Showing posts with label Santai. Show all posts
Showing posts with label Santai. Show all posts

Thursday, April 4, 2013

KAYUHAN PATRIOTIK BERSAMA PM DS NAJIB !

Assalamualaikum ...





Petang semalam aku and geng join Kayuhan Patriotik yang bermula di depan Kementerian Kewangan, Presint 2. Dapat basikal sumbangan MDB tak salah aku. Happening event semalam. Selepas berbelas tahun aku tak ngayuh basikal, dah tua-tua kayuh .... sakit mooontoot okeh! Aku amek KAYUHAN CERIA dengan jarak 12KM. Kalau amek KAYUHAN CERGAS, jarak dia 20KM.


12KM pun dah beralih punggung, inikan pulak 20KM. Balik rumah semalam pun aku ngayuh juga. Kete tinggal opis. heh! Macam beskal free tu lagi mahal dari kete plak. he he he


Jarak 12KM tu aku ingat lalu jalan raya mendatar je, rupanya track dia tepi tasik lalu Presint 3 dan 4 ... lalu Presint 18, Taman Wawasan ... balik Presint 2 dan stop dekat depan Istana Kehakiman/Perbadanan Putrajaya kat Presint 3. Asyik naik cerun turun cerun. Naik turun naik turun ... rasa lebar punggung! Yang bestnya punyala mencabar ...


Aku dah la amek beskal yang takde gear ... ada gear pun bukan aku reti guna pun. So, amek la yang takda gear ... itupun dah syukurlah dapat beskal daripada orang lain yang tak sempat dapat. Kul 5pm semalam masa aku cycle pergi kat garisan permulaan ... ada 2 kontena basikal yang baru turun. Basikal dalam kotak lagi. Siap berebut-rebut dorang! Kenapalah tak beratur? Senang orang nak bagi. Masa aku amek beskal  time pendaftaran tu pun kami beratur. Takdelah menyusahkan orang ... ini berebut tak hengat!

Kayuhan Bersama Perdana Menteri!! Aktiviti yang best!!

Nie time baru gerak ke garisan permulaan ... rupanya dah sampai pun PM. Dorang tengah tunggu wife PM je, DS Rosmah.


Abang moto besar


Senaman ringan!!

Abang nie sempoi je ngan beskal posmen zaman dulu kala, serius best and smart je aku tengok

Time nie saat nak berlepas dah ... aku dok tepi bagi dorang je follow PM dan menteri





Best je lalu sini, ada budak sekolah kiri kanan dok kibar bendera....terus rasa VVIP koooo. hahahhaha

Lalu Monumen Alaf Baru

Eh, menyongsang oooi .... he he he

Masa lalu sini, mmg jammed ... jalan sempit! Bestnye orang yang makan kat Umai Cafe nie pun lambai-lambai tangan. Moment yang best sangat!

Gambar lain-lain tak daya dah aku amek, penat weh 12km turun baik bukit yang curam. Tang naik bukit sampai turunlah dari beskal menolak. Gigih tak gigih nak sampai penamat. Alhamdulillah, setakat nie kalau aku join aktiviti jalan kaki pun aku akan habiskan walau penat.


Dari kul 5.30pm mula sampai 6.45pm baru sampai ke penamat! Peluh dah macam air hujan. Eh, semalam selepas PM umum Parlimen dibubarkan, Putrajaya terus hujan lebat. Hujan rahmat nie ;=)


Nak mencelah sket, Parlimen dah bubar ... dan aku sentiasa mendoakan Malaysia terus aman macam sekarang. Mana nak dapat negara yang hebat macam Malaysia? Aku harap tiadalah huru hara dan demo jalanan yang menyusahkan rakyat!! Semoga Malaysia berada di bawah rahmat dan lindungan Allah swt. Amin!






CK : Basikal aku bawa balik, simpan dalam bilik tidur ... anak buah aku asyik panjat je, kang tertimpa diri sendiri ...

Monday, July 2, 2012

SETELAH GENAP 3 BULAN BERDIET ATKINS

Assalamualaikum ...





Hari Sabtu baru nie, 30 June ... genap 3 bulan aku berdiet atkins. 3 bulan dan hanya mampu turun 8kg sahaja. ermmmm target nak capai 55kg sehingga akhir June tinggal angan-angan. Aku hanya statik pada 57kg!! Adus ... sedih kat situ.


Tapi takpe, fasa seterusnya akan aku jayakan sebaik mungkin. Insya Allah. Namun, setelah genap 3 bulan aku diet, petang Sabtu my adik sms ajak makan laksa! Laksa??? Memang peberet maka aku pantang untuk menolak sama sekali. Kalau tolak rezeki, rugilahkan!!!


Bukan sepinggan, tapi 2 pinggan aku belasah makan laksa. Karbo tu!! Tapi bila fikir, dah 3 bulan aku berdiet, apa salahnye aku cheeeeat sehebat mungkinkan untuk satu atau 2 hari je. Lepas tu aku akan start atkins dengan riang ria semula serta dengan disiplin yang sebaik mungkin. Insya Allah!!


Pestime adik aku buat laksa. Semua okey cuma kurang pedas je. Lain-lain semua ok je!! Memang rezeki dan amat mengenyangkan. Alhamdulillah ...



Korang pagi2 jangan dok terliur plak tengok laksa nie ... untuk jamu mata semata-mata!!





CK :  Tengah cari tarikh sesuai untuk start atkins fasa seterusnya!!

Monday, June 25, 2012

SIANG MALAM TUTTI FRUTI

Assalamualaikum ...





Siang tadi masa lunch BFF aku Si June ajak pi Cyberjaya. Katanya ada port makan baik punya!! Aku pun apa lagi terus minta green light dari si teman nak kuar lunch dengan BFF. Dia kata ok, aku pun on jelah dengan June. Laju je meninggalkan office walaupun bukan lagi time lunch. Cekidaut awai-awai takut buss panggil. ha ha ha


Tempat makan baik punya tu nanti aku hapdet kat hangpa. June pun dah bising-bising kat aku pesal tak hapdate lagi pasai cerita pi makan dengan dia time cuti sekolah hari tu. Actually aku dah siapkan entry tu, tapi aku schedulekan. Rasanya Jumaat nie kot kuar cerita. he he he ... kenalah ikut turn kerajinan aku. Aku standby entry siap2 kot nanti mood malas update datang, entry dah ada dan cuma tunggu nak publish je!


Habis lunch tadi, June beriya nak tunjukkan jalan mudah aku ke port makan baik punya tu. Aku pun syoklah, nanti senang nak datang situ balik. Upernye ada udang sebalik mee maggi!! ha ha ha ... rasa terkena aku. Upernye dia tunjuk jalan tu sebab nak pusing dekat tutti fruti!! ha ha ha terkena aku! Memanglah jalan yang dia tunjuk tu senang nak pi ke port makan berkenaan, tapi dia sebenarnya nak makan eskrem kat tutti! Aku pun layan ajelah ... orang diet setakat merasa 1-2 sudu ajelah!




Ini eskrem yogurt tutti fruti yang June beli. Aku tunggu dalam kereta je. Malaslah nak keluaq. Jadi Puan Sri kejap ... alang2 June dah sudi jadi driver ai arini. Dan ini pestime aku pegang bekas tutti nie. Selalu makan dekat ice room je sebab dengaq2 tutti nie mahai! Mahai ka???




Memang mahai pun!! June kata yang dia amik nie semuanya berharga RM21.00. Mak aih ... bekas takdelah besaq mana pun. Mahai ... mahai ... kalau setakat nak merasa 2-3 bulan sekali bolehlah kot. Nasib baik aku nie hanya penggemar eskrem connetto. Kalau penggemar tutti, harus ranap! June kata dia tension ... sebab tu sibuk je dia nak makan eskrem. Aku layan je orang tension nie .. no hal. Cuma nak cakap ... yougurt dia adalah sangat sedap!!




Petang tadi plak, adik aku datang amik aku kat office memandangkan si teman ada meeting dekat Damansara. Aku skang kan malas drive kete, bajet jadi Puan Sri setiap hari (aminnnnn). Aku ajak adik pi Presint 15, sebab nak simpan duwet sket kat Bank Rakyat. Bila dah ajak teman kenalah upah. Lalu je depan tutti P15, terus minta belanja. Mentang-mentanglah hari nie aku gaji. Bukan main nak makan tutti ye. Takpelah ... dah sudi datang jemput dekat office, aku rela hatilah belanja. Kasi RM50, bukan main suka. Jangan habiskan semua kat tutti sudahlah ye, baki pulangkan. ha ha ha ha




Ini yang adik aku beli. Tak semeriah June punya siang tadilah. Ini pun dan RM16.00!! Aku merasa yougurt dia ajelah sebab sedap. Tapi makan pun 2 sudu kecik tu je. Nanti2lah makan sebekas. Nampak memang menarik, rasa memang sedap .... cuma tang harga tu aku rasa terlalu mahal sangatlah!!


Kiranya siang malamlah aku merasa tutti fruti walau setakat 2 sudu kecik dari bekas dorang-dorang nie. Takpelah nak diet punya pasal aku rela je menahan nafsu serakah aku nie. Takda hal punya!! Esok-esok bukannya tak boleh makan pun. 



Adik aku cakap tadi, "alah ... makan je bukan nak rosakkan diet tu pun!". Susahkan kalau cakap dengan orang yang tak faham atkins nie. Aku relaks-relaks je lah senyum. Malas nak layan .... cukuplah setakat merasa je, sebab kalau salah rasa boleh rosakan ketosis dalama atkins. Tak faham?? Google sendiri yek ... he he he






CK : Banyak dugaan juga berdiet nie .... 

Sunday, June 24, 2012

THANUJA PUN SUKA ... TOMOK PUN AKU SUKA!!

Assalamualaikum ...




Aku memang follow Masterchef ... dari Masterchef musim pertama hinggalah musim kedua nie, Masterchef Celebrity. Sepanjang aku follow Masterchef Celebrity (MC), tak rajin sangat aku nak buat entry pasal program nie. Leka melayan dekat TV ajelah. Bab masak memasak memang aku suka sangat walau masak pun ala kadar pandainye!!


Malam nie, sesi penyingkiran dalam MC, sedih dowh bila nama yang tercalon adalah 2T!! Tomok dan Thanuja. Aku suka dua-dua sekali. 


Aku sukakan kesungguhan Tomok, walau kadang-kadang dia cam blur. Tapi rasanya dia lagi terror masak dan menghias dari aku mungkin termasuk korang jugak kot ... he he he!! Cara dia masak, kreativiti dia ... kesungguhan dia memberikan yang terbaik memang aku teruja. Rasanya kat rumah pun dia tak buat sehebat tu kot! Dia pun nampak sangat humble ... merendah diri sungguh orangnye! Sweet juga.


 

Shah Indrawan bin Ismail

Nama Komersil: Tomok
Umur: 28
Asal: Kuala Lumpur
Pekerjaan: Penyanyi
Hidangan Kegemaran: Asam Pedas Ikan Terubuk
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: : Asam Pedas
Pencuci Mulut Kegemaran: Ais Krim Coklat
Manis atau Masam: Manis
Cili atau Bawang Putih: Cili



Aku pun sukakan Thanuja. Bila nama Tomok dan Thanuja diumumkan salah seorang akan disingkirkan tadi, rasa sedihlah sangat. hu hu! Drama ... kah kah kah!! Thanuja nie sangat happening, kelakar ... sporting dan hasil masakan dia boleh dikatakan memang terbaik juga. Dia perempuan, for sure dia lagi better memasak dari Tomok kan ....




Thanuja Ananthan

Nama Komersil: Thanuja
Umur: 26
Asal: Kuala Lumpur
Pekerjaan: Model dan pengacara
Hidangan Kegemaran: Tofu Sambal dan Cili Padi
Masakan Kegemaran Untuk Dimasak: : Sup Maggi Cili Padi
Pencuci Mulut Kegemaran: Thai Red Ruby
Manis atau Masam: Kedua-duanya
Cili atau Bawang Putih: Cili




Cumanya, nasib tak menyebelahi Thanuja. Dia tersingkir untuk malam ini. Sedihnye! Orang lain tersingkir, takdelah dekisahkan sangat. Angah Raja Lawak lagi sedih kowt rasanya! Aku sukalah dorang berdua nie ... sweetlah sangat!! he he he



Tengoklah sape yang akan jadi Masterchef kali ini ..... Paling suka dalam Masterchef Celebrity ni mestilah Dato' Fazley .... sebab dia sangat cool dan matang!! Aku tak berapa suka Double A ... he he he. Faham-fahamlah kenapa yek ...





CK : Tengah tengok ON AIR .... apalah ngap sangat pergi calonkan diri sendiri untuk dikeluarkan, nampak sangat tak yakin!! Dah tu Si Hafis pula gatai pi cakap nak undur diri dari ON AIR, sudahnye dua dua kena keluar. Drama sangatkan .... baru jumpa Si Hafis 2 hari lepas dekat Uptown Cheras. 

Saturday, June 23, 2012

RAJA DATANG RUMAH!

Assalamualaikum ...






Last week adik aku jumpa raja. Terus dia ajak datang rumah. Yang datang cuma 2 raja saja. Satu jumpa aku dan satu lagi jumpa adik aku. Seronoklah tak terkata bila raja sudi datang ke rumah bila dah dibayar! Dah bayar baru sudi datang .... kan kan kan


Raja buah!! Durian oh durian. Bagi orang yang gilerkan durian macam aku, memang pantang nampak. Lupa terus pasai atkins diet (dalam atkins tak boleh makan buah!). Gilerkan?? Adik aku makan sebijik dan aku sebijik. Cukuplah buat lepas kempunan.



Yang sebiji aku punya, ada 3 ulas je pun. Nasib baik ulas besar dan tak buruk ke hape. Rasa jangan cakaplah ... memang sedap. Thankslah dekat adik aku yang sudi beli buah kesukaan aku nie. Ini antara raja hati aku juga nie. 


Ulas dia yang kuning. Rasa dia yang manis-manis pahit itulah yang memikat selera aku. Aku nie kalau makan durian, 2 biji pun boleh habis. Kalau kecik tu boleh masuk 3 biji. Selamba je!! Kalau orang lain kadang suka makan durian dengan pulut santan ... tapi aku tak reti nak makan macam tu. Aku makan buah sahaja. Kalau sebelah utara sana, kalau ada kenduri durian ... mesti dengan pulut pastu santan yang dicampurkan dengan sedikit garam. Dorang cakap sedap! Aku?? Tak berani komen ... sebab tak reti makan macam tu. he he he he


Next week si MB akan pergi Perak, katanya nak ambil durian kat dusun untuk program kemasyarakatan. Aku nak book 10 biji. he he he.... boleh buat tempoyak sekali. Ermmmmm ... buat tempoyak pastu cari ikan patin wat gulai tempoyak plak. Sure terangkat punya!!


Tak boleh lupakan kesedapan rasanya!! memang mengiurkan!!




CK : Nak try musangking plak lepas nie ....

Tuesday, June 12, 2012

TERUKNYA TANDAS ALAMANDA PUTRAJAYA!!

Assalamualaikum ....




Sorrylah korang, pepagi aku cerita bab tandas. Jangan marah ye ... jangan jijik! Tandas nie hari-hari kita guna, sebagai pengguna mesti kita nak tandas yang bersih. Tandas dekat rumah kita pun hari-hari kita cuci dan beruskan? Ada yang tak cuci tandas rumah ke?? *jawab sendiri*


Last week aku pergi Alamanda, sekian lama tak pergi sana. So, sementara tunggu si MB siapkan kerja dia di Alamanda Putrajaya sana, aku ambil keputusan nak melepak di MPH. MPH nie memang tempat aku lepak dulu kala. *gaya cerita macam ulat buku, tapi sebenarnya tidak ... akal nk baca mag freee je nie!*


Dok belek-belek buku masakan (wajib!), rasa nak terkucillah pulak. So, aku pun terjahlah tandas Alamanda sebelah MPH tu. Aku rasa tandas (perempuan) sebelah MPH tu, ada dekat 20 unit kot. But, banyak yang rosak. Bila nak masuk ... ada yang paip takde. Klu takde paip camne nak cuci bersihkan?? Lepas tu dengan lantai tandas becak dengan air! Geli hokeeeh.




Tengok lantai dia basah .... lepas tu cam kotor la pulak. Kalau nak dibandingkan dengan tandas dekat Jusco, sepanjang pengalaman aku ... tandas dekat Jusco memang  bersih. Yang penting lantai dia kering. Maknanya di situ cleaner dekat Jusco nie rajin-rajinlah dan pihak pengurusan mesti juga rajin buat spotcheckkan?



Bekas tisu disediakan, tapi tisu takda. Bukan pertama kali ... dan banyak kali aku pi tisu kat dalam tandas memang tak pernah ada pun. Lebih baik tanggalkan aje ye tak. Ke dorang wat hiasan benda alah nie?? Aku harap pihak pengurusan Alamanda Putrajaya ambil tahu pasal benda nie. Sebabnya Alamanda Putrajaya menjadi tumpuan, ada juga pelancong ... kalau tandas tak bersih, macam mana?? Jatuhkan imej je kan??



Part nie yang aku bengang sket. Selak pintu problem. Haihs.... rasa macam buat laporan kerosakan pulak dah nie. Aku masuk tandas yang nie ... main jolok jari ajelah dekat lubang anak panah merah tu. Penyelak dia dah patah gamaknya. Dah tahu tandas antara tempat tumpuan di shopping complex, nape tak diganti yang barukan???


Masa masuk aku tawakal ajelah, tapi dalam hati risau juga ... kot kot tak boleh nak buka. Mamp*s berkurung dalam toilet pula. Pelikkan ... takkanlah maintenance Alamanda tak tengok semua benda nie. Jangan pandang sepi walau hanya bab-bab toilet je. Bayangkan yang masuk tu budak, masa masuk pandai selak ... pastu bila nak buka untuk keluar problem ... camne tu??



Aku harap, kalaulah management Alamanda Putrajaya bacalah entry aku nie ... pleaselah jaga kebersihan tandas tu. Baiki apa yang rosak. Banyak tandas yang tak boleh guna, jadi baikpulihkan. Lantai tandas kalau boleh biarlah sentiasa kering ... macam kat Jusco tu. Sinki janganlah kotor ... sediakan tisu kalau dah ada bekas tisukan?? Kalau Jusco boleh, takkanlah Alamanda tak boleh buat semua nie. Dah lah Alamanda satu-satunya shopping complex dekat Putrajaya, janganlah bagi orang lain rasa tak selesa hanya kerana tandasnya.


#tandas lelaki dekat Alamanda tak pastilah camne ... takleh masuk la :=)


Itu je kot nak share ... :=)






CK : Bab tandas memang aku concern sesangat! Aku pernah singgah dekat sebuah Petrol Pump Shell dekat Seremban (kalau dari Rantau/PD ... shell tu sebelum tol PLUS) ... tandas dia sangat-sangat bersih, kering dan bau wangi!! Owner Shell tu tak salah aku India dan tandas dia dapat gred A!


So, apa kata kita jaga kebersihan tandas!!!

Sunday, June 10, 2012

KERANA SEBATANG SKRU!!

Assalamualaikum ....






Kejadian sehari sebelum berada di luar kawasan .... 


Petang tu aku beriya-riya nak balik awal dari kerja dengan si teman. Nak balik masak untuk berbuka puasa. Tapi bila dah semangat naik kereta, aku rasa kereta tu lain macam pulak ... siap ada bunyi bagai. Apahal?? Terus park sebelah and turun ...


Nak dijadikan cerita, kereta pun dah masuk 5 tahun. Bila dah 5 tahun aku rasa macam-macam hal dah kereta nie. Minta dimanja lebihlah tu ... manja dengan duweeeet! hu hu. Ada 4 tahun lagi nak habis bayar, pleaselah jangan wat hal ye sayang ku mybeeeee!!



Inilah yang berlaku pada hari berkenaan ... tak pernah-pernah berlaku. Sekali diuji macam ini, aku jadi cuak. *takdelah cuak mana sebab si teman ada ... he he he*. So, aku dengan dia pun pulun tukar tayaq spare yang ada. Dan dari pengalaman ini, aku rasa bersyukur benda nie jadi. At least bila terjadi di kemudian hari mungkin kudrat aku mampu untuk menukarnya sendiri. Insya Allah!!


Untuk para wanita yang mempunyai kenderaan sendiri, selalu-selalulah check angin dekat tayar kereta anda dan bawa perkakasan yang cukup untuk tukaq tayar jika berlaku kecemasan! Nasib baik perkakasan aku cukup, yang tak cukup cuma angin tu. ha ha ha, sekali kena sound ngan si teman. Erghhhh rasanya setiap kali servis dekat Perodua aku suruh depa check, tapi hampeh plak Perodua nie. Mentang2 aku pompuan, halai balai je servis kereta aku. Mangkuk ah!! *marah*



Inilah punca tayar kereta aku bocor!! Skru sebatang nie menusuk tayar kereta aku. Bukan main tajam ... panjang plak tu! Entah manalah skru nie datang. Mesti masa aku baru balik dari bank pergi bayar duit kete si teman. Aishhhh walau aku mengeluh juga time tu, sesak beb!!


Terima kasih skru! huk huk huk

 

 Petang tu juga terus pergi kedai tayar, itupun dah dekat Maghrib ... ingat mahallah nak baiki. Upernya RM6.00 je pun, pasang cacing rasanya. Eh! aku tak tengok apa yang dia buat. Si teman yang settlekan semua. Siap bayar sekali. Terima kasih dear .... ! 


Sekarang nie aku nak kena pikir untuk tukar absorber ... nak tukar clutch kete lagi. Mak aih banyak tu nak pakai duit. Bila dah pakai kereta nie, banyak bendalah nak kena fikir bila kereta pun dah 5 tahun kan ... macam-macam dah diminta oleh si mybee nie. Accident aritu pun aku lom baiki kemek dia, walau sket tapi cam tak cunlah.


Kenalah kumpul duit pelan-pelan untuk servis baeeeeeek kete kesayangan aku nie. Nak pakai lama, so kena jaga bebaik. Dulu masa nak beli kete nie, 5 tahun aku kumpul duit. Itupun suruh ayah simpan duit, kalau aku yang simpan duit tu ... tak merasa kot pakai kereta koyak plastik! Harap kereta second ajelah! he he he



Adik-adik yang baru habis study dan dah start keje tu, berdikit-dikitlah kumpul duit beli kereta. Kalau downpayment tinggi bayar bulan rendah sket!! So, senang hati. :=)







CK : Seronok kalau beli barang pakai duit sendiri hasil usaha. Baru puas hati. Lepas nie nak kumpul duit beli rumah pulak. Tengah survey rumah tapi lom ada yang sesuai dengan bajet.

Sunday, May 27, 2012

TAK JADI ... HA HA HA HA

Assalamualaikum ...





Balik kampung haritu, kononnya nak bagi mak ayah rasa masakan dari air tangan sendiri. Semua benda dah masak, then buka peti ais nampak udang dengan telur ayam! Terus rasa nak buat butter prawn!! Kat Putrarajaya tak pernah buat pun menu nie, tup tup balik kampung rasa nak buat. Nak tunjuk skill la kononnya. Recipe pun aku main ingat-ingat lupa .... main hentam kromo je!!


Sekali cuba, butter prawn aku tak menjadi langsung. ha ha ha. Mak aku siap tegur, "kakak masak menu apa nie udang dgn telur!". "Masak main campak je mak ...!" jawab aku. Keh keh keh. Nampak sangat baca recipe tak habis! Korang tengok la sendiri kat bawah, ini bukan udang butter ... tapi udang scramble egg dah jadinya!!



Patutnya, telur kuning je dikacau ... tapi aku main ingat-ingat lupa recipenye siap campak telur putih dan kuning sekali. Tu yang jadi lagu nie. ha ha ha ... sengalnya rasa. But, balik Putrajaya aku dah hafal recipe, so balik kampung nanti boleh masak lagi kat mak ayah.


Harap-harap lepas nie menjadi. Yang tak jadi nie ..... ha ha ha ha ha reramai!!! Okeylah aku nak masuk tidur. Esok keja! Goodnite semua, have a nice dreams ya!




CK : Bukan main lagi dia siap pi PD Waterfront .... siap koooo!!





Saturday, May 26, 2012

MEREMBAT TIKUS PUTIH DI HIMPUNAN JUTAAN BELIA!

Assalamualaikum ...




Selagi tak habis Himpunan Jutaan Belia 2012 nie esok dan selagi ada gambar yang selesa untuk aku paparkan ... so, entry aku sume pasal himpunan belia nie! 3 hari dah aku jenjalan dekat hari belia nie but tak habis juga explorenye.


Semalam, lepas habis time keje ... ajak si MB teman jenjalan. Actually ada niat di sebalik tu. Rasa macam ada sumethin nak beli. Tapi aku diam-diamkan dulu dari si dia. Kang dia bebel 4-5 bakul plak, lelehlah taik telinga haku. ha ha ha.


Jenjalan punya jalan. Dia plak nampak apa yang dia nak beli. Ermmmm belum sampai turn aku lagi. Sabaq! Benda alah nie yang dibelinya. 



Ini le selipar yang dia beli. Color-color bagai. Katanya ganti sandle dia yang tertinggal kek kampung halaman den arituh. hu hu ... bleh ko lupa ko punya sandle kan. Masa dia beli tu, aku cam nak juga ... tapi kang aku menyebut mesti dia cakap, "brapa byk selipar nak beli??". Haaa aku nie pantang nampak selipar murah yang cantik, dalam hati mula nak. Tapi bila dah kena tazkirah bab membazir ... aku diam membantu sekejap. Sekejap ajelah!! 


Then, teruskan perjalanan lagi, sekali aku tengok pesallah ramai pompuan berkerumun pada sorang adik lelaki yang kecik comel bawah khemah dekat MeCD. Upernya adik kecik tu juai tudung bawal printed!! Aku memang dah aim benda alah nie pun dari 1st day jenjalan kat HBN nie aku, dah pasang niat nak beli bawal printed tuh. Sekali petang semalam memang rezeki aku daaa!


Adik tu juai bawal printed selai RM5! Terbeliak la ...  kat gerai lain juai 2 lai RM15! Aku pun menerpa meninggalkan si MB. Sian ko kan bang oi! ha ha ha. Sekali rembat 3 lai. Dah nama pun murahkan?? Haruslah rembat lebih sket.


Aku amek tiga color. Tengok tudung nie cam sonang je nak dibentuk. Bleh pakai ngan t-shirt ke ... comey neh! Habis beli tudung, jalan terus then patah balik. Dah patah balik aku jumpalah plak gerai juai alatan komputer! Murah plak tu ... barang dia kebanyakan RM10 je.


Apalagi aku rembatlah sekoq tikus putih. Sebabnya tikus biru kat umah aku asyik sengal je. Sakit jari jemari aku bila menekan dia dengan rakus sekali. Baik ganti baru je ... baru RM10, murahlah sangat. Dalam beli murah, aku harap tikus putih nie tahan lama!



Tikus putih yang comey!!



Tikus biru yang comel. Terima kasih jua atas jasa anda :)


Itu ajelah yang aku rembat ... semuanya yang murah je. Sesuailah dengan kemampuan aku ... ye dak?? Jangan nak membazir ... nanti kena lahar dengan bakal laki di sebelah kanan aku!! ha ha ha




Korang dah datang ke hari belia ke belum?? Esok last day tau ...







CK : Hari nie rasa nak menapak dekat hari belia lagi ... niat nak bakar kalori!!!!

Wednesday, May 23, 2012

MENAPAK SEPANJANG HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 PUTRAJAYA

Assalamualaikum ...





Bagi mereka yang tidak tahu, sekarang nie sedang berlangsung HIMPUNAN JUTAAN BELIA 2012 DI PUTRAJAYA bermula 23 Mei hingga 27 Mei 2012! Event nie dah 3 tahun dianjurkan di Putrajaya secara besar-besaran sampai hiruk piruk Putrajaya. Bab vandalisme yang aku tak menahan sangat ... belia-belia please jaga attitude korang ye! Jaga kebersihan Putrajaya .... paling utama!! 


Petang tadi aku ambil kesempatan jenjalan di setiap booth yang ada dan setakat yang mampu menapakkan kaki kecil ini. Jalan punya jalan tak sedar dah sampai ke Kastam dekat Presint 2. Dan perjalanan bermula dari Presint 3 depan Istana Keadilan! Kalau hari biasa sesaje nak jenjalan memang idaklah jawabnya!


Hari nie baru permulaan ... so orang tak meramai sangat serta booth juga masih ada yang kosong. Cuma sesak dijalan raya kerana jalan banyak yang tutup. Aku rasa Sabtu Ahad nie pastinya akan ramai orang! Insya-Allah Sabtu aku akan turun ...! Sebelum aku share gambar yang aku ambil, nak bagi sedikit tips kepada mereka yang akan datang ke Himpunan Jutaan Belia nie ... sila bawa;


  • Payung ... cuaca tak menentu, kejap hujan kejap panas!
  • Air mineral secukupnya - nak berjalan jauh nanti haus. Nak beli pun sure mahal time event.
  • Pakai kasut yang selesa - sport shoes ke
  • Pakai sunblock ... mana tahu weekend nie panas menerik, habis hitam korang!
  • Dapatkan jadual pengisian event dan tapak layout - boleh rujuk sini <-----
  • Kalau ibu bapa yang nak bawa anak-anak kecil, better bawa pagi. Mungkin lebih selesa.

Kemudahan yang disediakan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan sepanjang event ini adalah;

  • Pengangkutan Tram (percuma) - ada hentian naik dan hentian turun. jangan salah hentian ya!!
  • Kemudahan tandas bergerak (toi toi)
  • Papan tanda tunjuk arah gerai (tahun sebelum nie tak ada)
  • Lain-lain aku belum dapat kenalpasti lagi ...

Jom layan gambar yang aku ambil petang tadi. Setakat cuci mata ajelah. Aku pun jenjalan tak habis pun. Penatlah! Tengoklah esok macam mana sama ada aku mampu sambung jenjalan lagi atau pun tak ... he he he

 

Himpunan Jutaan Belia 2012!

Menguji minda!!


My peberet car ... and color jugak!!


Cantiklah!!


Kemudahan tandas bergerak .... lawalah pulak toilet nie .. he he he warna warni lagi!


 Kemudahan tram percuma disediakan.



Siang tadi, banyak juga gambaq yang aku ambil ... tapi yang biasa-biasa je. Tapi aku malas nak edit semua. Mata dah mengantuk nie ... kaki pun sakit penat jenjalan. Nantilah update gambar yang lagi cun (kalau ada) weekend nie. 


Okeylah aku nak masuk tidur. Mata tak menahan mengantuk dah nie. Selamat malam semua. Mimpi indah!!







CK : Atkins hari ini berjaya dengan menu 0 karbo!!! yeaaaahhhhhhhhhhhhhhhhhhh

Tuesday, May 22, 2012

SAMBAL TUMIS MALAM BUTA

Assalamualaikum ...





Jam 11pm aku masuk dapur. Nak siapkan sambal tumis untuk bawa bekal pergi kerja esok pagi. Masak sambal siap-siap, ikan bilis goreng ... esok pagi baru masukkan. Kalau masukkan malam nie takut lembik semacam. Dah pun siap masak. Sambil buat sambal sambil basuh segala sayuran yang nak dimasak esok pagi. 


Senang kerja aku, malam-malam buta memasak dan membasuh serta potong apa yang patut. Esok boleh bangun lewat sket dan terus masak. Takdelah terhegeh-hegeh je.


Sekarang nie kepala pulak pening! Rasanya dah sampai masa untuk aku masuk tidur. So, goodnite semua! Have a nice dreams. Esok kalau rajin, sambal tumis ikan bilis akan masuk blog ... kalau tak rajin, dengar cerita ajelah, gambaq takda. ha ha ha ... okeh ta ta ta ta!!!





CK : zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

Saturday, May 19, 2012

TAHNIAH PADA JUARA

Assalamualaikum ...






Tengah syok layan cerekarama, Senandung Cinta Semalam .... tapi awal citer je dah buat aku nak nangis! Aku nie cepat sangat bab touching nie, pantang citer sedih mulalah meleleh banjir pipi bagai. Dalam dok layan cerekarama sempat jugaklah celup celup tengok Konsert Akhir Mania dan Piala FA 2012 Akhir antara Sime Darby FC vs Kelantan!



Tahniah pada Hafiz yang menjadi Juara Mania .... hadiah RM500,000! Banyak tuh ... syoklah dia. Makin naik penyanyi yang sorang nie. Tahniah juga buat pasukan Kelantan ... memang Piala FA 2012, aku ingat Sime Darby FC yang akan monang. Upernya sangkaan aku meleset! Memandangkan Kelantan bukan pasukan peberet, malam Sime Darby FC pun  tapi malam nie aku sokong Sime Darby FC kot kot monang. he he he. Tapi kalah jua. Takpelah ... cuba lagi di lain tahun.


Sambil tengok tv sambil layan makan buah pelam yang sodap nie ... ada yang panggil mangga, ada panggil mempelam ... ada yang panggil buah pauh! Tak kisahlah apa yang dipanggil janji rasanya sodap ... lagi sodap sambil makan tengok tv ..




Nampak sedapkan? .... Fasha Sandha dah mengandung takde ke ngidam nak makan mempelam nie? Katanya bunting pelamin, cepat-cepatlah lahirkan anak yang comel ye. Pedulikan orang dok menyibuk yang tak faham bunting pelamin tu hape yek ....#suka Fasha Sandha berlakon drama Seindah Sakura ... tp tak dapat layan hari2 tu yang tak bestnye!#


Okeylah, nak sambung habiskan cerekarama nie ... jadi ke Azhar kahwin dengan Liyana adik arwah Suria?? Sama-sama kita saksikan ... keh keh keh ...






#Tambahan : Tahniah juga kepada pasukan Chelsea kerana menjuarai Liga Juara-Juara Eropah menentang Bayern Munich di Allianz Arena, Munich, pagi ini. Chelsea menang menerusi penalti 4-3 selepas kedudukan terikat 1-1




CK : Best gak cerekarama nie, senang aku nak faham. Aku kan tak suka drama Melayu yang jalan cerita meleret.

Tuesday, May 15, 2012

UPDATE RINGKAS LAGI DARI UTARA MALAYSIA!

Assalamualaikum ...



Hari nie nak update ringkas, semalam takde update sebab lappy and bb takdo. Aku balik kampung kejap, sesaje jalan terus terlajak ke kampung halaman sendiri. Dan sekarang pun aku masih di negeri kelahiran sendiri. Buat apa? Jumpa mak le bagi hadiah hari ibu. Sebenarnya aku rindu mak ayah aku, jumpa sehari pun dah okey sebabnya nak tunggu cuti akan datang masa puasa nanti. Lambat sangat!


Sekarang pun tengah menghapdet dalam keto. Battery lappy yang baru dapat pagi nie dah nyawa nyawa ikan. Bagus kawan aku yang sorang nie, guna lappy tapi dia tak caj pun! Nasib la sempat publish ke idak entry nie ... heheheh. Aku sedang menaip lelaju nie tapi tidaklah selaju papan selaju tu. keh keh keh!


Lokasi aku sekarang nie, masih di hujung (utara) negeri Kedah. Rasa hati macam nak pi Bukit Kayu Hitam, tapi bergantung kepada keadaan kot. Walaupun aku dah check out dari rumah mak ayah seku sejak 8.00am, tapi aku masih lagi kat negeri yang sama. Kalau nak diikutkan  masa nie, maybe aku dah sampai Rawang. Itu pun kalau kelajuan 110km/j maintain ..... rasanyelah!


Okeylah stop dulu tang nie, sebabnya .... takut battery lappy nie padam, apa pun tak boleh ... he he he





CK : Awal pagi dah makan ayam KFC ..... mengalahkan minah saleh je!


Monday, May 7, 2012

CARROT CAKE PINKY!

Assalamualaikum ...




Aku baru balik dari kerja, arinie pergi balik kerja naik Nadi Putra. Best juga sesekali naik bas nie. Cumanya aku akan naik Nadi Putra pun setahun tak lebih 10 kali je. Sampai rumah tadi, lapaqlah sangat. Terus aku masak. Sudah masak and makan ... apalagi blogginglah.


Nak share dengan korang hasil yang aku buat masa aku bosan weekend baru nie. Rujuk entry pantang bosan kat sini <-----. Tapi jangan dok gelaklah! Hasil dia tak cun pun. Aku nie tak pandai sangat nak buat cake. Tapi entah macam mana tetiba aritu terfikir nak buat carrot  cake plak. Apalagi ... trylah! Sampai bila nak cakap tataukan .... kena belajaq juga!



Ini hasilnye. Carrot Cake Pinky! Comotnye aku deko. Maaflah, tangan aku memang keras dan inilah pestime aku deco cake. Memang sangat tak pandai. Tapi cam bestlah deco cake camnie ... lepas nie macam nak try deco lagi sampai jadi cun daripada nie ... he he he!! Aku mula jatuh cinta untuk membaking tapinye, aku tak suka plak nak makan. he he he haru sungguh!!



Carrot cake setelah dipotong. Kalau korang perasan, bawah cake tu cam terhangus sket. Terkuat suhu oven masa tu. Tapi takdelah rasa pahit ke ape ... rupa je hitem sket je pun. Boleh makan lagi ... kui kui! Recipe carrot cake aku ambil dari belog Intanberlian! Kalau korang nak cuba boleh ceduk kat sini <-----. Terima kasih share recipe nie ... Cuma ada part2 tertentu aku kurangkan terutama gula. So, cake yang aku buat nie rasanye tak  manis sangat pun. 


Lepas nie nak baking lagi, tapi aku nak baking cake yang mudah-mudah je. Cake ape ... tatau lagi. Nanti dah dekat raya sonang ... aku leh baking siap2 bawa balik menjamu orang kempung aku nanti. Mesti depa bangga ... kah kah kah!!


Tadi aku masak tomyam sosej serabut versi diet! Nanti aku share dengan korang ... tomyam yang aku buat tadi memang serabut giler. But, sodap juga rasanye ... he he he. Dah habis masuk perut!


Okehlah, aku undur diri dulu. Solat Maghrib beb .... jom jom!!




CK : Sesekali naik bas, rasa aman!

Saturday, May 5, 2012

SCHA SELAMAT MENJADI ISTERI AWAL ASHARI

Assalamulaikum ...





Semalam, ASTRO dikatakan akan buat siaran live mengenai pernikahan Awal Ashari dan Scha. But, aku tunggu takde pun! Dah 1Malaysia kena tipu dek Astro nie. Mentang-mentanglah dia kongker semua, senang-senang je tipu menipu rakyat 1Malaysia. Haish ... geram aku. Aku benarnya tak pueh hati ngan Astro nie, member aku yang sorang dekat office pun dah boikot Astro. Dah potong line dah pun. Katanya buat apa nak bazir duit bayar ke Astro lagi, balik-balik ulang citer yang sama lepas tu service tax dia kenakan kepada kita sebagai customer, sedangkan Kerajaan kenakan tax tu dekat dia untuk dia bayar bukan customer yang bayar! Tengok ... cerdik tak cerdik Astro nie!! 


Service Astro pun dah tak bagus, baik tengok siaran free je bak kata kawan aku. Duit yang bayar Astro tetiap bulan tu masukkan dalam ASB, tunggulah 20 tahun lagi apa akan jadi. he he he, orang kaya selalu berjimat cermat bak kata Tuan Mydin (Di Sebalik Tabir Mydin), so ... perlu ke aku buang Astro untuk jadi kaya! ha ha ha ... cam sengal plak ayat nie.


Okeylah, sambung pasal pernikahan Scha dan Awal, Alhamdulillah dorang dah selamat dinikahkan malam tadi. Scha pun dah jadi isteri orang dan Awal jadi suami orang. Eloklah tu, bercinta lelama pun kadang bermacam ranjau dan duri perlu dihadapi. Kalau dah nikahkahwin, ranjau dan duri boleh dilalui bersama bila ada ikatan sah serta halal tu lebih kukuhlah hubungan serta komitmen menghadapi apa sahaja tu lebih tinggi! Kalau orang tanya aku, aku sebenarnya tak suka prinsip bercinta lelama dan makan tahun nie ... bagi aku suatu benda yang buang masa dan memenatkan! But, semua itu bergantung kepada ketentuan Allah jua. Kadang, ada yang jumpa 3-4 bulan terus nikah, kadang ada yang bercinta bagai nak rak 7-8 tahun baru nak sampai seru nikah. Maybe tengah kumpul duitlah tu. 


Macam aku pernah bercinta sampai 3-4 tahun, last-last orang kebas! Aku pun dah blurr kejap time tu. Aku taknak cinta lelama tapi fikir plak takkan aku nak pi meminang dia kan kan kan!! Itu cerita lama, memasing dah dapat balasan Allah, moga ada yang ambil iktibarlah hendakNya. Aku pun dah lama tutup cerita tuh walaupun tak tutup rapat sangat sebab nk jadikan peringatan buat diri sendiri pada masa akan datang. Putus cinta tu benda biasa, tapi akan jadi luar biasa kalau kita tak dapat kawal emosi dan rasa kecewa. Macam-macam boleh kita buat tanpa sedar! So, sesape yang putus cinta tu ... banyak-banyaklah bersabar serta tabahkan hati. Percayalah, jika Allah sememangnya tentukan dia buat kita sebagai jodoh, orang ambil macam mana pun dan terpisah macam mana pun Allah tetap akan kembalikan dia pada kita. Mungkin perpisahan sementara itu adalah ujian untuk melihat diri kita kuat atau tidak untuk menghadapinya!


Tapi kalau dah dapat yang lebih baik dari sebelum nie, tak payahlah terhegeh-hegeh nak terima pada yang blah dari hidup korang sebelum nie plak. Korang boleh je lantun dia bila-bila masa .... ha ha ha jahat giler aku! Cinta, kasih dan sayang nie benda subjektif ... susah nak ulas lebih lanjut sebab masing-masing ada pemahaman sendiri. So, dah besar nie ... bijak-bijaklah fikir sendiri ya!!


Aku pula, seronok bila dengar cerita orang sana nikahkahwin dan orang sini pun nikahkahwin! Semoga semuanya berkekalan bukan sahaja sehingga anak cucu tetapi sehingga ke syurga sana! Amin ...


Aku?? Tunggulah, dah sampai seru nanti dan bertemu jodoh adalah. Usaha-usaha dah, skang doa dan tawakal ajelah. Kalau Allah nak beri, Dia tetap akan beri. Relax-relax sudah. Aku sibuk berdiet nie pun orang dah syak wasangka aku nak kahwin .... eh! orang kahwin je ke sibuk berdiet?? Cer habaq mai kat aku sket .... Tapi kalau aku nak kahwin pun apa salahnye kan ... benda baik la beb!




Tahniah Scha n Awal! (Bila aku tengok pic Scha nie, tak nampak seri pengantin dia. Cam biasa-biasa je muka dia cam selalu berlakon. Selalu kalau pengantin akan naik serinya!)







Gambaq yang nie ... Scha nampak berseri!! Baru ada seri pengantin. Memang sepadan dorang ni. Semoga Bahagia Scha dan Awal!







CK : Hidup perlu merancang, tapi tak semua perancangan itu berjalan sebaik yang kita harapkan.

Friday, May 4, 2012

PANTANG BOSAN!

Assalamualaikum ....






Aku nie bukan boleh duduk rumah sensorang! Kalau aku tak tidur atau tengok tv atau layan internet .... mestilah ada benda lain aku buat. Sekarang nie dah kurang tidur sangat ... tgk tv pun camtu-camtu je tapi internet boleh dikatakan selalu!


But, kalau aku tak buat semua tu .... of course aku akan cooking ... baking dan yang sekawan dengannya! Baking skang dah jadi hobi baru aku. Aku nak try and learn bak kate kawan aku bab baking membaking nie, kot esok-esok aku boleh buka bakery sendiri. Insya-Allah! Tapi antara baking dan cooking ... erghhh apa beza yek, aku lebih suka cooking! Cooking is fun and baking is fantastic boombastic!! ha ha ha


Dah tua-tua nie baru aku sibuk nak belajar buat kek ... buat kuih dan nak buat roti. Dulu, masa mak duk bising suruh belajar aku wat dunno je. Bagus punya anak!! Walaupun aku berada dalam mood diet, tapi aku tetap masuk ke dapur. Dan malam nie aku wat sebiji untuk adik aku yang sedang mengidam. Biasalah bawa budak camtulah. Aku pun 1st time buat kek nie, tataulah menjadi ke idak ... dan kek ini adalah jenis kek kedua yang aku wat selepas caramel kek sebelum nie. Aku rasa kek yang nie lagi sonang kot penyediaan dia berbanding caramel kek ....



Memang aku nie pantang bosan, mulalah kepala fikir nak masak macam-macam! Dapur tu macam syurga dunia untuk aku kadang-kadang. Walaupun tak pandai mana pun memasak dan tak secekap mana pun, tapi aku memang minat giler bab masak memasak dari dulu lagi. Cuma bila datang penyakit M kecik dan kadangkala M besar .... minat aku boleh membeku buat seketika! ngeh ngeh ngeh. Biasalah, manusia nie mood dia turun naik sket. kui kui kui ...

Dan sekarang nie, aku tengah dok tunggu benda kat bawah nie masak. Benda nie pun skang berada dalam oven sedang memanaskan dirinya! Ermmmmm .... tak sabarnye menunggu hasil air tangan sendiri. Agak-agak yummie dooook???




Merisau je menunggu hasil dalam oven tu ...



Sementara menunggu cake aku tuh masak, jom layan Super Spontan dulu. Ini pestime nak layan program nie coz aku bukan langgan pun Warna at Astro Menipu tu. Memandangkan dia baik hati bagi free sampai 6 Mei nie, layan je! Aku skang dah mula menyampah dengan Astro .... ntah pape. Rasa nak terminate ... nak terminate! erghhhh geram.


Okeylah, aku cau cin cau dulu ye .... thanks for reading, nanti hasil dia aku tunjukkan kemudian. Jadi ke idak????






CK : Bau semerbak dah!! nyum nyum ....