Manusia...sering di uji.Tapi percaya lah,sering kali ujian yg datang memang boleh kita hadapi walaupun pada mula nya kita merasakan ia nya amat mustahil untuk kita tempuh.
Aku punya seorang sahabat. Sahabat yg aku kenali sejak mula berblog dulu. Aku sering kagum dan kaget dgn enteri enteri beliau.Ringkas tapi padat.Sinikal dan pedas.
Aku semakin rapat dengan nya( dan rakan2 lain). Kerp bukan seperti kau dan aku. Dia insan istimewa.Dia seorang OKU tetapi tidak pernah merintih akan keadaan fizikal nya.Tak pernah menyesal dgn ujian yg menimpa diri nya. Sentiasa redha dgn apa yg di hadapi.
Mungkin ada keresahan tapi tiada penyesalan.Memang cukup tabah insan yang seorang ini.
Seperti kau dan aku, Kerp juga punya perasaan. Termasuk cinta. Dan siapa yang berani kata orang OKU tiada hak untuk bercinta ! Katalah dan biar aku tonyoh cili padi 3 kiligram ke mulut celupar mu. Dan sebagaimana orang yang otak nya waras,Kerp mempunyai seorang buah hati yang bagi aku,MasyaALLAH. Molee Kamal nama nya. Dan aku begitu kagum dengan wanita kecil mongel ini.Ikhlas aku kata kan. Mengapa kagum ya?
Bagaimana tidak kagum kawan. kekasihnya seorang OKU yang berkerusi roda. Dan dia,Molee Kamal boleh berjalan berlari melompat seperti kau dan aku. tapi cinta kawan...CINTA tidak mengenal rupa warna sihat sakit kawan ku. Cinta mereka termetrai selama 11 tahun.Pelbagai dugaan.pelbagai fitnah di lempar.Pelbagai cemuhan di sajikan kepada mereka terutama kepada Kerp.
Surat layang, email layang, SMS layang segala penjuru. Tujuan: untuk memisahkan mereka, kerana ada orang merasakan mereka tidak sepadan.Merasakan kerp tak bisa membahagiakan Molee.
Namun, cinta ikhlas tidak bisa di rungkai sesiapa.ALLAH perjodohkan mereka. Saat paling bahagia dalam hidup mereka saat itu. Tsunami cinta mereka redah bersama. Gempita kasih mereka hadap bersama.
dan pada hari persandingan mereka, aku lihat sahabat ku,malah aku anggap adik aku, Kerp, amat bahagia sekali. Sambil isteri tercinta menolak kerusi roda utk bertemu tetamu dan sanak keluarga.Alhamdulillah.
Beberapa bulan lalu, ak di kejutkan dengan berita gempar. Meragut perasaan ku. Dan aku tahu aku tak bisa terbayang apa yang Molee dan Kerp sedang rasakan.
Satu panggilan telefon: Doc, can I talk to you sekejap? Itu kata kata Kerp.
Yeah, sure bro. Anything wrong?
Dan baru ku tahu, Molee sedang kesakitan dan di dapati buah pinggang nya membengkak dan harus di bedah segera.Aku cuba tenangkan Kerp dan seperti biasa memang Kerp seorang yang tabah.Ada yang Kerp mahu ialah penerangan tentang kemungkinan penyakit isteri tersayang . dan dia selesa dengan aku untuk hal2 ini.
Selang beberapa hari, kerp memberitahu bahawa ketumbuhan itu adalah kanser buah pinggang dan menurut pakar bedah,seluruh kanser telah di buang.Tak perlu kemoterapi....ketika itu.
Minggu lalu,aku tak sempat menjawab panggilan Kerp petang itu.Lalu sekitar jam 10 malam, aku dail nombor Kerp. Selepas sedikit basa basi, aku mahu tahu apa itu Lytic lesion? Tanya aku: lytic lesion di mana?
Di sebelah kanan spine L2 doc!
Oh!Kerp, ini tentang Molee ke....aku mahu kepastian.
Yes bro...its Molee.
Aku terangkan apa makna lytic lesion dan apa kemungkinan2 nya dan jelaskan itulah sebab Molee tiba tiba terasa sakit di paha kanan nya.Lalu aku minta Kerp SMS kan keputsan CT sacn yg di buat siang nya,agar aku boleh tanya pendapat sahabatku seorang pakar ortopedik( terima kasih Dr Yazid Hj Din, Ketua jabatan Ortopedik Hospital Kangar,Perlis).
Esoknya,Kerp beritahu aku bahawa tak perlu di biopsikan lesion itu dan Molee harus menjalani rawatan radioterapi...kerana sudah sah kanser tersebut telah menular.
Remuk hati mendengar suara berita itu dari Kerp.Aku tahu hati Kerp gawat dan celaru dan bimbangkan keselamatan Molee.Dan aku yakin, ujian hebat dan perit ini mengukuhkan cinta dan sayang Kerp pada Molee.
Kawan, kalian tentu pernah dengar kisah cinta Romeo dan Juliet. Tentang Laila dan Majnun nya. Dan tentang ribuan lagi cinta cinta yang hebat. Tapi bagi aku;Cinta Kerp kepada Molee yang terhebat.Dan paling hebat juga dugaan yang mereka tempuhi.
Kawan, selesai sudah cerita tentang mereka.
Kini aku ingain merayu kawan. Iya...merayu.Jika kamu mahu aku boleh melutut di depan mu.
Pasangan cinta hebat ini memerlukan bantuan kita. Bukan untuk berbulan madu.Tapi untk kos merawat Molee.
Sebagai permulaan,
Bloghousemalaysia telah menyumbangkan sebanyak RM 10 ribu. Alhamdulillah.Jika kalian mahu memberi sumbangan boleh di lakukan ke Akaun MAYBANK - acc No – 1642 5846 2732 AHMAD DANIEL SHAH B SHARANI.
Jika melalui maybank2u internet banking, masukkan email ini [email protected] di bahagian e-mail penerima.
Dermalah sebagai amal jariah.derma lah atas dasar menolong insan yang di uji dengan musibah.
Terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca rayuan aku.