Showing posts with label DIY. Show all posts
Showing posts with label DIY. Show all posts

Thursday, February 20, 2014

#Wedding Review: DIY Hantaran


Bismillahirrahmanirrahim


For previous reviews, you may click the following links:

_________________________________________________________________________________

Hantaran kami 7 berbalas 9. Mula-mula cadang nak tempah je, tapi mahal. Kalau yang murah, tak berapa cantik pulak. Jadi saya decide untuk DIY je untuk jimat. Kalau habis duit pun buat sendiri kita puas hati. During that time, persiapan hantaran dah last minute tapi alhamdulillah, saya senang nak ke Nilai 3 sebab saya ulang alik kerja dari Putrajaya-Seremban setiap hari. Balik kerja je saya stop kat Nilai 3 beli barang hantaran.


Saya terjah je kedai-kedai kat Nilai 3 without any ideas or concept. Tak pikir pun nak konsep atau warna macamana, janji warna hantaran kedua-dua belah pihak berbeza dah cukup. Janji siap! Letih la kawen ni nak pikio semua benda dengan teliti. Dari bab pelamin, hantaran, baju, doorgift, deko bilik pengantin hingga ke bab kad jemputan SEMUANYA saya decide dan uruskan sendiri. Family saya jauh di Besut, saya cuma boleh berbincang melalui telefon. Cuma bab lembu kambing, makan tetamu dan khemas semuanya family uruskan.


Memang tak dinafikan bekerja dekat capital city of KL/Seremban/Putrajaya dan stay dekat Putrajaya waktu tu menyenangkan semua proses persiapan walimah saya. Yelah, kalau kat kampung susah nak cari designer, nak beli kain, doorgift dan sebagainya. Lokasi memang banyak memudahkan saya, menjimatkan wang dan masa.



Hantaran saya cuma biasa-biasa je. Hajat besar nak guna fresh flowers tapi masalah untuk dapatkan fresh flowers pulak. Kalau bawak balik dari KL, mesti dah layu sementara nak tunggu majlis berlansung. 

Then, I made up my mind I must DIY my hantaran. Seingat saya kos untuk DIY hantaran ni tak lebih RM400 untuk 7 dulang. Saya beli semua aksesori, dulang dan bunga dekat satu kedai tu je. Maafffff saya lupa nama kedai! Saya cuma tengok deko yang kedai tu dah buat siap-siap dan saya pilih untuk copy ideacuma saya tukar warna bunga. Kedai kat situ tak bagi kita tangkap gambar tau, tapi kalau kita beli barang-barang hantaran dari kedai dia, haaa boleh tangkap gambar dan sales assistant siap bagi tutorial free macamana nak buat. Dia cakap kalau tak pandai buat boleh datang kedai lagi dia tunjukkan. So nice!


Maaf saya tak ambil gambar steps by steps. Masa buat hantaran ni bulan puasa. Balik terawih saya buat satu. Lama-lama siap :) Saya bawak balik dulang yang dah siap ke kampung, barang-barang hantaran semua deko masa kat kampung. Lipat-lipat je pun...hehe

Saya guna polisterin + kain organza + roses fabric roll untuk balut kesemua polisterin.


Polisterin ni digunakan sebagai tapak dulang. Korang cakap je nak buat berapa dulang, SA kedai akan bagitahu berapa meter yang korang perlu beli .Tak membazir. Jangan segan nak bertanya ye. Btw, macam biasa korang boleh lekatkan bendalah ni semua guna gam pistol.



Riben ni saya DIY.


Beli kertas dan organza dekat kedai tu jugak dan SA ajarkan macamana nak DIY.Better jangan beli yang dah siap, mahal. Senang je nak buat ni. Saya gunakan riben ni untuk hiasan, bunga-bunga saya lekatkan pada riben ni je. Tapi bila dah lekat bunga, riben ni tak nampak sangat pun, tersembunyi dalam taman. hihi.



Close up. Walaupun tak seberapa, happy & totally satisfied dengan hasil tangan sendiri.

Bila dah siap balut semua tapak polisterin, silakan lekat dulang hantaran pada tapak polisterin guna gam pistol, dia takkan tercabut dah. Cara nak lekat tu terpulang la nak pusing angle berapa darjah. Saya susun bucu berlawan bucu. Yang ni terpulang pada kreativiti masing-masing. Then bila dah lekat tu boleh start pasang-pasang bunga guna gam pistol. Pandai-pandai lah yang ni korang deko ikut citarasa masing-masing. 

Hasil DIY sepanjang fasting month 2013...memori.

Kek tempah siap dari Secret Recipe. Untuk kek tak perlu pakai dulang cuma tapak polisterin, jadi dulang beli 6 je dah cukup.

Saya lekat bunga one side je supaya tak crowded. Untuk nampak cantik dan hidup, invest sikit beli bunga mahal ye, baru cantik. Jangan lupa beli dedaunan sikit, rantai pearls tu ke...sebagai penaik seri. Takpe bila dah pergi kedai tu taulah korang nak beli ape. Overall saya berpuashati dengan hasil DIY ni even tak segah mana..akhirnya berjayalah siap jugak. Settle bab hantaran ni rasa terangkat beban atas kepala!


Feeling la ni atur atas katil...masa ni tak siap deko lagi. Few days before our big day.
Gambar penuh belum ambik dengan OP. OP dah call aku plak yang lambat...hihi.


Till then, itu saje perkongsian harap bermanfaat. Nak review ape lagi?
Pelamin?  Cepat request tengah rajin ni! haha


Wednesday, February 19, 2014

#Wedding Review: The Doorgifts


Bismillahirrahmanirrahim

I'm in a happy mood, lagi 7 hari nak jumpa suami tersayang. Bila happy rajinlah nak buat #weddingreview ...because every steps to our wedding, reminds me of him. Here it is!

For previous reviews, you may click here:

_______________________________________________________________________________


Semua B2B mesti pening kan pikir pasal doorgift ni. Unlike candy buffet and stuff, for this part, everyone got no exception. Mesti ada. Doorgift adalah salah satu perkara wajib dan terpenting dalam majlis perkahwinan. Memang tiada sebarang undang-undang adat yang menetapkan doorgift mestilah berharga sekian sekian...Prinsipnya ringkas, tuan rumah elok pastikan tetamu tak pulang dengan tangan kosong. Kalau zaman dulu-dulu, orang bagi telur rebus, sekarang pilihan doorgift sangat pelbagai. Gula-gula, sampul tangan, mug kecik, tuala muka, cupcakes, bahulu dan sebagainya, pun boleh dijadikan doorgift. Semuanya terpulang kepada bajet masing-masing.

My mini sejadah, corak campur-campur...baru meriah :)


Saya rasa tak rugi untuk keluarkan bajet yang besar untuk doorgift sebagai menghargai tetamu-tetamu yang hadir. Jadi saya memang ketepikan sejumlah wang untuk tujuan doorgift sahaja. Saya memilih mini sejadah sebagai cenderahati untuk semua tetamu, VIP ke tak, semua dapat sama. Idea mini sejadah ni saya dapat sebab memang dari awal, saya ingin dapatkan doorgift yang tetamu saya boleh guna dan manfaatkan. Kiranya lepas habis majlis, cenderahati ni takkan habis terus unlike buah tangan yang edible. Boleh simpan sebagai kenangan.



Untuk dekonya, saya DIY saja. Saya beli mini sejadah ni dekat Nilai 3. Harganya seingat saya, RM4.10 untuk setiap helai. Sebelum ke Nilai 3 saya ada survey harga dekat bazar-bazar di Jalan Masjid India, tap mahal! Beza sangat harganya. Mini sejadah ni ada banyak jenis, saya pilih yang kualiti elok, imported from Turkey. Tebal dan bulunya bukan jenis yang mudah tercabut. Cantik tapi berpatutan.

Riben saya beli in packets dekat Syarikat Bunga Reben KL. 
Kenapa nama kedai dia syarikat eh? Kekok plak...hihi. 

Everyday sampai je rumah, sambung mereben..

Pada saya, sejadah ni cantik. Jadi saya decide untuk bagi sejadah without paper bag or something. Gulung2 dan cuma ribenkan, they are cute and handy. Tetamu semua kan bawak handbag, senang je letak dalam handbag..pegang kat tangan pun boleh. Jimat, dah tak perlu tambah bajet lagi untuk beli paperbag. 


Saya rasa tak perlulah saya tunjukkan langkah-langkah nak gulung dan ikat ni. Semua orang dah tau hehe. Saya cuma sumbang idea, kalau berkenan dan sesuai dengan bajet, bolehlah buat doorgift mini sejadah ni. Setiap kali tetamu kita guna untuk solat, insyaAllah kita pun akan dapat pahalanya. Tapi kalau tak beli sejadah pun, bagilah apa-apa saja ikut kemampuan sendiri, janji ikhlas :)

 Selain mini sejadah, korang pun boleh bagi pashmina. Cantik kan, kami ikat riben camni je, tak perlu paper bag.Pashmina ni doorgift masa abang saya kawen dulu..

Kos pashmina pun lebih kurang dengan mini sejadah. The choice is in your hands!


Saya percaya jika mampu, setiap dari kita berhasrat nak bagi doorgift yang best-best untuk guests. Tapi ingat, jangan sampai stress diri dan berhutang berlebihan. Buat berpada-pada ikut kemampuan kita ye. Bagi apa-apa pun ok asalkan kita ikhlas.


Till then, insyaAllah mood baik n rajin kite review lagi ye, sampai selesai semua.
Review hantaran pun ok kan? Tu pun saya DIY. 
InsyaAllah soon :)

Tuesday, February 18, 2014

#Wedding Review: Invitation Card (DIY)

Bismillahirrahmanirrahim

Kita tinggalkan kejap mood jiwang. Izinkanlah saya nak  buat #weddingreview yang seterusnya ye walaupun dah basi. hajat dihati cuma nak tolong B2B yang tengah pening lagi duk pikir pasal bajet la, kad tak siap la, macam-macam. Been there. :)

________________________________________________________________________________

Sejak dari dulu lagi, saya sentiasa berpendirian bahawa kad perkahwinan tak perlu mahal dan membazir. Kalau nak cut cost untuk perbelanjaan kawen, silalah potong pada kos kad. Pada saya kad hanyalah satu kertas yang di dalamnya perlu terdapat mesej tentang siapa, bila dan di mana majlis akan diadakan. Cukup. Dalam 100 orang yang kita edar kad, berapa orang je simpan? Biasa orang buang je. Kalau bajet besar, eloklah dilebihkan untuk doorgift. Sebab biasanya, doorgift tetamu akan simpan untuk kenangan. Pasal doorgift, lepas ni kita buat review ye?

Idea untuk DIY kad bukan saja sebab nak save tapi untuk buat kad sendiri yang lain dari yang lain. Tambah lagi, heavy duty printer yang sesuai untuk print pada art paper dah sedia ada di rumah. Dari awal saya telah mencari beberapa contoh kad yang menarik, senang dan menjimatkan untuk DIY. Senang je sekarang, takde idea? Google has the answer!

Dengan bantuan abang saya - pinjam printer dia
Kawan/ X-roomate saya - dia tolong design map to fit the card size
Rozi - dia pun tolong design softcopy kad.
Adik saya - dia tolong ikat, print dsb. saya cuma sediakan alat2 saje.

Maka berjaya jugak saya DIY kad kawen. Thanks to semua kesayangan saya yang terlibat dalam pembikinan kad DIY ni..

Nak DIY kad macam saya? Meh dekat2 saya tunjukkan caranya!

ALAT2 yang diperlukan:

Kertas
Doily Paper
Printer
Papercutter
Ribbon
Ketekunan & Kesabaran :)

1. Mula2 pastikan dah ada design ape yang nak buat. Untuk jimatkan kertas & supaya saiz kad fit dengan doily, kad saya saiznya panjang - untuk sekeping A4 boleh hasilkan 3 keping kad. Memang sangat menjimatkan!

2. Beli kertas dan doily paper. Saya beli kertas saiz A4 yang keras about 100gsm supaya tak mudah renyuk and nampak lebih ekslusif. Saya pilih warna cream, takde texture pada kertas cuma ada glittering effects. Dalam gambar tak nampak sangat tapi kat luar, cantik.
TIPS: kalau taknak print colour dan nak jimatkan kos ink, pilih warna pastel atau soft untuk kad. kalau warna gelap, tak nampak..kertas brown yang saya beli untuk testing saje mula2, tak jadi pakai sebab warna dia gelap bila print, nampak kurang jelas.
TIPS 2: pastikan ketebalan kertas tu sesuai dengan printer yang korang nak guna. Some printers tak boleh print kertas tebal, try and error dulu ye sebelum beli kertas in a bulk.


3. Design kad supaya fit dengan saiz kertas. My friend buat map guna adobe photoshop. Untuk bahagian depan kad, design asal saya buat sendiri then mintak tolong kawan saya Rozi adjust the size supaya depan dan belakang sama bila print. Saya cuma tuliskan perkara basic sahaja dalam kad. Nama ibu ayah, tarikh, tempat ,alamat, nama pengantin. DONE. Takde doa, pantun, sajak atau syair. Since space pun tak besar, saya taknak kad nampak crowded.

mula2 cuba print pada kertas putih.

Design bahagian hadapan

4. Ok once dah settle semua boleh guna papercutter untuk potong tiga. Akhir sekali gunakan doily dan ribbon untuk ikat doily tersebut sebagai sampul/aksesori kepada kad. Step ni agak mencabar sikit sebab doily paper sensitif, cepat koyak. Jadi kena ikat dengan tekun dan sabar :)



Sangat berpuas hati dengan hasilnya. 
Simpan satu/dua sebagai kenangan, lekatkan dalam wedding album. :)


The best part of DIY-ing your own wedding card is:

Kad saya tak bersampul, doily paper je jadi "baju seksi" nye. :P

1. Memori persiapan - precious!
2. Lain dari yang lain. Ramai yang suka dan puji kad ni. *blush* Hepinya walaupun buat sendiri hasilnya tak mengecewakan :)
3. Jimat wang - sangat2 jimat. kalau nak tempah kad macamni kat kedai. saya dah survey, harga memang boleh tahan. Tak kurang RM2.
4. Takde masalah tak cukup kad - mula2 kami print dulu setakat mana guest yang kami bajet. Bila tak cukup boleh print lagi, tak perlu risau :)
5. No dateline! - tempah kat kedai kadang2 silap eja nama dsb atau risiko kad siap lambat. semua tu kita tak perlu fikir bila kita DIY.

Till then selamat berDIY B2Bs! All the best!




Wednesday, August 28, 2013

#Wedding Review: Kamar Pengantin, Kos & Tips Menghias Sendiri (DIY)

Bismillahirrahmanirrahim.


Warning! 
Long Entry.


***

Untuk hiasan kamar pengantin, saya tak upah vendor, saya dambakan sentuhan sendiri yang sesuai dengan jiwa saya. Pada saya, kamar pengantin adalah singgahsana pertama dan teristimewa untuk saya menyambut kedatangan pemimpin & imam dalam hidup saya. Jadi, bilik mestilah punyai nilai sentimental yang dekat dengan jiwa penghuninya. Mesti sesuai dengan taste orang yang akan bersemayam di dalamnya.



Untuk dekorasi, perihal budget dan deko mesti diambil kira. Bayangan awal saya ialah saya mahukan dekorasi yang ringkas, moden dan putih. Di sekitar tempat saya, Kelantan atau Besut khususnya, kalau hire bridal/vendor untuk deko bilik pengantin, pasti meriah dengan bunga-bunga gantung, bunga sisi katil dan cadar satin berkilat. Jarang nak jumpa deko yang simple atau modern.


Berikut adalah steps ringkas dari saya tentang bagaimana saya work on DIY-ing bilik pengantin kami:


  • Mula-mula buat research i.e Google. Saya simpan gambar-gambar hiasan bilik yang saya suka untuk mencedok idea. Tak perlu tiru bulat-bulat, boleh cuba mix and match-kan idea dekorasi yang kita minat. Jangan lupa untuk pertimbangkan deko tu sesuai atau tak dengan keadaan dan keluasan bilik pengantin kita nanti. Kemudian, bila dah dapat rough idea, boleh mula cari barang untuk hiasan bilik. Jangan lupa survey harga juga ye supaya tak overbudget. Kalau buat persediaan awal lagi senang dan jimat sebab kita ada masa yang panjang untuk survey sebelum beli.



  • Barang pertama yang saya beli ialah cadar. Cadar memainkan peranan yang sangat penting sebab ia akan mencorakkan hampir keseluruhan bilik. Saya memang aim untuk guna set cadar putih. Dan wajib ada quilt. Ala-ala hotel. Masa Parkson buat sale, saya beli quilt cover set Jean Perry 8000 threadcounts dengan potongan harga 70%. Not to mention the original price is RM900, I managed to purchase one set for only RM 300 and that is totally worth it! I've been eyeing for Jean Perry's quilt cover set for so long, I think that price is more than affordable for its quality. I choose white colour.

test pasang kat katil housemate ;p

I bought few sets of bedsheets

  • Bunga. Wajib ada sebagai penyeri bilik. Masa saya ke Nilai 3 mencari barang, ada satu kedai ala-ala Lovely Lace (sorry lupa nama) tengah buat moving out sale. Kat sini saya beli 4 jambak bunga kesukaan saya, Hydrangeas untuk hiasan tepi katil. Total damage RM 60+. Bunga ni nampak macam real, masa saya letak kat bilik pun ada few makcik saya pegi hidu ingatkan bunga betul hihi. Dekat Lovely Lace Alamanda pun ada tapi mahal, RM29-RM39 untuk sejambak.



  • Perabot bilik. Sponsored. Near 4k. Saya beli set putih dengan side table sekali.
almari

sebelum 

  • Tirai / Langsir bilik. Bilik utama kat rumah cuma ada satu tingkap. Jadi saya plan untuk tutup keseluruhan tingkap tersebut dari atas sampai bawah. Full satu dinding. Saya beli kain jersey warna plum di Jakel KL untuk buat tirai bilik. Semeter baru RM2.90 saya beli 12 meter. Total damage untuk tirai around RM 35 sahaja. Mak saya settle-kan bab jahit. Terima Kasih Mak! Sayang mak dunia dan akhirat!

side table, bling-bling, tirai

  • Seterusnya, saya ke Ikea untuk cari lampu tidur (ini wajib untuk deko bilik ye!). Yang cantik memang banyak tapi kenalah pilih lampu tidur within budget. Pilih punya pilih saya ambik yang paling murah, masa tu ada promo 50%. Homo Lamp RM 35 sebijik. Ambik dua baru RM70. Beli sekali ngan mentol dia terbang la lebih kurang RM 98.

SSF candles

  • Bantal sebagai hiasan katil. Tak rugi pun kalau beli bantal banyak-banyak sebab nanti kita akan guna kan. Jadi untuk bantal hiasan, saya beli 3 saiz berbeza di Jusco, segiempat kecik, segiempat besar dan satu yang panjang, modal dia dalam RM 60 kot...beli yang loose tanpa sampul dan 2 bantal bersama sampul dengan warna yang senada dengan warna tema.

Vase from MR DIY
  • Sarung bantal. Idea asal saya nak semuanya putih tapi dalam saya membuat research + survey, saya terpikat dengan warna plum digabungkan dengan warna putih. Material untuk buat sarung & bed runner saya beli di KAMDAR KL daripada kain jenis velvet. Masa tu tak pandai nak bajet berapa meter saya beli 2.5meter je, semua dalam RM 40+. Kalau nak cukup untuk 4 biji bantal dan bed runner, beli dalam 5 meter ye. Saya tempah jahit dengan mak kawan saya.

Mirror Bling-Bling!

  • Carpet. Satu dah ada kat rumah, lagi dua saya beli kat kampung sebab warna dan corak dia lebih kurang sama, kebetulan. Total damage untuk 2 carpet kecik RM 150. Harga dia agak mahal kalau nak banding dengan harga yang saya boleh dapat kat Nilai 3 tapi dah terdesak, beli je.

  • Pasu Kaca untuk bunga saya beli kat MR.DIY, harga dia dalam RM 18 kot. Frame Polka Dot pun beli kat MR.DIY for RM 4.90Bling-Bling yang gantung pada tirai bilik saya beli kat Nilai 3. Yang ni tak rancang pun cuma jumpa secara tak sengaja. Harga dia RM 60. Selain tu saya ada jugak beli Scented Candle dekat Alamanda, RM 19. Candles yang kecik-kecik saya hias atas almari solek, guna semula yang abang saya buat centerpieces untuk wedding dia dulu, beli kt SSF Home Deco Mart.


dan hasilnya....

.
.
.
.
.
.
.
.




Gambar full belum dapat dari OP.




Exclude furniture, all DIY room deco costs me about RM900 tapi memang tak rugi tau sebab semua benda yang kita beli boleh pakai semula. Barang-barang macam bling-bling, cadar, tirai, bunga dan pasu, lampu...saya bawak ke rumah sewa kami untuk hias rumah. Takde satu pun buang. Worth it.

Totally saya sangat berpuashati dengan dekorasi bilik pengantin kami. Husband is amazed with the result and he likes it very much. Satisfied. Tanpa bantuan keluarga dan suami saya tak rasa this project can be a success. Bab menggantung tirai paku memaku semua pakcik saya yang tolong....kalau tak, tak mampu den. Terima kasih kepada semua yang membantu.

Harap-harap tips yang saya kongsikan di sini boleh bantu B2B yang teringin nak hias bilik sendiri. Kalau ada apa-apa nak tanya boleh komen je kat bawah ye :)


So setakat ni je review room deco.
kalau ada apa-apa tambahan i'll update later ye.

Tata.... :)

p/s: Mood rajin berbelog sekarang...

Thursday, June 7, 2012

Tutorial: Gubahan Telekung

Bismillahirrahmanirrahim.

Salah satu hantaran yang yuyu tolong gubahkan untuk iji ialah telekung...telekung ni kami beli di Bazar Tok Guru Kota Bharu. Yuyu tak berapa suka yang colourful so I opt for the plain and putih suci je. Mula-mula yuyu takde idea jugak macamana nak gubah telekung ni tapi try and error je...after few attempts, akhirnya dapat idea. Jom tutorial ;)

Peralatan yang diperlukan;

1. Telekung yang ada sulam-sulam
2. Kotak tisu (standard size)
3. Crepe Paper (warna senada dgn tema hantaran)
4. Glue Gun
5. Bunga dan hiasan lain.

Kotak tisu jenama Malaysia. hehehee

Crepe paper

1. Balut kotak tisu menggunakan crepe paper. I used purple colour to suit the hantaran theme.

2. Sebelum masukkan telekung dalam kotak tisu, terbalikkan dahulu (kiranya guna side yang terbalik..bukan side yang kita pakai untuk solat)
3. Masukkan part hujung (yang pakai kat kepala) ke dalam kotak tisu sehingga padat.

4. Masukkan semua bahagian telekung sehingga menampakkan bahagian yang disulam sahaja.
5. Bila dah siap kembangkan biar jadi cantik...

Hasilnya macam di atas. Ni gambar diambil dari bawah.

6. Lepas tu boleh letak hiasan. Yuyu letak bunga, pearls etc sebagai hiasan.



Tadaaa siap! (masa ni belum add pearls lagi hihi)

Its very simple and easy kan?
tapi muat letak telekung je tau, kain korang bagi guna backdoor jela...haha.

Sulam telekung ni menggunakan kain organza dan sulaman tu handmade...made of high grade Japanese Cotton..kain dia sangat lembut, nampak macam kain licin tapi sebenarnya cotton. kaler dia biru nila..i love it to the max. Thanks Iji, dapat juga merasa pakai telekung cantik ni, boleh pakai masa semayang tarawikh and solat sunat Aidilfitri tak lama lagi...insyaAllah jika umur panjang.. :)

Oh ye, Selamat Mencuba Kawan-kawan!

Friday, June 1, 2012

Review: Hantaran Tunang (from Me to Him)

Bismillahirrahmanirrahim

Hantaran Iji pada Yuyu 7 dulang berbalas 9 dulang. Yuyu gubah sendiri je, nak tempah tak tahu kat mana,  plus nak jimatkan kos. hehe. Buat sendiri lagi puas hati & boleh ikut kemampuan poket sendiri. Lagipun it has always been my dream to do all this stuff on my own, its part of my interest :)

Tema hantaran yuyu Biru Silver beralas BANTAL HANTARAN kaler hitam yang Yuyu pernah review kat blog ni. Yuyu pilih biru silver sebab nak padankan dengan tema baju Biru/Hijau Turqouise. Untuk hiasan, yuyu guna bunga yang ada glitters (dalam gambar tak nampak sangat glitters tu, kat luar sangat aummm hehe), riben biru, putih dan hitam, manik, pearls berantai so on and so forth.

Ok tak nak cakap panjang, jom kita tengok hasil gubahan yuyu yang tak seberapa..hehe sepadan la dengan  first timer macam yuyu kan. Dekat descriptions yuyu tulis sekali tempat yuyu beli hantaran untuk rujukan kawan2 yang lain (sorry tak sempat ambik gambar full, yang ni masa separa siap);

Kemeja Jeep
Parkson Alamanda

Bekas Kaca Coklat (Before)
Parkson Alamanda

Tuala Set of 3 sizes
Parkson Alamanda

Kain Baju Melayu
First Impression Semua House

Buku-buku Agama
MPH Alamanda

Bekas Coklat (after)
Pantai Timur Shopping Mall

Buah Epal & Anggur
Pantai Timur Shopping Mall

Cupcakes - huruf G dah missing sebab terloncat dalam kereta hehe
Tempah with officemate, Kak Az.

16 pcs of cupcakes
Sebab Kotak dah agak lembik kat bucu2 yuyu cover dgn riben.

Cincin Silver Permata Delima pilihan iji  (Kota Bharu) &
5 pcs of Butang Baju Melayu (Pameran Pengantin PICC 2012)

Bekas Cincin yuyu gubah sendiri :)

Full 9 dulang
 Lagi satu SEJADAH digubah menjadi tanjak oleh Ainun, hosmet yuyu.
Sorry takde gambar penuh..

Berhempas pulas menggubah hantaran dan mencari idea adalah sangat menyeronokkan sebenarnya. Even tak grand / cantik macam orang lain tempah, personally yuyu sangat berpuas hati sebab ni hasil kerja tangan yuyu sendiri. Lepas balik kerja terus 'terkam' hantaran..hehe..sekarang bila dah engaged...balik rumah rasa sunyi macam takde ape nak buat...ruang tamu dah tak bersepah lagi...rindunya saat tu! :(

Big Thanks to Rai, Ainon and Mai yang tolong yuyu siapkan hantaran ni....hantaran ni best kalau buat ramai-ramai dan minta pendapat kawan-kawan.. :)

Selamat Menggubah kawan2! 

p/s: Nanti yuyu update hantaran tunang from Iji to me coz 3 of them yuyu tolong gubahkan. :)

Gyeongbokgung Palace - Day 5