Pages

Showing posts with label Johor. Show all posts
Showing posts with label Johor. Show all posts

23 October 2018

#kaptenRizqkeJDT - Legoland

Hari kedua di JB (29 April), ayuh kita ke Legoland.
Before, mak ayah Rizq tak bleh nak pergi sbb takde anak lagi kan.
Sekarang dah ada anak, ada alasan utk pergi. Hehe.
But still... tak boleh juga nak main2 sbb Rizq tak cukup 90cm lagi.
Rata rata games kt situ perlukan 90cm utk bermain.

Permainan gegeli perut macam kat Thomas Town pun takdak.
Yang boleh, naik tower dan tgk movie 3D ja. Pastu naik ketapi, keliling Legoland. Jadik lah. Dari takde. Kan.
Kami beli di Matta Fair dengan harga RM118/adult. Kalo harga online RM149/adult. Dapat lah kurang beberapa ringgit.

Mula, kiterang nak pegi petang je. Bagi Rizq tido semua dulu.
Tapi, rasa cam jom la pergi pagi.
So, before kul 10 pagi dah sampai. Legoland buka dari jam 10pagi sampai 6petang.

Sampai situ, orang dah beratur panjang nak masuk.
Aigooo.. Disneyland pun tak camni.
Rupanya semua berebut nak masuk awal sbb ada parade Star Wars.
(yang ini mak pelik sket, depa berarak masuk (Star Wars characters), tapi lepas tu depa pi mana. Takdak pun sesi ambik gambar bersama karakter dia ke apa ke. Hek ele. Setakat jalan camtu dgn costume bagai).
Parade ni gerak dari Legoland Resort tu, sampai lah ke dalam.
Ku ingat parade macam kt Disneyland tu lah kan. Kira macam sepanjang jalan tu depa lalu.
Pastu dalam tu ada la kita boleh ambik gambar dgn karakter2 yg ada.
Nan hadooo..

Tak best lah! 
Takde yg menarik sgt pun Legoland ni. Cuma ada games2 je. Boleh tu boleh lah.
Tapi, panas nya ya hampunnn. Terbako kulit.
Malaysia tak sesuai gamaknya buat theme park cam gini.
Masa pergi Hongkong (Disneyland) tu, suasana breeze je. Sedap je.
Ini rasa nak pitam dah. Peluh tiak, melecet peha semua ada lah. Hahaha.

Rizq tak enjoy sgt dlm ni.
Satu mmg waktu tido dia.
Satu lagi, masuk2 je, kemain kuat muzik Star Wars masa parade tu. Dia cam takut. Pastu dia takut tgk orang pakai2 costume tu.
Mula kiterang masuk kat Star Wars punya tempat. Ada miniature by lego ikut episode movie dia. Ada interaktif dia lah. Tekan button pastu nanti ada la benda2 yang gerak. 

Pastu baru kiterang start pusing2 semula.
Dan matahari pun mula tegak atas kepala dah.

Tersilap percaturan pun ye gak ni.
Patut dia kena mulakan dari tempat yang ada bangunan miniature tu. Sbb tempat tu panas giler. Awal2 pusing situ dulu. Ambik gambar semua. Then baru pusing2 tempat lain. Bila dah panas sket, baru naik ketapi yang pusing2 situ. Pastu naik lah tower tu. Pastu tgk movie. Dan makan. 
Ini tips ya. Sbb kalau dah kepanasan, mmg takde maaf bagi mu lah.

Satu yang sangat dikesalkan adalah - tiadanya nursing room untuk breastfeeding mom!
Ya Tuhaaaannn.. tempat tahap international dah, facilities camni pun takdak. 
Sebenarnya dia ada satu tempat yang dia namakan "baby care"
Tempatnya nun di area imagination. 
Kami tanya kat staff kat mana tempat tu. Semua la assist tunjuk tempat tu kat mana.
Okay lah. 
Kami pun pergi. 
Sampai je tempat tu - closed.

Dia tulis situ - buka masa hari Sabtu dan Public Holiday saja.
Owwwh... depa ingat babies ni menyusu badan hari Sabtu dan PH je rupanya.
Nak juga boleh - proceed to information centre katanya. Which is - nunnnnnn...jauh kat entrance sana. 
Kalau ko tgk map pun jadik lah. Boleh tahu jarak tempat tu. Kalau ko dah ada kat area imagination tu, nak pergi balik ke arah entrance tu. Mmg lah kira dekat utk orang yg dah biasa. Tp, kita ni dgn anak mengamuk nak menyusu lagi, dengan berpanas lagi, mana kita tahu kat mana short cut segala.
Mujur situ ada surau. Alhamdulillah. Boleh la tumpang sekejap.
Tp kalao untuk non muslim? 
Will emel Legoland regarding this matter.

Legoland ni tengah renovate jugak.
Dalam thn ni gak kot buka satu lagi tempat baru. Namanya sealife (dlm website dia ada dah).

Kiterang dalam tu, dari kul 10 pagi, sampai kul 4pm camtu ja.
Rizq da ngantuk. Dia da cranky dah. Ngantuk, panas semua ada.
Itu pun dia kira okay jugak lah.
Malam tu, badan dia macam dedo jugak.
Kami mmg standby dah PCM, thermometer semua.
Bila amik suhu, still okay je. Bagi dia nyusu bebanyak, then pagi tu Alhamdulillah, dah normal dah suhu dia :)

Kalau ditanya weols nak pergi lagi ke dak?
Jawapan - tidak lah.
Better pergi tempat lain lah pulak.
Dah pergi cukup lah.
Tiada yang menarik selain dari miniature kecik2 tu.
Mungkin la, pada orang lain best bila dapat naik menda2 cam roller coaster apa semua tu. Tapi, menda tu common lah. Tempat lain pun ada.
Kat Disneyland dulu pun, takde gak kiterang naik menda2 tu semua, but, still ada rasa keinginan nak pergi lagi. Sbb persekitaran dia pun best. Attraction pun banyak. Berkeliaran je karakter yang boleh kita ambil gambar.

Yang ni masuk kemain mahal, tapi so so je lah.
Entah lah. Ni pandangan peribadi penulis lah.
Orang lain kata best.. best lah.
Better lah kami pergi USS ka, atau mmg plan nak bawa Rizq ke Disneyland Hongkong. Atau kalau ada rezeki ke Disneyland Tokyo ke. Tunggu dia da capai tahap 90cm lah. Haha.
















Malam tu kami dinner tomyam. Tapau je dari kedai area Bukit Indah tu.
Naseb ada satu kedai.
Lain semua pun kedai cina.
Oh. Ada satu kedai mamak situ. Hamid corner ke apa ntah. Singgah sbb nak beli sirap limau. Sbb panas bebenau dah ni.
Kata kt ayah Rizq tu kedai India ke Islam tu?
Ayah Rizq kata balik "Islam lah tu. Kan nama Hamid tu, ayah saya nama Hamid kan"
Hahahaa.
Bukan la.. maksudnya kadang depa guna ja nama tu, kedai nya kedai india.
Lepas makan rehat2 jap.
Tido awal. Penat.

29 August 2018

Thistle Hotel JB

Hoih!
Lupa yakmat nak buat entry ni.
Tertangguh kemain lama.
Ni waktu kami ke JDT dulu tu.
Bulan 5 tu ari. Lama dah.
Kesah percutian di JDT pun tak abis lagi.
Takpe. Nanti mak Rizq sambung.

Sekarang kita cerita pasal Hotel Thistle dulu.
Best tak best?
Jawapan mak Rizq.
Best! 
Terbaik lah hotel Thistle JB nih.
Bermula dari makRizq menghantar emel hingga lah check out. Semua pun okay.
Eh. Ada la sket yang tak berapa best. Tapi tu tak kesah lah. Small matter (",)

Sblm ni makRizq selalu booking hotel thro Agoda.
Kali ni terfikir, eh, dah lama tak guna govt rate kan. Lets!
So, emel tanya dulu ada govt rate tak.
Depa reply balik "ada"
Dan harga pun... wahhhh...
Murah dari Agoda.
Ini sudah bagus.
Dah la reply emel pun cepat. Tu yang mak Rizq gumbira tu.
Pastu, terus lah booking.
Tanpa deposit apa pun.
Depa pun reply emel dgn room confirmation.
Nanti masa check in bawa ID je katanya.

Senang kan?
Sukahati lah mak Rizq.

Dah la dapat rega pun within budget.
RM310 utk satu malam beserta 2 breakfast.
Kiterang ambik Deluxe Seaview King.
Yakni, mengadap laut. Nampak Singapore lagik.
Kalau harga kat web dia dalam RM365 (w.out breakfast).
Kalau harga kat Agoda pun masa tu dalam RM300++ gak la.


Masa kami sampai nak check in tu, ada TMJ tgh meeting. Keta duk dia parking kat area nak masuk ke lobby. Jadi, tak boleh nak drop beg dulu. So, pergi lah parking. Parking pulak bangunan lain. Ha, hok ni la tak berapa best sket. Kalau satu building senang lah sket. Dah kena usung beg semua pergi lobby. Takde la jauh, tapi dari tempat parking tu kena la naik lif, jalan sket nak ke lobi.
Tapi.. atas sbb layanan baik receptionist, mak okay ja.
Baik sungguh la receptionist depa ni.
Kadang setgh hotel ni acuh tak acuh je layan kita ni tambah lagi tgk guna govt rate. Cam eleh, bayar pun taknak mahal, nak bagai2. 
Tapi sini tak. Kita tanya ramah tamah je jawab.
Tanya kat dia mmg goreng pisang mawar tu ramai orang eh?
Dia kata, a ah. Memang gitu. Cabin crew pun kalao tido hotel ni mesti gi carik goreng pisang tu katanya.
(Goreng pisang mawar ni mmg sebelah je dgn hotel Thistle ni. Jalan kaki je. Masa nak masuk tu nampak la org ramai tgh q kat situ)
MakRizq terus bayar cash je. Settle. Takde pun depa mintak deposit apa. Senang lah pendek kata. Dapat kunci naik bilik terus.
Tapi, bilik tak berapa sejuk pulak aircondnya.
Tunggu orang dtg baiki. Tp kejap je. Pastu settle.




Mlm tu ingat nak pi makan luar. Tapi dak Rizq malam tu da dedo2 sket badan dia. Actually dari petang tu dia dah dedo2. Berpanas kat Legoland apa semua. Tapi, lps mak telan panadol then susukan dia banyak2, Alhamdulillah okay. Hehe. Mak mmg gitu. Kot kalo buntu nak buat cemna lah nak bagi cepat baik ni, mak je telan panadol. Jangan follow. Tak elok. Mak takpe. Sekali sekala :P
Kami makan KFC ja. Ayah Rizq pi jalan kaki beli. Depan tu ja KFC nya.
Pastu rasa cam eh, apsal sedap ayam kfc sini ni.
Serius. Rasa macam kita makan kfc masa kekecik dulu.
Takde berminyak. Cukup semua rempah ratus nya.

Breakfast pulak. Banyak sangat lah pilihan. Lama kiterang duk makan. Hehe.
Dgn melayan dak kecik tu lagi.
Kami takde pun mandi kolam apa.
Just tgk2 je. Kolam tak besar. Tapi, buleh la kot nak bagi anak mandi.
Staff2 pun rajin je melayan dak Rizq. Cleaner pun baik juga.
Eh. Pendek kata staff pun baik.



Suka pulak rasanya gi Thistle ni.
Walo dlm bilik cam pesen lama, tapi okay ja.
Nanti nak try Thistle PD pulak lah.



Kesimpulannya - Thistle JB best. Boleh consider sebagai penginapan kalo ke JB. Dekat ngan tempat2 makan. Amik seaview. Boleh nampak Singapore. Best!
Dan untuk percutian ke JB ni, kami memang berpuas hati dgn penginapan di 2 hotel nya :)
#puanstoberisuka
#rizqpunsuka








3 May 2018

#kaptenRizqkeJDT - Thomas Town dan Hotel Millesime JB

First time untuk Rizq "menanda kawasan" di JDT.
Hehehe.
Mak Rizq pun da lama gak tak ke JB ni actually.
Last, outstation lepas balik umrah dulu. Masa tu ada majlis persaraan staff cawangan Johor. So, mak pergi untuk wakil pengurusan. Tahun 2015.
Ayah Rizq, lagi lah. Dah berapa tahun tak pegi Johor katanya.
So, jom lah.
Kami memang dah siap beli tiket masuk Legoland n Thomas Town masa Matta Fair yang lepas. Hotel pun beli voucher masa tu.
Sbb tu mak kata, mak mmg dah ada benda nak beli masa tu. Jadi, tak timbul lah masalah bersesak. Lagipun mak pergi petang Jumaat, lps balik kerja. Orang pun tak ramai sangat.


28 April (Sabtu), kita pun gerak lah dari KL ke JB.
Dalam kul 8am gerak. Singgah breakfast kt Seremban. Orang ramai oih. Jenuh nak carik tempat kosong. Makan nasik lemak. Boleh la. Sambal pedas nau nau.
Lepas tu teruskan perjalanan. Dak Rizq tido. Sbb mmg time dia tido kul 10-11 pagi ni.
Pastu ayah Rizq nak benti buang air plak - benti lagi kat RnR Pedas Linggi.
Pastu berenti isi minyak kat RnR Machap.

Dan perjalanan diteruskan ke Puteri Harbour untuk ke Thomas Town.
Kiterang guna google maps. Ni kalau takde, memang sesat melarat lah.
Nak ke Puteri Harbour ni kena guna hway lain. Kena keluar kat Senai, pastu nanti ada link dgn hway ke Puteri Harbour. 
Tapi, masa kiterang nak keluar tu, boleh plak tutup exit Senai tu. Lorrhhh.. acena nih. So, terus ja, pastu google maps dia reroute kan balik. Terpaksa keluar dan masuk jalan lama pastu baru naik balik ke hway. Dia kalau lalu kat tol Lima Kedai tu kira betul dah la tu.

So, ikut je lah google maps punya arahan. Banyak jumpa roundabout. Dan sampai lah ke Hello Kitty and Thomas Town. Bangunan kaler merah. Masuk terus ke parking. Free je parking dia. Naik atas, nanti jumpa lah entrance untuk ke Hello Kitty n Thomas Town. Hello Kitty level 1, Thomas Town level 2 dan 3. 

Kami tak beli kombo tiket sbb dak Rizq tak suka (kenal) pun Hello Kitty. Tp Thomas Town mmg dia suka. Dia panggil "chu..chu.."
Kiterang beli tiket masuk kat Matta Fair juga. RM99 utk 2 dewasa. Kalau harga online/biasa - RM85/adult. Okay lah tu kan :)


Kami sampai dalam kul 2.30pm.
Kat dalam Thomas Town ni, dak Rizq happy gak lah.
Sbb banyak menda boleh naik. Macam semua pun dia naik.

Rizq naik ngan ayah dia.
Ada persembahan Thomas



Sayang nau ngan Pingu :D

Pastu makan terus dalam tu. Harga biasa lah dalam tu. Takkan nak harga macam kat gerai Tomyam tepi rumah kita pulak, kan? Haha. Kiterang dapat voucher makanan diskaun 20% lagi. Ni dapat masa beli tiket kat Matta Fair tu lah. Atas RM50 baru dapat 20%. Beli 2 jenis makanan, pastu beli tumbler + bekas makanan utk dak Rizq - dapat lah guna diskaun tu. Dan bayar kurang RM50 akhirnya. Kan.. berbaloi baloi. Hehe.

Thomas Town ni tutup kul 6ptg. Kul 5 tu kami gerak dah ke hotel.
Again, guna google maps lagi lah. Ingat senang ke nak carik entah kat mana2 tempat tu kan.

Kami stay di Millesime Hotel.
Tengok la tuan kecik tu. Komain suka masuk hotel.
Budak pun rasa seronok pergi hotel.

Pun beli voucher hotel kat Matta Fair. Yang ni sangat berbaloi ya.
Kami beli untuk Deluxe King, harga masa Matta Fair tu RM150 utk satu malam. Kami ambik 2 malam. RM300. Kalau tidak, harga sebenarnya RM600 untuk dua malam tu. Jimat, kan? Sbb tu kami suka pergi Matta Fair. Hehe.
Kiterang booking awal sebulan dah. 
Pastu bila check in, receptionist kata "Puan, kami upgrade bilik ke Junior Suite for free ya"
Aku pun cam, eh, upgrade, free?
A ah katanya. Sbb kita fully booked hari ni. Ada grup dari China ber bas bas. Kita tak bagi upgrade untuk grup. 
Lahaiii.. ini lah namanya rezeki untuk Rizq. Junior Suite tu berharga RM400 utk satu malam. Dua malam RM800. Tapi kami bayar cuma RM300 saja.

Review hotel - mak Rizq bagi 4 bintang. Kalau ikut boleh ja nak bagi 5 bintang. Tp sbb channel astro takdak, kurang 1 bintang. Haha. Owh, satu lagi sbb - bilik air dia takde paip. Aku mmg menyampah kalau toilet guna bidet tembak2 bontot tu. Tak gemo bebeno lah yong oi.
Tapi, bilik air besau. Dak Rizq kalau masuk taknak keluar okeh. Pastu dia akan duduk dlm tu lelama. Adui nak.. tau lah bilik air rumah kita kecik dan sempit. Huhu.
Breakfast pun okay lah. Takde la byk pilihan. Tp boleh lah.
Staff pun baik je semua. Okay lah. Takde complaint. Best.
Cuma kalau nak makan malam tu payah skit sbb area ni area cina. Tk byk kedai makan melayu. Kiterang pun tanya kat housekeeping tu kat mana kedai makan melayu. Dia gitau ada kedai tomyam kat area masjid bukit indah. Kalau dari hotel tu, jumpa bulatan, straight ke area Bukit Indah. Nanti ada traffic light masuk kiri sampai lah nampak masjid. Jumpa lah kedai tomyam tu. Jadik lah dari takde. 

Kiterang hari pertama tu, beli McD. Punya lah ramai umat. Mc D tu kat area Jusco Bukit Indah. Hari kedua baru kiterang beli kt kedai tomyam tu.
Tapi, okay je. Nak ke JB pun senang. Sbb hotel ni dkt dgn hway. Tak payah menyusup ke mana-mana. Kalau nak ke JB tu straight je lah. Kompom sampai JB punya.

Oraitz. Settle hari pertama di JB.

11 May 2015

Ke Johor Kita

Ini kejadian seminggu selepas balik dari umrah.
Bos suh pi JB. Ada majlis persaraan staff caw. Johor.
So, Ida, sila pergi wakil HR (wakil HR tu kira wakil Pengurusan lah).
Baik boss. 
Ye lah, ini mmg tugas kami. Mmg biasanya, sekiranya dijemput oleh pihak cawangan, kami akan pergi.

Aku dah pergi Terengganu. Pergi Kedah. Pergi Kuantan. Pergi Perak. Dan kali ni Johor.
Semua balik hari. Terengganu n Kedah tu naik flight lah. Aje giler nak gi naik kereta day trip plak tempat jauh kemahin tu kan.

Dan biasanya kami sendiri akan menyampaikan cenderamata dari pihak pengurusan pada pesara tu. Jadi, usah la kata cakap cakap belakang kata itu ini okeh. Kalau Pengarah tak busy, Pengarah sendiri akan pergi sekali.

So, kali ni ke JB.
Bos kata balik hari. Ingat naik fligt - okey boss.
Sekali - naik kereta. 
Maigaddddd.... JB kot. Pening nih. Acena nih.
Ye lah. Ye lah. Balik hari lah.
Rupanya takde la rasa jauh sgt pun JB ni kan.
Naik CRV kot. Mmg la rasa seleso dan tak rasa pun perjalanan.
Cuba kalau naik WAJA. Tu ari ke Kuantan naik Waja. Rasa kematu jap bontot ai. Haha.

Bertolak kul 8pg camtu, dalam kul 11 lebih dah sampai.
Sempat makan kacang pool kat Angsana jap.
1st time ai makan kacang pool uols. Ai pun tak tahu cemana rasa sebenar dia. Tapi, yang ini okay. Ai buleh je telan. Kenyang.



Pastu baru ke Pacific Hotel. Majlis tu kat sana.
Majlis start 12.30pm.
Macam biasa lah. 
Speech wakil pengurusan (HQ). 


Mujur takde pantun kalau ada sumur di ladang.
Haha.
Speech pengarah cawangan.
Speech pesara.
Penyerahan cenderamata.

Tayangan video.
Dan.
Makan.


Not bad gak makanan kat hotel nih.
Byk choice gak untuk lunch.
With staff Caw. Johor. Happening depa ni sbb tak ramai.
Dah tu lps makan, balik KL.
Hwa hwa hwa.
Dah rasa macam pergi kenduri kawen plak.
Makan, lps tu balik.
1st time ai outstation pakai jubah, pakai socks, pakai kasut bertutup.
Terus duk tanya myDH "ada macam Prof Muhaya tak?"
Terus dia menyampah nak layan.
Hahahaha.

Ye lah. Begitu lah.
Sbb rasa eh, tak jauh pun JB ni rupanya, terus rasa nak pergi ke JB.
Lagipun dah lama dah tak pergi bercuti.
MyDH kata "dah lama kita tak tido hotel nih"
Ye ke?? Kan bulan 1 pergi Sarawak ke tu ari. Pastu hotel kat Mekah n Madinah tak kira eh? 2 minggu tu. Haha.

Tapi, mmg kami tak pernah gi bercuti kat Johor pun.
Dulu dgn keta lama pun tak pernah lepas ke Johor.
Aku  lak asyik la outstation je ke Johor ni. Nak cuti santai honeymoon bagai, tak pernah.
So, next station  - Johor Bahru :P

15 October 2012

Edisi Course Dan Makan : KSL Hotel & Resort JB

Eh. Ko gi course ke gi makan?
Dedua. Haha.
Skali harung je lah citer yer. Pasal Course n pasal penginapannya.

Last week - Rabu - Jumaat (10 Okt - 12 Okt), gi kursus. Kursus Pengurusan Tatatertib namanya. Since dah jadi urusetia tatatertib, harus la dihantar utk kursus ini. Aku sker jer. Sbb aku mmg blur lah pasal tatatertib. Skrang sudah buleh sinyum sket, sbb sudah paham. Lps tu dah dpt contact number org JPA. Mudah apa2 hal nati buleh call. Oke, takyah la citer pasal course kan. Tp nenati adalah aku nak share sket pasal tatatertib ni, mungkin yg mana penjawat awam tu leh sharing is caring gak kan. Huhu.

So, course ni anjuran kementerian - KPKK. Satu agensi antar dlm 2 orang camtu lah. Suppose ada assistant aku g skali. Tp dia cuti bersalin, ganti dgn ketua unit lain. Sokay. Aku duk skali ngan adik dr Bernama which sgt sweet orang nya.. tp oh.. sudah di 'taken'. Hihi.  Aku pun kenal dia pun masa turun kejap kat RnR Pagoh tu ja. Lps tu bila smpai hotel, urusetia kata cariklah pasangan memasing. Jadi kami pun duk skali sbb memasing sorang2. Agensi kami hantar sorang lelaki, sorang pompuan, takkan nak duk ngan derang kan. Tp aku suka je camni. Kalo gi sesama perempuan, harus kita pun asik ngan kawan kita tu je. At least, camni leh built networking.

Kiterang menginap di KSL Hotel n Resort. Hotel baru. Yang paling bes, bawahnya adalah shopping complex. Tp so so je lah. Takde yg menarik pun. Baju dia jual pun cam lebih kurang kat Times Square tu ja. Ada la Tesco, Sembonia, Watson, Pizza, KFC tu, tapi takde apa lah nak beli pun. Dia ada 2 tower. Tower 1 n tower 2. Kami duk tower 2 :)

Aku tgk rate hotel ni murah lagi. Kira oke lah kan. Kami duk tgkt 15.

Tgk kat Agoda pun cam dlm 200++ camtu. Ada sorang akak tu, dia peserta kursus jugak, tp sbb dia bwk asben dia, dia bayar sendiri. Katanya dalam 160 camtu lah. Bilik bes. 2+1 nyer katil. Sbb aku kan akak akak, jadi adik Bernama tu kasik aku katil queen tu. Maceh la Zira yer. Hikhik.

Bilik air oke, tp toilet is tiada paip. Dia main pancut2 kut blkg tu ja (eh...bunyi cam not nice plak. uhuk). Sungguh tk gemar. Nak amik wudhu pun susah. Pepandai ko lah ikut kreativiti ko. Mujo toilet kt dewan kursus tu ada paip air. Selesa d situ.

Sebenarnya yg paling bes adalah makan. Pilihan sgt la banyak. Cemana aku nak compare yer... aku pun bukan la salu gi bufet hotel kan. Kalo tidur hotel pun, pakej breakfast ja. Itu la dia orang tak mampu, tp nak duk hotel jugak kan. Makan breakfast je lah. Haha. Tp aku penah g bufet diner kt Istana, byk gak pilihan. Tp mungkin sbb hotel ni cafe dia cam luas, besar, jadi cam rasa terlalu byk pilihan. 

Paling aku suka makan, dan repeat sepanjang 3 hari adalah - udang bakar. Giler ko. Besar2. Ada plak pilihan sos mushroom, blackpepper n BBQ. Aku paling sker mushroom dia. Sedap hoi! Tulis ni pun meleleh ailiyo. Kambing bakar pun ada. Adoii... sedapnya ya ampunnnn... lembut betul daging dia. Kalo ko jenis 'eii... ai tak makan tau kambing ni', takpe.. ada ayam. Kupang bakar pun ada.

Kalo makan nasik, lauk pun pelbagai. Lps tu ada lagi nasik ayam lah. Kalo malam, ada pasta. Eskrem lagi. Kuih kuih, cake. Pagi pun melambak pilihan. Haih. 

Sehingga aku rasa nak stay sini plak utk bercuti. Tak silap utk bufet dinner pun dlm 48++ camtu la kut. Masih murah. Tp ini lah strategi dia kan. Lagipun hotel ni masih baru, masih ada lagi under construction. Ko tgk esuk bila dah sempurna. Mau nak dpt rate bilik dlm 200 camtu. Sendiri mau ingat lah.

So, sapa nak pegi KSL ni pegi la awal2. Esuk2 mesti dah naik harga. Tp makan mmg mebeles lah. Heh!

Ini menu dinner hari pertama. Aku amik nasik goreng.
Lps tu yg satu ofis pegi skali tu kata "takut tgk dia makan"
Hek ele, poyo, aku tgk orang lain lagi amik penuh pinggan.
Biar lah aku nak makan apa pun. Ko tanak makan, 
itu ko punya pasal, takyah nak takut2 ke, seram sejuk ke apa.

Dessert amik ni je. Takut gak?? Poyo nak takut2 tgk orang makan.
Agaknya kalo ko tgk orang lain, mau kau pengsan terus kut.

Lps tu amik eskrem. 

Lunch hari kedua. Udang lagi. Ayam tu pun sedap.
Kali ni takyah makan dgn orang yg takut tgk aku makan.

Dinner ari kedua amik western plak. hihi.
Nasi ayam tu hari last sblm balik.
Udang, kupang lagi.


Aku ni jenis tak suka makan, sbb tu aku cam pantang if orang tegur aku cam 'eh, takutnya tgk ko makan'. Feel cam byk gila la aku makan. Padahal aku amik nasik 2,3 sudu ja. Salah ke aku nak ratah udang. Tu pun 3 ekor je. Bukan 30 ekor kan. Mmg aku cam bodo bangang la kan sbb itu pun nak sentap. Tp mmg la, sbb aku makan sket, kalo tgk orang lain, lagi amik byk, tp tak penah aku nak kata takutnya tgk awak mkn ke apa. Biarlah.. orang tu dah selera. Sbb aku tau, cena sengsaranya kalo takde selera. Aku mmg selalu kena takde selera dan tak suka nak makan. Jadi, bila ada selera trus orang tegur, trus aku rasa cam down. Tp pedulik hapa kan.. esuk tu, takyah la nak duk ngan dia lagi. Baik aku makan ngan Zeera. Kan Zeera kan. Dia ni pun tk byk makan, sket je dia amik. Udang dia alergik. Jgn aku... alergik tgk. Huhuhu.

Kesimpulannya mmg bes hotel ni. Sila lah pergi kalo nak ke JB.
Cam hotel lain, dia pun ada pakej g USS kalo tak silap.
Tp kalo korang pegi tup2 tak bes plak, tatau la kan. Kami pegi atas dasar pergi berkursus, bukan bercuti. Tp kalo tanya aku, oke je kalo dgn rega skang ni, cuma tu lah..toilet takde paip and I is don't like main belakang2. Ahahahahhaa.....

About KSL ni - klik sini

19 December 2011

Sejam di Johor Premium Outlets

Atau org panggil J-Po. J-Po takpe, jgn Jakpo sudah. Haha.
Iyer. Sejam cuma. Sbb gi reramai. Maka mesti lah ada tempoh yg diperuntukkan. Cuba kalo pegi sendiri, dari pagi smpai tutup pun takde sapa marah.

Sebelum citer pasal entry2 lain, meh la ai citer dulu pasal Jpo ni dulu yer. Kena citer lelaju sbb kang da ramai pegi, tak bes la nak citer. *eh. Mcm poyo sgt ni apsal. Haha. Da lama bukak kot tpt ni, ramai dah pegi nyer pun. Hihieeee*

Kiterang smpai awal. Dlm kul 11 camtu. Sbb dari JB, maka aku tau direction dari JB lah. Masuk tol arah nak balik KL then exit kat Senai Utara arah nak gi airport tu. Nati ada la signage JPO tu byk2.  Kat web dia ni pun ada direction - JPO


Smpai awal pun org da meramai giler. Smpai je amik gmbr - tanda da dtg sini. Haha.


Sibuk je tau budak Faizullah ni. Memula aku sorang. Tau2 rasa cam ada lembaga je kat sblh. Sapa lagi, takkan bos aku lak buat pangai camtu. Pakai baju belang melintang trus napak perut cam mengandung. Bkn mengandung, tp mengandungi. Mengandungi apa?? Mengandungi air la sbb tahan nak pegi toilet tu. Haha. Tak senonoh, nak terkucil pun ku tahan Jebat sbb mau bergambar nyer pasal!


Pertama tama kali aku tgk logo Jpo ni aku tingat outlet aku p kat Bandung dulu. Sapa pegi sure tau kan. Meh aku google. Carik gmbr aku sendiri tah kat mana letaknya.
Kredit : Here
Kan, bunga raya juga. Ni jgn jadi kes udah la. Indon ni kan bleh, sket2 claim dia punya. Padahal bunga raya bunga kebangsaan kita. 

Tp outlet nye tidak lah spti Rumah Mode ini. Rumah Mode ini kedainya sebuah cuma dan diletakkan segala brand. Kat Jpo ni ada lot2 kedai dlm bangunan 2 tingkat.

Biasalah namanya pun outlet. Janganlah ko pikir kenapa barang2 ada cam outdated ke apa. Kata pun outlet.   Aku sejak balik Indon tu salu terpikir kenapa Malaysia takde outlet2 cam gitu. Ada takde pun kedai Reject Shop. Itu pun tak se bes outlet kat Bandung cam Heritage tu (mmg aku borong byk giler kot kat Heritage smpai terpaksa kena guna CC - Miahahaha). Tak giler tgk baju branded2 yg rega murah. Haihhss.. Dan pegi ke Hongkong pun camgitu. Ada tpt factory outlet ni. Tp aku sempat ke Citygate Outlet je.  Pun nanar dibuatnya kat Coach. Huhu.

Tp kalo nak yg latest2, up to date, lajakkan sket je ke dpn dari JB tu. Singapore la. Huhu. Tkpun Pavi KL pun bleh. 

So, kat Jpo ni byk kedai barangan mampu milik lah. Rega pun oke je utk penjawat awam. Lelebih lagi thn dpn naik gaji kan. Eh. Cam merepek je statement. Haha. Kedai dia golongan marhaein ni pun bleh masuk. Dun wori. Aku sempat masuk Carlo Rino, Adidas, Cotton On (oh, tgk legging yg bes 2 ketoi - RM30, igt nak masuk balik, skali masa da time lah. Tk smpat nak beli), Levi's, La Senza, City Chain, Samsonite. Lelain tu jalan2 je lah.

Tp tgk barang CR bes lagi kat KL kot. Oke gak rega dia, tp mungkin masih baru n tak byk choice. Kat Cotton On tu oke. Adidas tak berapa nak perati, tp Faizullah beli kasut, oke la kut tu. Levi's pun oke. Ada yg mampu milik dgn rega serendah RM99 (berbanding ngan rega sebenar dia la, kalo dikira mahal la gak tu satu ratus, tp Levi's kan starting dia RM250 ke atas. Aku beli Levi's pun kat outlet dia kat Bandung tu je dulu. Tak mampu nak.. Haha.). La Senza aku tgk cam rega kat outlet dia kat KLCC tu je. Ke aku tak tgk bebtul. Samsonite oke, ada beg dia yg murah byk gak. Itu aku riki2 sbb aku mmg nak beli beg baru yg besau sket. Traveller bag a.k.a beg tarik aku tak muat dah nak isi barang tuk 2 org *pengalaman balik HK tu ari*. Jadi mmg ada plan ngan my dear nak beli beg tarik baru since kiterang kan sker berjalan2 smbil memenuhkan beg kalo waktu balik. Haha. Mengong giler tingat kat Indon ngan HK retu. Indon tu lagi dasyat sbb aku sorang je yg pikul beg tu. Smpai nak termuntah isik dia. Then kat Hkong, mujor ada my dear yg tlg settle kan. Tp kalo beli beg tarik tu sure aku kena sorak sorai plak dlm bas rombongan che kiah kiterang tu. Haha. 

Aku cuma beli barang kat City Chain je. Since my dear suprise kan aku masa bufday aku retu *ini, later buat entry khas*, harus aku saprais kan beliau plak. Beliau igt aku nak belikan hp tp sbb tak smpat nak beli, maka aku tuko beli jam. Sbb beliau mmg nak jam. Aku yg gatai offer nak beli handphone. *Handphone, bkn smartphone. Huhu*

Itu je lah seketoi buat kenangan dari Jpo. Bkn utk aku pun. Huhu. Tkpe la. Nati ada outstation lagi, seharian aku extend dan cuti khas utk Jpo sahaja. By dat time, org pun da tak ramai kot. Huhu. Bleh masak Coach tanpa perlu bratur kayak gini.


Sbb tak bleh reramai dlm tu. Maka, idak la aku masuk. Burberry pun sama beratur. Tak kuasa. Unless mmg aku nak beli. Ko nak makan pasiaq ke apa kalo nak beli Coach lagi. Retu da dpt seketoi kat Citygate cukup la tu. Pakai smpai pencen. Hahah.


So, itu saja lah. Buleh la sapa nak pegi.  Paking byk je, tp pegi la awal2. Much better. Orang pun ramai jalan2 je aku nengoknya. Nak tau berapa byk kedai dlm tu ada - sila la klik web dia ni Johor Premium Outlets. Pasal launched dia by PM ada di sini - NST

Kiterang dlm tu leklok dari jam 11pagi-12tghari. Sejam cuma. Hihi.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign