Click here OK!

Followers

Showing posts with label nasihat. Show all posts
Showing posts with label nasihat. Show all posts

Saturday, 22 June 2013

CUBA BACA !!! KORANG PERASAN TAK ???



Aku ada terjumpa kawan fb aku share something. Lepas aku baca, rasa tersentap sikit la. Sebab kadang-kadang benda macam ni memang kita tak perasan. Betapa leka dan lalainya kita hidup di dunia ini. Mencari kebahgiaan dan kesenangan di dunia, tanpa memikirkan sangat pasal kebahgiaan dan kesenangan di akhirat. Harap dengan tersentapnya hati aku membacanya, dapatlah aku buat hati korang semua tersentap sekali kan. Bila dah sama-sama sedar, harap dapatlah aku dan korang semua buat apa yang patut untuk membetulkan keadaan diri sendiri. Semoga kita yang telah leka dan lalai ni tidak menjadi lebih leka dan lalai lagi pada masa hadapan. In sha Allah....

PERASAN TAK KITA..??
PERASAN TAK.?
Duit RM50 kelihatan begitu besar bila dibawa ke kotak derma masjid, tapi begitu kecil bila dibawa ke pasaraya, pasarmalam dan seangkatan dengannya...

PERASAN TAK.?
30 minit terasa begitu lama untuk berzikir, tetapi begitu pendek untuk menonton drama2 di televisyen atau tengok berita TV....

PERASAN TAK.?
Betapa lamanya 2 jam berada di masjid, tetapi betapa cepatnya 2 jam ketika menonton wayang di panggung...

PERASAN TAK.?
Susah sungguh merangkai kata untuk dipanjatkan doa ketika solat, tapi betapa mudahnya cari bahan bersembang bila bertemu kawan-kawan...

PERASAN TAK.?
Betapa seronoknya mendengar seruan dan teriakan yang berpanjangan waktu perlawanan bola sepak, tapi betapa bosannya bila imam solat terawih bulan Ramadhan lama dan panjang...

PERASAN TAK.?
Susah sangat baca Al-Quran 1 juzuk saja, tapi majalah hiburan dan novel best seller 100 halaman pun habis ditelaah...

PERASAN TAK.?
Orang berebut cari tempat duduk di-depan untuk menonton bola dan konsert, tapi berebut saf paling belakang bila solat Jumaat supaya boleh cepat keluar....

Perasan tak kita tak perasan semua tu....?
 
 
Mari la kita sama-sama merenung kembali apa yang kita dah lakukan. Tersentap aku baca, sebab tu la aku nak share pada rakan-rakan blogger sekalian. 
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........

Saturday, 18 May 2013

SEVEN RULES



Assalamualaikum semua. Sedang menelaah dinding facebook aku, ada terjumpa orang share ini. Jadi aku nak share kepada rakan-rakan blogger aku dan juga untuk menjadi tatapan sesiapa yang nak menerjah masuk ke dalam blog aku nih. Harap dapat difahami dengan jelas. Ingatkan nak buat rumusan pasal benda nih, tapi rasa macam malas plak. hehehe. 

Semua rules ni pada aku sangat berguna untuk manusia. Jika kita selalu mengingati rules ini, pastinya kehidupan kita akan jadi lebih mudah dan tenang. Bagi aku rules paling menarik adalah 2 dan 4........... pandangan korang plak???? hehehe...



SUMBER

LIKE kalau SUKA, SHARE jika BERGUNA

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........
Hari khamis lepas dah amik jubah. Isnin ni aku konvo. Doakan majlis konvokesyen aku berjalan lancar ye kawan-kawan. Doakan juga agar perjalanan aku dan keluarga pergi dan balik selamat dan berjalan lancar. 
UiTM Dihatiku... hehehe.

Monday, 1 April 2013

JAUHKAN DIRI DARI PEREMPUAN SEPERTI INI


Hai, assalamualaikum semua. Sedang menyelongkar wall FB, aku ada terjumpa kawan aku share pasal ni. Jadi, aku nak share juga pasa kawan-kawan blogger kat sini. Kepada kaum lelaki, jauhilah selagi boleh mereka-mereka ini. Kepada kaum perempuan, jauhkanlah diri dari menjadi seperti ini supaya kamu semua akan memperoleh jodoh yang baik dan juga dapat menjadi isteri yang solehah di sisi suami kamu.




6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi..

Lelaki digalakkan untuk mencari isteri solehah. Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

1. Al-Anaanah : 

Banyak keluh kesah. Yang selalu merasa tak cukup, apa yang diberi semua tak cukup. Diberi rumah tak cukup, diberi motor tak cukup, diberi kereta tak cukup. Tak redha dengan pemberian yang diberi suami. Asyik ingin memenuhi kehendak nafsu dia saja, tanpa menghiraukan perasaan suami, tak hormat kepada suami apalagi berterima kasih pada suami. Bukannya hendak menolong suami, apa yang suami beri pun tak pernah puas. Ada saja yang tak cukup.

2. Al-Manaanah : 

Suka mengungkit. Kalau suami melakukan perkara yang dia tak berkenan maka diungkitlah segala hal tentang suaminya itu. Sangat mudah hendak membicarakan perihal suami. Tak mengenang budi, tak bertanggungjawab, tak sayang dan macam-macam. Walaupun suaminya sudah memberi perlindungan macam-macam padanya.

3. Al-Hunaanah : 

Ingin pada suami yang lain atau berkenan kepada lelaki yang lain. Sangat suka membanding-bandingkan suaminya dengan suami/lelaki lain. Tak redha dengan suami yang ada.

4. Al-Hudaaqah : 

Suka memaksa. Bila hendak sesuatu maka dipaksa suaminya melakukannya. Pagi, petang malam asyik menekan dan memaksa suami. Adakalanya dengan berbagai ancaman. Ingin lari, ingin bunuh diri, ingin membuat malu suami. Suami dibuat seperti orang suruhannya, bukan sebagai pemimpinnya. Yang dipentingkan adalah kehendak dan kepentingan dia saja.

5. Al-Hulaaqah : 

Sibuk bersolek atau tidur atau santai-santai hingga lalai dengan ibadah-ibadah asas, seperti solat berjemaah, wirid zikir, mengurus rumah-tangga, berkasih sayang dengan anak-anak.

6. As-Salaaqah : 

Banyak berbicara, bergosip. Siang malam, pagi petang asik bergosip. Apa saja yang suami kerjakan selalu tidak benar dimatanya. Zaman sekarang ni bergosip bukan saja berbicara di depan suami, tapi dengan telefon, SMS, internet, dan macam-macam cara yang lain . Yang jelas isteri tu asyik menyusahkan suami dengan kata-katanya yang menyakitkan.

SUMBER : FACEBOOK PANDUAN ISLAM 

Di sini, aku nak sama-sama mengingatkan diri sendiri dan orang lain supaya menjauhi diri dari perkara-perkara yang tidak elok. Tapi diingatkan, untuk memiliki sesuatu yang baik, kita mestilah menjadi yang lebih baik dahulu. Jangan suka mempersoalkan peribadi orang lain sedangkan peribadi kita jauh lebih buruk dari mereka. Kepada kaum lelaki, jika ditakdirkan kita mendapat isteri seperti mereka, jangan cepat melatah, tapi bimbinglah mereka ke jalan yang betul sambil memperbetulkan diri kita sendiri. Kepada kaum perempuan, berusahalah untuk menjadi yang lebih baik untuk suami kerana suami lah tempat kamu bergantung demi kebaikan di dunia dan di akhirat kelak. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................

Wednesday, 27 March 2013

KATA-KATA PSYCHO

Hai kawan-kawan. Assalamualaikum........

"Psycho tak muka gua???". hahaha

Aku ada terjumpa something yang telah di 'share' oleh kawan fb aku dan aku nak share pada kawan-kawan blogger sekalian. 


Ada betulnya juga apa yang tertulis ni. Kadang-kadang kita tak perasan apa perasaan kita yang sebenar. Kadang-kadang kita tak perasan apa yang kita buat tak sama dengan apa yang kita rasa. Kadang-kadang kita tak perasan, apa yang kita maksudkan lain dengan apa yang orang disekeliling kita rasa mengenai kita. Di sini aku nak merumuskan sedikit apa yang aku rasa.

NO 1 - Benda kecik jek, tapi ketawa bagai nak rak sampai orang jadi pelik kenapa nak ketawa sampai macam tu sekali. Kadang-kadang orang lain dah stop ketawa, tapi dia sorang jek tak berhenti. Kalau jumpa orang macam ni, selalu-selalu la tanya khabar kat dia dan selalu teman dia pergi mana-mana. Mungkin dia sangat kesunyian. hehehe. Tak pun orang macam ni baru lepas ditinggalkan orang yang dia sayang. 

NO 2 - Kerjanya asyik tidur jek kalau ada masa lapang. Selalu nak bersendirian dalam bilik, atas katil, pikir macam-macam, then tidur. Kalau tak ada apa-apa nak buat, aktiviti utama dia adalah tidur. Mungkin sebab dia penat, jadi nak berehat lama, atau mungkin dia kesedihan dan nak alami sorang-sorang jek. Kalau jumpa orang macam ni, cuba la tanya apa masalah dia kan. 

NO 3 - Orangnya memang kurang bercakap, dan hanya bercakap benda-benda yang penting untuk diri dia sahaja. Tapi ada masa dia akan banyak bercakap dan cakap kelam kabut. Tandanya dia ada rahsia yang takut terbongkar. Tak pun, dia ada tahu rahsia sulit tentang orang yang bercakap dengan dia. Jadi dia macam nak cepat blah atau nak cepat mengelak la dari orang tersebut. Kalau jumpa orang macam ni, tanya jek dia ada apa-apa rahsia nak beritahu ker???, ada apa-apa yang tak kena ker???. Kalau dia rasa selesa dengan kita, mesti dia akan beritahu. 

NO 4 - Punya la susah nak rasa sedih atau nak keluar air mata. Selalunya orang lelaki la macam ni. Ego tinggi la katakan. Orang yang menangis ni hati lembut la, macam perempuan la, hati jambu la, x macho la. Sedangkan orang yang tak menangis ni la orang-orang yang lemah. Sebab dia takut nak mengaku perasaan sendiri, takut orang lain tahu perasaan sebenar dia, takut orang lain tahu kelemahan dia. Boleh dikatakan hati pengecut dalam diam la. Kalau jumpa orang macam ni, cuba lah bercerita macam-macam perkara kat dia. Kadang-kadang orang macam ni jenis tak pernah rasa susah dan sedih, jadi diorang tak tahu macamana menangis tu boleh menggambarkan perasaan mereka. 

NO 5 - Biasa dia makan sikit-sikit jek. Nak diet katanya, tapi tiba-tiba dia makan banyak dan macam-macam plak tu. Cara dia enjoy makanan dia pun lain. Macam dah lama sangat tak jumpa makanan macam tu. Tengok cara dia makan, kita pun boleh jadi kenyang. Maknanya mereka dalam keadaan tertekan. Banyak masalah dalam kepala. Kadang-kadang bila terlalu memikirkan masalah, sampai diorang tak perasan pun makanan apa dan berapa banyak kuantiti yang diorang makan. Dan sebaliknya la. Selalu makan banyak, tiba-tiba sesuap nasi pun tak lalu nak masuk mulut. Memang orang macam tu ada masalah yang merunsingkan mereka. Kalau jumpa orang macam ni, ajak diorang keluar makan, sambil makan tanya la masalah diorang. 


NO 6 -  Sikit-sikit nangis, sikit-sikit nangis. Hati lembut sangat. Biasanya orang perempuan la kan. Tapi kadang-kadang ada juga lelaki yang macam ni. hehehe. Pantang dengar cerita sedih sikit, dah nangis. Pantang tengok drama/movie yang sedih sikit, dan berjujuran air mata walaupun hakikatnya dah tahu diorang ni berlakon jek. Pantang kena tegur/marah sikit, dah nangis teresak-esak. Hati mereka selembut tauhu putih yang bergoyang-goyang bila disentuh. Kalau jumpa orang macam ni, jangan la berkasar atau menengking mereka. Mereka sangat sensitif. Walaupun hati mereka ni lembut, tapi mereka adalah pendengar yang setia kalau kita ada masalah. Bila kita bercerita sesuatu kepada mereka, mereka akan cepat memahami dan masuk dalam cerita kita tu.

NO 7 -  Benda kecik semut, tapi rasa macam sebesar gajah. Pantang orang buat silap sikit kat dia, mula lah nak melenting. Suka sangat nak marah-marah orang di sekeliling dia. Hati keras macam ais. Kenapa aku cakap ais??? Sebab hati mereka bukan selamanya atau sentiasa keras, cuma kurang kasih sayang jek. Benda ni terjadi kebiasaannya kepada mereka-mereka yang tak ada cinta dalam hati mereka. Tak ada sesuatu yang manis untuk diperkatakan atau nak diingatkan. Jadi hati mereka keras macam ais. Kalau jumpa orang macam ni, carikan mereka pasangan untuk mereka bercinta. Agar pasangan itu dapat menjadi haba untuk menghangatkan hati dia dengan kasih sayang dan cinta. Bila dah hangat bercinta, hati yang keras macam ais tu akan cair dan lembut. Kurang la marahnya kan. hehehe..

 -LIKE kalau suka, SHARE jika berguna-

Sumber gambar : GOOGLE
 
Cuba la memahami hati orang di sekeliling kita. Bukan nak menjaga tepi kain orang, tapi cuma mengambil berat sahaja. Bila kita beri perhatian kepada orang lain, kita juga akan diberi perhatian yang secukupnya oleh orang lain. Dalam hidup ini, kita memerlukan orang lain untuk berjaya, dan orang lain juga memerlukan kita. Hargailah orang-orang yang menghargai kita.
Pesanan ini dibawakan khas oleh saya, Shahrazali Sahlan. 

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging............. 


Tuesday, 27 November 2012

MAKANAN TERBAIK UNTUK DIET LELAKI


Orang lelaki juga mengamalkan diet untuk kesihatan mereka. Bukan orang perempuan sahaja ye. Ada orang berdiet untuk kuruskan badan, nak badan cantik dan ngetop, dan untuk pakai pakaian-pakaian cantik yang biasanya dibuat untuk orang bersaiz M dan S sahaja. Kita boleh berdiet, tapi mestilah diet yang sihat. Diet untuk kesihatan diri sendiri sudah cukup memadai untuk menjalani kehidupan yang sihat.

Di sini, aku ingin kongsikan 8 makanan terbaik untuk diet orang lelaki. Kepada pembaca lelaki, bacalah ye. Kepada pembaca perempuan, kena ambil tahu juga semua ni. Nanti korang boleh kawal pemakanan orang lelaki ni supaya mereka sentiasa sihat dan mantop. hehehe.

1. TOMATO (SOS TOMATO)


2. BROKOLI


3. DELIMA (JUS)


4. TEMBIKAI


5. BERI BIRU


6. TIRAM


7. BAWANG PUTIH


8. SALMON (IKAN)



Ok, assalamualaikum dans elamat berblogging.......................
>>>>Sedih dengan prestasi harimau malaya... Mak cakap selepas dapat tahu kekalahan Malaysia. " Ini bukan harimau, ini kambinga'....lol..

Tuesday, 6 November 2012

NASIHAT SAYA : MARI MENCEGAH DIABETIS

Nasihat ini adalah untuk aku sendiri dan aku nak kongsikan/ingatkan kepada rakan-rakan blogger sekalian. Harap dapat ambil masa sikit baca ye. Terima kasih daun betik, lepas baca LIKE jangan lupa klik.


Apakah Diabetis ???
Satu keadaan di mana kandungan gula dalam darah seseorang melebihi paras normal untuk jangkamasa yang panjang. Diabetis terjadi apabila pankreas gagal menghasilkan insulin yang mencukupi atau tubuh tidak dapat menggunakan insulin yang dihasilkan dengan berkesan. Jika dibiarkan, diabetis akan menyebabkan komplikasi yang serius.
Jenis-jenis diabetis yang utama
Jenis 1
Ø  Biasanya terjadi di kalangan kanak-kanak atau remaja
Ø  Hanya boleh dikawal dengan suntikan insulin, kawalan pemakanan dan senaman
Jenis 2
Ø  Selalu berlaku di kalangan orang dewasa berusia 40 tahun ke atas dan individu yang mempunyai berat badan berlebihan
Ø  Biasanya boleh dikawal hanya dengan kawalan pemakanan dan senaman atau gabungan pemakanan, senaman dan ubat
Ø  Mempunyai sejarah keluarga yang menghidap diabetis
Jenis 3
Ø  Keadaan ini adalah sementara
Ø  Berlaku disebabkan perubahan hormone semasa mengandung ( untuk perempuan sahaja)

Faktor risiko
Ø  Sejarah keluarga yang menghidap diabetis – jika salah seorang daripada ibu bapa atau adik beradik mengidap diabetis, kebarangkalian seseorang indivdu mendapat penyakit itu adalah tinggi
Ø  Berat badan berlebihan – diabetis kerap berlaku di kalangan mereka yang berlebihan berat badan/obes
Ø  Mengamalkan pemakanan tidak sihat – mengambil makanan yang tinggi lemak dan gula, serta pengambilan serat yang tidak mencukupi meningkatkan risiko mendapat diabetis
Ø  Umur – umur yang meningkat
(Yang Bold tu terjadi kat aku. Seram meyh. Memang tengah berjaga dah sekarang ni)
Gejala diabetis
Ø  Sentiasa merasa dahaga
Ø  Kerap membuang air kecil
Ø  Merasa letih dan lesu
Ø  Susut berat badan walaupun berselera makan
Ø  Luka dan kudis yang lambat sembuh
Ø  Gatal-gatal terutama di bahagian kemaluan
Komplikasi diabetis
Ø  Penyakit buah pinggang
Ø  Serangan jantung
Ø  Kebutaan
Ø  Koma atau tidak sedar diri
Ø  Tekanan darah tinggi
Ø  Strok (angin ahmar)
Ø  Penyakit saraf
Ø  Gangren (tisu mati) dan kudis yang menular menyebabkan kaki terpaksa dipotong
(Diabetis punca segala penyakit. Seram meyh.)
Diabetis tidak boleh diubati tetapi boleh dikawal dengan :
Ø  Mengawal pemakanan
Ø  Bersenam setiap hari
Ø  Mengambil ubat/insulin mengikut jadual
Ø  Mengekalkan berat badan unggul, Indeks Jisim Badan (BMI) antara 18.5 dan 23.0 kg/m


Sumber info : Risalah Hospital Pontian
Sumber gambar : GOOGLE

Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...................................
>>>> Ingatlah! Setiap yang berlaku ditentukan olehNya. Kita sebagai hambaNya, mestilah berusaha untuk menjadi lebih sihat. CONTROL YOUR DIABETIS FOR LIFE.
(Pesanan ni dibawakan khas oleh saya, Shahrazali Sahlan)


Saturday, 3 November 2012

LAKUKANLAH DEMI ORANG TERSAYANG

Ingatlah orang tersayang, maka kita akan lebih berhati-hati

Kita menggunakan jalanraya setiap hari. Betul atau tidak?? Sememangnya betul sebab kita menggunakan jalanraya untuk pergi ke mana-mana kan. Pergi kerja, balik kerja, pergi kedai, pergi mana-mana sahaja. Lainlah ada yang duduk dan hidup di hutan belantara kan. hehehe.

Jadi, bila kita dah menggunakannya setiap hari, kita mesti dah tau tentang perangai atau sikap pemandu-pemandu di jalanraya kan?? Macam-macam perangai pemandu yang boleh kita jumpa dalam seumur hidup kita berada di jalanraya.

Tentang sikap dan perangai buruk orang lain, tak perlu sangat kita nak smbil berat. Sikap dan perangai orang susah kita nak kawal kan. Apa yang penting, sikap kita sendiri yang perlu kita jaga demi keselamatan diri sendiri dan orang lain.

Kita yang memandu di jalanraya seharusnya tahu akan peraturan-peraturan di jalanraya. Sebab kita boleh memandu adalah kerana kita mepunyai lesen memandu kan. Semasa proses mendapatkan lesen memandu, kita telah "di sekolahkan" oleh penceramah tentang peraturan jalanraya. Semasa menjawab soalan pun kita dapat tahu tentang undang-undang jalanraya. Jadi apa sebabnya kita melanggar peraturan??? Adakah sebab kita tak tahu peraturan?? atau adakah sebab kita tak suka kan peraturan?? atau adakah kita sudah lupa peraturan di jalanraya??

Aku pernah terfikir, kenapa ujian lesen memandu ni tidak dijalankan setahun sekali jek. Setiap kali nak perbaharui lesen, kena amik ujian terlebih dahulu, dan kena lulus dengan markah 42 dan ke atas macam masa ambil ujian L. Sebelum ambil ujian, terlebih dahulu kita wajib datang ceramah berkenaan undang-undang jalanraya. Barulah orang kita sentiasa diberi pendedahan tentang undang-undang jalanraya kan.

Ada lagi 1 cadangan. Warga asing yang datang dari negara lain, "TERISTIMEWANYA" buat warga Singapura juga haruslah diberi pendedahan lebih tentang undang-undang jalanraya di negara Malaysia ini. Mereka haruslah ambil ujian dan lulus cemerlang jika nak memandu di jalanrya di Malaysia ini. Ini kerana mereka sangat ambil remeh tentang peraturan di jalanraya di Malaysia ini. Sebagai contoh kuat, warga Singapura, mereka sangat ikut peraturan jika berada di negara mereka, tetapi, jika di Malaysia, mereka adalah antara pemandu-pemandu "kurang ajar".

Gambar hiasan


Membe aku ada cakap, "orang Singapura kena setelkan semua saman trafik di negara mereka sebelum mereka hendak ke Malaysia, kalau tak, mereka tak dapat masuk keluar dari negara mereka, tapi bila mereka nak balik semula ke Singapura (dengan barang-barang shopping yang banyak), kita tak ada pun nak periksa saman trafik mereka. Main lepas macam tu jek. Sebab tu mereka tak berapa nak kisah jika mereka di saman kat Malaysia". Membe aku cakap la, bukan aku cakap.

Kita dah tahu kita menggunakan jalanraya setiap hari, kita kena la jaga tingkahlaku kita semasa di jalanraya. Memandu ikut peraturan bukannya menyusahkan pun. Biar orang lain langgar peraturan, tapi kita jangan. Pastikan sentiasa memandu di lorong yang betul supaya tidak membahayakan diri sendiri dan orang lain. Jangan memandu ikut sedap rasa jek dan menyusahkan orang lain. Sentiasa awas dengan kenderaan sekeliling kita. Cermin dah ada, gunakan la sepatutnya. Cermin pandang belakang dan sisi untuk melihat kenderaan lain ye, bukan untuk perhatikan muka kita jek.

Sentiasa la ikut nasihat papan tanda di setiap bahu jalan ok.

Akhir kata, pandulah dengan cermat, ingatlah orang tersayang... Selain kita sendiri berhati-hati, sentiasa la awas dengan pergerakan kenderaan lain. Kadang-kadang kita dah cukup berhati-hati dan cermat memandu, tapi orang lain tidak. Berlaku juga kemalangan kan. Sentiasalah fokus ketika memandu, jangan asyik berangan jek ye. hahaha.

Gambar : GOOGLE
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging...........................
>>> Malam ni Man Utd lawan Arsenal. Best3x....Harap Man Utd menang bergaya.. GGMU..



 PANDU DENGAN CERMAT, INGATLAH ORANG TERSAYANG

Thursday, 1 November 2012

MARI BACA NASIHAT SAYA

Hai semua !!!! Ada yang merindui aku update blog??? hehehe. Syukur la kalau ada ye. Kalau tak ada pun, tetap bersyukur ada yang menjenguk blog ini. Aku banyak jek menaip, tapi tak ada kesempatan nak post jek. hehehe. Jadi semua yang aku taip, aku save kat dalam laptop jek. Hari ni aku agak lapang. Kat ofis ni pun tengah tak ada kerja, jadi aku amik sedikit masa la untuk menaip dan update blog ni.

Aku nak ucapkan terima kasih banyak-banyak kepada rakan-rakan blogger yang bagi respon dan pendapat tentang wajah baru blog sembangshahrazali ni. Aku hargai sangat-sangat. Ramai juga yang bergurau tentang logo Manchester United aku tu. hahaha. Takpe la kan.

Background hitam tu aku dah cukup puas hati, cuma header tu nampak poyo sket la. hahaha. Aku rasa macam nak tukar. Tengok la malam nanti aku godeh-godeh header macamana nak letak. hehehe. Tapi yang penting, mesti nak ada logo Man United tu. hahaha.



Di sini aku nak selitkan sedikit nasihat buat rakan-rakan blogger aku. Jangan cepat percaya kepada khabar angin dan berita-berita yang dibaca di internet. Perkara ni bukan khusus untuk sesuatu perkara, tapi melibatkan semua perkara. Banyak cerita yang dilaporkan di  internet yang menceritakan tentang individu-individu tertentu, lebih-lebih lagi individu yang dikenali ramai.

Kini semua benda boleh dibaca dan diketahui di internet. Kita seharusnya sentiasa ambil tahu tentang perkembangan dunia, tapi hendaklah bersesuaian dengan peringkat kita. Selepas mendapat info atau ilmu di internet, janganlah terus percaya bulat-bulat, ataupun kotak-kotak. hehe. Tapi kita kena siasat lebih mendalam lagi atau mencari sumber-sumber lain yang berkaitan.

Pada aku, tak perlulah nak share something kat FB tentang sesuatu yang kita pun tak pasti tentangnya. Lebih elok kalau kita share something berkenaan pengajaran hidup dan agama kita. Kalau ada sesuatu berita menarik perhatian kita, mesti kita akan baca kan. Yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan sempadan.

Pesanan ini dibawakan khas oleh saya sendiri, Shahrazali bin Sahlan.
Ok, assalamualaikum dan selamat berblogging.................................

Popular Posts ( All Time) ENTRI PALING BANYAK DIBACA