Assalamualaikum semua, ari nie Dhia nak cite pasal banjir tak yah baca paper pun takpe Dhia bagitau u all kat sini je...hihihi... Tadi Dhia kluar jap p Pekan Pagoh mak aiiiiiiii kiri kanan rumah n kedai kena air, cian dia orang..Yang ada tu siap bersampan, yang budak2 lak siap berpelampung mandi banjir... Ish2! bahaya tu... CNY pun dah tak meriah semua dok pakat tengok banjir n pantau banjir kenalah berjaga2 takut nanti tak sempat nak siap apa2. Kedai pun banyak tutup sebab banjir selain CNY. Seminggu hujan turun tak lak banjir lepas hujan stop hampir 3hari baru banjir... Jalan utama dr kampung kita orang pun ada jalan yang dah ditutup hanya tinggal satu jalan itu pun tadi tengok dah naik air gak... Nak upload gambar lupa lak bawa camera... Huhuhu..
Itu Pekan Pagoh, kat panchor lak huh! air dia naik tak ingat nyer sebab berhampiran dengan sungai, Tangkak pun banjir. Hope hari nie jangan lah hujan, nie pun angin kuat je. Tu pun nasib baik kawasan kampung kita orang nie tinggi sikit, cuma tu lah pokok2 sawit yang kawasan rendah je yang banjir... Hope banjir tu tak lah sampai rumah kita orang.... Cukuplah tengok penderitaan mangsa2 banjir yang lain.... Semua mangsa banjir dihantar ke IKB Pagoh Jaya itu pun tak cukup n dia orang hantar separuh kat Dewan Paya Redan Pagoh. Hari nie pun cuaca macam mendung je. Jangan la hujan, cian kat mangsa2 banjir. Mana yang nak buat kenduri semua kena tangguhkan yelah takkan nak buat dalam banjirkan, kecualilah kenduri kahwin tu memang tak dapat nak tangguhkan lagi sebab kad dah diedarkan. Nasib baik waktu we all kahwin tak banjir... Hehehe... Lemau ar kalau banjir... K la ini je cite Dhia about banjir. Now nak p join dia orang p tengok banjir, ish2! perak toi la... Ahaks...
No comments:
Post a Comment