Pages

Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts

22 November 2019

Makan Di Cik Aya Laksa Ketam

Ini cerita bulan September dulu.
Hohoho.
I terlupa nak update.
Teringat bila dah update pasal laksa sarang.
Baru cam eh, laksa ketam ni tak cerita lagi.
Sebagai peminat laksa, harus kena update story ni juga.
Hehe.

Okay lets.
As usual our tagged-team makan2 mesti lah kakcik n abangcik.
Kali ni anak2 dia takde ikut.
So, kiterang 3 beranak n derang berdua je lah.
Jauh oii kami merantau nak JJCM kali ni.
Nun dari Sg Siput ke Kuala Kurau.
Jauh weh..masuk hway, keluar hway pun tak sesampai lagi. Haha.
Ini sebab kiterang nak pergi kenduri officemate masa tu.
Esuk nya kenduri n kiterang stay di Bukit Merah Laketown (ini pun tak story lagi dlm blog).
Jadi, da alang2 dtg area situ, kita pi la JJCM.
Saja2 nak dtg, memang idak la. Jauh kome weh.
Sayup mata memandang nak pergi nya.
Dulu kami pernah ke Kuala Gula, tapi kali ni ke dalam lagi.
Which is, mmg 1st time I ke situ.
Kt sini lah uols buleh nampak pertembungan sawah padi dan laut.
Cantik pemandangan dia.

Apa yang best kt kedai cik aya ni.
This one lah.


Sedap.
Giler.
Sangat.
*Pengsan*

Hahaha.
Aku tatau lah. Tapi, memang aku suka laksa kampung utara ni.
Ha..mmg laksa jenis2 kampung kt utara style kuah dia camtu.
Pastu dia letak salad. Bkn daun apa tah tu yg tajam2 tu.
Sbb tu aku tak suka laksa kt KL ni.
Dia cam tah..kadang kuah dia gelap.
Pastu tak masam. Tak kena dgn tekak lah.
Yang aku feveret sgt jenis2 laksa Kak Su Kuala Perlis tu.
Tu pun.. Yallah kalau teringat tik tik ailiyo  meleleh.

Tapi, walao nama dia laksa ketam, dia ada je menu lain.
Dan semua pun sedap!

Abangcik amik nasik goreng ketam.

MyDH try kuewtiew sotong.
Pun sedap rasa nak sepak meja. Haha.

Tapi, yang sedap itu memang jauh dan mencabar.
Haha.
Parking lah cabaran kt sini.
Sbb jalan dia kecik selorong macam batas ja. Ban ek orang kata.
Cik Aya tu kata, kalau nak dtg, dtg awal dalam kul 12 camtu.
Sbb kalau petang lagi ramai.
Ramah tamah owner kedai tu. Cik Aya tu lah.
Memacam dia sembangkan dengan kiterang.
Ambik ikan kat mana lah dia citer.

Nak bagitau kedai dia kat mana pun, satu cabaran jugak. Haha.
Tapi, jangan risau.
Uols taip ja kat google maps. InsyaAllah sampai lah.
I pun, walao orang Perak, I guna maps jugak.
Tapi, puas hati sangat.
Memang nak repeat satu hari nanti.

Sedap. Serius.
Sila lah pegi.
Tak menyesal punya.
Tapi, kalau kau bukan orang Taiping.
Keluar dari Kuala Kurau nak balik rumah, mesti kau dah lapar balik.
Hahaha.
Jadi, jgn lupa tapau.
Owner kedai pun best dan baik hati.
Recommended.

#cikstoberisuka

21 November 2019

Makan Laksa Sarang Taman Botani

Apasal uols suka nau laksa sarang ni?
I tak berapa nak suka. Bukan I tak suka laksa.
I suka lah laksa. Tu kan feveret dari kecil.
I cuma tak berapa nak suka laksa sarang.
Tapi, buleh la.
Tapi, kalau ada pilihan, I akan pilih laksa tanpa sarang tu.

I tak suka sbb dia macam menyerap minyak. Lepas tu nanti sarang tu jadi macam benyek ke ntah cemna ntah.


Ini kat Ipoh.

Ala...ni kan tempat viral.
Laksa sarang Taman Botani orang kata.

Atau Laksa Telur Goreng Bersarang.
Ni kali kedua weols pi makan.
Yg 1st awal tahun ni. Eh. I tak cerita ke dlm blog ni agaknya. I jalan2 sekitar Ipoh. Ada gambar kt rumah terbalik, pergi makan ais kepal etc etc. Ke ada? Lupa lah. Byk sgt socmed. Hahaha.

Pergi masa on d way nak balik KL tu hari.
Abgcik, Kakcik n anak dia Acap ikut skali.
Kiterang senang je lah. Dari situ terus masuk highway Simpang Pulai  nak balik KL.

Uols kalau sesaja nak dtg bercuti kt Ipoh pastu nak JJCM kt Ipoh ni, bleh la masuk kedai ni dalam list. Exit je kt Simpang Pulai. Direct je nanti ada signboard Taman Botani, bleh masuk situ. Dari simpang jalan ke besar ke kedai tu dalam 5-8minit camtu lah. On je maps. Sampai lah ia. 
I dulu pun ingat Taman Botani macam taman rekreasi ke apa.


Tapi, sebenarnya taman perumahan. Kedai ni pun kat lot kedai. 
Parking senang. Jangan risau.
Sebab kedai dia paling hujung.
Tapi, kalau uols datang time cuti bertindih ka, long weekend ka, cuti sekolah ka apa, kena menunggu lah kejap. Tempat duduk dia limited. Skit la sgt tempat duduk nya.


Konsep sini - layan diri.
Pergi amik laksa - bayar - duduk.
Kali ni ada air laici 1 tin. Dulu datang takde.

Minum lah smpai kembung. Haha.
Tapi, best pe. Air laici tu share berdua. Puas giler kot minum.


Sini mmg laksa ja. Jangan kau minta mi rebus ke soto ke apa.
Tapi, belah luar tu ada stall jual nasi ayam kalau tak silap.
Pastu ada jual pau sedap jugak.

Pau jagung durian dia sedapppppp.... (okeh..ni kalau teringin cemna plak gayanya).
Pau cendawan pun ada.
Memacam jenis pau. 
Kopok leko pun ada.

Sedap ke laksa sini.
Bagi I sedap la. Sedap dalam kelas dia tersendiri.
Memang lah ada yg lebih sedap.
Tapi, yang ni sedap jugak. I suka je.
Harga pun berpatutan sgt.
And I amik laksa takde telur.
Pastu amik cili padi extra.
Sedap hoi!
Oh ya. Hiasan dalam kedai ni pun menarik.
Kalau uols pegi, jangan lupa pi basuh tgn tau.
Sbb sinki dia sgt unik.
Heeeee :D



31 October 2019

#kaptenRizqkeGenting : Makan di Burger & Lobster

Burger & Lobster.
Here we come.

Haha.
Memula I fikir I nak bawak bekal je.
Sbb pagi tu I siap masak nasik lemak dgn lauk sambal sardin.
Masuk dlm bekas utk satu sorang, pastu makan kat atas tu.
Tapi fikir balik, macam leceh ja. Lepas tu cam leceh je. Nak makan kat mana pulak.
Lepas tu kalau nak makan kat memana kedai makan, mesti harga pun up.

Tup tup teringat, kat atas tu ada resto yang semua pun kata best sgt.
Yang asalnya dari London.
Satu2 nya cawangan yang ada kat Malaysia ni ada kat Genting.
Jadi, moh la kita try.
Lobster kot.
Siapa bisa menolaknya.

Semua orang pun dah pernah pergi.
Weols je lah baru nak merasa. 
Sokay. Takpe. Jom try.
Baca blog, mmg derang review kena beratur nak masuk.
Apa tah lagi cuti2 ni kan.
So, beratur lah.
Ada la dkt 30min kot q nya.
Rizq tido time ni. So, no crancky toddler at all.
Haha.
This budak kecik kan mmg easy peasy bawak jenjalan.
Sbb dari kecik dia da terbiasa.
So, weols mmg takde prob utk bawak dia travel. Setakat ini lah.
Setakat umurnya 3 tahun 4 bulan ni.
Rasa dia nak tido, dia tido ja.

Masa ni time lunch hour pulak tu.
Memang la q panjang.

Oleh kerana I dah baca sesiap review orang kat blog, jadi I dah tau nak order apa. Haha.
Bila dah sampai kat pintu tu, tak semestinya kita kat depan pintu kita masuk dulu.
Dia tgk la, kalau kau 2 orang, mmg laju ko masuk. Dia panggil lah orang2 yg blkg kita yg 2 orang sbb meja dah ada.


Macam kami, ada bawak anak, nak 1 baby chair, kena tunggu lah jap.
Pastu depa bagi tempat selesa kt kiterang. Dapat duduk di kerusi sofa tu.
Nice ambient resto ni. Buleh nampak cable car yang bergerak.
And suppose kalau outdoor themepark tu da siap, kita akan nampak jugak la themepark tu dari resto ni (tp kalo ko dpt meja best cam kiterang ni lah. Kalau tak, dpt yg ngadap org tgh q kt luar tu. Hehe).
Staff pun semua okay.
Makanan cepat sampai.
Rizq tido masa beratur tu ja. 
Dah kat meja, dia pun bangun.
Kat sini senang. Menu tak banyak.

Jadi, pilih je lah.
Kat review I baca chili lobster tu paling best. Lagipun, dkt outlet Msia je ada. Tempat lain takde. Tapi I takmau. Dapat bayangkan susah nak makan lobster yang ada kuah2 cili bagai ni. Takmau lah. So, I amik The Original. Lepas tu amik lobster rolls. Baca review kata seven samurai sedap. So, I order seven samurai.
Utk Rizq, orderkan ice cream sundae.
Selainnya, dia makan fries. Sbb set makanan ni dtgnya dgn salad n chips (fries).
Air pulak I order time keeper.
1 cukup. Hahaha.


Air ikat tepi paling termahal penah order nih. Haha.

Amik 2 set ni, pastu share ja. Settle. Fries tu byk portionnya.

Memang sedap sebagaimana di review.
Berbaloi.
Kalau datang berdua / ada anak kecik cam Rizq tu sorang ja, amik la set macam I order tu. Cukup dah. Seven samurai tu memang sedap. Roti dia.. sedap nya.


Lobster tu kalau amik the original, boleh pilih nak steam ka nak grill.
So, we choose yg grill.
Lobster ni mmg fresh2 duk ada dalam akuarium dia. Katanya datangnya dari Kanada.
Kalau amik yang The Big Boys tu memang yg lebih 1kg la dia bagi.
Jauh perjalanan lobster ni semua. Cakap kt myDH depa ni naik flight ka naik kapal dari Kanada. Hahaha.




So, memang tempat ni je lah kiterang makan kt atas ni.
Alang-alang nak makan, kita makan terus yang memang takde kat bawah.
Dun worry walao kedai asalnya dari London, tapi chefnya ramai melayu.
Bleh nampak kitchen depa dari tempat kita basuh tgn.
Bila teringin lobster buleh la kita naik lagi. Heheee.


Nota kaki : Freedom yang macam ni I nak sebenarnya. Takde sekatan bila I nak pi makan kat memana. Nak berjalan kat memana. Takde hutang yang membebankan dan menyebabkan I tak bleh nak pi makan / berjalan kat mana tempat I nak pi. Dan juga beli apa yang I rasa nak beli. Tapi, I tidak akan sesekali menambah hutang utk mendapatkan semua tu. Kerja utk mendapat keberkatan Allah agar rezeki yang diterima pun diredhai Allah.
Alhamdulillah dengan peluang ni :)

30 October 2019

3 Dinner di Tahun 2019

Okeh. I rangkumkan sekali cerita 3 dinner I hadiri untuk tahun ni ya.

Dinner pertama
Dinner anjuran Malaysian Breastfeeding Peer Counselor Association (MBFPCA).
Bulan Ogos. 24.8.2019.
Ini adalah dinner bersama rakan kaunselor penyusuan (PC).
Bertempat di Dewan Tentda Merah, Cyberjaya.
Temanya Vogue.



I siap order baju dari Zalora (konfiden masih saiz S. Pastu tak muat. Kena bukak dat. Kuikuikui).
I join sbb I nak gather dgn kawan2 yang bukan dari bidang I.
Pergi dgn 2 lagi PC yang duduk dkt area rumah I. Intan n Rathika.
Intan dr Sg Buluh, parking rumah I and myDH hantar pi kat Petronas Batu Caves, then naik kereta Rathika pi Cyberjaya.
Best la.
Ada tukar2 hadiah, ada games apa semua.

I suka camni. I dapat mix around with chinese, indian.
Kat office I takkan dapat environment gini :)
With doc Ning. Otai MBFPCA ni.
Dapat gift ni (smpai ari ni tak gantung lagi. Hehe).



Dinner kedua.
Dinner sempena Pesta Sukan di Sarawak.
1.9.2019
Bertema kan Aloha.
Kena pakai baju ala-ala aloha pulak.
So, takyah pening2. Pakai tshirt putih n letak la bunga2 kat tangan.

Ayah Rizq duk meja lain. I duduk meja skali ngan penerima sbb urusetia khen.. haha.

Kawan lama dari Semenanjung. Tahniah dpt APC.
Tahniah dapat baby girl :)



Masa dinner ni ada sekali pemberian sijil utk penerima APC Sabah n Sarawak. Pastu orang yang bersara then 25 tahun perkhidmatan.
Masa ni me n my team ada buat kesilapan besar. Allahu. 
Kesilapan yang tak sepatutnya berlaku.
Entah lah. Salah I lah yang tak semak semula. Tak berhati hati.
I jadikan pengajaran sgt.
Memang lah menda tu bkn I sediakan, tapi suppose I kena semak bebetul.
So, I mengaku je pada my superior, my top mgt, ya, memang salah I. I minta maaf banyak2. And am very very upset with myself.
Tapi, ramai yang support me n my team. Thank you friends.
Ada yang kecam. I tahu. Tapi takpe lah. Kecam lah. Like u don't make a mistake, kan?
I buat salah. And Allah sedarkan yg cara kerja I selama ni agak cuai. So, I boleh betulkan. Tapi, orang yang kecam2 ni, agaknya memang tak pernah buat salah lah kot kan. 
Menda ni mmg pengajaran betul pada I (dan juga my team. Walo I upset dengan derang, tapi I tak boleh marah derang sbb I sbg penyelia derang, harus I yang kena semak. So, I tanggung lah semua kesalahan ni).

Dinner ketiga
Malam Anugerah - Triumph & Glory. A Night to Remember 
27.9.2019
Di Impiana Hotel, KL.
Tema - vintage.


Ni pun I siap pi beli baju kat butik. Bukan la butik designer apa bagai. Tapi best lah baju ni. Memang ngam2 ja walau napak la babat2 berlebihan. Haha.

Yang banyak membantu I. Tqvm
Orang kuat I. Yang tidak berkira tenaga. Lps tu I belanja depa kt spa :D

We're HRIENs.




Yang ni malam untuk meraikan penerima APC Semenanjung, pesara n 25 tahun perkhidmatan.
This one mmg me n my team la main coordinator.
Fuhh... memang cabaran betul kali ni.
Di tambah pula kita pernah buat kesilapan tu kan.
Memang my team akan semak berpuluh, beratus kali dengan semua dokumen yang nak di print, yang nak di publish. Semua macam takut dah. Ha...kan.. tu lah hikmahnya. Kalau tak jadi kesilapan, kita tak sedar cara kerja kita.
Dan, disudahi dengan penghargaan dari semua pihak utk kami para urusetia. Alhamdulillah. Cuma, ada jugak la yang tak kena here n there. Tapi, tak nampak lah sangat.
Semua orang gembira.
Bcoz ni 1st time kami uruskan. Dulu majlis anugerah ni buat kat Kementerian. Skrg ni kena buat sendiri. So, next year boleh bersedia dari awal dah.

So, ini lah dinner2 yang I attend utk tahun ni.
Semua nya enjoy!

22 February 2016

Coklat Sana Sini

Mudah kan sekarang.
If rasa nak makan, order je.
Tu hari tgk kat FB ada orang share resepi cream puff choc ni. Eh. Kuasa lah nak buat kan. 
Apa guna ada kawan bakers kan.
Harus terus w.app dia, tanya boleh tak dia buatkan.
Mesti lah boleh... hihik.
Sedap woih puff choc dia. Cream melimpah2. Masuk peti ais, makan, macam makan aiskrim pun ada.

Lps tu, kalau nak kunyah2 cookies ke apa pun mudah ja.
Ni order dari member office.
Dia pun amik kat orang, so tak boleh nak promote ke apa.
Tapi sedap woih, sbb baru kan.. jadi, nikmat makan dia tu.. sebalang tu boleh sekali hadap.
Tapi berpada pada lah kan.. esuk esuk pun nak hidup lagi. Hihi.



17 February 2016

#jjcmpuanstoberi : Dagang Avenue Food Court

Siapa selalu lepak makan makan kt sini?
Weols 1st time sampai sini. Hihi. Last week pergi sana.
Itu pun sbb nak JJCM Pancake Krabi.
Alah.. dah lama pancake ni ada kat situ.
Tapi tak pegi pegi.
Sbb rasa area Ampang tu, macam hazab je nak pegi. Jammed lah, parking susah lah.
So, bila cuti CNY tu ari rasa macam KL lapang sket, maka jom lah kita pergi.
W.app myDH kata lepas kerja nak pegi makan pancake Krabi.
Tak pernah pun tunjuk kat dia sblm ni.
Terus je ajak kat w.app. Huhu.
Tapi, takpe lah. Waktu orang cuti, nak ke Ampang senang je.

Cuma, masalahnya kami tak berapa biasa area Ampang. 
Nak masuk simpang Taman Dagang pun dah terlajak lajak.
MyDH ni macam tahu.
Tapi, biasa lah kan lelaki. Mesti dia nak cam "eh, awak kata depan lagi simpang dia".
Padahal lps tu dia kata "rasa mcm simpang tu"
Dan dan play victim la kan. Nyampah tau. 
Kita pun mana lah arif area Ampang tu.
Kut area Kg Baru ke, Sentul ke Jalan Conlay tu boleh lah.

Entah kat mana entah food court nih.
Berpusing jugak lah.
Rupanya bebtul sebelah Galaxy Ampang tu yer.
Lps dah sampai, baru lah incik suami cakap, patut masuk ikut situ, pastu masuk simpang sini, pastu sini.. bla bla bla.
Pfttt.. ai is malas nak layan. 
Ai skrg mmg malas lah nak bertekak ke apa. Kalau ada rasa apa2, senyap je. Malas lah. Agaknya sbb faktor umur kot kan. Orang kata mood swing ke apa ke, tapi ai Alhamdulillah takde. Ai sendiri rasa perubahan tu skrg. Much better me now. Butttt.... orang dah kenal ai dulu mcm garang2 kan, jd depa ingat ai tetap camtu. Lantak lah. Tapi, ai rasa ai mmg malas nak bebising, malas nak mood swing ke apa.

Nasib ada parking dkt area food court tu. Sekarang mmg ada je rezeki camtu. Parking sure dapat dekat2.
Terus pi order pancake lah. Sbb itu pun tujuannya kan.
Sambil tggu order sambil tgk sekeliling. Yes, kami mmg tak pernah sampai kan. Harus macam ooo..memacam ada rupanya sini. Menarik jugak.

Tapi, kalau hari biasa, tak cuti tak apa, nak dtg lps kerja, rasa macam sesak juga lah.
Tapi, okay kot. Naik AKLEH. Lps tu nak balik terus naik DUKE.

Weols order banana nutella dengan special.
So, how pancake Krabi ni?
Ce tanya orang pernah makan yg kt  Krabi punya?
Huhu. 
Boleh la utk melepas rindu kata orang tu.
Lagipun nak carik kat mana lagi kan.
Cuma myDH kata "apsal makcik kat Krabi tu buat zap zap zap kejap je siap. Sambil sembang2 je"
Hehehe.
Makcik yg di refer oleh myDH adalah makcik Yaminlah yg femes di kalangan blogger yg pergi ke Krabi dan nak makan pancake. Hihihi.
Entah lah bang oi. Kat sana tu mmg dah kepakaran mereka. Tu yg zap zap je siap.
Tapi, ai is tetap rindu pancake Krabi sanun. Still lain rasa dia. Tunggu lah bebila nanti repeat lah gi Krabi. Tapi taknak pi island hopping ke apa. Just rilek2 saja. Nak amik resort2 yg mmg hadap laut. Rest n rilek 2,3 hari. Aaaa... bestnya..

Sebenarnya 2 hari berturut2 kami pergi makan sini.
Sesudah makan pancake tu, esoknya kami dtg lagi. Kali ni pergi malam. Dgn famili abgcik. Dia mmg datang rumah utk pergi makan2 ngan weols malam tu. Siap dia dah pesan, takyah susah2 masak. Kita makan kat luar. Sokay lah.
Pergi sana sbb rasa macam senang nak order apa2. Banyak pilihan kan.
Dan ini lah yg kami makan.




Ha kau...
Sate pun order. Tapi lambat sampai. Dan terpaksa bungkus. Tak berapa pun sate ni. Next time takyah order.
Abgcik nak try pancake. So, order lah.
Oh, kali ni cepat plak dapatnya. Mungkin yg hari sebelum kiterang pergi tu, dia baru nak siap2. Jadi, lambat dapat. Kali ni cepat je. Semua makanan pun cepat ja. Okay lah situ.
Cuma kalau malam, mmg hazabun lah nak parking. Ni pun pergi malam weekdays. Kalau weekend mmg lagi dabel hazab agaknya.
Ni pun pergi, ada orang dabel parking depan kereta kita takde tinggai no fon apa bagai. Isk.

15 February 2016

Aktiviti Cuti 4 Hari

Phew... mmg syorga rasanya bila cuti free yang panjang ni duduk rest kat rumah je.
Korang yg balik kg ke atau gi memana time cuti ni, biasa la jammed tu kan. As expected harus la jammed and berjam jam korang atas jalan raya.
Takyah la bebel2 kat FB. Hehe.
Redha dan redah je le.
Aku dulu pun camtu. Masa jaman muda muda dah rasa camtu dah.
KL - Ipoh 7 jam masa cuti CNY ni mmg adat la. Sbb arah nak ke utara sana mmg packed sedari tol Duta tu lagi. Now, aku tak tahu lah berapa jam pulak sbb kereta makin byk kan. 
Lama dah aku tak keluar waktu CNY ni utk long distance travel. Tak sanggup lah weh. Rasanya lps kahwin, sekali je aku blk kg time CNY. Selebihnya mmg kami sebulat suara nak duduk rest kat umah je. Heaven woih.

So, buat apa 4 hari cuti.
Kita JJCM lah.
#jjcmpuanstoberi

Hari Sabtu (6hb).
Mmg dari hari Jumaat tu dah ckp ngan myDH nak makan nasi mmanggey. Ha. Betul ya. Bukan nasi vanggey. Mmg nasi mmanggey. Agaknya sbb memanggey (memanggil) utk dimakan. Dekat Sg Buluh sanun. Ala, sapa tgk JJCM bulan Januari tu ari mesti tahu lah. Kedai nya nama Warung Kita kat Kampung Melayu Sg Buluh.
Keistimewaannya ada air nyiur baldi.
Time orang tgh bersesak sesak kat highway kami gi JJCM ke sana. Stuck juga dkt MRR2 yg kat Kepong tu. Sbb jalan sempit org buat DUKE. Oh. Kat situ pun ada DUKE juga ya. Ingat ada MRT tu je tgh buat.
Smpai kedai dalam kul 1pm.
Senang je carik kedai ni. Nampak je banner dia dari jauh. Dpt parking kat area dalam kedai. Orang pun tak ramai nau. Kan dah kata semua tgh bersesak kat highway. Hehe.

Ini gambar kat FB mereka.

Ini yang kami makan pada hari tersebut.
Sbb orang tak ramai, jadi dapat cepat je makanan.
Dia takde order2 ni. Kena beratur utk ambik nasik n beratur utk ambik air.
Aku siap tanya kat myDH "orang yg isi nasik tu masam ke muka dia?"
Haha.
Abis, aku bc kat FB page kedai ni, orang komen kata staff yg isi nasik tu muka masam.
Apa la.. itu pun nak komplen. Bukan kita nak makan sebelah orang tu pun. Ye lah, mmg lah kena bermanis muka sket, tapi menda2 camtu.. alah, lantak pi kan lah. Agaknya orang yg komen tu pergi masa lps kedai ni masuk JJCM. Harus lah orang bertali arus. Ce pergi sekarang ni, dah okay dah pun.
Kami amik nasi mmanggey, air aku amik ABC Oreo. MyDH amik coconut shake. Tanya kenapa tak ambik air kelapa baldi tu. Entah, taknak plak dia. 
Nasi biasa lah. Yang sedap kuah and sambal dia. Nasik dgn ayam goreng. Tiada timun mahupun any sayur lain. Mmg itu lah semata pun. Better kalau dia letak sehiris dua timun. 
Coconut shake aku tak berapa gemar sbb kuat rasa susu. Aku mmg kurang gemar minuman yg rasa susu kuat nih. Ke sbb dia pakai susu tepung jadi rasa susu tu kuat nau. Tapi, okay lah. Boleh la.
ABC oreo, okay lah. Cam biasa lah ABC tu.
Boleh lah sekali skala datang. Jauh sket dari rumah.
Nak balik tu boleh tersilap jalan plak. Terus ke arah hosp sg buluh dan terpaksa masuk highway dan exit jalan Duta. Haha. Nak makan nasik pun beria masuk highway (T____T).
Malam tu pun tak masak apa. Pergi kedai Arab sbb nak stock up madu and makanan sunnah ni. Jadi,terus beli kebab sebelah kedai arab tu. Biasalah kedai arab pilihan kami mestilah Berkat Madinah kat Ampang tu. Sekarang dah besar kedai dia. Siap ada kedai kebab sblh dia dah. Sebijik la dia buat kedai ni cam kat Mekah sana. Rindu Mekah Al Mukarammah :(

Aku mmg tak boleh gi kebab depa ni sbb sos depa rasa masam sket.
Eh. Sos tertonggeng tu sbb nak keluarkan baki2 sos yg ada
sblm buka sos baru. Haha. Jimat oiii.. 

Hari Ahad (7hb) - JJCM nasik kerabu.
Ni takde lah JJCM pun. Just beli nasi kerabu utk breakfast.
Beli kat gerai depan sekolah Batu Muda. Ni mimi mak fayel lah perkenalkan tempat ni.
Murah kot nasik kerabu dia. RM2.50. Pastu nasik dia kalau makan pagi, mmg kau tak larat nak lunch dah. Kenyang sampai petang.
Lps tu lps zohor pergi Tesco beli barang sket, terus makan kat situ.

Hari Isnin (8hb).
Ha, ni memacam terjadi. Nanti kita buat entry lain.
Tapi mmg ada JJCM. Sampai ke Sabak Bernam halanya. Phew...
Nanti kita cerita ya... unplanned event. Haha.

Hari Selasa (9hb).
Tak jejak tanah dah.
Takde JJCM. Masak kt umah. Tapi idak la masak beria.
Sbb ada beli ayam kat Tesco hari Ahad tu, makanya masak ayam.
Tapi, teringat nak buat ayam masak bali yg orang duk viralkan. Sbb senang kan buat ayam masak bali tu.
MyDH keluar beli breakfast, minta dia belikan serai n daun kari ja.
Dah jadi ayam masak bali.

Cuma, ai ada alter sket, instead of dalam resepi suruh taruk belacan, ai gantikan dgn sedikit kiub ayam. 
And, ai ada letak sedikit oyster sos.
Not bad lah. Ada kelainan sebab ada aroma daun kari.
Tapi, myDH kata dia suka lagi ayam masak merah.
Okay.. tapi, ailoike ja..

Jadi, itu kesah 4 hari cuti ai di Kuala Lumpur.
Hari Jumaat sebelum cuti ramai kawan ofis tanya "tak balik kg ke?"
Bila orang kata nak rehat2 kat rumah, terperanjat plak. Okay lah, ai pun kata lah ai nak buat edisi JJCM. Tanjat ya sbb orang tahu yg kami suka jalan2. Tahun ni macam memerap je dan takde kemana.
Lorr... orang dah well planned lah. Kita tak suka nak ramai2, sesak2 kat highway tu. Nak gi toilet pun susah. Tetambah lagi skrg, mmg cannot lah wey. Kiterang kan dah balik kg sesiap masa cuti hari Wilayah. Nyaman je balik time tu.
Tapi, tak balik kg pun, jumpa gak my mom masa cuti 4 hari ni. Tu yg masa unplanned event tu. Nanti cerita lain. Hiks.

4 February 2016

#jjcmpuanstoberi : woop2lobster

Hashtag baru lagi. Sila jangan kecam. Hihi.
Puanstoberi idak la suka nau buat xtvt JJCM ni. Sbb puanstoberi bukan seorang yg suka makan2. Food is not my passion. Giteww. Haha. Poyo!
Tapi, kadang2  bila orang dah viral atau bila gi tempat2 bercuti ke, puanstoberi buat la jugak JJCM.
Kalau family trip, depa dah tau sure adik bongsu depa akan bawa tempat yg orang ramai, tapi belum tentu sedap (T___T). Kuikuikui.

Okay, kali ni jjcm tak jauh dari rumah puanstoberi.
Err.. bukan rumah kat KL sini, tapi rumah kat kampung di Perak sanun.
Menjadi sebutan sejak tahun lepas.
Tapi sengaja weols taknak pegi sbb katanya ramai orang.
So, kita pun biar lah orang reda sket kan.

Dah siap plan ngan abg yg duk kat kg tu.
W.app dia, kata kiterang balik cuti Hari Wilayah ni nak pergi makan lobster.
Abang aku pun okay lah.
Sekali tu.. 2 ari lps antar w.app, masuk majalah 3 pulak woop2lobster ni.
Apakah????

Tahu saja lah, bila dah masuk tv. Tak kira lah majalah 3 ke, jjcm ke. Harus orang menyerbu kan. Terus rasa punah harapan. Haha.
Ye lah, bila lagi nak pergi wey.. bulan 3 tak balik kg sbb cuti sekolah ada family trip. Depa dtg sini. Bulan 4 pun tak tentu lagi. Tengok keadaan. Bulan 5,6 dan seterusnya kalau boleh pergi yang paling cepat adalah bulan 9. Pergh!

Balik je abang kata kawan dia pergi hari Jumaat malam - orang beratur panjang giler. 2 jam dekat baru dapat makan!
Dan bila tgk FB page woop2lobster ni pun mmg betul.
Siap owner tu tulis, sesapa yg dekat tu harap tak dtg lagi lah. Bukan dia menolak rezeki, cuma dia takut orang tak selesa. Ha, begitu.
Maka, kami tak pergi lah masa malam minggu, which mmg tahu lagi lah hazab kan.

Kita try Ahad malam.
Lps maghrib keluar rumah.
Sampai je situ tgk mmg full.
Kak ipar terus masuk line beratur and kami gi carik meja.
Abang n myDH mmg segan2 je nak tggu meja orang. Abang siap cakap, nak gi kedai lain ke makan. Eh... mana buleh, dah masuk situ mesti nak makan situ kan. Kalau tak pergi lagi takpe lah.

Aku tak kesah. Memang style kena tunggu meja kan. So, aku tgk meja mana org nak abis makan. 
Mungkin dah nama rezeki kan. Dapat satu meja yg orang tu pun hanya 3 beranak. Meja pun tak kecah. Cuma kerusi je ada 3.

Takpe lah. Cop je meja dulu, nanti cari kerusi. Kami pun berenam ja. Cukup lah satu meja.
Dah dapat meja, gi kat kakcik yg tgh q. 
Apa nak order? 
Buka je FB dia. 

Pastu nanti owner dia gitau yg lobster ni rasa camna, lobster mana lagi best. Ha, gitu.
Dia ada 3 jenis lobster. Yang best adalah asian. Memang boston paling terbaik. Tapi, nak sedap katanya ambik asian.


Kami ambik set meatball, slipper lobster 2 set, asian lobster 1 set.
Jadik lah utk rasa rasa. Lamb chop ngan salmon dia tak boleh buat sbb tak dapat nak cater. Nanti lagi lambat dapat. 
Owner tu siap cakap, masa utk makanan siap dalam sejam.
So, takpe lah. Tunggu je lah kan.
Dia bagi resit n kad. Makna meja kami namanya K Diamond.

Nanti bila makanan siap, waiter dia akan hantar sambil sebut no kad kita.
Takde la smpai sejam pun nunggu.

Air kena order kat dalam - kat MH Cafe.
Ambik air jus oren je. Abis citer.

Okay tak?
Ni slipper. Tapi aku rasa cam tak berapa best. Cam tawaq ja.
Tapi, don't worry, isi banyak.

Ni asian lobster. Asian okay. Sedap.
Ala, nak makan byk pun tak boleh sbb macam muak muak gitu. Ada cheese bagai kan.
Tapi, okay ja. Sedap.
Overall utk lobster ni, ai takde nak komplen.
Dah la harga berbaloi kan.
Masa tgh beratur nak order, kakcik aku siap sembang ngan org belakang dia. Orang tu dari Penang okay! Semata mata datang nak makan lobster lps tgk kat majalah 3. Datang makan then balik Penang. Huhu. Gigih oi..gigih.

Cuma utk kedai air yg cafe tu - myDH kata dalam kedai tu macam becak2 sket. Depa gi tempat basuh tgn dia cam tak berapa nak memuaskan lah. Aku pun tak tahu lah cemana. 
Kalau betul macam nampak becak becak tu, harap diperbaiki lagi lah.
Lobster ni dah jadi sebutan dah ni. Kang dek kerana yang satu tu pulak, jadi citer lain.
Harus diingatkan kedai lobster n kedai air ni dua entiti yg berbeza.
Kedai lobster ni dia cam buka kat tepi kaki lima kedai cafe ni lah. Buka table camtu. Dan katanya nanti nak buka kat Ipoh juga. Hopefully dia ambik satu lot kedai which semua dia yg provide dan tak perlu order air kat kedai lain, makan kedai lain. Camtu baru nice kot.
Just my pandangan lah.

Sapa datang Perak, esp Ipoh, Taiping or Kuala Kangsar, boleh la cuba.
Senang je nak carik. Tepi jalan je. Waze je woop2lobster tu. Ada la kot. Atau google je MH Hotel Sungai Siput. InsyaAllah, sampai le kome. Dkt juga dgn Pizza Hut.
Tapi, buat masa ni orang tgh ramai. Apatah lagi cuti raya cina sok. Lagi la ramai.
Kalau nak dtg, setakat nak satu meja je okay kot. Kalau dtg segerombolan berbelas orang tu susah sket la nak dpt meja. Tu ari, ada se famili datang. Duk nunggu je orang bangun kan. Pastu last last gi makan kat pizza je. Kesian la plak. Harap2 dia dtg dari situ situ je lah bkn jejauh. 

Nah, ni gambar terang sket. Tadi malap malap belaka yer yob... hihi.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign