Saturday, December 25, 2010

persiapan sekolah anak-anak

Asssalamualaikum ...dah lama sangat tak update blog cikgu nih... entry kali nih adalah berkisarkan persiapan anak-anak yang akan bersekolah semula 3 Januari 2011. Seperti biasa ibu bapalah pasti yang paling sibuk menyiapkan persiapan anak-anak . Sedikit tips dari saya yang tak seberapa ini.

susun kelengkapan ikut kepentingan sebelum membeli
contoh:

1. Buku tulis (mesti beli)
2. Alat tulis ( buat penambahan tak perlu beli terlalu banyak)
3. Pakaian sekolah ( Buat penambahan ) untuk murid baru ( mesti beli sekurang-kurangnya 3 pasang)
4. Kasut sekolah ( buat penambahan) kalau koyak beli baru
5. Beg sekolah ( kalau koyak baru beli )
6. Kitab (sekolah agama) kalau ada sepupu pinjam sahaja kalau tidak ada baru beli baru

Bayaran yang perlu disediakan
1. Bayaran sumbangan kepada sekolah
2. bayaran yuran sekolah agama
3. Duit bas sekolah
4. Daftar pengasuh ( anak kecil)

Nasihat dan dorongan yang paling penting untuk anak-anak:
1. Berikan 1000 nasihat kepada mereka supaya lebih semangat
2. Tanamkan azam yang tinggi supaya mereka bersungguh-sungguh untuk berjaya
3. Tanya kepada mereka apa yang ingin dicapai pada tahun 2011( contoh dapat 5A dalam peperiksaan )

Ok setakat ini yang teringat nanti kalau teringat lagi saya tambah yer....semoga list ini sedikit sebanyak membantu semua orang membuat persiapan termasuklah diri saya sendiri maklumlah BONUS pun tak ada imbuhan yang tak seberapa itu emmm ...tapi untuk warga FELDA tentu seronok setiap tahun ada BONUS ... mewah hidup orang FELDA kan berbanding mereka yang tinggal di bandar sara hidupnya lebih tinggi ... walaubagaimanapun bersyukur dengan apa yang ada dan dari sekarang perlu latih anak-anak supaya tidak perlu membuat pembaziran menggantikan semua barang2 sekolah dengan yang baru... bersederhana itu lebih baik daripada pembaziran. ok semoga anak-anak akan lebih bersemangat menuju tahun baru 2011.