CAMERON HIGHLANDS, 4 Feb [4.00 pm] - Sultan Pahang, Sultan Hj.Ahmad Shah (foto), menitahkan cukai tanah di negeri itu yang dinaikkan pada 2007 hendaklah diturunkan semula kerana banyak rungutan rakyat terhadapnya. Baginda bertitah demikian ketika majlis mengurniakan hak milik strata perumahan Arabella di sini hari ini. Serentak itu, baginda menitahkan Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Negeri, Datuk Jamilah M Nor menghadap baginda ketika baginda sedang bertitah. Jamilah memaklumkan, jabatan itu akan menghantar kertas Exco untuk kelulusan kerajaan negeri bagi mengurangkan cukai berkenaan.
[Syabas dan tahniah kepada Sultan Pahang yang dilihat lebih prihatin dalam menangani masalah rakyat. Tindakan Tuanku Sultan ini jelas sekali menunjukkan baginda juga kecewa dengan sikap dan cara pentadbiran Kerajaan Negeri Pahang yang tidak telus dan senantiasa menindas rakyat. Semoga titah Tuanku ini akan menyedarkan pemimpin UMNO BN Pahang agar senantiasa prihatin dengan masalah rakyat jelata hendaknya].
KUANTAN, 4 Feb [3.00 pm] - Polis menahan dua lelaki dan sedang memburu lapan orang lagi yang disyaki terbabit dalam satu pergaduhan di atas jejantas berhadapan dengan Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Haris Daud berkata, kesemua mereka yang berumur antara 18 dan 22 tahun itu dipercayai mabuk ketika terbabit dalam pergaduhan pada kira-kira pukul 12.30 malam itu. Beliau berkata, pergaduhan itu dikatakan berpunca daripada perebutan seutas gelang tangan perak (foto). yang disyaki ditemui mereka di Taman Esplanade "Mereka berkejaran di Taman Esplanade di sini sebelum berlaku tumbuk-menumbuk, dan pergaduhan melibatkan senjata pisau di antara mereka kemudiannya berlarutan sehingga ke jejantas berhampiran," katanya. Berdasarkan maklumat orang awam, polis memberkas dua lelaki berumur 20 tahun yang dipercayai terlibat dengan kejadian itu semasa mereka sedang mendapatkan rawatan di HTAA sebagai pesakit luar. Haris berkata, polis sedang berusaha memburu lapan lagi lelaki yang terlibat, dan kes sedang disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.
[Kejadian yang sungguh memalukan buat generasi muda 1Malaysia. Memang jelas dapat dilihat di sana-sini, dalam kerajaan sibuk dengan "Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan" tetapi mereka terlupa dan tidak sedar betapa ramai rakyat terutamanya golongan muda yang rosak akhlaknya. Minum arak, berzina, berpeleseran dan berbuat maksiat sudah menjadi lumrah kehidupan mereka. Anehnya di Taman Espalande ini, setiap malam penuh dengan remaja melepak dan berlumba haram pada malam minggu. Namun, pihak polis dan kerajaan seolah-olah pandang sebelah mata dengan senario yang berlaku. Inilah yang menyebabkan golongan ini akhirnya naik tocang akhirnya].
Kontraktor Cedera Lawan Lelaki Larikan Kereta
BENTONG, 4 Feb [2.10 pm] - Seorang kontraktor menerima sembilan jahitan di kepala akibat dilibas sebilah parang tumpul oleh lelaki yang melarikan kereta Toyota Harrier (foto) miliknya. Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Supritendan Haris Daud berkata, kejadian berlaku pada kira-kira pukul 3 petang semalam semasa kontraktor berumur 39 tahun itu sedang memandu, apabila beliau ditahan dua lelaki di Simpang Tiga Lebu Lebuhraya Bentong dekat Bentong. Beliau berkata, apabila kontraktor itu gagal memberikan wang yang diperas mereka, kontraktor itu dicederakan dan dicampak ke dalam semak berhampiran, sebelum keretanya dilarikan penjenayah terbabit.
[Kami amat bersimpati atas kejadian curi kenderaan yang berlaku ini. Semoga penjenahayh terbabit dapat diberkas dengan segera hendaknya. Kepada semua rakyat Pahang yang ingin menghantarkan sebarang makluman tentang masalah rakyat atau aktiviti di kawasan masing-masing, bolehlah emailkan ke [email protected] untuk disiarkan di dalam blog ini. Kami mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan semua rakyat Pahang seantero dunia yang terus memberi sokongan dan perhatian kepada PDO selama ini. Sokongan semua akan menguatkan lagi keazaman krew kami untuk memberikan informasi serta bahan berita terkini].
Tiada ulasan:
Catat Ulasan