Tuesday, December 3, 2019

Percutian Keluarga Ke Seoul - Shopping Day (Day 4)

Bismillahirrahmanirrahim 


[30 APRIL 2019 - 6 MEI 2019, SEOUL KOREA] 

Entri berkaitan:  

Tak lengkap rasanya setiap percutian jika tak shopping buah tangan untuk keluarga & kawan-kawan. Memandangkan lawatan pertama ke Namdaemun Market pada hari kedua tidak kena pada waktunya (pasar utama Namdaemun dah tutup masa tu) jadi kami penuhkan jadual hari keempat untuk shopping di pasar ini.


Jarak Namdeamun Market dengan apartment yang sis duduk dekat je...so we all decide untuk ambik teksi je...cepat dan mudah. Tambang pun murah je.Awal pagi lagi setelah siap masak bekal, kami sekeluarga terus ke Namdemun Market dengan semangat berkobar-kobar untuk menghabiskan KRW hahaha.



 Sis jadi mamarazzi..adik sis ni always camera ready..kerja mengepost ja.

 Sampai dah...mari kita angkut segala maknika barang-barang untuk memulakan perjalanan..





 Lorong masuk yang mula-mula...boleh tahan ramai orang tempatan shopping kt sini.


Hairbands, hairclips cantik-cantik belaka.

FYI, kebanyakan barangan yang dijual di pasar ini adalah local made products. So it is quite pricey but worth for its quality. Bukan macam kualiti barang China lah.



Haa ni lah di pasarnya. Gambar ni sis ambik dari Tingkat 1. 
So jom sis bawak you all tour apa yang ada dalam pasar ni...

 Ha tengok...macam-macam ada.



Dalam pasar ada baaaanyak sangat kedai. Harganya pula sangat murah ya dibandingkan dengan harga kedai-kedai tepi jalan kat luar. So ingat pesan sis ni, kalau nak beli souvenirs please survey kat kedai dalam ni. Banyak sangat pilihan dan harga pun jauh berbeza daripada deretan kedai di luar.


 Tengok dia dah boring dah...kena bagi habuan yang dia nak barulah okay. 
Tapi sis cuba bertabah dari pujuk rayu dan reyau anak perempuan sis. 😋


 Cik abam sis yang fasih bertutur Bahasa Korea Malaysia cuba tawar menawar. Hebat gituh.😝


Kedai ahjushi ni la tempat sis berhenti menyusu anak sambil tunggu trip members yang lain shopping souvenirs . Tuan kedai ni baik sangat offer sis tempat duduk kat dalam tu untuk nursing Fateh.





Sis paling heart dengan koleksi comforter & cadar dia. Cantik gila!
Kualiti bagus bangat tapi sis idok ler beli.
Koser nak mengangkut weh...penuh luggage i nanti k.



 Penuh barang k. Macam-macam ada korang wajib survey dulu sebelum beli. Peruntukkan satu hari untuk korang shopping puas-puas. Rushing tak syok...


 Ni dekat luar market.


Sis tak sempat nak round each and every floors takut duit sis habis tak dapat balik Msia..heheh


Dalam hati.. "tak syok la datang Korea ni semua barang perempuan, aku dapat t-shirt ni ja upah tolak stroller jau-jauh cesss" 😛

Kalau korang nak beli tshirt ni...cari kedai kat luar market yang jual tshirt ni dengan harga yang sangat murah. Rasanya kalau convert tak sampai pun RM10 (sorry kalau tak tepat sebab sis dah ingat-ingat lopaa). Tshirt ni sangatlah sesuai kalau korang nak beli sebagai tanda ingatan dekat famili. Lagipun fabrik dia kualiti bagus, lembut dan serap peluh tak macam tshirt kat pasar malam vietnam yang kain keras kejung tuh.


 Antara hasil pancingan kami di Namdaemun Market.



 Set sudu & garfu untuk mak & MIL


 Onz kan..


 Bye-bye Namdaemun...
Harap dapat datang lagi hee.


Selepas menghabiskan separuh hari di Namdaemun kami bergerak pula ke Myeongdong Street untuk shopping kat situ round ke-2.


 Ni antara snek yang sangat sedap bagi sis sebab sis memang penggemar kacang badam. Rasanya unik cuma manis sikit la. Kat Myeongdong ada jual dengan harga yang murah berbanding tempat lain. 




 Till then tunggu sis update hari seterusnya...harap-harap boleh habiskan sebelum tahun dopan menjelma. 
Bye byeee

Gyeongbokgung Palace - Day 5