Academia.eduAcademia.edu

METODOLOGI DAKWAH DI MALAYSIA

2020, Abdul Ghafur

Tulisan ini akan memfokuskan perbincangan tentang dakwah terhadap golongan yang terlibat dalam masalah gelandangan, penagihan dadah, dan pekerjaan seks atau pelacuran. Ketiga-tiga masalah ini saling berkait dan memerlukan kepada penyelesaian yang holistik supaya usaha dakwah terhadap golongan ini lebih efektif. Pada mulanya, tulisan ini akan membincangkan kepentingan berdakwah kepada golongan tersebut Selepas itu, akan dibincangkan pula cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut untuk keluar daripada masalah mereka, diikuti dengan perbincangan tentang kaedah atau pendekatan dakwah yang bersesuaian dalam menyantuni golongan tersebut. Akhir sekali sebelum kesimpulan, akan dicadangkan satu kertas cadangan program yang bersesuaian dengan golongan tersebut yang terfokus kepada pembangunan agama mereka.

TUGASAN METODOLOGI DAKWAH DI MALAYSIA (AMSU5303) SEMESTER MEI 2020 DISEDIAKAN OLEH: ABDUL GHAFUR MOHAMAD KURDI 0 DAFTAR ISI KANDUNGAN HALAMAN TUGASAN 1: 1.0 Pengenalan 2 2.0 Dakwah dan Kepentingannya Kepada Gelandangan, Pekerja Seks dan Penagih Dadah 3 3.0 Cabaran Dihadapi Golongan Gelandangan, Pekerja Seks dan Penagih Dadah 6 4.0 Pendekatan Dakwah Yang Sesuai 8 5.0 Kertas Cadangan Program 12 6.0 Kesimpulan 17 TUGASAN 2: Laporan Pengalaman 19 RUJUKAN 22 1 TUGASAN 1 1.0 PENGENALAN Secara umumnya, dakwah jika dikaitkan dengan agama adalah suatu usaha atau proses untuk melahirkan kewujudannya (agama) dalam realiti kehidupan yang dapat dirasai dan dikesan (Abdullah Muhammad Zain, 2001). Menurut al-Qardawi (1983) dakwah adalah satu usaha menarik orang lain kepada agama Islam supaya mengikut petunjuk Allah SWT dan melaksanakan segala ketentuan Allah SWT di muka bumi ini. Melalui pengertian ini, kita boleh menganggap bahawa penyampai dakwah atau pendakwah merupakan tunjang utama untuk memastikan kejayaan dakwah kerana ia adalah salur utama ke arah membumikan ajaran Islam. Pendakwah yang berjaya ialah mereka yang mampu untuk menarik orang ramai terdiri daripada berbagai-bagai bentuk mentaliti kecenderungan, status dan ilmu pengetahuan mengikuti dan menghayati ajaran Islam sebagai satu cara hidup. Bagi mereka yang sudah pun soleh, dakwah masih mempunyai fungsi kepada mereka iaitu sebagai peringatan supaya berusaha menjadi lebih baik setiap hari sambil memelihara hati daripada sifat-sifat riya’, ujub dan lain-lain. Maka setiap orang berpotensi untuk ‘didakwah’ dan menerima dakwah, dan pada masa yang sama, semua orang mampu untuk melakukan dakwah dan menyeru orang di sekeliling ke arah kebaikan. Tulisan ini akan memfokuskan perbincangan tentang dakwah terhadap golongan yang terlibat dalam masalah gelandangan, penagihan dadah, dan pekerjaan seks atau pelacuran. Ketiga-tiga masalah ini saling berkait dan memerlukan kepada penyelesaian yang holistik supaya usaha dakwah terhadap golongan ini lebih efektif. Pada mulanya, tulisan ini akan membincangkan kepentingan berdakwah kepada golongan tersebut Selepas itu, akan dibincangkan pula cabaran yang dihadapi oleh golongan tersebut untuk keluar daripada masalah mereka, diikuti dengan perbincangan tentang kaedah atau pendekatan dakwah yang bersesuaian dalam menyantuni golongan tersebut. Akhir sekali sebelum kesimpulan, akan dicadangkan satu kertas cadangan program yang bersesuaian dengan golongan tersebut yang terfokus kepada pembangunan agama mereka. 2 2.0 DAKWAH DAN KEPENTINGANNYA KEPADA GELANDANGAN, PEKERJA SEKS DAN PENAGIH DADAH Dakwah adalah tugas asasi bagi setiap umat Islam untuk menyeru, mengajak, menyampaikan dan memperkenalkan kepada manusia mengenai ajaran agama Islam. Dakwah juga boleh didefinisikan sebagai gerakan berterusan mengajak manusia ke jalan Allah SWT supaya mereka mendapat kebahagiaan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Firman Allah SWT: Maksudnya: “Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang mungkar merekalah orang-orang yang beruntung”. (Surah Al-Imran: 104) Antara apa yang terkandung di bawah maksud dakwah adalah usaha menarik orang lain kepada agama Islam dan mengikut petunjuk dari-Nya serta menegakkan syariat-Nya di muka bumi ini. Begitu juga menyeru masyarakat agar mentauhidkan Allah SWT dengan ibadat dan amal ketaatan serta melepaskan diri daripada sebarang bentuk kongkongan selain daripada Allah SWT semata-mata. Memberikan hak kepada orang yang ditentukan hak oleh Allah, menafikan hak orang yang dinafikan hak oleh Allah. Selain itu, menyeru kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran serta berjihad di jalan-Nya. Menurut Sa’id Hawwa melalui artikel yang diterbitkan oleh Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan (2019), dakwah ke jalan Allah merupakan satu matlamat dan pada masa yang sama ia merupakan wasilah untuk mencapai matlamat lain seperti tazkiyyah al-nafs, pembentukan individu dan keluarga Muslim, masyarakat dan negara Islam. Pencapaian matlamat ini bergantung kepada dakwah. Semakin banyak usaha dakwah dijalankan, maka matlamat umum yang diamanahkan oleh Allah SWT akan tercapai. Oleh itu, keutamaan perlu diberikan kepada dakwah lebih daripada yang lain. Usaha dakwah mempunyai kepentingannya yang tersendiri amnya kepada semua orang, dan khususnya kepada golongan sasaran seperti gelandangan, pekerja seks (pelacur) dan penagih dadah. Orang gelandangan secara umum bermaksud individu yang tiada perumahan sebenar, 3 kekurangan keperluan asas dan peribadi serta hidup dan tidur di jalanan (Khairul Hamimah & Faridah, 2016). Sebahagian contoh kepentingan dakwah kepada golongan gelandangan adalah untuk mengelakkan mereka agar terus terjebak dengan masalah gejala sosial, jenayah dan penyalahgunaan dadah. Dakwah yang diperlukan mereka pada peringkat awal adalah supaya membentuk kekuatan akidah terhadap agama serta terbina kekuatan iman dan jatidiri dalam diri mereka dan membentuk peribadi supaya lebih bersabar dan tabah serta mampu menghadapi kesusahan hidup. Dakwah tidak semestinya dijalankan dalam bentuk itu sahaja, malah boleh dijalankan dengan mengajar ilmu kemahiran (skill) hidup, berdasarkan penilaian, supaya dapat membantu kesejahteraan mental para gelandangan dan melengkapkan mereka untuk menghadapi dunia realiti. Selain itu, gelandangan ini juga memerlukan pelbagai keperluan kesihatan mental yang mana jika tidak dirawat akan mengganggu mereka untuk mendapat pekerjaan di masa hadapan. Kita tidak seharusnya menghadkan definisi dakwah, ini kerana perkhidmatan kesihatan mental yang serius perlu diambil para pendakwah bagi membantu gelandangan. Ini kerana, penyakit mental boleh hadir tanpa disedari oleh gelandangan dan mereka yang terlibat dalam memberi perkhidmatan penjagaan kesihatan mental perlu mengenalpasti kehadiran masalah mental dalam diri gelandangan itu sendiri. Sokongan sosial, tahap penjagaan diri dan tahap kesihatan adalah pemboleh ubah yang penting untuk dilihat mengenai gelandangan (Fitzpatrick. S, 2004). Kepentingan dakwah bagi pekerja seks (pelacur) pula berperanan penting untuk mengajak mereka ke arah kebaikan dan meninggalkan segala perbuatan yang dilarang, khususnya berkaitan pekerjaannya itu. Ringkasnya, pelacur atau pekerja seks merujuk kepada kegiatan pekerjaan yang melibatkan aktiviti seksual untu kmendapatkan wang saku dan ganjaran tertentu (Khairul Hamimah & Faridah, 2016).Berdasarkan kajian oleh Saraswathy Veloo (1997), kebanyakan pekerja seks mempunyai tahap pengetahuan agama yang lemah. Peranan dakwah amat penting untuk mengajak dan memimpin individu lain kepada jalan Allah oleh pendakwah kepada golongan sasaran dengan maksud segala perlakuan dan tindakannya akan mendapat keredhaan daripada Allah. Ajakan itu seterusnya membawa kepada kesejahteraan hidup golongan sasaran itu (Ali ‘Abd al-Halim Mahmud, 1992). Oleh itu, segala usaha yang berupa ajakan ke arah kesejahteraan dan kebahagian pekerja seks dengan berteraskan Islam adalah dianggap sebagai berdakwah. 4 Selain itu, golongan penagih dadah amat perlu dibantu oleh kerana risiko penularan gejala ini akan menyebabkan masalah sosial yang lebih besar di dalam masyarakat yang bersambungan dari generasi ke generasi. Seperti yang kita sedari, ketiga-tiga masalah ini, iaitu gelandangan, pelacuran dan penaighan dadah, lazimnya saling berkait. Maka jika dakwah dapat dilakukan kepada penagih dadah dengan efektif, secara tidak langsung masalah gelandangan juga dapat dikurangkan dan juga sebaliknya. Ini kerana terdapat kajian yang membuktikan bahawa ketagihan dadah boleh membawa kepada masalah gelandangan, dan mereka yang menjadi gelandangan juga lebih berisiko untuk menjadi penagih dadah yang lebih tegar (Fountain, Howes, Marsden, Taylor, & Strang, 2003). 5 3.0 CABARAN DIHADAPI GOLONGAN GELANDANGAN, PEKERJA SEKS DAN PENAGIH DADAH Kewujudan golongan gelandangan, pelacur dan penagih dadah lazimnya adalah berpunca dari pelbagai faktor seperti kesempitan hidup, kemiskinan bandar, konflik keluarga, gejala sosial, gangguan mental, masalah sikap dan lain-lain. Gelandangan, pelacur dan penagihan dadah juga bukanlah isu terpencil yang hanya menghimpit negara-negara membangun sahaja. Akan tetapi ketiga-tiganya merupakan isu universal yang turut dialami oleh negara maju. Antara cabaran golongan gelandangan, pelacur dan penagih dadah untuk keluar dari kepompong atau kegiatan tersebut adalah kerana sebahagian daripada mereka pada asalnya telah dibuang keluarga, ditambah pula mempunyai perbezaan pemikiran dan pengalaman hidup serta melalui pelbagai kesukaran seperti penderaan, masalah kesihatan mental, dan alkohol serta kemiskinan (Othman Ab Rahman et. al, 2015). Dengan kata lain, sukar bagi golongan ini untuk keluar adalah kerana kehilangan sistem sokongan sosial dalam bentuk keluarga, kawan-kawan atau masyarakat setempat yang memahami (Mabhala, Yohannes, & Griffith, 2017; Ab Rahman, Addi Meskam, & Idrus, 2015; Ku Yaacob, Mohamad, & Sarnon, 2017). Tekanan sosial juga merupakan salah satu punca daripadanya. Apabila berdepan dengan tekanan sosial seperti kehilangan pekerjaan, masalah kesihatan, serta ketidakupayaan diri menyebabkan, maka berlakunya masalah gelandangan, pelacuran dan penagih dadah antara mereka. Golongan gelandangan, pelacur dan penagih dadah juga mempunyai masalah sukar memperolehi pekerjaan atau mencari kerja lain. Tekanan sosial juga boleh dikatakan berpunca dari kurangnya peluang pekerjaan (Ku Basyirah Ku Yaacob et. al, 2017). Kajian daripada Ku Basyirah Ku Yaacob et. al (2017) menunjukkan ramai gelandangan mempunyai masalah keresahan dan kemurungan yang menyebabkan mereka tidak mampu menguruskan diri dan berkomunikasi dengan baik. Pada masa yang sama, masalah kemahiran hidup yakni pengurusan diri dan komunikasi yang kurang baik juga membawa kepada masalah mental. Jadi mereka terperangkap dalam satu kitaran yang mana masalah kemahiran hidup dan masalah mental dan menyebabkan situasi menjadi lebh keruh. Selain itu, kebanyakan yang terlibat dalam gelandangan, pelacur dan penagih dadah ini mempunyai tahap pengetahuan dan penghayatan 6 agama yang rendah. Jadi tidak hairanlah jika mereka masih lagi meneruskan untuk menjadi gelandangan atau bekerja sebagai pelacur walaupun umur sudah semakin tua. Khususnya bagi isu gelandangan; bukan semua masalah orang gelandangan adalah sama. Ada di antara mereka bukan warganegara yang menjadi orang gelandangan termasuklah pelarian. Bagi warganegara pula, ada yang mempunyai pekerjaan namun tidak mampu menyewa tempat tinggal kerana dihimpit kos sara hidup yang tinggi. Jadi pilihan yang ada, tidur di mana sahaja yang difikirkan sesuai. Kerumitan juga timbul apabila terdapat individu gelandangan yang merupakan penerima bantuan rumah sewa, tetapi masih lagi didapati tidur di jalanan. Akibatnya, ada agensi tertentu telah dituduh tanpa usul periksa kerana tidak memberi bantuan yang sepatutnya. Jadi, sebenarnya isu gelandangan ini bukanlah semudah memberi ikan yang telah ditangkap, kerana walau pancing dan umpan telah diberi, masih ada yang memilih menunggu kosong di tepi air (Nur Syahidah, 2019). Khususnya bagi isu pelacuran, peranan kongsi gelap yang memberi perlindungan kepada pekerja seks menyukarkan gejala ini dibendung sehingga menyebabkan aktiviti ini berterusan sehingga kini (Ang Saw Yee, 1998/1999). Jelaslah, golongan ini amat memerlukan sokongan dari semua pihak masyarakat, di mana membantu mereka agar tidak terlibat dengan pekerjaan ini sejak dari awal lagi. Pelbagai usaha dilakukan kerajaan untuk menangani masalah miskin bandar seperti membina rumah kos rendah, memberi latihan kemahiran serta keusahawanan, menawarkan pinjaman perniagaan, mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan dan sebagainya. Tidak dinafikan usaha-usaha tersebut telah memberi banyak manfaat kepada golongan miskin bandar, sehingga ada yang berjaya keluar daripada belenggu masalah tersebut (Farrah Wahida Mustafar et. al, 2018). Namun, dengan tidak menafikan usaha tersebut, masalah gelandangan dan pelacur masih berlaku sehingga ke hari ini. Khusus bagi isu penagihan dadah, penulis merasakan ketagihan menjadi penghalang utama. Ini kerana ketagihan daripada perbuatan-perbuatan tersebut menyebabkan mereka mudah untuk ‘kembali’ kepada perbuatan tersebut walaupun sudah berjaya keluar. Ini kerana keterlibatan dalam perbuatan-perbuatan tersebut untuk jangka masa yang panjang mengubah kebiasaan dalam otak berkaitan motivasi dan ganjaran, yang menyebabkan mereka tidak mampu 7 untuk membuat keputusan yang membawa manfaat jangka masa panjang. Mereka lebih mudah untuk memilih keputusan yang membawa ganjaran yang serta-merta seperti keseronokan menagih dadah walaupun ia mengakibatkan kesan yang buruk (Volkow & Boyle, 2018). 8 4.0 PENDEKATAN DAKWAH YANG SESUAI Dalam dunia dakwah, manusia dianggap sebagai medium atau alat untuk disampaikan ajaran Islam yang sempurna. Seorang pendakwah seharusnya mengetahui ciri-ciri manusia yang ingin disampaikan dakwah. Dengan mengetahui ciri-ciri tersebut, dakwah yang disampaikan akan lebih mudah diterima dan berkesan. Menurut Kamus Dewan, pendakwah bermaksud orang atau golongan yang menyebarkan ajaran sesuatu agama. Perlaksanaan dakwah haruslah terancang rapi, serius, sistematik, terarah dan berkesinambungan, bukan secara sambil lewa. Pendakwah mesti benar-benar serius, memanfaatkan segenap tenaga fikiran, dana, kemampuan untuk menyelamatkan masyarakat agar tidak jatuh dalam kemurkaan Allah. Sebenarnya golongan pendakwah perlu menjadi aktivis sosial, pendamping generasi muda dan pencegah kemungkaran menerusi metode-metode dakwah yang relevan. Apatah lagi sentiasa melaunglaungkan slogan masyarakat penyayang dan diikuti dengan amalan perlakuan yang baik sebagai contoh tauladan. Usaha dakwah, lebih-lebih lagi usaha mengajak ke arah ajaran Islam hendaklah mempunyai program yang jelas, terarah, terukur dan teratur. Hendaklah dibuat anggaran berapa peratus dimatlamatkan peningkatan jumlah anggota jemaah subuh, peningkatan jumlah anggota jemaah solat Jumaat untuk sela masa tertentu dan berapa peratus peningkatan jumlah yang boleh membaca dan menulis al-Quran. Begitu juga berapa peratus dimatlamatkan menurunnya jumlah peragut, penyeluk saku, pelacur, pemabuk, penjudi dan sebagainya untuk tempoh masa tertentu. Idealnya, hasil dakwah perlu disemak secara berkala. Sudah berapa peratus matlamat tercapai. Apakah faktor-faktor merintangi dan menghalang kejayaan dakwah. Tentukan indikator-indikator keberhasilan. Tentukan langkah, program kerja yang seterusnya. Pengaturan kegiatan dakwah mungkin perlu mengambil fungsi operasi pengurusan, mencakupi fungsi perencanaan (planning, programming), fungsi penyusunan, fungsi pembimbingan (directing), fungsi penyelarasan (coordinating), dan fungsi pengawasan (controlling). Dalam sistem kerja dakwah, antara lain perlu juga diperhatikan tentang sasaran, pelaku (man), dana (money), waktu dan kaedah dakwah (Pej. Mufti Wilayah Persekutuan, 2019). 9 Pendekatan pertama khusus bagi golongan gelandangan, pekerja seks dan penagih dadah; pendekatan dakwah yang sesuai bukan sahaja meliputi isu memenuhi keperluan makan, minum, keselamatan dan perhatian, namun perlu juga memenuhi keperluan kasih sayang dan keperluan penghargaan diri. Ini bagi mengelakkan ada di antara mereka berada di dunia mereka sendiri dengan melayani pemikiran dan perasaan masing-masing. Usaha yang boleh dilakukan adalah seperti kelas bimbingan agama, kelas fardhu ain; yakni perlu dimasukkan dalam jadual mereka. Hal ini dengannya, kekuatan akidah terhadap yang Maha Esa akan terbina kekuatan iman dan jati diri dalam diri mereka. Kelas bacaan al-Quran dan klinik solat akan membentuk peribadi golongan tersebut agar lebih bersabar dan tabah serta mampu menghadapi kesusahan hidup juga perlu dimasukkan sebagai silibus. Pada kebiasaannya golongan ini mempunyai pelbagai faktor etiologi yang mana mereka ini sangat memerlukan sokongan dan empati. Ditambah pula keadaan sosial yang mana menyebabkan mereka ini kehilangan kemahiran sosial. Maka dengan menyediakan perumahan sahaja sangat tidak mencukupi bagi golongan ini. Mereka yang mengalami masalah memerlukan proses pemulihan psikososial yang membolehkan mereka mengembangkan dan membaikpulih kemahiran sosial mereka untuk tinggal berdikari di luar (Ku Basyirah Ku Yaacob et. al, 2017). Pendekatan kedua pula adalah melalui penguasaan kemahiran psikologi tertentu yang bersesuaian untuk menyampaikan dakwah yang berkesan kepada golongan sasaran ini. Antaranya yang berkait ialah kemahiran berkomunikasi dan membina hubungan yang baik dengan golongan gelandangan, pekerja seks dan penagih dadah; serta kemahiran memahami emosi. Selain itu, dakwah terhadap golongan ini perlu dilakukan secara berencana bergantung kepada tahap emosi yang mereka alami. Menurut Ariffin (1991), dakwah merupakan sebagai suatu kegiatan mengajak manusia dalam bentuk lisan yang dilakukan secara sedar dan berencana dalam usaha mengajak orang lain, sama ada secara individu atau kelompok supaya timbul dalam diri suatu pengertian, kesedaran, sikap, penghayatan serta pengalaman terhadap ajaran yang disampaikan kepada mereka dengan menolak unsur-unsur paksaan. Justeru itu, terdapat beberapa elemen yang mempunyai hubungan rapat dengan peranan dakwah yang berkesan terhadap golongan gelandangan, pekerja seks dan penagih dadah iaitu: adanya suatu bentuk tertentu dalam kegiatan ini sama ada melalui lisan, tulisan dan tingkah laku. Selain itu, dakwah tersebut dilakukan secara sedar dan berencana, serta dilakukan untuk mempengaruhi golongan tersebut 10 secara sukarela di mana tanpa adanya unsur-unsur paksaan terhadap pekerja seks. (Khairul Hamimah & Faridah, 2016). Secara keseluruhannya, pendekatan kerohanian yang digunakan dalam Islam dilihat sesuai untuk mengembalikan kepada fitrah kejadian manusia. Penyakit rohani tidak boleh dirawat atau diubat dengan menggunakan suntikan ubat, tidak boleh dengan kekerasan dan kekuasaan tetapi harus dibimbing rohani. Menurut ulama tasawuf, kejahatan tidak boleh di hapus dengan pedang. Kejahatan hanya boleh dihapuskan dengan taubat dan al-Quran menunjukkan bahawa penyakit manusia adalah dosa-dosanya dan ubatnya adalah taubat (Shafie 2006). Selain itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing dan bekerja sebagai sebuah pasukan apabila berhadapan dengan golongan gelandangan, pekerja seks dan penagih dadah, supaya mengurangkan risiko masalah kesihatan mental mereka. 11 5.0 KERTAS CADANGAN PROGRAM Di sini dikemukakan kertas cadangan bagi sebuah program pembangunan spiritual ditujukan khusus kepada golongan gelandangan Kuala Lumpur bertempat di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur. PROGRAM DAKWAH GELANDANGAN Tarikh: 1 – 2 Ogos 2020 (Sabtu dan Ahad) Lokasi: Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur Tema: Saudara Kita Celik Fardhu Ain Tujuan Pengusulan kertas cadangan ini adalah bagi tujuan memohon pertimbangan dan kelulusan serta bantuan kewangan untuk mengadakan aktiviti dakwah dan amal kepada golongan gelandangan sekitar Kuala Lumpur. Pendahuluan  Program Dakwah Gelandangan ini merupakan salah satu program yang difikirkan bersesuaian untuk dilaksanakan untuk memenuhi kriteria untuk kursus AMSU5303 Metodologi Dakwah Di Malaysia  Fokus program adalah untuk memberi kefahaman tentang fardhu ain terhadap kehidupan seharian golongan gelandangan yang merupakan saudara Islam kita. Malahan, dalam program ini akan berusaha sehabis mungkin untuk menerapkan kehidupan seorang muslim di dalam diri setiap gelandangan terlibat bahawa Islam itu cantik, menarik dan indah serta Islam sebagai “way of life”.  Program Dakwah Gelandangan ini juga mempunyai tujuan untuk memberi pendedahan kepada semua pendakwah yang terlibat mengenai cara hidup golongan gelandangan saudara Islam di sekitar Kuala Lumpur. Selain itu, program ini mempunyai tujuan untuk membantu golongan gelandangan dengan mengajak mereka ke arah kebaikan disamping memberi bantuan barangan keperluan seharian dan juga makanan untuk mengembirakan mereka. 12 Tema “SAUDARA KITA CELIK FARDHU AIN” Objektif Objektif program ini terbahagi kepada dua golongan sasaran iaitu: Golongan Gelandangan : i. Membantu membuka minda golongan gelandangan terlibat bahawa perlunya kesedaran menuntut ilmu agama dalam diri masing-masing. ii. Memupuk sifat mahmudah dalam diri setiap golongan gelandangan terlibat agar mampu berubah kearah yang lebih baik. iii. Membantu mendidik mereka bagaimana cara hidup Islam yang sebenarnya agar dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian. Pendakwah : i. Dapat mengalami pengalaman sebenar kehidupan golongan gelandangan yang masih memerlukan bimbingan. ii. Memberi pengalaman baru kepada guru pelatih sebelum terjun kelapangan yang sebenarnya nanti. iii. Mengaplikasikan segala ilmu dan kemahiran yang diperolehi di kelas kepada golongan gelandangan. Golongan Sasaran Jumlah peserta (gelandangan) dianggarkan seramai 40 orang yang berada sekitar Kuala Lumpur seperti sekitar Masjid Jamek, Masjid India, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Chow Kit, Jalan Ipoh, Titiwangsa. Tarikh dan Masa Tarikh : 1 – 2 Ogos 2020 Hari : Sabtu dan Ahad Tempat : Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur 13 Aktiviti Idea untuk menjalankan Program Dakwah Gelandangan ini timbul kerana kami merasakan bahawa perlunya usaha untuk berdakwah kepada golongan gelandangan yang kurang pengetahuan mereka tentang agama di samping membantu mereka yang kekurangan bekalan makanan yang cukup setiap hari. Kami juga memilih untuk menjalankan program ini untuk mengembirakan golongan gelandangan yang tidak mempunyai sesiapa untuk mereka. Kami juga ingin memberi pendedahan kepada mereka mengenai kepentingan pemahaman terhadap agama disamping memberikan sokongan moral agar diri mereka lebih bermotivasi untuk keluar dari kepompong gelangadangan tersebut. Tentatif Program TARIKH 1 Ogos 2020 MASA 7.15 pagi (Sabtu) TENTATIF AJK dan Peserta Berkumpul di Pusat Transit Gelandangan Kuala Lumpur 8.00 pagi Majlis Perasmian Pembukaan Program Dakwah “Saudara Kita Celik Fardhu Ain” 9.00 pagi Ice Breaking 10.00 pagi Minum Pagi 10.30 pagi Slot 1 - Pengenalan Ibadah dalam solat 12.30 tengahari Rehat/Makan Tengahari/Solat 2.00 petang Slot 2 - Wuduk 14 4.00 petang Minum Petang/Solat 4.30 petang Slot 3 -Bacaan dalam solat 2 Ogos 2020 6.30 petang Bertolak pulang ke IPG 7.15 pagi AJK dan Peserta Berkumpul di Pusat Transit Gelandangan (Ahad) Kuala Lumpur 8.00 pagi Slot 4 - Perlakuan dalam solat 10.00 pagi Minum pagi 10.30 pagi Slot 5 - Memperbaiki bacaan al-Quran 12.30 tengahari Rehat/Makan Tengahari/Solat 2.00 petang Slot 6 - Peneguhan rukun solat (Tahap 1) - Solat Berjemaah (Tahap 2) 4.00 petang Rehat/Persiapan untuk majlis penutup 5.00 petang Majlis Perasmian Penutup ** Aturcara sebenar bergantung kepada perubahan / kesesuaian semasa. 15 Senarai Ahli Jawatankuasa Pengarah Program : Abdul Ghafur Mohd Kurdi Setiausaha : Nurul Izzah Azhar Bendahari : Abdul Basar Abdullah Hassim Dokumentasi : Nuzulfarazainn Misran Aktiviti : Mohamad Imran Md Yusof Makanan : Siti Munirah Abdul Rahim Tugas-tugas Khas : Muhammad Qusyairi Ali Keselamatan : Mohd Amir Zamshi Peralatan & Cenderahati : Mohd Annuar Suleiman Syafiqah Ismail Tempat : Muhammad Nuh Idris Ahmad Pasukan Pendakwah & Fasilitator : Ust. Hj. Ahmad Husni Abdul Rahman Ust. Hj. Mohd Dziyaulhak Hashim Anggaran Bajet Makan & Minum BIL 1. TARIKH PERKARA JUMLAH (UNIT) 1/08/2020 Makan dan Minum RM10 X 40 Peserta X 2 - 2/08/2020 1/08/2020 2. JUMLAH (RM) Hari Bekalan Air Mineral - 2/08/2020 2 Kotak (48 BOTOL) X RM15 X 2 Hari RM800 RM60 Alat Tulis BIL TARIKH 1. 1/08/2020 - 2/08/2020 PERKARA JUMLAH (RM) Alat Tulis RM150 16 Cenderahati Peserta BIL PERKARA JUMLAH (UNIT) JUMLAH (RM) 1. Tuala 40 x RM13 RM520 2. Sabun Mandi 40 x RM8 RM320 3. Berus Gigi 40 x RM10 RM400 4. Ubat Gigi 40 x RM10 RM400 5. Baju Hujan 40 x RM20 RM800 6. Beras 40 x RM20 RM800 7. Pelbagai Roti 40 x RM10 RM400 8. Gula 40 x RM3 RM120 9. Milo 40 x RM15 RM600 10. Biskut 40 x RM10 RM400 Jumlah RM4,760 Jumlah Keseluruhan: RM800 + RM60 + RM150 +RM 4,760 = RM5,770 Penutup Kami berharap program ini mendapat perhatian dan pertimbangan serta kerjasama yang sewajarnya daripada pihak Tuan. Amatlah diharapkan program ini dapat membentuk dan melahirkan pendakwah yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial yang dapat menguasai ilmu dan kompetensi generik dalam mempertingkatkan nilai moral. Semoga program ini akan berjalan dengan jayanya serta mencapai objektif yang digariskan. Segala jasa baik dan sokongan yang diberikan amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. 17 6.0 KESIMPULAN Daripada keseluruhan perbincangan dalam tugasan pertama ini, jelaslah bahawa masalah gelandangan, pekerja seks (pelacur) dan penagih dadah ialah masalah sosial yang kompleks yang disebabkan oleh pelbagai faktor yang berbeza dan memerlukan kepada penyelesaian yang merangkumi kesihatan fizikal, mental dan spiritual golongan tersebut. Masyarakat mudah menuding jari dan menyisihkan mereka mungkin kerana kekurangan ilmu atau mungkin kerana tidak mengendahkan nasib mereka. Namun sebagai orang Islam, khususnya pendakwah, adalah menjadi tanggungjawab kita untuk membantu mereka yang terjebak di dalam masalah ini khasnya mereka yang merupakan saudara seagama kerana itulah tuntuntan agama. Nabi SAW melarang para sahabat daripada mencela seorang lelaki yang berbuat dosa walaupun dia tetap dikenakan hukuman sebatan sebagai usaha mendisiplinkannya. Baginda bersabda: “Janganlah mencelanya. Demi Allah, aku tahu bahawa dia sayangkan Allah dan Rasul-Nya.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6398) Sungguhpun mungkin tiga golongan yang dibincangkan dalam tulisan ini mempunyai penghayatan agama yang rendah, cara Nabi SAW berinteraksi dengan lelaki tersebut patut menjadi panduan (benchmark) bagi cara kita berinteraksi dengan mereka yang bergelumang di dalam perbuatan dosa, terutamanya yang melibatkan ketagihan. Golongan ini sukar untuk keluar daripada masalah mereka bukan kerana mereka tidak mahu, tetapi mereka mengalami pelbagai cabaran untuk keluar dari kepompong tersebut. Justeru itu, kita perlu berusaha untuk mengeluarkan mereka daripada masalah yang mereka hadapi dengan berganding bahu bersama pihak-pihak lain yang terlibat dalam dakwah kepada golongan ini. Pendakwah sendiri perlu melengkanpkan diri dengan ilmu yang sesuai untuk berdepan dengan mereka. Sesungguhnya kebolehan untuk membantu mereka tanpa sifat menghukum bermula dengan sifat kasih sayang terhadap saudara seagama dan keinginan untuk menyelamatkan mereka daripada kemusykilan dunia dan azab api neraka di akhirat nanti. 18 TUGASAN 2 Laporan Pengalaman Sebelum membaca artikel dan menyiapkan tugasan ini, penulis memiliki beberapa maklumat yang minima tentang situasi semasa golongan gelandangan, pekerja seks dan penagih dadah. Penulis merujuk kepada pembacaan lama iaitu menurut laporan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM, 2012) iaitu satu pembentangan di Parlimen menunjukkan jumlah golongan gelandangan di Malaysia bagi tahun 2007 hingga tahun 2011 adalah seramai 7,833 orang yang telah diselamatkan oleh JKM. Disamping itu, melalui pembacaan yang sama, penulis mendapati pelbagai pendekatan telah dilaksanakan secara berterusan dalam isu gelandangan melalui kerjasama Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat bersama agensi berkaitan seperti JKM dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO), sungguh pun begitu pengetahuan ini hanya minima. Setelah membaca artikel-artikel dalam proses menyiapkan tugasan ini, penulis serba sedikit dapat memahami masalah-masalah yang diutarakan dengan lebih lanjut di dalam artikelartikel tersebut seperti kaitan antara kesihatan mental dan isu ketagihan serta cabaran mereka hadapi seperti terdapatnya peranan kongsi gelap yang menyukarkan mereka untuk mengeluarkan diri daripada masalah yang dihadapi (Ku Basyirah Ku Yaacob et. al, 2017). Selain itu, penulis juga dapat memperoleh ilmu baru khususnya daripada artikel yang ditulis Haryati Hasan (2008) di mana diterangkan bagaimana penguatkuasaan badan-badan beragama telah berjaya menghentikan masalah pekerja seks di Kelantan, tetapi secara hakikatnya masalah tersebut tidak selesai secara total malah hanya berpindah ke negeri-negeri lain. Ini menunjukkan bahawa walaupun penguatkuasaan undang-undang adalah penting, ianya tidak akan menyelesaikan masalah secara hakiki kerana masalah tersebut boleh beralih ke tempat lain dan malang sekali menjadi pula punca kepada peningkatan kes di lokasi baru itu. Justeru, perkara utama yang perlu dilakukan untuk menyelesaikan masalah ini dengan baik adalah dengan pengukuhan institusi kekeluargaan. Salah satu isu yang dibincangkan dalam tugasan ini adalah berkaitan isu-isu yang dialami oleh wanita-wanita yang terbendung dengan pekerjaan seks (pelacur); yang mana ianya dialami 19 di mana-mana tempat termasuklah di Malaysia seperti yang telah dilaporkan oleh kajian Mohd Jodi dan Che Husain (2016). Walau bagaimanapun, ianya mungkin pada tahap yang tidak sebegitu kritikal sebagaimana yang berlaku di negara barat dan bukan Islam. Selepas mengenali golongan tersebut melalui pembacaan artikel-artikel dan bahan lain, penulis berasa terkilan dan sedih mengenangkan keadaan wanita-wanita tersebut yang mana ramai di kalangan mereka telah berputus asa dengan kehidupan kerana mereka dikelilingi orang yang hanya ingin mengambil kesempatan dan tidak ingin membantu, melainkan beberapa NGO yang masih mencuba menjalankan kegiatan dakwah dan menyediakan pendidikan untuk kanak-kanak pelacur yang disisih masyarakat. Sebelum memulakan tugasan ini, penulis sudah mempunyai sedikit pengetahuan tentang konsep dakwah menurut agama Islam seperti yang terdapat di dalam Al-Quran dan Sunnah. Namun, selepas menyiapkan tugasan, penulis lebih faham cabaran yang dihadapi oleh pendakwah dalam menyelesaikan masalah ini. Jelas, ianya bukanlah satu tugas yang mudah untuk diselesaikan. Selain itu, pengalaman dalam menyediakan kertas cadangan program turut menambah ilmu penulis. Walaupun penulis pernah terlibat dalam kerja menyediakan kertas cadangan untuk program agama lain seperti dakwah kutipan zakat, namun menyediakan kertas cadangan untuk golongan sasaran seperti gelandangan memerlukan penelitian yang berbeza kerana dakwah tersebut menjurus kepada golongan sasaran yang berbeza fitrah dan pemikirannya, serta perlu disantuni dengan cara yang sensitif dan sesuai dengan tahap pemikiran mereka. Kesimpulannya, tugasan ini telah memberi peluang kepada penulis untuk mendapat satu gambaran hakiki tentang masalah sosial yakni gelandangan, pekerja seks dan penagih dadah yang kurang mendapat perhatian para pendakwah baru berbanding dengan usaha islah lain seperti berdakwah terus kepada orang Islam yang sudah soleh. Ilmu tentang masalah berkaitan golongan tersebut khususya dari aspek sosial yang telah diperolehi daripada proses melengkapkan tugasan ini akan dikongsikan bersama para pelajar demi meningkatkan kesedaran mereka juga tentang isu ini. Sebagaimana telah dinyatakan sebelum ini, pendekatan kerohanian yang digunakan dalam Islam dilihat sesuai untuk mengembalikan kepada fitrah kejadian manusia yakni mengabdikan diri kepada Allah SWT. Penyakit rohani tidak boleh dirawat atau diubat 20 semata-mata dengan menggunakan suntikan ubat, tidak boleh dengan kekerasan dan kekuasaan tetapi harus dibimbing rohani. Menurut ulama tasawuf, kejahatan tidak boleh di hapus dengan pedang. Kejahatan hanya boleh dihapuskan dengan taubat dan al-Quran menunjukkan bahawa penyakit manusia adalah dosa-dosanya dan ubatnya adalah taubat (Shafie 2006). 21 RUJUKAN Ab. Aziz Mohd. Zain. (2001). Metodologi Dakwah. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. Ab Rahman, O., Addi Meskam, Z., & Idrus, N. (2015). Gelandangan: Meneroka Psikologi Mereka Serta Kemampuan Mengelak Diri Daripada Terlibat Dengan Gejala Penyalahgunaan Dadah. International Drug Prevention And Rehabilitation Conference (Prevent 2015), (pp. 230-234). Allen, S. (2018). The Science of Awe. Berkeley: Greater Good Science Center, University of California. Ali ‘Abd al-Halim Mahmud. (1992). Fiqh al-Dakwah al-Fardiyah. Dar al- Wafa’. hal.25 Ang Saw Yee. (1998/99). Kongsi Gelap Cina Dan Selangor Sejarah Awal Hingga Tahun 1990. Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera Dan Sains Sosial, Universiti Malaya. Benton, S. A. (2012, October 16). Nature and Revoery. Retrieved from Psychology Today: https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-high-functioningalcoholic/201210/nature-and-recovery Fadzli, A., Sabir, A. G. (2011). Zikir sebagai Modaliti Alternatif Rawatan Pemulihan dadah di Malaysia. Seminar Islam Nusantara Peringkat Asean 2011. Anjuran Kertas Kerja dalam: Pusat Islam Universiti Utara Malaysia di Langkawi, Farrah Wahida Mustafar et. al. (2018). Fenomena Gelandangan: Faktor Kebanjiran 'Komuniti Jalanan'. Diambil dari https://www.researchgate.net/publication/329772279_FENOMENA_GELANDANGAN_ FAKTOR_KEBANJIRAN_'KOMUNITI_JALANAN Fountain, J., Howes, S., Marsden, J., Taylor, C., & Strang, J. (2003). Drug and Alcohol Use and the Link with Homelessness: Results from a Survey of Homeless People in London. Addiction Research & Theory, 11:4, 245-256. Haryati Hasan, (2006) Hubungan pelacuran - penghijrahan: "tarikan" atau "tolakan"? Jebat: Malaysian Journal of History, Politics and Strategic Studies, 33 . pp. 73-95. ISSN 21800251 H.M. Ariffin. (1991). Psikologi Dakwah Suatu Pengantar Studi. Jakarta. hal. 6. Ku Basyirah Ku Yaacob, Mohd Suhaimi Mohamad, Norulhuda Sarnon. (2017). Isu Gelandangan Di Malaysia: Tahap Kesihatan Mental & Kemahiran Hidup. Dalam Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah Special Issue (2017): 119 – 131. Nur Syahidah binti Abdul Jalil July 12. (2019). Memahami Kerumitan Isu Gelandangan. Diambil dari http://www.ikim.gov.my/new-wp/index.php/2019/07/12/memahami-kerumitan-isugelandangan/ pada 18 Jun 2020. Mahmood Nazar, M., Din, S. C. & Ishak, I. (1998). Keberkesanan Rawatan dan Pemulihan Penagihan Dadah: Modaliti Kerohanian dan Tradisional di Malaysia. Sintok: Universiti Utara Malaysia. Sabir Abdul Ghani dan Fadzli Adam (2014). PEMULIHAN DADAH MENURUT PERSEPKTIF AGAMA DI MALAYSIA. Dalam Jurnal Hadhari 6 (1) (2014) 75-85 22 Saraswathy a/p Veloo. (1997). Pelacuran di Kalangan Masyarakat India di Malaysia: Satu Kajian di Lembah Klang. Latihan Ilmiah (B.A.). Jabatan Antropologi dan Sosiologi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Malaya. hal.39. Shafie, U. H. (2006). Rawatan Penagihan Dadah: Pendekatan Kerohanian Menggunakan Metode Thoriqat Qadiriyyah Wan Naqsabandiyyah. In M. N. Mohamed et.al, Mencegah, Merawat & Memulihkan Penagihan Dadah beberapa Pendekatan dan Amalan di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd. Yusuf al-Qardhawi. (1983). Thaqafah al-Dai’yah. Beirut: Muassasah al-Risalah. 23