KUALA LUMPUR 19 Jun - Pelakon komedi Zami Ismail (foto), 67 yang sinonim dengan panggilan "Pak Uda" dalam sitcom "Pi Mai Pi Mai Tang Tu" meninggal dunia pagi tadi di Institut Jantung Negara (IJN). Allahyarham meninggal jam 10.30 pagi selepas seminggu dimasukkan ke IJN ekoran masalah jantung. Bulan lepas Allahyarham menerima rawatan di Hospital Ampang. Allahyarham meninggalkan isteri Hanizan Ibrahim serta sembilan orang anak termasuk pelakon Mohd Saopi atau dikenali sebagai Opie dan pengarah filem dan drama Mohd Latiff atau Hitler. Allahyarham sepanjang hayatnya berlakon hampir 20 buah filem termasuk dua filem yang belum ditayangkan iaitu "Husin Mon Dan Jin Pakai Toncit" dan "Shh… Dia Datang". Zami pernah memenangi anugerah Pelakon Komedi Terbaik dalam Festival Filem Malaysia Ke-9 tahun 1991.
[Pahang Daily Online (PDO) mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Zami Ismail (Pak Uda) atas pemergiaannya ke rahmatullah ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat. Nama arwah tetap dalam ingatan kerana beliau adalah antara orang lama yang telah memeriahkan huburan komedi di negara kita sejak dulu lagi. Imejnya yang serig memakai baju butang senget sebeleh masih segar dalam ingatan. Ternyata pemergiannya adalah satu kehilangan besar buat industri hiburan tanah air. Sama-samalah kita mendoakan agar roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman].

Salam takziah. Moga dicucuri rahmat.
BalasPadamAl Fatihah dan Takziah buat k'ga Allahyarham, smuga Allah mencucuri Rahmat ke atas Rohnya.
BalasPadamSemoga Allah SWT mencucuri Rahmat ke atas rohNya. AlFatihah
BalasPadam