Muhasabah
& refleksi diri adalah proses berterusan..dalam apa jua aspek kehidupan..~
Dalam
tempoh beberapa bulan dari sekarang aku akan masuk 3 series..mungkin kepada sesetengah org, ia x membawa apa2 makna..cuma
angka..tp kita mungkin terlupa..antara soalan yg akan ditanya oleh DIA, umur
kita..di mana & utk apa telah kita usahakan atasnya..~
“Gambarkan
dalam minda, kehidupan yang kita mahu & tulis dalam bentuk tulisan &
sentiasa baca, kekalkan gambaran itu sentiasa..bertindak ke arah itu &
yakin Allah akan makbulkan” – Prof Dr Muhaya -
Aku mula
menggambarkan kehidupan yg aku mahu seawal 2001..aku menggambarkan diri aku
bekerja di kl/Selangor..berdiri di atas kaki sendiri..
...hingga suatu saat..aku
belajar, kita xkan pernah tau kita cukup kuat, hingga kita terpaksa kuat..&
bila kita jadikan Allah sebagai sumber kekuatan, pasti kita akan bertambah
kuat..lebih kuat dari apa yg kita jangkakan..Subhanallah~
Terlalu
byk yg aku belajar..ini cuma antaranya..ya,cuma antaranya..~
Aku belajar bahawa :
@Allah
menguji kita dengan apa yg cuba kita perjuangkan utk melihat sejauh mana kita
mampu mempertahankan prinsip yg kita pegang~
@Betulkan niat & fokus.Aku sedar aku terlalu fokus kepada sesuatu yg aku tau salah..blame it on me.mudah2an Allah
maafkan aku~
@Lihat
ujian bukan sbg musibah, tetapi sebagai kaffarah dosa~
Aku
suka jadikan tahun2 tertentu sebagai titik tolak kepada kehidupan yg lebih
baik..sepertimana;
2011
adalah turning point utk kehidupan yg aku kecapi sekarang..
2014
bakal aku jadikan turning point yg lebih jelas..seiringan dengan genapnya 30
tahun aku diberi peluang utk bernafas..seterusnya....
2015
utk aku terus tingkatkan diri…~
_______________________________________________________________________________________________
2008
> 2009 > 2010
2011
> turning point(1)
2012
> 2013 > 2014 > turning point(2)
2015 > 2016 > 2017 >>>>>
________________________________________________________________________
"Like
everything in life, healing takes time. Don't lose hope if you're not there yet"-Yasmin Mogahed -
Hidup
mesti ada perancangan..kita ada kudrat utk berusaha..dapat capai atau
tidak..
itu kuasa DIA..
Dapat
capai spt apa yg dirancang..antara tanda dia permudahkan jalan..x dapat capai spt apa yg dirancang..kerana DIA ada perancangan yg lebih baik utk
kita..Dlm
masa yg sama..sediakan back up..latih
diri utk berhadapan dengan situasi expect
the unexpected..~
Ia
lebih kepada soal adapt dengan setiap
perubahan yg di luar jangkaan..~
Juga…latih
diri untuk pilih respons terbaik dalam apa jua situasi..panjatkan doa
berterusan kepada DIA.."Dia yg lebih tahu..apa yg kita layak dapat,apa yg kita
berhak dapat..apa yg berhak kita miliki..bahkan apa yg berhak kita rasai..bukan
saja tentang apa..tp bila"
“If plan
A didn’t work the alphabet has 25 more letters!Trust Allah”
“Adakalanya
jalan di hadapan kelihatan samar kerana kabus tebal menghalang pandangan..lalu
kita pun bimbang meneruskan perjalanan kerana tidak tahu apa yg sedang menanti
di sebaliknya.Hakikatnya kita mmg x pernah tahu apa yg sedang menanti
kita.Namun,yakinlah,indah atau tidak, pasti ada kebaikan dalam keduanya..”
-
Ibnu Mussal -
Aku
bukan siapa2..aku x berniat utk jadi hebat di mata manusia..dalam tempoh
sekarang x byk yg mampu aku lakukan.."Kita x mampu beri sesuatu yg kita x
ada” - Prof Dr Muhaya -
..aku
perlu lengkapkan diri terlebih dulu utk aku berupaya sumbangkan sesuatu~
Subhanallah..segala
kudrat & kekuatan itu dtgnya dari DIA..tiada sebab utk aku berputus
asa..malahan kecewa..sampai ke saat ini..aku diberi kekuatan utk terus
berusaha perbaiki diri & kehidupan..ya..aku x tau apa yg DIA hidang utk aku pada masa2
akan datang..tp aku yakin dengan setiap tindakan & keputusan..moga DIA
terus tunjukkan aku jalan~
Aku
dalam proses utk berubah..tp dlm masa yg sama aku masih terbabas..~
Jika
kalian nampak aku salah..tegurlah..atau sekurang2nya doakan aku..~
Aku
suka jadikan kata2 ini sbg peringatan & renungan :
“
Dosa banyak, tetapi malas minta ampun kepada Allah SWT. Bagaimana mahu mendapat
keampunanNya? Allah menggalakkan kita bertaubat berkali-kali. Bukanlah kerana
Allah nak kita bermaksiat, ingkar kepadaNya berkali-kali. Tetapi hikmahnya
adalah, bila kita rajin bertaubat, memohon keampunan kepada Allah SWT dengan
bersungguh-sungguh,hati jadi makin jauh nak bermaksiat, nak ingkar kepadaNya.
Bila terjatuh juga ke lembah maksiat, bila langgar juga perintahNya, dek kerana
taubat yang banyak kali kita ulang penuh kesungguhan itu, jiwa akan rasa
sensitif sangat dengan dosa yang telah kita lakukan, lantas tidak
memanjang-manjangkan diri berada di lembah maksiat, terus bangkit dan berusaha
keluar daripadanya. Inilah positifnya taubat berulang kali. Makin lama, diri
akan semakin berusaha menjadi baik, semakin baik, semakin baik.
Bukan takkan
buat dosa langsung, tetapi akan lebih kurang buat dosa, lebih kurang lagi buat
dosa, dan begitulah seterusnya. Tetapi kalau langsung tak pernah bertaubat
bersungguh-sungguh, atau bertaubat bersungguh-sungguh sekali sekala aja,
bagaimana hati mahu menjadi lembut? Hidup kena ada rasa malu dengan Allah SWT.
Dia bagi banyak peluang kepada kita, kita pula buang-buang aja peluang yang Dia
berikan. Kita ingat Allah tu siapa? ” – Hilal Asyraf –
Dalam
meneruskan kehidupan..terus doa smoga kita dipertemukan dengan insan atau
peristiwa yang membuatkan kita melihat sesuatu dengan perspektif yang berbeza..malahan
cukup beruntung bila kita dipertemukan dengan insan yang boleh membuatkan kita
lebih dekat dengan Tuhan..juga insan yg membuka mata & minda kita kepada realiti
kehidupan..x kira samaada insan itu cuma ‘singgah’ atau terus bersama kita
meredah jalan..& dipertemukan tidak semestinya bertemu mata..atau x
semestinya dia menjadi kenalan rapat kita.. & x semestinya di dunia
nyata..boleh jadi di alam maya..kita diberi terlalu byk pilihan..pilihan itu di
hujung usaha kita..~
Aku
akhiri entry kali ni dengan satu perkongsian.cuba lapangkan masa utk santapan
iman.Yasmin Mogahed : “The People We Meet The Lessons We Learn”
p/s: Utk
seseorang…aku manusia biasa..yg agak lemah & rapuh jiwanya..terbit rasa
terkilan & sedih dengan apa yg dah berlaku..tp aku percaya kau punya seribu
satu sebab utk perlakukan aku sebegitu..serius bukan ini yg aku harapkan..ia
menguatkan lagi keyakinan aku dengan kata2 sorang teman; 'bila kamu hebat bersahabat
dengan sesiapapun..jgn pernah langkau hati masing2...kerana DIA tetapkan itu
dan ini dgn batasan' - Bidadari -
Aku
cuma ingin jd seorang sahabat yg sedia memaafkan..atas setiap kekhilafan..dgn
harapan..kekhilafan aku turut dimaafkan..berdendam itu bukan aku..~