4 Disember 2017
Pagi ni sedih la kot rasa dihati sebab nak bertolak balik ke Malaysia. Biasalah tu mainan perasaan. Last day ni lah baru aku ngan bff menjamah mangga nan sekotak itu. Perghhh I tell U! Manis sesangat. Nyesal lupa nak makan mangga tu. Sudahnya, kami tinggalkan aje mangga tu kat hotel.
Time ni tengah tunggu pickup. Masing-masing dok memikir camana nak sumbat semua luggage yang dah beranak-pinak. Nanti time nak keluar van macam main puzzle. Beg keluar kau kat dalam...kau kat luar, beg kat dalam. huhuhu
Ni area hotel kitorang untuk 4 malam yang lalu. Masa ni baru pukul 8 pagi. Tak sibuk lagi. Aku pun tak sempat nak explore area ni.
Next agenda kitorang nak ke Bondi Beach
Menurut kata tour guide aku tu, pagi kat Bondi Beach hujan renyai-renyai. Jadi kami terus ke DFO Homebush. Aku memang tak berniat pun nak beli apa-apa. Dorang je yang nak cari barang smiggle. Maklumlah, nak buat ole-ole untuk anak masing-masing.
Demi friendship yang dah terjalin hampir 10 tahun, aku beli jugaklah bendalah ni. Kalau ikut aku tak la membeli. Sekali diracun oleh geng-geng lain. Katanya kat Malaysia mahal. Secepat kilat aku pun membeli. Nampak tak disituuuu.. Aku ni tak boleh dipujuk. Mudah lemah semangat. Huhuhuhu
Bff aku ni masa dia sekolah dulu dipanggil snow white sebab putih melampau. Bila ambil gambar cenggini rasa naw la rendah diri.
Nampak tak klip rambut aku tu? Ha tu je la kenangan aku beli kat smiggle. Balik Malaysia baru aku tau hebatnya penangan smiggle ni dalam kalangan budak-budak. Nasib baik sekolah aku budak-budaknya tak terdedah dengan smiggle bagai ni. So kuranglah masalah hasad dengki antara budak-budak sekolah aku.
Lama jugaklah menunggu yang lain shopping. Kitorang takat menunggu kat sofa sampai la semua berkumpul semula.
Next stop ialah Bondi Beach.
Gambar tutup mata sebab tak tahan dengan angin dan pasir. Abih merah mata aku.
Boleh pulak sejuk tak menahan pagi tu. Semalam punyalah panas berdeting. Dah la aku pakai baju sikit punya nipis. Bertabah je la.
Ombak kat Bondi Beach ni jangan dibuat main. Kuat gilos. Aku yang gems ni pun rasa nak diterbangkan angin.
Gigih tak tour guide kitorang ni. Siap jadi photographer lagi. Ko cakap je kat mana..Semua dia ambikkan gambar.
Tertunggu jugak aku abam-abam sado macam kat TV Show 'Bondi Rescue' tu. Tapi harooommm tak nampak batang hidung.
Pesal hitam sangat muka aku ni?? Bila pulak sunburn nih.
Dalam 2 jam jugaklah kami kat Bondi Beach. Kejap-kejap hujan renyai. Kejap lagi berhenti. Akhirnya kami terus dibawa ke airport. Sedih tak menahan pun ada. Happy nak makan makanan Malaysia pun iya jugak. Huhuhuhu
Kalau korang nak book service tour guide kitorang ni boleh cari dia kat FB. Tapi aku lupa pulak nama dia. Rafizi kot kalau tak silap. Do pm aku kalau korang betul-betul nak guna khidmat dia. Nanti aku usahakan cari contact number dia ke camana.
Masuk je kat dalam airport dan dah drop luggage, masing-masing kelaparan sebab tak makan dari pagi tadi. Waktu tu dah petang kalau tak silap. Cari punya cari, nampaklah satu tempat makan Thailand. Pilih punya pilih aku pun order lah nasi dengan ikan kalau tak silap. Nasib baiklah aku cepat order, else ko kena la pilih ayam ke apa ke sebab stok ikan dah habis. Sian salah sorang geng aku, actually dia dah pilih makanan sama dengan aku. Sekali boleh pula kawan aku yang lain ambil makanan dia. Ni kisahnya tak perasan apa yang diorder tadi. Yang kawan aku tu hanya boleh makan ikan je. Ayam semua tak boleh. Aku pulak memang tak la nak bagi makanan aku sebab aku was was selain ikan. Nasib baiklah ada sorang antara kitaorang ni boleh cakap Thailand. Apa lagi dia pun speaking Thailand la. Dapat la kawan aku makanan yang lain.
Tengah order makanan tadi laaa...terjumpa pula dengan bekas mufti Johor. Datuk Noh Gadut. Siap tanya nak pilih makanan yang mana.
Ketat giler lah pemeriksaan kastam dan security kat sana. Passport control pun boleh tahan panjang. Do allocate masa yang mencukupi ya.
Ha yesss...aku pakai selipo ajer sebab malas kalau kena buka boots bagai. Aku ni bukannya boleh buat kerja time orang ramai. Rasa macam menggelupur semacam je.
Kami sampai Malaysia dalam pukul 3.30 pagi. Nasib baiklah KLIA2 ada banyak kedai makan 24jam. Dan untuk pagi tu aku macam biasalah tetap memilih Kluang Stn. Time ni la nak balas dendam order macam-macam.
Flight aku balik JB around 9 pagi kalau tak silap. Pukul 7 lebih aku dah masuk departure hall. Boleh pulak pagi-pagi buta tu adik aku whatsapp aku bagitau yang kawan dia nampak aku tertido kat boarding hall.😲 Ntah-ntah ada ailio meleleh kot......Matilanakkk
aBseNce MakeS ThE hEarT GroW FoNdER