Ruangan Iklan

Monday, February 28, 2011

Tentang Tidur

Be careful of your thoughts, for your thoughts become your words.
Be careful of your words, for your words become your actions.
Be careful of your actions, for your actions become your habits.
Be careful of your habits, for your habits become your character.
Be careful of your character, for your character becomes your destiny
Betul ke kata orang kalau kita nak tengok sifat seseorang kita tengok time dia tido. Boleh caye ke?... Boleh kot, cuba malam kang kawan2 semua tengok cara suami or isteri kawan2 tido n buat perbandingan time diorang tido dengan time diorang berjaga. Sure lainkan, sebab orang kata time tido kita tak sedar apa yang kita buat, tapi kalau time jaga kita sedar apa yang kita buat so bolehlah kita control jadi sebaliknya.

Dhia cakap pun atas pengalaman sendiri, suami Dhia pun cakap Dhia kalau tido setempat je tak lasak n macam2, tapi kalau tak tido macam lipas kudung mulut pun sama pot pet pot pet, time makan pun bercakap cuma time tido je senyap...ahaks! tapi memang betul Dhia sebenarnya seorang yang lemah lembut walaupun lincah, manja, sensitif, taking care, keanak2kan n sangatlah penyayang tapi Dhia tak pandai nak tunjuk tu semua maybe segan kot... ntahlah. Dhia memang tak tunjuk secara terang2 tapi Dhia tunjuk dengan cara tunjuk rasa tanggungjawab Dhia pada keluarga itu je. Dhia pun lebih kurang macam suami Dhia kot. tapi tu lah Dhia kahwin dengan anak sulung so Dhia kenalah tunjuk matang sikit, walaupun Dhia nie tak pernahlah matang. Hahaha...

Sunday, February 27, 2011

Dhia Menang Award (Follower Yang ke -100) & (Follower Yang ke - 800)

Salam blogger,

Ahad ni Dhia langsung x kemana. Nak tau sebab apa ? He~ Sebab my Mr Husband kerja. Yup kerja, suami Dhia arini g mengangkat sawit. Dah nak akhir2 bulan kan,so terpaksa lah turun padang walaupun hari Ahad.

Tengah Dhia duk ber"BW", Cik Mimie inform Dhia through comment di post yang mengatakan Dhia telah memenangi award. AWARD! Dhia suke award2 nih.Hee~ Tapi award ape?

1. AWARD FOLLOWER YANG KE - 100

Dhia pun g lah laman blog Cik Mimie n to my surprise, Dhia telah memenangi award "Follower Yang Ke-100' dari Cik Mimie. Untuk menghargai Cik Mimie kerana bersusah payah untuk membuat "Award Banner" untuk Dhia, Dhia nak berkongsi dengan rakan2 and blogger gambar banner tersebut. Thanks Gurl ~


Ini adalah award yang telah Dhia terima daripada Cik Mimie. Cantikkan ? Ok, kepada sesiapa nak mengenali Cik Mimie dengan lebih lanjut lagi, silalah berkunjung ke blog beliau dengan klik gambar dibawah ini. :)



2. AWARD FOLLOWER YANG KE - 800

Dan untuk pemberi "Award Follower Yang Ke - 800" Dhia nak introduce kepada bloggers kepada Cik Cahaya. Dhia nak minta maaf banyak2 dekat Cik Cahaya sbb dah agak lama jugak Dhia menang award nih, tapi x berkesempatan untuk mengupdate kan di blog Dhia. Minta maaf banyak2 ye Cik Cahaya.


Untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang Cik Cahaya sila lah lawat ke blog beliau di gambar Cik Cahaya dibawah ye . Comel orangnyer, tapi Dhia tengok macam dah berpunya je. Hee~

Thursday, February 24, 2011

Menunggang Motor + SMS = Mencari Nahas !

Kadang2 kan, tengok budak2 zaman sekarang ni naik motor, dasyat sungguh. Macam2 gaya n segala 'super' ada. Lagi2 bile menunggang motor di kawasan kampung nih. Aduh, leh pening dibuatnyer. Ye la, kat kampung mana ada "law" tetapi dieorg sendiri buat law.. Kirenye macam "Law of The Jungle" lah ni. Bukan ape, kadang2 Dhia tengok budak2 sekolah bawak motor sambil ber-sms. Fuh, mengalahkan tokey besar. Tokey besar pun x mcm dieorg ni... Mana x nyer, sambil bawak motor, masa tu lah jugak nak ber-sms. Dhia kadang2 nak tegur, tapi biarlah, kang ditegur, katanye berlebih2 lak. Hmm entahlah, suami Dhia paling pantang kalo tengok budak2 ni bawak motor sambil menelefon atau ber-sms. "Macam lah business ko besar sampai time ko bawak motor pun nak ber-sms". Pernah die sound budak kampung macam tu, terus dieorg pecut. Malu dieorg. Mana x nyer, bile Dhia tengokan budak tu sekejap ke tengah jalan, sekejap ke tepi jalan, dah macam ular kene pukul. Kalau eksiden ?  Sapa yang susah? Mak bapak dieorg lah yang susah, turun naik hospital, turun naik balai polis. Dieorg ni x fikir ke? Nak tunggu dah eksiden atau jadi mangsa langgar baru nak insaf ?

Dhia marah sangat sebab salah satu mangsa yang kene langgar disebabkan oleh budak yg membawa motor sambil ber-sms ni ialah, sepupu suami Dhia sendiri, Sani. Bayangkan lah, Sani ni baru nak g kerja ( actually, Sani dia keje dengan suami dhia... kire dia pun orang kuat suami Dhia gak la...) budak ni punyalah tengah syok ber-sms sehingga x sedar yang dia nih dah makan jalan org. ( budak tu sendiri dah buat pengakuan dekat makcik suami Dhia semalam, bukan Dhia nak tunjuk sape salah or sape betul ok... ) Bertembung lah dieorg ni di depan Sekolah Kebangsaan Panjang Sari. 

Pekerja2 suami Dhia yg kebetulan nak pergi kerja gak time tu berada tidak jauh dari belakang Sani, cepat2 panggil suami Dhia di rumah. Suami Dhia pun bergegas lah ke tempat kejadian n bawak kedua2 mangsa ni ke Klinik Kesihatan di Pagoh. Time dalam perjalanan tu, Sani masih x sedar sangat keadaan dia yang berlumuran darah tu, tapi, dalam separuh perjalanan nak ke Klinik Kesihatan tu, baru lah dia tersedar n meraung kesakitan, mana taknya, muka habis luka n pergelangan tangan kanan die patah. Sampai je di Klinik Kesihatan Pagoh, pihak klinik disana bergegas membawa Sani ke Hospital di Muar dengan ambulans. Suami Dhia x tercakap apa dah sebab terkejut melihat keadaan sepupu dia mcm tu. Ye lah, suami Dhia n Sani amat rapat dari kecik lagi sampai lah ke dewasa. Dhia sentiasa berada disisi suami di masa itu, mengikut dia ke Hospital Muar untuk menguruskan Sani sehingga lah Sani masuk ke wad. 

Bayangkan lah suami Dhia x rehat dari pagi sebab menguruskan kebun sampai lah pukul 8 malam apabila keadaan Sani sudah stabil dan dia ditempatkan di wad barulah Dhia n suami pulang ke rumah untuk berehat. Balik daripada hospital, suami Dhia terus ke belakang umah untuk memeriksa keadaan motor Sani. Teruk gak Dhia tengok. Motor tu suami Dhia yang suruh pekerja2 lain bawak balik ke rumah, ye lah, daripada tersadai je tepi jalan tu kang ada je benda yg kene curi.

Ni la keadaan motor time pekerja2 suami Dhia bawak balik ke rumah kami. Teruk gak kan. Suami Dhia cakap cost nak repair motor nih lebih kurang dalam RM400. Xpe, motor x penting, semoga Sani cepat sembuh ye... Meh le kite sesama mendoakan. Oh ye budak tu dah kluar dari hospital dia dok 2hari je kat hospital...
Belah depan yang teruk



Dhia nak berpesan kepada budak2 bawah umur n jugak yang dah cukup umur yang membawa motor ni. Dah tahu bawah umur, jangan la nak bawak motor tu sesuka hati tanpa menghiraukan pengguna jalan raya yang lain n yang dah cukup umur lak walaupun kita  dah ade lesen n roadtax yang kite byr tiap2 bulan itu x bermakna kite leh buat jalan tu sesuka hati... Semua orang bayar duit lesen n roadtax... Alertlah dengan keadaan sekeliling kite... Kalo nak ber-sms pun, tunggulah bila dah sampai ke destinasi anda. Jangan membahayakan keselamatan diri n janganlah membahayakan keselamatan orang lain jugak... Sekali lagi suke dhia ingatkan disini sayangilah nyawa kite n insan2 yang kite sayang selagi kite mampu berbuat begitu... Ingat sekali lagi, yang baik tu datangnya dari allah swt... N yang buruk tu datang dari diri kite sendiri... Peace.

Kalau korang terserempak ngan penunggang motor yg bawak motor sambil ber-sms, korang buat ape ?

Wednesday, February 23, 2011

Edisi Terbaru Keluarga Dhia (Meow + Blackie)

SAPE SUKE ARNAB ANGKAT TANGAN !! XD XD

22.2.2011 (Selasa)

Hari berlalu mcm biasa bagi Dhia and suami. Pagi2 lagi suami Dhia bangun awal untuk pergi memberi tugasan kepada pekerja untuk tugasan hari ni. Dah selesai bagi tugasan, pekerja pun masing2 bergerak untuk bekerja. Suami Dhia ada gak bertanya kepada Dhia pasal nak g hospital tgok sepupu dia. Ye lah kan, nak tau gak pasal condition terbaru pasal dia. Sepupu suami Dhia tu namanya Sani. Sani pun semalam mengerang kesakitan yang teramat sangat sampai Dhia pun x sanggup tengok keadaan die mcm tu. Kesian. Harap2 Sani cepat sembuh.

Ok, berbalik kepada entry utk kali ni. Dhia nak bagitau, yang mak mertua and suami Dhia ada membeli sepasang arnab spesis "Teddy Bear" Hee~ Kenapa dipanggil spesis "Teddy Bear" ? Sebab........bulunye amat lah panjang disamping bentuk badan arnab yg begitu gebu persis "Teddy Bear" . 

Ceritanye mcm ni, balik dari Hospital di Muar untuk melawat Sani, mak mertua Dhia mengajak suami Dhia untuk ke Bukit Gambir untuk menunaikan cek yg diterima oleh pemborong pisang hari tu dan untuk mengambil baju kurung yang telah siap ditempah 1 bulan lepas. So kiteorg bersetuju lah untuk pergi dan masa ondway pergi ke Bukit Gambir, lalu lah sebuah gerai di tepi jalan yang menjual kupang, kerang and siput. Mak mertua Dhia memang suke makan siput sedut buat masak lemak keladi. Hmmm nyum~. So kiteorg pun belilah untuk dimasak esok. Perjalanan ke Bukit Gambir mengambil masa selama 45 minit dari Muar tetapi bersembang punyer pasal sekejap je sampai.

Sedar x sedar dah sampai ke Bukit Gambir and suami Dhia ni ternampak lah kelibat kucing untuk dijual. Suami Dhia ni memang giler kucing, nampak je kucing mesti dipanggilnyer "Meow" ( sampai dhia pun dia panggil MEOW huhu.. ade ke patut ). Hik hik~ So, bila mak mertua Dhia dah masuk ke kereta dari bank, suami Dhia pun kata nak tengok jap kucing tu. Sekali bukan kucing da~ ~ Arnab ! Memang comel ! Dari jauh nampak macam kucing. Apa lagi, suami Dhia pun beriya-iyalah nak beli arnab tu, mak mertua Dhia pun nampak macam berminat. Bila dua2 dah minat, suami n mak mertua Dhia pun belilah sepasang. Harga sepasang arnab tu leh tahan, dalam RM2++ gak. Huhu~ Tapi dah berkenan punyer pasal, dieorang beli sepasang 1 jantan and 1 betina. Mak mertua Dhia menamakan yang jantan "Blackie" sebab kaler hitam kat muka. Yang betina lak, husband Dhia namakan "Meow" Hee~ ~ ~ Kat bawah ni gambar "Blackie" n "Meow".. Comelkan ?


Nama die "Meow"
Yang tengah posing ala2 mafia ni "Blackie"
Blackie and Meow kat umah baru dieorg :p
Hah! itulah warga baru dalam rumah bapak mertua dhia... Tu belum adik ipar dhia yang kat indonesia tu tau... If tau sure histeria... Hahaha... ( jangan marah ek adik ku cayang cuk2 ahaks! )... Maka dengan ini tamatlah cite kite pasai depa nie... Hehehe... Jumpa lagi dalam ENTRY yang akan datang..... Daaaaaaaaa.


Tuesday, February 22, 2011

Bukit Tinggi + Canon Eos 1000D + Perodua Vivalution +Kimono + Virus + Accident = ?!@#$@!

Al kisah~~....taib....al-kisah maka tersebutlah sebuah kisah~~ ....Sang kancil datang beramai2 menghadap ke bawah duli yang maha mulia Sultan Firaun.. - Aziz Satar ( Pendekar Bujang Lapok )

Sejak 2 ari ni, bermacam2 hal melanda diri Dhia. Kronologi kejadian2 tersebut :-
  • Sabtu malam Ahad aritu komputer suami Dhia terkena lak virus. Virus tu duk serang Proxy server kiteorg lak..Tapi dah dibaiki oleh suami Dhia.
  • Pagi Ahad iaitu bersamaan 20.2.2011, Dhia bersama suami telah pergi ke Berjaya Hill Resort Di Bukit Tinggi, Pahang.
  • Isnin petang bersamaan 21.2.2011, sepupu suami Dhia terbabit dalam kemalangan jalan raya membabit kan motor dan motor bertembung sesama sendiri. Sepupu suami Dhia teruk gak r, patah pergelangan tangan kanan dah hidung mungkin patah.
Bercerita tentang tajuk entry kali ni. Hari tu, Dhia dah buat prequel pasal entry ni iaitu 6 : 30 Pagi + Minyak Full + Barang Semua Dah Pack = Apa Lagi !




Dhia and suami bertolak dari Pagoh dalam kul 6:30 pagi dan sampai ke KL untuk bersarapan dalam kul 8:30 mcm tu,then terus gerak ke Bukit Tinggi. Anehnya, Bukit Tinggi dah x sesejuk dulu, berpeluh jugak r kiteorg berjalan2 di area situ. Nak g Berjaya Hill Resort nih, bayaran seorang ialah RM 12 tau.





Lepas selesai pengambaran di Berjaya Hill Resort, Dhia pun pergi lah ke Japanese Village. Kira2 15 minit naik kereta dari BHR. Kat situ ada gak servis shuttle bus nak g ke Japanese Village tu, tapi tunggu lama sangat. Suami Dhia pun kata leceh n drive je terus g sana. Parking kat bawah n menapak lagi 10 minit. Lereng curam sgt sampai semput kiteorg nak g ke Japanese Village tu.








Haaa, gambar2 dibawah ni time Dhia kat Japanese Village tu. Pihak pengurusan sana ada menyediakan perkhidmatan menyewa baju kimono. Sewa harga baju kimono tu harganya RM20 ringgit. Bile lagi nak try baju kimono kan. Hee~ ~








Ha, tu je lah sesi foto daripada Dhia di Bukit Tinggi, ada banyak lagi foto Dhia n suami disana, tetapi Dhia pilih yang lawa2 je haha~~. Thanks tengok entry Dhia kali ni :)

Monday, February 21, 2011


 Pemenang Follower Yang Ke 500 
Oh Yehhhhhhhhhh!!!
 tho che...tho che...

Hahaha akhirnya dhia dapat gak follower yg ke 500, kenapa 500? kerana angka yang ade dlm 500 tu amat bermakna buat dhia... Secrettttttttt... N kat sini dhia nak umumkan nama pemenang tu, pemenang nyer ialah Cik Syai kite. Terima kasih kerana sudi jadi follower dhia n pada yang x dapat jadi follower yang ke 500 pun terima kasih gak kerana sudi berkunjung balas di blog dhia n komen2 kalian amatlah dhia hargai... Hah! jangan risau lepas nie pun still ade award nie, dhia hanya akan pilih tarikh2 yang benar bermakna buat dhia.

Inilah Front Page Pemenang Dhia



Ok itu baru intro dia je, actually dhia pun x berapa pandai nak buat award nie... Tapi masih nak memcuba, maaflah kalau ade yang x kena almaklumlah baru belajar.

Ok kite berbalik semula pada cerita asal kite, cerita pasal cik syai kite hehehe~~~ Blog Cik Syai nie banyak mengisahkan tentang diri dia n perjalanan kehidupan seharian dia. Dah tajuk blog dia pun " SAYA TULIS AWAK BACA "... Cik Syai kite nie suke no bergambar, blog dia pun ringkas tapi menarik, yang lain2 tu dhia tak leh la nak cite kang dah lari dari tajuk hahaha..  Apa2 kalo x caye p ar tengok sendiri ek, jangan lupe jadi kawan dia gak.. 

Orangnyer pun manis, tapi maaflah dah ade cik abg kat sebelah dia mesra gitu... ( Nasihat dhia pada Cik Syai kite nie jagalah n hargailah apa yang kite ade selagi berkesempatan ok ? sempat lagi turunkan ilmu... Hahaha~~~) Tu la lambat lagi... Hahaha, xpe nanti kite cari yang single ok...



Nak tau lebih tentang Cik Syai kite? Sila la click link di bawah ni.. :)

Saturday, February 19, 2011

Langkawi Kembali Di Hatiku

   Salam semua,

   Pagi ni ntah kenapa Dhia asyik teringat pasal Langkawi. Langkawi bagi Dhia dah mcm kampung kedua Dhia lak. Dhia rindu angin pantai di sana. Kalau Dhia g Langkawi, Dhia mesti book hotel di area Pantai Cenang. Kat sana macam2 ada. Nak g pantai dekat n nak g shopping pun dekat. hee~  Bulan 10 ni insyALLAH, Dhia n suami pergi lagi ke Langkawi. Tiket dah book awai2 dah. Time tu, ada offer ticket RM 0.00 dari AirAsia. Apa lagi, Dhia pun sambar je tiket free tu. Bukan nyer free pun, ada tax airport lagi itu lagi. So kire2 balik Rm 200++ untuk tiket kapal terbang pergi balik ke Langkawi. Kire ok lah kan? Nasib baik ada lagi tiket free tu sebab time nak book tiket online di Air Asia time tu, tuhan je yang tau seksa nyer nak masuk web Air Asia. Time tu traffik tinggi giler and penuh, Dhia n suami punyalah bersengkang mata and duk menghadap pc je. Last2 boleh gak masuk. Nak tengok tiket Dhia? Nih

Dhia conteng sikit for security reasons :)

   Alhamdullilah Dhia dah dapatkan 5 tiket untuk kiteorg g bercuti nanti. Hah! Nape lak 5 tiket ?! Suami Dhia merancang nak bawak pekerja2 die bercuti sekali. Yay~! Ye lah, suami Dhia n pekerja Dhia duk bekerja tengah panas, angkat sawit ber tan2 and duk bercucuk tanam dah sampai masa dah pekerja2 dapat bonus percutian dari company, itupun diluluskan oleh Big Boss sendiri iaitu bapak mertua Dhia..hik~

   Kalau ikut, memang Dhia x sabar2 nak g Langkawi, rasa mcm nak g esok je. Tapi, apakan daya, sabar je lah. Dhia jugak nak share experience and pics Dhia with suami time kiteorg g Langkawi last year. Memang syok. Harap korang enjoy the pics, walaupun tak banyak :)









Updated Pic




Ni je gambar tempat bershopping :p

Friday, February 18, 2011

Hair Style n Hair Colour Dhia...

Hari nie dhia nak share tentang rambut lak.... Dari pendek hinggalah ke panjang, dari brown n golden colour sampai le ke hitam pekat cam kopi hehehe... Model nyer x lain x bukan dhia sendiri. Inilah keje dhia dari dulu b4 kahwin ar... Now dah stop dah. Cikit2 2 ade la ahaks!

Ok tengok gambar kat bawah nie, rambut nie dhia potong pendek dan bertingkat2 ( layer ek orang panggil ) pastu dhia kalerkan dengan kaler light brown pastu highlight kaler hitam skit. So jadilah macam nie n make sure kaler yang di pilih 2 sesuai dengan kaler kulit kite, barulah sesuai n jangan make up over sangat nanti dah jadi macam burung raja udang lak... Hahaha, cukuplah sekadar ala kadar. Make up yang ringan tapi menarik ok?! Oh ye dengan inai pun boleh n satu lagi sekarang nie banyak yang pakai bahan2 organik agar rambut x rosak.


Rambut Pendek Potongan Layer wt Light Brown Colour

Rambut kat bawah nie lak dhia buat potongan bertingkat2 gak supaya curl dia lebih menyerlah, tapi curl beso la, curl kecit nie kurang sesuai buat dhia xtau la kalo orang lain. Dhia lebih suke curl beso nampak lagi sweet n gojes ahaks!. Kaler dia lak dhia letak kaler golden blonde so rambut akan nampak keemas2an n highlight rambut lak dhia buat bleaching putih so ton kaler rambut akan lebih menyerlah n kaler rambut 2 akan nampak lebih Sweet n Gojes.


Rambut Berombak Potongan Layer wt Golden Blonde Colour

Yang nie lak dhia buat rebonding n still kekalkan potongan bertingkat2 sebab rambut dhia sangat la lebat. Kalo x potong macam tu susahlah dhia nak blow selalu. Kaler rambut nie lak dhia kalerkan kaler golden brown n dhia highlight kan dengan kaler hitam n dibawah nie lah hasilnyer.


Rambut Lurus Potongan Layer wt Golden Brown Colour

Ok yang last nie dhia buat potongan bertingkat2 yang biasa je. Kaler rambut lak dhia kalerkan kaler dark black. Huh! nampak baik tu ahaks! tapikan dhia kalo rambut hitam nampak macam x sihat je n amatlah x sesuai dengan dhia. Make up lak kena letak lebih terang dah jadi heavy make up... Huhuhu... Dhia memang x suke make up over2 nie, dhia lebih suke yang ringan, simple tapi menarik... Tapi 2 la dah kahwin nie dah xde masa nak kaler2 rambut n belai2 rambut, sekarang kena masa 2 lebih banyak belai2 suami n pinggan mangkuk periuk belanga yang ade kat dapur tu... Hahaha.

Potongan Layer Biasa wt Dark Black Colour

Apa2 pun apa yang dhia sharekan kat sini bukanlah nak suruh kawan2 pun kaler rambut. Tak!!!!! jangan salah ertikan niat dhia ek. Masing2 ade citarasa tersendiri dalam penampilan diri. Pokok pangakal hati kita ok... Lagi satu produk yang dhia pakai organik punyer, apa nama produk 2 dhia dah lupe sebab dah lama no, sekarang rambut asli dhia dark brown. Cuma 1 nasihat dhia jangan sesekali kite menilai seseorang tu dari penampilannyer n kaler rambutnyer, tapi nilailah seseorang 2 dari hati n budi bahasanyer... kengkawan fahamkan maksud dhia?... Oklah kengkawan dhia ucapkan time acih le coz sudi gak baca blog merapu dhia nie. K la tamat sudah pengajian kite... Bye... Take care semua. Majulah kite untuk diri sendiri...