunaan Bahasa Inggeris khususnya untuk berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Kursus ini melengkapkan pelajar dengan kemahiran asa seperti ‘greetings and introductions, instructions and directions, descriptions and telephone skills’. Usia kursus ini diperkenalkan kepada pelajar dan pensyarah Bahasa Inggeris di Kolej Komuniti kurang dari setahun. Jadi masih terlalu terhad bahan rujukan dan alat bantu mengajar yang dapat digunakan bagi membantu pelajar dan pensyarah dalam pengajaran dan pembelajaran subjek ini. Berdasarkan faktor ini pengkaji telah berusaha menyiapakan sebuah komik berbahasa Inggeris yang bertajuk ‘Fun English Comic’. Apa yang menarik akan komik ini adalah, ianya merangkumi topik-topik yang terkandung dalam subjek ini. Justeru itu, pengkaji ingin melihat keberkesanan usaha ini kepada pelajar. 307 FOKUS KAJIAN i. Mengenalpasti perbezaan keberkesanan penggunaan komik dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara pengajaran dan pembelajaran ‘chalk and talk’ atau berbantukan lembaran nota dan kerja. ii. Mengenalpasti sejauh manakah minat, sikap dan motivasi pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pensyarah dengan berbantukan penggunaan komik. iii. Hal ini seterusnya diharapkan dapat membantu mereka lulus dengan baik dalam peperiksaan akhir subjek ‘Communicative English’ serta dapat mengaplikasi hasil pembelajaran di luar kelas. KUMPULAN SASARAN Kajian ini melibatkan pelajar yang mengambil subjek ‘Communicative English’ sesi Januari 2014 iaitu 15 orang pelajar dari pelbagai kelas di Kolej Komuniti Chenderoh bagi ujian lisan pre-test dan post-test. Manakal seramai 50 pelajar Kolej Komuniti Chenderoh dari pelbagai bidang untuk kajian soal-selidik. OBJEKTIF KAJIAN Setelah kajian ini dijalankan, diharapkan para pelajar akan dapat mencapai objektif berikut: Objektif Umum: i. Kajian ini bertujuan meninjau dan mendapatkan gambaran sebenar tentang sejauh mana keberkesanan penggunaan komik dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran bagi subjek ‘Communicative English’ di Kolej Komuniti Chenderoh. Objektif Khusus: i. Mengetahui perbezaan keberkesanan penggunaan komik dalam proses pengajaran dan pembelajaran berbanding dengan cara pengajaran dan pembelajaran ‘chalk and talk’ atau berbentuk lembaran nota dan kerja 308 dengan menggunakan soalan-soalan ujian pra (pre test) dan ujian pos (pos test). ii. Mengetahui sejauh manakah minat, sikap serta motivasi pelajar terhadap sesi pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan oleh pensyarah. iii. Meningkatkan kefahaman pelajar tentang kepentingan Bahasa Inggeris dalam kehidupan seharian terutama apabila ingin meceburi alam pekerjaan kelak. TINDAKAN PERLAKSANAAN Dalam memulakan kajian ini, satu tinjauan masalah telah dilakukan untuk mengenalpasti punca dan masalah sebenar pelajar gagal menguasai subjek ‘Communicative Englsih’. Tinjauan masalah telah dilakukan dan perlaksaaan aktiviti yang dijalankan adalah berdasarkan kaedah pemerhatian, Ujian Pra dan Ujan Pos. Gambaran perjalanan kajian adalah seperti berikut: Rajah 1: Proses Kajian i. Kajian Pre-Test Dan Post-Test Bagi mengkaji keberkesanan pengunaan komik terhadap matapelajaran Communicative ini, kaedah post-test dan pre-test telah dijalankan. Kaedah ini telah dijalankan terhadap 1 kelas pelajar jurusan kulinari kelas SKU3 yang berjumlah 15 309 orang. Para peserta kajian ini akan diajar berkomunikasi menggunakan penulisan dialog yang biasa dan kemudian akan diuji dengan ujian lisan (pre-test). Setelah selesai, para peserta kajian ini akan diajar pula menggunakan penulisan dialog yang telah diubah ke dalam bentuk komik dan setelah tamat sesi pengajaran, ujian lisan kedua (post-test) akan dijalankan. Kedua-dua hasil ujian pre-test dan post-test akan dibandingkan untuk melihat jika terdapat sebarang perbezaan di antara keduanya. ii. Soal selidik Kajian ini juga menggunakan kaedah kedua iaitu melalui melalui soalan kaji selidik. Sebanyak 10 soalan berkaitan kaedah komik berdialog diagihkan kepada 1 kelas pelajar untuk meninjau persepsi mereka mengenai kaedah tersebut. Setelah borang survey dikumpulakan, keputusan survey dinilai melalui nilai purata dan sisihan piawaiannya. ANALISIS DAPATAN i. Kaedah Pre-test dan post-test Para pelajar diberikan ujian lisan (pre-test) dan seminggu kemudian diberikan ujian lisan II (post-test) setelah kaedah penggunaan komik diimplementasikan di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Hasil bagi kedua-dua kajian tersebut adalah seperti berikut : Jadual 1: Hasil Kajian Pre-Test dan Post Test Responden Markah Pre-Test (%) Markah Post-Test (%) Responden 1 60 65 Responden 2 65 75 Responden 3 55 65 Responden 4 55 55 Responden 5 50 60 310 Responden 6 45 45 Responden 7 65 70 Responden 8 45 50 Responden 9 75 85 Responden 10 65 70 Responden 11 85 90 Responden 12 50 70 Responden 13 35 45 Responden 14 75 85 Responden 15 40 60 Rajah 2: Perbandingan Markah Pre-Test Dan Post-Test Peserta Kajian Hasil kajian menunjukkan terdapat peningkatan markah nagi ujian lisan diantara ujian pre-test dan post-test. Sebanyak 12 orang atau 80% pelajar telah menunjukkan peningkatan markah dalam ujian post-test iaitu setelah kaedah pengajaran dan pembelajaran menggunakan komik berdialog diimplimentasikan.hasil kajian telah 311 menunjukkan keputusan positif terhadap penggunaan kaedah ini didalam membantu pembelajaran para pelajar ini. ii. Kajian Soal selidik Sebanyak 50 orang pelajar telah diberi soalan soal selidik bagi mengetahui pendapat dan persepsi mereka mengenai penggunaan komik sebagai salah satu input pembelajara. Hasil soal selidik adalah seperti berikut: Jadual 2: Keputusan soal selidik persepsi responden terhadap penggunaan komik. BIL 1 2 3 4 5 ITEM SOALAN STS TS TP S SS Saya tidak pernah belajar bahasa inggeris 2 14 0 21 13 menggunakan komik berdialog 4% 28% 0% 42% Saya suka belajar menggunakan komik 2 4 6 27 11 berdialog 4% 8% 12% 54% 22% Saya mudah untuk memahami perbualan 3 7 7 28 5 menggunakan komik berdialog 6% 14% 14% 56% 10% Saya mudah untuk mengingati struktur 2 5 9 31 3 ayat menggunakan komik berdialog 4% 10% 18% 62% 6% Komik berdialog lebih mudah untuk 3 4 9 24 10 6% 8% 18% 48% 20% 3 4 9 24 10 6% 8% 18% 48% 20% Belajar menggunakan komik berdialog 4 4 7 25 10 amat menarik 8% 8% 14% 50% 20% difahami berbanding penulisan dialog biasa Belajar menggunakan komik berdialog 6 adalah lebih mudah daripada penulisan dialog biasa 7 26% 312 Belajar menggunakan penulisan dialog 7 25 7 7 4 14% 50% 14% 14% 8% Saya tidak suka belajar menggunakan 6 30 8 6 0 komik berdialog 12% 60% 16% 12% 0% Komik berdialog tidak membantu saya 6 30 8 6 0 biasa dan komik dialog adalah tidak 8 berbeza 9 10 untuk mengingati struktur ayat Hasil soal selidik menunjukkan lebih banyak persepsi positif daripada responden berkaitan penggunaan komik di dalam sesi pengajaran & pembelajaran. Sebagai contoh, sebanyak 54% responden menyatakan bahawa mereka suka untuk belajar menggunakan komik sebagai perantaraan mengajar manakala 22% amat setuju dengan penggunaannya. Selain daripada tu, hasil dapatan juga menunjukkan sebanyak 66% responden berstuju dan sangat bersetuju bahawa komik dapat membantu mereka untuk lebih memahami perbualan dan lagi 68% bersetuju bahawa komik dapat membantu mereka untuk mengingati struktur ayat dengan lebih mudah. Hasil dapatan dikukuhkan lagi dengan 68% responded bersetuju dan sangat bersetuju bahawa penggunaan komik adalah lebih berkesan berbanding dengan penulisan dialog biasa. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Daripada hasil dapatan kajian menunjukkan pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan komik dalam subjek ‘Communicative English’ dapat meningkatkan penguasaan pelajar dalam subjek tersebut. Namun, terdapat beberapa cadangan penambahbaikan yang perlu dilakukan untuk kajian pada masa akan datang. Antaranya ialah: i. Kaedah ini dikembangkan pada kumpulan pelajar yang lain. ii. Teknik atau kaedah ini boleh diaplikasikan dalam pembelajaran yang lain. 313 iii. Kebanyakan pelajar bersetuju komik yang lebih kurang dialog tetapi lebih banyak ekspresi lebih memudahkan kefahaman mereka. iv. Pengkaji mencadangkan bahawa bimbingan dari guru diperlukan untuk membantu pelajar semasa membaca komik. PENUTUP Kajian ini telah membuktikan bahawa komik merupakan salah satu medium yang amat berkesan bagi menarik minat sekaligus mudah bagi pelajar memahami sesuatu pembelajaran. Selain dari menarik dan meningkatkan motivasi pelajar, ia juga mungkin dapat menghiburkan dan menghilangakn rasa tertekan pelajar dalam proses pembelajaran mereka. Maka dapat disimpulkan bahawa kaedah penggunaan komik Bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran subjek ‘Communicative English’ mampu meningkatkan pencapaian pelajar. Penggunaan kaedah ini dapat merangsang pelajar untuk mendalami Bahasa Inggeris kerana kaedah ini menggantikan cara pengajaran ‘chalk and talk’ yang hanya tertumpu di dalam kelas, berbanding mempelajarinya secara santai melalui pembacaan kartun yang tidak berat dan menarik. Ianya juga amat fleksible kerana boleh dibawa dan digunakan dimana sahaja pada bila-bila masa. Justeru, pengkaji amat menyarankan kepada pensyarah lain untuk menggunakan medium ini untuk proses pengajaran dan pembelajaran subjek lain. 314 RUJUKAN Azizul Rahman abdul Rahman, Mohamad Salleh Rahmad(2011). Pengajaran dan Pembelajaran Bahan Buah Fikir Guru Cemerlang,210-222. Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka Edisi Kedua(1999). The Benefits of Comic Life in Educations, dipetik dari: http://www.homepage.dsu.edu/mgeary/comics/comic_life_in_Education.pdf. Pergh.Com(2003). Faedah Komik, dipetik dari: http://pergh.com/forum/comic-and-cartoon-times/faedahkomik/ Maznah Kartini binti Mansor(2013). Kertas Kerja Keberkesanan Penggunaan Alat Bantu Mengajar dalam kalangan Tenaga Pengajar: Unit Penyelidikan dan Inovasi Kolej Komuniti Jasin 315 316 ASAS PERISIAN APLIKASI M-MODUL 1 Nor Hazri Helmy bin Nor Rashid Kolej Komuniti Gerik [email protected] 2 Siti Nooraini binti Md Shukri Kolej Komuniti Gerik [email protected] ABSTRAK Pengajaran adalah berkait rapat dengan aktiviti dalam menyebarkan ilmu pengetahuan dari segi aktiviti perancangan, pengelolaan, penyampaian, bimbingan dan penilaian. Pengajaran merupakan satu proses di mana sesi untuk menyampai dan menyumbangkan idea-idea serta membantu dalam memudahcara pembinaan ilmu, menggalakkan kreativiti dan membantu seseorang pelajar untuk lebih berusaha dan meningkatkan potensi yang lebih optimum. Inovasi pada kali ini lebih menekankan kaedah pengajaran yang lebih berkesan di mana pelajar tidak terlalu terikat dengan situasi di dalam kelas di samping mendedahkan pelajar kepada teknologi masa kini. Selain itu, inovasi m-modul ini mengandungi maklumat asas berkaitan arena pembelajaran Asas Perisian Komputer yang perlu diambil berat oleh pelajar semester satu Sijil Aplikasi Komputer. Sebagai contoh, pelajar boleh mengakses maklumat mengenai pengenalan, kandungan silibus yang akan diajar sepanjang semester, kontrak pelajar, kamus terma, senarai rujukan buku yang boleh digunakan bagi modul serta kalkulator pengiraan bagi pentaksiran berterusan (70%). Kata Kunci: Pengajaran; Teknologi; 317 1.0 PENGENALAN Projek ini merupakan salah satu aplikasi android seiring dengan teknologi terkini dikenali sebagai Asas Perisian Aplikasi m-Modul dengan singkatan sebagai m-SAP 1102. Aplikasi ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada pelajar Sijil Teknologi Maklumat yang mengambil modul 1 Sijil Aplikasi Perisian Komputer bagi LA1 : Asas Komputer. LA yang diambil ini merupakan satu arena pembelajaran bagi memberi pengetahuan dan kemahiran di dalam asas pengkomputeran. Strategi pembelajaran merupakan kaedah teori semata-mata iaitu dari segi kuliah, pemberian kuiz, tugasan dan juga pembentangan pelajar. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Seperti yang telah diterangkan di dalam pengenalan, kaedah pembelajaran bagi LA ini merupakan kaedah teori dan tiada latihan praktikal langsung bagi pelajar. Apabila situasi ini berlaku, pelajar akan cepat patah semangat dan menganggap LA ini tidak menyeronokkan dan membosankan. Bagi mengelak situasi ini berlaku, kebiasannya pensyarah modul akan mencari satu kaedah pengajaran lain yang lebih berkesan supaya pelajar tidak akan bosan dengan pemberian kuliah secara berterusan. Selain itu, pelajar seringkali lupa walaupun telah diterangkan mengenai kontrak pelajar bagi modul yang diambil dan juga silibus yang akan diajar sepanjang sesi semester berlangsung. Bahkan ada pelajar yang seringkali tidak mengetahui terma-terma mudah yang telah diajar di dalam kelas. Maka inovasi ini bertujuan untuk memudahkan pelajar di dalam mendapatkan maklumat sebelum, semasa dan selepas sesi pembelajaran di dalam kelas. 3.0 CIRI –CIRI INOVASI Inovasi ini merupakan inovasi yang membantu pelajar yang mengambil modul SAP 1102 di mana sebelum dapat menggunakannya, pelajar perlu terlebih dahulu.memasang aplikasi ini pada telefon pintar. Buat masa sekarang, aplikasi ni boleh didapatkan daripada pensyarah yang mengajar. Aplikasi ini mempunyai ciri-ciri seperti di bawah :- Mesra Pengguna Dengan antaramuka yang ringkas dan menarik memudahkan pengguna untuk meneroka aplikasi yang telah dicipta. Aplikasi ini mempunyai 318 paparan menu utama yang memaparkan pilihan menu tertentu seperti pengenalan, kandungan silibus yang akan diajar sepanjang semester, proses pdp, kamus terma, senarai rujukan buku yang boleh digunakan bagi modul serta kalkulator pengiraan bagi pentaksiran berterusan (70%). Pelajar boleh memilih pautan menu yang ingin digunakan dan boleh kembali ke menu utama dengan mudah. Sesiapa sahaja boleh menggunakan aplikasi ini dan tidak terhad kepada pelajar yang celik teknologi maklumat sahaja. - Percuma Pengguna boleh memasang aplikasi di telefon pintar android secara percuma dengan mendapatkan aplikasi ini melalui pensyarah yang mengajar. - Kepelbagaian Kaedah PnP Mempelbagaikan kaedah PnP kepada pelajar di mana pelajar tidak terikat kepada pembelajaran di dalam kelas sahaja. - Teknologi Pensyarah juga dapat mendedahkan pelajar teknologi maklumat kepada teknologi baru di samping meningkatkan pengetahuan pelajar seiring dengan teknologi terkini. 4.0 CARA OPERASI - Langkah Pertama Pengguna perlu memasang aplikasi ini pada telefon pintar android di mana pelajar boleh mendapatkan aplikasi ini melalui pensyarah yang mengajar. - Langkah Kedua Setelah pemasangan berjaya dilakukan, pensyarah akan menerangkan serba sedikit aplikasi ini dan seterusnya pengguna boleh terus menerokai 319 apa yang telah dibekalkan dengan aplikasi ini. Berikut merupakan menumenu pada aplikasi yang boleh dipilih pengguna, antaranya adalah:i) Pengenalan Modul ii) Proses Pdp iii) Kandungan Silibus iv) Dokumen v) Kamus Terma vi) Kalkulator Gred (70%) Pelajar boleh memilih samada untuk mendapatkan maklumat sebelum , semasa atau selepas kuliah berlangsung di mana pelajar boleh mendapatkan maklumat awal topik yang akan diajar pada minggu berkenaan. Dengan itu, pelajar boleh bersedia awal sebelum memasuki kuliah. Pelajar juga boleh membuat rujukan berpandukan senarai rujukan modul yang telah dibekalkan di dalam aplikasi di mana senarai boleh di dapati dalam bentuk buku di pusat sumber kolej ataupun melalui laman web tertentu. Kebiasannya pensyarah akan mengeluarkan senarai markah bagi keseluruhan kelas di akhir minggu pembelajaran bagi penilaian berterusan 70% iaitu sebelum minggu peperiksaan. Dengan adanya aplikasi ini, pelajar boleh mendapatkan markah penilaian berterusan tanpa perlu menunggu helaian formal yang dikeluarkan pensyarah. Bagi menghadapi minggu penilaian akhir, pelajar boleh membuat rujukan terma-terma dan dokumen nota yang telah dilampirkan dalam modul aplikasi SAP 1102 ini. 320 5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI Antaramuka m-Modul SAP 1102 - Mempunyai beberapa menu yang boleh dipilih pengguna Proses PdP - Terbahagi kepada strategi, Pentaksiran, Mod Penyampaian dan Jam Pembelajaran Silibus - Pelajar boleh mendapatkan maklumat mengenai silibus yang akan diajar pada minggu-minggu yang tertentu 321 Kalkulator Gred - Pelajar boleh membuat pengiraan jumlah markah bagi penilaian berterusan 70% sekiranya kesemua kuiz, tugasan dan pembentangan bagi LnP01.01 dan LnP01.02 telah diambil pelajar. 6.0 IMPAK INOVASI a) Percuma - Atas inisiatif pensyarah, pelajar boleh memasang aplikasi ini secara percuma di telefon pintar android. b) Teknologi - Pendedahan awal kepada pelajar mengenai teknologi terkini. - Meningkatkan pengetahuan pelajar seiring dengan teknologi terkini. - Membantu meningkatkan semangat pelajar teknologi maklumat untuk mengeluarkan idea-idea baru dalam menghasilkan inovasi. c) Peningkatan Hasil Kerja Pensyarah 322 - Pensyarah dapat mempelbagaikan kaedah pengajaran seiring dengan Rancangan Mengajar Modular yang telah dihasilkan untuk semester berkenaan. - Pensyarah akan menambah baik sesi pengajaran dan pembelajaran bagi modul berkenaan. d) Penggunaan Di Kolej Komuniti Gerik - Semua pelajar Modul 1 Sijil Aplikasi Perisian Komputer. - Pensyarah Modul dapat menggunakan aplikasi ini bagi tujuan memudahkan pendedahan awal dan peringatan berterusan kepada pelajar mengenai silibus yang diajar. e) Pelajar - Pelajar boleh mendapatkan maklumat awal mengenai silibus yang diajar pada semester yang diambil. - Pelajar juga boleh membuat kiraan awal mengenai markah penilaian berterusan tanpa perlu menunggu pensyarah mengeluarkan laporan penilaian berterusan secara formal. - Pelajar juga boleh membuat carian mengenai terma yang diajar sepanjang silibus. - Pelajar boleh membuat rujukan berdasarkan senarai rujukan modul yang dibekalkan. 7.0 ADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA Penyelidik akan berusaha untuk memasukkan aplikasi ini pada Play Store iaitu secara atas talian pada masa hadapan bagi memudahkan pelajar untuk memuat turun aplikasi ini pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Penyelidik juga bercadang untuk menghasilkan aplikasi seperti ini bagi modulmodul lain di dalam Sijil Aplikasi Perisian Komputer. Ini bermakna, pelajar teknologi maklumat yang mendaftar di kolej komuniti yang lain di seluruh Malaysia juga boleh memuat turun dan menggunapakai aplikasi ini. 323 8.0 KESIMPULAN Pembangunan aplikasi yang melibatkan teknologi memerlukan penelitian dan pengubahsuaian dari semasa ke semasa bagi menjamin kualiti sesuatu aplikasi. Inovasi yang telah dibangunkan ini dapat membantu ke arah kepelbagaian kaedah pengajaran dan pembelajaran seiring dengan keperluan pelajar dan pensyarah sekaligus membantu dalam menjadikan proses pnp lebih sistematik dan mudah. 324 TEMPLATE LAPORAN AMALI & SISTEM PENGIRAAN KOS (TEM-KOS) Norazilah Abbas1,[email protected] Munyrah Abdullah2,[email protected] Hazila Binti Shaharuddin3, ,[email protected] Kolej Komuniti Gerik ABSTRAK Template Laporan Amali & Sistem Pengiraan Kos dibangunkan adalah untuk membantu pelajar menghasilkan Laporan Amali dengan lebih mudah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (P&P). Idea Inovasi ini tercetus kerana Format Laporan Amali yang diguna pakai sebelum ini kurang efisien dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Laporan Amali perlu disediakan oleh setiap pelajar jurusan Fesyen dan Pakaian setiap kali selepas selesai menghasilkan pakaian. Antara Learning Area (La) yang memerlukan pelajar menghasilkan Laporan Amali adalah Pakaian Tradisional Wanita 1, Pakaian Kontemporari Wanita 1, Pakaian Tradisional Wanita, Pakaian Kontemporari Wanita 2, Pakaian Lelaki dan Pakaian Kontemporari Wanita 3. Sehubungan dengan itu, bagi membantu pelajar menyediakan Laporan Amali dengan lebih mudah, cepat dan tepat, Pensyarah Fesyen dan Pakaian dibantu oleh Pensyarah Teknologi Maklumat mengambil inisiatif untuk membangunkan Template Laporan Amali & Sistem Pengiraan Kos. Template ini dibangunkan dengan menggunakan perisian Microsoft office Excel pada Jun 2014. Template ini mula diguna pakai oleh pelajar bermula sesi Julai 2014. 325 1.0 PENGENALAN Template borang pengiraan kos ini sangat penting kerana ia wajib digunakan oleh semua pelajar dalam bidang fesyen samada diperingkat sijil hingga ke peringkat tertinggi untuk mengira harga hasil rekaan meraka. Borang Laporan Amali yang diguna pakai sebelum ini kurang efisien dan mengambil masa yang lama untuk disiapkan. Dengan adanya Template Laporan Amali & Sistem Pengiraan Kos ini pelajar dapat menentukaan dengan tepat harga jualan hasil rekaan mereka. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Idea untuk menghasilkan Template Laporan Amali & Sistem Pengiraan Kos tercetus apabila pelajar sering menghadapi masalah yang sama semasa menghasilkan Laporan Amali secara manual. Pelajar kerap mengulang kesalahan yang sama walaupun telah diterangkan berulang kali oleh pensyarah. Antara masalah yang dapat dikesan semasa pelajar menghasilkan Laporan Amali sebelum ini ialah ; a) pelajar sering tersilap semasa mengisi kod La, nama La dan juga nama pensyarah La; dan Kesilapan yang paling kerap dilakukan oleh pelajar adalah semasa membuat pengiraan kos bahan mentah jahitan dan kos kepakaran. Hal ini mengakibatkan pelajar kehilangan markah yang sangat banyak kerana kesilapan tersebut 3.0 CIRI-CIRI INOVASI a. Inovasi ini menggunakan medium excel b. . Menjimatkan masa pelajar; c. Mengurangkan risiko untuk pelajar membuat kesalahan semasa membuat pengiraan kos; d. Sangat mudah digunakan serta mesra pengguna kerana turut dilampirkan nota ringkas manual penggunaannya; e. Dengan adanya template ini pelajar tidak lagi perlu mengira menggunakan kalkulator kerana sistem akan mengira secara automatik; dan 326 f. Berpotensi tinggi untuk dikomersialkan kepada usahawan di luar sana kerana ramai usahawan tidak memiliki ilmu untuk membuat kiraan hasil rekaan. 4.0 CARA OPERASI 4.1 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI 1) Semua pelajar jurusan Fesyen dan Pakaian bermula dari semester dua hingga semester empat akan menggunakan Template Laporan Amali & Sistem Pengiraan kos untuk membuat Laporan Amali mengikut La yang telah ditetapkan. 2) Laporan Amali perlu dihasilkan setiap kali selepas pelajar selesai menghasilkan sepasang pakaian. 3) Antara La yang terlibat ialah seperti berikut ;  Pakaian Tradisional Wanita 1  Pakaian Kontemporari Wanita 1  Pakaian Tradisional Wanita 2  Pakaian Kontemporari Wanita 2  Pakaian Lelaki  Pakaian Kontemporari Wanita 3. 4) Laporan Amali yang telah lengkap akan dicetak dan dihantar kepada pensyarah. PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN SEKARANG -IMPAK INOVASI A. Sebelum inovasi B. Pelajar tidak dapat mengira dengan tepat kerana kurang mahir dalam matematik. C. Pelajar tidak dapat menentukan hasil jualan rekaan dengan tepat jika dikira secara manual. D. Usahawan fesyen juga tidak dapat menetukan harga jualan produk mereka kerana tidak mempunyai ilmu pengiraan kos. 327 B. Selepas Inovasi Template ini amat membantu pelajar dalam menghasilkan laporan amali yang berlualiti. Antara impak template ini adalah seperti berikut: a) Pelajar dapat menghasilkan laporan amali dengan lebih cepat dan tepat berbanding sebelum ini pelajar mengambil masa yang sangat lama. b) Mengurangkan risiko pelajar melakukan kesalahan semasa membuat pengiraan kos; c) Dapat menjimatkan kos percetakan kerana pensyarah dapat menyemak dahulu hasil kerja pelajar sebelum dicetak; d) Template ini dapat meningkatkan tahap penggunaan komputer dikalangan pelajar. e) Template ini adalah mesra pengguna (friendly) dan mudah untuk digunakan. ini dapat menghindarkan perasaan bosan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan; f) Dapat menerapkan minat terhadap bidang perniagaan kerana pelajar dapat menentukan harga jualan bagi setiap hasil rekaan dengan lebih mudah dan tepat; g) Sistem pengiraan kos yang dibangunkan mempunyai peluang yang tinggi untuk dikomersialkan kepada usahawan luar kerana ia amat membantu untuk menentukan hasil jualan. 328 5.0 GAMBARAJAH INOVASI/KOS INOVASI Gambar inovasi Template Laporan Amali & Sistem Pengiraan Kos (Tem-Kos) 329 Strategi dan cara perlaksanaanya. 330 6.0 IMPAK a) Menjimatkan masa - pelajar mengambil masa yang lebih singkat untuk menghasilkan Laporan Amali. b) Mesra pengguna - template yang dibangunkan sangat menarik dan mudah digunakan dengan bantuan nota ringkas manual penggunaan template. c) Menjimatkan kos - pensyarah dapat menyemak hasil kerja pelajar sebelum mereka mencetaknya. d) Boleh dikomersialkan - sistem pengiraan kos sangat berpotensi tinggi untuk dikomersialkan kepada usahawan di luar sana kerana masih ramai usahawan yang tidak tahu cara untuk menentukan hasil jualan produk jahitan mereka. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Antara cadangan penambahbaikan yang boleh digunakan di masa hadapan ialah; a) Unit Fesyen dan Pakaian akan memohon sebuah mesin pengimbas untuk diletakkan di Bengkel fesyen untuk memudahkan pelajar mengimbas hasil lakaran pakaian dan lukisan kerja; b) Laporan Amali pelajar boleh terus dihantar kepada pensyarah secara online contohnya dengan menggunakan email; dan Hasil kerja pelajar tidak perlu lagi dicetak dan ini amat menjimatkan kos pelajar 8.0 KESIMPULAN Dengan penjimatan masa, peningkatan hasil kerja juga dapat dilakukan. Kerja dapat dilakukan dengan lebih efisyen tanpa sebarang masalah dan gangguan. Template Laporan Amali & Sistem Pengiraan Kos ini juga mudah, cepat dan tepat untuk digunakan oleh pelajar dari peringkat sijil hingga peringkat tertinggi. 331 4 in 1 PATTERN RULER Nursyuhada bt Othman1 dan Nur Hafizah bt. Marzuki 2 [email protected] [email protected] Kolej Komuniti Gerik Abstrak Kolej Komuniti Gerik, Perak 4in1 Pattern Ruler dihasilkan adalah untuk memudahkan pelajar Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) Kolej Komuniti Gerik bagi mendraf pola untuk menghasilkan pakaian. Inovasi ini telah dilaksanakan dengan menggabungkan empat jenis pembaris yang terdiri daripada pembaris lengkung, pembaris lurus, pembaris L dan pembaris perancis dengan menjadikan satu pembaris sahaja. Kesemua bentuk yang terdapat didalam pembaris ini telah diadaptasikan ke dalam saiz standard pakaian yang terdiri daripada saiz S,M dan L. Setiap pelajar akan didedahkan dengan teknik penggunaan pembaris ini untuk penghasilan pola yang baik. 1. PENGENALAN PROJEK Pembuatan pola asas merupakan salah satu Learning Area (LA) yang perlu dipelajari bagi pelajar yang mengambil Program Sijil Fesyen dan Pakaian (SFP) di setiap Kolej Komuniti. LA ini diwujudkan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang teknik-teknik mendraf pola untuk menghasilkan rekaan yang mengikut ukuran yang ditetapkan. Sehubungan dengan itu, pelajar mestilah mengikut setiap teknik yang diajar oleh pensyarah bagi memastikan pola yang dihasilkan mengikut kehendak rekaan.Namun begitu,hasil daripada pemantauan yang dibuat semasa sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP), terdapat segelintir pelajar tidak dapat menghasilkan pola dengan sempurna kerana kurang mahir menggunakan pelbagai jenis bentuk pembaris dengan betul. Kadang kala pelajar menjadi keliru untuk menggunakan banyak jenis pembaris untuk menyiapkan pola. Kes ini bukan berlaku kepada pelajar semester satu sahaja malahan terjadi kepada pelajar semester empat juga. Oleh itu, kami mewujudkan satu inovasi ini untuk membantu pelajar bagi menjadi lebih mahir untuk menghasillkan pola dengan tepat dan betul. Dalam masa yang sama, ia juga dapat menggurangkan kuantiti penggunaan pembaris dan mudah untuk dibawa kemana-mana. Dalam erti kata yang lain ia lebih mesra pengguna berbanding pembaris yang ada sebelum ini. 2. CABARAN/MASALAH INOVASI Sebelum inovasi ini dilaksanakan, cara yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah dengan menggunakan pembaris L, pembaris Lengkung, pembaris lurus dan 332 pembaris perancis untuk menghasilkan pola asas. Setiap pembaris mempunyai fungsi yang berbeza. Antara fungsi pembaris lurus ialah digunakan untuk menghasil garisan-garisan lurus seperti garisan bahu, pinggang dan punggung. Bagi pembaris lengkung pula ia digunakan untuk menghasilkan garisan yang berbentuk seperti membentuk potongan pinggang dan punggung. Manakala pembaris L pula digunakan untuk menghasilkan keruk bahagian lubang lengan pada bahagian badan dan dalam masa yang sama ia juga boleh dijadikan sebagai pembaris lurus yang boleh mengukur sudut tepat 90˚. Akhir sekali pembaris perancis digunakan untuk menghasikan bentuk keruk lengan pada bahagian tangan. Dengan wujudnya 4in1 Pattern Ruler ini, diharap ia dapat membantu pelajar untuk menyiapkan pola dengan masa yang cepat dan dapat memudahkan pelajar untuk membawa kemana-mana dengan pengurangan kuantiti pembaris. 3. CIRI-CIRI INOVASI a. Penjimatan masa Dengan memperkenalkan 4 in 1 Pattern Ruler di dalam proses Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) kepada pelajar, ia dapat menjimat masa di dalam proses mendraf pola. Pelajar boleh berpandukan label yang terdapat pada 4 in 1 Pattern Ruler dengan cepat dan pantas. b. Pengurangan penggunaan pembaris dan mesra pengguna Disamping penjimatan masa, ia juga dapat mengurangkan penggunaan pembaris yang biasa digunakan oleh pelajar untuk menghasilkan pola. Antaranya pembaris L, pembaris lengkung, pembaris lurus dan pembaris perancis. Dengan penggunaan 4 in 1 Pattern Ruler ini, pelajar lebih mudah mendapatkan bentuk potongan badan seperti pinggang dan punggung. Dalam masa yang sama ia dikatakan mesra pengguna kerana mudah dibawa dalm bentuk yang kecil. c. Penjimatan kos Ia direka khas menggunakan material yang mudah didapati contohnya “mounting board” dengan kadar kos yang sangat murah. Disamping itu, ia mudah didapati di kawasan Luar Bandar seperti di Kolej Komuniti Gerik. Ia juga tidak membebankan pelajar untuk mendapatkan pembaris ini. 333 BIL BAHAN YANG DIGUNAKAN KOS (RM) 1 Mounting board 1.50 2 Pita Ukur 1.60 3 Kertas Sticker 0.80 4 Double sided 1.80 5 Pencetak 0.30 Jumlah 6.00 4. CARA OPERASI Sebelum inovasi, pelajar menggunakan pelbagai jenis pembaris untuk menghasilkan pola. Antara pembaris yang digunakan ialah pembaris L, pembaris Lengkung, pembaris lurus dan pembaris perancis. Selepas Inovasi, pelajar hanya menggunakan 4 in 1 Pattern Ruler untuk menghasilkan pola. Sebelum menggunakan 4 in 1 patern ruler pelajar perlulah memahami asas dan cara mendraf pola. Berikut merupakan langkah-langkah mendraf pola :- a) Lakar garisan asas iaitu garisan bahu, garisan dada, garisan pinggang dan garisan punggung menggunakan 4 in 1 Pattern Ruler. 334 b) Lakar Garisan bahu dan bentukkan. c) Lakar garisan pinggang dan bentukkan lengkuk pinggang. 335 d) Lakar dan bentukkan garisan punggung. e) Bentukkan keruk leher. f) Bentukkan keruk lengan. 336 337 g) Pola yang telah siap di draf dengan menggunakan 4 in 1 Pattern Ruler 338 5. GAMBAR/LAKARAN PROJEK Rajah 1 : Lakaran 4 in 1 Pattern Ruler Rajah 2 : Gambar 4 in 1 Pattern Ruler 339 6. IMPAK INOVASI Impak inovasi adalah para pelajar lebih mudah memahami teknik mendraf pola dengan mengetahui setiap fungsi bentuk pembaris. Pelajar juga dapat mengetahui fungsi bentuk pembaris dengan hanya merujuk satu pembaris sahaja tanpa perlu mencari pelbagai jenis pembaris. Ia juga dapat mengurangkan kesilapan pada penghasilan pola dan juga meminimumkan masa yang diambil untuk menyiapkannya tanpa perlu merujuk kepada pensyarah berulang kali. 7. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN SEDIA ADA.  Bahan Penggunaan mounting board yang sedia ada mungkin tidak dapat bertahan dalam tempoh yang lama. Oleh itu, salah satu cara untuk memastikan produk ini boleh bertahan lama, kami bercadang untuk membuat penambahbaikan dengan menggunakan bahan yang dikenali sebagai Prospect . 8. KESIMPULAN 4 in 1 Pattern Ruler ini memudahkan pelajar untuk mendraf pola dan meminimumkan masa bagi menghasilkan pola pakaian. Selain itu juga ia dapat mengurangkan penggunaan pelbagai jenis pembaris dan mudah dibawa kemana-mana. 340 KOMIK TEKNO BB Nor Halina bt Noordin1 Nur Syahida bt. Jumakhir 2 [email protected] Kolej Komuniti Gerik, Perak Abstrak Komik Tekno BB dibangunkan adalah untuk memudahkan pelajar membuat rujukan dalam mempelajari LA2 : Perkembangan Teknologi Semasa dalam subjek Pendidikan Moral 2 dan subjek Aplikasi Komputer. Dalam masa yang sama komik ini juga berperanan menggantikan nota yang membosankan dan menerangkan Bahasa ICT yang selama ini susah diterangkan dalam Bahasa yang mudah.Kajian ini melibatkan 17 orang pelajar Pendidikan Moral Sesi Januari dan Julai 2014 dan 52 orang pelajar Aplikasi Perisian. Inovasi ini telah dilaksanakan dengan menyediakan satu set Komik Tekno BB menggunakan perisian percuma www.bitstrip.com . Setiap pelajar telah diberi satu komik untuk dijadikan sumber rujukan pelajar mempelajari nilai-nilai baik semasa menggunakan teknologi maklumat. Seterusnya, satu set soal selidik diedarkan kepada pelajar untuk meninjau pandangan pelajar terhadap penghasilan komik ini. Hasil dari soal selidik yang dijalankan didapati 70% pelajar bertambah minat dalam mempelajari subjek LA2: Perkembangan Teknologi Semasa dalam subjek Pendidikan Moral 2 dan subjek Aplikasi Komputer. 341 1.PENGENALAN PROJEK Subjek Pendidikan Moral diwujudkan bertujuan mengajar nilai-nilai murni kepada pelajar di samping mengaplikasikannya. Sehubungan dengan itu, Pendidikan Moral bertujuan menyemai nilai-nilai murni dalam diri pelajar untuk kegunaan di masa hadapan. Namun begitu,hasil daripada pemantauan yang dibuat semasa sesi perkuliahan bagi mata pelajaran Pendidikan Moral 2, terdapat segelintir pelajar kurang berminat mepelajari LA2: Perkembangan Teknologi Semasa. Ini disebabkan pelajar beranggapan mereka sudah tahu kebaikan dan keburukan teknologi maklumat tanpa perlu diajar. Kes ini turut berlaku kepada pelajar Aplikasi perisian Komputer.Tambahan pula.pelajar yang mengambil subjek Pendidikan Moral 2 beranggapan mereka telah mempelajari nilai-nilai baik dan etika hidup sejak dari sekolah rendah lagi dan mereka sudah cukup mahir mengenai nila-nilai tersebut.Ia juga turut terjadi di dalam subjek Aplikasi Komputer. Pensyarah telah memberikan nota berbentuk tulisan semata-mata untuk memberikan kefahaman yang lebih kepada isu-isu teknologi. Namun begitu, pelajar merungut kerana nota yang diberikan tidak menunjukkan situasi dan penggunaan terma ICT yang tidak jelas Justeru, komik ini dibangunkan sebagai nota tambahan bagi pelajar yang ingin mempelajari kesan teknologi kebaikan dan keburukan teknologi maklumat .Kelebihan komik ini adalah ia merupakan satu nilai tambah kepada penerangan pensyarah kerana melalui komik TeknoBB pelajar lebih dekat dengan situasi yang terjadi dalam masyarakat.Di samping itu, penggunaan terma ICT seperti spaming akan lebih jelas kerana komik ini memaparkan situasi spaming yang mungkin terjadi. Terma ICT ini walaupun telah diajar dalam subjek Aplikasi Komputer pelajar masih tidak dapat menggambarkan situasi yang terjadi. Selain itu, komik ini juga disertakan dengan nilai-nilai baik yang perlu diikuti oleh pelajar bagi setiap situasi. Ia juga turut disertakan glosari dan aktiviti pelajar.Selain itu komik TeknoBB ini senang dibawa ke mana-mana sebagai panduan kepada pelajar sebelum atau semasa menggunakan teknologi maklumat. 2.PENYATAAN MASALAH Sebelum inovasi ini dilaksanakan, kaedah yang biasa dilakukan oleh pelajar ialah dengan merujuk nota pensyarah dan buku rujukan daripada pusat sumber. Bagi 342 pelajar semasa menggunakan teknologi maklumat mereka sendiri adalah hakim bagi menentukan samada penggunaan teknologi maklumat yang mereka gunakan adalah baik atau buruk. Selain itu, terma-terma ICT yang mengelirukan juga mebuatkan pelajar tidak sedar semasa penggunaan teknologi maklumat mereka telah meletakkan diri mereka dalam bahaya dan melanggar etika hidup. Dengan adanya Komik TeknoBB ini, pelajar boleh membawanya ke mana-mana kerana saiz yang kecil dan ringan dan lengkap untuk dijadikan sebagai rujukan sebelum menggunakan teknologi maklumat tanpa melanggar etika hidup dan cara hidup masyarakat Malaysia.. 3.CIRI-CIRI INOVASI iv. CARA OPERASI Pensyarah menerangkan buat kali pertama kesan baik dan buruk teknologi maklumat kepada pelajar. Kemudian pensyarah mengagihkan komik kepada pelajar 343 sambal menayakan apa yang mereka pelajar dari situasi tersebut. Pelajar menambah nilai-nilai baik dari sudut info. Kemudia pensyarah meminta pelajar mebuat aktiviti pelajar yang disertakan sambal diselitkan dengan tugasan dan aktiviti tambahan yang berkaitan untuk mengukur kefahaman pelajar. 4.GAMBARAJAH INOVASI Rajah 1 : Muka Depan Komik TeknoBB 344 5.IMPAK INOVASI Impak inovasi adalah para pelajar lebih mudah memahami terma ICT yang selama ini mengelirukan mereka. Pelajar juga boleh merujuk sendiri Komik TeknoBB dan mengenalpasti samada situasi yang mereka alami adalah lebih membawa kebaikan atau keburukan tanpa perlu merujuk kepada pensyarah berulang-ulang kali. Pelajar juga akan lebih berhati-hati semasa menggunakan teknologi maklumat kerana sedar nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi semasa menggunakannya. 345 6.CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN SEDIA ADA Dalam sesebuah inovasi yang cuba dilaksanakan sudah pasti ada kelebihan dan kelemahan yang perlu diperbetulkan dari masa ke semasa. Pada pendapat pengkaji, bagi menambah keberkesanan Komik TeknoBB ini karikatur yang digunakan perlulah menunjukkan identiti Malaysia. Ini akan membantu pelajar melihat lebih realistik terhadap situasi yang bercirikan Malaysia Walaupun Komik TeknoBB ini berjaya dihasilkan namun penambahbaikan perlu dibuat secara berterusan bagi menjamin keberkesanan produk inovasi ini. Aktiviti pelajar boleh ditambah lagi di samping pengkaji boleh menambah baik komik dengan memasukkan topik 1 dan 3 iaitu nilai-nilai murni dalam agama dan isu-isu semasa. Pengkaji juga boleh menambahbaik komik dengan menambah unsur-unsur humor kerana dari soal selidik didapati hanya 72% pelajar setuju komik ini mempunyai unsur-unsur humor. Rekaletak komik juga boleh dibaiki untuk memberi impak yang lebih menarik. 7. KESIMPULAN Secara keseluruhannya, komik ini berjaya menambah minat pelajar terhadap 2 subjek di Kolej Komuniti Gerik. Dengan adanya komik ini diharapkan gred pelajar terhadap 2 subjek akan bertambah baik dan kefahaman pelajar semakin meningkat. 346 JEK ELEKTRIK Khairul Anuar Bin Idris1, [email protected] Raja Ahmad Syawal Bin Raja Musa2, [email protected] ABSTRAK Jek elektrik dibangunkan bagi tujuan mempermudahkan kerja – kerja menaikkan badan kenderaan dari permukaan jalan bagi sebarang tujuan servis samada kerja menservis tayar mahupun lain – lain komponen pada bahagian bawah kenderaan. Penggunaan jek manual melibatkan penggunaan masa, tenaga dan ruang dimana tidak semua pengguna kenderaan berkeupayaan dalam ketiga – tiga perkara tersebut. Oleh demikian, inovasi ini dilaksanakan bagi tujuan menjimatkan penggunaan masa dan tenaga dalam melaksanakan kerja mengangkat badan kenderaan menggunakan jek selain bertujuan menjimatkan ruang simpanan berikutan saiz jek elektrik ini yang tidak memerlukan ruang simpanan yang luas. Produk inovasi dibangunkan dengan penggunaan komponen alat ganti kenderaan sendiri seperti suis tingkap kuasa, unit motor penghidup dan juga jek manual sedia ada pada kenderaan. Setelah dibangunkan dalam tempoh sebulan, produk inovasi telah diuji pada kenderaan dan mencapai objektif dalam penjimatan masa dan tenaga selain membantu menjimatkan ruang simpanan sedia ada. 347 1.0 PENGENALAN Kenderaan pada hari ini merupakan satu keperluan yang mesti dimiliki setiap individu yang berkerjaya. Komitmen kerja yang menuntut kepada pergerakan setiap individu dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan jarak yang jauh menguatkan lagi kepada keperluan untuk memiliki kenderaan ini. Kenderaan yang dinaiki sering kali terdedah kepada risiko kerosakan tanpa mengira masa dan tempat. Lebih teruk lagi apabila kerosakan berlaku dalam situasi tidak diduga ketika pemandu mengejar masa melaksanakan urusan seharian. Kerosakan yang sering berlaku seperti kebocoran tayar kenderaan menyebabkan urusan kerja tergendala dan bagi menyelesaikannya pula ianya memakan masa dan tenaga pemandu itu sendiri. Kerosakan tayar mahupun komponen kenderaan pada bahagian bawah kenderaan memerlukan kerja mengangkat badan kenderaan tersebut. Menggunakan jek tangan sedia ada, kerja mengangkat badan kenderaan boleh dilakukan oleh pemandu kenderaan tersebut. Pengunaan jek kenderaan manual yang sedia ada memerlukan tenaga dan ianya sedikit memakan masa untuk dilaksanakan oleh pemandu. Bagi pemandu yang tidak pernah melakukannya sudah pasti perkara ini akan menjadi lebih sukar berbanding pemandu yang mempunyai kemahiran dalam melaksanakan kerja seperti ini. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pengunaan jek tangan manual yang sedia ada memerlukan tenaga dan ianya sedikit memakan masa untuk dilaksanakan oleh pemandu. Bagi pemandu yang tidak pernah melakukannya sudah pasti perkara ini akan menjadi lebih sukar berbanding pemandu yang mempunyai kemahiran dalam melaksanakan kerja seperti ini. Faktor masa dan tenaga adalah dua perkara yang sering kali menjadi masalah kepada pemandu dalam melaksanakan kerja mengangkat badan kenderaan tambahan pula kepada pemandu – pemandu golongan wanita. Penggunaan jek tangan manual memerlukan tenaga yang mencukupi untuk memusingkan handle yang disambungkan kepada jek kenderaan. Jika tenaga 348 yang digunakan tidak cukup kuat untuk memusingkan jek tangan ini, kenderaan tidak akan diangkat naik ke paras yang sepatutnya untuk melaksanakan kerja – kerja pembaikan ke atas kenderaan tersebut. Jika berjaya sekalipun sudah pasti banyak tenaga akan digunakan oleh pemandu untuk melaksanakan kerja tersebut dan bagi pemandu wanita sudah pasti ianya akan lebih memenatkan mereka. Penggunaan jek tangan manual juga memerlukan pemandu atau pengguna untuk memusingkan handle tersebut beberapa kali sehingga ketinggian kenderaan tersebut mencapai ketinggian yang sesuai dengan kerja yang ingin dilaksanakan. Ini menyebabkan penggunaan masa yang agak banyak untuk melaksanakan kerja tersebut dan begitu juga bagi pemandu atau pengguna wanita ianya akan menjadi lebih lama bagi mereka melaksanakan kerja seperti ini. 3.0 CIRI – CIRI INOVASI Jek tangan kenderaan sedia ada yang memerlukan sepenuhnya pelaksanaan secara mekanikal telah ditambah baik dengan menambah pepasangan set gear dan motor penghidup elektrik bagi memastikan jek tangan ini dapat berfungsi dengan bantuan kuasa elektrik sepenuhnya. 4.0 CARA OPERASI Jek tangan kenderaan sedia ada memerlukan kerja secara manual dilaksanakan memandangkan ianya adalah jek dari jenis mekanikal. Bagi mempercepatkan proses kerja, jek tangan sedia ada telah ditambahkan pepasangan set gear pada badan jek tersebut melalui proses kimpalan dan disambungkan pula kepada motor penghidup yang akan beroperasi dengan bantuan tenaga elektrik daripada bateri kenderaan 12 volt. Dengan bantuan motor penghidup yang disambungkan kepada pepasangan set gear tadi secara kimpalan, pergerakan jek tangan ini 349 akan menjadi lebih pantas berikutan kuasa motor penghidup yang akan menggerakkan pepasangan set gear tadi bagi menggerakkan jek tangan tersebut ke atas bagi mengangkat badan kenderaan. 5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI Gambarajah Inovasi: Rajah 1: Set jek mekanikal asal tanpa penambahan set gear dan motor penghidup. Rajah 2: Set pepasangan gear dan motor penghidup yang dikimpal pada kepingan plat besi kemudiannya dipasang kepada jek mekanikal asal. 350 Rajah 3: Set gear dan motor penghidup telah dipasang kepada jek mekanikal asal. Kos Inovasi: BARANGAN KUANTITI HARGA (RM) Jek Mekanikal 1 Unit 30.00 Motor Penghidup (Starter Motor) 1 Unit 40.00 Set Gear 3 Unit 6.00 4 Meter 10.00 Klip Buaya 1 Set 2.00 Suis Dua Hala Tingkap Kuasa 1 Unit 15.00 Besi Plat 30cm X 30 cm X 0.5cm 5.00 Bolt Nat 3 Unit X 11mm 1.50 2 Unit 12.00 Wayar Spray JUMLAH RM 121.50 351 6.0 IMPAK INOVASI 6.1 Penjimatan Masa Tempoh masa bagi melaksanakan kerja mengangkat badan kenderaan dapat dipercepatkan dengan bantuan kuasa motor elektrik yang disambungkan kepada jek tangan kenderaan sedia ada. 6.2 Penjimatan Tenaga Kerja Penggunaan tenaga bagi melaksanakan kerja mengangkat badan kenderaan menggunakan jek tangan manual sedia ada dapat diatasi dengan bantuan motor elektrik menggunakan kuasa bateri kereta 12 volt. 6.3 Penjimatan Ruang Ruang yang digunakan bagi menyimpan jek elektrik hasil inovasi ini hanya menggunakan ruang yang minimum sesuai dengan saiz jek elektrik yang dihasilkan ini. Berbanding penggunaan jek hidraulik mahupun sangga keselamatan, ianya memerlukan ruang simpanan yang lebih luas berbanding jek elektrik yang dihasilkan ini. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA Kajian terhadap pengiraan nisbah gear (gear ratio) yang lebih tinggi dan kesannya ke atas masa dan kemampuan menampung beban kerja berbanding nisbah gear yang digunapakai ketika ini akan dilaksanakan pada masa akan datang. Ini bagi mendapatkan kuasa mengangkat beban yang lebih besar lagi 352 bagi memastikan jek elektrik ini dapat diaplikasikan pada kenderaan dengan beban yang lebih besar lagi pada masa akan datang. 8.0 KESIMPULAN Jek elektrik yang dihasilkan berjaya mencapai objektif dari segi penjimatan masa kerja, penjimatan tenaga kerja serta membantu dari segi penjimatan ruang simpanan berbanding penggunaan jek tangan manual sedia ada. 353 E-PEMBELAJARAN PEMASANGAN DAN PENYELENGGARAAN KOMPUTER INTERAKTIF Hazila Binti Shaharuddin1, ,[email protected] Junaidah Muhamad2,[email protected] Suhaida Borhan3,[email protected] ABSTRAK E-pembelajaran pemasangan dan penyelenggaraan komputer interaktif adalah salah satu cara kaedah pembelajaran yang menyenangkan pengajar untuk mengajar kerana ia mempunyai 9 bahagian berbeza diletakkan didalam satu akses. Di dalamnya terdapat bahagian nota, video, flashcard, suai gambar,training course, persiapan, facebook dan borang penilaian. Dengan cara ini menyenangkan tenaga pengajar dan mempelbagaikan pembelajaran kepada pelajar. Tenaga pengajar perlu menggunakan pendekatan pengajaran yang lebih inovasi dan kreatif dalam membangkitkan suasana pembelajaran yang lebih menyeronok bagi pelajar-pelajar .E -pembelajaran ini direka untuk digunakan sebagai alat membantu mengajar (ABM) untuk memudahkan mengajar subjek yang berkaitan. 1.0 PENGENALAN Pemasangan komputer di ajar kepada pelajar semester 1 Sijil Aplikasi Perisian. Apabila sesi PdP dijalankan, kekangan yang berlaku adalah semasa sesi demonstrasi iaitu apabila bilangan pelajar ramai maka sesi berkenaan terpaksa dibuat secara berkumpulan. Ini akan membuatkan sesi demnstrasi dibuat berulangkali.Begitu juga apabila pelajar tidak memahami akan beberapa perkara, tenaga pengajar tidak dapat menyelesaikan masalah atau pemahaman pelajar dengan cepat kerana terfokus kepada demonstrasi. Kekangan lain yang berlaku ialah terdapat banyak rujukan pemasangan komputer di Internet atau di pusat sumber tetapi tidak menjurus kepada jenama komputer yang ada di Kolej Komuniti Gerik. Oleh yang demikian E-pembelajaran pemasangan komputer dibangunkan untuk digunakan sebagai alat membantu mengajar (ABM) Sijil Modular SKK1. Ia juga boleh digunakan oleh Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat (JPSH) untuk kursus pemasangan dan penyelenggaraan komputer untuk komuniti setempat. Di samping itu,memberi kemudahan kepada pelajar untuk dijadikan bahan rujukan sewaktu di dalam kelas serta waktu mengulang kaji pelajaran. 354 Kekerapan demonstrasi tentang cara-cara pemasangan komputer oleh pensyarah dapat dikurangkan kerana pelajar sendiri boleh menelaah ABM yang telah dibekalkan berulang kali. Pelajar juga dapat memuat turun video yang ada di dalam epembelajaran tersebut daripada Internet pada bila-bila masa sahaja. Ianya menjimatkan masa dan tenaga tenaga pengajar kerana dapat memberi satu sesi pembelajaran yang lebih interaktif dan menyeronokan. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Antara masalah yang dihadapi semasa PdP adalah a. Demonstrasi perlu dilakukan berulangkali b. Kurang rujukan untuk subjek pemasangan c. Tidak dapat menyelesaikan pemahaman pelajar dengan cepat Para pensyarah mestilah kreatif serta inovasi dalam menyampaikan kuliah supaya dapat mendapat menarik minat pelajar-pelajar di Kolej Komuniti Gerik. Oleh itu, para pensyarah boleh menggunakan teknologi maklumat dalam proses pengajaran dan pembelajaran (PnP) untuk menarik minat pelajar-pelajar. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Inovasi ini menggunakan medium powerpoint.Oleh yang demikian ia senang dicapai menggunakan PC, tablet dan tefefon pintar. Ia adalah mesra pengguna kerana 1akses boleh mencapai 9 bahagian iaitu nota, video, flashcard, suai gambar,training course, persiapan, facebook dan borang penilaian.Ia dibuat secara interaktif supaya dapat menarik minat pelajar dan menyenangkan tenaga pengajar mengajar didalam kelas. 4.0 CARA OPERASI 4.1 KAEDAH PERLAKSANAAN INOVASI Disamping aktiviti menggunakan e-pembelajaran yang dibuat didalam kelas, tidak lupa juga teknologi telekomunikasi semakin berkembang sehingga menyebabkan apa sahaja maklumat boleh dicapai dengan menggunakan telefon pintar. Dengan kemudahan ini, Internet boleh diakses di mana-mana lokasi dan pada bila-bila masa sahaja. Video yang ada didalam e-pembelajaran ini juga dapat dimuat naik ke laman sesawang Youtube. Pelajar dapat mencapai video ini sama ada di dalam kelas atau 355 diluar kelas. Pelajar boleh memberi komen atau membuat pertanyaan terus ke pensyarah di laman sesawang ini. Di samping itu, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat turut menganjurkan kursus pendek mengenai pemasangan dan penyelenggaran komputer. Video yang telah dibangunkan juga boleh dimanfaatkan oleh peserta kursus pendek. Oleh itu, pensyarah dapat menjimatkan masa kerana e-pembelajaran dapat digunakan berulang-kali dan mudah dikongsikan bersama pelajar. PERBEZAAN ANTARA PERKARA/PROSES YANG SEBELUM DAN SEKARANG IMPAK INOVASI E. Sebelum inovasi Pelajar masa kini boleh mencari pelbagai jenis maklumat dengan menggunakan Internet. Pelajar boleh menggunakan kemudahan ini sebagai menyelesaikan tugasan mereka serta sebagai maklumat tambahan. Walau bagaimanapun, terdapat banyak sumber rujukan pemasangan komputer di Internet dan pusat sumber tetapi tidak menjurus kepada jenama komputer yang ada di Kolej Komputer Gerik. Oleh yang demikian persiapan pelajar juga boleh dikatakan tiada dan ini membuatkan penerangan secara demonstrasi terpaksa dilakukan berulangkali untuk pemahaman pelajar. F. Selepas Inovasi Pensyarah dapat membuat demonstrasi cara-cara terhadap subjek pemasangan dan penyelenggaran komputer sambil dibantu oleh e-pembelajaran sebagai ABM. Pensyarah dapat menerangkan langkah demi langkah sambil memainkan video epembelajaran. Pelajar juga didedahkan dengan teknik pembelajaran kendiri di mana pelajar digalakkan belajar di atas daya usaha dan tempo sendiri tentang cara-cara pemasangan dan penyelenggaraan komputer melalui e-pembelajaran ini. 356 5.0 GAMBARAJAH INOVASI/KOS INOVASI Strategi dan cara perlaksanaanya. a. Aktiviti Pd b. Antaramuka e-pembelajaran pemasangan dan penyelenggaraan komputer interaktif 357 6.0IMPAK E-pembelajaran pemasangan komputer ini dilihat dapat memberi impak secara menyeluruh kepada pensyarah dan pelajar seperti berikut: a. Pengurangan kos operasi -Tiada sebarang kos operasi yang terlibat dalam penghasilan e-pembelajaran pemasangan dan penyelenggaraan computer interaktif b. Penjimatan masa -Pelajar lebih meminati maklumat yang disampai dalam bentuk interaktif yang mempunyai elemen seperti audio, video dan animasi. Pelajar akan lebih berminat dan menimbulkan perasaan ingin tahu jika dibandingkan dengan maklumat atau teori hanya disampaikan melalui nota yang bertulis. Pelajar mudah memahami apa yang dipelajari dan seterusnya meningkatkan kefahaman lebih cepat terhadap subjek tersebut. c. Peningkatan hasil kerja -Pensyarah tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menyiapkan bahan pnp kerana telah disediakan didalam e-pembelajaran pemasangan komputer berkenaan. d. Peningkatan dalam tahap kepuasan hati pelanggan -Pelajar telah menyatakan kepuasan hati mereka e-pembelajaran pemasangan komputer 358 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Namun demikian, e-pembelajaran pemasangan komputer perlu diselang-selikan dengan cara pembelajaran tradisional. Ini disebabkan oleh e-pembelajaran pemasangan komputer mempunyai keburukan tersendiri dimana pelajar-pelajar kurang mahir menggunakan telefon pintar dan Internet akan mengalami masalah untuk menggunakan video didalam e-pembelajaran. Tambahan pula, pelajar juga akan menjadi kurang berinteraksi dengan pensyarah disebabkan pelajar dapat mengulang kaji pelajaran dengan hanya menonton video e-pembelajaran berulang kali. Maka, pensyarah harus bijak dan kreatif menggabungkan teknik baru dan lama pengajaran agar dapat melahirkan pelajar yang seimbang perkembangan jasmani, emosi, rohani dan inteleknya. 359 KESIMPULAN E-pembelajaran pemasangan komputer memberi satu nafas baru dalam proses PnP dimana akan meningkatkan minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Selain itu, video yang ada didalam e-pembelajaran mudah diakses melalui Internet pada bila-bila masa. Dengan itu, pelajar mudah untuk mengulangkaji walau dimana sahaja. Video e-pembelajaran boleh diakses di laman sesawang http://www.youtube.com/watch?v=X3ONeuU9BHw . 360 COMPUTER ASSISTED RESUME MAKER Yuzlin Bt Yaccob ([email protected]) Raja Mohamad Zatimi Bin Raja Putera ([email protected]) Nor Hazri Helmy Bin Nor Rashid ([email protected]) Kolej Komuniti Gerik ABSTRAK Computer Assisted Resume Maker (CARM) dicipta bertujuan untuk memudahkan pelajar dan pengguna untuk menyediakan satu resume dan surat permohonan pekerjaan yang lengkap. Objektif utamanya adalah untuk memudahkan sesi pdp di dalam kelas serta memberi kefahaman yang lebih jelas kepada pelajar khususnya pelajar yang mengambil modul SKW 3141 Kemahiran Insaniah 2 dan juga untuk kegunaan sesi pengajaran dan pembelajaran dalam kursus pendek. CARM merupakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang membantu mengatasi kekeliruan pelajar kerana terdapat pelbagai contoh di internet, menghadapi kekangan masa, meningkatkan keupayaan pelajar untuk menghasilkan suatu resume yang baik serta berubah dari bahan konvensional kepada yang boleh menarik minat pelajar. Pelajar hanya perlu memasukkan data ke dalam CARM dan memilih bahasa yang diinginkan. Terdapat dua pilihan bahasa iaitu Bahasa Melayu dan juga Bahasa Inggeris. Maklumbalas pelajar menunjukkan penggunaan CARM adalah menarik dan dapat menarik minat mereka khususnya pelajar semester November 2014 yang mengambil modul SKW 3141. 361 1.0 PENGENALAN Modul Kemahiran insaniah yang diperkenalkan di bawah Kursus Wajib Sijil merupakan salah satu modul yang harus dipelajari oleh semua pelajar. SKW 3141 atau Kemahiran Insaniah 2 adalah modul yang secara umumnya lebih memberi penekanan kepada kemahiran `softskill` pelajar. `Kerjaya Saya` merupakan tajuk kedua di dalam modul tersebut yang menekankan tentang kemahiran membina resume untuk menghadiri temuduga apabila tamat pengajian. Penulisan resume yang baik perlulah ringkas, padat dan mempunyai semua info tentang pemohon. Resume yang baik juga harus memberi kesan positif kepada penemuduga. Bilangan pelajar di dalam satu – satu kelas sebenarnya memberi impak kepada kaedah pengajaran dan pembelajaran (pdp) di dalam kelas. Kursus wajib Sijil khususnya Kemahiran Insaniah bukanlah seperti kaedah pengajaran teknikal yang lain yang memperuntukkan makmal komputer khas serta kemudahan wifi untuk keperluan pelajar menggunakan komputer. Dalam tajuk `Kerjaya Saya`, lazimnya sesi pengajaran dan pembelajaran hanya melibatkan penggunaan helaian borang resume yang diedarkan pada setiap pelajar. Pelajar akan mengisinya dengan bantuan pensyarah. Tempoh masa yang diperuntukkan adalah selama 4 jam iaitu dalam tempoh 2 minggu sesi pengajaran dan pembelajaran. Pelajar akan menaip semula resume tersebut selepas helaian borang itu telah diisi sepenuhnya. Situasi ini sebenarnya memberi tekanan kepada pensyarah untuk mengajar kerana dengan tempoh masa yang terhad pelajar perlu menyiapkan resume dan pensyarah perlu menyemak pada minggu berikutnya. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Penggunaan Alat Bantu Mengajar (ABM) sebenarnya membantu melancarkan perjalanan suatu sesi pengajaran dan pembelajaran. Sesi pengajaran dan pembelajaran yang baik dapat membantu meningkatkan minat pelajar untuk belajar dan seterusnya melakukan tugasan yang diberi dengan sempurna. Penggunaan ABM yang 362 konvensional, kekeliruan di kalangan pelajar kerana terdapat banyak contoh di internet, kekangan masa dan keupayaan pelajar untuk menghasilkan suatu resume yang baik merupakan halangan utama dalam diri pelajar. Helaian borang resume adalah bahan yang digunakan oleh pensyarah sebagai ABM. Helaian ini adakalanya membosankan pelajar kerana perlu mengisi borang secara manual. Kaedah konvensional seperti ini menyebabkan sebilangan pelajar kurang berminat untuk mengisi borang tersebut. Mereka merasakan ia menyusahkan pelajar dan jika perlu melakukannya secara `online` di makmal, makmal tersebut perlulah mempunyai wifi yang bagus. Oleh sebab itu, sebagai tenaga pengajar ABM perlulah mudah diakses, senang diperolehi serta yang boleh menimbulkan minat pelajar . Tempoh 6 minggu untuk tajuk `Kerjaya Saya` adalah satu tempoh yang terhad. Ini kerana sepanjang tempoh tersebut terdapat 6 sub topik dan latihan praktikal yang perlu dijalankan. Resume dan Mock Interview merupakan latihan praktikal yang perlu dibuat. Latihan ini mengambil masa yang agak panjang jika melibatkan bilangan pelajar yang ramai kerana ia perlu dijalankan secara individu. Kekangan masa untuk menyiapkan satu resume juga memberi impak kepada sesi mock interview. Selain itu, penghasilan resume juga tidak mempunyai format yang tertentu. Ia bergantung kepada kreativiti pensyarah untuk mengajar dan memberikan info yang betul kepada pelajar. Keupayaan pelajar menghasilkan resume yang baik juga bergantung kepada tahap dan kesediaan pelajar untuk mengumpul maklumat serta pemilihan format yang bersesuaian. Oleh itu, satu mekanisme perlu diwujudkan bagi memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran serta meningkatkan tahap pemahaman di kalangan pelajar. 363 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Computer Assisted Resume Maker (CARM) dicipta berdasarkan pemerhatian dan sesi pengajaran dan pembelajaran semenjak tahun 2006. Pelbagai aspek telah diambil kira bagi memastikan kelancaran sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Untuk meningkatkan minat dan pemahaman pelajar dalam membuat resume helaian borang yang digunakan tidak lagi menggunakan kertas sebaliknya menggunakan satu sistem lain tanpa menggunakan wifi. Pelajar boleh mengakses sistem tersebut tanpa perlu ke makmal untuk menggunakan wifi. Antara lain ciri-ciri inovasi yang terdapat pada CARM ini juga adalah seperti berikut : i. Penggunaan satu sistem baru menggunakan Microsoft Excel bagi memudahkan pelajar memasukkan data. Pelajar hanya perlu memasukkan data atau maklumat yang dikehendaki ke dalam sistem tersebut. Ianya telah di format dalam bentuk resume dan surat permohonan pekerjaan. ii. Penggunaan Dwi Bahasa. Pelajar boleh memilih untuk menggunakan Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Pemilihan dari aspek bahasa merupakan satu kelebihan kerana ia memudahkan pelajar tanpa perlu memikirkan ayat, format dan maklumat yang diperlukan untuk diisi di dalam resume. Ia juga dapat mengelakkan dari berlaku kesilapan ayat khususnya di dalam surat permohonan. iii. Dicipta khas bersama dengan surat permohonan kerja. iv. Format yang digunakan adalah seragam. v. Mesra pengguna. Penggunaan sistem ini membolehkan pengguna mengemaskini data secara berterusan. 364 4.0 CARA OPERASI ABM yang sesuai akan menarik minat pelajar untuk fokus kepada maklumat yang disampaikan oleh pensyarah. Penggunaan CARM membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar dan pelajar dapat menyiapkan tugasan dengan cepat dan mudah. Pelajar masih menggunakan makmal komputer tetapi tidak memerlukan talian internet untuk mengaksesnya. Setiap pelajar akan diberi `softcopy` CARM dan mereka akan memasukkan data yang dikehendaki. Pelajar hanya perlu menyediakan segala dokumen yang dikehendaki untuk tujuan rujukan semasa mengisi borang (CARM) tersebut. CARM yang telah diisi sepenuhnya akan memaparkan jumlah 100%. Ini menunjukkan semua bahagian telah diisi dan boleh dicetak. Tetapi jika terdapat bahagian yang belum diisi sistem akan memaparkan berapakah jumlah peratus yang telah diisi dan pelajar perlu mengisi bahagian yang belum diisi. 365 Rajah 1: Operasi penggunaan CARM `Soft copy` diberi kepada pelajar Pelajar mengisi CARM CARM yang tidak lengkap akan menunjukkan jumlah peratus yang diisi. (contoh : 70%) CARM yang telah diisi akan menunjukkan 100% 5.0 GAMBARAJAH INOVASI/KOS INOVASI CARM merupakan satu sistem yang dicipta khas untuk memudahkan sesi pengajaran dan pembelajaran. Sistem yang hanya menggunakan Microsoft Excel ini bukan sahaja memudahkan sesi pdp tetapi ia juga dapat memberi gambaran yang jelas tentang resume dan surat permohonan pekerjaan. Pelajar hanya perlu memasukkan data atau info seperti yang diminta di dalam gambarajah di bawah. Penghasilan CARM ini tidak melibatkan sebarang kos. 366 a. 367 b. c. 368 d. e. 369 f. 370 g. 371 h. 372 6.0 IMPAK INOVASI i. Penggunaan CARM amat berkesan bagi melancarkan sesi pengajaran dan pembelajaran serta dapat menyiapkan pelajar supaya lebih bersedia untuk menghadapi sesi temuduga untuk memohon kerja. ii. Kesediaan seseorang individu khususnya dari aspek dokumentasi memberi impak yang positif dalam diri serta dapat meningkatkan keyakinan untuk berhadapan dengan panel penemuduga kelak. iii. Menjimatkan masa kerana pelajar hanya perlu mengisi CARM dan mengemaskini pada bila-bila masa sahaja. 373 iv. Menjimatkan kos khususnya penggunaan kertas A4. vi. Boleh digunakan walaupun setelah tamat pengajian. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA Beberapa penambahbaikan boleh dilakukan ke atas CARM bagi memudahkan pengguna mengemaskini data . Antaranya ialah : i. Mencipta butang `tambah` untuk menambah beberapa data atau info oleh pengguna. Misalnya tahap pendidikan, pengalaman kerja dan sebagainya. CARM hanya memfokus kepada 3 tahap sahaja tetapi jika pengguna mempunyai lebih dari 3 peringkat pendidikan mereka boleh menambah sendiri info tersebut dengan menekan butang `tambah`. ii. Kepelbagaian warna boleh digunakan khususnya untuk menarik minat pelajar dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. iii. Video interview. 8.0 KESIMPULAN CARM merupakan ABM yang banyak membantu sesi pengajaran di dalam kelas. Selain dapat menarik minat pelajar untuk belajar CARM juga boleh digunapakai selepas pelajar tamat belajar dan dalam proses temuduga mencari pekerjaan. Penggunaannya bukan sahaja untuk golongan pelajar dan dalam satu tempoh tertentu tetapi ia juga boleh digunakan oleh sesiapa sahaja dan pada bila-bila masa. 374 ‘DANCING CROQUIS’ (Alat Bantu Mengajar Fesyen) Laila Najwa Binti Yahaya [email protected] [email protected] ABSTRAK : Proses melukis figura untuk sesuatu rekaan pakaian mengambil masa yang lama dalam Pengajaran dan Pembelajaran (PDP) bagi Modul Seni Reka Fesyen (SFP 3102). Masalah ini menyebabkan masa dan hasil rekaan yang dibuat oleh pelajar tidak menarik dan tidak menepati kehendak pensyarah modul. Justeru itu, kajian telah dibuat untuk mencari kaedah yang paling berkesan dalam proses melukis figura. Maka dengan itu, ‘Dancing Croquis’ diperkenalkan. Penggunaan ‘Dancing Croquis’ yang mudah dan boleh diperbagaikan ‘pose’ ini, bagi mengantikan kaedah lama ‘Croquis Pegun’ atau ‘1 Crouis 1 Pose’. Dapatan kajian, menunjukkan bahawa masa dan kreaviti pelajar berjaya dipertingkatkan, ini dapat dilihat melalui hasil rekaan yang lebih baik dan menarik. 1.0 PENGENALAN Kaedah Pelaksaan Inovasi :  ‘Dancing Croquis’ dihasilkan supaya setiap sendi penting pada figura dapat digerakkan. Ini bagi membolehkan pelajar lebih kreatif dan inovatif dalam menghasilkan pelbagai ‘pose’ figura untuk modul Seni Reka Fesyen SFP 3102.  ‘Dancing Croquis’ dihasilkan mengikut saiz yang bersesuaian untuk kegunaan pelajar fesyen bagi modul Seni Reka Fesyen SFP 3102.  ‘Dancing Croquis’ ini dibuat dan boleh digunakan untuk figura pandangan hadapan dan figura pandangan belakang.  Penerangan ringkas mengenai kedudukan sebelum inovasi dilaksanakan; 375 I. Perbezaan antara perkara / proses yang sebelum dan selepas inovasi : B i Sebelum Inovasi Selepas Inovasi l 1 . -‘1 Croquis 1 Pose’. -‘Croquis’ diinovasikan bersendi. 376 Bil Sebelum Inovasi Selepas Inovasi 2. -Variasi pelbagai ‘pose croquis’. -‘Dancing Croquis’ yang boleh diubah mengikut kesesuaian rekaan. 377 Bil 3. Sebelum Inovasi Selepas Inovasi Pelajar perlu menukar ‘croquis’ mengikut Dengan penggunaan ‘Dancing Croquis’ rekaan pakaian yang hendak dilukis. pelajar hanya menggunakan 1 ‘croquis’ Contohnya untuk rekaan seluar, ‘croquis’ sahaja. Ini kerana ‘Dancing Croquis’ kaki terbuka perlu digunakan manakala dihasilkan supaya dapat dimudah-alih rekaan gaun, ‘croquis’ kaki tertutup akan mengikut rekaan yang mahu dihasilkan. digunakan 4. 5. Penggunaan kos bahan yang banyak, Penggurangan kos bahan kurang, ini kerana pelajar perlu membuat banyak kerana dengan hanya satu ‘Dancing gaya ‘croquis’ bagi setiap rekaan yang Croquis’, pelajar boleh menghasilkan diperlukan. pelbagai rekaan. Tempoh masa yang lama diperlukan Tempoh masa yang singkat dengan semasa penggunaan ‘croquis’ ini. Ini penggunaan ‘Dancing Croquis’. Ini kerana pelajar perlu menukar ‘croquis’ disebabkan pelajar hanya menggunakan untuk gaya ‘pose’ dan juga gaya hadapan ‘croquis’ yang sama untuk gaya ‘pose’ dan belakang setiap rekaan. dan juga gaya hadapan dan belakang setiap rekaan. 2.0 PERNYATAAN MASALAH a. Masalah-masalah yang dihadapi sebelum inovasi dilaksanakan ; Subjek Seni Reka Fesyen SFP 3102 menjadi modul wajib dan yang amat penting bagi setiap pelajar Sijil Kolej Komuniti (SKKM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Dalam modul ini, pelajar akan didedahkan dengan teknik menghasilkan rekaan pakaian. Pensyarah selalunya akan menggunakan kaedah menekap croquis sebelum pelajar mula melakukan ‘sketches’ masing-masing diatas ‘croquis’ yang telah ditekap. Kebiasaannya ‘croquis’ yang dibuat adalah dalam bentuk pegun dan ‘1 croquis 1pose’. Masalah yang timbul dalam penggunaan ‘croquis’ sedia ada ini adalah: 378  Tempoh masa yang lama untuk proses ‘sketches’ bagi PDP Seni Reka Fesyen SFP 3102.  Proses PDP tidak menarik kerana penggunaan ‘croquis’ yang sama.  Kreativiti pelajar terbatas dalam menghasilkan ‘sketches’ yang menarik, kerana menggunakan ‘croquis’ pegun. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI      ‘Croquis’ diinovasikan bersendi. ‘Dancing Croquis’ yang boleh diubah mengikut kesesuaian rekaan. Dengan penggunaan ‘Dancing Croquis’ pelajar hanya menggunakan 1 ‘croquis’ sahaja. Ini kerana ‘Dancing Croquis’ dihasilkan supaya dapat dimudah-alih mengikut rekaan yang mahu dihasilkan. Penggurangan kos bahan kurang, ini kerana dengan hanya satu ‘Dancing Croquis’, pelajar boleh menghasilkan pelbagai rekaan. Tempoh masa yang singkat dengan penggunaan ‘Dancing Croquis’. Ini disebabkan pelajar hanya menggunakan ‘croquis’ yang sama untuk gaya ‘pose’ dan juga gaya hadapan dan belakang setiap rekaan. 4.0 CARA OPERASI  Rujukan video 379 5.0 GAMBARAJAH INOVASI ‘Croquis’ sebelum inovasi 380 ‘Croquis’ selepas inovasi (Pose 1) 381 ‘Croquis’ selepas inovasi (Pose 2) 382 ‘Croquis’ selepas inovasi (Pose 3) 383 ‘Croquis’ selepas inovasi (Pose 4) 384 ‘Croquis’ selepas inovasi (Pose 5) 385 5.0 KOS INOVASI Kos penghasilan ‘Dancing Croquis’ adalah kurang dari Rm5.00*. 1. Kertas-menggunakan bahan kitar semula (tiada kos bahan). 2. Eyelet- 8pcs (Rm 1.00). 3. Kos fotostat- 3keping (Rm 0.30). *Harga kos bergantung kepada bahan (kertas atau plastik) yang digunakan. 6.0 IMPAK INOVASI  Pengurangan Kos Operasi : Mengurangkan kos membeli kertas, untuk membuat pelbagai saiz dan ‘pose croquis’ kerana ‘Dancing Croquis’ diperbuat daripada bahan kitar semula.  Penjimatan Masa Menjimatkan masa kerana dengan menggunakan ‘Dancing Croquis’ masa melukis ‘sketches’ dapat dikurangkan dari sebulan ke 2 minggu sahaja. Ini akan menjimatkan masa PDP bagi modul Seni Reka Fesyen.  Peningkatan Hasil Kerja Dengan penjimatan masa yang dapat dilakukan, peningkatan hasil kerja juga dapat dilakukakan. Kerja dapat dilakukan dengan lebih efisyen tanpa sebarang masalah dan gangguan.  Peningkatan Dalam Tahap Kepuasan Hati Pelanggan Dapat memuaskan hati para pelajar kerana mereka tidak lagi merasa susah dan tertekan apabila mengambil modul Seni Reka Fesyen, dengan penggunaan ‘Dancing Croquis’ yang mesra pengguna ini. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAIKKAN IDEA SEDIA ADA  Idea asal ‘Dancing Croquis’ ini adalah ciptaan asli penyelidik.  Penambahbaikkan idea ‘Dancing Croquis’ adalah dapat dihasilkan menggunakan bahan plastik. Ini kerana bahan dari plastik lebih kukuh dan tahan lama. 386 8.0 KESIMPULAN ‘Dancing Croquis’ yang diperkenalkan oleh pensyarah Cik Laila Najwa bt Yahaya dari Program Fesyen dan Pakaian Kolej Komuniti Gerik, Perak, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), ini diharap dapat digunakan secara meluas untuk keperluan dan kegunaan pelajar fesyen bagi modul Seni Reka Fesyen SFP 3102 bagi pelajar Sijil Kolej Komuniti (SKMM), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara khasnya dan boleh digunakan oleh semua pelajar, pensyarah dan warga industri fesyen yang terlibat dalam proses menghasilkan ‘sketches’ untuk rekaan pakaian. 387 388 Persepsi Pelajar Program Pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak Terhadap Keperluan Latihan Industri Kamarul Hazri bin Ghazali NormasitahbintiNazri Ruslina binti Yusoff Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk mengetahui persepsi pelajar Program Pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak terhadap keperluan latihan industri. Objektif kajian merangkumi beberapa bahagian iaitu personaliti pelajar, kemahiran komunikasi pelajar, pendedahan awal alam pekerjaan dan amalan etika dan peraturan kerja yang baik. Kajian berbentuk deskriptif ini melibatkan seramai 40 orang pelajar yang bakal menjalani latihan industri daripada pelajar Program Sijil Pastri, Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak. Instrumen kajian mengandungi sejumlah 40 item dan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach ialah 0.936. Kajian rintis dijalankan untuk menguji kebolehpercayaan soal selidik dan memastikan setiap item yang terkandung dalam soal selidik bersesuaian dengan situasi semasa dan mudah difahami oleh pelajar. Data-data yang dikumpul seterusnya dianalisis dengan menggunakan perisian “Statistical Package For Social Science (SPSS) For Windows Version 17”.Hasil kajian yang diperolehi melalui kajian ini mendapati bahawa soalan-soalan kajian yang diutarakan adalah berada pada tahap kesetujuan yang tinggi kecuali soalan kajian mengenai pendedahan awal alam pekerjaan dengan peratusan sebanyak 57.5%. Personaliti pelajar dan amalan etika dan peraturan kerja yang baik berada pada tahap sederhana dengan peratusan sebanyak 65%. Soalan kajian yang dikategorikan sebagai berada pada tahap tinggi ialah kemahiran komunikasi dengan catatan peratusan sebanyak 67.5%.Hasil analisis daripada persoalan kajian mendapati bahawa latihan industri merupakan satu keperluan kepada pelajar kolej khususnya sebagai persediaan awal pelajar sebelum ke alam realiti pekerjaan. Beberapa cadangan telah dibuat untuk meningkatkan tahap keyakinan pelajar terhadap latihan industri bagi membolehkan pelajar lebih bersedia untuk menjalani latihan industri kelak. Hasil kajian ini diharapkan dapat dijadikan bahan 389 atau sumber rujukan yang dapat dimanfaatkan oleh penyelidik lain dalam penambahbaikan program latihan industri. [Katakunci : Personaliti, Komunikasi, Alam Pekerjaan, Amalan etika dan peraturan kerja dan Keperluan dan Latihan Industri] 1.0 PENGENALAN Latihan Industri merupakan satu bentuk program latihan amali di sesebuah organisasi atau industri yang dilalui oleh pelajar dalam jangkamasa yang ditetapkan oleh sesebuah institusi untuk mendapat pengalaman alam pekerjaan sebenar di organisasi atau industri tersebut. Pendapat Othman, Khairiani and Abd Mutalib, Hafizah and Wan Ismail, Nik Ahmad Rizal (2001), keperluan latihan industri ini dimasukkan ke dalam kurikulum pendidikan institusi pengajian dengan tujuan untuk menyediakan tenaga kerja yang berdaya saing yang memenuhi spesifikasi semasa industri . Pada tahun 2008, semua proses kerja latihan industri (LI) telah diselaraskan mengikut MS ISO 9001:2008 Menurut Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (2008). Latihan industri merupakan satu komponen penting dalam program pengajian di Kolej Komuniti Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK), Kementerian Pendidikan Malaysia yang perlu dilaksanakan dan dipantau dengan sistematik dan efektif. Latihan insudtri ini disediakan untuk membantu dan memastikan semua pihak yang terlibat terutamanya pelajar dalam memahami dan melaksanakan program latihan industri mengikut syarat dan kehendak program bagi memastikan objektif latihan industri tercapai. Selaras dengan beberapa objektif latihan industry iaitu membolehkan pelajar mendapatkan pendedahan awal kepada alam pekerjaan, menghayati sifat jujur, amanah, berdisiplin, dan bertanggungjawab, mengamalkan peraturan keselamatan dan amalan baik ditempat latihan dan mengukuhkan keyakinan diri dan amalan komunikasi, satu kajian telah dilaksanakan bagi melihat sejauh mana persepsi para pelajar program pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar terhadap perlaksanaan latihan industri. 390 2.0 PERNYATAAN MASALAH Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak telah rasminya ditubuhkan pada April 2010 dengan memperkenalkan Program Pastri sebagai satu-satunya kos pengajian. Pada November 2014, buat pertama kalinya pelajar dari Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak bakal menjalani Program Latihan Industri yang diuruskan sepenuhnya oleh Pihak Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak. Kesediaan menyediakan keperluan latihan industri merupakan satu komponen sesebuah institusi pendidikan khususnya institusi kolej komuniti sebagai landasan pembangunan modal insan kepada pelajar. Ianya bersesuaian dengan penubuhan kolej komuniti iaitu menyelaras latihan dan kemahiran yang disediakan supaya dapat memenuhi keperluan pasaran. Selaras dengan usaha untuk membangunkan sumber tenaga manusia, latihan memainkan peranan penting bagi melahirkan individu-individu yang terlatih dan mahir di samping mempunyai unsur-unsur sikap yang positif terhadap kerja seperti berdisiplin, dedikasi. gigih, beretika dan bermotivasi tinggi. Ini dapat disokong dengan pendapat Isahak (1992) dalam Shahril dan Habib (1999:130-131) di dalam Pidato Umum Aminuddin Baki kali ke 4 yang menyatakan bahawa, "Tenaga manusia yang diperlukan dalam masyarakat industri tentulah tenaga manusia yang cekap dan profesional, berfikiran terbuka untuk menerima dan mengkaji maklumat dan ilmu dan dapat membuat penyesuaian dengan cepat." Bagi pelajar, khususnya yang tiada pengalaman berkaitan dengan latihan industri akan mengeluarkan pelbagai spekulasi sama ada yang positif atau negatif terhadap keperluan program latihan industri seperti kemampuan program latihan industri dalam membina personaliti diri mereka, meningkatkan kemahiran komunikasi mereka, dapat memberikan pendedahan kepada alam pekerjaan serta dapat membentuk amalan etika dan peraturan kerja mereka dengan baik. Pelajar yang telah menjalani latihan industri merupakan individu yang paling sesuai untuk menyatakan pendapat dan pengalaman mereka sewaktu menjalani latihan industri kerana mereka yang telah menjalani situasi sebenarnya, Norani Bte Mohd Noor & Lokman Bin Baiman (2010) Tinjauan rambang berbentuk temubual secara lisan dikalangan pelajar program pastri menunjukkan bahawa terdapat satu persepsi dari aspek keyakinan pelajar terhadap keperluan perlaksanaan program latihan industri. 391 Oleh itu, pengkaji merasakan perlunya satu kajian untuk meninjau sejauhmana persepsi pelajar terhadap keperluan program latihan industri yang bakal dijalakan kepada mereka sama ada ia memberikan tanggapan yang baik atau sebaliknya dalam menilai kesediaan pelajar terhadap program latihan industri yang bakal dijalani selain dapat menjamin keperluan latihan industri yang disediakan mendapat kepuasan yang tinggi dan berkualiti. Kajian ini menggunakan beberapa aspek penting yang boleh mempengaruhi persepsi pelajar terhadap keperluan program latihan industri. Aspek- aspek tersebut adalah personaliti pelajar, kemahiran komunikasi, pendedahan awal alam pekerjaan dan amalan etika dan peraturan kerja yang baik. Secara keseluruhannya, bagi mencari jawapan kepada permasalahan di atas, kajian ini adalah untuk meninjau “Persepsi Pelajar Program Pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar Terhadap Keperluan Latihan Industri”. 3.0 PERSOALAN KAJIAN Menyusuli pernyataan masalah ini, maka persoalan kajian berikut dinyatakan untuk memberikan fokus dan arah kepada pembolehubah yang hendak dikaji. i) Apakah latihan industri mampu membina personaliti pelajar? ii) Apakah latihan industri mampu membentuk kemahiran komunikasi pelajar? iii) Apakah latihan industri mampu memberi pendedahan awal alam pekerjaan kepada pelajar? iv) Apakah latihan industri bekeperluan dalam membentuk amalan etika dan peraturan kerja yang baik kepada pelajar? 4.0 TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk melihat persepsi pelajar program pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar (KKKK) terhadap keperluan latihan industri. Perkara yang dikaji meliputi personaliti pelajar, kemahiran komunikasi, pendedahan awal alam pekerjaan, dan amalan etika dan peraturan kerja yang baik. 392 5.0 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini secara khususnya adalah untuk: i) Mengenalpasti latihan industri mampu membina personaliti pelajar. ii) Mengenalpasti latihan industri mampu membentuk kemahiran komunikasi pelajar. iii) Mengenalpasti latihan industri mampu memberi pendedahan awal alam pekerjaan kepada pelajar. iv) Mengenalpasti latihan industri bekeperluan dalam membentuk amalan etika dan peraturan kerja yang baik kepada pelajar. 6.0 METODOLOGI 6.1 Rekabentuk Kajian Rekabentuk kajian ini ialah dengan menggunakan borang soal selidik sebagai instrumen utama untuk memperoleh data. Borang soal selidik yang digunakan telah diubahsuai untuk disesuaikan dengan tujuan kajian ini dijalankan. Ia menghasilkan satu set borang soal selidik yang lengkap bagi membolehkannya untuk mengkaji pemboleh ubah-pemboleh ubah yang dikaji. 6.2 Populasi Dan Sampel Kajian Populasi kajian adalah pelajar daripada program sijil pastri yang sedang menjalani penggajian di Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak. Jumlah populasi adalah seramai 80 orang dan seramai 40 orang pelajar sahaja dijadikan responden kajian. Kajian ini hanya melibatkan sebilangan kecil subjek kajian yang dipilih secara persampelan tidak berkebarangkalian (nonprobability sampling) (Neuman 2000). 393 Pemilihan responden kajian adalah melibatkan 3 buah kelas bagi Sijil Kolej Komuniti (SKK) iaitu Sijil Pastri Pembuatan Kek (SPT 1), Sijil Pastri Pembuatan Roti (SPT 3) dan Sijil Pastri Pembuatan Dessert (SPT 4). Keseluruhan responden masih belum menjalani Program Latihan industri. 6.3 Instrumen Kajian Soal selidik yang digunakan adalah untuk mengenalpasti persepsi pelajar program pastri terhadap keperluan program latihan industri . Soal Selidik terbahagi kepada dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Bahagian A adalah berkenaan dengan maklumat peribadi sampel yang mengandungi empat soalan dan ianya menggunakan skala binari dan soalan terbuka (bebas-jawab). Bahagian B adalah soalan-soalan berkenaan dengan persepsi pelajar program pastri terhadap keperluan program latihan industri yang mengandungi 40 item dan menggunakan skala Likert 4 poin iaitu 4;Sangat Setuju, 3; Setuju, 2; Tidak Setuju dan 1; Sangat Tidak Setuju. Instrumen ini mempunyai empat sudut dan kategori keperluan program latihan industri iaitu personaliti pelajar, kemahiran berkomunikasi, pendedahan awal alam pekerjaan dan amalan etika dan peraturan kerja yang baik. Menurut Mohd Najib (1999,) soal selidik selalu digunakan untuk mengetahui sikap seseorang dengan menggunakan soalan bebas-jawab (terbuka), senarai semak atau skala kadar. Soalan bebas jawab adalah soalan isikan tempat kosong, soalan senarai semak ialah soalan jenis Thurston di mana subjek hanya memberi jawapan dengan menanda salah satu pilihan jawapan dan soalan skala kadar menggunakan kaedah Likert di mana responden memilih jawapan daripada satu continuum (ekstrem ke ekstrem). Satu kajian rintis telah dijalankan untuk melihat kesahan dan kebolehpercayaan alat kajian. 394 6.4 Prosedur Penganalisisan Data Penganalisisan data dijalankan dengan menggunakan statistik deskriptif. Maklumat demografik pelajar dan item-item bagi personaliti pelajar, kemahiran berkomunikasi, pendedahan awal alam pekerjaan dan amalan etika dan peraturan kerja yang baik mengikut jantina, dalam kajian ini dianalisis secara deskriptif dengan menggunakan frekuensi dan peratus serta digambarkan dalam bentuk jadual dan carta bar dan interpretasi data dibuat selepas itu. 7.0 DAPATAN KAJIAN 7.1 Analisis Deskriptif Jadual 1: Taburan frekuensi responden mengikut jantina Jantina Frekuensi Peratus (%) Lelaki 11 27.5 Perempuan 29 72.5 JUMLAH 40 100 Jadual 1 di atas merupakan jadual taburan frekuensi responden mengikut jantin. Jumah responden adalah seramai 40 orang. Jumlah responden lelaki ialah seramai 11 orang atau 27.5% daripada jumlah keseluruhan responden kajian ini. Manakala jumlah responden perempuan ialah 29 orang yang diwakili oleh 72.5% daripada jumlah keseluruhan responden. Secara keseluruhan, data ini digambarkan melalui graf bar di bawah 395 Rajah 1 : Taburan frekuensi responden mengikut jantina Jadual 2: Deskriptif persepsi pelajar program pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar terhadap keperluan latihan industri merangkumi personaliti pelajar, kemahiran komunikasi, pendedahan alam pekerjaan dan amalan etika dan peraturan kerja secara keseluruhannya. Kemudahan Bengkel Personaliti Pelajar Tahap Rendah Tinggi JUMLAH Kemahiran Komunikasi Rendah Tinggi JUMLAH Frekuensi Peratus (%) 14 35 26 65 40 100 13 32.5 27 67.5 40 396 100 Pendedahan Alam Pekerjaan Rendah Tinggi JUMLAH Amalan Etika dan Peraturan Kerja Rendah Tinggi JUMLAH 17 42.5 23 57.5 40 100 14 35 26 65 40 100 Jadual 2 di atas menunjukkan deskriptif bagi persepsi pelajar program pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar (KKKK)terhadap keperluan latihan industri merangkumi personaliti pelajar, kemahiran komunikasi, pendedahan alam pekerjaan dan amalan etika dan peraturan kerja secara keseluruhannya. Secara keseluruhannya didapati bahawa persepsi pelajar program pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar (KKKK) terhadap latihan industri bagi kemahiran komunikasi adalah tinggi dengan catatan peratusan sebanyak 67.5%. Manakala bagi persepsi pelajar program pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar (KKKK) terhadap latihan industri bagi pendedahan awal alam pekerjaan secara keseluruhan adalah rendah dengan catatan peratusan sebanyak 57.5%. Persepsi pelajar program pastri Kolej Komuniti Kuala Kangsar (KKKK) terhadap latihan industri bagi personaliti pelajar dan amalan etika dan peraturan kerja secara keseluruhannya memberi catatan peratusan sebanyak 65%. Hasil daripada analisis data ini menunjukkan bahawa pelajar beranggapan latihan industri kurang mampu memberikan pendedahan awal alam pekerjaan kepada mereka. Secara keseluruhan, data ini digambarkan melalui graf bar dibawah. 397 Rajah 2: Deskriptif persepsi pelajar program pastri KKKK terhadap keperluan latihan industri merangkumi personaliti pelajar, kemahiran komunikasi, pendedahan alam pekerjaan dan amalan etika dan peraturan kerja secara keseluruhannya. 8.0 PERBINCANGAN DAN CADANGAN Latihan industri merupakan satu platform yang mampu memberikan pendedahan kepada pelajar untuk memperolehi pengalaman suasana pekerjaan sebenar yang berkaitan dengan bidang pelajar serta dapat membentuk sikap positif dan bersedia terhadap alam pekerjaan. Hasil daripada analisis data menunjukkan bahawa responden berpendapat keperluan latihan industri kurang memberikan pendedahan awal alam pekerjaan kepada pelajar. Perkara ini mungkin disebabkan jadual perancangan latihan tidak selaras dengan bidang pelajar dan kurang diberi keutamaan oleh majikan. Penulis berpendapat dengan adanya jadual latihan yang menjurus kepada bidang yang pelajar pelajari, ianya dapat memastikan pelajar sentiasa bersemangat dalam memperolehi pengalaman dalam situasi sebenar. Hasil kajian juga menunjukkan responden bersetuju bahawa program latihan industri ini mampu membentuk personaliti pelajar yang baik dan mampu membentuk 398 amalan etika dan peraturan kerja yang baik kepada pelajar. Hal ini mungkin disebabkan pendedahan pelajar kepada dunia realiti pekerjaan menjadikan mereka lebih berdisiplin dengan mematuhi segala arahan dan meyiapkan tugasan yang diberikan pada masa yang ditetapkan serta mampu memahami posedur dan langkah-langkah kerja dengan baik. Kajian ini dijalankan adalah berdasarkan kepada beberapa keutamaan dan kepentingan. Apabila kajian ini menjalani proses penamatnya, adalah diharapkan hasil daripada kajian ini akan menjadi suatu rujukan kepada semua yang terlibat secara langsung, terutamanya kepada pelajar dan pihak kolej yang menyelaras program latihan industri ini. Hasil kajian ini boleh dijadikan rujukan cermin diri kepada pelajarpelajar Program Sijil Pastri semester empat yang akan menjalani latihan industri supaya menyiap siagakan diri daripada pelbagai aspek dan merancang penempatan latihan industri mereka. Dengan adanya hasil kajian ini juga diharapkan agar pelajarpelajar Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak yang berada di semester satu, dua dan tiga menjadikannya sebagai motivasi dan panduan untuk mereka menjalani latihan industri. Unit Jawatankuasa Latihan Industri, Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Perak juga bakal memperoleh manafaat daripada hasil kajian ini. Mereka akan menjadi lebih peka sewaktu pengagihan tempat latihan industri kepada pelajar, agar proses latihan industri memenuhi objektif yang telah ditetapkan. Selain pihak dalaman kolej sendiri, pihak luar seperti industri juga diharapkan mengambil hasil kajian ini untuk membuat rujukan sebagai proses ke arah kerjasama yang lebih erat lagi dengan pihak kolej agar kelemahan dan kekurangan yang wujud dapat dihapuskan atau sekurang-kurangnya dapat dikurangkan. Pihak industri juga boleh menjadikan hasil kajian ini rujukan untuk mereka mencari pelajar yang boleh mereka ambil untuk bekerja dengan mereka setelah tamat belajar. 399 9.0 PENUTUP Konkusinya, kertas kerja ini diharapkan dapat memberi sumbangan kepada pihak berkepentingan dan peka terhadap keperluan pelajar terutamanya terhadap keperluan latihan industri. Kajian ini penting kerana persepsi pelajar boleh menjadi rujukan dalam melakukan penambahbaikan terhadap program latihan industri bagi melancarkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) didalam dan diluar kolej khususnya. Semoga latihan industri sentiasa memberi penambahan ilmu dan ada keberkesanannya kepada diri pelajar. 400 RUJUKAN Ishak Haron (1992), Aliran Perkembangan Pendidikan Pembentukan Malaysia sebagai Negara Industri dalam Abad ke 21, Kertas Pidato Umum, Aminuddin Baki kali ke4, Anjuran IAB, Kementerian Pendidikan di UPM. Mohd Najib Abd Ghafar. (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai, Johor. Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Newman, 2000. Social research method: qualitative and quantitative approaches. (4th ed.) Boston: Allyn & Bacon. Norani Bte Mohd Noor & Lokman Bin Baiman (2010). Persepsi Pelajar Jabatan Teknik Dan Kejuruteraan Terhadap Pelaksanaan Program Latihan Industri Fakulti Pendidikan. Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia. Rizuan bin Haji Zainal (2003), Kajian Keberkesanan Perlaksanaan Program Latihan Industri Diploma Pengurusan Pelancongan Politeknik Johor Bahru, Mac 2003. Sektor Pengurusan Kolej Komuniti (2008). Semua proses kerja latihan industri (LI) telah diselaraskan mengikut MS ISO 9001:2008 Shahril @ Charil Marzuki dan Habib Mat Som (1999), Isu Pendidikan di Malaysia, Sorotan dan Cabaran. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributor Sdn. Bhd. Othman, Khairiani and Abd Mutalib, Hafizah and Wan Ismail, Nik Ahmad Rizal (2001) Perspektif pelajar Sarjana Muda Kejuruteraan Mekanikal KUiTTHO terhadap keberkesanan latihan industri. Masters thesis, Kolej Universiti Teknologi Tun Hussien Onn. 401 PENGGUNAAN APLIKASI TELEGRAM DALAM MODUL HIASAN KEK SKK(M) PASTRI DI KOLEJ KOMUNITI KUALA KANGSAR Ruslina binti Yusoff, Normasitah binti Nazri Norzilah binti Ismail Kolej Komuniti Kuala Kangsar, Kementerian Pendidikan Malaysia Abstrak Inovasi ini bertujuan melihat keberkesanan penggunaan aplikasi telegram dalam modul hiasan kek di Kolej Komunti Kuala Kangsar, Perak. Objektif penggunaan aplikasi telegram dalam modul hiasan kek SKK(M) Pastri adalah untuk menarik minat pelajar dalam modul hiasan kek. Minat akan wujud apabila individu sedar tentang kecenderungan terhadap projek itu (Rohani Nasir, 1984) [1]. Selain itu, aplikasi ini mampu mengurangkan masalah kehilangan dan keterlupaan membawa nota dan resipi kek. Aplikasi ini bertindak sebagai pemudah capaian video pembelajaran hiasan kek dimana-mana dan pada bila-bila masa serta perbincangan boleh dibuat pada bila-bila masa dan dimana-mana sahaja. Hasil inovasi ini mampu memberi keberkesanan dari aspek mesra pengguna, sangat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran dan menyumbang ke arah amalan teknologi hijau. Implikasi daripada hasil kajian ini menunjukkan bahawa penggunaan aplikasi telegram dalam modul hiasan kek ini mampu menjimatkan masa, kos kewangan, boleh diakses di mana-mana dan membantu membudayakan amalan teknologi hijau dikalangan warga kolej. Penambahbaikan sistem ini perlu dilakukan dari semasa ke semasa dalam usaha memperluaskan penggunaannya kepada modul-modul yang lain dan menjadi sumber rujukan utama kepada para pelajar. Kata Kunci: APLIKASI TELEGRAM, TELEFON PINTAR 402 1.0 PENGENALAN Perkembangan teknologi yang semakin pesat dewasa ini menyebabkan dunia pendidikan juga turut menerima tempiasnya. Masyarakat hari ini didedahkan dengan pelbagai teknologi dan teknologi ini banyak mempengaruhi aktiviti kehidupan seharian mereka. Kajian menunjukkan 60% daripada rakyat Malaysia akan memiliki sekurangkurangnya sebuah telefon pintar menjelang 2015 [2]. Kajian di beberapa negara Asia Tenggara dan Oceania mendapati, pengguna internet harian di Malaysia yang menggunakan telefon pintar meningkat daripada 47 peratus pada 2012 kepada 63 peratus pada 2013 [3]. Melayari internet menggunakan telefon pintar begitu popular dikalangan pelajar. Data kajian kajian mengenai keselamatan dalam dalam talian mendapati 29 peratus daripada pelajar yang terlibat dalam kajian itu menggunakan telefon pintar untuk melayari Internet, diikuti oleh tablet dan 23 perarus lagi menggunakan telefon mudah alih [4]. Perkara ini akan menjadi realiti kerana inisiatif dijalankan kerajaan seperti memberikan rebat bagi pembelian telefon pintar turut menarik minat lebih ramai pengguna memilikinya serta pelbagai jenama dan model telefon pintar dan tablet terdapat dipasaran dengan harga yang lebih kompetitif. Pelajarpelajar di institusi pengajian tinggi juga tidak terkecuali dengan trend penggunaan telefon pintar dan tablet kerana harganya mampu dimilik, ciri penampilan dan ciri-ciri ditawarkan sangat menarik, aplikasi yang lengkap serta mencerminkan gaya hidup moden dan terkini [5]. Salah satu aplikasi yang digunakan dalam pengoperasian telefon pintar dan tablet ini adalah aplikasi telegram. Aplikasi Telegram adalah aplikasi permesejan dengan memberi tumpuan kepada kelajuan dan keselamatan yang sangat pantas, mudah, selamat dan bebas. Telegram memberi fungsi dalam penghantaran tanpa had mesej, gambar, video dan fail dari pelbagai jenis (dokumen, zip, pdf dan lain-lain) kepada pengguna yang berada dalam kenalan telefon yang mempunyai akaun telegram. Aplikasi Telegram ini membolehkan pengguna membina kumpulan sehingga mencapai seramai 200 orang dan boleh menghantar pesanan untuk sehingga 100 kenalan pada satu masa. Telegram juga tidak terhad kepada smartphone sahaja malah diwujudkan pada versi desktop bagi memudahkan pengguna berinteraksi dan menghantar pelbagai mesej kepada pengguna lain [6]. Menyedari aliran perubahan dalam pembelajaran 403 pada era ini, Kolej Komuniti Kuala Kangsar telah memperkenalkan aplikasi mudah alih dalam penggunaan teknologi terkini yang akan membantu pelajar dalam mengakses bahan pembelajaran di kolej. Telefon pintar dan tablet adalah sempadan baru dalam pengajaran dan pembelajaran, ini memandu pihak kolej untuk memanfaatkan teknologi itu dalam memudahkan proses pembelajaran bagi memfokuskan pembelajaran secara dalam talian dan menekankan kepada pembudayaan teknologi hijau. Pada masa ini penggunaan aplikasi telegram membolehkan para pelajar mengakses segala nota serta resepi- resepi yang terdapat dalam modul Hiasan Kek sahaja dan seterusnya ia akan diteruskan untuk modul Pembuatan kek, Pembuatan Roti, Pembuatan Dessert dan Sijil Wajib Kolej (SWK). 2.0 PERNYATAAN MASALAH Sistem penyampaian dalam pengajaran dan pembelajaran di institusi pendidikan tinggi pada masa kini perlu selaras dengan cara pemikiran, kecerdasan, dan kreativiti pelajar. Perkembang pesat bidang teknologi dan komunikasi mendorong pendidik untuk menyediakan medium pengajaran yang bersesuaian agar ianya dapat dimanfaat oleh para pelajar. Sistem pendidikan yang berkesan adalah mampu menanam minat pelajar untuk belajar bukannya material pengajaran yang ingin disampaikan [7]. Oleh yang demikian, konsep pendidikan baharu adalah mewujudkan suasana kearah membangkitkan minat pelajar untuk belajar, mencipta suasana pembelajaran yang kondusif serta pembelajaran yang lebih fleksibel. Aplikasi Telegram dalam modul hiasan kek SKK(M) Pastri ini dibangunkan bagi mengurangkan serba sedikit kelemahan sistem penyampaian pembelajaran dan pengajaran sedia ada disamping memupuk budaya teknologi hijau dikalangan pelajar kolej. 404 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Aplikasi telegram modul hiasan kek SKK (M) Pastri mepunyai ciri-ciri yang membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Aplikasi ini lebih cepat apabila dibuka walaupun terdapat beribu-ribu mesej sama ada daripada personal mahupun kumpulan. Segalanya berjalan dengan lancar tanpa menyebabkan telefon pintar terhenti operasinya. Selain itu, aplikasi ini memberi jaminan buat pengguna dengan data Encryption yang sangat bagus dan lebih baik berdasarkan pakar teknologi. Aplikasi telegram ini juga memberi kemudahan yang maksimum sehingga 200 ahli dan bersesuaian bagi yang mahu mencipta kumpulan pada skala besar. Telegram ini bukan sahaja wujud pada telefon pintar malahan boleh juga dimuat turun pada desktop pengguna. Capaian telegram dalam desktop pengguna amat membantu dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutamanaya kepada setiap pelajar dan bersesuaian dengan objektif inovasi ini iaitu boleh dicapai dimana-mana dan pada bila-bila masa. Aplikasi telegram mempunyai fungsi “Mute” dan pesanan hanya muncul apabila dibuka aplikasi telegram. Fungsi ini amat membantu sekiranya pelajar berada di dalam bengkel semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Aplikasi telegram ini tiada limit yang dihadkan dalam penghantaran gambar, video dan pelbagai jenis fail. Ciri tiada limit dalam aplikasi ini sangat berkesan kepada pensyarah khasnya dalam menghantar pelbagai bentuk maklumat sama ada nota mahupun video. 4.0 CARA OPERASI 1. Muat turun aplikasi telegram ke dalam telefon pintar dan komputer (layari laman web http:// telegram.org untuk cara-cara muat turun aplikasi telegram dalam telefon pintar dan di komputer peribadi) 2. Kumpulan untuk Modul SPT 2 Hiasan Kek diwujudkan. 3. Masukkan ahli-ahli di dalam group SPT 2 Hiasan Kek yang terdiri daripada pelajat SPT 2 Hiasan Kek dan pensyarah yang terlibat 4. Masukan semua nota –nota dan video pembelajaran yang bersesuaian untuk Modul Hiasan Kek 5. Meminta semua pelajar dan pensyarah yang terlibat menggunakan aplikasi ini sebagai ruangan perbincangan 405 5.0 GAMBARAJAH INOVASI/KOS INOVASI 5.1 Gambarajah logo telegram 406 407 5.3 KOS INOVASI Di dalam inovasi ini tiada kos yang digunakan untuk menwujudkan aplikasi telegram ini kerana di kolej Komuniti Kuala Kangsar menyediakan kemudahan WiFi percuma kepada semua staf dan pelajar kolej. 6.0 IMPAK INOVASI 1. Menarik minat para melajar dalam modul hiasan kek 2. Memudahkan proses pembelajaran dengan adanya video-video tentang hiasan kek dan mudahcapai. 3. Pelajar dapat mengakses nota, video dan segala maklumat berkaitan hiasan kek yang dihantar melalui aplikasi telegram pada bila-bila masa dan dimanamana sahaja. 4. Mengurangkan masalah kehilangan dan keterlupaan membawa nota dan resipi hiasan kek 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA 1. Nota dan video yang di masukkan akan disusun dengan lebih teratur 2. Aplikasi telegram ini kan diperlukan lg kegunaan kedapa modul-modul lain dalam program pastri termasukkan program wajib kolej (PWK) 408 8.0 KESIMPULAN Kesimpulannya, penggunaan Aplikasi Telegram dalam Modul Hiasan SKK (M) Pastri di Kolej Komuniti Kuala Kangsar amat mesra pengguna, membantu mereka memperolehi bahan rujukan bagi proses pengajaran dan pembelajaran dan membantu kepada pelaksanaan teknologi hijau. Berdasarkan kepada inovasi ini juga, perlunya dibuat kajian lanjutan untuk memperkukuh dan mendalami bidang kajian pada masa hadapan. Sebelum kajian lanjutan dibuat, bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran sentiasa dikemaskini dari semasa ke semasa oleh pensyarah ke dalam sistem ini serta pelajar diberi ruang yang mencukupi untuk menggunakannya sebelum kajian seterusnya dilakukan. 409 RUJUKAN [1] Rohani Nasir (1984). Sex role Attitudes and Some Selected Background Characteristics of Women in Non Traditional Careers, Women in Traditional Careers, and the Homemakers in Malaysia. Tesis Doktor Falsafah yang tidak diterbitkan, Western Michigan University. [2] Nasuha (2013). 60 Peratus Miliki Telefon Pintar 2015. http://www.bharian.com.my/articles/60peratusmilikitelefonpintar2015/Article/ [Jan 20, 2014]. [3] Sinar Harian (2013). Penggunaan telefon pintar meningkat. [Online]. Available: http://www.sinarharian.com.my/penggunaan-telefon-pintar-meningkat-1.198397. [Jan 20, 2014]. [4] Khairulanuar (2013). 29 peratus pelajar akses Internet guna telefon pintar . [Online]. Available: http://www.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20131114/ek_07/29-peratus-pelajarakses-Internet-guna-telefonpintar. [Jan 23, 2014]. [5] Firdaus, R (2010). Analisis Faktor Customer Experience Pengguna Blackberry Terhadap Kepuasan Konsumen. Tidak diterbitkan: Skripsi FE Manajemen USU [6] https://play.google.com/store/apps/details?id=org.telegram.messeger [7] Dryden, G & Vos, J. (2003). Revolusi Cara Belajar (The Learning Revolution). Bandung. Kaifa. 410 411 BEG 2 IN 1 (ANNABELLA) NUZULMAIZATUL AFINIE BT MOHAMMAD AYOB ([email protected]) MASHURINA BT MD KHAIR ([email protected]) ABSTRAK Perkembangan fesyen dan pakaian telah membuka ruang kepada perkembangan mobiliti sosial di samping mempertaruhkan daya kreativiti dan inovasi yang disulam bersama kemahiran mencipta dan daya inovasi yang akhirnya memberikan kekayaan ekonomi dalam peningkatan angka keluaran dalam negara kasar sesebuah Negara membangun. Di Malaysia ramai pelajar jurusan fesyen dan pakaian menghadapi masalah untuk menyimpan peralatan menjahit dengan mudah dan kemas. Selain itu, peralatan menjahit juga sentiasa hilang dikalangan pelajar jurusan fesyen dan pakaian. Kajian ini dijalankan adalah bertujuan meninjau sejauh mana penggunaan Beg 2 In 1 (Annabelle) ini dapat menggalakkan mereka menyimpan barang dengan lebih mudah dan senang digunakan. Instrument kajian yang digunakan adalah borang soal selidik yang telah diedarkan untuk mendapatkan data-data yang diperlukan. Dapatan kajian menunjukkan pelajar Program Fesyen dan Pakaian KK Manjung berpendapat, penggunaan Beg 2 In 1 (Annabelle) ini amat membantu dan berfungsi kegunaannya untuk menyimpan peralatan menjahit dengan mudah dan mengelakkan daripada sebarang peralatan hilang. Ia juga berfungsi sebagai beg untuk penyimpanan duit dan memudahkan para pelajar membawa hanya 1 beg ke Kolej untuk sesi Pembelajaran dan Pengajaran (PdP) 412 1.0 PENGENALAN Secara amnya, pakaian merupakan keperluan asas manusia. Kadang kala tanpa di duga, pakaian kita mengalami masalah seperti jahitan hujung tangan terbuka, kelim dan kelepet terbuka, butang baju tertanggal dan lain-lain lagi. Oleh itu, kita perlu belajar mengenal alat jahitan, mengetahui asas jahitan serta cara penyimpanan dengan betul agar alatan menjahit boleh di guna dalam masa yang panjang. Penggunaan tool box dalam aktiviti khusus Sijil Fesyen dan Pakaian untuk penyimpanan peralatan menjahit adalah tidak sesuai. Justeru itu Beg 2 In 1 (Annabella) diperkenalkan. Ia diperbuat dengan menggunakan fabrik kulit, span, zip, velcro, dan butang katup. Beg2 In 1 ini juga dilengkapi dengan beg poket kecil di dalamnya untuk memudahkan penyimpanan alatan menjahit. Ia diperbuat dengan menggunakan fabrik plastik agar tahan lasak dan tidak mudah terkoyak. Beg poket kecil ini boleh dibuka dan dipasang kembali mengikut kesesuaian. Di samping itu, penggunaan span dibaluti dengan fabrik kulit agar tahan lasak dan kalis air. Ia bertujuan memudahkan untuk mencuci jika terdapat kesan kotoran pada permukaan luar dan dalam Beg 2 In 1. Beg ini dilengkapi dengan zip agar mudah untuk penyimpanan barangan kecil seperti duit, kad atm, bedak muka dan sebagainya. Beg 2 In 1 (Annabella) ini telah diguna pakai pada awal November sebagai percubaan. Berikutan dengan mesra pengguna, para pelajar tidak lagi mengalami masalah untuk penyimpanan alatan menjahit dan merasa segan untuk membawa beg ini jika dibandingkan dengan penggunaan tool box. Projek inovasi ini amat menjimatkan, dimana 1 unit beg hanya memakan belanjan sebanyak RM 24.60 sahaja. 413 2.0 PERNYATAAN MASALAH Masalah dapat dilihat dengan jelas adalah penggunaan tool box yang terlalu besar. Ia menyukarkan para pelajar untuk membawa tool box itu setiap kali sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP). Tool box juga ia kelihatan seperti seorang mekanik yang ingin ke bengkel. Selain itu, tool box didapati ianya mudah pecah bila ianya terjatuh dengan tidak sengajadi atas permukaan lantai atau jalan raya. Hal ini, kerana tool box diperbuat daripada material plastik sahaja. Selain itu, peralatan menjahit sentiasa tidak lengkap di dalam tool box kerana ada sesetengan alatan menjahit hilang. Hal ini kerana tool box senang dibuka semasa ketiadaan seseorang pelajar di dalam bengkel. Di samping itu juga, para pelajar sering meninggalkan tool box di rumah, hal ini berlaku kerana pelajar tersebut lupa untuk mengambilnya jika berlaku kelewatan untuk ke kelas. Pengurusan penyimpanan peralatan jahitan sangat diperlukan dalam proses sesi pembelajaran dan pengajaran (PdP) di dalam jurusan Sijil Fesyen dan Pakaian. Jika pelaksanaannya kurang dan tidak cekap dilakukan maka ianya secara tidak langsung akan menggangu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) amali di dalam sesuatu subjek. Para pelajar tidak dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap kerja – kerja amali yang dilakukan. Dengan ini usaha untuk membekalkan asas kemahiran kepada pelajar akan tergangu disebabkan masalah berikut. Dengan masalah yang dinyatakan, penyelidik merasakan perlu dilakukan inovasi tentang permasalahan yang dihadapi oleh para pelajar. 414 3.0 CIRI – CIRI INOVASI Penyimpanan peralatan menjahit perlu dilaksanakan sebaiknya oleh para pelajar aliran Sijil Fesyen dan Pakaian. Hal ini kerana pelaksanaan penyimpanan peralatan jahitan yang cekap dan sempurna akan memudahkan proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) dan objektif sesuatu modul Sijil Fesyen dan Pakaian setiap semester akan dapat dicapai mengikut rancangan mengajar semester (RMS). Kaedah ini dapat memberi kemudahan kepada para pelajar akan masalah pengurusan dan kaedah penyimpanan yang selamat.Antara ciri – ciri Beg 2 In 1 (Annabella) :SPESIFIKASI  Model :- Beg 2 In 1 (Annabella)  Ukuran :- 28 cm X 30 cm  Berat :- 350 g  Warna :- Merah  Material :- Fabrik kulit, span, plastik KUALITI  Tahan lasak  Banyak fungsi  Mudah alih  Permukaan kecil  Rekaan menarik KELENGKAPAN  Zip  Velcro  Tali  Poket beg  Butang 415 4.0 CARA OPERASI PESERTA KAJIAN Kajian ini melibatkan para pensyarah dan pelajar Kolej Komuniti Manjung. Penyelidikan tindakan membolehkan seseorang penyelidik itu pada dasarnya mengkaji amalan kendiri untuk tujuan menambah baik atau membaiki sesuatu produk ke arah yang lebih baik. Makanya, kami mengambil langkah untuk ingin menambah baik amalan pembelajaran dan pengajaran (PdP) menerusi penyelidikan tindakan yang dijalankan. Kejujuran dalam melaksanakan setiap langkah penyelidikan adalah amat penting. Seseorang penyelidik haruslah bertanggungjawab terhadap penyelidikan yang dilaksanakannya, terutama dalam isu terhadap subjek atau respondennya TEKNIK MENGUMPUL DATA Berpandukan pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data agar gambaran yang menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian dapat diperoleh dengan baik. Para penyelidik tidak harus bergantung pada sumber data tunggal, temu bual sahaja. Dalam hal kajian, penyelidik perlu menggunakan pelbagai sumber data, dan ini disebut sebagai pengumpulan data. Bagi merealisasikan tujuan tersebut, tiga teknik utama dalam penyelidikan tindakan telah kami gunakan iaitu pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang merangkumi kaji selidik lembaran kerja. TEKNIK MENGANALISIS DATA Penganalisisan data ialah suatu proses yang sistematik untuk mencari, menyusun maklumat daripada transkrip-transkrip pemerhatian, temu bual dan analisis dokumen yang merangkumi kaji selidik lembaran kerja yang telah dikumpul untuk meningkatkan kefahaman terhadap maklumat tersebut. Kaedah analisis data mula dijalankan. Dalam analisis data, saya telah menandakan perkara yang dianggap penting iaitu perkara yang berkaitan dengan kedua-dua persoalan kajian.Kami telah mendokumentasikan 416 segala hasil analisis secara berstruktur bagi memudahkan untuk merujuk balik data yang terkumpul. Analisis data ini dijalankan pada setiap sesi penyelidikan yang berlangsung selepas kesemua peserta kajian bertulis yang telah melengkapkan lembaran kerja diberikan. Hasil menganalisis lembaran kerja bertulis dengan menggunakan senarai semak. Selain itu, semasa menganalisis data yang telah dikumpulkan daripada temu bual daripada para pensyarah dan pelajar. TEKNIK MENYEMAK DATA Seterusnya menggunakan teknik triangulasi data dalam penyemakan data untuk melihat sejauh manakah data yang sah dan boleh dipercayai untuk menentukan sejauh mana tindakan yang berupaya untuk mencapai objektif yang di hasratkan dalam kajian. Teknik menyemak data ini terbahagi kepada tiga jenis iaitu masa,sumber dan penyelidik 5.0 GAMBARAJAH INOVASI PRODUK SEBELUM INOVASI  Peralatan menjahit yang di simpan di dalam bekas tool box.  Ianya senang di buka dan menyebabkan peralatan menjahit mudah hilang sewaktu ketiadaan pelajar di dalam bengkel. 417  Situasi pelajar yang membawa tool box ke bengkel.  Ia kelihatan besar dan menampakkan seperti seorang makanik  Permukaan plastik yang menyebabkan ianya mudah pecah atau retak jika terjatuh dengan tidak sengaja. PRODUK SELEPAS INOVASI  Peralatan menjahit yang di simpan di dalam Beg 2 In 1 (Annabella)  Ianya lebih terjamin kepada pelajar yang sering kehilangan peralatan menjahit. 418  Situasi pelajar yang membawa Beg 2 In 1 (Annabella) ke bengkel.  Ia kelihatan kecik dan menarik  Permukaan kalis air dan tahan lasak yang menyebabkan ianya tidak mudah pecah atau retak jika terjatuh dengan tidak sengaja.  Beg ini juga boleh dijadikan tas tangan untuk kegunaan harian. 419 KOS INOVASI BIL SENARAI BARANG KUANTITI JUMLAH 1 FABRIK KULIT (LEADER) ½ METER RM 13.00 2 PLASTIK ¼ METER RM 1.00 3 SPAN ¼ METER RM 1.50 4 ZIP JAKET 3 UNIT RM 3.60 5 ZIP 3 UNIT RM 3.00 6 VELCRO ¼ METER RM 0.50 7 BUTANG 2 UNIT RM 2.00 JUMLAH RM 24.60 420 6.0 IMPAK 1. Mesra pengguna o Meringankan beban para pelajar. 2. Penjimatan masa o Menjimatkan masa para pelajar semasa menjalankan tugas. 3. Penjimatan Kos o Menjimatkan ekonomi dari segi reka bentuk dan kehilangan peralatan jahitan. 4. Peningkatan produktiviti o Tugas di dalam bengkel harian dapat berfungsi dengan lebih lancar . 5. Penjanaan pendapatan o Tiada berkaitan. 6. Kelebihan fungsi o Tahan lama o Tahan lasak o Bebas masalah o Mudah untuk disimpan o Rekaan yang ringkas dan menarik o Mempunyai banyak fungsi o Senang di bawa ke bengkel 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN DAN PENYELESAIAN A) ASAS PERBINCANGAN 1. Proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) amali. 2. Perlu kepada tambahan penambahbaikan untuk penyimpanan peralatan menjahit. 3. Tetap menerima dan mengguna pakai cara penyimpanan tool box lama, tetapi ada sedikit berubahan yang di ubahsuai. 421 B) LANGKAH PELAKSANAAN 1. Harus mempunyai target sasaran iaitu peserta kajian ( para pelajar dan pensyarah KK Manjung) 2. Membuat teknik mengumpul data 3. Proses menganalisis data 4. Proses menyemak data C) HASIL PEMINDAHAN - KELEBIHAN CADANGAN INI 1. Tidak akan berlaku kehilangan peralatan menjahit dan mudah untuk penyimpanan. 2. Wujud keadilan dan kesaksamaan kepada para pelajar 3. Tidak timbul lagi peralatan menjahit hilang atau tertinggal di rumah. D) KESIMPULAN Semoga cadangan dan pandangan ini diberi sedikit perhatian, lnsyallah. 8.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya dalam laporan ini, penyelidik telah menyatakan latarbelakang masalah dan menyatakan masalah secara jelas. Seterusnya menjuruskepada permasalahan yang ingin dikaji. Dalam menyatakan tujuan dan matlamatkajian, pengkaji telah mengariskan objektif kajian kerana tanpa objektif kajian yangjelas, kajian yang dijalankan akan tersasar. Pengkaji juga telah menyatakankepentingan- kepentingan kajian bagi membolehkan kajian ini diguna pakai olehpihak yang terlibat. Pengkaji juga telah menyatakan skop kajian supaya penyelidikan yangdijalankan dapat membataskan kajian kerana ianya akan digunakan dalam segala perkara. Justeru itu hasilnya ianya dapat merumuskan segala pokok persoalan kajian yang ingin dikaji. Secara khususnya hasil daripada kajian yang telah dijalankan mendapati produk inovasi Beg 2 In 1 (Annabella) ini merupakan sesuatu produk yang sangat menarik dan menyelesaikan semua masalah yang timbul sewaktu proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) berlangsung. 422 423 i-SPEKSS SISTEM PENDAFTARAN KEMASUKAN DAN SUBJEK Farah Waheda Bt Othman1, Zetty Asnira bt Abdul Rashid2 dan Muhammad Zulhilmi B Zolkifly3. [email protected], [email protected] dan [email protected] Kolej Komuniti Pasir Salak ABSTRAK i-SPEKSS adalah Sistem Pendaftaran Kemasukan Semester dan Subjek merupakan inovasi percubaan perubahan dalam pengurusan sistem secara manual kepada sistem berasaskan web. Sistem ini juga adalah sebagai kaedah pengurusan pendaftaran subjek yang dijalankan secara interaktif. Secara keseluruhannya skop penggunaan sistem ini adalah meliputi pensyarah dan pelajar bagi Program Aplikasi Perisian Komputer di Kolej Komuniti Pasir Salak. i-SPEKSS merupakan satu sistem berasaskan web yang digunakan oleh pensyarah dan pelajar bagi Program Aplikasi Perisian Komputer di Kolej Komuniti Pasir Salak. Sistem ini merupakan sistem yang membantu pelajar mendaftar subjek serta membantu pensyarah atau administrator menyusun atur maklumat pelajar. Selain itu sistem ini membantu dalam penjimatan masa dan tenaga serta meningkatkan efisiensi kerja. Pelajar dapat mendaftar dari luar kawasan kampus manakala penyelenggaraan pendaftaran subjek pula menggunakan sistem ini untuk memasukkan data-data berkenaan subjek dan maklumat akademik pelajar. Hanya pengguna yang mempunyai hak capaian sahaja yang dibenarkan mengakses sistem ini. Ini adalah untuk meningkatkan tahap keselamatan pangkalan data dan mengelakkan pencerobohan tanpa izin. Sistem ini dihadkan capaiannya mengikut kategori pengguna sama ada pelajar, pensyarah kelas atau administrator. Pembangunan sistem ini dijangka akan berjaya dan masih boleh ditambah fungsinya pada masa hadapan untuk perluaskan hak capaian kepada pelajar dan pensyarah bagi program-program yang lain di Kolej Komuniti Pasir Salak. Kata Kunci: Pendaftaran, Subjek, Sistem berasaskan web. 1.0 PENGENALAN Dunia teknologi pada masa kini semakin berkembang dengan pesat sekali seiring dengan peredaran zaman yang semakin maju dalam usaha memudahkan lagi kerja-kerja yang terdahulunya yang menggunakan cara manual. Kecanggihan Teknologi Maklumat telah banyak menggantikan kertas atau operasi yang dilakukan secara manual berasaskan pensel dan kertas, telah banyak digantikan dengan sistem 424 yang berasaskan komputer. i-SPEKSS adalah satu sistem yang dibina bagi memenuhi keperluan Kolej Komuniti Pasir Salak yang semakin berkembang di dalam bidang Teknologi Maklumat. Ia merupakan inovasi percubaan dalam perubahan pengurusan sistem secara manual kepada sistem berasaskan web. Sistem ini adalah untuk memudahkan pelajar melakukan pendaftaran subjek mereka secara atas talian. Sebelum ini Kolej Komuniti Pasir Salak melaksanakan pendaftaran subjek secara manual melalui borang pendaftaran modul. Walaubagaimanapun sistem pendaftaran subjek secara manual ini mendatangkan masalah kepada pelajar-pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak untuk melakukan pendaftaran subjek. Justeru itu, Sistem Pendaftaran Kemasukan Semester dan Subjek berasaskan web telah dibangunkan bagi mengatasi masalah-masalah yang terdapat pada sistem pendaftaran subjek yang sedia ada. Sistem ini dibangunkan dengan mengaplikasikan teknologi atas talian dan dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan pangkalan data MySql. Dengan menggunakan teknologi atas talian ini, pelajar boleh melakukan pendaftaran subjek secara online melalui web ataupun client server dimanamana dan bila-bila masa. Pelajar akan mendapat makluman berkaitan pendaftaran subjek melalui i-SPEKSS ini. Proses pendaftaran subjek dapat dilakukan dengan lebih mudah dan cepat. Tujuan i-SPEKSS ini dibangunkan adalah untuk memudahkan proses pendaftaran bagi pelajar-pelajar daripada Program Aplikasi Perisian Komputer, Kolej Komuniti Pasir Salak serta menyingkatkan proses pendaftaran. Kelebihan sistem ini adalah mengurangkan kos perbelanjaan untuk proses pengurusan pendaftaran subjek yang sedia ada. i-SPEKSS atau pun Sistem Pendaftaran Kemasukan Semester dan Subjek ini merupakan satu sistem pendaftaran yang dapat menyelenggara maklumat pelajar dan membantu pihak pengurusan pendaftaran berurusan dengan mudah dan cepat. Memandangkan terdapat pelajar yang merungut tentang keberkesanan sistem pendaftaran kerana terpaksa bersesak-sesak untuk pendaftaran subjek pada setiap awal semester. Situasi pendaftaran yang agak kelam kabut juga merupakan faktor dan dorongan kepada kami bagi mewujudkan sistem pengurusan pendaftaran yang lebih baik dan efektif. Sebelum sistem seumpama ini dibangunkan terdapat beberapa masalah yang dihadapi oleh pihak pendaftaran pelajar khususnya pengurusan bahagian akademik. Masalah yang seringkali timbul adalah kelewatan pelajar kembali 425 ke Kolej Komuniti Pasir Salak kerana pendaftaran biasanya dilakukan dua minggu selepas sesi kuliah bermula. Contohnya pelajar dari semenanjung Malaysia yang mengalami masalah penempahan tiket bas atau pelajar yang mengalami masalah peribadi yang tidak dapat dielakkan ketika pendaftaran subjek bermula. Sistem pendaftaran yang dilakukan oleh pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak yang ada sekarang menggunakan sistem manual di mana pelajar perlu mengisi borang pendaftaran modul membuatkan pelajar sukar untuk menghabiskan pendaftaran dengan cepat dan mudah. Pelajar perlu menunggu giliran dan beratur panjang sebelum boleh membuat pendaftaran. Melalui i-SPEKSS ini pelajar yang mengalami masalah masih kelewatan mempunyai alternatif lain iaitu membuat pendaftaran secara online. Sistem i-SPEKSS yang kami bangunkan adalah inovasi percubaan yang berasaskan pendaftaran subjek bagi pelajar Kolej Komuniti Pasir Salak khususnya Program Aplikasi Perisian Komputer dilakukan biasanya pada setiap awal semester. Secara umumnya kami mendapati setiap pelajar Program Aplikasi Perisian Komputer perlu mendaftar subjek yang hendak diduduki untuk setiap semester mengikut syarat dan peraturan tertentu yang telah ditetapkan oleh pihak Kolej Komuniti Pasir Salak. 2.0 PENYATAAN MASALAH Komputer pada masa kini memainkan peranan yang amat penting dalam setiap kehidupan manusia. Memang tidak dinafikan lagi kepentingan komputer dalam kehidupan kita seharian, ini kerana banyak masalah kita kini dapat diatasi dengan menggunakan komputer. Semasa proses mengumpul data maklumat untuk sistem ini, kami mendapati terdapat beberapa perkara yang perlu diambil berat untuk mengatasi masalah ketika pelajar hendak membuat pendaftaran subjek: Berikut adalah senarai masalah secara umumnya semasa pendaftaran. i. Kelewatan atau kegagalan pelajar kembali ke kolej dalarn masa yang ditetapkan. Perkara ini biasanya terjadi apabila pelajar tidak dapat menempah tiket bas kerana tiket sudah habis ditempah khususnya bagi pelajar yang berasal dari Sernenanjung Malaysia. Kadang-kadang terdapat juga pelajar yang tidak dapat kembali kerana masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan rnenyebabkan rnereka terlepas untuk rnernbuat pendaftaran kursus. 426 ii. Pendaftaran modul yang sedia ada mengambil masa yang lama kerana sistem pendaftaran adalah secara manual yang menggunakan borong pendaftaran modul yang perlu diisi oleh pelajar. iii. Maklumat kod, nama modul dan bilangan jam kredit tidak tepat kerana kesilapan semasa menulis kod, nama modul dan jam kredit semasa mendaftar juga faktor utama dalam kepincangan pendaftaran subjek. Contohnya bagi pelajar semester satu yang masih belum rnengetahui cara-cara sistem pendaftaran subjek yang sedia ada kerana rnereka tidak mempunyai pengalaman, maka mereka seringkali salah memilih subjek yang betul dan rnengambil masa yang lama untuk sesi pendaftaran. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Inovasi dalam Sistem Pendaftaran Kemasukan dan Subjek ini adalah hasil cetusan idea-idea yang kreatif untuk menghasilkan produk atau perkhidmatan yang lebih baik sama ada melalui pengubahsuaian atau penambahbaikan. Antara ciri-ciri inovasi iSPEKSS adalah seperti berikut; i. Sistem dapat dicapai secara online melalui web ataupun client server dimanamana dan bila-bila masa oleh pengguna ii. Sistem ini dibangunkan dengan mengaplikasikan teknologi atas talian dan dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP dan menggunakan pangkalan data MySql. iii. Sistem i-SPEKSS mengandungi maklumat semua subjek yang perlu dilengkapkan oleh pelajar di sepanjang pengajian bagi mendapatkan Sijil Aplikasi Perisian Komputer. 4.0 CARA OPERASI Pembangunan Sistem i-SPEKSS menggunakan kitar hayat pembangunan sistem atau System Development Life Cycle ( SDLe ). Kami memilih kaedah ini kerana 427 pembangunan sistem ini adalah langkah pembangunan yang sistematik dapat mengelakkan kekeliruan dan hasil daripada setiap fasa dapat diterangkan secara terperinci. Oleh itu, semua kesilapan dapat diketahui dengan mudah, penambahan dan pembetulan maklumat dapat dijalankan dengan segera. Kelima-lima fasa tersebut dapat dilihat melalui gambar rajah dibawah:  Pengujian sistem dilakukan untuk memastikan tiada ralat yang boleh menyebabkan sistem berhenti dari menjalankan modul atau fungsinya. Setelah itu, prototaip ini akan dimuat naik ke pelayan web untuk di cuba dan dinilai oleh pengguna. PENGGUNA Masukkan maklumat PIHAK PENGURUSAN Menyediakan maklumat untuk pengguna Dapatkan maklumat ANTARAMUKA PENGGUNA PENTADBIR SISTEM PENGATURCARAAN PELAYAN ( ARAHAN PENGGUNA ) PANGKALAN DATA Gambaran Sistem i-SPEKSS 428 5.0 ANTARAMUKA SISTEM PENDAFTARAN KEMASUKAN DAN SUBJEK (i-SPEKSS) ANTARAMUKA LAMAN UTAMA i-SPEKSS – Pengguna Pensyarah / Penyelaras Rajah 1 : Laman Utama i-SPEKSS Rajah 2 : Laman Pengguna sebagai Pensyarah 429 Rajah 3 : Laman Pengguna sebagai Pensyarah yang berjaya Log Masuk Rajah 4 : Laman Utama Pengguna sebagai Pensyarah / Penyelaras 430 Rajah 5 : Laman menu Struktur Program Rajah 6 : Laman menu Tetapan 431 Rajah 7 : Laman menu Tetapan > Sesi Rajah 8 : Laman menu Tetapan > Pensyarah 432 Rajah 9 : Laman menu Tetapan > Kelas Rajah 10 : Laman menu Tetapan > Daftar Subjek 433 Rajah 11 : Laman menu Tetapan > Senarai Subjek Rajah 12 : Laman menu Tetapan > Daftar Pelajar 434 Rajah 13 : Laman menu Tetapan > Senarai Pelajar Rajah 14 : Laman menu Tetapan pengguna pensyarah 435 Rajah 15 : Laman menu Tetapan pengguna pensyarah Rajah 16 : Laman menu Tetapan > Kelas pengguna pensyarah 436 Rajah 17 : Laman untuk Cetak Borang Pendaftaran oleh Pensyarah ANTARAMUKA LAMAN UTAMA i-SPEKSS – Pengguna Pelajar Rajah 18 : Laman Pengguna sebagai Pelajar 437 Rajah 19 : Laman Pengguna sebagai Pelajar yang berjaya Log Masuk Rajah 20 : Laman menu Struktur Program 438 Rajah 21 : Laman Pengguna sebagai Pelajar yang belum mendaftar Rajah 22 : Laman Pelajar Daftar > Tekan Daftar 439 Rajah 23 : Laman Pelajar berjaya mendaftar PANGKALAN DATA Rajah 24 : Pangkalan Data menggunakan MySql - phpMyAdmin 440 6.0 IMPAK INOVASI Pelaksanaan inovasi ini akhirnya dapat meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem pendaftaran subjek serta memberi faedah kepada pengguna. Antara impak inovasi i-SPEKSS adalah seperti berikut; a) Inovatif i. Sistem dapat dicapai secara online melalui web ataupun client server di manamana dan bila-bila masa oleh pengguna. ii. Semakan pendaftaran subjek secara talian terus. b) Relevan i. Mempercepatkan urusan dan meningkatkan keberkesanan berkaitan pendaftaran subjek. ii. Rekod pendaftaran subjek dapat disimpan dan dijana apabila diperlukan. iii. Pensyarah boleh mencapai senarai pelajar bagi subjek yang didaftar c) Signifikan i. Kualiti pengurusan pendaftaran subjek dapat dipertingkatkan. ii. Dapat mengaplikasikan konsep “Go Green” dengan mengurangkan penggunaan kertas. d) Keberkesanan i. Memudahkan pengguna untuk menggunakan i-SPEKSS iaitu Sistem Pendaftaran Kemasukan dan Subjek. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA Cadangan penambahbaikan i-SPEKSS adalah dengan menambah fungsinya pada masa hadapan untuk perluaskan hak capaian kepada pelajar dan pensyarah bagi programprogram yang lain di Kolej Komuniti Pasir Salak seperti Program Sijil Pemprosesan dan Kawalan Mutu Makanan, Program Sijil Automotif dan Program Sijil Pengendalian Acara 441 di Kolej Komuniti Pasir Salak. Selain itu juga i-SPEKSS perlu menyediakan interface sistem yang membolehkan pengguna berinteraksi secara mudah dan lancar melalui aplikasi yang terdapat dalam sistem pendaftaran. Objektif utama Interface sistem, walaupun terdapat pelajar yang tiada asas komputer yang kukuh tapi dengan adanya Interface yang baik dan tidak mengelirukan, pelajar akan berasa yakin dengan sistem pendaftaran subjek ini. Maka penekanan kepada sistem adalah mesra pelajar cuba kami terapkan dalam sistem ini di masa hadapan supaya semua matlamat pendaftaran dapat dicapai. 8.0 KESIMPULAN Rumusannya, keberkesanan sesuatu sistem berfungsi adalah kunci utama dalam memastikan kejayaan matlamat yang dikehendaki iaitu pendaftaran subjek yang efisien dan teratur. Maka, i-SPEKSS ini direka agar matlamat pendaftaran subjek dapat dilakukan dengan proses yang lebih mudah tetapi tidak menjejaskan fungsi sebenar pendaftaran subjek bagi pelajar yang sebelum ini dilakukan secara manual. Dengan penghasilkan i-SPEKSS iaitu Sistem Pendaftaran Kemasukan dan Subjek berupaya menggantikan pengurusan secara manual kepada menggunakan aplikasi online. Kelebihan dan keupayaan sistem ini adalah mampu menyimpan pangkalan data pelajar dengan selamat serta senang digunakan oleh pelajar dan kakitangan yang menguruskan sistem pendaftaran subjek. Melalui sistem pendaftaran subjek yang menggunakan aplikasi online ini masalah pembaziran masa akan dapat dikurangkan. Biasanya pendaftaran subjek dibuat ketika hari pertama pendaftaran pelajar di kolej. Dengan menggunakan aplikasi yang disediakan dalam sistem ini pelajar dapat mengurangkan pembaziran masa serta mendapat maklumat yang betul mengenai pendaftaran subjek. Pelajar juga boleh melakukan pendaftaran subjek lebih awal. Contohnya semasa cuti semester, sistem ini dibuka secara online bagi pelajar mendaftar subjek untuk semester berikutnya dengan melayari sistem yang disediakan. 442 TEMPAT MENYIMPAN BAHAN BANTU MENGAJAR KARMILA BINTI MUHAMAD [email protected] NORSHUHADA BINTI ISHAK [email protected] ZURIANA BINTI MHD ZAKARIA [email protected] ABSTRAK Tempat menyimpan bahan bantu mengajar ini dibangunkan untuk mengatasi masalah pembelajaran, supaya memudahkan untuk menyimpan bahan-bahan mengajar yang dibuat supaya bahan tersebut disimpan dengan baik dan tersusun. Bahan bantu mengajar ini penting untuk memastikan proses pembelajaran dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar untuk meningkatkan ingatan, pemahaman dan kemahiran pelajar terhadap isi kandungan pelajaran yang diajar. Pendidik hendaklah menggunakan pelbagai jenis bahan bantu mengajar bagi memudah dan mempercepatkan pembelajaran para pelajarnya. Pendidik digalakkan menggunakan berbagai-bagai bentuk sumber untuk merangsangkan penggunaan pelbagai deria pelajar. Sumber yang biasa digunakan termasuklah kad-kad perkataan, kepingan gambar, modul-modul, objek-objek maujud, pita rakaman, slaid, projector overhed, carta-carta, radio dan televisyen. Bagi carta-carta yang digunakan, pendidik perlu meneliti saiz-saiz tulisan dan daya tarikan gambar-gambar. Strategi pengajaran dan pembelajaran yang berkesan ialah apabila ianya dapat menyampaikan pengetahuan dengan lebih berkesan dan serasi dengan wawasan yang diperjuangkan. Ianya juga dapat mencetuskan suasana pembelajaran dan menggalakkan pelajar untuk terus belajar. Dan juga dapat menambahbaik apa yang sedia ada pada pelajar. 443 2. KANDUNGAN LAPORAN 1.0 PENGENALAN: Proses pengajaran dan pembelajaran merangkumi pelbagai aktiviti yang dijalankan di dalam kelas, alat bantu mengajar adalah sangat penting dan membantu semasa proses pembelajaran dijalankan, maka pendidik perlu menyediakan bahan mengajar tersebut dari awal sebelum kelas di jalankan untuk melancarkan proses pembelajaran. Bahan bantu mengajar yang dibuat perlu disimpan untuk memudahkan ia digunakan apabila diperlukan maka perlu dibuat tempat penyimpanan supaya boleh disimpan dengan kemas dan teratur. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Pendidik hendaklah merancang pembelajaran dapat berjalan dengan baik aktiviti pembelajaran supaya proses punca gangguan di dalam kelas adalah kerana pendidik tidak merancang pembelajaran yang akan di laksanakan dengan pelbagai aktiviti termasuk dengan menyediakan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar dapat meningkatkan ingatan, pemahaman pelajar terhadap konsep-konsep yang disampaikan dan meningkatkan kemahiran pelajar terhadap pengajaran guru. Pendidik tidak ada tempat yang khusus untuk menyimpan dan membuat bahan bantu mengajar yang banyak kerana tidak ada tempat untuk menyimpan bahan-bahan tersebut dan proses pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan berkesan sebab tiada bahan bantu mengajar untuk dibawa ke kelas dan proses pembelajaran tidak dapat berjalan dengan lancar dan berkesan sebab tiada bahan bantu mengajar. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Kreativiti dan inovasi juga dapat mencorakkan situasi pembelajaran yang ceria dan berkesan. Pelajar juga bebas daripada sebarang tekanan emosi, perasaan dan 444 mental. Pembelajaran kreatif dapat membebaskan pelajar dan guru daripada stress, bimbang dan takut. Guru harus lebih bersifat partisipatif dan aktif. Pengaruh kreativiti dan inovasi dalam organisasi dapat mencorakkan institusi pembelajaran yang menarik, kreatif, inovatif, produktif, fleksibel dan efektif. Pengaruh kreativiti dan inovatif menjadikan pembelajaran lebih mesra dan mudah didekati. Antara ciri-ciri inovasi adalah ia memberi manfaat kepada proses pembelajaran kerana bahan bantu mengajar mudah disimpan sebanyak yang boleh, mengikut tajuk-tajuk mata pelajaran yang diajar. Bahan bantu mengajar boleh disediakan lebih awal dan boleh digunakan apabila diperlukan, ia akan melancarkan proses pembelajaran. 4.0 CARA OPERASI Inovasi adalah amalan yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran khususnya dalam modul Pendidikan Islam, kerana bahan bantu mengajar yang disediakan lebih awal dapat disimpan dengan baik. Penggunaan bahan bantu mengajar akan menjadikan pelajar lebih bermotivasi untuk belajar, ia dapat melancarkan proses pengajaran dan pembelajaran kerana pendidik tidak perlu mengambil masa yang lama untuk menulis dipapan putih dan semasa melakukan aktiviti pembelajaran setiap kali masuk kelas. 5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI Tempat menyimpan bahan bantu mengajar yang diperbuat daripada kotak 445 Tempat menyimpan bahan bantu mengajar yang diperbuat daripada besi 6.0 IMPAK INOVASI  Jimat kos: Menggunakan kos yang minima iaitu dibuat daripada bahan terbuang kotak, untuk kualiti yang lebih baik, ditempah dikedai besi dengan harga yang berpatutan iaitu RM 50.00. Ia boleh dibuat dengan kotak tetapi kualiti dan bentuk kurang kemas dan tidak boleh disimpan lama.  Jimat masa penyediaan: Alat bantu mengajar dapat disediakan mengikut topik dan disediakan lebih awal untuk melancarkan proses pembelajaran.  Boleh diletakkan secara kemas dan tersusun diruang kerja. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Kaedah dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang kreatif dan inovatif perlu menjadi amalan pendidik. Pembelajaran yang dirangka dan dilaksanakan dapat mengembangkan potensi, pembangunan minda, pemikiran kreatif dan inovatif pelajar. Stail dan pendekatan pengajaran juga perlu menarik, menyeronokkan dan bebas 446 daripada tekanan dan kebimbangan. Kaedah-kaedah kreatif dan inovatif dapat mencorakkan suasana belajar dan meningkatkan pencapaian positif pelajar tentang sesuatu yang dipelajari. Terdapat beberapa cadangan sebagai langkah penambahbaikan iaitu saiz tempat menyimpan bahan bantu mengajar boleh dibuat lebih kecil supaya ringan dan boleh dibawa kekelas disamping meletakkan troli dibawahnya. 8.0 KESIMPULAN Dengan penjimatan masa, peningkatan hasil kerja juga dapat dilakukan. Proses pembelajaran dapat dilakukan dengan lebih lancar dan berkesan. Tempat menyimpan bahan bantu mengajar juga boleh dikomersialkan kerana ia simple, harga yang berpatutan dan menarik. Bagi menjamin pembelajaran maksimum, setiap pendidik hendaklah membuat perancangan yang teliti, agar setiap aktiviti yang dirancangkan itu hendaklah berupaya menarik minat pelajar-pelajar hingga menjadikan pembelajaran lebih berkesan dan menyeronokkan. 447 MUDAHNYA PERMARKAHAN GAYA GOOGLE DOC MOHD NABIL BIN BURHANUDIN SHAHRIL HASFIZUL BIN SHAHUDIN MOHD ADHA BIN MULYADI 1. DESKRIPSI PROJEK: Google doc merupakan aplikasi yang dibangunkan oleh syarikat Google bagi kemudahan aplikasi atas talian bagi membina dokumen dan mengaksesnya di mana-mana. Justeru itu, kelebihan tersebut bol eh dimanfaatkan dalam aktiviti pembelajaran dan pengajaran (P&P) di kelas. Antara aktiviti P&P yang boleh memanfaatkan aplikasi ini adalah kuiz untuk pelajar. Kuiz pelajar tidak perlu menggunakan kertas dan alat tulis, hanya memerlukan komputer atau gajet pintar berserta capaian internet. Pensyarah boleh menyemak jawapan kuiz secara terus dan markah dijana automatik dalam lembaran Spreadsheet. 2. CABARAN/MASALAH INOVASI  Lambakan kertas untuk disemak oleh penggunaan kertas yang tidak mes ra alam.  pensyarah menyebabkan Masa dan tempat yang terhad kepada pensyarah untuk menyemak jawapan kuiz pelajar. 3. IMPAK INOVASI PROJEK:  Mengurangakan penggunaan kertas dalam aktiviti Pemebelajaran & Pengajaran  Masa untuk menyemak jawapan kuiz akan lebih cepat dan mudah.  Aktiviti kuiz dapat dijalankan secara terkawal.  Penilaian pelajar lebih telus dan pelajar akan mengetahui keputusan lebih cepat 4. KESIMPULAN Penggunaan kertas yang minimum, masa dapat dijimatkan dan aktiviti P&P dapat dijalankan secara efisien. Penilaian kuiz pelajar dapat dilaksanakan dengan lebih telus dan mudah. Selain itu, ia meningkatkan pengetahuan dan minat pensyarah tentang teknolgi maklumat. 448 SEBELUM INOVASI 5. GAMBAR/ILUSTRASI/LAKARAN PROJEK Fokus Atas Talian Tiada Penggunaan Kertas 449 450 EDMODO @ eCLASS Nurul Nuha Binti Harun1 , Norjunainah Binti Juri2 dan Roslan Bin Noordin3 [email protected] , [email protected] dan [email protected] Kolej Komuniti Pasir Salak ABSTRAK Edmodo adalah laman sosial akademik yang dikembangkan untuk pengajar dan pelajar, dengan mengutamakan privasi pelajar. Pengajar dan pelajar dapat berkongsi ilmu, pautan, dan sebarang bentuk dokumen. Pengajar juga boleh memaklumkan peringatan, aktiviti, dan tugasan untuk pelajar dan dapat dimuat naik tanpa had masa yang dapat dilihat oleh semua pelajar yang telah mendaftar bagi aplikasi ini. Edmodo adalah sebuah medium pengajaran dan pembelajaran sosial untuk pensyarah, pelajar mahupun ibu bapa dan penjaga yang menarik, mudah menggunakan aplikasi yang terkini membantu proses pdp berjalan dengan lebih lancar. Penggunaan aplikasi Edmodo yang seakan-akan Facebook, menyediakan suatu ruang dan tempat kepada pengajar, pelajar serta ibu bapa secara atas talian yang selesa untuk berhubung, dan berkongsi pelbagai aktiviti dan pendapat berkaitan akademik. 6. PENGENALAN Penggunaan aplikasi Edmodo merupakan trend terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi penggunaan aplikasi Edmodo ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran secara atas talian yang paling mudah, cepat dan jelas hanya dengan menggunakan telefon pintar. Aplikasi ini merupakan sebuah laman sosial yang bersifat akademik di mana para pelajar boleh berhubung terus di antara satu sama lain dan berkongsi sebarang maklumat akademik dengan dipantau oleh pensyarah dan juga ibu bapa. Aplikasi Edmodo ini juga digunakan sebagai medium untuk melaksanakan kuiz atau sebarang bentuk penilaian terhadap pelajar selaras dengan amalan Go Green yang disarankan oleh kerajaan. 451 7. PERNYATAAN MASALAH Idea berkaitan aplikasi Edmodo@eCLASS ini wujud setelah melalui beberapa permasalahan. Antaranya: a) Pelajar sering memberi alasan sukar untuk berhubung dengan pensyarah sekiranya terdapat masalah berkaitan pembelajaran. b) Berlaku pembaziran apabila tugasan pelajar yang dihantar perlu di buat penambahbaikan sebelum dihantar semula. c) Ibu bapa dan penjaga bertanya khabar melalui telefon tentang progress dan situasi pembelajaran anak-anak mereka . 8. CIRI-CIRI INOVASI a) Fail-fail berbentuk audio dan video dapat dimuatnaik dan dapat dikongsi bersama pelajar dan pengajar. b) Guru dan pelajar dapat membuat ulasan dan memberi komen terhadap dokumen yang telah dimuatnaik atau dokumen yang telah dihantar c) Kemudahan kalendar, gred, perpustakaan, sumber pembelajaran, penambahan sub kumpulan dan sebagainya. 9. CARA OPERASI a) Buka laman web Edmodo di http://www.edmodo.com b) Daftar sebagai pengajar, pelajar atau ibu bapa. Untuk pelajar dan ibu bapa, kod kumpulan akan diberikan oleh pengajar yang bertindak sebagai pentadbir untuk mengaktifkan akaun sebagai pelajar subjek tersebut c) Isikan kata nama dan juga kata laluan. d) Setelah semuanya slesai, klik ‘sign up’. e) Laman Edmodo anda sudah sedia untuk digunakan. 452 10. GAMBARAJAH INOVASI i. Rajah 1: Permukaan Aplikasi Edmodo@eCLASS 453 ii. Rajah 2: Perkongsian maklumat 454 iii. Rajah 3: Sub kumpulan yang diwujudkan bagi memudahkan perkongsian maklumat. 11. IMPAK INOVASI a) Pengunaan aplikasi Edmodo@eCLASS dapat membantu pelajar lebih memahami dan bersedia dalam penghantaran tugasan yang diberikan. b) Pensyarah dan pelajar boleh memuatnaik info terkini berkenaan subjek dan nota bagi tujuan pembelajaran. c) Pengunaan aplikasi Edmodo@eCLASS dapat membantu proses pengurusan pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan lancar dan teratur. 455 12. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA Penggunaan aplikasi Edmodo@eCLASS ini harus diperluas untuk semua pihak seperti peringkat sekolah, jabatan dan agensi-agensi berkaitan. Secara tidak langsung, Edmodo@eCLASS dapat mewujudkan saluran maklumat kepada semua pihak mengenai kaedah PdP yang dilaksanakan. Ini menjadikan mereka yakin untuk memperkenalkan institusi Kolej Komuniti kepada orang lain. 13. KESIMPULAN Pengunaan aplikasi Edmodo@eCLASS dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik, rasa peka dan bersedia di kalangan pensyarah dan pelajar dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, aplikasi ini dapat menarik minat pelajar yang cenderung ke arah teknologi pada masa kini. 456 TEMPE BIJI NANGKA/ CEMPEDAK Rafidah Abu Nasir 1 ([email protected]) Nur atiqah As’ari 2 ([email protected]) Noorizyan Asimat3 ([email protected]) Kolej Komuniti Pasir Salak Abstrak : Biji buah nangka atau cempedak merupakan hasil terbuang daripada buah cempedak atau nangka. Inovasi ini dijalankan untuk mengkaji penghasilan tempeh dari biji cempedak atau nangka. Jesteru, biji tersebut tidak dibazirkan. Biji cempedak dan nangka tanpa disedari mempunyai banyak nutrisi yang baik untuk kesihatan. Nutrisi yang baik ini dapat disalurkan kepada pengguna melalui penghasilan tempeh biji cempedak atau nangka ini. Selain itu, inovasi ini dapat mengurangkan kebergantungan tempeh berasaskan kacang soya sekaligus dapat mengurangkan import kacang soya. Penghasilan tempeh biji buah cempedak atau nangka pada dasarnya adalah sama seperti penghasilan tempeh kacang soya. Biji tersebut perlu direbus dan dihancurkan sebelum melalui proses penapaian pada suhu bilik selama 24 jam. Hasilnya tidak banyak berbeza dengan tempeh kacang soya. Impak dari inovasi ini antaranya dapat meningkatkan nilai komersial biji cempedak dan membantu pengurusan pembuangan sisa makanan. Secara keseluruhan, tempeh biji buah cempedak atau nangka boleh dikomersialkan di pasaran sebagai alternatif makanan kegemaran rakyat Malaysia. 1.0 PENGENALAN Buah nangka atau cempedak merupakan buah -buahan tempatan yang menjadi kegemaran ramai rakyat Malaysia kerana rasanya yang manis dan enak. Kebiasannya biji buah nangka atau cempedak akan di buang. Tanpa disedari biji nangka atau cempedak boleh ditambah nilai kepada sesuatu yang baru. Biji nangka juga mempunya banyak manfaat-manfaat untuk kesihatan. Kandungan protein, serat, 457 karbohidrat, vitamin A, B dan C dalam biji nangka atau cempedak boleh membantu meningkatkan kesihatan tubuh badan. Selain itu, biji nangka atau cempedak juga mengandungi nutrie n lain seperti saponin, isoflavon yang merupakan antioksida yang dapat membantu mencegah kanser. Untuk mengelakkan pembaziran biji nangka dan sebagai medium tambah nilai kepada biji nangka, satu inovasi biji nangka atau cempedak dijalankan dalam alternatif penghasilan tempe. Antara kebaikan biji nangka adalah seperti berikut : 1) Mencegah sembelit 2) Agen antioksida yang mencegah penuan 3) Mengatasi stress dan penyakit kulit 4) Mencegah anemia 5) Mencegah rambut rosak 2.0 PENYATAAN MASALAH Penelitian dibuat dan didapati pembaziran biji buah nangka atau cempedak sangat banyak terutama pada musim buah tersebut. Kebiasannya isi buah diambil dan biji dibuang begitu saja. Untuk mengelakkan pembaziran biji buah nangka atau cempedak, satu inovasi dijalankan untuk menambah nilai biji buah nangka tersebut dan mengelakkan nya dibazirkan. Selain itu, kebergantungan terhadap satu sumber sahaja dalam penghasilan tempe iaitu kacang soya boleh diatasi dengan penemuan inovasi ini. Inovasi ini dijalankan untuk membuktikan bahawa biji nangka boleh menjadi alternatif dalam penghasilan tempe. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Biji buah nangka atau cempedak direbus dan dihancurkan Kemudian proses yang seterusnya adalah sama seperti penghasilan tempe iaitu proses penapaian biji buah nangka atau cempedak yang digaul dengan ragi tempeh. Biji buah nangka yang telah dicampur ragi dibungkus dan dibiarkan pada suhu bilik selama 24 jam. Hasil inovasi tempeh biji buah nangka atau cempedak adalah hampir sama dengan tempeh kacang soya. 458 4.0 GAMBARAJAH INOVASI Cempedak Cempedak dipotong Biji cempedak di rebus, dihancurkan dan dicampur dengan ragi Tempeh biji cempedak 459 5.0 IMPAK INOVASI 1) Meningkatkan nilai komersial biji cempedak atau nangka 2) Menambahkan pendapatan petani tempatan berikutan permintaan yang tinggi terhadap tempeh biji cempedak atau nangka 3) Membantu pengurusan pembuangan sisa makanan. 4) Mengurangkan import kacang soya. 5) Khasiat dan nilai nutrisi yang baik daripada biji buah cempedak atau nangka dapat disalurkan kepada pengguna. 6) Kos penghasilan adalah lebih murah kerana menggunakan bahan terbuang dari buah cempedak atau nangka. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN 1) Inovasi penghasilan makanan lain seperti hasilan kerepek daripada biji nangka atau cempedak. 2) Menggunakan hasil-hasil terbuang iaitu biji cempedak dan nangka untuk menghasilkan tepung menggantikan tepung gandum. 7.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, produk inovasi tempeh dari biji nangka dan kacang soya boleh dikormesialkan untuk pasaran. Hasil tempeh biji buah cempedak atau nangka dan rasa yang seakan sama seperti tempeh kacang soya memudahkan penggemar tempeh menerima inovasi ini dan dijadikan makanan harian.Selain itu, biji buah cempedak atau nangka tidak dibazirkan dan nutrisi yang baik dari biji buah cempedak atau nangka dapat diperoleh. 460 FAIL REKOD PENILAIAN @ FRPen Norjunainah Binti Juri1, Nur Atiqah Binti As’ari2 dan Nurul Nuha Binti Harunᶾ [email protected], [email protected] dan [email protected] Kolej Komuniti Pasir Salak ABSTRAK Fail Rekod Penilaian ataupun FRPen merupakan fail yang mengandungi dokumen penting berkaitan peperiksaan seperti Salinan Borang Pendaftaran Kursus/LA, Borang Maklumat Pelajar, Rekod Markah (Penilaian Berterusan Dan Penilaian Akhir), Rekod Peratus Kehadiran, Jadual Penilaian Akhir, Salinan Mastersheet dan juga senarai nama pelajar yang gagal Kursus/LA. Dokumen ini penting untuk disimpan kerana ia merupakan bukti-bukti berkaitan urusan peperiksaan. FRPen ini disusun mengikut kemasukan pelajar iaitu Ambilan Mac, Julai dan November serta mengikut tahun kemasukan. Sebagai contoh pelajar A memasuki Ambilan Mac 2013, ini bermakna semua dokumen berkaitan peperiksaan sehingga pelajar tamat latihan industri akan disimpan dalam fail yang sama. Ini memudahkan capaian maklumat dengan lebih cepat dan efisen terutamanya bagi keperluan audit untuk mendapatkan data. 1. PENGENALAN Unit Peperiksaan adalah merupakan unit yang bertanggungjawab untuk melaksanakan segala urusan dan aktiviti peperiksaan. Unit ini diketuai oleh Pegawai Peperiksaan dan dibantu oleh Penyelaras Peperiksaan bagi setiap program. Unit Peperiksaan ditubuhkan bertujuan untuk menyelaras semua aktiviti-aktviti berkaitan penilaian yang dijalankan di kolej komuniti. Salah satu bidang tugas Unit Peperiksaan adalah seperti menerima, merekod dan menyimpan semua dokumen-dokumen atau borang berkaitan dengan penilaian dan peperiksaan. Oleh itu, Unit Peperiksaan perlu menyimpan semua data pelajar Kolej Komunti Pasir Salak yang berkaitan peperiksaan daripada semester pertama hingga semester terakhir. Idea untuk mewujudkan Fail Rekod Penilaian dapat memudahkan semua pihak dalam capaian maklumat pelajar. Ini kerana semua dokumen berkaitan disimpan dalam fail 461 yang sama mengikut tahun kemasukan. Selain itu, dokumen-dokumen yang disimpan telah disemak bersama antara Pegawai Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan. 2. PERNYATAAN MASALAH Idea berkaitan Fail Rekod Penilaian ataupun FRPen ini wujud setelah melalui beberapa permasalahan. Antaranya: a) Berlakunya banyak fail digunakan untuk menyimpan dokumen berkaitan peperiksaan di mana ia memerlukan ruang penyimpanan yang luas. b) Capaian maklumat dokumen yang berkaitan peperiksaan mengambil masa yang lama kerana setiap dokumen tersebut disimpan dalam pelbagai fail. c) Pengurusan penyimpanan rekod fail yang tidak sistematik. 3. CIRI-CIRI INOVASI a) Sebuah fail yang mempunyai semua dokumen berkaitan peperiksaan mengikut program dan tahun kemasukan pelajar. b) Dokumen berkaitan peperiksaan yang tersusun dan mudah difahami. c) FRPen disimpan di satu tempat yang mudah dicapai oleh semua pihak. 4. CARA OPERASI a) Setiap Penyelaras Peperiksaan perlu menyediakan FRPen bagi setiap kemasukan pelajar baru mengikut program masing-masing. b) Penyelaras Peperiksaan perlu mencetak senarai semak dokumen yang perlu dimasukkan ke dalam FRPen. c) Penyelaras Peperiksaan perlu sentiasa mengemaskini maklumat yang diperlukan dari semasa ke semasa. d) Setelah tamat satu semester, fail ini akan disemak Pegawai Peperiksaan e) Semua data pelajar tersebut akan disimpan sehingga semester akhir bagi setiap program. f) Fail ini akan disimpan di satu tempat yang telah ditetapkan. 462 5. GAMBARAJAH INOVASI i. SEBELUM INOVASI SELEPAS INOVASI 463 Rajah 1: Muka hadapan Fail Rekod Penilaian @ FRPen setiap program 464 ii. Rajah 2: Senarai semak mengikut ambilan pelajar iii. Rajah 3: Senarai semak Fail Rekod Penilaian @ FRPe 465 6. IMPAK INOVASI a) Kewujudan FRpen memudahkan semua pihak dalam capaian maklumat b) Kewujudan FRpen dapat membantu proses pengurusan penyimpanan dokumen berkaitan peperiksaan lebih efisen dan sistematik c) Memudahkan tugas kerja Pegawai Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan 7. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA Penggunaan FRPen ini harus diperluas kepada Unit Peperiksaan kolej komuniti lain. Secara tidak langsung, FRPen dapat membantu pengurusan dokumen berkaitan peperiksaan lebih sistematik dan capaian maklumat menjadi lebih mudah. 8. KESIMPULAN Idea mewujudkan Fail Rekod Penilaian @ FRPen dapat membantu Unit Peperiksaan dalam pengurusan penyimpanan dokumen berkaitan peperiksaan yang lebih sistematik dan tersusun. FRPen juga dapat membantu capaian maklumat dengan cepat apabila dokumen ini diperlukan pada masa akan datang. Secara tidak langsung, pengurusan kerja Pegawai Peperiksaan dan Penyelaras Peperiksaan lebih berkualiti dan terancang. 466 MOCK-REST GPS BOX Hashim Bin A.Rahim1 , Nurul Nuha Binti Harun2 dan Norjunainah Binti Juri3 [email protected] [email protected] dan [email protected] Kolej Komuniti Pasir Salak ABSTRAK Mock-Rest GPS Box adalah sebuah alat bantuan mengajar yang dihasilkan untuk pelajar Sijil Pengendalian Acara (SPA) khususnya bagi modul Perkhidmatan Makanan dan Minuman Dalam Acara (SPA 3024), dengan mengutamakan kemudahfahaman pelajar. Alat ini telah dihasilkan bagi membantu pelajar mengingati peralatan asas yang diperlukan ketika membuat table setting bagi operasi restoran. Alat ini juga boleh digunakan oleh pensyarah semasa melaksanakan sesi pembelajaran. Mock-Rest GPS Box adalah sebuah peralatan pengajaran dan pembelajaran untuk pensyarah dan pelajar yang menarik, mudah dan menggunakan alternatif yang terkini bagi membantu proses pdp berjalan dengan lebih lancar. Penggunaan Mock-Rest GPS Box menyediakan suatu ruang dan cara kepada pengajar serta pelajar bagi menjadikan suasana pembelajaran lebih interaktif , selesa untuk berkomunikasi, dan berkongsi pelbagai aktiviti dan pendapat berkaitan akademik. 1. PENGENALAN Penggunaan Mock-Rest GPS Box merupakan alternatif terkini dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Inovasi penggunaan Mock-Rest GPS Box ini bertujuan untuk mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran secara hands-on yang paling mudah, cepat dan jelas hanya secara visual. Alat ini merupakan sebuah kotak elektronik di mana para pelajar boleh mengetahui secara terus jenis-jenis peralatan untuk table setting dengan menekan butang berlabel yang telah disediakan. Mock-Rest GPS Box ini juga digunakan sebagai alat untuk melaksanakan latihan amali atau sebarang bentuk penilaian terhadap pelajar selaras dengan amalan student centered learning yang disarankan oleh kementerian. 467 2. PERNYATAAN MASALAH Idea berkaitan Mock-Rest GPS Box ini wujud setelah melalui beberapa permasalahan. Antaranya: a) Pelajar sering memberi alasan sukar untuk mengingati nama-nama peralatan asas untuk table setting. b) Pelajar kurang berminat untuk mengetahui secara teori nama-nama peralatan table setting. c) Suasana pembelajaran yang kurang menarik dengan hanya berpandukan penerangan pensyarah semata-mata. 3. CIRI-CIRI INOVASI a) Sebuah kotak elektronik lutsinar yang menarik dan unik. b) Ia mengandungi peralatan asas untuk table setting. c) Dilengkapi dengan suis yang berlabel. d) Direka khas untuk pelajar-pelajar mudah mengingati jenis-jenis peralatan asas untuk table setting. 4. CARA OPERASI a) Sebuah kotak elektronik lutsinar yang mengandungi peralatan asas untuk table setting dihasilkan. b) Bersebelahan setiap peralatan tersebut akan dipasang lampu LED. c) Diluar kotak akan dipasang suis yang berlabel dengan nama-nama peralatan. d) Sekiranya suis yang berlabel tertentu ditekan, lampu LED pada peralatan yang betul akan berkelip. e) Contohnya, pelajar menekan suis berlabel water goblet, lampu LED pada water goblet akan berkelip. 468 5. GAMBARAJAH INOVASI i. Rajah 1: Peralatan diperlukan 469 ii. Rajah 2: Mock-Rest GPS Box 470 6. IMPAK INOVASI a) Hasil dari pengunaan Mock-Rest GPS Box dapat membantu pelajar lebih memahami dan mengingati peralatan asas untuk table setting. b) Pelajar akan lebih berdikari dalam menjalani amali bagi operasi restoran. c) Proses operasi restoran dapat dijelaskan dengan lebih mudah dan dapat membantu pengurusan pembelajaran berjalan dengan lancar dan teratur. 7. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKAN IDEA SEDIA ADA Penggunaan Mock-Rest GPS Box ini harus diaplikasikan untuk kursus-kursus lain yang melibatkan banyak peralatan yang perlu diingat oleh pelajar. Secara tidak langsung, Mock-Rest GPS Box dapat mewujudkan suasana kelas interaktif kepada pelajar dan mempelbagaikan kaedah PdP yang dilaksanakan. 8. KESIMPULAN Pengunaan Mock-Rest GPS Box dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menarik, rasa peka dan bersedia di kalangan pensyarah dan pelajar dalam meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, alat ini dapat menarik minat pelajar yang cenderung ke arah gajet pada masa kini. 471 TAJUK INOVASI: VSMART LEARNING (DATABASE) Norazila binti Hashim [email protected], Najwaa Farhannah Binti Abdul Halim [email protected] Kolej Komuniti Pasir Salak ABSTRAK Merupakan video tutorial pembelajaran khusus untuk Modul Pangkalan Data bagi program Sijil Aplikasi Perisian Komputer. Video ini dibangunkan menggunakan perisian SnagIT kerana perisian ini dapat merakam aktiviti pada skrin dan audio pada komputer dan menghasilkan fail industri-standard AVI video yang ringan. Video ini meliputi teknikteknik dan langkah-langkah yang perlu untuk membangunkan sistem pangkalan data dan bertujuan membantu pelajar dalam memahami cara membangunkan sistem pangkalan data dengan lebih efisyen. Video ini terdiri daripada 3 bahagian iaitu Pembinaan Jadual, Pembinaan Borang dan Penghasilan Laporan menggunakan perisian pangkalan data Microsoft Access 2013. 1.0 PENGENALAN Modul Pangkalan Data bagi Sijil Aplikasi Perisian Komputer memerlukan pelajar membangunkan dan menghasilkan sebuah sistem pangkalan data menggunakan Perisian Microsoft Access. Proses pembangunan sistem ini memerlukan pengetahuan dan pemahaman terhadap cara-cara untuk mencipta pangkalan data desktop sama ada dari templat atau dari awal. Sehubungan dengan itu, VSmart Learning bagi Modul Pangkalan Data ini dihasilkan bagi memberi laluan kepada pelajar memahami langkahlangkah mencipta pangkalan data desktop dengan lebih jelas dan lancar dengan mengambil kira keperluan silibus yang telah ditetapkan bagi Modul Pangkalan Data. Dari segi pembangunan pangkalan data pula, Perisian Microsoft Access 2013 telah dipilih dan digunakan walaupun ketika ini pelajar masih menggunakan Perisian 472 Microsoft Access 2010. Ini kerana, seiring dengan perubahan teknologi yang pesat, versi perisian yang terkini akan digunakan untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) dalam masa terdekat ini. Justeru itu, VSmart Learning bagi Modul Pangkalan Data ini akan mampu memenuhi keperluan pelajar dan pensyarah untuk sesi PdP pada masa akan datang. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Ketika ini sesi PdP bagi Modul Pangkalan Data berlangsung secara teori di mana pensyarah perlu menerangkan langkah-langkah bagi membangunkan sistem pangkalan data secara satu hala dan verbal dengan bantuan slaid projektor. Sebagai contoh, untuk membina jadual di dalam perisian Microsoft Access, pensyarah perlu menyediakan paparan slaid yang menunjukkan satu persatu langkah-langkah bagi membina jadual dari mula sehingga terhasilnya satu jadual bagi sistem tersebut. Situasi ini memerlukan perhatian dan fokus yang tinggi daripada pelajar kerana perlu mendengar penjelasan pensyarah serta memahami nota atau rajah langkah-langkah yang ditunjukkan oleh pensyarah. Dengan bilangan slaid yang banyak, pelajar-pelajar sering tertinggal atau hilang fokus yang mana memerlukan pensyarah mengulangi penerangan langkah-langkah tersebut. Penerangan secara teori di dalam kelas juga mudah terganggu dan ini menyebabkan proses untuk memahami langkah-langkah pembinaan sistem juga terganggu dan tidak lancar. Selain itu, pelajar juga akan membuat salinan keras dengan mencetak paparan-paparan slaid teori tersebut yang mana mengakibatkan penggunaan kertas dan dakwat pencetak yang banyak. Ini kerana pelajar terpaksa membuat bacaan semula untuk pemahaman yang lebih. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI VSmart Learning bagi Modul Pangkalan Data ini merupakan video-video pendek yang merekodkan turutan pembangunan pangkalan data secara langkah demi langkah. Ianya terbahagi kepada tiga bahagian iaitu: Bahagian 1: Membangunkan Struktur Jadual dan Membuat Hubungan (Relationship) Bahagian 2: Membina Borang (Form) 473 Bahagian 3: Membina Laporan (Report) Bagi pembangunan pangkalan data, kami menggunakan Perisian Microsoft Access 2013 iaitu versi terkini kerana kelebihan yang terdapat di dalam Access 2013 berbanding Access 2010 selain ingin menyesuaikan dengan peredaran teknologi terkini memandangkan kami menjangkakan untuk menggunakan video ini di dalam sesi PdP bagi pelajar semester baru tahun 2015. Video-video ini dihasilkan menggunakan perisian SnagIT kerana ianya adalah perisian yang dapat merakam semua gambar pada skrin komputer dengan baik dan jelas dengan penggunaan memori yang kecil. Oleh itu, rakaman video ini akan sesuai untuk dimuatkan ke dalam salinan cakera, CD atau Pendrive yang mempunyai kapasiti kecil atau terhad. 4.0 CARA OPERASI VSmart Learning bagi Modul Pangkalan Data ini akan menggantikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) secara teori yang panjang dan membosankan. Penerangan langkah-langkah yang lebih terperinci dan lancar yang telah direkodkan di dalam videovideo pendek mengikut turutan rekabentuk pembangunan pangkalan data menjadikan pelajar lebih mudah fokus dan faham. Selain itu, ia juga lebih menarik dan mesra pengguna (user-firendly) selain memudahkan proses pemahaman pelajar. 474 5.0 GAMBARAJAH INOVASI Rajah 1: Paparan permulaan video menunjukkan langkah pertama membina pangkalan data menggunakan Perisian Microsoft Access 2013. 475 Rajah 2: Paparan video menunjukkan langkah-langkah untuk membina jadual atau table. Rajah 3: Paparan video menunjukkan langkah-langkah untuk menetapkan jenis data bagi setiap atribut atau nama medan di dalam jadual. 476 Rajah 4: Paparan video menunjukkan cara-cara untuk menghasilkan perhubungan atau relationship bagi jadual-jadual yang telah dihasilkan. Rajah 5: Paparan video menunjukkan proses menghubungkan setiap primary key dan foreign key pada jadual bagi menghasilkan satu perhubungan di dalam pangkalan data. 477 Rajah 6: Paparan video menunjukkan cara untuk membina borang atau form dengan menggunakan Design Tools. Rajah 7: Paparan video menunjukkan cara untuk menetapkan tarikh dan masa pada borang. 478 Rajah 8: Paparan video menunjukkan cara untuk menetapkan format pada Property Sheet Rajah 9: Paparan video menunjukkan borang yang telah lengkap dihasilkan. 479 6.0 IMPAK INOVASI Lebih mesra pengguna (User-friendly) Turutan langkah-langkah pembangunan pangkalan data dalam bentuk video beserta grafik dan audio lebih menarik dan akan memudahkan lagi pelajar dari segi pemahaman. Pelajar juga mudah untuk mengulang tonton video pada bila-bila masa dan berhenti pada bahagian-bahagian tertentu dalam video mengikut keselesaan pelajar. Selain itu, VSmart Learning juga menggunakan medium Bahasa Melayu dalam rakaman audio untuk memudahkan pemahaman pelajar kerana kebanyakan video tutorial yang terdapat di Laman YouTube adalah dalam Bahasa Inggeris. Jimat kos Penghasilan video VSmart Learning ini tidak memerlukan sebarang kos dan pelajar juga dapat menjimatkan kos mencetak nota atau paparan slaid apabila mereka mempunyai salinan lembut (softcopy) VSmart Learning bagi Modul Pangkalan Data ini. Jimat masa Penerangan yang ringkas dan mudah difahami menjimatkan masa pelajar memahami langkah-langkah membangunkan pangkalan data. Pelajar juga tidak perlu lagi tercaricari video yang sesuai dan tidak perlu lagi menghabiskan masa mencetak nota paparan slaid. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA Bagi penambahbaikan sesi PdP, Video VSmart Learning ini akan dimuatturun ke dalam cakera (CD) dan diedarkan kepada pensyarah dan pelajar untuk pengajaran dan pembelajaran bagi Modul Pangkalan Data di Kolej Komuniti Pasir Salak Pada masa akan datang, diharap video tutorial VSmart Learning ini dapat dikemaskini dan dinaiktaraf mengikut kesesuaian versi perisian terkini terutama mengikut versi terkini Microsoft Access yang digunakan di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 480 8.0 KESIMPULAN Kesimpulannya dengan penghasilan video tutorial VSmart Learning ini dapat membantu dan memudahkan para pensyarah dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi Modul Pangkalan Data supaya menjadi lebih lancar selain menambahbaik proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan efisyen. 481 KIT KURSUS PENDEK KOLEJ KOMUNITI PASIR SALAK Nornajiha Binti Kamdi1 dan Hajar Binti Yusop2 dan Norhaslin Binti Hassan3 ([email protected]) dan ([email protected]) dan ([email protected]) Kolej Komuniti Pasir Salak ABSTRAK Pengunaan kaedah tatacara melalui penggunaan Kit Kursus Pendek dalam pelaksanaan kursus pendek di Kolej Komuniti Pasir Salak merupakan satu inovasi dalam proses urus kendali kursus pendek. Inovasi ini dilaksanakan bagi tujuan melihat sejauh mana keberkesanan penggunaan Kit Kursus Pendek ini dapat membantu mempertingkatkan pemahaman,kemudahan dan seterusnya membantu pensyarah dalam urus kendali kursus pendek dengan lebih cekap dan tertatur. Kaedah penggunaan Kit Kursus Pendek ini telah dilaksanakan di Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Pasir Salak dan digunapakai oleh semua pensyarah yang terlibat menjalani kursus pendek dalam memenuhi Kapasiti Pencapaian Indek masing-masing. Hasil penggunaan kaedah tatacara melalui penggunaan Kit Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Salak ini telah banyak membantu pensyarah dalam proses urus kendali kursus pendek dimana terdapat peningkatan dalam jumlah peserta yang terlibat dalam kursus pendek dalam jangka waktu yang terdekat disamping penglibatan oleh semua pensyarah. Disamping itu, kaedah tatacara melalui Kit Kursus Pendek yang dihasilkan boleh dimanfaatkan serta diubahsuai bagi mempertingkatkan kemudahan penggunaannya. 1.0 PENGENALAN Kursus pendek merupakan salah satu tugas yang perlu digalas dan dilaksanakan oleh semua pensyarah di kolej komuniti. Berdasarkan Minit Mesyuarat Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Bil. 1/2012 telah menetapkan KPI 100 orang peserta dan 60 jam setahun setiap pensyarah bagi semua gred. Tugas ini agak mencabar disamping tugas hakiki pensyarah yang menjalankan PDP mengikut bidang masing-masing. Pendekatan pihak Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat dalam meringankan beban pensyarah telah diambil dengan membangunkan Kit kursus pendek. Kit ini merupakan sebuah fail yang mengandungi peraturanpelaksanaan bagi sebelum,semasa dan selepas sesebuah kursus pendek itu dijalankan dan beberapa dokumen lain .Kit kursus pendek ini juga memberi pendedahan kepada pensyarah akan 482 tanggungjawab dalam menjayakan sesebuah kursus pendek itu dan ianya amat mesra pengguna. 2.0 PENYATAAN MASALAH Sebelum inovasi ini dibangunkan terdapat beberapa kesukaran dan cabaran yang dihadapi oleh bilangan pensyarah dalam menjalankan kursus pendek dimana: o Pensyarah kurang jelas tatacara pelaksanaan kursus pendek o Tiada alat bantuan melaksanakan kursus pendek bagi pensyarah o 3.0 Pelaksanaan kursus pendek tidak berjalan lancar seperti yang dirancang CIRI – CIRI INOVASI Pelaksanaan inovasi Kit Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Salak ini telah di pergiatkan pada bulan April 2013 dengan hanya mengambil masa selama 1 bulan sahaja. Ianya bermula dengan tindakan pemurnian yang diambil dengan mengambil kira item item yang perlu diletakkan di dalam kit kursus pendek ini. Selain itu dokumen seperti surat setuju terima, borang senarai peserta, borang penilaian kursus ,borang maklumat peserta dan laporan kurus pendek yang sediada telah ditempatkan dalam kit terbabit mengikut susunan keutamaan . Seterusnya kit ini telah menerima penambahan iaitu flow chart atau tatacara urus kendali kursus pendek bagi proses sebelum,semasa dan selepas turut dimuatkan dalam kit tersebut. Kit Kursus Pendek Pasir Salak ini terus digunakan sebagai panduan oleh semua pensyarah dalam setiap urus kendali kursus pendek yang mereka jalankan sehingga kini. 483 4.0 CARA OPERASI Inovasi Kit Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Salak ini mempunyai arah aliran kerja yang perlu diikuti bagi pensyarah yang ingin melaksanakan kursus pendek : MULA LANGKAH 1 LANGKAH 2 LANGKAH 3 Dapatkan Kit Kursus Pendek Di Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Semak Tatacara Urus Kendali Kursus Pendek Di Kit Kursus Pendek Laksanakan urus kendali kursus pendek bagi proses:    LANGKAH 4 Sebelum Semasa Selepas Serahan semula Kit Kursus Pendek Di Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat TAMAT 484 5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI KIT KURSUS PENDEK 1.Fail Sampul Kecil 2.Tatacarapelaksanaan 3.Surat setuju terima 4.Kehadiran peserta 5.Borang 6.Laporan kursus maklumbalas pendek 485 6.0 IMPAK INOVASI Melalui pembangunan Kit Kursus Pendek Kolej Komuniti Pasir Salak ini beberapa impak inovasi telah dikenalpasti: - o Pensyarah dapat memahami proses laksanakan kursus pendek dengan lebih mudah o Kit Kursus Pendek ini didapati amat praktikal untuk dijadikan sebagai rujukan dan panduan o Pelaksanaan kursus pendek berjalan dengan lebih cekap dan teratur o Kos yang murah dengan kadar 0.60sen per unit ini menggalakkan penjimatan dikalangan sektor awam. 7.0 CADANGAN / PENAMBAHBAIKAN Bagi meningkatkan lagi kualiti pembangunan inovasi Kit Kursus Pendek ini beberapa cadangan dan penambahbaikan akan dibuat dengan: o Menggunakan folder fail yang lebih kemas dan selamat untuk penyimpanan dokumen daripada bahan kertas 486 8.0 KESIMPULAN Menerusi inovasi pembangunan Kit Kursus Pendek di Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat Kolej Komuniti Pasir Salak ini secara tidak langsung membantu meningkatkan pemahaman dan komitmen para pensyarah untuk menjalankan kursus pendek seterusnya mencapai Kapasiti Pencapaian Indek yang telah ditetapkan dengan mudah. Kit ini juga membantu pihak Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat meningkatkan prestasi dan pengurusan kursus pendek dengan lebih effektif. 487 i-AKAUN USAHAWAN Nor Haniza Binti Hashim Syarafina Binti Shahril Nor Hanita Binti Hashim 1.0 Kkbd Kkbd Kkps DESKRIPSI PROJEK 1.1 Pengenalan Projek i-Akaun Usahawan ini disediakan untuk modul SKW 4161 (Keusahawanan). Modul ini merupakan modul wajib Unit Pengajian Am bagi semua pelajar Kolej Komuniti Sijil Kebangsaan Modular (SMK) dan Kolej Komuniti Sijil Kebangsaan Berterusan (SKK). Projek inovasi ini disediakan hasil penambahbaikan daripada beberapa masalah yang berlaku semasa mengajar modul SKW 4161 (Keusahawanan). Modul ini memerlukan pelajar menyediakan Laporan Pengkosan bagi memenuhi penilaian mereka. Projek i-Akaun Usahawan ini merupakan satu template yang berfungsi membantu pelajar untuk menyediakan format Rancangan Kewangan yang merupakan item wajib dan paling penting yang terkandung di dalam topik Pengkosan. Laporan Pengkosan ini mengandungi: PAPARAN MUKA DEPAN 488 a) Belanjawan Tunai b) Bajet operasi 489 c) Bajet Pentadbiran d) Bajet Pemasaran 490 e) Kos Perlaksanaan Projek Template ini membolehkan pelajar untuk memahami item-item yang perlu ada di dalam Laporan Kewangan. Penggunaan template ini mempunyai banyak kelebihan iaitu: a) Mudah untuk perekodan b) Cepat membuat pengiraan c) Lebih sistematik d) Mengurangkan kebarangkalian berlaku kesilapan dalam pengiraan e) Auto Generate f) 1.2 Pelajar dapat memahami kesinambungan setiap item Kaedah Sedia Ada Sebelum projek inovasi ini disediakan, pelajar hanya dibekalkan lembaran Belanjawan Tunai oleh pensyarah. Item-item lain di dalam Laporan Pengkosan perlu disediakan sendiri oleh pelajar. Ini menyebabkan pelajar keliru dan tidak dapat menyediakan Laporan Pengkosan yang baik seperti diharapkan oleh pensyarah. 491 1.3 Masalah Kaedah Lama Masalah yang dihadapi oleh pelajar sebelum projek inovasi iaitu i-Akaun Usahawandiperkenalkan ialah:  Pelajar mengambil masa yang lama untuk menyiapkan Laporan Pengkosan khususnya Belanjawan Tunai  Pelajar keliru langkah-langkah pengiraan dalam penyediaan Belanjawan Tunai dan Kos Pelaksanaan Projek.  Pelajar melakukan banyak kesilapan pengiraan.  Pelajar mudah putus asa apabila Laporan Pengkosan yang disediakan tidak seperti yang diingini oleh pensyarah 1.4 Objektif Kaedah Baru Objektif utama projek inovasi i-Akaun Usahawan diperkenalkan adalah untuk: a) Menjimatkan masa dalam menyediakan Laporan Pengkosan b) Membantu pelajar dalam penyediaan Laporan Pengkosan yang baik dan lengkap c) Membantu pelajar memahami konsep dan prinsip perakaunan semasa menyediakan Laporan Pengkosan d) Mengurangkan kesalahan pengiraan semasa penyediaan Laporan Pengkosan 1.5 Proses Perlaksanaan Inovasi 1.5.1 Proses perlaksanaan inovasi ini dimulakan dengan langkah percubaan untuk membolehkan pensyarah membuat analisis masalah yang dihadapi oleh pelajar melalui penggunaan Lembaran Manual untuk penyediaan Belanjawan Tunai. Percubaan ini dilakukan ke atas pelajar kelas SPE 4 dan SPS 3. Ia dilaksanakan dengan :  Pensyarah memberi penerangan yang jelas tentang Laporan Pengkosan iaitu Belanjawan Tunai  Berlaku soal jawab untuk mengenalpasti sama ada pelajar dapat menguasai pengajaran tersebut 492  Kemudian, pensyarah mengedarkan Lembaran Manual kepada pelajar dalam menyediakan Belanjawan Tunai  Memantau pergerakan aktiviti pelajar bagi membolehkan pelajar membuat analisa kelemahan dan masalah yang dihadapi oleh pelajar 1.5.2 Berikut adalah masalah yang dihadapi oleh pelajar semasa penggunakan lembaran manual tersebut: a) Pelajar mengambil masa yang lama untuk menyediakan Belanjawan Tunai. Masa yang diambil adalah 1 jam. b) Pelajar mengambil masa yang lama untuk memahami konsep penyediaan Belanjawan Tunai tersebut. c) Berlaku banyak kesilapan pengiraan d) Pelajar tidak dapat menyediakan bajet-bajet seterusnya kerana tidak dapat menyediakan belanjawan tunai dengan tepat. 493 LEMBARAN MANUAL BELANJAWAN TUNAI BULAN JAN FEB MAC APR MEI JUN JUL OGOS SEPT OKT NOV DIS JUMLAH 1. Baki awal TERIMAAN TUNAI 2. Jualan tunai 3. Pungutan hutang 4. Jumlah terimaan tunai BAYARAN TUNAI 5. Belian bahan mentah 6. Gaji dan upah 7. Sewa 8. Utiliti 9. Pelbagai perbelanjaan 10. Lain-lain 11. Jumlah Pembayaran 12. Baki h/b 494 1.5.3 Perbezaan proses sebelum dan selepas projek inovasi dilaksanakan Selepas mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh pelajar, pensyarah meminta pelajar menyediakan Laporan Pengkosan menggunakan template i-Akaun Usahawan. Berikut adalah hasil dapatan bagi penggunaan template tersebut: a) Pelajar mengambil masa kurang daripada 30 minit untuk menyediakan Belanjawan Tunai b) Pelajar menyediakan set Laporan Pengkosan kurang dari 1 jam c) Pelajar mudah memahami langkah penyediaan Rancangan Kewangan d) Tidak berlaku kesilapan pengiraan e) Pelajar berjaya menyediakan Laporan Pengkosan seperti yang diharapkan oleh pensyarah f) 2.0 Memupuk minat pelajar terhadap subtopik CABARAN/MASALAH INOVASI Antara cabaran dan masalah yang dihadapi ialah pensyarah perlu bersedia sekiranya berlaku perkara yang tidak dijangka yang berpunca daripada masalah virus dan sebagainya. Pensyarah juga perlu memantau pergerakan pelajar semasa menggunakan template tersebut. 495 3.0 IMPAK PROJEK INOVASI Setiap projek inovasi yang dilaksanakan akan memberi impak terhadap proses pengajaran dan pembelajaran (PdP), pensyarah dan juga kepada pelajar. Impak projek inovasi ini dapat dihuraikan berdasarkan elemen-elemen berikut: 3.1 Elemen Inovatif / Kreatif (idea) Projek Inovasi ini mempunyai elemen inovatif dan kreatif kerana pensyarah membuat inovasi daripada lembaran manual yang digunakan sebelum ini dengan menghasilkan satu template yang dikenali sebagai i-Akaun Usahawan. Template ini merupakan satu template auto generate yang memudahkan pelajar menyediakan Laporan Pengkosan dan juga menjimatkan masa. 3.2 Elemen Keberkesanan Projek inovasi ini memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) yang dijalankan dan ia membolehkan objektif PdP tercapai. Selain itu, pensyarah juga bertindak sebagai Fasilitator dan ini membolehkan pelajar untuk explore sendiri template tersebut dan ini akan membolehkan mereka mudah dan cepat memahami subtopik yang dipelajari. Dari aspek pelajar 496 pula, dengan terhasilnya projek inovasi ini, ia dapat meningkatkan kefahaman mereka, membolehkan mereka menyediakan Laporan Pengkosan dengan baik dan mengurangkan pelajar hilang tumpuan akibat daripada tiada pemahaman tentang Topik Pengkosan. Berikut adalah hasil soal selidik yang telah dilakukan semasa langkah percubaan dilakukan. 3.3 Elemen Signifikan atau Relevan Projek inovasi ini sangat relevan dan sesuai untuk digunakan oleh pensyarah yang mengajar subjek Kemahiran Insaniah dan juga Keusahawanan. Ia sangat interaktif dan dapat membantu pensyarah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Selain itu, ia juga relevan untuk digunakan oleh pelajar kerana ia cepat dan mudah untuk difahami. Sasaran pengguna template ini ialah pensyarah Kolej Komuniti, pelajar dan juga semua individu yang ingin menyediakan Laporan Pengkosan. 497 4.0 KESIMPULAN Sebagai kesimpulannya, projek inovasi i-Akaun Usahawan ini akan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran supaya ia lebih interaktif dan menarik minat pelajar. Di samping itu dapat membantu pelajar dan mengelakkan mereka terasa terabai dalam proses pembelajaran serta dapat mengurangkan pelajar yang hilang tumpuan akibat daripada tiada pemahaman tentang Topik Pengkosan. Projek inovasi sangat membantu pensyarah yang mengajar Topik Pengkosan kerana ia sangat efektif, mesra pengguna dan berkesan. Ini kerana ia memudahkan pensyarah dalam proses memberi penerangan kepada pelajar. Walaupun pelajar tidak mempunyai asas Perakaunan, pelajar dapat menyediakan Laporan Pengkosan dengan lengkap dan tepat. 498 DÉCOR YOUR DAY (DYD) Noor Laili Binti Mohd Sohaili1 dan Mohd Suhaime Bin Sarun2 [email protected] dan [email protected] Kolej Komuniti Pasir Salak Abstrak Decor Your Day (DYD) adalah bekas penyimpanan barangan bantu hias 4 dalam 1 yang di dalamnya mempunyai 4 bekas yang berbeza dan berasingan yang boleh dilampirkan bersama-sama. Ia membolehkan pengguna memasukkan ke dalamnya pin, paku tekan, reben, dawai dan jarum peniti ke dalam satu bekas yang kecil dan funky. Bekas ini dibuat bagi memastikan penggunaan ruang adalah lebih cekap, bersih, kemas dan tersusun. Pengguna juga hanya menumpukan kepada sebuah bekas sahaja untuk mendapatkan semua barangan bantu hias yang diperlukan ketika melakukan kerja- kerja menghias sebarang majlis. Produk ini bersaiz kecil dan sangat mudah alih. Jadi, ia adalah mudah bagi pengguna untuk mengalihkannya ke mana-mana sahaja yang diperlukan. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini adalah plastik. Ia tidak mudah pecah dan berkarat, jadi ia boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama. 1. PENGENALAN PROJEK Umum mengetahui bahawa penggunaan barangan bantu hias sekarang ini adalah menggunakan bekas berasingan bagi setiap barangan. Ia agak remeh kerana pengguna perlu bergerak ke kiri mahupun ke kanan untuk mendapatkan setiap barangan tersebut sehinggakan penggunaan tempat dilihat adalah semaksimanya. Keadaan ini juga secara tidak langsung menggalakkan kurangnya keprihatinan pengguna mengenai kekemasan di mana kadang- kadang dilihat barangan bertaburan dan hilang. Keadaan ini boleh menimbulkan situasi yang bahaya di mana pengguna berkemungkinan besar jatuh atau tergelincir akibat terpijak ketika melakukan kerja- kerja menghias. 499 Oleh itu, Decor Your Day (DYD) telah dihasilkan. Ia dihasilkan untuk digunapakai oleh semua pelajar Sijil Pengendalian Acara. Decor Your Day (DYD) adalah bekas penyimpanan barangan bantu hias 4 dalam 1 yang di dalamnya mempunyai 4 bekas yang berbeza dan berasingan yang boleh dilampirkan bersamasama. Ia membolehkan pengguna memasukkan ke dalamnya pin, paku tekan, reben, dawai dan jarum peniti ke dalam satu bekas yang kecil dan funky. Bekas ini tingginya 20 cm (bagi keempat- empat bekas) dan lebar 7 cm. Setiap bekas adalah berpaut antara satu sama lain namun ia boleh dibuka untuk membolehkan pengguna menambah isi kandungannya ataupun menukar isi kandungannya mengikut keperluan masing- masing. Terdapat dua bekas yang digunakan bagi menghasilkan inovasi ini. Yang pertama adalah bekas Baby Milk Powder Dispenser yang selalu digunakan oleh ibu bapa ketika membuat perjalanan jauh. Bekas ini digunakan bagi memudahkan ibu bapa membawa susu dalam kuantiti yang diperlukan sahaja tanpa membawa setin susu yang berat. Bagi projek inovasi ini, bekas tersebut digunakan sebanyak empat buah untuk menempatkan barangan bantu hias yang kecil dan dalam kuantiti yang banyak. Manakala, bekas kedua yang digunakan bagi projek inovasi ini ialah penutup tupperware yang dipotong untuk membentuk pemisah antara dua barangan. Selain itu, bahan mentah lain yang digunakan adalah ribbon roller untuk penempatan reben dan dawai yang boleh berpusing serta gam dan penyembur cat. Bekas ini dibuat bagi memastikan penggunaan ruang adalah lebih cekap, bersih, kemas dan tersusun. Pengguna juga hanya menumpukan kepada sebuah bekas sahaja untuk mendapatkan semua barangan bantu hias yang diperlukan ketika menghias sebarang majlis. Produk ini bersaiz kecil dan sangat mudah alih. Jadi, ia adalah mudah bagi pengguna untuk mengalihkannya atau membawanya ke mana-mana sahaja yang diperlukan. Bahan yang digunakan untuk menghasilkan produk ini adalah plastik. Ia tidak mudah pecah dan berkarat, jadi ia boleh digunakan untuk tempoh masa yang lama. 500 Objektif Décor Your Day (DYD) ini dihasilkan adalah untuk: a. Menggunakan ruang secara cekap. b. Memudahkan pengambilan barangan bantu hias ketika menghias sesebuah majlis. c. Mengelakkan barangan bantu hias berselerak, bertaburan ataupun hilang. d. Kawasan persekitaran nampak lebih kemas, tersusun, bersih dan selamat. Tempoh Pelaksanaan Untuk menghasilkan inovasi ini ia memerlukan masa sekurang- kurangnya dua minggu. Setelah selesai penghasilannya, ia ditempatkan di Unit Pengendalian Acara di Kolej Komuniti Pasir Salak. Penggunaannya masih dalam tempoh percubaan iaitu bermula pada September 2014 sehingga kini. 2. CABARAN/ MASALAH INOVASI Sebelum inovasi ini dijalankan, penggunaan barangan bantu hias ketika menghias sesebuah majlis sekarang ini adalah menggunakan bekas berasingan bagi setiap barangan. Ia agak remeh kerana pengguna perlu bergerak ke kiri mahupun ke kanan untuk mendapatkan setiap barangan tersebut ataupun membawa banyak beg untuk menempatkan barangan tersebut sehinggakan penggunaan tempat dilihat adalah semaksimanya. Keadaan ini juga secara tidak langsung menggalakkan kurangnya keprihatinan pengguna mengenai kebersihan dan keselamatan di mana kadang- kadang dilihat jarum peniti, pin, paku tekan, reben dan dawai bersepah dan bertaburan di lantai. Keadaan ini boleh menimbulkan situasi yang bahaya di mana pengguna berkemungkinan besar jatuh atau tergelincir ketika sedang menghias akibat terpijak barangan bantu hias tersebut. 501 3. IMPAK INOVASI Ternyata inovasi yang diperkenalkan telah memberikan impak yang tinggi kepada golongan sasar yang dapat dilihat daripada beberapa elemen- elemen seperti di bawah:a. Kreativiti Décor Your Day (DYD) yang dihasilkan adalah satu idea asli yang diperolehi hasil daripada pemantauan kegunaan travel kits for women. Hasil daripada kegunaan yang diaplikasikan kepada travel kits for women, maka terhasil satu inovasi yang berlainan rupabentuk serta kegunaannya bagi membentuk satu nilai keunikan dan kreativiti yang tinggi yang boleh digunapakai oleh sesiapa yang terlibat dalam kerja- kerja menghias. Baby Milk Powder Dispenser digunakan sebagai bekas utama di mana setiap satu komponen bekas tersebut tanpa dipisahkan namun boleh ditambah atau dilubangkan dan digunakan untuk menyimpan barangan bantu hias mengikut keperluan masing- masing. Bahagian atasnya kemudian akan dilubangkan untuk meletakkan dua penutup yang boleh diperolehi dari dua bekas baby milk powder dispenser yang berasingan. Inilah asas kepada penghasilan inovasi ini. Inovasi yang dihasilkan adalah kreatif dilihat dari aspek kemampuan memenuhi keperluan semasa yang menepati kehendak atau menawarkan penyelesaian yang kreatif. Décor Your Day (DYD) ini mampu menggunakan ruang secara cekap, menempatkan pelbagai barangan bantu hias hanya di dalam sebuah bekas, mudah dialihkan, mudah digunakan dan tahan lama. Pengguna tidak perlu memperuntukkan masa dan ruang khusus untuk menggunakannya. Cuma pengguna perlu menukar komponennya sahaja sekiranya ingin menukar keperluan barangan bantu hias mengikut kehendak masing- masing. 502 b. Tahap pelaksanaan Untuk menghasilkan inovasi ini ia memerlukan masa sekurang- kurangnya dua minggu. Setelah selesai penghasilannya, ia ditempatkan di Unit Pengendalian Acara di Kolej Komuniti Pasir Salak. Penggunaannya masih dalam tempoh percubaan iaitu bermula pada September 2014 sehingga kini. c. Replicability Boleh dilaksanakan terus oleh sesiapa sahaja yang terlibat dengan kerjakerja menghias (kedai Andaman, butik jahitan pakaian dan kedai bunga) dan juga boleh dilaksanakan dengan pengubahsuaian mengikut keperluan (saiz yang dikehendaki) tanpa melibatkan kos yang tinggi. Ini kerana kos bahan mentah yang murah dan mudah diperolehi. d. Efisien i. Penjimatan Ruang Ruang yang digunakan lebih kecil menampakkan keadaan yang lebih kemas dan tersusun. Barang juga tidak mudah berselerak setelah digunakan. ii. Penjimatan Kos Kos bahan mentah yang murah dan mudah untuk diperolehi. Selain itu, penggunaan jarum peniti, pin, paku tekan, reben dan dawai boleh dikawal kerana jumlah yang digunakan bergantung kepada saiz bekas. iii. Mudah digunakan Ia mudah untuk digunakan oleh sesiapa sahaja. iv. Tahan lama Tahan lebih lama kerana bahan mentah yang digunakan adalah daripada plastik. Ia tidak mudah pecah dan ia juga mudah untuk dibersihkan. 503 e. Signifikan Inovasi yang terhasil adalah signifikan secara tinggi ke atas Kementerian/ Jabatan/ Agensi diukur dari aspek keberhasilannya serta memenuhi objektif yang ditetapkan. Kemudahan yang dihasilkan oleh Décor Your Day (DYD) dapat memudahkan pengguna menggunakan barangan bantu hias ketika menghias sesebuah majlis dan mengawal penggunaan barangan tersebut kerana sekiranya menggunakan inovasi ini, segala barangan yang dibekalkan adalah dalam kuantiti yang kecil di mana ia menggalakkan penjimatan di kalangan kakitangan dan juga pelajar kolej secara tidak langsung. Selain itu, inovasi ini juga boleh digunapakai bagi sesiapa sahaja yang kerap menghias di luar kawasan. Ini kerana barangan bantu hias tersebut boleh dimasukkan ke dalam sebuah bekas, ia kecil, mudah dibawa ke manamana sahaja. Apabila semua barangan bantu hias yang diperlukan berada di dalam sebuah bekas, kecenderungan untuk tertinggal barangan tersebut adalah tipis. Inovasi ini juga sesuai sekiranya digunapakai oleh bidang Andaman, hiasan dan acara di Malaysia. Ini kerana kalau dapat dilihat ketika kerja- kerja dekorasi sesebuah majlis sedang dilakukan, barangan bantu hias ini kelihatan bertaburan dan bersepah di lantai. Keadaan ini boleh menimbulkan situasi bahaya kepada pelawat, pelanggan atau pekerja dekorasi tersebut kerana dengan kecuaian dan ketidakprihatinan mereka yang sedang berjalan boleh membuatkan mereka jatuh atau tergelincir keran terpijak barangan bantu hias yang bertaburan di lantai. Dengan mengaplikasikan bahan inovasi ini, penggunaan ruang dekorasi lebih kemas, bersih dan tersusun. f. Komitmen Pengurusan Atasan Pengurusan atasan telah memberi sokongan dari segi penghargaan di mana inovasi tersebut boleh ditempatkan dan digunakan oleh semua pelajar Unit Pengendalian Acara dan semua kakitangan yang memerlukannya dan sehingga sekarang. Sekiranya ada tetamu yang melawat atau bertandang ke kolej atau pelanggan yang mengambil pakej untuk pelajar menghias majlisnya 504 ketika sesebuah acara sedang di dekorasikan, mereka akan dapat melihat kekemasan dan kebersihan kerja menghias yang dilakukan oleh pelajar dengan menggunakan inovasi ini. Inovasi yang dihasilkan juga tidak diperlekehkan kerana tujuannya satu iaitu untuk kesenangan dan kebaikan semua. 4. KESIMPULAN Tidak mudah sesuatu idea yang baik untuk diketengah dan diwar- warkan. Diharapkan penghasilan Décor Your Day (DYD) ini mampu membantu dan memberi sedikit sebanyak sumbangan kepada pelajar, unit dan jabatan ke arah penjimatan dan kekemasan serta kebersihan sesebuah ruang. 5. GAMBAR INOVASI I. Gambar sebelum inovasi II. Gambar selepas inovasi 505 KONSEP PENGURUSAN LESTARI: INOVASI “2+4+2” Roslan Noordin1 Ahmad Firdaus Mohammad Mohsin2 dan Nurul Syahirah Mohd Noor3 Kolej Komuniti Pasir Salak ABSTRAK “Konsep Pengurusan Lestari 2+4+2” merupakan satu inovasi konsep pengurusan yang menggariskan panduan mudah tentang tatacara hubungan sesama manusia serta panduan mendepani tugasan khususnya sebagai pemimpin dan pensyarah. Penulisan ini difokuskan dalam skop tugas dalam institusi pendidikan. Konsep ini telah dibina hasil pengalaman penulis pertama selama 33 tahun dalam dunia pendidikan dan pengurusan. Metodologi penulisan yang dilakukan adalah berdasarkan pengalaman penulis pertama, pembacaan ilmiah serta panduan Al-Quran dan sunnah. Inovasi ini diharapkan memberikan pencerahan yang mudah serta memberikan impak yang positif kepada pembaca. Penulisan ini meliputi penerangan konsep secara terperinci. Kata Kunci : Al-Quran dan Sunnah; Interaksi; Muamalat dan Pengurusan. 1.0 PENGENALAN Kolej Komuniti Pasir Salak sebagai sebuah organisasi yang berperanan khusus dalam aspek pendidikan dan latihan kemahiran kepada komuniti setempat khususnya dan semua amnya. Sebagai sebuah organisasi yang terdiri daripada 44 staf akademik dan 33 staf sokongan, medium komunikasi yang berkesan sangat diperlukan. Sebuah organisasi dapat bergerak dengan lebih baik apabila pihak atasan dan bawahan memainkan peranan yang baik dan tepat. Peranan ini dapat berjalan dengan lancer apabila berlaku komunikasi yang berkesan antara kedua-dua pihak (Tugimin, Saadan, & Husain, 2011). 506 Inovasi konsep 2+4+2 ini dibina berbekalkan pengalaman pendekatan yang telah dipraktikkan dalam pelbagai senario dan keadaan oleh penulis pertama yang membuktikan penggunaan konsep ini memberi kesan yang positif kepada kerjaya beliau. Penulis pertama telah berkhidmat selama 33 tahun sebagai penjawat awam, iaitu 14 tahun sebagai guru biasa diikuti 19 tahun penglibatan dalam pengurusan. Pengalaman ini menguatkan lagi aplikasi penggunaan konsep ini. Ini bermaksud, inovasi konsep 2+4+2 ini diekstrak daripada pemerhatian, penyelidikan dan pengalaman peribadi penulis pertama serta digabung jalinkan dengan dua sumber rujukan utama iaitu Al-Quran dan Al-Hadith. Konsep ini dibangunkan sebagai perkongsian pengalaman dan panduan kepada penjawat awam khususnya kepada pihak pengurusan tertinggi dan pengurusan pensyarah dalam menghadapi cabaran dalam kerjaya. Konsep ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu peringkat pertama pembinaan hubungan dengan manusia, peringkat kedua amalan dalam melaksanakan tugas dan ketiga adalah prinsip terbaik dalam interaksi dengan manusia. Konsep ini bertujuan memandu setiap insan untuk cuba menelusuri sunnah dalam menongkah kehidupan. Konsep 2+4+2 ini digarap dengan mudah untuk difahami, dihayati dan seterusnya diaplikasikan dalam rutin seharian sebagai penjawat awam. Di samping itu, konsep ini juga boleh diadaptasi secara personal dalam menelusuri kehidupan. 2.0 PEMBINAAN HUBUNGAN DENGAN MANUSIA Sebuah organisasi ditakrifkan sebagai kumpulan yang terdiri daripada dua orang atau lebih yang bekerjasama untuk mencapai tujuan yang sama (Barnard, 1938). Pembinaan hubungan yang baik antara ahli dalam organisasi jabatan sangat penting dalam mencapai matlamat yang disasarkan (Rasid et. al, 2008). Konsep pertama ini terdiri daripada dua perkara iaitu SENYUM dan SAPA. Senyum dan sapa merupakan titik penting dalam mengikat hati manusia. 507 Rajah 1: Konsep pengurusan lestari “2+4+2” A. SENYUM Senyum adalah lambang kemesraan. Senyum ibarat magnet yang mampu menarik hati-hati insan menjadi bahagia dan ceria. Sebuah pepatah Inggeris menyebut “Let your smile change the world”. Senyuman mampu menukar keadaan menjadi sebaliknya, sedih kepada tenang, marah kepada reda, gelisah kepada terhibur dan sebagainya. Seorang lagi sahabat Rasulullah SAW, Abdullah bin AlHarist menyatakan, “Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah SAW” (Riwayat At-Tarmizi). Rasulullah SAW direkodkan sebagai insan yang paling banyak tersenyum walau dalam apa jua keadaan. Rasulullah turut berpesan kepada umatnya untuk tidak meremehkan senyuman. Daripada Abu Zar r.a., Nabi Muhammad SAW bersabda: “Janganlah kamu menghina kebaikan sedikit pun, walau sekiranya engkau bertemu dengan saudara engkau dengan wajah yang ceria” (Riwayat Muslim). Dalam hadis lain disebutkan 508 bahawa senyum itu ibadah,"Tersenyum ketika bertemu saudaramu adalah ibadah." (HR At-Tarmizi, Ibnu Hibban, dan Baihaqi). Senyuman kemesraan secara berterusan oleh pihak pengurusan tertinggi kepada staf dan pensyarah kepada pelajar memupuk hubungan yang sihat dan segar. Pengamalan budaya senyum di jabatan atau institusi ini akan mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan menyeronokkan. Senyuman sangat penting kepada individu dalam membina hubungan dengan manusia kerana fitrah manusia yang sukakan kebahagiaan. Senyuman melangkaui bahasa, kaum, budaya mahupun Negara. Justeru, titik mula kepada pembinaan hubungan yang lestari ialah dengan memberikan senyuman secara konsisten setiap kali pertemuan dan keadaan. Ini seterusnya memastikan hubungan persaudaraan yang terbina dapat dipelihara di samping mewujudkan suasana kerja kekeluargaan yang damai dan kondusif. Kuasa senyuman juga boleh meningkatkan momentum energi, emosi serta lebih ceria melaksanakan tugas. B. SAPA – BERKASIH SAYANG Sapa menyapa mengeratkan hubungan. Umat Islam diperintahkan saling kenal mengenal dan saling berhubungan antara satu sama lain. Firman ALLAH s.w.t dalam Surah Al-Hujrat:13; “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsabangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling takwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Melalui sapa, pemimpin dalam jabatan bertindak mengambil berat terhadap staf di bawahnya, pensyarah mengambil maklum pelajarnya serta rakan sekerja memahami situasi rakan-rakannya. Sebagai pemimpin, mengenali setiap staf yang berada di bawahnya, mengetahui sedikit latar serta memahami personaliti staf membantu untuk membina hubungan yang baik seterusnya mampu menggerakkan staf dengan lebih efisyen. Selain itu, dalam gerak kerja mencapai matlamat organisasi, pemimpin perlu turun padang, memerhati, menyertai, mengambil berat dan menyokong gerak kerja yang dilakukan oleh staf bagi menyemai rasa kebersamaan daripada kepimpinan. Begitu juga pentingnya pensyarah untuk 509 mendalami latar pelajar, penyakit serta masalah yang dihadapi bagi meningkatkan semangat hidup di samping teras teknikal yang diajar. Ini bertepatan dengan sabda junjungan besar, daripada Ibn Umar r.a Nabi SAW bersabda: “Kamu semua adalah penjaga (pemimpin). Dan kamu semua bertanggungjawab terhadap penjagaannya (orang yang dipimpin)” (Riwayat alBukhari dan Muslim). Sapa menyapa membuahkan kasih sayang. Daripada Abdullah bin Amr r.a, Nabi SAW bersabda:”Orang-orang yang bersifat kasihan, dikasihi oleh yang Maha Mengasihani. Kasihanilah mereka yang di bumi nescaya yang di langit akan mengasihani kamu.” (Riwayat Abu Daud dan At-Tarmizi). Dalam sebuah kelas Program Servis Kenderaan Ringan yang pernah penulis pertama kendalikan, terdapat lima orang pelajar lelaki dalam kelas tersebut. Pelajar program ini terkenal dengan masalah kehadiran terutama lewat. Suatu hari hanya empat orang yang hadir. Apabila ditanya, rupanya seorang pelajar terlibat dengan kemalangan dan berada di rumah sewa. Lantas kelas ditangguhkan sebentar dan pelajar-pelajar lain dibawa pergi ke rumah pelajar yang kemalangan. Pelajar tersebut mengalami kecederaan ringan namun dalam keadaan yang sedang menahan kesakitan. Pelajar tersebut dibawa ke klinik untuk rawatan dan seterusnya sarapan pagi bersama-sama pensyarah. Pelajar tersebut berasa sangat terharu dan berulang kali mengucapkan terima kasih. Apa yang lebih menarik selepas itu adalah hubungan sesama pelajar lebih baik dan pelajar menunjukkan kehadiran dan komitmen yang sangat baik di dalam kelas. Sapa, mengambil tahu urusan saudara sesama insan. Pengalaman peribadi ini membuktikan insan mudah tersentuh dengan keprihatinan seseorang terhadapnya. Ini memberikan implikasi yang positif khususnya dalam hubungan pemimpin dan staf serta pensyarah dan pelajar. Bertepatan dengan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud; “Perumpamaan orang-orang mukmin dalam berkasih sayang dengan sesama mereka seperti satu tubuh. Jika salah satu anggota tubuh sakit, maka seluruh tubuh akan merasakan tidak baik (sakit) demam dan tidak bisa tidur” (Riwayat Bukhari-Muslim). 510 3.0 AMALAN DALAM MELAKSANAKAN TUGAS Konsep ini menggariskan empat amalan penting yang perlu diamalkan dalam pelaksanaan sesuatu tugas. Bermula dengan TAHU, diikuti dengan BOLEH seterusnya SAMA dan akhir SELESAI. A. TAHU “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”. (Surah Al-Qalam:1) Inilah syarat pertama dan syarat utama yang digariskan oleh Allah melalui wahyuNya yang pertama kepada Rasulullah SAW dalam Surah Al-Qalam:1. Manusia dikurniakan dengan limpahan ilmu yang membolehkan mereka mentadbir dan mengurus dunia. Sebagai penjawat awam yang telah dilantik, seseorang individu itu lazimnya ditugaskan memegang jawatan untuk menggerakkan sesebuah institusi, jabatan, unit, jawatankuasa dan sebagainya. Seringkali individu akan menggunakan pemerhatian atau pengalamannya yang lalu, merujuk kepada staf yang lebih senior atau yang pernah menjawat jawatan tersebut untuk dijadikan panduan bagi melaksanakan tugas tersebut. Seandainya individu yang dirujuk itu tidak mengikuti garis panduan dokumen sebenar, maka kesilapan yang berlaku itu akan terus diwarisi bergenerasi pada institusi tersebut. Pernahkah kita membaca dan memahami kandungan Perintah Am? Tahukah kita pekeliling yang berkaitan dengan perjawatan? Apakah sebenarnya fail meja jawatan ini? Di mana dokumen yang boleh dirujuk? Bagaimanakah prosedur menjalankan perkara ini? Siapakah pihak atasan yang bertanggungjawab? Bilakah masa yang sesuai menjalankan tugas ini? Dan lain-lain. Persoalan-persoalan yang timbul pada permulaan tugas perlu ini memerlukan pengurusan yang cekap dan beretika [4]. Fenomena memahami tugas atau jawatan mengikut tafsiran sendiri tanpa mengikut fakta sebenar adalah budaya yang tidak sihat. Setiap penjawat awam berpeluang menjadi pemimpin apabila sampai masanya. Justeru pendedahan kepada dokumen dan garis panduan yang betul 511 perlu diamalkan. Ini bertujuan mengelakkan tindakan yang mungkin bercanggah dengan prosedur yang ditetapkan. Amalan untuk mengambil tahu ini menjadikan penjawat awam memahami secara jelas individu atau aspek dalam kawalannya secara pasti. Ini bertepatan dengan fiman Allah di dalam surah An-Nahl:43; “Dan tidaklah Kami mengutus Rasul-Rasul sebelummu (wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang Kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu (wahai golongan musyrik) kepada orang-orang yang berpengetahuan Agama jika kamu tidak mengetahui”. Ini menunjukkan peri pentingnya untuk kita mencari ilmu atau lebih tepatnya bertanya pada mereka yang lebih tahu untuk mengetahui sesuatu perkara. Untuk menjelmakan segala kebaikan yang ada di sebalik pintu yang tebal dan kukuh hendaklah dibukakan terlebih dahulu kelopak pintu tersebut. Tidak semestinya dirobohkan ataupun dikopak hingga terkoyak pintu. Sebaliknya, untuk membuka pintu yang teguh memerlukan kunci yang betul. Kunci tersebut tidak semestinya kunci yang besar, malah sekiranya betul kunci yang kecil pun boleh membukanya. Sebagai contoh penjawat awam perlu mengetahui bahawa memakai tanda nama merupakan satu kewajipan kepada mereka melalui Surat Pekeliling Am Bil.8 Tahun 1983. Pekeliling ini telah memberi panduan yang lengkap tentang tujuan, saiz dan keseragaman rekabentuk tanda nama untuk diamalkan. Apabila maklumat yang diperolehi sahih, jitu dan kukuh fasa perlaksanaan akan menjadi mudah dan individu boleh melakukannya. B. BOLEH Pengetahuan yang jelas tentang gerak bahagian atau jabatan yang berkaitan dengan tugas, menjana kepada boleh melaksanakan kerja tersebut (Noraini, 2003). Apabila pengetahuan ini bersumberkan pekeliling yang tepat barulah sesuatu kerja boleh dilakukan dengan betul, sempurna dan lengkap. Secara umum, terdapat banyak insiden yang tidak sepatutnya berlaku dalam organisasi telah dilakukan diperingkat institusi. Terdapat institusi yang mewujudkan jawatan Penolong Ketua Jabatan, penolong Pegawai Peperiksaan, penolong Pegawai Hal Ehwal Pelajar sedangkan hakikatnya jawatan hakiki tersebut tidak boleh mempunyai penolong. Contoh lain adalah lantikan jawatan oleh individu lain 512 telah dikeluarkan sedangkan pada masa yang sama jawatan tersebut masih dipegang oleh orang lain yang masih bertugas. Insiden seperti ini memberi kesan yang besar kepada kerjaya, emosi dan mental individu yang terlibat. Pelantikan peringkat dalaman atas dasar suka-suka tanpa merujuk peraturan yang sepatutnya ini tidak seharusnya dibuat. Ini kerana jawatan yang dilantik itu tidak mempunyai portfolio khusus mahupun Fail Meja untuk dirujuk. Justeru, setiap individu disarankan untuk bertindak bijak dengan mengetahui secara jelas daripada punca sebelum boleh melakukan sesuatu. C. SAMA Manusia haknya adalah sama kedudukannya sebagai hamba dan khalifah Allah. Sama-sama memegang amanah Allah sesuai dengan bidang tugas dan pekerjaan masing-masing. Baik pengurusan tertinggi mahupun staf, baik pensyarah mahupun pelajar, masing-masing mempunyai hak sebagai insan. Kesedaran ini sangat penting dalam memupuk empati dalam diri. Sekiranya pemimpin merasakan diri hebat, perlu dihormati dan dituruti tanpa berkompromi dengan realiti kebajikan dan kemampuan staf, situasi ini lama kelamaan akan menyebabkan hubungannya dengan staf menjadi tidak sihat. Begitu juga pensyarah sekiranya sombong dengan statusnya tanpa mengambil kira tahap penerimaan dan kemampuan pelajar akan menjadikan suasana pembelajaran yang dingin dan tidak efektif. Memilik sifat sombong dan bongkak tanpa sebab seolah tidak menyedari hakikat diri sebagai manusia. Allah SWT berfirman, dalam surah Al-Hujarat : 13; “Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dn seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” Sabda Rasulullah SAW “Sesungguhnya Tuhanmu hanyalah satu. Ingatlah! Tidak ada kelebihan bagi orang Arab atas orang lain Arab; tidak pula ada kelebihan bagi orang selain Arab atas orang Arab; tidak juga ada kelebihan orang yang berkulit merah atas orang kulit hitam; dan tidak pula orang kulit hitam atas orang kulit merah, 513 melainkan lantaran takwa. Sebab sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu ialah yang paling bertakwa kepada Allah." (Riwayat Baihaqi). Manusia lemah kepada dua perkara iaitu mudah lupa dan sering melakukan kesilapan. Justeru, dalam menjalani pekerjaan sebagai penjawat awam, kita akan berhadapan dengan pelbagai kesilapan dan lupa. Harus diingat sebagai manusia kita juga akan cenderung berbuat salah dan silap. Justeru, teguran kepada sebarang kesilapan perlu didasari dengan rasa sama sebagai insan. Kesilapan dan kelemahan harus diterima dan ditangani secara kompromi serta menyedari hakikat manusia yang sama. Memiliki perasaan kehambaan ini akan menyubur persaudaraan serta menjauhkan diri dari perpecahan. Ini merupakan realisasi pengakuan bahawa pada hakikatnya kedudukan manusia adalah sama di hadapan Allah. D. SELESAI Setiap manusia terdedah kepada salah dan silap, kita juga sering cuai dalam melaksanakan kewajipan. Demikianlah yang telah ditentukan oleh Allah SWT kepada kita. Kenyataan semua insan tidak sunyi dari melakukan kesalahan digambarkan dalam hadith Rasulullah SAW, “Setiap anak Adam itu adalah melakukan kesalahan, dan seelok-elok yang melakukan kesalahan itu adalah orangorang yang mahu bertaubat”. Perkataan “Kullu” (setiap) di dalam hadith di atas ialah dalam bentuk keseluruhan atau setiap seorang (anak Adam) . Ini menunjukkan tiada sesiapa yang terkecuali daripada melakukan salah dan lupa. Justeru, dalam kehidupan sering berlaku pergaduhan, tidak sama pendapat dan konflik. Konflik jarang dilihat sebagai membina, bagaimanapun dalam konteks tertentu contohnya persaingan secara sihat dalam sukan boleh dilihat sebagai menguntungkan kedua pihak dan saling membantu. Sebagai penjawat awam adalah lebih beretika sekiranya kita dapat menyelesaikan setiap konflik dengan bersikap diplomasi dan bersedia memaafkan pihak yang berlawanan agar konflik tidak berlarutan kerana ini akan memburukkan keadaan dan menyukarkan semua pihak yang berkaitan mahupun yang tidak berkenaan. Ini kerana lazimnya tempias konflik sangat besar. Sebagai contoh satu insiden yang di sebuah institusi, berlaku konflik antara pensyarah dan ketua jabatan. Perkara ini telah diluahkan kepada pengarah namun tiada tindakan yang diambil. Perkara yang tidak selesai ini kian membarah. Akhirnya 514 pensyarah menghantar surat kepada ibu pejabat. Di tahap ini hubungan pensyarah itu dengan pengarah dan ketua jabatan sudah berakhir. Dengan demikian, yang perlu diperhatikan adalah hikmah dibalik terjadinya sesebuah konflik. Dalam Islam, konflik bukanlah sebagai tujuan tetapi sebagai saranan untuk menyatukan antara berbagai hal yang saling bertentangan untuk membebaskan kehidupan manusia dari kepentingan individual dan dari ketidaktahuan, sehingga secara seimbang mereka dapat dibawa menuju ke jalan yang terang. Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah Ta’ala telah memaafkan untukku daripada umatku akan perkara yang dilakukan dengan tersilap, perkara yang dilakukan dengan terlupa dan perkara yang mereka dipaksa melakukannya” (Riwayat Ibnu Majah dan Baihaqi dan lainnya). Apa yang penting di sini ialah sikap manusia itu sendiri dalam berdepan dengan kesilapan, kesalahan, keterlanjuran atau lupa. Sikap berlapang dada dan bertindak secara professional amat dituntut bagi menyelesaikan masalah tanpa menimbulkan konflik yang lain pula. Dalam hal ini ingatan bahawa setiap manusia adalah sama penting supaya individu menyedari yang dia juga tidak terlepas melakukan kesilapan. Perdamaian juga amat indah jika dapat dicapai oleh semua pihak secara rata dan saksama. Seelok-eloknya perselisihan dan konflik haruslah diselesaikan segera dan berpandukan Al Qur’an dan Hadis. Di dalam Al Qur’an, surah Al-Anfal, ayat 61, Allah SWT berfirman; “Kalau mereka cenderung kepada perdamaian, maka sambutlah kecenderungan itu, dan berserah dirilah kepada Allah" . Rasulullah SAW bersabda “Barangsiapa berjalan untuk megusahakan keperluan saudaranya, dan usaha itu berhasil sampai kepadanya, itu lebih baik daripada beriktikaf sepuluh tahun. Dan barangsiapa beriktikaf satu hari untuk mencari keredhaan Allah, maka Allah menjauhkan antara dia dengan neraka sejauh tiga parit khandaq (Khandaq ialah parit yang ada di sekitar kota) yang lebih jauh dari antara hujung bumi sebelah barat dan timur” (Riwayat Al-Baihaqi). 515 4.0 AMALAN TERBAIK INTERAKSI MANUSIA A. PERMUDAHKAN & TIDAK MENYUKARKAN Sepotong doa yang sering kita panjatkan, “Ya Allah, permudahkanlah jangan dipersulitankan dan kau akhirkanlah dengan kebaikan". Sering diharapkan semoga Allah memudahkan segala urusan kita serta dapat mencapai harapan yang diimpikan. Menyedari hakikat ini, sebagai hamba yang dhaif, kita juga harus berperanan untuk memudahkan dan tidak menyukarkan orang lain, khususnya orang yang mempunyai urusan secara langsung dengan kita. Sabda Rasulullah SAW: "Berikan kemudahan (kepada orang) dan jangan menyusahkan mereka, berikanlah khabar gembira dan janganlah kamu menjadi mereka menjauhkan diri (daripada Islam)" (Hadith Riwayat Bukhari). Orang yang berinteraksi dengan cara mempermudahkan dan toleransi, ALLAH juga yang akan membalasnya dengan cara demikian di dunia dan akhirat. Dalam institusi atau jabatan lazimnya kesukaran yang berlaku akibat daripada system birokrasi yang ketat dan mengikut tafsiran sendiri. Suka untuk dikongsikan pengalaman peribadi penulis pertama semasa menuntu di sebuah maktab. Penulis telah ditawarkan Kursus Binaan Bangunan, namun setelah satu minggu perkuliahan penulis merasa tertarik kepada Kursus Seni Perusahaan. Walaubagaimanapun setelah dua hari dalam kursus tersebut, penulis rasa ketinggalan dan ingin menukar semula kepada Kursus Binaan Bangunan. Pendaftar maktab telah memarahi penulis dan membawa kes itu kepada makluman pengetua maktab. Pengetua maktab dengan penuh rasional bertanya kepada pendaftar sama ada nama pelajar ini telah ditukarkan ke kursus Seni Perusahaan. Pendaftar menjawab bahawa nama pelajar belum ditukarkan dan masih pada Kursus Binaan Bangunan. Justeru, pengetua membenarkan permintaan pelajar tersebut. Urusan ini telah dimudahkan oleh pengetua yang berbangsa China itu dengan cara yang penuh berhemah. Islam menggariskan syarat menjaga maruah individu lain terbahagi kepada tiga iaitu (i) memberi bantuan, (ii) bersikap mudah kepada orang lain dan (iii) berbuat baik iaitu dengan memaafkan kesalahan serta bertoleransi pada perkara yang dibolehkan [5]. Daripada Jarir bin Abdullah r.a., Nabi SAW bersabda: “Sesiapa yang 516 tidak mengasihani manusia, nescaya Allah ‘Azzawajalla tidak mengasihaninya” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Selain itu, sebuah hadith lagi menyatakan daripada Abu Barzah r.a., ia berkata kepada Nabi SAW: “Wahai Nabi utusan Allah! Ajarkanlah daku sesuatu yang memanfaatkan aku.” Baginda bersabda: “Jauhkanlah perkara yang tidak disukai daripada jalan Muslimin”. 5.1 OBJEKTIF INOVASI:e. Membina hubungan yang baik antara pihak pengurusan dan staf. f. Membina iklim organisasi yang sihat dan harmoni. g. Membantu memastikan penjawat awam h. Meningkatkan produktiviti kerja melalui hubungan komunikasi yang telus dan berkesan. 5.2 TEMPOH PELAKSANAAN Telah dilaksanakan secara penuh di peringkat jabatan bermula April 2014 dengan fokus pada penguatkuasaan memakai tanda nama mengikut pekeliling ….. Pendekatan Konsep “2+4+2” telah digunakan dalam menggerakkan staf mematuhi arahan rasmi ini. 5.3 SEBELUM INOVASI Hanya 20 peratus staf yang mematuhi arahan memakai tandanama mengikut spesifikasi yang ditetapkan oleh kerajaan. Selepas pelaksanaan inovasi 80% staf memakai tanda nama secara konsisten dan mengikut spesifikasi yang ditetapkan. 6. IMPAK INOVASI Faedah- faedah pelaksanaan inovasi ialah: g. Kreativiti Merupakan penambahbaikan daripada pengurusan atasan sedia ada yang tidak didokumenkan. h. Measurable Telah dilaksanakan secara sepenuhnya diperingkat institusi. i. Replicability Konsep yang praktikal dan mudah. Boleh diadaptasi oleh kolej komuniti lain seterusnya jabatan-jabatan kerajaan yang lain. 517 j. Efisien v. Mudah digunakan Ia mudah untuk diaplikasi dan sesuai untuk semua penjawat awam mahupun individu. k. Signifikan Ia mampu memberi impak yang besar kepada Kementerian/ Jabatan/ Agensi khususnya dalam aspek hubungan dan iklim organisasi yang sihat. l. Komitmen Pengurusan Atasan Pengurusan atasan telah memberi sokongan dan penghargaan. 7.0 KESIMPULAN Inovasi konsep pengurusan 2+4+2 ini adalah satu konsep yang diatur berdasarkan pengalaman peribadi penulis pertama dan berpandukan kepada AlQuran dan As-Sunnah. Rasulullah SAW, insan sempurna daripada pelbagai aspek iaitu kepimpinan, dorongan dan sifat baginda yang penyayang telah berjaya merangsang umat Islam untuk mencapai matlamat yang dirancang. Sedikit cubitan amalan baginda yang disusun dalam inovasi ini diharapkan dapat membantu pihak pengurusan tertinggi, pensyarah mahupun individu untuk menyelusuri kehidupan ini. Inovasi konsep pengurusan 2+4+2 ini tidak boleh diambil dan dipraktik secara terpisah-pisah tetapi perlu diambil dan diamalkan secara keseluruhannya. 8.0 RUJUKAN Al-Quran Al-Karim dan Terjemahannya Department Agama RI (2002). Mahmud Al-Misri (2004). Ensiklopedia Akhlak Muhammad SAW Pena Ilmu Dan Amal. http://halaqah.net/v10/index.php?topic=659.0 dicapai pada 4 Mac 2014 Noraini Ahmad (2003). Budaya Kerja Cemerlang. Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Muhammad Al-Ghazali (2002). Drs H Moh Rifa’i. Akhlak seorang Muslim. Percetakan Putrajaya Sdn Bhd. Crescent News (KL) Sdn Bhd. 518 Zulkifli Mohamad Al-Bakri (2012). Kuasa Iqra’. PTS Islamika Sdn Bhd. Batu Caves, Selangor. http://cara-muhammad.com/karakter/kepemimpinan-rasulullah-SAW/ dicapai pada 4 Mac 2014. Zahazan Mohamed dan Ahmad Hasan Mohd. Nazam (2007). 300 Hadis Bimbingan: Ke arah mencari reda Allah. Telaga Biru Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. http://oren89.blogspot.com/2012_10_01_archive.html http://soaljawab.wordpress.com/page/27/ http://farizsasongko.blogspot.com/2013/10/organisasi-pengertian-organisasi.html dicapai pada 6 Mac 2014 Barnard, Chester I. (1938). The Functions of the Executive. Cambridge, MA: Harvard University Press.OCLC http://www.lamanIslam.blogspot.com/p/jauhkan-aku-daripada-50-tanda-tanda.html http://naziman.com/manusia-dan-nasihat-berpisah-tiada/ dicapai pada 7 Mac 2014 http://al-quran.bahagia.us/_q.php?_q=sihab&dft&dfa&dfi&dfq=1&u2&ui=1&nba=21#1 dicapai pada 10 Mac 2014 Azman Che Omar (2002), Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka Jalaluddin as-Suyuthi (t.t), Koleksi Hadis-Hadis Nabi, jil. 1-4 (Al-Jami’ush Shaghir). Johor Darul Ta’zim: Perniagaan Jahabersa. (ISBN:983-077-288-8) Mustafa Hj Daud (1995), Pengurusan Islam. Kuala Lumpur: Utusan & Publications Sdn. Bhd. Rasid Muhamad et all, (2008), Pengurusan Islam Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: Attin Press Sdn. Bhd. http://jombelajarlagii.blogspot.com/2011/06/senyum-itu-sedekah.html Kitab ilmu, Bab Ma Kana al Nabi (SAW) Yatakhawwalukum bi al-Mawizah wa al'ilm Kay La Yunaffiru. Jil 1 http://dakwah.info/quran-hadis/hadis-39-perilaku-yang-diampuni/ dicapai pada http://syafiqb.com/2012/03/27/100-tokoh-michael-hart/ 519 520 SEJAUHMANA KEPELBAGAIAN GAYA PEMBELAJARAN DAN KEMAHIRAN BELAJAR DI KALANGAN PELAJAR KOLEJ KOMUNITI RTC GOPENG : SATU TINJAUAN Mohd Norhairy Bin Mohd Yusoff [email protected] Kolej Komuniti RTC Gopeng ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk meninjau kepelbagaian gaya pembelajaran dan kemahiran belajar pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng. Kajian ini melibatkan seramai 47 orang responden yang terdiri daripada 24 orang lelaki dan 23 orang perempuan pelajar Sijil Aplikasi Perisian Komputer. Kajian ini berbentuk deskriptif dan menggunakan instrumen soal selidik dengan skala empat mata bagi mengukur lima kategori gaya pembelajaran dan enam aspek kemahiran belajar. Lima kategori gaya pembelajaran oleh Dunn dan Dunn adalah kategori Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal dan kemahiran belajar. Enam aspek kemahiran belajar adalah Kemahiran Membaca, Kemahiran Menguruskan Masa, Kemahiran Menulis Nota, Kemahiran Mendengar, Kemahiran Membuat Rujukan dan Kemahiran Menghadapi Peperiksaan. Nilai pekali Alpha Cronbach untuk kajian ini adalah 0.92. Dapatan kajian mendapati kategori Emosional (min 3.07, SP=0.79) adalah gaya pembelajaran yang paling dominan diamalkan oleh responden kajian. Kategori yang kedua adalah kategori Sosiologikal (min 2.93, SP=0.96), diikuti ketiga ialah kategori Fizikal (min 2.85, SP=0.84), keempat ialah kategori Psikologikal (min 2.75, SP=0.87) dan kelima oleh kategori Persekitaran (min 2.64, SP=0.83). Keseluruhannya tahap kemahiran belajar pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng berada pada tahap sederhana. Skor min bagi Kemahiran Mendengar minnya 3.07 (SP=0.85) berada pada tahap tinggi manakala selebihnya Kemahiran Mengambil dan Menulis Nota min 2.95 (SP=0.79), Kemahiran Menghadapi Peperiksaan min 2.89 (SP=0.91), Kemahiran Membuat Rujukan ialah 2.89 (SP=0.88), Kemahiran Menguruskan Masa min 2.87 (SP=0.92), dan Kemahiran Membaca minnya 2.82 (SP=0.88) berada pada tahap sederhana. Dapatan kajian menunjukkan kepelbagaian gaya pembelajaran dan tahap kemahiran belajar memberi kesan yang berbeza terhadap tabiat dan kesungguhan pembelajaran akademik pelajar. Di samping itu, dikemukakan juga cadangan kajian untuk meningkatkan lagi keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Kata Kunci : Gaya Pembelajaran; Kemahiran Belajar 521 1.0 Pengenalan Pelajar mempunyai tahap motivasi yang berbeza, berbeza sikap terhadap pengajaran dan pembelajaran, memberi respon yang berbeza kepada persekitaran bilik darjah dan amalan pengajaran. Pelajar belajar dalam berbagai cara – dengan melihat dan mendengar, merefleksi dan melakukan, berfikir secara logik dan intuitif, dan menghafal, mengingat dan menggambarkan. Pembelajaran tidak hanya berkaitan dengan penambahan pengetahuan dan mengingat semula maklumat yang dipelajari tetapi merupakan aktiviti menguasai konsep dan memahami maklumat pengetahuan dan seterusnya dapat mengaplikasinya ke dalam kehidupan (Hargreaves, 1996). Pembelajaran melibatkan usaha menguasai kemahiran dan pengetahuan di samping membentuk sikap. Kajian dalam bidang psikologi dan pendidikan menunjukkan individu mempunyai kemahiran yang berbeza menyimpan memproses dan maklumat. mengeluarkan Kaedah semula tersendiri maklumat individu dikenali mencari, sebagai gaya pembelajaran (Felder dan Henriques, 1995). Oleh itu untuk berjaya, individu pelajar perlu memiliki sifat belajar dan menguasai kaedah belajar untuk mendapatkan pengetahuan dan kemahiran. Walaubagaimanapun, kemungkinan wujudnya pelajar yang berhadapan dengan konflik belajar apabila tidak memiliki gaya pembelajaran yang sesuai. Masalah berlaku apabila gaya pembelajaran pelajar tidak dapat disesuaikan dengan aktiviti dan gaya pengajaran pensyarah. Akibatnya pelajar menjadi bosan dan tidak menumpukan perhatian; menyebabkan mereka gagal mendapat markah tinggi dalam peperiksaan, kurang berminat pada subjek tertentu dan seterusnya berputus asa. (Baharin Abu, 2000; Felder & Silverman, 1988; Godleski, 1984; Oxford et al., 1991; Smith & Renzulli, 1984). Kajian oleh Bass dan Greary (1996) merumuskan bahawa salah satu cara penentuan kecekapan atau prestasi seseorang individu mempelajari dan menguasai ilmu adalah dengan menyedari gaya pembelajarannya. Penggunaan kaedah atau gaya pembelajaran dapat membantu seseorang mengetahui dan memahami pengetahuan dan kemahiran dalam proses pembelajaran. Gaya pembelajaran yang dimiliki juga dapat membantu seseorang untuk mengenalpasti situasi pembelajaran dan mempertingkatkan prestasi pembelajaran (Dunn dan Stevenson, 1997). Pelajar yang tahu menggunakan gaya pembelajaran yang sesuai dengan dirinya akan lebih 522 mudah membantu mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang. Klavas (1994) dalam kajiannya mendapati setelah pelajar diperkenalkan dengan gaya pembelajaran dan menggunakannya telah mendapat keputusan lebih cemerlang. Kajian berpanjangan (longitudinal) oleh Dunn dan Dunn (1978) menghasilkan satu model gaya pembelajaran dan mengenalpasti 5 kategori gaya pembelajaran yang diamalkan oleh individu. Di samping penyesuaian gaya pembelajaran dengan sifat individu, penguasaan kemahiran belajar juga penting untuk mencapai keputusan cemerlang. Menurut Selmen (1987), kemahiran belajar adalah kemahiran yang membolehkan seseorang pelajar mencari, menilai, memilih, menyusun, menyimpan dan menyampaikan ilmu pengetahuan. Kemahiran belajar merupakan keupayaan atau kecekapan yang dikuasai oleh seseorang pelajar untuk mengumpul, memproses dan menyimpan maklumat serta menuju ke arah pembelajaran seumur hidup. Sehubungan dengan ini, proses pengajaran dan pembelajaran di kolej komuniti adalah untuk melengkapkan diri individu dengan kemahiran dan ilmu pengetahuan dan seterusnya dapat membantu individu untuk menghadapi dunia pekerjaan dan berjaya dalam kehidupan. Dalam usaha untuk mendapat kejayaan akademik, kajian lalu telah menegaskan bahawa seseorang pelajar perlu menitikberatkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang diamalkan supaya dapat mengurangkan masalah belajar pelajar. Oleh itu, kajian mengenai gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar pelajar di kolej komuniti perlu dibuat supaya proses dan prestasi belajar pelajar dapat dipertingkatkan. Di samping itu, kesedaran mengenai pentingnya interaksi antara tiga elemen ini di kalangan pelajar juga boleh membantu pihak pentadbir dan pensyarah menyediakan persekitaran dan kaedah mengajar yang lebih sesuai dengan kecenderungan belajar pelajar (Baharin Abu, 2000). 2.0 Latar Belakang Masalah Kajian Perbezaan atau variasi seseorang individu dengan norma kumpulan, sama ada dalam sifat kognitif, emosi, fizikal, moral, tingkahlaku, sosial atau bakat sememangnya wujud dalam sesebuah kumpulan (Santhi Suppiah, 1998; Dunn dan Dunn, 1978). Perbezaan dalam diri individu boleh dikesan berkait dengan aspek perkembangan fizikal, mental, emosi dan sosial. Akibatnya setiap individu pelajar 523 mempunyai kepelbagaian dan kecenderungan gaya belajar yang berbeza, strategi belajar yang berbeza dan kadar pembelajaran yang berlainan. Ada di antara individu ini mempunyai gaya pembelajaran yang dominan, dan ada pula yang menggunakan gaya belajar yang berbeza disesuaikan mengikut persekitaran. Kepelbagaian ini perlu dikenalpasti oleh para pengajar ketika menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran supaya pengajar dapat membuat persediaan yang rapi dengan mengambil kira perbezaan latarbelakang dan pengetahuan sediada (‘prior knowledge’) pelajar sebelum memulakan sesi pengajaran. Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa kajian yang dijalankan oleh beliau sejak seabad yang lalu mendapati bahawa strategi belajar bagi seseorang sangat berbeza di antara satu sama lain. Dunn dan Dunn (1978) mendapati gaya pembelajaran gaya pembelajaran boleh dikategorikan kepada 5 kategori iaitu (1) Persekitaran, (2) Emosional, (3) Sosiologikal, (4) Fizikal dan (5) Psikologikal. Beliau mendapati bahawa kaedah, sumber dan program yang disesuaikan dengan strategi pembelajaran seseorang pelajar dapat mempertingkatkan pencapaian akademik seseorang pelajar dan membawa individu mencapai ke tahap yang lebih cemerlang. Strategi pembelajaran yang bersesuaian dengan jurusan atau kehendak kursus yang diambil juga akan memberi kesan positif kepada pencapaian akademik. 3.0 Penyataan Masalah Mempelajari kemahiran belajar yang sesuai merupakan masalah yang sering dihadapi oleh pelajar yang ingin mencapai kejayaan yang cemerlang. Pelajar selalu menghadapi masalah untuk mencatat nota, merancang kerja, mengagihkan masa untuk belajar dan selalu tidak sempat habis membaca nota semasa peperiksaan. Antara punca berlakunya kemerosotan pencapaian akademik para mahasiswa ialah mereka gagal menyesuaikan diri dengan cara pengajaran dan pembelajaran di universiti, di samping tidak mempunyai gaya pembelajaran yang betul (Baharin Abu, 2000, 2003; Abdul Ghani Awang, 1996). Akibatnya, ramai pelajar yang kurang berjaya gagal mencapai keputusan cemerlang mengakui diri mereka kekurangan pengetahuan dalam kemahiran belajar. Mereka tidak dapat mencari kemahiran belajar yang paling sesuai dengan sikap sendiri. Ini jelas menunjukkan betapa perlunya seseorang pelajar mengetahui gaya pembelajaran dan menguasai kemahiran belajar yang paling sesuai dengan diri sendiri terutamanya ketika 524 menghadapi peperiksaan. Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh setiap individu adalah berbeza di antara satu sama lain. Menurut Dunn dan Dunn (1978), elemenelemen yang mempengaruhi gaya pembelajaran pelajar adalah seperti Persekitaran, Emosional, Sosiologi, Fizikal dan Psikologi. Justeru tinjauan ini dibuat untuk mengkaji gaya pembelajaran, kemahiran belajar dan masalah belajar di kalangan pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng supaya langkah yang betul dapat diambil untuk memperbaiki situasi yang berlaku, di samping untuk mempertingkatkan kualiti pendidikan dan prestasi akademik pelajar. 4.0 Objektif Kajian Di antara objektif atau kajian ini dilaksanakan adalah : 1. Mengenal pasti gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng dari segi kategori Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal, dan Psikologikal mengikut Model Dunn dan Dunn. 2. Menentukan tahap kemahiran belajar pelajar di kalangan pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng. 5.0 Kepentingan Kajian Hasil kajian ini, diharap dapat memberi manfaat kepada peningkatan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, terutamanya kepada pelajar dan pensyarah Kolej Komuniti RTC Gopeng. Khususnya hasil kajian ini dijangkakan dapat menyumbang kepada: 1. mendorong pelajar untuk meningkatkan prestasi belajar melalui amalan belajar yang betul dan mengetahui masalah gangguan belajar yang mereka boleh hadapi supaya langkah yang perlu boleh diambil untuk mengatasinya. 2. memberi panduan kepada pensyarah untuk memantapkan lagi pengajaran mereka supaya lebih bersesuaian dengan tahap pembelajaran pelajar. Pensyarah dapat memahami kehendak belajar pelajar mereka dan menggunakan maklumat kajian ini dalam merancang bahan bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian dengan gaya dan amalan belajar pelajar. 525 3. membantu pihak pengurusan Kolej Komuniti RTC Gopeng mengesan masalah akademik pelajar dan memperbaiki persekitaran dan mutu pengajaran dan pembelajaran 6.0 Batasan Kajian Batasan kajian adalah responden dan kaedah kajian. Pertama, kajian ini hanya melibatkan responden pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng sahaja. Oleh itu, generalisasi tidak boleh dibuat kepada semua pelajar Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kedua, metodologi kajian ini mempunyai kekurangan berbanding gabungan penggunaan kaedah dan instrumen yang lain. Kajian ini menggunakan rekabentuk tinjauan dan hanya menggunakan soalselidik berpandukan kepada model lima kategori gaya pembelajaran Dunn dan Dunn iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Di samping itu, aspek kemahiran belajar yang dikaji tertumpu kepada kemahiran mengurus masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan. 7.0 Penerangan Terminologi Kajian ini menggunakan definisi istilah berdasarkan kepada konsep atau model berikut. i. Gaya Pembelajaran Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn digunakan dalam kajian ini. Menurut Dunn dan Dunn (1978), gaya pembelajaran didefinisikan sebagai cara seseorang mula menumpu perhatian, memproses dan mengingat sesuatu maklumat yang baru dan susah. Model 5 Kategori Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn ialah Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. ii. Kemahiran belajar Enam aspek kemahiran belajar yang dikaji iaitu kemahiran mengurus masa, kemahiran membaca, kemahiran mencatat nota, kemahiran membuat rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan yang dijangka 526 mempengaruhi prestasi akademik dan belajar seseorang (Yahya Othman, 2003; Mohd Nashuha Jamidin et al., 1995). Kemahiran mengurus masa adalah cara menggunakan masa dengan betul. Kemahiran membaca adalah proses berfikir yang melibatkan pemikiran berkaitan dengan perkara tersurat, tersirat dan mengaplikasikan maklumat baru ke dalam situasi baru. Kemahiran menulis nota adalah merekod isi-isi penting atau maklumat yang diperoleh melalui kuliah, daripada buku ataupun daripada sumber lain. Kemahiran membuat rujukan adalah membaca atau mencari bahan rujukan tambahan untuk mendapatkan maklumat dan kemahiran mendengar adalah aktiviti mendengar dan menyimpan maklumat yang diterima dengan maklumat yang sedia ada dalam ingatan. Kemahiran menghadapi peperiksaan adalah mengetahui cara menghadapi dan bersedia untuk peperiksaan. KAJIAN LITERATUR 1.0 Pengenalan Bahagian ini memberikan huraian literatur mengenai tinjauan ini. Huraian dibuat merujuk kepada dua perkara iaitu gaya pembelajaran, dan kemahiran belajar. Perbincangan bahagian ini merujuk kepada kajian lepas yang mengenai gaya pembelajaran, dan kemahiran belajar. 2.0 Literatur dan Kajian Berkaitan 2.1. Gaya Pembelajaran Tinjauan ini menggunakan model Dunn dan Dunn untuk mengukur gaya pembelajaran responden kajian. Model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn (1978) menyatakan bahawa gaya pembelajaran merupakan kaedah seseorang menumpu, memproses, menyerap dan mengingat maklumat atau kemahiran yang baru dan sukar. Model Gaya Pembelajaran Dunn dan Dunn adalah berdasarkan prinsipprinsip berikut: a) kebanyakan individu mampu dan boleh belajar, b) setiap individu mempunyai gaya pembelajaran tertentu, c) gaya pembelajaran individu akan bertindak balas dengan iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran, dan d) iklim, sumber dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang dapat disesuaikan dengan gaya pembelajaran seseorang itu akan dapat mengoptimumkan 527 proses pembelajaran. Dun dan Dunn menyatakan individu pelajar dapat mempertingkatkan prestasi mereka sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran dapat disesuaikan dengan mengikut gaya pembelajaran mereka. Dunn dan Dunn (1978) mengkategorikan gaya pembelajaran kepada 5 bahagian iaitu Persekitaran, Emosional, Sosiologikal, Fizikal dan Psikologikal. Model Dunn dan Dunn telah digunakan untuk mengkaji pelbagai jenis pelajar dari peringkat tadika sehingga ke peringkat institusi pengajian tinggi. Lima kategori ini mempengaruhi keupayaan seseorang individu terhadap persekitaran pembelajarannya. 2.2. Kemahiran Belajar Kajian ini menumpukan kepada enam jenis kemahiran belajar yang utama iaitu kemahiran membaca, kemahiran mengurus masa, kemahiran menulis nota, kemahiran membuat rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan. Berikut huraian enam kemahiran belajar. 2.2.1. Kemahiran Membaca Saniah Sayuti et al. (2000) menyatakan bahawa kemahiran membaca biasanya terbahagi kepada dua bahagian yang utama iaitu membaca secara pantas dan membaca secara kritis. Contoh membaca secara pantas adalah seperti teknik sepintas lalu (scanning) dan bacaan sekilas (skimming). Untuk bacaan secara kritis pula adalah seperti teknik SQ3R (Survey-QuestionRead-Recite-Review) dan teknik KWLH. Membaca secara pantas dengan menggunakan ’kaedah sepintas lalu’ (scanning) ialah membaca keseluruhan muka surat dengan cepat secara sepintas lalu. Cara ini biasanya digunakan untuk mendapatkan maklumat tertentu atau isi-isi penting yang berkaitan dengan bahan yang dibaca. Membaca ’secara sekilas’ (skimming) adalah dengan melompat untuk mendapatkan pandangan umum tentang sesebuah buku. Lazimnya cara ini adalah tertumpu kepada menumpu mencari isi kandungan, tajuk utama, rumusan pada akhir bab dan bibliografi. Kaedah dan teknik yang dinyatakan ini penting kepada pelajar untuk mengulangkaji bahan bacaan untuk bersedia untuk peperiksaan. 2.2.2. Kemahiran Menulis Nota Teknik pengambilan nota boleh atau perlu dipelajari (Jabar Ibrahim, 1992). Kemahiran menulis nota yang betul amat diperlukan bagi sistem pembelajaran di universiti yang memerlukan daya usaha pelajar sendiri. 528 Pelajar perlu menggunakan kemahiran menulis nota yang betul sambil mendengar penerangan pensyarah. Selain itu, Siti Hawa Munji (1987) juga mengatakan nota pelajaran di universiti tidak hanya terhad kepada nota kuliah yang diberi oleh pensyarah sahaja. Maklumat tambahan juga boleh didapati daripada buku rujukan yang lain, jurnal ataupun rencana suratkhabar. Oleh itu, pelajar perlu mengamalkan cara penyimpanan nota yang bersistematik untuk memudahkan diri sendiri semasa mengulangkaji. 2.2.3. Kemahiran Mengurus Masa Toh Hon Leong (2000) dalam satu kajiannya mengesahkan bahawa terdapat enam faktor utama yang dikenali sebagai faktor kejayaan kritikal yang boleh mempengaruhi kejayaan seseorang pelajar. Salah satu faktor kejayaan adalah mempunyai strategi pengurusan masa yang berkesan. Biasanya pelajar yang ketinggalan sentiasa menangguhkan kerja dan suka mencari alasan, akhirnya mereka tidak dapat menyiapkan kerja dan meniru hasil kerja orang lain. Mereka adalah tergolong dalam golongan yang tidak mempunyai pengurusan masa yang berkesan. Padilah Ali (1994) menyatakan, perancangan dan penyediaan jadual waktu dapat menunjukkan beban kerja sebenar yang dihadapi oleh pelajar. Dengan ini pelajar dapat merancang corak pembelajaran dan cara mengulangkaji yang sesuai supaya boleh mencapai keputusan yang paling cemerlang. Malangnya hanya terdapat segelintir pelajar sahaja yang akan membuat jadual waktu, tetapi mereka juga tidak dapat mengikuti apa yang telah dirancang (Padilah Ali, 1986). 2.2.4. Kemahiran Mendengar Menurut Mohd Nashuha Jamidin et al. (1995), mendengar merupakan salah satu aktiviti yang penting dalam kehidupan dan sebanyak 70% daripada masa belajar menggunakan kaedah mendengar. Pelbagai maklumat dan pengetahuan dapat diterima dengan menggunakan kemahiran mendengar. Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa kemahiran mendengar penting dalam proses pembelajaran. Abdul Ghani Awang (1996) menyatakan, mendengar adalah kemahiran yang paling asas bagi mahasiswa di universiti. Proses pengajaran di universiti kebanyakannya tertumpu kepada proses mendengar kuliah yang disampaikan oleh pensyarah. 2.2.5. Kemahiran Membuat Rujukan 529 Pelajar perlu membiasakan diri berada di dalam pepustakaan untuk mencari maklumat yang diperlukan. Menurut Abdul Ghani Awang (1996), kebanyakan pelajar berasa malu dan masih kurang mahir untuk menggunakan perpustakaan. Salihan Siais (1991) menyatakan, kemahiran membuat rujukan di perpustakaan adalah kemahiran pembelajaran yang sangat penting dan perlu dikuasai oleh semua pelajar. Ini adalah disebabkan pelajar tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada nota kuliah yang diberikan oleh pensyarah sahaja. Dengan mempunyai kemahiran membuat rujukan, pelajar akan lebih menguasai dan mempunyai kefahaman yang lebih mendalam tentang sesuatu mata pelajaran yang dibincangkan. Pelajar perlulah rajin bertanya kepada perpustakawan sekiranya menghadapi sebarang masalah semasa menggunakan perpustakaan dan memberi tunjuk ajar kepada pelajar supaya dapat mencari maklumat dan bahan yang dikehendaki. 2.2.6. Kemahiran Menghadapi Peperiksaan Kebanyakan pelajar yang gagal dalam peperiksaan adalah kerana tidak mempunyai perancangan yang rapi semasa awal semester lagi. Siti Hawa Munji (1987) mendapati 74.3% daripada pelajar di dalam kajiannya mengaku bahawa mereka akan mengulangkaji pada malam sebelum peperiksaan atau belajar pada saat-saat akhir. Keadaan ini akan menimbulkan ketegangan yang akan mengurangkan kecekapan pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan. Satu kesilapan besar yang sering dilakukan oleh kebanyakan pelajar adalah mereka tidak melihat balik atau mengulangkaji nota yang dicatat selepas kuliah (Pfeirer dan Ogloff, 1991). Pelajar hanya akan mengulangkaji semula menjelang saat akhir peperiksaan. Hasnan Kasan (1994) mengatakan bahawa selalu mengulang kaji dan membuat latihan akan menguatkan lagi kefahaman dan ingatan terhadap mata pelajaran yang dipelajari. Hanifi Ismail (2001), kira-kira 90% daripada usaha pembelajaran boleh dicapai apabila pelajar membuat latihan dan berbincang dengan pihak yang berkenaan, 80% boleh dicapai dengan membuat perbincangan sahaja, melihat dan mendengar boleh mencapai sebanyak 50%, 40% melalui melihat, 30% melalui mendengar dan menerusi membaca boleh mendapat 20% sahaja. Oleh itu, membuat latihan dan perbincangan adalah dua faktor yang paling penting untuk mencapai tahap pengekalan ilmu pengetahuan yang dipelajari. 530 3.0 Rumusan Bab ini membincangkan model gaya pembelajaran Dunn dan Dunn dan kemahiran belajar yang merangkumi kemahiran membaca, kemahiran mengurus masa, kemahiran menulis nota, kemahiran membuat rujukan, kemahiran mendengar dan kemahiran menghadapi peperiksaan. METODOLOGI KAJIAN 1.0 Pengenalan Metodologi kajian menjelaskan bentuk rangka kerja untuk menjalankan sesuatu kajian. Metodologi kajian merupakan bahagian penting yang digunakan untuk memastikan kajian yang dijalan menggunakan kaedah, prosedur atau cara yang betul. Selain itu, metodologi kajian juga boleh digunakan untuk memastikan objektif kajian dapat dicapai berdasarkan data sah dan dipercayai (Mohd Najib Abdul Ghaffar, 1999). 2.0 Reka Bentuk Kajian Kajian yang dilaksanakan adalah kajian tinjauan (survey) berbentuk deskriptif. Penyelidikan deskriptif merupakan suatu jenis penyelidikan yang bertujuan untuk menerangkan fenomena yang sedang berlaku (Mohd Majid Konting, 1994; Wiersma, 1995). Kajian ini menggunakan soal selidik untuk mendapat maklumat dan data yang diperlukan. Maklumat tentang pembolehubah kajian ini dikutip dalam keadaan semulajadi pada masa kejadian. Penggunaan soalselidik merupakan cara yang menjimatkan masa untuk mengumpul data dalam jangka masa singkat. Data yang dikumpul dan hasil kajian ini dapat memberi maklumat untuk mencapai objektif yang telah ditetapkan. 531 3.0 Populasi Dan Sampel Populasi kajian ini adalah tertumpu kepada semua pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng yang mengambil Sijil Aplikasi Perisian Komputer. 4.0 Alat Kajian Instrumen soalselidik digunakan untuk mendapatkan data. Sulaiman Ngah Razali (2002) menyatakan soal selidik merupakan kaedah paling mudah untuk memperoleh maklumat. Selain itu, soal selidik selalu digunakan untuk mengukur sikap seseorang samada melalui soalan respon tetap, bebas (terbuka), senarai semak atau skala kadar. Dalam kajian ini, soal selidik berskala empat mata dipilih dengan responden kajian perlu memilih jawapan paling sesuai dengan pilihan diri. 5.0 Teknik Pengutipan Data Penyelidik sendiri mengedarkan soal selidik kepada responden. Prosedur dalam menjalankan kajian ini ialah: i. Memilih masa yang sesuai untuk berjumpa dengan pelajar. ii. Menerangkan kepada responden tujuan kajian yang dijalankan. iii. Menerangkan cara untuk menjawab soal selidik kepada responden. iv. Responden diberikan masa yang cukup untuk menjawab soal selidik. v. Mengutip dan mengira soal selidik yang dikembalikan responden. 6.0 Kaedah Analisis Data Borang soal selidik yang dipungut disemak terlebih dahulu untuk memastikan setiap responden menjawab soal selidik mematuhi arahan dan keperluan yang telah ditetapkan dalam kajian. Data yang diperoleh kemudiannya dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS for Windows. 532 7.0 Rumusan Kesimpulannya, bab ini membincangkan populasi, kaedah dan prosedur yang digunakan untuk menjalankan kajian. Semua maklumat yang dikumpul dengan menggunakan soal selidik diproses dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. ANALISIS DAN PERBINCANGAN 1.0 Pengenalan Bab ini membentangkan hasil kajian yang telah dianalisis. Data yang diperolehi melalui soalselidik dari responden dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan program SPSS. Dapatan kajian bagi faktor demografi dianalisis menggunakan kekerapan dan peratusan, soalan respon tetap bagi menjawab objektif kajian dinyatakan dalam bentuk min dan sisihan piawai. 2.0 Analisis Bahagian A Jumlah bilangan responden adalah 47 orang. Dari jumlah ini seramai 24 orang (51.1%) adalah lelaki manakala 23 orang (48.9%) adalah perempuan. Majoriti responden adalah berbangsa Melayu iaitu 27 orang (57.4%), India iaitu 12 orang (25.5%), dan Cina iaitu 8 orang (17%). Ini kerana seperti yang kita sedia maklum bahawa majoriti pelajar Kolej Komuniti adalah terdiri daripada bangsa Melayu. Jumlah bilangan pelajar mengikut semester pengajian adalah seperti berikut semester 1 iaitu 29 orang (61.7%), semester 3 iaitu 7 orang (14.9%), dan semester 4 iaitu 11 orang (23.4%). 3.0 Analisis Bahagian B Sebanyak 103 item soalan telah dikemukakan kepada responden untuk menjawab mengikut arahan. Gaya pembelajaran terdiri daripada 45 soalan manakala Kemahiran Belajar terdiri daripada 58 soalan. 3.1. Gaya Pembelajaran 533 Analisis deskriptif menggunakan nilai min dibuat dengan menunjukkan gaya pembelajaran pelajar berdasarkan lima kategori gaya pembelajaran seperti dalam Model Dunn dan Dunn. Kategori tersebut adalah (1) Persekitaran, (2) Emosional, (3) Sosiologikal, (4) Fizikal dan (5) Psikologikal. Pada keseluruhannya skor min bagi gaya pembelajaran kategori persekitaran berada antara nilai 1.89 hingga 3.53. Skor min keseluruhan gaya pembelajaran dari kategori persekitaran adalah 2.64 (SP=0.83). Nilai min yang rendah (kurang daripada 3.0) menunjukkan pelajar kurang mementingkan gaya pembelajaran berdasarkan persekitaran. Pada keseluruhannya skor min bagi gaya pembelajaran kategori emosional berada antara nilai 2.09 hingga 3.70. Skor min keseluruhan gaya pembelajaran dari kategori emosional adalah 3.07 (SP=0.79). Nilai min yang tinggi melebihi 3.0 menunjukkan pelajar mementingkan gaya pembelajaran berdasarkan emosional. Pada keseluruhannya skor min bagi gaya pembelajaran kategori sosiologikal berada antara nilai 2.70 hingga 3.11. Skor min keseluruhan gaya pembelajaran dari kategori sosiologikal adalah 2.93 (SP=0.96). Nilai min yang rendah (kurang daripada 3.0) menunjukkan pelajar kurang mementingkan gaya pembelajaran berdasarkan sosiologikal. Pada keseluruhannya skor min bagi gaya pembelajaran kategori fizikal berada antara nilai 2.43 hingga 3.17. Skor min keseluruhan gaya pembelajaran dari kategori fizikal adalah 2.85 (SP=0.84). Nilai min yang rendah (kurang daripada 3.0) menunjukkan pelajar kurang mementingkan gaya pembelajaran berdasarkan fizikal. Pada keseluruhannya skor min bagi gaya pembelajaran kategori psikologikal berada antara nilai 2.26 hingga 3.19. Skor min keseluruhan gaya pembelajaran dari kategori persekitaran adalah 2.75 (SP=0.87). Nilai min yang tinggi mendekati 3.0 menunjukkan pelajar mementingkan gaya pembelajaran berdasarkan psikologikal. Rumusan dapatan kajian ini menunjukkan bahawa gaya pembelajaran dominan pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng adalah kategori Emosional. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa dua kategori gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar adalah terutamanya kategori Emosional dan keduanya kategori Sosiologikal. 3.2. Kemahiran Belajar Dalam bahagian ini, kemahiran belajar pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng diukur berdasarkan enam kategori kemahiran iaitu membaca, menulis nota, menguruskan masa, mendengar, membuat rujukan dan menghadapi 534 peperiksaan. Pada keseluruhannya skor min bagi aspek kemahiran membaca berada antara nilai 2.47 hingga 3.15. Skor min keseluruhan bagi aspek kemahiran membaca adalah 2.82 (SP=0.88). Purata nilai min kurang daripada 3.0 menunjukkan pelajar mempunyai kemahiran membaca yang sederhana. Pada keseluruhannya skor min bagi aspek kemahiran mengambil dan menulis nota berada antara nilai 2.72 hingga 3.13. Skor min keseluruhan kemahiran belajar pelajar bagi aspek kemahiran mengambil dan menulis nota adalah 2.95 (SP=0.79). Purata nilai min kurang daripada 3.0 menunjukkan pelajar mempunyai tahap kemahiran mengambil dan menulis nota yang sederhana. Pada keseluruhannya skor min bagi aspek kemahiran menguruskan masa berada antara nilai 2.51 hingga 3.17. Skor min keseluruhan kemahiran belajar pelajar bagi aspek kemahiran mengurus masa adalah 2.87 (SP=0.92). Purata nilai min kurang daripada 3.0 menunjukkan pelajar mempunyai tahap kemahiran mengurus masa yang sederhana. Pada keseluruhannya skor min bagi aspek kemahiran mendengar berada antara nilai 2.89 hingga 3.21. Skor min keseluruhan kemahiran belajar pelajar bagi aspek kemahiran mendengar adalah 3.07 (SP=0.85). Purata nilai min melebihi daripada 3.0 menunjukkan pelajar mempunyai tahap kemahiran mendengar yang tinggi. Pada keseluruhannya skor min bagi aspek kemahiran membuat rujukan berada antara nilai 2.53 hingga 3.34. Skor min keseluruhan kemahiran belajar pelajar bagi aspek kemahiran membuat rujukan adalah 2.89 (SP=0.88). Purata nilai min kurang daripada 3.0 menunjukkan pelajar mempunyai tahap kemahiran membuat rujukan yang sederhana. Pada keseluruhannya skor min bagi aspek kemahiran menghadapi peperiksaan berada antara nilai 2.70 hingga 3.04. Skor min keseluruhan kemahiran belajar pelajar bagi aspek kemahiran menghadapi peperiksaan adalah 2.89 (SP=0.91). Purata nilai min kurang daripada 3.0 menunjukkan pelajar mempunyai tahap kemahiran menghadapi peperiksaan yang sederhana. 4.0 Rumusan Analisis dan dapatan kajian menunjukkan bahawa dua gaya pembelajaran yang paling dominan di kalangan pelajar Kolej Komuniti RTC Gopeng adalah kategori Emosional dan kategori Sosiologikal. Tiga aspek kemahiran belajar pelajar yang berada di tahap tinggi mengikut turutan ialah kemahiran mendengar dan diikuti 535 dengan kemahiran mengambil dan menulis nota dan kemahiran menghadapi peperiksaan. KESIMPULAN DAN CADANGAN 1.0 Kesimpulan Secara ringkasnya, hasil kajian ini boleh dirumuskan berdasarkan objektif kajian dan dinyatakan seperti berikut. 1.1. Daripada hasil kajian yang diperolehi, didapati kategori Emosional adalah paling dominan di antara lima kategori gaya pembelajaran yang dikaji. Kategori gaya pembelajaran yang kedua yang diamalkan oleh pelajar adalah kategori gaya Sosiologikal. Kategori yang ketiga ialah kategori gaya Fizikal dan diikuti dengan kategori gaya Psikologikal dan akhirnya kategori gaya Persekitaran. 1.2. Dapatan kajian menunjukkan tahap kemahiran belajar pelajar adalah sederhana. Antara enam aspek yang dikaji, kemahiran mendengar berada pada tahap tinggi. Ini diikuti oleh kemahiran mengambil dan menulis nota, kemahiran menghadapi peperiksaan, kemahiran membuat rujukan, kemahiran menguruskan masa dan kemahiran membaca yang berada pada tahap sederhana. Oleh itu, untuk keberkesanan pembelajaran adalah dicadangkan pensyarah di Kolej Komuniti RTC Gopeng perlu memberi tumpuan kepada unsur emosi. Dalam kajian ini, motivasi dalam kategori Emosional merupakan elemen yang paling dominan dalam gaya pembelajaran pelajar. Ini adalah selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Low Xin Xin (2003) yang menyatakan bahawa motivasi dan dorongan yang diberi kepada pelajar dapat membantu pembelajaran mereka. Pelajar akan berasa gembira apabila mendapat markah atau gred yang baik. Kesannya emosi dan motivasi pelajar akan meningkat baik apabila pelajar memperoleh markah atau gred yang baik. Selain itu, pelajar menyatakan maklum balas dan teguran daripada rakan, ibu bapa serta pensyarah perlu untuk mendorong pelajar dalam proses pembelajaran. 536 Kajian ini mendapati daripada enam kategori kemahiran belajar yang dikaji, pelajar memberikan tahap tertinggi bagi kategori Kemahiran Mendengar. Dapatan kajian yang dijalankan oleh Sperry Corporation (Martel 1984) menegaskan bahawa manusia menggunakan 80 peratus daripada waktu sedarnya untuk berkomunikasi, dan daripada jumlah itu 45 peratus digunakan untuk mendengar, 30 peratus untuk bertutur, 16 peratus untuk membaca, dan 9 peratus untuk menulis. Sekaligus ini menunjukkan pendengaran memainkan peranan utama dalam penerimaan maklumat. 2.0 Cadangan Berikut adalah cadangan kajian. 2.1. Pihak pengurusan Kolej Komuniti RTC Gopeng boleh membantu pelajar mengamalkan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar dengan merancang dan melaksanakan aktiviti yang dapat memberi lebih banyak pengalaman kepada pelajar. Contohnya seperti mengadakan bengkel belajar, seminar ataupun kursus yang berkaitan. Pihak pengurusan Kolej Komuniti RTC Gopeng boleh menjemput pakar dalam bidang ini untuk memberi ceramah. Tujuannya adalah untuk meningkatkan kesedaran pelajar tentang pentingnya gaya pembelajaran dan tahap penguasaan kemahiran belajar. 2.2. Seminar dan kursus bukan sahaja kepada pelajar, malahan pensyarah dan guru juga mengambil bahagian dalam aktiviti ini. Ini adalah disebabkan, sebagai seorang pensyarah atau guru perlu memahami gaya dan kemahiran belajar pelajar. Dengan ini, perancangan proses pengajaran akan lebih berkesan dan lebih menarik perhatian pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran lagi. Pensyarah atau guru perlu mendedahkan pengamalan kemahiran belajar yang betul kepada pelajar. Penerapan kemahiran belajar tidak semestinya dilakukan secara langsung, tetapi boleh menyemaikan amalan murni ini kepada pelajar semasa proses pengajaran dan pembelajaran. 2.3. Aspek yang paling penting adalah pelajar itu sendiri. Sebagai seorang pelajar perlu mempunyai sikap ingin menambah ilmu pengetahuan serta berdisiplin dalam melaksanakan kemahiran belajar yang berkesan untuk meningkatkan 537 pencapaian mereka dalam pelajaran. Pelajar perlu bersungguh-sungguh mencari pengetahuan dan kemahiran yang diperlukan. Pelajar perlu menanamkan semangat untuk berjaya dalam pembelajaran. Pelajar perlu mengambil inisiatif sendiri untuk mengkaji gaya pembelajaran dan kemahiran belajar yang paling bersesuaian dengan sendiri. Pelajar juga perlu didedahkan dengan pengetahuan gaya pembelajaran dan kemahiran belajar supaya mereka boleh mengenali kekuatan dan kelemahan diri dalam pembelajaran. Pelajar perlu mengukuhkan lagi kekuatannya dan memperbaiki kelemahan. RUJUKAN Abdul Ghani Awang (1996). Kemahiran Belajar Di Institusi Pengajian Tinggi. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka. Baharin Abu (2000). Teaching Effectiveness and Staff Professional Development Programmes in HEI in Malaysia. Published Doctoral Thesis, The University of Birmingham, UK. Bass, G.M. dan Greay, W.T. (1996). Education Research Abstracts. Accounting Education, (1), 238-242. Dunn, R. dan Stevenson , J.M (1997). Teaching Diverse College Students To Study A Learning Style Prescription. College Student Journal, 31(3): 333-339. Dunn, R. dan Dunn, K. (1978). Teaching Students Through Their Individual Learning Styles: A Practical Approach. Reston, Virginia: Reston Publishing. Felder, R.M. dan Henriques, E.R. (1995). Learning and Teaching Styles in Foreign and Second Language Education, Foreign Language Annals, 28(1), 21-21. Hanafi Ismail (2001). Tujuh Cabaran Menjadi Pelajar Cemerlang. Cetakan Kedua. K. Lumpur: Al-Hidayah Publishers. Hasnan Kasan (1994). Ke Arah Studi Cemerlang. Seremban: Graphic Art & Design. Jabar Ibrahim (1992). Lulus Peperiksaan. K. Lumpur: Syarikat S. Abdul Majeed. 538 Low Xin Xin (2003). Pola Gaya Pembelajaran Pelajar-pelajar Di Kelas Lukisan Kejuruteraan Sekolah Menengah Sains Muar. Universiti Teknologi Malaysia. Mohd Majid Konting (1994). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia. Martel.M. (1984). Before You Said A Word : The Executive Guide To Effictive Communication. New Jersey, Englewood Cliffs : Printice Hall Inc. Mohd Najib Abdul Ghaffar (1999). Penyelidikan Pendidikan. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia. Mohd. Nashuha Jamidin et al. (1999). Kemahiran Berfikir Dan Belajar. Kuala Lumpur: Fajar Bakti Sdn. Bhd. Padilah Ali (1986). Petua Membuat Nota Yang Baik. Dewan Siswa, 23. Padilah Ali (1994). Teknik Belajar Untuk Kejayaan. K. Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Pfeifer, J.E. dan Ogloff, J.R.P. (1991). Making The Grade: Strategies For Succeeding At University. Canada: Department Of Psychology, Simon Fraser University, Burnaby. Saliha Binti Said (2004). Amalan Kemahiran Belajar di Kalangan Pelajar Bumiputera. Satu Kajian Kes di Sekolah Menengah Teknik Pengkalan Chepa, Kelantan. Universiti Teknologi Malaysia Salihan Siais (1991). Teknik Belajar Berkesan. Kuala Lumpur: Siri Maju Sdn. Bhd. Saniah Sayuti et al. (2000). Psikologi Pendidikan. Skudai: Universiti Teknologi Malaysia. Santhi Suppiah (1998). Satu Tinjauan Terhadap Perbandingan Strategi Belajar Bagi Pelajar-pelajar Aliran Sains Tingkatan Empat Sekolah Menengah (P) Methodish Kuala Lumpur. Universiti Teknologi Malaysia. Selmen, I. (1987). Improving Study Skills. London: Hadder and Stoughton. 539 Siti Hawa Munji (1987). Kajian Penggunaan Teknik Belajar Oleh Pelajar-pelajar Universiti Pertanian Malaysia Cawangan Sarawak. Sarawak: Universiti Pertanian Malaysia. Sulaiman Ngah Razali (1996). Analisis Data Dalam Penyelidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Toh Hon Leong (2000). Rahsia Pelajar Cemerlang. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors. Sdn. Bhd. Yahya Othman (2003). Mengajar Membaca, Teori & Aplikasi, Panduan Meningkatkan Kemahiran Mengajar Membaca. Selangor: PTS Publication & Distributors Sdn. Bhd. 540 541 PERSEMBAHAN INTERAKTIF SEBAGAI SUMBER P&P, PANDUAN SERTA RUJUKAN PENSYARAH PELANCONGAN & PENGEMBARAAN KOLEJ KOMUNITI SELURUH MALAYSIA UNTUK MODUL TEMPAHAN DAN TIKETAN Rizuan bin Zainal1, Intan Norbaizura bin Yaacob2 1Kolej Komuniti Sungai Siput, 2Kolej Komuniti Kuala Langat [email protected], [email protected] ABSTRAK Projek inovasi Persembahan Interaktif modul Tempahan & Tiketan ini dihasilkan bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua pensyarah Pelancongan dan pengembaraan Kolej Komuniti Malaysia yang mengajar modul Tempahan & Tiketan semester 3. Ia dihasilkan disebabkan kebanyakan pensyarah Pelancongan & Pengembaraan tidak mempunyai asas yang baik dalam modul Tempahan dan Tiketan. Ia juga disebabkan oleh cara pengajaran dan penyampaian (P&P) yang tidak konsisten dan setara terutamanya dari segi maklumat, sistem dan peraturan semasa di antara satu kolej komuniti dengan kolej komuniti yang lain menyebabkan pelajar tidak mendapat input yang sama. Keadaan ini akan menyukarkan pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan akhir kerana kertas peperiksaan akhir di dolej komuniti dilaksanakan melalui bank soalan. Melalui persembahan ini, segala maklumat dan isi kandungan penting bagi modul tersebut telah dimasukkan dengan teliti mengikut kontrak pembelajaran yang ditetapkan oleh Bahagian Akademik Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Gambarajah, carta alir, persembahan video, pautan internet dan maklumat penting disediakan mengikut perkembangan semasa agar memudahkan lagi pemahaman pensyarah dan pelajar di dalam kelas. Penjelasan berkenaan tajuk yang akan disampaikan melalui nota kaki kepada pensyarah juga membantu memudahkan penyampaian walaupun pensyarah terbabit tidak mempunyai pengalaman mengajar modul tersebut. Penghasilan slaid ini juga dipersembahkan mengikut tatacara persembahan yang baik dalam sesebuah pembentangan menggunakan slaid agar tidak menyusahkan pensyarah serta pelajar menggunakannya. Persembahan interaktif yang menggunakan perisian Power Point ini akan digunakan oleh semua pensyarah Pelancongan & Pengembaraan Kolej Komuniti Malaysia yang mengajar modul Tempahan & Tiketan. Katakunci: Tempahan & Tiketan, Sijil Pelancongan & Pengembaraan, Alat Bantuan Mengajar, Power Point 542 1.0 LATARBELAKANG / TUJUAN Projek inovasi Persembahan Interaktif modul Tempahan & Tiketan ini dihasilkan bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua pensyarah Pelancongan dan pengembaraan Kolej Komuniti Malaysia yang mengajar modul Tempahan & Tiketan semester 3. Ia dihasilkan disebabkan kebanyakan pensyarah Pelancongan & Pengembaraan tidak mempunyai asas yang baik dalam modul Tempahan dan Tiketan. Ia juga disebabkan oleh cara pengajaran dan penyampaian (P&P) yang tidak konsisten dan setara terutamanya dari segi maklumat, sistem dan peraturan semasa di antara satu kolej komuniti dengan kolej komuniti yang lain menyebabkan pelajar tidak mendapat input yang sama. Keadaan ini akan menyukarkan pelajar untuk menjawab soalan peperiksaan akhir kerana kertas peperiksaan akhir di dolej komuniti dilaksanakan melalui bank soalan. Melalui slaid Powerpoint ini, segala maklumat dan isi kandungan penting bagi modul tersebut telah dimasukkan dengan teliti mengikut kontrak pembelajaran yang ditetapkan oleh Bahagian Akademik Jabatan Pengajian Kolej Komuniti (JPKK). Gambarajah, carta alir, persembahan video, pautan internet dan maklumat penting disediakan mengikut perkembangan semasa agar memudahkan lagi pemahaman pensyarah dan pelajar di dalam kelas. Penjelasan berkenaan tajuk yang akan disampaikan melalui nota kaki kepada pensyarah juga membantu memudahkan penyampaian walaupun pensyarah terbabit tidak mempunyai pengalaman mengajar modul tersebut. Penghasilan slaid ini juga dipersembahkan mengikut tatacara persembahan yang baik dalam sesebuah pembentangan menggunakan slaid menyusahkan pensyarah serta pelajar menggunakannya. agar tidak Persembahan interaktif yang menggunakan perisian Power Point ini akan digunakan oleh semua pensyarah Pelancongan & Pengembaraan Kolej Komuniti Malaysia yang mengajar modul Tempahan & Tiketan. Modul Tempahan & Tiketan adalah salah satu modul wajib yang perlu dipelajari oleh setiap pelajar yang mendaftarkan diri untuk mengikuti kursus Sijil Pelancongan & Pengembaraan di Kolej Komuniti di seluruh Malaysia. 543 Modul ini merupakan modul yang baru diperkenalkan kepada para pelajar semester 3 di mana para pelajar mempelajari tentang latar belakang tempahan dan tiketan dalam industri penerbangan dunia, mengklasifikasikan jenis-jenis tiket dan jenis-jenis tambang, mengaplikasikan tatacara operasi sistem tempahan dan peranan bahagian tempahan dan melakukan proses tempahan menggunakan Computer Reservation System. 2.0 RASIONAL PENYEDIAAN / METODOLOGI / KAEDAH PELAKSANAAN Projek Inovasi ini dihasilkan bertujuan untuk menyediakan pensyarah yang akan mengajar modul Tempahan dan Tiketan satu sumber maklumat dan panduan yang setara di setiap Kolej Komuniti yang menawarkan kursus Sijil Pelancongan dan Pengembaraan. Sering juga rungutan daripada setiap pensyarah serta pelajar yang mengambil modul tersebut tidak menerima input dan maklumat yang sama dan setara dengan mereka yang berada di kolej komuniti yang lain. Dalam proses penyediaan projek inovasi ini, pengkaji yang terlibat telah mengumpulkan sebanyak mungkin maklumat yang diperlukan dan terkini untuk dimasukkan sebagai nota dan sumber rujukan. Untuk tidak mahu mengelakkan kandungannya tersasar, kontrak pembelajaran Tempahan dan Tiketan telah digunakan sebagai panduan. Perbincangan secara dalam talian dan perjumpaan berkala antara pengkaji dilakukan bertujuan untuk memastikan projek ini dihasilkan mengikut jadual dan boleh digunakan oleh pensyarah dan pelajar pada kemasukan Julai 2014. 3.0 DAPATAN KAJIAN Produk inovasi Persembahan Interaktif modul Tempahan & Tiketan ini dihasilkan bertujuan untuk memberi panduan dan rujukan kepada semua pensyarah Pelancongan dan pengembaraan Kolej Komuniti Malaysia yang mengajar modul Tempahan & Tiketan semester 3 ini telah melalui beberapa ujian saringan penggunaan kepada beberapa tempat dan audien iaitu kepada 20 orang pensyarah Kolej Komuniti Malaysia dan 19 pelajar Semester 3 Kolej Komuniti Sungai Siput kemasukan Mac 2014. 544 Melalui kajian persembahan yang dilakukan, dapatan kajian menunjukkan kesemua pensyarah berpuas hati dengan kandungan dan paparan yang ditunjukkan pada persembahan tersebut. Antara dapatan kajian melalui temubual yang dilakukan adalah seperti berikut: “Slaid ini nampak sangat teratur dan bersih. Ianya boleh dicontohi oleh pensyarah lain yang berhajat untuk membangunkan projek inovasi bagi modul Sijil Pelancongan & Pengembaraan yang lain” Puan Royanna binti Md Suka, Penolong Pengarah JPKK “Maklumat yang disampaikan adalah betul dan tepat. Kandungan yang dimasukkan adalah terkini berserta dengan paparan grafik yang sesuaidan menarik” Zakina Izienty binti Zainal, Pensyarah Kolej Komuniti Sungai Siput “Saya rasa slaid ini sangat mudah digunakan walaupun saya tidak pernah mengajar modul Tempahan dan Tiketan. Tatacara P&P yang dicadangkan adalah mengikut turutan dan mudah dilaksanakan” Mervin Singai, Pensyarah Kolej Komuniti Semporna “Maklumat yang dipaparkan mudah dibaca dari belakang kelas, saiz huruf yang dipaparkan adalah bersesuaian” Preven Kumar, pelajar Sijil Pelancongan & Pengembaraan KKSS “Gambar-gambar serta persembahan grafik yang menarik membantu saya untuk memahami kandungan modul Tempahan dan Tiketan. Saya berasa lebih mudah untuk memahami apa yang disampaikan oleh pensyarah di hadapan kelas” Farah Nazirah, pelajar Sijil Pelancongan & Pengembaraan KKSS “Saya lulus peperiksaan ABACUS Reservation & Ticketing disebabkan oleh nota yang disampaikan oleh pensyarah menggunakan slaid ini mudah difahami dan menarik. Walaupun kemudahan online ticketing tidak disediakan di KKSS tetapi saya dapat membayangkan kemudahan tersebut berdasarkan contoh dan maklumat yang dipaparkan pada slaid” Thulasi a/p Sangar, pelajar Sijil Pelancongan & Pengembaraan KKSS 545 Dapatan pelaksanaan kajian berkenaan keberkesanan penggunaan produk ini diperolehi berdasarkan hasil keputusan Peperiksaan ABACUS Reservation yang dijalani oleh pelajar Sijil Pelancongan dan Pengembaraan Semester 3 Mei 2014 menunjukkan 13 daripada 19 pelajar lulus peperiksaan tersebut. ABACUS ini adalah satu agensi luar yang mengeluarkan sijil kompetensi dan mengiktiraf mereka yang berkebolehan menggunakan perisian tempahan dan tiketan di seluruh dunia. Ia ditunjukkan pada Rajah 1 berikut. Rajah 1: Keputusan Peperiksaan ABACUS Reservation 4.0 IMPAK / KEBERKESANAN i. Sumber rujukan kepada pelajar Sijil Pelancongan & Pengembaraan ii. Sumber rujukan kepada Pensyarah yang mengajar modul Tempahan dan Tiketan iii. Panduan tatacara mengajar kepada Pensyarah yang mengajar modul Tempahan dan Tiketan iv. Bahan pengajaran dalam modul Tempahan dan Tiketan 546 v. Sumber rujukan dan bahan pengajaran yang setara di seluruh Kolej Komuniti Malaysia yang menawarkan modul Tempahan dan Tiketan vi. Akan digunakan oleh semua pensyarah yang mengajar modul Tempahan dan Tiketan di Kolej Komuniti seluruh negara 5.0 KESIMPULAN Projek inovasi yang adalah kajian yang pertama kali dihasilkan. Pengalaman pengkaji selama lebih daripada 8 tahun mengajar modul ini diterjemahkan ke dalam bentuk penulisan yang kreatif dan menarik bertujuan untuk memudahkan pensyarah dan pelajar menggunakannya seterusnya menguasai modul Tempahan dan Tiketan dengan sempurna. Diharapkan agar produk inovasi ini boleh digunakan oleh semua pensyarah yang mengajar modul Tempahan dan Tiketan pada kemasukan yang akan datang. 6.0 RUJUKAN i. Website Shangri La Hotel ii. Modul Politeknik, Kementerian Pendidikan Malaysia iii. Website Malaysia Airlines iv. Manual Abacus v. Silibus Tempahan & Tiketan SPL3024 547 LAMPIRAN CONTOH PRODUK INOVASI PERSEMBAHAN INTERAKTIF 548 549 PLAY & DO PC Salina Bt Abu Bakar1, Rafidah Bt Mohd Basir2, Nurul Laili Bt Mohamed Yahya3 [email protected], [email protected], [email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput Abstrak Dewasa kini, perkembangan dalam dunia pendidikan semakin mencabar di mana Kementerian Pendidikan perlu melihat keperluan individu untuk mencapai kesempurnaan dalam kehidupan. Kolej Komuniti Sungai Siput merupakan salah sebuah kolej di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti yang menjalankan kelas bagi pelajar masalah pembelajaran khususnya dalam bidang komputer. Inovasi ini dijalankan bagi membantu pelajar dalam Modul Kendalikan Perkakasan Komputer dengan lebih aktif dan menarik di mana beberapa teknik dan pendekatan telah disesuaikan mengikut keperluan pelajar masalah pembelajaran. Di antara kelemahan-kelemahan yang ketara seperti pelajar mengalami kesukaran membaca dan memahami, kesukaran mengingati fakta dan sukar memberi tumpuan. Kaedah Play & Do PC merupakan inovasi gabungan dua idea iaitu color board dan color casing yang mempunyai kekuatan dan kepentingan tersendiri dalam melaksanakan PDP. Diharap bahan bantu mengajar dapat membantu menentukan kejayaan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan sekaligus menimbulkan rangsangan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran lebih baik dan menarik. 1.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan tunjang utama dalam menentukan kejayaan individu dalam memperolehi kerjaya dan mencapai kelangsungan hidup yang sempurna. Berlandaskan dari itu, Jabatan Pengajian Kolej Komuniti menyahut saranan perdana menteri untuk membantu dan membuka ruang kepada pelajar-pelajar pendidikan khas iaitu pelajar masalah pembelajaran dalam bidang kemahiran untuk meneruskan pendidikan mereka ke peringkat yang lebih tinggi. Pelajar masalah pembelajaran adalah merupakan pelajar-pelajar istimewa yang menghadapi masalah seperti terencat akal, gangguan tingkah laku, autism, gangguan pembelajaran, kecacatan deria serta kecacatan fizikal. Kolej Komuniti Sungai Siput merupakan salah sebuah kolej di Jabatan Pengajian Kolej Komuniti yang menjalankan kelas bagi pelajar masalah 550 pembelajaran khususnya dalam bidang komputer. Program Sijil Asas Teknologi Maklumat telah bermula pada semester Julai 2013 di mana permulaan pelajarnya seramai 4 orang. Pelajar-pelajar yang telah dipilih adalah mereka yang melepasi ujian saringan yang dijalankan di Kolej Komuniti Sungai Siput. Konsep kurikulum yang dibina berdasarkan keperluan Falsafah Pendidikan Khas di mana sebahagian daripada kurikulum biasa yang diubah suai dengan tujuan memenuhi keperluankeperluan khas di mana kurikulumnya dibina berdasarkan kurikulum Sijil Aplikasi Perisian Komputer. Di mana isi kandungannya dipermudahkan bagi mencapai objektif pembelajaran dan pengajaran. Pada semester pertama, pelajar masalah pembelajaran ini perlu mengambil Modul Kendalikan Perkakasan Komputer. Secara keseluruhannya, modul pertama berkait dengan kebolehan pelajar dalam menggunakan dan mengurus komputer. Pelajar perlu membaikpulih mengenalpasti komputer. semua Dalam perkakasan proses utama mengenalpasti dan seterusnya perkakasan utama, pensyarah tidak menghadapi kesulitan kerana proses pengajaran yang dilaksanakan adalah secara realiti dan berpusat dari pelajar. Contohnya setiap perkakasan perlu disediakan dalam bentuk perkakasan yang sebenar. Pensyarah hanya perlu mengulang beberapa kali dalam tempoh sekurang-kurang seminggu. Keputusannya pelajar mampu menghafal sepenuhnya perkakasan komputer tersebut. Pelajar boleh melihat dan menyentuh perkakasan tersebut. Bagi pelajar masalah pembelajaran gambar sahaja tidak mampu membantu mereka dalam memahami dan mengingati sesuatu pengajaran. Pelajar masalah pembelajaran juga mempunyai masalah untuk membayangkan sesuatu objek dan meluahkan apa yang mereka fahami. Seterusnya, apabila pelajar masuk ke LnP 1.02 iaitu proses pemasangan CPU. Pelajar perlu diperkenalkan komponen-komponen yang terdapat di CPU. Pensyarah juga menggunakan kaedah yang sama di mana segala komponen diperkenalkan menggunakan komponen sebenar. Fasa seterusnya, pelajar harus menjalani proses pemasangan komponen-komponen komputer ke dalam casing yang kosong. Semasa proses ini, pensyarah mendapati pelajar mempunyai masalah semasa proses pemasangan di mana pelajar tidak dapat mengingati tempat komponen-komponen komputer itu perlu di pasang. Setelah membuat pemantauan 551 yang berterusan dan menjalankan beberapa pendekatan, akhirnya timbul ilham kepada pensyarah untuk menggunakan bahan bantu mengajar yang dinamakan Play & Do PC di mana telah digunapakai bagi membantu pelajar masalah pembelajaran mencapai objektif PD&P. Play & Do PC merupakan gabungan dua idea iaitu color board dan color casing yang mempunyai kekuatan dan kepentingan tersendiri di mana telah membawa perubahan kepada pelajar masalah pembelajaran dalam membantu melengkapkan objektif PDP. Sehubungan daripada kekangan yang berlaku dalam PDP, pensyarah memutuskan untuk mengetengahkan idea ini sebagai inovasi bagi PDP dalam modul pemasangan komputer. Ciri-ciri yang mengutamakan konsep pengasingan yang menggunakan warna dan ditambah susunan yang mengikut prosedur membantu pelajar mengingati satu persatu. Manakala color casing yang telah di warnakan mengikut color board juga dapat menarik minat dan meningkatkan tumpuan pelajar. 2.0 PENYATAAN MASALAH Pendidikan khas merupakan cabang pendidikan yang diberikan kepada pelajar khas yang menghadapi masalah dalam pembelajaran akibat dikaitkan dengan faktor-faktor tertentu seperti kesihatan, fizikal, mental dan lain-lain yang membuatkan mereka ini tidak dapat bersaing dengan rakan-rakan seusia denganya. Terdapat pelbagai klasifikasi kepada individu kurang upaya yang berkeperluan khas di beri perhatian di mana masalah pembelajaran juga di kategorikan sebagai golongan kurang upaya. Terdapat juga, pelajar masalah pembelajaran juga mempunyai satu atau lebih kecacatan atau masalah lain. Contohnya salah seorang pelajar kami mempunyai masalah epilepsy dan masalah pembelajaran. Gangguan saraf menyebabkan pelajar ini tidak mampu menjalani pembelajaran seperti pelajar aliran perdana. Modul Kendalikan Perkakasan Komputer merupakan modul pertama yang perlu dikuasai oleh pelajar masalah pembelajaran sebelum mereka meneruskan pengetahuan mereka dalam bidang teknologi maklumat dengan lebih mendalam. Justeru itu, pensyarah perlu lebih kreatif dalam menyusun teknik dan pendekatan 552 yang sesuai dengan pelajar masalah pembelajaran. Di sini pensyarah telah mengenalpasti kekurangan dan kelemahan pelajar masalah pembelajaran yang utama ialah pelajar tidak mampu memberi fokus yang lama untuk sesuatu perkara. Tambahan pula, pelajar masalah pembelajaran tidak mempunyai keupayaan untuk memproses maklumat. Ketidakupayaan pelajar ini berfikir mengikut keadaan umur sebenar menyukarkan proses PDP. Fokus utama inovasi ini dijalankan bagi membantu dan mengatasi kelemahan pelajar dalam Modul Kendalikan Perkakasan Komputer dengan lebih aktif dan menarik di mana beberapa teknik dan pendekatan telah disesuaikan mengikut keperluan pelajar masalah pembelajaran. Di antara kelemahan –kelemahan yang ketara seperti pelajar mengalami kesukaran membaca dan memahami, kesukaran mengingati fakta dan sukar memberi tumpuan. Terdapat kajian menyokong bahawa pelajar masalah pembelajaran menghadapi kelemahan kurang tumpuan dan mudah jemu. Selain itu, pelajar –pelajar masalah pembelajaran ini agak lambat memahami konsep dan tidak boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran seperti pelajar di aliran perdana. Mereka memerlukan bahan pengajaran yang unik bagi membantu pelajar ini seperti kaedah Play & Do PC yang mengandungi pelbagai teknik menarik untuk digunakan dalam PDP. 3.0 OBJEKTIF i. Mengenalpasti kaedah bagaimana untuk membantu pelajar masalah pembelajaran mengenali komponen komputer dan cara pemasangan komputer dengan lebih efektif dan sesuai. ii. Mengenalpasti kaedah bagaimana untuk membantu pelajar masalah pembelajaran menghafal komponen komputer dan cara pemasangan komputer dengan lebih efektif dan sesuai. Mengenalpasti kaedah bagaimana untuk menarik minat dan meningkatkan tumpuan pelajar masalah pembelajaran dalam modul pemasangan komputer 553 4.0 CIRI-CIRI INOVASI Alat bantu mengajar merupakan faktor yang penting dalam menentukan kejayaan sesuatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan sekaligus menimbulkan rangsangan keinginan pelajar untuk mengetahui sesuatu dan menjadikan pembelajaran baik dan lebih menarik. Gambarajah 4.1 Gambarajah 4.2 Play & Do PC merupakan suatu kaedah pengajaran dan pembelajaran aktif dalam membantu pelajar masalah pembelajaran mengenalpasti komponen komputer dengan mudah. Disamping itu, kaedah ini juga dapat membantu pelajar memahami cara-cara pemasangan komponen komputer dengan tertib dan tepat. Play & Do PC direkabentuk berdasarkan penyusunan komponen komputer mengikut kategori di atas satu color board seperti Gambarajah 4.1. Kemudian color board ini pula ditebuk mengikut saiz komponen komputer dan ditanda dengan nama 554 komponen tersebut. Komponen ini juga disusun mengikut warna agar ia mampu merangsang deria penglihatan pelajar. Ketika proses pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan pelajar diminta menyesuaikan komponen tersebut mengikut nama dan bentuknya. Bagi memudahkan cara-cara pemasangan komputer pula, color casing komputer juga turut di tandakan dengan warna seperti Gambarajah 4.2. Pelajar diminta memasang komponen komputer mengikut turutan berdasarkan warna yang telah ditanda pada color board. Ini secara tidak langsung dapat melatih pengamatan penglihatan pelajar masalah pembelajaran agar apa yang dilihat oleh deria pelajar dapat di simpan secara tersusun di dalam minda mereka secara lebih lama. Berikut adalah ciri-ciri inovasi Play & Do PC : i. Menarik perhatian pelajar Play & Do PC ini mampu menarik perhatian pelajar melalui puzzle yang dibina mengikut komponen komputer. Penggunaan komponen sebenar dan penguranggan perkataan yang perlu dibaca mampu menarik minat pelajar untuk melihat. Tambahan lagi penggunaan warna juga dapat merangsang deria penglihatan pelajar agar dapat diamati dengan baik dan menjadikan ia bermakna dan difahami oleh otak. Bukan itu sahaja, pelajar juga turut berinteraksi diantara komponen dan ini menghasilkan pembelajaran aktif yang melibatkan pergerakkan pelajar sekaligus merangsang tindak balas yang berkesan. ii. Pengukuhan ingatan Apabila deria pelajar dirangsang, pengamatan akan berlaku. Komponen yang dilihat akan disusun di dalam minda secara bermakna dan bersturuktur. Apabila diperlukan kelak, ingatan tersebut dapat dicapai dengan mudah. 555 iii. Psychomotor Learning Pelajar diterapkan dengan kemahiran fizikal seperti pergerakkan, koordinasi, manipulasi, ketangkasan, kekuatan dan kelajuan melalui aspek motor halus dan motor kasar. Dapat dilihat daripada inovasi ini pelajar sekaligus dirangsang melalui pergerakkan menyusun komponen mengikut ruang dan nama, memasang komponen kepada kekisi serta memasang skru. Ini dapat memberi pengalaman baru kepada pelajar dalam mengendalikan komponen dan alatan dengan betul. Kemahiran ini juga memerlukan penggunaan anggota badan seperti tangan, kaki dan pergerakkan untuk mengawal, mengawasi atau menangani sesuatu objek dengan lebih ringkas dan mudah. iv. Serial Learning Konsep inovasi ini adalah menitik beratkan keperluan penyusuanan maklumat yang ingin disampai secara lebih mudah dan teratur. Penyusanan maklumat dalam inovasi ini melibatkan turutan yang mudah diikuti oleh pelajar kerana rangsangan nombor dan warna digunakan bagi membantu pelajar masalah pembelajaran. 556 5.0 CARA OPERASI Gambarajah 5.1 Contoh Komponen Yang Diperkenalkan Kepada Pelajar Sebelum tercetusnya inovasi Play & Do PC ini PDP dalam kelas bagi modul pemasangan komputer ini diajar secara manual di mana, pelajar akan diperkenalkan dengan semua komponen pada persembahan slaid atau carta komponen yang dibina seperti Gambarajah 5.1. Satu persatu komponen diperkenalkan sehingga pelajar dapat mengingatinya. Namum dalam inovasi ini, pensyarah perlu menyediakan komponen yang diperlukan seperti color board serta komponen dan color casing yang dibina khas seperti dalam Gambarajah 4.1 dan 4.2. 557 Gambarajah 5.2 Contoh Color Board 1. Pelajar diminta meneliti color board bagi mengenalpasti ejaan nama bagi setiap komponen yang telah disediakan seperti dalam Gambarajah 5.2. Pelajar juga diminta untuk menyebut setiap perkataan dengan betul. Gambarajah 5.3 Contoh Board Kuning 2. Apabila pelajar telah menguasai sebutan dengan betul, pelajar diminta mencari komponen yang sepadan pada board kuning, merah dan hijau 558 mengikut turutan nombor yang telah disediakan. Seperti contoh, pada board kuning komponen pertama adalah CPU dan di ikuti dengan CPU Fan dan RAM. Pelajar perlu menyesuaikan setiap komponen dengan ruang yang betul. Setelah itu, pelajar akan berlatih berulang kali sendirian ataupun dengan bimbingan pensyarah. Gambarajah 5.4 Color Board 3. Apabila pelajar telah mengenali komponen dengan jayanya, pensyarah akan menunjukkan turutan pemasangan komponen ke dalam color casing secara teratur mengikut urutan nombor dan warna seperti berikut. Lihat Gambarajah 5.4 sebagai rujukan. Turutan Bahagian Warna 1 A Kuning Komponen Catatan i. CPU Masukkan komponen ii. CPU Fan pada ruang yang telah iii. RAM ditandakn dengan warna kuning pada motherboard 2 B Merah i. CD-Rom drive ii. Hard Plugin power socket Disk pada ruang yang telah drive iii. Power Supply ditandakan dengan warna merah. Adalah 559 iv. Motherboard dimaklumkan bahawa v. kesemua komponen SATA Cable dalam ruangan merah ini mesti disambungkan bersama power socket. 3 C Hijau i. Network Card Semua komponen ii. Sound Card adalah slot card iii. VGA Card 3. RAM Slot 1. CPU 2. CPU Fan Slot Gambarajah 5.5 Motherboard Dengan Tandaan Kuning 4. Pelajar diarahkan agar pemasangan dimulakan dengan color board bewarna kuning. Semua komponen ini perlu di attach kepada motherboard pada slot yang telah ditandakan dengan warna kuning mengikut turutan seperti dalam Gambarajah 5.5 560 Gambarajah 5.6 Color Casing Dengan Tandaan Merah 5. Seterusnya, pelajar diminta memulakan pemasangan bagi komponen yang berada pada color board merah ke dalam color casing pada slot yang telah ditandai warna merah seperti dalam Gambarajah 5.6 mengikut turutan. Gambarajah 5.7 Komponen Dengan Tandaan Merah 561 6. Setelah pelajar memasang power supply, mereka diminta memasang power connector mengikut slot yang telah ditandai dengan warna merah. Komponen yang mewakili color board merah perlu di attach kan kepada power supply seperti Gambarajah 5.7 7. Seterusnya pelajar perlu memasang SATA cable mengikut tandaan yang telah dibuat pada Gambarajah 5.7 Gambarajah 5.8 Color Casing Dengan Tandaan Hijau 8. Akhir sekali adalah pemasangan yang melibatkan color board hijau. Pelajar hanya perlu attach kan semua card slot ini pada ruangan hijau pada casing. 562 6.0 GAMBARAJAH INOVASI/ KOS INOVASI 6.1 Gambarajah Inovasi Berikut merupakan gambarajah bagi proses perlaksanaan inovasi Play & Do PC : Play & Do PC Gambarajah 6.1 Inovasi Play & Do PC 563 Gambarajah 6.2 Proses Mengenalpasti Komponen Komputer Terdapat 4 power connector perlu di attach pada semua komponen di board merah Komponen dipasang mengikut turutan nombor yang disediakan 564 Gambarajah 6.3 Proses Pemasangan Komponen Komputer Ke Dalam Color Casing Manakala gambarajah di bawah merupakan suasana sebenar ketika PDP dilaksanakan menggunakan inovasi Play & Do PC : 565 566 567 6.2 Kos Inovasi Jadual berikut merupakan anggaran kos bagi penghasilan inovasi ini : Jadual 1 : Anggaran Kos Penghasilan Play & Do PC Bil Peralatan/Bahan/Komponen Kos Catatan CPU : 1. 2. 3. Casing Sedia ada CPU Sedia ada CPU Fan Sedia ada RAM Sedia ada Motherboard Sedia ada Menggunakan Hard Disk Sedia ada semula (recycle) CD Drive Sedia ada bahan luak yang Power Supply Sedia ada telah rosak SATA Cable Sedia ada Network Card Sedia ada Audio Card Sedia ada VGA Card Sedia ada Polisterin RM5.00 Cat minyak - Warna kuning, merah & hijau RM9.00 4. Berus cat biasa – 3 batang 5. Kertas A4 Sedia ada 6. Laminating film Sedia ada 7. Dakwat pencetak Sedia ada 8. Pelekat zap on 9. Heavy duty double sided tape RM2.20 RM2.00 Jumlah Keseluruhan Sedia ada RM18.20 568 7.0 IMPAK INOVASI i. Penjimatan Masa : Dengan memperkenalkan perubahan dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran (PDP) menggunakan Play & Do PC ini, kualiti semasa proses PDP dijalankan dapat dipertingkatkan lagi. Impak keberkesanan perubahan dapat dilihat dari segi tempoh masa yang lebih singkat diambil oleh pelajar untuk memasang komponen komputer apabila komponen tersebut dikategorikan berdasarkan warna. Melalui analisis pemerhatian semasa inovasi dilaksanakan didapati pelajar dapat memasang komponen komputer dengan lebih pantas dan cepat. Selain itu, pelajar juga dapat memasang komponen komputer dengan betul dan tepat pada tempatnya di dalam color casing komputer yang turut telah diwarnakan. ii. Penjimatan Kos : Play & Do PC adalah praktikal untuk dilaksanakan kerana inovasi ini telah diolah dengan tidak memerlukan kos atau modal yang tinggi dalam penghasilannya iaitu seperti di Jadual 1 di atas. Daripada Jadul 1 tersebut membuktikan bahawa untuk melaksanakan inovasi Play & Do PC ini tidak memerlukan modal yang tinggi. Kesemua peralatan utama inovasi iaitu komponen komputer yang digunakan adalah daripada komponen recycle bahan luak yang telah rosak dan ini sekaligus membuktikan telah berlakunya penjimatan kos. Selain itu, dengan menggunakan komponen recycle terlebih dahulu semasa pemasangan komputer, ia turut dapat menjimatkan kos apabila komponen komputer yang baru atau tidak rosak digunakan terus pada cubaan pemasangan yang pertama. iii. Memberi Kesan Positif Terhadap Motivasi Pelajar : (a) Menarik Perhatian Pelajar Bermasalah Pembelajaran : 569 Melalui analisis pemerhatian pula didapati Play & Do PC ini telah memberi impak yang positif terhadap motivasi pelajar bermasalah pembelajaran. Didapati pelajar-pelajar ini berasa lebih seronok untuk mengenali komponen komputer dan mengetahui kaedah pemasangannya apabila komponen dan casing komputer tersebut diwarnakan. Melalui inovasi yang dilakukan ini ia telah dapat menarik perhatian pelajar-pelajar tersebut dan seterusnya membantu dalam penumpuan pelajar terhadap proses PDP yang sedang dijalankan di dalam kelas. Selain itu, secara tidak langsung didapati juga inovasi turut menyebabkan suasana pembelajaran di dalam kelas menjadi lebih gembira dan memberangsangkan. (b) Membantu Pengukuhan Daya Ingatan Pelajar Bermasalah Pembelajaran : Didapati Play & Do PC ini telah membantu dalam mengukuhkan daya ingatan pelajar bermasalah pembelajaran. Komponen komputer yang telah dikategorikan berdasarkan warna dapat membantu pengamatan pelajar bagi lebih mengenali komponen komputer dengan mudah. Manakala label yang diletakkan di bawah setiap komponen komputer didapati telah membantu pelajar untuk mengingati nama komponen komputer tersebut dengan betul dan tepat. Bagi label penomboran langkah-langkah bermasalah pula telah pembelajaran ini menjadi semasa panduan kepada melakukan pelajar pemasangan komputer mengikut turutan yang betul dan lebih berhati-hati. Inovasi ini sekaligus telah menggalakkan rangsangan pemikiran pelajar dan seterusnya membantu dalam mengukuhkan daya ingatan pelajar bermasalah pembelajaran tadi. (c) Meningkatkan Tahap Keyakinan Pelajar Bermasalah Pembelajaran : Selain itu, inovasi ini dapat meningkatkan tahap keyakinan pelajar bermasalah pembelajaran untuk menjawab soalan-soalan lisan yang diajukan oleh pensyarah. Melalui kategori warna dan label yang 570 diletakkan di bawah setiap komponen komputer didapati pelajar-pelajar ini berasa yakin semasa menjawab soalan yang diajukan. Malahan apabila komponen komputer dibuka daripada color casing dan diletakkan semula di atas color board label masing-masing para pelajar dapat menjawab secara bergilir-gilir dengan betul. Apabila keyakinan para pelajar ini meningkat didapati juga tahap kepuasan pembelajaran pelajar turut bertambah. iv. Mudah Digunakan (User-Friendly) : Play & Do PC bersifat mudah digunakan (user-friendly) kepada pelajar bermasalah pembelajaran dan juga pensyarah. Ini kerana pelajar-pelajar ini hanya perlu menggunakan komponen komputer dan casing komputer yang asas. Manakala cara inovasi ini dijalankan dan langkah-langkah penggunaannya amat mudah dan menyenangkan kepada pelajar bermasalah pembelajaran. Bagi pensyarah pula Play & Do PC ini bukan sahaja dapat diaplikasikan kepada pelajar bermasalah pembelajaran, malah ia turut boleh digunakan kepada pelajar biasa semasa arena pembelajaran (LA) pemasangan komputer di semester satu. Ini kerana sebelum pembejaran pemasangan komputer, pelajar-pelajar ini turut perlu mengetahui komponen komputer yang asas. Selain itu, inovasi ini turut boleh digunakan oleh pensyarah semasa mengajar kursus pendek pemasangan komputer kepada peserta. 8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INOVASI Hasil daripada inovasi yang telah dijalankan ke atas para pelajar bermasalah pembelajaran, didapati beberapa cadangan penambahbaikan dapat dilakukan ke atas inovasi Play & Do PC ini iaitu : i. Menggunakan kayu bagi menggantikan polisterin untuk color board komponen komputer. Board daripada kayu didapati akan lebih tahan lasak dan teguh berbanding dengan penggunaan polisterin. Selain itu, bahagian 571 ruang letakan komponen-komponen komputer akan menjadi lebih kemas dan cantik. ii. Memasang tiang kecil sebagai tempat untuk meletak/menggantung label nama setiap komponen komputer dan juga label penomboran langkahlangkah untuk pemasangan komputer. Berbanding dengan menggunakan pelekat zap on bagi pelabelan didapati jika dipasang tiang kecil pada color board kayu warna, label-label ini dapat digunakan dengan lebih efisien. Malahan jika label hendak ditanggalkan bagi menguji semula daya ingatan pelajar bermasalah pembelajaran ianya menjadi lebih mudah. iii. Menambah tempat pemegang/holder kecil di atas setiap komponen komputer supaya lebih mudah untuk dipegang apabila hendak diambil daripada ruang letakan di atas board warna. Didapati sesetengah komponen komputer seperti CPU dan RAM adalah agak kecil saiznya dan ini menyebabkan kesukaran bagi pelajar bermasalah pembelajaran untuk memegang serta mengeluarkan komponen tersebut. Dengan menambah tempat pemegang/holder kecil, para pelajar ini dapat memegang sekaligus menyentuh komponen komputer tersebut dengan lebih baik dan berhati-hati. iv. Menambah lukisan outline komponen komputer di dalam ruang letakan di atas board warna. Kegunaan outline adalah untuk memudahkan pelajar bermasalah pembelajaran untuk lebih mengenali bentuk suatu komponen komputer tersebut. Bentuk komponen komputer turut memainkan peranan yang penting kerana kadangkala pelajar-pelajar ini terkeliru dengan bentuk yang seakan-akan sama terutamanya bagi komponen card. Maka dengan outline ini ia sekaligus membantu pelajar bermasalah pembelajaran untuk lebih mengenali bentuk suatu komponen komputer tersebut dengan lebih tepat. 572 v. Menempah casing komputer khas yang lebih selesa untuk pelajar masalah pembelajaran menggunakannya. Semasa para pelajar ini memasang komponen komputer ke dalam color casing didapati ruang casing agak sempit. Dengan menempah color casing khas semasa hendak menjalankan kaedah PDP ini, para pelajar akan dapat memasang komponen komputer dengan lebih senang. vi. Menambah Light-Emitting Diode (LED) pada casing komputer dengan sambungan daripada bateri sel kering atau motor elektrik. Terdapat 2 fungsi yang boleh dimainkan jika LED dipasang pada casing komputer. Pertama, dengan memasang LED dengan kategori warna yang telah ditentukan dalam inovasi ini pada casing komputer akan lebih menarik perhatian pelajar bermasalah pembelajaran untuk memasang komponen komputer pada tempat yang betul. Seterusnya LED yang bersesuaian contohnya LED berwarna-warni turut boleh dipasang pada bahagian atas casing komputer yang akan menyala jika pelajar bermasalah pembelajaran ini dapat memasang semua komponen komputer pada tempat yang betul serta tepat. vii. Menggunakan cat yang lebih berkualiti serta bermutu tinggi untuk mewarnakan board warna, casing komputer dan komponen komputer. Dengan memilih cat yang lebih bermutu tinggi, peratusan untuk cat tertanggal daripada tempat ia diwarnakan adalah lebih rendah. Ini kerana didapati kadangkala bahagian tepi cat agak mudah tertanggal terutamanya pada casing warna di mana komponen komputer yang perlu sentiasa dicabut serta dipasang semula beberapa kali. 9.0 KESIMPULAN Kesimpulannnya, inovasi Play & Do PC ini dapat memberi perubahan yang positif dari segi kaedah pengajaran dan pembelajaran untuk para pelajar bermasalah pembelajaran. Selain itu, dengan penghasilan inovasi ini pensyarah turut menjadi lebih kreatif dalam merancang pengajarannya agar menjadi lebih menarik. Kreativiti 573 pensyarah dalam mempelbagaikan kaedah PDP terutamanya kepada pelajar bermasalah pembelajaran amatlah perlu bagi membantu meningkatkan lagi perkembangan kognitif dan psikomotor para pelajar ini. Manakala didapati pelajar bermasalah pembelajaran sememangnya memerlukan aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan serta tidak membosankan. Semoga inovasi Play & Do PC ini dapat dimanafaatkan untuk kegunaan kepada para pelajar bermasalah pembelajaran yang seterusnya serta kumpulan sasaran pelajar lain yang bersesuaian. Ini sekaligus diharap dapat menjadikan proses PDP lebih berkesan dan mantap. 574 TRAFFIC BOOK DALAM MASALAH KELEWATAN HADIR KE KULIAH Rafidah Bt Mohd Basir1 & Salina Bt Abu Bakar2 [email protected], [email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput Abstrak Teori pembelajaran tingkah laku adalah satu bentuk pembelajaran yang mengaplikasikan psikologi pendidikan dalam pengurusan bilik darjah atau disiplin. Berpandukan kepada teori pembelajaran tingkah laku, ia dapat membantu guru-guru mengatur dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses PDP dapat dijalankan dengan berkesan. Sijil Aplikasi Perisian Komputer di Kolej Komuniti Sungai Siput merupakan responden yang dipraktikkan menggunakan inovasi ini. Pelajar yang lewat hadir ke kuliah akan menerima buku rekod kehadiran. Setiap kali mereka mengulangi kehadiran lewat ke kelas, buku rekod pelajar akan berada pada sampul bermula dengan hijau, kuning dan merah. Ia dapat memudahkan pensyarah dalam melaksanakan proses pemantauan sewaktu PDP. Sekaligus ia dapat juga membantu pihak pengurusan kolej dalam memantau hal ehwal pelajar sewaktu kuliah. Melalui inovasi Traffic Book yang dicadangkan adalah mempunyai potensi dalam PDP di mana memudahkan pensyarah untuk mengawal kehadiran pelajar dalam kelas. Memberi kesedaran dan peringatan kepada pelajar bahawa pensyarah sedang memantau mereka. 1.0 PENGENALAN Pengurusan pengajaran dan pembelajaran adalah aspek yang terpenting dalam bilik kuliah di mana merupakan tugas utama yang perlu diberi perhatian yang serius. Sekiranya ia tidak dikawal, pembaziran waktu akan berlaku dalam satu masa pengajaran dan pembelajaran. Salah satu tugas utama seorang pensyarah adalah sentiasa meningkatkan profesionalisma di dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ia dapat dilihat daripada kebolehan mencorak kualiti pengajaran , menyusun rancangan pembelajaran, mencorak suasana bilik kuliah, mencorak perkembangan pelajar dari aspek akademik, perlakuan, sosial, emosi, rohani, intelek dan jasmani. 575 Masalah kelewatan hadir bekerja adalah suatu kesalahan yang berat dan menjadi bahan bualan bagi para pekerja. Bukan itu sahaja, kesalahan ini jika berlarutan boleh menyebabkan prestasi bekerja terjejas. Begitu juga dengan pelajar. Bak kata pepatah, “Melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Jika dari zaman belajar lagi, pelajar tidak di tekankan dengan disiplin hadir ke kelas tidak mustahil pelajar akan melakukan kesalahan yang sama sewaktu mereka bekerja. Dewasa ini, masalah kehadiran lebih membimbangkan apabila salah laku pelajar ini boleh mendorong kepada gejala negatif. Pelajar akan hilang rasa tanggungjawab, suka berbohong, berdolak dalik dan lebih merisaukan lagi apabila pelajar cuba melawan pensyarah yang menegur sikap mereka. Pelajar yang terlibat kemungkinan akan ketinggalan dalam bidang akademik. Tambahan lagi gejala begini boleh menjerumus kegiatan yang tidak bermoral diluar sana. Hal ini akan menjejaskan nama dan pencapaian kolej. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Sijil Kolej Komuniti Aplikasi Perisian Komputer atau pun PP1 diterajui oleh 3 orang pensyarah utama yang melaksanakan kelas selama 5 bulan. Kehadiran pelajar amatlah penting dimana ianya menentukan lulus atau gagal seseorang pelajar. Syarat utama untuk pelajar layak memasuki peperiksaan akhir adalah kehadiran pelajar bagi setiap Learning Area haruslah mencapai 80% daripada jam mengajar. Setelah perbincangan diadakan, pensyarah telah bersetuju untuk memantau dan merekod kehadiran pelajar setiap hari ke kelas. Begitu juga prinsip kehadiran yang dilaksanakan dalam kelas PP1 yang terdiri daripada 11 orang pelajar lelaki dan 10 orang pelajar perempuan. Kehadiran pelajar perlulah mencapai 80% agar mereka tidak dihalang daripada menduduki peperiksaan akhir. Mengikut jadual kuliah, pada hari Isnin dan Selasa kelas akan bermula tepat jam 9 pagi. Manakala pada hari Rabu dan Khamis pula, kelas akan bermula pada 576 jam 8 pagi. Buat pertama kali pensyarah masuk ke kelas pada hari Isnin, semua kelas hadir tepat pada waktunya namun terdapat 4 orang pelajar yang lewat 15 minit hadir ke kelas. Apabila disoal mereka menjawab “Bangun lambat puan. Minta maaf”. Pensyarah telah memberi amaran terakhir buat mereka agar tidak hadir lewat lagi ke kelas. Jika di alam pekerjaan, hadir lewat ke pejabat adalah menjadi masalah yang tidak patut dilakukan. Teringat kami, semasa melaksanakan sesi lawatan keatas pelajar kolej yang menjalani latihan industri di sebuah syarikat komputer. Majikan pelajar tersebut telah menyatakan tidak puas hatinya kerana pelajar kolej tersebut selalu hadir lewat ke pejabat. Kebetulan pula pelajar tersebut juga mempunyai masalah yang sama semasa di dalam kelas dahulu. Ini telah menjejaskan reputasi dan nama baik institusi. ‘Hanya kerana nila setitik rosak susu sebelanga’, pihak industri merasa amat kecewa dan menyatakan mereka tidak akan mengambil pelajar-pelajar dari kolej kelak. Ini adalah satu masalah yang sangat besar, maka dengan itu sebagai pensyarah kelas saya merasa amat bertanggungjawab dan akan mencari kaedah-kaedah yang mampu membantu mengubah sikap-sikap pelajar supaya lebih bertanggungjawab dan dapat di memberi faedah kepada masyarakat dan negara. Setelah beberapa kali sesi kelas berlangsung, pelajar ini acap kali lewat hadir ke kelas walaupun di denda setiap kali lewat. Saya dan rakan mula merasa risau akan masalah pelajar yang lewat ini. Tambahan pula ada pelajar yang lewat sehingga hampir setengah jam. Pelbagai usaha dan nasihat telah diberikan tetapi kelihatan perbuatan mereka hadir lewat ke kelas menjadi makanan ruji setiap hari. Apabila ditanya pelbagai alasan yang kadang-kadang difikirkan tidak logik dilontarkan. Kami menjadi runsing dan terpanggil untuk menyelesaikan masalah ini agar kelakuan pelajar bermasalah ini tidak terbawa sehingga bekerja kelak. 3.0 OBJEKTIF INOVASI Objektif merupakan matlamat utama bagi pensyarah kelas dalam inovasi ini. Di antara objektif adalah seperti berikut:- 577 i. Mengenalpasti kaedah meminimumkan kes kelewatan dalam kalangan pelajar. ii. Mengenalpasti kaedah bagaimana untuk menyedarkan pelajar supaya mematuhi peraturan yang ditetapkan walau dimana sahaja berada. iii. Mengenalpasti kaedah bagaimana membentuk budaya pelajar yang mematuhi displin terutamanya kehadiran. 4.0 CIRI – CIRI INOVASI Dalam meningkatkan kualiti pengurusan dalam bilik kuliah, kaedah Traffic Book telah digunakan bagi membantu pensyarah dalam mengatasi masalah kelewatan pelajar hadir ke kelas. Berikut adalah ciri-ciri inovasi Traffic Book : i. Inovasi ini menggunakan card board yang menyerupai lampu traffic iaitu merah, kuning dan hijau. ii. Inovasi ini juga menyediakan buku rekod bagi setiap pelajar yang hadir lewat di mana masa dan tarikh kelewatan dicatat. iii. Inovasi ini mempunyai tiga ruang atau sampul untuk digunakan dimana bagi setiap pelajar yang pertama kali hadir lewat ke kelas, buku kehadiran akan diletakkan diruang pertama iaitu hijau. Ia bermaksud amaran pertama akan di berikan oleh ketua program. iv. Inovasi ini akan memberi kesan kepada pelajar bahawa pensyarah kelas sentiasa memantau kehadiran mereka. v. Inovasi ini akan di tampalkan dihadapan kelas agar pelajar sentiasa peka dengan kehadiran mereka. vi. Inovasi ini juga memudahkan pihak pengurusan untuk memantau pelajar dari setiap kelas. 578 5.0 CARA OPERASI Buat pertama kalinya, pensyarah memperkenalkan peraturan baru yang dinamakan Traffic Book kepada pelajar dimana peraturannya adalah seperti berikut: Kali pertama lewat : Perlu berjumpa Ketua Program Unit IT Kenyataan pelajar akan direkodkan di dalam traffic light book bahagian hijau. Kali kedua lewat : Perlu berjumpa Pegawai Hal Ehwal Pelajar Kenyataan pelajar akan direkodkan di dalam traffic light book bahagian kuning. Kali ketiga : Perlu dihantar ke Unit Kaunseling Kenyataan pelajar akan direkodkan di dalam traffic light book bahagian merah. Setiap pelajar yang hadir lambat akan mempunyai sebuah buku Traffic book. Bagi pelajar yang hadir lewat, buku Traffic book ini kemudiannya akan di letakkan di dalam sampul hijau, kuning dan merah mengikut kehadiran mereka. Sampul ini diletakkan didalam kelas agar mereka sentiasa sedar dan peka terhadap kehadiran mereka. 579 6.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI Rajah 1: Contoh Traffic Book Rajah 2: Contoh Sampul 580 Rajah 3: Lokasi Traffic Book Di Dalam Kelas Bagi inovasi ini perbelanjaan dan pengiraan kos adalah seperti berikut: BIL BAHAN KUANTITI KOS 1 Card Board 1 RM3.00 2 Kertas Warna 3 RM 0.60 3 Buku rekod 10 buah buku RM 3.00 JUMLAH RM 6.60 581 Berikut merupakan rajah 4 carta alir bagi proses pelaksanaan inovasi Traffic Book: Mula Pelajar Lewat ke kelas. Catat nama pelajar tahap hijau di dalam traffic book Jika, Lewat sekali Berjumpa Ketua Program Catat nama pelajar tahap kuning di dalam traffic book Berjumpa Pegawai Hal Ehwal Pelajar Ya Jika, Lewat kali ke 2 Jika, Lewat kali ke 3 Tidak Hubungi Ibubapa Pelajar Ya Catat nama pelajar tahap merah di dalam traffic book Berjumpa Unit Kaunseling Tamat Rajah 4: Carta Alir Pelaksanaan Traffic Book 582 7.0 IMPAK INOVASI Bagi pelaksanaan kaedah yang telah dicadangkan diharap dapat memberi impak pada P&P di sesebuah institusi. Diantara manfaat yang diperolehi dalam P&P seperti berikut:i. Proses pengajaran & pembelajaran tidak terganggu oleh pelajar yang lewat hadir ke kelas ii. Dapat meminimumkan kelewatan hadir ke kelas sekaligus mengelak daripada di tahan menduduki peperiksaan. iii. Menambah kepekaan pelajar terhadap masalah hadir lewat ke kelas. iv. Mengelak daripada konsep dendaan yang seringkali digunakan kepada pelajar yang hadir lewat ke kelas. v. Memberi peringatan kepada pelajar tentang hadir lewat ke kelas vi. Mewujudkan perkembangan potensi diri mereka ke arah pembentukan modal insan yang berkualiti. 8.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN INOVASI Hasil daripada inovasi yang telah dijalankan ke atas para pelajar, didapati beberapa cadangan penambahbaikan dapat dilakukan ke atas inovasi iaitu:i. Penggunaan Trafik Book diperkenalkan di peringkat kolej di mana setiap kelas melaksanakan kaedah yang sama. ii. Buku rekod kehadiran perlu di gunakan oleh seorang pelajar daripada semester pertama sehingga semester keempat. Dengan itu proses pemantauan akan di jalankan secara berterusan. iii. Menggunakan papan bagi menggantikan card board . Papan didapati akan lebih tahan lasak dan teguh berbanding dengan penggunaan card board. 583 9.0 KESIMPULAN Pembelajaran adalah istilah yang sinonim dengan para pelajar dan guru-guru. Pembelajaran adalah satu objektif penting pembelajaran para pelajar. Pembelajaran merujuk kepada sebarang perubahan tingkah laku seseorang pelajar yang diakibatkan oleh sesuatu perubahan tingkah laku sama ada secara fizikal atau mental akibat daripada pengalaman baru. Sebarang pengalaman yang meninggalkan kesan yang kuat terhadap emosi pelajar. Teori pembelajaran tingkah laku adalah satu bentuk pembelajaran yang mengaplikasikan psikologi pendidikan dalam pengurusan bilik kuliah atau disiplin. Berpandukan kepada teori pembelajaran tingkah laku, ia dapat membantu guru-guru mengatur dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses P&P dapat dijalankan dengan berkesan. Melalui pendekatan atau kaedah yang dicadangkan adalah mempunyai potensi dalam P&P iaitu:- i. Memudahkan pensyarah untuk mengawal kehadiran pelajar dalam kelas. ii. Memberi kesedaran dan peringatan kepada pelajar bahawa pensyarah sedang memantau mereka. 584 TABLE SETTING KITS Rosnehaida Azly bt Abd Rani1, Nurul Nadiah bt Zainuddin2, Mohamad Fared bin Mohd Arshad3 [email protected], [email protected] & [email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput ABSTRAK Etika meja makan perlu diketahui oleh semua individu tak kira pelajar mahupun yang sudah bekerja. Ia adalah penting bagi gambaran imej sesorang individu ketika di dalam majlis rasmi. Bagi pelajar pelancongan Kolej Komuniti salah satu subjek yang berkaitan dengan etika meja makan ialah di bawah subjek Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan. Di kebanyakkan Kolej Komuniti tidak mempunyai table setting kits yang mencukupi. Dengan ini tercetus idea untuk menghasilkan satu table setting kits bagi pelajar lebih memahami dengan lebih mendalam secara latihamal. Selain itu juga table setting kits ini boleh digunakan oleh pelajar pelancongan Kolej Komuniti, ia juga amat sesuai digunakan bagi kursus pendek etika meja makan dan juga pelajar dari pelbagai IPTA/S yang mempunyai kursus perhotelan dan pelancongan. 1.0 PENGENALAN Etika di meja makan merupakan satu adab dan etika yang perlu dititikberatkan dalam sesuatu majlis rasmi seperti majlis makan malam bersama orang kehormat dan sebagainya. Etika meja makan bertujuan melahirkan pelajar yang mempunyai keyakinan diri ketika menghadiri majlis makan rasmi. Di dalam subjek Perkhidmatan Pelanggan Pelancongan bagi sub topik Etika Sosial ada menerangkan penampilan diri dari aspek sosial. 2.0 PENYATAAN MASALAH Keperluan bagi menjalankan amali bagi etika meja makan sangat terhad. Tidak cukup kelengkapan seperti sudu, garpu, pisau dan lain-lain lagi. . Kos untuk set lengkap table setting sangat mahal. 585 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Membuat prototaip set table setting kits menggunakan gabus putih bagi pelajar senang mengingati fungsi sudu, garpu dan pisau. 4.0 CARA OPERASI Pensyarah hanya perlu menerangkan secara teori kelengkapan asas table setting seperti dibawah: Kemudian amali menggunakan gabus putih table setting kits 586 5.0 GAMBARAJAH INOVASI / KOS INOVASI KOS Gabus putih RM3.00 sahaja 587 6.0 IMPAK INOVASI 1) Pelajar lebih memahami cara penggunaan table setting kits secara amali. 2) Boleh diguna pakai oleh semua pelajar perhotelan dan pelancongan IPTA/S. 3) Kos yang sangat rendah bagi pensyarah menyediakan table setting kits ini. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA Menggunakan gabus mudah patah. Bagi penambahbaikan ia memerlukan kayu atau pallet kayu. 8.0 KESIMPULAN 1) Pelajar dapat menguasai pengetahuan dan berketrampilan dalam etika sosial terutama dalam majlis rasmi. 2) Inovasi ini sangat sesuai bagi pelajar Kolej Komuniti kerana ia senang diaplikasikan. 588 REMEMBER TOURISM TERMS Nurul Nadiah bt Zainuddin1, Mohamad Fared bin Mohd Arshad2, Rosnehaida Azly bt Abd Rani3 [email protected], [email protected]& [email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput ABSTRAK Tourism terms wajib diingat oleh setiap pelajar pelancongan. Bagi pelajar Kolej Komuniti, tourism terms susah untuk diingati kerana terlalu banyak terms atau istilah di dalam Bahasa Inggeris. Dengan ini tercetus inovasi untuk menghasilkan tourism terms berbentuk broshur. Pelajar boleh membawanya kemana saja kerana ia berbentuk broshur poket. 1.0 PENGENALAN Tourism term digunakan di seluruh dunia. Sebagai seorang pelajar pelancongan, wajib mengingati dan memahi tourism term tersebut. Di dalam subjek Pengenalan Pelancongan ada menerangkan keperluan mengingati dan memahami tourism term. 2.0 PENYATAAN MASALAH Pelajar menghadapi kesukaran mengingati tourism term kerana terlalu banyak dan Bahasa Inggeris. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI 1) Membuat poket brochure tourism term 2) Senang di bawa ke mana-mana 4.0 CARA OPERASI Pensyarah hanya perlu menerangkan secara teori brohur berbentu poket. 589 5.0 GAMBARAJAH INOVASI Agent: One who has the power to act at the representative of another. Most frequently in travel, a specific kind of agent such as a travel agent. AIO variables: Activities, interests, and opinionsused to measure and categorize customer lifestyles. Air sea: A cruise or travel package in which one or more transportation elements are provided by air and one or more by sea. The package is usually combined with local lodging. Back to back: A term used to describe tours operating on a consistent, continuing basis. For instance, a motorcoach arriving in a city from a cross-country tour may conclude the first tour upon arrival, then transport a second group back along the same route to the origination city of the first tour Baggage master: The person who controls baggage handling on a ship. boarding house, often with a full American-style or Continental breakfast included in one rate. Airline fare: Price charged for an airline ticket. Several types of fares exist and can change with market conditions. Cabin: A sleeping room on a Corporation ship. Airlines Reporting (ARC): An organization that Carrier: A company that provides transportation services, such as motorcoach companies, airlines, provides a method of approving cruise lines, and rental car agencies. authorized agency locations for Cash Monies available to meet a company's theflow: sale of transportation and daily operating expenses, as opposed to equity, cost-effective procedures for accounts receivable, or other credits not immediately accessible. processing records and funds of such sales to carrier customers. Economic impact study: Research into the dollars generated by an industry and how these dollars impact the economy through direct spending and the indirect impact of additional job creation and the generation of income and tax revenue. Ecotour: A tour designed to focus on preserving the environment, or to environmentally sensitive areas. Educational tour: A tour designed around an educational activity, such as studying art. Cash budget: A budget that monitors cash flow and funds available to meet current expenses. All-inclusive package: A tour Casual research: form of marketing research that package inAwhich most travel is used to test cause-and-effect relationships elements are program purchased for set between a marketing and customers. price. Also called an all-expense package. 5.0 IMPAK INOVASI Alumni tour: A tour created for customers who have previously 1) Pelajar lebih senang mengingati tourism terms. traveled with a tour operator. Also 2)called Nota apoket yang boleh dibawa kemana-mana. reunion tour. 3) Boleh diguna pakai oleh semua pelajar perhotelan dan pelancongan IPTA/S. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA Mempelbagaikan bentuk brochur yang menarik. 7.0 KESIMPULAN 1) Pelajar dapat menguasai pengetahuan dalam tourism terms. 2) Inovasi ini sangat sesuai bagi pelajar Kolej Komuniti kerana ia senang diaplikasikan. 590 “I WANNA GO HOME” PERMAINAN KEUSAHAWANAN PELAJAR BERMASALAH PEMBELAJARAN ORANG KURANG UPAYA – LERANING DISORDER (OKU - LD) Yufiza Mohd Yusof Kolej Komuniti Sungai Siput [email protected] ABSTRAK Di pasaran masa kini terdapat banyak jenis permainan berbentuk menguji minda. Kebanyakkan permainan menguji minda ini banyak tertumpu pada kebolehan pemain menjana pendapatan daripada perlaburan hartanah. Pemain-pemain permainan minda ini memerlukan pemain-permainnya mempunyai akal yang cekap dan bijak berfikir. Beberapa contoh permainan minda tersebut adalah SAHIBA, MONOPOLI, UNO dan sebagainya. Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran atau Learning Disorder students (LD), merupakan sebahagian dari pemain yang meminati permainan menguji minda. Bagi membantu pelajar bermasalah pembelajaran untuk lebih memahami sesuatu permainan minda terutama sekali yang menjurus kepada bidang keusahawanan, maka terciptalah permainan yang dipanggil sebagai ‘I WANNA GO HOME’. ‘I WANNA GO HOME’ ini merupakan permainan yang cuba mencungkil minat dan memberi kefahaman kepada pelajar masalah pembelajaran menceburi bidang keusahawanan. Cara bermainnya adalah sebelum pemain balik ke rumah masingmasing, mereka perlu melalui rintangan iaitu menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan topik-topik yang terdapat dalam silibus keusahawanan. Pemain akan diberikan 4 buah (tentera) dan setiap buah itu perlu balik ke rumah masing-masing. Dadu dibaling untuk menggerakkan pemain dari tapak permulaan sehingga ke rumah masing-masing mengikut warna yang telah ditetapkan. Kata kunci: Permainan Keusahawanan, Masalah Pembelajaran – LD. 1.0 PENGENALAN Keusahawanan adalah merupakan agenda kritikal negara walaupun keusahawanan ini telah lama wujud. Subjek keusahawanan ini telah dijadikan kursus wajib untuk semua pelajar di institusi pengajian di Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk menarik minat pelajar dalam bidang keusahawanan ini dan dengan rela hati menjadi usahawan selepas tamat pengajian mereka di mana-mana sahaja mereka berada. Di pasaran masa kini terdapat banyak jenis permainan berbentuk menguji minda. Kebanyakan permainan menguji minda ini banyak tertumpu pada kebolehan pemain menjana 591 pendapatan daripada perlaburan hartanah. Pemain-pemain permainan minda ini memerlukan pemain-permainnya mempunyai akal yang cekap dan bijak berfikir. Beberapa contoh permainan minda tersebut adalah SAHIBA, MONOPOLI, SAIDINA dan sebagainya. 2.0 PERNYATAN MASALAH Kolej Komuniti Sungai Siput salah satu dari 6 buah institusi di Jabatan Pengurusan Kolej Komuniti yang menjalankan kelas bagi pelajar masalah pembelajaran atau Learning Disorder (LD) khususnya dalam bidang komputer. Ini adalah menyahut seruan perdana menteri untuk memberi pendidikan kepada pelajar LD tersebut dalam bidang kemahiran tertentu dan pengetahuan agar mereka mempunyai keyakinan untuk terus berjuang dalam dunia sebenarnya. Subjek keusahawanan ini telah menjadi subjek wajib tanpa mengira latar belakang pelajar. Keusahawanan merupakan satu topik peting dalam membangunkan pelajar-pelajar untuk menjadi usahawan selepas tamat pengajian di mana-mana institusi atau pusat pengajian di Malaysia ini. Pelajar-pelajar LD ini agar lambat memahami sesuatu konsep dan tidak boleh mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran (PDP) seperti pelajar biasa yang lainnya. Mereka memerlukan banyak kaedah dan teknik PDP agar lebih memahami subjek tersebut. Bermain adalah salah satu teknik berkesan untuk menarik perhatian dan minat pelajar LD untuk memahami sesuatu topik pengajaran. Fokus utama inovasi ini dijalankan adalah untuk membantu pelajar LD untuk memahami topik dalam modul keusahawanan ini dengan lebih baik dengan cara bermain sambal belajar. Dengan permainan keusahawanan ‘I WANNA GO HOME’ ini pelajar LD diharapkan dapat memahami topik keusahawanan tersebut. Di samping itu juga diharap permainan ini dapat melahirkan ciri-ciri keusahwanan dalam diri pelajar LD ini dan berusaha untuk menjadi usahawan kecil-kecil sebagai kerjaya mereka di masa hadapan. 592 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Pelajar-pelajar yang mempunyai masalah pembelajaran atau Learning Disorder students (LD), merupakan sebahagian dari pemain yang meminati permainan menguji minda. sesuatu Bagi membantu pelajar bermasalah pembelajaran untuk lebih memahami permainan minda terutama sekali yang menjurus kepada bidang keusahawanan, maka terciptalah permainan yang dipanggil sebagai ‘I WANNA GO HOME’. Ciri-ciri inovasi tersebut adalah: 1. Inovasi ini direka bertujuan untuk membantu pelajar LD memahami topik keusahawanan di dalam PDP. 2. Inovasi ini adalah berbentuk permainan yang mempunyai halangan dalam bentuk soalan-soalan yang perlu dijawab. 3. Inovasi ini mudah dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja pelajar LD berada. 4. Inovasi ini adalah salah satu keadah memudahkan pelajar LD memahami bidang keusahawanan. 5. Inovasi ini juga cuba mengungkil bakat keusahawanan dalam diri pelajar LD. 6. Inovasi in mengambarkan kerjasama di antara pelajar bagi memupuk kerja berkumpulan. 4.0 CARA OPERASI ‘I WANNA GO HOME’ ini merupakan permainan yang cuba mencungkil minat dan memberi kefahaman kepada pelajar masalah pembelajaran menceburi bidang keusahawanan. Cara bermainnya adalah sebelum pemain balik ke rumah masingmasing, mereka perlu melalui rintangan iaitu menjawab soalan-soalan yang berkaitan dengan topik-topik yang terdapat dalam bidang keusahawanan. Pemain akan diberikan 4 buah (tentera) dan setiap buah itu perlu balik ke rumah masing-masing. Dadu dibaling untuk menggerakkan pemain dari tapak permulaan sehingga ke rumah masing-masing mengikut warna yang telah ditetapkan. Setiap petak di mana pelajar berhenti, mereka akan disoal dengan soalan-soalan berkaitan keusahawanan. 593 Soalan tersebut akan dibaca dan setiap perserta perlu menjawab soalan tersebut dengan betul. Markah akan dicatat di atas skor kad bagi setiap pemain. Sekiranya terdapat pemain gagal menjawab soalan dengan betul permainan masih diteruskan kerana tujuan asal permainan ‘I WANNA GO HOME’ ini adalah untuk pelajar mencungkil minat dalam bidang keusahawanan. Permainan ini akan tamat apabila semua pemain dapat kembalikan tentera kembali ke rumah masing-masing. Kemenangan bagi pemain permainan ‘I WANNA GO HOME’ ini adalah dengan kembalinya tentera ke rumah masing-masing dan berapa banyak skor yang mereka perolehi dari soalan yang diberikan. Markah kembali ke rumah masing-masing adalah tempat pertama 100%, tempat kedua 80%, tempat ketiga 50% dan tempat terakhir 30%. Bagi skor pula, setiap markah tepat 10% akan diberikan. Akhirnya markah permainan ‘I WANNA GO HOME’ dan skor kad akan dicampurkan untuk mendapatkan seorang pemanang dalam permainan ini. Ganjaran bagi permainan ini adalah terpulang kepada pensyarah modul masing-masing. Ini adalah kerana bagi pelajar LD, ganjaran kepada setiap aktiviti adalah merupakan kemenangan dalam kehidupan mereka untuk terus berjaya. 5.0 GAMBAR INOVASI 594 6.0 IMPAK INOVASI 1. Inovasi membantu pelajar LD memahami topik keusahawanan di dalam PDP dan kehidupan seharian. 2. Inovasi ini adalah berbentuk permainan yang memberikan keseronokan kepada pelajar LD. 3. Inovasi ini mudah dan boleh dimainkan di mana-mana sahaja pelajar LD berada. 4. Inovasi ini adalah salah satu teknik memudahkan pelajar LD memahami bidang keusahawanan. 5. Inovasi ini dapat mengungkil bakat keusahawanan dalam diri pelajar LD. 595 6. Inovasi in mengambarkan kerjasama di antara pelajar bagi memupuk kerja berkumpulan. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA ADAPTASI ATAU Permainan ‘I WANNA GO HOME’ ini adalah satu-satunya keusahawanan yang dibina untuk memenuhi keperluan pembelajaran pelajar OKU-LD yang mengikut pembelajaran di Kolej Komuniti yang terdapat di Malaysia.sekiranya ia akan dilaksanakan sebagai salah satu alat bantu mengajar di kolej, maka adalah perlu penambahbaikkan dijalankan agar pemainan ini dapat digunakan sebagai salah satu aktiviti bersama keluarga di masa lapang. 8.0 KESIMPULAN Pelajar kolej komuniti adalah pelajar yang latar belakangnya tergulung daripada pelajar sederhana. Oleh itu PDP perlulah menarik agar dapat menarik perhatian mereka meminati sesuatu subjek. Dengan pelbagai alatbantu mengajar yang direka dapat membantu pelajar-pelajar ini untuk memberi komitmen yang positif dalam pembelajaran mereka. Usaha stiap pensyarah dalam merekabentuk inovasi dalam PDP perlu diberi sokongan secara moral dan kewangan. Usaha murni ini sangat membantu pelajarpelajar dalam mengharungi alam pekerjaan yang sebenar. 596 9.0 RUJUKAN Ee, Ah Meng (1987) "Pedagogi Untuk Bakal Guru", Fajar Bakti, Petaling Jaya. Mohd Rizal bin Mohd Said, M. b. (n.d.). Masalah Guru Pendidikan Khas Program Integrasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Kemahiran Hidup di Sekolah Menengah, Daerah Kota Tinggi, Johor. Pusat Perkembangan Kurikulum, 2002 Rashid, H. (2013, may 30). Retrieved April 1, 2014, from Pendidikan inklusif: http://hilyatirashid.blogspot.com/2013/05/ta1.html Yufiza Mohd Yusof, Rafidah Mohd Basir & Salina Abu Bakar (2014). Satu Tinjauan Pelaksanaan Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran (Pelajar Ld) Di Kolej Komuniti. Persidangan Cie-Tvet, Politeknik Mersing Johor. 597 PENGGUNAAN RAKAMAN VIDEO SEBAGAI ALTERNATIF KEPADA KAEDAH DEMONSTRASI Hasnorliza Binti Abdul Hamid Kolej Komuniti Sungai Siput [email protected] ABSTRAK Kurikulum Kemahiran Bermodular Kebangsaan adalah suatu perancangan latihan dan pembelajaran kemahiran berbentuk modular jangka pendek yang merangkumi kompetensi teknikal,pengetahuan dan sosial. Model kurikulum ini berbentuk ‘outcome-based education’ dan ‘competency-based education’. Dalam SMK 5, terdapat 6 arena pembelajaran yang mendedahkan para pelajar dalam bidang industri. Di antaranya adalah modul penyelenggaraan Penghawa Dingin yang memerlukan para pelajar membuat pencantuman 2 tiub kuprum dengan menggunakan saduran rod kuprum. Sijil SMK 5 iaitu Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri merupakan program untuk melengkapkan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan yang tepat dan teknik yang betul untuk melaksanakan tugas di dalam bidang pemasangan elektrik. Subtopik ‘silfosing’ tiub kuprum merupakan antara tajuk dalam modul ini yang menggunakan bahan dan peralatan melibatkan kos yang agak tinggi terutamanya penggunaan ‘self-lighting torch’, rod kuprum dan tiub kuprum itu sendiri. Oleh hal yang demikian, pengajar terpaksa mengamalkan sikap berjimat sepanjang amali ini kerana ia melibatkan pelajar seramai 49 orang dan menghadkan pengulangan amali ini. 1.0 PENGENALAN Kolej Komuniti Sungai Siput telah menawarkan Sijil Kolej Komuniti Bermodular dalam Pemasangan Elektrik di mana terdapat sebanyak lima kursus yang berbeza sepanjang tempoh 2 tahun. Program yang lebih cenderung memenuhi kehendak pasaran elektrik industri di mana ia menawarkan enam arena pembelajaran seperti Pemasangan Dulang Kabel, Pemasangan Sistem ‘Ducting’, Pemasangan Kabel Bawah Tanah, Pemasangan Papan Suis Utama Dan Sub Suis Utama, Pemasangan Sistem Penggera Kebakaran Dan Penyelenggaraan Penghawa Dingin kepada para pelajar. Dalam inovasi ini penumpuan lebih kepada arena pembelajaran Penyelenggaraan Penghawa Dingin kerana modul ini melibatkan kos yang tinggi sepanjang proses pembelajarannya. Kekurangan bahan dan peralatan 598 adalah antara faktor yang menyebabkan inovasi ini terhasil. Kelas yang mempunyai pelajar seramai 49 orang dalam sesuatu masa dan perlu menjalankan amali dan penilaian secara individu telah mengakibatkan timbul masalah dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Masalah ini semakin rumit apabila terdapat amali yang memerlukan pengulangan amali atau cubaan kaedah kerja sebelum penilaian. Para pelajar yang tiada asas dalam arena pembelajaran ini, kekangan bahan dan peralatan serta masa pengajaran dan pembelajaran telah menyebabkan tenaga pengajar memikirkan alternatif yang perlu mengambilkira faktor penjimatan dan keselamatan dalam semua aspek. Rakaman video bagi subtajuk ‘silfosing’ tiub kuprum telah dihasilkan oleh pensyarah di mana para pelajar perlu melakukan kaedah penyatuan tiub tersebut mengikut teknik yang telah dipelajari dengan betul dan perlu mendapatkan penyatuan 2 tiub kuprum yang cantik dan kemas sadurannya. Sebelum ini, kaedah demonstrasi digunakan sewaktu proses P&P tetapi timbul pula masalah apabila para pelajar yang berada di lapisan belakang mengadu tidak nampak atau kurang jelas sewaktu demonstrasi. Pelajar juga membuat bising dan berbual-bual menyebabkan proses P&P terganggu. Kedudukan barisan pelajar yang berlapis dan tidak tersusun sepanjang menyaksikan demonstrasi tersebut telah mengundang kepada permintaan pengulangan demonstrasi. Ini mengakibatkan penggunaan bahan bertambah dan akan menyumbang kepada peningkatan kos. Sekiranya pengajar menjadikannya kepada beberapa kumpulan yang kecil maka demostrasi akan diulang mengikut bilangan kumpulan. Ini menyebabkan kos bahan semakin meningkat dan banyak masa dan bahan akan dihabiskan untuk demostrasi sahaja. Penyelesaian yang mungkin bagi masalah ini adalah penambahan bahan dan peralatan yang terlibat dalam proses penyelenggaraan penghawa dingin seperti unit penghawa dingin, tiub kuprum,rod kuprum, nat kembang, berus dan sikat sirip serta alatan tangan. Ini bagi memastikan penglibatan amali oleh pelajar berlaku secara serentak dan dapat memanjangkan tempoh jangka hayat peralatan penyelenggaraan. ‘Stand’ penghawa dingin pula perlu dipasang roda untuk memudahkan pergerakan. Ia akan dibawa keluar kelas 599 untuk memudahkan proses amali penyelenggaraan berlaku. Faktor keselamatan juga akan terjamin. Antara bahan dan peralatan yang digunakan dalam amali ‘silfsosing copper tube’. Senarai peralatan yang perlu penjimatan kerana mahal adalah ‘self-lighting torch’, rod kuprum, set ‘swaging and flaring’ dan tube bender. Proses amali “silfosing copper tube’ yang dijalankan secara individu oleh setiap pelajar. Keselamatan diri dan alatan perlu penekanan agar tiada berlakunya insiden yang tidak diingini. 600 Rajah di atas menunjukkan antara masalah yang dihadapi dalam proses P&P iaitu kedudukan pelajar yang berlapis dan tidak tersusun sewaktu demonstrasi oleh pengajar. Hanya pelajar yang berada di barisan hadapan sahaja yang dapat mengikuti sepenuhnya tanpa halangan proses pembelajaran. 2.0 PERNYATAAN MASALAH a) Peningkatan kos bahan  Kos bahan guna habis seperti tiub kuprum,gas ‘self-lighting torch’,rod kuprum dan nat kembang akan meningkat apabila demonstrasi diulang mengikut permintaan pelajar. b) Kekurangan bahan dan peralatan  Kekurangan bahan dan peralatan seperti unit penghawa dingin,alatan tangan, tiub kuprum , nat kembang, berus, rod kuprum dan ‘selflighting torch’ menyebabkan amali tidak dapat dibuat berulang kali. Percubaan kaedah penyelenggaraan oleh pelajar sewaktu menjalankan amali biasa dan juga persediaan untuk penilaian terpaksa dihadkan bagi penjimatan. 601 c) Memerlukan pengulangan amali atau cubaan kaedah kerja sebelum penilaian.  proses amali dan penilaian secara umumnya diberikan peluang sehingga kali ketiga pengulangan amali tetapi bagi proses penjimatan, pihak pengajar terpaksa menghadkannya hanya sekali sahaja. jadi keberkesanan sepenuhnya langkah kerja yang betul tidak dapat dipastikan. d) Tidak nampak atau kurang jelas langkah-langkah kerja amali sewaktu pengajaran  Sewaktu proses pengajaran secara demonstrasi, kedudukan pelajar yang berlapis-lapis telah mengakibatkan had penglihatan terhad. Para pelajar di barisan belakang tidak dapat menyaksikan demonstrasi dengan lebih jelas dan menyebabkan mereka bosan dan berbual-bual sewaktu pengajaran. e) Bilangan pelajar yang ramai dan waktu pengajaran serentak  Bilangan pelajar yang ramai dalam sesuatu masa tidak seimbang dengan bilangan unit penghawa dingin. Di KKSS hanya terdapat satu unit penghawa dingin sebagai peralatan amali bagi pelajar seramai 49 orang. Ini menyebabkan jangka hayat unit berkenan semakin singkat. Alatan tangan yang terhad juga menyebabkan para pelajar tersebut terpaksa menunggu giliran untuk menjalankan amali dan juga proses penilaian. f) Kurang kawalan ke atas keselamatan diri pelajar, bahan dan peralatan  Sepanjang proses amali, para pelajar akan menggunakan peralatan dan bahan yang berisiko tinggi untuk menyebabkan insiden. ‘selflighting torch’, pemotong tiub kuprum dan alatan tangan lain boleh menjadi penyebabnya. Proses ‘silfosing’ ini akan menyebabkan tiub kuprum menjadi panas. Sekiranya kurang kawalan keselamatan di situ, pelajar akan memegang batang tiub kuprum tersebut dan akan mengakibatkan tangan mereka melecur dan melekat pada tiub tersebut. 602 Sehubungan itu, sebelum perkara buruk terjadi pensyarah telah memikirkan alternatif bahan bantu mengajar ini. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Inovasi penghasilan video bagi tunjuk cara amali ‘silfosing copper tube’ adalah pilihan yang paling mudah untuk dihasilkan mengikut tahap pelajar. Ini kerana jika menggunakan aplikasi yang lain atau lebih terkini, para pelajar terpaksa mempelajari sesuatu yang baru bagi mencapai inovasi ini. Ia akan membazir masa dan memanjangkan tempoh pengajaran dan pembelajaran. Video yang dihasilkan ini mempunyai audio dan gambar yang jelas lagi terang. Pelajar dapat menyaksikan video ini serentak dalam kuliah tanpa ada rungutan sama ada tidak nampak atau kurang jelas. Sepanjang tayangan video, pensyarah akan memberhentikan seketika jika ada keperluan iaitu sewaktu penjelasan lebih dalam tentang sesuatu bahagian secara realiti dan juga sekiranya terdapat persoalan dan pertanyaan daripada para pelajar. jadi pengajaran secara terbuka dan komunikasi 2 hala boleh berlaku tanpa ada halangan. Sepanjang penggunaan video ini sebagai bahan bantu mengajar, banyak kelebihan yang dikecapi berbanding kekurangan. Antaranya dari segi penjimatan masa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah tidak perlu mengulang tunjuk cara teknik ‘silfosing copper tube’ berulang kali malahan sekiranya para pelajar terlupa atau berasa sangsi, mereka dapat menontonnya di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan mencapai video tersebut melalu aplikasi ‘group’ dalam media sosial ‘facebook’. Media ini digunakan sebagai hub antara pelajar dengan pensyarah serta sumber rujukan bagi mereka. Penjimatan juga berlaku pada pembelian bahan dan peralatan di mana penggunaanya terkawal dan dapat memanjangkan tempoh jangka hayat peralatan amali tersebut. 603 4.0 CARA OPERASI Penggunaan rakaman video teknik ‘silfosing copper tube’ telah dipancarkan pada para pelajar SPE 5 sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran penyelenggaraan penghawa dingin iaitu teknik ‘silfosing copper tube’. Tayangan akan berlaku sebelum proses amali berlangsung maka para pelajar dapat memahami dengan lebih mendalam selepas proses pengkuliahan teori. Sepanjang tayangan video ini berlangsung, para pelajar dibenarkan bertanya soalan atau mengemukakan pertanyaan berkaitan video tersebut. Pensyarah pula akan menghentikan tayangan buat sementara waktu bagi memberi laluan kepada pertanyaan pelajar berkenaan. Tayangan juga akan dihentikan sekiranya terdapat bahagian-bahagian tertentu topik pengajaran yang memerlukan penerangan dan penekanan yang lebih mendalam. Walaupun menggunakan video ini tetapi peralatan dalam dunia sebenar tidak dilupakan. Ini bagi memastikan pelajar berada dalam realiti kehidupan. Setelah proses pengajaran dan pembelajaran secara video ini selesai, pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan amali yang kecil iaitu seramai 2 orang sekumpulan bagi menjalankan amali tersebut. Akibat kekurangan bahan dan peralatan maka sistem giliran terpaksa digunakan dan mengakibatkan tempoh amali menjadi panjang. Sepanjang amali tersebut, para pelajar diberikan penggunaan terbuka atau ‘open access’ terhadap rakaman video dan komputer pensyarah untuk melihat kembali atau mengulangi rakaman video tersebut sekiranya terdapat langkah-langkah amali yang terlupa. Bagi para pelajar yang melanggan pelan data dan mempunyai telefon pintar, mereka dapat mencapai atau muat turun video tersebut yang telah dimuatnaik ke dalam ‘group facebook’ SMK 5 yang menjadi platform atau sumber rujukan mereka. 604 5.0 GAMBARAJAH INOVASI /KOS INOVASI KRITERIA 1. Kekurangan SEBELUM pengajar -mengadakan terlatih (dalam kepada bidang SELEPAS para penghawa dengan dingin) kursus -Tidak memerlukan tenaga pelajar pengajar luar kerana telah mencari tenaga mempunyai pengajar yang kompeten. sendiri. AKIBAT : Peningkatan kos Tidak bayaran upah mengajar 2. Kekurangan bahan dan -menjalin peralatan amali pengajar melibatkan kos sampingan hubungan -Tiada peningkatan kos dengan sekolah vokasional atau pembelian berlebihan atau Akademi Binaan kerana tidak perlu banyak Malaysia untuk pengulangan amali oleh melibatkan kos menggunakan kemudahan pelajar. bahan, peralatan dan makmal mereka sepanjang amali AKIBAT : Peningkatan kos Tidak bayaran sewaan peralatan sampingan. dan tempat serta pengangkutan. 3. Kos bahan dan peralatan -Anggaran kos keseluruhan -kos bagi seorang bahan berkurangan pelajar kepada RM 5000 untuk 3 adalah RM 5000.00. kali amali. Jika proses pengulangan -Kemahiran teknikal pelajar amali berlaku cthnya 3 kali semakin meningkat. maka sebanyak (RM 5000 15000). x - masa amali dapat 3kali=RM dijimatkan -mudah digunakan video ini dan boleh mengulanginya banyak kali. 605 6.0 IMPAK INOVASI Sepanjang penggunaan video ini sebagai bahan bantu mengajar, banyak kelebihan yang dikecapi berbanding kekurangan. Antaranya dari segi penjimatan masa sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran. Pensyarah tidak perlu mengulang tunjuk cara teknik ‘silfosing copper tube’ berulang kali malahan sekiranya para pelajar terlupa atau berasa sangsi, mereka dapat menontonnya di mana sahaja dan pada bila-bila masa dengan mencapai video tersebut melalui aplikasi ‘group’ dalam media sosial ‘facebook’. Media ini digunakan sebagai hub antara pelajar dengan pensyarah serta sumber rujukan bagi mereka. Penjimatan juga berlaku pada pembelian bahan dan peralatan di mana penggunaanya terkawal dan dapat memanjangkan tempoh jangka hayat peralatan amali tersebut. Selain itu kelebihan inovasi ini dapat; i. membantu pelajar menguasai dan memahami langkah demi langkah amali ‘silfosing copper tube’ dengan teknik yang betul. ii. pelajar akan dapat mengulangkaji pelajaran di mana sahaja mereka berada setelah dimuatnaik ke dalam ‘group’ pembelajaran menggunakan telefon pintar mereka. Ini akan membantu pelajar untuk lebih bersedia apabila kuiz dan ujian amali dijalankan pada kelas yang seterusnya dan secara langsung dapat meningkatkan keyakinan pelajar dalam Modul Penyelenggaraan Penghawa Dingin. iii. Mewujudkan suasana P&P yang berbeza daripada biasa dan pelajar akan lebih aktif semasa di dalam kelas. Teknik ini juga akan menerapkan beberapa kemahiran generik dalam diri pelajar seperti komunikasi dan bekerja dalam kumpulan. iv. Pensyarah dapat memastikan keselamatan para pelajar dan juga peralatan yang digunakan sepanjang proses amali berlangsung. v. Para pelajar dapat mengikuti pengajaran dengan selesa dan dapat menyaksikan demonstrasi tunjukcara amali yang jelas tanpa gangguan. 606 vi. Secara tidak langsung, program elektrik terutamanya modul Penyelenggaraan Penghawa Dingin telah menambahkan koleksi bahan bantu mengajar kepada para pensyarah. vii. Bahan bantu mengajar ini juga dapat membantu dan memberi idea kepada para pensyarah lain yang menghadapi masalah yang sama dengan pensyarah modul ini. 7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKKAN, KEASLIAN, ADAPTASI ATAU PENAMBAHBAIKKAN IDEA SEDIA ADA Inovasi ini adalah adaptasi daripada video saya yang terdahulu. Oleh yang demikian, terdapat beberapa cadangan untuk kajian yang seterusnya: i. Meneruskan kajian seterusnya bagi membantu meningkatkan kualiti Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) dan melahirkan modal insan yang di Kolej Komuniti. ii. Menggiatkan aktiviti P&P secara E-Learning dengan penggunaan aplikasi maya seperti facebook,penciptaan blog dan sebagainya yang boleh diakses melalui telefon pintar. iii. Jadi, rakaman video akan dimuatnaik ke dalam ‘group’ di Facebook sebagai rujukan untuk para pelajar yang mengambil modul Penyelenggaraan penghawa dingin ini. iv. Memastikan faktor-faktor kuantiti bahan dan peralatan amali diambilkira atau perlu dititikberatkan sebelum proses P&P terlaksana. 8.0 KESIMPULAN Kajian ini diharap dapat memberi perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Kreativiti pensyarah dalam sesi Pengajaran dan Pembelajaran(P&P) amat diperlukan bagi mewujudkan suasana dalam kelas yang lebih menarik dan tidak membosankan. Hal yang demikian akan dapat menarik minat para pelajar untuk lebih menumpukan perhatian di dalam kelas dan secara langsung akan dapat meningkatkan keputusanpelajar. Kajian ini juga diharap dapat memberi manfaat kepada 607 semua pensyarah dalam melahirkan tenaga kerja mahir yang kreatif dan kritis bagi menyahutkan seruan kerajaan Malaysia. 608 SINGLE PHASE WIRING E-KIT Mohd Zairulniza Bin Jaludin1, Hisamudin Bin Mat Som2 [email protected], [email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput 1.0 TUJUAN PROJEK Inovasi ini dibuat bertujuan untuk: 1. Memudahkan pemahaman pelajar melalui kaedah melihat gambaran sebenar berbanding melihat contoh melalui gambar litar dari nota atau slide presentation. 2. Meningkatkan teknik mendawai pelajar-pelajar. 3. Membantu pelajar dalam menghasilkan litar yang kemas dan dapat berfungsi dengan baik. 4. Meningkatkan markah penilaian amali pelajar seterusnya dapat membantu pelajar untuk lulus dengan baik bagi modul ini. 2.0 LATAR BELAKANG PROJEK Projek inovasi ini menfokuskan teknik pembelajaran secara interaktif dalam matapelajaran Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal. Ia bertujuan untuk merekabentuk dan membangunkan satu teknik pembelajaran yang efektif dan menyeluruh dari segi teori, kemahiran teknikal dan teknologi semasa. Inovasi interaktif ini dibangunkan dengan menggunakan model sebenar litar Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal. Tajuk ini sesuai diinovasikan kerana ia mengandungi pelbagai kaedah pendekatan cara penguasaan dan pemahaman. Inovasi dihasilkan dengan menggunakan model litar sebenar yang mengandungi litar lampu yang terkandung dalam modul Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal. Litar tersebut dibina mengikut spesifikasi pendawaian yang ditetapkan.Inovasi ini dilaksanakan secara penuh kepada pelajar-pelajar dari SKK(M) yang mengambil Modul 1 untuk memberi keberkesanan dalam proses P&P dimana ia dilakukan di Bengkel Pemasangan Elektrik. 609 3.0 RASIONAL MEMBANGUNKAN INOVASI Sebelum wujudnya inovasi ini terdapat beberapa masalah yang dihadapi semasa proses P&P. Semasa sesi P&P apabila pensyarah menunjukkan cara pembinaan litar dengan menggunakan slide dan melukis di papan putih terdapat beberapa pelajar menunjukkan reaksi keliru dan hilang fokus untuk memahami teknik mendawai litar pendawaian elektrik terutamanya litar lampu. Ini adalah kerana pelajar tidak dapat memahami teknik mendawai litar pendawaian elektrik secara teori di mana pelajar-pelajar perlu mengaplikasikannya dalam kerja-kerja mendawai litar sebenar. Litar-litar yang dihasilkan oleh para pelajar bagi amali modul Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal tidak menepati spesifikasi penilaian yang ditetapkan. Oleh itu, satu tindakan perlu diambil bagi mengatasi masalah tersebut. Ini telah mendorong kami untuk menghasilkan satu inovasi bagi memudahkan pelajar untuk membuat rujukan dalam menjalankan kerja-kerja amali. 4.0 KAEDAH PELAKSANAAN INOVASI Dalam memulakan inovasi ini, kaedah pelaksanaan yang digunakan adalah 2. Pemerhatian Kami telah membuat pemerhatian ke atas pencapaian pelajar ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung. mempamerkan ekspresi muka keliru kerana Kebanyakan pelajar mereka kurang faham cara membuat pendawaian yang betul. Mereka menjadi kurang fokus dan minat ketika sesi pengajaran dan pembelajaran teori diberikan kerana tidak dapat menguasai topik pendawaian litar lampu ini dengan baik. Selain daripada pemerhatian semasa P&P dijalankan, kami juga telah membuat semakan terhadap penilaian amali pelajar. Didapati kebanyakan pelajar mengalami masalah untuk melakukan pendawaian ketika sesi amali dilaksanakan. 610 3. 1. Membangun Produk Menghasilkan model litar lampu sebenar yang mengandungi beberapa jenis suis yang terkandung dalam modul Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal. Setiap litar tersebut dibina mengikut spesifikasi pendawaian yang ditetapkan 2. Menyusun dan menetapkan kedudukan aksesori litar kawalan. 3. Setiap komponen pada litar telah di label bagi memudahkan pemahaman para pelajar. Model litar dibangunkan dengan skala saiz yang kecil bagi memudahkan ia dialihkan. 4. Soal Selidik Borang soal selidik telah disediakan dan diedarkan kepada pelajar untuk mendapatkan maklum balas berkaitan kemahiran mendawai litar sebelum dan selepas inovasi diperkenalkan. Bagi menentukan sama ada projek inovasi ini memberikan impak yang positif kepada pengguna atau tidak, borang soal selidik tersebut diedarkan kepada pelajar yang telah menggunakannya. Soal selidik dijalankan kepada semua pelajar Semester 1 sesi Julai 2014. Borang soal selidik yang diedarkan adalah seperti di dalam lampiran. 4.1 Cara Operasi Litar Pendawaian Model litar pendawaian ini merupakan pendawaian litar lampu yang mana ia terdiri daripada suis satu hala, suis dua hala dan suis perantaraan. Kedudukan suis dan juga lampu adalah seperti mana Rajah 1. 611 Rajah 1 Bagi menjadikan ia interaktif dan mudah digunakan untuk meningkatkan pemahaman pelajar, kabel jumper sepertimana Rajah 2 digunakan untuk kawalan pendawaian litar lampu yang dikehendaki. Kabel jumper yang digunakan bagi melakukan pendawaian disediakan mengikut standard warna. Rajah 2 Pelajar akan merujuk kepada helaian nota pendawaian litar lampu terlebih dahulu sebelum melakukan pendawaian. Apabila pelajar jelas tentang arahan 612 untuk membangunkan litar lampu, maka pendawaian dilaksanakan di atas model tersebut. Selesai pelajar melakukan pendawaian, kabel bekalan bagi model tersebut perlu disambungkan kepada punca bekalan voltan 240V bagi membolehkan litar tersebut berfungsi. Rajah 3 menunjukkan penyambungan lengkap litar lampu dimana pelajar perlu menghidupkan Lampu 1 dengan menggunakan Suis 1. Rajah 3 Model litar ini telah dibina di atas papan mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan dan ukuran yang difikirkan sesuai untuk ia mudah dialihkan. 5.0 SEBELUM INOVASI DILAKSANAKAN 1. Pelajar tidak dapat memahami teknik mendawai litar lampu secara teori di mana pelajar-pelajar perlu mengaplikasikannya dalam kerja-kerja mendawai litar sebenar. 2. Semasa sesi P&P apabila pensyarah menunjukkan cara pembinaan litar dengan menggunakan slide dan melukis di papan putih terdapat beberapa pelajar menunjukkan reaksi keliru dan hilang fokus untuk memahami teknik mendawai litar pendawaian elektrik 3. Litar yang dihasilkan pelajar bagi amali modul ini tidak menepati spesifikasi penilaian yang ditetapkan. 613 6.0 SELEPAS INOVASI DILAKSANAKAN Ketika sesi PnP dijalankan inovasi tersebut diterangkan kepada pelajar berkaitan komponen-komponen bagi litar lampu di dalam pendawaian elektrik fasa tunggal. Pelajar diterang dan ditunjukkan mengenai teknik mendawai litar lampu dan litar utama yang betul merujuk kepada inovasi tersebut. Sebelum memulakan amali para pelajar boleh melakukan pendawaian pada model inovasi tersebut bagi memudahkan pemahaman bagi membina litar amali mereka. Melalui inovasi tersebut bagi menghasilkan litar pendawaian sebenar para pelajar boleh melihat dan merujuk model ini bagi mengetahui cara pembinaan litar lampu yang betul dan tepat serta memenuhi kriteria pemarkahan yang ditetapkan. 6.1 Analisa Soal Selidik Pensyarah & Pelajar Hasil dari dapatan soal selidik dari 28 orang pelajar ke atas penggunaan inovasi ketika sesi pembelajaran, didapati kesemua responden memberi respon positif terhadap inovasi yang diperkenalkan. Berdasarkan Rajah 4, 100% pelajar bersetuju bahawa model yang digunakan menarik minat mereka untuk belajar. Rajah 4 614 Penggunaannya yang mudah juga, merupakan faktor ia dapat menarik minat pelajar untuk pelajar. Ini kerana berdasarkan analisis, sebanyak 93% pelajar bersetuju ia mudah digunakan dalam membantu proses pengajaran dan pembelajaran. Analisis ini ditunjukkan pada Rajah 5. Rajah 5 Analisa perbandingan penguasaan dikalangan pelajar sebelum dan selepas juga dilakukan bagi melihat keberkesanan penggunaan model di dalam pengajaran dan pembelajaran modul Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal. Bagi mengukur tahap keberkesanan model Single Phase Wiring E-Kit di dalam modul Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal, skala Likert digunakan. Skala Likert yang yang digunakan di untuk mengukur tahap keberkesanan adalah sepertimana di dalam Jadual 1. 1 2 3 4 5 Amat Lemah Lemah Memuaskan Baik Amat Baik Jadual 1 615 Berdasarkan analisis, peratusan tahap pengetahuan pelajar meningkat sepertimana yang telah ditunjukkan di dalam Rajah 6. Rajah 6 Dengan merujuk Rajah 7, didapati peratusan kebolehan pelajar untuk menghasilkan pendawaian litar lampu juga meningkat selepas menggunakan model inovasi di dalam pembelajaran dan pengajaran modul Pendawaian Elektrik Fasa Tunggal. Rajah 7 616 7.0 IMPAK/KEBERKESANAN INOVASI PROJEK Dengan terhasilnya inovasi ini memberikan beberapa impak diantara ialah 1. Dapat meningkatkan tahap kemahiran mendawai, penguasaan atau prestasi pelajar pelajar-pelajar. 2. Memudahkan urusan penyampaian ilmu oleh pensyarah-pensyarah dan menjimatkan masa. 3. Jika sebelum ini, pelajar-pelajar hanya melihat dan menyalin litar dari papan putih tanpa dapat membayangkan keadaan sambungan litar sebenar, tetapi dengan projek inovasi ini, litar sebenar dapat dilihat pada model litar yang telah dibina. Pelajar dapat memahami teknik mendawai litar lampu dengan lebih mudah dan berkesan. 4. Kemahiran pelajar dalam mendawai litar pendawaian elektrik dapat diperbaiki dan dipertingkatkan. 8.0 KESIMPULAN/CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Secara kesimpulannya, projek inovasi ini dapat membantu pensyarahpensyarah dan pelajar-pelajar dalam meningkatkan mutu pembelajaran. Dengan adanya inovasi ini, pensyarah-pensyarah tidak perlu menumpukan pengajaran yang berasaskan marker pen dan papan putih. Pensyarahpensyarah dapat menjadikan inovasi ini sebagai satu alternatif lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan tumpuan dan konsentrasi pelajar-pelajar dalam pembelajaran. Di masa hadapan, inovasi ini dapat dilakukan penambahbaikan dari semasa ke semasa seperti menggunakan penambahan litar kuasa. 617 LAMPIRAN A SINGLE PHASE WIRING E-KIT 618 MODEL SEBENAR GET LOGIK- ASAS ELEKTRONIK DAN SISTEM DIGITAL Razita Binti Alli Mat1, Hisamudin Bin Mat Som2 [email protected], [email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput Abstrak Gaya pembelajaran menggunakan MODEL SEBENAR bertujuan untuk membawa satu kelainan dalam pendekatan terhadap pembelajaran. Bentuk pembelajaran begini mampu memindahkan sesuatu maklumat daripada teori kepada corak pembelajaran yang berkesan serta menerangkan sesuatu konsep yang kompleks dengan mudah. Inovasi ini memperkenalkan satu kaedah pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan menggunakan model sebenar kepada pelajar Sijil Modular Kebangsaan di dalam Modul Asas Elektronik dan Sistem Digital di Kolej Komuniti Sungai Siput. Model ini merupakan satu inovasi yang akan digunakan sebagai perkakasan yang mudah difahami oleh pelajar. Melalui inovasi ini pelajar dapat memahami simbol, operasi dan fungsi get logik dengan lebih mudah dan berkesan serta memupuk daya saing yang lebih baik berbanding sebelum inovasi dijalankan. Ini adalah penting untuk memastikan pelajar dapat menumpukan perhatian dan tidak merasa jemu ketika proses P&P di jalankan. 1.0 PENGENALAN Bidang teknik dan vokasional memainkan peranan yang penting dalam dunia pendidikan dan pekerjaan.Bidang ini menjadi semakin popular dan berkembang pesat berikutan perubahan struktur ekonomi dan negara.Ini kerana negara menyasarkan sejumlah besar ahli teknologi, pekerja mahir dan separa yang tinggi bagi memangkin pertumbuhan ekonomi secara berterusan dan berkualiti.Kejuruteraan merupakan satu bidang teknikal yang diajar di Kolej Komuniti Malaysia dan bidang ini semakin penting di negara kita bagi melahirkan lebih ramaitenaga mahir dan separa mahir dalam bidang teknikal, jadi aspek pendidikan teknikal perlu dipertingkatkan (Ahmad Rizal & Yahya, 2007). Pendidikan dalam bidangkejuruteraan memerlukan integrasi yang baik antara teori dan praktikal. Pendekatan secara teori yang baik dapat melahirkan gaya pengajaran yang lebih menarik serta membantu pelajar lebih memahami dan merangsang minda pelajar.Perlunya pensyarah menarik perhatian pelajar dalam 619 sesuatu pengajaran, aktiviti yang dipilih hendaklah yang menarik dan mempunyai potensi yang tinggi untuk membolehkan isi pelajaran dan konsep yang diterjemahkan secara jelas. Aktiviti boleh mempengaruhi intelek, emosi dan minat pelajar secara berkesan. 2.0 PERNYATAAN MASALAH Bagi subjek teknikal khususnya modul Asas Elektronik dan Sistem Digital pelajar perlu menguasi teori sepenuhnya bagi tujuan untuk mengaplikasiakannya di dalam amali. Perkara yang penting adalah pelajar mestilah mempunyai kebolehan untuk membayangkan atau melihat dalam satu gambaran mental tentang penyelesaian bagi masalah tersebut. Visualisasi spatial adalah komponen penting dalam proses penyelesaian masalah, terutamanya bagi subjek teknikal dan rekabentuk (Ahmad Rizal & Yahya, 2007). Keupayaan visualisasi serta perbezaan gaya kognitif seseorang pelajar dikatakan amat mempengaruhi pembelajaran individu itu sendiri. Maka gaya kognitif seseorang pelajar berkait rapat dengan cara bagaimana seseorang pensyarah itu menyampaikan pengajaran mereka dan bagaimana para pelajar menerima maklumat tersebut dan menterjemahkannya kepada bentuk lain, contohnya melalui penggunaan perisian visualisasi.Walaubagaimanapun, dengan persembahan yang statik dan kaku tidak banyak membantu pelajar dalam berimaginasi.Oleh sebab itu projek inovasi ini telah dihasilkan. Projek inovasi ini tertumpu pada satu subtopik kecil dalam modul Asas Elektronik dan Sistem Digital iaitu mendawai litar get logic asas dan litar kombinasi. Fokusnya tertumpu pada kelemahan pelajar dalam memahami fungsi dengan betul membuat pendawaian dengan cepat. Walau bagaimanapun fokus inovasi ini amat besar bagi modul Asas Elektronik dan Sistem Digital kerana sekiranya pelajarpelajar tidak dapat menguasai kemahiran mendawai dengan baik semua penilaian amali yang terkandung dalam modul ini tidak dapat dilaksanakan oleh pelajar. Dengan membantu pelajar-pelajar untuk menguasai kemahiran mendawai seterusnya para pelajar dapat menguasai modul tersebut sepenuhnya. Hal ini 620 seterusnya diharapkan dapat membantu pelajar lulus dengan baik dalam modul ini. Dengan menggunakan model litar sebenar ini pencapaian para pelajar dapat dipertingkat serta diperbaiki. Di samping itu, kepentingan kemahiran mendawai dapat digunakan apabila pelajar-pelajar berada dalam alam pekerjaan. 3.0 CIRI-CIRI INOVASI Melalui model sebenar yang telah dibina para pelajar boleh melihat dan merujuk model ini bagi mengetahui cara pembinaan litar yang betul dan tepat serta memenuhi kriteria pemarkahan yang ditetapkan. Projek inovasi ini memudahkan pemahaman pelajar melalui kaedah melihat gambaran sebenar berbanding melihat contoh melalui gambar litar dari nota atau “slide presentation”. Ciri-ciri lain ialah: i.Tidak mengelirukan pelajar. ii.Mudah untuk dibawa kemana-mana memandangkan saiznya yang kecil iii.Selamat kerana hanya menggunakan bateri iv.Menarik minat pelajar kerana terdapat led yang berlainan warna dan juga diletakkan Buzzer untuk memudahkan pelajar dalam mengenalpasti keluaran ( output) 4.0 CARA OPERASI Sistem penduaan menjadi sistem nombor pilihan dalam litar elektronik dan sistem perkomputeran. Ini adalah kerana hanya dua simbol atau digit digunakan, iaitu “1” dan “0”. Dua bit ini dapat mewakili dua paras voltan yang terhasil dalam litar elektronik. Paras 5 V diwakili oleh bit “1” manakala paras 0 V diwakili oleh bit “0” Dalam litar elektronik, elemen yang dapat melaksanakan operasi-operasi logik ini dikenali sebagai get. Get memerlukan satu atau lebih input tetapi hanya menghasilkan satu output sahaja. 621 Terdapat tiga get asas: get TAK (NOT gate / Inverter), get ATAU (OR gate) dan get DAN (AND gate). Daripada tiga get asas ini, beberapa get lain yang mempunyai operasi tertentu dapat dihasilkan. Antaranya get TAK-ATAU (NOR gate), get TAK-DAN (NAND gate), get eksklusif ATAU (XOR gate) dan get eksklusif TAK-ATAU (XNOR gate). Setiap get mempunyai jadual kebenaran (truth table). Projek ini menggunakan gabungan Get DAN, ATAU,TAK, TAK DAN dan TAK ATAU. Selain itu ia menggunakan kuasa bateri 9V, suis dan juga lampu penunjuk sebagai output. Contohnya bagi menguji GET DAN. Apabila kita memilih masukan A = “0” dan B =”0” didapati lampu penunjuk akan memberikan bacaan “1” . Bagi mendapatkan keluaran yang selanjutnya kita hanya perlu mengubah masukannya sahaja. Keputusan lengkap boleh di lihat pada Jadual kebenaran di bawah. 622 Rajah: Jadual kebenaran Logik gabungan ialah satu litar atau rangkaian logik yang terdiri daripada beberapa get untuk menghasilkan fungsi atau output yang tertentu. Logik gabungan boleh dianalisa untuk mengetahui bagaimana litar ini berfungsi. Analisis ini dijalankan dengan mendapatkan pernyataan Boole atau jadual kebenaran. Kita juga boleh membina litar kombinasi dengan mudah. Pelajar hanya perlu memasukkan wayar berdasarkan litar yang dikehendaki. 623 5.0 IMPAK INOVASI Pembangunan inovasi ini memberi kepentingan kepada pelbagai pihak supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektif tertentu. Antara kepentingan projek ini ialah: i. Membuatkan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) menjadi lebih menarik kerana menggunakan hardware. ii. Membantu pensyarah memberi penerangan yang jelas terhadap isi pelajaran, kerana penerangan tentang sesuatu proses kombinasi yang berlaku secara jelas dan mudah difahami. iii. Membuatkan pelajar lebih berminat untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran yang disampaikan oleh pensyarah. Pelajar juga telah memberikan respon dan komen yang positif terhadap inovasi ini. Mereka dapat memberi tumpuan dan menukar apa yang dibaca dan dilihat kepada gambaran yang sebenar. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN Secara kesimpulannya, projek inovasi ini dapat membantu pensyarah- pensyarah dan pelajar-pelajar dalam meningkatkan mutu pembelajaran. Dengan adanya inovasi ini, pensyarah-pensyarah tidak perlu menumpukan pengajaran yang berasaskan marker pen dan papan putih. Pensyarah-pensyarah dapat menjadikan inovasi ini sebagai satu alternatif lain yang lebih kreatif dalam meningkatkan tumpuan dan konsentrasi pelajar-pelajar dalam pembelajaran. Bagi tujuan penambahbaikan pada masa akan datang, inovasi ini boleh diperkembangkan lagi kepada topic lain di dalam modul Asas Elektronik dan Sistem Digital ini. 624 7.0 KESIMPULAN Secara keseluruhannya, inovasi ini sangat sesuai digunakan sebagai bahan bantu mengajar dan juga sebagai pembelajaran alternatif bagi pelajar. Ia dapat meningkatkan kemahiran visualisasi pelajar dalam mempelajari fungsi sesuatu get logik tanpa perlu membayangkan apakah output yang akan terhasil. Secara lansung memberi perubahan yang positif dari segi amalan pengajaran pensyarah dan amalan pembelajaran pelajar. Pensyarah juga perlu lebih kreatif dalam merancang pengajarannya dan sentiasa menggalakkan pelajar membuat sesuatu yang baru agar diri dan jiwa pelajar sentiasa ingin maju ke hadapan.Ini kerana cara pengolahan pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang menarik dan tersusun dapat menarik minat pelajar untuk lebih memberi perhatian kepada pembelajaran. Selain faktor bagaimana seseorang pelajar itu dapat menguasi pembelajaran mereka faktor tambahan juga harus diambil kira. Contohnya adalah seperti menghasilkan sesuatu yang mudah difahami oleh pelajar. 625 TAHAP KEPUASAN PELAJAR SIJIL MODULAR KEBANGSAAN PENDAWAIAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK INDUSTRI (SPE 5) TERHADAP KEMUDAHAN MAKMAL ELEKTRIK INDUSTRI DI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT Hasnorliza Binti Abdul Hamid Kolej Komuniti Sungai Siput [email protected] ABSTRAK Kemudahan bengkel yang baik dapat memberikan kepuasan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Peralatan bengkel, ruang bengkel, pengudaraan dan keselamatan di bengkel perlu diambil kira untuk menghasilkan sebuah bengkel sebagai tempat pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. Pelajar pula merupakan pelanggan kepada sesebuah institusi pendidikan dan kehendak mereka perlu dipenuhi oleh pihak pengurusan institusi dan kepuasan mereka merupakan isu yang sangat penting bagi menjamin keselesaan pelanggan dalam sesuatu organisasi. Oleh kerana itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan di Makmal Elektrik Industri Kolej Komuniti Sungai Siput. Responden terdiri daripada dua puluh satu (21) orang pelajar Sijil Modular Kebangsaan Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri, Kolej Komuniti Sungai Siput (SPE 5) sesi Julai 2014. Reka bentuk kajian ini ialah kajian berbentuk tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik untuk mendapatkan data. Penganalisaan data dibuat dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Windows) versi 16.0 dan dinyatakan dalam bentuk frekuensi,peratusan dan min. Hasil dapatan menunjukkan skor min bagi item peralatan bengkel disediakan di Makmal Elektrik Industri adalah 12.86 manakala skor min bagi ruang disediakan di Makmal Elektrik Industri adalah 12.14. Seramai 17 orang responden (81 %) pula berpuashati dengan pengudaraan di Makmal Elektrik Industri dan 90.5% responden berpuashati dengan tahap keselamatan di Makmal Elektrik Industri . Kajian ini juga diharap dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan untuk membuat penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan makmal dan bengkel kepada para pelajar. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi meningkatkan kepuasan pelajar dalam penggunaan makmal . Cadangan terperinci diterangkan dalam bab akhir kajian ini. Kata Kunci: kepuasan pelajar; kemudahan makmal. 626 1.0 PENGENALAN Kepuasan pelanggan merupakan suatu tahap dimana kehendak, keinginan dan harapan pelanggan dapat dipenuhi yang menyebabkan terjadinya ulangan pembelian atau kesetiaan yang berlanjutan terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi (Band, 1991). Kepuasan merupakan penilaian sesuatu produk atau perkhidmatan yang berlaku pada akhir proses psikologi pengguna (Yi dan rakan, 1999). Kepuasan pelanggan boleh diukur dalam dua cara iaitu sejurus selepas penggunaan produk atau perkhidmatan buat pertama kali dan selepas beberapa kali penggunaan produk atau perkhidmatan (Fornell dan rakan, 1996). Kepuasan bagi setiap pelanggan adalah amat penting kerana ia menggambarkan sesuatu produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh sesuatu organisasi itu berkualiti dan dapat bertahan di pasaran. Tahap kepuasan pelanggan terhadap kualiti pendidikan, kemudahan asas dan perkhidmatan yang disediakan di sesebuah institusi pendidikan amatlah penting dan harus berada dalam keadaan yang memuaskan. Para pelajar didefinisikan sebagai pelanggan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menggunakan kemudahan dan servis perkhidmatan yang disediakan di sesebuah institusi pendidikan. Kemudahan merupakan sesuatu yang diwujudkan untuk melengkapkan keselesaan dan kesenangan seseorang pengguna. Dalam pelaksanaan Pembangunan Pendidikan 2001-2010, setiap institusi pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia akan dipastikan mempunyai infrastruktur yang berkesan, mencukupi danberkualiti untuk pelaksanaan kurikulum yang efektif. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (Berita Harian, 2007) telah menyatakan “bersesuaian dengan program Satu Murid, Satu Kerusi, Satu Meja dan Satu Set Buku Teks,kerajaan menyediakan peruntukan melengkapkan sekolah dengan pelbagai peralatan untuk keselesaan”. Biasanya sesebuah institusi pelajaran akan dilengkapi dengan kemudahan seperti bilik kuliah, makmal atau bengkel, perpustakaan, kafeteria, asrama pelajar dan lain-lain lagi. Makmal merupakan persekitaran pembelajaran yang merangkumi aspek pelajar, guru, ruang dan alat pembelajaran. Pembelajaran yang berkesan dikaitkan dengan penggunaan alat dan bahan yang sesuai, terutamanya yang boleh dihidu, dirasa, didengar, dan disentuh oleh pelajar. Oleh itu, kemudahan fizikal yang tidak dapat berfungsi dengan baik adalah di antara 627 faktor persekitaran dalam makmal yang boleh menyebabkan masalah pembelajaran dan pengajaran. Sesebuah makmal dalam keadaan kemudahan yang tidak lengkap akan menyebabkan pelajar merasa tidak selesa dan hilang tumpuan terhadap pembelajaran. Oleh itu, faktor keadaan makmal boleh mempengaruhi kepuasan pelajar terhadap kemudahan yang disediakan. Kajian ini hanya menumpu kepada kepuasan pelajar terhadap kemudahan di Makmal Elektrik Industri di mana peralatan bengkel yang mencukupi, boleh digunakan, selamat, ruang kerja bengkel yg selesa, pengudaraan yang baik serta keselamatan di dalam bengkel merupakan antara faktor faktor penting dalam memberi kepuasan kepada pelajar dalam pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran yang kondusif. 1.2 Latar Belakang Masalah Kajian Di dalam bidang pendidikan, kepuasan pelanggan terhadap kualiti pendidikan adalah sukar diukur dan penyataan ini dinyatakan oleh Ashraf dan Ibrahim (2009), kualiti pendidikan adalah sukar untuk diukur dan didefinisikan di mana ia merangkumi hasil pembelajaran yang diterima oleh pelajar dari para pendidik dan juga keadaan persekitaran institusi itu sendiri. Oleh itu, mutu dan kualiti perkhidmatan di Kolej Komunti haruslah berada di tahap yang baik dan memuaskan termasuk kualiti dan keperluan kemudahan bengkel dan tidak hanya menumpu kepada kualiti penyampaian akademik semata di mana penilaian pelanggan terhadap kualiti pengajian tinggi adalah secara menyeluruh dalam organisasi institusi (Haque, 2004) dan tidak hanya tertumpu kepada bahagian tertentu sahaja. 1.3 Penyataan Masalah Setelah melaksanakan modul Sijil Modular Kebangsaan Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri selama tiga sesi, penyelidik mendapati masih terdapat beberapa kekurangan kemudahan terutama kemudahan pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran di Makmal Elektrik Industri, Kolej Komuniti Sungai Siput. Tanpa kemudahan makmal yang lengkap akan menyebabkan pelajar mengalami kesukaran dalam mendapatkan dan meningkatkan pengetahuan serta 628 kemahiran mereka. Antara kekurangan kemudahan di makmal Elektrik Industri ini adalah kekurangan peralatan, masalah pengudaraan,masalah ruang dan masalah keselamatan. Oleh itu kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap kepuasan pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri (SPE 5) sesi Julai 2014 terhadap pembolehubah peralatan di bengkel, ruang kerja bengkel, pengudaraan bengkel dan keselamatan bengkel. 1.4 Kerangka Konsep Kualiti Perkhidmatan Kualiti Produk Faktor Peribadi Organisa si Kualiti Harga Kepuasan Pelangga n Faktor Situasi Rajah 1 : Model Hubungan Antara Faktor-Faktor Kepuasan Pelanggan 1.5 Objektif Kajian Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti: i. Tahap kepuasan pelajar- pelajar SPE 5 Kolej Komuniti Sungai Siput Sesi Julai 2014 terhadap peralatan makmal ii. Tahap kepuasan pelajar-pelajar SPE 5 Kolej Komuniti Sungai Siput Sesi Julai 2014 terhadap ruang kerja makmal iii. Tahap kepuasan pelajar-pelajar SPE 5 Kolej Komuniti Sungai Siput Sesi Julai 2014 terhadap pengudaraan makmal iv. Tahap kepuasan pelajar-pelajar SPE 5 Kolej Komuniti Sungai Siput Sesi Julai 2014 terhadap keselamatan makmal 1.6 Persoalan Kajian Persoalan kajian ini adalah : 629 i. Apakah tahap kepuasan pelajar- pelajar SPE 5 Kolej Komuniti Sungai Siput Sesi Julai 2014 terhadap peralatan makmal ii. Apakah tahap kepuasan pelajar-pelajar SPE 5 Kolej Komuniti Sungai Siput Sesi Julai 2014 terhadap ruang kerja makmal iii. Apakah tahap kepuasan pelajar-pelajar SPE 5 Kolej Komuniti Sungai Siput Sesi Julai 2014 terhadap pengudaraan makmal iv. Apakah tahap kepuasan pelajar-pelajar SPE 5 Kolej Komuniti Sungai Siput Sesi Julai 2014 terhadap keselamatan makmal. 1.7 Kepentingan Kajian Kajian ini dapat membantu pihak pengurusan Kolej Komuniti Sungai Siput dalam menilai kepuasan pelajar dan seterusnya merancang peningkatan kualiti pengajaran dan pembelajaran terutama bagi modul yang dilaksanakan di Makmal Elektrik Industri. Kajian ini juga membantu penyelidik mengenalpasti tahap kepuasan para pelajar terhadap kemudahan makmal yang sedia ada dan dijadikan rujukan untuk membuat penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti pengajaran di masa akan datang. 1.8 Batasan Kajian Kajian ini menumpu kepada pelajar-pelajar Sijil Modular Kebangsaan Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri (SPE 5) sesi Julai 2014 Kolej Komuniti Sungai Siput . Seramai 21 orang pelajar diambil sebagai sampel. 1.9 Penerangan Terminologi 1.9.1 Kepuasan Kepuasan pelanggan merupakan suatu tahap dimana kehendak, keinginan dan harapan pelanggan dapat dipenuhi yang menyebabkan terjadinya ulangan pembelian atau kesetiaan yang berlanjutan terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi (Band, 1991). Kepuasan merupakan 630 penilaian sesuatu produk atau perkhidmatan yang berlaku pada akhir proses psikologi pengguna (Yi dan rakan, 1999). Kepuasan pelanggan boleh diukur dalam dua cara iaitu sejurus selepas penggunaan produk atau perkhidmatan buat pertama kali dan selepas beberapa kali penggunaan produk atau perkhidmatan (Fornell dan rakan, 1996). 1.9.2 Kemudahan Kemudahan merupakan sesuatu yang diwujudkan untuk melengkapkan keselesaan dan kesenangan seseorang pengguna. 1.9.3 Pelanggan Para pelajar didefinisikan sebagai pelanggan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menggunakan kemudahan dan servis perkhidmatan yang disediakan di sesebuah institusi pendidikan. 2.0 KAJIAN LITERATUR Kepuasan pelanggan merupakan elemen yang penting bagi memastikan sesebuah organisasi itu menyampaikan perkhidmatan atau mengeluarkan produk yang bermutu dan berkualiti. Menurut A. Kahar, (2008), kepuasan pelanggan atau Customer Satisfaction merupakan salah satu istilah perniagaan yang bermaksud mengukur sejauh mana sesuatu produk atau perkhidmatan yang diberikan oleh organisasi tersebut memenuhi jangkaan pelanggan iaitu Customer Expectation atau dengan erti kata lain kepuasan pelanggan adalah bahagian yang menunjukkan kehendak, keperluan dan jangkaan pelanggan yang perlu dicapai atau dipenuhi untuk mewujudkan kesetiaan pelanggan terhadap produk atau perkhidmatan yang ditawarkan. Selain daripada itu, kepuasan pelanggan merupakan suatu tahap dimana kehendak, keinginan dan harapan pelanggan dapat dipenuhi yang menyebabkan terjadinya ulangan pembelian atau kesetiaan yang berlanjutan 631 terhadap produk atau perkhidmatan yang dikeluarkan oleh sesebuah organisasi Band, 1991). Sesebuah institusi pengajian haruslah mengekalkan tahap kepuasan yang maksima bagi tujuan mengekalkan prestasi yang baik dan sentiasa berkualiti. Ini merupakan kunci utama bagi sesebuah organisai untuk bertahan lebih lama walaupun dalam kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan yang diterima tidak mampu meramal tahap kepuasan, Kouthouris et. al. (2005). Kajian terhadap mengenalpasti tahap kepuasan pelajar-pelajar sarjana muda teknologi serta pendidikan (kejuruteraan awam, elektrik dan jentera) terhadap kemudahan bengkel di Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia oleh Sarimah Binti Ismail & Mohd Zahari Bin Awang menunjukkan bahawa kepuasan pelajar terhadap kemudahan bengkel berada pada tahap sederhana. Kajian mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan prasarana yang disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi sesi Disember 2012 oleh Tuan Syarifah Atifah binti Tuan Mat Zin, Normaslina binti Jamil dan Mohd Zulfazli bin Raub Khan, Politeknik Banting Selangor menunjukkan menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan prasarana adalah pada tahap sederhana. Hasil dapatan kajian ini dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan untuk membuat penambahbaikan dalam meningkatkan kualiti perkhidmatan dan kemudahan prasarana yang disediakan kepada pelajar 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini merupakan jenis kajian deskriptif untuk mendapatkan data kuantitatif yang berkaitan dengan pandangan pelajar-pelajar SPE 5 tentang aspek yang mempengaruhi kepuasan pelajar- pelajar terhadap kemudahan peralatan di makmal, ruang kerja, pengudaraan dan keselamatan di Makmal Elektrik Industri. Menurut Mohd Najib (1999), data kuantitatif adalah hasil daripada teknik soal selidik melalui kaedah tinjauan. Penyelidik menggunakan borang soal selidik untuk memperolehi maklumat dan data yang diperlukan. Pembolehubah bersandar (dependent) dalam kajian ini ialah peralatan di makmal, ruang makmal, pengudaraan makmal serta 632 keselamatan makmal. Manakala pembolehubah tidak bersandar (independent) terdiri daripada faktor demografi terpilih seperti jantina dan umur. Kebanyakan item yang dirujuk diubahsuai mengikut kehendak persoalan kajian penyelidik. Pemilihan item yang sesuai memberikan kebolehpercayaan yang tinggi (Mohd Najib, 2006). Menurut Ee (1988) soal selidik mempunyai kebaikan tersendiri iaitu boleh digunakan dalam kumpulan yang ramai dan maklumat boleh didapati sekali gus, masa dan kos dapat dijimatkan. Soal selidik dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Bahagian I : Demografi Responden (2 item soalan) iaitu maklumat diri responden : jantina dan umur. Manakala Bahagian II dibahagikan kepada 4 bahagian iaitu bahagian 1: kepuasan pelajar terhadap peralatan di bengkel, bahagian 2: ruang kerja bengkel, bahagian 3: pengudaraan bengkel dan bahagian 4 : keselamatan bengkel. 4.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS (Statistical Package for Social Science Windows) versi 16.0. Laporan dibuat dalam bentuk min dan frekuensi. Untuk menentukan tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan di Makmal Elektrik Industri Kolej Komuniti Sungai Siput, Skala Likert 5 mata telah dibahagikan kepada 3 kategori seperti berikut Jadual 4.0: Skor Skala Likert Skor Skala 1 Sangat Tidak Setuju 2 Tidak Setuju 3 Tidak Pasti 4 Setuju 5 Sangat Setuju Kenyataan Rendah Sederhana Tinggi (Adaptasi daripadaMohd Majid, 2000) 633 Menurut Mohd Najib (1999:98) menyatakan bahawa skala likert mempunyai lima item iaitu sangat tidak setuju, tidak setuju, tidak pasti, setuju dan sangat setuju. Menurut Majid Konting pula (2000:200), bagi kenyataan positif, permarkatan boleh dilakukan dengan meletakkan skala “1” mewakili sangat tidak setuju(STS), skala “2” mewakili tidak setuju (TS),= skala “3” mewakili tidak pasti ataupun neutral (TP), skala “4” mewakili setuju (S) dan skala “5” mewakili sangat setuju (SS). Manakala bagi kenyataan negatif, meletakkan markah “1” kepada sangat setuju, markah 2 kepada setuju, markah “3” kepada tidak pasti, markah “4” kepada tidak setuju dan markah “5” kepada sangat tidak setuju. Menurut beliau lagi, pemarkahan yang setara terhadap gerak balas butir perlu diperhatikan untuk mengandaikan bahawa setiap butir mempunyai keteguhan yang sama dengan butir-butir yang lain. Menurut Lokman, Sanita dan Shamsiha (2008), hasil dapatan kajian akan dipersembahkan dalam bentuk min, dan peratusan setiap pembolehubah yang dikaji tersebut dikategorikan kepada lima kecenderungan seperti pada Jadual 4.1 berikut: Jadual 4.1: Kecenderungan Kajian 4.1 Julat Min Kecenderungan Kajian 1.0 – 1.4 Sangat tidak setuju 1.5 – 2.4 Tidak setuju 2.5 – 3.4 Sederhana 3.5 – 4.4 Setuju 4.5 – 5.0 Sangat Setuju Analisis Bahagian I ( Demografi) Hasil dari soal selidik tersebut, seramai 18 orang responden lelaki (85.7%) dan 3 orang responden perempuan (14.3%) telah diambil menjadi sampel kajian ini. Responden kajian ini juga majoritinya terdiri daripada pelajar yang berumur 20 tahun (100%). 4.2 Analisis Bahagian II ( Tahap Kepuasan) 4.2.1 Tahap Kepuasan Terhadap Peralatan Makmal 634 Jadual 4.2: Tahap kepuasan pelajar terhadap peralatan makmal BIL SOALAN MIN TAHAP MIN 4.57 Sangat Setuju 4.48 Setuju amali yang disediakan di makmal 4.48 Setuju Bahagian 1 : Peralatan Makmal Adakah anda berpuas hati terhadap 1 peralatan dan keperluan kerja amali yang disediakan di Makmal Elektrik Industri? Adakah peralatan dan keperluan kerja 2 amali yang disediakan di makmal mencukupi untuk kerja – kerja amali anda? Adakah peralatan dan keperluan kerja 3 berfungsi sepenuhnya? Merujuk kepada Jadual 4.2, sub item 1 menunjukkan skor yang tinggi iaitu responden sangat setuju dengan kenyataan soal selidik iaitu peralatan dan keperluan kerja amali yang disediakan di makmal mencukupi untuk kerja – kerja amali mereka di Makmal Elektrik Industri Kolej Komuniti Sungai Siput. 4.2.2 Tahap Kepuasan Terhadap Ruang Kerja di Makmal Jadual 4.3: Tahap kepuasan pelajar terhadap ruang kerja di Makmal BIL SOALAN MIN TAHAP MIN Bahagian 2: Ruang Kerja Adakah anda berpuas hati terhadap 1 ruang kerja di Makmal Elektrik 4.43 Setuju Industri? 2 Adakah ruang kerja anda di makmal bersih, selesa dan selamat? 4.57 Sangat setuju Adakah kerusi, meja dan papan putih 3 adalah mencukupi untuk keperluan 3.38 Sederhana pembelajaran di makmal? 635 Jadual 4.3. menunjukkan secara keseluruhannya, item 2 ini menunjukkan skor min paling tinggi iaitu 4.57 di mana responden sangat setuju menyatakan ruang kerja di makmal bersih, selesa dan selamat. Manakala kenyataan sub-item 3 iaitu adakah kerusi, meja dan papan putih adalah mencukupi untuk keperluan pembelajaran di makmal berada di tahap sederhana iaitu mendapat skor min sebanyak 3.38.Ini kerana perabot seperti kerusi banyak yang telah rosak dan tiada meja ditempatkan di makmal ini. Responden bersetuju menyatakan sub-item 1 iaitu Adakah anda berpuas hati terhadap ruang kerja di Makmal Elektrik Industri? berada di tahap setuju iaitu skor min 4.43. 4.2.3 Tahap Kepuasan Terhadap Pengudaraan di Makmal Jadual 4.4: Tahap kepuasan pelajar terhadap pengudaraan di makmal BIL SOALAN MIN TAHAP MIN Bahagian 3: Pengudaraan Makmal Adakah anda berpuas hati terhadap 1 pengudaraan di Makmal Elektrik 4.19 Setuju Industri? Adakah jumlah kipas yang disediakan di 2 makmal mencukupi dan sesuai dengan 4.86 Sangat setuju keluasan makmal? 3 Adakah kipas – kipas yang di sediakan di makmal berfungsi sepenuhnya? 4.86 Sangat setuju Secara ringkasnya, jadual 4.4 menunujukkan tahap skor min yang tinggi pada kenyataan sub- item 2 dan 3 dimana jumlah kipas yang disediakan adalah mencukupi dan semuanya berfungsi dengan baik. Sub-item 2 dan 3 mendapat skor min 4.86. Bagi sub-item , responden hanya setuju dengan pengudaraan di makmal elektrik dan mendapat skor 4.19. 636 4.2.4 Tahap Kepuasan Terhadap Keselamatan di Makmal Jadual 4.5: Tahap kepuasan pelajar terhadap keselamatan di makmal BIL SOALAN MIN TAHAP MIN Bahagian 4: Keselamatan Makmal Adakah anda berpuas hati terhadap 1 tahap keselamatan di Makmal Elektrik 4.43 Setuju Industri? Adakah alatan keselamatan seperti topi 2 keselamatan keselamatan dan cermin disediakan di mata 3.86 Setuju peralatan 3.86 Setuju makmal mencukupi ? Adakah 3 Peraturan penggunaan mesin keselamatan / dipamerkan? Adakah 4 anda mengetahui laluan kecemasan di dalam makmal sekiranya 3.90 Setuju berlaku kecemasan? Bagi penilaian tahap keselamatan makmal di Makmal Elektrik Industri, seramai 13 orang responden bersetuju keselamatan makmal berada di tahap sederhana iaitu 61.9%. Analisis terperinci menunjukkan sub-item 1 memperoleh skor min tertinggi iaitu 4.43 manakala sub-item 2 dan 3 masing-masing mencapai min yang sama iaitu 3.86. Responden berpuashati dengan peraturan keselamatan penggunaan mesin / peralatan yang dipamerkan dan alat keselamatan disediakan di makmal seperti alat perlindungan mata dan hidung. Daripada kajian, seramai 5 orang pelajar daripada 21 orang responden tidak bersetuju dengan kenyataan sub-item keempat iaitu responden tidak mengetahui laluan kecemasan di dalam makmal sekiranya berlaku kecemasan. Dan selebihnya iaitu 16 orang responden sememangnya mengetahui laluan kecemasan di dalam makmal sekiranya berlaku kecemasan mungkin daripada pembacaan mereka. Ini kerana laluan kecemasan bagi setiap bangunan telah ditampal di bangunan tersebut tetapi hanya pelajar yang peka sahaja akan mengambil tahu akan perkara ini. 637 Tahap Kepuasan Pelajar melawan skor min 16.38 20 15 12.86 12.14 13.52 10 5 0 min peralatan makmal 12.86 ruang kerja makmal 12.14 pengudaraan makmal 13.52 keselamatan makmal 16.38 Rajah 4 : Tahap Kepuasan Pelajar dalam 4 pembolehubah kajian melawan skor min 5.1 KESIMPULAN DAN CADANGAN Pengkaji mendapati bahawa keempat-empat pembolehubah yang dikaji iaitu kepuasan pelajar terhadap kemudahan peralatan bengkel, kepuasan pelajar terhadap ruang kerja bengkel, kepuasan pelajar terhadap pengudaraan bengkel dan kepuasan pelajar terhadap keselamatan bengkel mempengaruhi kepuasan pelajar Sijil Modular Kebangsaan Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri (SPE 5) Kolej Komuniti Sungai Siput. Bagi persoalan kajian pertama iaitu mengkaji kepuasan pelajar SPE 5 terhadap peralatan bengkel di Makmal Elektrik Industri , dapatan kajian menunjukan bahawa pelajar bersetuju dan berpuas hati dengan kemudahan peralatan makmal yang disediakan oleh Kolej Komuniti Sungai Siput untuk sesi pembelajaran mereka. Peralatan makmal yang disediakan oleh pihak Kolej Komuniti Sungai Siput dapat memenuhi keperluan amali mereka dan pelajar SPE 5 berpuas hati. Seterusnya persoalan kajian yang kedua adalah mengkaji kepuasan pelajar terhadap ruang kerja bengkel. Dapatan kajian bagi persoalan ini adalah responden telah bersetuju 638 makmal elektrik industri mempunyai ruang kerja yang bersih tetapi responden tidak berpuas hati dengan kemudahan perabot seperti kerusi dan meja serta papan putih yang tidak dibaiki. ini menyebabkan ketidakselesaan kepada para pelajar untuk mengikuti proses pengajaran. Pihak kolej komuniti Sungai Siput perlu mengarahkan unit atau bahagian yang sepatutnya untuk membaiki perabot tersebut Bagi persoalan kajian ketiga pula iaitu mengkaji kepuasan pelajar terhadap pengudaraan bengkel, kajian mendapati bahawa kepuasan pelajar berada di tahap tinggi apabila kipas-kipas di makmal elektrik industri mencukupi dan semuanya berfungsi. Dan persoalan kajian terakhir iaitu mengkaji kepuasan pelajar terhadap keselamatan makmal pula mendapati ia berada pada tahap sederhana kerana penyediaan alatan keselamatan diri yang tidak sepenuhnya dan tidak mencukupi untuk semua pelajar sewaktu menjalankan amali, tiada dipamerkan keselamatan penggunaan mesin atau peralatan dan terdapat juga kumpulan kecil yang tidak mengetahui laluan kecemasan sekiranya berlaku kecemasan pada bangunan. 5.2 CADANGAN Beberapa cadangan telah dikenalpasti oleh penyelidik masa kajian ini dijalankan untuk digunakan oleh pihak pengurusan. Antaranya ialah:i. Memastikan penambahbaikan dilakukan supaya para pelajar dapat melaksanakan kerja amali di makmal dengan peralatan dan keperluan yang mencukupi dan dalam keadaan baik. ii. Memastikan penambahbaikan dilakukan supaya para pelajar dapat belajar dalam suasana kondusif, baik serta selamat iii. Memastikan tahap keselamatan di makmal berada di dalam keadaan baik. iv. Memastikan alat perlindungan diri bagi setiap pelajar disediakan dan mencukupi sepanjang amali berlansung. Keselamatan perlu diberi penekanan pada pelajar setiap kali proses P&P dijalankan dalam makmal dan bengkel. 639 v. Laluan kecemasan perlu dipamerkan di dalam makmal dan di tempat yang jelas. 6.0 RUJUKAN Sarimah Binti Ismail & Mohd Zahari Bin Awang ;Kepuasan Pelajar-Pelajar Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Elektrik Dan Jentera) Terhadap Kemudahan Bengkel Di Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia; Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia Tuan Syarifah Atifah binti Tuan Mat Zin, Normaslina binti Jamil dan Mohd Zulfazli bin Raub Khan ( 2013), Tahap Kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan prasarana yang disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi sesi Disember 2012: Politeknik Banting Selangor Agatha Francis Umbit ( 2011). Kepuasan Pelajar Terhadap Perkhidmatan Dan Kemudahan Di Pusat Sumber IPG Kampus Batu Lintang Abd. Rahman Yaacob. (2009) Mengenalpasti tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Pusat Sumber Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin. Perlis: Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin 640 PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT PENCETUS KEMAHIRAN DALAM MEMBANGUNKAN KOMUNITI Yufiza Mohd Yusof, Siti Saleha Abd Azis [email protected], [email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput, Kolej Komuniti Pasir Salak ABSTRAK Di bawah Rancangan Malaysia Ke-9 sejumlah RM45.15 bilion diperuntukan untuk pembangunan modal insan. Dari jumlah itu sebanyak RM11.27 bilion adalah diperuntukkan untuk sokongan pendidikan lain dan sebanyak RM 4.793 bilion adalah untuk tujuan latihan. Pembelajaran Sepanjan Hayat (PSH) adalah salah satu daripada cabang pengajian untuk individu mendapat manfaat daripada program yang disediakan dari pelbagai institusi latihan. Pembelajaran sepanjang hayat adalah merupakan satu trend baru dalam dunia pendidikan di negara kita bagi melaksanakan rancangan tersebut. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti keberkesanan Pembelajaran Sepanjang Hayat sebagai pencetus kemahiran tinggi secara holistik dalam membangunkan komuniti Kampung Sungai Sejuk Sungai Siput. Kajian ini menfokuskan kepada keberkesanan mengikuti kursus pendek anjuran PSH memberikan pengetahuan dan kemahiran dari aspek meningkatkan sosio ekonomi dan kemahiran berkomunikasi penduduk Kampung Sungai Sejuk Sungai Siput. Populasi kajian adalah terdiri daripada 200 orang penduduk kampung sungai sejuk sungai siput yang terletak di negeri perak. Sebanyak 150 borang soal selidik diedarkan dengan mengambilkira 50 orang adalah pelajar sekolah dan kanak-kanak. Sampel bagi kajian ini adalah seramai 100 orang sahaja yang menjalani kursus pendek sepanjang tahun 2011. Data kajian diperolehi menerusi borang soal selidik dan dianalisis dengan menggunakan Statistical Package for Social Science (SPSS) 17.0. Kajian rintis yang ditabirkan ke atas 30 orang peserta kursus menujukkan kebolehpercayaan alfa crombach adalah pada tahap 0.876, yang membolehkan soal selidik ditadbirkan. Hasil analisis dipersembahkan dengan menggunakan kekerapan dan peratus. Berpandukan kepada dapatan kajian, didapati bahawa responden bersetuju bahawa kursus pendek anjuran Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah pencetus kemahiran tinggi dalam membangunkan Komuniti Kg Sungai Sejuk Sungai Siput, Perak. Kata kunci: PSH (kursus pendek), kemahiran. 641 1.0 PENGENALAN “Barangsiapa yang menginginkan dunia, ia harus berilmu, barangsiapa yang menginginkan akhirat ia harus berilmu, dan barangsiapa yang menginginkan keduanya sekali, ia harus berilmu.” Sabda Nabi Muhammad (S.A.W) Tujuan utama penubuhan kolej komuniti adalah untuk memberikan perkhidmatan kepada komuniti setempat dengan membudayakan pembelajaran sepanjang hayat. Pelaksanaan kursus-kursus pendek anjuran Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, dilihat sebagai sebuah institusi yang paling hampir dengan komuniti dengan menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat umur. Pembelajaran Sepanjang Hayat merupakan pembangunan potensi manusia melalui proses berterusan di mana individu disimulasi dan diberi kuasa untuk memperolehi pengetahunan, nilai, kemahiran dan memahami keperluan ilmu sepanjang hayat mereka. Dengan itu mereka mempunyai keyakinan, kreativiti dan menikmati peranan mereka dalam semua keadaan. (Longworth and Davies, p. 22). Ungkapan pujangga terkenal Aristotle mengatakan bahawa “excellence is not an act but a habit” diterjemahkan sebagai kecemerlangan itu bukan satu perbuatan tetapi adalah satu kebiasaan. Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (2001-2010) telah memberikan penekanan kepada penggalakan Pembelajaran Sepanajang Hayat (PSH) dengan menyediakan kemudahan untuk menguasai ilmu pengetahuan dan meningkatkan kemahiran walaupun selepas tamat pendidikan dan latihan formal. PSH yang dilaksanakan adalah melalui pendekatan pendidikan jarak jauh, pendidikan fleksibel, pengiktirafan pengalaman bekerja (recognition of prior learning) dan penawaran kursus pendek bagi peningkatan pengetahuan dan kemahiran diri. PSH adalah salah satu daripada cabang pengajian untuk individu mendapat manfaat daripada program yang disediakan oleh pelbagai institusi latihan. 642 Manusia adalah makhluk yang hidup dan sentiasa berkembang. Mereka ingin mencapai suatu kehidupan yang optimal. Sebagi manusia, mereka berusaha untuk meningkatkan kehidupannya dan mengembangkan pengetahuan, kepribadian dan keterampilan mereka. berterusan iaitu Secara sedar atau tidak sedar itulah pendidikan yang pembelajaran sepanjang hayat. Setiap individu perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan pembelajaran dan dilengkapi dengan ilmu yang kental untuk menghadapi cabaran bermula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya negara. Pembelajaran Sepanjang Hayat (PSH) merupakan satu proses pendidikan yang merangkumi pengetahuan, kemahiran secara formal atau tidak formal berdasarkan pengalaman dan latihan di tempat kerja. Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. 1.1 KERANGKA KONSEPTUAL PENCETUS PSH KEMAHIRAN KOMUNITI SUNGAI SIPUT KURSUS PENDEK  BERKEMAHIRAN  PENGETAHUAN  TINGKAT SOSIO EKONOMI  PEMBANGUNAN MASYARAKAT  TINGKAT KOMUNIKASI Rajah 1: Kerangka Konseptual 643 Kerangka konseptual ini dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada kursus pendek anjuran PSH yang diberikan kepada komuniti Kampung Sungai Sejuk. Pihak kolej melalui Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat menawarkan pelbagai kursus pendek bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan komuniti. Dengan kemahiran dan pengetahuan yang dimiliki, komuniti setempat dapat membangunkan diri mereka. Pengetahuan dan kemahiran yang ada membolehkan komuniti setempat meningkatkan sosio ekonomi masing-masing di samping itu kaedah mereka berkomunikasi dengan masyarakat yang lain juga meningkat. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Usaha untuk membangunkan komuniti yang berkemahiran memerlukan sokongan padu dari semua pihak dan merupakan tugas setiap individu. Kursus-kursus pendek anjuran PSH yang diadakan bagi meningkatkan sosio ekonomi komuniti setempat amat diberatkan. Peranan kolej komuniti sebagai pemudahcara dengan menyediakan fasiliti latihan dan tenaga pengajar yang berkebolehan seharusnya diguna sepenuhnya oleh komuniti. Mereka seharusnya merebut peluang yang sedia terbentang dalam meningkatkan potensi diri bagi menghadapi dunia yang sentiasa berubah ke arah permodenan global. Persepsi masyarakat terhadap pembelajaran sepanjang hayat perlu ditingkatkan untuk meningkatkan minat dan kecenderungan masyarakat setempat untuk menambah pengetahuan dan kemahiran yang sedia ada. Setiap individu perlu bertanggungjawab untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran yang dilengkapi dengan ilmu yang kental. Untuk menghadapi cabaran ini, segalanya perlu bermula dengan diri sendiri, keluarga, masyarakat seterusnya negara. Satu sesi temubual tidak terancang telah dijalankan secara rawak ke atas komuniti setempat yang menjalani kursus pendek di kolej. Soalan-soalan tersebut adalah seperti Jadual 1. 644 Jadual 1: Soalan sesi temubuat tidak terancang BIL SENARAI SOALAN SESI TEMUBUAL TIDAK YA TIDAK TERANCANG 1 Pernahkah anda mengikuti kursus di Kolej Komuniti Sungai Siput 2 Berapa kerapkah anda mengikuti kursus anjuran KKSS 3 Adakah kandungan kursus bersesuai dengan kursus yang dijalankan Hasil daripada temubual terhadap 20 orang peserta kursus tersebut didapati bahawa 80% peserta kursus kerap mengikuti kursus pendek di kolej. Di samping itu juga 90% daripada mereka mengatakan bahawa kandungan kursus yang mereka ikuti itu selari dengan kursus yang diadakan. 1.3 OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian dibentuk ialah:- a) Mengenalpasti keberkesanan modul kursus yang diawarkan kepada komuniti. b) Mengenalpasti keberkesanan kursus-kursus yang dijalankan. c) Mengenalpasti peranan PSH dalam membangunkan sosio ekonomi komuniti. d) Mengenalpasti peranan PSH dalam membangunkan komunikasi komuniti. 645 1.4 PERSOALAN KAJIAN Beberapa persoalan kajian diwujudkan berdasarkan kepada objektif kajian yang telah dibentuk: a) Adakah modul yang ditawarkan bersesuaian dengan kursus? b) Adakah kursus yang dijalankan memberi kesan kepada komuniti Kampung Sungai Sejuk? c) Adakah kursus pendek PSH dapat membangunkan sosio ekonomi komuniti? d) Adakah kursus pendek PSH dapat membangunkan komunikasi antara komuniti? 2.0 KAJIAN LITERATUR Daya saing global dan kepelbagaian keperluan telah mendesak individu supaya sentiasa memperbaharui pengetahuan dan kemahiran mereka. Hal ini juga dituntut oleh majikan dan industri bagi meningkatkan produktiviti. Sejajar dengan pembangunan sosio ekonomi negara, individu semakin sedar dan menghayati keperluan untuk pengayaan ilmu dan kemahiran demi kemajuan dan kepuasan diri. Secara umumnya, PSH mempunyai konsep untuk memenuhi keperluan individu dan guna tenaga di samping mewujudkan warga negara yang aktif dan kesaksamaan sosial. Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah merupakan suatu aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat khususnya orang dewasa. Proses pembelajaran adalah berterusan dan tidak pernah berakhir walaupun seseorang meninggalkan alam persekolahan. Menurut Ely (1936) dalam karyanya Journal Of Adult Education pendidikan dewasa adalah bidang pendidikan yang merangkumi matlamat masyarakat, sejarah, program pendidikan yang spesifik, penyelesaian masalah, isi kandungan pendidikan dan pemudah cara. Pendidikan yang berterusan juga menurut Husle (1977) adalah proses usaha memperbaiki diri sendiri atau 646 masyarakat dengan meningkatkan kemahiran, pengetahuan ataupun kepekaan mereka. Menurut Andragogi Mengajar Orang Dewasa Belajar (2004), orang dewasa lebih berminat dengan pengetahuan dan kemahiran yang memberikan kebaikan pada dirinya. Oleh itu di dalam komunikasi yang dilaksanakan semasa Pembelajaran Sepanjang Hayat perlu diterapkan dengan jelas bahawa pembelajaran dan kemahiran tersebut berguna di dalam kerjaya dan kehidupan mereka. PSH mempunyai pelbagai tujuan seperti peningkatan kemahiran kerja, memperbaiki sahsiah diri, penambahan ilmu pengetahuan, meningkatkan produktiviti, memperkayakan jiwa dan minda dengan ilmu pengetahuan yang berkualiti dan hasilkan satu tahap kecemerlangan yang ingin dicapai oleh mana-mana individu yang bermatlamat tinggi. PSH juga merujuk kepada percampuran dua perkara yang utama dalam membentuk individu berkemahiran tinggi iaitu hard skills dan soft skills yang secara tidak langsungnya memberikan nadi kepada sebarang pelaksanaan PSH kepada masyarakat amnya. Proses PSH boleh terjadi samada dalam bentuk formal atau tidak formal yang merujuk kepada suatu usaha yang berterusan dalam mendapatkan dan memindahkan ilmu pengetahuan, ciri-ciri nilai murni yang menebal dan kemahiran atau kebolehan. Konsep Pembelajaran Sepanjang Hayat ataupun juga dikenali sebagai lifelong learning, adult learning, pembelajaran berulangan ataupun recurrent education menggambarkan suatu kerangka yang meliputi keseluruhan jangkahayat seseorang dalam pembelajaran. Menurut Shafritz, Koepe dan Soper (1988), Pembelajaran Sepanjang Hayat juga adalah proses di mana orang dewasa secara terus menerus memperoleh, dalam perlakuan sedar, pendidikan formal ataupun tidak formal sepanjang jangkamasa hidupnya, samada bagi meningkatkan kemahiran vokasional atau pembangunan personel. Menurut kajian yang telah dijalankan oleh UTHM, keperluan bagi mengikuti PSH oleh industri amat tinggi, ini kerana keperluan sesuatu organisasi untuk memantapkan kemahiran pekerja di samping melahirkan pekerja serta produk yang berkualiti. Salah satu output PSH adalah perubahan psikomotor iaitu perubahan dalam tingkahlaku kerja individu. Shafritz, Koepe dan Soper (1988) menyatakan Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah bagi mengekalkan dan meningkatkan kemahiran vokasional individu. 647 Rajah 2 Model di lampiran menunjukkan PSH adalah proses berkitar dengan empat tonggak utama: a) Kesedaran Kendiri (Self Awareness); pelajar mengenalpasti identiti dan autonomi mereka. Pelajar yang berautonomi mempunyai nilai dan kepercayaan sendiri, secara tidak langsung mempengaruhi mereka semasa belajar (Candy 1991; Knowles et al; 2005). b) Rancang Pembelajaran (Planning for Learning): Self Management; Penetapan objek dan perancangan untuk mencapai objekti tersebut. c) Sedar perkara yang perlu dipelajari (Understanding How To Learn): Data Learning; menggambarkan kesedaran pelajar tentang kaedah yang berbeza semasa belajar dan pelbagai cara belajar. d) Penilaian Pembelajaran (Evaluating Learning); Self Monitoring; menunjukkan analisis sistematik terhadap pelaksanaan belajar. Garrison mendefinasikan self monitoring ialah tanggungjawab seseorang untuk menilai pengurusan pembelajaran mereka sendiri. 648 Mengenali Diri (Kesedaran Kendiri) Penilaian Pembelajaran (Pemantauan Kendiri) Pelajar Pembelajaran Sepanjang Hayat Perancangan untuk Belajar (Pengurusan Kendiri) Memahami Cara Belajar (Meta Belajar) Rajah 2: Model Pembelajaran Sepanjang Hayat yang dikemukakan oleh Garrison (1997) Berteraskan konsep PSH di Malaysia dalam Rangka Rancangan Jangka Panjang Ketiga (OPP3) 2001-2010, Rancangan Malaysia Kelapan (RMK8) dan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK9), Pembelajaran Sepanjang Hayat memberikan penekanan kepada produktiviti dan kebolehpasaran produk dan pekerja. Oleh sebab itu, para pengusaha dan pekerja dalam semua bidang berkaitan perlu sentiasa memantapkan diri dengan segala pengetahuan terkini bagi mengekalkan daya saing dalam industri dan perniagaan masa kini. Perubahan sistem sosial yang mengutamakan teknologi memberikan ancaman pada manusia daripada aspek 649 fizikal dan psikologi. Di sini kita dapat lihat Pembelajaran Sepanjang Hayat ini sebagai tindakbalas membina dalam membantu permasalahan ini. Clark (1987), menyatakan komuniti adalah sekumpulan manusia yang berada di dalam satu kawasan naungan Negara yang berkongsi rapat dengan sebarang aktiviti dengan wujudnya hubungan yang rapat atau perasaan. Di dalam Kamus Dewan Edisi Baru (1993), komuniti juga adalah bererti kumpulan (keseluruhan) yang tinggal di dalam satu daerah (wilayah atau Negara), masyarakat (di suatu tempat atau sesebuah Negara), orang ramai umumnya, kumpulan individu (yang besar jumlahnya) yang mempunyai sifat-sifat (kecenderungan, kepentingan dan lain-lain) yang serupa. Dengan kaedah pembelajaran sepanjang hayat yang diwujudkan di Kolej Komuniti ini, dapat membantu meningkatkan kualiti hidup komuniti, memperbaiki proses hidup seharian, mengubah budaya kerja, memperkayakan hidup dan memajukan teknologi. Perlaksanaan Pembelajaran Sepanjang Hayat di kolej komuniti adalah bertepatan dengan teori dari Ceve (1990), satu proses yang dibentuk untuk meningkatkan kehidupan individu dan kumpulan dengan menumpukan perhatian kepada manusia yang tinggal di dalam satu kawasan atau berkongsi minat bagi membangunkan kerelaan untuk belajar, tindakan dan pantulan peluang, ditentukan oleh keperluan perseorangan sosial, politik dan ekonomi. Justeru itu, pembangunan komuniti dapat dibentuk dengan sendirinya hasil dari kolaborasi kolej komuniti dan penduduk setempat yang mempunyai matlamat untuk melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi. Pembangunan komuniti adalah proses tindakan sosial di mana usaha-usaha komuniti digabungkan dengan usaha – usaha pihak kerajaan yang berkuasa bagi memperbaiki keadaan mengintegrasikan ekonomi, kehidupan rakyat sosial bagi serta kebudayaan membangunkan komuniti, komuniti bagi meningkatkan kualiti hidup samada daripada aspek ekonomi, sosial, politik mahupun kebudayaan, menurut Roberts (1992). Masyarakat melalui pendidikan komuniti dapat mempelajari pelbagai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman bagi mengembangkan bakat dan kemampuan masing-masing. Di samping itu, melalui pelaksanaan kursus pendek yang dianjurkan juga komuniti dapat memperoleh pelbagai pengalaman, kemahiran, pengetahuan 650 dalam proses membangunkan komuniti. Dengan segala ilmu pengetahuan, sudah tentu mereka dapat meningkatkan keberkesanan dalam mengatasi masalah dan meningkatkan taraf hidup komuniti khususnya. Fokus utama keberkesanan Pembelajaran Sepanjang Hayat juga lebih bersifat self help iaitu komuniti dengan sendirinya mengembangkan bakat serta kemampuan dan mengaplikasikan kemahiran. Aspek pencetus pengetahuan dan kemahiran tidak dapat dipisahkan. Jika tiada kemahiran dalam mempraktikkan pengetahuan maka pincanglah kesinambungan kunci utama sesuatu kejayaan keberkesanan Pembelajaran Sepanjang Hayat ke atas komuniti. Kemahiran bertindak memudahkan lagi tugasan seharian kita dalam menuju era globalisasi. Pengetahuan adalah sesuatu yang menentang konsep pemahaman, tetapi lebih menghalakan ke arah pembelajaran atau latihan, Barrow dan Milburn (1990). Justeru itu, maka tepatlah Pembelajaran Sepanjang Hayat ini dapat mencetuskan gelombang peningkatan kemahiran seseorang individu yang sentiasa dahagakan ilmu pengetahuan dan kemahiran. Kemahiran mempunyai pelbagai pengertian berbeza mengikut persepsi masing-masing. Menurut Francis dan Penn (1994), kemahiran adalah harta individu, gabungan pelbagai pendidikan, latihan dan kebolehan. Peranan kolej Komuniti sebagai hub Pembelajaran Sepanjang Hayat yang sentiasa memberikan pelbagai kursus pendek dan latihan yang berkualiti dapat melahirkan komuniti yang berkemahiran tinggi. Apabila merujuk kepada penyataan pencetus komuniti berkemahiran tinggi, di sini dapat kita gambarkan bahawa kemahiran boleh juga diertikan sebagai kebolehan individu menguruskan segala aktiviti fizikal dan mental. Bertepatan dengan kemahiran memerlukan latihan, usaha yang berterusan dan kawalan supaya lebih efektif dan efisien, Instruksional Technique (1980). Bagi mencapai kepuasan di dalam hidup seseorang, kemahiran dalam sesuatu bidang penting ke arah membentuk peribadi individu yang berilmu dan kehidupan yang cemerlang. Memetik kata-kata mantan Menteri Pengajian Tinggi Malaysia, Dato’ Dr. Shafie Salleh (Utusan, 2005), Pembelajaran Sepanjang Hayat adalah merupakan pelaksanaan pelbagai aktiviti pembelajaran yang boleh diikuti sepanjang hayat. Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan personaliti individu yang menyumbang kepada masyarakat dan Negara. Pembelajaran Sepanjang Hayat juga dianggap 651 memajukan taraf modal insan ke peringkat lebih tinggi dan seterusnya memberikan keuntungan kepada Negara berdasarkan kualiti dan kemahiran tinggi yang diperolehi. Fokus bagi kajian ini adalah lebih merujuk kepada komuniti di sekitar kawasan Sungai Siput, Perak. Justeru itu, dengan terlaksananya program-program kursus pendek yang dicadangkan, masyarakat setempat yang tinggal berhampiran kolej komuniti berpeluang untuk meningkatkan kemahiran dalam pelbagai bidang. Tidak terbatas hanya kepada penduduk setempat, kolaborasi antara agensi kerajaan, swasta dan persendirian juga dilaksanakan bagi memastikan di kawasan tersebut dapat melahirkan insan yang mempunyai intelek serta kemahiran yang tinggi dan maju bersesuaian dengan tujuan utama wujudnya kolej komuniti untuk meningkatkan kemahiran sedia ada (upgrading), memahirkan semula (reskilling) dan mempelbagaikan kemahiran (multi-skilling). Mohd Salleh (1999), menyatakan terdapat enam peringkat kemahiran iaitu pengetahuan, kemahiran, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian. Seterusnya, kemahiran adalah kebolehan dan kemampuan individu bagi mendapatkan seberapa banyak ilmu, pengetahuan dan teknik. Menurut Laird (1990), latihan sebagai pengalaman, disiplin atau rejimen yang menyebabkan individu memperoleh tingkahlaku baru bagi melaksanakan tugas. Latihan dan kemahiran dapat mengubah tingkahlaku baru bagi prestasi yang lebih baik. Menurut Hamdan (1993), komunikasi adalah bermaksud berkongsi sesuatu, di mana apabila kita berkomunikasi bermakna kita sedang berusaha berkongsi maklumat dan idea dengan individu atau orang yang kita berkomunikasi dengannnya. Di sini dapat dilihat dari kajian yang lepas yang menyatakan bahawa peningkatan komunikasi boleh dipertingkatkan lagi melalui tingkahlaku, Carter (1973), penyataan ini boleh dikaitkan dengan latihan dan kemahiran yang diberikan dapat meningkatkan komunikasi. Perubahan tingkahlaku meningkat apabila komuniti mengalami keberkesanan hasil dari kursus pendek. Komunikasi boleh dibentuk secara lisan atau bukan lisan misalnya bahasa gerak geri, bahasa isyarat, sentuhan, hubungan mata dan penulisan. Komunikasi yang mantap berlaku sewaktu sesi latihan atau kemahiran Pembelajaran Sepanjang Hayat dilaksanakan. Untuk memastikan keberkesanan komunikasi yang berlangsung, strategi seperti menyebarkan maklumat sebanyak mungkin telah diaplikasikan semasa latihan atau kursus pendek 652 dengan lebih kerap. Menurut Gode (1959), komunikasi juga diertikan sebagai proses mewujudkan persamaan di antara dua orang. Ini adalah tujuan utama komunikasi dilaksanakan. Komunikasi juga dapat mempengaruhi sikap atau tingkahlaku seseorang individu tersebut serta memberitahu maklumat agar dapat menambahkan pengetahuan tentang sesuatu perkara atau bidang. Kedua-dua pihak iaitu penyampai dan penerima maklumat adalah amat penting bagi memastikan Pembelajaran Sepanjang Hayat telah tercapai dengan jayanya. Keberkesanan dan kejayaan sesuatu komunikasi bergantung pada sejauh mana seseorang itu merasai bahawa pengetahuannya bertambah hasil daripada pendedahannya terhadap maklumat yang diterima. Pertambahan dan peningkatan sosio ekonomi komuniti setempat mengalami perubahan yang positif. Sosio ekonomi boleh ditakrifkan sebagai kajian hubungan di antara aktiviti ekonomi dan kehidupan sosial. Kesan-kesan sosial seperti itu dapat menjadi berlingkungan luas dalam saiz, daripada kesan tempatan pada suatu masyarakat kecil ke perubahan pada keseluruhan masyarakat. Pembangunan sosio ekonomi dapat memberikan faedah kepada masyarakat setempat serta mengubah dan menaik taraf hidup mereka ke arah lebih sempurna setanding dengan masyarakat umum. Melalui Pembelajaran Sepanjang Hayat komuniti lebih terarah kepada peningkatan sosio ekonomi kerana sasaran latihan dan kemahiran yang diberikan adalah untuk kepentingan pembangunan dan pendidikan komuniti. Impak bagi keberkesanan peningkatan sosio ekonomi dapat dilihat melalui kejayaan komuniti setempat dalam meningkatkan taraf kehidupan melalui bidang keusahawanan dan implementasi kemahiran. Kesimpulannya di sini, dengan kemahiran yang tinggi dan pengetahuan komuniti dapat lebih memudahkan perjalanan kehidupan dengan jayanya dan dapat menjadi seseorang individu yang berkualiti serta cemerlang. Perubahan kepada komuniti yang membangun dan berpendidikan terhasil daripada program latihan dan kemahiran yang diselaraskan di bawah Pembelajaran Sepanjang Hayat di Kolej Komuniti. Kewajipan mecari ilmu itu juga seharusnya difahami sebagai suatu proses Pembelajaran Sepanjang Hayat dan bukan setakat umur tertentu. Kesediaan untuk berubah dan satu sifat ingin tahu atau dahagakan pengetahuan adalah pra syarat yang amat membantu untuk Pembelajaran Sepanjang Hayat. 653 3.0 METODOLOGI KAJIAN Kajian ini adalah kajian kuantitatif dan soal selidik telah diedarkan ke atas peserta kursus komuniti Kampung Sungai Sejuk Sungai Siput. Populasi responden adalah seramai 200 penduduk. Sebanyak 150 borang soal selidik diedarkan namum pihak pengkaji hanya mendapat 100 orang responden dari penduduk kampung tersebut. Borang soal selidik yang diambil adalah borang penilaian dari kursus pendek anjuran PSH dan beberapa soalan yang dibangunkan oleh pengkaji merupakan instrumen yang digunakan untuk mendapatkan keputusan responden. Keseluruhan data-data dianalisis menggunakan perisian SPSS 17.0 (Statistical Package for Social Science). Pengkaji telah mentadbirkan kajian rintis ke atas 30 orang peserta kursus yang sedang menjalani kursus pendek di kolej. Daripada analisis yang dibuat kebolehpercayaan soal selidik kajian ini adalah pada tahap alfa crombanch pada tahap 0.7612, ini menunjukkan bahawa soal selidik ini boleh ditadbirkan untuk mendapat kesimpulan daripada kajian tersebut. 4.0 DAPATAN KAJIAN DAN ANALISIS Dapatan kajian dipersembahkan dalam bentuk frekuensi, peratusan dan min. Bahagian A adalah demografi responden, dan bahagian B adalah analisis persoalan kajian. 4.1 ANALISIS BAHAGIAN A: DEMOGRAFI RESPONDEN Jadual 2 di bawah menunjukkan jantina responden. Sampel seramai 100 orang iaitu 40% responden adalah lelaki dan 60% adalah responden perempuan mengambil bahagian dalam kajian ini. Bangsa dan agama responden menunjukkan responden 654 yang terdiri daripada bangsa Melayu, Cina, India dan lain-lain. Di mana 61% responden berbangsa Melayu, 33% responden berbangsa India dan 4% responden adalah terdiri daripada orang asli. Kebanyakkan responden mempunyai taraf pendidikan di peringkat SPM dengan 57% dan diikuti dengan 24% responden yang memiliki sijil darjah 6/SRP. Walaubagaimanapun 19% responden memiliki STPM/Diploma. Soalan 4 adalah berkaitan ahli keluarga yang terlibat dalam perniagaan. Didapati bahawa 28% responden menjawab ya dan mempunyai ahli keluarga yang terlibat dengan perniagaan dan 72% menjawab tidak. Di simping itu juga didapati bahawa kebanyakkan responden adalah kakitangan kerajaan dengan 38% , bekerja dengan sektor swasta dengan 33%, 20% responden bekerja sendiri dan 9% adalah pesara. Apabila ditanya berkaitan pendapatan yang diperolehi sebelum berkursus dan selepas berkursus, didapati bahawa sebelum kursus 45% responden berpendapatan kurang RM1000. 51% dalam lingkunan RM1001–RM2000 manakala 4% berpendapatan di antara RM 2001–Rm3000. Apabila mereka selesai berkursus purata pendapatan mereka bertambah di antara RM1001–RM2000 sebanyak 53% dan di antara RM 2001–3000 adalah 47%. Kebanyakkan responden mempunyai pengalaman terlibat dalam kegiatan keusahawanan iaitu sebanyak 51% dan 49% mengatakan tidak pernah terlibat dalam kegiatan keusahawanan. 655 Jadual 2: Demografi Responden Faktor Demografi Item Jumlah Kekerapan Jantina Lelaki 40 40.0% Perempuan 60 60.0% Melayu 61 61.0% India 33 33.0% Lain-Lain 6 6.0% Islam 61 61.0% Hindu 33 33.0% Lain-Lain 6 6.0% Darjah 6/Spr 24 24.0% Spm/Sijil 57 57.0% Stpm/Diploma 19 19.0% Ya 28 28.0% Tidak 72 72.0% Sektor Kerajaan 58 58.0% Sektor Swasta 42 42.0% Kurang Rm1000.00 45 45.0% 1001 – 2000 51 51.0% 2001 – 3000 4 4.0% 1001 – 2000 53 53.0% 2001 – 3000 47 47.0% Bangsa Agama Taraf Pendidikan Keluarga Yang Berniaga Pekerjaan Pendapatan Sebelum Kursus Pendapatan Selepas Kursus 656 4.2 BAHAGIAN B: ANALISIS DATA i. Modul yang ditawarkan bersesuaian dengan kursus. Jadual 3 di bawah menunjukkan dapatan daripada borang penilaian kursus yang dianjurkan oleh PSH, pengkaji mendapati responden hanya menjawab skala 3– kurang setuju, skala 4–setuju dan skala 5 sangat setuju. Dapat disimpulkan bahawa responden yang mengikut kursus pendek anjuaran PSH memahami modul dan besesuaian dengan kursus yang mereka ikuti. Jadual 3: Kesesuaian Kursus BIL PERATUS KEKERAPAN ITEM Min Kurang Setuju Setuju Kandungan 1 kursus Sangat Setuju adalah 6 84 10 Anda faham dengan kandungan 6 87 7 90 10 90 tersusun dan teratur 2 kursus 3 Penerangan teori mencukupi 4 Tugas amali mencukupi 10 5 Penceramah berpengetahuan 100 6 Penyampaian yang jelas 98 2 7 Bahan edaran amat sesuai 88 6 3.94 6 ii. Keberkesanan kursus pendek meningkatkan pengetahauan dan kemahiran saya. Bagi menjawab soalan kebekesanan ini, pengkaji bertanyakan tahap pengetuhan sedia ada sebelum dan selepas berkursus. Jadual 4 di bawah, daripada soal selidik yang ditadbirkan didapati bahawa kebanyakkan responden mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang masing-masing sebelum mereka 657 berkursus di kolej komuniti. 59% menyatakan mereka mempunyai pengetahuan dan kemahiran pada Tahap 2, 32% pada Tahap 1 dan pada Tahap 3 terdapat 9% responden. Setelah mereka menjalani kursus kemahiran yang dijalankan di kolej komuniti di dapati bahawa terdapat peningkatan dalam pengetahuan dan kemahiran mereka. 72% responden menunjukkan peningkatan dari Tahap 2 ke Tahap 4 manakala 28% responden mencapai Tahap 5. Min purata pencapaian responden sebelum kursus adalah 1.49 manakala setelah berkursus min menunjukkan peningkat kepada 1.59. Jadual 4: Modul Yang Ditawarkan Bersesuaian Dengan Kursus Item Pengetathuan Min Dan 1.59 Sebelum Kursus Min Selepas Kursus Tahap 1 32% Tahap 4 72% Tahap 2 59% Tahap 5 28% Tahap 3 9% 4.28 Pengetahuan iii. Keberkesanan PSH membangunkan sosio ekonomi komuniti. Beberapa soal selidik telah diedarkan kepada responden dan mendapati kursus pendek anjuran PSH di kolej komuniti dapat meningkatkan sosio ekonomi responden rujuk jadual 5 di bawah. Walaupun banyak kursus keusahawanan dijalankan di kolej namum masih terdapat responden yang kurang setuju dengan kaedah P & P kursus pendek. Namun terdapat juga responden sedang giat menjalankan perniagaan kecil-kecilan untuk menambah pendapatan mereka. Daripada 100 responden, purata 86% bersetuju bawaha kursus pendek anjuran PSH banyak membantu mereka meningkatkan sosio ekonomi harian mereka. Mereka sudah mula menyediakan Rancangan Perniagaan untuk lebih serius dalam perniagaan. 658 Jadual 5: Data-Data Dari Borang Penilaian, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat BIL ITEM PERATUS KEKERAPAN Min Kurang Setuju Setuju 1 Menyediakan Rancangan 3.96 Sangat Setuju 10 84 6 Perniagaan 2 Menjalankan perniagaan kecilan 3.98 8 86 6 3 Meningkatkan pendapatan 3.97 8 87 5 Meningkatkan kemahiran sedia 3.94 6 85 3 88 bulanan 4 ada 5 Terus mengikut kursus 3.97 9 keusahawanan iv. Keberkesanan PSH dapat membangunkan komunikasi komuniti. Jadual 6: Data-Data Dari Borang Penilaian, Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat BIL PERATUS KEKERAPAN ITEM Min Kurang Setuju Setuju Sangat Setuju 1 Menyediakan surat perjanjian 3.95 5 95 2 Berkomunikasi dengan pihak 3.92 8 92 6 86 8 91 9 bank 3 Berinteraksi dengan penduduk 3.96 kampong 4 Mendapat kerjasama dengan 4.09 semua penduduk 5 Mempunyai kumpulan perniaga 3.92 8 92 kecilan 659 Soalan berkaitan komunikasi lebih kepada bagaimana responden dapat berinteraski secara penulisan dan lisan dengan masyarakat sekelilingnya. Dengan purata 5.4%, responden menyatakan bahawa mereka kurang bersetuju dengan beberapa soalan yang dikemukan soalan 1, 2 3 dan 5. Namun 95% bersetuju dengan bahawa mereka dapat menyediakan perjanijan perniagaan. Mereka juga telah mewujudkan kumpulan peniaga secara kecil-kecilan dengan 92% bersetuju pada borang soal selidik. Dapatlah dikatakan bahawa mereka bersetuju bahawa kursus pendek anjuran JPSH banyak membantu mereka meningkatkan komunikasi harian mereka. Rujuk jadual 6 di atas. 5.0 KESIMPULAN DAN RUMUSAN Berdasarkan kepada keseluruhan kajian yang dijalankan, didapati objektif kajian ini tercapai ke arah positif. Ini adalah kerana data-data yang diperolehi menunjukkan sememangnya kursus-kursus pendek anjuran PSH dapat meningkatkan pengetahuaan dan kemahiran secara individu atau berkumpulan. Objektif kajian untuk mengenalpasti peranan PSH dalam membangunkan sosio ekonomi dan komunikasi komuniti menunjukkan bahawa penaran yang dipertanggungjawabkan itu benar-benar dapat diaplikasikan dalam kehidupan individu tersebut. Ini dapat dilihat dengan peningkatan pendapatan bulanan responden yang bertambah walaupun dalam jumlah yang kecil. Malah mereka mampu untuk berinterasi sesama sendiri dan pihak bank untuk urusan mendapatkan pinjaman bagi memulakan perniagaan. Kesimpulannya di sini, dapatlah dikatakan bahawa PSH adalah pencetus pengetuan dan kemahiran tinggi secara holistik dalam membangunkan komuniti Kampungg Sungai Sejuk Sungai Siput. Malahan di mana juga kita berada ilmu merupakan tunjang kejayaan kerana dengan memiliki ilmu sesebuah bangsa maju dan sentiasa berdaya saing untuk mencapai kejayaan dan kecemerlangan dunia dan akhirat. 660 6.0 RUJUKAN Abdul Fatah Hasan (2001). “Pengenalan Falsafah Pendidikan”, Malaysia: PTS Publications Abdul Hakim Mustor (2006). “Pendidikan Selepas SPM”. Ed. Ke-2. Malaysia: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd. Alan B. Knox (1993), Strengthening Adult and Continuing Education: Joses Bass Amir Awang (1986), Teori-teori Pembelajaran. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd, Ipoh. Bax, M. R. N., & Hassan, M. N. A. Lifelong Learning in Malaysia. Retrieved on October 6, 2011, from http://www.unesco.org/iiep/eng/research/highered/lifelm/malaysia.pdf Ely (1936), Journal of Adult Education. European Commission Directorate-General for Education and Culture .2002. European Report on Quality Indicators of Lifelong Learning. Working Group on Quality Indicators of European Commission retrieved from http://ec.europa.eu/education/lifelonglearning-policy/doc28_ Garrison, D, R (1997), Self Directed Learning: Toward a Comprehensive Model. Adult Education Quarterly 48:16-18 Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2011) Kamus Dewan Edisi Baru (1993) Keluaran Khas: Pembelajaran Sepanjang Hayat (2005, September 5), Utusan. KeluaranKhas: PembelajaranSepanjang Hayat (2005, September 5), Utusan. Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPT) (2007). Pelan Tindakan Pengajian Tinggi Negara 2007 hingga 2010. 661 Longworth Dan Davies (1996), P.22.Lifelong Learning: New Vision, New Implications, New Rules for People, Organizations, Nations and Communities in the 21stCentury, Malcom Knowles (1990), Adult Learner, a Neglected Species (Fourth Edition). Gulf Publishing Company Miller AndJohnson Laird (1990), Developmental Psychology Mocker, Donald W, Spear and George E. (1982). Lifelong Learning: Formal, Nonformal, Informal, and Self-Directed. Information Series No. 241. Mohd. Azhar Abdul Hamid, Prof Madya. Paimah Atoma, Muhamed Fauzi Othman dan Mohd Nasir Markom (2004), Andragogi Mengajar Orang Dewasa Belajar, PTS Publications and Distributors Sdn Bhd. Mohd Salleh Lebar (1999), Memahami Psikologi, Thinker Library Sdn. Bhd, Selangor. Muhammad Hisyam Bin Muhamad (15/2/2008) Pembelajaran Sepanjang Hayat Teras Pembangunan Modal Insan, Utusan Malaysia. Shafritz, Koepe Dan Soper (1988). The Difficulty of the Content, Vocabulary and Structure of a Given Book Sternberg, Robert J. The concept of intelligence and its role in lifelong learning and success. American Psychologist, Volume 52(10), Oct 1997, 1030-1037. Sulaiman Md Yassin, Mohd Salleh Lebar dan Azlina Abu Bakar (2002), Komunikasi Dalam Pengajaran Dan Kepimpinan Pendidikan , Karisma Publications Sdn. Bhd. 662 KAJIAN TERHADAP PELAKSANAAN SISTEM PENARAFAN KOLEJ KOMUNITI ( MySPeKK) DALAM KALANGAN STAF KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT Zaleha Bt Ridzwan, Hasnorliza Bt Abdul Hamid [email protected], [email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput ABSTRAK Kajian ini adalah untuk meninjau tahap kefahaman kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput terhadap Sistem Penarafan Kolej Komuniti ( MySPeKK) dan meninjau impak pelaksanaan Sistem Penarafan Kolej Komuniti ( MySPeKK) dalam kalangan staf Kolej Komuniti Sungai Siput. Ianya bersandarkan kepada maklumat-maklumat yang diberikan oleh responden dengan menggunakan borang soal selidik. Seramai 20 responden yang diambil sebagai sampel kajian di mana terdiri daripada kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput yang bertanggungjawab secara langsung dengan data serta dokumen sokongan yang diperlukan di dalam sistem penarafan ini. Kajian yang dilakukan adalah berbentuk kuantitatif dan data-data yang diperolehi dianalisis menggunakan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. Dapatan kajian menunjukkan tahap pemahaman responden terhadap sistem penarafan ini adalah rendah manakala dari sudut pengurusan fail dan rekod, hasil dapatan menunjukkan tahap yang sederhana. Impak dari sudut pengurusan organisasi pula menunjukkan tahap yang tinggi. 1. PENGENALAN Pada 5 Julai 2000, Jemaah Menteri telah mempertimbangkan Memorandum No 398/2225/00 yang telah dikemukakan oleh Menteri Pendidikan tentang konsep penubuhan dan pelaksanaan Kolej Komuniti di setiap kawasan parlimen. Kolej Komuniti Kementerian Pendidikan Malaysia akan menjadi institusi yang menyediakan keperluan latihan dan kemahiran pada semua peringkat dan memberi peluang pendidikan kepada lepasan menengah sebelum ke pasaran tenaga kerja atau melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi. Sebanyak 10 buah Kolej Komuniti rintis mula beroperasi pada pertengahan Jun 2001 dan 2 buah lagi pada bulan Disember 2001. Sehingga kini terdapat sejumlah 91 kolej komuniti di seluruh negara di bawah seliaan Jabatan Pengajian Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. 663 Tahun 2013 merupakan tahun penting bagi Kolej Komuniti di mana pihak Jabtan Pengajian Kolej Komuniti sedang mengorak langkah keluar dari zon kebiasaan dengan memperkenalkan pendekatan baharu melalui agenda yang direncanakan di dalam Pelan Pemerkasaan Kolej Komuniti 2013-2015. Salah satu agenda pemerkasaan kolej komuniti adalah sistem penarafan kolej komuniti ( MySPeKK) yang bagi membolehkan kualiti penyampaian dan perkhidmatan yang ditawarkan dapat dinilai. Menurut mantan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khalid Nordin penarafan ini perlu kerana pada akhirnya, kita bukan melihat kepada berapa yang memasuki kolej dan mengikuti program, sebaliknya melihat dari segi output iaitu sejauh mana masyarakat benar-benar mendapat manfaat daripada penubuhan sesebuah kolej komuniti. Pembangunan Sistem Penarafan Kolej Komuniti telah bermula pada September 2012. Setiap kolej telah diminta untuk mengisi data pada tahun 2012 dan data tersebut telah digunakan untuk kajian awal penarafan untuk kesemua Kolej Komuniti. Pada tahun tersebut, satu Pilot Study telah dilakukan untuk memastikan bahawa semua kriteria, subkriteria dan petunjuk boleh dipenuhi. Pada tahun 2014 kesemua kolej komuniti yang mempunyai graduan telah dinilai oleh panel penilai yang dilantik termasuklah Kolej Komuniti Sungai Siput yang telah dinilai oleh panel penilai pada 25 September 2014 yang lalu. 2.1 PENYATAAN MASALAH Kolej Komunti Sungai Siput telah memenuhi syarat kelayakan untuk penafaran kerana para graduan telah dinilai di dalam Kajian Pengesanan Graduan. Ini termasuk kelengkapan keseluruhan kriteria di dalam dokumen kemasukan data. Data yang diperlukan untuk semua kriteria di dalam sistem penarafan kolej komuniti ini melibatkan kesemua kakitangan kolej secara langsung dan tidak langsung. Masalah yang dihadapi oleh pihak pengurusan adalah mendapatkan data dan dokumen sokongan bagi mengisi setiap kriteria yang diperlukan dalam penilaian MySPeKK ini. Ini adalah kerana data serta dokumen sokongan yang diperlukan melibatkan aktiviti pada tahun 2013 dan terdapat pengstrukturan semula penjawatan dalam organisasi yang mengakibatkan pegawai yang bertanggungjawab sudah 664 bertukar jawatan. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti sejauhmana tahap pemahaman kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput terhadap MySPeKK dan apakah impak pelaksanaan MySPeKK dalam kalangan kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput. 2.2 OBJEKTIF KAJIAN 6. Mengenalpasti tahap pemahaman kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput terhadap MySPeKK 7. Mengenalpasti impak pelaksanaan MySPeKK dalam kalangan kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput. 1.3 PERSOALAN KAJIAN Persoalan yang diutarakan penyelidik adalah untuk mengariskan fokus terhadap kajian yang dilakukan bagi memudahkan penyelidik merangka kerangka kajian, jenis kaedah kajian yang digunakan untuk mengumpulkan data dan proses pengurusan data, seterusnya menjawab persoalan kajian serta mencapai tujuan kajian. Persoalan kajian tersebut adalah merangkumi dua persoalan utama iaitu : i. Apakah tahap pemahaman kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput terhadap MySPeKK ii. Apakah impak pelaksanaan MySPeKK dalam kalangan kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput. 1.4 KEPENTINGAN KAJIAN Setiap kajian yang dijalankan mempunyai beberapa kepentingan sama ada kepada penyelidik atau pihak yang terlibat. Kepentingan sesuatu kajian memberi implikasi yang besar dalam memperbaiki sesuatu perkara bagi kajian yang dijalankan. Oleh itu, kajian yang dijalankan ini juga turut mempunyai beberapa kepentingan yang boleh dimanfaatkan oleh pihak – pihak tertentu. 665 1. Kepentingan kepada penyelidik Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap pemahaman kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput terhadap sistem penarafan Kolej Komuniti MySpeKK dan kesediaan kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput memberi kerjasama dalam melengkapkan kriteria yang diperlukan dalam MySPeKK serta impak pelaksanaan MySPeKK di kolej komuniti . 2. Kepentingan kepada organisasi. Hasil dapatan daripada kajian ini dapat dimanfaatkan oleh pihak pengurusan untuk mengatur langkah yang sewajarnya dalam meningkatkan tahap pemahaman kakitangan terhadap MYSPeKK dan seterusnya merancang gerak kerja yang komprenhensif untuk memperluaskan pemahaman mereka dan memperoleh kerjasama semua kakitangan untuk mengumpul data serta bukti yang diperlukan bagi memenuhi kriteria yang diperlukan. Ini secara tidak lansung dapat memudahkan proses penilaian dan verifikasi oleh panel penilai. 1.5 BATASAN KAJIAN Kajian ini menumpu kepada kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput yang terlibat secara langsung dengan kriteria di dalam Sistem Penarafan Kolej Komunti MySPeKK iaiitu seramai 20 orang. 2.0 KAJIAN LITERASI Sistem Penarafan Kolej Komuniti ( MySPeKK) merupakan satu komponen pengukuran prestasi kepada organisasi yang merangkumi pelbagai kriteria. Secara amnya, sistem pengukuran prestasi telah mula menyelinap masuk ke dalam setiap pengurusan organisasi bagi mengetahui tahap keberkesanan organisasi termasuklah organisasi awam dan juga swasta di seluruh dunia yang berusaha mengaplikasikan sistem pengukuran prestasi (Moullin 2007). 666 Sistem pengurusan prestasi ini adalah suatu proses yang menyeluruh untuk mengurus kecekapan dan keberkesanan sesebuah organisasi dalam mencapai strategi-strategi yang telah digariskan.( Mohd Rashid, 2012) . Menurut Buchko (2007), prestasi sesebuah organisasi perlulah diukur terlebih dahulu, dipantau dan dinilai untuk melihat sejauh mana organisasi berkenaan telah mencapai matlamatnya. Dengan adanya proses pengukuran prestasi organisasi, ia merupakan langkah awal dalam usaha untuk penambahbaikan (Kanji 1994) . 3.0 METADOLOGI KAJIAN 3.1 REKABENTUK KAJIAN Kajian ini menggunakan rekabentuk jenis tinjauan dengan menggunakan instrumen soal selidik. Menurut Mohd Majid Konting (2005) soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan, kehendak dan sebagainya.Soal selidik diedarkan kepada sampel kajian dan kemudiannya dikumpulkan. Data-data yang diperolehi daripada borang soal selidik akan dianalisis dengan perisian Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. 3.2 POPULASI & SAMPEL KAJIAN Populasi untuk kajian ini terdiri daripada kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput seramai 20 orang yang terlibat secara langsung dengan kriteria MySpeKK. 3.3 INSTRUMEN KAJIAN Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah menggunakan borang soal selidik. Menurut Mohd. Majid (2004), soal selidik sesuai digunakan untuk mendapatkan maklumat berkenaan fakta-fakta, kepercayaan, perasaan dan kehendak. 667 Soal selidik ini dibina sendiri oleh penyelidik mengikut kesesuaian persoalan kajian ini. Secara umumnya, kertas soal selidik yang digunakan mengandungi tiga bahagian item telah diedarkan kepada semua kakitangan yang terlibat secara langsung dengan kriteria MySPeKK di Kolej Komuniti Sungai Siput. . Soal selidik ini mengandungi soalan yang menentu tahap kefahaman dan impak perlaksanaan sistem penarafan kolej komuniti di Kolej Komuniti Sungai Siput Skala sikap paksa- pilih ( forced- choice attitude scale) atau skala dwi pilihan digunakan di bahagian A : Umum dimana responden hanya perlu menjawab ‘YA’ atau TIDAK sahaja. Bahagian ini adalah berkaitan dengan soalan umum mengenai MySPeKK .. Bahagian B menggunakan skala likert 5 mata dan ianya adalah berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod. Bahagian C juga menggunakan skala likert 5 mata berkaitan dengan pengurusan organisasi. Skala Likert lima mata yang digunakan mengandungi lima nilai iaitu Sangat Tidak Setuju (1), Tidak Setuju (2), Kurang Setuju (3), Setuju (4) dan Sangat Setuju (5). 3.4 KAJIAN RINTIS Sebelum kajian sebenar dijalankan, satu kajian rintis hendaklah dijalankan. Kajian rintis ini dijalankan bertujuan untuk menentukan ciri-ciri soalan yang perlu diubah suai atau dikekalkan (Mohamad Najib, 1999). Kajian rintis juga dijalankan untuk memenuhi beberapa tujuan iaitu menguji kefahaman responden terhadap struktur ayat dan item-item tertentu dalam soal selidik ini di samping meninjau masalah yang akan timbul sebelum kajian sebenar dijalankan. Bagi menjalankan kajian rintis, soal selidik ini diedarkan kepada 10 orang kakitangan yang tidak terlibat sebagai responden sebenar kajian ini . 668 Jadual 3.4 : Nilai Ujian Statistik Alpha Cronbach, Kunder Richardson Nilai Alpha Kekuatan 0.0-0.2 Sangat Lemah 0.2-0.4 Lemah 0.4-0.7 Sederhana 0.7-0.9 Tinggi 0.9-1.0 Sangat Tinggi Jadual 3.4 menunjukkan nilai Ujian Statistik Alpha Cronbach, Kunder Richardson Instrumen kajian yang mengukur sesuatu pembolehubah dengan tekal dikatakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Menurut Mohamad Najib (1999), nilai efisien yang melebihi .80 menunjukkan item-item instrumen kajian yang digunakan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Instrumen kajian ini telah dianalisis dengan menggunakan kaedah Alpha Cronbach. Nilai pekali Alpha Cronbach yang sepatutnya diperolehi melalui kajian hendaklah tidak kurang daripada 0.6. Ini kerana instrumen yang digunakan dalam kajian akan dianggap mempunyai kebolehpercayaan yang rendah jika nilai yang diperolehi kurang daripada 0.6 (Mohd Salleh, 2001). Hasil daripada kajian rintis yang dijalankan, didapati nilai pekali Cronbach Alpha adalah 0.892 (> 0.60). Ini menunjukkan item bagi soal selidik ini mempunyai tahap kebolehpercayaan yang tinggi dan sesuai digunakan dalam kajian yang ingin dijalankan. 4.0 DAPATAN KAJIAN Data yang diperolehi telah dianalisis dengan menggunakan program Statistical Package for the Social Science (SPSS) versi 16.0. 669 4.1 ANALISIS BAHAGIAN A (UMUM) Data yang diperolehi daripada Bahagian A ini dianailis dengan mendapatkan skor min.bagi menjawab persoalan kajian 1 iaitu tahap pemahaman kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput terhadap MySPeKK Interpretasi skor min ini diubah suai daripada kajian Umi Nadiha (2011) seperti ditunjukkan dalam Jadual 1 Jadual 4.1.1 Tahap Pemahaman Interprestasi Skor Min. Rendah 1.00 hingga 2.33 Sederhana 2.34 hingga 3.66 Tinggi 3.67 hingga 5.00 Jadual 4.1.2 Bil Soalan Skor Tahap Min Pemahaman BAHAGIAN A: UMUM 1 Adakah anda tahu tentang MySPeKK 1.4 Rendah 2 Adakah anda jelas tentang kriteria MySPeKK 1.75 Rendah 3 Adakah anda jelas tentang sub-kriteria MySPeKK 1.8 Rendah 4 Adakah anda akan memberi kerjasama dalam pengumpulan maklumat dan 1.1 Rendah 1.2 Rendah 1.45 Rendah data MySPeKK 5 Adakah pelaksanaan MySPeKK memberi kesan positif kepada anda dan organisasi Purata Skor Min Jadual 4.2.1 ,menunjukkan hasil dapatan analisis data yang dibuat pada bahagian A: Umum. Secara keseluruhannya, skor min yang diperolehi menunjukkan tahap pehamahaman responden terhadap MySPeKK adalah rendah dengan perolehan purata skor min sebanyak 1.45 sahaja. 670 i. ANALISIS BAHAGIAN B ( PENGURUSAN FAIL DAN REKOD) Data yang diperolehi daripada Bahagian B ini dianailis dengan mendapatkan skor min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian 2 iaitu impak pelaksanaan MySPeKK di Kolej Komuniti Sungai Siput . Bahagian ini menggunakan skor skala likert 5 mata dan interpretasi pengkelasan skor yang dipilih ini diubah suai daripada kajian Tuan Syarifah Atifah (2012) seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.2 Jadual 4.2.1 Skor Skala Penunjuk 1 Sangat tidak setuju Negatif 2 Tidak setuju 3 Kurang setuju 4 Setuju 5 Sangat setuju Positif Manakala Pengkelasan skala Likert bagi item soal selidik diadaptasi daripada kajian Zulzana ( 2011). Jadual 4.2.2 Kenyataan Skor Min Impak Rendah <2.33 Tahap rendah Impak 2.33 sederhana sederhana Impak Tinggi >3.67 Tahap tinggi – 3.67 Tahap Jadual 4.2.3 671 Sisiha Bahagian B Pengurusan Fail dan Rekod Min n Tahap Piawai Sederhan 1 Pengurusan fail dan rekod di unit / jabatan saya adalah baik 3.6 0.94 2 Pengursan fail dan rekod di unit / jabatan saya adalah lengkap 3.4 0.94 3.35 1.04 3.85 0.945 Tinggi 4.65 0.67 Tinggi 4.65 0.67 Tinggi 3.91 0.867 Tinggi 3 4 5 6 Saya telah didedahkan dengan tatacara pengurusan dan penyimpanan fail dan rekod Semua data setiap aktiviti yang berkaitan tugas saya disimpan dengan baik Pengurusan fail dan rekod yang lengkap dapat membantu menjimatkan masa dalam pencarian maklumat Prosedur kerja yan standard (S.O.P) pengurusan maklumat dan data perlu diadakan Purata Skor a Sederhan a Sederhan a Merujuk kepada Jadual 4.2.3, skor min bagi item 1, 2 ,3 dan 4 iaitu item 1 ( 3.6), item 2 ( 3.4), item 3, 3.35, item 4( 3.85) menunjukkan pengurusan fail dan rekod responden berada di tahap sederhana . Analisis hasil dapatan item 1 menunjukkan, pengurusan fail dan rekod di jabatan / unit berada di tahap sederhana. Item 2 iaitu pengurusan fail dan rekod yang lengkap di jabatan / unit juga berada di tahap yang sederhana. Selain itu, pendedahan tentang tatacara pengurusan fail dan rekod juga memperoleh skor di tahap yang sederhana. Manakala responden bersetuju bahawa pengurusan fail dan rekod yang baik dapat menjimatkan masa serta S.O.P pengurusan fail dan rekod adalah penting dengan hasil dapatan analisis menunjukkan perolehan skor min yang tinggi iaitu item 5( 4.65) dan item 6( 4.65). 672 ii. ANALISIS BAHAGIAN C ( PENGURUSAN ORGANISASI) Data yang diperolehi daripada Bahagian C ini dianailis dengan mendapatkan skor min dan sisihan piawai bagi menjawab persoalan kajian 2 iaitu impak pelaksanaan MySPeKK di Kolej Komuniti Sungai Siput . Bahagian ini juga menggunakan skor skala likert 5 mata dan interpretasi pengkelasan skor yang dipilih ini diubah suai daripada kajian Tuan Syarifah Atifah (2012) seperti ditunjukkan dalam Jadual 4.2 Jadual 4.3.1 Sisiha Bahagian C Pengurusan Organisasi Min n Tahap Piawai 1 2 3 4 5 6 7 Penerangan MySPeKK kepada semua staf dilaksanakan dengan lebih awal Persediaan awal dalam penyediaan atau pengumpulan maklumat dan data perlu dilakukan MySPeKK membantu jabantan / unit dalam meningkatkan kualiti secara berterusan MySPeKK dapat meningkatkan efiensi kerja unit / jabatan secara keseluruhannya MySPeKK dapat meningkatkan produktiviti sesebuah unit / jabatan Pelaksanaan MySPeKK membantu jabatan / unit menilai kekuatan dan kelemahan Hasil dapatan MySPeKK membantu organisasi membuat tindakan pembetulan Purata Skor 3.85 1.53 Tinggi 4.5 0.61 Tinggi 4.5 0.69 Tinggi 4.4 0.68 Tinggi 4.4 0.68 Tinggi 4.5 0.69 Tinggi 4.5 0.69 Tinggi 4.38 0.79 Tinggi 673 Daripada Jadual 4.3.1, skor min kesemua tujuh item menunjukkan MySPeKK memberikan impak yang tinggi kepada pengurusan organisasi. Di antara ketujuh item yang dianalisa, item 1 menunjukkan skor min yang paling rendah iaitu merujuk kepada responden bersetuju bahawa penerangan tentang intipati MySPeKK kepada semua staf perlu dilaksanakan dengan lebih awal. Bagi item 2,3,6 dan 7 memperoleh skor min yang sama iaitu skor yang tertinggi ( 4.5). item yang memperoleh skor yang kedua tertinggi adalah item 4 dan 5 iaitu berkenaan dengan MySPeKK dapat meningkatkan efiensi dan produktiviti kerja unit / jabatan secara keseluruhannya 5.0 KESIMPULAN Hasil kajian menunjukkan bahawa pemahaman tentang MySPeKK kalangan kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput yang terlibat secara langsung dengan kriterua sistem penarafan ini adalah rendah kerana ianya perlu diperluaskan kepada setiap warga kolej sebelum dipraktikkan dan diamalkan. Setiap kakitangan harus berasa keterpunyaan (sense of ownership) terhadap pelaksanaan MySPeKK ini. Adalah menjadi tanggungjawab setiap kakitangan kolej untuk memastikan pelaksanaan MySPeKK ini dapat dijalankan dengan penuh komitmen dan ketelusan. Ini adalah kerana kejayaan kolej dalam memperoleh jumlah bintang melalui penilaian sistem penarafan ini secara mutlaknya bergantung kepada pelbagai faktor kejayaan dan dimulakan dengan kesedaran dan kefahaman warga kolej tentang intipati dan kepentingan MySPeKK. Melalui kajian ini juga, impak pelaksanaan Sistem Penarafan Kolej Komuniti MySPeKK dari segi pengurusan fail dan rekod serta pengurusan oragnisasi dapat diketahui. Item yang berkaitan dengan pengurusan fail dan rekod menunjukkan pengurusan fail dan rekod di jabatan / unit para rsponden secara keseluruhannya berada di tahap yang tinggi . Pendedahan tentang tatacara pengurusan fail dan rekod dalam kalangan responden juga berada tahap yang sederhana. Hasil dapatan soal selidik menunjukkan bahawa pengurusan fail dan rekod yang baik serta S.O.P pengurusan fail dan rekod adalah penting bagi memastikan kelancaran sesuatu urusan yang melibatkan pengumpulan data dan maklumat. 674 Hasil dapatan melalui analisa yang dijalankan, didapati impak MySPeKK terhadap pengurusan organisasi adalah tinggi. MySPeKK merupakan sesuatu yang baru di dalam sistem pentadbiran kolej komuniti. Oleh itu, keterangan dan perincian mengenainya sangat penting bagi memastikan setiap staf yang terlibat secara langsung dan tidak langsung memahami setiap kehendak kriteria dan subkriteria yang diperlukan di dalam sistem penarafan ini. Oleh itu, penerangan tentang intipati MySPeKK kepada semua staf perlu dilaksanakan dengan lebih awal. Secara keseluruhannya, MySPeKK memberi impak kepada peningkatan kualiti secara berterusan, peningkatan efiensi kerja unit / jabatan, peningkatkan produktiviti sesebuah unit / jabatan dengan membolehkan jabatan / unit menilai kekuatan dan kelemahan dan seterusnya membuat tindakan pembetulan. 6.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN. Untuk cadangan kajian seterusnya, para penyelidik mengesyorkan saiz sampel ditambahkan untuk memantapkan lagi hasil kajian dan penyelidik juga mengesyorkan membuat satu kajian untuk melihat keberkesanan dan impak pelaksanaan Sistem Penarafan Kolej Komuniti dijalankan dengan melibatkan Kolej Komuniti Wilayah Perak. Beberapa cadangan juga dikemukakan untuk perhatian pihak pengurusan Kolej Komuniti Sungai Siput bagi memastikan pelaksanaan sistem penarafan ini berjalan lebih lancar pada tahun – tahun yang akan datang. Antaranya adalah: 1. Menerangkan intipati MySPeKK kepada semua kakitangan Kolej Komuniti Sungai Siput supaya secara tidak langsung impak pelaksanaan akan dapat dilihat oleh keseluruhan staf. 2. Mengstur gerak kerja lebih awal supaya proses pengumpulan data, maklumat serta dokumen sokongan untuk tujuan penilaian MySPeKK berjalan lancar. 3. Mewujudkan S.O.P pengurusan data dan merekod maklumat bagi setiap aktiviti dan tugsan yang dijalankan oleh setiap unit kerana ianya adalah penting bagi memastikan kelancaran sesuatu urusan yang melibatkan pengumpulan data dan maklumat. 675 7.0 RUJUKAN i. Mohd Rashid Bin Ab Hamid ( 2012). Model Kecemerlangan Prestasi IPT berasaskan nilai Teras:Pendekatan Pemodelan Persamaan Struktur: Universiti Kebangsaan Malaysia. ii. Mohd Najib Abdul Ghafar. (1999). Penyelidikan pendidikan : Universiti Teknologi Malaysia. iii. Umi Nadiha Mohd Nor , Zamri Mahamod & Jamaludin Badusah( 2011), Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru Bahasa Melayu Sekolah Menengah: Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu bilangan 1 (2011) : Universiti Kebangsaan Malaysia. iv. Zulzana Binti Zulkarnain, Mohamed Bin Saim & Roslina Binti Abd Talib ( 2011), Hubungan Antara Minat, Sikap Dengan Pencapaian Pelajar Dalam Kursus Cc301 – Quantity Measurement : Politeknik Port Dickson v. Tuan Syarifah Atifah, Normaslina & Mohd Zulfazli Bin Raub Khan ( 2012) ; Tahap Kepuasan Pelajar Terhadap Kemudahan dan Perkhidmatan Prasarana yang Disediakan di Politeknik Banting Selangor bagi Sesi Disember 2012 : Politeknik Banting Selangor, Malaysia vi. Mohd Saleh & Zaidatun Tasir ( 2001) , Pengenalan kepada analisis Data Berkomputer : SPSS 10.0 for windows, Kuala Lumpur: Venton Publishing vii. http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130313/dn_14/Penarafan kolej-komuniti-Jun#ixzz3GCAi5GtFn Publishing 676 AMALAN KEMAHIRAN GENERIK DALAM KALANGAN PELAJAR BAGI KURSUS SIJIL MODULAR KEBANGSAAN PENDAWAIAN DAN PENYELENGGARAAN ELEKTRIK INDUSTRI DI KOLEJ KOMUNITI SUNGAI SIPUT Hasnorliza Binti Abdul Hamid [email protected] Kolej Komuniti Sungai Siput ABSTRAK Kemajuan teknologi yang pesat telah meningkatkan permintaan terhadap pekerja teknikal yang berkualiti, berpengalaman luas serta mempunyai pelbagai kemahiran umum yang tinggi. Setiap rakyat khususnya para pelajar di sektor teknikal perlu mempersiapkan diri dengan kemahiran-kemahiran yang diperlukan bagi memenuhi kehendak pasaran industri hari ini. Sejajar dengan era globalisasi, meningkatkan keupayaan pengetahuan dan inovasi rakyat serta memupuk ‘Minda Kelas Pertama’ merupakan satu perkara yang telah digariskan dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK). Pembangunan modal insan yang telah digariskan sebagai satu daripada agenda utama negara dalam RMK9 ialah berkait rapat dengan isu kualiti produk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) hingga dikatakan mengakibatkan pertambahan bilangan graduan yang tidak memiliki pekerjaan. Antara kelemahan graduan termasuklah tidak berketerampilan dan tidak memiliki kemahiran, khususnya kemahiran insaniah seperti mana yang dituntut oleh majikan di samping pasaran kerja yang kompetitif. Sehubungan itu, tujuan kajian adalah untuk mengenal pasti tahap amalan kemahiran generik bagi kursus Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik (SMK 5) dalam kalangan pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) di Kolej Komuniti Sungai Siput. Kajian ini berdasarkan kepada tiga kemahiran generik iaitu kemahiran teknikal, kemahiran kerja berkumpulan dan kemahiran kepimpinan. Responden kajian adalah terdiri daripada 20 orang pelajar Sijil Modular Kebangsaan yang mengambil kursus Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri. Kajian ini dilakukan secara kuantiatif dengan mengunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Data kajian dianalisis secara deskriptif dengan mengunakan perisian Statistical Packages for the Social Science (SPSS) versi 16.0 untuk mendapatkan nilai min dan sisihan piawai . Dapatan kajian menunjukan bahawa tahap kemahiran generik yang dikaji adalah tinggi di mana nilai min keseluruhan bagi kemahiran teknikal ialah 4.36, kemahiran kerja berkumpulan ialah 4.31 dan kemahiran kepimpinan ialah 4.01. Secara kesimpulannya, tahap amalan kemahiran generik perlu dikekalkan dan menerapkan kemahiran generik yang lain dalam setiap modul yang ditawarkan di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Pengajar boleh mempelbagaikan cara pembelajaran dan pengajaran yang lebih berorientasikan pelajar. Oleh yang demikian, beberapa cadangan telah dikemukakan bagi membantu para pengajar dan institusi pendidikan dalam proses penerapan kemahiran generik ini. Cadangan terperinci diterangkan dalam bab akhir kajian ini. 677 Kata Kunci: kemahiran generik, kemahiran Insaniah, kemahiran kepimpinan, kemahiran teknikal dan kemahiran kerja berpasukan 1.0 PENGENALAN Era globalisasi ini telah mengubah ekonomi negara daripada ekonomi yang berasaskan pertanian kepada ekonomi berasaskan perindustrian dan kini ekonomi berasaskan pengetahuan (Ghosh, L, 1997). Dalam usaha menuju ke arah globalisasi ini,negara perlu membuat pelbagai strategik untuk menghasilkan ekonomi berdaya saing. Aset dalam bentuk sumber manusia ini dikenali sebagai aset tenaga pekerja ilmu. Ini menunjukkan betapa pentingnya ilmu bagi tenaga kerja sekarang untuk bersaing dalam pasaran. Ilmu yang dimaksudkan di sini adalah yang berkaitan dengan ilmu pengetahuan dalam bidang tertentu, kemahiran dalam teknologi, penggunaan dan pemprosesan maklumat, komunikasi, penyelesaian masalah dalam keadaan kritikal dan kemahiran-kemahiran generik yang lain yang diperlukan untuk menaikkan taraf ekonomi negara yang perlu dimiliki oleh pekerja. Ini adalah kerana dengan adanya ilmu akan dapat meningkatkan kapasiti pengeluaran dan seterusnya melahirkan proses keluaran yang baru. Globalisasi juga membentuk keupayaan tenaga manusia negara agar menjadi lebih multiskil (kemahiran yang pelbagai) dan fleksibel dalam meneroka dunia pekerjaan. Semuanya menepati kandungan kemahiran generik atau kemahiran insaniah iaitu kemahiran bukan teknikal yang sangat penting dalam pembangunan diri, sahsiah dan kehidupan seharian pelajar serta berguna untuk melahirkan insan yang mempunyai keterampilan diri dan berdaya saing. Dalam aspek pembangunan diri para pelajar, aspek kemahiran generik ini harus diberi perhatian yang sewajarnya selaras dengan wawasan negara bagi melahirkan insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. 1.1 LATAR BELAKANG MASALAH KAJIAN Masalah pengangguran dalam kalangan graduan yang pernah dilaporkan oleh (Berita Harian (2007) suatu masa dulu mengutarakan aspek kematangan berfikir, perkembangan sahsiah, daya kepimpinan, budaya intelektual, kemahiran insaniah dalam kalangan pelajar yang seharusnya terangkum dalam pendidikan bersepadu itu kadangkala tidak menonjol sepanjang pengajian pelajar di institusi. Ini 678 menunjukkan penguasaan kemahiran generik dalam kalangan pelajar kurang menunjukkan keberkesanannya termasuk juga lepasan atau graduan dalam bidang kejuruteraan. Justeru itu, sistem pendidikan persekolahan di Malaysia, telah mengariskan kemahiran generik yang perlu untuk pelajar sebagai persediaan untuk kerjaya adalah seperti berikut: i. kemahiran berkomunikasi ii. kemahiran menggunakan teknologi iii. kemahiran merancang dan mengelola aktiviti iv. kemahiran bekerja dengan orang lain dan dalam kumpulan v. kemahiran menyelesaikan masalah vi. kemahiran mengurus,memilih dan menganalisa maklumat vii. kemahiran menggunakan idea dan teknik matematik viii. kemahiran memahami budaya (Pusat perkembangan kurikulum, KPM, 20001). Melihat daripada masalah tersebut, graduan seharusnya mempersiapkan diri dengan pelbagai kemahiran dalam persedian untuk melangkah ke dunia pekerjan yang sebenar. Oleh sebab itu, untuk mengkaji setiap kemahiran yang dinyatakan menerusi silbus sesuatu kursus adalah sangat terbatas. Oleh yang demikian, pengkaji memfokuskan kepada kemahiran yang diterapkan kepada pelajar menerusi kursus Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri. Kemahiran yang dikaji adalah merangkumi kemahiran kerja berpasukan, kemahiran teknikal dan kemahiran kepimpinan. Mengisi keperluan industri ini, Kementerian Pengajian Tingi Malaysia (KPTM) telah mengalakan setiap institusi pengajian tingi di Malaysia menerapkan pelbagai kemahiran kepada pelajar sebagai persedian untuk menempatkan diri di industri. Contohnya Universiti Tun Husein Onn Malaysia telah melaksanakan kemahiran insaniah (softskil) pada tahun 2007 sebagai penjana modal insan yang bukan sahaja berpengetahuan tetapi memilki kemahiran yang dituntut oleh majikan industri. 679 Menurut Ahmad Esa et al. (205), kemahiran insaniah yang dilaksanakan di Universiti Tun Husein Onn Malaysia adalah meliputi kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah, kemahiran kerja kumpulan, kemahiran pembelajaran berterusan, kemahiran keusahawanan, kemahiran etika dan moral profesional dan kemahiran kepimpinan. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk melihat kebenaran fenomena tersebut. Sehubungan dengan itu, untuk menghasilkan pelajar yang memenuhi ciri-ciri yang diperlukan sebagai pekerja industri masa kini, tenaga pengajar di institusi latihan berunsurkan teknikal perlu mempunyai pengetahuan terkini, berorentasikan perindustrian dan mempunyai pengalaman bekerja dalam industri. Ini penting kerana pengalaman pengajar yang luas membolehkan pengajar mengajar dan mendidik pelajar lebih berkesan dan mengetahui apa yang diperlukan untuk seseorang apabila bekerja kelak. 1.2 PERNYATAAN MASALAH Kemahiran generik merupakan kemahiran yang perlu ada pada setiap pelajar di mana ia merupakan kemahiran yang tidak tertumpu pada perkara-perkara yang mereka pelajari dalam bidang mereka. Tanpa kemahiran ini, pelajar tersebut dianggap sebagai tidak kompeten dalam elemen berkaitan. Oleh yang demikian, pelbagai pendekatan telah digunakan oleh pensyarah semasa proses pengajaran dan pembelajaran melalui kursus Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri bagi mempastikan pelajar diterapkan dengan kemahiran generik dengan cara pembelajaran berasaskan ‘Outcome Based Education’ seperti pelaksanan kerja amali, pembentangan dalam kumpulan dan lawatan sambil belajar. Bagaimanapun, timbul persoalan adakah para pelajar telah mengamalkan kemahiran generik yang diterapkan dalam pembelajaran mereka terutamanya bagi kursus Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri. Oleh yang demikian, kajian ini dijalankan untuk mengetahui tahap amalan kemahiran generik dalam pembelajaran daripada aspek kemahiran teknikal, kemahiran kerja berkumpulan dan kemahiran kepimpinan. 680 1.3 KERANGKA KONSEP Menyampaikan idea Kemahiran Berkomunikasi Mendengar dan memberi maklum balas Pembentang yang jelas dan berkeyakinan Mengenalpasti dan analisis masalah Pelajar SPE 5 SMK Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri KKSS (semester akhir) Kemahiran Menyelesaikan masalah secara kritis Perkembangan kemahiran berfikir Bakal Graduan yang berkualiti Kebolehan mencari idea dan penyelesaian alternatif Interaksi Kemahiran Bekerja secara berpasukan Peranan dalam kumpulan Sumbangan kepada perancangan kumpulan Rajah 1.1: Perincian Kerangka Konsep Kajian (Sumber: KPT (2006), Diadaptasi oleh penyelidik mengikut kesesuaian kajian) 681 1.4 OBJEKTIF DAN SOALAN KAJIAN Objektif bagi kajian ini adalah untuk a) Mengenal pasti tahap amalan kemahiran teknikal yang digunakan oleh pelajar SPE 5 semasa proses pembelajaran. b) Mengenal pasti tahap amalan kemahiran kerja berkumpulan yang digunakan oleh pelajar SPE 5 semasa proses pembelajaran. c) Mengenal pasti tahap amalan kemahiran kepimpinan yang digunakan oleh pelajar SPE 5 semasa proses pembelajaran. Berdasarkan objektif kajian, persoalan yang akan dijawab ialah: a) Sejauhmanakah amalan kemahiran teknikal digunakan oleh pelajar SPE 5 semasa proses pembelajaran? b) Sejauhmanakah amalan kemahiran kerja berkumpulan digunakan oleh pelajar SPE 5 semasa proses pembelajaran. c) Sejauhmanakah amalan kemahiran kepimpinan digunakan oleh pelajar SPE 5 semasa proses pembelajaran. 1.5 KEPENTINGAN KAJIAN Kemahiran generik sangat penting kepada para pelajar seterusnya berjaya dalam pengkhususan yang diceburi. Dengan adanya kemahiran generik, para pelajar khususnya pelajar semester akhir SPE 5 dapat berfungsi serta membiasakan diri dalam arus pendidikan yang semakin mencabar. Tanpa kemahiran generik, seseorang itu masih dianggap tidak kompeten dalam arus pendidikan Negara. Sehubungan itu, kajian yang dijalankan ini, sedikit sebanyak dapat memberi garis panduan kepada pelbagai pihak dalam membentuk para pelajar yang berkualiti dan dapat menyediakan pelajar dalam bidang industri. 682 Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran, KKSS : Dengan adanya kajian ini, pihak Jabatan Kejuruteraan dan Kemahiran (KJK) dapat membuat analisis berkenaan dengan pendapat pelajar berkenaan kepentingan ciri-ciri kemahiran generik. Dapatan daripada kajian ini, membantu pihak jabatan untuk merancang strategi atau perancangan bagi meningkatkan tahap penerapan kemahiran generik di kalangan para pelajar mereka. Pensyarah : Hasil dapatan kajian ini, dapat membantu para pensyarah dalam mengenal pasti kaedah yang bersesuaian untuk digunakan dalam menerapkan kemahiran generik di kalangan pelajar-pelajar. Para pensyarah dapat membuat perancangan tentang kaedah yang bersesuaian dalam pengajaran dan pembelajaran. Pelajar Semester Akhir : Kajian ini dapat memberi kesedaran kepada pelajar mengenai kepentingan kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kemahiran kerja berpasukan yang merupakan kemahiran generik yang amat diperlukan oleh semua pelajar. Selain itu, ia dapat membentuk pelajar dalam memastikan mereka menyedari kepentingan penguasaan kemahirankemahiran di samping mengimbangkannya dengan kemahiran dan pengetahuan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 1.6 BATASAN KAJIAN Terdapat beberapa batasan kajian yang dijalankan iaitu : 1. Kajian ini hanya tertumpu kepada pelajar SPE 5 yang mengambil kursus Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri dan berada dalam semester akhir, sesi pengajian Julai 2014. 2. Kajian ini menggunakan boring soal selidik di mana setiap soalan perlu dijawab dengan jujur dan rasional tanpa dipengaruhi oleh pensyarah. 3. Kajian yang dijalankan ini hanyalah berdasarkan objektif kajian yang telah disenaraikan sahaja. 683 1.7 PENERANGAN TERMINOLOGI 1.7.1 KEMAHIRAN GENERIK Kemahiran generik atau dikenali sebagai kemahiran insaniah atau soft skill ialah kemahiran selain daripada kemahiran bukan akademik, dan ia merentasi pelbagai domain pembelajaran merangkumi aspek keperibadian dan kerja berkumpulan. Dalam konteks kajian ini merangkumi tiga jenis kemahiran iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis dan kemahiran kerja berpasukan. 1.7.2 KEMAHIRAN BERKOMUNIKASI Kemahiran berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan dalam bahasa Melayu dan bahasa Inggeris dalam konteks yang berlainan dan dengan peserta komunikasi yang berlainan. Dalam kajian ini merujuk kepada penguasaan kemahiran komunikasi pelajar SMK Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri (SPE 5) Kolej Komuniti Sungai Siput dari sudut kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan dengan penuh keyakinan secara lisan dan bertulis. Selain itu, kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif serta memberi maklum balas yang betul dan kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan bersesuaian dengan tahap pendengar. 1.7.3 KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH SECARA KRITIS Kemahiran penyelesaian masalah secara kritis dalam konteks kajian ini melibatkan kebolehan berfikir secara kritis, kreatif, inovatif, analitis, serta kebolehan mengaplikasikan pemahaman dan pengetahuan kepada baru dan berlainan bagi pelajar SMK Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri (SPE 5) Kolej Komuniti Sungai Siput terutamanya dalam melaksanakan tugasan menjawab persoalan yang diberikan oleh pensyarah. 684 1.7.4 KEMAHIRAN KERJA BERPASUKAN Kemahiran kerja berpasukan melibatkan kebolehan pelajar SMK Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri (SPE 5) Kolej Komuniti Sungai Siput untuk bekerjasama dalam kumpulan ataupun dengan orang lain daripada pelbagai latar belakang sosial budaya untuk mencapai matlamat yang sama. Antara elemen ialah kebolehan membina hubungan baik, berinteraksi dengan ahli kumpulan dan kerja secara efektif bersama untuk mencapai objektif, kebolehan memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan dan kebolehan mengenali dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain. 1.7.5 BAKAL GRADUAN KOLEJ KOMUNITI MALAYSIA Bakal graduan dalam konteks kajian ini merujuk kepada pelajar SMK Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri (SPE 5) Kolej Komuniti Sungai Siput yang bakal menamatkan pengajian dalam masa yang terdekat. 1.8 RUMUSAN Secara keseluruhannya, bab ini menerangkan mengenai latar belakang masalah, pernyataan masalah, tujuan kajian, objektif kajian, persoalan kajian, skop kajian, kerangka konsep, kepentingan kajian dan definisi istilah. Bab ini mempunyai kepentingan dalam memperkenalkan kajian yang ingin dilakukan oleh penyelidik kepada umum dan membantu untuk penyelidik-penyelidik yang lain bagi tujuan kajian lanjutan. 2.0 KAJIAN LITERATUR 2.1 PENGENALAN Kajian literatur merupakan sebahagian yang penting kepada seseorang penyelidik untuk menjalankan penyelidikan dalam membuat tinjauan ke atas kajian-kajian lepas untuk memperolehi maklumat atau dapatan kajian berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Selain daripada itu, ia dapat menentukan sejauh mana 685 kesignifikanan kajian yang telah mendorong penyelidik untuk menjalankan kajian ini. Dalam kajian literatur ini, penyelidik akan membincangkan tentang kemahiran generik mengenai elemen-elemen yang telah menjadikan fokus kepada kajian dalam kalangan pelajar SMK Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri, kepentingan kemahiran generik dan pembangunan kemahiran generik. Setiap topik akan dibincangkan serta diperincikan mengikut kesesuaian kajian yang akan dilakukan oleh penyelidik untuk memantapkan lagi kajian penyelidik 2.2 LITERATUR DAN KAJIAN BERKAITAN Kemahiran insaniah yang mantap dimiliki oleh seseorang manusia adalah sangat penting pada hari ini kerana pihak majikan memerlukan pekerja yang jujur, bersungguh-sungguh, pemikiran kreatif, inisiatif tinggi serta kebolehan untuk menyelesaikan tugas yang berbeza (Ali @ Alik, 2012). Pekerja kini bukan sahaja melakukan kerja yang tertentu, tetapi mereka secara umumnya lebih mendorong kepada berorentasikan perkhidmatan bermaklumat dan mempunyai kemahiran sosial yang semakin penting. Motif utama setiap majikan beroperasi adalah berdasarkan keuntungan dengan mengutamakan kepada perubahan, pengurangan kos, peningkatan produktiviti, pasaran baru serta inovatif dan kreatif dalam pengeluaran produk dan perkhidmatan. Oleh itu, selaras dengan matlamat Malaysia sebagai pusat kecemerlangan di rantau Asia dan juga di peringkat antarabangsa pada abad ke-21 memerlukan peningkatan kecemerlangan imej dan kualiti pendidikannya ke taraf dunia atau memperolehi status “World Class Education” (ITTHO, 1996). Bagi memenuhi keperluan pasaran dan negara, maka seharusnya menjadi tanggungjawab pihak institusi pendidikan untuk memastikan para graduan yang dilahirkan mampu memenuhi keperluan oleh pihak majikan tersebut. Para graduan kini beranggapan bahawa pencapaian akademik adalah faktor utama penawaran pekerjaan oleh majikan, malah pencapaian akademik yang baik sahaja tidak mencukupi untuk para graduan diterima terus ke pasaran pekerjaan (Nordin, Abd Hamid & Jabor, 2004; Buntat, 2004). Persaingan dan cabaran pekerjaan kini semakin meningkat, oleh demikian, para graduan perlu memiliki bukan sahaja kelayakan akademik tetapi kebolehan, kreatif, inovatif dan kemahiran merupakan daya tarikan minat oleh sesebuah majikan. Justeru itu, institusi pendidikan harus 686 memainkan peranan dengan menitikberatkan tentang kepentingan kemahiran insaniah sebagai penyumbang yang kritikal dalam menjana modal insan yang menyeluruh di samping mampu membawa persaingan di peringkat global bagi menangani isu kualiti produk IPT (KPTM, 2006). Menurut KPTM (2006), kemahiran insaniah merupakan kemahiran generik. Ia merangkumi aspek kemahiran generik. Walaupun tiada terdapat satu senarai kemahiran khusus tentang kemahiran insaniah, tetapi kebanyakannya berkaitan dengan kemahiran seperti komunikasi, kerjasama berpasukan, kepimpinan dan pembelajaran berterusan. Terdapat pelbagai istilah yang telah digunakan untuk menghuraikan maksud berkaitan dengan kemahiran insaniah atau dikenali sebagai kemahiran generik. Selain daripada penggunaan istilah kemahiran insaniah, ia juga dinamakan dengan kemahiran lain yang digunakan di setiap negara adalah berbeza walaupun matlamat dan ciri-ciri yang dipraktikkan adalah hampir sama. Antaranya di Australia istilah yang digunakan adalah skill, key skill, core skill atau employable skills. New Zealand pula menggunakan istilah essential skill, manakala di Amerika Syarikat isitilah sebagai necessary skill, employability skills atau workplace knowhow. Bagi United Kingdom istilah key skills atau core skills digunakan (Clayton, Bloom, Meyers & Bateman, 2003). Employabilities skills yang sering digunakan dalam bidang industri bagi menjelaskan tentang maksud berkenaan (Yusoff, 2007). Dengan menggunakan istilah tersebut, ia membawa maksud dengan memberikan gambaran terhadap kemahiran personal, sikap, tabiat dan tingkahlaku, cara berkomunikasi, penyelesaian masalah dan kemahiran membuat keputusan serta mengendali pengurusan organisasi. Dua jenis kemahiran insaniah adalah seperti berikut (KPTM, 2006): i. Kemahiran Insaniah Mesti (KIM) merupakan kemahiran yang wajib dimiliki oleh setiap pelajar, manakala kemahiran ini tidak dimiliki oleh pelajar, pelajar tersebut dianggap tidak berkompeten dalam elemen berkaitan. ii. Kemahiran Insaniah Tambahan (KIT) merupakan kemahiran yang memberikan nilai tambahan kepada pelajar. Jika kemahiran ini dimiliki oleh pelajar, maka pelajar tersebut dianggap kompeten cemerlang. 687 Selain daripada itu, menurut Esa, Mohd Yunus, & Kaprawi (2005), kemahiran insaniah adalah kemahiran yang perlu dimiliki oleh seseorang pekerja tanpa mengambil kira jawatan dan sektor pekerjaan yang sedang atau bakal diceburi. Kemahiran tersebut adalah bersifat umum, pelbagai dan tidak merujuk secara khusus kepada kemahiran berkaitan teknikal. Nilai positif, kepimpinan, kerjasama berpasukan, komunikasi dan pembelajaran berterusan adalah aspek-aspek dalam kemahiran generik yang terkandung dalam kemahiran insaniah (Razzaly, Baba, Sh Ahmad, Md Ali & Sayadi, 2007), dengan kata lain, kemahiran generik adalah asas kemahiran umum tentang kualiti, kebolehan dan ciri yang membolehkan seseorang berfungsi dan memberi sumbangan secara berkesan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, berkomunikasi, berfikir secara kreatif dan kritis, bertindak sebagai anggota kerja berpasukan yang berkesan. Kemahiran yang bukan dari teknikal yang berkaitan dengan kebolehkerjaan dan kemahiran tersebut boleh digunakan dalam pelbagai bidang dikenali sebagai kemahiran generik (Mohammad, Md. Nor, Omar, Mohamed, 2003). Secara umumnya, kemahiran insaniah merupakan kemahiran bukan teknikal atau kemahiran bukan akademik yang merangkumi kemahiran komunikasi secara lisan atau bukan lisan, kerja berpasukan, menyelesaikan masalah secara kritis dan kreatif, mempunyai daya kepimpinan yang tinggi dan apa jua kemahiran yang tidak kaitan dengan akademik. Antara kriteria elemen yang terkandung dalam kemahiran bukan akademik ialah kemahiran berkomunikasi, kemahiran kerja berpasukan, kemahiran kepimpinan, kemahiran keusahawanan dan juga kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis. Selain daripada akademik, kemahiran generik ini sangat penting kepada para bakal graduan dalam alam pekerjaan. Para bakal graduan harus mengunakan pengetahuan teori-teori pembelajaran serta memiliki kemahiran insaniah yang tinggi di alam pekerjaan, tetapi kebanyakan graduan kini kurang mengambil berat mengenai isu kekurangan kemahiran insaniah yang boleh menyebabkan berlaku pengangguran yang kian meruncing. Salah satu kenyataan yang dinyatakan oleh Ahmad (2007) bahawa masalah pengangguran berlaku ialah graduan merasakan belum lagi memikirkan masalah ini disebabkan mereka belum menempuh alam pekerjaan dan sekarang hanya menumpukan pada pelajaran sahaja. Selain daripada itu, pengangguran di kalangan graduan disebabkan kekurangan 688 pembelajaran kemahiran insaniah di peringkat pengajian tinggi semasa dalam proses pengajaran dan pembelajaran seharian (Quek, 2005). Kemahiran insaniah yang diperlukan oleh seseorang kehidupan pekerja ilmu dalam persaingan ekomoni pengetahuan yang dicadangkan oleh Majmudar (2002) seperti berikut: i. Kemahiran menyelesaikan masalah dan berfikiran kritikal. Sentiasa meningkatkan daya pemikiran berfikir kritikal untuk menyelesaikan sebarang permasalahan yang dihadapi seperti dalam keadaan yang kompleks, cemas, formulasi, analisis, kategori, cadangan penyelesaian dan mendapatkan alternatif pada seseorang pekerja yang berilmu. ii. Kemahiran berkomunikasi. Komunikasi bukan sekadar melalui percakapan, tetapi dengan menggunakan pelbagai media atau peralatan moden khususnya komunikasi dengan internet dapat memajukan diri sendiri untuk menjadikan seorang pekerja yang berilmu. 3.0 METODOLOGI Reka bentuk kajian ini digunakan sebagai panduan untuk penyelidik mendapatkan maklumat dan data. Terdapat dua jenis reka bentuk pembahagian sesuatu kajian iaitu kuantitatif dan kualitatif. Untuk kajian ini, penyelidik akan menggunakan reka bentuk kajian yang berbentuk kuantitatif dimana ia akan melibatkan penggunaan angka dan kekerapan (Mohd Najib, 1999). Kaedah kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah berbentuk tinjauan (survey) yang merupakan salah satu kaedah penyelidikan bukan eksperimental. Kajian yang dijalankan adalah berbentuk penyelidikan deskriptif dengan menggunakan kaedah soal selidik. Menurut Mohd Najib (1999), populasi dan sampel kajian sangat penting dalam menjalankan penyelidikan pendidikan kerana ia akan menentukan masalah yang perlu dikaji serta seberapa banyak data-data dan maklumat yang perlu dikumpulkan. Malah dalam melaksanakan penyelidikan, sampel juga dapat menentukan masa, kos perbelanjaan dan tenaga yang dikeluarkan. Sampel dalam kajian ini terdiri daripada 20 orang pelajar semester akhir SPE 5 yang mengikuti kursus Pendawaian dan 689 Penyelenggaraan Elektrik Industri di Kolej Komuniti Sungai Siput. Dalam kajian ini, kaedah soal selidik digunakan sebagai instrumen kajian bagi mendapatkan data. Borang soal selidik yang digunakan di dalam kajian ini mengandungi dua bahagian yang iaitu Bahagian A mengandungi maklumat latar belakang responden, Bahagian B mengandungi item untuk mengetahui tahap amalan kemahiran generik dalam kalangan pelajar semasa pembelajaran melibatkan kemahiran teknikal, kemahiran kerja berkumpulan dan kemahiran kepimpinan. Jadual 3.1 adalah skala Likert yang digunakan untuk mengukur maklum balas responden bagi setiap item yang dikemukakan. Jadual 3.1: Penskalan Skala Likert SIMBOL KETERANGAN SKALA STS Sangat Tidak Setuju 1 TS Tidak Setuju 2 TP Tidak Pasti 3 S Setuju 4 SS Sangat Setuju 5 (Sumber: Mohamad Najib Abdul Ghafar, 1999) 4.0 ANALISIS DAN PERBINCANGAN ANALISIS DESKRIPTIF Data yang diperolehi dianalisis secara deskriptif untuk mengetahui tahap amalan kemahiran generik yang merangkumi kemahiran teknikal, kemahiran kerja berkumpulan dan kemahiran kepimpinan pelajar dalam pembelajaran. Kajian ini telah dianalisis dengan mengunakan perisian Statistical Package For Social Science (SPSS) versi 16.0. Tahap kemahiran-kemahiran ini diukur berdasarkan kepada julat interpretasi skor min berpandukan pada Jadual 4.1 690 Jadual 4.1: Tahap kecenderungan mengikut skor min Skor Min Tahap Skor Min Kecenderungan Kecenderungan 1.00 – 2.33 Rendah 2.34 – 3.67 Sederhana 3.68 – 5.00 Tinggi Tahap (Sumber :Landel, 1997) A. Maklumat dan Latar Belakang Responden Jadual 4.2 menunjukkan daripada 20 orang respoden, seramai 17 orang (85.0%) adalah responden lelaki manakala 3 (15.0%) orang adalah responden perempuan. Jadual 4.2: Taburan Respoden Berdasarkan Jantina Jantina Bilangan Peratus (%) Lelaki 17 85.0 Perempuan 3 15.0 Jumlah 20 100.0 Peratus pelajar Lelaki dan Perempuan 15% Pelajar Lelaki 85% Pelajar Perempuan Rajah 4.2 : Peratusan pelajar Lelaki dan Perempuan SPE 5 691 B. Tahap Amalan Kemahiran Teknikal Dalam Pembelajaran Oleh Pelajar Jadual 4.3 menunjukan nilai min, tahap dan sisihan piawai bagi amalan kemahiran teknikal dalam pembelajaran. Daripada analisis yang dijalankan bagi amalan kemahiran teknikal didapati bahawa boleh mengenali setiap peralatan dengan betul dan tepat dan item yakin dalam mengambil ukuran semasa menjalankan amali merupakan item min tertingi iaitu 4.45. Manakala tahu berlaku masalah dan mencari alternatif sekiranya berlaku kerosakan merupakan item min terendah iaitu 4.15. Jumlah purata keseluruhan bagi amalan kemahiran teknikal bagi nilai min adalah 4.36, sisihan piawai 0.87 dan kemahiran teknikal dalam pembelajaran berada pada tahap tinggi. Jadual 4.3: Purata Nilai Min, Tahap dan Sisihan Piawai Bagi Amalan Kemahiran Teknikal Dalam Pembelajaran. Bil 1. 2. 3. 4. 5. Item Yakin mengunakan peralatan tangan dan mesin di dalam makmal Boleh mengenali setiap peralatan dengan betul dan tepat Yakin dalam mengambil ukuran semasa menjalankan amali Yakin dalam membina litar pendawaian Tahu berlaku masalah dan mencari alternatif sekiranya peralatan atau litar rosak JUMLAH PURATA KESELURUHAN Skor Sisihan Min Piawai 4.40 0.883 Tinggi 4.45 0.887 Tinggi 4.45 0.887 Tinggi 4.35 0.933 Tinggi 4.15 0.933 Tinggi 4.36 0.872 Tinggi Tahap 692 Rajah 4.3 : Tahap Amalan Kemahiran Teknikal dalam Pembelajaran Oleh Pelajar. Tahap Amalan Kemahiran Teknikal Dalam Pembelajaran Oleh Pelajar E: tahu cari alternatif 4.15 D: yakin bina litar 4.35 C:yakin ambil ukuran 4.45 B: kena stp alatan 4.45 A: Guna alatan tangan Skor Min 4.4 4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 C. Tahap Amalan Kemahiran Kerja Berkumpulan Dalam Pembelajaran Oleh Pelajar Skor Sisihan Min Piawai Mampu menyumbangkan idea dalam kumpulan 4.15 0.88 Tinggi Boleh bekerja dalam kumpulan yang besar 4.1 1.17 Tinggi 4.3 0.87 Tinggi 4.31 0.97 Tinggi Bil Item 4. 5. 6. Boleh bekerja dengan rakan dari pelbagai peringkat umur, jantina, bangsa dan agama JUMLAH PURATA KESELURUHAN Tahap Jadual 4.4: Purata Nilai Min, Tahap dan Sisihan Piawai Bagi Amalan Kemahiran Kerja Berkumpulan Dalam Pembelajaran. 693 Jadual 4.4 menunjukan nilai min, tahap dan sisihan piawai bagi amalan kemahiran kerja berkumpulan dalam pembelajaran. Daripada analisis yang dijalankan bagi amalan kemahiran kerja berkumpulan didapati bahawa item Sentiasa memberi kerjasama dalam kumpulan adalah nilai min tertingi iaitu 4.50 manakala item boleh bekerja dalam kumpulan yang besar merupakan nilai min terendah iaitu 4.1. Jumlah purata keseluruhan bagi amalan kemahiran kerja berkumpulan bagi nilai min adalah 4.31, sisihan piawai 0.97 dan kemahiran kerja berkumpulan dalam pembelajaran berada pada tahap tinggi. (samb) Jadual 4.4: Purata Nilai Min, Tahap dan Sisihan Piawai Bagi Amalan Kemahiran Kerja Berkumpulan Dalam Pembelajaran. Bil 1. 2. 3. Item Menunjukan minat dan bekerja keras untuk mencapai matlamat kumpulan Sentiasa memberi kerjasama dalam kumpulan Boleh menghormati pendapat rakan dalam kumpulan Skor Sisihan Min Piawai 4.45 0.89 Tinggi 4.5 0.89 Tinggi 4.35 1.14 Tinggi Tahap Tahap Amalan Kemahiran Kerja Berkumpulan Dalam Pembelajaran Oleh Pelajar F: bekerja dengan rakan dalam pelbagai peringkat 4.3 E: bekerja dalam kump besar 4.1 D: sumbang idea dalam kump 4.15 C: hormat pendapat rakan Skor Min 4.35 B: beri kerjasama 4.5 A: minat utk capai maklumat 4.45 3.9 4 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 694 Rajah 4.4 : Tahap Amalan Kemahiran Kerja Berkumpulan Dalam Pembelajaran. D. Tahap Amalan Kemahiran Kepimpinan Dalam Pembelajaran Oleh Pelajar Jadual 4.5 menunjukan nilai min, tahap dan sisihan piawai bagi amalan kemahiran kepimpinan dalam pembelajaran. Daripada analisis yang dijalankan bagi amalan kemahiran kepimpinan didapati bahawa item yakin dengan keputusan yang dibuat oleh kumpulan merupakan nilai min tertingi iaitu 4.20 manakala item mampu menganalisis situasi kompleks secara tepat dan cepat merupakan item nilai min terendah iaitu 3.85. Jumlah purata keseluruhan bagi amalan kemahiran kepimpinan bagi nilai min adalah 4.02, sisihan piawai 1.14 dan kemahiran kepimpinan dalam pembelajaran juga berada pada tahap tinggi. Bil Item Skor Sisihan Min Piawai Tahap 1. Yakin dengan keputusan yang dibuat oleh kumpulan 4.20 1.24 Tinggi 2. Sentiasa memberi penghargan dan pujian kepada 4.05 1.23 Tinggi 3.90 1.07 Tinggi ahli kumpulan yang menjalankan tugas dengan cemerlang 3. Sentiasa bercakap mengikut fakta yang benar dan tepat 4. Sentiasa berlaku adil dengan setiap ahli kumpulan 4.00 1.26 Tinggi 5. Tahu mengawal emosi walaupun dalam keadan 4.10 1.07 Tinggi 3.85 0.99 Tinggi 4.02 1.14 Tinggi yang mencabar atau tertekan 6. Mampu menganalisis situasi kompleks secara tepat dan cepat JUMLAH PURATA KESELURUHAN Jadual 4.5: Purata Nilai Min, Tahap dan Sisihan Piawai Bagi Amalan Kemahiran Kepimpinan Dalam Pembelajaran. 695 Rajah 4.5 : Tahap Amalan Kemahiran Kepimpinan Dalam Pembelajaran oleh pelajar. ANALISIS INFERENSI (UJIAN-T) Untuk membandingkan perbezan min antara jantina, Ujian-t digunakan. Keputusan Ujian-t ditunjukan seperti Jadual 4.6 dan Jadual 4.7. Analisis ini dibuat bagi melihat sama ada terdapat perbezan min yang signifikan antara pelajar lelaki dan perempuan bagi setiap kemahiran generik (teknikal, kerja berkumpulan dan kepimpinan). Rumusannya, keputusan ujian statistik menunjukan nilai t (18) = 8.047, p = 0.297 adalah tidak signifikan. Keputusan ujian menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezan skor min tanggapan terhadap proses pengajaran dan pembelajaran yang signifikan di antara pelajar lelaki (M = 23.53 dan sisihan piawai= 5.95), dengan pelajar perempuan (M = 27.33 dan sisihan piawai= 2.31) terhadap pelajar lelaki dan perempuan bagi ketiga-tiga kemahiran. 696 Jadual 4.6: Ujian-t Membandingkan Min Kemahiran Generik dengan Jantina Group Statistics Kepimpinan Std. Deviation Mean Error JANTINA N Mean Lelaki 17 23.5294 5.94892 1.44283 27.3333 2.30940 1.33333 25.3529 5.02421 1.21855 Perempuan 3 28.6667 1.52753 .88192 Lelaki 21.8235 3.89287 .94416 21.6667 4.16333 2.40370 Perempuan 3 KerjaKumpulan Lelaki teknikal Std. 17 17 Perempuan 3 PERBINCANGAN Dapatan menunjukan amalan kemahiran generik bagi kursus Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri dalam kalangan pelajar Sijil Modular Kebangsaan (SMK) Kolej Komuniti Sungai Siput berada pada tahap yang tinggi. Walaupun amalan kemahiran generik ini berada pada tahap tinggi, namun pengekalan kemahiran ini perlu sentiasa diterapkan dan mengamalkan kemahiran generik yang lain seperti kemahiran berkomunikasi, kemahiran etika profesional dan moral juga kemahiran-kemahiran yang lain semasa proses pembelajaran dan pengajaran berlansung. Dapatan menunjukan bahawa kemahiran teknikal mempunyai nilai min tertinggi berbanding dua kemahiran yang lain. Kemahiran teknikal yang kerap digunakan semasa pembelajaran di dalam makmal adalah teknik dan kaedah penggunaan alatan tangan dan mesin, mengenali setiap peralatan tersebut, yakin dalam mengambil ukuran, membina litar pendawaian dan tahu mencari alternatif sekiranya peralatan rosak atau menghadapi masalah. Dapatan menunjukan item boleh boleh mengenali setiap peralatan dengan betul dan tepat dan item yakin dalam mengambil ukuran semasa menjalankan amali 697 merupakan item min tertingi iaitu 4.45. Ini menunjukan bahawa, pelajar bidang kemahiran sememangnya perlu mahir atau dapat mengikuti kerja-kerja berkemahiran. Peralatan tangan dan mengambil ukuran adalah sebahagian subtopik yang perlu di warisi oleh pelajar teknikal. Bagi kemahiran bekerja secara kumpulan, min keseluruhan adalah 4.31 dan item yang mendapat min tertinggi adalah sentiasa memberikan kerjasama dalam kumpulan. Pada pendapat pengkaji, pelajar lebih terpengaruh dengan pendapat atau pandangan rakan dalam menyelesaikan tugasan kerana rakan dapat mempengaruhi pemikiran dan perwatakan seseorang itu. Anuar dan Norshahril (201) menyatakan hubungan sosial dengan teman sebaya akan membina budaya tertentu dalam kehidupan remaja dan hubungan sosial ini boleh menghasilkan pelbagai kemahiran seperti sikap bekerjasama dan hormat menghormati. Manakala item yang mempunyai nilai min terendah pula iaitu boleh bekerja dalam kumpulan yang besar menjadikan kemahiran kerja berkumpulan kurang digemari oleh pelajar. Hal ini adalah kerana, dalam melaksanakan kerja amali sebagai contohnya, kuantiti pelajar dalam kumpulan biasanya antara dua atau tiga pelajar sahaja. Ini menyebabkan pelajar berasa kurang senang jika bilangan ahli kumpulan yang besar kerana perlu berkongsi ruang kerja dan peralatan-peralatan amali. Pada pendapat pengkaji, keselesan bekerja adalah amat mempengaruhi sikap dan potensi pelajar dalam menjalankan sesuatu kerja. Bagi kemahiran kepimpinan, item yang mendapat nilai min tertingi ialah yakin dengan keputusan yang dibuat oleh kumpulan. Sifat menghormati ketua dan menerima pendapat atau bersifat terbuka mampu mencipta hubungan kesepakatan dan muhibah di antara ahli kumpulan. Namun, dapatan kajian menunjukan pelajar kurang mampu menganalisis situasi kompleks secara tepat dan cepat. Item yang mendapat nilai min terendah dalam kemahiran kepimpinan ini menunjukan bahawa pelajar kurang berfikir dan sering mengambil mudah sesuatu perkara. Kebiasanya pelajar lebih tertumpu kepada penyelesaian yang diberikan oleh pensyarah berbanding berfikir sendiri. Mohd Fadzilah Kamsah et al., (2006) yang menyatakan bahawa sikap malas berfikir ini selalu diamalkan oleh pelajar yang hanya mahu memperoleh sesuatu perkara 698 dengan jalan mudah dan tidak perlu bersusah-payah. Secara keseluruhanya, amalan kemahiran generik yang merangkumi kemahiran teknikal, kemahiran kerja berkumpulan dan kemahiran kepimpinan bagi kursus Pendawaian dan Penyelenggaraan Elektrik Industri adalah releven untuk mempelbagaikan kemahiran para pelajar agar ianya dapat memenuhi kehendak industri. 5.0 KESIMPULAN DAN CADANGAN Daripada dapatan dan analisis yang telah dijalankan menunjukan amalan kemahiran teknikal, kemahiran kerja berkumpulan dan kemahiran kepimpinan berada dalam tahap tinggi dalam kalangan pelajar SPE 5. Namun, pelajar dengan jelas telah mengamalkan ketiga-tiga kemahiran ini semasa pembelajaran. Bagi meningkatkan tahap kemahiran-kemahiran ini, adalah penting untuk pensyarah mempelbagaikan cara pengajaran seperti pembelajaran berasaskan pengalaman atau praktikal dan pengajaran berorientasikan pekerjaan (worksite learning) disamping meneruskan pembelajaran berasaskan Outcome Based Education (OBE). Dengan cara ini, pelajar lebih terdorong untuk meningkatkan amalan kemahiran generik terutamanya sepanjang pengajian mereka. 699 6.0 RUJUKAN Ahmad, E., Jailani, M. Y., dan Noraini, K.(2004). Penerapan Kemahiran Kepimpinan Menerusi Kokurikulum di Politeknik. Kolej Universiti Teknologi Tun Hussein Onn. Azalya Binti Ayob (2003). Kepentingan Kemahiran Generik Di Kalangan Pekerja Di Industri Elektrik Dan Elektronik Di Bayan Lepas, Pulau Pinang. Projek Sarjana Muda. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Azam Bin Awang (2007), Tahap Penerapan Kemahiran Generik Dalam Pengajaran Guru Kejuruteraan Di Sekolah Menengah Teknik Di Negeri Kelantan Dan Negeri Terengganu. Projek Sarjana.Universiti Teknologi Malaysia, Skudai. Modul Panduan Kemahiran Insaniah (Soft Skills) UTHM (2007). Batu Pahat: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Mohd Khairuddin (2005). Pencapaian Pelajar Berdasarkan Kaedah Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) Berbanding Kaedah Kuliah Bagi Mata pelajaran Pengurusan Dan Organisasi Tapak Di Kalangan Pelajar Kejuruteraan Awam. KUiTTHO: Tesis Sarjana PTV. Rahifa Bt Mustafa (2006). Kemahiran Generik Dalam Kelas Bercirikan Pembelajaran Berasas Masalah (PBM) Di Kalangan Pelajar KUiTTHO. KUiTTHO: Tesis Sarjana PTV Philips J.A (1997). Pengajaran Kemahiran Berfikir. Kuala Lumpur : Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Shaheda Binti Mohammad Khawari & Mohd Zaiham Bin Hamzah (2003). Amalan Kemahiran Generik Bagi Kursus ET201 Dalam Kalangan Pelajar Diploma Kejuruteraan Elektronik Komputer Di Jabatan Kejuruteraan Elektrik Politeknik Merlimau. Politeknik Merlimau. 700 701 THE USE OF VIDEO RECORDING AS A TOOL IN ENHANCING STUDENTS’ PERFORMANCE IN ENGLISH CLASSROOM Fathilah Begum Binti Mohamed Maidin 1, Noor Azlin Binti Mohd Sidek2, Salwani Binti Shamsuddin3 Kolej Komunti Taiping1, Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah2, Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah3 [email protected] 1, [email protected] 2, [email protected] 3 ABSTRACT The aim of this innovation is to utilize the use of video recording in students’ smartphones and also the use of video in English language classroom. The appropriate use of materials and tools in teaching and learning are undeniably helpful in making the process more meaningful. Current global developments open up more opportunities for English as Second Language (ESL) teachers to design and implement ICT-based lessons. Students these days are from the Net-generation and do not suffer from technophobia. Mobile technologies are usually associated with devices that are portable. With the use of mobile technologies especially video recording, ESL students not only can use the language in the classroom but also in their daily life. One example of using video recording is for students to come out with a video of a preparation before an interview. With the recording, students can share it with other students and maybe they can upload it in Youtube or using video-scribing such as Sparkol. Keywords: video recording, ESL classroom 702 1.0 Introduction The English language has become a basic requirement for students and job seekers in this increasingly globalised world. The general objective of the English courses in Malaysia polytechnic and community colleges institution is to equip students with necessary skills in academic and technical contexts so that they are able to perform in the industries. Learning ESL has always been very challenging especially for low proficiency students since most of them are less motivated to learn the language due to the less interesting learning environment. Teaching English to non-English speaking students is very challenging. The English classroom has always been associated with competencies, grammar, tasks, exercises and drill activities that position teaching and learning a language as an educational activity that is separated from society. ESP students are usually adults who already have some acquaintance with English and are learning the language in order to communicate a set of professional skills and to perform particular job-related functions. ESP concentrates more on language in context than on teaching grammar and language structures. Based on observation, students’ interest in learning English as Second Language (ESL) seems to be declining. 2.0 Aim of Innovation The aim of this innovation is to utilize the use of video recording as a tool in ESL classroom. The appropriate use of materials and tools in teaching and learning are undeniably helpful in making the process more meaningful. Current global developments open up more opportunities for English as Second Language (ESL) teachers to design and implement ICT-based lessons. Students these days are from the Net-generation and do not suffer from technophobia. Mobile technologies are usually associated with devices that are portable. With the use of mobile technologies especially video recording, ESL students not only can use the language in the classroom but also in their daily life. One example of using video recording is for students to come out with a video of a preparation before an interview. With the 703 recording, students can share it with other students and maybe they can upload it in Youtube or using video-scribing such as Sparkol. 3.0 Limitations There are a few limitations in using the suggested tool in ESL classroom. Applications such as Sparkol not free. Besides that, we need a higher speed Internet connection to be able to design our lesson in applications such as Sparkol and Powtoon as well as uploading the video in Youtube. Not all teachers and students are well-versed in video editing and have the necessary equipment such as wellequipped smartphones and also laptops or computers. 4.0 Recommendations English language teachers should be given courses on using video application for better teaching and learning process. Besides that, teachers should be given more resources such as laptops and also free use of applications such as Sparkol. In order for students to be creative and innovative in their learning process, they can be exposed to the use of applications such as Sparkol and Powtoon to make their own presentation more interesting. Teachers can give more interactive assignment for the students, for example: interviewing customers for Customer Service topic. 704 5.0 Example of Applications http://www.sparkol.com/ 705 http://www.powtoon.com/ 706 REKABENTUK PAPAN KAWALAN LITAR LAMPU ISYARAT JALAN RAYA MENGGUNAKAN PROGRAMMABLE LOGIC CONTROLLERS (PLC) SEBAGAI ALAT BANTU MENGAJAR (ABM) Marzuki Bin Ahmad 1, Aznor Bin Hassan2, Muhammad Mubarak Bin Ab Rahman3 [email protected], [email protected] 2, [email protected] 3 Kolej Komunti Taiping ABSTRAK Projek rekabentuk papan kawalan lampu isyarat jalan direka adalah bertujuan untuk mengatasi permasalahan pelajar Sijil Mekanikal Pembuatan di Kolej Komuniti Taiping yang susah untuk mengaplikasikan apa yang dipelajari dalam kursus Elektro-Mekanikal Dan Programmable Logic Controllers (PLC) dalam penggunaan kehidupan seharian yang sebenar. Kehidupan sebenar yang dimaksudkan adalah penggunaan sistem tersebut di dalam kilang seperti tali sawat pengangkut, di dalam bangunan seperti lift, di kedai atau pasaraya seperti sistem elektronik, di jalan raya seperti lampu isyarat dan sebagainya yang digunakan secara meluas pada zaman sekarang. Kumpulan sasaran yang menggunakan papan kawalan litar lampu isyarat jalan ini adalah pelajar sem 3. Aktiviti yang dilaksanakan bagi pelaksanaan projek ini adalah pelajar perlu membuat model menggunakan sistem Elektro-Mekanikal Dan Programmable Logic Controllers (PLC) di dalam penggunaan lampu isyarat jalan yang dikecilkan kepada skala model tetapi kelihatan seperti jalan raya yang sebenar. Dapatan daripada aktiviti ini didapati para pelajar sem 3 dapat memahami dan mengaitkan aplikasi penggunaan sistem Elektro-Mekanikal Dan Programmable Logic Controllers (PLC) di dalam kehidupan seharian yang sebenar. 707 Kata Kunci: Aplikasi, PLC, model, kehidupan sebenar REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MASA LALU. Kursus Elektro-Mekanikal Dan Programmable Logic Controllers (PLC) ini direkabentuk untuk menyediakan pelajar dengan kemahiran dan pengetahuan bagi membina, mengoperasi dan menyelenggara litar kawalan Elektro-Mekanikal dan PLC. Kaedah pembelajaran dan pengajaran bagi semester ini adalah kerja berkumpulan dan perbincangan. Manakala mod penyampaian pensyarah melalui kuliah dan tunjukcara. Subjek ini mempunyai sebanyak 8 topik yang perlu dihabiskan dalam masa 13 minggu. Setiap topik berkaitan dengan pengenalan alat dan simbol serta pembinaan litar mudah. Setelah berakhir program ini, para pelajar dapat: a) Menerangkan dan melukis simbol-simbol komponen dalam sistem kawalan Elektro-Mekanikal dan PLC b) Melukis litar kawalan sistem Elektro-Mekanikal dan PLC c) Mempraktikkan kaedah yang betul dalam pembinaan litar kawalan sistem Elektro-Mekanikal dan PLC meliputi aspek pemasangan, kawalan dan penyenggaraan. Terdapat beberapa permasalahan semasa pengajaran dan pembelajaran kursus ini. Antara masalah yang dikenalpasti adalah: a) Pelajar susah untuk memahami sistem litar dan membina litar sistem Elektro-Mekanikal dan PLC ini. b) Pelajar tidak dapat mengaitkan aplikasi Elektro-Mekanikal Dan Programmable Logic Controllers (PLC) dalam kehidupan sebenar. 708 Masalah ini dapat dikenalpasti apabila latihan dan tugasan yang diberi untuk mengaitkan aplikasi penggunaan yang sebenar tidak dapat dihubungkaitkan oleh pelajar. Permasalah ini juga berpunca dari sikap pelajar yang hanya bergantung apa yang diberi oleh pensyarah semata-mata tanpa mahu mengembangkan apa yang dipelajari serta mengaitkan dengan kehidupan sebenar. Maka daripada permasalahan ini tercetuslah idea untuk projek rekabentuk papan kawalan litar lampu isyarat jalan raya menggunakan programmable logic controllers (PLC) sebagai alat bantu mengajar (ABM) LANGKAH-LANGKAH KERJA: 1. PERSEDIAAN BAHAN DAN ALATAN 709 2. PENRANCANGAN DAN AKTIVITI. 710 3. HASIL PROJEK 711 712 LITAR SKEMATIK LAMPU ISYARAT JALAN RAYA. Pembinaan litar skematik menggunakan software CX-Programmer dan PLC CPM 1A Omron. 713 714 Fokus Inovasi Isu yang penting di dalam inovasi ini adalah berkenaan dengan kefahaman pelajar berkenaan apa yang dipelajari di dalam kelas seterusnya perlu diaplikasi di dalam kehidupan sebenar. Kebanyakan pelajar tidak dapat membayangkan bagaimana sistem yang dipelajari ini akan digunakan di kehidupan sebenar khususnya kepada mereka sendiri yang akan memasuki alam pekerjaan nanti. Permasalahan yang dihadapi para pelajar ini kemungkinan disebabkan beberapa perkara. Antaranya pelajar banyak bergantung kepada Pensyarah untuk memberi semua pengetahuan tentang subjek tersebut. Perkara ini mungkin tidak dapat dipenuhi sepenuhnya oleh Pensyarah kerana bidang yang terlampau luas dan memerlukan pelajar sendiri untuk menerokainya setelah diberikan jalan oleh Pensyarah. Dengan masa yang terhad pensyarah hanya dapat memberi pengetahuan asas dan sedikit contoh yang menyebabkan pelajar tidak dapat mengaitkan dengan kehidupan sebenar. Impak Inovasi Faedah-faedah pelaksanaan projek rekabentuk papan kawalan litar lampu isyarat jalan raya menggunakan programmable logic controllers (PLC) sebagai alat bantu mengajar (abm) adalah supaya pelajar mudah mamahami sistem PLC dan terus menarik minat untuk belajar. Objektif Inovasi 1. Memudahkan para pelajar memahami aplikasi Elektro-Mekanikal Dan Programmable Logic Controllers (PLC). 2. Mengetahui tahap kemahiran berfikir, kemahiran menilai dan kemahiran merancang kerja bagi subjek Elektro-Mekanikal Dan Programmable Logic Controllers (PLC). 3. Memboleh pelajar mengaitkan teori dan amali yang diberi semasa di dalam kelas kepada kehidupan seharian sebenar. Kumpulan Sasaran 715 Kumpulan pelajar yang terlibat dalam penggunaan inovasi ini adalah seramai 17 orang pelajar semester 3 Sijil Mekanikal Pembuatan yang mempunyai masalah untuk mengaitkan hubungan teori dan amali Elektro-Mekanikal Dan Programmable Logic Controllers (PLC) dengan aplikasi kehidupan seharian yang sebenar. Pelaksanaan Kajian Terhadap Kejayaan Inovasi Tinjauan Awal Masalah Terdapat beberapa kaedah untuk pengumpulan maklumat bagi permasalahan ini. Kaedah-kaedah tersebut adalah melalui pemerhatian, cara pelajar memberi respons kepada soalan pensyarah di dalam sesi soal jawab lisan dalam kelas, temubual dan pemeriksaan tugasan dan latihan. Melalui kaedah pemerhatian situasi yang kritikal telah diamati dan diteliti seterusnya nota catatan dicatit. Melalui pemerhatian yang dijalankan waktu kritikal adalah semasa pelajar melakukan kerja amali setelah ditunjukcara oleh pensyarah. Pelajar hanya mengetahui topik semasa yang diajarkan pada minggu tersebut. Apabila pelajar dikehendaki mengaitkan dengan topik sebelum dengan topik semasa pelajar kelihatan agak kekok dan tidak dapat menghubungkaitkannya. Sebagai contoh, minggu sebelum pelajar mempelajari Topik Kawalan Satu Silinder manakala minggu semasa topik Program PLC, semasa amali apabila disuruh gabungkan Kawalan Satu Silinder dengan Program PLC pelajar tidak dapat melakukannya. Semasa pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas sesi soal jawab lisan selalu dilakukan. Respons para pelajar terhadap sesi soal jawab tersebut juga diambil kira. Kebanyakan jawapan daripada pelajar masih tidak dapat menggambarkan penggunaan aplikasi Elektro-Mekanikal Dan Programmable Logic Controllers (PLC) kepada keadaan kehidupan sebenar. Sebagai contoh, apabila soalan seperti “Dimanakah kita gunakan sistem PLC ini?”, pelajar masih teragak-agak memberi jawapan yang tepat. Temubual bersama pelajar secara langsung dan tidak langsung juga sering dilakukan. Pelajar masih susah untuk memberikan jawapan tentang aplikasi PLC ini. Kalau mengikut keadaan pada zaman moden ini boleh dikatakan kebanyakan sistem 716 seharian yang kita gunakan adalah sistem PLC, yang membezakan adalah samaada sistem tersebut mudah atau kompleks. Selain itu, pemeriksaan tugasan dan latihan yang diberikan sama ada tugasan teori atau amali jawapan yang diterima masih seperti yang diberikan pensyarah, dengan erti kata lain pensyarah masih menyuap pelajar ini tanpa pelajar mahu berfikir sendiri dan mengembangkan idea kepada dunia sebenar yang lebih luas jawapan dan penggunaannya. Kesimpulan Sebagai kesimpulan untuk penyelesaian bagi mengatasi permasalahan pelajar yang dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran system PLC. Pelajar mampu melakukan projek secara berkumpulan bagi menunjukkan aplikasi sistem PLC ini. Projek ini dilihat mampu memudahkan pelajar memahami sistem PLC dalam membuat apa sahaja kawalan dalam kejuruteraan seperti penggunaan sebenar didalam kehidupan seharian masyarakat. 717 SUCCESSFUL ENGLISH LANGUAGE LEARNING INVENTORY (SELL-IN): A COMPARATIVE STUDY OF MALAYSIANS AND SINGAPOREANS STUDENTS Nur Hazeleen binti Bashah1, Norfarahi bt Zulkifli2, Fathilah Begum Bt Mohamed Maidin3 Jabatan Pengajian Politeknik1, Politeknik Ibrahim Sultan2, Kolej Komuniti Taiping3 [email protected] 1 [email protected] 2, [email protected] 3 ABSTRACT This article aims is to look at the comparison of English Language Learning Strategies used by students from Malaysia and Singapore. 40 students with different gender, age, ethnicity and field of study from Politeknik Merlimau Melaka and local universities in Singapore have been chosen randomly. This research was based on Successful English Language Learning Inventory (SELL-In) which was developed in previous researches. The research analysis has been based on the components in language learning strategies which are writing, reading, listening and speaking. Besides that, this research aims to identify the most component used by the students in Malaysia and Singapore. It also looks into whether the factors of gender, age, ethnicity and field of study give impact to the chosen strategies. Keywords : language learning strategies, effective learning, process of language learning 718 1.0 INTRODUCTION When students obtain the good language Learning Strategies, it improves their overall specific areas (Oxford et al., 1993; Thompson & Rubin, 1993). A successful language learner usually selects strategies that can collaborate in a highly organize way, adapted to the requirements of the language task (Chamot & Kupper, 1989), and according to O’Malley & Chamot, (1990), these learners can easily explain the strategies they use and why they utilize them . Apart from that, not only by knowing what kind f strategies they use, but by combining the Cognitive strategies (translating, analyzing) and metacognitive strategies (planning, organizing) usually gives more impact than single strategies. (O'Malley & Chamot, 1990). 2.0 LANGUAGE LEARNING STRATEGIES Learning style usually refers to a person’s general approach to learning and is dependent upon that person’s cognitive, affective and behavioral characteristics (Oxford, 1989). On the other hand, ‘learning strategies’ refers to the actions and behaviours a person uses to learn (Oxford, 1989.) and the statement is also agreed by Mohamed Amin Embi (2000) where he regards that language learning strategies are plans and/or actions that learners take to improve their process of language learning. Good learners use strategies to help them accomplish something, as Rebecca Oxford states, “The most successful learners tend to use learning strategies that are suitable to the material, to the task, and to their own goals, needs, and their learning process.” Many students build up their own learning strategies without their conscious. These include the behavior in which they study and memorize information. Apart from that, how they study for tests and how they make the best use of their learning strengths may also be one of their strategies. They may not even be aware that they are using these strategies as it may have become their habits and automatic process. Consequently, it is essential for a good learner to cope with their 719 language strategies as it facilitates the learning of L2 or L3 (Mohamed Amin Embi, 2000). A significant research has been carried out on how to improve learning strategies because by having good language learning strategies good students can produce good results (Thompson & Rubin, 1993). Although many learners have strategies, not all L2 strategy studies have been successful or conclusive (Oxford & Crookall, 1989.).Only excellent L2 learners can make use the language strategies effectively. 3.0 STRATEGIES USED BY GOOD LANGUAGE LEARNERS Good language learners, they have to be empathic with the target language culture. Apart from using mother-tongue as a tool for learning a foreign language, they must have variety visual style of learning. A good language learner will somehow look for patterns in the language itself. Besides, knowing the grammatical parallels between the L1 and L2, a good and willing guesses is essential in order to be good language learners. Thus, when a good language Learner starts off their conversation, they will automatically think in they language, as they talk to themselves before producing their sentences. These potential reasons have contributed to the success of the learners. Generally by having the right strategies in learning it cannot be assumed that these are the conclusions, or those of other researchers, are valid across all learners. Everyone should be aware that effective learning characteristics and techniques is vital and also depends on so many different factors. Some learners may be more successful due to factors out of their control, like gender, intelligence, and age. However, to some degree, they do have control over what strategies they employ, although we still do not really know to what extent this has a positive impact. Successful language learners appear to use a wider range of strategies in a larger number of situations than weaker learners (Oxford & Crookall, 1989). Some learners may not be aware of which strategies they use or which strategies are available to them. The teacher can therefore help these learners to recognize the power of using strategies by integrating learner-strategy training into the regular lesson, teaching 720 them how to evaluate each strategy, and how and why to use them. It is important though that the individual language tasks, and the characteristics of each learner, are taken into account when doing such training. Some learners may be resistant to change, and the teacher will need to be creative to find ways to disguise the new strategies as old ones (Oxford & Crookall, 1989). 4.0 RESEARCH METHODOLOGY The subjects of this study are students of Politeknik Merlimau Melaka, Malaysia and random respondents in Singapore. This section will provide detailed information regarding the research design used for this study. The objective of the research design is to inform readers the methods of investigation that have been used to complete this study. The main elements in research are the subjects of the study, the instruments, the procedure and also the data analysis. Data gathered comprises of reading, writing, speaking and listening skills among the students. 5.0 RESEARCH DESIGN The questionnaire was distributed to the students and collected by the researcher once they had completed answering the questionnaire. The reason why the researcher is using questionnaire is because questionnaires are very cost effective compared to face-to-face interviews. This is especially true for studies involving large sample sizes or small sample sizes. Written questionnaires become even more cost effective as the number of research questions increases. Apart from that, questionnaires are easy to analyze. Data entry and tabulation for nearly all surveys can be easily done. Thus, the researcher's own opinions will not influence the respondent to answer questions in a certain manner. For data analysis, a quantitative method will be used to analyze the data. According to Neil (2003) quantitative research is commonly used to investigate research questions. There is a potentially infinite array of possible quantitative research designs, and in the human sciences particularly, it can be 721 difficult to do pure, experimental research. Thus a great many adaptations of experimental designs, called quasi-experimental and non-experimental designs have been developed. It is important to consider a range of possible quantitative research designs and their strengths and weaknesses, before adopting any particular design. Therefore, in my study, it will employ a quantitative research design. Quantitative analysis is a systematic approach to investigations which numerical data is collected and it is transforms what is collected or observed into numerical data. The questionnaire will focus on the strategies used by successful language learners in learning English. The questionnaire that will be administered falls into few categories 6.0 RESEARCH LOCATION/SUBJECT This study was conducted in the General Studies Department, Politeknik Merlimau Melaka and one of the universities in Singapore. The location was convenient for the researcher to conduct the research as the researcher knows the background of the students very well. A random sample of 20 students from Malaysia and 20 students from Singapore took part and the participants are selected based on their demography factors. Apart from that, criteria are also taken into consideration such as: i. willingness to participate and keep in contact ii. experience in learning English language iii. Ability to communicate effectively with the researcher 7.0 RESEARCH INSTRUMENTS The instrument used in the study was a questionnaire consists of the Strategies in Language Learning. The questionnaire used in this study was adopted however is altered with some changes made in order to fit the present condition of the subjects. The questionnaire was designed on a 5-point Likert-scale ranging from Absolutely No, Almost Not, Slightly Yes, Almost Yes, and Absolutely Yes. This questionnaire is divided into two sections, which are Section A the background 722 question which was designed to obtain demographic data about the participants such gender, age, ethnicity and field of study and Section B which refers to the Strategies in Language Learning. 8.0 RESEARCH ANALYSIS As said, this data will be gathered using the questionnaire with likert scale. When responding to a Likert questionnaire item, respondents can easily specify their level of agreement to a statement. Besides, Likert scales are good because they show the strength of the person's feelings to whatever is in question, they are easy to analyse, easy to collect data, and it could be more expansive and quick. The data gathered from this investigation will be presented in the form tables. 9.0 RESEARCH FINDINGS The finding of this study is presented based on the research questions. Research questions for this study are : 1. to determine the difference of learning strategies between Malaysian students and Singaporean students 2. to identify the most language component used by Malaysian students and Singaporean students 3. to determine how gender, age, ethnicity and field of study factors affect the choices of language learning strategies The questionnaire administered falls into the categories as shown below, a) Part A is focusing on determining the difference of learning strategies between Malaysian students and Singaporean students b) Part B is focusing on identifying the most language component used by Malaysian students and Singaporean students c) Part C is focusing on determining how gender, age, ethnicity and field of study factors affect the choices of language learning strategies 723 Part A: Difference of learning strategies between Malaysian students and Singaporean students Table 9.1 : The Difference of Learning Strategies between Malaysian and Singapore Variables Nationalit N Mean y Std. df t p Deviation Malaysian 20 56.50 9.95 Singapore 20 62.80 10.28 Malaysian 20 14.90 2.55 Singapore 20 15.95 3.28 Malaysian 20 14.00 2.86 Singapore 20 15.85 3.54 Malaysian 20 13.40 3.03 Singapore 20 12.90 3.00 Malaysian 20 14.20 2.66 Singapore 20 18.10 2.86 38 Learning Strategies 38 Listening Strategies 38 Speaking Strategies 38 1.968 1.129 1.816 .524 .056 .266 .077 .604 Reading Strategies Writing Strategies 38 4.457 .000 724 In the table above using t test, there was no difference Learning Strategies between Malaysian (Mean =56.60) and Singapore (Mean =62.80), value of t=-1.968 with p> 0.05. The mean value Learning Strategies of Singapore is higher than Malaysian. The above table indicated that there was a difference in Writing Strategies between Malaysian (Mean =14.20) and Singapore (Mean =18.10), value of t=-4.457 with p<0.05. The mean value Writing Strategies of Singapore is higher than Malaysian. Part B : The most language component used by Malaysian students and Singaporean students Table 9.2: Descriptive Items of Learning Strategies Respondents Malaysian Sub Variable of Learning N Mean Strategies Std. Deviation Listening Strategies 20 14.90 2.55 Speaking Strategies 20 14.00 2.86 Reading Strategies 20 13.40 3.03 Writing Strategies 20 14.20 2.66 The above table shows a descriptive test Item of Learning Strategies, the value Mean highest is Listening Strategies (Mean=14.90) and the value lowest is Reading Strategies (Mean=13.40). 725 Table 9.3: Descriptive Items of Learning Strategies Respondents Singaporean Sub Variable of Learning N Mean Strategies Std. Deviation Listening Strategies 20 15.95 3.28 Speaking Strategies 20 15.85 3.54 Reading Strategies 20 12.90 3.00 Writing Strategies 20 18.10 2.86 The above table shows a descriptive test Item of Learning Strategies, the value Mean highest is Writing Strategies (Mean=18.10) and the value lowest is Reading Strategies (Mean=12.90). 726 Part C: Respondents’ background and the choices of language learning strategies Table 9.4 : Frequency Respondent’s Background Respondent’s Background Gender Age Ethnicity Field of Study N % Male 28 70.0 Female 12 30.0 18-23 years 8 20.0 24-30 years 24 60.0 31-35 years 5 12.5 36 and above 3 7.5 Malay 20 50.0 Chinese 13 32.5 Indian 5 12.5 Others 2 5.0 33 82.5 7 17.5 40 100.0 Science Technical Social Science Total The above table shows the frequency of Gender respondents, male as 28 peoples (70.0 %) and female as 12 peoples (30.0 %). The frequency of Age, respondents 18-23 years as 8 peoples (20.0 %), 24-30 years as 24 peoples (60.0 %), 31-35 years as 5 peoples (12.5 %) and 36 and above as 3 peoples (7.5 %). The frequency of Ethnicity respondents, Malay as 20 peoples (50.0 %), Chinese as 13 peoples (32.5 %), Indian as 5 peoples (12.5 %) and others as 2 peoples (5.0 %). The 727 frequency of Field of Study respondents, Science Technical as 33 peoples (82.5 %), and Social Science as 7 peoples (17.5 %). Table 9.5 : The Difference of Learning Strategies between Malay and Non Malay Variables Ethnicity N Mean Std. df t p 38 -1.194 .240 38 -.539 .593 38 -1.512 .139 38 1.523 .136 38 -3.503 .001 Deviation Malay 19 57.57 11.49 Non Malay 21 61.52 9.37 Malay 19 15.15 2.85 Non Malay 21 15.66 3.08 Malay 19 14.10 3.17 Non Malay 21 15.66 3.33 Malay 19 13.89 3.14 Non Malay 21 12.47 2.74 Malay 19 14.42 3.04 Non Malay 21 17.71 2.90 Learning Strategies Listening Strategies Speaking Strategies Reading Strategies Writing Strategies In the table above using t test, there was no difference Learning Strategies between Malay (Mean =57.57) and Non Malay (Mean =61.52), value of t=-1.194 with p> 0.05. The mean value Learning Strategies of Non Malay is higher than Malay. Table 9.6: The Difference of Learning Strategies between Science Technical and Social Science 728 Variables Field of Study N Mean Std. df t p 38 -.969 .339 38 -1.283 .207 38 .307 .761 38 -.684 .498 38 -1.633 .111 Deviation Science Technical 33 58.90 9.72 Social Science 7 63.14 13.90 Science Technical 33 15.15 2.57 Social Science 7 16.71 4.34 Science Technical 33 15.00 3.16 Social Science 7 14.57 4.23 Science Technical 33 13.00 2.86 Social Science 7 13.85 3.71 Science Technical 33 15.75 3.34 Social Science 7 18.00 3.05 Learning Strategies Listening Strategies Speaking Strategies Reading Strategies Writing Strategies In the table above using t test, there was no difference Learning Strategies between Science Technical (Mean =58.90) and Social Science (Mean =63.14), value of t=.969 with p> 0.05. The mean value Learning Strategies of Social Science is higher than Science Technical. Table 9.7: The difference of Learning Strategies by Age Sources of Sum of Sum of df Mean variation Squares Squares Between Groups 210.400 3 70.133 Within Groups 4080.700 36 113.353 F Sig. .619 .607 Square Learning Strategies 729 Total 4291.100 39 30.808 3 10.269 308.967 36 8.582 339.775 39 8.950 3 2.983 419.825 36 11.662 Total 428.775 39 Between Groups 17.725 3 5.908 Within Groups 331.375 36 9.205 Total 349.100 39 Between Groups 17.600 3 5.867 Within Groups 425.500 36 11.819 Total 443.100 39 Between Groups Listening Strategies Within Groups Total Between Groups Speaking Strategies Within Groups Reading Strategies Writing Strategies 1.197 .325 .256 .857 .642 .593 .496 .687 In the table above using one-way ANOVA test, there was no difference in the Learning Strategies by Age, 18-23 years (Mean = 63.12), 24-30 years (Mean =57.87), 31-35 years (Mean =60.60) and 36 and above (Mean =63.00), value of F=.619 with p> 0.05. From the above analysis, this study indicated that gender, age, ethnicity and field of study did not affect the choices of language learning strategies. 730 10. DISCUSSION From the findings, it is crystal clear that good learners used variety method in learning language. It is emphasized that good language learners have a systematic way of learning language. However, they do not use particular strategies regularly. To have a closer look, there are patterns of strategies utilize by the good language learners. It is believed that some aspects of the language need to be systematically learnt, and others can just be absorbed naturally, with the goal of eventually thinking in the language. The most important things are the good learners need not worry too much on the grammar but will have to be more active in communicating. According to Rubin (1975), there are always a pattern in learning language and it occur every here and then. The successful language learner is a good guesser (Rubin, 1975), and by paying attention to the meaning, using clues such as gestures, the relationship of the speaker, and listening to the tone of voice it will somehow provide good help to language learners. Good learners seek out opportunities to use the language. For example, speaking friends and colleagues with who only ever speaks in that language actually open up the chances of developing their language communication. Apart from that, reading materials in the language learnt and translating articles also play significant roles in the strategies of good learners. When it comes to fluency than accuracy of the language, good learners tend to use a variety of techniques to get her meaning across, asking for help, gestures and synonyms (Rubin, 1975). Again, according to Rubin (1975), he has identified the following strategies used by good language learners where making reasoned guesses when they are not sure of the meaning of sentences. Apart from that good learners should make an effort to communicate and to learn through communication. This is because, finding strategies for overcoming embarrassment in target language interaction is common as they are not a native speakers. This is why; they have to practice the language whenever they have possible time. 731 11.0 CONCLUSION Based on the above discussion, the finding is consistent with previous studies. Many students use language learning strategies to learn a foreign language such as English or Arabic. This is proven by Zamri et.al (2002), Zamri & Mohamed Amin (2003) and Kamarul Shukri & Mohamed Amin (2009). Generally the study of these respondents still need to be strengthened as this study showed no significant difference on the use of language learning strategies. However, based on the comparison of the mean, it can be said that most of the students in Singapore are more prone to use language learning strategies and are more concerned about reading component in learning English. While many students in Malaysia chose listening component. In addition, the study also showed that demographic factors affect the selection of language learning strategies. Early studies such as studies by Atan Long (1984) have shown that students prefer to read a book written in a language of their own ethnicity. However, along with the development of education, many other variables influence the choice of language learning strategies. It is visualizes as a motivating factor, the factor of language proficiency, environmental factors and factors of learning styles. Study by MacIntyre (1994), Yang (1999), Kamarul Shukri & Mohamed Amin (2009), Siti Saniah & Sharala (2012) found that motivational factors provide a significant relationship with the use of language learning strategies. Zamri & Mohamed Amin study (2006) and Kamarul Shukri et.al (2009) also discusses the environmental factors, the level of proficiency and individual factors, contributed to the selection of language learning strategies. Thus, the findings of this study can contribute to focus further research to strengthen discussions especially covering demographic factors by getting the accurate target respondents and more accurate sample selection. Study on learning strategies should be considered by many researchers in educational field to assist in inculcating English language proficiency 732 References Chamot, A.U., & Kupper. L. (1989). Learning strategies in foreign language instruction. Foreign Language Annals, 22, 13-24. O'Malley, J.M., & Chamot, A.U. (1990). Learning strategies in second language acquisition. Cambridge: Cambridge University Press. Oxford, R.L. (1989). Use of language learning strategies: A synthesis of studies with implications for strategy training. System, 17, 235-247. Oxford, R.L. (1990a). Language learning strategies and beyond: A look at strategies in the context of styles. In S.S. Magnan (Ed.), Shifting the instructional focus to the learner (pp. 35-55). Middlebury, VT: Northeast Conference on the Teaching of Foreign Languages. Oxford, R.L. (1990b). Language learning strategies: What every teacher should know. Boston: Heinle & Heinle. Oxford, R.L., & Crookall, D. (1989). Research on language learning strategies: Methods, findings, and instructional issues. Modern Language Journal, 73, 404- 419. Oxford, R.L., Park-Oh, Y., Ito, S. & Sumrall, M. (1993). Learning Japanese by satellite: What influences student achievement? System, 21, 31-48. Oxford, R. (1990), Language Learning Strategies: What Every Teacher Should Know. New York: Newbury House. Oxford, R. & D. Crookall (1989), ‘Research on Language Learning Strategies: Methods, Findings and Instructional Issues’. The Modern Language Journal, 73/4. Rubin, J. (1975), ‘What the “Good Language Learner” Can Teach Us’. TESOL Quarterly 9/1. Rubin, J. (1975). What the "good language learner" can teach us. TESOL Quarterly, 9, 41-51. 733 Thompson, I., & Rubin, J. (1993). Improving listening comprehension in Russian. Washington, DC: Department of Education, International Research and Studies Program. Zamri Mahamod, Mohamed Amin Embi, Noriah Mohd Ishak dan Juriah Long. 2002. Strategi Pembelajaran Bahasa dari Segi Jantina Pelajar Cemerlang: Satu Kajian Perbandingan. Proceeding of The InternationalConference on Education for All 2002. 1: 63-77. Zamri Mahamod dan Mohamed Amin Embi. 2003a. Strategi Pembelajaran Bahasa Pelajar Sekolah Menengah Jurnal Bahasa. 3(2): 263-319 Kamarul Shukri Mat Teh, Nik Mohd Rahimi Nik Yusoff, Mohamed Amin Embi & Zamri Mahamod. (2009). Hubungan penggunaan strategi pembelajaran bahasa dengan tahap penguasaan Bahasa Arab. Journal of Islamic and Arabic Education, 1 (1): 41-56. 734 APPENDIX Successful English Language Learning Inventory (SELL-In) Section A: Background Please tick the appropriate box. A.1. Gender: Male Female A.2 Age: 18-23 24-30 31 - 35 35 and above A.3 Ethnicity : Malay Indian Chinese Others : ______________ (please state) A.4 Field of Study : Science Technical Social Science 735 Section B : Succesful English Language Learning Inventory Instructions: This section is about your strategies in language learning and consists of 4 categories focusing on listening strategies, speaking strategies, reading strategies and writing strategies. It’s up to you to give your views and opinions For each statement, please rate from 1 (Absolutely no) to 5 (Absolutely yes) for your choice. Circle the appropriate number. Absolutely no, 1; Almost not, 2; Slightly yes, 3; Almost yes, 4; Absolutely yes, 5 Part A: Listening Strategies What do I listen more in English 1. I listen to English radio channels 1 2 3 4 5 2. I watch English TV shows 1 2 3 4 5 3. I watch English movies 1 2 3 4 5 4. I pay attention when someone is 1 2 3 4 5 speaking English Part B: Speaking strategies What should I do to practice speaking in English 1. I talk to my friend(s) in English 1 2 3 4 5 2. I engage with the english 1 2 3 4 5 736 language courses 3. I start my conversation in English 1 2 3 4 5 4. I imitate the way native speakers 1 2 3 4 5 talk Part C: Reading strategies What do I read more in English 1. I read a lot of English materials 1 2 3 4 5 2. I read English novel/ storybook 1 2 3 4 5 3. I translate other languages to 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 english 4. I practice reading aloud for self improvement Part D: Writing strategies What do I write more in English 1. I write my notes in English 1 2 3 4 5 2. I write email/’sms’ in English 1 2 3 4 5 3. I write articles in English 1 2 3 4 5 1 2 3 4 5 language 4. I jot down my list of works in English 737