Academia.eduAcademia.edu

GERAKAN REFORMASI ALIRAN PEMIKIRAN KAUM TUA DAN KAUM MUDA

Sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan dari tangan British, terdapat banyak gerakan dan perjuangan kemerdekaan untuk memperjuangkan tanah air bebas dari cengkaman penjajahan. Maka, timbul atau muncul pelbagai dakyah pemikiran untuk mempengaruhi masyrakat yang hidup pada waktu itu kearah pembebasan,kemerdekaan, kemodenan, pembaharuan,membangunkan sosial masyarakat dan menjana peningkatan ekonomi.

Pengenalan Sebelum Tanah Melayu memperoleh kemerdekaan dari tangan British, terdapat banyak gerakan dan perjuangan kemerdekaan untuk memperjuangkan tanah air bebas dari cengkaman penjajahan. Maka, timbul atau muncul pelbagai dakyah pemikiran untuk mempengaruhi masyrakat yang hidup pada waktu itu kearah pembebasan,kemerdekaan, kemodenan, pembaharuan,membangunkan sosial masyarakat dan menjana peningkatan ekonomi. Topik yang ingin diketengahkan di sini ialah mengenai Kaum Tua dan Kaum Muda. Dua aliran ini wujud pada waktu itu yang membawa wadah masing-masing. Kaum Tua dikenali sebagai aliran tradionalisma manakala Kaum Muda pula dikenali sebagai aliran radikal,reformisme atau pembaharuan. Kedua-dua aliran ini, masing-masing bercanggah tentang pembawaan yang dibawa oleh mereka masing-masing kerana Kaum Tua lebih selesa dengan apa yang ada pada waktu itu manakala pula Kaum Muda pula cuba untuk membawa perubahan dan pembaharuan. Disebabkan kedua-dua aliran dan pendapat yang bercanggah ini, timbul pelbagai banyak isu-isu yang kebanyakannya adalah isu hangat yang diperbincangkan dan diperdebatkan. Seterusnya, topik-topik ini akan diperbincangkan dan diperbahaskan dalam kajian berikutnya. Definisi Definisi kebangkitan / reformasi Dari segi bahasa, pengertian kebangkitan adalah kebangunan, kesedaran atau kegiatan yang membawa kepada kemajuan1. Reformasi pula bermaksud, perubahan atau pembaharuan yang mengarah kepada keadaan yang lebih baik, perubahan dalam sistem sosial, politik, dan kebudayaan sesebuah masyarakat 2. Secara keseluruhannya orang melayu mula sedar akan kelemahan diri untuk membangun demi nasib bangsa melayu dan mengislahkan diri mereka bersesuaian dengan ajaran islam. Definisi kaum tua Secara amnya, kaum tua dapat didefinisikan sebagai golongan atau aliran tradisionalis iaitu golongan yang ikut sunnah nabi dalam semua keadaan dan tingkah laku dalam kehidupan seharian3. Mereka juga, terdiri daripada pemimpin agama dan ulama yang menyokong dan mengikut pemerintah raja melayu dan adat istiadat melayu yang mana semua tindakan raja-raja tidak dikritik malah didokong oleh mereka. Mereka juga, mendapat kedudukan dan jawatan dari raja-raja dan bekerjasam dengan pegawaipegawai raja dalam mentadbir institut agama seperti madrasah, pondok, mahkamah syariah dan sebagainya4. Definisi kaum muda Secara amnya, kaum muda adalah golongan yang terdiri daripada pemimpin agama dan ulama yang mana, mereka mengkritik dan menegur tindakan raja-raja melayu dan pemimpinnya serta adat istiadat melayu dengan menggunakan ajaran islam. mereka juga 1 Kamus Dewan. (2007). (4th ed.). (hlmn.122). Kuala Lumpur, Malaysia:Dewan Bahasa dan Pustaka. Ibid, hlmn.1302. 3 Abd Rahman Abdullah.(1981). Sejarah dan Pemikiran Islam:Islam di Malaysia. hlmn.281-282. Damansara Utama,Selangor: Pena sdn.bhd. 4 Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani(Ed.), Islam di Malaysia dan Sastera Nusntara (pp.54-55). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd. 2 1 tidak bergantung pada kesultanan melayu untuk memegang sesuatu jawatan5. Golongan ini dikenali juga sebagai modernis yang anti-tradisi dan mereka mengagumi ketamadunan barat iaitu mereka mengaitkan islam dengan ketamdunan barat6. Latar belakang penubuhan kaum tua dan kaum muda Latar belakang ringkas penubuhan kaum tua Bermula pada abad ke-19 pada waktu itu umat islam Malaysia terpengaruh dengan pemikiran dan ajaran islam dari Indonesia. Pada abad ke-20, aliran ini dikenali tradisional iaitu kaum tua dan pada waktu itu ilmu berkembang pesat di Pattani serta di Jawa, Banjar, Palembang, dan Riau. Setelah ramai anak-anak melayu yang merantau untuk belajar ke timur tengah mereka juga telah membawa aliran dari timur tengah ke tanah melayu dengan kepulangan mereka sebagai seorang mahasiswa. Institusi-institusi banyak ditubuhkan oleh para ulama pada waktu itu yang produktif, yang mana pendidikan islam berkembang ke wilayah pantai timur hingga utara semenanjung tanah melayu iaitu Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis, dan Pulau Pinang. Dengan giat ilmu diperkembangkan maka, ramai tokoh-tokoh ulama muncul bergiat di pondok-pondok dan melalui karya-karya mereka. Kebangkitan kaum tua bermula semenjak kedatangan British ke Tanah Melayu kerana sebelum dijajah, masyarakat mengamalkan sistem feudal iaitu satu sistem taat setia rakyat terhadap pemerintah yakni sultan atau pemerintah. Semua hak milik mereka hanyalah untuk pemerintah. Dengan kedatangan British, mereka telah mengubah sistem tersebut dan memperkenalkan undang-undang baru yang mana harta benda milik individu dan yang paling ketara sekali pemerintah juga di bawah undang-undang seperti 5 6 Ibid Opcit 2 rakyat juga, sistem ini banyak memberi manfaat kepada rakyat namun begitu, secara tidak langsung telah menindas rakyat kerana tidak memberi kebebasan kepada mereka. Disebabkan perkara ini, muncullah semangat kebangsaan yang mendalam di kalangan rakyat dan politik mula berkembang dengan perasaan nasionalisme rakyat dan mereka mula membuka sekolah-sekolah pondok dan menyebarkan risalah-risalah, pada ketika itu muncullah kaum muda yang menolak pandangan kaum tua yang terdiri dalam kalangan ulama-ulama terdahulu. Raden Soenarno ada menulis dalam tulisannya mengenai kaum tua iaitu „condemned the young medernist group, the Kaum Muda as “worse then idolators and Christians” on political issues the former were nationalis looking backward‟7 bahawa kaum tua juga merupakan nasionalis yang memandang ke belakang dan tentangan kaum tua terhadap kaum muda bukan hanya kaum muda lebih radikal dan lebih kedepan tapi ada sebab lain yang memberi kepentingan kepada kaum tua kerana sebelum dijajah, ulama kaum tua mempunyai jawatan dan memainkan peranan yang penting terhadap pemerintah. Kemunculan Kaum Muda menyebabkan mereka terpinggir. Ini ketara dari perselisihan yang berlaku diantara kedua-dua kumpulan ini. Yang diperlihatkan oleh akhbar Saudara dan Lidah Benar. Akhbar Saudara menerbitkan kritikan-kritikan yang dikeluarkan oleh Kaum Muda terhadap Kaum Tua. Akhbar ini secara tidak langsung telah terlibat dalam satu perang besar dengan akhbar Lidah Benar yang diterbitkan di Kelang oleh Raja Bon , iaitu seorang ahli aristokrat yang terlibat dalam satu jawatankuasa agama di Selangor. Persengketaan antara akhbar ini telah membawa kepada perkembangan dalam perubahan masyarakat. Dari isu ini, pergerakan politik mula bergerak berterusan melalui ekonomi dan sosial pula. 7 Raden Soenarno. (1896-1941). Raden Soenarno: Malay Nationalism. Jurnal of Southeast Asia History, vol(1960), 1-19. 3 Latar belakang penubuhan kaum muda Dari sudut sejarah, kaum muda bermula pada ke-17 dan 18 masihi merujuk kepada peranan Muhammad bin Abd Wahhad. Tetapi sebenarnya aliran reformasi ini sudah pun bermula jauh sebelum itu iaitu ketika kemunculan Ibnu Taimiyyah yang disifatkan oleh Profesor Ismail al-Faruqi sebagai "the first and greatest Muslim reformer". Gelombang reformasi ini pernah muncul di Mesir oleh tokoh al-Afghani(1839-1897) telah mencetuskan satu bentuk pemikiran baru dalam islam dan telah mendidik pelajar-pelajar al-Azhar dalam pembaharuan berfikir untuk membangkitkan islam dan beliau juga terkenal melalui penerbitan akhbar Al-‘Urwah Wuthqa’. Pemikiran kaum muda lebih ke hadapan dan progresif untuk perkembangan di Tanah Melayu, antara cara mereka adalah dengan mengagaskan suatu kebangkitan yang berlandaskan ketamadunan melalui gerakan pemikiran mereka yang mana mereka merasakan orang melayu sudah ketinggalan dari segi teknologi, sains dan sebagainya daripada barat. Selain itu, gerakan kaum muda ingin kembali ke jati diri islami itu sendiri dan membentuk masyarakat yang mempunyai ketamadunan keagamaan untuk menghayati islam secara menyeluruh dalam kehidupan mereka. Di samping itu, mengekalkan jati diri islam dalam setiap diri orang melayu dalam menghadapi masalah globalisasi terutama masalah dan pengaruh yang dibawa barat masuk ke Tanah Melayu untuk mempengaruhi masyarakat8. Mereka juga mengambil contoh dan pengajaran tokoh dunia luar seperti alAfghani, Syeikh Muhammad Abduh, dan Rasyid Redha. Dari konteks di Tanah Melayu gerakan kaum muda bermula di selatan iaitu di Singapura seterusnya merebak ke Pantai 8 Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani(Ed.), Islam di Malaysia dan Sastera Nusntara (pp.52-53). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd. 4 Barat dan Kelantan merupakan antara lokasi terakhir yang berjaya diserapi oleh ideaidea Kaum Muda. Di antara tokoh-tokoh yang boleh disifatkan sebagai kaum muda ialah Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalali, Syed Syeikh al-Hadi , Syed Muhammad Aqil dan Haji Abbas Mohd Taha. Mereka ini bergabung untuk menerbitkan majalah al-Imam (1906-1908) iaitu mirip majalah alManar dari sudut semangat dan prinsipnya. Selain dari mereka, Dr. Burhanuddin alHilmi, Haji Abbas Taha dan Za'ba sendiri merupakan tokoh-tokoh pemikir yang mempunyai serapan pemikiran kaum Muda. Walaubagaimana pun, perjuangan mereka tetap diteruskan dan antara hasilnya ialah tertubuhnya Maahad Ihya as-Syarif di Gunung Semanggol pada tahun 19349 oleh Haji Abdul Rahman bin Mahmud yang merupakan mahasiswa lepasan asia barat. Penubuhan maahad ini bertitik-tolak dari perubahan pendidikan yang diperjuangkan oleh golongan kaum muda. Maahad ini menjadi paksi kepada gerakan mahasiswa khususnya dari asia barat dalam perjuangan menentang penjajah dan menuntut kemerdekaan seperti AWAS, Angkatan Pemuda Insaf (API), Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan Kesatuan Melayu Muda (KMM). Antara lain yang menarik ialah penubuhan Hizbul Muslimin pada tahun 1948 yang sangat memberikan ancaman dan kesan terhadap penjajah ketika itu dan mereka disifatkan oleh Dato Onn Jaafar sebagai bahaya dari gunung. Perjuangan pertubuhan ini secara dasarnya untuk memerdekakan Tanah Melayu dari genggaman penjajah dan menubuhkan sebuah negara Islam yang merdeka. Pertubuhan ini hanya bertahan selama lebih kurang setengah tahun sahaja selepas itu diharamkan oleh kerajaan pada ketika itu 9 Abd Rahman Abdullah.(1981). Sejarah dan Pemikiran Islam:Islam di Malaysia. hlmn.216. Damansara Utama,Selangor: Pena sdn.bhd. 5 Adapun pertentangan peringkat nasional berlaku dengan kemunculan majalah alImam yang dipelopori oleh Syeikh Tahir Jalaluddin dan rakan-rakannya. Bagaimanapun penulis membuat kesimpulan bahawa aliran pengajian tafsir yang mengikut Kaum Muda atau manhaj salaf boleh dikatakan berkembang aktif semenjak kepulangan Ustaz Nik Abdul Aziz bin Nik Mat pada tahun 1960-an dari Mesir yang mengembangkan insituti pengajian tafsir di masjid-masjid. Pengajaran beliau pada peringkat awal banyak mencetuskan kontroversi khususnya apabila menyentuh masalah fiqah dan aqidah. Oleh yang demikian, beliau dilihat membawa pendekatan yang lebih lembut walaupun sebenarnya beliau ingin mengekalkan fahaman Kaum Muda. Juga perlu disebutkan peranan seorang tokoh angkatan baru yang cukup gigih di dalam memperjuangkan idealisme Kaum Muda iaitu Abdullah al-Qari bin Haji Mohd Salleh10, seorang ulama yang bukan sahaja memiliki perpustakaan peribadi yang paling besar di negeri Kelantan, bahkan beliau telah mengarang dan menterjemah lebih daripada 100 buah kitab yang berunsur reformisme. Akhir sekali, perjuangan gerakan kaum muda adalah lebih kepada pembangunan umat islam di Tanah Melayu dan ingin mereka pandang ke depan dan tidak bercanggah dari ajaran al-quran dan as-sunnah. 10 Ibid, hlmn.221 6 Medan Penyebaran Kaum Tua Golongan Kaum Tua tidak banyak dalam menyebarkan penyebaran sepertimana yang dilakukan oleh Kaum Muda yang begitu drastik dan bersungguh-sungguh sekali. Mereka lebih kepada bertaqlid terhadap apa yang dipegang tanpa melakukan sesuatu arus perubahan iaitu pembekuan fikiran. Walaupun medan penyebarannya tidak beberapa meluas, tetapi ada juga penyiaran dan penyebaran kepada masyarakat iaitu: Majalah  Al-Mizan  Al-Munir  Al-Ikhwan (1 929)  Akhbar Ia muncul tatkala untuk mematahkan hujah Kaum Muda mengenai penggunaan akal dalam menentukan kebenaran agama.  Pengasoh (1 918-1 937) Dikeluarkan di Kelantan oleh Majlis Agama dan Adat Istiadat Melayu yang mana memberi pandangan yang bertentangan dengan idealisma Kaum Muda.11  Suara Benar (1 932-1 933) 11 - William R.Roff. (1 967). The Origins of Malay Nationalism (1st Ed). New Haven & London, England: Yale University Press. hlm 77-79. 7 Surat khabar terkemuka di Melaka yang menerbitkan tentang pengharaman memukul beduk.12  Pondok Kaum Tua amat berpegang teguh kepada al-Quran dan as-Sunnah dalam sesuatu perkara dan lebih banyak bertaqlid akan ulama terdahulu. Tidak menerima sebarang pembaharuan dan masih berada di tanpuk yang sama dan lapuk. Kaum Muda Kaum Muda menyebarkan dan meluaskan perkembangan dakyah pemikiran mereka melalui berbagai cara iaitu : i. Akhbar  Akhbar yang diterbitkan dalam negara : Akhbar-akhbar ini menceritakan dan menerbitkan penterjemahan tulisantulisan mengenai perbahasan tentang permasalahan isu Islam semasa yang berlaku pada waktu itu.   12 Neracha (1913) Warta Malaya - Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah ( 19997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed). Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press, hlm 239-240. 8   Al-Ikhwan (1 926) Saudara (1 928)13  Akhbar yang diterbitkan di luar Negara iaitu : Lebih fokus kepada perkembangan politik di Malaya yang mana kebanyakan akhbar itu diedit oleh pelajar-pelajar yang belajar di Universiti Al-Azhar dan institusi-institusi Timur Tengah yang mana dimonopoli oleh pelajar-pelajar Melayu dan Indonesia yang belajar di sana    ii. Seruan Azhar Semangat Islam Pilihan Timur14 Jurnal  Tunas Melayu Merupakan jurnal bulanan yang diterbitkan pada tahun 1 913 selepas penerbitan akhbar mingguan Neracha pada tahun 1 911 yang berakarkan matlamat yang sama di bawah deglasi Al-Imam.15 iii. Majalah  Al –Imam  Merupakan sebuah penyebaran yang radikal di mata Penerbitan Melayu.  Mereka menyeru dan rnenjulang golongan cerdik pandai, tujuan insentiti dalam usaha membuka mata masyarakat di Tanah 13 - Hashim Ismail. (2 005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani (Ed.), Islam di Malaysia dan Sastera Nusantara (pp.54). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga Sdn Bhd. 14 - Ibid. 15 - William R.Roff. (1 967). The Origins of Malay Nationalism (1st Ed). New Haven & London, England: Yale University Press. hlm 64-66. 9 Melayu bagi berhadapan dalam keperluan sosial dan perubahan ekonomi.  Agenda tunjang ialah kebangkitan orang Melayu.  Al-manar  Yang menjadi ikutan dan rentetan kepada majalah Al-Imam yamg menyebarkan pemikiran Kaum Muda.  Al-urwatu‟l-Wuthqa16 iv. Buku dan novel  Buku at-Tarikh al-Islami  Karya Sayid Syekh yang diterbitkan pada tahun 1912.  Tidak mendapat sambutan.  Mendapat keuntungan yang besar.  Novel Hikayat Faridah Hanom  The Jelutong Press memiliki percetakan sendiri pada tahun 1927.17 v. Media massa  An-Nur  Suara ar-Rahmaniyyah18 16 -opcit, hlm 54-58 -Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah ( 1 997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed). Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press,hlm 214 18 - Ibid, hlm 226. 17 10 vi. Madrasah /sekolah Gerakan reformasi terus menular luas dengan menyeludup masuk ke dalam madrasah-madrasah untuk mengajarkan ilmu-ilmu agama dan penawaran terhadap ilmu-ilmu umum. Antaranya : Madrasah al-Iqbal al-Islamiah.  Madrasah al-Ahmadiyyah.  Madrasah al-Hadi  Sekolah Arab  Sekolah Puteri  Madrasah at-Tarbiyyah ad-Diniyyah  Madrasah Ansar as-Sunnah  Madrasah al-Masyhur al-Islamiah  Madrasah al-Huda ad-Diniyyah  Madrasah Idrisiyah  Madrasah al-Masyhur  Madrasah ad-Diniyyah di Kampung Lalang pada tahun 1 934 di Perak.  Madrasah al-Ihya’ ash-Sharif  Madrasah al-Ubudiyah  Madrasah Aliyah Islamiah (High Islamic School) di Kampung Pelangi ada dua cabang iaitu :  Madrasah Islamiah di Sungai Dua Madrasah Jamaah Islamiah di Kampung Tengkek.  Madrasah Ittiba’ us-Sunnah  Sekolah Arab Parit Jamil, Muar,Johor.19 19 - Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah ( 1997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed). Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press, hlm 212-218. 11 vii. Kelab, Persatuan dan Gerakan  Gerakan Islah Islamiyyah  Tokoh reformasi yang dipelopori oleh tiga ulama iaitu Syeikh Tahir Jalaluddin,Haji Abbas bin Mohd Taha dan Syed Syeikh alHadi yang terinspirasi dengan tokoh pambaharuan di Asia Barat.20  Persatuan Muhammadiyyah  Cuba untuk menubuhkan Persatuan Muhammadiyyah seMalaysia tetapi menemui kagagalan pada tahun 1 962.  Hizbul Muslimin  Merupakan parti politik Islam yang pertama di Tanah Melayu yang muncul pada akhir 1920an.  Persekutuan Dakwah Islam se-Malaysia(All Malaya Muslim Missionery Society)  Melaksanakan dakwah Islam dan mengatasi dakyah Kristian,Qadiyani dan Bahai.  Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, tahun 1 956 di Singapura.  Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia(1 965)  Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Tanah Melayu(31 Mac 1 961)  Persatuan ar-Rahmaniyyah  Angkatan Belia Islam Malaysia21 20 -Mohd. Sarim Haji Mustajab. (1 996). Gerakan Islah Islamiyyah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh Pelopornya. In Abdul Latiff Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia (pp. 117-119). Kuala Lumpur, Malaysia : Universiti Malaya. 21 - Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah (1997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed). Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press, hlm 223-230. 12 Isu yang di bawa oleh kaum tua dan kaum muda Antara isu yang dipolemikkan oleh kedua-dua golongan ini adalah:  Pendidikan ilmu Pendidikan ilmu bagi kaum tua lebih kepada ilmu agama sahaja dan menekankan ilmu tauhid, fiqih, dan tasawuf22. Pendidikannya tidak memiliki subjek sekular dan vokasional seperti subjek di barat. Ilmu bagi kaum tua difokuskan pada bidang-bidang syariah. Manakala bagi kaum muda pula, pendidikan bukan sahaja bagi agama malah pendidikan secular tutur dipelajari, dan mereka telah membuat pembaharuan dengan menggabungkan pendidikan agama dan pendidikan sekular bersama. Mereka merasakan dengan gabungan ini pelajar berupaya untuk memajukan negara dan sekaligus berlandaskan agama dalam pentadbiran akan datang. Idea-idea ini pernah diusahakan oleh golongan luar Tanah Melayu seperti al-Afghani yang mengambil contoh negara barat yang maju dalam bidang sains, begitu juga umat islam boleh maju dengan ilmu islam dan ilmu barat. Beliau juga menyeru umat islam mempelajari ilmu falsafah dan saintifik dalam kurikulum pendidikan23.  Taqlid dan ijtihad Masalah taqlid dan ijtihad pula, kaum muda lebih berpegang kepada ijtihad yang merupakan satu prinsip umat islam yang dapat membebaskan pemikiran pemodenan mereka24. Kaum muda mendapat kecaman dari kaum tua bahawa mereka telah membuka pintu ijtihad sewenang-wenangnya sehinggakan seolah-olah setiap orang boleh melaksanakan ijtihad padahal mereka menggalakkan umat islam berijtihad tetapi 22 Abdul Rahman Abdullah. (1997). Pemikiran Islam di Malaysia:Sejarah dan Aliran. (1st Ed.). (pp.233.). Jakarta,Indonesia: Gema Insani Press. 23 Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani (Ed.), Islam di Malaysia dan Sastera Nusntara (pp.47-48). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd. 24 Ibid, hlmn.49. 13 terbatas bagi sesiapa yang tidak mahir dalam ilmu ijtihad dan bagi mereka yang tidak mampu hanya perlu berittiba’ sahaja bukan bertaqlid. Ittiba’ ialah mengikuti pendapat seseorang dengan merujuk al-quran dan as-sunnah sebagai pendapat tersebut. Manakala taqlid pula, mengikuti tanpa disertai dalil dan penjelasan. Ijtihad pula, berusaha untuk mencapai kebenaran dari sumber al-quran dan al-sunnah untuk kejadian tertentu dan tidak bercanggah dengan sumber tersebut25.  Masalah dari segi khilafiyah26. Masalah dari segi ini pula, mengenai masalah berwudhuk yang mana bagi golongan kaum tua, air musta’mal tidak boleh dipakai untuk berwudhuk kerana telah digunakan dan kurang dari dua kolah. Bagi kaum muda boleh digunakan untuk berwudhuk. Persentuhan kulit antara lelaki dan perempuan maka batallah wudhuk mereka bagi pendapat kaum tua. Tapi kaum muda mengatakan tidak. Mengenai urusan jenazah pula, ada doa dibaca setelah mengucapkan salam selepas solat jenazah bagi pendapat kaum tua. Padahal, bagi kaum muda hal itu tiada pada sunnah nabi. Lain pula halnya mengenai talqin yang mana kaum tua, dibaca sesudah mayat dikuburkan dan ini ditentang hebat oleh kaum muda, mereka mengatakan ini adalah bid’ah dan tidak ada pada sunnah nabi s.a.w. Mereka mengatakan talqin ialah mengingatkan kepada orang yang hamper meninggal bukan orang yang sudah meninggal. Perkara ini ada ditulis dalam majalah al-ikhwan. Mengenai masalah taharah atau bersuci, peristiwa bersejarah di Malaysia berkait dengan masalah jilatan anjing yang tejadi di Kelantan pada 1930. Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa yang terpengaruh ajaran syah waliullah telah mengeluarkan fatwa boleh 25 26 Opcit., hlmn.237. Ibid, hlmn.238-244. 14 memelihara anjing dan tidak harus disuci jika terkena jilatan anjing diatas permintaan Sultan Kelantan yang memelihara anjing. Fatwa ini ada dalam mazhab Maliki tetapi tiada pada ketiga mazhab yang lain, bahawa harus disucikan. Bagi Haji Nik Abdullah bin Haji Wan Musa, umat islam boleh bertalfiq dalam soal ini kerana mazhab Maliki merupakan mazhab yang sah dalam islam. Ketika beliau wafat pada 1935, pendapatnya disokong oleh ayahnya, Haji Wan Musa, semasa menghadapi tokoh-tokoh kaum tua di Istana Jahar 1936. Kemudian ayahnya mempertahankan dalam perdebatan di Istana Sri Cemerlang pada 1937 yang mana ia dibantu oleh Dr.Burhanuddin al-Helmi dan Haji Abbas Mohd. Taha tokoh dari kaum muda27. 27 Ibid, hlmn.238-239. 15 Tokoh-tokoh Kaum Tua dan Kaum Muda Tokoh-tokoh Kaum Tua : Senarai tokoh-tokoh Kaum Tua yang lahir pada generasi zaman itu ialah: 1. Syeikh Abdullah Fahim (Pulau Pinang) 2. Dato' Tg Dato' Hj Ahmad Maher 3. Sheikh Abdul Halim 4. Syeikh Idris Al-Marbawi (Perak) 5. Tuan Guru Hj Abdullah Tahir Bunut Payung, Kelantan 6. Sheikh Wan Ali Kutan Al-Kalantani (beliau terkenal dengan kitab karangannya, Al-Jauharul Mauhub wa Munabbihatul Qulub (Mengenai Hadis) juga pernah mengajar di Masjidil Haram Mekah). 7. Tuan Guru Haji Ahmad bin Haji Muhammad Yusuf bin Sheikh Abdul Halim Al-Kalantani. 8. Tok Selehong (Hj. Abdul Rahman Bin Hj. Osman) 9. Khatib Kelantan. 10. Tuan Guru Hj Awang Fakir. 11. Tuan Guru Hj Yahya Kupang. 12. Tok Kenali (Haji Muhammad Yusuf Bin Ahmad Al-Kalantani) 13. Haji Ali Pulau Pisang (1899-1968) (Hj. Mohd Ali Solahuddin Bin Awang)28 14. Hj. Abdul Malek Sg. Pinang, Hj. Yusof Sg. Pinang (kemudian lebih dikenali dengan nama Tok Pulau Ubi),29 28 Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah (1997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed). Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press, hlm 223-230. 16 15. Tok Padang Jelapang, 16. Tok Bachok, (Kelantan) 17. Haji Ismail Pontianak (1882-1950, (Hj. Ismail bin Hj. Abdul Majid) 18. Tok Seridik. 19. Tok Kemuning (di Pulau Kundor), 20. Haji Abdul Malek Sungai Pinang (1834-1934), Kelantan 21. Hj. Idris, Dato’ Perdana Hj. Nik Mahmud (Kelantan) 22. Tuan Guru Ahmad Al-Kalantani 23. Hj. Omar Sg. Keladi, 24. Pak Chik Musa, 25. Hj. Yaakob Legor dan Hj. Ahmad Hafiz 26. Tok Pulai Condong 27. Tok Pulau Ubi (Yusuf Abdul Rahman) 28. Tuan Guru Haji Abdullah (Haji Abdullah Bin Haji Abdul Rahman) 29. Ahmad bin Aminuddin Qadhi (Kedah) 30. Tg. Pakcu Him Gajah Mati ( Kedah) 31. Syeikh Uthman Jalaluddin Al-Kalantani 32. Syeikh Utsman Jalaludin, pengasas Pondok Penanti Pulau Pinang 33. Sayyid Ahmad bin Muhammad bin Husein Al-'Aiderus (Terengganu) 34. Sheikh Muhammad Amin atau Tok Duyung (menjadi ulama terkenal Terengganu) 35. Wan Abdullah Tuan Tabal 36. Tok Syafie Kedah 29 Ibid 17 37. Tuan Guru Haji Abdullah Lubuk Tapah (Kelantan) 38. Bekas Mufti Sabah Said Hj Ibrahim. 39. Tuan Guru Baba Hamid 40. Mufti Kerajaan Johor, Allah Yarham Al’Allamah Dato’ Sayyid ‘Alawiy Bin Thahir. 41. Tuan Guru Haji Hasyim, Tok guru Pondok Pasir Tumbuh Kelantan. 42. Tuan Guru Pok cik Din al-Kelantany ( Tok guru penulis) . Beliau tinggal di Kulim, Kelantan. 43. Tuan Guru Wan Mohd. Shaghir bin Abdullah Tokoh-tokoh kaum muda : Senarai penama-penama tokoh gerakan reformasi yang memacu ke arah pembaharuan iaitu:1. Syeikh Muhammad Tahir Jalaluddin al-Falaki.(1869-1956) 2. Haji Abbas bin Mohd Taha. 3. Syed Syeikh al-Hadi.30 4. Muhammad Salim al-Kalali 5. Sayid Muhammad Aqil 6. Haji Abu Bakar Ahmad 7. Haji Bachik 30 - Mohd. Sarim Haji Mustajab. (1 996). Gerakan Islah Islamiyyah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh Pelopornya. In Abdul Latiff Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia (pp. 119137). Kuala Lumpur, Malaysia : Universiti Malaya. 18 8. Haji Sharif bin Sukkar 9. Haji Ahmad Amin(1 905-1 971) 10. Lebai Mohammad Maadah bin Layang 11. Syeikh Abu Bakr Rafi’ 12. Syeikh Abdullah Maghribi 13. Haji Ibrahim Aqibi 14. Abdul Rahman Harun 15. Rijal Abdullah(1 960) 16. Dr. Dali Muin(1 962) 17. Syekh Junid at-Tala 18. Abu Bakar al-Baqir 19. Haji Jalaluddin bin Ismail 20. Maulana Muhammad Maadah bin Layang(1 895-1 943) 21. Abdul Jalil Haji Salim 22. Abdul Malik Hussain 23. Abdul Aziz Mohd.Yunus 24. Hashim Abdul Ghani 25. Syekh Abu Bakar al-Ashaari 26. Haji Ihsan bin Haji Abdul Manan 19 27. Haji Ahmad bin Haji Muhammad 28. Wan Ahmad bin Wan Daud31 29. Syekh Mohd.Nur Sururi 30. Ustaz Abdullah Rahman Ismail 31. Abdullah al-Qari bin Haji Salleh 32. Dr.Burhanuddin al-Helmi 33. Professor Zulkifli Muhammad 34. Maulana Abdul Alim Siddiqi 35. Sayid Abdul Rahman al-Junied 36. Sayid Muhammad Naquib al-Attas 37. Abdul Ahad 38. Muhd. Uthman al-Muhammadi 39. Mohd. Kamal Hassan 40. Ustaz Hassan Salleh 41. Sanusi Daing Mariok32 31 32 -Ibid - Dr. Abdul Rahman Haji Abdullah ( 1 997 ). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran (Ed). Jakarta, Indonesia : Gema Insani Press,,hlm 211-227. 20 Kesimpulan Perjalanan kaum tua dan muda ini jelas wujud di Tanah Melayu dengan peristiwaperistiwa kontroversi yang timbul dari dua puak ini. Perkara-perkara yang menjadi titik perbezaan yang berkaitan mengenai khilafiyah seperti amalan-amalan warisan Melayu yang telah lama di amalkan oleh masyarakat Melayu seperti tahlil, qunut, bacaan yasin malam jumaat dan banyak lagi. Muncul juga tokoh-tokoh ternama yang mewakili dua puak seperti Syed Tahir al-Haddad, Abu Bakar Muari dari kaum tua. Manakala dari kaum muda seperti Syeikh Tahir Jalaluddin san sebagainya. Kedua-dua aliran ini, iaitu Kaum Tua dan Kaum Muda mempunyai medan penyebaran mereka tersendiri yang mengikut citarasa mereka sendiri yang mungkin sedikit banyak ada bersesuaian dan berpadanan dengan masyrakat pada waktu itu. Perbincangan mengenai Kaum Tua dan Kaum Muda boleh juga dikatakan isu sensitif kerana melibatkan dalam kancah politik yang mana Kaum Muda agak ekstrem dan selalu bersalahan dengan kerajaan dalam beberapa perkara. Jadi, apa yang boleh diambil ikhtibar di sini ialah kita harus mengambil inisiatif yang positif dan tidak saling bercakaran sesama umat Islam dalam hal yang tidak sepatutnya. Seharusnya, kita duduk bersama-sama berbincang dan memberi idea yang lebih saksama untuk penbangunan umat Islam sejagat. 21 Bibliografi Abdul Latif Abu Bakar. (1996). Pengenalan : Konsep Patriotisme dan Nasionalisme. In Abdul Latif Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia (pp.1-7). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya Press. Abdul Rahman Abdullah. (1997). Pemikiran Islam di Malaysia: Sejarah dan Aliran. (1st ed.). Jakarta, Indonesia: Gema Insani Press. Abd Rahman Abdullah. (1981). Sejarah dan Pemikiran Islam: Islam di Malaysia. (1st ed.). Kuala Lumpur, Malaysia: Pena sdn.bhd. Che Husna Azhari. (1993). Melor In Perspective: The Kaum Muda-Kaum Tua Debate Of the 1930’s – 1950’s. (1st ed.). Bangi, Selangor: Furada Publishing House. Hashim Ismail. (2005). Kaum Muda dan Pemikiran Progresif di Malaysia. In Hamzah Hamdani (Ed.), Islam di Malaysia dan Sastera Nusantara (pp. 31-87). Kuala Lumpur, Malaysia: Gapeniaga sdn.bhd. Hussain Mohamed. (2007). Politik Reformasi: Penubuhan Politik Indonesia dan Impaknya ke atas Politik Malaysia. In Mohd Izani Mohd Zain (Ed.), Demokrasi dan Dunia Islam Perspektif Teori dan Praktik (pp.305-321). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya. Indrawan Mohd Yatim. (2001). Kebangkitan Islam pada Abad Ke-21: Renaissance Melayu. (1st ed.). Kuala Lumpur, Malaysia: Inter Perfection. 22 Mohd Sarim Mustajab. (1996). Gerakan Islah Islamiah: Kajian Terhadap Tiga Tokoh Pelopornya. In Abdul Latif Abu Bakar (Ed.), Melaka dan Arus Gerakan Kebangsaan Malaysia (pp.117-146). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya Press. Nakhaei Ahmad. (2007). Islam dan Pembentukan Masyarakat Bertamadun. In Mohd Izani Mohd Zain (Ed.), Demokrasidan Dunia Islam Perspektif Teori dan Praktik (pp.17-46). Kuala Lumpur, Malaysia: Universiti Malaya. Raden Soenarno. (1896-1941). Raden Soenarno: Malay Nationalism. Jurnal Of Southeast Asia History, vol(1960), 1-19. William R. R. (1967). The Origins of Malay Nationalism: Kaum Muda-Kaum Tua: Innovation and Reaction. (1st ed.). London, England: Yale University Press. 23