Showing posts with label breakfast. Show all posts
Showing posts with label breakfast. Show all posts

23 August 2008

Lontong Goreng


Rossy ceria tidak suka berduka
Baginya buang masa bersedihan
Nasi impit makanan yang disuka
Bolehlah digoreng jika berlebihan

Kebetulan ada nasi impit lebih... umie pun buatlah lontong goreng ni. Sayang juga kalau sampai terbuang. So umiepun jadikanlah makanan lain... Resepi ini umie dah pernah letak di My Resipi.com. Boleh click di sini ---> http://www.myresipi.com/top/detail/615


Bahan

2 bungkus nasi impit yang telah direbus
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu makan lada boh/giling (tambah ikut suka pedas)
1 sudu makan udang kering
3 sudu besar sayuran campuran
2 biji telur sederhana besar
1 sudu besar kicap manis
Secubit garam
2 sudu besar minyak masak
daun sop/bwang dan bwang goreng ( untuk hiasan dan tambahan rasa )


Cara
  1. Potong nasi impit dalam bentuk empat segi kecil/sederhana (ikut suka)
  2. Mesin bawang besar, bwang putih dan udang kering
  3. Panaskan minyak masak dan tumis bahan yang telah dimesin dengan cili boh
  4. Setelah garing, masukkan sayur campuran, kicap dan secubit garam serta gaulkan rata.
  5. Pecahkan telur ke dalam bahan yang telah ditumis tadi dan kacau hingga telur masak dan sebati
  6. Masukkan nasi impit yang sudah dipotong tadi dan gaul hingga rata
  7. Setelah sebati, hidang dan hiaskan bersama daun sop/bawang dan bawang goreng.


9 August 2008

Quick breakfast


Abg Budin keje dengan media
Siarannya di TV buat tatapan
Makanan segera cepat disedia
Enak sungguh dibuat sarapan
Makanan segera sering menjadi kegemaran anak-anak... kalau anak umie, si Baby, pantang ke mana-mana nampak orang jual nugget mesti nak beli! Kadang2 umie tak belikan dengan alasan nugget ada kat rumah hehehehehe
Juadah yang tersedia ni merupakan hasil masakan anak-anak umie sendiri. Mereka masak dengan grill je sosej dan nugget tu cuma telur umie tolong masakkan sebab perlu menggunakan api dan minyak - umie takut membenarkan mereka menggunakan dapur untuk memasak ;)
Senang je nak sediakannyanya cuma perlukan:
Bahan
Sosej
Nugget
Telur ayam
sos cili
sos tomato
mayonis
Cara
1. Masak sosej dan nugget (goreng atau grill)
2. Goreng telur
3. Hidangkan dengan sos cili, sos tomato dan mayonis

4 February 2008

Waffle with strawberry topping


Wiween bersia-siar di waktu petang
Pulang ke rumahnya sebelum senja
Entah bilalah musin rajin nak datang
Sarapan pun yang simple-simple saja


Bahan

2 biji Telur
1 cawan susu segar
2 tbsp butter (cairkan)
1 cawan tepung
1 sudu teh Baking powder
1 1/2 sudu besar gula
1/2 sudu teh garam
1 sudu teh esen waffle
1 tin strawberry - untuk topping

Cara
  1. Panaskan acuanwaffle maker.
  2. Pukul telur sehingga agak kembang dan campurkan susu & kesemua bahan2 lain. Campurkan sehingga sebati.
  3. Tuangkan ke dlm waffle maker & tutup sehingga masak
  4. Sapukan waffle dengan butter dan hidangankan bersama strawberry dalam tin

3 February 2008

Roti bersausage - segera



Matju balik kampung ke Rantau Panjang
Pergi ke sana beli pelbagai benda
Hari minggu hari yang panjang
Buat sarapan apa-apa je yang ada


Dalam freezer ada sausages, roti pun ada so letak atas grill, bubuh atas roti, letak sikit salad dan kasikan burger sauce... dah siap sarapan pagi hehehehehehe


23 January 2008

Waffle with custard sauce and strawberry



Izam ke Terengganu melihat penyu
Pergi bersama Jun dan juga Siti
Otak buntu nak fikirkan menu
Akhirnya waffle untuk sarapan di hari cuti

Hari cuti camni taklah kelam kabut cam hari-hari sekolah, bolehlah berehat-rehat dan berguling-guling lama sikit ;)

Namun masalah sama saja, memikirkan menu sarapan dan makan siang... so bila dah buntu buatlah yang agak2 senang... waffle ni senang je... bancuh je tepung yang dah ready beli kat kedai Yummie tu bersama telor dan air... pastu panaskan waffle maker... jadi ler...

Supaya ada kelainan sikit daripada biasa, makanlah dengan custard dan strawberry yang dalam tin tu je...
Untuk custard pula diambil dari resepi maya_zakry di MR
Bahan
1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula
Cara
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.



20 January 2008

Burger telor


Kerja banyak tapi masanya terhad
Sambil bekerja menonton kugiran
Burger telur sarapan pagi Ahad
Mudah disediakan menjadi kegemaran


Bahan

5 biji roti burger (ikut jumlah keluarga atau suka banyaknya mana)
5 biji telor - ikut banyaknya roti
5 keping cheese - ikut banyak roti/telor
sos cili
sos tomato
mayonis
salad - jika suka
butter untuk sapuan

Cara

1. Goreng telor - ceplok
2. Belah dua roti burger - jangan putus
3. Sapu roti dengan burger dan letakkan telor
4. Lapiskan dengan cheese dan salad
5. Letakkan sos cili/sos tomato/mayonis ikut suka

27 December 2007

Tuna & onion sandwich



Berkaki ayam terpijak paku
Teramat sakit tidak terbayangkan
Ini adalah hasil kerja anak-anakku
Tuna & onion sandwich nama diberikan

Cempaka-ardini sungguh rupawan
Tambah jelita bertudung sutera
Tuna & onion sandwich mudah disesediankan
Buat puteri-puteriku menjamu selera




Sandwich ni si tiga gadis pingatan tu yang buat dan sediakan... diaorang buat, diaornag yang makan... pastu tangkapa gambar suruh umie letak kat sini... ikutkan je lah... slowly nanti diaorang bolehlah sediakan masakan yang agak heavy ;)

Bahan

6 keping roti
1 tin tuna (dalam air)
1 biji bawang besar - potong dadu
sedikit air asam limau
*sos cili/mayonis untuk hiasan

Cara

1. Campurkan kesemua bahan dan gaul rata (kecuali roti)
2. Ambil sedikit adunan dan sapukan ke atas roti
3. Hiasa dengan sos/mayonis ikut suka

26 December 2007

Jemput-jemput bawang berkentang



Cuaca mendung suram terasa
Bangun pagi terfikir nak sarapan apa
Tengok bahan tak banyak yang ada
Akhirnya buat sarapan sekadarnya saja

Jemput-jemput mudah untuk disediakan
Tambahan pula bila tak cukup bahan
Tepung, bawang dan ketang jadi ramuan
Buat hidangan keluargaku bersarapan

Bahan

1 biji kentang besar (potong nipis dan panjang macam lidi mancis)
1 biji bawang besar (hiris halus)
200gm tepung gandum
100gm tepung naik sendiri
1 biji telor
1 sudu kecil serbuk pati ikan bilis
1 sudu besar cili giling
garam secukupnya
air secukupnya
minyak untuk menggoreng

Cara

1. Campur semua bahan dalam bekas dan masukkan air secukupnya (agak2 kepekatannya)
2. Panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan
3. Boleh dihidangkan bersama sos cili/tomato/mayonis

15 December 2007

Waffle


Sudah lama teringin nak buat waffle sendiri...
Anak-anak suka sangat makan waffle tapi bila nak makan pergi beli...
Baru-baru ni pergi kedai tertanyalah tokeh tu kalau ada waffle maker
kebetulan tokeh tu kata "ada"
errmmmm teruslah terfikir, "baik beli je lah..."


Waffle maker ni hasilnya taklah cam waffle yang jual kat kedai tu
sebab yang ni kecil dan nipis je...
tapi kira boleh dan sesuailah untuk hidangan keluarga.
Sesiapa yang anak-anaknya suka makan waffle cam anak-anak umie semua,
memang recommended ler untuk membelinya ;)


Bahan

850g Crispy Waffle Cake Mix (mudah dan rasanya memang sedap)

4 biji telor 900ml air
80ml minyak jagung

1/2 sudu teh Waffle vanilla (essence)


Cara

1. Campur kesemua bahan

2. Panaskan waffle maker dan tuangkan 2 senduk adunan dan tutup hingga masak

3. Hidangkan ikut suka

p/s: Bahan2-bahan tersebut tercatat di atas bungkusan tepung waffle yang umie beli... senang kan...

26 November 2007

Cheese and sausage sandwich


Berapa hari ni bersarapan dengan roti je lah ya... Hari ni tengok apa benda yang ada... ermmmm nampaknya boleh buat cheese and sausage sandwich je... Kira ada jugalah untuk alas perut ;)


Bahan

4 keping roti

2 batang sosej - potong kecil-kecil

cheese (ikut suka banyak) - parut halus

mayonese (jika suka)

Sos tomato/cili (ikut suka)

butter untuk sapuan

Cara

1. Sapu sedikit butter pada roti dan letak sojek dan cheese

2. Letak mayonese + sos tomato/cili jika suka

3. Lapik dua roti dan bakar dalam sandwich maker hingga garing.

25 November 2007

Sugar and butter sandwich



My M fever is getting worse... I just don't feel like making breakfast for the family... Finally I end up with my sugar and butter sandwich... ermmmmm just have it ok....

Ingredients

3 slices of white bread
Butter
Sugar

Method

1. Spread butter over the 3 slices of bread as much as you like.
2. Sprinkle sugar over the butter as mush as you like.
3. Stick the 3 slices of bread which already buttered and sprinkled with sugar together
4. Cut the sandwich diagonally

* Senang je kan ;)hehehehehe - demam M teruk sangat ni....

17 November 2007

Lempeng pisang


Sarapan pagi ni dengan lempeng pisang je... kebetulan ada pisang yang telah terlalu masak... si kecil umie muncung je bila tengok sarapan yang dah disediakan :D apo nak dikato... itu jo yang ado :D


Bahan
12 biji pisang sederhana besar (lenyekkan)
2 cawan tepung gandum
1 cawan kelapa kering
2 sudu besar gula perang (lebih jika suka)
1 biji telor
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh bicarbonate soda
garam secukupnya
butter/margerin secukupnya

Cara

1. Ayak tepung bersama garam, BP & BS
2. Campurkan gula+telor+pisang dan kacau sebati
3. Masukkan tepung dan aduk rata
4. Panaskan kuali leper dan sapukan sedikit butter
5. Letakkan 1 senduk adunan lempeng dan buatlah bulatan yang disukai

16 November 2007

Sandwich rendang kerang


Nak makan apa ekkk??? Kadang2 pening kepala nak fikirkan apa nak prepare... right? But not for my hb, he doesn't like to make himself headache about what to prepare... as I mentioned, he's very good in modifying left over food. So this is what he had done for my kids (but as I said... 'tak berapa jalan' for them hehehehehehe)

However for me... whatever and how it is... just makan je ler - orang dah buat pun dah patut bersyukur kan??? (but ada masa I memang tak tau bersyukur > complain itu ini what my hb dah prepared/cooked errmmmm tak patutnya diri ku ini hehehehehheehe)

Bahan

4 keping roti (ikut suka banyak)
1 mangkok kecil rendang kerang
butter untuk sapuan

Cara

1. Sapu roti dengan butter
2. Letak 1 sudu besar rendang kerang di atas roti tadi dan lapikkan dua
3. Potong ikut suka (buang tepi roti jika mau)

*** nak tambah dengan salad pun boleh - my kids suka plain without any veg sebab tu tak letak apa2 kat dalamnya...

15 November 2007

Cheese and butter sandwich


Sarapan pagi yang paling mudah sudah tentu hanya dengan roti ;) Kalau roti semata-matapun anak-anak tak mau juga... so letaklah fillings kesukaan mereka....

As usual, I like to do something that's simple and quick to prepare :) So for the breakfast today is cheese and butter sandwich :D

Kadang-kadang sandwich macam ni pun bukan saja untuk breakfast tapi juga jadi lunch for my kids :p


Bahan

4 keping roti
Cheese ikut suka banyak - diparut
Butter untuk sapuan

lada sula untuk perasa (ikut suka)

Cara


1. Sapu butter ke atas roti dan taburkan cheese ikut suka banyak.

2. Boleh taburkan sedikit lada sula (jika suka) dan tangkupkan roti

3. Potong ikut suka dan buang bahagian tepi roti (kalau mau)

14 November 2007

Jemput-jemput pisang



Jemput-jemput merupakan salah satu resipi mudah untuk sarapan. Anak-anak umie suka jemput-jemput pisang berbanding dengan jemput-jemput ikan bilis :-S

p/s: Jemput2 pisang ni terus lembut walaupun sudah sejuk ;)

Bahan

  • 12 biji pisang serderhana besar dilenyek
  • 2 cawan tepung (tambah jika rasa terlalu lembik)
  • 1/2 cawan gula (ikut suka manis)
  • 1 biji telor
  • sedikit esen vanila
  • 1 sudu kecil baking powder
  • 1 sudu kecil bicarbonate soda
  • minyak untuk menggoreng

Cara

  1. Campur semua baha-bahan kecuali minyak. Kacau biar rata/ sebati
  2. Panaskan minyak. Ambil sejemput bancuhan tepung dan masukkan ke dalam minyak panas - boleh gunakan sudu basah jika tak mau jemput dengan tangan ;)
  3. Goreng sampai perang - jangan lupa lapikkan kitchen towel apabila angkat dari kuali kerana jemput-jemput pisang biasanya menyerap minyak

11 November 2007

Jemput-jemput ikan bilis


Bila weekends, anak2 bangun lewat... nak buat sarapan beria-ia sangat pun nanti diaorang terus makan tengahari je :D Tak buat sarapan, my hb bangun pagi... kadang2 hb bangun dulu, wife masih dok berguling atas katil... apalah isteri zaman sekarang ni kan... (umie ler tu) Bila hb dah bangun, nak tak nak kenalah bangun gak... kadang2 hb buat air sendiri je... (malang sungguh dapat isteri seperti diri ku ini hehehehehehe) Sarapan paling cepat dan mudah ialah jemput-jemput. Jemput-jemput ni pun ada macam2 jenis... kira jemput-jemput ikan bilis paling simple ler...

Bahan

2 cawan tepung gandum
1 cawan air
1 biji telor
1 batang cili merah
sedikit daun sop
1 biji bawang besar
ikan bilis (ikut suka banyak)
sedikit serbuk pati ikan bilis
garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng

Cara

1. Potong cili ,bawang dan daun sop ikut suka
2. Bancuh semua bahan (tambah air jika rasa terlalu pekat-tambah tepung jika terlalu cair)
3. Panaskan minyak dan goreng ikut suka besar

9 November 2007

Kuey teow goreng


Ini makanan kesukaan anak-anak umie juga... Kiranya umie masak apa yang mereka suka makan je... kalau tak nanti umie sendiri masak, sendiri makan :D pastu boleh naikkan berat badan :p

Bahan

1 kilo kuey teow
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
2 sudu makan lada giling (tambah ikut suka pedas)
2 biji telur
20 ketul chicken ball (ikut suka banyak)
2 keping tahu
2 sudu besar kicap manis
1 sudu besar kicap pekat
2 susu besar sos tiram
1 genggam taugeh (ikut suka)
Sayur sawi (ikut suka)
2 sudu besar minyak masak untuk menumis
garam dan perasa secukpnya
1/2 cawan air

Cara

1.Cuci dan toskan kuey teow
2.Potong chicken ball, tauhu dan sayuran ikut suka.
3.Blend/tumbuk bawang besar dan bawang putih
4.Panaskan minyak dan masukkan chicken ball + tauhu kemudian tumis bawang+bawang putih+cili giling dan tumis hingga garing
5.Masukkan sos tiram,kicap manis,kicap pekat dan kacau rata dan tambahkan dengan sedikit air tadi (boleh tambah lagi jika suka)
6.Masukkan garam+perasa dan kacau rata
7.Pecahkan telor dan kacau hingga telor sebati (akan jadi pekat)
8.Masukkan taugeh dan sayur sawi
9.Masukkan kuey teow dan gaul hingga rata

1 November 2007

Mee goreng


Mee goreng ni favorite anak bungsu umie... Masalahnya dia ni tak pandai nak makan sayur kalau dah bercampur dalam mee. Kadang2 umie tak letak sayur langsung... kira mee goreng boleng je ler :D Mee goreng ni umie letak gak sayur sebab kebetulan sepupu umie kata nak datang.


Teringat pada suatu ketika umie pernah jual mee kuning :-S pernah sekali buat sampai lebih 10 kilo tepung - menangis mixer umie bekerja :(

Kalau nak tau cara untuk buat mee sendiri pergilah kat sini > http://www.myresipi.com/top/detail/918


Bahan

1 kilo mee kuning
1 susu besar cili giling (ikut suka pedas)

2 sudu besar bahan yang telah diblend (bawang+bawang putih)
1 sudu besar sos tiram

1 sudu besar sos tomato
2 sudu besar kicap pekat

2 biji telor
perasa secukupnya minyak untuk menggoreng sayuran ikut suka
isi (ayam/udang/fish ball etc) ikut suka air jika perlu

Cara

1. Panaskan minyak dan tumis cili giling bersama bahan yanag telah diblend

2. Masukkan sos tiram+sos tomato+kicap pekat

3. Masukkan air jika perlu

4. Masukkan isi yang disukai - gaul rata

5. Masukkan perasa secukupnya

6. Pecahkan telor dan kacau rata
7. Masukkan mee + sayur yang disukai (sawi/taugeh)

8. Gaul sehingga sebati.