Showing posts with label Muffins. Show all posts
Showing posts with label Muffins. Show all posts

Wednesday, March 30, 2016

My Super Easy Banana Muffins ^^ (step-by-step tutorial)




Assalamualaikummmmm :)

Alhamdulillah dah siap marking semua exam paper... weeee~~~~~ baru dapat bernapas dgn lega.. hihi.. alhamdulillah juga encik laling dah balik semalammmm ^^ *happy* after hampir sebulan outstation. excited harith abi dia balik.. haha.. pkl 10 xnk tido lagi, smp last2 abi dia terpaksa masuk bilik tutup lampu. tu pon dia duk lompat2 atas perot abi dia lagi dlm gelap tu.. haha.. 

ok laa.. back to the recipe.. buat last week sbb nk bawa gi umah sedara. tgk baby.. nk pegi umah org xkn tangan kosong je kan.. kebetulan beli pisang kat harith, amik 2-3 biji utk buat muffins. yg senang2 je sbb buat mlm2 lepas harith tido. nk bakar kek nntikan ngantuk nk tunggu dia masak. godek2 mapin ni xsampai setengah jam dari awal buat smp siap bakar.


tun sangat2 suka bau pisang yg masak with sugar and butter/marjerin. wangiiii... kek/mapin pon jd extra sedap bila masak dulu pisang tu.. ada rasa karamel2 gula. nyum nyum... this is my super easy, super fast, for super lazy cook. hahaha.. cuma guna 1 mangkuk je.. kih kih.. jimat sabun basuh pinggan.

Super Easy Banana Muffins
Recipe: tun telani

Bahan2:
  • 3-4 biji pisang - lecek
  • 3/4 cwn guna - kalau xnk manis blh kurangkan, tp jgn kurang sgt
  • 1/3 cwn butter/marjerin (jgn guna minyak, kurang sedap)
  • 1 sk baking powder
  • 1 sk baking soda
  • sedikit garam 
  • 1 bj telur
  • 1 1/2 cwn tepung 

Cara2: 


Masukkan pisang + guna + butter/marjerin dalam mangkuk kaca. Microwave sampai gula dan butter cair.
kalau xde microwave blh panaskan dlm periuk


Masukkan baking powder, baking soda dan garam. Gaulkan.
Bila gaul dia jadi buih2 mcm gambar. tu normal ye.


Tunggu sejuk sikit, dan masukkan telur. gaul sebati. (jgn masukkan masa panas, kang jd scramble egg pulak)
Masukkan tepung, dan kaup balikkan. tak perlu kacau kuat. xpe kalau dia ketul2.


Guna sudu/ spatula je.. then blh masukkan dalm acuan mapin..
tun guna silicon mould beli kat DIY. comel dan senang.. 1 aduanan dpt 12 biji mapin saiz biasa.


Bakar 180 C, 10-15 minit, bgantung pada oven dan saiz mapin masing2..
Siap.. tu tun pek kan utk bagi kawan2 :)

Happy Baking guys! ^^

Saturday, March 14, 2015

Apple Cinnamon Muffin


Assalamualaikummmm :)

Alhamdulillah.. alhamdulillah... sgt2 gumbira sebab esok nak balik semenanjunggg... yayyy!!! walaupon xbalik kg, tp mama adik2 semua akan turun KL.. hihi.. tun ada hal nak ke upm serdang, so alang2 tu, stay lama sket la kan.. hihi.. ingat nk balik seminggu tp tiket wiken mahal sbb cuti sekolah. so ptg jumaat dh blk bintulu insyaAllah.


Muffin ni dh lama buat.. 2minggu lepas kot.. hehe..masa tgh stress n xde mood nk study n gi sekolah tu kan, mmg masuk dapur godek2 stok frozen food. yee.. mapin ni tun frozen.. kih kih.. td ada gotong royong kat uni, so pagi2 tun thaw kat peti bawah. tghari tun kukus kejap n bawa gi uni :) kalau setakat nk mkn sebijik tu, tun panaskn kejap dlm microwave je.


Cara buat mcm muffin, tp rasa mcm cupcake sket.. yg penting sedap kan :) tun sagat halus sgt, so xnmpk epal dia.. biasa tun sagat kasar sket, jd nmpk ketul2 epal tu. tp rasa x jejas.. mmg suka sgt kombinasi epal n cinnamon ^^

Apple Cinnamon Muffin
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 2 cups (250g) tepung
  • 2 sk baking powder
  • 1 sk cinnamon powder
  • 1 cup (190g) gula
  • 75 g butter - cairkan
  • 3/4 c (183g) susu
  • 2 telur
  • 2 biji epal - sagat kasar - lg sedap campur epal merah n hijau :)

Bahan tabur:
  • 1 sk cinnamon powder + 1 sb gula perang

Cara2:
  • Ayak tepung, baking powder, cinnamon powder. Ketepikan.
  • Pukul gula, butter, susu, dan telur hingga sebati- tun guna garfu je.
  • Masukkan bahan ayak dan epal yang telah disagat dan kaup balik hingga sebati.
  • Masukkan dalam acuan muffin yang sesuai dan taburkan campuran gula perang dan serbuk kayu manis.
  • Bakar pada suhu 180 oC selama 15-20 minit bergantung kepada saiz muffin.

Wednesday, February 25, 2015

Chocolate Butterscotch Muffin


Assalamualaikummmm :)

Alhamdulillah.. berjaya mengapdate blog kesayangan lagi sekali... skrg ni xleh nk fokus kat study sbb duk mikir nak kasi harith makan apa nnti... hehe... budak ontel comey mama dah nak masuk 6 bulan rupa2nya. berkobar2 mama study pasal baby's food. hihi.... nnti boleh la mama tulis blog n3 pasal resepi makanan baby pulak..


Muffin buat petang semalam... patutnya ada lab dgn student diploma, tp last2 minit lab assistant cakap staff yg pegang kunci lab tu cuti. saboo je laa.. bkn nk cakap awal, lg setengah jam nk stat lab abru dia inform.. sepantas kilat tepon nk menaip wassap ke semua student yg tun ada nombor. kesian dieorg nnti kalau berjalan jauh2 dari asrama ke lab. dah la skrg panas membahang.

dah lab cancel tu, nk sambung study utk PhD xde mood pulak.. tiba2 teringin nk memapin. dah lama xbuat mapin. saje wat stok. encik laling xmakan sgt mapin ni, tp tun buat pastu frozen spy senang nnti ada org dtg or xde masa nk buat kuih utk usrah blh defrost je mapin nih.. hihi..


Dah lama beli butterscotch chips nih. tgk laa tuu, penuhhh ngan chips dlm mapin. tun buat mini size dpt byk jugak.. kalau muffin cup size biasa dpt sedozen mapin ni :)

Chocolate Butterscotch Muffin
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 1 3/4 cups (219g)  tepung
  • 2 tsp baking powder
  • 1/4 cup (28g)  cocoa powder
  • 1/2 cup butterscotch chips
  • 75 g butter
  • 1 cup (190g) gula
  • 2 telur
  • 1/4 cup air kopi - kalau xsuka blh guna air masak
  • 1/2 cup susu
Cara2
  • Ayak tepung, baking soda dan baking powder. masukkan butterscotch chips dan gaul dgn garpu.
  • cairkan butter, dan masukkan telur, gula, dan susu. pukul adunan hingga campur rata.
  • tuangkan adunan ke dlm tepung dan gaul menggunakan senduk kayu hingga bercampur. jgn over-beat ye, nnti muffin jd x gebu, kalau still ada ketul2 sikit tu x pe.
  • tuang dlm muffins cup. taburkan butterscotch chips kat atas jika suka. 1 adunan ni dpt dlm 12 bj muffins size biasa. bakar pada suhu 200 C, selama 10 minutes.

Friday, April 12, 2013

Review AROMA: Apple Yogurt Muffin



Assalamualaikummm :D

Tuan dapur masih berusaha utk mendietkan diri, jadi entry review Aroma lagi la ye :)  arini patutnya nk puasa (dah nk masuk bulan rejab belom habis ganti puasa.. ish ish ish.. sungguh kurang sopan..). tp bangun tido tadi, sakit kepala sangat2, so xjadi puasa. minum air dgn banyaknyer.. huhu... kalau dulu2 sakit pale sure cari panadol, tp skrg dh risau byk sgt chemical yg kidney perlu proses. so kalau tak sampai tahap migrain, biasa minum air byk2 utk improve blood circulation kat brain shud do the trick, pastu makan sikit utk supply glucose :)

my laling lunch kat opis arini. ada laa tu event apa2 yg sediakan lunch. jd tun lunch dgn sebiji telur + 2 sosej. konon2 atkins diet la nih, padahal semalam mkn cengkodok. kui kui..


Ok lah.. tak leh merepek panjang2 arini.. byk kerja yg tertunggak nk buat.. huhu.. chaiyok2!! tun sangat suka kombinasi apple and cinnamon, hence this muffins with both apple and cinnamon ^^ happy baking :D

Apple Yogurt Muffin
Resepi: tun telani

Bahan2:
  • 2 cwn tepung gandum
  • 2 sk baking powder
  • 1 sk serbuk kayu manis
  • 1 cwn gula
  • 75 g mentega – cairkan
  • ¾ cwn plain yogurt
  • 2 biji telur
  • 1 biji epal hijau – sagat halus

Topping
  • 1 sb gula perang
  • 1 sk serbuk kayu manis

Cara2:
  • Ayak tepung, baking powder dan serbuk kayu manis.
  • Pukul mentega bersama gula , yogurt dan telur menggunakan garfu sampai sebati.
  • Masukkan bahan ayak dan epal hijau yang telah disagat dan kaup balik hingga sebati.
  • Masukkan dalam acuan muffin yang sesuai dan taburkan campuran gula perang dan serbuk kayu manis.
  • Bakar pada suhu 180 oC selama 15-20 minit bergantung kepada saiz muffin.


Monday, January 7, 2013

Banana Muffins



Assalamualaikumm~~~

1st day at work after the break.. sgt malas nk bangun pagi. haha.. but i survive the whole day, although keep dozing off in the lab :P nothing to share actually. having a bad time due to lack of sleep. dh lama xde masalah xleh tido. ni dh start semula dah. haish.. mlm2 kene minum susu b4 tido dgn harapan blh tido dgn cepat.



muffins ni buat last week. i just looove banana.. kalau pegi pasar tiap2 kali pun akan cari pisang. kt tamu bintulu pisang agak murah, dia longgok2 ada yg 2 inggit selonggok, tp tun suka makan pisang berangan, pisang berangan kt sini tiga inggit sekilo. murah x? xtau harga kt tempat lain, tp kalau kat supermarket lg mahal la..

nway, suka makan, but sgt malas nk membaking. paling malas bab nk mengayak tepung. huhu.. nk cari pengayak yg mcm chef wan punya, tp xjumpa lg yg ok. godek2 resepi, n resepi ni yg paling senang nk buat. tun gaul2 dgn senduk je, pastu bakar. hoho.. 

Banana Muffins
resepi: allrecipe.com
sumber: tun telani

Bahan2

  • 1 1/2 cwn tepung
  • 1 sk baking powder
  • 1/2 sk baking soda
  • 1/2 sk garam
  • 3 bj pisang - mashed, tun guna pisang berangan 
  • 3/4 cwn gula- blh kurangkan sket kalau xnk manis sgt
  • 1 telur
  • 1/3 cwn melted butter- tun guna minyak


Cara

  • ayak tepung, baking soda, baking powder, dan garam.
  • Gaulkan pisang, gula, telur, dan butter dgn mangkuk. Kaup balikkan tepung dlm adunan pisang.
  • Masukkan dlm acuan muffin, dan bakar 180 C dlm 10-15 minit utk saiz mini, atau 20-30 minit saiz besar.





Monday, February 20, 2012

Muffin Pandan


Assalamualaikum~~

what's up with 2 entries within a morning? owh.. it's already 12++ pm, so its ok i guess.. tries to focus on my reading about Utah Paradigm.. yeah,, i know, i heard it for the 1st time also (last week), but need to include it in my discussion. the paper is to 'wordly', altho it's only 22pages long. i might cought headache reading all the big words /blur
from what i skim through, basicly it just told you that physical activity lead to strong muscle and that leads to strong bones. i wish there is a simpler explanation about the mechanism.

nway, been reading my sis blog (dib, is it a private blog? sowii.. dh 'ter'baca). hmm.. teenagers life is complicated, glad i passed through those emotionally-unstable-rebellious-having-crushes-over-n-over-again stage safely. hopefully she pass those well also. but, wut's with a sir with short-n-tight shirt and pants that let others see his boxer when he bent over???  OMG /shock.. no wonder budak2 rosak akhlak, i think the kementerian need to brain-wash all the new teachers before letting them go for their posting. i've seen teacher (n even the so-called 'ustaz') taking 'advantage' of the students before (which involve texting and calling the 'pretty' students at night, n bawak 'jalan2' personally during school trip- some of the teacher are married-man!) n i hope it didn't get worse now. parents, be aware.. school is not that safe anymore. really!!



nway, altho i'm really worried about my sisters, but insyaAllah they will behave. I'll pray that all of us will always be under His guidance, insyaAllah.

Ok, back to the recipe. This is called 'muffin' but I think the texture and the method of making resembles cupcakes. for muffins, usually you dont need to beat the mixture till creamy, and you never use mixer in combining the flour. nway, whether it's muffins or cupcakes, this is really a 2-tumbs up recipe! so yummy and the fragrants during baking is heavenly. 

tq for kak yatie n kak izah for sharing :D i make half the recipe and got 7 standard size muffins.


MUFFIN PANDAN
Resepi: kak Yatie
Sumber: kak  izah

Bahan-Bahan
  • 180 g mentega (unsalted butter)
  • 140 g gula halus
  • 2 biji telur
  • 80 ml susu segar
  • 1 camca teh esen vanilla
  • 220 gm tepung gandum*
  • 2 sk baking powder*(*disatukan dan diayak)
  • 1 camca teh pandan paste - i used pandan flavour n green colouring

Cara membuatnya
  • Putar mentega, masukkan gula dan putar hingga putih. Masukkan telur satu persatu dan putar hingga kembang. Masukkan esen vanilla dan putar lagi.
  • Perlahankan speed dan masukkan tepung berselang seli dengan susu cair hingga habis. Gaul rata. Akhir sekali masukkan pandan paste dan gaul rata.
  • Sudukan ke dalam acuan muffin kegemaran 3/4 penuh dan bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 20 - 25 minit atau hingga masak. Bergantung pada oven masing2..

Saturday, June 25, 2011

Pizza Muffin


Assalamualaikumm~~~

Morning!! dh dekat nk tgh hari dah rupa2nya.. wiken ni both days my laling kerja.. uu uuu... sedihnyer.. so me duk umah je laa.. time duk jauh2 dulu boleh je drive all the way dr KB ke kemaman every 2 weeks, ni kuar gi bandar sorang2 pun x pernah.. hihi..

Pagi ni mari makan savoury mapin!! ni resepi dlm buku Marvellous Muffins by Allison Holts. makcik Allison ni, kalau gi NZ, muka dia ada di semua supermarket. betapa glemernyer.. hehe.. resepi2 dia simple, cuma biasanya perlu di ubah suai ikut tekak melayu..lagipun bahan2 yg dia guna termasuk mende2 yg haram dimakan.. paham2 sendiri laa ye.. hihi..

sebab semua org suka pizza kan, so resepi ni mmg sesua dihidang utk semua time bekfes or tea ^^ me buat utk bekfes tadi =)


Pizza Muffins
by: tun_telani

Bahan A
  • 2 c tepung
  • 1 1/2 skbaking powder
  • 1 sk gula
  • 3 btg sosej- chopped
  • 1 sb origano
  • 1 sb parsley- optional
  • 1 sk garam

Bahan B
  • 1 sb tomato puree
  • 3 sb air
  • 1 c susu
  • 1 telur
  • Cheese secukupnya <- kali ni tun guna slice cheese je

Cara:

Gaul semua bahan A dalam 1 mangkuk.
Dalam mangkuk lain, pukul telur dgn garfu, dan masukkan air, susu dan tomato puree.
Tuangkan bahan B ke dalam Bahan A dan gaul sebati. Jangan overmix!
Masukkan dlm mapin cup, letak sedikit cheese kat tengah2, dan tutup dgn separuh lagi adunan.
Sprinkle sedikit cheese kat atas kalau suka.
Bakar 220 C, selama 12 minit atay hingga keperangan2.

Sedap dimakan begitu saja atau dgn sos cili. nyumm!!

tgk laa cheese yg cair kt tgh tuu ^^

Monday, June 20, 2011

Double Chocolate Muffins


Assalamualaikummmm~~~~~~~~~~~~~~~

Wat mapin ni petang semalam.. kn pagi me wat roti jala kan, me meninjam serbuk kari dr jiran tetangga.. kui kui.. tgh2 bersiap2 nk masak baru terperasan rempah kari xde (biasa ada byk je stok yg x abih, tu yg confident ada rempah kari..).. so me pun menggelabah aa menelepon jiran blok sebelah (blok me ni xde org... hihi).. nasib baik laa ada 2 jiran pompuan, nk mengharapkan budak2 bujang ni, mmg kompom x jadi laa kari me.. ptg semalam me wat mapin ni utk hantar kt jiran2 me yg baik hati itew ^^ me ingatkan nk hantar roti jala, tp x cukup lak.. huhu..

resepi ni dr buku resepi me yg dlm kotak harta karun me yg dh bertahun2 di rumah jr me tu. hehe.. siap ada conteng2 nota, nostalgia je bila baca.. me olah dr resepi asal. dulu2 dh byk kali wat, so me dh ubah ikut selera me =) nama dia double chocolate sbb mapin coklat tu tambah pulak dgn choc chips.. mmg sedap!

resepi di olah dr buku resepi 'more marvellous muffins by simon & alison holst'.

tersalah beli muffin cups yg rendah, sbb tu x isi tinggi


Double Chocolate Muffins
by: tun_telani

  • 1 3/4 c tepung
  • 2 tsp baking powder
  • 1/4 c cocoa powder
  • 1/2 c chocolate chips
  • 75 g butter
  • 1 c gula
  • 2 bj telur
  • 3/4 c susu

  • choc chip utk tabur

Cara2

  • ayak tepung, baking soda dan baking powder. masukkan chocolate chips dan gaul dgn garpu.
  • cairkan butter, dan masukkan telur, gula, dan susu. pukul adunan hingga campur rata.
  • tuangkan adunan ke dlm tepung dan gaul menggunakan senduk kayu hingga bercampur. jgn over-beat ye, nnti muffin jd x gebu, kalau still ada ketul2 sikit tu x pe.
  • tuang dlm muffins cup. taburkan choc chips kat atas. 1 adunan ni dpt dlm 12 bj muffins size biasa. bakar pada suhu 200 C, selama 10 minutes.

nah, amik sorang satu =)