Beliau berkata membuat keputusan itu kerana UMNO bukan lagi Umno dan hanya menjadi parti untuk mempertahankan Najib sebagai presidennya.
“Saya tidak boleh jadi anggota untuk parti sebegini,” katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.
Beliau pada 19 Mei 2008 pernah melakukan tindakan sama sebagai tanda protes kepada pentadbiran perdana menteri ketika itu Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Mahathir menyertai Umno semula pada 2009 selepas Abdullah berundur.
Reuters melaporkan beliau sebagai berkata tidak akan membentuk sebuah parti baru mahupun menyertai mana-mana parti. #sumber
Tiada ulasan:
Catat Ulasan