Wednesday, November 23, 2005

Apa dah nak jadi ni??

apa dah nak jadi ni??
Tapi kejadian ini bukan yang pertama berlaku.
Ini kali ketiga yang saya ketahui. Yang tak tau entah dah berapa kali.

Subuh 22 Nov 2005, seorang sahabat pergi solat subuh di Masjid Al-Azhim di bandar Melaka.(Masjid Negeri)

Selesai solat,zikir dan berdoa, sahabat ini terus turun menuju ke keretanya yang di parkis di perkarangan masjid(berpagar dan ber'pak guard' lagi).
Terkejut sakan sahabat ini bila mendapati cermin tingkap sebelah pemandu telah dipecahkan( Proton Perdana).
Beg beliau yg mengandungi geran kereta,kunci rumah, gate remote dan buku cek telah di curi orang ketika solat subuh.

Kira-kira setahun lalu kejadian serupa telah terjadi juga di masjid al-azhim.Masa itu beberapa kereta telah di break-in.
Juga pernah terjadi di masjid Duyong .Semua kejadian2 ini adalah ketika solat subuh.

2 tahun lalu di masjid Kg Hulu(salah satu masjid awal di Melaka) peti besi antik kutipan derma/infak jemaah telah di curi.
Lihatlah keadaan negara kita sekarang. Nak bersolat pun tak selamat.
Pencuri tu dah lah tak solat, mencuri waktu orang solat di masjid pulak tu.

Semoga pihak pengurusan masjid akan meningkatkan lagi kawalan keselamatan di masjid Negeri Melaka.

tokasid
melaka

Saturday, November 19, 2005

Dah sempurna

Semalam 17 November 2005, jenazah Dr Azahari Husin telah di kebumikan di Jasin,tempat kelahiran beliau.

Jenazah yang tiba dari Indonesia di KLIA terus dibawa ke Masjid Jamek Jasin. Orang ramai dan anggota polis termasuk SB yg hadir kira-kira seribu orang dan kebanyakan yg hadir telah solat ke atas jenazah Dr Azahari.

Jenazah kemudian dibawa ke tanah perkuburan kira2 2KM dari masjid.
Urusan pengkebumian selesai hampir jam 1.00 pagi.

Semoga ALLAH mengampuni beliau dan kita yg masih bernafas.
Ameen.

Thursday, November 17, 2005

Assalamu'alaikum.

Salam hormat dan selamat ketemu di alam siber maya.

Insan dalam meniti hidup akan sampai di satu titik ,dia akan terdetik di hati dan timbul berbagai pertanyaan tentang destinasi diri dan tujuan hidup.

Dia akan bertanya adakah aku menjalani kalimah janji kepada ALLAH Azza Wa Jalla setiap kali berdoa iftitah: ...dan hidup ku mati ku kerana ALLAH.

Jika ada tertunai janji itu walau sekelumit pun, adakah dengan methode yang di redhai ALLAH? Adakah aku telah mengikuti sunnah Rasulullah SAW?

Itu lah datang nya : Kita ikut sunnah okay!
Kita sama-sama nasihat menasihati dan berkongsi ilmu agar apa yang kita lakukan amat di redhai ALLAH.

Selain itu, sekali sekala kita kongsi gurau senda dan apa saja topik yg boleh membawa kebaikkan , InsyaALLAH.

Sekian kali ini

tokasid
zul melaka