Tuesday, May 26, 2009

PERSANDINGAN GURU

cikgu ain naik pelamin lagi....



HA... PERASAN LAGI LAH AKU NAMPAKNYA..
DOK ATAS PELAMIN ORANG BERSARA AND APA LAGGI POSINGLAH...
PENAT TUH BUAT PELAMIN... KEMAS DEWAN... LASTLY MESTILAH AKU YANG POSING MAUT...
HE HE HE HE JANGAN MARAH YER ABANG ... SESAJER BERANGAN...ini masa GPK 1 aku bersara...so kita kena ambil peluang yang ada ... - Fotopages.com bila lagilah nak melaram...FLOWER GIRL - Fotopages.com

Tuesday, May 19, 2009

sambutan hari guru

Sambutan hari guru yang ala kadar untuk guru-guru yang sentiasa sibuk... well macam mana pun tetap enjoy dapat menyanyi di hari guru..i'm proud to be a teacher...

Sunday, May 3, 2009

SEMPENA HARI IBU DAN HARI BAPA


Wahai SUAMI.... renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan menyingkap tabir rahsia
Isteri yang kamu nikahi tidaklah semulia Khadijah
Tidaklah setaqwa Aisyah
Tidaklah setabah Fatimah
Justeru,
Isterimu hanyalah wanita akhir zaman yang punya cita-cita menjadi
solehah..
Pernikahan atau perkahwinan mengajar kita kewajiban bersama
Isteri menjadi tanah, kamu langit penaungnya
Isteri ladang tanaman, kamu pemagarnya
Isteri kiasan ternakan, kamu gembalanya
Isteri adalah murid, kamu mursyidnya
Isteri bagaikan anak kecil, kamu tempat bermanjanya
Saat is teri menjadi madu, kamu teguklah sepuasnya
Setika isteri menjadi racun, kamulah penawar bisanya
Seandai isteri tulang yang bengkok, berhatilah meluruskannya...
Pernikahan atau perkahwinan menginsafkan kita, perlunya iman dan
taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t kerana
Memiliki isteri yang tak sehebat mana
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Rasulullah s.a.w
Pun bukanlah Sayyidina Ali Karamallahhuwajhah
Cuma
Suami akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEH....
Amin


Wahai ISTERI pula...
renungkanlah
Pernikahan atau perkahwinan membuka tabir rahsia
Suami yang menikahi kamu tidaklah semulia Muhammad s.a.w.
Tidaklah setaqwa Ibrahim
Tidak setabah Ayyub
Tidak segagah Musa
Apalagi setampan Yusuf
Justeru
Suamimu hanyalah lelaki akhir zaman yang punya cita-cita membangun
keturunan yang soleh...
Pernikahan atau perkah winan mengajar kita kewajiban bersama
Suami menjadi pelindung, kamu penghuninya
Suami nakhoda kapal, kamu pengemudinya
Suami bagaikan pelakon yang nakal, kamu adalah penonton kenakalannya
Saat suami menjadi raja kamu nikmati anggur singgahsananya
Sekita suami menjadi bisa, kamulah penawar ubatnya
Seandainya suami bengis lagi lancang, sabarlah memperingatkannya...
Pernikahan ataupun perkahwinan mengajarkan kita perlunya iman dan
taqwa
Untuk belajar meniti sabar dan redho ALLAH s.w.t. kerana
Memilik suami yang tak segagah mana..
Justeru
Kamu akan tersentak dari alpa
Kamu bukanlah Khadijah yang begitu sempurna di dalam menjaga
Bukanlah Hajar yang begitu setia dalam sengsara
Cuma wanita akhir zaman yang berusaha menjadi SOLEHAH
Amin...
Justeru itu wahai SUAMI dan ISTERI
Jangan menuntut terlalu tinggi
Seandainya diri sendiri jelas tidak berupaya
SUAMI dan ISTERI ingatlah:
Mengapa mendambakan isteri sehebat Khadijah
Andai diri tidak semulia Rasulullah s.a.w.
Tidak perlu isteri secantik Balqis
Andai diri tidak sehebat Sulaiman
Mengapa mengharapkan suami setampan Yusuf
Seandai kasih tak setulus Zulaikha
Tidak perlu mencari suami seteguh Ibrahim
Andai diri tidak sekuat Hajar dan Sarah....

Ya Allah..Setiaku pada cinta hanya satu. Sayangku dan kasihku hanya untuk dia yang kucinta. Oh Tuhan berikanlah aku hidup hingga aku dapat menjaga dirinya, selalu bersamanya seperti apa yang diimpikannya. Ya Allah... berikanlah aku tubuh badan yang sihat agar aku kan selalu menjaganya.Takkan aku sakiti dia... Ya Allah, hukumlah aku bila terjadi... Dia terlalu istimewa buatku dan aku tak sanggup kehilangan dia... Tapi andai Tuhan mengambil diriku darinya, dan aku tidak lagi menjaga dirinya... biarlah Allah sentiasa melindungi dirinya walau dimana dia berada... Cintaku padanya sampai kumenutup mata... Cinta ke akhir hayat...