Pages

Showing posts with label UM. Show all posts
Showing posts with label UM. Show all posts

28 November 2012

Bkn WW : Cabaran Belajar dan Bekerja

Salah satu cabaran masa belajar dan bekerja ni adalah bila ko susah nak reach rakan2 sekelas. Pergh!
Apa nak kata bila pagi baru tgk ada topik utk kita present secara grup (berdua) dan ko pulak takde no phone grup-mate tu. Herghh..!

Satu Malaysia aku pusing carik nombor orang tu (oke, exaggerated) 
Aduhainya pun.

Nombor org lain yg aku simpan pun takde nombor kawan tu. Aduhai.
Aku plak, instagram dia aku add, tp nombor tak simpan. Lagipun tak sangka pun sbb suppose aku present ngan orang lain.
Skali nama lain plak naik kat spectrum tu.
Oh. Utk kelas ni, lecturer masukkan topik n siapa nak present thro website yg namanya Spectrum. So, tgk kat situ je lah. Smlm aku tgk takde, pagi ni tgk baru ada. Choi 3kali!

Tp mujo la ada rerakan yg very helpful.

Thanks to them.
Dpt gak aku reach akhirnya.



Buat je lah sambil2 kan.
Case study plak tu "u're required to advice the top management to reduce resistant to change..bla..bla..bla.."


Hurm. Mmg itu salah satu cabarannya sbb dulu masa fulltime sng nak access kengkawan (and oso lecturer). Skrg dgn kekangan masa segala, mmg cabaran lah aku rasa. 

Tapi.... sedar tak sedar, lagi 2 minggu kelas dah habis utk sem ni :)

Kejap je kan. Lps tu bulan 1 exam (gegar.. rasa cam blank je.. lama giler kot tak masuk dewan exam. Eh, ada, exam jabatan. Tu pun lamaaaa dulu dah. Sbb ada PTK yg aku malas nak amik. Haha)

Lps tu bulan 2 dah jadi senior. Ceaa..


Eh. Oke lah.. citer pjg2 plak. Nak edit2 sket lagi. Pastu dah. Present je lah petang kang. 
Good luck utk diri sendiri. Dan berdoa agar tidak lah hujan ptg ni.

Kalo tak.. pitam.. smlm pun 2 jam nak menyampai ke umah aku dari ofis. Tu kuar kul 7.30pm tu. Haih.

1 October 2012

Edisi Ke Library

Seingat saya, baru 2x kali saya masuk Perpustakaan Negara nih (tak termasuk ada course kat situ.. tu lain, tu pasai keja)
Dan utk kali ke2 baru saya tahu yg rupanya tak boleh pinjam buku kat perpustakaan ni.
Haha.
Mana la CikDa tahu uolss... Cikda ingatkan cam library jaman2 sekolah, jaman2 kat U dulu tu. Pilih buku mana sesuai, then pinjam. Rupanya tak boleh cenggitu. Mostly buku adalah utk rujukan sahaja. Esp buku2 yg kalo terjatuh atas kaki, leh jadi cagu. Haha.

Bukan lah tak boleh pinjam semua.
Ada yg boleh dipinjam, tp ada dibangunan lain. Kat Wisma Sejarah tu. Itu pun bukan semua kot.

La... aku baru tahu nih. Haha.
Ye lah, ai bkn orang KL yg menggunakan library utk study ke apa ke kan.
Juga, ai bukan student di KL.
Ni dah jadi student balik ni baru la nak berjinak jinak dgn library.
Library UM

Kalo camni kekdahnya, harus kena ke library UM jugak lah napaknya.
Atau nati, kalo nak ke library negara tu gak *sbb dkt dah ngan umah*, kena la duk dari pagi smpai petang utk siapkan assignment. Hurm.

27 September 2012

Sambung Citer Kupu Kupu

kredit : here
Oke, sambung citer kupu kupu dalam perut semalam.
Phewww.... lenkali toksah duk buat cemgini lah. Kecut perut seme ada.

Citernya begini (kena citer gak utk kenangan lps abis blaja nati ni Insyaallah...)

Smlm kelas HRM. Dtg cam biasa lah.
Tetiba dtg grup member kat aku. Dia ni foreigner. Dari Iran.
So, dia tnya ada bawa case study tak?
Aku tanya case study apa?
Dalam nak citer tu lecturer da masuk kelas.

Lps lecturer masuk terus dia kata, ok kita bersedia dgn presentation.
Grup 1 - dia sebut nama. Lps tu grup 2 - adalah grup aku. Dan ada grup 3.
Aku pandang sorang lagi grup members. Dia pun tatau apa menda nak present.
Astaga.
Dalam ber4 kami (sebenar ada 6, tp 2 orang tak smpai lagi), sorang pun tatau ada case study n nak kena present.
Sebenarnya lecturer hantar case study tu thro spectrum. Padahal, pagi smlm tu ada la aku masuk spectrum. Apa hal aku tak pasan pun ada case study tu. Itu yg buat aku terkilan abis. Pulak, aku masuk gak spectrum version 2 punya. Takde apa pun.

2 grup yg lain dah ready la dgn derang nya slaid powerpoint utk presentation.
And kiterang baru nak baca case study tu.
Mujur lah sorang lagi foreigner (Thailand) dalam grup kiterang tu volunteer nak present. Dia baca seimbas lalu, then tulis point penting kat whiteboard.
Hah! Amek kau. Traditional method.
Tp mmg yg orang Thai tu sgt fluent English dia sbb dia blaja dulu pun kat Finland. Lawa budak ni. Islam. Nadia nama dia. Memula aku igt dia melayu. 

So, dia present ngan Farisa (Iran) tu.
Giler ah. Mencik tau camgini. Lps ni hehari nak tgk spectrum. 

Tu arr... camgini la bila yg dah kerja nak sambung blaja kan.
2 grup lagi tu mmg full time student. Mean, derang tak kerja. So, pepagi derang ada la masa nak diskas ke apa ke. Yg kiterang ni.... Adui..dui..

Oke, pas ni nak carik topik research plak. Kena gi Nat. Library la ni sbb takde masa nak pegi ke library UM sanun. 

*phewww.....* tarik nafas lega

*lupa nak tmbah, case study itu adalah sebanyak 10 mukasurat!

11 September 2012

Edisi Hari Pertama Bergelar Pelajar

Semula!

Ya lah. Sekarang ni sudah ada title student instead of orang gomen ya. Wuwuwuuu...
After 10 years tak masuk kelas/kuliah.
Bersedia tak?
Lama dah bersedia. Buat menda yg mmg dah suka kan. So, no hal.

7 Sept tu ari dah register.
Dia tulis Fakulti aku mmg 7hb tu - pagi.
So, pepagi lah pegi sbb kul 9 start register. Tetengok ramai giler dah orang. 
Oh, rupanya saja je dia tulis ikut fakulti tu, sesapa pun leh register.
Dia takut orang terlampau ramai je kalo tak ikut fakulti.

So, register.
Kul 9, dia bukak je pintu, menyerbu orang masuk sbb nak amik nombor.
Rasa awal dah. Tp dpt no. 20 lebih. Tp tak la lama sgt tunggu.

Dia ada kaunter2 dia, so mudah dah la.
Semak dokumen semua - tunjuk bukti pembayaran (mujo aku nyer betul, kalo tak satu hal nak ke Bank Islam plak, ada sorang brother tu kena, dah nak hangin dah dia) - bagi x-ray film (oh, aku rasa ni satu satunya tpt yg amek xray film, mujo aku buat sbb kat KPJ dia bagi CD skang ni) - register utk siswamail. Lepas tu abis lah. Settle. Dlm kul 10 settle dah. Alhamdulillah. Dipermudahkan. Parking seme pun senang. Tumpang je kat kolej kat dpn office IPS tu.
Semua beli baru. Bes. Bes. Baru ada semangat. Hihik.
Kelas start 10hb (Isnin).
Kul 5 tajam tajam terus kuar dari ofis. Kalo tak, mmg nahas. Tersumbat, tersekat lah jammed nati.
Alhamdulillah, oke, dalam 5.30pm da smpai.
Kena tahan lak ngan pakgad kat main gate tu. Haih.
Dia tanya mana sticker, aku kata aku student baru.
Dia kata lagi, student baru tak boleh bawa kereta.
Hah! ko giler ke nak suh aku jalan kaki. Dari office ni, kalo naik tren bagai, jenuh tak sempat nak catch up kelas kul 6pm.

Aku kata, part time student pun tak buleh ke?
Oh, part time boleh kot katanya. Ek eh. Engkau bhgn keselamatan, jaga plak U ternama ni. Pulak tu bukan guard perkhidmatan dibeli cam ofis2 ni. Dah tentu itu mmg jawatan di situ. Lagi mau ber'kot kot'.
Pastu aku tanya, mana nak dpt sticker sbb masa register dia tak bagi pun. Lagi bes dia jawab apa tau
"tak tau, tanya kat sana nati"
Bes tak?
Satu lagi maybe dia ingat aku full time student - 1st degree kat situ kot sbb muka nampak cam muda jew.. awww..awww.. Ahahahaha.

Oke, hari ni, aku bawak kad matrik sementara aku (A4 size), kalo dia tahan lagi, aku tempek depan muka dia. 

Sampai je cari kelas. Fuh. Ingat kat atas, rupanya kat bawah. Penat naik tangga.
Ramai nyer dlm kelas ni.
3 jam duk dlm tu, aku pikir2 nak amik ke tak kelas ni.
Rasa cam tak kot. Lecturer dah kata, kalo takde background subject tu tak payah amik dulu. But, aku mmg sah sah la ada kan. Tapinyer, aku rasa, aku amik 2 subject je lah instead of memula nak amik 3. Bukan per, nati masa nak presentation, buat assignment ke apa seme tu dalam satu masa. Jenuh. Nak keja lagi kan. 

Sempat gak dpt kawan baru. Tapi, derang memuda lagi. Hihik. Ahkak jugek yg dah kertu kan.
Tapi oke la. Dlm kul 7.15 camtu, dia break - ada la makan sket dia bagi - solat maghrib - then 7.40 masuk balik. Kul 9 abis. 

Oke, reni kelas lagi. Ha, yg ni mmg aku da register. Jadi, suka lah sbb nama dah ada. Semalam takde, sbb aku tak register lagi.

28 August 2012

Welcoming Ceremony - DTC, UM

Alhamdulillah. Semua berjalan lancar utk hari ni.
Mmg agak mencabar juga sbb mostly jalan KL jammed - jalan tutup area Dataran kan. Jadi, dia cam merebak ke seme kawasan2.

Lama tak drive, tp bila dah drive oke ja. Malah rasa seronok plak.
Hihi.

Bertolak dari ofis. Ya, dari ofis lah sbb antar 'spouse' dulu. Gerak kul 7.30pg. Dah la pagi tadi cam gelap nak hujan. On d way tu mmg hujan lah. Lebat. Stop. Renyai renyai. 
Jammed. Stuck setgh jam dkt hway yg menghala ke MValley. Yg nak masuk ke Federal tu lah. Ntah apa nama jalan tu tah. Aku risau si kotak kasut aku tu buat pangai ja, sbb ada la 2,3 kali bila jammed tu, dia tetiba baek punya termati enjin kan. Aku off air-cond, bukak tingkap. Mujo tak berapa hujan sgt dah.

Smpai DTC,UM dekat2 8.30pagi. Just nice. Aku bukan risau lambat ke apa. Aku rasa parking takde. Tp mujo aku antara orang2 terawal juga. Agaknya sbb ujan dan jalan byk tutup kan. Sokay, dpt paking selesa. Register, dpt beg, pegi duduk. Ramai juga lah. Masa briefing tu dia kata ada 6k application, yg dpt 3k sahaja (kira termasuk seme la - Master n PHD)

Majlis cam biasa. Ucapan dari VC, briefing pasal library, pasal fees and IPS itself. Ada refreshment kul 10 tu. Makanan cam open house raya. Sedap plak. Rugi tak amik byk2. Hihi. Mmg aku takde kawan yg kenal, tp kat situ ada je yg boleh dijadikan kawan.

Kul 1pm, sesi meraikan calon settle. Kena tggu smpai kul 2.30pm utk briefing kat Fakulti plak. Aku lepak2 dlm keta. Solat jap (mujo surau dkt DTC tu ada), then gerak carik Fakulti. Hoi. Berpusing2 jugak. Nyampahhh.... paking la yg buat terpusing2. Dah termasuk fakulti lain plak, reverse balik. Lps tu termasuk paking staff, ha, kang ada yg harapan kena clamp, keluar balik dari situ. Ceh. Pusing2 situ je. Tahpehapatah.

Kul 3pm briefing plak. Kenal2 sesket kawan2 se-course. Mostly aku rasa yg amik mmg student UiTM yg sama course ngan aku dulu. Yelah, nak smbg gak ngan course yg sama nama kan. 

Kul 4 settle. Aku tak tggu lama dah. Balik la. Kang jammed kat Federal apa pun tak dpt. Balik. Balik. 15 minit dah smpai ofis. Huhu.

Nxt week - 7/9 baru register.  Byk gak menda 'remeh' nak kena buat ni. Medical check-up, bayar fees kat Bank Islam. Maleh tul nak check up tu kan. Tp nak wat cena. Rasa 7/9 aku kena cuti lah. Sbb nak pindah lagi tu. Kira pagi tu ngemas, ptg gi register jap. Jap ke? Jap la kot sbb dia ikut by fakulti. Fakulti aku 7/9 petang.

Sedar tak sedar 10 tahun dah yer aku meninggalkan alam 'study' ni. Bila tanya orang yg sambung tu, derang baru setahun habis belaja. Aku 10 tahun. Pergh. Betul ke 10 tahun. Tamat Okt 2002. Dan masuk balik Sept 2012. Betul lah. Genap 10 tahun. Hurm. Rasa baru je lagi. (dan rasa masih sama muda je ngan yg lain tu. Hihi)


Tgh nak pikir. Nak amik subject apa. 3 subject la amik sem ni. Yg utama mmg aku nak amik HR la sbb itu aku tgh keja skang ni kan. Senang buat assignment ke apa kan. Pastu Mgt Theory pun kena (itu core subject), satu lagi tatau. Course aku after working hours. 6-9pm. Jadi, aku igt nak amik kelas Isn, Selasa, Rabu. Hari lelain takyah. Rehat saja. Bes. Flexible. Aku sker. Lagipun seme subject dah 'familiar'.

Moga moga segalanya berjalan lancar. Cecita aku nak settle kan dalam 3-4 sem saja (minimum boleh buat - 3 sem, maximum - 8 sem). Ke tinggi sangat angan2 tu?? Hihi. Apa pun, berdoa pada Allah moga dipermudahkan. Suka. Mmg suka sgt nak sambung belajar.

6 June 2012

Selamat Dihantar


Menggigil nak click tu.
Dah selamat. Leklok je lagi 2 ari baru hegeh2 nak hantar. Giler nak pecah otak nak karang 4 essay in BI (entry requirement).
Tunggu je lah. Ada rezeki, ada lah.
Bila baca balik essay tu, mmg 'suck' giler kot.
Trok nya English haku.
Oh My Englishhh...
Budak uitm BI trok camtu. Oh. Memalukan. Padahal dulu masa dip, masa degree siap presentation, assigment, dan seme2 lah in English. Tu jawab exam cam jawab dlm BM je boleh jawab berkajang-kajang. Skang??
Aku rasa kalo tak dpt pun sure sbb essay tu.
Apa pun, redha dan tawakal sahaja. Moga ada rezeki lah nak jadi student.

Skang ni ada satu menda lagi nak submit. Tu kena melalui jabatan plak.
Yg tu pun konsep dia redha dan tawakal juga ya.

*nampaknya 2012 ni boleh dikatakan tahun meningkatkan taraf hidup juga ya. Kata orang tu ada 'ong' la. Alhamdulillah. Sbb tu kuar entry pintu tertutup, pintu terbuka pagi tadi :)

21 May 2012

Karnival Jom Masuk UM

At last.

Terlangkah juga kaki ini ke Karnival Jom Masuk UM. Yang selama ni ku buat cam nanti, nanti dan nanti. Mmg ada je Karnival ni tetiap tahun bila derang dah open utk application. Selalu aku buat tatau je. Malas. Dan memacam hal ada bila tiba waktunya. Tapi, kali ni, Alhamdulillah, dipermudahkan oleh Allah utk aku pergi.


So, pergi. Dia buat hari Jumaat n Sabtu. Aku pergi Sabtu lah. Igt pepagi nak keluar, tp dek kerana menonton midnite yang balik nyer jam 2pagi, maka, mana mungkin nak bangkit awal. Huhu.

Layan drama seme dulu, kul 12 baru gerak. Tu pun singgah lunch kat kedai ikan bakar tepi IB tu dulu. Sodap...! Nomnomnom. Situ senang. Kalo weekend, org pun tak ramai, parking apa seme senang. Nak makan kat Kg Baru. Perghh.. sesakkk...tetambah plak dipenuhi ngan Red Warrior time tu. Heh.

So, smpai kat UM dalam kul 1 lebih. Dia buat kat Dewan Tunku Canselor. Seriyes. Menjejaki je kawasan U ni, aura dia len macam eh. Cam rasa, aku nak smbg blaja, nak blaja, harus blaja. Gitew. Keterlaluan ke? Tapi entah ek. Aku rasa suka je hidup sbg student ni. At least, otak ni berfungsi. Kalo keja ni tak la kata otak tak berfungsi, tp cam tak digunakan sepenuhnya. Gitu.

Karnival dia oke la. Ada gerai pizza hut, AnW. Ewah. Cam Hari Kraf plak yer. Ditambah plak ada jual keta Perodua n Proton. Preve' lah tentunya. Hihi. Aaaa.... oke, tu citer kemudian yer.

Masuk dlm tu dia bagi sticker and then register. Dpt beg. Masuk dlm dewan, carik je booth course aku nak. Booth Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran. Tanya itu ini then dia kata kalo register skang, application fee yg RM30 tu boleh waive. Register kat atas pentas.  Dan skang baru aku tau yg course utk post-grad hanya dibuat lepas waktu ofis. Maknanya takde istilah part or full time. Cam course yg aku nak amik ni - Master of Public Administration; kelasnya antara Isnin - Jumaat, 6pm-9pm. Tp aku rasa tak la sepanjang weekday tu. Ada hehari dia lah.

Then pegi lah naik atas pentas tu utk register. Tp time tu plak la hai ada persembahan akustik ke apa ntah dari pelajar UM. Atas pentas tu gak. Haha. Siap aku dah naik tangga nak naik atas tu, skali staff dia depang tangan. Staff dia (budak pompuan) tgh cakap2 ngan orang lain, tak cakap apa ni, tau2 je halang kiterang naik. Laaa.... Lps tu ada staff lelaki gitau suh naik ikut tangga belah lain sbb derang nak buat persembahan katanya. Cakap la, tak boleh cakap. Yg perempuan tu, ko tau ko takde manners bila main halang2 pakai tangan camtu sambil tak tgk muka orang. Takde budi bahasa oke. Gitau lah. Mula lah aku nak bebel2. Lps tu yg lelaki tadi, gitau suh amik nombor utk register. Aku gitau lah aku dah register, then dia kata takpe, amik resit je utk waive RM30. Ha... boleh pun layan leklok. Aku pun idak la diminta di layan bagai raja, tp adab tu kena la ada. 

Tp ni universiti kan, yg core-biz adalah tpt belajar, bkn tpt nak meniaga apa ke kan. So, pepaham je lah bab PR ngan public tu kan. Takpe... biar lah, itu cara tpt mereka.


So, tggu nombor dipanggil. Tak la lama sgt. Tp aku dpt nombor 57, masa duduk tu baru dlm no. 19 dipanggil. Aku cam eh, dari pagi tadi, baru no. 19. Tatau la kot dia pusing balik nombor tu kan. Atau kut dia kul 1 baru dia bukak ke. Tak ketahuan. Tp tak kesah la. Time tu la plak bebudak tu buat persembahan. Nyanyi lagu muka buku apa bagai. Dah la panggil  nombor guna suara je. Udah tak dengar. Lps tu tetiba senyap. Rupanya sistem down. (T____T).  Mujo technician dia baik2, dah oke.

Tak lama, no aku naik. Dia letak PC ada la dlm 5 bijik satu line tu. Ada dlm 5 line. Oke. Yg ni aku macam alahai... ko nak suh orang register, tp lps ko panggil nombor utk orang duduk, ko takde la sediakan orang assist. Kalo dia letak satu line tu sorang pun oke. Aku duk diam dlm 5 minit. Tak dilayan okeh! Aku tak kesah pun. Sbb aku dah register. Sblh aku org Indonesia. Baru nak register. Aku plak yg ajar dia. Aiyark. Tu la aku kata, bkn minta dilayan bagai raja, tp tolong la buat jadi 'sempurna' sket. Aku tau mungkin tak cukup orang. Lagi plak hari Sabtu kan. Orang taknak keja. Tp kalo dah buat tu, buat la leklok. Otherwise ko takyah suh online tang tu gak. Suh je bawak balik resit tu, scan sendiri. Gitu.

Dah takde orang layan, aku bangun, terpaksa cuit sorang akak ni. Ah. Aku panggil akak je, tatau la dia lecturer ke apa ke kan. Lps tu dia pass aku kat orang lain 'ha, ni.. xxx (ntah apa namanya tah) tolong tgk jap'. Aku gitau aku da register, then nak buat apa ni, masuk no resit ke apa ni. So, dia upload kan gmbr resit tu, then dia kata masuk no resit then tekan save n next. Lps tu tinggal terkontang kanting lagi. 

Hek eleh. Apa ni? Aku pun save lagi skali, log-out. Mujo aku da biasa ngan sistem tu. Maklum la, lama giler kot aku daftar dah. Huhu. Aku bangun, tnya kat staff blkg aku, da masuk no resit tu, oke la dah kan. Dia tanya sapa upload, aku kata staff situ. So, oke la dia kata. Lantak la. Ada, ada la dlm sistem tu. Takde kang, kita bayo je lah. Apa nak buat.

Tp tu lah. Kalo dia assist aku sedari awal, 5 minit je agaknya settle. Patut la lambat sbb takde orang nak assist. Hurm. Baru buat karnival camni, kalo buat karnival bertaraf national, yg masuk dlm kalendar acara tahunan negara entah la kan. Haha. Bkn la nak berlagak kata ofis aku ni biasa ngan event besar, yg mmg  takkan la jugak sempurna 100%, tp dgn customer kita takde la biar terkontang kanting. Sedaya upaya bantu.

So, dah settle turun balik, gi lak booth Fakulti Business & Accountancy. Tanya pasal Master of Management lak. Yg ni pun cam bes jugak la. Tp kelasnya Sabtu Ahad plak. Hurm.

Settle seme kuar, tgk Preve'. Hihi.
Ada incik my dear dlm keta tu. Huhu.
Dan ini yg diperolehi dari Karnival tu. Ngeee. Kumpul2 pen. Tu pun aku tak pegi setiap booth. Kalo tak lagi dpt banyak pen. Hihi. Tp setgh booth bagi gegula jer. Jimat kos gamaknya. :)


Mesti ada yg bertanya kenapa nak buat Master of Public Administration/Management? Pub. Admin adalah mmg course aku sedari diploma. Aku mmg kalo boleh nak continuous blaja apa yg aku dah blaja. Management tu mmg berkait ngan bidang keja skang lah.

Kenapa tidak MBA? Kalo itu soalannya, aku perlu tanya semula, kenapa aku perlu buat MBA? sbb course tu glamer, seme orang amik?? takde kena mengena. Aku bkn buat BBA, mahupun DBA. Dan aku bukan nak bukak bisnes bagai, so, tak perlu kut MBA. Orang lain nak buat, silakan.

Buat Master, PhD seme ni bukan sbb ikut ikutan orang. Bkn sbb orang lain dah ada Master, aku pun kena ada. Sapa yg buat ni mmg dah ada vision, mision and objective tersendiri. So, knapa aku buat course tu, kenapa aku nak buat d UM seme tu aku dah ada sebabnya. 

Jadi, begitu lah. Insyaallah, kalo ada rezeki, adalah.. kalo takde... takpe lah. Yang penting doakan yg semangat aku kental. Sbb dah 10 thn dah grad, dan selama tu gak la cecita aku nak further study ni tak pernah padam.

#kemasukan - September 2012, dan aku tgh pening sbb aku da beli tiket AA, bln Januari 2013. Yg mana kalo aku tgk calendar thn ni, time tu adalah exam! Tp tu pun kalo aku dpt sambung, jd tak perlu pikir lelebih sgt kot. Hihi.

INI KISAH PUANSTOBERI Copyright © 2015. Design by MaiGraphicDesign