hai semua,
tak sure la kenapa penyakit M ni tak nak hilang-hilang.
terbengkalai hidup kalau asyik makan tido..makan tido..
lagi malas bila banyak blog yang sunyi sebab tuan tanah bercuti..
hakak??? bertambah stress sebab dapat cuti tapi tak pergi bercuti-cuti..
acamana???
berbalik pada post hari ni..
nak stori sikit pasal percutian bersama ngan mak abah aritu ke sabah.
kalau nak tau,
kami tak pernah jejak kaki ke sabah tau.
memandangkan mereka berdua banyak berkorban tenaga untuk mengambil dan menghantar me ke LCCT/KLIA setiap kali bercuti pastu pecut terus ke JB...
haruslah membalas jasa dengan membawa mereka ke SABAH.
Pulak tu dapat tix murah yang dibeli dari bulan 9 tahun lepas dengan harga RM80 return JB-KK
haruslah mak & abah ingat anak dia ni kaya sbb mampu nak sponser depa berdua tiket kapal terbang.
padahal murah jek tiket tu. kekekkeke
lagi best bila depa berdua dok kalut kuar masuk baju dalam beg beberapa minggu sebelum kami bertolak.
dengan ni memang sah la.. me ikut semangat depa..
sebabnya..
untuk percutian bulan Nov nanti, me dah siap-siap packing dah..
excited la namanya..
kekkekekekke
Flight kami dari JB lebih kurang pukul 9 malam cenggitu.
dalam flight mak & abah pulun dok kat hot seat(walhal kami tak beli seat pung) sebab memang tak ramai yg nak terbang ke KK ari tersebut.
ada lah dalam 20 orang jer yang sanggup bertolak ke KK
almaklumlah..... tengah HOT pasal Lahad Datu.
Waktu kami sampai kat epot, semua kedai dah tutup..
so keadaan epot kelam antara nampak-tak nampak jer...
Kemudian kami naik teksi terus ke hotel.
Untuk 2 malam ni, kami stay kat Gaya Hotel.
Nak pilih hotel pun satu masalah juga sebabnya pagi sebelum bertolak baru terhegeh-hegeh cari hotel.
kalau orang yang jenis kelam-kabut macam ni.. memang tak pikir panjang la.. terus booked hotel apa yang ada.
Memula tu nak ambil bilik yang ada 1 Queen bed pastu nak tambah extra bed..
mahal betul depa charged RM100 untuk satu malam.
lebih baik ambil 2 Queen bed yang mana lebih murah.
Nanti kalau semangat rajin sampai....
me try review pasal hotel ni yer..itu pun KALAU la..kekekekke
Lepas urusan b'fast kat hotel,
kitaorang minta pihak hotel carikan kereta untuk disewa.
dapat la sebuah saga putih walaupun memula dorang kata nak bawa Myvi.
So abah ajak kami pusing-pusing bandar KK ni.
ntah mana-mana ajer la abah pusing sebab sepanjang perjalanan keja hakak ialah tido..
Sekali bila dikejut rupa-rupanya kami dah sampai di deretan pasar yang terletak di tepi laut
Kita ke Pasar Kraftangan dulu la yer.
Harga?? mahal sikit compare dengan pasar malam
Mahal-mahal pun, tetap membeli.
dasar wanita khennn...
Secara peribadi,
kedai-kedai kat sini jual barang yang sama.
pastu berpusing la sepanjang-panjang kedai yang ada di sana.
kalau tengah hari,
merasa la ketiak berpeluh.
Ha lagi satu...
yang orang dok sebut pasar filipin tu.. ini la pasarnya..
almaklumlah.. iols sibuk g tanya depa..kat mana pasar filipin ...
sekali depa jawab. nilah pasar filipin..
iols terkulat-kulat malu..pastu ketawakan diri sendiri..
masing-masing ada benda yang nak dicari.
yang abah pula setia menunggu kat luar kengkonon takut kena saman.
Gambar kat atas ni menunjukkan gambaran kenderaan di luar pasar kraftangan.
kalau nak tau, jalan yang dua lane tu tetiba jadi satu sebabnya banyak jer kereta double parking kat situ
Bagi yang parking kat dalam kotak parking di sekitar bandar KK ni,
nanti ada orang yang akan letakkan kertas kat wiper korang.
pastu boleh g bayar kat pondok-pondok kecil tepi jalan. Seriyes pondok kecil la. kecil jer untuk sorang duduk cenggitu.
Kat luar pasar ni memang ramai orang lelaki dengan mesin jahit.
tak sure kenapa.
Hujung pasar kraftangan ni,
kitaorang tak beli apa-apa pun. takat nengok jer dari luar.
selepas pasar ikan masin ada pasar buah.
waktu kami sampai tu..
tak jumpa buah lain.
yang ada buah mangga ni jer.
manis uols.
Dalam tengah hari..
kami bertiga balik semula ke hotel. sebabnya lotih yang hamat.
Owh ya...kat hotel ni tak disediakan parking.
tapi boleh parking kat basement.
rega RM20 sehari termasuk depo.
Nanti iols sambung yer..
penyakit M dah tiba..
okies....
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER