Showing posts with label Blog. Show all posts
Showing posts with label Blog. Show all posts

Thursday, June 19, 2014

SUAM-SUAM KUKU

Assalamualaikum ...


Peringatan awal! Blog aku ni akan jadi blog suam-suam kuku. Nak update pun mood turun naik. Sape yang selalu singgah kat blog cik puan kedaung nie, terima kasihlah. Cik puan kedaung sekarang ni tak stabil sikit tahap kesihatannye. Asyik demam malam. Demam malam ni style zaman study dulu, siang sihat ... malam mulalah badan panas. Dah seminggu dah jadi camnie, masa wedding jiran sebelah rumah omak mertua Ahad baru nie, tak lepak lama pun rumah kenduri tu. Mood tak menentu, dengan panas ... rasa penat, rimas plak tengok orang ramai-ramai. Lepas makan je terus balik rumah omak ... tidur!

Begitu juga dengan blog ini. Turun naik macam mood nak update blog juga. Dulu, update blog ada dah time-time tertentu, sekarang ni update ikut rasa tekak je. Aku dah perasan, entry makin kurang. Bila nak start tulis belog, tangan menggeletis je tapi akai tak tahu nak karang mende. So, baik diam-diam dulu. Kalau setakat letak gambar tapi takde cerita pun macam tak best, balik-balik gambar makanan ... lagilah korang rasa, "apalah blogger neh ... makan je tak berenti!". Ya .. cik puan blog sekarang ni makan tanpa sempadan. Asal perut minta makan, tengah malam pun cik puan akan masak nasi. Hasben yang dah start diet nasi pun terpaksa telah juga makan nasi. Kesian dia, baru turun berat 2-3 kilo, dah kena stop diet. Sorry ye sayang!

Sebelum cik puan habis merapu tulis blog arini, meh kasi tayang pad thai buatan cik puan. Hasben cik puan suke makan pad thai buatan air tangan isteri dia. Dan ini pestime cik puan masak pad thai. Itu pun sebab kawan-kawan opis cakap, kuewteow pad thai ni ada jual kat pasaraya, versi kering. Kita cuma balik rebus, then toskan dan goreng. Cara goreng cam buat bihun/mee goreng cam biasa tuh ... cuma pad thai nie pedas-pedas dan rasa macam tomyam. Sedap!


Pad thai sotong versi cik puan. Pernah makan pad thai ni masa pergi Bandung tahun lepas. Rupanya versi kering ada je jual dekat Mydin. Satu pek pad thai nie, rege dia RM7.00 tak salah cik puan, boleh makan 4 orang. Tapi kalau aku dengan hasben ... cuma berdua je lah. Hasben cik puan makan untuk 2 orang ... sama gak isteri dia, makan untuk 2 orang gak. he he he he. Lately, cik puan tak selera makan dekat luar, tekak rasa geli plak. Kecuali malas masak ... makan jugaklah, itu pun tak habis. Kang singgah kedai mana-mana beli roti plak. he he he 

Tengok tu, nak update pasai blog yang suam suam kuku, dah tercerita pasal makan. Eh, terpanjang plak entry neh.... he he he he! Adatlah, nama pun blogger kan ....




p/s : Tengok makanan terus rasa lapar sangat

Friday, May 16, 2014

HEADER BARU

Assalamualaikum ...


Dah 5 bulan berlalu untuk 2014, aku baru terasa nak tukar header. Lama jugalah aku guna header awek dan boifrennye tu. Aku bukan reti nak buat header cantik cam korang. Main hentam je. Tak kreatif sangat. Semalam, lepas balik keje ... menunggu hasben balik, mai kita godek blog. Pandang blog sendiri rasa ... sama je ... macam tu je. Takde perubahan pun? Makanye dengan sedikit ilmu dan idea yang tak berapa nak kretip, akhirnya terhasillah header kanta pembesar nie. he he he. Tak semenggah je rasa. Tapi bolehlah. Dari takde apa perubahan langsungkan. Nanti esok-esok ada masa aku try edit yang baru lagi. 



Boleh la dari takde. Header lama tu aku simpan buat kenangan dalam folder. he he he. Sesekali nak juga ubah citarasa. Aku nie bukannya reti sangat bab IT. Selalunya google je kalau nak buat benda-benda berkaitan blog nie. Kalau ada kelas, bolehlah join sama. hu hu hu.



Ini header yang lama. Dan lama jugalah aku bersama header mak dan anak gajah ni. Dari aku bujang sampailah dah kahwin. he he he. Esok kalau aku rajin, aku buat lagi header lain. Sampai aku rasa macam dah letih sangat ... jadi gunalah apa yang ada. Kalau takde header rasa macam bogel pulak blog aku nie. Dah la blog pun biasa-biasa je. Header pula takde. Tak ke rasa macam sadis je nanti. he he he

Okeylah. Mata dah kuyu. Masuk tidur dulu. Esok dah Jumaat .... lusa dah cuti. Tapi aku tak cuti. Sabtu Ahad maybe kena keje, tapi aku plan ngan hasben nak pi tengok Red Bull Air Race dekat Presint 4, 5 dan 6 Putrajaya. Dapat tiket free kau! 9 keping ada lagi kat aku. 1 dah letgo kat kawan. Esok kawan hasben nak dua .. so adalah baki dalam 3-4 lagi. Tatau nak kasi sape. Benda percuma, so kita kasi orang pun percuma. Tak rugi apa-apapun.

dah dah ... start melalut plak. nite ye.

Update : Sebelum tidur aku try lagi buat satu header. so sekarang, ... ini header terkini yang aku guna. he he he. Sempat lagi tuh! Aku kan species manusia yang susah puashati dengan keje sendiri. Nak cerewet dengan diri sendiri takpe, jangan cerewet dengan orang lain, nanti orang menyampah.







p/s : Rabu keje sampai malam, tadi balik keje letih sesangat!

Friday, April 11, 2014

ENTRY 1000 UV PUNYA PASAL

Assalamualaikum ....


Korang ingat tak? Last week aku ada buat entry macam mana nak naikkan 1000 UV sehari. Kiranya aku macam bagi tips baik la untuk korang. Bukan main pulun lagi aku bagi tips tu dekat korang, dengan harapan korang ambillah tips tu sebagai satu usaha untuk menaikkan UV memasing. Aku pun pulun juga la sikit-sikit untuk mengamalkan tips yang aku sendiri bagi kat korang. Aku pun nak 1000 UV sehari juga macam korang korang semua.

Dan kerana entry berkenaan, hasben aku asyik dok tazkirah je aku manjang pasal blog. Dia tak marah pun aku blogging sebab dia pun faham, kalau aku dok diam je kat bilik tak pegi teman dia tengok tv kat ruang tamu, sudah pasti dia akan datang pelan-pelan ke bilik tengok aku dok buat apa. Hah, apa lagi ... blogginglah! Kalau tak aku edit gambar. Pulun pulun ... jangan sampai terabai hasben sendiri kerana blog sudahlah. Dosa!

Aku rasa hasben aku ada baca pasal entry aku, entry nak dapat 1000 UV tu lah! Sekarang ni kalau pi jenjalan memana aku macam lembap je nak ambil gambar mesti dia bising. Pot pet pot pet dalam kereta. Macam nak gaduh pun ada. Tapi kadang aku rasa lucu dan happy pulak. Kadang rasa nak sentap juga. Yelah, dia bising aku ni slow bebenor nak ambil gambar kalau dari dalam kereta. Hasben aku selalu cakap "tangkap je gambar apapun yang pelik-pelik dan menarik nanti boleh buat entry. Kenalah rajinkan tangan tu ambil gambar. Banyak gambar nanti boleh buat banyak cerita. Baru boleh dapat sehari sampai 1000 UV. Ni tak kalau asyik cerita sama je, mesti orang tak nak baca blog sayang! Nanti satu gambar dah boleh buat satu entry, macam-macam sayang buat cerita best-best kongsi dengan pembaca. Barulah dorang seronok nak baca". Pheeewwwww .... hasben oh hasben!

Aku tak kisah sangat hasben nak berleter dengan aku, sebab benda ni bukan sehari aku lalui dah bertahun-tahun selama kenal dia. So, aku dah lali. Bila dia berleter, aku rasa dia memang ambil berat dan ambil tahu dengan apa yang aku buat. Kalau dia takde aku rasa sunyi. Yelah, takda sapa nak kesahkan apa yang aku buat. Aku lagi suka dia berleter supaya aku ni cepat sedar tentang apa yang aku salah dan tak leka dalam sesuatu keadaan. Sebab itulah, aku rela je tadah telinga. 

Dah banyak gambar yang aku ambil, nak mengarang cerita yang kadang tak sempat. Nak-nak sekarang ni kekangan masa yang tersangat. So, update mana yang sempat ajelah dulu. Apapun, aku rasa happy sebab aku berblog dengan keizinan hasben. chewaaaaaah!

Korang macam mana ... hasben korang takde ke suruh dapatkan 1000UV macam hasben aku ni? kekekekeke



p/s : rasa comel tengok hasben sendiri berleter. huhuhuhu

Thursday, September 19, 2013

BLOGLIST

Assalamualaikum ...


Sesape yang kerap berkunjung ke blog kedaung nie, pasti akan perasan bloglist dah takde. Sorry pada kawan-kawan blogger yang pernah tersenarai dalam bloglist aku tu. Ada sebab kenapa aku terpaksa remove bloglist berkenaan. Ada blog yang ada virus. Maybe sebab favicon kot. Untuk sementara nie, aku taknak add bloglist lagi.


Tapi do not worry yek .. kebanyakan yang ada dalam bloglist aku sebelum nie, semuanya aku dah follow. So, aku boleh blogwalking ke blog korang bila-bila masa korang update. Kalau korang tak update, takdelah aku jenguk. 


Untuk kesekian kalinye ... maafkan aku. Namun, sedikit masa lagi aku tetap masukkan bloglist berkenaan. Aku sebenarnya tak selesa kalau takde bloglist kat blog aku nie ar. 



CK : ;=)

Sunday, August 18, 2013

HARI MINGGU DAN BLOG

Assalamualaikum ...


Morning u'olls ...

Korang tak update entry ke weekend camnie?
Aku perasan kalau weekend kebanyakan blogger jarang update blog
Aku plak kalau weekend dok umah, mahu berentry-entry aku update
Walaupun entry berlambak, susah la plak nak dapat UV
Coz memasing dah kuar dating di hari minggu, aku je terjelepok depan pc
Takdelah orang nak baca entry yang aku update. Ish .. kesian ...

Ada masa biasanya aku blogwalking pun hari minggu ajelah. Tu pun kengkadang.
Semua blog aku terjah, kadang-kadang sampai berejam mengadap blog je.
Bila time busy, berhari-hari barulah jumpa blog. Tapi bukannya update.
Setakat baca ulang tayang entry lelama je ;-D

Tapi aku gak perasan, mana yang blogger tegar tu mesti update blog kurang-kurangnya 3 entry sehari
Hebat tul dorang nie. Banyaknye la idea.
Kan best kalau aku dapat jadi cam korang ... tapi dah cam full time blogger plak
Dah tak leh nak wat keje lain. Takmolah camtu. Aku nie part time blogger je pun
Sebab tu update ikut suka hati sendiri jerk.

Skang ni pun aku dah jarang wat auto publish entry. 
Bila taip entry je terus rasa tak sabar nak publish. Camne nak wat auto publish kan?
Aku plak yang jadi jenis tak sabar baca entry sendiri...uwwwweeeekkkk *cam la entry sendiri best*

Dah sorang-sorang tak buat apa ... ngadap blog ajelah sampai lebam.
Semalam aku dah kemas ruang tamu, hari nie plan nak kemas bilik belakang
Baru plan, tapi tak tahulah berjaya ke idak plan nie ... he he he
Kalau tak berjaya, nak kuar sat pi car wash. Kete dah bersalut kotor dah. Geli nak naik.

Kadang aku fikir, menulis blog nie lagi best dari dok ramai-ramai pastu mengumpat orang.
Buat dosa je. Tapi tulis blog pun jangan lah ngata orang juga ... ye dak? Kalau tak sama je dosanye.


Takda kene mengena dengan entry nie ;-D




CK : Tengah fikir nak masak apa for breakfast ...

Saturday, June 1, 2013

KENAPA ADA DUA??

Assalamualaikum ...





Sapa-sapelah yang perasan aku punya dekat bawah entry aku, kenapa benda kat  bawah nie ada dua?? Perasaan tak yang aku bujurkan warna merah dan warna biru tu .... "jari jemari menaip oleh cik kamoo" .... ada dualah benda tu. Setahu aku sepatutnya satu je.






Ada sapa-sapa boleh tolong aku macam mana nak hilangkan salah satu. Aku nak satu je ... satu pun dah cukup! he he he









CK : Terlebih setting dan gatal tanganlah tu!

Tuesday, March 26, 2013

TAK SAMPAI SEPARUH

Assalamualaikum ...





Semalam aku dah khabar dalam entry nak publish and reply semua komen. Tapi sebagai manusia kita cuma merancang sahaja. Tak sampai separuh pun komen tu aku publish and reply. Aku bajet semalam akan sampai rumah awal. Nak rehat! Itu yang utama .... rehat ;=)


Tapi lepas habis kerja, pergi makan dengan darling aku tu ... my BIL call, anak buah aku masuk kecemasan kat Hospital Putrajaya. Apa lagi memecutlah aku ke sana. Sampai je kecemasan adik aku plak sms bagi tahu benda yang sama walhal aku dah sampai depan pintu kecemasan dah. Rupanya, my anak buah yang 4 bulan tu semput. Adik beradik asthma gaklah tu. So, kena amek nep. Dah pergi klinik kesihatan, tapi sebab dah teruk sangat kena masuk kecemasan.


Uihs, kesian .... kesian bila baby besar tu nak kena nep bagai. Hari sebelum tu masa aku jaga dia, memang dah nampak tanda-tanda semput nak kritikal dah. Sebelum nie aku beberapa kali ajak adik aku pergi nap baby dia. Tapi dia nak tunggul husband dia datang juga. So, semalam teruslah dia kena tazkirah dengan aku depan kecemasan. Takdelah nk tazkirah seserius mana ... sambil lalu je tazkirah supaya after this dia alert tentang her baby! Kesihatan baby penting .... sebab muda dijangkiti penyakit.



Dari kecemasan aku gerak agak awal balik rumah. Bawa anak-anak dia yang lain. Sampai rumah cam dah penatlah sangat. Mandi then layan tv ... buka lappy kejap, skype dengan darling pastu mulut dah terkuap kuap. Tengok blog ... ingatkan nak usahalah publish dan reply komen sampai habis. Takdenya mampu .... mata dah takleh tongkat lagi dah. Sudahnya, masuk tidur ajelah! he he he


Malam nie nak cuba lagi publish ... and reply!! Lagi tak buat, tak senang hati ;=)






CK : Hari nie darling aku dapat APC! Dia kata rezeki kahwin ... lately aku memang perasan, rezeki kami berdua makin murah. Rezeki nak kahwin kot gamaknya. Nak saving pun dah senang.

Friday, March 22, 2013

KOMEN

Assalamualaikum ....





Salam Jumaat.
Pejam celik, pejam celik ... dah Jumaat.
Cepatnye masa berlalu skang nie.


Hari nie nak sembang pasal belog je. Nak up citer lain sumer ada gambar yang kena edit. Tunggulah dulu. Sekarang nie ada 80 comments dekat belog aku yang belum dipublish. Huh, nampak nau kurang rajin skang nie. Update belog pun sehari sekali je. Eh, mana mood mencanak blogging aku nie. Dulu, kalau nampak komen, cecepat publish dan reply sekali. Skang nie, nak publish and reply terus pun lom mampu. Kang aku publish je tak reply korangnye komen cam tak bestlah pulakkan!




So, aku biarkan aje commments tu macam bertambah je dari sehari ke sehari. 80 comments. Esok lusa, bila dah selesa nak hadap blog nie sepenuh hati, aku akan publish dan reply sekali. Heh, korang jangan serik plak nak tinggalkan komen kat belog aku. Ini baru prestime aku buat perangai cenggini. Maklumlah mood ke laut je manjang ... ha ha ha dah tu aku agak busy.



#jangan serik meninggalkan komen di blog ku! he he he



Skang nie kepala pun sedikit kusut nak menentukan tarikh pertunangan. Asal pilih tarikh je, ada plak hal saudara mara dn kengkawan yang kitaorang kena pulak dahulukan. Takpelah, kitaorang merancang je ... In Shaa Allah moga Allah permudahkan urusan kami nie. Eh, doakan kami same ye ;=)






CK : Mak ayah dah setuju, kepala mula serabut nak fikir ....eh, nak buat apa lepas nie, lepas tu .... ermmm

Thursday, March 14, 2013

3 TAHUN

Assalamualaikum ...



Morning korang!


Harap korang sumer sihat. Boleh buat kerja dengan baik dan sempurna. Jangan lupa breakfast! Wah, baiknye aku hari nie. he he he. Siap bagi nasihat bagai. Tak pernah-pernah. Buang tebiat gamaknye. Okeh, abaikan semua ini. Ini semua poyoooo ....


Pejam celik, pejam celik. Semalam dah genap 3 tahun aku menjadi blogger yang ala-ala tegar. Dah 3 tahun usia blog ini. Hari ini dah 3 tahun 1 harilah! Walaupun aku blogger ala-ala tegar yang kejap kejap nak update je. Pergi mana-mana ingat belog. Ambil gambar sebab blog. Pergi makan ambil gambar sebab blog. Bak kata banyak benda yang aku buat dan lalui semua nak cerita kat blog.  Apapun, cerita aku masih berpadalah. Kalau terlalu personal tak adalah aku share dekat sini. Simpan dalam hati sudah ;)


Sepatutnya 13.3.13, aku meraikan usia 3 tahun belog aku. Tapi kesibukan melanda, tak sempat nak bercerita apa. Akhir-akhir nie pun aku banyak buat entry autopublish, terutama time pagi. Tak sempat nak update belog kat office. Kang kena hamun. Kalau petang aku update pun bila orang takde kat office. Buka belog pun kejap-kejap. Nak berblog penuh perasaan kena tunggu balik rumah dulu. Baru rasa bebas!


Sepanjang 3 tahun menulis belog, banyak yang suka dari duka. Memang meluaskan pemikiran dan kepala otak aku. Kalau duka dan terasa hati dengan komen-komen rakan blogger, adalah sikit. Tapi takdelah sampai terkesan di hati. Aku abaikan je selagi tidak memudaratkan.


Actually, nak share sketlah ngan korang. Aku buat dan tulis blog nie bersebab. Masa tu aku hanya nak luahkan rasa kecewa aku tentang perkara sekeliling. Nak jadikan belog nie sebagai pengubat duka aku. Aku sign up blog supaya aku dapat lupakan segala kesedihan dan kegagalan yang aku lalui. That time aku dah tak tahu nak buat apa untuk menormal dan membahagiakan diri sendiri. Takkan nak terjun bangunan plak kan? Bodoh namanye tu ....



So, aku decide menulis blog. Mula-mula tu tatau pun pasal blog sangat walaupun aku pernah ada 2 blog sebelum nie yang telah terkubur. Satu tu aku dah lupa password, yang satu tu aku dah privatekan. Sebab tak best ... ha ha ha sendiri tulis sendiri yang rasa tak best plakkan? Belog nie pun belum tentu best....he he he


Nama blog. Mulanya aku letak secretwordfromheart.blogspot.com. Panjang giler nama! Masa tu tak tahu pun tentang kepentingan nama url blog. Tak pernah study pun tentang blog jauh sekali nak amek tahu pasal Nuffnang yang boleh buat side income. Ish, kalau dari dulu tahu .... dah kaya kot! Tetiap bulan cek NUffnang sampai rumah. ha ha ha .... berangan!!! Nama yang aku letak memang ada kaitan dengan kehidupan aku. Banyak sangat secretnye! Banyak sangat dok pendam dalam hati! Mula ingat nak guna nama sendiri, tapi cam malas plak ... kang glemer susah plak. Nak kena bergambar dan sign autograf je manjang. Eh, perasan lagi! Perasan tak kena bayar, so ko perasan 4-5 juta kali pun aku rasa okeh lagi kot. keh keh keh ...


Sekarang nie belog aku dah bertukar nama : rempitkehidupan.my


Simple dan padat bagi aku. Senang nak ingat. Setahun bayarlah RM20 kalau nak guna nama nie sampai bila-bila.


Untuk nama aku sebagai penulis, aku letak nama CIK KAMOO, nama yang kawan, teman, kekasih aku selalu panggil dulu. Dia nie kalau sms aku manjang ayat dia, "kamoo buat apa? kamoo dah makan ...?". Asyik kamoo kamoo, last-last lekat nama tu kat aku. Cuma skang dia dah kurang panggil nama tu. Panggil nama sebenar macam ayah aku selalu panggil ....



Sepanjang 3 tahun dan 1 hari .... aku dah menulis 1737 posts. Menulis dan merapu dalam masa yang sama. Berkongsi maklumat terutama pasal makan, makanan dan memasak. Sebab aku suka makan! Berkongsi tentang lokasi menarik, travel .... dan macam-macamlah. Tapi semuanya lebih kepada kehidupan peribadilah.


Aku berterima kasih kepada korang yang menjadi followers blog aku. Selama 3 tahun .... followers aku genap 1299 orang! Korang follow bermakna korang beri aku semangat. Dan komen yang aku belum lagi publish adalah 45 comments .....awaiting moderation! Tak sempat weh nak publish dan reply komen korang. Sabar yek. Sekarang nie aku tak cukup tidur, kat office tak boleh nak blogging je. Kang kena penampar jepun. Naya!


Pageviews blog aku 385619!! Okeylah kan .... hebat juga ape? he he he


Sejujurnya aku happy jadi blogger. Banyak benda yang aku google untuk belajar dan banyak benda yang aku dapat dari blogger yang hebat-hebat. Jika nak dibandingkan dengan aku, apalah sangat. Memang blogger picisan je.



Disebabkan aku rasa happy ada belog, seronok giler jadi blogger .... kalau tak update sehari ... aku boleh jadi resah! Teruk sungguh .... 



#nak cerita banyak lagi.....tapi dah tak berdaya nak menaip dah nie.





CK : Happy birthday belog CK!!!

Saturday, February 16, 2013

700

Assalamualaikum ....





Semalam hari Jumaat, rehat lama. Kalau time rehat lama di hari Jumaat tak keluar pergi mana-mana ... waima Alamanda atau balik rumah, telinga aku kenalah tadah citer-citer mengarut makcik-makcik dan ahkak-ahkak dekat office. Dan aku rela dok kat messy desk sendiri dari bercampur gaul dengan mereka. Rasa nak sumbat kapas kat telinga. Boleh bernanah kalau dengar citer-citer asyik kutuk dan gelakkan orang lain. Benci sungguh!! Aku tak tahu kenapa dorang nie asyik nak membangga diri memanjang pastu buat ketupat secara berjemaah walau bukan time raya! grrrrrrrrrrr ....



Dari aku terus membiarkan telinga aku melayan citer-citer bangang lagi membangang, baik aku check akaun Nuffnang. Sekarang nie cuma satu je CPUV yang masih bertahan dekat belog aku. CPUV yang masih setia itu dari DiGI Iphone 5. Tiada CPUV Februari pun lagi. Harap-harap lepas nie adalah hadiah Chinese New Year dari Nuffnang. Kalau adalah!



Disebabkan takde CPUV baru, aku nak share pencapaian UV aku setakat ini. Alhamdulillah, UV aku dah berjaya cecah angka 700 sehari! Yeeeayyy 700 tu. Sila lihat bagi tarikh 14/2/2013. 734. Sukenya hati. Walaupun korang lebih hebat dari aku dengan beribu-ribu UV, tapi aku baru nak merasa UV sebanyak ini. Weekdays je dapat merasa UV cenggini, kalau weekends .... dan cuti umum, UV pun merudum ;=(


Aku harap suatu masa aku mampu untuk capai 1000 UV sehari. Moga-moga. Walaupun aku tak sebaik blogger lain yang mampu update 3-4 entry sehari. Aku telah cuba untuk up entry sekerap mungkin. Tapi kerana kekangan masa dan idea juga, sekarang nie aku masih maintain dengan 1 entry sehari. 1 entry je ko mampu?? Ye, 1 entry je .... huk huk huk




Dan akhir-akhir ini aku perasan keywords yang dicari orang dalam blog aku adalah perkara yang sama. Resepi Tomyam dah beberapa lama menjadi juara keywords dalam akaun Nuff aku, disusuli dengan menu diet dan diet atkins! Disebabkan belog aku nie bukan pun mesra SEO, so ... susahlah nak UV terlampau banyakkan. Aku nak main SEO pun tak reti. 




But, bila tengok UV sedemikian rupe. Hati aku rasa berbaloi aku jadi blogger. Ada belog. Dan menulis belog. Ada juga yang sudi baca. Terima kasih ye ;=)




Aku tak tahu sampai bila aku akan menulis dekat belog nie??






CK : Suatu masa ... yang bermula pasti berakhirkan??

Tuesday, January 22, 2013

TAK LEPAS DENGAN BLOG!

Assalamualaikum ....




Hye ... u'olls!



Aku kadang-kadang kena tazkirah dengan si teman. Dia cakap aku nie giler blog. Pergi mana-mana tak lepas dengan camera dan amek gambar. Dan manjang nak ada lappy dan broadband. Dia ada masanya komplen, "saya tengok awak nie kalau dapat lappy diam je .... tak lepas dengan belog! Senang je nak bagi awak duduk diam. Bagi lappy satu dengan broadbandkan??". Okeh itu aku. Kau kena terima sayang!!


Kehidupan aku setakat hari ini selain Dia Yang Maha Kuasa .... aku cuma ada mak ayah, abang & adik2 yang dah ada family dan sibuk dengan family sendiri, si teman dan beberapa kerat bff! Itu je aku ada. Kemudian aku upkan kehidupan aku dengan mempunyai sebuah belog. Untuk aku share perasaan, pengalaman dan cerita aku dekat sini. Walaupun cerita biasa-biasa, kadang ia buat aku terlepas dari tekanan hidup yg macam-macam.


Sebab tu lah till now, aku sentiasa inginkan smartphone ... supaya aku boleh blogging kat mana-mana. Aku dah request dengan si teman kalau dia nak aku ikut pi meeting siang malam pun aku sanggup asalkan ada smartphone suatu hari nanti. And he promise ... on day dia akan belikan. Tapi kena sharelah. Tak kisah, janji ada. Share pun sharelah. Dia tak nak aku bosan menunggu dia meeting yang tak kira masa siang dan malam.


Macam semalam, bila dia kata ajak balik dari office, mesti aku cakap, "sat ... nak siapkan satu entry!". Dia pun tunggulah aku. Walaupun dia mengomel, tapi Alhamdulillah ... dia sangat rajin ambil gambar untuk aku. Apa-apa yang dia rasa gambar tu menarik atau join mana-mana event dia akan bagi gambar dekat aku. Supaya aku boleh masukkan dalam belog. Hakikatnya dulu, dia tak suka langsung aku jadi blogger. Malah dulu, aku saban masa kena perli. Aku sabar je lah that time. Aku yakin, suatu masa dia akan terima juga minat aku untuk menulis di blog kedaung nie.


Alhamdulillah, dia dah boleh terima aku ada blog dan suka menulis ... walaupun penerimaan dia belum lagi 100% sempurna. Tapi, at least dia menerima dan turut menjadi penyumbang bagi sesetengah entry dalam nie.


Aku pernah ada cita-cita nak jadi penulis buku dulu .... masa sekolah-sekolah, tapi tak kesampaian ... maybe kurang rajin kot berusaha. Sekarang nie, dapat menulis belog pun dah cukup walau tak sebagus orang lain. Sekurang-kurangnya aku tetap mampu menulis. 


Aku akan terus berblogging selagi mampu. In Shaa Allah [sumber ; abang google]


Kesabaran aku berblog, memang ada hasil. Dan aku suka apa yang aku buat sekarang. Walaupun member-member office cakap ... blogger nie masa dia habis dekat blog saja. Takda benda lain nak buat. Bagi aku itu lebih baik, daripada masa kau habis dengan jaga tepi kain orang! Sedangkan kain sendirik koyak kau tak sedar.







CK : Jadual aku penuh hari nie. Sendat rasanya!!

Friday, January 18, 2013

MAJU SELANGKAH DENGAN [DOT] MY!

Assalamualaikum ....




Alhamdulillah .... semalam dengan rasminya url : secretwordfromheart.blogspot.com telah bertukar kepada url : www.rempitkehidupan.my! Lebih senang nak sebut aku rasa. Dan paling penting mudah sket nak ingat. Kan kan kan!!



Inilah impian aku bila berblog. Nak maju dan maju sehabis baik. Man jadda wa jadda. Mula-mula blogging, memang aku dah tekad suatu masa nak juga ada [dot] com ataupun [dot] my kat url sendiri. Bukan bermaksud blogspot tak bagus ke hape ... tidak tidak! Blogpsot pun tetap bagus bagi aku ... free lagi. Aku bermula dengan blogspot. Dan aku masih lagi guna platform blogspot. Cuma urlnya sahaja sudah bertukar. [dot] my aku nie berbayar dengan fee sebanyak RM20.00 setahun. Berpatutan jugakan?? Nak maju ke depan, kenalah melabur sket. Melabur pada perkara yang kita suka, In Shaa Allah berbaloi. Moga-moga. Ameen.


 Petang semalam dekat office, dah habis waktu bertugas. Tetiba aku ada baca pasal boleh dapat [dot] my secara percuma terhad kepada 2,000 blogger Malaysia yang berumur 18 tahun hingga 45 tahun. Aku sesaje apply. Tak dapat takpe ... kalau dapat kena bayar pun oke je. RM20.00 je setahun. Harga yang munasabahkan?


Sebelum apply [dot] my nie, aku google sana sini cari info. Baik buruk. Cara nak tukar. Kesannya. Dan macam-macamlah. Bila semua aku puashati baru aku apply beli [dot]dom nie. Itupun bila permohonan dah berjaya aku tak terus tukar url. Masih fikir-fikir lagi. Habis fikir dan nekad baru aku tukar url. Tapi kalau korang linkkan ke url lama sekalipun, ia tetap akan terus ke url baru nie. Jangan risau.


Link kat nuffnang pun aku dah ubah dah. Harap lebih nie, nuffnang bagi CPUV dengan banyaknye. heeee


Pastu bila settle tukar url. Hati pulak meronta nak tukar template blog nie kepada yang lebih suci murni. Cheewah. Tahun baru. Wajah blog pun biar barulah sket. Baru semangat nak blogging. he he he. Ini pun tadi, aku bleh rindu semacam dekat blog nie. Rasa tak puas tatap wajah baru. But, sekarang baru ada masa nak tulis blog. Ada-ada je aku neh!!


Lepas nie tak tahulah apa lagi kemajuan blog nie. 13032013 nie akan genap usia blog nie 3 tahun! Paling lama bertahan berbanding blog yang dulu-dulu. Moga terus bertahan. Ameeen ;=)



Korang .... macam mana? Jom la bertukar kepada [dot]my ..... tapi fikir habis-habis dulu yek!





CK : Moga usaha ini ada kejayaannye. Ameen.



Friday, November 23, 2012

TAK BOLEH UPLOAD!

Assalamualaikum ...





Hilang mood aku nak update ... tetiba dah tak boleh upload gambar kat blog! grrrr
Korang alami masalah yang sama juga ke?
Camne yek nak settle benda nie ...?


Baru nak cerita pasai durian crepe, langsung hilang idea bila tak boleh upload gambaq.
Cerita tanpa gambaq yang terliur ... meleleh bagai cam tak best la kan.
Kang korang tak teruja!


So, camne skang nie? Apa aku nak buat bagi boleh upload gambaq balik nie ... tuluuuuuuun





CK : Takkan nak beli storage kot .... erghhhh


Friday, November 16, 2012

TULIS ... TULIS ....

Assalamualaikum ...





Rindunya kat blog nie. Bukan skit-skit punya rindu ... memang rindu habis. Rasanya tak pernahlah aku tinggalkan blog sesepi dan ia mula bersawang sket-sket. hu hu. Cuti hampir 2 minggu memang sangat seronok dan sangat penat juga!


Arini baru datang mood nak menulis kat blog nie walau mungkin ada sedikit kemerapuan. Sorry, lepaskan segalanya di sini ... untuk tenangkan hati juga! Actually, banyak perkara aku nak tulis. Dan banyak perkara aku nak share dengan korang. Semuanya sekarang ia bergantung kepada kerajinan dan kelajuan idea aku ... sama ada ia mencurah atau sebaliknya!


Nak share dengan korang tengan travel kesempatan ke Bukit Bendera ... nk cerita pasai hari berbahagia ... nak cerita tentang kepenatan aku selama hampir 10 hari ... entah sempat entah tidaklah nak menulis bagaikan  masa ini milik aku sepenuhnya ... selalunya aku ni bab berjanji menulis, ibarat menanam tebu di tepi bibir, berjanji ... pastu bila sibuk, cerita yang dijanji untuk diceritakan tidak pula pernah ditulis. ha ha ha ... masa ... masa ....


Walaupun aku menyepi diri dari blog, Alhamdulillah, UV aku tetap maintain ... masih ada yang sudi komen dekat entry lama. Yang komen bagai-bagai pun ada sampai aku terasa hati pun. Tapi abaikan ajelah ;(


Memandangkan aku dekat office, so untuk segala entry bergambar ... kena tunggu aku balik rumah edit segala gambar dulu. he he he


Ok, cukup dulu setakat melepaskan rindu .... ada yang rindu aku ke? eh, maksud aku entry kat blog nie ... ade ke?? hu hu hu





CK : Bila masuk office, terasa macam selama ini aku sorang je yang buat keje .... aku takda korang tak keje ke???

Wednesday, September 12, 2012

BLOG NOT FOUND!

Assalamualaikum ....




Rasa luruh jantung sekejap bila aku click url blog sendiri tetiba .... "Blog Not Found"! Hu hu, rasa nak nangis bai. 2 tahun aku tulis belog nie tetiba ...."Sorry, the blog at secretwordfromheart.blogspot.com has been removed."


Sape yang tak sentapkan ... sayang oi kat belog nie. Kat sinilah aku kongsi macam-macam cerita ... ada yang best dan maybe banyak yang tak bestkan. Tapi takpe, janji aku boleh hilangkan stress aku. Aku salurkan stress aku ke cara yang betui dengan menulis, ye dak??






Kalau korang on blog pagi-pagi tetiba yang keluar cam kat atas nie, apa perasaan korang??????





#nasib baik dapat balik blog nie .... hu hu sentap tadi!!!!








CK : Moga dipermudahkan urusan 365!

Tuesday, September 11, 2012

SEJAK-SEJAK RETI BUAT HEADER SENDIRI

Assalamualaikum ...




Sejak-sejak pandai sket guna photoscape dan GIMP, asyik-asyik buat header aje. Malam nie tukar header dan background lagi. Cumanya doodle untuk header tu adalah freebies daripada Fizgraphic. Thanks ye dik. Ahkak nie tak reti buat doodle, ada freebies .... ahkak amek ajelahkan. Terima kasih daun keladi, esok-esok nak amek lagi ... hu hu






Lenlain tu aku tambahlah sket. Header aku memanglah tak semantap header korang punya ... tapi oklah daripada tak ada kan? Macam biasa aku masih mengekalkan ciri-ciri keremajaan biarpun aku dah remaja purba! Dan juga masih mengekalkan situasi berdua lebih baik dengan hobi yang sama ... suka travel, makan-makan dan amek gambor! Ada banyak lagi header yang aku save dlm file .... esok-esok kalau rajin tukaq lagi la. Adat menunjuk-nunjuk nie ... kui kui 



Okeylah, nak poie tidur ... goodnite goodpeople!





CK : Asal belajar satu benda je, asyik ulang ulang kalau dah sukooooo!

Sunday, September 9, 2012

TUKAR LAGI!

Assalamualaikum ...




Sekian lama aku pendamkan hasrat nak tukar background dan header blog ... lama sangat tak bertukar! Sampai kadang aku sendiri rasa jemu tengok blog aku. huh! Entah macam mana malam nie aku boleh plak bersengkang mata menyiapkan header yang tak seberapa pun. Oh, aku tahu aku memang tak reti bab design! Jangan gelak dengan header aku yang simple yg amat tuh okeh.


Dan aku tahu juga, blog nie skang macam kanak-kanak dah ... tak sesuai langsung dengan umur aku. Tapi, takkan aku nak nafikan yang aku memang sukakan cartoon yang cute mute walau usia aku nie dah tua dah weh! Ah, peduliklah nak cakap pape pun kan kan kan ... hu hu


Dulu aku pakai header cam kat bawah nie ... header nie LalaDila yang buatkan.





Dan sekarang header aku cam kat bawah nie plak ... Aku buat sendiri ... yeeee, cari gambar cute-cute pastu belajar letak font bagai and transparents kan dia guna GIMP!




Aku study sendiri buat header transparent nie. Google dari blogger hebat-hebat. Thanks korang yek. Dari blog sape aku dah lupa. hu hu. Dekat 2 jam gak le baru dapat seketul header. Salah berkali-kali tau. Blog aku nampak remaja sket, sedangkan cik puan penulis blog nie dah remaja purba! hu hu ... lantaklah labu. Asal bahagia....


Sekian, persembahkan wajah baru blog yang lebih ceria ... ;=)





CK : Nak seribu daya ... setakat yang terdaya!!



Saturday, September 8, 2012

LETAK GAMBAR SENDIRI KAT BLOG

Assalamualaikum ...




Akhir-akhir nie aku rasa macam nak letak gambar sendiri yang macam-macam kat blog nie. Yelah, nak try glemer cam orang lain gak ...uweeeek ha ha ha ha! Bukan nak glemerlah weh, cumanya cam best je aku tengok korang dok letak gambar sendiri dengan pose bagai-bagai. Syok je aku tengok. Syok syok syok he he he


Tapi ada orang tu dah pesan kalau aku nak aktif berblog cam blog2 terdahulu, "awak berblog je apapun asal betul caranya, buat masa skang tak perlulah letak gambar sendiri, pembaca nie sebenarnya nak baca isi cerita awak dan tengok gambar-gambar lain je pun. kalau nak letak gambar sendiri, muka awak sentiasa berubah-ubah ke?"! Heeee debik kat dahi sket. 


Muka aku berubah gak kadang-kadang ... kejap tembam ... kejap comey (perasaan) ... kejap serius ape ...


Aku pun pikiaq pikiaq balik, alah ... tak letak muka sendiri kat sini pun ada gak yang kenai aku kan ... kan  ... kan ... June, Tina, Ratna ... erghh korang dah tak lalu tengok muka ahkak kan? he he he


Dan bila pikiaq balik, tanpa letak gambaq sendiri .... aku boleh berblog dengan riang ria tanpa orang kenai terutama orang-orang office dan sedara mara sendiri. Kang heboh satu kampung plak cerita aku kat blog nie .... keh keh keh .... perasan meletopssss ko si jemah oooiiii!!!! Lagi satu, bolehlah nak tulis suka hati kutuk mengutuk umpat mengumpat sewenangnya.



Dan ... dan bila aku pikiaq lagi dan lagi, tak semestinya tak letak muka sendiri tak boleh berblog ... kan kan kan???


Apapun, korang yang letak gambar sendiri dengan bagai-bagai pose tu ... ahkak sukelah sangat!! Korang memang berani kot perkenal diri kat satu dunia kan kan kan .... salute beb!!!





CK : Tak kisahlah camne pun, cara camne pun ... asalkan bahagia!! ;=)

Tuesday, August 14, 2012

TANDA HARI RAYA DAH HAMPIR

Assalamualaikum ...









Tanda raya dah dekat sangat, lagi berapa hari je pun. Keyword aku nie memberikan tanda-tanda awal raya memang hampir sangat. Memasing sibuk nak belajar buat rendang ayam. Good! Belajar masak, sonang hidup aih. Jangan harap mak je nak masakkan. Anak-anak kena belajaq buat sendiri.


Rendang ayam cili api Negeri Sembilan keywords yg sangat popular kat blog aku. Untung aku dulu sempat belajar dekat mak si teman. Kalau tak, takkan menjelang raya camnie, keywords rendanglah yang banyak dicari!! Traffic aku semalam mencanak!! Lepas nie, nak kena share recipe rayalah ... biskut dahlia ke, samperit, popia nestum, biskut mazola, biskut arab .... tukar blog nie jadi blog masakanlah ... he he he



Tahun nie tak tahu apa menu baru yg nak belajaq .... tapi dah target nak pandai buat ketupat palas!!




CK : Usaha tangga kejayaan.

Monday, July 16, 2012

TUKAR NAMA BELOG

Assalamualaikum ...





Seperti tajuk di atas, sejak akhir-akhir nie aku rasa macam nak tukar nama belog aku. Satu cadangan yang masih dalam pertimbangan. Aku bukannya nak tukar kepada dot com atau dot net buat masa sekarang. Masih guna platform blogspot. Cumanya nama SECRETWORDFORMHEART aku nak ubah.


Biarpun ada cerita tersendiri di sebalik nama tu, aku rasa nama tu macam susah orang nak ingat. Aku sendiri pun kadang susah nak eja. ha ha ha. Biarpun aku tahu apa risikonya bila tukar nama belog ... aku akan terima bila aku sendiri bersedia.  Bila dah tukaq nama belog, pertama sekali ... UV aku akan merudum. Kira bermula dari asal. Sesiapa yang dah link kat belog aku juga tak boleh access ... dan aku juga kena promosi semula belog ini dengan gigih! 


Tengah fikir-fikir nama yang sesuai dan simple!!






CK : Nak mulakan yang baru dan bukan niat nak buang yang lama!!