Assalamualaikummm /XD
n3 cepat2 je sbb byk mende nk buat.. alhamdulillah, after lebih setahun duk fikir2 nk buat, akhirnya ada juga kerajinan nk buat cistat nih. tu pon sbb kak zizah (akak blok sebelah) nk order. haha.. teruk x? 1st batch buat utk org order. maklum laa, kos mahal dan ambil masa nk buat, jd kalau nk try2 dulu tu, fikir byk kali jugak. alhamdulillah menjadi :)
tun cuma penah makan sekali je cistat nih.. raya few years back mama order dgn cikgu sekolah. masa tu makan rasa mcm x sedap lgsg. crust dia rasa mcm xbape nk masak, 'lemau', tau x lemau tu ape? mcm keropok masuk angin, gitu lah.. maybe sbb tukang buat tu xsuka crust rangup kot.. atau mmg cistat crust dia x rangup? sbb tun bakar crust sungguh2 hati, lepas letak filling pon masih rangup crust dia.. maap la kalau yg beli tu x suka crust rangup /sweat
nway.. resepi usha kat blog 2 org tokey cistat ni haa.. tq atas perkongsian :x
Blueberry Cheese Tart
Crust
Resepi: Anna Qawina
Sumber: tun telani
Bahan-bahan :
- 250g mentega Buttercup
- 120g gula ising
- 2 biji telur gred B
- 480g tepung gandum (kalau lembik tambah tepung lg)
Cara-cara :
- Ayak gula icing ke dalam mangkuk besar.
- Menggunakan senduk kayu@whisker, pukul gula icing & mentega hingga sekata. Jangan pukul lama sangat.
- Masukkan telur & pukul lagi sekejap.
- Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit hingga membentuk doh, gaulkan dengan tangan biar sebati.
- Kalau lembik sangat boleh tambah sedikit tepung lagi.
- Bulat2kan doh sebesar ibu jari & tekan ke dalam acuan tart, biar sekata, potong tepinya dengan pisau agar rata, cucuk dasarnya dengan garfu.
- Buat sampai habis & bakar menggunakan suhu 170'C lebih kurang 15-20 minit@sehingga masak (warna perang2 sikit) *Guna api atas bawah dulu 10 minit, kemudian api bawah sahaja sehingga masak.
- Untuk mendapatkan crust yang cantik & elok pada pemerhatian Ana, simpan doh dalam peti sejuk untuk 1/2 jam kemudian baru diterap, kemudian, sebelum dibakar, masukkan dulu adunan doh yang dah siap diterap dalam peti ais sambil2 panaskan oven tu, kemudian bakar, ON kan kipas oven jika ada, InsyaAllah pastri anda akan cantik & lebih elok.
- *Kalau tak sempat habiskan boleh simpan doh dalam plastik & tutup rapat, simpan dalam peti sejuk.
- *Adunan ni akan menghasilkan lebih kurang 100 biji crust saiz kecil.
- Simpan crust dalam bekas kedap udara.
- ACUAN TART NI TAK PAYAH OLES MINYAK/MENTEGA, DAH MASAK TERBALIKKAN JE & CRUST TU KELUAR DENGAN ELOK
- Pastikan acuan tidak basah.
Filling
Resepi : Kak Azita Zain
Sumber: Kak Sari Yusa
Bahan2:
- 250 gm krim keju
- 50 gm gula kastor
- 1 telur B
- 1 st esen vanilla/ esen lemon
Cara-cara :
- Pukul krim keju dan gula kastor menggunakan hand mixer.
- Masukkan telur dan esen vanilla dan pukul lagi hingga sebati.
- Masukkan dalam piping bag.
- Ambil sedikit adunan krim keju dan letakkan pewarna biru atau ungu.
- Masukkan filling blueberry dalam piping bag, picitkan secukupnya ke dalam tart shell.
- Picitkan pula adunan krim keju tadi sehingga memenuhi ruang tart shell.
- Gunakan lidi yang bersih dan lorekkan adunan krim yang berwarna di atas krim keju bagi membuat coraknya mengikut citarasa anda.
- Bakar dengan suhu 170 darjah selsius selama 5 - 10 minit. Sentuh sedikit permukaan krim dengan jari jika tidak melekat bermakna telah masak. Jika masih melekat, tambah masa 1 atau 2 minit lagi.
- ** tun bakar sampai filling dia nmpk kembong dalam oven..